7- Penutup
description
Transcript of 7- Penutup
5.0 PENUTUP
Program Bina Insan Guru Fasa 4 2015 telah tamat pada 10 September 2015.
Semua aktiviti dalam program ini boleh dikatakan dijalankan dengan lancar. Walaupun
semua peserta berasa sangat letih terutamanya semasa membuat persediaan kerana
masa yang dibagi kepada kami untuk merancang suntuk, namun kami berasa sangat
bangga apabila dapat menjalankan semua aktiviti dengan lancar.
Bagi saya, program ini adalah satu program yang sangat baik terutamanya untuk
bakal guru. Kami telah menimba pengalaman yang baru dan pengalaman inilah yang
akan menolong kami pada masa hadapan dan secara tidak langsung telah membina
dan membentuk modal insan yang cemerlang. Hal ini demikian kerana melalui Latihan
dalam Kumpulan, saya telah lebih memahami diri dengan lebih mendalam. Selain itu,
kembara sosial juga telah meningkatkan kemahiran sosial saya dengan kaum lain serta
lebih memahami budaya Melayu-Siam. Ceramah Motivasi juga telah menambah ilmu
pengetahuan yang banyak mengenai rasuah, hadiah, 4 kompetensi dan sebagainya.
Saya mengakui bahawa kami telah menghadapi pelbagai cabaran untuk
mengadakan aktiviti-aktiviti ini. Adakalanya saya berasa hampir putus asa. Walau
bagaimanapun, apabila saya memikirkan impian pada masa hadapan, saya akan
menguatkan dan meninggikan semangat untuk terus berusaha.
16