7LS 3HNHUMD %DUX 3HPLPSLQ +HEDW
Transcript of 7LS 3HNHUMD %DUX 3HPLPSLQ +HEDW
�7LS�3HNHUMD�%DUX�3HPLPSLQ�+HEDW�
Edisi Terhad
Oleh HAPPYSUPINA SAIT
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
��
www.happysus.blogspot.com
SYARAT DAN TERMA
[TIDAK BOLEH] diberikan kepada sesiapa sahaja
[TIDAK BOLEH ] diberikan sebagai bonus
[TIDAK BOLEH] dijual
[TIDAK BOLEH] diedit seluruhan dan nama anda diletakkan
[TIDAK BOLEH] disertakan dengan ebook atau product baru
[TIDAK BOLEH] disalin, dicetak dan ditiru dalam apa jua bentuk
PENAFIAN
Maklumat yang dipersembahkan adalah pandangan dan perkongsian
pendapat penulis semasa tarikh ia diterbitkan. Penulis berhak mengubah
mana-mana bahagian dalam berdasarkan maklumat dan syarat baru.
Laporan ini adalah untuk memberi maklumat anda sahaja. Penulis tidak
akan bertanggungjawab kepada apa-apa kerugian menggunakan maklumat
dalam ebook ini.
Maklumat Hakcipta
NOTIS PENTING anda tidak berhak kepada laporan ini. Ia
adalah untuk kegunaan peribadi sahaja. Anda tidak boleh memberi atau memasukkan ia sebagai bonus kepada sebarang produk atau membership site. Anda juga tidak boleh mendedahkan maklumat dalam laporan ini dalam apa juga cara sekalipun. Laporan ini adalah edaran terhad yang disediakan oleh Happysupina bin Sait. Tiada bahagian dalam e-book ini boleh disalin, ditiru atau diduplikasikan dalam apa jua bentuk tanpa mendapat kebenaran dari penulis. Terima kasih.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
��
www.happysus.blogspot.com
KATA PENGARANG Syukur ke Hadrat Ilahi atas anugerah nikmat yang tidak terhitung. Selama 2
tahun saya mengumpul bahan-bahan dalam e-book ini dan kebanyakan adalah
dari dalam blogger saya happysus.blogspot.com. Penulis terpanggil menyusun
semula atas pemintaan sahabat-sahabat penulis. Penulis ingin memudah
pengunjung blog penulis membaca. Penulis berpendapat hidup kita kena
belajar. Membaca adalah cara dan keadah yang paling cepat mendapat ilmu.
Niat penulis ikhlas untuk membantu mereka yang seperti penulis ketika mula
masuk kerja sebagai eksekutif muda 12 tahun lalu. Penulis menulis bukan
bermakna penulis telah berjaya. Tidak sama sekali. Inilah dikatakan berkongsi
pengalaman, ilmu dan pendapat. Penulis ada banyak lagi liku-liku yang harus
dilalui oleh penulis untuk berada dipuncak kejayaan.
Pekerja, pemimpin muda atau eksekutif baru banyak menghadapi masalah
dalam pekerjaan. Penulis sering mendengar masalah yang dihadapi oleh
peserta kursus yang penulis kendalikan. Peserta ini terdiri daripada eksekutif
muda pengurusan dan profesional, 3 hingga 4 tahun dalam perkhidmatan
awam. Eksekutif muda ini lurus dan memang bersemangat untuk bekerja.
Kebanyakan masalah mereka adalah berkaitan dengan hubungan interpersonal
dengan ketua dan kakitangan. Jadi penulis merasakan cara yang terbaik
membantu mereka adalah melalui e-book ini. Penulis berharap maklumat dalam
e-book berguna untuk mereka dan anda. Kalau ada maklumat yang berguna
pembaca boleh ambil dan gunakan. Kalau ada kesilapan adalah kelemahan saya
sendiri. Penulis tidak bertanggungjawab kepada sebarang kerugian, kecederaan
dan kesusahan kerana menggunakan cara yang penulis kemukakan.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
��
www.happysus.blogspot.com
1 PENGENALAN
Definasi Pemimpin hebat
Siapa pemimpin dikatakan hebat. Kenapa saya tidak tulis pemimpin baik atau
pemimpin luar biasa. Ramai yang nak jadi pemimpin hebat. Mereka sering
tidak dapat mengenali apa yang dimaksudkan dengan pemimpin hebat. Marilah
kita melihat beberapa definasi pemimpin hebat.
Definasi pemimpin hebat dalam kamus Dewan adalah “Orang yang memimpin”
sementara “hebat” adalah “ terlalu, teramat sangat (gagah, dahsyat, elok, ramai).
Mungkin anda mempunyai takrif sendiri apa yang dimaksudkan dengan
pemimpin hebat. Kalau anda minta 100 orang mentakrif kepimpinan anda akan
mendapat 100 respon yang berlainan. John H. Zenger dalam bukunya
“Panduan Untuk Memimpin” mendefinasikan pemimpin hebat sebagai
pemimpin yang memiliki kekuatan sejati dengan kekuatan yang nyata dan dapat
membina kekuatan. Beliau menambah ramai pemimpin menanggap bahawa
jalan ke arah kehebatan ialah dengan mencari ciri atau kemahiran yang paling
tidak berkesan dan meningkatkan kelemahan ke tahap yang dapat diterima.
John H. Zenger telah menyenaraikan lima (5) kekuatan yang dapat membezakan
di antara pemimpin hebat dan pemimpin baik iaitu 1) Ahklak 2) Keupayaan
peribadi 3) tumpuan kepada hasil 4) kemahiran interpersonal dan 5) memimpin
perubahan organasasi.
Sebagai orang Islam kita kena yang ke 6 iaitu IMAN DAN TAKWA. Takwa dan
Iman merupakan kekuatan dalaman yang kuat, hebat lagi unik. Dalam Al-Quran
surah Al-Talaq 2 – 3.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
��
www.happysus.blogspot.com
“Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, Dia akan adakan baginya jalan
keluar dan (Allah) akan mengurniakan rezeki dari arah yang tidak disangka-
sangka kepadanya”.
Dalam buku Dr Danial Zainal Abidin, tip-tip Cemerlang daripada Al-Quran
menyatakan sahabat nabi menganggap ayat ini sebagai ‘formula menyelesaikan
masalah teragung ada dalam Al-Quran’. Sebagai pemimpin yang hebat rezeki
bukan hanya dalam aspek banyak wang sahaja. Kesihatan, kemudahan
memimpin, anak buah, kakitangan yang bagus dan bermacam lain limpah
kurnia Allah berikan. Seorang sahabat nabi iaitu Omar bin Khattab
mengumpamakan takwa adalah seperti berjalan di atas jalan yang penuh dengan
onak dan duri dimana kita hendaklah berjalan dengan hati-hati. Pemimpin yang
bertakwa akan melakukan sesuatu dengan berhati-hati dan sentiasa berpegang
kepada Al-Quran dan hadis.
Menurut Ibn Khaldun, dalam buku “mukadimah Ibnu Khaldun” (m/s Lxxxiv)
menyatakan;
manusia mempunyai ciri yang memerlukan pengaruh yang sanggup
mengendalikan dan kekuasaan yang ampuh kerana manusia tidak boleh hidup
tanpanya.
Beliau juga menyatakan kepimpinan itu wujud kerana adanya kuasa. Kuasa itu
ada kerana adanya perasaan kekitaan. Jadi Pemimpin yang hebat adalah
pemimpin yang berkuasa. Pemimpin yang berkuasa hendaklah menjadi
pemimpin yang berpengaruh. Pemimpin yang berjaya seringkali dapat
menyemai perasaan kekitaan dalam kelompok yang mereka pimpin.
Menyatakan tentang pengaruh, Michael H. Hurt dalam bukunya yang bertajuk
“The 100 –A ranking of the most influential person in history” telah meletakkan
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
��
www.happysus.blogspot.com
Muhammad Bin Abdullah s.a.w yang hidup pada 570-632 m sebagai seorang
yang paling berpengaruh dalam sejarah manusia. Hingga kini setelah baginda
meninggal dunia pengaruh baginda masih kuat dan berterusan.
Buku yang bertajuk “Kepimpinan Nabi Muhamad s.a.w – Pengurusan Altruistik
model ikutan sepanjang zaman” ditulis oleh Dr. Ismail Noor seorang yang pakar
dalam cara pengurusan strategik sangat baik untuk dibaca kerana mengupas ciri
kepimpinan Rasulullah s.a.w sebagai ketua keluarga, pemimpin yang
menggunakan pendekatan holistik terhadap pengurusan dan pengurusan
perubahan.
Perbeza di antara pemimpin dan pengurus.
Pemimpin adalah melibatkan manusia. Pemimpin mementingkan perkara.
Mereka akan mengalakkan, mendorong, merangsang dan melatih manusia.
Mereka juga menilai dan memberi ganjaan. Pemimpin adalah sumber ilham
dan pencetus semangat kepada orang bawahan. Pemimpin yang baik akan
dapat memberi dorongan dan mempengaruhi orang. Mereka juga mampu
mengerakkan kumpulan supaya mengikuti, taat, sanggup bertungkus lumus dan
komited pada tugasnya. Mereka juga mempunyai kemampuan menurunkan
kuasa supaya orang dibawahnya lebih bebas bertindak.
Manakala pengurus akan mengurus benda-benda. Mereka adalah yang
mengawal, mengarah, mengatur, mangawal manusia dan bukan manusia
dibawah tanggungjawabnya. Pengurus sibuk dengan penyata tahunan, untung
rugi, belanjawan, rancangan tahunan, carta organasasi dan bermacam lagi
laporan.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
��
www.happysus.blogspot.com
2 Dilema Pegawai Baru
Adakah anda pegawai baru yang menghadapi dilema menyesuaikan diri dalam
dunia pekerjaan? Atau anda baru keluar universiti atau kolej yang mendapat
pekerjaan amat bernasib baik. Atau anda berpindah ke bahagian baru atau
pejabat baru. Tip-tip yang saya beri dalam e-book ini diharap dapat memberi
sedikit keyakinan kepada anda. Tidak rugi kalau mencuba, bukan. Tugas anda
sebagai seorang pekerja tentunya mengurus. Anda kena jelas perbezaan di
antara pemimpin dan pengurus. Pengurus mahu kerja disiapkan. Pengurus
melibatkan kerja dangan benda. Pemimpin adalah mereka yang merancang,
mendorong, mengatur stretegi. Anda juga boleh mempraktikkan macam mana
mengesan, mengenali dan ciri-ciri orang-orang penting dalam pejabat anda.
Kenapa mereka penting? Semuanya akan saya bincangkan dalam e-book ini.
Teknik untuk mempengaruhi mereka juga dinyatakan.
Bagi anda yang baru bertugas. Apakah persediaan yang harus difikirkan dan
akan dihadapi? Adakah tugas yang ditempat baru saya mencabar. Bekerja
dengan manusia ada 1001 kerenah yang akan dihadapi. Saya harap pengalaman
dibawah akan dapat dikongsikan bersama.
Kerenah yang berhubung kait dengan kakitangan dan pentadbiran ini dikatakan
politik pejabat. Politik pejabat walaupun anda tidak suka, anda kena tahu
pendekatan membuat pertahanan dan menyerang. Sediakan payung sebelum
hujan. Saya akan terangkan keadah menangani politik pejabat ini.
Sebagai orang baru sudah tentu anda bersemangat. Anda akan menjadi
perhatian semua. Sentiasa ada mata yang akan melihat anda, berminat bertanya,
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
��
www.happysus.blogspot.com
berminat mendekati dan tidak kurang juga yang tidak peduli. Saya faham
perasaan tersebut sebab saya pernah merasanya. Apa yang harus anda buat? Ya
anda, kenalah menghadapinya. Anda hendak bekerja disitu, tak gitu. Anda
perlukan kekuatan dan bantuan untuk melangkah lebih jauh. Anda tidak mahu
menjadi seorang pekerja yang hanya membuat kerja atau mengurus. Balik
rumah dan esok sambung lagi kerja yang sama, begitulah sehingga anda bersara.
Setengah orang berpendapat kalau saya tidak kacau orang lain. Takkanlah
orang nak kacau saya. Adakah mintos ini selalunya benar?
Apa salahnya sambil bekerja anda membina pengaruh. Anda tentu hendak
menjadi seorang yang berpengaruh dan boleh mempengaruhi orang. Sepupu
saya yang mempunyai dengan gaji lebih RM20,000 di sebuah Syarikat Pengeluar
Baja di Bintulu, Sarawak. Gaji yang besar tidak menjamin kepuasan. Saya masih
ingat kata-katanya.
“Pada satu masa nanti apabila kamu mempunyai ada banyak duit dan bergaji besar
kamu akan merasa ia menjadi tidak begitu penting. Apa yang penting yang kamu
fikirkan adalah pengaruh, kuasa dan dihormati.”
Sesuatu kerja yang diminati tentu menyebabkan kita bekerja tanpa
mengharapkan apa-apa ganjaran. Gaji itu adalah hak kita. Kalau kita ikhlas
bekerja dan mempunyai maktlamat jelas insyallah anda akan berjaya. Banyak
persediaan yang harus kita buat sebelum berjaya. “Belajar dan membaca” dua
perkataan yang diucapkan oleh ketua saya bila mula-mula bekerja di sebuah
jabatan kerajaan di Sarawak. “Bacalah banyak-banyak, kaji dan selidik peraturan,
Akta dan Ordinan.” Katanya. Pada masa ini baru saya sedar apa yang diceritakan
oleh ketua saya itu adalah benar. Beliau seorang yang saya hormati kerana
ilmunya yang banyak dalam dunia pekerjaan. Hebat. Setiap kali ada masalah
beliau akan memperkuatkan kata-kata beliau dengan pekeliling, ordianan atau
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
��
www.happysus.blogspot.com
atau bukti. Pada masa itu saya merasa saya paling bersemangat nak bekerja
sebab mempunyai ketua yang hebat.
Sebagai pekerja anda pasti akan diberi tanggungjawab oleh ketua. Buktikan
kepada mereka, mengambil anda bekerja tidak merugikan. Apa yang penting
keinginan mahu belajar suatu yang baru. Apa yang anda belajar di Universiti,
Kolej atau Politeknik tidak semestinya sama dengan tugas anda sekarang. Kalau
yang bekerja dalam bidang masing-masing anda amat beruntung. Dengan
membaca artikel ini, anda akan mendapat berkongsian pengalaman. Anda
dapat mengetahui apakah perkara penting yang harus anda buat dan ketahui
sebelum memulakan tugas. Anda akan diterangkan apa yang perlu anda buat
sebelum anda mula bekerja dan semasa ada bekerja ditempat baru. Anda
diberitahu bagaimana cara dan dimana nak mendapat maklumat. Jadi anda
kena teruskan membaca.
Sebelum melapor diri
Fasa ini adalah satu peringkat anda mengumpul maklumat tentang bahagian
baru atau tempat kerja baru anda. Maklumat awal adalah penting supaya anda
tidak gugup dan berkeyakinan.
1. Dimana lokasi anda bertugas. Bagaimana anda nak pergi ke sana?
2. Bilangan pekerja yang ada.
3. Bangsa pekerja juga perlu anda ketahui. Kalau ada statistik lebih baik.
Ini adalah untuk menyediakan pemikiran anda. Saya memberi contoh ramai di
antara pekerja adalah dari bangsa Cina. Anda kena ketahui apa yang orang cina
tidak suka. Budaya kerja mereka. Bagaimana anda nak menjalin hubungan
rapat dengan mereka?
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
��
www.happysus.blogspot.com
4. Pakaian yang sesuai yang harus anda pakai semasa bertugas. Kalau di
suatu pejabat baru menggunakan baju Melayu pada hari Jumaat. Anda
kebetulan melaporkan diri pada hari Jumaat. Hebatkan hari pertama anda
sudah nampak sudah pandai menyesuai diri dengan mereka. Begitu juga
sebaliknya.
Anda kena jumpa dengan mereka yang boleh memberi gambaran tepat tentang
suasana dan keadaan tempat kerja baru anda. Dapatkan maklumat dari pekerja
yang anda kenal atau rakan-rakan anda. Mintalah pandang sahabat yang
mengenali pewatakan bakal bos anda. Dia adalah seorang yang bagaimana.
Contohnya kerja ikut buku, baik, garang dan teruk. Kalau tidak dapat maklumat
tak apa. Saya bagi tempoh seminggu anda mencari maklumat ini. Ingat jangan
buat kesimpulan awal. Terima saja maklumat yang ada. Pensyarah saya dulu
selalu berpesan kalau nak pergi ke satu tempat baru kena fikirkan yang paling
teruk. Kalau anda fikirkan akan dapat terbaik nanti anda akan hampa.
Maklumat ini penting sebagai persediaan awal mental anda. Persediaan awal ini
penting supaya ada tidak terkejut dengan budaya kerja ditempat baru anda.
Mungkin budaya kerja ditempat baru anda tidak sama dengan tempat yang
anda pernah kerja atau membuat kerja praktik dulu.
Semasa Melaporkan diri
Semasa melaporkan diri gunakan pakaian yang sesuai. Bawalah dokumen yang
diperlukan untuk melapor diri. Jumpa dengan pegawai yang berkenaan. Cari
bahagian Pentadbiran. Bertanyalah dengan sopan. Pasti ada ramai yang ingin
membantu. Rasa rendah diri semasa melapor kali pertama di tempat kerja baru
adalah perkara biasa. Perasaan ini biasa menyebabkan anda kurang selesa.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
Semasa Bertugas
Berkenalan. Minggu pertama adalah masa untuk berkenalan. Perkenalkan diri
anda kepada semua orang. Ketua unit anda mungkin memperkenalkan diri
anda kepada rakan sekerja. Selepas itu terpulanglah kepada anda. Kalau tempat
kerja anda luas dan banyak bahagian atau unit pasti mendatangkan masalah
kepada anda. Langkah seterusnya ambil kesempatan berkenalan ditempat
mereka selalu orang berkumpul seperti bilik rehat atau bilik kopi dan kantin.
Gunakan masa rehat pada tengahhari contoh selesai solat zohor untuk
mengeratkan perhubungan. Tunjukkan kemesraan anda. Kenalkan diri anda
dengan menyebut nama anda. Sebutlah nama yang mudah diingat kalau nama
anda panjang. Mereka biasanya lupa kalau anda sebut nama yang panjang.
Bukan mudah nak ingat nama orang. Anda akan bertambah hebat kalau boleh
ingat nama kenalan baru anda. Anda boleh baca buku Secret of Mind Power oleh
Harry Lorayne. Beliau ada menerangkan keadah mengingati nama dan wajah.
Beliau menyatakan untuk meningati nama seseorang kita kena kaitkan dengan
wajah seseorang. Kena dengar dengan baik. Minta mereka ulang kalau kurang
jelas. Beliau mencadangkan anda ulang beberapa kali nama tersebut sebelum
anda tidur. Beliau mengketagori nama kepada tiga, pertama: nama yang ada
makna. Kedua: nama yang tidak ada makna; tetepi dapat mengingatkan anda
kepada sesuatu. Dan ketiga: nama yang tidak ada makna langsung. Dr. Fazley
Yaakob penasihat mortivasi AF 4, dalam Berita Harian 23.6.06 menyatakan
keakraban menjadi benteng membina kekuatan dan keyakinan diri. Apabila
anda sudah mengenali mereka anda akan dapat bekerja dengan lebih baik.
Bantuan mudah anda dapat kalau mempuyai ramai kawan.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
3 Mencari Maklumat
Kepentingan maklumat. Maklumat diera globalisasi ini umpama emas dan
kuasa. Banyak sumber maklumat yang anda boleh dapat. Maklumat hendaklah
ditapis dengan betul. Ada kena mengesahkan kesahihan maklumat -maklumat
ini. Jangan malu bertanya kepada orang yang lebih pengalaman. Tidak kira
siapa walaupun dengan mak cik tukang cuci pejabat, driver bos, budak pejabat
atau pembancuh kopi di pejabat anda. Mereka ini penting untuk anda
mengumpul maklumat. Budak pejabat biasa mengetahui tabiat dan perangai
orang yang dipejabat termasuk bos anda. Pembancuh kopi tahu apa yang
disukai oleh bos atau rakan pejabat anda. Mungkin ada makanan yang disukai
oleh mereka. Mereka lebih mengetahui kerana telah lama bertugas di pejabat
itu. Cuba dapatkan apa sahaja maklumat. Terima sahaja maklmat tersebut.
Maklumat yang harus dikumpul adalah seperti berikut: Maktlamat tentang
Jabatan, pejabat dan syarikat, termasuk budaya kerja, cara sesuatu kerja
dilakukan dan suasana pejabat sebelum ini.
1. Pendapat tentang sikap dan perangai rakan sekerja anda.
2. Kenal pasti pekerja bermasalah dan pekerja cemerlang.
3. Masalah-masalah yang dihadapi oleh pekerja.
4. Perkara yang boleh dilakukan dan tidak.
5. Kes - kes displin yang telah dibuat oleh orang yang terdahulu.
6. Pengiktirafan yang diberi.
7. Siapa yang paling berpengaruh selain bos kita.
8. Cara penyelesaian masalah yang biasa dibuat dipejabat kita.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
Kenapa perlu mengumpul maklumat ini. Saya akan terangkan nanti. Ada kena
tahu maklumat disekeliling untuk menjadi seorang yang hebat dan dikagumi.
Maklumat yang dikumpul membolehkan anda mengatur langkah untuk
mencapai maktlamat anda. Masalah, isu kerja dan penyelesaiannya kena
dibincangkan secara tidak formal dahulu dengan rakan-rakan. Ini akan
menambah kehebatan anda pada pandangan ketua kalaulah pendapat anda
diminta nanti. Maksudnya anda telah memikirkan isu dan masalah yang bakal
timbul sebelum ia menjadi hangat dan perlu penyelesaian. Kalau anda boleh
menyelesaikan masalah ini, tawarkan bantuan anda kepada bos. Bos anda
semestinya ada banyak kerja lain yang hendak dibuat. Tugas anda adalah untuk
memudahkan kerja bos. Bukan menyusahkannya. Saya pernah menawarkan
diri menyelesaikan masalah pekerja-pekerja Islam di pejabat saya. Cuma 38
Melayu Islam daripada 120 orang pekerja dipejabat saya. Masalah tidak tempat
surau yang selesa, masalah displin kakitangan, masalah hubungan dengan
pekerja lain agama hingga ke masalah keluarga. Walaupun bukan bidang tugas
anda. Anggap mereka sebagai keluarga anda. Masalah mereka dikongsikan
bersama. Anda kena menjadi pendengar yang baik. Berikan harapan dan
pilihan jalan penyelesaian yang harus mereka pilih. Biarkanlah mereka
membuat keputusan sendiri. Mereka kena bertanggugjawab atas apa-apa
keputusan yang akan mereka buat.
Menjaga dan mengawal manusia ini merupakan suatu yang jarang mahu
dilakukan oleh ketua kita. Mereka tiada masa. Olehitu, anda kena mudahkan
kerja mereka. Buatlah sesuatu aktiviti yang boleh membuat anda berkumpul
bersama rakan-rakan sekerja. Semasa di pejabat atau diluar waktu pejabat.
Kalau anda sudah biasa mengendalikan masalah. Anda dapat merasakan lebih
separuh daripada mereka boleh menyelesaikan masalahnya sendiri. Apa yang
saya maksudkan adalah kebanyakan dari mereka nak kita mendengar bukan nak
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
kita selesaikan masalah mereka. Jadilah pendengar yang baik. Teknik layan
dan dengar merupakan keadah yang baik. Mereka akan hormat pada kawan
yang mengambil perhatian kepada apa yang mereka cakap. Teruskan membaca.
Anda kena selalu bertanya khabar mereka. Ambil berat tentang masalah
kebajikan mereka. Bantu mereka menyampaikan masalah mereka kepada ketua
anda. Gunakan saluran yang betul. Ingat ketua kita tidak suka dikritik.
Mereka tidak suka orang yang pandai-pandai atau terlalu pandai dari mereka.
Ingat, gunakan pendekatan ide ini bukan ide anda tapi ide bos anda. Biarlah bos
anda hebat. Anda tidak rugi apa-apakan. Seorang ketua selalunya dalam
ketogeri “The man”. Dia saja betul. Terima sahajalah. Mainkan ego mereka.
Ada kena tahu bila masa nak “angkat bos”. Pujilah benda-benda yang jarang
dibuat atau luar biasa yang dilakukan oleh bos anda. Bukan benda yang biasa
dibuatnya. Jangan lebih-lebih. Serdahana. Teruskan membaca. Bab seterusnya
saya akan ceritakan.
Bagaimana nak dapatkan maklumat. Kemahiran mendapatkan maklumat
adalah bergantung kepada keupayaan kita mendekati mereka yang
bermaklumat. Banyak cara untuk mendapatkan maklumat. Perkara asas adalah
bertanya. Hadir pada majlis rasmi dan tidak rasmi. Bertanya, dengar cerita,
dengar perbualan dan analisa maklumat yang didengar. Perkara penting anda
kena pandai dan tahu gaya percakapan pemberi maklumat. Cakaplah perkara
yang dia minat. Tunjukkan anda berminat dengan apa yang dia cakap. Layan
dan dengar. Kalau dia seorang yang pro bos atau tidak anda kena tahu sebelum
bercakap. Kalau tak tahu. Jangan kritik. Ikut arah angin yang bertiup. Ini akan
membantu anda mendapat maklumat yang anda inginkan. Apabila seorang
seronok bercerita dan bercakap dia akan lupa anda hendak maklumat. Ada juga
yang pandai simpan. Jangan cantas atau hentikan percakapan semasa dia
seronok bercakap. Tahankan keinginan diri anda dari memberi sebarang komen.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
Ingat anda bukan yang nak bercerita tapi nak dapat maklumat. Maklumat
pekerja, sikap orang, kekuatan dan kelemahan mereka juga anda kena tahu. Ia
penting bila anda nak buat pertahanan pada diri.
Anda kena tahu siapa yang leser atau pedas bila berkata-kata, kawan bos,
sahabat bos yang sama bermain badminton atau golf. Apabila anda tahu sikap
mereka anda akan berhati-hati kalau nak membuat kritikan. Mereka ini
biasanya mengunakan pendekatan membangkang bos. Perisik biasa guna
pendekatan ini. Mereka sebanarnya nak tahu landasan kita. Pendekatan negetif
ini biasanya boleh membuat anda terperangkap dan mereka ini akan menjadi
batu api untuk melagakan anda dengan bos anda. Cara paling selamat jangan
kritik terbuka. Pada peringkat ini tidak perlu anda mempunyai perisik.
Mungkin mereka menjadi perisik anda tanpa mereka sedari. Kecekapan
mendapatkan maklumat penting akan menyebabkan anda sentiasa bersedia.
Anda kena ada kemahiran mengurus manusia dan kerja. Jangan lemah
semangat bila diberi suatu tugas yang tidak pernah anda buat. Tidak perlu
menjaja kelemahan anda jika anda tidak tahu membuat itu dan ini. Ingat, anda
boleh buat. Latihan anda di Universiti atau Kolej telah mengajar anda membuat
sesuatu kerja dari tidak tahu atau kosong kepada sesuatu hasil kerja untuk
dihantar kepada pensyarah.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
4 Mengesan Orang Penting
Kejayaan anda mengesan orang penting disekililing tempat kerja anda akan
membuat kerja anda bertambah mudah. Cuba wujud suasana mesra dengan
mereka. Kenalpasti apa yang mereka suka. Cuba rapat dengan mereka.
Pengaruh dan kuasa tidak akan datang dengan sendiri. Kalau diberi peluang
membuat sesuatu yang dianggap tidak berkaitan dengan tugas contohnya
booking padang futsal. Anda kena tawarkan diri. Masa awal kerja anda kena
menjadi seorang yang boleh buat apa sahaja yang orang lain tidak sanggup buat
atau tidak ada masa nak buat. Anda kena jadi pengikut yang baik sebelum
menjadi ketua yang berpengaruh atau pemimpin yang hebat. Cuba
permudahkan kerja ketua anda jangan menambahkan lagi masalah mereka.
Kalau ada di antara rakan sekerja yang ada masalah cuba bantu. Ingat! Mungkin
ada yang nak mengambil kesempatan.
Mengenali orang penting. Siapakah orang penting ini? Orang penting adalah
adalah orang yang melibatkan diri dengan banyak perkara. Orang ini selalunya
menjadi rujukan dan panduan. Orang penting ini mudah mengambilalih ketua
dengan mudah. Mereka ini sering melibatkan diri dan bukan penonton kepada
tugas. Orang ini mempunyai naluri dan dorongan yang tinggi untuk bertindak,
mengerakkan dan menyelesaikan sesuatu perkara atau tugas. Siapa mereka?
Anda kena kenal individu ini. Anda kena tahu kenapa orang itu penting.
Kegagalan mengenali atau sengaja mengabaikan orang penting menyebabkan
kegagalan kita dalam banyak perkara. Anda juga tidak dapat mengunakan
mereka untuk membantu anda.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
Ciri-ciri orang penting
1. Mereka merupakan penyelesai masalah. Mereka selalunya akan
memberi ide yang baik pada masa anda memerlukan. Mereka akan cuba
mengenalpasti masalah sebelum sesuatu masalah timbul. Mereka ini berani
bersuara di depan atau dibelakang bos anda.
2. Mereka biasanya yang paling menonjol dalam satu kumpulan. Mereka
merupakan pemimpin yang sentiasa menjadi rujukan oleh mereka disekililing
anda. Sikap, pembawaan dan cara bercakap mereka begitu berkarisma dan
meyakinkan. Kalau ada perjumpaan dialah orangnya yang selalu ke depan.
Bercakap. Memberi komen dan pendapat.
3. Mereka sentiasa bersedia, cekal dan tabah membuat sesuatu tugas yang
diamanahkan dimana orang lain tidak sanggup melakukannya. Mereka ini
merupakan orang yang diharap oleh ketua.
4. Mereka ini mempunyai daya ingatan yang tajam, ide mereka bernas dan
meyakinkan. Sentiasa bersemangat dalam menyampaikan ide. Biasanya ide
dia akan diterima dan diikuti oleh semua orang.
5. Mereka mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang. Minat
dan gigih dalam mencari ide baru untuk menyelesaikan masalah semua.
6. Mereka merupakan pemimpin tidak rasmi sesuatu kumpulan. Jangan
pandang rendah mereka walaupun mereka bukan ketua rasmi. Mereka
mungkin pekerja yang senior dan mendapat penuh kepercayaan dari ketua
anda. Mereka ini biasa mempunyai hubungan diluar tugas dan mengenali orang
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
atasan termasuk bos anda. Anda kena kenalpasti siapa mereka ini. Mereka
mempunyai hubungan sosial yang terjalin kerana persahabatan lama, sama
dalam organasasi anda , kaitan keluarga, agama atau bermain badminton atau
mana-mana sukan bersama ketua kita atau orang penting lain. Orang penting
begini memang wujud. Hakikat inilah yang patut anda terima. Gunakan
mereka untuk menyampaikan sesuatu. Ide anda akan sampai kepada pihak
atasan melalui orang sebegini. Mereka akan menyampaikan secara langsung
atau tidak langsung apa yang anda mahu sampaikan. Propaganda juga boleh
disebarkan melalui orang begini. Awas gerakgeri anda, percakapan anda. Apa
yang penting kena ikhlas.
7. Mereka merupakan pemikir yang hebat. Orang seperti ini selalunya kreatif
dan kaya denga ide baru. Buah fikiran mereka bernas. Biasanya mereka tidak
mahu atau tidak memegang jawatan yang penting. Jawatan ini mereka rasa
menghalang mereka memberi ide yang bebas dan terbuka.
Kepentingan menguasai orang penting. Kenapa? Anda akan dapat mengawal
ramai orang melalui orang penting ini. Seseorang pemimpin yang hebat seperti
Nabi Muhamad berjaya mengawal orang penting Mekah seperti Siti Khadijah,
Saidina Abu Bakar, Saidina Omar, Saidina Osman, Saidina Ali dan ramai lagi.
Mereka sanggup berkorban untuk baginda. Kehebatan kerajaan Melaka semasa
pemerintahan Sultan Mansyur Shah adalah disebabkan dapat menguasai
Bendahara Tun Perak yang bijak dan pendekar Hang Tuah yang perkasa. Tun
Mahathir Muhamad berkuasa kerana dapat menguasai pemimpin seperti Najib,
Abdullah Badawi, Anuar Ibrahim dan ramai lagi. Pehin Seri Taib Mahmud
dapat memerintah dengan gemilang di Sarawak kerana menguasai pemimpin
berpengaruh dari pelbagai suku kaum di Sarawak. Sekarang anda nampak
kepentingan menguasai orang penting.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
Anda juga dapat menjimatkan masa dan tenaga. Anda seringkali menghadapi
masalah tidak cukup masa. Masa itu emas. Adalah penting menguasai orang
yang boleh membantu memudahkan dan meringankan tugas anda. Anda
memerlukan orang lain bagi membantu anda berjaya. Anda seharusnya segera
mengenalpasti orang yang boleh membantu anda. Lebih cepat anda mengenali
mereka lebih cepat anda akan berjaya. Tumpukan usaha dan tenaga anda
kepada orang penting disekeliling anda. Cepat kenal pasti orang penting ini.
Jangan buang masa memberi perhatian kepada orang lain.
Orang penting dapat menjimatkan masa dan tenaga anda untuk mengambil
sesuatu tindakan. Anda cuma perlu mengenalpasti orang yang menjadi tunjang
yang dapat mengerakkan tindakan anda. Orang tunjang atau orang tonggak
selalunya beraksi dan bertindak.
Anda akan berjaya mendapat sokongan dan dorongan. Jangan ragu-ragu
berjumpa dengan orang penting. Cari peluang untuk bercakap, bersemuka,
bertukar pendapat, memberitahu anda kehadiran anda dan anda wujud di dunia
ini. Tunjukkan anda menghagri mereka. Anda lakukan apa sahaja untuk rapat
dengan orang penting ini. Buat temujanji dengan mereka. Bawa mereka minum.
Bercakap dengan mereka. Orang Sarawak kata selalu "ngabas" iaitu menziarahi.
Apabila anda mendapat sokongan mereka kejayaan akan menyusul.
Anda boleh menjadi ketua yang hebat. Orang penting ini mempunyai auranya
tersendiri. Aura itu akan melekat pada anda jika anda dapat menguasai mereka.
Jangan salah faham orang penting ini bukan sahaja bos kita. Tidak. No....No.
Wujud ramai pemimpin tidak rasmi yang anda kenal di tempat kerja anda.
Mereka ini merupakan pengerak kepada sesuatu aktiviti. Mereka boleh jadi
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
pencetus sesuatu perkara atau isu. Anda perlu kenal mereka sebelum
menguasai mereka. Bagaimana? Teruskan membaca.
Cara mempengaruhi dan menguasai orang penting. Anda semestinya nak
berjaya dalam kerjaya. Salah satu kemahiran yang diperlukan adalah menguasai
orang penting. Anda mungkin diberi peluang menjadi ketua atau ada bercita-
cita nak jadi ketua. Ayuh teruskan bacaan anda. Saya akan ceritakan tip
menjadi pemimpin yang dapat menguasai orang penting. Sebelum kita mula.
Kenapa anda kena menguasai orang penting ini? Anda jangan lupa kerjaya anda
amat bergantung kepada sejauh mana anda dapat menguasai mereka. Anda
perhatikan persekitaran kerja anda. Mungkin ada seseorang yang diminta oleh
pekerja mendapat nasihat, bantuan dan kepimpinan. Anda kena mengenalpasti
ketua tidak rasmi ini supaya dapat bekerjasama dengan anda. Usahakan supaya
orang sebegini menyebelahi anda dan semua yang lain akan ikut secara
automatik.
Asas kepada mempengaruhi orang penting adalah kemesraan. Kebolehan
anda berkawan dan mudah mesra dengan orang lain memberi kelebihan kepada
anda. Semua ini tidak berguna kalau anda tidak mengetahui apakah perkara
yang dia mahukan. Keinginannya hendaklah diketahui difahami dan dikaji.
Anda kena mengetahui perkara yang diceritakan, diluahkan dan perkara yang
dibuatnya. Memenuhi keinginan orang penting adalah puncak kepada
menpengaruhi mereka. Seseorang akan bahagia apabila keperluan fizikal dan
rohani mereka dapat dipenuhi. Keperluan fizikal ini seperti makanan,
minuman, tempat tinggal, kereta dan pakaian. Keperluan rohani seperti tempat
beribdah, keperluan beribadah dan bantuan kewangan untuk aktiviti
keagamaan. Ini juga termasuk keperluan sex mereka. Kalau dia belum
berkahwin misalnya carikan atau nampakkan usaha anda membantu. Yalah
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
mencari pasangan untuk dia. Pengetahuan keperluan fizikal dan rohani ini
membantu anda mempengaruhi mereka.
Saya ingin menyatakan disini, motivasi intrinsik iaitu apabila kita digerakkan
atau dipandu oleh perkara dalaman seperti maktlamat, keghiarahan (passion)
dan misi. Ia lebih kuat mempengaruhi orang penting ini. Ini adalah kerana
tidak semua orang boleh memenuhi cara pertama iaitu keperluan fizikal dan
rohani. Kewangan anda yang terhad menyebabkan anda menggunakan cara
kedua ini. Anda boleh gunakan cara pertama dengan memberi jalan dan
bantuan kepada mereka dalam memenuhi keperluan fizikal dan rohani.
Seterusnya, mempengaruhi orang penting adalah dengan bertanya keinginan
dan bantuan yang dapat anda berikan kepada mereka. Ia adalah perkara yang
asas dalam sesuatu perhubungan antara manusia. Ringan-ringankan diri untuk
membantu mereka. Kalau mereka ada jemputan kahwin, makan selamat atau
hari jadi pergilah menzirahi mereka. Kalau mereka sakit pergi ziarah mereka di
hospital atau rumah. Percayalah ini dapat mambantu anda. Mereka bukan nak
duit anda tetapi mereka nak perhatian dan ingin merasa menjadi orang penting.
Ada beberapa pekara yang mereka mahu adalah pengiktirafan, pujian, kerja
yang menyoronokkan, gaji yang adil, kenaikan gaji, perhatian, mengatasi
masalah peribadi, suasana kerja yang baik dan jamian kerja. Mungkin tidak
semua yang dapat anda penuhi kerana polisi Jabatan dan Syarikat tetapi mereka
nampak anda cuba membantu dan menyelesaikan. Perbuatan cuba membantu
mereka hendaklah ditunjukkan atau dijelaskan kepada mereka. Anda kena
tunjuk surat atau apa-apa sahaja bukti fizikal anda telah cuba membantu
menyelesaikan masalah mereka. Kalau mereka ingin bantuan anda buat pada
masa itu juga. Jangan tangguh.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
Seni Bertanya dan dapat maklumat dari orang penting. Anda kena bertanya
kalau nak tahu keinginan seseorang. Anda tidak akan dapat, saya ulangi tidak
dapat tahu keinginan sebenar dimajlis rasmi seperti mesyuarat yang dihadiri
oleh ramai pekerja atau pemimpin. Mereka akan berwaspada bercakap dan
anda tidak dapat mengesan keinginan sebenarnya mereka. Mereka akan
bercerita perkara yang ingin anda tahu sahaja. Anda kena jumpa orang penting
ini secara tidak rasmi. Ambil peluang perjumpaan secara kebetulan atau tidak
sengaja untuk bertanya dan mendengar luahan hati mereka. Ketika bersalam
dengan orang penting seperti ini pastikan anda melihat pada wajahnya. Mata
jangan lihat kepada orang lain. Pak Habib (S.H.ALATTAS) dalam buku Firasat
menyatakan pandang bahagian antara kedua bahagian mata kalau bercakap
dengan seseorang. Mata menunjukkan ciri-ciri seorang itu bercakap benar atau
tidak. Antaranya kalau mata hitam bergerak dari kiri-ke kanan berulang kali ini
menunjukkan mereka cuba menyembunyikan sesuatu atau cuba berbohong.
Tunjukkan anda benar-benar menghargai perjumpaan itu.
Jadilah pendengar yang baik kepada orang penting. Anda kena banyak sabar
berhadapan orang penting. Anda kena tahan keinginan anda nak memberi
komen atau cerita. Ingat anda nak dengar cerita bukan nak bercerita. Tunjukkan
minat dengan memik muka, pandangan mata, gerak tubuh dan bahasa badan
yang anda memberi perhatian. Beri respon dengan perkataan mudah ya atau
menangguk kepala. Tunjukkan anda bersamanya bukan ditempat lain. Tanya
soalan yang berkaitan dengan keinginan dia. Timbulkan rasa penting orang
yang sudah penting ini. Naikkan egonya dan anda kena ikhlas. Gunakan
pendekatan “5 W” Who? What? When? Where? Why? Ia dapat membantu anda
bertanya soalan yang khusus. Saya tidak syorkan guna semua 2 atau 3 sudah
cukup. Hati-hati jangan nampak seperti seorang polis menjalankan siasatan
saksi. Seorang penjual seluar jean pernah bercerita pada saya tentang telatah
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
pelanggannya. Pelanggan membawa balik seluar jean mengadu bahagian
pinggang kecil. Peniaga bertanya soalan-soalan yang berkaitan. Peniaga telah
dapat mengenalpasti keinginan pelanggan ini untuk diet. Ya, keadahnya jelas
melihat kepada rupa fizikal atau situasi semasa dan bertanya soalan yang tepat.
Pelanggan itu bersetuju saranan peniaga supaya seluar jean menjadi ukuran
kepada saiz pinggang yang ideal untuk pelanggan tersebut. Nampak tak
kehebatan mengetahui kehendak dan keinginan seseorang.
Fokuskan 3 perkara ini a) Apa yang anda ingin tahu b) Soalan yang membuat dia
terasa penting c) Soalan yang dapat mengetahui maklumat dan keinginan dia.
AWAS: Jangan bertanya soalan yang menyebabkan perselisihan. Jangan
membuat konfrantasi. Dapatkan ide dia dulu. Jangan komen ide dia. Ingat
maktlamat anda ingin mendapat maklumat keinginan orang penting.
Perselisihan akan memburukkan keadaan. Gunakan kemahiran pendekatan
perunding anda. Pendekatan perundingan adalah skil yang baik iaitu
membantu mendapat apa yang mereka mahukan. Bertolak-ansur buangkan ego
anda. Ingat ego anda akan merugikan anda. Biarlah "win win situation" kalau
ada perkara yang bercanggah antara anda dengan orang penting. Dr. Fadzilah
Kamsah menyatakan berundinglah dengan kepentingan bukan jawatan.
Apakah kini anda dah tahu mengenali keinginan orang penting dengan seni
bertanya. Anda dapat mengatur strategi untuk membantu dia mencapai
keinginan beliau. Pertanyaan yang tepat memberi tindakan yang sesuai untuk
menguasai orang penting ini. Menguasai orang penting menyebabkan anda
berjaya dalam kerjaya, politik atau tugas. Semua orang mahu di sayangi,
dihormati dan ingin merasa mereka penting. Anda kena jujur dan ikhlas
membantu mereka mencapai maktlamat hidup mereka. Secara automatik orang
penting ini akan mendorong kejayaan anda. Selamat berjaya.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
5 Kuasa Pujian Dan Penghargaan.
Semua manusia suka kepada pujian. Seorang yang dipuji akan merasa dia
penting. Manusia akan lakukan apa sahaja untuk menjadi penting. Cuba anda
pejamkan mata dan fikirkan sahabat anda yang tidak begitu penting dalam kerja.
Mereka adalah individu penting ditempat lain seperti persatuan, kesatuan,
badan kebajikan, jawatan kuasa surau atau masjid, pertubuhan berunifom.
Feadah memberi pujian adalah anda akan dapat sokongan padu tidak berbelah
bahagi. Mereka akan patuh dan taat kepda anda dengan cara sendiri atau
sukarela. Apa yang anda perlu lakukan adalah memuji mereka. Bukan sekali
tetapi berulang kali.
Anda kena belajar teknik yang betul untuk memuji. Ucapkanlah kata-kata
penghargaan. Mereka mudah terpengaruh kepada kalau anda selalu memberi
kata-kata pengiktirafan dan penghargaan. Sudah pasti mereka akan sikap lebih
terbuka kepada pendapat anda. Seorang ketua yang tidak pernah memuji dan
selalu mengkritik akan dibanci. Hakikat kritikan lebih banyak memburukkan
keadaan. Saya tidak katakan anda tidak boleh memberi teguran. Ia tidak akan
menghalang anda untuk bertindak membetulkan keadaan dan melaksanakan
tindakan displin. Teknik menegur mestilah betul dan tepat. Jika pekerja
membuat kesilapan tegur dengan baik. Tunjukkan cara yang betul untuk
membuat sesuatu kerja. Teguran membina adalah menegur dengan
menunjukkan keadah dan cara membuat sesuatu. Atau mencari penyelesaian
kepada masalah yang dihadapi. Nyatakan sebab dan fakta yang jelas. Fakta ini
termasuk statistik, gambar dan video. Kalau ada. Berbicaralah tanpa dia sedari
anda sedang membetulkan kesalahan. Jangan ...saya ulangi. Jangan menegur
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
mereka bila anda sedang marah. Marah akan menyebabkan anda hilang
kawalan diri. Gunakan pendekatan memuji. Memuji kenalah sesuai. Jangan
lebih-lebih nanti dikatakan menyindir.
Seorang pakar psikologi dan pengurusan James K VanFleet menyenaraikan 16
langkah membetulkan kesalahan seseorang
1. Tunjukkan kesalahan seseorang secara tidak langsung
2. Dapatkan fakta berkaitan dahulu.
3. Sekiranya temubual rasmi diperlukan, tnentukan masa dan tempat
4. Jangan hilang sabar semasa menegur kesalahan orang bawahan
5. Selalu bermula dengan pujian dan penghargaan
6. Cadangkan cara penyelesaian
7. Beri peluang pekerja bercakap.
8. Pertimbangkan fakta dan bukti tanpa prejudis
9. Sekiranya perlu dihukum, padankan kesilapan dan individu terlibat
(Hukuman hanya untuk membetulkan kesilapan)
10. Beri pilihan kepada seseorang untuk menentukan hukumannya.
11. Feadah yang akan diperolehi
12. Akhiri temubual dengan pujian dan penghargaan yang ikhlas
13. Puji setiap peringkat mestipun sedikit
14. Menetapkan sasaran atau tahap untuk diikuti.
15. Buat temubual kedua jika perlu
16. Jangan terlalu kerap membetulkan keadaan
contoh:-
bagus betul awak ni tetapi............| cara terbaik …Bagus betul awak ni dan
hebat awak ni.tetapi ..........| hebat awak ni dan
cekap awak mengendali orang tadi tetapi.....| cekap awak mengendali orang tadi dan
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
Alangkah baiknya jika kita menegur dalam nada yang positif. Gunakan
perkataan “dan lebih baik kalau” lebih baik dan molek daripada perkataan
“tetapi”.
Seorang ketua yang saya pernah kenali mengunakan pendekatan lain untuk
menegur kakitangannya. Kakitangan yang ada bermasalah akan dibawa masuk
ke biliknya. Dia akan memberitahu kerani diluar beliau tidak mahu diganggu.
Dia sengaja melafaskan "tidak mahu diganggu sehingga jam...............".
Kakitangan itu tahu masa yang diberi untuk mereka bercakap. Dia pasti merasa
dia penting. Kalau nak marah. Di sinilah dia akan marah. Kalau ada ketidak
puasan hatinya di sini juga dia akan luahkan. Kakitangan tidak suka dimarah
dihadapan orang lain. Biarlah empat dinding menjadi saksi. Ia akan
menjatuhkan air muka mereka kalau dimarah dikhalayak ramai. Mereka juga
ada harga diri. Bila selesai dia akan menyuruh dia tunjukkan muka macam
biasa. Selalunya dia akan suruh bawa sesuatu. Fail, kertas atau apa-apa sajalah
keluar dari bilik. Kalau ada yang menangis dia tunggu sehingga dia nampak
macam biasa. Dia tidak mahu orang diluar tahu kakitangan tadi telah dimarahi.
Setelah selesai orang yang ditegur akan keluar dari bilik dan tidak seorang pun
kakitangan lain diluar yang tahu beliau telah dimarahi atau di tegur oleh beliau.
Beliau juga selalu menaikkan ego kakitangan dengan menyatakan dia penting.
Dia sangat diperlukan. Tanpa dia susah beliau nak buat kerja, hanya dia saja
yang boleh menyelesaikan tugas ini dan menyatakan beliau bangga dapat
bekerja bersama dia. Pujian dan penghargaan ini paling baik dibuat dikhalayak
ramai. Pendekatan beliau amat membantu meningkatkan prestasi kakitangan.
Anda tidak rugi. Cuba kalau tidak percaya. Buang ego tu. Rasa hormat kepada
orang yang mengunakan pendekatan di atas selalunya tinggi.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
Guru saya pernah berpesan jika kita menerima pujian, kembalikan pujian itu
kepada Allah kerana Allah sajalah yang layak untuk dipuji. Anda kena ingat jika
anda menunjuk seseorang dengan satu jari, empat jari akan kembali kepada
anda. Maknanya kalau anda mengkritik seseorang tidak mustahil anda akan
menerima kritikan balik. Seseorang yang mempunyai kekuatan dalam yang
hebat tidak akan menghiraukan kritikan sekira apa yang dibuatnya adalah untuk
kebaikan semua. Apa yang benar akan diketahui oleh orang juga walaupun
bukan pada masa sekarang. Kita akan mendapat balasan penghargaan dan
pujian. Anda kena ingat ikhlas membuat sesuatu dan niatkan kerana Allah.
Kalau kita tidak dapat balasan di dunia ini tentu ada di akhirat nanti. Jika anda
membuat pujian dengan cara yang konsisten dan ikhlas anda akan menjadi
pemimpin yang hebat.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
6 Ide Baru.
Anda mungkin pernah membuat ugutan, paksaan dan ancaman supaya orang
bawahan anda menurut perintah. Adakah cara ini betul? Ketua sebegini sering
menakutkan pekarja dengan ugutan menurun pangkat, pemberhentian,
pemindahan, pengantungan kerja dan menarik balik keistemewaan. Anda yang
hendak mencadangkan ide dan keadah baru untuk mengatasi masalah atau kerja
sering kali mendapat penentangan dari orang dikeliling. Suatu perubahan yang
hendak dibuat memerlukan kekuatan dan kestabilan. Anda kena ada daya
tahan untuk menghadapinya. Ada baiknya perubahan yang hendak dibuat
dalam keadaan pejabat yang stabil dengan kata lain tiada isu yang berat selain
dari isu yang anda timbulkan. Bukan mudah nak mengubah tabiat manusia.
Sekiranya sesuatu keadah, teknik atau prosedur kerja telah lama digunakan
sudah pasti amat sukar bagi mereka nak mengubahnya. Mungkinkah ada cara
lain yang lebih baik. Baca dulu cadangan saya. Saya cadangkan anda
mengunakan keadah ini.
Anda kena bersedia dengan banyak fakta dan bukti yang dapat menyokong ide
anda. Anda nyatakan dan bantu mereka supaya memahami feadah yang
mereka dapat kalau mengikuti perkara yang anda cadangkan. Kalau anda
belum jumpa feadah dan kelebihan. Anda cuba cari. Cari dan terus cari
sehingga berjumpa. Mereka kena tahu rasional disebalik ide anda . Semua
orang suka jika sesuatu perkara menguntungkan mereka.
Feadah yang hendak ditawarkan kena tepat pada masa dan diperlukannya.
Feadah tidak hanya dengan wang ringgit. Perkara seperti keselamatan, masa,
jaminan, kemudahan dan keuntungan kebendaan juga harus dipertimbangkan.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
Gunakan cara komunikasi berkesan dan bertanya apakah feadah yang
diperlukan. Tidak ada jalan lain nak mengetahui isi hati seseorang kecuali
bertanya.
Menyoal atau bertanya untuk mencari kelemahan. Tunjukkan minat anda.
Layan percakapannya. Jangan sampai dikuasai. Tanyakan soalan sehingga dia
letih menjawab. Jangan nyatakan pandapat anda dulu. Simpanlah dulu. sabar.
Sekiranya dia menyedari kelemahan dari hujahnya, dia akan menerima
pandangan anda. Akhir sekali kalau idenya baik terima sajalah.
Bagaimana anda mengetahui dia belum bersedia menerima pandangan anda?
1. Soalan ditanya soalan remeh-temeh. Kadang-kadang tidak ada jawapan.
2. Soalan yang ditanya berulang-ulang.
3. Mereka memberi ide bertentangan dengan anda, ingat manusia
mempunyai ego yang tinggi. Mereka tidak sabar menunjukkan
kepandaian mereka.
Bagaimana anda mengetahui mereka bersedia menerima pandangan anda?
1. Membuat kenyataan yang ragu-ragu. Masa ini anda boleh menyerang.
Dia bersedia untuk dipujuk dan mendengar.
2. Bertanya soalan yang relevan. Dia mula bertanya mengguna keadah 5 H.
3. Dia nak tahu feadah yang diperolehi.
Cara memujuk terima ide baru. Seringkali anda menghadapi masalah
memujuk orang menerima ide baru. Tak kiralah ide itu dari anda atau dari
ketua anda. Individu yang keras kepala selalu menentang tidak kiralah ide itu
baik atau tidak. Anda yang telah berjaya mengenalpasti orang penting seperti
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
dalam bab sebelum ini. Apa yang anda lakukan adalah mengunakan mereka ini
untuk menyampaikan ide anda.
Bagaimana memujuk mereka menerima pendapat anda. Anda cuba naikkan
egonya. Resionalkan dia. Biar dia fikir ide baru itu adalah dirinya sendiri
walaupun itu ide anda. Kalau ide baik biarlah bagi kelebihan pada dia. Biarlah
dia merasa dan mempercayai dialah punya ide itu. Apa yang anda perlu buat
adalah mencadangkan ide menggunakan pendekatan ide bersama. Gunakan
perkataan “kita” dan minta pendapat dia tentang cadangan anda.
Pertimbangkan cadangan dia, kalau baik. Tidak salah kalau ide dia dapat
memperkayakan ide kita. Asalkan maktlamat anda tercapai. Cara yang
hendak dilakukan tidak penting. Ada beribu cara nak lakukan sesuatu. Kalau
cara yang dapat memberi kebaikan dan keselesaan kepada dia, terima sahaja.
Apa yang penting adalah ide kita dapat diikuti. Percayalah mereka suka
membuat sesuatu kerja yang mereka sendiri cadangkan. Cara dia. Matlamat
anda tercapai. Jangan Gopoh. Anda kena bersabar. Anda perlu masa supaya
pokok dapat berbunga dan berbuah. Mereka akan membuktikan kepada anda
dengan bekerja sungguh-sungguh.
Bagi mereka yang masih menentang pendekatan seterusnya adalah dengan
menyoal. Permudahkan soalan anda. Jadi pendengar yang baik. Timbulkan
rasa penting dirinya. Rangka soalan dengan baik. Soalan hendaklah khusus
kepada maklamat anda. Tekankan perkara utama. Juga kepada perkara yang
dapat menarik minatnya. Tanyalah soalan yang mudah difahami. Kata-kata
anda hendaklah jelas dan tepat. Tanya satu persatu isu. Jangan gelojoh.
Arahkan soalan kepada jawapan yang khusus. Gunakan “mengapa” dan
“selain dari itu”. Ingat apabila dia menerima kelemahan dalam hujah dan
pendapatnya dia akan menerima pendapat anda. Oleh itu beri peluang dia
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
bercakap. Lebih baik dia menyedari kelemahannya sendiri. Kalau ditadirkan
oleh Allah, Ide tadi bertambah baik. Terima saja.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
7 Membina Pertahanan Dan Menyerang.
Ramai orang yang baru masuk kerja atau lepasan universiti tidak mengetahui
cara berhadapan dengan kerenah pegawai-pegawai yang telah lama bekerja.
Berbagai masalah yang akan mereka hadapi. Anda mungkin adakalanya terlalu
berpengaruh sehingga menjejaskan pegawai-pegawai ini. Namun begitu
persediaan macam mana anda harus buat untuk menangkis serangan mereka.
Permainan bolasepak umpamnya mempunyai strategi menyerang dan bertahan.
Dalam permainan catur juga anda kena ada pertahanan yang kuat sebelum
menyerang. Dalam pekerjaan dan organisasi juga ada yang menggunakannya.
Mungkin anda secara sedar atau tidak anda telah mengunakan strategi ini. Nak
atau tidak anda kena tahu strategi ini.
Ramai pakar mengakui strategi yang terbaik adalah bertahan. Untuk membina
pertahan yang baik anda kena tahu apa tugas, urusan, bidang dan
berpengetahuan luas. Anda kena mula dari sekarang belajar dan dalami bidang
tugas anda. Tiada jalan mudah untuk berjaya. Ilmu pengetahuan adalah
perlindung yang utama untuk menjadi seorang yang hebat. Orang yang
mempunyai kuasa pinjam atau mereka yang berselindung disebalik kuasa orang
lain tidak dapat mengatasi kuasa ini. Orang begini tidak berupaya menandingi
anda.
Ramai orang yang bijak berkata untuk bertahan anda kena menyerang.
Menyerang dalam pihak yang bertahan. Anda bertahan sambil menyerang. Tak
faham. Teruskan membaca. Isu dan tuduhan yang dibuat oleh orang yang
ingin menyerang perlu dibalas dengan cara berikut:
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
Jawab soalan dengan soalan. Minta dia membuktikan apa yang dikata olehnya.
Sering menggunakan perkataan mengapa atau apa maksud awak? Gunakan
teknik telinga pekak. Tidak hiraukan apa dia kata. Penyerang akan berputus
asa dan berlalu. Kalau tidak berjaya gunakan pendekatan menangani
konfrantasi.
Pertama – anda kenalpasti apa yang sebenarnya menyebabkan kemarahan
tersebut. Apa yang dirasakan telah melanggar atau menidakkan hak kita dan
hak atau kebenaran yang mana yang telah dilanggar.
Kedua – kenalpasti tingkahlaku yang sangat melampau dan menyakitkan dan
kenapa berperasaan sedemikian.
Ketiga – memberitahu orang itu secara langsung atau terus bagaimana
tingkahlaku yang melampau itu menyebabkan kita marah dengan menggunakan
kenyataan “saya”. Contoh : Saya marah apabila ……
Keempat – setelah memberikan kenyataan “saya …“ barulah dapat
mengenalpasti langkah-langkah pembetulan untuk menyelesaikan konfrantasi.
Kelima – apabila telah menentukan langkah-langkah pembetulan untuk
menangani konfrantasi yang berkenaan beri ruang kepada orang yang
berkenaan untuk mengingati matlamat asal.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
Keenam – menangani kemarahan dengan pihak yang berkonfrantasi dengan cara
yang sesuai sehingga kemarahan itu reda.
Budaya orang Melayu jarang menyerang dengan berdepan. Sopan santun dan
budi bahasa amat tinggi. Mereka sering menggunakan kiasan. Umpama nak
tarik benang dalam tepung. Biarlah benang tidak berselerak. Kadang-kala
serangan anda akan terima ketika bermesyuarat atau semasa di pejabat. Orang
yang baru seringkali gagal membina pertahanan atau tidak bersedia bertahan
dengan fakta dan hujah penyerang. Lawan anda selalunya membuat ugutan
untuk mendapatkan kuasa. Adakah mereka berkuasa?
Ada pelbagai situasi yang menyebabkan anda diserang. Ia selalu ditimbulkan
kerana ketidakpuasan sesuatu pihak. Apa yang anda buat, cadang, urus, ikhtiar,
praktik tidak disokong oleh setengah pihak.
Anda tiada jalan lain kecuali menguasai dan mengawal orang yang sebenar-
benarnya berkuasa. Disini saya ingin ulangkan kembali. Anda kena tahu apa
yang dikehendaki, disukai, dibenci, kebiasaan atau suatu yang luar biasa orang
yang sebenar-benarnya berkuasa ini. Anda telah mengetahui perkara di atas
anda akan membantu dia mendapatkannya. Contohnya; Kalau dia suka anda
hantar kerja tepat pada masanya. Jangan lengahkan kerja. Kalau di tidak suka
anda datang lewat. Anda kena turun kerja awal. Kalau menghantar laporan dia
suka guna font Times Roman gunakanlah font yang dia suka. Kesimpulannya
jangan dijadikan musuh orang yang sebenar-benarnya berkuasa. Kuasa mereka
adalah pertahan yang terakhir yang anda ada.
Saya selalu berjumpa peserta kursus yang sering meluahkan rasa tidak puas hati
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
dengan ketua, penentang ketua. Lebih 80% adalah guru-guru yang telah lama
bekerja tidak suka kepada pengetua atau tidak setuju dengan tindakan pengetua.
Mereka selalu mengkritik dibelakang. Membenci dan mengkritik bukan jalan
penyelesaian untuk mempengaruhi orang yang sebenar-benarnya berkuasa.
Bapa saya pernah berpesan kalau ada pun orang yang sebenar-benarnya
berkuasa yang kita benci, ingat satu masa kita kena berdepan atau menggunakan
kuasa dia untuk membantu kita.
Satu lagi, kesilapan orang yang baru tidak tahan menerima kritikan yang pedas
dari ketua. Ketua yang pernah menjadi pekerja di zaman penjajah selalu
bersikap biadap dan mengkritik yang melampau. Contohnya, saya pernah
bekerja dengan bekas Polis agaknya mereka memang dilatih cara ini. Cara yang
mudah menghadapi mereka adalah “masuk telinga sebelah keluar telinga
sebelah”. Sabar dan layan hati perasaan supaya dapat menerima. Ini adalah
ujian rasa hormat kita pada dia. Saya selalu menanggap mereka sebagai bapa
atau datuk kita. “Orang tua biasalah”. Senyum adalah ubat paling mujarab.
Ingat apa yang telah kita buat “kalau tidak ada angin masakan pokok
bergoyang”. Orang yang sebenar-benarnya berkuasa begini biasanya ingin
menunjukkan kuasanya. Selepas mereka pencen atau tidak bekerja kuasanya
akan hilang. Rasa hormat anda mungkin pada masa mereka berkuasa.
Pendekatan begini tidak sesuai di masa ini. Ia sudah ketinggalan zaman. Buat
masa ini mereka masih berkuasa. Anda kena ikut arus, kalau tidak tahan boleh
berhenti dan cari kerja lain. Sampai bila anda nak mencari ketua yang
sempurna.
Keadah pujian yang dinyatakan juga mempunyai kesan tidak baik kalau tersalah
cara dan keadah. Ketua akan merasa pujuan tidak ikhlas dan seolah-oleh orang
bawahan mempunyai kelayakan untuk memuji. Asas pujian adalah memuji
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
sesuatu pekerjaan atau perbuatan yang jarang beliau lakukan tetapi telah dibuat
dengan baik dan berjaya. Maka ini adalah masa yang sesuai untuk memuji.
Contohnya, apabila dia berjaya membuat slid powerpoint sendiri dan tidak
pernah membuatnya sebelum ini. Maka pada masa ini anda dikatakan layak
memuji. Selalu gunakan teknik memuji menggunakan bahasa badan seperti
mengangguk-angguk, isyarat jari atau apa-apa isyarat badan yang sesuai adalah
lebih selamat. Ingat orang yang sebenar-benarnya berkuasa tidak suka
pengampu/pembodek. Naikkan egonya dengan pujian kepada perkara yang
tidak berapa diketahuinya. Jangan puji perkara yang dia sudah tahu. Puji pada
masa kita tidak harap sesuatu darinya. Anggaplah orang yang sebenar-benarnya
berkuasa seorang yang istimewa. Orang yang sebenar-benarnya berkuasa biasa
sudah masak dengan puji-pujian begini. Dia tahu siapa pengampu dan siapa
cakap tidak serupa bikin. Asas adalah anda jangan setuju atau nampak menjadi
pak turut kepada semua perkara. Perkara kecil anda boleh kritik tetapi dengan
cadangan yang boleh memperbaiki bukannya kritik kosong. Gunakan
pendekatan perkataan “dan bukan tetap ”. Perkara pokok atau asas anda kena
diikuti asalkan tidak melanggar batas adat dan undang-undang. Paling hebat
anda sudah tahu bearing/arah percakapan mereka. Contohnya jika anda tahu
dia bersetuju dengan keadah A, sebelum dia memberi pendapat anda akan
memberi komen yang positif tentang keadah A. Hebat bukan pandang anda
sama. Risik dulu. Pasang kaki. Itulah gunanya maklumat yang anda kumpul.
Pandu arah supaya kita mencapai matlamat bersama. Apa juga cara yang
digunakan susah atau senang. Arah dan matlamatnya kena satu. Mencapai apa
sahaja matlamat anda, syarikat dan organisasi mahu. Apa juga perbalahan yang
anda hadapi hendaklah balik kepada matlamat asal.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
8 Keadah Mengkritik
Mutiara kata yang dapat dipetik berkaitan kritikan:-
Cara menghadapi kritik ialah bersikaplah kukuh seperti pohon beringin, tetepi
tetep rendah diri. Eleanor Roosevelt
Mengkritik tidak bererti menentang, memuji tidak semestinya menyokong,
menegur tidak bermakna membenci dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir
baik. S.H.ALATTAS
Mengkritik dengan kata-kata kasar merupakan petanda sempitnya
perbendaharaan kata yang dimiliki atau kurangnya kebijaksanaan dalam
menilai sesuatu, atau kedua-duanya. (Tiada nama)
Tugas anda yang paling penting dalam hidup adalah mengkritik fikiran,
perkataan dan perbuatan anda sendiri. Ray Newton
Beberapa perkara yang harus di elak semasa mengkritik;
1. Menghindari dari perasaan marah, kekecewaan, sakit hati dan meradang
2. Elakkan perkataan “selalu”, “tidak pernah” atau “paling teruk” jika
terlalu banyak digunakan kakitangan akan defensif.
3. Elakkan menyamakan seseorang dengan sifat negatif
4. Elakkan dari mendengar khabar angin atau gosip sebelum membuat
kritikan dan pastikan anda ada bukti yang kukuh
5. Elakkan kakitangan merasa malu dan jaga harga diri mereka, gunakan
perkataan “ Ini mungkin dapat membantu…” atau “ Ini ada satu idea…”
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
Apa yang anda harus lakukan.
1. Berterus-terang. Cakaplah dengan jelas dan membuat bahasa kiasan
mungkin tidak dapat menyampaikan niat anda.
2. Pastikan kritikan anda akan dapat mengubah mereka bertambah baik.
3. Bersikap jujur dan positif. Jika anda berniat baik kenapa perlu teragak-
agak.
4. Cara yang sebaiknya adalah membetulkan kesalahannya, bukan orangnya
Orang bercakap. Anda mendengar.
Hebatnya ketua yang dapat mengamalkan cara ini. Kata-kata hikmah
menyatakan kelebihan mendengar antaranya adalah seperti berikut:-
• Dengarlah dari satu pihak maka anda akan berada dalam gelap; dengarlah
daripada kedua-dua belah pihak maka semuanya akan terang (Halibuton)
• Orang yang pandai mendengar itu beruntung, malah lebih beruntung daripada
orang yang pandai bicara (R.J Botkin)
• Pendengar yang baik, tidak sahaja popular dimana-mana tetapi yang jelas ia
menjadi orang yang banyak tahu. (Wilson Mizner)
• Kita selalu mendengar penyataan,”Dia terlalu banyak bercakap,” tetapi
pernahkah orang mendengar kritikan, ‘Dia terlalu banyak mendengar?”(Norman
Augustine)
Keupayaan menjadi pendengar yang baik sangat penting sebagai ketua. Ia
membantu anda membina hubungan di pejabat sebagai kakitangan baru. Saya
juga telah menyatakan kemahiran mendapat maklumat. Matlamat utama anda
mendengar adalah kerana anda ingin mendengar komen, kebimbangan dan idea
orang lain.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
Saya ingin bertanya. Pernah anda berjumpa dengan orang yang terus-menerus
bercakap tentang diri sendiri. Ketika seseorang sedang bercakap tiba-tiba dia
mencelah, memotong percakapan. Apa pendapat anda tentang orang yang
begini. Sikap begini dikatakan membosankan dan mementingkan diri dan ego
mereka. Pemimpin hebat hendaklah bersabar. Tahankan rasa ingin memberi
komen ketika mendengar orang lain bercakap. Beri peluang kepada mereka
meluahkan masalah peribadi, rungutan, kebimbangan dan kesangsian mereka.
Beri respon yang menunjukkan anda sedang mendengar mereka. Beri perhatian
dan tumpuan dengan penuh minat. Berikan penghormatan kepadanya. Jangan
buat kerja lain semasa bercakap. Pastikan mata anda memandangnya.
Percayalah anda akan lebih dihormati. Jika anda dapat melakukan ini kelebihan
adalah dipihak anda.
Ajukan pertanyaan tentang apa-apa sahaja supaya dia seronok. Tanya tajuk-
tajuk yang berkaitan yang menarik minat mereka. Tanyalah apa sahaja yang
membolehkan mereka membuka mulut kepada anda. Jadilah pendengar yang
baik dengan memberi tumpuan kepada maksud yang tersirat. Mereka sering
menggunakan pelbagai cara yang hanya nak nyatakan satu perkataan mudah
“sssaaayyyaaa bbbeeennnccciii kkkeeepppaaadddaaa kkkeeetttuuuaaa sssaaayyyaaa”. Perhatikan nada suaranya, riak muka, kelakuan,
pergerakan tangan dan badannya.
Pengalaman saya dengan kawan dan staff mengajar bukan semua masalah yang
diajukan kepada kita memerlukan bantuan kita. Kebanyakannya mereka nak
kita mendengar mereka. Hebat kuasa mendengar kalau kita gunakan dengan
cara yang betul.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
10 Sentuhan Kemanusiaan
Pemimpin yang mempunyai sentuhan kemanusiaan akan dihormati dan
disegani. Menurut Kamus Dewan '''ssseeennntttuuuhhhaaannn''' bermaksud "kena sedikit" manakala
'kemanusiaan' adalah "perihal manusia". Pemimpin yang bagaimana boleh
dikatakan ada sentuhan kemanusiaan. W.J Brown menyatakan "kunci rahsia
untuk menemukan unsur kemanusiaan pada orang lain ialah kita sendiri
berperikemanusiaan.
Ibn Khaldun menyatakan "ketuanan yang baik adalah sama dengan
kelembutan". Pemimpin yang mempunyai kelembutan adalah mempunyai hati
budi dan berbuat kebajikan dan mengambil berat. Ibnu khaldun menambah
seorang pemimpin yang gemar menghukum akan menyebabkan orang bawahan
akan berusaha melindungi diri dengan cara berdusta, bermuslihat dan penipuan.
Seorang pemimpin yang disegani ialah baik hati budinya dan membela nasib
mereka yang dibawah pimpinannya. Olehitu, seorang pemimpin yang mahu
berkuasa mesti mempunyai sikap melindungi orang yang dipimpinnya.
Kepentingan sentuhan kemanusiaan adalah seperti berikut:-
1. Mengawal tindakan dan sikap orang lain
2. Akan dihormati dan sentiasa beroleh kuasa tanpa had.
3. Mudah mendapat kawan dan kurang musuh.
4. Arahan dan nasihat mudah diikuti.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
Cara mendapat sentuhan kemanusiaan.
Memberi tugas berdasarkan kemampuan . Tugas yang diamanahkan hendaklah
diselesaikan. Sebagai ketua adalah menjadi tugas anda memberi arahan
menyelesaikan kerja atau tanggungjawab. Anda sebaiknya memberi tugas yang
mampu dibuat atau dipikul oleh pekerja anda. Kebijaksanaan anda melihat
potensi pekerja akan mengelak dia dari dibebani oleh tugas yang tidak upaya
dikerjakannya. Ibn Khaldun memetik kisah Ziyad ibn Abi Sufyan, ketika
diturunkan oleh Umar dari jabatannya di Iraq. Pertanyanya kepada (Umar)
"Apa alasan tuan Amirul Mukminin, apakah kerana lemah atau khianat?"
Umar menjawab: “Saya tidak memecat kerana satu di antara kedua alasan
tersebut. Tapi saya tidak mahu membebankan kehebatan otakmu dibeban
(dipundak) manusia".
Tuntutan yang berlebihan dari seorang pemimpin akan membawa padah kepada
orang yang dipimpinnya. Seorang pemimpin yang cerewet juga memberi kesan
kepada orang yang dipimpinnya. Ini menyumbang kepada tanggapan
pemimpin tersebut tidak ada sentuhan kemanusiaan. Menyedari cara atau
keadah seseorang menyelesaikan sesuatu masalah adalah berlainan. Anda harus
memberi penuh kepercayaan kepada mereka menyelesaikan tugas yang diberi.
Matlamat akhir adalah tugas diberi berjaya diselesaikan. Biarlah mereka
menggunakan keupayaan mereka bagi menyelesaikan tugasan yang diberi.
Tolong menolong. Pemimpin adalah mereka yang memberi dorongan. Ini
bukan bermakna pemimpin hanya lepas tangan tanpa menolong. Cara
menolong mungkin berbeza. Banyak cara yang dapat anda fikirkan untuk
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
menolong kakitangan yang dalam kesusahan. Dalam surah al Maidah 5:2 Allah
berfirman "Dan saling tolong menolonglah kamu dalam kebajikan dan ketakwaan".
Sebagai contohnya ada orang yang dipimpin memerlukan peralatan kerja atau
latihan maka adalah menjadi satu kewajipan anda membantu. Ketidakupayaan
anda membantu akan menyababkan anda dikatakan hilang sentuhan
kemanusiaan.
Bantu mereka dapatkan keinginan. James K. Van Fleet menyatakan keupayaan
anda menterjemahkan keinginan mereka menjadi realiti menyebabkan anda
mendapat kuasa tanpa had. Jadi, keinginan yang bagaimana yang harus anda
beri tumpuan. Setiap seorang memerlukan jaminan kerja, persekitaran kerja
yang baik, ingin jadi orang penting, naik pangkat, bergaji besar, berjaya dalam
kerjaya dan tugas dan dihormati. Mungkin ada banyak lagi yang dapat anda
fikirkan. Saya mengambil contoh ketua satu kumpulan samseng yang selalu
kita lihat dalam cerita Cina di TV . Dia akan cuba memenuhi semua impian anak
buahnya. Hasilnya dia akan mendapat kuasa dan pengikut yang sanggup
berkorban untuknya. Dia mungkin tidak ada sentuhan kemanusiaan kepada
orang diluar kumpulannya tetapi sebaliknya bagi kumpulan yang dipimpinnya.
Kawan saya Haji Sulaiman seorang imam di sebuah kampung di Kuching, tidak
pernah menghampakan sebarang jemputan membaca doa selamat dan tahlil bila
dijemput. Ada orang kampung yang menahannya semasa dalam perjalanan
balik surau selepas sembahyang Isyak. Beliau akan memenuhi semua harapan
dan keinginan mereka. Sebab itu beliau dipuji dan hebat dimata orang
kampong.
"Ngabas" atau lawat mereka. Ngabas adalah bahasa Sarawak yang bermakna
ziarahi. Anda sebagai ketua seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada
orang yang dipimpin. En. Azman seorang yang selalu menziarahi
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
kakitangannya yang sakit. Jika dia mendengar ada kawan-kawannya atau
kakitangan yang terlantar dihospital atau dirumah, dia akan melawat mereka.
Saya sering mendengar pujian dari anak buahnya memuji sentuhannya
kemanusiaan yang tinggi.
Hadis yang di riwayat oleh Al- Bukhari maksudnya " Seorang muslim adalah
saudara kepada muslim yang lain. Dia tidak akan menzalimi (saudaranya) atau
membiarkannya terlantar (dalam kesengsaraan).” Yusuf Al-Qaradawi mentafsir
perkataan 'terlantar' dalam hadis di atas ialah seorang muslim tidak akan
membiarkan saudaranya sesama Muslim terbiar menanggung derita, bahaya dan
kesengsaraan secara bersendirian.
Jangan ambil tahu perkara remeh. Ibnu Khaldun menyatakan kelemahan
seorang pemimpin adalah bersikap terlalu cerewet. Beliau menggunakan
perkataan kedunguan (bererti perihal dungu, kebodohan, kebebelan dan
ketololan dalam kamus Dewan) bagi mengambarkan perkataan cerewet. Dato'
Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah dalam buku "55 petua orang berjaya" menceritakan
seorang pendulang emas tidak melayan lumpur pasir yang perlu disingkir dari
dulang. Dia menambah ada perkara remeh yang perlu diambil tahu dan ada
yang tidak perlu diambil tahu. Jika tidak ia akan merosakkan. Oleh itu jika
sesuatu kerja dapat dilakukan oleh orang dibawah anda tidak perlu anda ambil
tahu. Apa yang penting hasilnya.
Ikhlas. Sentuhan kemanusiaan tanpa keikhlasan tidak akan berjaya.
Walaubagaimana cara anda lakukan. Seorang yang ingin mendapat pulangan
daripada sentuhan kemanusiaan yang anda lakukan pasti kecewa kalau dia
tidak mendapatkan apa yang dihajati. Seorang yang ikhlas tidak kesan tentang
perkara ini. Dr. Danial Zainal Abidin menyatakan dalam bukunya Tip-tip
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
cemerlang Al-Quran perasaan riyak juga adalah pemusnah kepada keikhlasan
yang anda buat. Riyak adalah beramal dengan tujuan menunjuk-nunjuk kepada
orang lain. Oleh itu, seorang yang ikhlas melakukan sentuhan kemanusiaan
tidak akan kecewa sekiranya tidak dapat apa-apa balasan di dunia. Mereka ini
mementing pembalasan di akhirat.
Tegur sapa, ramah tamah dan ingat nama. Sapaan atau teguran " Hi.,
Apakhabar" "Hello selamat pagi" , menangguk kepala atau sekurang-kurangnya
senyum. Semakin tinggi pangkat anda semakin tinggi kesan sapaan tersebut.
Seorang YB. dikawasan saya, menegur emak saya semasa keluar dari kawasan
pembungan undi. Sapaan itu cuma berjabat tangan dan bertanya khabar. Tidak
sampai satu minit. Hasilnya emak saya tadi ingat sampai pilihanraya akan
datang. Pujian ke atas YB tadi sering kali bermain dibibirnya. Kesan juga pasti
tinggi bila mereka menyebut nama mereka. Mengingati nama seseorang akan
melahirkan perasaan ingin menjadi orang penting, merasa percakapannya
didengar dan akan merasa dihormati. Sebagai orang yang baru masuk bekerja
anda cuba ingat nama-nama mereka disekeliling anda. Kuasa mengingat nama
seseorang telah diakui oleh banyak penulis physiology termasuk Dale Carnegie.
Kenapa mengingati nama seseorang penting. Anda yang pernah naik kapal
terbang class pertama MAS akan merasa betul-betul dihargai apabila paramugari
yang cantik jelita memanggil nama anda. Pasti ada yang terkejut mereka tahu
nama anda. Mereka mengetahui nama penumpang daripada senarai nama
penumpang. Bayangkan perasaan anda ketika itu. Seorang operator yang hebat
di pejabat tempat saya bertugas tahu meningati nama dan nombor telefon
mereka yang penting dipejabat. Sungguh luar biasa bagi mereka yang tidak
pernah ingin menghafal nama seseorang. Semakin tinggi pangkat seseorang
mempunyai kesan yang amat tinggi kepada mereka yang disebut namanya. Rasa
bangga ini akan dikenang sehingga ke akhir hayat.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
Mengujudkan perasaan kekitaan. Perasaan kekitaan boleh wujud di dalam
sebuah organasasi atau kumpulan. Tidak mustahil ia juga wujud di syarikat atau
jabatan kerajaan di mana anda bekerja sekarang. Semangat kekitaan yang wujud
akan dapat dirasa oleh kakitangan jika wujud hubungan saling perlu
memerlukan dan bantu membantu di antara satu dengan yang lain. Perasaan
sayang kepada tempat bertugas lahir dari perasaan dalam diri dan dalam
organasasi anda. Ia tidak dapat wujud dalam suasana organasasi yang mana,
kakitangan sering berbalas dan bergaduh di antara satu sama lain. Sebagai
seorang ketua peranan anda adalah untuk mengujudkan atau menyemerakkan
semangat kekitaan dikalangan kakitangan anda. Banyak cara yang boleh
difikirkan. Semakin kerap anda berkumpul bersama diluar waktu pejabat dan
semasa dalam perbincangan dipejabat semakin kuat semangat kekitaan anda.
Ada yang berkumpul bersama dalam majlis hari jadi, minum petang bersama,
bermain badminton, boling atau futsal bersama dan berkelah bersama. Hari
keluarga adalah satu contoh yang baik untuk meningkatkan semangat kekitaan
ini. Ibnu Khaldun banyak membincangkan perasaan kekitaan dalam buku beliau
bertajuk Mukadimah Ibn Khaldun. Katanya PPPeeerrraaasssaaaaaannn kkkeeekkkiiitttaaaaaannn aaakkkaaannn mmmeeennnggguuujjjuuudddkkkaaannn
kkkeeedddaaauuulllaaatttaaannn bbbeeerrrkkkuuuaaasssaaa yyyaaannnggg ssseeemmmuuulllaaajjjaaadddiii... Anda yang dapat menyemarakkan semangat
kekitaan ini boleh dikatakan mempunyai sentuhan kemanusiaan.
Sentiasa Adil. Ketua yang tidak adil dalam menilai orang dibawahnya boleh
juga dianggap tidak ada sentuhan kemanusiaan. Pepatah cina ada menyatakan
"Betapa pun tajamnya pedang keadilan, ia tidak akan memenggal kepala orang yang
tidak bersalah" dan Edward Bond menyatakan anda dapat hidup tanpa kebaikan,
tetapi anda tidak dapat hidup tanpa keadilan. Berbagai isu tentang ketidakadilan
ditempat kerja sering kita dengar dari media masa masa ini. Kenaikan pangkat
di kalangan kaum wanita yang terhad berbanding dengan kaum lelaki.
Samsudin Wahab dalam bukunya "Mengurus dan mentadbir pejabat"
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
menyatakan beberapa jenis diskriminasi seperti diskriminasi jantina,
diskriminasi agama, diskriminasi bangsa, diskriminasi asal usul dan
diskriminasi politik.
Memang sukar nak memuaskan hati semua pihak. Pasti ada yang tidak suka.
Anda perlu berusaha bersungguh dalam memberi keadilan kepada orang
bawahan. Ramai ketua yang tidak membuat tapisan atau menghukum sebelum
benar-benar pasti kepada maklumat yang sampai mengenai seseorang individu
yang dituduh melakukan sesuatu kesalahan. Guru saya selalu berpesan, sentiasa
membuat kepastian akan maklumat yang diterima. Hantar orang membuat
pemeriksaan atau siasatan. Periksa 2 kali, 3 kali atau 4 kali sampai puas hati.
Membuat keputusan setelah maklumat yang sahih diperolehi.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
11 Memahami Politik Pejabat
Sebagai eksekutif muda atau pekerja baru anda sering berdepan dengan masalah
ini. Politik pejabat sering digambarkan sebagai suatu yang menganggu
pekerjaan anda. Anda kena melaluinya jika ada berada di dalam pejabat atau
persekitaran yang ada politik pejabat. Samsuddin Wahab dalam bukunya yang
bertajuk Mengurus & mentadbir pejabat telah memetik tulisan Stephen P.
Robbins, menyatakan politik pejabat boleh dibahagikan kepada dua iaitu
tingkahlaku manusabah dan tidak manusabah. Rungutan terhadap ketua,
melanggar tatasusila hierarki jawatan, tidak patuh kepada arahan dan dasar dan
membentuk pakatan adalah tingkahlaku manusabah. Sabotaj, whistle-blowing
(seseorang yang memberitahu orang lain kepada pihak yang berkuasa tentang
perkara yang tidak sihat berlaku ditempat kerja) dan protes simbolik.
Samsuddin Wahab menyatakan faktor penyumbang politik pejabat adalah
individu dan organasasi. Antara ciri-ciri individu ini adalah berani menonjol
kuasa diri dalam melakukan sesuatu yang ekstrem dalam organasasi, tidak
perduli perasaan orang lain, mempunyai menonjol diri yang tinggi dan
mempunyai keyakinan menguasai persekitaran organasasi mereka. Politik
pejabat akan mengakibatkan banyak permainan politik yang melibatkan aktiviti
yang tidak beretika kerana banyak pembohongan dan fitnah yang tidak
terkawal. Ini sudah tentu menjejaskan kuatiti keseluruhan organasasi.
Faktor yang membolehkan anda bertahan dalam politk pejabat adalah berakhlak
yang mulia (moral), dayafikir yang matang, kedudukan anda, perancangan yang
berhati-hati, maklumat yang lengkap/ sempurna, keputusan tegas dan cepat dan
tindakan tepat pada masanya. Banyak perkara yang harus difikir sebelum
terlibat dalam politik pejabat. Seringkali kelemahan eksekutif baru atau yang
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
lama dalam menangani politik pejabat adalah kegagalan membuat penilaian
situasi. Sun Tzu pahlawan Perang terkenal mengariskan tiga perkara dalam
membuat pernilaian situasi Faktor diri, faktor musuh dan faktor persekitaran.
Faktor diri dan musuh hendaklah diambilkira dari segi analisa kekuatan dan
kelemahan. Siapa yang lebih kuat dan mempunyai keupayaan dan berupaya
melaksanakan arahan. Membuat jangkaan tepat tentang peluang berjaya dan
gagal adalah sangat penting.
Faktor diri. Jika anda tahu kekuatan diri anda, tidak mustahil anda akan berjaya
dalam mengharungi politik pejabat. Cuba anda fikirkan apakah kekuatan yang
ada pada bahagian kepala anda, maksud saya otak atau akal fikiran. Anda
boleh senaraikankan, contohnya saya seorang yang mempunyai semangat yang
tinggi, suka menolong orang lain, banyak kawan atau banyak “contact”
berfikiran positif dan lain-lain lagi. Seterusnya senaraikan kekuatan hati dan
tangan anda. Setelah mengetahui kekuatan ini anda perlu tahu kekuatan
dalaman anda. Jika anda tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain dan anda
boleh membuat pertimbangan sendiri tanpa dipengaruhi oleh orang lain maka
anda dikatakan mempunyai kekuatan dalaman. Sejauh mana kekuatan itu anda
saja yang tahu. Antara perkara lain yang harus ada adalah cekap, berani, jujur,
boleh dipercayai, matang, mahir, bijak, tegas, berdisplin dan adil. Adakah anda
berupaya melawan? Adakah anda mempunyai pasukan atau orang yang akan
membantu? Adakah anda berada dalam situasi dapat memberi arahan dan
melaksanakan undang-undang yang berkesan? Adakah anda dapat mengenakan
denda atau hukuman?
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
Faktor musuh. Kalau tidak ada musuh jangan cari musuh. Ada pepatah
menyatakan 'hanya satu alasan mengapa musuh anda tidak dapat menjadi
kawan anda, iaitu anda sendiri'.
'Musuh kita adalah sahabat kita, kerana dialah yang menunjukkan kesalahan kita' (Nabi
Muhammad s.a.w.).
Mengenal siapa yang menjadi musuh anda dan mereka yang berpotensi
membenci anda. Mereka ini adalah yang tidak suka anda naik. Apa kekuatan
mereka? Dari mana kekuatan itu datang? Jawatan mereka? Keupayaan mereka
mempengaruhi? Siapa sahabat-sahabat mereka? Adakah dia seorang yang
dikatakan penting di pejabat anda. Soalan ini anda harus jawab sendiri. Anda
juga perlu mengkaji kelemahan musuh anda.
Faktor persekitaran. Bagi faktor persekitaran, analisis peluang dan ancaman
perlu di buat. Siapa yang lebih berpengaruh, siapa yang dapat feadah dan
kepentingan. Faktor ini juga penting untuk anda bertindak atau tidak. Anda
kena tahu peluang dan ancaman yang anda akan hadapi dari persekitaran anda.
Ancaman dari manusia, undang-undang dan kerja. Apa yang anda mendapat
feadah dan kepentingan jika terlibat dalam politik pejabat. Suasana pejabat anda,
pejabat yang aman dari politik pejabat adalah impian semua. Kaji keadaan
pejabat anda adakah ia cepat berubah macam cuaca? Umpamnya budaya kerja,
hubungan antara manusia, semangat kekitaan, hormat menghormati dan banyak
khabar angin dan fitnah disana-sini. Beberapa perkara lain juga perlu diambil
kira seperti undang-undang pejabat, peraturan yang nyata dan tidak nyata. Ada
peraturan yang yang dibuat tidak tertulis dan sudah menjadi budaya kerja
sesuatu pejabat.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
Perlukah anda terlibat? Anda kena tahu, adakah anda hendak terlibat dalam
politik pejabat atau tidak. Fikirkan beberapa perkara seperti feadah nyata,
kemungkinan kemenangan, sebagai tindakan terakhir dan kekebalan
pertahanan. Sekira anda tidak bersedia terlibat dalam politik pejabat. Jalan
yang paling selamat adalah membuat persediaan dengan perteguhkan
pertahanan dan memperkukuhkan sumber iaitu ilmu dan pengaruh. Dan,
sekiranya anda terpaksa terlibat dalam politik pejabat anda akan memula
memikirkan strategi dan arahtuju anda. Gunakan formula gerak saraf dibawah:
Maklumat. Banyak maklumat yang diterima. Anda perlu tahu cara membuat
penapisan kepada maklumat yang boleh digunakan atau tidak.
Gerak saraf adalah sesuatu perkara atau perbuatan, helah dan usaha untuk
mempengaruhi orang dalam kumpulan atau dalam organasai anda. Kalau
Perang Saraf biasanya melibatkan musuh atau mereka diluar lingkungan anda.
Saya tidak berminat menerangkan perang saraf kerana ia tidak berapa sesuai
digunakan di pejabat. Keburukannya lebih dari kebaikan.
MATLAMAT
PERANCANGAN
/ STRATEGI
HELAH TINDAKAN
BERJAYA
ubah
GAGAL
Tapis
Dari berbagai sumber seperti risikan, media dan persekitaran
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
Matlamat. Apakah maktlamat akhir anda? “Goal” anda. Maktlamat biarlah
berperingkat-peringkat. Maktlamat hendaklah jelas. Nampak dan boleh
dibilang. Maktlamat yang tidak jelas menyebabkan anda tiada arah dan akan
hanyut dalam tindakan anda.
Perancangan hendaklah jelas. Anda kena jelas sasaran anda. Perancangan
yang baik akan membuahkan hasil yang menepati maktlamat anda. Banyak
perkara harus dipertimbangkan diperingkat ini. Biarlah anda sudah mengetahui
kesan dan akibat sebelum ia benar berlaku. Ia pasti akan menyediakan anda
darisegi mental dan fizikal.
Tindakan dan Helah. Ini adalah satu perkara yang amat sukar kerana anda
kena tahu keadah yang sesuai yang akan anda gunakan. Dua keadah yang biasa
digunakan adalah keadah lisan dan visual (boleh lihat). Keadah lisan
melibatkan bagaimana anda menyampaikan sesuatu perkara secara mulut ke
mulut. Anda juga boleh mengunakan mereka yang anda boleh percayai.
Maklumat adalah sesuatu yang cerita atau ungkapan percakapan yang boleh
memberi anda peluang dan kelebihan mencapai maktlamat anda. Perkataan
kosong tanpa disokong dengan fakta hanya sia-sia sahaja. Oleh itu kena disertai
dengan suatu yang nampak (Visual). Bahan bercetak seperti flyer yang isinya
mengandungi maklumat yang dapat meresional pembaca dan meyakinkan
sesiapa yang membaca. Perkataan propaganda mugkin agak kasar sedikit.
Tetapi ini adalah suatu yang sering digunakan oleh ahli politik. Setiap hari
dalam television begitu banyak ungkapan dan cerita gerak saraf dimainkan.
Menjelang Pilihanraya anda selalu dapat melihat gerak saraf dimainkan. Kalau
anda atau auda kata Orang Brunei, melihat siaran setiap hari di TV Brunei anda
akan nampak apa yang saya maksudkan. Mereka menyiarkan gerak saraf yang
akan menyebabkan rakyat Brunei sangat sayangkan Sultan mereka. Dalam
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
sejarah Islam Khalid Al-Walid juga menggunakan banyak tipu-helah untuk
menang dalam peperangan. Keadah yang selalu digunakan adalah pura-pura
berundur dan musuh akan diserang dari penjuru kiri dan kanan. Nabi
Muhamad s.a.w sendiri merupakan pakar taktik yang hebat sehingga dapat
menawan kubu Khaibar yang dikatakan mempunyai sebanyak 7 lapis kubu dan
kubu yang paling kuat pada zaman itu. Perang Khaibar menyaksikan
kebijaksaaan Nabi Muhamad s.a.w. menggunakan seorang pengembala kambing
sebagai agen perisik untuk mengetahui bilangan tentera di dalam Kubu Khaibar.
Pengembala kambing itu memberitahu berapa jumlah ternakan yang disembelih
setiap hari dalam Kubu Khaibar dari sini baginda dapat mengagak jumlah
sebenar tentera musuh. Sebelum menyerang Rasulullah telah membawa
peralatan perang canggih iaitu peralatan "manjanik" iaitu lastik besar yang
diletak batu atau guni berat di atasnya dan hasil rampasan perang sebelumnya.
Sahabat dihantar belajar menggunakannya dari mereka yang mahir. Inilah
persediaan awal baginda. Ia umpama peluru berpandu pada masa sekarang.
Keadah dan peralatan yang digunakan oleh baginda Rasulullah dapat
menjangkaui hingga ke dalam kubu. Baginda menggunakan pelbagai helah dan
membuat kepungan. Berbagai stretegi termasuk risikan.
Berjaya dan gagal semuanya bergantung kepada asal matlamat anda. Kalau
gagal anda kena lihat kembali apakah matlamat anda. Anda kena mula dari
awal. Kalau berjaya anda telah mencapai maktlamat akhir anda. Jangan
fikirkan sangat keputusan 100%. Sukar nak mencapainya.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
12 Keadah Risikan
Gerak saraf tidak dapat lari dari membuat kerja risikan. Anda tidak perlu
gunakan tip ini jika merasa terlampau berat. Walaubagaimanapun saya cuma
menerangkan kepada anda sebagai bekalan anda. Pengetahuan tentang risikan
merupakan satu yang dapat membantu anda dalam banyak bidang terutama
mendapat maklumat. Buku “Jihad The Scret War in Afgahanistan” oleh Tom
Carew, "My Jihad" oleh Aukai Collins contohnya mengambarkan kehebatan Mat
Salleh dalam dunia perisikan. Ini merupakan propaganda yang dimainkan oleh
dunia barat. Mereka ingin menyatakan mereka hebat. Keadah peperangan
timur, The Art of War oleh Sun Tzu telah digunakan oleh barat hingga ke hari
ini. Amerika Syarikat menawan Iraq menggunakan keadah yang dipelajari dari
Sun Tzu. Dalam buku The Art of War tersebut menyatakan kehebatan keadah
peperangan atau taktik perang yang dilakukan. Agen Mossad, CIA dan Special
Brunch ini adalah perkataaan yang biasa kita dengar dan sering dikaitkan
dengan risikan. Mereka mahir dalam pelbagai taktik dan cara. Asas taktik ini
adalah mengucar-kacirkan pertahanan musuh. Memisahkan kuncu-kuncu dan
ketua supaya mereka jadi lemah. Akhir sekali membuat keadaan yang tidak
stabil atau kucar-kacir, tunjuk perasaan dan cantas mencantas antara satu sama
lain. Apabila keadaan dah jadi tidak terkawal maka mudahlah serangan dibuat.
Di dalam peperangan risikan merupakan salah satu perkara yang penting untuk
menang. Amerika menawan Afghanistan dengan mengupah ramai talibarut
yang dirasuah bekerja sebagai perisik untuk mereka. Mereka ini dibayar dengan
lumayan untuk memberi maklumat dan menyampaikan maklumat. Mereka ini
merupakan puak yang kecil yang ditindas dan mereka yang menentang pihak
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
Taliban.
Dunia perniagaan, syarikat besar mengupah perisik untuk mengetahui
maklumat daripada pesaing mereka. Mereka mungkin terdiri daripada bekas
pekerja syarikat berkenaan. Mereka ini pasti akan mengetahui banyak perkara
tentang syarikat pesaing. Mereka yang di ambil bekerja untuk itu akan
menghubungi kawan-kawan mereka di Syarikat pesaing untuk mendapat
maklumat. Jadi Syarikat akan melancarkan serangan awal contohnya,
menurunkan harga atau mengeluarkan produk yang sama lebih awal
menyebabkan pesaing tidak dapat bertahan.
Pasukan McLaren F1 telah didenda $100 million oleh World Motor Sports Council
kerana menggunakan maklumat teknikal sulit dipunyai oleh Ferrari. Menurut
Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA). Kes yang melibatkan McLaren
dilaporkan melibatkan 166-mukasurat “dossier” atau satu set kertas yang
mengandungi maklumat terperinci, termasuk pertukaran e-mail yang
membincangkan tentang Ferrari di antara De la Rosa pemandu uji and Alonso,
termasuk perbualan telefon terperinci. Ferrari juga membuka kes perundangan
berasingan terhadap bekas juruteranya, Nigel Stepney yang menyerahkan
infomasi kepada ketua pereka McLaren Mike Coughlan.
Parti Politik juga memasang talibarut untuk memecahbelahkan perpaduan parti
lawan. Parti Komunis juga berjaya memasang 3 orang talibarut mereka dalam
Umno. Datuk Abdulah Ahmad, Datuk Abdul Majid dan Khalil Akasah telah
ditangkap dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menyebar
fahaman Komunis pada 2 Nov. 1976. Datuk Abdullah Ahmad dan Abdullah
Majid merupakan pembantu kanan kepada Tun Abdul Razak semasa hayatnya.
Mereka ini telah ditangkap dan dikenalpasti sebagai agen Parti Komunis.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
Pada masa pilihanraya contohnya, agen risikan ini akan dipasang untuk
mengetahui apakah stretegi parti lawan. Ketidakupayaan pihak SUPP menanam
perisik dalam parti lawan menyebabkan mereka diserang pada tengah malam
sebelum hari mengundi dalam pilihanraya Negeri Sarawak pada tahun lalu.
Pihak Parti DAP mengunakan gempur ala-gorila dengan membawa pemimpin
tinggi DAP dari Kuala Lumpur. Mereka juga menggunakan kesempatan tengah
malam bergerak cergas di kawasan perumahan dan mengedarkan risalah. SUPP
tidak dapat menjawab segala tuduhan atau isu yang dimainkan. Sebaliknya
parti lawan mungkin ada menyemai perisik untuk melumpuhkan parti SUPP.
Dikatakan ada perpecahan dari dalam parti itu sendiri. Ini mungkin petanda
awal wujud perisik. Memang ia sukar nak dibuktikan. Perisik tidak tidak akan
menyatakan mereka perisik walaupun dengan isteri mereka sendiri. Satu contoh
yang jelas apabila perjumpaan sulit 5 Ahli Dun kawasan Kuching dengan Supt.
Jabatan Tanah dan Survei beberapa hari selepas penamaan calon pilihan raya
telah diketahui oleh parti DAP. Ini telah mengujudkan suasana tegang di
pejabat berkenaan bila pihak DAP juga mahu hadir. Parti politik yang tidak
menyemai perisik ini akan tewas sebelum pengundian dijalankan. Ini juga
bukan fakta kerana banyak faktor lain yang menyumbang kepada kemenangan
dalam DAP dalam pilihanraya Negeri Sarawak. Soalnya, bagaimana nak dapat
maklumat kalau tidak ada risikan?
Kenapa perlu kita ketahui risikan. Tidak rugi anda tahu ilmu risikan bukan.
Sekurang-kurangnya anda dapat mengenal perisik dengan mengetahui jenis-
jenis perisik. Menutut Wan Azmi Ramli, dalam buku beliau “Strategi dan Taktik
bertindak” membahagikan Perisik kepada 5 jenis.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
1. Agen Perisik tempatan (native);
Adalah terdiri daripada orang negara musuh atau dalam parti lawan atau
daripada syarikat pesaing.
2. Agen perisik Dalaman (inside);
Mereka terdiri daripada pegawai yang bekerja untuk musuh.
Ciri-ciri mereka yang boleh diambil sebagai perisik dalaman adalah seperti
berikut:-
• Pegawai-pegawai yang bagus yang telah diketepikan kenaikan
• pangkatnya, melakukan kesilapan dan dihukum.
• Kaki ampu yang ingin mendapat keuntungan.
• Mereka yang tidak memperolehi kedudukan yang dikehendaki.
• Mereka yang ingin merebut peluang masa susah untuk diri sendiri.
• Mereka yang tidak tetap pendirian, talam 2 muka.
Mereka ini akan diberi ganjaran yang lumayan yang boleh menambat hati
mereka. Kemudian boleh bergantung kepada fakta yang mereka berikan untuk
menentang kita. Mereka ini boleh mengwujudkan keretakan dan mengujudkan
suasana yang tidak harmoni.
3. Agen Perisik dwihala (doubled); mereka adalah pengintip pihak musuh yang
kita gunakan. Apabila pihak lawan menghantar perisik mereka ini akan di
rasuah dengan kemewahan supaya menjadi agen perisik kita pula.
4. Agen perisik boleh dikorban (expendable); mereka adalah terdiri daripada
pengintip kita sendiri yang sengaja kita beri maklumat dan penerangan yang
silap. Kita sengaja bocorkan maklumat yang sebenarnya palsu yang
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
membenarkan agen-agen kita mempelajarinya. Apabila agen ini ditawan musuh
mereka akan melaporkan maklumat palsu ini.
5. Agen perisik bergerak-cergas (living); terdiri daripada mereka yang kembali
membawa maklumat. Mereka ini merupakan mereka yang bijak, berbakat,
matang dan boleh berjaya mendekati musuh. Ciri mereka ini adalah mereka
yang pintar tapi nampak bodoh. Mereka yang bahlul tetapi cekal, cergas, tegas,
berani, arif dalam hal remeh temeh, tahan lapar, penghinaan dan kutukan.
Kawalan Strategi adalah berkaitan dengan “perang saraf”. Perisikan dengan
keselamatan. Keadah mengawal agen ini adalah boleh disamakan dengan
suasana perniagaan dan parti politik. Agen perisik hendaklah di ambil daripada
mereka yang gagah-berani dan rela sedia menghadapi apa jua keadaan dengan
tidak mudah berpaling tadah. Mengawal ketat semua maklumat rahsia
merupakan pertahanan dalam peperangan/ pilihanraya/ perniagaan. Segala
stretegi yang akan dijalankan perlu dirahsiakan. Bermacam keadah boleh
digunakan seperti menggunakan kod rahsia, mengkelaskan stretegi dan
maklumat, mengujudkan suasana dan keadaan yang tidak disangka-sangka dan
tindakan mengejut.
Kelima - lima agen ini akan bertindak serentak dan mereka tidak tahu keadah
operasi diantara satu sama lain. Mereka tidak perlu kenal antara satu dengan
lain. Perancang utama adalah ketua kepada agen perisik ini. Contohnya ,Agen-
agen rahsia menurut Sun Tze menerima arahan dalam khemah jeneral dan
mereka intim dan akrap dengannya. Tugas-tugas agen perisik adalah
memberitahu maklumat kekuatan musuh contohnya siapa pegawai, jawatan dan
pengawal musuh. Semasa piliharaya misalnya anda perlu tahu siapa ketua
wantia, ketua pemuda dan lain lain jawatan penting parti lawan. Segala
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
pergerakan mereka hendaklah dipantau. Agen yang akan disemai dalam pihak
lawan adalah terdiri daripada orang-orang pihak lawan itu sendiri. Mereka
pasti tidak mengsyakinya.
Mereka yang dipilih adalah mereka yang tidak puashati dengan apa-apa saja.
Tidak puas hati tidak dipilih jadi ketua, merasa diri mereka ditindas, mereka
yang nak rasa penting dan walaupun ke peringkat boleh dibeli atau diupah.
Keupayaan mengetahui kekuatan parti lawan akan membolehkan anda
membina stretegi melawan. Anda perlu mempunyai pengetahuan sepenuhnya
segala-gala aktiviti agen ini. Mereka ini wajib dan mesti dipelihara dengan amat
hati-hati dan dijaga dengan sempurna. Pergerakan rahsia penting bagi
membolehkan mencapai kejayaan dan kemenangan.
Mengetahui sedikit sebanyak tentang risikan membolehkan persediaan di buat
untuk merangka strategi yang berkesan untuk berjaya. Kegagalan risikan akan
mengakibatkan kalah dalam peperangan, kalah dalam pilihanraya dan rugi
dalam perniagaan.
Kenapa perlu saya mengetahui risikan ini? Apa kaitan dengan anda? Adakah ia
perlu untuk saya bertindak seperti di atas. Jawapnya ia dan tidak. Ilmu ini
perlu bila keadaan memaksa anda menggunakannya. Tidak. Jika anda takut
dan tidak mahu menambah konfrantasi. Maksudnya anda telah bersedia dan
menyerahkan bulat-bulat kepada takdir. Silap-silap anda akan tersungkur jika
lawan menyerang anda dengan cara tidak anda sangka-sangka. Oleh itu,
dengan adanya maklumat yang baik anda dapat mengatur gerakan bertahan
atau melawan.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
Strategi melakukan serangan - SUN TZU
Mengetahui strategi melakukan serangan akan memberi anda satu kekuatan
bertindak balas apabila diserang. Anda juga akan mengetahui bagaimana
serangan dilakukan. Anda tidak dapat menjangka bila anda akan diserang.
Fahamilah keadah strategi serangan dan bagaimana strategi ini dapat anda
gunakan untuk pekerjaan. Fikir sendiri. Ya. Kalau baik fikiran maka baik hasil.
Kalau buruk maka buruk hasilnya. Anda sahaja yang mengetahui.
Ingat. Matlamat utama terbaik anda mencapai maktlamat anda adalah
menawan musuh tanpa melakukan apa-apa kerosakan. Memusnahkan musuh
adalah satu perbuatan yang kurang baik. Melemahkan musuh tanpa perlu
berlawan sesungguhnya adalah puncak tingkat kemahiran itu sendiri.
Macam mana nak melakukannya? Apa yang penting adalah mengugat strategi
musuh. Menggugat hubungan dengan para sekutu. Menyerang angkatan
tenteranya atau kuncu-kuncunya. Membuat persediaan peralatan lebih awal
dan keadah atau laluan melepaskan diri. Akhir sekali anda kena bersabar.
Berikut adalah falsafah peperangan Sun Tzu yang amat terkenal
1. Apabila kamu sepuluh dan pihak musuh seorang maka kepungkan dia.
2. Apabila lima kali ganda berbanding kekuatan musuh seranglah dia dari
arah hadapan, belakang, timur dan barat.
3. Sekiranya 2 kali ganda kekuatan, pecahkan mereka.
4. Sama kuat boleh diadakan pentempuran hanya panglima yang
berkeupayaan saja boleh menang.
5. Sekiranya lemah dari segi bilangan, hendaklah berupaya melakukan
pengunduran.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
6. Sekiranya dalam banyak segi tidak setanding, haruslah berkeupayaan
untuk mengelakkanya kerana satu pasukan kecil akan menjadi mangsa
pasukan yang lebih besar.
Seorang ketua akan dapat mendatangkan padah kepada orang bawahannya
apabila dia :-
1. Memberi perintah yang beliau sendiri tidak mahir seperti mara dan undur
dalam peperangan.
2. Mengambil bahagian dalam pentadbiran menyebabkan para pegawai
bingung.
3. Memberi arahan yang dia sendiri tidak arif dengan permasalahan dan
perlaksanaan tanggungjawab.
Semua ini akan menyebabkan orang bawahan bingung dan menyimpan syak.
Ini akan memberi peluang lawan mancapai kemenangan.
Lima keadaan bagaimana kemenangan boleh diramalkan
1. Anda tahu bila boleh bertempur dan bila tidak terlibat dalam
pertempuran.
2. Anda faham mengunakan pasukan anda yang sedikit atau ramai.
3. Pasukan anda boleh bersatu padu dalam mencapai satu tujuan.
4. Anda berwaspada serta menunggu musuh yang tidak waspada.
5. Anda mempunyai ketua-ketua yang berkeupayaan dan tidak diganggu-
gugat.
¾�Kemenangan yang mana boleh dilihat oleh orang biasa bukanlah suatu
puncak kemahiran.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
¾�Kenalilah musuh anda dan fahamilah tentang dirimu sendiri; dalam
seratus peperangan anda tidak akan terjebak didalam keadaan yang
membahayakan.
¾�Sekiranya jahil tentang musuhmu dan cuma memahami tentang dirimu
sahaja, peluang untuk menang ataupun kalah adalah sama banyaknya.
¾�Sekiranya anda tidak mengenali pihak musuh dan dirimu sendiri anda
berada didalam keadaan yang bahaya.
Maklumat risikan untuk mengalahkan musuh
Dalam pekerjaan atau perniagaan sumber maklumat yang tepat dan boleh
dipercayai adalah kunci kepada kejayaan sesuatu perancangan. Sumber risikan
adalah merupakan maklumat yang diterima dari beberapa sumber dalaman dan
luaran. Ia perlu dikumpulkan dan di proses. Semua maklumat yang diterima
hendaklah diproses untuk mempastikan ianya tepat dan boleh dipercayai. Saya
akan bincangkan keadah mengumpul dan memproses maklumat.
Mengumpul Sumber risikan. Menanam perisik dalam sesuatu organasasi
adalah suatu kerja yang telah lama dilakukan. Mungkin mereka ini tidak
menyedari mereka adalah perisik. Dalam masyarakat kita istilah ini adalah
sensetif. Soalnya bagaimana nak mendapat maklumat dari mereka? Tidak ada
jalan mudah mendapatkan maklumat. Bertanya, melihat dan mendengar adalah
satu keadah yang sering digunakan. Anda kena gunakan deria yang ada pada
anda. Anda kena hadir dalam lingkungan maklumat tersebut. Kalau maklumat
di kedai kopi, anda kena duduk dan minum di situ. Kalau maklumat ada di
masjid anda atau orang anda kena berada di situ. Bertanyalah kepada mereka
yang berada dalam lingkungan maklumat yang ingin anda dapatkan.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
"Panglima Amru" dapat menawan kubu Ajnadain pada tahun 636 m dari askar
Rom kerana mendapat maklumat yang tepat. Panglima Amru telah menyamar
sebagai perutusan untuk berjumpa Panglima Atravon (salah seorang panglima,
kerajaan Rom di bawah Hercules. Ini adalah satu contoh risikan yang dibuat
oleh sahabat nabi. Panglima Amru menggunakan ketajaman mata dan
pendengarannya apabila berada dalam kubu Ajnadain. Matanya tidak henti
memerhati segala penjuru benteng. Dari sini dia akan tahu tempat strategik
untuk melakukan serangan. Akhirnya Panglima Islam ini berjaya menawan
kubu musuh.
Memproses Maklumat Risikan. Semua maklumat risikan yang diterima
mestilah diproses untuk mempastikan kesahihan maklumat. Apa yang
dikhuatirkan pihak lawan akan yang menggunakan perisik yang dikorbankan
atau perisik talam dua muka untuk memberi maklumat palsu. Semua maklumat
yang diterima hendaklah direkodkan. Jangan tapis maklumat pada peringkat
pengumpulan maklumat.
Pada peringkat ini anda kena menjadi seperti seorang saintis. Seorang saintis
akan membuat hepotisis, mengumpul maklumat, menganalisa maklumat dan
membuat kesimpulan. Seorang saintis akan menganalisa maklumat dengan
teliti. Bagaimana cara mempastikan maklumat betul atau tidak. Cara bagaimana
anda hendak pergi mendapatkan maklumat adalah bergantung kepada diri anda
sendiri. Anda boleh menghantar orang atau anda sendiri untuk mempastikan
ketepatan maklumat. Lokasi sumber maklumat hendaklah diketahui, dari sini
anda dapat menghantar perisik untuk menyusup masuk. Sebaiknya perisik ini
tidak tahu antara satu sama lain. Perisik dalam juga penting kerana mereka
tidak dapat dikesan. Maklumat anda lebih tepat. Maklumat yang diperolehi
akan dapat di semak melalui percanggahan maklumat. Kalau perisik 1
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
maklumat bercanggah dengan perisik 2 maka ini menunjukkan anda perlu lebih
gigih usaha untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. Adalah satu amalan
yang baik mendapatkan maklumat yang ada fakta dan bukti. Dokumen,
gambar, video, email dan lain-lain boleh dijadikan bukti. Dengan bukti yang
anda anda akan dapat menyusun gerak dan langkah.
Peringatan:
Anda kena pastikan ia digunakan untuk tujuan yang baik dan berguna kepada
anda dan tidak memudaratkan diri, keluarga, agama dan negara.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
13 Mengenalpasti orang bermasalah.
Anda sebagai pekerja baru atau lama akan menghadapi pekerja yang
bermasalah. Mereka yang bermasalah ini sering menimbulkan kekecohan dan
menganggu hubungan mesra antara pekerja. Sekiranya anda biarkan ia akan
menjadi virus-virus yang akan melumpuhkan sesuatu organasasi. Bersedia
dengan ilmu yang dapat membantu kakitangan bermasalah.
Orang yang bermasalah ini adalah orang yang susah ditangani dan sentiasa
menimbulkan masalah kepada anda dan pejabat. Orang yang bermasalah ini
memerlukan usaha yang lebih daripada anda. Anda kena menjadi pendorong
dan kadang-kadang perlu memberi lebih perhatian kepada mereka ini. Mereka
kena diberikan harapan. Anda kena mengenalpasti mereka ini. Orang yang
bermasalah adalah mereka mendatangkan bahaya, ancaman, kerosakan tidak
kira dari segi fizikal, batin, dan kelakuan kepada diri anda. Jangan menilai orang
bermasalah dari segi faktor fizikal seperti berjanggut, rambut berwarna, rambut
panjang dan pakaian selekeh. Masalah mungkin dari segi penampilan mereka
tetapi tidak mendatang masalah lain. Saya tidak ingin membincang mereka yang
diketogorikan bermasalah dari segi masalah dadah, jenayah, gensterizem atau
mereka yang hanya layak tinggal di penjara dan pusat pemulihan. Biarlah orang
yang pakar menyelesaikan masalah mereka.
Ciri-ciri orang yang bermasalah adalah:
1. Prestasi kerja yang rendah. Mereka ini selalunya bekerja hanya cukup
makan. Mereka bekerja hanya pada tahap asas. Iaitu prestasi kerja seperti
kualiti, kuantiti dan hasil kerja yang rendah.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
2. Mereka yang menjadi parasit dan menganggu prestasi orang lain.
3. Mereka yang membahayakan kumpulan, organasasi atau orang sekeliling.
Biasanya perbuatan dan kekecohan yang ditimbul sering meresahkan
unit,bahagian atau kumpulan.
Ketua yang bermasalah. Saya seringkali mendengar rungutan-rungutan dari
peserta kursus yang saya kendalikan tentang Ketua, Pengetua dan Gurubesar.
Antaranya adalah seperti berikut:-
1. Ketua saya tidak berhati perut. Langsung tidak tahu masalah orang.
2. Ketua saya tidak tepati janji.
3. Ketua saya tidak bercakap benar.
4. Ketua saya selalu menyalahkan orang lain.
5. Ketua saya tidak berguna
6. Ketua saya suka menyusahkan dengan membuat kerja lebih masa.
7. Ketua saya tidak berfikiran konsisten. Sering berubah keputusan.
8. Ketua saya tidak berani menegakkan perkara yang benar.
9. Ketua saya tidak mahu menerima kesalahan diri.
10. Ketua saya tidak pandai memberi penghargaan atau ucapan terima kasih.
Ini adalah rintihan yang biasa kita dengar dari peserta-peserta ini. Masalah di
atas banyak ditimbulkan oleh peserta yang telah bekerja 5 - 10 tahun bekerja.
Bagi pekerja baru amat kurang masalah ini dikemukakan. Banyak yang saya
nak kupas kalau kita bincang satu persatu. Saya serahkan saja kepada anda.
Mana tahu anda akan jumpa jawapannya.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
14 Menyelesaikan Masalah
Menurut kamus dewan masalah boleh didefinasikan sebagai sesuatu yang
memerlukan penyelesaian atau yang memerlukan jawapan. Sandy Pokras
seorang perunding dan pengurus latihan komunikasi menyatakan masalah
adalah suatu dilema yang tidak mempunyai jalan keluar yang jelas. Saya
tertarik dengan teknik penyelesaian masalah yang dibuat oleh Sandy Pokras
"menyelesaikan masalah dan membuat keputusan secara sistematik". Beliau
mengariskan enam langkah penyelesaian masalah. Pengenalpastian masalah,
melebel masalah, analisis punca masalah, penyelesaian pilihan, membuat
keputusan dan merancang tindakan.
Pengenalpastian masalah. Proses ini adalah mengumpul maklumat untuk
mengenalpasti masalah. Banyak keadah boleh digunakan untuk mengumpul
maklumat. Misalnya melalui borang soal selidik/ maklum balas, temuduga,
maklumat statistik, tinjauan kerja, penyelidikan, brainstoming dan lain-lain.
Melebel masalah. Melebel masalah adalah satu cara yang dapat menjawab dan
mengakui bahawa perkara ini atau itu adalah masalahnya. Masalah bagi majikan
bukan masalah kepada pekerja. Masalah kepada pekerja bukan masalah kepada
majikan. Lebel akan dapat menerangkan bagaimana perkara dipengaruhi oleh
masalah, apa yang perlu diubah dan skop masalah. Empat perkara yang
ditekankan dalam label masalah seperti Analisis Data ( Tanda-tanda | jenis |
unit ukuran ), Brain stoming iaitu menyenaraikan semua masalah yang
dihadapi, menganalisis bidang kuasa adalah satu proses menganalisa apa yang
anda mahu dan apa yang anda harapkan dan halangan daripada mencapainya.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
Akhir sekali menganalisa kata kunci iaitu keadah menerangkan perkataan atau
konsep yang penting atau dipertikaikan. Maknanya komunikasi adalah penting
untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Ini mungkin
disebabkan perbezaan pendapat atau istilah disini kata kunci yang berbeza.
Analisa punca masalah. Sebelum membuat keputusan punca masalah perlu
diketahui. Beberapa teknik untuk menyelesai masalah telah diberi oleh Pokras
iaitu brainstoming, analisa positif/negatif ia digunakan supaya kita dapat
menyenaraikan penyebab yang menyebabkan masalah. Mencarta maklumat
yang tidak diketahui adalah mencari fakta yang tersembunyi iaitu apa yang kita
tidak tahu tentang masalah tersebut, analisa kronologi adalah merekodkan
masalah dari mula masalah itu timbul dengan membuat satu garis masa (masa
dahulu hingga sekarang) yang menyatakan peristiwa berkaitan masalah,
masalah timbul dan perubahan dan analisa mengapa ia telah saya bincang dalam
artikel lalu.
Penyelesaian pilihan iaitu menyenaraikan semua pilihan penyelesaian dan
membuat keputusan (cara membuat keputusan menggunakan pendekatan
berikut:-
1. Perbincangan tidak formal merupakan permulaan penting untuk
membuat keputusan,
2. Membuat senarai dan menyemak untuk melihat pilihan yang dikeluarkan
daripada senarai,
3. Membuat pertimbangan kepada maklumat seperti maktlumat organasasi,
jabatan, pelan pelaksanaan dan lain-lain.
4. Mempertimbangkan akbiat seperti kos, risiko, feadah dan ganjaran.
membuat senarai semak keutamaan (merupakan cara terbaik, paling
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
praktikal, kebolehpecayaan, teruji dan terbukti, risiko paling rendah
peluang berjaya tinggi dan kebolehan pekerja mengerjakannya).
Perancangan tindakan. Mengikut undang-undang Murphy, tidak kira apa
perancangan yang telah dibuat dengan teliti dan rapi, anda harus mempunyai
pelan luar jangka untuk menghadapi apa-apa masalah. Sebarang perancangan
tindak harus mendatangkan feadah dan mempunyai kelebihan perancangan.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
15 Membuat Keputusan
Setelah perancangan dibuat, anda kena buat keputusan. Ada bermacam-macam
cara untuk membuat keputusan. Ramai di antara membuat keputusan dengan
gerak hati. Setakat mana anda nak mempercayainya, kemahiran menggunakan
keadah ini biasanya digunakan oleh mereka yang lebih berpengalaman. Sedar
atau tidak ramai daripada kita membuat keputusan penting dalam hidup
menggunakan gerak hati. Keyakinan membuat keputusan dan keberanian
mengakui kesilapan adalah satu proses pembelajaran. Sebarang kesilapan
berulang pasti akan mengugat keyakianan anda. Jika anda membuat analisa
kronologi di atas pemasalahan, kesilapan ini dapat dikurangkan. Ramai juga dari
kita yang suka lari dari masalah. Pasti masalah tidak akan selesai. Ramai yang
lari dari masalah sering menyatakan mereka hanya lari dari masalah untuk
sementara waktu sahaja. Mereka akan mengumpul kekuatan untuk melawan
masalah tersebut.
Bekas bos saya Mr. Wright yang mengaku dia seorang Yahudi. Dia selalu
menyatakan kamu kena buat keputusan walaupun keputusan kamu salah.
Sebagai seorang pemimpin anda kena berani membuat keputusan. Orang
bawahan akan menunggu keputusan anda. Lebih baik buat keputusan salah
daripada tidak buat langsung. Orang bawahan yang berada dilapangan akan
susah kalau keputusan kalau ketua tidak dibuat. Ada beberapa cara yang boleh
anda ikut.
Gunakan peraturan dan perkeliling yang telah ada dalam jabatan anda atau
syarikat anda. Inilah sebabnya anda kena ambil tahu apakah yang ada di
dalamnya.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
Pengalaman. Biasanya pengalaman akan mengajar anda membuat keputusan
dan memberi kata putus.
Tingkat Kata putus. Anda kena tahu peringkat mana anda boleh beri kata
putus. Rujuk kepada pengurusan tertinggi. Tidak semua keputusan kita boleh
buat. Kalau diperingkat tertinggi melibatkan dasar negara. Keputusan hanya
boleh diberikan oleh pengurusan tertinggi.
Bertanya kalau tidak tahu. Maklumat anda kena kumpul sebelum membuat
kata putus. Salah maklumat maka keputusan anda akan terjejas.
Swot Analisis atau “Strength/ weakneses/ opportunities/ Treats” atau (Kuat
/lemah /Peluang /Ancaman). Ini merupakan Model Pengurusan Strategik yang
klasik. Anda boleh guna untuk membuat sebarang keputusan yang melibatkan
kepentingan diri atau kumpulan. Anda seringkali buntu dalam membuat
keputusan. Saya cadangkan keadah ini. Ia amat berkesan untuk menilai
keputusan kita akan mendatangkan kebaikan atau sebaliknya. Sama ada
keputusan itu boleh diteruskan atau tidak. Apabila anda fokus kepada
kekuatandan perancangan ia pasti akan dapat membantu anda memahami diri
dengan lebih baik. Ia juga akan memberi anda ide apa kekuatan dan kelebihan
anda. Anda juga tahu dan mula berfikir apakah kelemahan anda dan
mengatasinya.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
16 Speed reading
Tip Membaca cara baru yang harus ada pada anda sebagai seorang pemimpin.
Anda akan banyak membaca sama dan buku atau laporan. Tun Mathadir
mantan Perdana Menteri kita dikata seorang yang mempunyai keupayaan
membaca dengan pantas. Mungkin dia mengunakan keadah speed reading ini.
Pada tahun 1998 saya pernah mengikuti kursus speed reading anjuran Jabatan
saya. Kosnya lebih dari RM1,300.00 seorang. Kami diminta membaca 10
karangan dan menjawab 15 soalan setiap karangan. Tiap-tiap karangan yang
dibaca dan jawab menggunakan keadah-keadah speed reading yang akan anda
baca nanti. Saya mendapati semakin cepat saya membaca sama sekali tidak ada
menjejaskan pemahaman saya pada karangan tersebut. Cepat ke atau tidak
saya tetap dapat jawab lebih dari 10 soalan dengan betul. Wah hebat ni. Sedia
nak baca. Teruskan. Gunakan keadah dibawah. Setelah habis kursus saya
dapat memanufaatkan mengunakan teknik speed ini dalam pekerjaan. Saya
sedar tidak semua oang dapat peluang menimba ilmu sebegini. Bagi yang nak
tip membaca cara cepat anda boleh teruskan membaca. Kalau tidak boleh skip.
Sudah bersedia, mari saya terangkan perkara asas dalam speed reading. Anda
telah tahu teori sains cahaya lebih cepat dari bunyi. Selalu ingat konsep asas ini
sebelum anda terus membaca. Teknik yang nak saya sampaikan ini sangat
berguna. Teknik dan latihan yang akan anda baca akan membolehkan anda
cepat membaca. Sebelum kita mula anda kena tahu kepentingan speed reading
kepada kita.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
Kepentingan perlu speed reading.
1. Kita dapat membaca dengan cepat.
2. Banyak buku dan artikel yang boleh dibaca.
3. Boleh baca dengan cepat semua A to Z dalam surat akhbar.
4. Boleh buat kerja lain kerana masa membaca pendek dan berkualiti.
5. Boleh membaca buku banyak kali.
6. Hidup kita tidak lama. 60 - 70 tahun kira bonus. Fikirkan banyak perkara
kita tidak tahu. Jadi mulakan membaca.
7. Meningkatkan keberkesanan kita berfikir dan mengingati sesuatu.
Keadah pertama: Jangan sebut, lihat dan gambarkan.
Anda kena lari dari membaca secara tradisinol. Membaca dengan menunjuk,
menyebut dalam hati satu persatu huruf. Konsep pertama membaca keadah ini
adalah membaca tanpa menyebut di mulut atau dihati. Anda akan menghadapi
kesukaran pada mulanya. Bayangkan berapa tahun sudah anda mengunakan
keadah tradisional ini. Saya dulu pun begitu.
Kebiasaan kita akan menyebut sesuatu perkataan dengan mulut dan di hati.
Tekniknya lihat dengan mata dan diproses oleh otak tanpa melalui mulut dan
hati. Ingat konsep "cahaya lebih cepat dari bunyi". Banyak masa yang dapat kita
jimatkan.
Cuba gambarkan perkara yang anda baca. Buat cerita yang bersambung dalam
fikiran anda. Keadah ini juga dapat membuat kita mempraktikkan fotografik
memori. Tun Mahathir membaca berulang kali sehingga beliau boleh
mengambarkan ayat dan mukasuratnya sekali. Berulangkali yang dimaksudkan
adalah selesai semua buku dan baca lagi.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
Cuba latihan ini, cari 15 gambar benda seperti dibawah:-
1. Kerusi
2. meja
3. Cawan
3. Buku
4. Pasu Bunga
5. TV
6. Tingkap
7. Pokok
8. Kereta
9. Perempuan
10. Lelaki
11. Komputer
12. Payung.
13. Hujan
14. Lori
15. Kereta polis
Anda boleh gunakan keadah manual atau Powerpoint.
Cara manual : Minta kawan anda tunjukkan satu persatu gambar yang saya
nyatakan di atas. Flashkan satu persatu selama 2 saat.
Cara Powerpoint: Cari gambar dan masukkan dalam perisian powerpoint.
Setkan masa dalam presentation powerpoint selama 2 saat. seterusnya, Ambil
kertas dan tuliskan nama gambar yang anda lihat satu persatu ikut susunan
dalam kertas kosong. Susah bukan. Boleh ingat 5 - 10 benda tetapi tidak
tersusun.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
Cuba gunakan keadah yang saya berikan ini. Minta kawan anda tunjukan sekali
lagi dengan cara yang sama seperti di atas. Sekarang cuba buat cerita dalam
fikiran tentang benda yang kita lihat.
Lebih kurang begini dalam fikiran anda.
Anda duduk di atas kerusi, depan anda ada meja, di atas meja ada cawan. Nak baca
buku tu, waduh cantiknya pasu bunga tu, TV tu besar. terang dan tajam warnanya dan
seterusnya anda lihat melalui tingkap,lihat pokok besar, ada kereta dibawahnya, siapa
punya, ada perempuan didalamnya, eh ada lelaki disebelahnya. mereka keluar kereta
bawa komputer guna payung kerana hari hujan. Tiba-tiba lihat lori sedang di kejar
kereta Polis.
Gambarkan cerita anda sendiri bila melihat gambar yang diflashkan tadi.
Tuliskan dalam kertas kosong benda yang dilihat tadi. Cuba bezakan markah
yang anda dapat dengan selepas dan sebelum saya bagi tip di atas.
Latihan dengan gambar macam ni dapat membuat kita fokus dan cepat
membuat gambaran. Kita lebih mudah ingat gambar daripda perkataan. Tip ini
akan memudahkan kita mengunakan teknik membaca dengan cepat. Maklumat
yang anda dibaca akan lekat dalam otak.
Keadah Kedua: Jangan ulang bacaan.
Anda biasa membaca dan kerap kali menulang-ulang perenggan yang anda
baca. Keadah mengulang semasa membaca ini menyebabkan kita lambat
membaca. Anda rasa tidak dapat banyak dapat maklumat apa yang kita baca.
Maklumat yang sama akan masuk dalam otak secara bacaan cepat atau tidak.
Kalau begitu tak rugi anda membaca memcepat. Anda tak perlu khuatir tidak
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
dapat ingat. Anda baca saja sampai habis. Memang ada maklumat yang kita baca
lekat dalam memori otak kita. Otak kita mempunyai kapasiti lebih dari 10,000
buah komputer. Kita sahaja gagal membuka hard disknya secara maksimum.
Gunakan keadah yang betul untuk memaksimumkan kapasitinya. Ingat jangan
ulang semasa membaca. Orang yang mengulang akan menyebabkan dia lambat
membaca. Fokus penting. Tumpukan kepada Kata kunci (key word)
Keadah Praktikal baca cepat
Saya akan terangkan keadah membaca cepat ini. Anda kena sabar dan praktikan
apa yang saya nyatakan. Lagi saya Nabi Muhammad s.w.t mengajar kita
mengulang bacaan 7 kali kalau nak hafal.
Maka, saya ulangi asas membaca cepat
1. Jangan sebut, lihat dan proses terus dalam otak dan
2. Jangan ulang.
Anda kena cari keratan akhbar. Kalau boleh di muka tengah yang ada artikel.
Kalau tidak ada pinjam saja buku anak atau adik anda di tingkatan 3 - 5. Cara
buku tek karangan bahasa Malaysia atau Inggeris.
Cara pertama
Anda akan membaca mengunakan bacaan satu persatu perkataan seperti biasa.
Keadah ini bagi yang baru nak praktis baca cepat. Gunakan perkara asas di atas
semasa membaca. Kalau sudah mahir tingkatkan kepada dua perkataan.
seterusnya tiga hingga ke satu baris.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
Cara kedua Baca dua baris sekali. Cara bacaan ini adalah bagi mereka yang
peringkat awal penguasaan keadah speed reading. Cuba tingkatkan kepada tiga
baris sekali. Ingat dua asas yang saya berikan di atas jangan sebut, lihat dan
proses terus dalam otak dan jangan ulang.
Kalau anda membaca tiga baris sekali. Semasa membaca fokus di baris kedua
sambil mata melihat baris pertama dan ketiga. Gambarkan Kata kunci.
Cara ketiga; baca satu perenggan sekali. Susah bukan. Satu lagi asas membaca
dalam perenggan. Ide sesuatu perenggan biasanya boleh didapati pada
perenggan pertama. kalau perenggan terlalu panjang bahagi kepada beberapa
bahagian. Fokus kepada ayat yang menjadi keyword sesuatu perenggan. Susuh.
Cuba dulu. Tak rugi mencuba bukan.
Keadah yang keempat. Bacaan ditengah. Fokoskan mata dibahagian tengah
perenggan. Keadah bacaan ini adalah bacaan ke bawah bukan ke tepi dari kiri ke
kanan. Anda kena baca macam orang cina baca atas ke bawah. Bahagikan satu
mukasurat kepada tiga bahagian menegak. Gambarkan difikiran ada dua garis
dalam buku anda. Jadi anda ada tiga bahagian semuanya.
Fokuskan mata dibahagian tengah. Mata secara serentak melihat sebelah kiri
dan kanan perenggan. Bacaan anda adalah ke bawah. Ini merupakan keadah
yang paling sukar dan jarang dapat melihat orang dapat menguasainya. Selepas
mahir menggunakannya ketiga - tiga keadah di atas barulah fikir nak guna
keadah ke empat. Keyword penting biasanya ada ditengah-tengah buku.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
Nasihat Saya
Kunci kejayaan dalam speed reading adalah diri sendiri. Praktis dan terus
praktis. Ada kawan saya yang boleh buat speed reading menyatakan tidak syok
membaca tanpa menyebut. Katanya Keadah tradisional membaca biasa lebih
menarik untuk buku cerita. Terpulanglah kepada anda nak guna atau tidak. Saya
cuma memberi ilmu kepada yang ingin berkongsi dengan saya. Sebarkan ilmu
walaupun satu ayat. Tak rugi mencuba bukan. Anda bukan kena bayar. Keadah
secara ringkas telah saya turun kan. Terpulang kepada anda.
Ingat : Sebelum membaca, kena jelas nak guna speed reading atau keadah
trasidional. Kena jelas sebelum mula. Ia tidak berkesan kalau buat setengah-
setengah. Keadah mana yang hendak diguna kena diset dalam kepala dulu.
Bila nak Guna Speed reading
Setelah lama guna keadah ini. Tidak semua perkara yang dapat digunakan speed
reading. Bahayanya anda akan tertinggal ayat-ayat yang penting seperti dalam
dokumen pinjaman. Membaca buku cerita menjadi tidak menyeronokkan sebab
cepat habis. Saya cadangkan kalau anda hendak membaca buku untuk
peperiksaan gunakan keadah pertama. kalau anda rasa nak baca 2 atau 3 kali.
Semasa bacaan pertama anda boleh gunakan keadah ke kedua atau tiga.
Seterusnya bacaan ketiga anda akan menghalusi bacaaan anda mengunakan
keadah pertama. Ingat konsep asas. Konsep keempat adalah baik untuk
mencari perkara yang penting dalam sesuatu buku atau artikel. Ini dapat
menjimat masa anda nak buat kerja yang diberi guru atau pensyarah. Mereka
yang hebat saja dapat guna keadah ke empat ini dalam semua bacaannya.
Selamat mencuba. Anda akan nampak hasilnya. Kalau anda sudah praktiknya.
Ceritakan hasilnya. Email kepada saya [email protected].
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
17 Ingin Berjaya
Anda kena sedar tidak ada orang lain yang berminat dengan kejayaan anda
melainkan diri anda sendiri. Sebagai eksekutif baru anda merupakan ancaman
kepada diri dan kedudukan eksekutif tahap atas. Mereka akan berusaha
bersungguh-sungguh melindungi pekerjaan mereka. Ada yang berpendapat
mereka berusaha menyingkirkan anda. Walaupun tidak diperingkat membuang
anda. Walaubagaimanapun jangan bersangka buruk. Kalau mereka bijak
mereka akan menggunakan kelebihan anda untuk kepentingan organisasi.
Berikut adalah ciri-ciri pemimpin yang berjaya seperti yang dinyatakan oleh
Wan Azmi Ramli dalam bukunya Strategi dan Taktik.
· wajah dan perwajahan termasuk pakaian. · kesasiahan, gayanya. · kepintaran bertutur/ bijak berbicara. · daya tenaga, dorongan, cita-cita. · sikap positif, unggul dan pemikiran yang membina. · ketelitian - tidak tergopoh-gapah (bukan pak angguk atau pak turut). · watak keseluruhan. · aura kepimpinan melibatkan keyakinan diri, cara bercakap. · seorang yang pintar dan sempurna, sesekali mampu berserolah. · luas bidang yang diminati kebudayaan, sukan , ekonomi, politik, muzik dan sebagainya.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
Ciri-ciri pemimpin di atas perlu ada pada anda. Anda akan berusaha untuk
menambah ciri-ciri ini dari hari ke hari. Anda kena ada daya tahan untuk
meningkat naik. Anda masih muda. Naik terlampau cepat tanpa pengalaman
dan ilmu di dada akan dikhuatiri ketahanan anda tidak dapat kekal lama.
Olehitu, sentiasa berjaga-jaga dengan kerenah mereka ini. Pelbagai cara yang
dilakukan untuk menjatuhkan anda. Pak Wan selalu menulis memo meminta
kepastian balik kepada ketua yang selalu membuat arahan lisan yang mungkin
bertentangan dengan prosedur Jabatan atau Syarikat anda. Apabila arahan telah
dibuat oleh anda kepada kakitangan bawahan, jika ada yang tidak kena betul.
Anda akan menanggung akibatnya. Beberapa rakan-rakan saya telah
mengalaminya. Kalau tidak ada masa untuk membuat memo anda boleh
menyuruh dia menulis arahan dalam buku diary anda. Kalau dia tidak mahu
tulis, anda tulis. Minta dia tandatangan. Jangan lupa cari saksi anda. Tanpa
saksi jangan buat dulu arahan tersebut. Kalau betul dia berani
bertanggungjawab dia akan tandatangan. Anda lihatlah reaksinya.
Seorang sahabat saya Mahadi (bukan nama sebenar) Jurutera Sebuah Syarikat
letrik terkemuka di Sarawak. Dia kena fitnah dituduh rasuah dan kes hingga
dibawa ke mahkamah. Walaupun akhirnya dia didapati tidak bersalah, dia telah
menghadapi tekanan hidup. Mereka yang membuat begitu adalah kerana dia
adalah Jurutera Melayu yang berpotensi naik. Ada yang dituduh saja tanpa
bukti dia bersalah pun sudah dianggap bersalah. Kalau pihak pengurusan
atasan tidak dapat membezakan fakta dan khabar angin. Anda pasti
menghadapi masalah. Tali-barut ini yang akan menjaja kelemahan anda. Kalau
anda bertindak dengan betul dan mengikut garispanduan Jabatan atau Syarikat
anda tidak perlu khuatir. Inilah beberapa taktik yang selalu digunakan oleh
pihak senior untuk mengena eksekutif muda yang ghiarah seperti anda.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
Nabi Muhamad s.a.w pernah bersabda "Fitnah lebih kejam daripada
pembunuhan". Saidina Ali b. Abu Thalib pernah berkata " Dalam keadaan
penuh fitnah, seperti anak unta yang tidak memiliki punggung untuk
ditunggangi, tidak memiliki susu untuk diperah". Ada yang sengaja
membesarkan perkara yang kecil semata-mata menggugat keyakinan pihak
tertinggi kepada anda. Apabila pengurusan tertinggi meragui prestasi anda
sukarlah anda nak naik pangkat. Untuk menangani mereka ini anda kena
gunakan falsafah Sun Tze:-
"Ketahuilah tentang musuhmu, kenalilah dirimu, anda tiada masalah mencapai
kemenangan. Fahami persekitaran maka kemenangan anda terjamin"
" Jika anda tidak mengetahui diri anda sendiri dan tidak memahami musuh
anda maka petaka dan bahaya akan menimpa." Dan
"Kemenangan datang dari cara mengelak kekuatan musuh dan menyerang
dimana kelemahannya"
Pada peringkat ini anda masih lagi lemah. Anda tidak perlu membuat
serangan. Ada eksekutif muda yang terlalu ghairah sering kali membuat
serangan awal kepada musuhnya. Serangan ini berupa konfrantasi lisan atau
bertulis. Mereka tidak sedar musuhnya mempunyai kekuatan yang boleh
melumpuhkannya. Ikut ikhtibar dari kisah Nabi Muhamad s.a.w. tidak
memerangi musuh semasa 13 tahun di Mekah. Beliau mencari kekuatan dan
membina pengaruh. Anda yang masih baru dalam kerja janganlah mencari
musuh. Ada pepatah menyatakan "Cintailah musuh anda, hal ini membuat
musuh anda menjadi gila" dan "Hanya satu alasan mengapa musuh anda tidak
dapat menjadi kawan anda, iaitu anda sendiri". Arwah bapa saya selalu
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
berpesan " Jika tidak suka pada ketua, jangan dijadikan dia musuh kerana pada
satu masa nanti anda akan memerlukakannya."
Beberapa cara yang boleh digunakan untuk berjaya.
1. Anda menjadi rujukan untuk maklumat dan Ilmu.
Ramai yang berjaya adalah menjadi sumber rujukan kepada pengurusan
tertinggi dimana dia bekerja. Apa-apa yang berkaitan dengan kerja dipejabat
anda perlu tahu. Mesti tahu. Tidak ada kompromi. Tidak tahu, ambil tahu.
Belajar. Masa mula masuk universiti dulu pun anda tidak tahu apa-apa bukan.
Anda belajar dan anda berjaya. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi seorang
yang bermaklumat dan berilmu. Cari seberapa banyak pengalaman dan ilmu
yang anda dapat. Jangan malu bertanya kepada kakitangan yang lebih rendah
dari anda. Waima, office boy yang telah berpuluh tahun bekerja di pejabat anda.
Dari mereka ini, anda akan dapat tahu dengan cepat politik pejabat anda.
Mereka selalunya suka bercerita kepada anda. Kena rendahkan diri anda. Bawa
mereka minum atau makan tengahari. Galakkan mereka bercerita. Gunakan
teknik mendengar yang telah saya nyatakan. Percayalah banyak nasihat yang
anda dapat dari mereka. Disamping itu anda kena banyak membaca. Teringat
masa masuk kerja, ketua saya suruh baca buku. Dia kata "kalau sudah
diperingkat saya ini tidak ada masa nak baca". Baca buku berkaitan dengan
pengurusan. Cuba ingat buku yang ketua anda baca. Buku apa? tanyalah dia.
Tanyalah setiausahanya. Tanyalah kakitangan lain. Ini adalah proses mencari
maklumat. Anda sudah membacanya. Kalau belum pergi cari di perpustakaan
atau beli di kedai. Ia amat membantu dalam ide anda bercakap selari dengan
ketua anda.
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
2. Tunjukkan anda pekerja yang rajin.
Ini adalah suatu yang sering kali melucukan kepada saya. Saya perhatikan
ramai kaki ampu yang ada disekeliling kita. Ada yang saya lihat pekerja lelaki
yang buka baju bagi menunjukkan mereka telah penat bekerja. Ada yang gusuk
minyak gris pada tangan dan jumpa dengan bos. Ada yang angkat bakul puji
sendiri dan kata orang lain malas.
Ada yang sanggup bawa buah durian bagi bos. Bermacam kerenah yang saya
telah lihat. Bagi eksekutif seperti anda anda kena jadualkan keluar dari pejabat
pada masa ketua anda keluar pejabat. Semakin kerap dia nampak anda semakin
tinggi peluang anda. Jangan keluar dengan tangan kosong. Bawalah sesuatu
yang mengambarkan anda seorang yang ingin berjaya contohnya buku atau
majalah pengurusan. Jangan bawa fail yang mengambarkan anda akan buat
kerja dirumah. Ini menampakkan kelemahan anda dalam membahagikan masa
dipejabat. Kalau ada kerja dipejabat yang nak dibuat dirumah masukkan saja
dalam pen-drive atau email fail tersebut ke alamat email sendiri. Bila dirumah
boleh buka. Sekali-sekala cuba buat kerja pada hari sabtu atau ahad. Rakan saya
selalu membuat kerja pada hari sabtu, dia tahu Pengarah selalu ada dipejabat
pada hari itu. Buka nak mengampu. Anda seoang yang bermaruah. Jangan
sampai nampak seperti mengampu.
4. Anda berketrampilan
Ini ada kaitan dengan diri anda. Anda kena sentiasa nampak cergas dan
bertenaga. Ketua saya sekarang adalah pengarah. Sebelum jadi pengarah, tiap-
tiap pagi berjogging di kawasan sekitar pejabat. Dia akan turun awal dan berlari
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
dikeliling pejabat. Dia akan mandi dan bersalin pakaian dipejabat. Bila dah
jadi pengarah sekarang tidak ada lagi saya nampak dia jogging di sekitar pejabat.
Pakaian yang anda gunakan tidak payahlah yang mahal atau berjenama. Apa
yang penting ia kemas dan tidak menyakitkan mata. Jenama tempatan jauh
lebih murah dari jenama import yang mempunyai kualiti yang sama. Ramai
eksekutif muda hendaklah menggunakan pakaian yang sesuai dengan budaya di
pejabat anda. Apa yang penting anda kena sesuaikan dengan persekitaran kerja
anda. Apa yang penting anda telah menunjukan anda dapat menyesuaikan diri
diperingkat pengurusan atasan. Anda tahu apa yang saya maksudkan.
4. Jangan banyak "songel"
Songel bermakna sugi dalam kamus Dewan. Orang yang selalu menyugi sering
digambarkan sebagai seorang yang banyak isu. Jangan besarkan perkara yang
kecil yang tidak menjejaskan kedudukan anda. Jangan bawa isu yang remeh
temeh kepada pihak pengurusan atasan. Mereka ini tidak ada masa memikirkan
perkara dan isu kecil yang boleh anda selesaikan. Anda akan digambarkan
sebagai seorang yang tidak dapat menyelesaikan perkara yang kecil. Kalau isu
kecil tidak dapat diselesaikan bagaimana pula nak menyelesaikan isu besar.
Walaubagaimanapun anda kena bersedia. Catatkan isu-isu ini dalam buku kecil
anda, sekiranya anda diminta untuk memberi komen anda sudah bersedia.
Ketidakupayaan anda memperolehi maklumat dan isu terkini dari dalam unit
atau bahagiannya sendiri akan menyebabkan anda dianggap tidak berupaya.
Tidak nak beri komen atau kritikan ke atas sesuatu perkara adalah suatu perkara
yang lain. Jangan menkritik kepada personal itu sendiri. Ingat mengkritik
seseorang adalah cara yang paling cepat mendapatkan musuh dan dia akan
dibenci. Ada seorang ketua yang pernah saya kenal, dia selalu minta dikritik
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
secara terbuka. Dia nak menunjukkan kepada semua dia seorang yang terbuka.
Apabila dikritik dia akan menyimpan dendam ke atas orang yang mengkritik
tadi. Orang yang dikritik tadi akan dijadi kan musuh. Jadi selalulah memuji
kerana pujian sajalah yang dapat membawa anda ke atas. Percayalah.
5. Memberi Pendapat dan suarakan bantahan dengan beradab
Anda kena sokong hujah anda dengan lojik dan fakta. Ingat sesuatu yang lojik
tidak semestinya benar. Tapi fakta itu pasti benar. Membuat bantahan dengan
pendapat sendiri kurang menyakinkan. Kena ada sumber rujukan orang yang
lebih dihormati oleh ketua anda. Jika ada kakitangan anda yang telah lama
bekerja dan dihormati oleh pengurusan atasan. Cuba dapat sokongannya
dahulu. Ini akan menjamin sebarangan cadangan atau pendapat anda
mempunyai asas. Anda yang dapat mempengaruhi orang yang penting
dipejabat mempunyai banyak kelebihan dalam semua hal. Kuasai dulu orang
penting seperti yang saya terang dalam artikel lalu.
Tunjukkan anda seorang yang berstrategi dalam mencadangkan pendapat
anda. Sebutkan penyelesaian 1. ke 2 ke 3 dan seterusnya. Apabila anda berhujah
begini anda akan nampak lebih sistematik. Seorang sahabat saya seorang
pensyarah yang saya kagumi sering membuat perkara ini. Dalam mesyuarat
atau perbincangan dia akan mencatatkan isi sebarang perbincangan satu persatu.
Selesai perbincangan dia akan menjadi perumus hasil perbincangan tersebut
secara bertulis walaupun beliau bukan setiausaha atau pengerusi. Dia sering
menggunakan keadah yang saya katakan sistematik ini.
Sekiranya tindakan yang diambil oleh pihak atasan bertentangan dengan
pendapat anda. Terima saja. Jangan berdendam. Buatlah perkara terbaik untuk
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
menyokong tindakan tersebut selagi tidak melibatkan kesalahan agama, undang-
undang dan budaya. Hormatilah keputusan pengurusan atasan insyaallah
anda akan dihormati.
6. Menarik perhatian pihak atasan.
Kalau anda membuat kerja dengan baik dan bersungguh tidak cukup tanpa
perhatian dari pihak atasan anda. Seorang kerani disebuah Jabatan yang saya
kenali cuma seorang pekerja kontrak telah bekerja lebih 20 tahun. Dia adalah
orang yang paling dipercayai ketuanya. Kenapa? Sebab dia sentiasa ada
disamping ketuanya, semua dokumen yang penting dia yang membawa sendiri
jumpa ketua. Dialah orang yang akan menerangkan sendiri kepada ketuanya
berkenaan perkara tersebut. Dia adalah orang yang memudahkan tugas
ketuanya. Bukan orang yang menyusahkan ketua. Dia juga adalah saya iktiraf
sebagai orang penting dalam artikel yang yang lalu.
7. Mereka tahu apa yang anda buat. Hati-hati individu yang cuba mendapat
nama dengan menggunakan hasil kerja orang lain. Pastikan semua orang tahu
anda yang membuat kerja tersebut. Gunakan keadah yang digunakan oleh
rakan saya. Dia selalu membuat sesuatu kerja dengan memaklumkan kepada
ketua apa yang akan dia buat, akan buat dan bila ia dijangka akan disiapkan.
Gunakan kesempatan yang ada semasa aktiviti luar bersama ketua untuk
menerangkan apa yang anda akan lakukan.
8. Sedia memikul tanggungjawab
Anda seorang yang masih muda dan boleh memikul apa saja tugas yang diberi.
Bersedialah memikul tanggungjawab yang lebih besar. Pengurusan tinggi tentu
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
akan merasa gembira sekira anda dapat memikul tanggungjawab ini. Sekiranya
ada peluang kenaikan pangkat tentulah anda orang yang akan dipilih.
8. Perancangan mengelak risiko
Sun Tze ada menyatakan " Sekiranya anda dapat menjangka kemenangan
sebelum pertempuran maka anda telah menyediakan perancangan yang teliti.
Seandainya anda dapat menjangkakan kekalahan sebelum peperangan maka ia
bermakna perancangan anda lemah." Anda yang hendak berjaya kena
mengambil risiko yang manusabah. Kalau terlalu berhati-hati anda tidak akan
kemana-mana. Saya pernah bekerja dengan ketua yang berani mengambil risiko
dan cepat membuat keputusan. Semua keputusannya mempunyai asas yang
kuat dan sukar nak dipertikaikan.
9. Sayangkan kerja anda dan kerja dengan penuh semangat
Bukan mudah nak cari kerja sekarang. Kalau anda keluar, ada beribu-ribu orang
yang menanti mengisi tempat anda. Sedarlah hakikat ini. Sekiranya anda tidak
dapat tersenyum dan bersemangat bekerja anda kena fikirkan untuk mencari
kerja lain. Anda cuba membuang masa anda. Anda tidak akan kemana-mana
dalam bidang pekerjaan anda sekarang. Minat akan datang kemudian. Tidak
minat cari cara bagaimana nak minat. Tanya orang sekeliling anda. Ingat jangan
dilafaskan atau jaja anda 'tiada minat' bekerja. Pak Mentua saya selalu
berpesan "kalau malas jangan lafaskan anda malas. Kalau tidak minat jangan
nyatakan anda tidak minat"
Tip Pekerja Baru Pemimpin Hebat
���
www.happysus.blogspot.com
10. Naikkan pangkat ketua anda. Anda akan naik sama.
Sekiranya ketua anda naik pangkat dalam setengah keadaan anda akan menjadi
orang yang paling layak mangantikan ketua anda. Anda adalah calon yang
paling sesuai mengantikan tempat ketua anda. Ia bergantung kepada anda.
Sekiranya syarat di atas telah anda penuhi tidak mustahil anda akan naik. Jadi
anda kena bersedia dalam memikul tugas ketua anda. Sekiranya dia cuti anda
kena buat tugas yang dapat meyakinkan pengurusan atasan anda boleh
memikul tugas tersebut.