Panduan Kesiapsiagaan & Tindakbalas Bencana Banjir Untuk ...
88887132 Pola Tindakbalas Kardiovaskular
Transcript of 88887132 Pola Tindakbalas Kardiovaskular
Sistem kardiovaskular adalah suatu
sistem organ yang berfungsi
memindahkan zat ke dan dari sel.
Sistem ini juga menolong menstabilkan
suhu dan pH tubuh.
Tiga jenis sistem kardiovaskular :
tanpa sistem sirkulasi
sistem sirkulasi terbuka
sistem sirkulasi tertutup.
Komponen dalam kardiovaskular
terdiri daripada jantung,paru-paru,
salur darah, darah dan otot
Merupakan komponen yang
terpenting dalam profil fisiologi
manusia. Juga dikenali sebagai
VO2max (didefinisikan sebagai
kapasiti penggunaan oksigen yang
maksimum oleh badan semasa
melakukan aktiviti fizikal)
Kecergasan kardiovaskular berkaitan dengan
daya tahan kardivaskular, kecergasan
respiratori, kecergasan aerobik.
Semua ini merupakan aspek kecergasan
terpenting.
Asas kepada sebarang aktiviti fizikal juga faktor
utama yang boleh mengurangkan risiko individu
dari penyakit kardiovaskular.
Didefinisikan sebagai keupayaan jantung,
saluran darah dan paru-paru mengedar oksigen
ke otot-otot secara berterusan dalam jangka
masa yang lama semasa melakukan aktiviti
fizikal.
Berkaitan dengan efisiensi dan keupayaan
system kardiovaskular mengepam dan
menyalurkan darah beroksigen ke seluruh tubuh
secara berterusan bagi membolehkan seluruh
anggota tubuh bekerja dalam tempoh masa
yang panjang.
Pelari pecut memerlukan ketahanan kardiovaskular
yang tinggi untuk masa yang singkat.
Pelumba basikal jarak jauh memerlukan ketahanan
kardiovaskular yang stabil sepanjang kayuhan.
Perenang memerlukan ketahanan kardiovaskular
yang tinggi dan stabil untuk mengawal penafasan
dan suhu badan didalam air.
Bagi ahli sukan bina badan, pembentukan otot tidak
akan terhasil dengan
mengangkat berat atau bebanan sahaja, malah
pembakaran lemak badan juga perlu dibantu
dengan senaman kardiovaskular.
Senaman yang sesuai untuk melatih sistem ini
ialah :
Latihan di pusat gymnasium adalah antara yang
terbaik untuk melatih sistem kardiovaskular.
Latihan angkat berat yang berbeza mengikut
bahagian badan tertumpu sama ada lengan,
kaki, bahu dan lain-lain lagi, amat baik untuk
mendapat kebaikan keseluruhan.
Mulakan dengan yang tidak terlalu berat untuk
menguji tahap ketahanan badan agar tidak
berlaku kecederaan.
Berat latihan boleh ditambah tetapi adalah lebih
baik memilih untuk melakukan latihan yang agak
lama. Terlalu berat boleh memenatkan dan
memendekkan masa latihan.
Ketahanan fizikal, denyutan nadi dan jenis
sukan diceburi perlu dititik beratkan dalam
memilih corak latihan dan masa diperlukan.
Latihan begini amat baik kerana mengabungkan
kekuatan fizikal, pengawalan nafas, melatih
jantung untuk menstabil denyutan, sistem
rembesan peluh dan melatih agar stamina
berpanjangan.
Thombosis koronar - pembentukan atau
kewujudan darah beku pada saluran darah di
dalam jantung.
Serangan jantung - tekanan berpanjangan
mempercepat serangan, menyebabkan
kolesterol dan unsur-unsur lemak berkumpul
dengan sendiri di dinding arteri secara
berlebihan hingga menghalang arteri ini.
Ritma jantung tidak normal.
Jika terjadi luka dan berlaku pendarahan
berlebihan. Badan akan menghantar tanda
amaran seperti rasa sejuk, berpeluh, tekanan
darah rendah, darah dan oksigen kurang dialir
ke peluruh badan, kencing sedikit, bemafas
pantas dan tercungap-cungap, ia tanda
membimbangkan. Jika tidak mendapat rawatan
segera, kemungkinan berlaku kematian.
Sama ada sihat atau sakit, tubuh kita sentiasa
berada dalam satu tahap tegangan. Tegangan
membawa kesan buruk apabila kita sakit atau
menghadapi trauma. Ia juga boleh membawa
maut.
Apabila tubuh mengalami tegangan, badan
menunjukkan rasa tidak selesa yang memaksa
kita berbaring. Ini rawatan semula jadi dan amat
berkesan memulih tegangan jasmani.
Sistem peredaran terdiri daripada siri-
siri saluran yang rumit dan sesuai
untuk mengangkut serta
mengagihkan darah ke tisu-tisu.
Salur darah yang mengangkut darah
beroksigen keluar dari jantung
dipanggil arteri manakala salur darah
yang membawa darah nyahoksigen
balik semula ke organ jantung
dipanggil vena
Kitaran pulmonari Kitaran sistemik
Darah dipam dari jantung ke
paru-paru dan kembali
semula kejantung.
Darah beroksigen diangkut
dari jantung ke bahagian
badan yang lain dan kembali
semula ke jantung
Jantung – Peparu - Jantung
Jantung – bahagian badan
yang lain - jantung
Darah terdeoksigen yang
diangkut dari seluruh badan
ke dalam autrium kanan
jantung melalui vena kava
akan masuk ke dalam
ventrikel kanan.
Darah beroksigen dari
peparu yang memasuki
autrium kiri di pam ke
ventrikel kiri.
Dari ventrikel kanan, darah
dipam ke peparu melalui
arteri pulmonari
Dari ventrikel kiri, darah
seterusnya dipam keluar
dari jantung ke dalam
aorta.
Aorta akan menghantar
darah beroksigen ke
semua bahagian badan.
Darah beroksigen kemudian
di angkut balik ke autrium
kiri jantung oleh vena
pulmonari.
Pertukaran gas dan bahan
berlaku di tisu badan.
Darah yang terdeoksigen
kemudian diangkut kembali
ke autrium kanan jantung
melalui vena kava.