6.1 Dialog 1 - Scanning
-
Upload
goh-lingkiang -
Category
Documents
-
view
234 -
download
3
description
Transcript of 6.1 Dialog 1 - Scanning
Siti : Selamat pagi kawan-kawan. Saya telah membaca satu artikel di surat khabar pada pagi
tadi. Semakin ramai rakyat Malaysia mengalami masalah kesihatan.
Meng Huat : Sebenarnya apa punca yang menyebabkan fenomena ini?
Kelvin : Saya pun ada terbaca artikel tersebut pagi tadi. Masalah kesihatan biasanya berlaku berikutan
amalan pemakanan yang tidak seimbang.
Siti : Ya, betul tu. Amalan pemakanan yang seimbang amat penting supaya kita dapat menjalani
hidup dengan sihat dan ceria.
Meng Huat : Pemakanan seimbang merupakan amalan pengambilan makanan yang terdiri daripada
pelbagai kelas makanan dengan kuantiti yang sesuai.
Kelvin : Dalam kehidupan seharian, karbohidrat merupakan kelas makanan yang perlu diambil dalam
kuantiti yang banyak kerana ia membekalkan sumber tenaga kepada tubuh kita. Makanan
hasil bijirin seperti roti dan nasi merupakan makanan yang mengandungi karbohidrat yang
tinggi.
Meng Huat : Saya setuju dengan Siti. Namun, jangan lupa untuk memperbanyak pengambilan sayur-
sayuran dan buah-buahan. Makanan kumpulan ini membekalkan vitamin, mineral dan serat
kepada badan kita.
Siti : Mengapakah kita perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang
banyak? Saya tidak suka untuk makan sayur-sayuranlah.
Kelvin : Siti, sayur-sayuran dan buah-buahan mengandungi vitamin yang boleh membantu kita untuk
menghindari penyakit. Malahan, serat pula membantu proses penghadaman makanan. Jadi,
masukkanlah sayur-sayuran dalam diet kehidupan seharian anda.
Siti : Baiklah, saya akan cuba amalkannya.
Kelvin : Selain itu, makanan berprotein tinggi seperti ikan, daging dan susu perlu diambil dalam kuantiti
yang sederhana. Protein penting dalam proses tumbesaran kanak-kanak dan juga
menggantikan sel-sel yang rosak. Susu bukan sahaja mengandungi protein, malah
mempunyai mineral, iaitu kalsium yang tinggi. Ia membantu untuk menguatkan tulang serta
gigi.
Meng Huat : Setahu saya lemak juga membekalkan tenaga kepada badan kita kan?
Kelvin : Ya. Betul, tetapi badan kita hanya memerlukannya dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
Pengambilan lemak yang berlebihan akan menyebabkan kegemukan. Jadi, kurangkanlah
makanan yang berminyak.
Siti : Nampaknya tidaklah begitu susah untuk mengamalkan pemakanan seimbang. Marilah kita
amalkan pemakanan seimbang dalam kehidupan seharian. Apabila badan kita sihat, sudah
tentu kita boleh menimba ilmu dengan lebih baik.
Kelvin : Saya setuju dengan Siti. Jangan lupa, kitalah generasi muda yang akan memimpin negara kita
pada masa akan datang. Bersama-samalah kita membina sebuah masyarakat Malaysia yang
berbadan cergas berminda cerdas.
Meng Huat : Mulai hari ini saya akan rajin makan sayur-sayuran. Eh, loceng sudah berbunyilah. Jom
masuk kelas.
Siti dan
Kelvin
: Jom!