Abdullah Arif

7
Abdullah Arif Abdullah Ariff dilahirkan pada tahun 1904 di Pulau Pinang. Beliau merupaka pelukis didikan sendiri dan menjadi guru seni lukis di Anglo-Chinese School, Pulau Pinang (kini dikenali sebagai Sekolah Lelaki Methodist). Pada tahun 1920an, tidak terdapat sebarang kumpulan seni lukis tempatan dan organisasi seni lukis tunggal yang dikenali sebagai Penag Impressionist terdiri daripada ekspatriat Eropah. Bangsa Asia tidak dibenarkan menyertai kumpulan eksklusif ini. Amalan ini mencerminkan imperialism kolonialistik pada zaman itu. Walau bagaimana pun, Abdullah Ariff dibenarkan menyertai kumpulan ini pada pertengahan tahun 1930an kerana perkhidmatan beliau sebagai pendidik seni lukis diperlukan. Kumpulan Penang Impressionist dibubarkan sebelum permulaan Perang Dunia Kedua dan tidak ditubuhkan semula kemudiannya. Abdullah Ariff bersama-sama dengan Yong Mun Seng diiktiraf sebagai perintis-perintis lukisan cat air di Malaysia. Beliau paling terkenal kerana pendekatan beliau yang begitu cemrmat serta keterampilannya dalam media tersebut. Berbanding dengan Yong Mun Seng, karya-karya Abdullah Ariff kelihatan lebih ke Eropahan dari segi pandang dan pendekatan serta lebih terperinci. Beliau seorang guru yang berdedikasi yang dihormati di kalangan masyarakat artistic di negeri-negeri Utara. Beliau berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 1945 untuk bekerja sebagai pelukis kartun akhbar The Strait Echo. Pada tahun 1947, beliau kembali ke Pulau Pinang dan bergiat dalam kancah

Transcript of Abdullah Arif

Page 1: Abdullah Arif

Abdullah Arif

Abdullah Ariff dilahirkan pada tahun 1904 di Pulau Pinang. Beliau merupaka pelukis

didikan sendiri dan menjadi guru seni lukis di Anglo-Chinese School, Pulau Pinang

(kini dikenali sebagai Sekolah Lelaki Methodist). Pada tahun 1920an, tidak terdapat

sebarang kumpulan seni lukis tempatan dan organisasi seni lukis tunggal yang

dikenali sebagai Penag Impressionist terdiri daripada ekspatriat Eropah. Bangsa

Asia tidak dibenarkan menyertai kumpulan eksklusif ini. Amalan ini mencerminkan

imperialism kolonialistik pada zaman itu. Walau bagaimana pun, Abdullah Ariff

dibenarkan menyertai kumpulan ini pada pertengahan tahun 1930an kerana

perkhidmatan beliau sebagai pendidik seni lukis diperlukan. Kumpulan Penang

Impressionist dibubarkan sebelum permulaan Perang Dunia Kedua dan tidak

ditubuhkan semula kemudiannya.

Abdullah Ariff bersama-sama dengan Yong Mun Seng diiktiraf sebagai perintis-

perintis lukisan cat air di Malaysia. Beliau paling terkenal kerana pendekatan beliau

yang begitu cemrmat serta keterampilannya dalam media tersebut. Berbanding

dengan Yong Mun Seng, karya-karya Abdullah Ariff kelihatan lebih ke Eropahan dari

segi pandang dan pendekatan serta lebih terperinci. Beliau seorang guru yang

berdedikasi yang dihormati di kalangan masyarakat artistic di negeri-negeri Utara.

Beliau berpindah ke Kuala Lumpur pada tahun 1945 untuk bekerja sebagai pelukis

kartun akhbar The Strait Echo. Pada tahun 1947, beliau kembali ke Pulau Pinang

dan bergiat dalam kancah politk dengan menjadi AJK UMNO. Beliau berkhidmat

sebagai ahli Majlis PErbandaran pada tahun 1955 dan diberi kehormatan unggul

dengan mempunyai sebatang jalan di Pulau Pinang di namakan dengan nama

beliau (Jalan Abdullah Ariff): satu penghormatan yang tidak diberi kepada pelukis-

pelukis lain sejak itu. Pada tahun 1955, beliau menubuhkan Agensi Pengiklanan

Ariff.

Pada tahun 1954, beliau mengadakan pertunjukkan seni lukis perseorangan di

Carolina Utara, dan di Muzium KEsenian Mint (Mint Museum of Art) di Chrlotte, New

York, Amerika Syarikat. Pada tahun 1955, beliau mengambil bahagian dalam

pameran kumpulan United Society of Artists di galeri-galeri Royal Society of British

Artists, London. Di sana, beliau diberi keahlian dalam Fellowship of the Royal

Society of Art (F.R.S.A) England.

Page 2: Abdullah Arif

Pada tahun 1956, beliau diundang menyertai Le Salon Society of Frence Artists di

galeri-galeri Grand Palai des Champs-Elysees, Perancis.

Untuk meraikan peristiwa bersejarah MErdeka pada tahun 1957, salah satu daripada

lukisan-lukisan beliau dipilih sebagai hadiah peribadi untuk Tunku Abdul Rahman,

Perdana Menteri Malaysia yang pertama.

Abdullah Arif kembali ke rahmatullah pada thaun 1962, meninggalkan warisan catan

cat air yang ulung. Mengikut bekas pelajar beliau, Tan Lye Hoe, falsafah seni lukis

Abdullah Arif ialah ‘Seni Lukis tidak mengenali sebarang rintangan’

Abdullah Ariff lahir di Pulau Pinang pada tahun 1904. Dia adalah seorang seniman yang mempelajari dengan sendiri dan merupakan guru seni di Sekolah Anglo-China, Penang (sekarang dikenali sebagai Sekolah Methodist Boy). Pada tahun 1920-an, tidak ada kumpulan seni tempatan dan kumpulan seni hanya diadakan pada waktu itu terdiri daripada ekspatriat Eropah (ibu rumah tangga sebahagian besar bahasa Inggeris) yang menyebut diri mereka sebagai "Penang Impresionis". Asia tidak dibenarkan untuk menyertai dengan kumpulan eksklusif yang merupakan refleksi dari imperialisme kolonialistik yang berlaku kemudian. Namun Abdullah Ariff diterima ke dalam kumpulan pada pertengahan usia 30 tahun kerana jasa-jasanya sebagai pengajar seni diperlukan. "Penang Impresionis" dibubarkan sebelum awal Perang Dunia 2, dan tidak pernah disatukan kembali.

Abdullah Ariff diakui sebagai Yong Mun Sen, sebagai pelopor seni lukis cat air di Malaysia. Dia terkenal terutamanya dalam penelitian dalam menguruskan media. Dibandingkan dengan Mun Sen, karya-karyanya lebih 'Eropah' dalam pandangan dan pendekatan, dan lukisan itu tampaknya memiliki lebih diminati ramai. Seorang guru yang berdedikasi, dia dihormati di antara komuniti seni di negara-negara utara.

Pada tahun 1954, beliau masyhur di North Carolina, dan Mint Museum of Art di Charlotte, New York, Amerika Syarikat Pada tahun 1955, beliau menyertai dalam "Kelab Artis Bersatu" iaitu kumpulan pameran di galeri Royal Society of British Artists, London. Di sana, dia terpilih untuk Fellowship Of Royal Society of Art (FRSA) Inggeris.

Pada tahun 1956, dia dijemput untuk mengambil bahagian dalam "Le Salon" dari Kelab Artis Perancis di pameran Grand Palai des Champs-Elysées, Perancis.

Pada tahun 1957, salah satu lukisannya dipilih sebagai hadiah peribadi yang akan dihadiahkan kepada Tungku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama ketika perayaan merdeka.

Abdullah Ariff meninggal pada tahun 1962, meninggalkan warisan lukisan cat air yang sangat baik. Menurut salah satu bekas muridnya-, Tan Lye Hoe, falsafah Abdullah Ariff tentang seni adalah "Seni tidak mengenal halangan".

Page 3: Abdullah Arif

Catan cat Air “ Bumi Bahagia Lombong Bijeh Malaya “

“ Bumi Bahagia Lombong Bijeh Malaya “ Karya Abdullah Ariff

Tahun 1960Cat air

36.4 x 54.1 cm

Dipetik dari katalog Balai Seni Lukis Negara Koleksi 1958-1988. Copyrights: Terbitan Balai Seni Lukis Negara Malaysia, No.2, Jalan Temerloh Off Jalan Tun Razak, 53200 Kuala Lumpur. Tel : 03-4025 4990 / 03- 4026 7000

Karya ini dihasilkan ketika dan waktu negara baru mencapai kemerdekaan. Karya ini merekodkan aktiviti ekonomi negara yang menjadi rujukan sebagai dokumentasi sejarah. Tahun ketika karya ini dihasilkan adalah bukti sejarah. Segala yang dilalui sebelum siap menjadi tatapan umum adalah pengalaman artis dan pengakhiran seni itu ditentukan oleh pengalaman diri. Namun tidak semua pengalaman artis dicatat atau didokumentasikan. Dokumen ini penting sebagai rujukan kepada artis dan masyarakat mengetahui aktiviti dan bahan dalam karya itu. Ia juga sebagai kajian kreativiti untuk dikongsi bersama dan menjadi himpunan kajian generasi akan datang.

Karya di atas adalah salah satu karya yang banyak diberi apresiasi oleh pengkritik dan sejarawan seni sebagai aliran catan air yang terawal di dalam sejarah perkembangan seni lukis tanah air. Abdullah Ariff bersama Yong Mun Sen telah diiktiraf sebagai perintis lukisan cat air di Malaysia (Pioneer artists of Malaysia).

Kelebihannya yang menyerlah dari segi eksplorasi teknik ‘wash’ dan bersifat konsisten adalah ciri-ciri yang dekat dengan diri pelukis dalam berkarya. Sifatnya yang begitu cermat dan teliti dalam menggunakan media telah mengangkat status diri sebagai seniman berdedikasi yang dikatakan sentuhannya mirip gaya lukisan catan air Barat.

LATAR RUANG

Dengan aplikasi 3 latar iaitu latar depan, latar tengah dan latar belakang, suasana aktiviti melombong itu tergambar luas. Latar tengah mendominasi keseluruhan gambaran dengan

Page 4: Abdullah Arif

keutamaan beberapa elemen diletakkan di situ. Contoh mainan cahaya, eksplorasi kecairan ‘wash’ yang terserlah dan prinsip penegasan diberi tumpuan pada pancutan air yang tertumpu di latar tengah. Warna air bercampur lumpur itu adalah fokus kepada mainan cahaya yang datang dari atas. Kawasan cahaya itu mengambil ruang yang luas dan diletak pada posisi tengah, dianggap pilihan posisi yang baik dan sesuai dengan mainan cahaya yang sangat dititik beratkan.

Latar depan, kurang menyerlah yang mengambil ruang kecil dengan imej tiga figura sedang mencangkul dan mengandar bijih.

KECAIRAN

Penonjolan ‘wash’ atau kecairan mempunyai daya kekuatan yang unik. Kekuatan yang tersendiri ini adalah sifat ‘wash’ itu sendiri yang aktif apabila basah di atas basah diaplikasikan. Antara sifatnya yang tidak terduga dan terjadi secara spontan itu boleh membantu kepada kekuatan nilai catan air. Ruang yang digunakan untuk kecairan itu sesuai dan tepat iaitu di komposisi tengah dan di situ juga kekuatan cahaya ditimbulkan. Apabila permukaan kertas yang basah di aktifkan dengan pilihan warna yang dilebihkan kandungan airnya akan hidup dan berkembang menjadi kecairan itu berlaku dengan tidak diduga. Jika dikesani elemen cahaya itu sendiri sebenarnya banyak dibantu oleh teknik kecairan yang konsisten.

Asas kukuh kepada penghasilan kecairan dalam catan air, didahului dengan asas-asas komposisi, pilihan warna dan teknik yang dibangunkan. Mengamalkan kecairan adalah perlu dan inilah ciri-ciri istimewa catan air. Persoalannya bahagian manakah dalam catan air yang perlukan kecairan? Jawapannya perlu dilihat kembali peranan kecairan itu yang patut berada dalam keadaan membantu komposisi, menaikan tarikan cahaya atau menambah nilai kekuatan warna.

Kesan kecairan perlu ada dan ia menjadi keunggulan kepada catan air. Kesan itu bergantung kepada kawalan berus, campuran warna nisbah air, jenis kertas.

Setiap kali berlaku kesilapan ia dianggap satu kebetulan dan ini tidak merunsingkan artis. Perlu diingat dalam kecairan kesan lutsinar dan kesan spontan adalah antara ciri-ciri kecantikan. Jika kesan kecairan yang keterlaluan, catan air akan kehilangan lutsinar. Manakala kesan spontan akan lahir sendiri melalui latihan dan kawalan.

Pengaruh catan Cina digunakan dalam karya ini yang membantu satu ruang menjadi daya penarik kepada pemerhati. Ruang itu luas, ada kesan ketenangan dan mata banyak direhatkan di situ tetapi ia bukan titik fokus. Ruang yang dimaksudkan itu, luas ditinggalkan di belakang titik fokus dan ia menjadi daya tarikan. Contoh pancutan air itu adalah titik fokus dan runtuhan tanah adalah ruang yang diserlahkan kecairan. Ruang runtuhan tanah itu menjadi daya penarik.

Komposisi berperanan penting membantu kecairan menjadi seimbang. Jika tersalah pilih komposisi maka ia kurang membantu kecairan. Komposisi itu adalah kunci untuk warna cair mengembang dan menyerlahkan imej.

Karya catan air Abdullah Ariff ini berkeupayaan meninggalkan kesan emosi yang mendalam. Emosi kita dimainkan melalui teknik kecairan. Kecairannya meresap rasa

Page 5: Abdullah Arif