680 Integration2010 Proceedings
-
Upload
khirulnizam-abd-rahman -
Category
Documents
-
view
38 -
download
6
Transcript of 680 Integration2010 Proceedings
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 680
REKABENTUK PEMBANGUNAN SISTEM PEMBELAJARAN BERASASKAN
SITUASI MENERUSI WEB BAGI TAJUK TOPOLOGI RANGKAIAN DALAM
PENDIDIKAN
Norashikin Sahadan, Helyawati Baharudin
Fakulti Teknologi & Sains Informasi
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
43600 Bandar Seri Putra Bangi Selangor
[email protected], [email protected]
Abstrak
Tujuan kajian ini ialah untuk mereka bentuk dan membangunkan sistem pembelajaran
berasaskan situasi menerusi web bagi tajuk topologi rangkaian dalam pendidikan (PBSnet)
mengikut ciri-ciri seperti yang dicadangkan oleh Herrington et al., (2000). Pendekatan
pembelajaran berasaskan situasi (PBS) telah diasaskan oleh Jean Lave pada sekitar akhir
80an. Beliau menyatakan bahawa pembelajaran sebenarnya merupakan aktiviti, konteks dan
budaya di mana ia berlaku. Ini bertentangan dengan kebanyakan aktiviti pembelajaran di
dalam kelas yang hanya menitikberatkan pengetahuan yang terlalu abstrak dan tidak
bertepatan kepada konteks sebenar. Interaksi sosial dinyatakan sebagai salah satu komponen
kritikal di dalam PBS, di mana pelajar menyertai “latihan dalam komuniti “ di mana ia
diperlukan dalam kehidupan sebenar. Lave dan Wanger (1991), menyatakan proses tersebut
merupakan “legitimate peripheral participation”. Terdapat juga ciri-ciri yang dinyatakan
oleh Jan Herrington et al.,(2000) di mana PBS dapat mewujudkan persekitaran yang
autentik, yang mana menitikberatkan pengalaman sebenar, selain daripada membolehkan
refleksi berlaku dan pembelajaran yang melibatkan kolaborasi dan penyertaan berkumpulan.
Kata Kunci: pembelajaran berasaskan situasi, pembelajaran berasaskan masalah, teori
pembelajaran, rekabentuk antaramuka.
1.0 Pengenalan
Perkembangan dunia yang menuju kepada pengaplikasian secara menyeluruh bidang
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) semakin menampakkan impak yang besar dalam
kehidupan manusia dan juga bidang pendidikan. Sebagaimana yang diramal oleh Mohd
Yusof dalam penulisan Nin (2005), masa hadapan pembangunan sesebuah negara banyak
didominasikan perkembangan sains dan teknologi dan teknologi yang banyak mendominasi
kehidupan kini pula adalah ICT.
Salah satu daripada pendekatan pembelajaran menggunakan ICT ialah pembelajaran
melalui web. Persekitaran pembelajaran melalui web adalah berasaskan pendekatan
hipermedia, di mana pelbagai maklumat dalam bentuk teks, grafik dan animasi, audio dan
video boleh dirangkaikan dalam pelbagai bentuk (Muhamad Kasim, 2002). Menurut Hashim
et al., (2002), keberkesanan pembelajaran berasaskan web merujuk kepada kebolehan pelajar
mengakses dan belajar dari bahan yang disediakan. Keadaan ini membolehkan pelajar
mendapatkan maklumat dengan mudah kerana persekitaran pembelajaran berasaskan web ini
kaya dengan pelbagai maklumat dan sesuai dengan semua tahap pengetahuan pengguna dan
mengandungi berbagai aktiviti pembelajaran (Liaw, 2001). Aktiviti pembelajaran ini bukan
sahaja boleh diaplikasikan kepada matapelajaran-matapelajaran tertentu malah matapelajaran
yang berkaitan dengan ICT ataupun teknologi rangkaian yang semakin penting dalam
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 681
pendidikan.
Transformasi teori dalam pelaksanaan sistem p&p bermula dari teori tingkah laku
kepada teori kognitif dan seterusnya kini teori konstruktivisme. Kaedah pengajaran dan
rekabentuk pengajaran juga turut mengalami revolusi di mana perlaksanaan aktiviti-aktiviti
yang melibatkan pelajar secara aktif dan berpusatkan pelajar semakin diambil kira dalam
pembangunan rekabentuk sesuatu bahan pengajaran. Teori pembelajaran secara amnya
merupakan satu teori yang memfokuskan kepada penerangan dan penjelasan bagaimana
proses pembelajaran itu berlaku dalam diri seseorang (Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir,
2003). Manakala strategi pengajaran pula adalah pendekatan yang digunakan ke dalam
pengajaran dan pembelajaran agar matlamat dan objektif pengajaran boleh dicapai (Hazimah,
2001). Antara strategi pembelajaran yang boleh diaplikasikan dalam merekabentuk bahan
pembelajaran ialah strategi pembelajaran koperatif, kolaboratif, anjal (fleksibel), aktif,
refleksi, penemuan bersepadu dan banyak lagi. Menurut Dick (1989), proses membangunkan
dan merekabentuk bahan p&p banyak dipengaruhi oleh teori dan strategi pembelajaran
kerana dua bidang ini saling mempunyai hubungan yang rapat di antara satu sama lain.
2.0 Pembelajaran Berasaskan Situasi (PBS)
Pendekatan pembelajaran berasaskan situasi (PBS) telah diasaskan oleh Jean Lave
pada sekitar akhir 80an. Beliau menyatakan bahawa pembelajaran sebenarnya merupakan
aktiviti, konteks dan budaya di mana ia berlaku. Ini bertentangan dengan kebanyakan aktiviti
pembelajaran di dalam kelas yang hanya menitikberatkan pengetahuan yang terlalu abstrak
dan tidak bertepatan kepada konteks sebenar. Interaksi sosial dinyatakan sebagai salah satu
komponen kritikal di dalam PBS, di mana pelajar menyertai “latihan dalam komuniti “ di
mana ia diperlukan dalam kehidupan sebenar. Lave dan Wanger (1991), menyatakan proses
tersebut merupakan “legitimate peripheral participation”. Terdapat juga ciri-ciri yang
dinyatakan oleh Jan Herrington et al.,(1997) di mana PBS dapat mewujudkan persekitaran
yang autentik, yang mana menitikberatkan pengalaman sebenar, selain daripada
membolehkan refleksi berlaku dan pembelajaran yang melibatkan kolaborasi dan penyertaan
berkumpulan. Ini bergantung kepada model yang disaran dan digunakan dalam
membangunkan bahan pembelajaran yang berasaskan PBS.
Terdapat model-model PBS yang telah diketengahkan beberapa pihak yang pada
asalnya diasaskan oleh Jean Lave dan Wanger. Antara model yang menepati kepada
rekabentuk pembangunan multimedia adalah oleh Herrington dan Oliver (1997). Mereka
telah mengenalpasti ciri-ciri serta elemen yang menjadi kunci utama kepada PBS.
3.0 Ciri-ciri Pembelajaran Berasaskan Situasi (PBS)
Mengikut kajian yang dijalankan oleh Herrington et. al (2000), terdapat
sembilan ciri kritikal yang boleh dijadikan panduan dalam membangunkan persekitaran
pembelajaran web atau atas talian. Antara elemen-elemen yang diambil kira adalah seperti
berikut :
i. Gambaran konteks sebenar atau autentik yang menggambarkan situasi di mana
pengetahuan akan digunakan
ii. Aktiviti yang autentik : di mana aktiviti yang ill-define yang menggambarkan aktiviti
sebenar di dunia nyata.
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 682
iii. Capaian kepada pakar : capaian kepada pakar dalam pelbagai peringkat melalui
saluran komunikasi seperti emel dan sebagainya.
iv. Pelbagai peranan dan perspektif : pelajar boleh mengakses bahan pembelajaran dari
pelbagai perspektif serta boleh menggunakan pengetahuan dalam pelbagai cara.
v. Pengetahuan yang dikonstruk secara kolaborasi : kolaborasi boleh digalakkan dengan
mewujudkan tugas yang bersesuaian melalui teknologi komunikasi (Brown et al.,
1989).
vi. Refleksi : refleksi yang digunakan haruslah menggunakan contoh ataupun tugasan
sebenar yang dapat dikaitkan dengan dunia nyata.
vii. Articulation : untuk mewujudkan peluang ini tugas yang diberi hendaklah bersifat
semulajadi (Collins et al., 1989; Lave & Wenger, 1991).
viii. Coaching & Scaffolding : dalam mewujudkan elemen coaching dan scaffolding,
persekitaran pembelajaran hendaklah mempunyai elemen pembelajaran kolaboratif
yang mana membenarkan lebih ramai kumpulan yang membantu dalam membimbing
pengguna.
4.0 Rekabentuk dan Strategi Pembelajaran PBSnet
Dalam pembangunan strategi pembelajaran PBSnet, terdapat tiga bahagian utama:
i) Reka bentuk Informasi
ii) Reka bentuk Interaksi
iii) Rekabentuk Antaramuka atau persembahan
Setiap proses kerja dalam reka bentuk ini saling berhubungan di antara satu
sama lain dan diperlukan bagi memastikan perisian yang dihasilkan menepati ciri-ciri
serta kualiti yang dikehendaki (Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir, 2003). Proses
kerja yang sama juga boleh dimanfaatkan dalam proses pembangunan laman web.
Berikut dijelaskan ketiga-tiga reka bentuk yang dinyatakan dan bagaimana ianya
diaplikasikan dalam proses reka bentuk sistem pembelajaran berasaskan situasi
menerusi web di dalam projek ini.
4.1 Rekabentuk Informasi / Strategi Pembelajaran
Bagi mereka bentuk informasi sistem pembelajaran projek ini,
pendekatan pembelajaran berasaskan situasi berdasarkan ciri – ciri yang
dicadangkan oleh Herrington et al (2000) telah digunakan . Ini kerana ciri- ciri
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 683
yang diusulkan oleh beliau meliputi elemen – elemen multimedia yang
merangkumi aspek pembangunan yang menjurus kepada konsep ICT.
Ciri –ciri yang disarankan oleh beliau dalam mengatur maklumat dan
isi kandungan pembelajaran yang ingin disampaikan ialah :
4.1.1 Gambaran konteks sebenar atau autentik yang menggambarkan situasi
di mana pengetahuan akan digunakan
Proses pembelajaran melalui PBSnet ini akan membenarkan pelajar
belajar menggunakan situasi yang autentik dan gambaran suasana
sebenar di mana pengetahuan berkaitan topologi rangkaian
sememangnya akan berlaku. Ini dapat dilihat seperti rajah 4.0 dan 4.1,
di mana pengguna diberikan situasi yang realistik yang mana boleh
membuatkan pengguna merasai situasi tersebut. Walaupun pengguna
berhak memilih sama ada ingin memulakan pembelajaran dengan
situasi atau tida, tetapi dengan pendekatan yang memberikan pilihan
kepada pengguna, memberikan kebebasan untuk mereka membuat
keputusan terhadap pembelajaran mereka.
Rajah 4.0: Paparan Antara Muka Situasi 1
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 684
Rajah 4.1: Paparan Antara Muka Situasi 2
4.1.2 Aktiviti yang autentik : di mana aktiviti yang ill-define yang
menggambarkan aktiviti sebenar di dunia nyata.
Jika dilihat pada konteks aktiviti yang autentik pula, yang mana
melibatkan aktiviti sebenar pada dunia nyata, dapat dilihat contohnya
pada paparan simulasi telefon dan email (rujuk Rajah 4.2 dan 4.3) yang
melibatkan pengguna dengan aktiviti pencarian maklumat dalam dunia
sebenar yang realistik. Pada dunia sebenar, maklumat sering dicapai
dengan pelbagai cara antaranya melalui enjian carian, email,
menelefon pakar dan sebagainya. Oleh itu, merujuk kepada ciri-ciri ini,
aktiviti yang menyerupai dunia sebenar ini wujud dalam persekitaran
sistem PBSnet ini.
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 685
Rajah 4.2 Paparan Antara Perbualan Telefon
Rajah 4.3 Paparan Simulasi E-Mail
4.1.3 Capaian kepada pakar : capaian kepada pakar dalam pelbagai peringkat
melalui saluran komunikasi seperti emel dan sebagainya
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 686
Jika dilihat pada capaian pakar, sistem PBSnet menghubungkan
pengguna dengan saluran-saluran kepada pakar seperti Juruteknik,
rakan-rakan dan refleksi seperti email dan sebagainya.
Rajah 4.4 Paparan Capaian kepada pakar
4.1.4 Pelbagai peranan dan perspektif : pelajar boleh mengakses bahan
pembelajaran dari pelbagai perspektif serta boleh menggunakan
pengetahuan dalam pelbagai cara.
Bagi memastikan pengguna merasai situasi sebenar dalam persekitaran
PBSnet, dua situasi yang membawa watak berbeza telah diwujudkan.
Ini bagi memastikan pengguna membuat pilihan watak yang ingin
digunakan oleh mereka. Dengan adanya kepelbagaian watak dan
perspektif situasi, mereka secara tidak langsung dapat
memanipulasikan pengetahuan mereka dalam pelbagai peranan dan
perspektif masalah atau keadaan pada dunia sebenar.
4.1.5 Pengetahuan yang dikonstruk secara kolaborasi : kolaborasi boleh
digalakkan dengan mewujudkan tugas yang bersesuaian melalui
teknologi komunikasi
Kolaborasi boleh diwujudkan dengan alat yang mewujudkan interaksi
sosial contohnya ruangan forum. Di sini pengguna boleh berhubung
dengan pengguna lain menggunakan perbincangan pada ruangan
forum. Ini menggalakkan kepada pembentukan kolaborasi di antara
pengguna. (rujuk Rajah 4.5)
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 687
Rajah 4.5 Paparan Forum
4.1.6 Refleksi : refleksi yang digunakan haruslah menggunakan contoh
ataupun tugasan sebenar yang dapat dikaitkan dengan dunia nyata
Apabila memperkatakan tentang refleksi, PBSnet membenarkan
pengguna membuat refleksi secara terus. Ini menggambarkan kepada
kesinambungan pencarian maklumat yang membawa kepada refleksi
dalam dunia nyata. Contohnya pada situasi 1(rujuk Rajah 4.0), setelah
mendapatkan maklumat daripada pakar atau juruteknik, dan mencari
bahan pada enjian pencarian Google, pengguna akan dihubungkan
dengan paparan refleksi sebenar di mana pengguna perlu membalas
email tersebut dan dalam masa yang sama pengguna perlu menandakan
jawapan kepada persoalan pada ruangan penghantaran email.
Pengguna boleh membuat refleksi secara terus tanpa perlu menunggu
hingga kepada akhir pembelajaran.
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 688
Rajah 4.6 Paparan Refleksi Email
4.1.7 Articulation : untuk mewujudkan peluang ini tugas yang diberi
hendaklah bersifat semulajadi
Sepertimana yang dilihat pada aspek kolaborasi melalui forum, aktiviti
melalui email dan menelefon pakar yang dibincangkan sebelum ini,
aspek articulation secara tidak langsung telah wujud dalam
persekitaran PBSnet ini.
4.1.8 Coaching & Scaffolding
Coaching & Scaffolding merupakan ciri-ciri yang membimbing dan
memandu pengguna sepanjang proses pembelajaran. Jika dilihat pada
PBSnet ini, proses pembelajaran pengguna dalam sistem pembelajaran
ini akan di pandu oleh satu fungsi “Arahan” untuk memandu pengguna
melayari dan menjelajah sistem pembelajaran yang dibangunkan
supaya pengguna tidak sesat semasa melayari laman web ini.
Pengguna akan memilih sumber maklumat mana yang diperlukan
dalam proses menyelesaikan masalah pembelajaran mereka. Terdapat
juga panduan lain yang memandu pengguna contohnya arahan butang
seterusnya dan sebelumya yang memastikan pengguna tidak sesat
sepanjang melayari sistem PBSnet ini.
4.1.9 Penilaian yang autentik
Dalam aspek penilaian autentik, PBSnet mewujudkan persekitaran di
mana pengguna boleh membuat penilaian kepada diri sendiri melalui
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 689
aktiviti refleksi. Contoh yang telah dibincangkan ialah melalui refleksi
email yang menilai pengguna secara autentik pada situasi sebenar dan
masa nyata.
Jika dilihat pada situasi yang digunakan dalam sistem pembelajaran ini, ia melibatkan
penyesuaian dan berpandukan kepada elemen-elemen yang terkandung dalam pembelajaran
berasaskan situasi dalam persekitaran multimedia oleh Herrington et al.,(1997). Ini dapat
dilihat pada Rajah 4.7 di mana ciri-ciri yang disarankan dibentuk dalam keseluruhan bahan
pembelajaran yang berunsur multimedia dibangunkan. Pada elemen IMM iaitu Interactive
Multimedia Program terdapat empat ciri diintegrasikan iaitu konteks autentik, aktiviti yang
autentik, capaian kepada pakar dan daripada pelbagai sudut dan persepektif dan mungkin
juga pelbagai peranan. Manakala pada Learner terdapat aktiviti refleksi, kolaborasi dan
artikulasi dan pada keseluruhan pelaksanaan sistem pembelajaran pula konsep scaffolding,
modelling dan coaching telah dimasukkan.
Rajah 4.7 : Elemen – Elemen dalam Pembelajaran Berasaskan Situasi dalam
Persekitaran Multimedia ( Herrington et al., 1997)
4.2 Rekabentuk Interaksi
Reka bentuk interaksi sistem pembelajaran menerusi web ini adalah berbentuk
struktur komposit (Rujuk Rajah 4.8). Menurut Jamalludin dan Zaidatun
(2003), struktur komposit ini sering digunakan dalam aplikasi multimedia
pendidikan. Ia juga bagi memastikan maklumat yang ingin disampaikan dapat
dicapai dengan lebih mudah mengikut keperluan pengguna dan juga keperluan
semasa.
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 690
Rajah 4.8: Struktur Komposit (Jamalludin & Zaidatun, (2003)
Reka bentuk interaksi sistem pembelajaran ini juga memberi kuasa
kawalan kepada pengguna bagi membolehkan pengguna berkomunikasi atau
berinteraksi dengan sistem selain menentukan sendiri laluan penerokaan (di
bawah kawalan pengguna) yang ingin digunakan. Menurut William (1996),
kawalan pengguna merujuk kepada suatu rekabentuk pengajaran di mana
pelajar mempunyai kebebasan membuat keputusan semasa proses
pembelajaran seperti kawalan aliran, laluan dan peristiwa Ini boleh dilihat
dalam situasi yang diberikan dalam sistem pembelajaran ini di mana pelajar
berhak membuat pilihan sama ada ingin menggunakan nota ringkas yang telah
disediakan atau menggunakan situasi dalam sistem pembelajaran ini dalam
memahamkan konsep topologi dalam rangkaian. Dalam situasi yang diberikan
pula pelajar berhak menggunakan pautan sumber bahan yang diwujudkan
seperti telefon, ruangan sembang Yahoo Messanger dan komputer untuk
mendapatkan sumber bahan bagi pembelajaran topologi rangkaian. Oleh itu,
dapat dilihat pelajar tidak perlu mengikut aturan dalam mencari maklumat
berkaitan pembelajaran topologi rangkaian ini. Mereka juga bebas membuat
pilihan sama ada akan memperolehi bahan secara mudah atau perlu melalui
beberapa peringkat dalam situasi untuk mendapatkan bahan akhir
pembelajaran. Di sini akan dapat dilihat aktiviti autentik di mana pelajar
melibatkan diri sepenuhnya dalam pencarian maklumat.
Dalam sistem pembelajaran ini dapat dilihat terdapat metafora yang
digunakan bagi memudahkan pelajar membuat perkaitan di antara benda atau
alat pada dunia nyata dengan gambaran situasi yang diberikan (Rujuk Rajah
4.9).
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 691
Rajah 4.9 Paparan Antara Muka Metafora CD dan Komputer
Manakala pada butang navigasi yang berbentuk pautan teks yang telah
diintegrasikan dengan elemen mouse over membenarkan pelajar mengetahui
bahawa terdapat pautan pada setiap butang navigasi yang akan diklik. Pada
pautan sumber bahan yang melibatkan simulasi pula, pelajar akan dapat
melihat Objek Pembelajaran Digital (OPD) (Rujuk Rajah 4.10 dan 4.11)
dalam paparan pop up window, di mana elemen seperti ini yang berskala kecil
dan konsep pengadaptasian yang fleksibel mengekalkan paparan web
dibelakang bahan tersebut. Ini akan membantu pelajar dalam mengaitkan nota
dengan simulasi yang diperolehi dalam sistem pembelajaran ini.
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 692
Rajah 4.10 Paparan Simulasi OPD yang terkumpul
Rajah 4.11 Paparan Simulasi OPD yang boleh dibesarkan
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 693
4.3 Rekabentuk Antara Muka
Rajah 4.12 : Paparan Montaj Pengenalan Sistem Pembelajaran
Sepertimana yang dijelaskan sebelum ini, penggunaan montaj (Rujuk
Rajah 4.12) di awal persembahan adalah untuk menarik perhatian pelajar
menggunakan bahan pembelajaran ini. Penggunaan elemen audio yang ringkas
dan ringan akan digunakan supaya menampakkan permulaan persembahan
yang segar dan bertenaga. Penggunaan montaj digunakan oleh pembangun di
awal sistem pembelajaran ini bagi menarik perhatian pengguna dan bagi
merangsang pengguna untuk menerokai maklumat yang terkandung di dalam
sistem pembelajaran ini. Penggunaan audio di awal persembahan sistem
pembelajaran sebagai montaj akan menjadikan reka bentuk antara muka
kelihatan nyata pada deria pendengar pengguna dan mampu menghidupkan
keadaan semasa pengguna menggunakan sistem pembelajaran berasaskan
situasi menerusi web ini. Penggunaan skema warna biru bagi warna latar
belakang dan warna putih mewakili warna teks memudahkan pengguna
menggunakannya kerana terdapat kontra di antara warna latar belakang dan
teks yang akan membuatkan penglihatan pengguna lebih jelas. Teks jenis
Verdana dari jenis Sans Serif digunakan bagi menarik perhatian pengguna
pada maklumat yang hendak di sampaikan dan meningkatkan ke boleh bacaan
pengguna.
Susun atur menu pilihan pengguna bagi antara muka sistem
pembelajaran ini akan di letakkan di bahagian tengah skrin komputer kerana
menurut Baharuddin et al., (2002) lazimnya pergerakan mata seseorang
pengguna itu akan pergi ke bahagian kiri tengah skrin komputer, kemudian
akan ke bahagian kiri-atas skrin komputer. Kemudian ke bahagian kanan
skrin komputer akan menurun secara melintang ke bahagian bawah–kiri skrin
komputer dan akhir sekalu bergerak mendatar ke sebelah kanan skrin
komputer.
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 694
Reka bentuk antara muka yang dibangunkan ini membolehkan pelajar
mengakses keseluruhan bahan pengajaran sepenuhnya dan pelajar boleh
mengkonstruk pembelajaran sendiri selain paparan teks yang ringkas dan
bernas, maklumat yang pelbagai dan penggunaan grafik yang digunakan dapat
mendorong pelajar terus membuat penjelajahan terhadap setiap ruang di dalam
sistem pembelajaran berasaskan situasi menerusi web ini dan meningkatkan
minat serta motivasi pelajar.
5.0 Kesimpulan
Kertas kerja ini telah mengaplikasikan ciri-ciri pembelajaran berasaskan situasi(PBS)
yang sesuai digunakan dalam pembangunan sistem pembelajaran menerusi web bagi
tajuk topologi rangkaian dalam pendidikan (PBSnet). PBSnet juga melibatkan
penyesuaian dan berpandukan kepada elemen-elemen yang terkandung dalam
pembelajaran berasaskan situasi dalam persekitan multimedia oleh Herrington et al
(2000).
Rujukan
Adnan bin Ahmad dan Mohd Faisal Ibrahim (2004).”Interactive and Animated Web Based
Course Development”. Persidangan e Pembelajaran Kebangsaan 2004.
Ahmad Muhaimin Mohamad (2004 ). “Pembinaan dan Penilaian Laman Web Interaktif
Berasaskan Teori Kecerdasan Pelbagai. Tesis Sarjana : Universiti Teknologi Malaysia
( UTM).
Albion, P.R. (2000). “Developing Interactive Multimedia Using A Problem Based Learning
FrameWork”. Kertas Kerja di bentangkan di ASET / HERDSA Conference,
Toowoomba.
Baharuddin Aris, Mohammad Bilal Ali, Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir.(2001) Sistem
Komputer dan Aplikasinya. Venton Publishing
Baharudin Aris, Mohd Salleh Abu, Mohammad Bilal Ali & Noraffandy Yahaya
(2002).“Pembangunan dan Penilaian Perisian Alat Will (Web-Based Integrated
Learning Tool): Kajian Pola Interaksi Pelajar dalam Persekitaran Pembelajaran
melalui Web. Vote No : VOT 71604. Universiti Teknologi Malaysia.
Bransford, J. D., Sherwood, R. D., Hasselbring, T. S., Kinzer, C. K. and Williams, S. M.
(1990).Anchored instruction: Why we need it and how technology can help. In D. Nix and R.
Spiro (Eds.),Cognition, education and multimedia: Exploring ideas in high
technology, Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum, pp. 115-141.
Brown, J.S., Collins, A., Duguid, P. (1989). Situated Cognition and The Culture of Learning.
Educational Researcher
Chang, R.K.C ( 2004 ). Teaching computer networking with the help of personal
computer networks. Proceeding of the 9th Annual SIGCSE conference on Innovation and
technology in computer science education ITiCSE ’04 June 2004 United Kingdom
ACM Press, 208-212
Dick ,W., Dan Reiser, R.A. (1989). “Planning Efective Instruction.” Prentice-Hall.
Griffin, M. M. (1995). You can’t get there from here: Situated learning, transfer and map
skills.Contemporary Educational Psychology, Vol. 20, pp. 65-87.
Hashim Asman, Azizah Aziz, Mohd. Hidzir Abdul Rashid. Samudin Kassan (2002).
“Educational Learning Management System (ELMaS) : Model Generik Sistem
Pengurusan Pembelajaran Berasaskan Web Untuk Latihan Perguruan”. Seminar
Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, Maktab Perguruan Batu
Lintang, Sarawak.
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 695
Hazimah Hj Samin (2001). Teknologi Komunikasi Dan Maklumat: Teori Dan Realiti.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi. [Atas Talian] :
http://planet.time.net.my/KLCC/azm01/ge6433/ge6433_tugasan4_1.html
Hazimah Hj Samin, 2001. “Teori Dan Strategi Pengajaran Pembelajaran Dalam
Merekabentuk Perisian Kursus PPBK”. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
Bangi. [Atas Talian] :
http://planet.time.net.my/KLCC/azm01/ge6663/ge6663_tugasan4_1.html
Heinich, R., Molenda, M., Russel, J. D. dan Smaldino, S. E. (1999). Instructional Media and
Technology for Learning, 6th ed., Upper Saddle River, NJ : Prentice Hall.
Herrington, J.,Oliver, R., Herrington, T., & Sparrow, H(2000). Towards a new transition of
online instruction: using situated learning theory to design web-based units. Paper
presented at the ASCILITE 2000 CONFERENCE, December 9-14 2000, Coffs
Harbour, Australia
Herrington, J.,Oliver, R.,(1997). Critical Characteristics of Situated Learning: Implications
for the Instructional Design of Multimedia.
Ibrahim Ahmad (2005).”Pembangunan Prototaip Perisian Multimedia Interaktif Sistem
Komputer dan Aplikasinya Berasaskan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan
Masalah”. Tesis Sarjana, UTM.
Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2000). “Pengenalan Kepada Multimedia.” Venton
Publishing (M) Sdn. Bhd.
Jamalludin Harun, Baharuddin Aris dan Zaidatun Tasir (2001). “Pembangunan Perisian
Multimedia : Satu Pendekatan Sistematik”. Venton Publishing (M) Sdn Bhd.
Jamalludin Harun dan Zaidatun Tasir (2003). “Multimedia dalam Pendidikan.” PTS
Publications and Distributors Sdn Bhd.
Jamalludin Harun (2003). “Pembinaan Dan Penilaian Keberkesanan Sistem Pembelajaran
Berasaskan Masalah Menerusi Web Bagi Program Perguruan”. Tesis PhD UTM
Jonassen, D.H. (1991). “Objectivism versus Constructivism : Do We Need a New
Philosophical Paradigm? Educational Technology Research and Development
Juliyana Baharudin (2006).“Pembangunan dan Penilaian Sistem Pembelajaran Berasaskan
Masalah Menerusi Web bagi Tajuk Grafik Digital Dalam Pendidikan. Tesis Sarjana :
Universiti Teknologi Malaysia ( UTM).
Lave, J. and Wenger, E. (1991). Situated learning: Legitimate peripheral participation.
Cambridge:Cambridge University Press.
Liaw, S.S. (2001). “Designing The Hypermedia-Based Learning Environment.” Strategising
Teaching and Learning in the 21st Century. Universiti Teknologi Malaysia.
Muhamad Kasim Basir (2002). “Pembelajaran Konsep Sains Menggunakan Perisian Web
Dalam Konteks Sekolah Bestari”. Tesis PhD, Universiti Teknologi Malaysia.
Nin Hayati Mohd Yusoff (2005 ). “Keperluan Pembelajaran Berbantu Multimedia Bagi
Subjek Sistem Elektronik I di Politeknik Malaysia. Tesis Sarjana : Kolej Universiti
Teknologi Tun Hussein Onn ( KUiTTHO)Pusat Pekembangan Kurikulum (2002).
“Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah. Grafik Berkomputer”
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2005). ”ICT Dalam Pendidikan, Satu Tanda Tanya”. Edisi
Khas. Kementerian Pendidikan Malaysia
Rio Sumarni Shariffuddin, Widad Othman dan Tang Howe Eng (2002).”Iventori Proses
Kognitif (IPK) Berasaskan Web Untuk Menguji Kemahiran Berfikir Secara Kritis
(KBK) Dan Penilaian Stail Pembelajaran Pelajar”. Kertas Kerja Seminar
Penyelidikan, Fakulti Pendidikan, UTM
Proceedings of Regional Conference on Knowledge Integration in ICT 2010 696
Saifullizam Puteh, Ahmad Rizal Madar dan Mohd Zairulniza Jaludi(2005).”Pembelajaran
Melalui Simulasi Komputer Dalam Membangunkan Proses Kognitif”. Kertas Kerja
Seminar Kebangsaan ICT Dalam Pendidikan 2005.
Shaharom Noordin (1996). “ Pengajaran Individu Menggunakan Modul Pengajaran Kendiri
di Sekolah Menengah.” Jurnal Akademik
Tripp, D. S. dan Bichelmeyer, B. (1990). Rapid Prototyping : An Alternative Instructional
Design Strategy, Educational Technology Research and Development, 38 (1), ms.
31-44.
Wan Salihin Abdullah dan Mohd. Yusof Arshad (1996). “Penggunaan Teknologi Maklumat
Sebagai Alat Kognitif Dalam Pendidikan Sains”. Jurnal Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia.
Wiley, David A. (2000). The Instructional Use of Learning Objects. Bloomington, IN
AECT.[atas talian] http://reusability.org/read/