83b.penuaian padi

5
2. Musim Menuai Dalam masyarakat petani tradisi, musim ini dikenali juga sebagai musim mengerat. Musim ini kebiasaannya jatuh pada musim kemarau. Bagi mendapatkan hasil padi, be-berapa kaedah tradisi telah digunakan seperti mengetam dan mengerat. Kaedah ini merupakan satu proses untuk mendapatkan buah padi. Kerja-kerja ini dijalankan oleh petani terutama kaum wanita secara berderau (gotong-royong) atau mengambil upah. A. Mengetam Gemal padi Tangkai-tangkai padi diketam akan dihimpun dan dijadikan gemai. Gambar menunjukkan kerja-kerja mengetam padi dan membuat gemal-gemal padi sedang dilakukan. Kerja mengerat padi Pisau Mengerat Padi C. Menghirik (Mengirik) Padi 1 Kaedah ini menggunakan sejenis alat yang dibuat daripada kayu dan mempunyai mata di atasnya yang dikenali sebagai "renggam". Alat ini diguna-kan untuk memotong tangkai padi yang masak untuk dijadikan gemal (gemai) padi. Ia akan di- gunakan untuk mengetam buah padi terutama padi huma atau bukit. Padi yang terpilih ini boleh-lah disimpan untuk dijadikan beras atau benih. Renggam B. Mengerat atau Memotong Padi Kaedah ini dijalankan dengan meng-gunakan pisau mengerat. Batang pokok padi akan dipotong dan kemudiannya dihimpun untuk dijadi-kan "kedap". Pisau mengerat diperbuat daripada besi dan matanya bergerigi serta berhulukan kayu. Bentuknya me-lengkung

Transcript of 83b.penuaian padi

Page 1: 83b.penuaian padi

2. Musim Menuai

Dalam masyarakat petani tradisi, musim ini dikenali juga sebagai musim mengerat. Musim ini kebiasaannya jatuh pada musim kemarau. Bagi mendapatkan hasil padi, be-berapa kaedah tradisi telah digunakan seperti mengetam dan mengerat. Kaedah ini merupakan satu proses untuk mendapatkan buah padi. Kerja-kerja ini dijalankan oleh petani terutama kaum wanita secara berderau (gotong-royong) atau mengambil upah.

A. Mengetam

Gemal padiTangkai-tangkai padi diketam akan dihimpun dan dijadikan gemai. Gambar menunjukkan kerja-kerja mengetam padi dan membuat gemal-gemal padi sedang dilakukan.

Kerja mengerat padi

Pisau Mengerat Padi

C. Menghirik (Mengirik) Padi

Proses ini merupakan satu kaedah tradisional untuk meleraikan buah padi daripada tangkainya. Kerja-kerja ini dijalankan setelah selesai kerja-kerja mengetam padi dijalan-kan. Mengikut kaedah ini, gemal-gemal padi akan dihimpun dan diletakkan di atas tikar dan dihirik dengan kaki sambil berjalan berulangkali di atasnya sehinggalah buah padi terlerai.

1

Kaedah ini menggunakan sejenis alat yang dibuat daripada kayu dan mempunyai mata di atasnya yang dikenali sebagai "renggam". Alat ini diguna-kan untuk memotong tangkai padi yang masak untuk dijadikan gemal (gemai) padi. Ia akan di-gunakan untuk mengetam buah padi terutama padi huma atau bukit. Padi yang terpilih ini boleh-lah disimpan untuk dijadikan beras atau benih.

Renggam

Diperbuat daripada besi sebagai mata pemotong, berbadan kayu dan berhulukan buluh bulat.

B. Mengerat atau Memotong Padi

Kaedah ini dijalankan dengan meng-gunakan pisau mengerat. Batang pokok padi akan dipotong dan kemudiannya dihimpun untuk dijadi-kan "kedap".

Pisau mengerat diperbuat daripada besi dan matanya bergerigi serta berhulukan kayu. Bentuknya me-lengkung seperti huruf C dan ia di-gunakan untuk mengerat padi.

Page 2: 83b.penuaian padi

D. Memukul (Membanting) Padi

Proses ini juga merupakan satu kaedah untuk memisahkan buah padi daripada tangkai-nya. Dalam proses ini sebuah tong padi yang di lengkapi dengan sehelai layar yang di-perbuat daripada tikar dan sebuah tangga kecil di dalamnya berserta dengan kayu (buloh) yang mencekangkan layar yang di kenali sebagai "turus layar" akan digunakan. Kedap-kedap padi akan dipukul ke dalam tong padi dan buah padi akan terlerai masuk dan terhimpun di dalam tong tersebut. Buah padi kemudiannya akan diisikan ke dalam guni (karung).

Tong padi dan layar digunakan untuk memukul padi.

Kedap padi diikat sebelum dipukul ke dalam tong.

Memukul padi

Menganginkan padi

Nyiru Kerap digunakan bagi mengasingkan padi berisi dengan hampa padi.

Nyiru Kerap

Digunakan untuk menampi padi bagi mengeluarkan hampa padi.

Kipas Pengangin Dan Penguroi Padi

Untuk mengasingkan antara hampa dengan padi yang elok untuk disimpan atau dijual atau dibuat benih.

2

Menghuroi padi

Dilakukan dengan menggunakan nyiru jarang.

Nyiru Jarang

Ia merupakan anyaman buluh tetapi jarang dan digunakan untuk membersihkan padi.

E. Mengangin atau Menghuroi (Menguroi)

Alat yang digunakan untuk proses ini ialah nyiru jarang yang diikat (gantung) pada tiga batang buluh sebagai penyangga untuk berdiri. Proses ini dijalankan bertujuan untuk membersihkan buah padi daripada daun-daun padi kering (kambu) dan hampa bagi men-dapatkan buah padi yang bersih. Proses ini dijalankan di kawasan tanah lapang dengan menggunakan bantuan angin. Buah padi yang telah siap dihuroi akan dijemur sehingga betul-betul kering supaya tidak

Page 3: 83b.penuaian padi

F. Menyimpan Padi

Buah-buah padi yang telah kering dan bersih kemudiannya akan diisi-kan atau diangkut ke dalam bekas padi (jelapang) manakala gemal-gemal padi pula akan diisi ke dalam kepok (kerubung) yang diperbuat daripada buluh yang selalunya di letakkan berhampiran bekas padi.

Jelapang PadiAlat ini digunakan untuk me-nyimpan buah-buah padi yang telah dibersihkan (dihuroi).

KepokAlat ini berbentuk bulat. Dibuat daripada buluh. Ianya digunakan untuk menyimpan ketul-ketul padi (gemai padi)

G. Penghasilan BerasPenghasilan beras secara tradisional dijalankan dengan menggunakan lesung hindik (lesung kaki), lesung tangan, pengisar dan penampi padi.

Lesung Hindik Kaki

Alat-alat ini digunakan untuk menumbuk buah padi bagi menghasilkan beras. Beras yang dihasilkan bercampur dengan antah , sekam dan lain-lain.

Lesung Tangan

Proses menumbuk padi dengan lesung tangan.

H. MenampiBeras yang telah siap ditumbuk atau dihasilkan melalui proses penghasilan beras tradisi kemudiannya ditampi dengan menggunakan sejenis alat penampi yang di-kenali sebagai "nyiru telor buaya" yang diperbuat dari-pada buluh untuk mengasingkan antah, sekam dan dedak beras bagi menghasilkan beras bersih.

Selain menggunakan kaedah mesin menampi padi, padi yang telah ditumbuk dan dikisar juga boleh di-pisahkan biji beras

dan kulit dengan kaedah menampi menggunakan nyiru atau badang yang diperbuat dari-pada buluh dan berbentuk bulat. Melalui kaedah ini kulit biji padi akan keluar dan yang tinggal

di dalam nyiru tersebut ialah beras.

3

Page 4: 83b.penuaian padi

Peralatan-Peralatan Tradisional Tanaman Padi

A. Alat-alat Untuk Tanaman Padi

1. Tenggala Perlis dan Tenggala China 6. Sisir Panjang (Sisir Kapar)

2. Kuku Kambing 7. Palong

3. Cangkul 8. Tenggiling

4. Tajak 9. Terendak

5. Sisir Besi 10. Pencakar/Pencakar BaraB. Alat-alat Untuk Menuai/Selepas Menuai

1. Tong Pukul Padi, Tangga dan Layar 4. Pengangin Padi/Tikar Mengkuang

2. Ketam (Renggam) 5. Guni/Tali/Jarum

3. Sabit (Berbagai Jenis)C. Alat Proses Padi

1. Lesong Tangan/Halu 3. Nyiru Penampi Padi/Penampi Beras

2. Lesong Kaki/Hindik 4. Pengisar BerasD. Alat Penyimpanan Padi/Beras

1. Kepok/Jelapang Padi 3. Berbagai jenis Tempayan

2. Berbagai jenis GebokE. Alat Pengangkutan Padi

I. Pengangkutan Darat

1. Basikal 4. Anok

2. Motosikal 5. Kereta Lembu

3. Kereta Tolak

II. Pengangkutan Air

1. Sampan/Perahu kecil

F. Alat Menyukat Padi dan Beras

1. Pikul

2. Kilo

4

Gantang, Cupak dan Kepoi

Peralatan ini digunakan untuk menyukat padi dan beras.

Page 5: 83b.penuaian padi

3. Kati

4. Gantang

5. Cupak

6. Kepoi

5