ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM...

32
1 TEKS UCAPAN YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM PELANCONGAN KOPERASI

Transcript of ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM...

Page 1: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

1

TEKS UCAPAN

YBHG. DATO’ ABDUL FATTAH

ABDULLAH

PRESIDEN ANGKASA

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM

PELANCONGAN KOPERASI

Page 2: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

2

KELUARGA “JOM KE SAWAH PADI”

ANJURAN PAHANG ZON 2

27 SEPTEMBER 2019 (JUMAAT)

8:00 MALAM

HOMESTAY KAMPUNG LONEK,

NEGERI SEMBILAN

Page 3: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

3

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIIM

ASSALAMUALAIKUM

WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

DAN SALAM SEJAHTERA.

Page 4: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

4

TERIMA KASIH KEPADA PENGACARA

MAJLIS

SALUTASI: Disediakan Penganjur

Majlis

Page 5: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

5

Pertama sekali, saya memanjatkan

kesyukuran ke hadrat ALLAH S.W.T.

kerana dengan limpah kurnia dan

izinNYA dapat kita berhimpun pada

malam ini dalam Majlis Program

Pelancongan Koperasi Keluarga

Page 6: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

6

“Jom Ke Sawah Padi” Anjuran

ANGKASA Zon 2.

Terlebih dahulu ribuan terima kasih

saya ucapkan kerana sudi

menjemput saya merasmikan majlis

ini. Syabas dan tahniah kepada

Page 7: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

7

pihak penganjur yang berjaya

mengadakan program ini sebagai

satu platform ‘perkongsian

pengalaman’ dari koperasi keluarga

dalam bidang pelancongan.

Hadirin yang dihormati sekalian

Page 8: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

8

1. Sektor pelancongan mampu

memberi peluang pekerjaan kepada

masyarakat serta menjana

pendapatan individu mahupun

koperasi, terutama bagi koperasi

bersaiz kecil dan mikro. Peluang ini

harus direbut oleh koperasi kerana

Page 9: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

9

sebahagian besar lokasi menarik dan

kaya dengan sumber semulajadi

terletak di kawasan luar bandar.

2. Umum maklum, kebanyakan

koperasi menceburi bidang

perniagaan hampir sama antara

Page 10: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

10

satu sama lain, malah

sesetengahnya yang lama

ditubuhkan masih menjalankan

aktiviti sama dan tidak mengambil

peluang atas kepelbagaian bidang

perniagaan masa kini. Perubahan

persekitaran perniagaan sebenarya

Page 11: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

11

mewujudkan peluang perniagaan

baharu, dan ini menjadikan koperasi

lebih berdaya saing dalam menjana

ekonomi.

3. Koperasi amat digalakkan

terbabit dalam aktiviti pengurusan

Page 12: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

12

inap desa/homestay yang

mendapat sambutan hangat

pelancong selain menganjurkan

aktiviti-aktiviti lasak seperti mendaki

gunung, menyusuri sungai dan

merentasi hutan yang merupakan

Page 13: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

13

produk ekopelancongan yang boleh

diterokai oleh koperasi.

Hadirin yang dihormati sekalian

4. Industri pelancongan terbukti

memberi pendapatan lumayan

Page 14: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

14

kepada negara. Bagi suku pertama

tahun 2019, industri pelancongan

negara merekodkan peningkatan

perbelanjaan pelancong sebanyak

RM21.4 bilion berbanding hanya

RM18.3 bilion bagi tempoh sama

tahun lalu. (Sumber: Kementerian

Page 15: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

15

Pelancongan, Seni dan Budaya

Malaysia).

5. Usahawan industri kecil dan

sederhana perlu merebut peluang

atas inisiatif kerajaan yang

memperuntukkan lebih dari RM500

Page 16: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

16

juta melalui Tabung Pelancongan di

bawah Bank Pembangunan bagi

tujuan membantu usahawan yang

ingin membangunkan atau

mengembangkan produk-produk

pelancongan seperti hotel, chalet,

resort dan lain-lain kemudahan

Page 17: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

17

penginapan. (Sumber: Berita Astro

Awani, 2019)

6. Sehingga Disember 2018,

perangkaan SKM menunjukkan

bilangan koperasi di seluruh negeri

Pahang ialah sebanyak 1,135 buah

Page 18: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

18

dengan keanggotaan seramai

244,517 orang. Bilangan keseluruhan

koperasi di Pahang Zon 2

merangkumi Temerloh, Bera,

Jerantut, Maran/Jengka, Mentakab,

Triang, Bandar Pusat Jengka, Bandar

Jengka, Lanchang, Chenor,

Page 19: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

19

Kemayan, Kuala Krau, Mengkarak

dan Damiak pula sebanyak 425 buah

dengan keanggotaan seramai

80,107 orang.

7. Dengan jumlah dan

keanggotaan koperasi seramai ini,

Page 20: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

20

seharusnya koperasi-koperasi di

Pahang Zon 2, menggembleng

tenaga mewujudkan kerjasama

strategik untuk memajukan sektor

pelancongan di Pahang, ditambah

dengan kemudahan dan inisiatif

bantuan kewangan serta khidmat

Page 21: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

21

nasihat pengurusan pelancongan

yang disediakan oleh kerajaan.

8. Kerjasama antara koperasi yang

menyediakan produk pelancongan

dan aktiviti hilirannya boleh

dimanfaatkan bersama seperti

Page 22: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

22

perkhidmatan pemandu pelancong,

pertunjukan kebudayaan, jualan

kraftangan, permainan tradisional,

penyediaan makanan dan minuman

serta pengangkutan dan lain-lain

lagi.

Page 23: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

23

9. Adalah wajar jika koperasi

keluarga mahupun koperasi dewasa

yang ada hari ini menjadikan

Pelancongan Koperasi Sekolah (PKS)

sebagai benchmark atau penanda

aras bagi membangunkan aktiviti

pelancongan masing-masing

Page 24: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

24

terutama berkaitan dengan

pelancongan homestay.

10. Pelancongan homestay di

kawasan bersawah padi juga satu

aktiviti yang boleh menjadi tarikan

pelancong. Selain pelancong

Page 25: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

25

disajikan dengan suasana tenang

dan pemandangan sawah

menghijau, pelancong yang datang

boleh merasai pengalaman

mengemping padi, mengoca ikan

(menangkap ikan beramai-ramai

menggunakan tangan) di sawah

Page 26: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

26

padi dan lain-lain aktiviti yang

menarik.

Hadirin yang dihormati sekalian

11. Sebagai badan apeks peneraju

gerakan koperasi negara, ANGKASA

Page 27: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

27

sentiasa merancang projek-projek

perniagaan berimpak tinggi untuk

diceburi koperasi bagi memacu

sektor koperasi ke arah

berpendapatan tinggi dan

menyumbang kepada pendapatan

negara. ANGKASA percaya melalui

Page 28: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

28

pelaksanaan 8 buah sektor peneraju

mengikut kluster bidang yang

diceburi koperasi, gerakan koperasi

di Malaysia akan lebih maju dan

berdaya saing.

Page 29: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

29

12. Besarlah harapan saya agar

program seumpama ini akan

membuka jalan kepada lebih

banyak koperasi terutamanya

koperasi keluarga menceburi bidang

pelancongan yang mampu

menjana pendapatan kepada

Page 30: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

30

koperasi seterusnya meningkatkan

pendapatan negara.

13. Akhir kata, tahniah sekali lagi

kepada pihak penganjur kerana

berjaya membawa dan

mengumpulkan koperasi keluarga

Page 31: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

31

yang ada pada hari ini untuk

berkongsi pengalaman dan

berusaha mewujudkan ‘networking’

antara anggota dan juga koperasi.

Kerjasama dan kesungguhan semua

dalam menjayakan program ini,

amat saya hargai.

Page 32: ABDULLAH PRESIDEN ANGKASA MAJLIS PERASMIAN PROGRAM ...angkasa.coop/.../Maj.-Perasmian-Prog.-Pelancongan-Kop.-Keluarga-Jom-ke...Sektor pelancongan mampu memberi peluang pekerjaan kepada

32

Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah

Assalamualaikum Warahmatullahi

Wabarokatuh.

Terima kasih.