680521-12-6007-001_TUGASAN HBHE3203

36
TUGASAN _____________________________________________________________________ HBHE 3203 KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARAN SEMESTER SEPTEMBER 2014 ________________________________________________________________ _______ NAMA : AMBIKIN BIN SALIWONG NO. MATRIKULASI : 680521-12-6007-001 NO. KAD PENGENALAN : 680521-12-6007 NO. TELEFON : 019-8106520 E-MEL : kend @oum.edu.my PUSAT PEMBELAJARAN : KENINGAU LEARNING CENTRE

description

pk

Transcript of 680521-12-6007-001_TUGASAN HBHE3203

HBHE3203

TUGASAN_____________________________________________________________________HBHE 3203KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN PERSEKITARANSEMESTER SEPTEMBER 2014 _______________________________________________________________________

NAMA: AMBIKIN BIN SALIWONGNO. MATRIKULASI : 680521-12-6007-001NO. KAD PENGENALAN: 680521-12-6007NO. TELEFON: 019-8106520E-MEL: [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN: KENINGAU LEARNING CENTRE

ISI KANDUNGAN

NO.PERKARAHALAMAN

1.0Pengenalan 3

2.0Ucapan Ceramah Sekolahku Syurgaku4

3.0Lima Set Borang Pemantauan Tahap Kebersihan Dan Keselamatan

8

4.0Laporan Pemantauan Penilaian Tahap Kebersihan Dan Keselamatan Sekolah13

5.0Cadangan Penambahbaikan Tahap Kebersihan Dan Keselamatan Sekolah

23

6.0Kesimpulan25

Rujukan26

1. PENGENALANMenurut Kamus Dewan edisi keempat, sekolah bermaksud tempat untuk belajar dan mengajar. Selain itu, sekolah juga didefinisikan sebagai tempat untuk menerima dan memberi pelajaran. Dalam akta pendidikan, sekolah ditakrifkan sebagai suatu tempat di mana sepuluh atau lebih orang pelajar yang biasanya diajar sama ada di dalam sebuah atau lebih bilik darjah tetapi tidak termasuk tempat di mana pengajaran terhad kepada pelajaran Islam sahaja.

Menurut Nicholson (1985), untuk mewujudkan sekolah yang selamat, kita perlu mewujudkan sekolah yang berkesan. Sekolah yang berkesan mestilah sekolah yang selamat dengan cara menjadikan sekolah itu efektif dari sudut penggunaannya. Howard (1981) menggariskan enam faktor utama yang perlu diterapkan bagi menjadikan sesebuah sekolah itu selamat. Faktor-faktor tersebut ialah kepimpinan, disiplin, keselamatan, ketidakhadiran pelajar, pengurusan konflik dan kurikulum. Keenam-enam faktor ini jika dilaksanakan akan menghasilkan sekolah yang selamat. Salleh Buang (1996) menyatakan bahawa di dalam sesebuah institusi, terdapat ahli-ahli yang memerlukan perlindungan, keselesaan dan keselamatan. Ini bermakna, sesebuah institusi pendidikan perlu memberikan segala keperluan yang diperlukan warganya bagi memastikan sesebuah institusi pendidikan itu berjaya.

Oleh itu, bagi memastikan sesebuah sekolah itu berada dalam keadaan yang sempurna, aspek penjagaan kebersihan dan keselamatan perlulah dititikberatkan oleh pihak pengurusan sekolah. Ia bagi mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan dan kejadian yang tidak diingini seperti keracunan makanan, jangkitan penyakit dan sebagainya. Pemantauan atau pemeriksaan yang teratur dan sistematik ke atas keseluruhan kawasan sekolah perlu dilakukan oleh pihak pengurusan sekolah bagi menjamin kebersihan dan keselamatan murid-murid. Antara tempat-tempat yang seharusnya dipantau adalah persekitaran sekolah, kantin, makmal sains, bangunan dan bilik darjah.

Sehubungan itu, tugasan ini selanjutnya akan membincangkan kepentingan menjadikan sekolah sebagai Sekolahku Syurgaku dan laporan hasil pemantauan tahap kebersihan dan keselamatan sekolah yang telah dipantau menggunakan set-set borang yang telah dirangka.2.0 UCAPAN CERAMAH SEKOLAHKU SYURGAKU

Yang Berusaha Saudari Pengacara Majlis,Pengetua-pengetua, Guru-guru BesarYang Dipertua PIBG serta ahli jawatankuasaPenolong-penolong Kanan, guru-guruDan seterusnya ibu bapa serta para hadirin yang saya muliakan.

Selamat pagi, salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada Yang Dipertua Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Guru Besar SK Saliku, En. Peter Minjun, barisan penolong-penolong kanan, guru-guru, murid yang dikasihi sekalian, serta tuan-tuan dan puan-puan.

Pertama-tamanya izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya maka kita dapat berkumpul bersama bagi melaksanakan satu lagi agenda pendidikan yang diatur oleh Pihak pengurusan sekolah dan juga jawatankuasa PIBG SK Saliku. Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola majlis ini yang tentunya telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini berjalan lancar dan teratur. Ucapan penghargaan dan Terima kasih tidak terhingga semua pihak kerana memberi komitmen dan kesungguhan yang tinggi sehingga majlis ini berjaya dilaksanakan. Kita sedar, majlis seumpama ini amat perlu dijalankan untuk memberi makna kepada kehidupan anak-anak yang bakal mewarisi masa depan Negara.

Sidang hadirin sekalian,

Rakyat Malaysia secara purata menghabiskan masa sekurang-kurangnya 12 tahun di sekolah. Selain menimba ilmu pengetahuan, kita diajar pelbagai kemahiran diperlukan untuk membesar dan menjadi orang dewasa yang boleh berdikari. Sekolah juga memainkan peranan penting dalam mengajar kita mengenai pergaulan sosial. Di sekolah, kita belajar berinteraksi dengan pelajar lain dan memahami peranan serta hubungan dengan dunia di sekeliling kita.Selaras dengan slogan Sekolahku, Syurgaku menerusi Program 3K iaitu Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan, ia akan lebih memainkan peranan penting pada tahun awal pembentukan peribadi seseorang selain juga sepatutnya menjadi tempat untuk kita belajar, menggunapakai dan mengamalkan tabiat menjaga kebersihan dan keselamatan. Ini penting kerana lazimnya sekolah adalah tempat murid-murid berinteraksi dan menjalin hubungan antara satu sama lain. Di samping itu, ia dapat memupuk tabiat yang baik untuk menjaga kebersihan dalam persekitaran sosial seperti di sekolah apabila disemai di rumah dan begitu juga jika sebaliknya.

Di negara kita, proses pendidikan bukan saja membabitkan pembelajaran antara murid dan guru di bilik darjah malah mereka amat digalakkan berinteraksi, berbincang serta bekerjasama dalam pelbagai cara, sama ada untuk projek sekolah, apabila melakukan aktiviti kokurikulum atau pada waktu rehat. Justeru, pemantauan ke atas keseluruhan kawasan sekolah perlu dilakukan setiap waku termasuklah kawasan persekitaran sekolah, bangunan, kantin, bilik darjah, bengkel, makmal sains, pusat sumber, tandas dan sebagainya untuk memastikan murid-murid berada dalam keadaan besih dan terjamin keselamatannya. Bagi memastikan sekolah sentiasa bersih dan selamat, komitmen daripada guru-guru serta murid-murid adalah perlu. Maka dengan itu, amat bersesuaian menerusi program Sekolahku, Syurgaku berkepentingan dalam melatih secara praktikal sikap dan amalan murid untuk bersama-sama menjaga kebersihan fizikal diri dan kebersihan persekitaran. Pendedahan terhadap pembelajaran kebersihan di peringkat sekolah akan dapat membentuk murid-murid sekolah supaya lebih bertanggungjawab terhadap kebersihan diri dan persekitaran mereka.

Sidang hadirin sekalian,

Dalam konsep ke arah Sekolahku, Syurgaku, ia secara tidak langsung membabitkan semua warga sekolah untuk turut mengutamakan kebersihan, keselamatan, keindahan dan kecantikan persekitaran sekolah dan bangunannya termasuklah semua prasarana yang disediakan. Segala aktiviti yang dirancang untuk ke arah tersebut akan disertai dengan rela hati oleh warga sekolah seperti aktiviti gotong-royong, penanaman pokok bunga, pembinaan taman dan sebagainya. Impaknya, situasi ini akan mewujudkan perpaduan erat dan memupuk semangat pemuafakatan dalam warga sekolah. Serentak dengan itu juga, masyarakat luar akan membuat persepsi yang lebih positif terhadap sekolah ini dan bahkan lagi ia turut mencerminkan imej sekolah yang berprestij tinggi dalam membimbing anak-anak generasi muda mengamalkan nilai-nilai murni.

Penekanan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007 lepas memfokuskan Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan modal insan melalui sistem pendidikan yang menyediakan aspek 3K iaitu keselamatan, kebersihan, kesihatan dan keceriaan di semua sekolah. Pelaksanaan ini diperkukuh dengan kewujudan Jawatankuasa Induk 3K yang dipengerusikan Datuk Hon Choon Kim bagi menangani masalah yang berkaitan kebersihan dan keselamatan murid, keselamatan fizikal sekolah dan asrama sosial atau persekitaran, bencana alam serta lokasi sekolah. Langkah perlaksanaan ini adalah bersesuaian dengan aktiviti yang kita laksanakan menerusi Sekolahku Syurgaku di mana situasi ini akan menjadikan sekolah yang ceria dan kondusif sehingga menarik minat murid untuk datang ke sekolah setiap hari dan dapat membentuk nilai sayang, bangga dan cintakan sekolah. Persekitaran sekolah yang selamat dan bersih akan membantu murid untuk belajar dengan lebih baik dan cemerlang seterusnya mempertingkatkan tahap akademik mereka.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, sebanyak 434 kes keracunan makanan dilaporkan pada tahun 2013 yang lalu di seluruh negara dan daripada jumlah itu 146 kes dilaporkan berlaku di 135 buah sekolah. Kes ini boleh menjejaskan kesihatan dam membolehkan seluruh warga sekolah mendapat penyakit yang tidak diingini seperti taun, kolera, muntah-muntah dan sebagainya. Sebenarnya, kes keracunan boleh dikurangkan lagi jika pihak pengurusan sekolah, pengendali makanan di kantin dan guru sama-sama memikul tanggungjawab memastikan makanan yang dijual adalah bersih dan selamat. Maka dengan itulah Program 3K Sekolahku, Syurgaku akan dapat membantu warga sekolah mencegah dan menghindarkan diri daripada berlakunya sebarang penyakit selain mengamalkan cara gaya hidup sihat dengan mengamalkan cucian tangan sebelum dan selepas makan menggunakan sabun sanitari, membeli makanan yang berkhasiat serta mempraktikkan cara mengelakkan keracunan ketika memilih makanan melalui tiga langkah penting iaitu lihat, hidu dan rasa.

Sidang hadirin sekalian,

Sebelum saya menamatkan ceramah saya pada hari, saya percaya bahawa para pelajar tentu menginginkan suasana sekolah yang bersih dan selamat. keselamatan dan kebersihan sekolah adalah menjadi tanggungjawab semua pihak. Semua pihak yang terlibat haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menjamin keselesaan anak-anak ke sekolah dan sepanjang berada di sekolah. Oleh ini, marilah kita berusaha dan berganding bahu bersama-sama dari detik ini untuk memastikan sekolah kita mencapai objektif dalam Program 3K menerusi perlaksanaan akiviti Sekolahku, Syurgaku bak kata pepatah berkata melentung bulu biarlah dari rebungnnya.

Sekian dan terima kasih.

3.0LIMA SET BORANG PEMANTAUAN TAHAP KEBERSIHAN DAN KESELAMATANBORANG MAKLUM BALAS PENILAIAN TAHAP KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SEKOLAHTINJAUAN LOKASI: PERSEKITARAN SEKOLAH_____________________________________________________________________________________NAMA SEKOLAH:PENILAI:TARIKH:JAWATAN:MASA:_________________________________________________________________________________

Arahan: Sila bulatkan nombor pada jawapan yang anda rasakan sesuai pada kotak ruangan yang disediakan.

Petunjuk:

KEPUTUSAN SANGAT TIDAK SETUJU(STS)TIDAK SETUJU(TS)KURANG SETUJU(KS)SETUJU(S)SANGAT SETUJU(SS)

SKOR 12345

BILPERKARASTSTSKSSSS

12345

TAHAP KEBERSIHAN

1.Persekitaran dalam sekolah (padang, gelanggang, taman, kolam)12345

2.Persekitaran luar sekolah (sekitar pagar, benteng, pembuangan sampah)12345

3.PeRTrsekitaran perkarangan sekolah (dataran sekolah, kawasan kawad)12345

TAHAP KESELAMATAN

6.Keadaan keselamatan padang, gelanggang, taman, kolam12345

7.Keselamatan pagar, benteng, pembuangan sampah 12345

8.Keadaan dataran rata 12345

KOMEN: __________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PENGESAHAN PENILAIAN: TARIKH:BORANG MAKLUM BALAS PENILAIAN TAHAP KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SEKOLAHTINJAUAN LOKASI: KANTIN SEKOLAH______________________________________________________________________________NAMA SEKOLAH:PENILAI:TARIKH:JAWATAN:MASA:_________________________________________________________________________________

Arahan: Sila bulatkan nombor pada jawapan yang anda rasakan sesuai pada kotak ruangan yang disediakan.

Petunjuk:

KEPUTUSAN SANGAT TIDAK SETUJU(STS)TIDAK SETUJU(TS)KURANG SETUJU(KS)SETUJU(S)SANGAT SETUJU(SS)

SKOR 12345

BILPERKARASTSTSKSSSS

12345

TAHAP KEBERSIHAN

1.Kebersihan ruang makan termasuk meja dan kerusi12345

2.Kebersihan perkakasan alatan makanan12345

3.Kebersihan bahan mentah dan dapur kantin12345

TAHAP KESELAMATAN

6.Keselamatan penggunaan perkakasan dapur di kantin12345

7.Keselamatan penggunaan bahan mentah untuk masakan 12345

8.Keselamatan fizikal bilik dapur (lantai, dinding, sinki)12345

KOMEN: __________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PENGESAHAN PENILAIAN: TARIKH:

BORANG MAKLUM BALAS PENILAIAN TAHAP KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SEKOLAHTINJAUAN LOKASI: MAKMAL SAINS______________________________________________________________________________NAMA SEKOLAH:PENILAI:TARIKH:JAWATAN:MASA:_________________________________________________________________________________

Arahan: Sila bulatkan nombor pada jawapan yang anda rasakan sesuai pada kotak ruangan yang disediakan.

Petunjuk:

KEPUTUSAN SANGAT TIDAK SETUJU(STS)TIDAK SETUJU(TS)KURANG SETUJU(KS)SETUJU(S)SANGAT SETUJU(SS)

SKOR 12345

BILPERKARASTSTSKSSSS

12345

TAHAP KEBERSIHAN

1.Kebersihan ruang pembelajaran makmal sains termasuk meja dan kerusi12345

2.Kebersihan perkakasan alatan makmal12345

3.Kebersihan bahan mentah/ bahan kimia makmal12345

TAHAP KESELAMATAN

6.Keselamatan penggunaan perkakasan peralatan makmal12345

7.Keselamatan penggunaan bahan mentah / bahan kimia makmal12345

8.Keselamatan fizikal bilik makmal sains (lantai, dinding, sinki, elektrik)12345

KOMEN: __________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PENGESAHAN PENILAIAN: TARIKH:

BORANG MAKLUM BALAS PENILAIAN TAHAP KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SEKOLAHTINJAUAN LOKASI: BANGUNAN SEKOLAH______________________________________________________________________________NAMA SEKOLAH:PENILAI:TARIKH:JAWATAN:MASA:_________________________________________________________________________________

Arahan: Sila bulatkan nombor pada jawapan yang anda rasakan sesuai pada kotak ruangan yang disediakan.

Petunjuk:

KEPUTUSAN SANGAT TIDAK SETUJU(STS)TIDAK SETUJU(TS)KURANG SETUJU(KS)SETUJU(S)SANGAT SETUJU(SS)

SKOR 12345

BILPERKARASTSTSKSSSS

12345

TAHAP KEBERSIHAN

1.Kebersihan ruang laluan seperti koridor dan tangga12345

2.Kebersihan dinding dan tingkap12345

3.Kebersihan pagar bangunan12345

TAHAP KESELAMATAN

6.Keselamatan penggunaan pendawaian elektrik bangunan12345

7.Keselamatan penggunaan bangunan dari segi keretakan atau kebocoran 12345

8.Keselamatan penggunaan ruang laluan seperti koridor dan tangga12345

KOMEN: __________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PENGESAHAN PENILAIAN: TARIKH:

BORANG MAKLUM BALAS PENILAIAN TAHAP KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SEKOLAHTINJAUAN LOKASI: BILIK DARJAH______________________________________________________________________________NAMA SEKOLAH:PENILAI:TARIKH:JAWATAN:MASA:_________________________________________________________________________________

Arahan: Sila bulatkan nombor pada jawapan yang anda rasakan sesuai pada kotak ruangan yang disediakan.

Petunjuk:

KEPUTUSAN SANGAT TIDAK SETUJU(STS)TIDAK SETUJU(TS)KURANG SETUJU(KS)SETUJU(S)SANGAT SETUJU(SS)

SKOR 12345

BILPERKARASTSTSKSSSS

12345

TAHAP KEBERSIHAN

1.Kebersihan perkakasan ruang pembelajaran (meja, kerusi, almari)12345

2.Kebersihan dinding dan tingkap12345

3.Kebersihan lantai12345

TAHAP KESELAMATAN

6.Keselamatan penggunaan elektrik seperti kipas dan lampu12345

7.Keselamatan penggunaan bilik darjah dari segi keretakan atau kebocoran 12345

8.Keselamatan penggunaan perkakasan ruang pembelajaran (meja, kerusi, almari)12345

KOMEN: __________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PENGESAHAN PENILAIAN: TARIKH:

4.0LAPORAN PEMANTAUAN PENILAIAN TAHAP KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SEKOLAH

DAPATAN DATA BORANG MAKLUM BALAS PENILAIAN TAHAP KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SEKOLAHTINJAUAN LOKASI: PERSEKITARAN SEKOLAH

Petunjuk:

KEPUTUSAN SANGAT TIDAK SETUJU(STS)TIDAK SETUJU(TS)KURANG SETUJU(KS)SETUJU(S)SANGAT SETUJU(SS)

SKOR 12345

Jadual 1: Hasil dapatan data pemantauan tahap kebersihan dan keselamatan kawasan persekitaran sekolahBILPERKARASTSTSKSSSS

12345

TAHAP KEBERSIHAN

1.Persekitaran dalam sekolah (padang, gelanggang, taman, kolam)5

2.Persekitaran luar sekolah (sekitar pagar, benteng, pembuangan sampah)5

3.Kebersihan peralatan persekitaran seperti papan tanda, tiang, tong sampah5

TAHAP KESELAMATAN

4.Keadaan keselamatan padang, gelanggang, taman, kolam5

5.Keselamatan pagar, benteng, pembuangan sampah 5

6.Keselamatan peralatan persekitaran seperti papan tanda, tiang, tong sampah5

Peratusan (%)100%

Rajah 1: Graf hasil dapatan data pemantauan tahap kebersihan dan keselamatan kawasan persekitaran sekolah

Rajah 1 di atas menunjukkan dapatan data sebanyak 100% untuk penilaian skor 5 iaitu sangat setuju terhadap keputusan penilaian tahap kebersihan dan keselamatan keseluruhan persekitaran sekolah. Kelima-lima responden sangat bersetuju dan berpuashati dengan tahap penilaian kawasan gelanggang, padang, taman, kolam dan yang lain-lain kerana berada dalam keadaan bersih dan selamat. Keadaan fizikal peralatan dan kemudahan yang disediakan juga berada dalam keadaan selamat, boleh berfungsi dengan baik dan boleh digunakan. Amalan yang ditunjukkan ini membuktikan bahawa keberkesanan amalan kebersihan dan keselamatan yang diamalkan oleh warga sekolah dalam memastikan sekolah sentiasa bersih, selamat dan sihat.

DAPATAN DATA BORANG MAKLUM BALAS PENILAIAN TAHAP KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SEKOLAHTINJAUAN LOKASI: KANTIN SEKOLAH

Petunjuk:

KEPUTUSAN SANGAT TIDAK SETUJU(STS)TIDAK SETUJU(TS)KURANG SETUJU(KS)SETUJU(S)SANGAT SETUJU(SS)

SKOR 12345

BILPERKARASTSTSKSSSS

12345

TAHAP KEBERSIHAN

1.Kebersihan ruang makan termasuk meja dan kerusi5

2.Kebersihan perkakasan alatan makanan5

3.Kebersihan bahan mentah dan dapur kantin5

TAHAP KESELAMATAN

4.Keselamatan penggunaan perkakasan dapur di kantin5

5.Keselamatan penggunaan bahan mentah untuk masakan 5

6.Keselamatan fizikal bilik dapur (lantai, dinding, sinki)5

Peratusan (%)100%

Jadual 2: Hasil dapatan data pemantauan tahap kebersihan dan keselamatan kawasan kantin sekolah

Rajah 2: Graf hasil dapatan data pemantauan tahap kebersihan dan keselamatan kawasan kantin sekolah

Dapatan data pada jadual 2 dan rajah 2 adalah dapatan data untuk maklum balas penilaian tahap kebersihan dan keselamatan terhadap kantin sekolah dan didapati kesemua responden hanya memberikan skor 4 iaitu bersetuju dengan peratusan 100%. Ha ini menjelaskan masih ada keperluan penambaihbaikan untuk meningkatkan lagi mutu kebersihan dan keselamatan kantin di yang melibatkan aspek penjagaan kebersihan dan keselamatan di kawasan persekitaran kantin, perkakasan hidangan dan memasak, penggunaan bahan mentah dan sebagainya. Pada masa yang sama juga pihak sekolah seharusnya memantau perkembangan mutu kebersihan dan keselamatan kantin dari masa ke semasa. Makanan yang dihidangkan dengan cara yang bersih akan menjamin kesihatan para penggunanya.

DAPATAN DATA BORANG MAKLUM BALAS PENILAIAN TAHAP KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SEKOLAHTINJAUAN LOKASI: MAKMAL SAINS

Petunjuk:

KEPUTUSAN SANGAT TIDAK SETUJU(STS)TIDAK SETUJU(TS)KURANG SETUJU(KS)SETUJU(S)SANGAT SETUJU(SS)

SKOR 12345

BILPERKARASTSTSKSSSS

12345

TAHAP KEBERSIHAN

1.Kebersihan ruang pembelajaran makmal sains termasuk meja dan kerusi5

2.Kebersihan perkakasan alatan makmal5

3.Kebersihan bahan mentah/ bahan kimia makmal5

TAHAP KESELAMATAN

4.Keselamatan penggunaan perkakasan peralatan makmal5

5.Keselamatan penggunaan bahan mentah / bahan kimia makmal5

6.Keselamatan fizikal bilik makmal sains (lantai, dinding, sinki, elektrik)5

Peratusan (%)100%

Jadual 3: Hasil dapatan data pemantauan tahap kebersihan dan keselamatan kawasan makmal sains sekolah

Rajah 3: Graf hasil dapatan data pemantauan tahap kebersihan dan keselamatan kawasan makmal sains sekolah

Gambaran data yang ditunjukkan pada jadual 3 dan rajah 3 menunjukkan dapatan data keseluruhan responden sebanyak 100% dengan penskoran 5 (sangat setuju) pada setiap aspek penilaian. Maknanya, semua responden sangat bersetuju terhadap tahap kebersihan dan keselamatan makmal sains di sekolah ini adalah begitu terjamin. Pengurusan makmal yang teliti dan sistematik telah memberikan impak positif kepada status penjagaan kebersihan dan keselamatan di makmal sains ini agar terhindar daripada sebarang permasalahan, kecederaan atau kemalangan yang tidak diduga.

DAPATAN DATA BORANG MAKLUM BALAS PENILAIAN TAHAP KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SEKOLAHTINJAUAN LOKASI: BANGUNAN SEKOLAH

Petunjuk:

KEPUTUSAN SANGAT TIDAK SETUJU(STS)TIDAK SETUJU(TS)KURANG SETUJU(KS)SETUJU(S)SANGAT SETUJU(SS)

SKOR 12345

BILPERKARASTSTSKSSSS

12345

TAHAP KEBERSIHAN

1.Kebersihan ruang laluan seperti koridor dan tangga5

2.Kebersihan dinding dan tingkap5

3.Kebersihan pagar bangunan5

TAHAP KESELAMATAN

4.Keselamatan penggunaan pendawaian elektrik bangunan5

5.Keselamatan penggunaan bangunan dari segi keretakan atau kebocoran 5

6.Keselamatan penggunaan ruang laluan seperti koridor dan tangga5

Peratusan (%)17%83%

Jadual 4: Hasil dapatan data pemantauan tahap kebersihan dan keselamatan kawasan bangunan sekolah

Rajah 4: Graf hasil dapatan data pemantauan tahap kebersihan dan keselamatan kawasan bangunan sekolah

Penilaian terhadap bangunan sekolah didapati sebanyak 83% menyatakan untuk Skor 5 (sangat bersetuju) untuk tahap kebersihan dan keselamatan bangunan sekolah manakala 17% adalah untuk skor 3 iaitu tidak bersetuju. Responden tidak bersetuju dengan penilaian keselamatan penggunaan pendawaian elektrik bangunan kerana daripada pemerhatian responden mendapati dawai elektrik yang terdapat pada bangunan ini tidak dilekat dengan kemas malahan jatuh berjuntai dan tidak ditutup. Situasi ini boleh membahayakan nyawa pelajar-pelajar sekolah dan boleh menyebabkan kemalangan yang berpunca daripada kejadian renjatan elektrik. Oleh itu, satu proses penambahbaikan yang lebih baik perlu dilakukan ke atas sistem pendawaian bangunan.

DAPATAN DATA BORANG MAKLUM BALAS PENILAIAN TAHAP KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SEKOLAHTINJAUAN LOKASI: BILIK DARJAH

Petunjuk:

KEPUTUSAN SANGAT TIDAK SETUJU(STS)TIDAK SETUJU(TS)KURANG SETUJU(KS)SETUJU(S)SANGAT SETUJU(SS)

SKOR 12345

BILPERKARASTSTSKSSSS

12345

TAHAP KEBERSIHAN

1.Kebersihan perkakasan ruang pembelajaran (meja, kerusi, almari)5

2.Kebersihan dinding dan tingkap5

3.Kebersihan lantai5

TAHAP KESELAMATAN

4.Keselamatan penggunaan elektrik seperti kipas dan lampu5

5.Keselamatan penggunaan bilik darjah dari segi keretakan atau kebocoran 5

6.Keselamatan penggunaan perkakasan ruang pembelajaran (meja, kerusi, almari)5

Peratusan (%)33%50%17%

Jadual 5: Hasil dapatan data pemantauan tahap kebersihan dan keselamatan kawasan bilik darjah sekolah

Rajah 5: Graf hasil dapatan data pemantauan tahap kebersihan dan keselamatan kawasan bilik darjah sekolahBilik darjah adalah tempat utama para pelajar menimba lmu. Keadaan bilik darjah yang bersih, kemas, ceria dan selamat akan menjamin proses pembelajaran pelajar yang lebih berkesan. Hasil pemantauan mendapati amalan keselamatan dan kebersihan bilik darjah yang diamalkan di sekolah ini perlu adanya penambahbaikan dari segi penggunaan elektrik seperti kipas, lampu dan sebagainya kerana sistem pendawaian yang sedia ada untuk membekalkan bekalan elektrik tersebut tidak dijamin selamat. Begitu juga dengan tahap keselamatan di dalam darjah di mana terdapat kerosakan atau keretakan pada meja atau kerusi pelajar yang memungkinkan berlakunya sebarang kecederaan kepada mereka. Oleh yang demikian keseluruhan peratusan responden tidak bersetuju dalam penilaian ini adalah sebanyak 33% untuk skor 3, 50% untuk skor 4 dan 17% untuk skor 5 dan tindakan lanjut untuk aspek kebersihan dan keselamatan ini perlu dilakukan segera untuk menangani masalah ini daripada terus berlaku.

5.0CADANGAN PENAMBAHBAIKAN TAHAP KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN SEKOLAH

Menurut Salleh Buang (1996) menegaskan bahawa warga dalam sesebuah sekolah amat memerlukan perlindungan, keselesaan, keselamatan serta kawalan dari aspek perundangan dalam usaha menyediakan persekitaran prasarana yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Untuk itu, pihak sekolah perlu memberi perhatian yang serius dalam perkara ini dan perlu mengambil beberapa langkah cadangan untuk penambahbaikan tahap kebersihan dan keselamatan sekolah mengikut keperluan dan kesesuaian kawasan.

Berikut adalah cadangan-cadangan yang dirasakan perlu untuk kelima-lima kawasan tersebut:1. Persekitaran sekolah: Pihak sekolah perlu memastikan setiap tong sampah yang ada mempunyai plastik sampah didalamnya dan sentiasa dalam keadaan yang bertutup. Pihak sekolah hendaklah mengadakan satu jadual pembersihan bagi memastikan kebersihan sekolah sentiasa terjaga.

2. Kantin sekolah: Sabun (sanitizer) hendaklah disediakan di setiap sinki kantin bagi kemudahan murid mencuci tangan. Pihak sekolah hendaklah memastikan kantin sekolah sentiasa berada dalam keadaan yang sanitari sepanjang masa. Menyediakan banyak tong sampah bertutup bagi mengelakkan daripada pembiakan lalat. Memantau tahap kebersihan dan keselamatan kantin setiap masa.

3. Makmal sains: Memeriksa bahan-bahan sains dan memastikan ia tidak melebihi dari tarikh luput dan selamat untuk digunakan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Memantau tahap kebersihan dan keselamatan kantin setiap masa.4. Bangunan sekolah: Menambahbaik sistem pendawaian elektrik dan menukarkan alatan elektrik yang rosak kepada yang baru. Pihak sekolah hendaklah mengadakan satu jadual pembersihan bangunan bagi memastikan kebersihan sekolah sentiasa terjaga. Pihak sekolah bertanggungjawab memastikan alat pemadam api diperiksa selalu dan sentiasa dalam keadaan yang baik dan diletakkan di tempat yang mudah dilihat.

5. Bilik darjah: Mengadakan gotong-royong membersihkan bilik darjah selain mengecat dinding, menghias dan menceriakan bilik darjah dengan melekatkan hasil-hasil karya di dinding kelas, info pembelajaran dan sebagainya. Kebersihan bilik darjah hendaklah dijaga sepanjang masa terutama tingkap, lampu dan kipas supaya bebas dari habuk dan debu demi kesihatan para pelajar. Kerusi dan meja yang rosak perlu digantikan dan dilupuskan untuk penggantian yang baru. Menambahbaik sistem pendawaian elektrik dan menukarkan alatan elektrik yang rosak kepada yang baru.

Cadangan lain adalah: Pihak sekolah juga haruslah sentiasa memeriksa ubat didalam peti kecemasan tersebut supaya tidak melebihi tarikh luput dan memastikan bahawa ubat tersebut masih boleh digunakan lagi. Peta Laluan Kecemasan hendaklah dipamerkan di kawasan sekolah dan di setiap blok-blok. Risalah-risalah kesihatan haruslah ditampal di setiap bilik darjah sebagai langkah memberi pendididkan kesihatan kepada pelajar-pelajar.

Walaupun banyak cadangan-cadangan yang dikemukakan, ia akan berubah mengikut kesesuaian dan keperluan semasa ketika perlaksanaan penambahbaikan dilaksanakan.

6.0 KESIMPULAN

Perlaksanaan Sekolahku Syurgaku adalah satu inisiatif yang bijak dalam mendidik warga sekolah untuk bersama-sama menjaga kebersihan dan keselamatan diri. Program ini menekankan amalan kebersihan, kesihatan dan keselamatan secara berkesan. Melalui program ini usaha mempertingkatkan pengurusan kesihatan dan keselamatan boleh dipupuk agar menjadi amalan sepanjang hayat murid di sekolah. Justeru itu adalah menjadi harapan agar program ini dapat direalisasikan di semua sekolah secara menyeluruh dan bersepadu.

Perlu diketahui bahawa sekolah dan persekitaran merupakan faktor utama dalam mempengaruhi pembentukan sahsiah dan pencapaian pelajar. Faktor sekolah termasuklah guru, kemudahan pembelajaran, persekitaran pembelajaran, pembiayaan pendidikan, sistem pendidikan, cara penyampaian pendidikan, program sokongan, dan hubungan sekolah dan komuniti. Faktor persekitaran termasuk komuniti, budaya sesuatu bangsa atau kaum serta sistem sokongan yang wujud dalam masyarakat akan terus mewarnai kehidupan seseorang murid. Dengan lain perkataan, budaya belajar seseorang pelajar itu dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuklah faktor keselamatan, keluarga, sekolah serta persekitaran yang boleh menentukan kejayaan atau kegagalan seseorang pelajar baik dalam apa bidang pun serta dalam kehidupan sebenarnya.

Maka dengan itu, penilaian berterusan terhadap tahap kebersihan dan keselamatan ke atas seluruh persekitaran sekolah sama ada dalam atau luar akan membolehkan pelajar dan guru di dalamnya menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan yang lebih selesa, tenang dan konsusif. Tanpa kita sedari, peningkatan pencapaian akademik akan terus dicapai dan sekaligus mengharumkan nama sekolah manakala pelajar pula berbangga dengan pencapaian yang dimiliki malahan menjadikan sekolah tempat kedua yang wajib dikunjungi.

RUJUKAN

Azrina Ahzan (1999). Langkah Memperkukuhkan Keselamatan Sekolah. Berita Minggu 11 Jun 1999.Halaman 4.

Asiah Abu Samah . ( 1985 ) . Ko Kurikulum Dalam Pendidikan Di Malaysia : Satu Tinjauan . Dalam Seminar Kebangsaan Ko Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia . Universiti Utara Malaysia, Kedah.

Abdul Wahid Nuruddin (1996). Stres Pekerjaan Di Kalangan Guru. Tesis (B.Ed) Yang Tidak Diterbitkan. Sintok : Universiti Utara Malaysia.

Konsep Dan Manual Sekolah Selamat. 2002. Kuala Lumpur: Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ibu Bapa, Guru Perlu Ganding Tenaga. (9 Jun, 2007). Berita Harian (Pendidikan), M.S. 11.

Mohd Majid Konting . ( 1990 ) . Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur . Dewan Bahasa Dan Pustaka .

Noran Fauziah Yaakub & Sharifah Mohd. Nor (1990). Kepuasan Kerja Guru Di Dua Jenis Sekolah. Jurnal Psikologi Malaysia, 6, 77 90.

Omar Mohd. Hashim (1993). Pendidikan : Persoalan, Penyelesaian Dan Harapan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Rahim, A.R., (1997). Implikasi Sekolah Satu Sesi. Massa, 72, 26 30.

24