Abd Halim B. Md. Hashim dan Azila Bt. Ramli @ Ismail [Mahkamah ...
Transcript of Abd Halim B. Md. Hashim dan Azila Bt. Ramli @ Ismail [Mahkamah ...
1
Abd Halim B. Md. Hashim
dan
Azila Bt. Ramli @ Ismail
[Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Shah Alam. Kes Mal Bil : 10200-012-0401-2011
(Tuan Salehan Haji Yatim, HMTS)]
[8 Jamadilakhir 1435H bersamaan 8 April 2013]
Undang-undang Keluarga Islam – Daftar Nikah Poligami – Pernikahan Menggunakan
Wali Hakim Yang Tidak Bertauliah – Seksyen 23 Enakmen Undang-undang Keluarga
Islam (Negeri Selangor) 2003 - Persetubuhan Syubhah - Mensabitkan Nasab Anak –
Seksyen 114 dan 115 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 200.3
Fakta Kes
[1] Abdul Halim Bin Md Hashim (Pemohon 1) dan Azila Binti Ramli @ Ismail
(Pemohon 2) telah bernikah pada 27hb. Mac 2005 di Gopeng, Perak. Pernikahan
tersebut telah diwalikan oleh jurunikah yang didakwa oleh Pemohon-pemohon
sebagai Wali Hakim yang bernama Mustapa bin Jaafar dan disaksikan oleh dua
orang saksi lelaki yang bernama Abdul Ghani bin Ismail dan Mohd Animokmin
bin Jelani.
[2] Sebelum pernikahan tersebut, Pemohon 1 telah mempunyai seorang isteri yang
bernama Maizatul Bt. Marjuki dan telah dikurniakan dua orang anak. Manakala,
hasil perkahwinan Pemohon 1 dan Pemohon 2 pula telah dikurniakan tiga orang
anak.
[3] Pemohon-pemohon telah memperolehi Surat Pengesahan Sijil Perakuan Nikah
dari Pejabat Pentadbiran Agama Islam Kampong Gajah, Perak yang mana surat
tersebut menyatakan bahawa Surat Perakuan Nikah Pemohon-pemohon adalah
2
palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh mana-manaPenolong Pendaftar Kariah
dalam daerah tersebut.
[4] Pada waktu pernikahan tersebut, pemohon-pemohon yakin bahawa penikahar
tersebut adalah sah di sisi hukum syarak dan mereka juga yakim bahawa anak-
anak yang telah lahir hasil dari pernikahan tersebut boleh dinasabkan kepada
Pemohon 1. Oleh yang demikian, pemohon-pemohon telah membuat permohonan
di Mahkamah ini bagi mengesahkan pernikahan tersebut dan mensabitkan sah
taraf anak-anak hasil dari pernikahan itu.
Diputuskan
Setelah Mahkamah meneliti Permohonan Pindaan dan Afidavit Tambahan Pemohon 1
dan Pemohon 2 yang bertarikh 10hb. April 2013 serta Afidavit Pemohon-pemohon
bertarikh 28hb. Oktober 2011 dan setelah mendengar keterangan – keterangan lisan
pihak-pihak, maka Mahkamah berpuashati dan memerintahkan seperti berikut :
1) Mahkamah mensabitkan pernikahan antara Pemohon 1 dan Pemohon 2 pada 27hb.
Mac 2005 adalah pernikahan yang fasid dan tidak sah mengikut hukum syarak.
2) Mahkamah memerintahkan agar pernikahan antara Pemohon 1 dan Pemohon 2
difaraqkan mulai dari hari ini.
3) Persetubuhan antara Pemohon 1 dan Pemohon 2 selepas pernikahan pada 27hb. Mac
2005 adalah persetubuhan yang diragui (wati’ syubhah).
4) Mahkamah mengesahkan anak-anak yang lahir daripada pernikahan tersebut iaitu :
1) Nurfilzah Husna Binti Abdullah (No. Daftar S/K : CK 79363)
2) Nurul Najwa Binti Abdullah (No. Daftar S/K : CK 79364)
3) Abdul Fayyadh Bin Abdullah (No. Daftar S/K : CI 06288)
3
Boleh dinasabkan kepada Pemohon 1 dan disifatkan sebagai anak sah taraf.
Peguam Syarie
Pemohon-pemohon : diwakili oleh Encik Mohd Khairul Masni Bin Abdullah
Halim dari Tetuab Mohd Hairul Masni & Associates.
Surah al-Quran yang dirujuk
1. Surah al-Ahzab, ayat 37 .
Kitab - kitab yang dirujuk
1. Dr. Wahbah al-Zuhaily. 1989. Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu. Jilid 7, Cet. Ketiga,
Beirut : Dar al-Fikr.
2. Imam Al-Syirazi, Al-Muhazzab, Jilid 5, Dar Al-Qalam : Damsyik Syria.
3. Al-Alim ‘Allamah As-Syeikh Zainuddin Al-Malibariy, Fathul Mu’in. Maktabah Wa
Matba’ah Dar Al-Ma’arib.
4. Sheikh Shamsuddin Bin Muhammad Al-Khatib As-Syarbini, Mughni Al-Muhtaj,
Jilid 5. Dar Al-Kitab sal-Ilmiah.
5. Sheikh Shamsuddin Bin Muhammad Al-Khatib As-Syarbini, Al-Iqna’ Fi Alfaz Abi
Syuja’, Jilid 2, Dar Al-Kitab Al-Ilmiah.
6. Sayyid Sabiq. 1999. Fiqh Al-Sunnah, Jilid 2. Kaherah : Dar Al-Fath lil- I’lam Al-
‘Arabi.
7. Dr. Musthafa al-Khin, Dr. Musthafa al-Bugha dan ‘ali al-Syarbaji. 1421H/2000M. al-Fiqh
al-Manhaji ala Mazhab al-Imam al-Syafie, keluaran ke-4. Jilid 2.
8. Ibnu Qudamah. t.t. Al-Mughni. Juz 7. Beirut Lubnan : Daar al-Kutub al-Ilmiyyah.
4
Undang - undang yang dirujuk
1. Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 – seksyen 61.
2. Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 - seksyen 4, 11, 23,
115 dan 114.
3. Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah Negeri Selangor Tahun 2003 seksyen 48
dan 17.
4. Arahan Amalan No 14 Tahun 2006.
Kes - kes yang dirujuk
1. Re Wan Abdul Aziz Bin Embong JH (1416H), Jil. X Bhg. 1 JH 45.
Penghakiman Y.A Tuan Salehan Bin Haji Yatim, HMTS.
[5] Terdapat tiga (3) isu utama yang Mahkamah perlu beri ulasan di dalam membuat
keputusan bagi kes ini iaitu :
a. Sama ada Mahkamah ini berbidang kuasa untuk mendengar, membicara dan
memutuskan kes ini;
b. Sama ada pernikahan Pemohon 1 dan Pemohon 2 pada 27hb. Mac 2005 di
Gopeng, Perak adalah sah di sisi Hukum Syarak.
c. Sama ada anak-anak hasil dari pernikahan antara Pemohon 1 dan Pemohon 2
boleh disabitkan nasab kepada Pemohon 1.
5
Isu Pertama : Bidangkuasa Mahkamah
[6] Secara ringkasnya, bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah di dalam kes Mal
termasuk Permohonan Pendaftaran Nikah Poligami berdasarkan kuasa yang
diberikan oleh Seksyen 61 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor)
2003 yang memperuntukkan seperti berikut :
(3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah-
(b) dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan
memutuskan semua tindakan dan prosiding jika semua
pihak dalam tindakan atau prosiding itu adalah orang
Islam dan tindakan atau prosiding itu adalah berhubungan
dengan-
(i) pertunangan, perkahwinan, ruju’, perceraian,
pembubaran perkahwinan (fasakh), nusyuz, atau
pemisahan kehakiman (faraq) atau apa-apa perkara yang
berkaitan dengan perhubungan antara suami isteri;
(ii) …………………………
(xiii) perkara-perkara lain yang berkenaan dengannya
bidangkuasa diberikan oleh mana-mana undang-undang
bertulis.
[7] Dalam kuasa Mahkamah mengeluarkan perintah pendaftaran nikah poligami tanpa
kebenaran Mahkamah telah dinyatakan dengan jelas di dalam Seksyen 23 (1) dan
(2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 yang
menyatakan :
6
23 (1) Tiada seorang pun lelaki semasa wujudnya suatu
perkahwinan boleh, kecuali dengan mendapat kebenaran terlebih
dahulu secara bertulis daripada Mahkamah, membuat akad nikah
perkahwinan yang lain dengan perempuan lain.
(2) Tiada perkahwinan yang diakad nikahkan tanpa kebenaran di
bawah subseksyen (1) boleh didaftarkan di bawah Enakmen ini
melainkan jika Mahkamah berpuashati bahawa perkahwinan
sedemikian adalah sah mengikut Hukum Syarak dan Mahkamah
telah memerintah supaya perkahwinan itu didaftarkan tertakluk
kepada seksyen 124.
[8] Seterusnya bidangkuasa ini diperincikan lagi oleh Arahan Amalan No 14 Tahun
2006 yang mengesahkan bahawa :
"Bidangkuasa membicarakan kes poligami dan pengisytiharan
peruntukan dan pembahagian harta sepencarian dan perkara-
perkara lain yang berkaitan di bawah Seksyen 23
Akta/Enakmen/Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri-
Negeri hendaklah dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah.”
[9] Dari sudut pemastautinan pula, kedua-dua Pemohon ini tinggal di dalam negeri
Selangor. Sebagaimana dinyatakan di dalam Affidavit Tambahan Pemohon 1 dan
Pemohon yang menyatakan alamat tempat tinggal Pemohon-pemohon iaitu di
No.15, Lot 3069-A, Lorong Saridin, Kg. Delek Baru, 41250, Klang, Selangor
Darul Ehsan. Mahkamah mempunyai bidangkuasa mendengar dan memutuskan
kes ini berdasarkan Seksyen 4 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam
(Negeri Selangor) 2003 memperuntukan :
7
Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dengan nyata selainnya,
Enakmen ini terpakai bagi semua orang Islam yang tinggal dalam
Negeri Selangor dan bagi semua Orang Islam yang bermastautin
dalam negeri selangor tetapi tinggal di luar Negeri itu.
[10] Oleh itu, Mahkamah berpuashati bahawa Mahkamah ini berbidangkuasa untuk
mendengar, membicarakan dan memutuskan kes permohonan ini.
Isu Kedua : Sama ada pernikahan Pemohon 1 dan Pemohon 2 pada 27hb. Mac 2005 di
Gopeng, Perak adalah sah di sisi Hukum Syarak.
[11] Di dalam kitab al-Muhazzab karangan Imam al-Syirazi, jilid 5 halaman 543 cetakan Dar
al-Qalam Damsyik Syria ada menyebut :
: ال يسمع حتى يقول : فقد قال الشافعي رحمه اهللا تعالى : إن كان المدعي نكاحا و
.نكحتها بولي وشاهدين ، ورضاها
Bermaksud :
“Jika sekiranya ia mendakwa bahawa dia sudah berkahwin, maka kata
Imam al-Syafie : tidak boleh diterima sehingga ia mengatakan: “Aku
telah berkahwin dengan Fulanah binti Fulan dengan berwalikan
bapanya atau sebagainya dan dua orang saksi nikah serta kerelaan
perempuan tersebut.”
[12] Merujuk didalam kitab Fathul Muin karangan al-Alim ‘Allamah al-Syeikh Zainuddin
al-Malibariy, hlm 143, cetakan Maktabah wa Matba’ah Dar al-Ma’arib Pulau Pinang ada
menyebut :
8
وفي الدعوى بنكاح على إمرأة ذكر صحته وشروطه من نحو ولي وشاهدين عدول
.ورضاها إن شرط بأن كانت غير مجبرة فال يكفي فيه اإلطالق
Bermaksud :
“Dan dakwaan mengenai pernikahan dengan seorang perempuan,
disyaratkan pihak pemohon menyebut bahawa akad pernikahan itu
diyakini sah serta disyaratkan juga pihak pemohon menyebut syarat sah
nikahnya seperti seorang wali, dua orang saksi lelaki yang adil dan juga
keredhaan hati si perempuan (iaitu perempuan yang bukan al-Bikru (anak
dara sunti) adapun anak dara, wali mujbir boleh menikahkan anak
perempuannya tanpa keizinan daripada perempuan tersebut) maka tidak
cukup dakwaan pernikahan dengan seorang perempuan hanya sekadar
secara mutlak (tidak terperinci sebagaimana yang tersebut)”.
[13] Dari sudut undang-undang, Seksyen 11 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam
(Negeri Selangor) 2003 ada memperuntukkan bahawa :
Sesuatu perkahwinan adalah tidak sah melainkan jika cukup semua
syarat yang perlu, ‘menurut hukum syarak’, untuk menjadikannya
sah.
[14] Seksyen di atas mensyaratkan sesuatu perkahwinan itu hendaklah sah menurut Hukum
Syara’, barulah ianya diiktiraf berdasarkan undang-undang. Perkara ini juga diterangkan
sepertimana nukilan oleh Al-Syarbini Al-Khatib dalam Kitab Mughni Al-Muhtaj Ila
Ma’rifat Ma’ani Alfaz Al-Minhaj, jilid. 5, hlm. 226, telah menggariskan rukun nikah
seperti berikut :
صيغة ، وزوجة ، وشاهدان ، وزوج ، : فصل في أركان النكاح وغيرها وأركانه خمسة
وولي
9
Bermaksud :
“Fasal pada membicarakan tentang rukun nikah dan lain-lain. Rukun
nikah itu ada lima iaitu sighah, isteri, dua orang saksi lelaki, suami dan
wali”.
[15] Ditegaskan juga oleh di dalam Kitab al-Fiqh al-Manhaji , juz 4, hlm. 55, bahawa :
.وشاهدانصيغة، وزوجة، وزوج، وولي، : وهي : للنكاح أركان خمسة
Bermaksud :
“Nikah mempunyai lima rukun iaitu : lafaz, isteri, suami, wali, dua orang
saksi.”
[16] Justeru itu, kesemua rukun nikah dalam pernikahan ini akan diteliti di samping
pembuktian yang dikemukakan kepada Mahkamah akan dipertimbangkan dalam
menentukan keesahannya mengikut Hukum Syarak sebelum pengiktirafan perundangan
diberikan.
[17] Hendaklah difahami juga bahawa jika pemohon-pemohon inginkan sesuatu perintah atau
tuntutan maka mereka hendaklah mengemukakan bukti yang mereka berhak terhadap
perintah tersebut. Ianya selari dengan kaedah fiqh yang berbunyi :
"البينة على المدعى واليمين على من انكر "
Bermaksud :
”Keterangan atas yang mendakwa dan sumpah atas yang engkar”.
Rukun Pertama : Pengantin Lelaki (Suami).
10
[18] Merujuk kepada perenggan ketiga Afidavit Tambahan Pemohon 2 telah
menjelaskan bahawa Pemohon 2 telah bernikah dengan Pemohon 1 yang bernama
Abdul Halim Bin Md. Hashim pada 27hb. Mac 2005 di Gopeng, Perak.
[19] Selain itu, Mahkamah juga merujuk kepada Ekshibit bertanda “AR-2” yang
dilampirkan bersama Afidavit Tambahan Pemohon 2 iaitu Surat Perakuan Nikah
yang jelas menyatakan nama Pemohon 1 sebagai Pengantin Lelaki.
[20] Bagi menentukan rukun nikah yang pertama ini, Mahkamah merujuk syarat-syarat
berkaitan dengan pengantin lelaki yang dikemukakan di dalam kitab Al-Iqna’ Fi
al-Faz Abi Syuja’, jilid 2, hlm. 246, iaitu :
القول يف شروط الزوج ومما تركه من األركان أيضا الزوج وشرط فيه حل واختيار وتعيني وعلم
حبل املرأة له فال يصح نكاح حمرم ولو بوكيل للخرب السابق وال مكره وغريه معني كالبيع وال
من جهل حلها له احتياطا لعقد النكاح
Bermaksud :
“Pernyataan dalam syarat-syarat suami dan perkara yang tidak
dinyatakan (oleh pengarang-Abi Syuja’) daripada rukun-rukun
nikah mengenai suami : dan syarat pada suami itu hendaklah ia
halal berkahwin, sukarela, dan tertentu, dan mengetahui tentang
halalnya perempuan yang dinikahinya. Justeru tidak sah nikah
suami yang dalam ihram walaupun melalui perantaraan wakil
berdasarkan kepada hadith yang lalu, dan tidak sah nikah suami
yang dipaksa, dan tidak ditentukan berdasarkan kepada qiyas atas
hukum jual beli dan tidak sah nikah suami yang tidak mengetahui
halalnya perempuan yang dinikahinya atas dasar berihtiyat
(berwaspada) dalam melakukan akad nikah”.
11
[21] Berdasarkan keterangan Pemohon 1 di dalam Afidavit permohonannya bertarikh
28hb. Oktober 2011 disamping keterangan dokumentar dari Surat Perakuan
Nikah, Mahkamah berpuashati bahawa Pemohon 1 adalah pengantin lelaki
(suami) semasa majlis pernikahan yang berlangsung pada 27hb. Mac 2005 di
samping beliau sendiri yang melafazkan qabul pernikahan tersebut.
Rukun Kedua : Pengantin Perempuan (Isteri)
[22] Pemohon 1 di dalam Afidavit permohonannya juga menyatakan maklumat yang
sama sepertimana Pemohon 2 berhubungan dengan nama pasangan pengantin
perempuan iaitu Azila Binti Ramli @ Ismail serta bukti pernikahan mereka.
Semasa bernikah dengan Permohon 1, status Pemohon 2 adalah anak dara dan
perkara ini disokong oleh Afidavit Keterangan Wali yang telah diangkat sumpah
pada 24hb. Disember 2013.
[23] Berdasarkan kitab Mughni Al-Muhtaj, jilid. 5, hlm. 234 menerangkan rukun
nikah berkaitan dengan “isteri” seperti berikut:
الزوجة ، ويشتـرط فيها خلوها من الموانع اآليت بـيانـها يف باب حمرمات النكاح إن شاء …
ويشتـرط تـعيني كل من الزوجني -تـعاىل -الله
Bermaksud :
“.... isteri, disyaratkan padanya hendaklah dia bebas daripada
sebarang halangan berkahwin yang akan diterangkan dalam bab
perempuan yang diharamkan berkahwin- Insya-Allah, dan
disyaratkan supaya ditentukan setiap daripada suami dan isteri
itu.”
[24] Oleh itu, berdasarkan pengamatan Mahkamah, Pemohon 2 ketika pernikahan
adalah berstatus anak dara dan tidak mempunyai halangan untuk berkahwin
12
dengan Pemohon 1. Mahkamah berpuashati dengan keterangan Pemohon 2 di
dalam Mahkamah bertarikh 22hb. Mei 2013 di samping sokongan daripada
Afidavit Keterangan Wali yang difailkan pada 4hb. Februari 2014.
Rukun Ketiga : Wali
[25] Rukun nikah berkaitan dengan wali ini merupakan rukun yang paling asas dalam
menilai keesahan sesuatu pernikahan. Perkara ini ditegaskan melalui Hadis
Rasulullah S.A.W yang menyatakan :
ال نكاح اال بويل
Bermaksud : “Tiada nikah tanpa wali”
(HR. Abu Daud 1785, Turmudzi 1101, dan Ibnu Majah 1870).
[26] Dalam keterangan lisan Pemohon 1 pada 21 Mei 2012 telah menyatakan bahawa
wali pernikahan tersebut adalah Wali Hakim iaitu seorang ustaz yang bernama
Mustapa Bin Jaapar. Hal ini juga selari dengan keterangan daripada Pemohon 2
dalam Afidavit permohonannya di perenggan 7 yang turut menyatakan perkara
yang sama
[27] Isu utama yang berbangkit di dalam menentukan keesahan pernikahan dalam kes
ini ialah sama ada wali pernikahan yang didakwa oleh Pemohon-pemohon sebagai
Wali Hakim itu adalah sah di sisi Hukum Syarak ataupun tidak.
13
[28] Mahkamah merujuk kitab Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu Jilid 7, Cet. Ketiga, hlm.
194 – 195 menyatakan bahawa :
Bermaksud :
“Jumhur ulama’ berpendapat bahawa akad perkahwinan tidak sah
kecuali dengan wali. Perempuan tidak berhak mengahwinkan
dirinya sendiri dan mengahwinkan orang lain, dan tidak boleh
mewakilkan orang lain yang bukan walinya untuk mengahwinkan
dirinya. Jika dilakukan juga, maka perkahwinannya itu tidak sah
meskipun perempuan itu baligh, berakal dan matang, dan inilah
pendapat kebanyakan para sahabat seperti Ibnu Umar, Ali, Ibnu
Mas’ud, Ibnu ‘Abbas, Abu Hurairah dan ‘Aisyah r.a.”
[29] Dalam kitab Fiqh al-Sunnah karya Sayyid Sabiq, Juzu’ 2, hlm. 84 menyatakan
hadis Rasulullah S.A.W yang berbunyi :
Bermaksud :
“Dari ‘Aisyah, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : Mana-mana
perempuan yang menikahkan dirinya tanpa kebenaran walinya,
maka nikahnya batal, nikahnya batal. Jika suaminya telah
menyetubuhinya, maka dia berhak memperolehi maharnya, kerana
14
suaminya telah menganggap halal kehormatannya. Jika pihak wali
enggan menikahkannya, maka hakimlah yang bertindak sebagai
wali bagi seseorang yang tidak ada walinya.”
(Diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, Ibnu Majah, al-Tarmizi)
[30] Dalam kes ini, Mahkamah merujuk Affidavit Keterangan Wali yang menyatakan
bahawa wali kepada Pemohon 2 iaitu Bapa Pemohon 2 pada masa pernikahan
beliau tidak diberitahu oleh Pemohon 1 ataupun Pemohon 2. Pada masa
pernikahan tersebut berlangsung, wali berada di di rumahnya iaitu di Kelantan.
Sementara pernikahan berlangsung di Gopeng, Perak.
[31] Perpindahan Wali daripada Wali Mujbir kepada Wali Hakim juga tidak
sepatutnya wujud kerana Mahkamah mendapati bahawa sewaktu pernikahan
berlangsung Wali Mujbir Pemohon 2 masih hidup dan berada di dalam negara ini.
Tambahan pula, pernikahan tersebut juga dilangsungkan di dalam negara ini.
Walaupun jarak diantara Tumpat, Kelantan di mana Wali berada dengan Gopeng,
Perak di mana pernikahan berlangsung telah melebihi dua marhalah (lebih 90
kilometer) namun, Mahkamah mendapati status jurunikah yang didakwa sebagai
Wali Hakim oleh Pemohon-pemohon adalah tidak sah kerana Wali Hakim yang
dilantik perlulah mendapat tauliah daripada Pemerintah atau Institusi Agama
sesebuah negara itu.
[32] Berkenaan perkara ini, Mahkamah merujuk kepada Kitab Fiqh al-Islami Wa
Adillatuhu, Juzu’ 7, hlm. 206 menjelaskan seperti berikut :
15
Bermaksud :
“Susunan kedudukan wali di sisi Mazhab Shafie ialah seperti berikut :
bapa, persaudaraan, bapa-bapa saudara sebelah bapa, orang yang
memerdekakan hamba kemudian pemerintah (sultan). Ertinya, pertama
bapa, datuk, bapa kepada datuk sehingga ke atas, kemudian saudara
lelaki seibu sebapa, kemudian saudara lelaki sebapa, kemudian anak
lelaki kepada saudara lelaki seibu sehingga ke atas, kemudian bapa
saudara sebelah bapa, kemudian semua ahli ‘asabah daripada kerabat
seperti dalam pewarisan.”
[33] Selain itu, berdasarkan rujukan dari kitab yang sama seperti di atas di halaman
218 menjelaskan bahawa :
Bermaksud :
“Ulama’ Shafie berpendapat pada pendapat yang asah
mengatakan bahawa jika wali yang terdekat dari segi keturunan
ghaib hingga dua marhalah, yakni dia berada di tempat yang jarak
jauhnya membolehkan seseorang itu solat qasar dan dia tidak
mewakilkan kepada orang yang hadir dalam negeri tempat walinya
berada, maka sultan dalam negeri itu atau naibnya berhak
mewalikan perkahwinan. Ia tidak diberikan kepada sultan di
tempat lain dan bukannya wali ab’ad yang memegang kuasa
mengahwinkan waliannya adalah haknya. Apabila dia tidak boleh
menyempurnakan hak itu, maka hakim mengambil alih untuk
16
menjalankan haknya. Jika wali itu ghaib dan berada di tempat
yang jaraknya kurang daripada dua marhalah, maka tidak boleh
dikahwinkan waliannya melainkan dengan keizinannya mengikut
pendapat yang asah kerana tempat dia berada tidak jauh. Oleh itu,
hendaklah dirujukkan kepadanya supaya wali itu hadir
mengahwinkan waliannya atau mewakilkan kedudukannya sama
seperti orang yang bermukim.”
[34] Mahkamah juga mendapati bahawa tiada lafaz wakil wali (wakalah wali) daripada Wali Mujbir kepada jurunikah kerana wali di dalam keterangannya jelas menyatakan bahawa dia tidak mengetahui tentang pernikahan sehinggalah diberitahu oleh Pemohon 2. Jurunikah yang didakwa oleh Pemohon-pemohon sebagai Wali Hakim juga adalah jurunikah yang tidak bertauliah dan kenyataan ini disokong oleh Surat Pengesahan Pernikahan yang dikeluarkan oleh Pejabat Agama Islam Kampong Gajah bertarikh 23hb. Oktober 2012 yang mengesahkan bahawa Surat Perakuan Nikah No.:009767 yang telah dikeluarkan pada 27hb. Mac 2005 adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan oleh mana-mana Penolong Pendaftar di Kariah dalam daerah itu. Ibnu Qudamah di dalam Kitab al-Mughni, Juzu’ 7, halaman 17 menyatakan bahawa :
السلطان يف والية النكاح هو اإلمام أو احلاكم أو من فوضا إليه ذلك
Bermaksud : “Sultan dalam perwalian nikah adalah pemimpin, hakim atau orang yang ditauliahkan untuk menangani masalah pernikahan.”
[35] Di negara kita, pemerintah atau Sultan negeri-negeri telah melantik Pendaftar dan
Penolong Pendaftar di Pejabat Agama Islam Negeri sebagai petugas rasmi yang menguruskan hal berkaitan pernikahan. Sehingga dalam hal ini Pendaftar dan Penolong Pendaftar di Pejabat Agama Islam Negeri merupakan Wali Hakim yang berhak menjadi wali pernikahan, ketika wali kerabat tiada atau terjadinya persengketaan. Maka, sesiapa yang tidak dilantik sebagai Pendaftar dan Penolong Pendaftar di Pejabat Agama Islam Negeri atau yang sepadan dengannya dalam hirarki pemerintahan, dia tidak boleh dilantik sebagai Wali Hakim.
17
[36] Oleh yang demikian, Mahkamah mengesahkan bahawa rukun nikah yang ketiga
berkaitan dengan Wali di dalam pernikahan ini adalah tidak sah di sisi Hukum Syarak.
Rukun Keempat : Saksi
[37] Pemohon 1 dan Pemohon 2 di dalam Affidavit permohonan mereka menyatakan
bahawa saksi yang mengesahkan pernikahan mereka adalah Abdul Ghani B.
Ismail dan Mohd Animokmin B. Jelani. Nama saksi-saksi ini sepertimana yang
tertera pada Surat Perakuan Nikah yang telah dilampirkan sebagai Ekshibit dalam
Afidavit permohonan Pemohon-pemohon. Mahkamah juga merujuk kepada
keterangan Pemohon 1 pada perbicaraan bertarikh 22hb. Mei 2013, yang mana
Pemohon 1 ada menyatakan bahawa kedua-dua saksi pernikahan tersebut adalah
saudaranya. Kedua-dua saksi adalah warganegara Malaysia yang beragama Islam.
[38] Isu mengenai saksi diterangkan dalam kitab Fiqh al-Manhaji, jilid 2, hlm. 66-67,
ada menyebut matan hadis Rasullullah S.A.W. yang berbunyi:
وماكان غري ذلك فهو باطل, ال نكاح اال بويل وشاهدي عدل
Bermaksud :
“Tidak sah nikah kecuali dengan wali dan dua orang saksi yang
adil, apapun rupa nikah selain memakai wali dan dua saksi yang
adil pasti batal.”
(Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam kitab sahihnya)
[39] Syarat menjadi saksi turut dijelaskan dalam kitab Fiqh Sunnah. Sayyid Sabiq,
Juzu’ 2, hlm. 38, Kaherah : al-Fath li al-I’lam al-‘Arabiy :
18
Bermaksud :
“Apa yang disyaratkan ke atas saksi : adalah berakal sihat,
dewasa dan mendengar lafaz dari kedua-dua pihak yang beraqad
dan memahami bahawa ucapan-ucapan itu maksudnya adalah
sebagai ijab qabul perkahwinan.”
[40] Maka berdasarkan penelitian, Mahkamah berpuashati bahawa rukun nikah
mengenai dua orang saksi dalam pernikahan tersebut adalah memenuhi kehendak
Hukum Syarak.
Rukun Kelima : Sighah
[41] Berdasarkan keterangan Pemohon 1 di dalam perenggan 8 Afidavit
permohonannya serta perenggan 18 Affidavit Tambahannya telah menyatakan
lafaz ijab dilakukan oleh Wali Hakim (jurunikah) yang berbunyi “Aku nikahkan
dikau dengan Azila Binti Ramli dengan mas kahwin RM80.00 tunai”. Manakala
qabul Pemohon 1 adalah seperti berikut “Aku terima nikahnya Azila Binti Ramli
dengan maskahwinnya RM80.00 tunai”.
[42] Mahkamah mendapati bahawa kenyataan Pemohon 1 ini juga selari dengan
kenyataan Pemohon 2 di dalam Affidavit Permohonan Pemohon 2 dan juga
Affidavit Tambahnnya.
[43] Mengenai lafaz aqad yang dipersetujui oleh para fuqaha’ untuk perkahwinan ialah
“Aku Nikahkan” dan “Aku Kahwinkan”. Penerimaan kedua-dua perkataan ini
sebagai lafaz aqad nikah disebabkan perkataan tersebut telah didatangkan sendiri
19
oleh Al-Quran seperti firman Allah s.w.t dalam surah al-Ahzab, ayat 37 yang
berbunyi:
$yγs3≈ oΨ ô_ρy—... ∩⊂∠∪...
Bermaksud : “...Kami kahwinkan engkau dengannya...”
[44] Merujuk kitab Mughni Al-Muhtaj Ila Ma’rifat Ma’ani Alfaz Al-Minhaj, jilid. 5,
hlm. 226, mengenai “sighah” sepertimana berikut :
ا يصح النكاح بإجياب ، وهو ( وقـبول ( ابـنيت مثال إخل ) زوجتك أو أنكحتك ( قـول الويل ) إمن
ن ها إخل ، وحذف المصنف مفعول هذي ) أو نكحت ( ها ) بأن يـقول الزوج تـزوجت (وهو )
ة النكاح لما يشري إليه قـوله ).أو قبلت نكاحها ( الفعلني مع أنه ال بد منه يف صح
Bermaksud :
“Sesungguhnya sah nikah itu dengan ijab iaitu perkataan wali “aku
nikahkan engkau” dengan anak perempuanku sebagai contoh.., dan
qabul iaitu dengan perkataan suami aku nikahi (nya), adapun
pengarang sengaja tidak menyebutkan ‘maf’ul’ (objek) bagi kata
kerja ini, padahal ia hendaklah disebutkan bagi menjadikan nikah
sah berdasarkan isyarat yang ditunjukkan dalam katanya, yakni,
atau “aku terima nikahnya”.
[45] Berdasarkan keterangan Pemohon 1 dan Pemohon 2, Mahkamah berpuashati
bahawa pernikahan tersebut telah memenuhi rukun sighah iaitu ijab dan qabul
seperti mana yang dinyatakan sebelum ini.
20
Konklusi
[46] Oleh kerana salah satu rukun nikah gagal dipenuhi berdasarkan Hukum Syarak,
maka secara tidak langsung ia telah menyebabkan rosaknya (fasid) pernikahan
tersebut. Justeru itu, pernikahan di antara Pemohon 1 dan Pemohon 2 pada 27hb.
Mac 2005 adalah tidak sah dan mereka berdua wajar dipisahkan (faraq).
Persetubuhan yang berlaku antara Pemohon 1 dan Pemohon 2 selepas daripada
pernikahan tersebut adalah wati’ syubhah berdasarkan kepada penulisan Wahbah
al-Zuhaili dalam kitabnya Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu halaman 688 :
Bermaksud :
“Persetubuhan Syubhah ialah hubungan jenis bukan zina dan
tidak berasaskan di atas akad perkahwinan yang sah atau
perkahwinan yang fasid”.
[47] Bagi kes ini, berpandukan kepada ketiadaan perwakilwalian oleh bapa Pemohon 2
dan melihat kepada status jurunikah yang didakwa Wali Hakim adalah tidak
bertauliah semasa majlis akad nikah tersebut, Mahkamah mendapati bahawa
syarat rukun nikah berkaitan dengan wali telah gagal dipenuhi.
Isu Ketiga : Sama ada anak-anak hasil dari pernikahan antara Pemohon 1 dan Pemohon 2
boleh disabitkan nasab kepada Pemohon 1.
[48] Dalam memutuskan isu ini, Mahkamah merujuk kitab Fiqh al-Islami Wa
Adillatuhu karya Wahbah al-Zuhaili di halaman 681 yang menjelaskan bahawa :
21
Bermaksud :
“Adapun sebab-sebab sabit nasab anak di sebelah bapa ialah : 1-
perkahwinan yang sah. 2- perkahwinan yang fasid. 3- Persetubuhan
yang syubhah”.
[49] Dalam peruntukan Seksyen 114 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam
(Negeri Selangor) 2003 memeperuntukkan bahawa :
114. Persetubuhan syubhah
Jika seorang lelaki melakukan persetubuhan syubhah dengan
seorang perempuan, dan kemudiannya perempuan itu
melahirkan seorang anak dalam tempoh antara enam bulan
qamariah hingga empat tahun qamariah selepas persetubuhan
itu, maka lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu.
[50] Seksyen 115 enakmen yang sama juga ada memperuntukkan seperti berikut :
115. Syarat-syarat bagi pengakuan yang sah
Jika seseorang lelaki mengaku seorang lain, sama ada dengan
nyata atau dengan tersirat, sebagai anaknya yang sah, lelaki itu
hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu jika, syarat-syarat
yang berikut dipenuhi, iaitu—
22
(a) tiada seseorang lain disifatkan sebagai bapa anak itu;
(b) perbezaan antara umur lelaki itu dengan umur anak itu
memunasabahkan pertalian antara mereka sebagai bapa dan
anak;
(c) jika anak itu telah akil baligh, di mana dia boleh membuat
keputusan, anak itu telah mempersetujui tentang dia diakui
sebagai anak;
(d) lelaki dan ibu anak itu mungkin boleh disatukan dengan sah
dalam perkahwinan pada masa pembenihan;
(e) pengakuan itu bukannya cuma mengakui anak itu sebagai
anaknya, bahkan mengakui anak itu sebagai anak sahtarafnya;
(f) lelaki itu adalah berkeupayaan membuat kontrak;
(g) pengakuan itu dibuat dengan tujuan semata-mata untuk
memberi taraf kesahtarafan; atau
(h) pengakuan itu adalah jelas maksudnya dan anak itu adalah
diakui sebagai anak kandungnya.
[51] Berdasarkan peruntukan undang-undang di atas, Mahkamah merujuk kepada
pengakuan Pemohon 1 dalam Afidavit permohonan dan Afidavit Tambahannya
yang mengakui bahawa hasil pernikahannya dengan Pemohon 2 telah dikurniakan
tiga orang anak iaitu Nurfilzah Husna Binti Abdullah, Nurul Najwa Binti
Abdullah dan Abdul Fayyadh Bin Abdullah. Di dalam kes Re Wan Abdul Aziz bin
Embong [1416H] JH. JLD. X BHG. I, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi
23
Syariah Terengganu telah merujuk maksud wati’ syubhah di dalam kitab
Bujairimi ala al-Khatib, Juzu’ 3,muka surat 359 seperti berikut yang bermaksud :
“….wati’ syubhah itu seperti dizon bahawa perempuan itu adalah
isteri atau hamba atau wati’ keatas hamba yang disyarikatkan
untuk lelaki itu dengan lain-lain lelaki atau salah seorang
daripada hamba-hamba tersebut, begitu juga jika dilakukan wati’
dengan sebab dimaklumkan kepadanya bahawa perkahwinan itu
sah, sedang sebenarnya perkahwinan tersebut tidak sah.”
[52] Selain itu, Mahkamah juga merujuk kepada kitab karangan Wahbah al-Zuhaili di
halaman 686 – 687 kitab Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu yang jelas menyatakan
bahawa :
24
Bermaksud :
“Perkahwinan yang fasid dalam menentukan nasab adalah sama
seperti perkahwinan yang sah, kerana langkah berjaga-jaga dalam
menentukan nasab demi untuk masa depan kehidupan anak dan
demi penjagaannya. Syarat bagi menentukan nasab dengan sebab
perkahwinan fasid ada tiga :
1- Suami terdiri daripada orang yang boleh menghamilkan iaitu
baligh di sisi ulama’ Maliki dan Shafie; balighn atau remaja di sisi
ulama’ Hanafi atau Hanbali.
2- Berlaku persetubuhan dengan perempuan ataupun khalwat pada
pendapat ulama’ Maliki. Jika tiada persetubuhan atau khalwat
selepas perkahwinan fasid maka tidak sabit nasab anak kerana
khalwat pada permulaan perkahwinan fasid adalah sama seperti
khalwat pada perkahwinan yang sah kerana berpeluang melakukan
persetubuhan. Ulama’ Hanafi mensyaratkan berlaku persetubuhan
sahaja. Khalwat tidak memadai untuk menentukan nasab dengan
sebab perkahwinan yang fasid kerana tidak dihalakan
persetubuhan antara lelaki dan perempuan.
3- Perempuan melahirkan anak selepas enam bulan atau lebih dari
tarikh persetubuhan atau khalwat di sisi ulama’ Maliki dan dari
tarikh persetubuhan di sisi ulama’ Hanafi. Jika perempuan
melahirkan anak sebelum masa berlalu enam bulan dari tarikh
persetubuhan dan khalwat, maka tidak disabitkan nasab daripada
lelaki itu kerana iai menunjukkan bahawa dia telah hamil sebelum
bersetubuh dan ia dalah anak daripada lelaki yang lain. Jika
sebalinya berlaku maka sabit nasab anak daripada suami melalui
perkahwinan yang fasid.”
25
[53] Mahkamah telah membuat penelitian pada dokumen Sijil Kelahiran anak pertama
Pemohon-pemohon iaitu Nurfilzah Husna Binti Abdullah yang dilahirkan pada
31hb. Oktober 2005 dan tarikh pernikahan Pemohon-pemohon pada 27hb. Mac
2005 adalah menunjukkan bahawa anak sulung mereka lahir selepas enam bulan
daripada tarikh pernikahan.
[54] Oleh yang demikian, Mahkamah mensabitkan nasab anak-anak yang lahir dari
pernikahan tersebut kepada Pemohon 1 berdasarkan Hukum Syarak dan
peruntukan undang-undang.
Keterangan Dokumentar dan Iqrar.
[54] Di samping itu, Mahkamah juga ingin mengulas isu berkenaan keterangan
dokumentar yang telah dikemukakan oleh Pemohon-pemohon kepada Mahkamah
iaitu dokumen berkenaan Surat Perakuan Nikah yang diterima oleh Pemohon-
pemohon selepas pernikahan pada 27hb. Mac 2005.
[55] Berdasarkan peruntukan Seksyen 48 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah
(Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan bahawa :
48. Pembuktian kandungan dokumen.
Kandungan dokumen boleh dibuktikan sama ada dengan
keterangan primer atau dengan keterangan sekunder.
[56] Mahkamah meneliti pengakuan Pemohon-pemohon di dalam Afidavit Tambahan
mereka yang menjelaskan bahawa Sijil Perakuan Nikah yang diperolehi oleh
Pemohon-pemohon adalah palsu dan pernikahan tersebut adalah dijalankan secara
26
sindiket dengan mengemukakan kepada Mahkamah Surat Pengesahan Sijil
Perakuan Nikah bertarikh 23hb. Oktober 2012.
[57] Seterusnya, Mahkamah mendapati tiada bantahan fakta mengenai pengakuan
(iqrar) Pemohon 1 dan Pemohon 2 berkenaan pernikahan tersebut yang pada
awalnya diyakini sah oleh pihak-pihak tetapi sebenarnya adalah tidak sah.
Makan, Mahkamah menerima iqrar tersebut berdasarkan kepada peruntukan
Seksyen 17 Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003
iaitu :
Iqrar ditakrifkan.
(1) Iqrar ialah suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang,
secara bertulis atau lisan atau dengan isyarat, menyatakan
bahawa dia mempunyai obligasi atau tanggungan terhadap mana-
mana orang lain berkenaan dengan sesuatu hak.
(2) Apa-apa iqrar hendaklah dibuat—
(a) di dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau
(b) di luar Mahkamah, di hadapan dua orang saksi lelaki
yang aqil, baligh dan ‘adil.
(3) Sesuatu iqrar yang berhubungan dengan apa-apa fakta
persoalan atau fakta relevan ialah qarinah.
27
Keputusan
Setelah Mahkamah meneliti Permohonan Pindaan dan Afidavit Tambahan Pemohon 1
dan Pemohon 2 yang bertarikh 10hb. April 2013 serta Afidavit Pemohon-pemohon
bertarikh 28hb. Oktober 2011 dan setelah mendengar keterangan – keterangan lisan
pihak-pihak, maka Mahkamah berpuashati dan memerintahkan seperti berikut :
1) Mahkamah mensabitkan pernikahan antara Pemohon 1 dan Pemohon 2 pada 27hb.
Mac 2005 adalah pernikahan yang fasid dan tidak sah mengikut hukum syarak.
2) Mahkamah memerintahkan agar pernikahan antara Pemohon 1 dan Pemohon 2
difaraqkan mulai dari hari ini.
3) Persetubuhan antara Pemohon 1 dan Pemohon 2 selepas pernikahan pada 27hb. Mac
2005 adalah persetubuhan yang diragui (wati’ syubhah).
4) Mahkamah mengesahkan anak-anak yang lahir daripada pernikahan tersebut iaitu :
4) Nurfilzah Husna Binti Abdullah (No. Daftar S/K : CK 79363)
5) Nurul Najwa Binti Abdullah (No. Daftar S/K : CK 79364)
6) Abdul Fayyadh Bin Abdullah (No. Daftar S/K : CI 06288)
Boleh dinasabkan kepada Pemohon 1 dan disifatkan sebagai anak sah taraf.
Disediakan oleh:
(Y.A Salehan bin Haji Yatim)
Hakim MTS
Bertarikh : 8.4.2014