67553031 Janakuasa Tunggu Sedia
-
Upload
muhammad-iskandar -
Category
Documents
-
view
605 -
download
54
description
Transcript of 67553031 Janakuasa Tunggu Sedia
Janakuasa Tunggu SediaJanakuasa tunggu sedia adalah
merupakan sistem bekalan elektrik yang tidak digunakan dalam keadaan bekalan elektrik adalah normal, ianya digunakan apabila bekalan kuasa elektrik yang biasa diterima terputus atau mengalami gangguan.
Janakuasa Tunggu Sedia
• Dalam sistem penjanaan kecil atau sederhana kebanyakkan bahan bakar yang mudah diperolehi ialah diesel.
• Kebiasaan janakuasa yang menggunakan enjin diesel beroperasi dalam dua cara:
a)Sebagai janakuasa tunggu sedia.b)Janakuasa yang beoperasi secara terus
Bilik janakuasa tunggu sediaKeperluan bilik janakuasa antaranya ialah:• Cukup keluasan dan ketinggiannya.• Bersebelahan atau hampir dengan bilik Papan Suis Utama.• Laluan keluar masuk yang mudah untuk tujuan senggaraan. • Mempunyai peredaran udara yang mencukupi.• Mempunyai sistem pemadam api dari jenis yang sesuai dan
diluluskan.• Mempunyai lampu dan soket 13A yang secukupnya.• Mempunyai tikar getah setebal 5mm di hadapan papan AMF dengan
saiz yang tidak kurang dari lebar papan AMF itu sendiri.• Dilengkapkan dengan sistem pembumian untuk badan logam
janakuasa.• Dilengkapkan dengan sistem penyerap bunyi.• Mempunyai “trench” jika berada di tingkat bawah. • Dilengkapkan dengan tanda notis bahaya dan kuncikan pintu masuk.
Papan Kegagalan Bekalan Utama Kendalian Automatik
(Automatic Main Failure Board)• Fungsi utama papan AMF digunakan untuk menghidupkan
enjin diesel apabila bekalan TNB mengalami gangguan. • Selain daripada itu ia juga melindungi enjin diesel dan
janakuasa .• Apabila enjin diesel djalankan dengan jayanya,bekalan
dari janakuasa akan disalurkan kepapan suis utama melalui suis tukar alih automatik empat kutub (Four pole automatic change over switch)
• Suis tersebut perlu dilengkapkan dengan kait punca elektrikal dan mekanikal.
a) Janakuasa tunggu sedia.• Janakuasa dihidupkan melalui satu panel kawalan AMF
board (Automatic Main Failure) yang mana telah dirancang dari segi sistem litar kawalan.
• Ia dapat dihidupkan secara Auto,Test dan Manual.• Janakuasa tunggu sedia kebiasaannya dipasang pada
bangunan yang menggunakan beban yang melebihi 150Amp dan hanya satu set sahaja.
• Janakuasa ini perlu didaftar dengan Suruhanjaya Tenaga dan kadar feenya adalah mengikut jumlah kW.
• Bagi mengendali dan mengawal janakuasa tunggu sedia, pihak pengurusan perlu melantik seorang yang memegang satu perakuan kekompeten Penjaga Jentera kategori A4-1.
• b) Janakuasa yang berfungsi secara berterusan biasanya diguna dan di pasang pada sesebuah kawasan yang terpencil yang mana sukar untuk mendapat bekalan dari pihak berkuasa bekalan.
• Kebanyakan loji janakuasa ini mempunyai lebih daripada satu janakuasa. Jika ia menggunakan beban yang tinggi melebihi keupayaan satu janakuasa maka ianya perlu di-segerakkan dengan janakuasa yang lain supaya dapat menampung beban yang diperlukan.
• Loji janakuasa yang memiliki lebih dari satu janakuasa, sistem penyegerakkan (Synchronize) perlu dilaksanakan sama ada cara Manual atau Auto. Bagi melaksanakan tugas penyegerakkan seseorang itu perlu memiliki satu perakuan kekompeten Penjaga Jentera kategori A4 .
Prinsip Operasi EnjinPrinsip pergerakan enjin diesel dibahagi kepada 2:i. 4 lejang.ii. 2 lejang.Untuk prinsip 4 lejang, ianya terbahagi kepada:
1. Lejang sedut/masukan.2. Lejang mampatan.3. Lejang kuasa.4. Lejang ekzos/keluaran.• Lejang ialah pergerakan omboh ke atas dan ke bawah di
dalam silinder. Setiap kali pergerakan omboh tersebut, ia akan melakukan tindak kerja salah satu daripada empat lejang yang tersebut di atas.
Operasi Pergerakan Enjin Empat LejangLejang Sedut/Masukan• Injap masuk terbuka, udara masuk ke dalam selinder melalui injap
masuk dan injap keluar tertutup.
Injap masuk
Injap keluar
Omboh
Rod rangkai
Lengan engkolAci engkol
Bering utama
Selinder
(A) (B) (C)
Udara masuk ke dalam selinder
Omboh begerak dari atas ke bawah (Lejang Sedut)
Operasi Pergerakan Enjin Empat LejangLejang Mampatan• kedua-dua injap masuk dan keluar tertutup udara dimampatkan,
tekanan dan suhu udara meningkat, injekter menyembur bahan api apabila omboh menghampiri bahagian atas.
(D)
Injekter bahan bakar
Omboh begerak dari bawah ke atas (Lejang Mampatan)
Operasi Pergerakan Enjin Empat LejangLejang Kuasa• Omboh begerak dari atas ke bawah, kedua-dua injap masuk dan
keluar tertutup, daya pembakaran bertindak ke atas omboh dan menolaknya ke bawah.
(E)
Penyembur bahan api
(F)
Gas panas bertindak ke atas omboh
Operasi Pergerakan Enjin Empat LejangLejang Ekzos• Omboh bergerak dari bawah ke atas, injap masuk tertutup dan
injap keluar terbuka. Pergerakan omboh ke atas menolak lebihan pembakaran keluar melalui injap keluar.
(G)
Ekzos gas dikeluarkan dari selinder
(H)
Injap ekzos terbuka
Sistem Bahan Api
Sistem bahan api adalah untuk menakong minyak dan menghantar minyak daripada tangki ke injekter, penghantaran bahan api mestilah tepat dan mempunyai kuasa tekanan yang cukup untuk mengisi dan menyempurnakan kehendak kelajuan dan beban yang ditugaskan ke atas sesuatu enjin mengikut keadaan perjalanan enjin tersebut.
Bahagian Utama Sistem Bahan Api
i. Tangki minyak - untuk menakung atau menyimpan bahan api.ii. Paip saluran - di mana bahan api mengalir dari tangki ke injekter.iii. Penapis pertama/kedua - sebagai penapis segala kekotoran yang
terdapat pada bahan api. iv. Pam bekalan - bahan api digunakan untuk menghantar bahan api
dari tangki ke pam penyembur bahan api dengan tekanan yang tertentu mengikut pergerakan enjin.
v. Pam penyembur bahan api - bertujuan untuk menghantar bahan api bertekanan tinggi ke injekter lenjang mampatan.
vi. Injekter - alat untuk menyemburkan bahan api ke dalam ruang pembakaran dalam bentuk semburan yang halus.
Sistem Penghantaran Bahan ApiSistem penghantaran bahan api yang biasa digunakan ialah:i. Sistem kuasa tarikan graviti yang terdapat pada enjin-enjin kecil.ii. Sistem yang menggunakan kuasa mekanikal yang mana
dipasangkan pam penghantaran bahan api.iii. Pam bahan api menggunakan kuasa elektrik jarang diguna pada
enjin diesel.Final stage filter
gauge
Secondary filter
Primary filter
Fuel supply pump
Over flow valve
Nozzle holder
nozzle
Rangkaian Sistem Bahan Api.
Sistem PenyejukSistem penyejuk berfungsi mengalirkan air penyejuk ke bahagian-bahagian enjin yang memerlukan penyejukan dan bertugas untuk mengalirkan haba yang tidak di kehendaki dari bahagian-bahagian enjin supaya masalah berikut dapat diatasi:
i. Panas berlebihan menyebabkan minyak kurang kelikatannya.
ii. Panas berlebihan juga akan menyebabkan logam-logam akan hilang keupayaan.
iii.Ketegangan di dalam atau antara bahagian-bahagian enjin di sebabkan suhu yang tidak seimbang.
Sistem PelinciranSistem pelinciran merupakan salah satu sistem utama
pada enjin. Bermula daripada tempat menyimpan minyak, penapis, pam dan paip saluran minyak untuk menyalurkan minyak pelincir ke bahagian-bahagian yang memerlukan pelinciran.
Sistem pelinciran pada enjin diesel mempunyai beberapa persamaan dengan sistem pelinciran enjin petrol. Disebabkan enjin diesel mempunyai tenaga pembakaran yang lebih kuat daripada enjin petrol, maka minyak pelincir yang digunakan pada enjin diesel lebih pekat.
Sistem PelinciranSebuah enjin memerlukan udara, minyak, tekanan,
pelinciran, penyejukkan dan kuasa penggerak, iaitu bateri.
• Kerja penyenggaraan perlu dilakukan bagi memastikan enjin diesel dapat beroperasi pada bila-bila masa yang diperlukan .
• Enjin janakuasa tunggu sedia perlu dihidupkan seminggu sekali selama satu jam bertujuan memanaskan bahan logam, mengalirkan pelincir serta sistem penyejukkan dan lain-lain keperluan dapat beroperasi.
• Enjin diesel perlu diganti minyak pelincir pada tiap-tiap enam bulan sekali sama ada ia beroperasi secara terus atau tunggu sedia.
Alat-alat yang perlu diganti pada masa yang sama ketika melakukan penyenggaraan:
i. Penapis udara.ii. Penapis minyak pelincir. iii.Mengganti air penyejukkan.iv.Penapis minyak diesel.
Pastikan bahagian pelinciran luaran dipam gris dan enjin sentiasa berada dalam keadaan bersih serta tiada bahagian yang longgar atau tidak bergegar semasa enjin dihidupkan.
Sistem Pelinciran
Bateri Bateri adalah dua atau lebih sel disambung secara
siri, ia akan menghasilkan voltan dan arus terus. Tindakbalas kimia antara elektrolit dan plat menghasilkan tenaga elektrik.
Bateri terdiri dari dua jenisi. Sel kering banyak digunakan dalam penggunaan
domestik telah menggunakan nikel kadmium untuk bateri di mana ia lebih tahan lama untuk tugas ringan dan boleh dicaj semula sebanyak 1000 kali.
ii. Sel basah lebih popular untuk tugas berat, ia menggunakan tindakbalas cecair kimia untuk menghasilkan sumber arus terus.
Bateri Nikel Kadmium Direka untuk jenis kegunaan berikut: i. Tujuan am yang tahan dengan beban terus menerus selama tiga
jam atau lebih seperti bekalan kepada pencahayaan kecemasan, pensuisan pelantik, dan bekalan tunggu sedia.
ii. Untuk prestasi sederhana beban terus menerus selama setengah jam hingga dua jam seperti bekalan kepada tugas-tugas luar pantai, penggera kebakaran dan bekalan tunggu sedia.
iii. Untuk prestasi tinggi beban terus menerus selama kurang dari setengah jam seperti bekalan kuasa tanpa gangguan (UPS), pemulaan enjin, penutupan suis dan elektromagnet.
iv. Untuk penggunaan berulang di mana bateri berkeadaan caj dan nyacaj seperti pencahayaan dalam lokomotif, sistem lokomotif dan solar.
Bateri Asid Plumbum i. Plat yang berjangka hayat 20 tahun hingga 25 tahun dan biasa
digunakan pada sistem janaelektrik, penutupan suis, pencahayaan keselamatan, bekalan kuasa tanpa gangguan (UPS) dan memulakan enjin.
ii. Taburan berjangka hayat 15 tahun dan biasa digunakan pada sistem telekomunikasi dan lokomotif.
iii. Plat rata berjangka hayat selama 10 tahun dan digunakan pada suis pelantik penutupan, bekalan kuasa tanpa gangguan (UPS) dan PABX (Public Automatic Branch Exchange).
iv. Jenis kedap yang berjangka hayat selama 10 tahun dan biasa digunakan untuk sistem telekomunikasi, bekalan kuasa tanpa gangguan (UPS), permulaan enjin, suis pelantik, pertolongan di laut, penggera kebakaran, panel pengesan gas dan sebagainya.
Ciri-ciri Teknikal Bateri
Asid Plumbum Nikal Kadmium
Voltan Namaan 2.0 V 1.2 V
Voltan Apong 2.16 V – 2.25 V 1.4 V – 1.5 V
Voltan Galak 2.4 V – 2.7 V 1.53 V – 1.7 V
Kecekapan Ampere Jam 90% 75% - 80%
Kadar Caj Maksimum 14% C10 33% C5
Bateri Untuk Janakuasa
Bagi set janakuasa bateri digunakan untuk menghidupkan enjin dan membekalkan tenaga elektrik kepada litar penunjuk seperti lampu, alat jangka dan alat kawalan.
Bateri yang digunakan akan kehilangan kuasa dan perlu dicas semula supaya kuasanya dipulihkan dan boleh digunakan pada bila-bila masa. Sistem pengecas diperlukan untuk tujuan ini.
Cara-cara Memeriksa Bateri
• Pastikan bateri diikat kukuh pada tempatnya• Sambungan kepala bateri tidak longgar, berkarat
atau rosak.• Griskan kepala bateri dan terminal bagi
menghalang karat dan menyebabkan pertambahan rintangan.
• Periksa paras elektrolit bateri, sepatutnya 0.4 in (10mm) dari atas plat bateri.
• Jika membuka sambungan, bateri buka kabel negatif dahulu.
• Bateri boleh hilang kuasa walaupun tidak digunakan, oleh itu ia perlu dicas selalu jika tidak digunakan.
• Jangan membuat ujian dengan melintar pintaskan punca positif dan negatif bateri kerana perbuatan itu menghasilkan percikan bunga api dan bahaya di mana kebakaran boleh terjadi.
Cara-cara Memeriksa Bateri
Ketumpatan Bandingan• Ketumpatan bandingan elektrolit adalah 1.26
pada suhu 20 C. Jika perubahan suhu berlaku ketumpatan bandingan akan berubah pada setiap 1 C dengan nilai 0.0007.
• Jika ketumpatan bandingan elektrolit bateri tidak sama seperti di atas walaupun bateri telah dicas penuh, ketumpatan bandingan boleh diperolehi dengan menggunakan air suling atau larutan sulfuric acid yang mempunyai nilai ketumpatan bandingan 1.45 atau lebih rendah.
Sistem Cas
Sistem cas yang kerap digunakan ialah:
• Trickle cas - untuk menggantikan cas bateri yang hilang secara semulajadi/natural.
• Boost cas - mengecas bateri dengan arus tinggi dan masa yang pendek.
• Float cas - mengecas bateri yang sedang digunakan kuasanya.
Cas BateriTerdapat beberapa cara mengecas bateri:• Cas kering (Dry Charge) diperlukan untuk bateri baru.
Kemudian dalam masa 24 jam selepas elektrolit diisi, ia perlu dicas semula. Jumlah arus elektrik yang diperlukan untuk mengecas bateri mestilah tidak melebihi 0.05 dari kapasiti bateri dan cas selama 5 hingga 10 jam.
• Untuk cas biasa, bateri yang kurang tenaga arus elektrik 0.1 dari kapasiti bateri.
• Jumlah masa yang perlu dicas boleh diperolehi dengan formula di bawah.
= electricity discharge (AH) X Faktor ( 1.2 atau 1.5 )Arus charging
Contoh:
Jika kapasiti bateri 110AH mempunyai ketumpatan bandingan 1.2 , 40%.
- Dischage = 40 x 110/100 = 44AH- Arus charging = 110 x 1/10 = 11A- Masa charging = 44 x 1.2/11 = 4.8jam.
Ketumpatan Bandingan Elektrolyte Dan Discharge
Ketumpatan bandingan
Discharge volume Charging
Lebih 1.230 kurang 25% tidak perlu
1.19 > 1.230 25% > 49% perlu
Kurang 1.19 lebih 50% perlu
Langkah – langkah Keselamatan• Bateri perlu di letakkan tegak kecuali bateri kering• Memakai cermin mata keselamatan apsemasa bekerja• Menggunakan perkakas bertebat.• Memakai pakaian pelindung apabila berkerja dengan
elektrolit.• Jangan merokok berhampiran bateri yang sedang dicas.• Elakkan elektrolit dari terkena kulit dan pakaian.• Jangan biarkan bahan-bahan logam terletak di atas bateri
atau jatuh merentang tamatan.• Jangan memakai pakaian nylon kerana dikhuatiri
menghasilkan elektrostatik.