83021234 Folio Projek Kayu
description
Transcript of 83021234 Folio Projek Kayu
ASAS PERTUKANGAN
SPE 1012 2008/2009
FOLIO PROJEK KAYU
Mohd Zulfadly Bin Othman
1 SPA
AP 060110
870309-12-5063
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN
PENGENALAN
ABSTRAK
BAB 1: ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL................................1
1.1.0 ORGANISASI BENGKEL
1.2.0 PENGURUSAN BENGKEL
1.3.0 PENGURUSAN STOK
BAB 2: PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL…………………..……11
2.1.0 PENGENALAN
2.2.0 PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL
2.3.0 JENIS-JENIS KEMALANGAN DI DALAM BENGKEL
2.4.0 PERALATAN KESELAMATAN BENGKEL
2.5.0 ASAS PERTOLONGAN CEMAS
BAB 3: ALATAN TANGAN KERJA KAYU..................................................30
3.1.0 ALAT MENGUKUR
3.2.0 ALAT MENANDA
3.3.0 ALAT MEMOTONG
3.4.0 ALAT MENYANGGA
3.5.0 ALAT MENGETAM
3.6.0 ALAT MENGETUK
3.7.0 ALAT MELUBANG
3.8.0 ALAT MEMUTAR
3.9.0 ALAT MENGIKIR
BAB 4: TANGGAM DALAM KERJA KAYU..............................................100
4.1.0 PENGENALAN
4.2.0 KATEGORI TANGGAM
4.3.0 KONSEP MEMBUAT TANGGAM
4.4.0 JENIS DAN KEGUNAAN TANGGAM
BAB 5: BAHAN PEMASANGAN DAN KELENGKAPAN.........................118
5.1.0 PENGENALAN
5.2.0 PAKU
5.3.0 SKRU
5.4.0 GLU
BAB 6: KEMASAN DALAM KERJA KAYU.................................................123
6.1.0 PENGENALAN
6.2.0 TUJUAN KERJA KEMASAN
6.3.0 BERUS
6.4.0 BAHAN-BAHAN PENGEMAS
BAB 7: PROJEK KAYU....................................................................................146
7.1.0 BAHAN
7.2.0 PERALATAN
7.3.0 LUKISAN KERJA
7.4.0 PROSES KERJA
7.5.0 REFLEKSI
Organisasi Dan Pengurusan Bengkel ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
1
BAB 1 ORGANISASI DAN PENGURUSAN BENGKEL
1.1.0 ORGANISASI BENGKEL
Secara umumnya, organisasi adalah bermaksud ‘kesatuan atau gabungan
merangkumi manusia, alatan, kemudahan-kemudahan dan bahan-bahan yang semuanya
diselaraskan dan disusun secara sistematik untuk mencapai matlamta tertentu.’
Organisasi bengkel dan keselamatan merupakan system pengurusan yang memerlukan
kerjasama diantara guru dan pelajar. Sistem ini dapat menjamin keadaan bengkel yang
teratur dan selamat semasa bekerja.
Organisasi makmal dan keselamatan adalah aspek yang penting dalam
pengurusan bengkel. Dengan adanya struktur organisasi yang lebih baik dan
bersistematik, pengurusan bengkel adalah menjadi lebih mudah dan berkesan. Aspek ini
penting diamalkan kerana:
a) Memastikan setiap tugasan yang di jalankan didalam bengkel berjalan dengan
lancar dan sempurna.
b) Memastikan tugasan bengkel sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih.
c) Memastikan semuakan tugasan makmal dapat dijalankan dengan teratur dan
sistematik mengikut jadual yang telah di tetapkan.
d) Memastikan alat dan kelengkapan berada dalam keadaan teratur,baik,dan tidak
rosak.
e) Mengelakkan daripada berlaku kemalangan semasa berada didalam bengkel dan
ketika menggunakan alatan yang terdapat dalam bengkel.
Organisasi Dan Pengurusan Bengkel ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
2
Berikut adalah organisasi bengkel dan organisasi pelajar:
Organisasi Bengkel
PENGETUA
Penolong Kanan PK1
Ketua Bidang Teknik dan Vokasional
Ketua Panatia
Setiausaha
Stok dan Inventori
Mesin dan Keselamatan
Bekalan Pejabat dan
Bekalan
Pelupusan dan keceriaan
Pembantu Bengkel
Organisasi Dan Pengurusan Bengkel ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
3
Organisasi Peringkat Pelajar
Penyelia Bengkel (guru)
Pembantu Bengkel
Formen (Ketua Pelajar)
Penolong Formen
Kumpulan B Kumpulan C Kumpulan D Kumpulan A
Organisasi Dan Pengurusan Bengkel ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
4
Contoh jadual bekerja di bengkel kayu
Tugas Minggu
1 2 3 4 Menyusun dan memeriksa alatan
A B C D
Menyapu lantai dan membuang sampah
B C D A
Menutup tingkap, suis lampu, kipas dan
memadam papan tulis C D A B
Mengumpul dan meyimpan baki bahan
kerja dan projek D A B C
Organisasi Dan Pengurusan Bengkel ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
5
1.1.1 Bidang Tugas Dan Tanggungjawab
Setiap pihak dalam organisasi mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-
masing untuk dilaksanakan agar pengurusan suatu bengkel dapat dijalankan dengan
sistematik dan berkesan. Antara tugas dan tanggungjawab setiap pihak dalam organisasi
adalah :
Pengetua
a) Bertanggungjawab terhadap pembangunan fizikal, meningkatkan kokurikulum
dan kurikulum serta memastikan perlaksanaannya selaras dengan dasar
Kementerian Pelajaran Malaysia.
b) Hal pengurusan, pentadbiran, kewangan dan keselamatan,
c) Mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar.
d) Memastikan peruntuksn kewangan bengkel digunakan dengan sewajarnya.
Penolong Kanan 1 (Pentadbiran/Kurikulum)
a) Menjalankan tugas pengetua semasa ketiadaannya.
b) Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran,
hubungan masyarakat dan keselamatan.
c) Membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran.
d) Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
Organisasi Dan Pengurusan Bengkel ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
6
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM)
a) Menjalankan tugas-tugas Pengetua semasa ketiadaannya Pengetua dan Penolong
Kanan 1.
b) Bertanggungjawb kepada Pengetua dalam hal-hal kaunseling, keselamatan dan
kebajikan pelajar, buku teks, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah,
koperasi sekolah, kantin sekolah serta penyeliaan asrama.
c) Membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
Ketua Bidang
a) Bertangjawb dalam hal kurikulum dan pentadbiran yang berkaitan dengan
bidangnya.
b) Bertanggunhjawab kepada Pengetua dalam keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran yang berkaitan dengan bidangnya.
c) Mengadakan program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik dan
sahsiah pelajar.
d) Membantu guru-guru di bawah bidangnya dan mempastikan pengajaran dan
pembelajaran berjalan dengan lancar.
Ketua Panitia
a) Mengetuai setiap bahagian bidang mata pelajaran dan pengurusan bengkel.
b) Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa peringkat panitia.
c) Menguruskan bengkel.
d) Menerima borang yang berkaitan dengan pengurusan bengkel.
e) Menyimpam barang.
f) Pengurusan stok dan inventori.
Organisasi Dan Pengurusan Bengkel ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
7
Penyelia Bengkel (Guru)
a) Menyelia bengkel dan memastikan operasi bengkel berjalan dengan lancar.
b) Membantu tugas Ketua Panitia.
Pembantu Bengkel
a) Menyemak stok dan inventori.
b) Menyediakan alatan dan bahan amali.
c) Membantu guru semasa pelajar menjalankan kerja amali.
d) Memastikan bengkel dibuka dan dikunci selepas digunakan.
e) Menyelenggara dan membaik pulih alatan dan mesin.
Formen (Pelajar)
a) Ketua bengkel yang menerima arahan daripada guru.
b) Mengurus dan menyedakan pelajar-pelajar lain untuk melaksanakan kerja
penyusunan dan pembersihan peralatan bengkel.
c) Memastikan pelajar mematuhi peraturan disiplin di dalam bengkel.
d) Melaporkan dengan segera kepada guru jika berlaku sebarang masalah dan kes
kemalangan.
Penolong Formen
a) Membantu tugas-tugas formen.
Organisasi Dan Pengurusan Bengkel ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
8
1.2.0 PENGURUSAN BENGKEL
Pengurusan pula adalah satu aktiviti perancangan dn pergerakan atau panduan
oleh sesebuah organisasi atau institusi berhubung dengan segala kaedah, peraturan,
tanggungjawab, dan tugas individu. Ia juga sebagai satu proses social menetukan
tanggumgjawab untuk kecekapan atau kekesanan perancangan dan pengendalian
sesuatu tugas yang dilaksanakan.
Tujuan pengurusan bengkel yang berkesan adalah :
a) Merancang meningkatkan pengurusan bengkel yang sistematik, efisyen dan
produktif berteraskan konsep tanpa cacat.
b) Mewujudkan keselamatan bengkel, alatan dan bahan.
c) Mengelakkan pembaziran bahan dan menjimatkan masa kerja.
d) Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bengkel
yang kondusif lagi selamat.
e) Menghasilkan produk yanglebih bermutu, menjimatkan bahan dan masa yang
diperlukan untuk melaksanakan kerja amali seperti yang dirancang.
f) Menerapkan nilai-nilai murni di kalangan pelajar.
g) Mencegah daripada berlakunya kemalangan ketika melakukan kerja amali.
1.3.0 PENGURUSAN STOK
Selain pengurusan dalam organisasi, pengurusan stok juga harus dilaksanakan.
Antara sistem yang perlu ada dalam pengurusan stok ialah :
a) Sistem peminjaman dan pemulangan alatan.
b) Sistem rekod kecederaaan dan kemalangan.
c) Sistem penggunaan bengkel dan mesin-mesin.
d) Lain-lain sistem yang difikirkan perlu dan sesuai.
Organisasi Dan Pengurusan Bengkel ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
9
Terdapat beberapa elemen yang perlu dititikberatkan dalam pengurusan stok
iaitu
penyimpanan stok, pengeluaran stok, pemeriksaan stok, dan penyelenggaraan alatan.
1.3.1 Pengeluaran Stok
a) Barang-barang hendaklah dikeluarkan hanya atas permintaan dari guru-guru
atau kakitangan yang diberi kuasa sahaja. Pengeluaran barang-barang hendaklah
mengikut keperluan semasa.
b) Pengeluaran barang-barang hendaklah dicatatkan dalam buku stok pada hari
dikeluarkan dan hendaklah ditandatangani oleh penerima.
c) Barang-barang yang telah dikeluarkan tetapi tidak digunakan hendaklah
dikembalikan ke stor dan dimasuk kira dengan stok yang belum digunakan.
d) Catatan hendaklah dibuat di dalam buku stok.
1.3.2 Pemeriksaan Stok
a) Pengetua hendaklah memastikan bahawa baki stok fizikal adalah sama seperti
baki yang tercatat di dalam buku stok dengan menjalankan pemerikasaan stok
dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, pemeriksaan stok hendaklah
dibuat sekurang-kurangnya dua kali setahun.
b) Pemeriksaan stok bertujuan untuk memastikan stok masih boleh digunakan.
Stok yang tidak boleh digunakan lagi hendaklah dihapus kira. Sekiranya selepas
pemeriksaan stok terdapat kehilangan stok atau kekurangan yang tidak dapat
dikesan atau dicari, perkara ini hendaklah dilaporkan kepada Ketua Jabatan
supaya tindakan susulan dapat diambil.
Organisasi Dan Pengurusan Bengkel ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
10
1.3.3 Penyelenggaraan Stok
a) Sekiranya alatan tangan telah selesai digunakan ianya perlu diselenggara untuk
memanjangkan tempoh hayatnya.
b) Alatan-alatan yang rosak juga perlu diperbaiki untuk mengelakkan kemalangan
dan kecederaan kepada penggunanya.
c) Bagi mesin-mesin yang terdapat di dalam bengkel kayu sekiranya berlaku
kerosakan atau memerlukan penyelenggaraan di pusat servis maka catatan
menyelenggara perlu dicatatkan di dalam kad butir-butir penyelengaraan harta
modal dengan memenuhkan butir-butir seperti tarikh, butir-butir servis
pembaikan, nama tempat pusat servis serta kosnya.
d) Sesuatu harta modal perlu dilupuskan dari stok sekiranya ia tidak boleh
digunakan akibat rosak teruk, tidak ekonomik untuk diperbaiki, lebih had
tempoh hadnya, lusuh, buruk, dan cacat.
1.3.4 Penyimpanan Stok
a) Barang-barang yang diterima hendaklah disimpan dengan teratur mengikut jenis
dan di tempat yang selamat.
b) Stok yang belum digunakan hendaklah diasingkan daripada stok yang telah
digunakan atau rosak.
Peraturan Keselamatan Bengkel ______________________________________________________________________
___________________________ Folio Kerja Kayu
11
BAB 2 PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL
2.1.0 PENGENALAN
Sebelum kita memasuki bengkel atau makmal maka perlukan kita mengetahui
tentang keselamatan di dalam bengkel atau makmal tersebut. Pada peringkat awal,
pensyarah akan menerangkan peraturan keselamatan kepada pelajar-pelajar.
Peraturan keselamatan dalam bengkel haruslah dipelajari dari semasa-ke
semasa. Sewaktu kita bekerja maka perlukan kita berwaspada bagi menggelakkan satu
kejadian yang tidak diinginan berlaku.
Punca-punca keselamatan yang berkaitan dengan alat-alat, perlulah dikenalpasti
dan tabiat kerja yang baik serta selamat perlulah diamalkan selalu. Demikian juga bagi
membolehkan semua kerja-kerja atau peralatan berkeadaan baik.
Setiap kerja yang dilakukan di dalam bengkel mesti dilaksanakan dengan
mempertimbangkan keselamatan diri sendiri dan juga orang lain yang berada di
persekitaran kita.
Peraturan Keselamatan Bengkel ______________________________________________________________________
___________________________ Folio Kerja Kayu
12
2.2.0 PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL
Terdapat tiga bahagian yang penting dalam aspek keselamatan di bengkel.
Antaranya ialah:
a) Keselamatan bengkel
b) Keselamatan alatan
c) Keselamatan diri
2.21 Peraturan Am Bengkel
a) Bengkel hendaklah sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan teratur.
b) Tempat khas disediakan untuk menyimpan alatan.
c) Hendaklah memastikan semua alat kawalan dan perlindungan elektrik di
bengkel berfungsi dengan baik.
d) Laporkan kepada guru sekiranya terdapat satu keadaan bahaya.
e) Pastikan semua suis di tutup ketika meninggalkan bengkel.
f) Tidak bermain di bengkel.
g) Tidak menumpahkan minyak di atas lantai.
h) Memastikan bengkel dibekalkan dengan alat pemadam api.
i) Memastikan bengkel sentiasa cerah dan mempunyai pengudaraan yang baik.
j) Memastikan bengkel dibekalkan dengan peti pertolongan cemas.
k) Sentiasa peka dan mematuhi perturan yang ditetapkan.
l) Sentiasa bersikap bertimbang rasa dan sentiasa membantu rakan sekerja atau
sekelas.
m) Menyediakan peralatan yang berkaitan sahaja dengan kerja amali yang
dilakukan.
Peraturan Keselamatan Bengkel ______________________________________________________________________
___________________________ Folio Kerja Kayu
13
n) Hendaklah melaporkan dengan segera kepada guru jika terdapat alatan dan
mesin yang digunakan rosak dan merbahaya kepada orang lain jika digunakan.
o) Kesemua jenis alat yang tajam hendaklah dibawa dengan matanya sentiasa
menghala ke arah bawah.
p) Membawa barang yang merbahaya atau yang panjang melalui laluan yang luas
supaya tidak merbahaya kepada diri sendiri, orang lain dan objek itu sendiri.
2.2.2 Perturan Keselamatan Alatan.
a) Pastikan alatan dalam keadaan selamat sewaktu digunakan.
b) Gunakan alatan yang sesuai dengan kerja yang dilakukan.
c) Bersihkan alatan yang telah digunakan.
d) Laporkan kepada guru sekiranya alatan yang digunakan itu rosak, hilang,
dan berbahaya untuk digunakan.
e) Menyimpan semua kayu yang tidak digunakan untuk projek dalam stor selepas
habis kerja.
f) Menyimpan barang-barang yang mudah terbakar di tempat yang selamat.
2.2.3 Peraturan Keselamatan Diri.
a) Hendaklah sentiasa mematuhi peraturan bengkel.
b) Hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan rawatan asas pertolongan
cemas.
c) Laporkan kepada guru serta-merta sekiranya berlaku kemalangan.
d) Pemakaian seperti jaket, tali leher, barang-barang kemas perlu dielakkan
semasa melakukan kerja-kerja bengkel.
e) Seseorang yang berambut panjang perlu mengikat rambutnya.
f) Baju berlengan panjang perlu digulung hingga ke siku
Peraturan Keselamatan Bengkel ______________________________________________________________________
___________________________ Folio Kerja Kayu
14
g) Gunakan kasut sesuai.
h) Beri perhatian kepada kerja dan alat yang digunakan.
i) Jangan melakukan kerja-kerja bengkel dalam keadaan yang penat, mengantuk
atau kurang sihat.
j) Gunakan cermin mata keselamatan dan alat pelindung muka untuk melindungi
mata.
k) Gunakan alat perlindungan telinga ketika menggunakan mesin-mesin elektrik.
l) Gunakan alat penapis habuk ketika berada dalam bengkel kayu.
m) Menutup suis setiap kali hendak membuat penyesuaian.
n) Mendapatkan kebenaran daripada guru sebelum menggunakan mesin.
2.3.0 JENIS-JENIS KEMALANGAN DI DALAM BENGKEL
Terdapat pelbagai jenis kemalangan yang boleh berlaku di dalam bengkel. Berikut
adalah contoh-contoh yang boleh menjadi punca kepada kemalangan semasa berada di
dalam bengkel:
a) Tabiat cuai dan tidak mengambil berat tentang peraturan keselamatan.
b) Pakaian yang dipakai tidak sesuai dengan keadaan kerja di bengkel.
c) Amalan kerja yang tidak betul adalah mengundang faktor kemalangan.
d) Pergerakan yang tidak sepatutnya dilakukan ketika berada di
bengkel.Contohnya bergurau-senda dengan rakan-rakan,berlari-lari dan
sebagainya.
e) Suasana tempat kerja tidak sesuai dengan kerja yang dilakukan
Peraturan Keselamatan Bengkel ______________________________________________________________________
___________________________ Folio Kerja Kayu
15
2.3.1 Kebakaran
Api merupakan bahaya paling serius yang sering dihadapi di bengkel kayu.
Walaupun prosedur dan latihan yang rapi dapat meminimumkan kemungkinan
berlakunya kebakaran, setiap bengkell masih perlu bersedia untuk menghadapi kejadian
kecemasan kebakaran jika ianya berlaku.
Kelas kebakaran
a) Kelas A
• Bahan mudah terbakar atau bahan berserabut seperti kayu, kertas, kain, getah
dan plastik.
b) Kelas B
• Cecair mudah nyala dan mudah terbakar seperti minyak petrol, minyak tanah,
pelarut cat dan pelarut organik biasa yang digunakan di dalam makmal.
c) Kelas C
• Peralatan elektrik seperti perkakasan elektrik, suis, kotak panel, hot plates dan
lain-lain.
• Air ialah bahan pemadam api yang amat bahaya untuk kebakaran kelas C kerana
mempunyai risiko kejutan elektrik.
d) Kelas D
• Bahan logam tertentu mudah terbakar seperti magnesium, titanium, kalium dan
natrium termasuk reagen organologam seperti alkyllitiums, Grignards dan
diethylzinc. Bahan-bahan ini terbakar pada suhu yang tinggi dan memberikan
oksigen yang secukupnya untuk membantu pembakaran.
Peraturan Keselamatan Bengkel ______________________________________________________________________
___________________________ Folio Kerja Kayu
16
Periksa bahaya kebakaran yang mungkin terjadi di bengkel.
• Adakah alat pemadam api tersedia ?
• Adakah anda tahu menggunakannya ?
• Adakah alat pemadam api anda sesuai untuk melawan kebakaran yang akan
dihadapi ?
Pencegahan kebakaran
a) Rancang kerja
• Majoriti kebakaran makmal berpunca dari kesilapan prosedur atau
kelalaian
b) Beri perhatian kepada penjagaan kebersihan
• Jaga ruang kerja supaya tidak berselerak dan bersihkan selalu
• Kosongkan bakul sampah di dalam bengkel pada penghujung hari
c) Beri perhatian kepada amalan keselamatan yang betul
• Perhatian kepada penggunaan alat
• Pakai pakaian bersesuaian dan alat perlindungan diri
• Elakkan bekerja bersendirian
• Adakan pelan kecemasan bertulis
• Adakan latihan kecemasan dan belajar menggunakan peralatan
kecemasan yang disediakan
d) Tahu apa hendak dilakukan apabila berlaku kecemasan
• Tahu di mana barang-barang seperti alat pemadam api terdekat, kotak
penggera kebakaran, pintu keluar, telefon, shower/eyewash, peti
pertolongan cemas dan lain-lain.
Peraturan Keselamatan Bengkel ______________________________________________________________________
___________________________ Folio Kerja Kayu
17
2.4.0 PERALATAN KESELAMATAN BENGKEL
2.4.1 Pengenalan
Di dalam susunan keutamaan mengenai langkah-langkah kawalan yang diambil
untuk keselamatan dan kesihatan di bengkel, kegunaan peralatan keselamatan untuk
mencapai matlamat ini, berada di tahap yang paling rendah berbanding dengan langkah-
langkah kawalan yang lain seperti penghapusan penggunaan bahan-bahan berbahaya
melalui proses-proses baru; penggantian bahan-bahan berbahaya dengan bahan-bahan
yang kurang berbahaya melalui pengubahsuaian proses; pengurangan kegunaan bahan-
bahan berbahaya dan akhir sekali kawalan kejuruteraan seperti peredaran udara,
pengasingan proses dan lain-lain bagi mengurangkan pendedahan.
Peraturan Keselamatan Bengkel ______________________________________________________________________
___________________________ Folio Kerja Kayu
18
2.4.2 Peralatan Keselamatan Diri
Adalah penting untuk mengetahui pelbagai jenis peralatan keselamatan yang ada
dan memahami sepenuhnya penggunaan peralatan keselamatan dan penjagaan peralatan
tersebut.
Cermin Mata Keselamatan
• Cermin mata keselamatan memberikan perlindungan
minimum daripada bahaya yang tidak dijangka
berbanding dengan goggles atau pelindung muka yang
memberikan perlindungan yang lebih kepada mata dan
muka ketika menjalankan kerja-kerja berbahaya.
Pelindung muka
• Pelindung muka boleh memberikan perlindungan yang
lebih kepada mata dan muka dan hendaklah digunakan
pada bila-bila masa sebagai tambahan kepada cermin
mata keselamatan dan goggles.
Sarung tangan
• Terdapat berbagai jenis sarung tangan perlindungan.
Sarung tangan hendaklah selalu dibasuh dan dibersihkan
untuk kerja-kerja bahaya.
• Buka sarung tangan yang dicemari sebelum memegang
pintu almari, paip air, peralatan, botol, suis dan alatkawal
elektrik yang mungkin akan dipegang oleh pekerja lain.
• Jangan berkongsi sarung tangan.
• Sarung tangan yang telah dicemari hendaklah dibuang
selepas diguna dan diganti dengan yang baru.
Peraturan Keselamatan Bengkel ______________________________________________________________________
___________________________ Folio Kerja Kayu
19
Selimut Kebakaran
• Selimut kebakaran digunakan untuk memadam api kecil
atau kebakaran pada pakaian.
• Ia diletakkan di tempat-tempat strategik dan mudah
diambil untuk digunakan.
Kasut
• Kasut yang sesuai hendaklah dipakai.
• Kasut yang terbuka di bahagian hadapan yang
menampakkan jari kaki, sandal, selipar dan kasut kanvas
tidak boleh memberikan perlindungan sepenuhnya kepada
kaki.
Pelindung telinga
• Memberi perlindungan kepada deria pendengaran
daripada bunyi yang boleh merosakkan telinga.
• Kelengkapan ini juga memberi pelindungan pada
bahagian kepala.
Peraturan Keselamatan Bengkel ______________________________________________________________________
___________________________ Folio Kerja Kayu
20
2.4.3 Peralatan Keselamatan Bengkel
Peti pertolongan cemas
Kandungan peti pertolongan cemas
Di mana-mana tempat kerja, perkara paling asas apabila memperkatakan tentang
isu keselamatan ialah sebuah peti pertolongan cemas yang lengkap. Peti ini seharusnya
lengkap dan diletakkan di tempat yang strategik supaya senang diambil oleh sesiapa
yang memerlukannya. Seseorang perlu ditugaskan untuk menjaganya dan menambah
barang yang telah habis digunakan.
Antara kandungan yang seharusnya terdapat di dalam kotak pertolongan cemas
ialah:
a) Akriflavin ( ubat kuning )
b) Ubat pembasmi kuman ( antiseptik )
c) Kapas
d) Pembalut luka
e) Forsep
f) Gunting
g) Plaster luka
h) Pin keselamatan
Peraturan Keselamatan Bengkel ______________________________________________________________________
___________________________ Folio Kerja Kayu
21
Alat Pemadam Api
Terdapat dua jenis alat pemadam api yang sering digunakan di dalam bengkel
kayu iaitu alat pemadam api bahan kimia kering tertekan (Jenis BC atau ABC) dan
karbon dioksida.
Sebagai tambahan, bengkel juga perlu mempunyai alat pemadam api serbuk
kering kelas D untuk digunakan bagi kebakaran logam mudah menyala (satu baldi berisi
pasir kering boleh digunakan, tetapi bengkel perlu ada unit kelas D jika terlibat dengan
logam-logam mudah menyala).
Alat-alat pemadam api berasaskan air adalah tidak dibenarkan untuk digunakan
di dalam bengkel.
Rajah 1
Alat Pemadam Api Bahan Kimia
Kering
Rajah 2
Alat Pemadam Api CO2
Peraturan Keselamatan Bengkel ______________________________________________________________________
___________________________ Folio Kerja Kayu
22
Berikut adalah kegunaan biasa alat-alat pemadam api:
Alat pemadam api air
Alat pemadam api air sesuai digunakan untuk kebakaran kelas A (kertas dan
sebagainya), tetapi tidak untuk kebakaran kelas B, C dan D seperti
kebakaran cecair, elektrik atau bahan kimia reaktif. Dalam kes-kes ini, api
akan merebak atau bahaya akan bertambah.
Alat pemadam api bahan kimia kering
Alat pemadam api bahan kimia kering sesuai untuk kebakaran kelas ABC
dan adalah yang terbaik. Ia mempunyai kebaikan berbanding alat pemadam
api karbon dioksida kerana ia meninggalkan lapisan bahan tidak terbakar di
atas bahan yang dipadamkan yang mana boleh mengurangkan kemungkinan
menyala semula.
Terdapat dua jenis alat pemadam api bahan kimia kering:
i) Alat pemadam api jenis BC mengandungi natrium atau kalium bikarbonat
ii) Alat pemadam api jenis ABC mengandungi ammonium fosfat
Alat pemadam api karbon dioksida
Alat pemadam api karbon dioksida adalah untuk kebakaran kelas B dan C.
Ianya tidak berapa berkesan bagi kebakaran kelas A kerana bahan yang
terlibat selalunya menyala semula. Alat pemadam api karbon dioksida
mempunyai kelebihan berbanding bahan kimia kering kerana ianya tidak
meninggalkan sisa yang berbahaya, pilihan terbaik untuk kebakaran elektrik
ke atas peralatan-peralatan elektrik.
Sila ambil perhatian bahawa alat pemadam api karbon dioksida adalah tidak
sesuai untuk kebakaran yang melibatkan logam mudah menyala seperti
litium alkil dan natrium kerana karbon dioksida akan bertindakbalas dengan
logam-logam tersebut. Alat pemadam api karbon dioksida adalah tidak
Peraturan Keselamatan Bengkel ______________________________________________________________________
___________________________ Folio Kerja Kayu
23
diluluskan untuk kebakaran kelas D.
Alat pemadam api logam/pasir
Alat pemadam api logam/pasir adalah untuk logam mudah menyala
(kebakaran kelas D). Makmal perlu mempunyai unit kelas D yang
diluluskan jika kerja melibatkan logam-logam mudah nyala.
Kebakaran kecil di bengkel boleh dikawal dengan mudah menggunakan alat
pemadam api bahan kimia kering (ABC) atau karbon dioksida.
Cara menggunakan alat pemadam api
P... Pull out safety pin
Cabut kunci picu
A... Aim extinguisher nozzle at the base of the flames
Halakan pemancur alat pemadam api ke pangkal api
S... Squeeze trigger while holding the extinguisher upright
Tekan pemicit semasa memegang alat pemadam api secara menegak
S... Sweep the extinguisher from side to side, covering the area of the fire with
the extinguishing agent
Gerakkan alat pemadam api supaya meliputi kawasan kebakaran dengan
agen pemadam api
Peraturan Keselamatan Bengkel ______________________________________________________________________
___________________________ Folio Kerja Kayu
24
2.5.0 ASAS PERTOLONGAN CEMAS
2.5.1 Pengenalan
Pertolongan cemas adalah bantuan segera yang diberikan kepada orang yang
cedera sebelum golongan profesional seperti doktor atau jururawat mengambil alih.
Kepentingan peranan golongan bukan profesional dalam memberikan rawatan
yang tepat dan cepat kepada mangsa yang cedera, sama ada di rumah atau semasa
bekerja di bengkel tidak boleh dipandang ringan. Seorang doktor tidak selalunya dapat
merawat dengan segera, ia akan mengambil sedikit masa sebelum mangsa yang cedera
dapat menerima bantuan profesional.
Memberi pertolongan cemas yang sempurna memerlukan beberapa kemahiran
asas, pengetahuan, latihan dan kepakaran. Walaupun di bengkel terdapat kumpulan
tertentu yang dilatih khas untuk memberi pertolongan cemas, pihak yang lain di dalam
sesuatu organisasi patut sekurang-kurangnya tahu asas-asas yang perlu dilakukan
apabila berlaku kesakitan atau kecederaan secara tiba-tiba.
Walaupun tindakan pantas adalah sangat penting, terdapat beberapa perkara
yang perlu dipertimbangkan sebelum cuba mengendalikan pertolongan cemas.
a) Berjaga-jaga dengan bahaya di sekeliling anda atau mangsa seperti elektrik, api,
wap dan lain-lain, jika tidak pemberi pertolongan cemas itu sendiri yang akan
mengalami kecelakaan.
b) Bertenang, berfikir dengan jelas dan terus menenangkan mangsa yang cedera
supaya dia berasa yakin dan tidak cemas.
c) Tahu batasan anda – jangan cuba melakukan lebih daripada apa yang anda
ketahui atau lebih daripada yang layak dilakukan.
d) Serahkan kepada golongan profesional untuk mengambil alih sebaik sahaja
mereka sampai. Panggil ambulans atau hantar mangsa yang cedera ke hospital
secepat mungkin, jika perlu.
Peraturan Keselamatan Bengkel ______________________________________________________________________
___________________________ Folio Kerja Kayu
25
2.5.2 Prinsip-prinsip am pertolongan cemas
Prinsip-prinsip am bagi pertolongan cemas pada asasnya adalah sama tanpa
mengira tempat atau persekitaran. Bagaimanapun sesetengah kecederaan lebih
berkemungkinan terjadi di tempat kerja berbanding di rumah atau di jalanraya. Kita
akan bataskan buletin ini kepada kemalangan atau kecederaan yang lebih
berkemungkinan akan berlaku di tempat kerja dan pertolongan cemas berkaitan
yang perlu diberikan.
2.5.3 Asas Rawatan Kemalangan dan Kecederaan
Dalam sebuah bengkel kayu, beberapa kecederaan atau kemalangan tertentu
lebih berkemungkinan untuk berlaku berbanding yang lain. Walaupun langkah berjaga-
jaga telah diambil, seseorang mesti sentiasa bersedia untuk menghadapi kejadian yang
tidak disangka. Kecederaan yang mungkin berlaku termasuklah (tetapi tidak terhad
kepada yang berikut sahaja):
a) Terbakar dan melecur akibat kebakaran atau tumpahan bahan kimia.
b) Kesukaran bernafas akibat kebocoran gas.
c) Keracunan bahan kimia.
d) Luka-luka dan lebam.
Peraturan Keselamatan Bengkel ______________________________________________________________________
___________________________ Folio Kerja Kayu
26
Terbakar dan melecur
Luka dari terbakar (selaran) adalah akibat daripada haba yang kering daripada
kebakaran atau bahan mengkakis; melecur adalah disebabkan oleh haba yang basah
seperti : wap atau cecair panas.
Selaran juga boleh disebabkan oleh sejuk yang keterlaluan seperti: menyentuh
wap-wap beku seperti nitrogen cecair dan karbon dioksida pepejal (ais kering).Objektif
utama apabila merawat kesan selaran atau melecur ialah untuk menghalang renjatan,
mengelakkan jangkitan dan melegakan kesakitan.
Renjatan ialah kekurangan isipadu edaran darah yang kritikal di mana jumlah
yang tinggal tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan tisu badan. Pesakit akan
kelihatan pucat dan kulitnya sejuk dan melekit. Pesakit mungkin berasa cepat loya dan
muntah dengan denyutan nadi menjadi cepat tetapi lemah.
Apa yang perlu dilakukan;
• Hentikan/kurangkan kesan terbakar dengan penyejukan pantas untuk
menghalang kerosakan yang lebih teruk kepada tisu-tisu. Kurangkan bengkak
dan ringankan kesakitan dengan menyiram air sejuk. Dalam kes yang
melibatkan terbakar akibat bahan kimia, kepantasan adalah sangat penting.
Curahkan air sejuk dengan banyak kepada bahagian yang terlibat.
• Untuk kesan selaran di tangan, cuci di bawah aliran air paip, untuk terbakar di
bahagian badan yang lain gunakan pancuran air kecemasan dan untuk mata,
gunakan tempat mencuci mata yang terdapat di makmal.
Peraturan Keselamatan Bengkel ______________________________________________________________________
___________________________ Folio Kerja Kayu
27
• Lindungi bahagian yang terbakar. Kulit terbakar yang terdedah sangat mudah
dijangkiti kuman. Lindungi bahagian yang terlibat sebaik-baiknya dengan
‘sterile burn sheet’. Jika tiada, kain yang bersih dan tidak bulu juga boleh
digunakan.
• Dapatkan bantuan perubatan yang sepatutnya secepat mungkin kecuali terbakar
di permukaan yang sangat kecil.
Apa yang perlu dielakkan;
• Jangan sentuh bahagian yang cedera
• Jangan pecahkan apa-apa kesan melecur yang menggelembung
• Jangan sapu losen, salap atau bahan lemak ke tempat yang cedera.
Kesukaran bernafas
Gangguan kepada proses pernafasan normal mungkin mendatangkan bahaya dan
boleh mengakibatkan lemas. Lemas terjadi apabila udara tidak dapat memasuki paru-
paru akibat terdapatnya benda asing di tekak atau hidung atau disebabkan udara
dipenuhi oleh habuk atau asap.
Di dalam bengkel, punca kesukaran bernafas paling utama ialah akibat sedutan
wasap-wasap sama ada daripada asap atau habuk kayu. Asap atau habuk kayu dalam
ruang yang tertutup boleh melemaskan penyelamat. Oleh itu adalah sangat mustahak
untuk meneliti situasi tersebut sebelum cuba memasukinya. Sentiasa gunakan peralatan
perlindungan sebelum cuba menyelamatkan mangsa yang lemas akibat asap.
Peraturan Keselamatan Bengkel ______________________________________________________________________
___________________________ Folio Kerja Kayu
28
Luka dan lebam
Luka atau luka terbuka ialah satu keadaan apabila kulit terbuka atau terkoyak
dan berlaku kehilangan darah dan bendalir lain melaluinya. Luka juga terdedah kepada
kemasukan kuman ke dalam badan.
Luka tertutup ialah satu keadaan apabila darah terbebas daripada sistem
peredarannya tetapi bukan daripada badan – keadaan ini juga dikenali sebagai
pendarahan dalaman.
Dalam kes bagi mana-mana kecederaan, kebersihan mesti dijaga terutamanya
bagi kecederaan yang melibatkan luka terbuka kerana ia lebih cenderung untuk
dimasuki kuman ke dalam badan yang boleh mengakibatkan jangkitan yang serius
kelak.
Oleh itu setiap orang perlu berhati-hati terhadap sebarang jangkitan yang
mungkin dihidapi oleh mangsa kerana darah daripada luka yang terbuka mungkin
mengandungi kuman.
Lebam terjadi apabila badan terkena hentakan daripada objek yang tumpul.
Kapilari-kapilari darah pecah dan memasuki tisu-tisu, memberikan kesan biru
kehitaman pada permukaan kulit.
Di dalam bengkel, luka biasanya disebabkan oleh objek-objek tajam seperti alat-
alat tangan dan mesin-mesin kerja kayu terutamanya semasa menggunakannya.
Peraturan Keselamatan Bengkel ______________________________________________________________________
___________________________ Folio Kerja Kayu
29
Perkara yang perlu dilakukan:
• Kehilangan darah mesti dikawal dengan menekan luka tersebut.
• Cuci luka dengan air bersih untuk menghalang pencemaran kuman atau bahan
kimia daripada pecahan kaca.
• Bahagian yang cedera perlu ditinggikan untuk mengurangkan aliran darah
keluar dari badan.
• Luka mesti dibalut untuk mencegah jangkitan.
Secara kasar, kemalangan di bengkel seringkali melibatkan kecederaan minor,
bagaimanapun pentingnya rawatan segera dan tepat tidak boleh diabaikan. Walaupun
kemungkinan berlakunya kemalangan yang memerlukan rawatan pertolongan cemas
yang serius seperti CPR (Pemulihan Pernafasan Mulut ke Mulut), rawatan untuk
kecederaan elektrikal, rawatan untuk tulang patah dan retak lebih jarang berlaku, ia
tetap perlu dilakukan bersama-sama oleh orang-orang yang telah menerima latihan
secukupnya.
Sentiasa terdapat beberapa perbezaan pendapat mengenai butir-butir rawatan
untuk setiap kecederaan tetapi prinsip asasnya adalah serupa. Apa yang lebih penting
ialah perlunya ada kesedaran dan pengetahuan dalam pertolongan cemas dan di setiap
tempat kerja harus mempunyai pasukan pertolongan cemas yang terlatih dan
mempunyai peralatan mencukupi untuk menangani apa-apa kecemasan.
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
30
BAB 3 ALATAN TANGAN KERJA KAYU
Pada amnya alatan tangan dalam kerja kayu dapat dikelompokkan kepada
empat kategori utama iaitu :
a) Alat mengukur dan menanda
b) Alat memotong dan menajam
c) Alat mengapit dan menyangga
d) Alat menukul dan memutar
3.1.0 ALAT MENGUKUR
Dalam melakukan kerja kayu, kayu projek hendaklah diukur terlebih dahulu.
Kerja-kerja mengukur merupakan asas dalam pertukangan kayu selepas pemilihan kayu
projek yang betul dijalankan.
Tujuan kerja-kerja mengukur dilakukan adalah supaya projek dapat dihasilkan
dengan ukuran yang tepat tanpa berlaku pembaziran kayu. Antara alat-alat yang
digunakan untuk mengukur adalah seperti pembaris keluli, pita pengukur, sesiku L, dan
pengukur berlipat.
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
31
Pembaris keluli
Pembaris keluli merupakan alat yang digunakan untuk mengukur jarak atau
menghasilkan garis lurus. Dalam kerja-kerja kayu pembaris kebiasaannya digunakan
untuk proses pengukuran dan menguji kerataan kayu.
Pembaris keluli biasanya terdapat dalam pelbagai saiz, antaranya 150mm
(6inci), 300mm (12inci), 600mm (24inci), dan 1m. Permukaan pembarisnya
mempunyai skala pengukuran dalam unit inci dan cm.
Penggunaan pembaris keluli;
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
32
Pita Pengukur
Pita pengukur ialah alat yang digunakan untuk memindahkan ukuran dan
mengukur jarak yang lebih panjang. Panjang pita pengukur adalah antara 2.0m hingga
8.0m dan biasanya diperbuat daripada keluli mudah lentur.
Penggunaan pita pengukur;
Skru pengunci
Bilah pengukur
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
33
Sesiku-L
Sesiku L diperbuat daripada keluli dan bersudut 90°. Saiz sesiku L ditentukan
oleh panjang bilahnya. Pada kebiasaannya saiz bilah antara 6inci hingga 12 inci dan
pemegang antara 4 3/8inci hingga 8inci.
Selain mengukur, alat ini juga mempunyai kegunaan yang lain seperti;
• Menentukan ketepatan sudut 90o
• Menguji kepersegian tepi kayu
• Menguji kerataan permukaan kayu
• Membuat garisan bersudut tepat
Penggunaan sesiku-L
Bilah
Tonggak
Saiz
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
34
3.2.0 ALAT MENANDA
Proses penandaan dalam kerja kayu biasanya adalah untuk memudahkan kerja-
kerja pemotongan, memahat dan sebagainya. Antara alat-alat yang digunakan untuk
kerja-kerja menanda adalah seperti pensel tukang, pisau pananda, tolok penanda,
senggerik dan tolok serong.
Pensel Penanda
Pensel penanda mempunyai segi mata dan badan pensel yang lebih tebal serta
lebar dan permukaannya berbentuk segiempat tepat. Pensel penanda juga mengandungi
grafit yang tebal dan keras.
Terdapat pelbagai jenis pensel yang digunakan dalam kerja kayu;
Pelbagai jenis pensel yang digunakan dalam kerja kayu
Grafit
Pemegang kayu
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
35
Pensel penanda yang digunakan dalam kerja kayu juga terdapat dalam pelbagai saiz dan
gred.
9H 8H 7H 6H 5H 4H 3H 2H H F HB B 2B 3B 4B 5B 6B 7B 8B 9B Keras → Sederhana → Lembut
Penggunaan pensel penanda;
Cara yang betul Cara yang salah
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
36
Pisau Penanda
Pisau ini khas digunakan untuk menanda garisan yang akan dipotong dengan
gergaji atau pahat semasa membuat tanggam. Kayu projek yang ditanda dengan
menggunakan pisau penanda akan memudahkan kerja pemotongan kerana sudah
mempunyai alur atau lekok.
Terdapat pelbagai jenis pisau penanda yang digunakan dalam kerja kayu. Jenis-
jenis pisau penanda yang digunakan adalah bergantung kepada kerja-kerja kayu yang
akan dilaksanakan.
Pelbagai jenis pisau penanda
Penggunaan pisau penanda;
Pemegang Bilah pisau
Skru pelaras
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
37
Tolok Penanda
Tolok penanda digunakan untuk membuat garisan selari dengan muka atau tepi
kayu bagi menandakan ukuran lebar atau tebal kayu. Tolok penanda juga boleh
menghasilkan garis panduan pada kayu untuk memudahkan kerja-kerja mengergaji dan
memahat dalam proses membina tanggam.
Tolok penanda boleh diperbuat daripada kayu atau logam manakala tajinya pula
diperbuat daripada logam yang keras.
Terdapat pelbagai jenis tolok yang digunakan dalam kerja kayu mengikut fungsi yang
tertentu;
• Tolok tanggam
- Digunakan khas untuk membuat garis pemandu
yang selari untuk membina tanggam. Alat ini
mempunyai dua taji yang boleh dilaraskan
mengikut lebar tanggam yang diperlukan.
• Tolok pemotong
- Biasanya alat ini digunakan khas untuk membuat garis
penandaan yang berserenjang dengan alur kayu yang
kasar. Tolok jenis ini juga digunakan untuk memotong
papan yang nipis dan lembut.
Skru pengunci
Pemegang
Kepala
Taji
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
38
Penggunaan tolok penanda;
Membuat garis selari dengan tepi Cara mendapatkan ukuran
kayu
Menghasilkan dua garis yang selari Melaras taji mengikut
menggunakan tolok tanggam. saiz mata pahat.
Menggunakan tolok pemotong untuk membuat
garis panduan berserenjang dengan alur kayu
yang kasar.
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
39
Tolok Serong
Tolok serong ini digunakan untuk menanda atau menguji sesuatu garisan yang
terdiri daripada pelbagai sudut pada tepi kayu serta untuk memindahkan sudut yang
bukan 90°.
Panjang matanya antara 150mm hingga 400mm. Tidak seperti sesiku-L,
sudutnya boleh diubah-ubah dan diketatkan dengan skru pengunci.
Penggunaan tolok serong adalah seperti berikut;
Memindahkan sudut Pelbagai cara menghasilkan sudut 45o
Bilah tonggak
Skru pengunci
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
40
3.1.2 ALAT MEMOTONG
Kerja memotong dilakukan untuk menyediakan kayu projek kepada bentuk dan
saiz yang dikehendaki. Alat-alat yang digunakan untuk proses ini adalah seperti gergaji
kerat, gergaji belah, gergaji puting, gergaji bajang, gergaji tebuk, dan gergaji lengkung
halus.
Gergaji Kerat (Gergaji Tangan)
Fungsi utama gergaji kerat adalah untuk membelah kayu atau mengerat kayu. Ia
juga digunakan khas untuk mengerat secara melintang ira kayu yang tebal walaupun ia
boleh digunakan untuk membelah kayu yang nipis.
Gergaji ini mempunyai panjang antara 24 inci hingga 26 inci dan 5 ½ gigi setiap
inci dan saiznya ditentukan oleh panjang bilahnya. Giginya berbentuk pisau di
hujungnya dan tepi hadapannya bersudut di antara 70° hingga 80° kepada garisan
giginya. Bilangan giginya ialah 5 hingga 9 bilah per 25mm.
Bilah Pemegang
Gigi
Panjang
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
41
Spesifikasi gigi gergaji kerat
Penggunaan gergaji kerat;
Semasa proses mengerat kayu, sudut antara gergaji
dengan permukaan kayu saharusnya bersudut 45o .
• Apabila membelah kayu hendaklah dicondongkan gergaji kira-kira 60o daripada
kayu.
• Kerja mengerat mestilah bermula dengan menarik gergaji ke belakang dan
kemudian menolak pula kehadapan.
• Mata gergaji di condongkan 45 semasa mengerat.
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
42
Gergaji Belah
Gergaji belah adalah gergaji yang digunakan khas untuk membelah kayu yang
tebal iaitu menggergaji di sepanjang ira kayu. Gergaji ini membelah kayu secara
memanjang seperti membelah pantai lantai.
Gergaji belah mempunyai gigi yang bentuknya serupa dengan mata pahat, dan
tepi hadapannya bersudut tepat dengan garisan giginya. Bilangan giginya ialah 3 hingga
6 bilah per 25mm. Saiz gigi ada tiga jenis iaitu kecil, sederhana dan besar, dan
penggunaannya bergantung kepada ketebalan kayu.
Spesifikasi gigi gergaji belah
Pemegang Bilah
Gigi
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
43
Gergaji Puting
Gergaji puting digunakan untuk memotong kayu yang bersaiz kecil dan
mengerat secara lurus untuk membuat tanggam seperti membuat tanggam puting dan
sebagainya.
Gergaji ini juga mempunyai gigi yang kecil, 12 hingga 14 bilah per 25mm.
Panjangnya ialah antara 200mm hingga 450mm. Gergaji puting dikuatkan dengan patil
keluli di belakang matanya manakala pemegang gergaji ialah jenis tertutup.
Penggunaan gergaji puting:
• Sudut yang sesuai bagi kerja pemotongan menggunakan gergaji puting ialah 15°
hingga 20°
Cara memegang kayu dan gergaji puting
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
44
Gergaji Bajang
Gergaji bajang digunakan untuk membuat tanggam yang pemasangannya lebih
ketat dan tepat terutama dalam membuat tanggam bajang. Ia juga membenarkan
pelbagai jenis potongan.
Gergaji bajang mempunyai gigi yang lebih kecil iaitu 18 hingga 22 bagi setiap
inci. Gergaji bajang mempunyai dua bahagian utama iaitu bahagian ‘frame’ atau muka
yang boleh dilaraskan dan bahagian bilah.
Panjang bilah adalah antara 8inci hingga 16inci. Pada bahagian hujung bilah,
terdapat lubang yang membolehkannya bergabung dengan ‘frame’.
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
45
Gergaji Tebuk
Gergaji tebuk digunakan untuk memotong benda kerja yang lurus dan
melengkung di bahagian dalam.
Gergaji tebuk mempunyai mata yang halus dan bentuk yang tirus. Panjangnya
adalah antara 300mm hingga 450mm.
Pemegang Bilah
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
46
Gergaji Lengkung Halus
Gergaji lengkung halus adalah untuk membuat lengkung yang sempit atau
bulatan pada papan nipis pada bahagian dalam dan luar.
Mata gergaji lengkung halus sangat halus dan dipasangkan pada bingkai logam
yang tegap. Mata gergaji ini juga dipasang menghala ke hulu. Panjang matanya ialah
150mm. Gergaji ini juga mempunyai bilah yang kecil.
Cara membuat lengkung menggunakan gergaji lengkung halus
Hulu Bingkai
Mata
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
47
2.5 ALAT MENYANGGA
Antara alat-alat yang digunakan untuk kerja-kerja mengapit dan menyangga
adalah seperti ragum meja kayu, apit G, apit rencong, apit panjang, dan apit pendek.
Ragum Meja Kayu
Ragum meja kayu diperbuat daripada besi tuangan dalam beberapa saiz dan
bentuk. Bahagian asasnya ialah sepasang gigi dilaraskan pada sepasang besi yang
bergear. Permukaan pada giginya dilapikkan dengan sekeping papan untuk menjaga
keselamatan bahagian kerja yang diapitkan supaya tidak tercacat akibat apitan yang
ketat.
Ragum meja kayu
Ragum ini dipasakkan pada meja reja kayu untuk mengapit dan menyangga
bahagian kayu semasa bahagian tersebut dikerjakan. Seperti semasa kerja mengetam,
menggergaji, menggerudi, dan sebagainya. Pengapitan seperti ini mesti dilakukan
supaya bahagian kayu tidak bergerak atau lari semasa dikerjakan. Perbuatan ini
membolehkan kerja dibuat dengan cepat dan sempurna disamping menjaga keselamatan
bagi bahan-bahan, alat-alat, dan juga pekerja-pekerja.
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
48
Ragum meja kayu yang dipasakkan
Apit G
Apit G diperbuta daripada besi tuangan yang berbentuk G dalam beberapa saiz.
Apit ini digunakan untuk mengapit bahagian kerja muka ke muka, kerja-kerja am,
mengikat benda sementara, dan sebagainya.
Apit G
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
49
Apit Rencong
Apit rencong diperbuat daripada aluminium atau besi taungan. Fungsi apit
rencong ialah untuk menetapkan kedua-dua bahagian kayu yang bertanggam rencong
apabila diglu atau dipakukan seperti dalam pemasangan kerangka gambar.
Apit rencong
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
50
Apit Panjang
Apit panjang diperbuat daripada besi tuangan atau aluminium. Apit panjang
terdapat dalam pelbagai saiz panjang. Antaranya ialah 0.6m, 0.9m, 1.2m, 1.5m, dan
1.8m. Jenis apit ini ialah untuk mengapitkan beberapa keping papan semasa diglukan.
Apit panjang
Apit panjang juga digunakan semasa memasang tanggam, pemidang pintu,
tingkap, bagan perabot, dan lain-lain lagi. Apabila melakukan pengapitan, sekeping
kayu hendaklah dilapikkan di antara blok apit dengan bahagian kayu yang dikerjakan
untuk mencegah kesan kecacatan dari berlaku pada bahagian tepi kayu tersebut.
Cara guna apit panjang yang salah dan betul
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
51
Apit Pendek
Bentuk apit pendek adalah sama seperti apit panjang. Kelainannya ialah pada
panjangnya. Panjang yang biasa pada apit pendek ialah berukuran 150mm, 300mm, dan
450mm sahaja.
Apit pendek
Apit pendek digunakan untuk merapatkan tanggam dan kerja-kerja lain yang
tidak melebihi apit panjang.
Kegunaan apit pendek
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
52
2.6 ALAT MENGETAM
Kerja-kerja mengetam dilakukan untuk menyediakan kayu projek kepada
bentuk dan saiz yang dikehendaki. Kerja mengetam adalah untuk menajam dan
memotong hanya sebahagian kecil sahaja pada kayu projek yang tidak memerlukan
kerja menggergaji. Terdapat pelbagai jenis ketam tangan yang digunakan dalam kerja-
kerja mengetam di dalam bengkel. Ketam yang selalu digunakan dalam membuat kerja
kayu dan perabut ialah ketam kasar, ketam pelicin, ketam lurah, ketam pancaguna,
ketam golek, ketam pangkas, dan ketam tetingkat.
Ketam Kasar
Pada kebiasaanya, ketam kasar terdiri daripada jenis kayu dan logam. Hujung
mata ketam ini adalah melengkung. Ini untuk membolehkan kayu diketam dengan cepat
tetapi menjadikan permukaan kayu berparit-parit.
Ketam kasar
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
53
Kegunaan utama ketam kasar ialah untuk mengetam permukaan kayu secara
kasar kepada bentuk atau saiz yang dikehendaki dengan cepat. Permukaan kayu yang
dihasilkan adalah kasar dan perlu diketam semula dengan ketam pelicin kepada saiz
yang tepat.
Ketam Pelicin
Ketam pelicin terdiri daripada bahan yang diperbuat daripada logam atau kayu.
Panjang ketam pelicin adalah antara 200mm hingga 250mm. Mata kelulinya yang tajam
dan lurus adalah selebar 37mm hingga 62mm. Penjuru matanya dibuntar sedikit untuk
mengelakkan daripada terbenam semasa mengetam. Lapik besi hendaklah dipasangkan
lebih kurang 1mm dari hujung matanya.
Ketam pelicin
Kegunaan ketam pelicin ini adalah untuk mengetam permukaan sehingga licin
dalam proses persediaan kayu untuk sesuatu projek.
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
54
Cara mengetam menggunakan ketam pelicin :
Bertenang semasa memulakan kerja mengetam.kenakan tekanan yang stabil.
Ketam hujung kayu projek dengan separuh Jika tidak,hujung kayu akan rosak.
haluan / separuh saiz ketam.
Mengenakan tekanan ke bawah semasa mengetam.
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
55
Ketam Lurah
Ketam lurah digunakan khas untuk membuat lurah atau saluran yang selari di
sepanjang ira kayu dengan jarak yang tertentu dari tepinya. Ketam ini mempunyai satu
penahan tepi yang boleh dikesot atau diselaraskan untuk menetapkan jarak dari tepinya
pada kebiasaanya, ketam pancaguna digunakan untuk membuat lurah menggantikan
ketam lurah.
.
Ketam lurah
Cara menggunakan ketam lurah
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
56
Ketam Pancaguna
Ketam pancaguna diperbuat daripada logam. Ketam ini mempunyai mata
pemotong pelbagai saiz.
Ketam pancaguna
Ketam pancaguna digunakan untuk membuat tetingkat dan lurah. Ia juga boleh
menggantikan ketam lurah untuk membuat lurah.
Cara menggunakan ketam pancaguna
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
57
Ketam Golek
Ketam golek diperbuat daripada kayu ataupun logam. Ia mempunyai mata
lengkung ataupun mata lurus untuk kerja yang berasingan. Beberapa jenis ketam golek
boleh digunakan untuk mengetam tepi kayu dan permukaan kecil kayu yang cembung.
Ketam golek
Kegunaan ketam golek
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
58
Ketam Pangkas
Saiz ketam pangkas adalah kecil. Panjangnya ialah 170mm dan lebarnya 50mm.
ketam pangkas mempunyai sekeping mata keluli selebar 40mm dan bercuram 12°
hingga 20°. Hujung mata yang berlandai itu hendaklah dipasang menghala ke atas untuk
membolehkan ketam ini mengetam hujung kayu dengan sempurna. Pada kebiasaannya,
ketam ini digunakan dengan sebelah tangan sahaja.
Ketam pangkas
Ketam pangkas adalah digunakan khas untuk mengetam penghujung kayu
secara melintang kayu. Ketam ini sangat berguna untuk membuat kerja kecil yang tidak
dapat dikerjakan dengan ketam yang lain seperti menyediakan kumai serong.
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
59
Mengetam menggunakan ketam pangkas dengan sebelah tangan
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
60
Penyelenggaraan Mata Ketam
Ketam mesti diselenggara seperti menajamkan mata ketam. Tujuannya ialah
supaya kerja amali dapat dilakukan dengan selesa, ringan dan lancar. Ia juga dilakukan
untuk mengelakkan kayu projek daripada cacat dan rosak. Cara-cara mengasah mata
ketam ialah :
a. Sudut mengasah ketam ialah 250 hingga 300.
b. Batu asah yang digunakan mestilah untuk mengasah mata ketam sahaja
supaya mata ketam adalah rata dan tidak melengkug.
c. Memegang mata ketam dengan cara yang betulsupaya daya tindakan
pada hujung mata adalah stabil bagi mata yang rata dan tidak lurus
d. Semasa mata ketam sudah tajam, bersihkan mata alat dengan kain bulu.
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
61
2.7 ALAT MENGETUK
Alat-alat mengetuk digunakan untuk mengetuk atau menukul bahagian-
bahagian tertentu pada kayu projek, dan untuk memudahkan kerja-kerja pemasangan.
Alat-alat untuk kerja mengetuk atau menukul yang digunakan di dalam bengkel ialah
saperti tukul besi kuku kambing, tukul besi warrington, gandin, dan pembenam paku.
Tukul Besi Kuku Kambing
Tukul besi kuku kambing juga digelar sebagai tukul besi berkuku. Ia
mempunyai kuku dikepalanya yang diperbuat daripada keluli dengan saiznya ditentukan
mengikut berat kepalanya iaitu antara 260g – 1.2 kg. Saiz yang lazimnya digunakan
ialah antara 0.5kg – 0.6 kg.
Tukul besi kuku kambing
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
62
Tukul kuku kambing sesuai digunakan untuk kerja memaku dan kukunya pula
berfungsi sebagai mencabut paku yang melekat pada papan.
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
63
Tukul Besi Warrington
Tukul besi warrington sesuai digunakan dalam kerja membuat perabot,
pendawaian dan kerja-kerja ringan kerana tukul besi ini adalah lebih ringan daripada
tukul-tukul yang lain. Saiz ditentukan mengikut nombor 00 ke 12, saiz 2/3 ( beratnya
ialah 0.4kg ) merupakan saiz tukul yang sesuai untuk kerja am. Kepala tukul ini
berbonggol dan belakangnya berbentuk baji melintang.
Tukul besi warrington
Fungsi bonggol menukul paku yang kecil seperti paku panel serta menekan
kayu hiasan dan venir ke tempatnya semasa diglu dan bahagian untuk mengetuk
paku di bahagian tepi perabot yang sempit. Cara menggunakan tukul warrington
yang betul ialah dengan memegang pada hulu, 2/3 jarak dari kepala tukul. Semasa
mula memaku, gunakan bongkol tirus, diikuti dengan muka tukul.
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
64
Kegunaan tukul warrington
Cara memegang tukul warrington
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
65
Gandin
Kepala gandin dan pemegangnya diperbuat daripada kayu. Terdapat juga
gandin yang kepalanya diperbuat daripada getah tetapi hanya untuk kerja membentuk
keluli lembut.
Gandin kayu
Gandin digunakan untuk mengetuk hulu pahat, memasang dan menanggalkan
benda kerja, mengelakkan hulu pahat daripada pecah dan rosak semasa kerja memahat,
dan mengetatkan pemasangan tanggam kayu. Saiznya ditentukan oleh saiz kepalanya.
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
66
Mengetuk hulu pahat menggunakan gandin
Pemasangan tanggam menggunakan gandin
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
67
Pembenam Paku
Pembenam paku diperbuat daripada keluli dan matanya didapati dalam dua
bentuk iaitu bulat dan persegi.
Pembenam paku
Alat pembenam paku ini digunakan bersama dengan tukul besi untuk menukul
kepala paku supaya terbenam ke dalam kayu dan lubangnya ditampal dengan denpul.
Kegunaan pembenam paku
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
68
2.8 ALAT MELUBANG
Kayu projek mesti dilubangkan untuk kerja-kerja pemasangan yang berikutnya.
Alat-alat untuk kerja melubang yang digunakan di dalam bengkel ialah seperti gerudi
tangan, gerudi engkol, senggerek, dan gimlet.
Gerudi Tangan
Kegunaan gerudi tangan adalah untuk menggerudi lubang sehingga 9mm.
Gerudi tangan digunakan bersama-sama gerudi pintal untuk menebuk lubang pada
kayu.
Gerudi tangan
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
69
Cara menggunakan gerudi tangan
Mata gerudi dipasang dengan cara yang betl supaya gerudi tangan tidak mudah
rosak. Cara memasang mata gerudi pintal ialah :
a. Buka bindu gerudi luas sedikit daripada diameter badan mata gerudi.
b. Masukkan mata gerudi ke dalam rahang.
c. Ketatkan bindu dengan memusingkan tangan kanan sambil memegang
bindu dengan tangan kiri.
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
70
Gerudi Engkol
Gerudi engkol merupakan alat tangan yang digunakan bersama-sama mata
gerudi pulas untuk menggerudi lubang.
Gerudi engkol
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
71
Cara menggunakan gerudi engkol
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
72
Senggerek
Senggerek digunakan untuk membuat lubang kecil di atas permukaan kayu dan
mendapatkan cengkaman yang baik bagi mata gerudi sebelum menggerudi dengan
gerudi tangan.
Senggerek
Senggerek mesti digunakan dengan cara yang betul seperti alatan tangan yang
lain. Cara menggunakan senggerek ialah :
a. Letakkan hujungn mata senggerek melintang ira kayu.
b. Pusingkan senggerek perlahan-lahan mengikut arah lawan jam dan arah
jam.
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
73
Penggunaan senggerek
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
74
2.9 ALAT MEMUTAR
Alat-alat memutar digunakan untuk memasang antara dua kayu dengan cara
pusingan ikut atau lawan arah jam. Matanya diperbuat daripada keluli aloi berbentuk
bulat dan hujung sama ada berbentuk alur atau Philips. Panjang mata antara 75mm –
300mm. Pemegangnya pula diperbuat daripada kayu atau plastik yang tahan diketuk.
Antara alat-alat untuk kerja memutar yang digunakan di dalam bengkel ialah seperti
pemutar skru bonggol, pemutar skru mata bulat, pemutar skru mata bersegi, pemutar
skru mata rat, dan pemutar skru Philips.
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
75
Pemutar Skru Bonggol
Pemutar skru bonggol digunakan untuk memutar skru-skru pada ruang-ruang
yang sempit dan terhad.
Pemutar skru bonggol
Pemutar Skru Mata Bulat
Pemutar skru mata bulat digunakan untuk kerja-kerja amali yang ringan seperti
melaraskan skru pelaras pada titik sesentuh.
Pemutar skru mata bulat
Pemutar Skru Batang Bersegi
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
76
Pemutar skru batang bersegi digunakan bersama-sama dengan sepana bersaiz
kecil semasa melonggarkan skru yang ketat.
Pemutar skru batang bersegi
Pemutar Skru Mata Rata
Pemutar skru mata rata mempunyai mata yang rata bersesuaian dengan
namanya. Kegunaan pemutar ini ialah untuk memasang skru, menanggalkan skru, dan
memutar skru jenis kepala beralur.
Pemutar skru mata rata
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
77
Pemutar Skru Philips
Pemutar skru Philips mempunyai mata berpalang. Ia digunakan pada skru
kepala Philips sahaja.
Pemutar skru Philips
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
78
2.10 ALAT MEMAHAT
Kerja-kerja memahat dilakukan bagi membuang bahagian kayu projek yang
tidak diperlukan. Alat-alat untuk kerja memahat yang digunakan di dalam bengkel ialah
seperti pahat pelubang, pahat peraut, pahat kuku jenis peraut, dan pahat kuku jenis
pengukir.
Jenis-jenis pahat
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
79
Pahat Pelubang
Pahat pelubang sesuai untuk kerja kasar. Matanya lebih tebal supaya tahan
diketuk dengan tukul kayu semasa membuat lubang. Sudut canai matanya ialah 25 dan
sudut menajamnya antara 30 hingga 35.
Pahat pelubang
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
80
Pahat Peraut
Pahat peraut sesuai untuk kerja halus. Mata pahat adalah serong pada bahagian
tepinya serta serongnya adalah panjang dan nipis. Lebar matanya adalah 3mm hingga
50mm. Sudut canai mata pahat adalah 20 dan sudut menajamnya adalah 25. Pahat
peraut sesuai digunakan untuk membuat kerja meraut seperti mengemaskan tanggam
dan acuan yang mempunyai pelbagai bentuk kumai. Gandin diperlukan untuk memukul
pahat.
Pahat peraut
Pahat peraut mempunyai keguanaannya yang tersendiri. Antara kegunaan pahat
peraut ialah :
a. Memahat secara mendatar seperti menatal dan memarit, menatal tingkat
rendah dan menatal tepi serong.
b. Memehat secara menegak seperti menatal dasar parit, membersih
penjuru bulat dan memahat penjuru cekung.
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
81
Memahat secara mendatar
Memahat secara menegak
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
82
Lain-lain kegunaan pahat
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
83
Pahat Kuku Jenis Peraut (serong dalam )
Pahat kuku jenis peraut digunakan untuk mendapat permukaan yang
melengkung. Saiznya diantara 3mm hingga 4mm.
Pahat kuku jenis peraut
Pahat Kuku Jenis Pengukir ( serong luar )
Pahat kuku jenis pengukir digunakan untuk membuat lurah tepat atau lengkung
dalam kerja ukir mengukir. Saiz mata ialah antara 3mm hingga 40mm.
Pahat kuku jenis pengukir
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
84
Mengasah Pahat
Mengasah pahat adalah proses menajamkan mata pemotong. Mata pahat diasah
dengan menggunakan mesin pencanai. Proses ini dilakukan dengan memegang batang
pahat ke atas pelaras rehat. Gerakkan mata pemotong k ekiri dan kanan. Kenakan
tekanan secara perlahan-lahan ke atas mata pahat. Celupkan pahat ke dalam bahan
penyejuk untuk mengelakkan menjadi terlalu panas. Periksa sudut potong mata pahat
dengan menggunakan tolok sudut. Gunakan gogal semasa mengasah pahat untuk
mengelakkan tatal daripada memasuki mata.
Mengasah pahat
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
85
Cara mengasah mata pahat ialah :
a. Sudut asah mata pahat adalah 250 hingga 350.
b. Pastikan kedudukan mata pahat adalah sama sudut semasa mengasah.
c. Gunakan keseluruhan bahagian batu asah bagi mengelakkan batu asah
daripada melengkung.
d. Mengasah mata alat adalah dari hadapan ke belakang dan pergerakannya
adalah seperti nombor 8 atau kekanan dank ekiri
e. Menuang minyak keatas permukaan batu asah.
f. Menggunakan permukaan batu asah yang kasar dahulu kemudian
menggunakan permukaan halussehingga mata betul-betul tajam.
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
86
Batu Asah
Batu asah digunakan untuk mengasah mata pahat supaya menjadi lebih tajam
dan tidak tumpul bagi memudahkan kerja memahat. Menjaga ketajaman mata alat sudah
menjadi kewajipan bagi seseorang penukang. Terdapat dua jenis batu asah iaitu batu
asah asli dan batu asah buatan.
a)Batu Asah Asli
Batu asah asli di perbuat daripada bahan galian yang banyak terdapat di
Amerika Syarikat. Ia terdapat dalam 2 gred iaitu keras dan lembut. Batu asah asli jenis
keras mempunyai ira halus manakala batu asah asli yang baik adalah dari jenis
Arkansas dan Washita.
Batu asah asli
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
87
b)Batu Asah Buatan
batu asah buatan dihasilkan daripada bahan las buatan, silikon karbida dan
aluminium oksida. Ia terdapat dalam gred kasar, halus dan sederhana. Terdapat dalam
bentuk seperti rola canai segiempat, bujur dan lain-lain. Minyak hendaklah digunakan
semasa mengasah .
Bentuk-bentuk batu asah tiruan
Menatal Menggunakan Pahat
Menatal adalah proses membuang lebihan pada benda kerja. Cara yang betul
hendaklah digunakan semasa proses menatal. Pegang pahat dengan kemas. Tumpukan
perhatian terhadap benda kerja yang hendak ditatal. Angkat gandin hingga ke paras
bahu dan kenakan pukulan kepada pahat dengan tepat.
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
88
2.11 ALAT MENGIKIR
Alat menajam ini digunakan untuk melubang lebihan di sisi kayu yang telah
dipotong supaya kelihatan lebih kemas dan licin. Kerja ini perlu dilakukan bagi
memudahkan lagi untuk melakukan kerja-kerja yang seterusnya. Alatan ini hanya sesuai
digunakan untuk menanggalkan atau membuang lebihan kayu yang berukuran kurang
daripada 1.5mm. Kikir ialah alatan yang dibuat daripada keluli bermutu tinggi yang
dikeraskan dan mempunyai barisan gigi yang serong. Kikir digunakan untuk
memotong, merata, menipis, dan melicinkan permukaan sesuatu benda kerja. Untuk
menghasilkan sesuatu kerja dengan cepat dan permukaan yang licin, pemilihan kikir
mestilah dibuat dengan tepat.
Jenis-jenis kikir
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
89
Kikir dibuat dalam pelbagai saiz. Saiz kikir diukur daripada poin ke bahu. Saiz
yang biasa bagi kikir ialah 150mm, 200mm, dan 300mm. Semua kikir mempunyai hulu.
Gelang logam yang dipasang pada pemegang kikir dinamakan simpai. Simpai
digunakan untuk menahan hulu daripada pecah.
Pemegang kikir
Kikir Pipih Tirus
Kikir pipih tirus digunakan dalam kerja-kerja am yang melibatkan berbagai-
bagai jenis kerja yang berlainan. Gigi kikir memainkan peranan kepada pengkelasan
gred iaitu sederhana, kasar, halus dan sangat halus. Pada permukaan kikir, giginya
dipotong bersilang intan dan terdapat gigi lurus pada kedua-dua belah tepi, 2/3
panjangnya berbentuk selari dan 1/3 panjangnya berbentuk tirus.
Kikir pipih tirus
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
90
Kikir Pipih Kasar
Kikir pipih kasar digunakan untuk kerja-kerja penyudahan rata, kerja am dan
mengikir pada bahagian berbentuk bahu. Lebar kikir adalah sekata dari bahu ke poin.
Grednya terdiri daripada gred kasar sehingga sangat halus. Satu daripada bahagian
tepinya tidak mempunyai gigi. Bahagian ini dinamakan tepi selamat. Tepi selamat
digunakan semasa mengikir tepi pepenjuru dalam. Giginya adalah dari jenis potongan
kembar.
Kikir pipih kasar
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
91
Kikir Belah Rotan
Kikir belah rotan juga dikenali sebagai kikir separuh bulat. Kikir ini berbentuk
separuh bulat sekata dan menirus di bahagian hujungnya. Gigi kikir adalah dari jenis
potongan kembar atau parut. Gigi pada permukaan rata berbentuk wajik dan gigi pada
permukaan yang melengkung berbentuk silang.
Kikir belah rotan
Kegunaan kikir belah rotan ialah untuk menyudahkan bahagian-bahagian yang
telah siap, mengikir permukaan melengkung, mengikir permukaan rata, dan membuang
gerigis. Cara menggunakan kikir separuh bulat ialah :
a. Bagi mengikir dengan tekanan kuat, tangan kanan hendaklah memegang hulu
kikir dengan tapak kiri menekan hujung mata kikir.
b. Bagi mengikir dengan tekanan perlahan, tangan kanan hendaklah memegang
hulu kikir,ibu jari serta jari.
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
92
Cara menggunakan kikir
c. Jari telunjuk serta jari tengah tangan kiri memegang hujung mata kikir.
d. Bagi mengikir hingga rata, kikir hendaklah dipegang secara melintang.
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
93
Kikir Bulat
Kkir bulat juga dikenali sebagai kikir bentuk ekor tikis. Kikir ini digred
daripada kasar hingga sangat halus. Kikir ini berbentuk bulat sekata dan menirus pada
bahagian hujungnya. Giginya berbentuk lurus dan bersilang serta dari jenis potongan
kembar atau tunggal.
Kikir bulat
Kegunaan kikir bulat ialah untuk mengikir bahagian penjuru dan sudut kurang
daripada 90, menajamkan gigi gergaji kerat dan belah, membersihkan pepenjuru yang
bersudut dan mengikir sudut-sudut dalam yang tajam.
Kikir Segi Empat Sama
Kikir segi empat sama berbentuk sekata dan menirus di bahagian hujungnya.
Kikir ini digredkan mengikut matanya dengan gred yang kasar hingga yang sangat
halus. Kikir segi empat sama digunakan untuk membesarkan lubang yang berbentuk
segi empat secara kasar, mengikir lurah atau alur berbentuk segi empat, dan mengikir
bahagian pepenjuru. Gigi kikir ini adalah dari jenis potngan kembar atau tunggal.
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
94
Kikir Segitiga
Kikir segitiga berbentuk segitiga sekata dan menirus di bahagian hujungnya.
Kikir ini mempunyai mata potongan kembar. Gigi kikir ini bersilang dan terdapat dalam
gred kasar hingga sangat halus. Kegunaan kkir segitiga ialah untuk mengikir bahagian
penjuru dan bersudut kurang 90°, menajamkan gigi gergaji kerat dan belah,
membersihkan pepenjuru yang bersudut, dan mengikir sudut-sudut dalam yang tajam.
Kikir Bentuk Pisau.
Kikir bentuk pisau berbentuk tirus pada ketebalan dan lebarnya. Ia mempunyai
mata pemotong kembar. Kikir ini terdapat dalam gred kasar hingga halus. Kegunaan
kikir bentuk pisau ialah untuk menajamkan gigi yang terdapat pada gergaji dan alat-alat
pemotong dan digunakan di lurah-lurah sempit, lubang dan alur.
Kikir bentuk pisau
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
95
Kikir Pipih Nipis.
Gigi kikir pipih nipis bersilang dan dan terdapat dalam gred kasar hi ngga
halus.Kikir ini digunakan untuk mengikir celah-celah yangnipis.Keadaan kikir ini tirus
pada bahagian hujungnya tetapi tebal pada bahagian keseluruhan panjangnya.Panjang
kikir ini adalah terhad iaitu 100mm, 150mm, dan 200mm.
Gred Gigi
a. Gred gigi ergantung kepada beberapa rapat gigi-gigi tersebut dipotong
pada permukaan kikir.
b. Boleh digredkan kepada paling kasar, sederhana kasar, halus dan sangat
halus.
c. Bilangan gigi untuk gred kikir bergantung pada panjang kikir dan bilangan
gigi pada kikir yang dikira pada jarak 1cm.
d. Gigi kikir yang halus dikelaskan mengikut nombor iaitu 00, 0, 1, 2, 3
hingga 8.
e. No 8 menunjukkan gred yang paling halus pada kikir.
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
96
Kaedah Mengikir
Kerja mengukir mesti dilakukan dengan cara yang betul untuk menghasilkan
projek yang kemas dan cantik. Perkara-perkara yang diambil kira semasa mengikir ialah
:
a. Bahan kerja diapit bagi mengelakkan bahan kerja mudah tergelincir atau
tidak tetap.
b. Berdiri semasa mengikir.
c. Tinggi bahan kerja bersesuaian dengan ketinggian pemegang kikir.
d. Tekanan yang tinggi digunakan untuk mengikir.
e. Tekanan tinggi pada bucu benda kerja akan menyebabkan urat kayu
berikut.
Kaedah mengikir dan gaya mengikir bergantung kepada kaedah mengikir biasa,
mengikir berat, mengikir rata dan mengikir jitu.
Gaya mengikir Tujuan
Mengikir biasa Kerja-kerja am
Mengikir berat Membuang logam yang banyak daripada benda kerja
Mengikir rata Mengikir rata
Mengikir jitu Mengikir kerja-kerja dengan jitu
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
97
Mengikir Melintang
Kaedah ini dilakukan untuk menentukan sama ada permukaan yang dikikir itu
rata atau tidak.
Mengikir Tarik
Kaedah ini dilakukan untuk menyudahkan benda kerja supaya kelihatan licin
dan cantik. Semasa menarik kikir, tekanan pada kedua-dua tangan hendaklah sama dan
pastikan kedudukan kedua-dua tangan hendaklah sama dan pastikan kedudukan kedua-
dua tangan stabil.
Mengikir Rata
Pastikan permukaan yang hendak dikikir sentiasa ditutupi oleh kikir.Hasil kerja
akan dikikir dengan rata.
Mengikir Penjuru Bulat
Ada 2 langkah dengan menggunakan kikir kasar iaitu kikir secara melintang
dan mengikir bahagian penjuru yang bulat.
Mengikir Permukaan Yang Melengkung
Menggunakan 2 jenis kikir iaitu dimulakan dengan kikir segi empat diikuti
dengan kikir belah rotan
Penjagaan Kikir
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
98
Bagi mendapatkan hasil kerja yang baik dan mata kikir yang sentiasa tajam,
penjagaan kikir adalah aspek yang paling penting. Antara panduan dalam penjagaan
kikir adalah :
a. Sebelum mula menggegas, pastikan pemilihan kikir yang tepat
dilakukan untuk mendapatkan hasil kerja yang baik.
b. Kikir yang dipilih hendaklah berdasarkan hulu yang masih elok dan
sesuai dengan kerja yang hendak dilakukan. Terdapat dua jenis hulu
iaitu hulu biasa dan hulu keras yang digunakan khas untuk mengikir
permukaan yang lebar.
c. Kikir hendaklah disusun di dalam rak setiap kali lepas digunakan. Setiap
satu hendaklah disusun berasingan bertujuan supaya kikir tidak mudah
rosak.
d. Kikir tidak boleh digunakan untuk tujuan lain selain mengikir.
e. Kikir tidak perlu diminyak untuk penyelenggaraan kerana minyak akan
merumitkan kerja dan mempercepatkan proses pengaratan.
Penyimpanan kikir
Alatan Tangan Kerja Kayu ______________________________________________________________________
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
99
Apabila menggunakan kikir, tatal akan terlekat pada gigi kikir. Tatal boleh
dibuang dengan menggosokkan berus kikir ke permukaan kikir. Jika tatal ini tidak
dibuang, permukaan yang dikikir akan meninggalkan kesan calar. Untuk mengelakkan
tatal daripada memasuki celah gigi kikir, sapukan kapur tulis dipermukaannya. Serbuk
kapur akan melekat di celah gigi kikir dan menghalang tatal daripada terlekat.
Berus kikir
Tanggam Kerja Kayu
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
100
BAB 4 : TANGGAM DALAM KERJA KAYU
4.1 PENGENALAN
Pada zaman dahulu tukang-tukang rumah menyambung struktur utama
bangunan hanya menggunakan putting, lubang, dan penetap. Sejak kemasukan Penjajah
Inggeris yang membawa teknologi baru menggunakan batu dan simen sejak awal abad
ke- 20 telah menggunakan penggunaan tanggam. Ini kerana membina bangunan
menggunakan batu dan simen adalah lebih cepat.
Tanggam Kerja Kayu
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
101
Contoh tanggam
Tanggam Kerja Kayu
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
102
4.2 KATEGORI TANGGAM
Membuat tanggam adalah proses membuat cantuman untuk menghasilkan
struktur produk. Pemilihan tanggam bergantung kepada reka bentuk dan saiz produk
yang dihasilkan. Kesilapan pemilihan tanggam akan mengakibatkan produk yang
dihasilkan tidak kukuh dan kurang stabil.
Tanggam yang utama banyak digunakan di dalam pembinaan. Pada amnya
tanggam-tanggam boleh dipecahkan kepada empat kategori utama iaitu :
a. tanggam melebar
b. tanggam siku
c. tanggam pemidang
d. tanggam memanjang
Tanggam Melebar
Tanggam melebar terdiri daripada beberapa jenis iaitu tanggam glu gesel,
tanggam penetap, tanggam lidah dan lurah, tanggam tetingkat
Tanggam siku
Tanggam siku terbahagi kepada 7 jenis tanggam temu, tanggam temu tetingkat,
tanggam tetingkat lidah berparit, tanggam rencong biasa. Dan tanggam bajang tunggal,
tanggam bajang biasa, tanggam bajang hujung.
Tanggam Kerja Kayu
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
103
Tanggam Pemidang
Tanggam pemidang terbahagi kepada 4 jenis iaitu tanggam lekap untuk
pepenjuru, pepenjuru rencong dan tanggam lekap T. tanggam kekang pula untuk
penjuru biasa dan penjuru rencong, tanggam penetap dan akhir sekali tanggam lubang
dan putting untuk biasa, berjajang, berbahu tinggi, berbahu rendah, dan berbahu
sebelah.
Tanggam Memanjang
Tanggam memanjang terbahagi kepada beberapa jenis iaitu tanggam skaf,
tanggam plat sambut, tangggam sambung jari, dan tanggam sambut lekap.
Tanggam Kerja Kayu
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
104
4.3 KONSEP MEMBUAT TANGGAM
Menanda tanggam
Mengergaji bahagian yang ditanda.
Tanggam Kerja Kayu
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
105
Memahat tanggam.
Tanggam Kerja Kayu
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
106
4.4 JENIS DAN KEGUNAAN TANGGAM
Tanggam- tanggam yang digunakan dalam bidang pembinaan bangunan dan
perabot telah diamalkan sejak zaman dahulu lagi. Setiap jenis tanggam ini mempunyai
kegunaan yang tertentu mengikut tradisi. Antara jenis-jenis tanggam adalah seperti
tanggam glu gesel, tanggam penetap, tanggam tetingkat, tanggam temu, tanggam temu
tingkat, tanggam parit terus, tanggam bajang tunggal, tanggam bajang hujung litup,
tanggam lekap, tanggam lubang dan puting, tanggam skaf, tanggam sambung jari, dan
tanggam sambung lekap.
Tanggam Glu Gesel
Cara menyediakan tepi kedua keping papan secara lurus dan bersegi tepat dan
diglukan. Tanggam ini diapit selepas digam selama 24jam supaya gam dapat mengeras
dengan lengkap. Apit panjang digunakan untuk memastikan lekatan yang sempurna
antara papan-papan. Tanggam glu gesel merupakan jenis tanggam melebar.
Papan yang hendak disambung disediakan dan disapu dengan glu di sebelah
tepinya. Kemudian, semuanya diapitkan sekaligus. Glu yang berlebihan akan keluar
apabila papan diapitkan. Tanggam ini dibuat dengan menyambung beberapa papan jalur
supaya menjadi sekeping papan yang lebar dan digunakan untuk membuat permukaan
meja, tempat duduk, pintu, panel, dan sebagainya. Untuk membuat tanggam ini, kayu
yang dipilih hendaklah mengikut ira kayu dan juga lebih tebal daripada tebal yang
dikehendaki supaya memberi elaun untuk diketam (diratakan).
Tanggam Kerja Kayu
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
107
Tanggam Penetap
Tanggan penetap dikategorikan dalam tanggam melebar juga. Tanggam ini
serupa dengan tanggam temu tetapi ia digunakan antara papan kecil dipasang penetap
(bukan glu) untuk menambah kekuatan tanggam. Papan yang sesuai digunakan untuk
tanggam ini ialah tidak kurang dari 12mm tebalnya
Tanggam penetap
Tanggam penetap adalah sejenis tanggam temu yang dilakukan dengan penetap.
Penetap sebesar 1/3 tebal kayu dimasukan ke dalam 3 kali diameternya. Tanggam ini
terdapat pada pemidang tegak kerusi dan meja. Tanggam ini banyak digunakan pada
perabot yang dihasilkan secara pasangkan sendiri.
Tanggam Kerja Kayu
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
108
Tanggam Tetingkat
Tepi kedua-dua papan dibuatkan bertingkat dan dipasang dengan glu dan
diapitkan. Fungsi tingkat ini ialah untuk menambah luas permukaan dengan permukaan
yang diglukan.
Tanggam tetingkat
Tanggam Kerja Kayu
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
109
Tanggam Temu
Ia dikenali sebagai tanggam sudut tepi. Hujung papan kayu boleh diluruskan
dan bertemu secara bersudut tapat.Ianya boleh digunakan atau dipaku ataupun
diskrukan. Ia digunakan pada pembinaan kotak atau peti yang dibuat secara bersudut
tepat. Salah satu jenis tanggam siku.
Tanggam temu
Tanggam Kerja Kayu
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
110
Tanggam Temu Tetingkat
Tanggam temu tingkat juga dikenali sebagai tanggam pepenjuru hujung litup.
Hujung salah satu keping kayu dikerat lurus dan dimasukkan ke dalam tingkat
melintang dikeping kayu yang kedua. Tetingkat ini menambah luas permukaan kayu
yang telah diglukan serta mengukuhkan kedudukannya apabila dipakukan. Tanggam ini
juga digunakan pada pembinan kotak, penjuru perabot dan laci.
Tanggam temu tetingkat
Tanggam Kerja Kayu
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
111
Tanggam Parit Terus
Tanggam ini digunakan untuk pemasangan tetingkat dan dinding sekat seperti
pada almari dan rak buku. Tanggam parit lebih kukuh daripada tanggam temu.
Ttanggam parit terus
Tanggam Kerja Kayu
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
112
Tanggam Bajang Tunggal
Tanggam bajang tunggal ini merupakan satu pada hujung kayu pertama dan
soket pada hujung kayu yang kedua. Ia merupakan tanggam siku yang paling kuat. Pin
ini dibuat berbentuk ekok punai, curam pada tepi bajang biasanya dibuat mengikut
kadar 1:6. Tanggam ini digunakan untuk pembinaan rangka kayu dan juga bagi
tanggam pemidang.
Tanggam bajang tunggal dan biasa
Tanggam Kerja Kayu
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
113
Tanggam Bajang Hujung Litup
Pembinaan bajang hujung litup adalah sama dengan tanggam bajang biasa
kecuali soketnya tidak ditembuskan supaya menutup hujung ira kayu pin. Litup
dihujung soket biasanya dari 1/4 hingga 1/3 tebal kayu. Ia digunakan untuk
menyambung di antara gelegar lintang dan gelegar sambut,sambungan antara papan tepi
dengan hadapan laci dan sebagainya.
Tanggam bajang hujung litup
Tanggam Kerja Kayu
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
114
Tanggam Lekap
Tanggam ini dibuat dengan menarah kedua-dua bahagian keping kayu yang
akan dilekapkan. Tarahan ini hendaklah setengah tebal papan supaya apabila dilekapkan
permukaannya yang berkeadaan rata. Tanggam lekap ini dibuat dalam 5 cara iaitu :
a. Tanggam lekap siku atau pepenjuru yang digunakan pada
pemidang yang kecil.
b. Tanggam lekap pepenjuru rencong ia digunakan untuk membuat
kumai seperti pada rangka gambar dan sebagainya kerana
pelitupannya dapat melindungi hujung ira kayu.
c. Tanggam Lekap-T ia digunakan dalam pembinaan pemidang
lintang bertemu dengan pemidang tegak secara bersilang dan jauh
dari hujungnya.
d. Tanggam Lekap Bajang-T adalah sama dengan lekap-T tetapi
lebih kukuh untuk menahan tarikan dari sebelah luar.
Tanggam Kerja Kayu
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
115
Tanggam lekap dan tanggam bajang
Tanggam Kerja Kayu
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
116
Tanggam Lubang dan Puting
Tanggam lubang dan puting adalah tanggam yang paling kuat dalam kategori
tanggam pemidang. Ia mempunyai pelbagai bentuk dan setiap bentuk mempunyai
fungsi tertentu.
Tanggam Skaf
Tanggam skaf banyak digunakan untuk memanjangkan kayu tutup tiang,
gulung- gulung dan juga gelegar. Panjang tanggam skaf biasanya 2 hingga 2,1/2 kali
ukuran lebarnya. Di tengah – tengah tanggam ditebuk lubang untuk menerima baji lipat
dan dikukuhkan dengan memasang tiga atau empat bolt bersama nat.
Tanggam skaf dan tanggam plat sambut
Tanggam Kerja Kayu
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
117
Tanggam Sambung Jari
Biasanya digunakan pada kayu bersaiz kecil terutamanya bagi kayu yang
diproses dengan mesin. Panjang sambungan tanggam ialah 2 kali lebar kayu.
Sambungan ini biasanya di lekatkan dengan glu. Tanggam ini digunakan untuk
membuat susu tangan tangga.
Tanggam Sambung Lekap
Pada hujung kedua-dua keping kayu dibuang separuh tebalnya dan dilekapkan
sepanjang dua kali lebar kayu. Ia digunakan dalam pembinaan perabot yang
tanggamnya tidak menerima tegangan yang berlebihan. Tanggam ini boleh dikukuhkan
dengan bolt dan nat.
Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
100
BAB 5 : BAHAN PEMASANGAN DAN KELENGKAPAN
5.1 PENGENALAN
Bahan pemasangan sebenarnya banyak tetapi di sini hanya di bincangkan
mengenai bahan pemasangan dan kelengkapan dalam kayu dan perabot sahaja. Bahan
tersebut memainkan peranan penting bagi menyempurnakan pemasangan peralatan dan
memberi pandangan yang menarik seperti kelengkapan dalam pemasangan pintu,
tingkap, pembinaan perabot dan lain-lain. Pemilihan bahan tersebut adalah berdasarkan
faktor kekuatan, ketahanan, harga, kaedah pemasangan, kemudahan dan alatan serta
menarik pada pandangan mata. Diantara bahan pemasangan adalah seperti paku, glu,
dan sebagainya. Dibawah adalah penerangan dan jenis bahan pemasangan :
Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
101
5.2 PAKU
Paku ialah satu bahan yang digunakan untuk mengikat bersama-sama kepingan
kayu. Kebanyakan paku diperbuat daripada bahan keluli lembut. Ia digunakan pada
kerja biasa yang tidak bergalvani. Paku yang digunakan pada tempat yang bergantung
kepada factor cuaca adalah terdiri daripada paku bergalvani.
Paku ada banyak jenis dan setiap jenis mempunyai sifat dan kegunaannya. Jenis
paku yang lazim digunakan ialah seperti paku biasa, paku kotak, paku kemasan, paku
panel, paku venir, paku payung, paku berkepala dua, paku konkrit, dan paku bergelugur.
Jenis-jenis paku
Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
102
Jenis-jenis kepala paku
Jenis-jenis mata paku
Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
103
Paku Biasa (common nail )
Paku ini berkepala bulat dan sesuai digunakan dalam pembinaan yang berat
separti memaku rangka dinding, membuat kotak dan pembinaan am. Kepala paku
mengelakkan paku daripada senang tercabut.
Paku biasa
Paku Kotak (box nail )
Paku kotak serupa dengan paku biasa kecuali toloknya lebih kecil. Paku ini
digunakan apabila didapati paku biasa mungkin meretakkan hujung kayu dan amat
sesuai untuk membuat kotak pembinaan.
Paku kotak
Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
104
Paku Kemasan (finising nail)
Paku kemasan digunakan untuk kerja-kerja kemasan seperti memasang pelapis
dinding, kerja perabot atau kerja yang tidak memerlukan kelihatan kepala paku yang
akan mencacatkan kemasan pada permukaan kayu. Kepalanya berbentuk peluru dan
boleh dibenamkan ke dalam kayu dengan menggunakan alat pembenam paku.
Paku kemasan
Paku Venir
Merupakan paku dawai yang halus serupa dengan paku panel. Kadangkala paku
jenis ini tidak mempunyai kepala. Paku ini sesuai untuk memakau kuamai dan bahan-
bahan lain yang nipis. Selain daripada paku jenis ini terdapat juga paku – paku lain yang
dihasilkan untuk kegunaan khas.
Paku venir
Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
105
Paku Panel ( casing nail )
Sejenis paku dawai yang halus, kepalanya berbentuk kon terbalik. Apabila di
pakukan ke dalam kayu, kesannya kurang kelihatan, saiznya antara 12mm × 20mm
hingga 50mm × 16mm. Paku ini amat sesuai digunakan dalam kerja panel dan tidak
akan memecahkan kayu.
Paku panel
Paku Payung
Paku ini kepalanya berbentuk seperti payung, digunakan dalam pemasangan
bumbung bergelugur zink dan asbestos supaya air tidak tiris.
Paku payung
Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
106
Paku Berkepala Dua
Paku ini mempunyai dua kepala. Ia digunakan khas dalam pembinaan acuan
kayu. Paku ini dipakukan sehingga kepala pertama terbenam dan kepala kedua tertimbul
membolehkan paku ini dicabut dengan tukul berkuku apabila acuan hendak dibuka.
Paku berkepala dua
Paku Konkrit
Paku ini diperbuat daripada keluli keras. Ia boleh dipakukan kepada konkrit
apabila memasang kayu, untuk menggantung barang – barang, memasangkan pendakap
dan sebagainya.
Paku konkrit
Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
107
Paku Bergelugur
Paku ini adalah jenis paku nipis segiempat bujur dan bergelugur yang diperbuat
daripada keluli. Paku ini amat sesuai digunakan untuk menemukan beberapa kepingan
papan dan juga tanggam.
Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
108
Cara Menggunakan Paku
Memaku
Cengkaman kurang kuat jika memaku Cengkaman kuat jika memaku
secara menegak secara menyerong
Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
109
5.3 SKRU
Skru ialah sejenis pengikat yang mempunyai kepala dan badannya diulirkan
sepenuhnya. Kebanyakan skru untuk kerja kayu diperbuat daripada keluli lembut,
kuprum atau loyang. Sebatang skru mengikat dua komponen dengan badannya melalui
lubang pada komponen pertama dan diskrukan ke dalam lubang berulir pada komponen
kedua. Skru terdiri daripada beberapa bahagian iaitu :
a. Kepala – Bentuknya menentukan nama skru. Dikepalanya ada
alur berbentuk lurus atau berpalang membolehkan skru ini
berputar dengan pemutar skru.
b. Batang bajak - Batang skru ialah bahagian skru dibawah
kepalanya. Bahagian hujungnya dibenamkan hingga ke hujung
tajam.
c. Benang - Ia memudahkan skru dimasukan ke dalam kayu dan
memberi cengkaman yang lebih kuat.
Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
110
Skru yang diperbuat daripada keluli lembut boleh digalvanikan, dikrom,
dioksidakan atau disalut dengan tar untuk kerja – kerja yang tertentu
Jenis-jenis skru
Contoh-contoh skru yang biasa digunakan ialah seperti skru kepala bulat, skru
kepala rata, skru kepala timbul, dan skru kepala segi empat.
Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
111
Skru kepala rata
Skru kepala rata diperbuat daripada keluli lembut bergalvani, tembaga dan
loyang untuk mencegah karat. Skru hendaklah dipasang dengan cermat kerana mudah
patah. Ia digunakan untuk kerja biasa dimana kepala skrunya sama rata dengan
permukaan kayu seperti dalam pemasangan meja, kerusi, engsel, selak, dan barang –
barang logam.
Skru kepala rata
Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
112
Skru kepala bulat
Skru kapala bulat mempunyai kepala yang bulat dengan bahagian bawahnya
rata, skru ini diperbuat daripada keluli, loyang atau tembaga. Ia digunakan untuk
mengikat bahagian kayu dan di samping itu juga digunakan sebagai hiasan kerana
kepalanya timbul diatas permukaan kayu.
Skru kepala bulat
Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
113
Skru kepala timbul
Skru kepala timbul merupakan cantuman skru kepala rata dan skru kepala bulat
yang diperbuat daripada bahan yang sama tetapi lebih kuat daripada skru kepala bulat.
Ia juga digunakan untuk mengikat kepingan logam kepada kayu dimana kekuatan dan
kecantikannya diutamakan seperti dalam pemasangan engsel hiasan dan pendakap
logam.
Skru kepala timbul
Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
114
Skru kepala segi empat
Skru kepala segi empat merupakan sejenis skru yang kuat, dan diperbuat
daripada keluli. Kepala skru ini berbentuk empat segi dan sepana digunakan untuk
mengikatnya. Ia juga digunkan untuk kerja kasar seperti jambatan, pemasangan engsel
pada pintu, pemasangan engsel pada pintu pagar, pembinaan koc dan pasakan mesin.
Skru kepala segi empat
Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
115
Cara memasang skru
Pemasangan skru hendaklah dibuat dengan berhati – hati dan teliti untuk
mendapatkan cengkaman yang kuat dan mengelakkan daripada skru patah. Diantara
langkah semasa pemasangan skru seperti lubang untuk skru hendaklah dibuat dengan
gerudi untuk menerima batang bajak skru. Bagi kayu lembut pula lubang cuma perlukan
pada kepingan kayu atas sahaja dan dibuatkan benam skru jika perlu.
Bagi kayu keras pula, lubang menerima batang bajak diperlukan pada kepingan
kayu atas dan lubang panduan diperlukan pada kepingan bawah. Skru mestilah
dipasangkan dengan pemutar skru yang sesuai dan ia tidak sepatutnya diketuk dengan
tukul besi kerana gentian kayu akan terputus dan mengakibatkan daya pegangnya pada
kayu berkurangan. Skru boleh dipasangkan dengan lebih mudah jika hujungnya
direndam didalam lilin atau sabun.
Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
116
Memasang skru menggunakan pemutar skru mata Philips
Memasang skru menggunakan pemutar skru mata rata
Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
117
Fungsi dan kelebihan skru
Skru berfungsi untuk mengikat kepingan kayu, menguatkan tanggam,
memasang barang–barang logam seperti engsel, kunci, selak, dan lain – lain lagi pada
kayu. Kelebihan menggunakan skru dibandingkan dengan paku ialah :
a. Skru kuat cengkamannya manakala paku lemah cengkamannnya.
b. Skru boleh menambahkan kecantikan pada benda kerja.
c. Penggunaan skru membolehkan bahagian benda kerja ditanggalkan
tanpa merosakkan benda kerja.
Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
118
5.4 GLU
Glu adalah suatu bahan yang dapat mencantumkan antara 2 benda kerja yang
sama atau berbeza sifatnya. Ia dibuat daripada pelbagai bahan yang terdiri daripada
protein binatang, pokok, sayuran, susu. Petroleum dan lain – lain. Ia juga terdiri
daripada pelbagai jenis dan kegunaan.
Jenis – jenis glu
Selain bahan pemasangan seperti paku dan skru, glu juga merupaka salah satu
bahan pamasangan. Contoh-contoh jenis glu yang biasa digunakan adalah :
a. Glu binatang
b. Glu keisn
c. Glu protein sayuran
d. Glu darah albumin
e. Resin urea fomeldehide
f. Epoksi
g. Glu PVA
h. Glu sentuh
Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
119
Glu Binatang
Glu binatang dihasilkan daripada kulit tulang dan perut binatang. Glu ini sesuai
untuk kerja dalaman seperti membuat perabot, venier, papan lapis dan kulit buku. Glu
ini digunakan dalam pembinaan dalam tanggam bagi menguatkan kekukuhan tanggam.
Glu Kesin
Kesin adalah sejenis serbuk yang didapati daripada susu. Kesin dicairkan
didalam air dengan alkali dan akan menjadi glu kesin. Ia mempunyai sifat rintangan air
dan suhu yang sederhana, ia akan melumur kayu keras, ia akan menjadi kering
disebabkan kehilangan air dan tindak balas bahan kimia.
Glu Protein Sayur
Glu protein sayur diperbuat daripada minyak campuran seperti kacang soya,
kacang tanah, benih kapas dan dicampurkan denagn bahan – bahan kimia yang lain.
Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
120
Glu Darah Albumin
Glu darah albumin diperbuat daripada darah albumin. Kedua – dua jenis glu
protein sayuran dan glu darah albumin sudah kurang digunakan dan tempatnya diambil
alih oleh glu resin kerana glu – glu itu mengambil masa yang lama untuk mengering
dan ini melambatkan proses penghasilan.
Glu PVA
Ia digunakan secara meluas kerana ia dihasilkan yang sudah siap dibancuh dan
boleh disimpan jika ditutup rapat. Ia senang digunakan dan tidak melumur. Tidak sesuai
digunakan pada bahan logam, tidak boleh membakar, tidak berkulat dan tidak berbisa.
Ia boleh mencapai kekuatan maksimum dalam jangka masa 12 jam. Glu jenis ini biasa
digunakan dalam pembinaan am seperti merekat tanggam dan papan lapis
Glu PVA
Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
121
Epoksi
Glu ini adalah sejenis resin yang cepat mengeras apabila dicampurkan dengan
agen pengeras. Ia mempunyai sifat rintangan kepada bahan – bahan kimia, air dan jua
tidak melumur. Glu ini sesuai digunakan untuk merekat bahan seperti kayu, logam,
kaca, tembikar, jubin, getah, plastik, dan sebagainya.
Glu Resin Urea Formaldehyde
Glu resin urea formaldehyde digunakan secara sejuk, ia dihasilkan dalam
keadaan resin cecair walaupun serbuk hendaklah dicampurkan dengan agen pengeras
semasa digunakan. Kebaikan glu ini ialah ia tidak melumur dan mempunyai sifat tahan
rintangan terhadap panas dan papan – papan yang lain.
Bahan Pemasangan Dan Kelengkapan ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
122
Glu sentuh
Merupakan cecair getah tiruan yang sangat senang terbakar. Cara gunanya ialah
denagan menyapu keseluruhan kedua – dua permukaan benda kerja tersebut dilekatkan
kemudian ditekan dan diurut hingga rata. Ia sesuai digunakan untuk merekatkan bahan
– bahan yang berlainan seperti lapisan plastik hiasan, veneer, kain, kulit dan kaca.
Glu sentuh
Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
123
BAB 6 : KEMASAN DALAM KERJA KAYU
6.1 PENGENALAN
Kemasan merupakan proses terakhir dalam penghasilan sesuatu produk
sebelum dipasarkan. Kaedah kemasan yang betul menetukan kesenian tukang dan
kecantikan bendakerja. Untuk menghasilkan kemasan yang menarik dan bermutu tinggi,
bendakerja atau projek perlu dirawat supaya apabila disiapkan denagn kemasan tertentu
tidak akan menunjukkan kelemahan dan kecacatan kayu tersebut. Antara langkah-
langkah dalam kerja kemasan adalah memilih cat atau kemasan yang sesuai, merawat
kecacatan kayu dengan menyapu dan menyumbat dengan tepung penyumbat (filler
powder), menggossok dan melelas permukaan kayu dengan kertas las (sand paper),
serta menyapu warna pada permukaan kayu jka perlu atau membancuh cat dan
mengecat samada menggunakan berus atau spray.
Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
124
6.2 TUJUAN KERJA KEMASAN
Kerja kemasan yang dilakukan akan mendatangkan faedah. Ia mempunyai
beberapa tujuan mengapa ia mesti dilaksanakan. Antaranya :
a. Memberikan pandangan kayu yang lebih kemas dan cantik.
b. Menghilangkan kesan calar atau cacat.
c. Menyediakan lapisan pelindung daripada air atau serangga.
d. Membuat projek kerja kayu yang lebih tahan lama.
Langkah menyapu kemasan
Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
125
6.3 BERUS
Seperti kita sedia maklum, kita menggunakan berbagai jenis berus dalam
melakukan kerja seharian. Setiap berus mempunyai fungsi dan kegunaannya yang
tersendiri. Di dalam kerja kemasan juga, terdapat beberapa jenis berus yang di gunakan
untuk menyempurnakan dan memudahkan kerja kemasan yang dilakukan.berus yang
digunakan dalam kerja kemasan ialah berus cat dan berus syelek.
Berus Cat
Berus cat
Berus cat digunakan untuk menyapu lapisan cat dan tona kayu. Ia perlu
dibersihkan selepas digunakan supaya tidak rosak dan dapat digunakan lagi.
Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
126
Cara membersihkan dan menyimpan berus cat adalah :
a. Buangkan cat yang melekat pada berus dengan mengesat pada perca
kain, surat khabar lama atau pada tepi tin cat.
b. Basuh berus cat dengan pelarut cat seperti turpetin. Rendam jika perlu.
c. Basuh berus dengan menggunakan air dan sabun.
d. Parah dan keringkan.
e. Gantung berus cat ditempat yang sesuai.
Cara menggantung cat berus
Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
127
Berus Syelek
Berus syelek digunakan untuk menyapu syelek. Sperti berus cat, berus syelek
juga mesti dibersihkan dengan cara yang betul selelpas digunakan supaya tidak rosak
dan digunakan lagi. Cara membersihkan berus syelek ialah :
a. Bersihkan berus syelek dengan menggunakan spirit metil.
b. Basuh berus dengan menggunakan air dan sabun.
c. Perah dan keringkan.
d. Gantung berus syelek di tempat yang sesuai.
Berus syelek
Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
128
6.4 BAHAN-BAHAN PENGEMAS
Terdapat beberapa jenis bahan pengemas yang digunakan semasa melakukan
kerja kemasan. Bahan-bahan ini digunakan mengikut peringkat dan tahap. Bahan-bahan
ini juga boleh dipilih mengikut keperluan dan kesesuaian. Antara bahan-bahan
pengemas adalah seperti kertas las, tepung penyumbat, pelarut, syelek, cat, tona kayu,
lekar, dan venir kayu.
Kertas Las
Kertas lasmjuga dikenali sebagai kertas pasir atau kertas kaca. Ia dijual dalam
bentuk keping berukuran 22cm x 27cm. Siz kertas las ditentukan oleh gred seperti 00,
0, 1, 2, dan 3. Gred 0 dan 00 adalah gred paling halus manakala 1 adalah halus dan 2
serta 3 adalah gred paling kasar. Bahan yang digunakan untuk membuat kertas las
adalah silicon, karbida, dan aluminium oksida.
Kertas las
Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
129
Terdapat dua jenis kertas las iaitu kertas pelelas kalis air (untuk logam) dan
kertas pelelas tidak kalis air (untuk kerja kayu). Kertas las digunakan untuk
menghilangkan kecacatan dan tanda pada kayu serta menggosok kayu hingga licin.
Kertas las mesti digunakan dengan cara yang betul supaya kerja kemasan dapt
dilakukan dengan sempurna. Cara menggunakan kertas las ialah :
a. Gunakan bongkah kayu kertas las yang biasanya dibuat daripada gabus,
kayu lembut atau getah.
b. Tujuannya untuk menghasilkan permukaan yang sekata.
c. Gunakan kertas las gred 2 (kasar) untuk menggosok.
d. Gosok kertas las selari dengan permukaan kayu.
Cara-cara menggunakan kertas las
Kerja melelas boleh dilakukan samada dengan menggunakan tangan atau
dengan mesin. Selain kertas las, bendakerja juga boleh dilicinkan dengan daun
mempelas. Walaubagaimanapun, ia kurang digunakan kerana sukar didapati. Kertas las
lebih mudah didapati di kedai hardware, harga yang murah dan terdapat dalam pelbagai
saiz.
Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
130
Tepung Penyumbat
Tepung penyumbat yang digunakan adalah merupakan pengemas seperti
“Plaster of Paris” atau Kapur Paris. Tepung penyumbat digunakan untuk menyumbat
lubang-lubang dan liang-liang kayu sebelum kerja mengecat dan menyelek dilakukan.
Tepung penyumbat dijual dalam bentuk yang mudah dibancuh dengan air sehingga
sebati.
Membancuh tepung penyumbat
Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
131
Tepung penumbat mesit digunakan dengan cara yang betul untuk menghasilkan
projek yang baik dan sempurna. Cara-cara menggunakan tepung penyumbat ialah :
a. Campur dan bancuh Kapur Paris dengan air sehingga pekat.
b. Sapu bahan tepung penyumbat dengan cara menggosokkannya
merentasi urat kayu dalam gerakan membulatdengan alat yang sesuai.
c. Biarkan lapisan tepung penyumbat menjadi kering dan gosok
menggunakan kertas las supaya sama rata dengan permukaan kayu.
Cara-cara menggunakan tepung penyumbat
Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
132
Tepung Penyumbat Polyfilla
Tepung penyumbat Polyfilla ialah sejenis penyumbat kayu khas yang berbentuk
tepung. Cara menyediakan tepung penyumbat polyfilla ialah dengan membancuh
tepung penyumbat polyfilla dengan air sehingga menjadi adunan yang pekat. Bagi
menghasilkan kayu yang berwarna sama, bancuh tepung polyfilla dengan menggunakan
syelek dan pewarna. Tepung polyfilla mempunyai beberapa kegunaan. Antara kegunaan
tepung polyfilla ialah :
a. Menyumbat urat-urat kayu
b. Menyumbat liang kayu yang kasar
c. Menyumbat lubang pada permukaan kayu
d. Menyumbat kesan kecacatan kayu
e. Menyumbat kerenggangan pada tanggam
f. Menyumbat lubang bekas paku
Tepung penyumbat polyfilla mesti digunakan dengan cara yang betul untuk
menghasilkan kerja yang kemas dan sempurna. Begitu juga dengan cara menyumbat ira
kayu. Cara menyumbat ira kayu yang betul ialah :
a. Bancuh tepung penyumbat polyfilla dengan air sehingga menjadi
adunana yang pekat.
b. Adunan ini disumbat ke dalam liang atau lubang-lubang pada kayu
dengan menggunakan kain dan gosok secara melintang kayu atau
menggosok secara berputat-putar.
c. Bersihkan tepung penyumbat yang berlebihan pada permukaan kayu
sebelum menjadi kering.
Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
133
d. Benda kerja yang telah siap disumbat dibiarkan selama semalaman
sehingga kering.
e. Apabila sudah kering, gosokkan permukaan kayu dengan menggunakan
kertas las yang paling halus.
f. Segala habuk dibersihkan dan permukaan kayu itu disapu dengan cat,
syelek atau sampang.
Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
134
Syelek
Syelek ialah resin asli yang dihasilkan dari tahi serangga bernama Iac bug yang
hidup di atas dahan ranting sejenis pokok yang terdapat di Asia Tenggara. Resin syelek
laurt di dalam alcohol-methylated spirit. Ia digunakan untuk mengilatkan kayu
dinamakan French polishing secara senbur atau dengan menggunakan berus. Syelek
didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alkohol untuk digunakan,
ataupun dibeli secara bancuh siap.
Syelek merupakan kemasan yang lazim digunakan pada perabot dan kayu. Ia
juga digunakan untuk melindungi dan mencantikkan projek. Syelek biasa digunakan
kerana ia mempunyai harga yang murah, mudah disediakan dan kalis air. Syelek
mempunyai dua jenis iaitu syelek jingga untuk kayu berwarna sederhana dan syelek
putih untuk kayu berwarna pucat atau gelap. Ia terdiri daripada syelek jingga yang
didapati dalam bentuk kepingan dan selek putih yang didapati dalam bentuk cecair.
Syelek yang telah dilarutkan hendaklah disimpan di dalam bekas kaca atau cina. Jika
disimpan di dalam tin, warna selek akan menjadi gelap.
Penggunaan selek yang betul dapat menghasilakn projek yang kemas dan
sempurna. Cara menggunakan syelek yang betul adalah :
a. Kerja menyapu syelek dilakukan pada waktu hari cuaca panas bagi
mengelakkan bahagian yang disapu syelek menjadi putih.
b. Guna berus syelek yang lebar dan lembut.
c. Sebelum mula menyelek, benda kerja dibersihkan dengan kertas las.
d. Bagi lapisan permulaan, sapu dengan gerakan panjang dan cepat.
e. Syelek mesti disapu selari dengan urat kayu.
Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
135
f. Gunakan hujung berus untuk menyamakan lapisan ketika syelek masih
basah dan jangan disapu balik ke belakang.
g. Biarkan lapisan pertama kering. Kemudian, gosok dengan kertas las 00
dengan perlahan dan dibersihkan.
h. Sapu lapisan kedua. Kemudian biarkan kering dan gosok dengan kertas
las 00 dengan perlahan dan dibersihkan.
i. Sapu lapsan ketiga.
Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
136
Cat
Cat ialah sejenis bahan cecair yang digunakan dalam perusahaan untuk
memberiken lapisan perlindungan kepada bahan-bahan kayu serta besi, lepa, konkrit,
batu-bata, dan lain-lain.
Jenis bahan kemasan
Selain menjadi sebagai lapisan perlindungan, cat juga mempunyai fungsi-fungsi
lain. Antaranya ialah :
a. Melindungi bahan perusahaan seperti yang disebut di atas daripada
kerosakan yang disebabkan oleh keadaan cuaca, serangan serangga,
pengoksidaan dan sebagainya.
b. Mencantikkan permandangan.
c. Memudahkan membersihkan permukaannya.
Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
137
Pada dasarnya, cat diperbuat daripada jenis pewarna dan cecair. Pewarna cat
terdiri daripada oksida besi, amber, krominium, oksida zink dan lain-lain. Cecair pula
mengandungi bahan-bahan pengikat (binder) dan pelarut (thiner). Bahan pengikat
berfungsi untuk melekatkan pewarna pada permukaan yang dicat serta memberi sifat
kalisan dan kelician. Pelarut pula berfungsi mengurangkan kelikatan cat dan memberi
kesenangan kerja semasa mengecat.
Kerja mengecat mesti dilakukan dengan cara yang betul supaya projek dapat
dihasilkan dengan cantik dan kemas. Cara mengecat ialah :
a. Sebelum benda kerja disapu cat, permukaannya mestilah tidak
berminyak. Berhabuk dan dalam keadaan kering.
b. Benda kerja hendaklah dilicinkan dengan menggunakan kertas las.
c. Untuk lapisan pertama, sapu cat dengan menggunakan berus cat yang
lebar dan melintangi urat kayu.
d. Setelah lapisan pertama kering, benda kerja disumbat dengan
menggunakan tepung penyumbat pada bahagian-bahagian yang cacat
dan berlubang.
e. Biarkan lapisan tepung penyumbat kering. Kemudian, gosok
permukaan dengan kertas las gred 00 dan dibersihkan.
f. Untuk lapisan kedua, sapu cat selari denagn urat kayu.
Kerja mengecat boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu disapu denagan berus,
menggunakan penggelek atau roller, dan menggunakan alat sembur yang dibantu oleh
mesin tekanan udara, tangki atau sembur dan hos getah.
Terdapat beberapa jenis cat yang digunakan dalam kerja mengecat seperti cat
berkilau atau cat lincau yang dibancuh dengan menggunakan turpetin, cat emulsi atau
cat bauran yang dibancuh dengan menggunakan air, dan cat distemper.
Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
138
Cat Alas
Cat emulsi ialah sejenis cat yang berfungsi sebagai pengalas untuk menutup
lubang-lubang kecil pada permukaan kayu dan logam. Cara menggunakan cat alas ialah
:
a. Pilih warna cat alas yang sama atau hamper sama dengan cat lincau
yang akan digunakan nanti.
b. Setelah permukaan kayu disapu dengan cat alas, gosokkan permukaan
itu dengan kertas las selepas cat alas kering.
Cat Lincau
Cat lincau ialah sejenis cat yang dibancuh denagn turpetin atau palarut khas.
Cat lincau berfungsi untuk menghasilkan permukaan yang cantik serta berkilat. Ia
memberikan perlindungan pada permukaan benda kerja kerana cat ini adalah kalis air.
Cat ini mempunyai pewarna dan cecair minyak linseed. Cat lincau menjadi kering
melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan.kebaikan cat lincau adalah :
a. Senang digunakan
b. Didapait dalam pelbagai warna
c. Boleh menahan haba
d. Kalis air
e. Tahan lama
f. Murah
g. Cantik
h. Berkilat
Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
139
Tiga lapisan diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan kemasan. Cat
lapisan asas mengandungi cecair minyak linseed dan plumbum merah sebagai pewarna.
Langkah-langkah mengecat :
a. Bersihkan permukaan kayu daripada habuk dan kotoran .
b. Menyapu lapisan asas.
c. Mentumbat dengan tepung penyumbat.
d. Menyapu lapisan cat alas dan dibiarkan kering.
e. Gunakan kertas las gred 0 untuk meratakan lapisan cat alas.
f. Menyapu lapisan kemasan dengan lapisan cat lincau.
Cat lincau juga boleh digunakan dengan cara semburan. Langkah menyembur
cat lincau dengan menggunakn penyembur cat dan pemampat udara adalah :
a. Bersihkan permukaan kayu yang hendak disembur dengan cat.
b. Gunakan bahan pelarut turpetin untuk mencairkan cat alas kepada
keadaan yang sesuai untuk semburan. Semburkan permukaan kayu
dengan satu lapisan cat alas dan biarkan kering.
c. Ratakan permukaan cat dengan kertas las gred halus.
d. Cairkan cat lincau menggunakj pelarut keadaannya sesuai untuk
semburan. Jarak muncung penyembur dengan permukaan kayu mestilah
lebih kurang 30cm. Semburan cat boleh dilakukan berulang kali
sehingga mendapat suatu lapisan permukaan yang licin dan berkilat.
Pastikan lapisan lincau benar-benar kering sebelum menyembu cat
seterusnya.
Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
140
Semburan menggunakan mesin pemampat udara
Selain menggunakan mesin pemampat udara, cat lincau juga boleh digunakan
kaedah semburan tin bagi cat lincau yang terdapt dalam tin. Langkah-langkah untuk
menyembur cat dengan kaedah semburan ialah :
a. Permukaan yang hendak dicat perlu dibersihkan daripada habuk dan
kekotoran.
b. Satu lapisan cat alas disapu pada permukaan kayu dan dibiarkan
kering.
c. Gosok dengan kertas las gred halus pada lapisan cat alas untuk
meratakannya.
Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
141
Cat semburan
d. Goncang tin bekas cat sembur untuk memastikan campuran cat dan
bahan pelarut sebati. Semburan hendaklsh dibuat pada jarak kira-
kira 30cm dari permukaan kayu. Mulakan dengan satu lapisan cat
nipis dan biarkan kering.
e. Ulangi proses semburan sehingga mendapat lapisan permukaan cat
yang licin dan berkilat. Pastikan lapisan benar-benar kering sebelum
semburan lapisan yang berikutnya dilakukan.
Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
142
Cat Emulsi
Cat emulsi mengandungi pewarna dan cecair resin tiruan dan hendaklah
dibancuh dengan air untuk mencairkannya semasa digunakan. Jenis cat emulsi lateks
ialah cat yang diperbuat daripada getah tiruan dan perlu dicairkan dengan air apabila
hendak digunakan untuk mengecat. Cat emulsi menghasilkan kemasan yang pudar.
Proses pengeringan bagi cat emulsi ialah melalui sejatan dan resapan. Cat ini mudah
digunakan denagn cara disapu dengan berus, digelek denagn penggelek atau disembur.
Cat lapisan tidak diperlukan bagi kerja baru.
Cat Distemper
Cat distemper juga dikenali sebagai cat kapur. Cai ini dihasilakn dengan kapur
mati dan dibancuhkan dengan air serta sedikit nila supaya kelihatan putih.
Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
143
Tona Kayu
Tona kayu adalah bahan pewarna yang perlu dilarutkan dalam pelbagai
perantaraan. Terdapat jenis tona warna iaitu pewarna minyak, pewarna spirit, dan
pewarna air.
Tona Kayu
Tona kayu digunakan untuk menggelapkan dan mengeluarkan susunan urat
kayu dan menyamakan kayu yang berlainan warna. Cara menggunakan tona kayu ialah
:
a. Bersihkan permukaan kayu sebelum menyapu tona kayu.
b. Kacau tona kayu sehingga sebati.
c. Sapu lapisan tona kayu dengan berus pada apermukaan kayu yang
hendak dikemaskan dan dibiarkan kering.
d. Gosok lapisan tona kayu denagn kertas las gred halus untuk
meratakannya.
e. Satu lapisan tona kayu disapu dan ulangi proses tersebut sehingga
mendapat satu lapisan yang licin dan menarik.
Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
144
Pewarna minyak digunakan untuk mengilap lilin dan disapu bagi melarutkan
pelumur di dalam turpetin dan petrol. Pewarna spirit mest dibancuh dengan syelek dan
spirit bertujuan untuk menyamakan permukaan kayu dan mendapatkan kemasan yang
sekata. Pewarna air boleh digunakan terus pada permukaan kayu sebelum menyapu
lekar. Ia boleh disapu dengan menggunakan berus atau kain. Ona kayu lambat kering
kerana ia mempunyai pelbagai pelarut yang digunakan.
Lekar
Lekar disapu sebagai kemasan terakhir untuk mengilatkan permukaan kayu.
Lekar diperbuat daripada selulosa halus. Ia harus dilarutkan dengan thiner dan boleh
disapu atau disembur untuk menggunakannya.
Contoh semburan lekar
Kemasan Dalam Kerja Kayu ____________________________________________________________________________________
__
_____________________________________________________________ Folio Kerja Kayu
145
Lekar disapu selepas syelek. Penggunaan lekar dalam projek dapat mencegah
permukaan kayu daripada menjadi calar dan kusam. Leka yang biasa digunakan terdiri
daripada jenis resin.
Venir Kayu
Venir kayu merupakan kepingan kayu yang nipis bertujuan untuk menampal
permukaan kayu. Ia menyerupai rupa kayu yang asli tetapi ia hanya perlu ditampal pada
permukaan kayu supaya kelihatan seperti urat kayu.
PROJEK KAYU TAJUK : RAK HIASAN BAHAN
1) 2 keping papan 20 X 80 X 430 2) 3 keping papan 20 X 80 X 250 3) 1 keping papan lapis 3 X 410 X 250
PERALATAN
Pita pengukur Sesiku-L Pensil penanda
Gergaji puting Tolok penanda Gandin kayu
Pahat tepi serong Kertas pasir Gergaji lengkok
Kikir parut Ragum meja
LUKISAN KERJA Pandangan tercerai rak hiasan Unjuran oblik rak hiasan
Unjuran ortografik rak hiasan PROSES KERJA
1. Penyediaan bahan
a) Bahan-bahan pembinaan seperti papan dan papan lapis yang akan digunakan diperiksa
terlebih dahulu. Antara tujuannya ialah;
i. Memastikan kayu berada dalam keadaan yang baik iaitu tanpa sebarang
keretakan, lubang, bengkok dan sebagainya.
ii. Memastikan ketebalan dan jenis kayu adalah mengikut spesifikasi yang telah
ditentukan.
b) Peralatan-peralatan kayu dipastikan mencukupi dan disesuaikan untuk pembinaan
projek ini. Selain itu, peralatan-peralatan tersebut juga dipastikan berada dalam keadaan
yang baik dan selamat digunakan.
2. Merancang tanda (proses mengerat)
a) Proses mengukur dan menanda dilakukan untuk kerja-kerja pemotongan.
b) Antara alat-alat tangan yang digunakan dalam proses ini ialah;
i. Pensil penanda
ii. Pita pengukur
iii. Sesiku-L
c) Proses merancang tanda
i. Sekeping papan yang mempunyai ukuran panjang kira-kira 1610mm
dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu 2 bahagian ditandakan dengan
kepanjangan 430mm.
ii. Manakala 3 bahagian yang selebihnya ditandakan dengan kepanjangan
250mm.
3. Memotong
a) Proses ini dilakukan setelah kerja-kerja mengukur dan menanda dilakukan.
b) Antara alatan tangan yang digunakan ialah;
i. Ragum meja
ii. Gergaji puting
c) Proses memotong
i. Bahagian kayu yang ingin dipotong diapit dengan ragum meja untuk
memudahkan kerja-kerja pemotongan.
ii. Kemudian bahagian-bahagian kayu yang telah ditanda tadi dipotong dengan
menggunakan gergaji putting sehingga selesai.
4. Kemasan
a) Proses ini dilakukan untuk mengemaskan bahagian-bahagian kayu yang telah dipotong
tadi. Dalam proses ini juga, kerataan permukaan kayu diuji dengan menggunakan
sesiku-L.
b) Antara alat-alat tangan yang digunakan ialah;
i. Sesiku-L
ii. Kertas pasir
iii. Kikir parut
c) Proses kemasan
i. Bahagian pinggir-pinggir kayu yang bergerigi dikikir perlahan-lahan dengan
menggunakan kikir parut.
ii. Bahagian pemotongan yang tidak rata juga diratakan dengan menggunakan
kikir parut.
iii. Pingir-pingir tersebut kemudiannya dikemas dan diperhaluskan lagi dengan
menggunakan kertas pasir.
iv. Kemudian kerataan permukaan kayu diuji dengan cara mengheret bilah
sesiku-L di atas permukaan kayu.
5. Merancang tanda (membina tanggam)
a) Proses mengukur dan menanda pada kali ini adalah bertujuan untuk persediaan kepada
proses membuat tanggam. Penandaan ini dilakukan pada kedua-dua keping papan yang
berukuran 20 X 80 X 430.
b) Antara alat-alat tangan yang digunakan ialah;
i. Pensil penanda
ii. Pita pengukur
iii. Tolok penanda
iv. Sesiku-L
c) Proses mengukur dan menanda
i. Lebar tanggam diukur dan ditanda menyamai tebal papan yang digunakan
iaitu 20mm.
ii. Kedalaman tanggam pula ialah separuh daripada ketebalan kayu yang akan
dibina tanggam iaitu 10mm. Tolok penanda digunakan untuk proses
penandaan kedalaman tanggam ini.
iii. Akhir sekali, bahagian yang hendak dibuang dalam proses membuat tanggam
nanti ditandakan dengan “X”.
6. Memahat
a) Proses memahat dilakukan untuk membuat tanggam parit terus.
b) Antara peralatan tangan yang digunakan ialah;
i. Pahat tepi serong
ii. Gandin kayu
iii. Gergaji lengkok
iv. Kikir parut
c) Proses yang dilakukan untuk membina tanggam
i. Bahagian atas permukaan papan yang telah ditandakan dikerat dengan
menggunakan gergaji lengkok sehingga kedalaman yang dikehendaki semasa
proses penandaan.
ii. Kemudian, dengan menggunakan pahat tepi serong, bahagian parit yang ingin
dibuang dipahat dengan teliti.
iii. Setelah proses memahat tersebut selesai,
iv. Tanggam telah yang dibina diperkemaskan lagi dengan menggunakan kikir
parut.
RUJUKAN
Asnul Dahar bin Minghat,Anuar bin Mohammad (2004). “Modul Pembelajaran
Teknologi Kayu”.Cetakan Pertama.Johor: Jabatan Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan, Fakulti Pendidikan, UTM, Universiti Teknologi Malaysia.
Ramly Samsudin, Tan Heng Sun, Yaakub Amir,Adnan Che Rus (1991), “Kemahiran
Hidup Bersepadu Teras Tingkatan 1”.Cetakan Kedua.Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dr. Zulkifli bin Hanafi (1996), “Alat-alat Pertukangan Tradisioanal Melayu”, Solara
Publication.
M David Egan (1978). “Konsep Keselamatan dan Kebakaran Bangunan”.Penerbitan
UTM, Universiti Teknologi Malaysia.
Mark Finney (1974).”The Stanley Book Of Woodworking Tools,Techniques and
Projects”. First Edition.London.