6.0 Analisi Data kajian tindakan
-
Upload
hamzah-mat-jusoh -
Category
Documents
-
view
21 -
download
3
description
Transcript of 6.0 Analisi Data kajian tindakan
6.0 ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA
Dalam proses menganalisis data, saya telah mendapatkan semua keputusan daripada
instrumen kajian dengan menganalisis data secara sistematik. Sistematik bermaksud
ia mengikut urutan iaitu yang senang didahulukan daripada yang lebih kompleks
(Mohd Najib, 1999).
Menurut Russell (1995, seperti dinyatakan dalam Chow dan Jaizah, 2011)
analisis dan interpretasi data memberi makna kepada data terutama dalam konteks
kajian yang dilaksanakan. Justeru saya telah mengumpulkan dan menganalisis
maklumat yang diperoleh dan seterusnya membuat kesimpulan terhadap analisis data
tersebut.
6.1 Keputusan Analisis Melalui Pemerhatian
Pemerhatian lebih terperinci dilakukan oleh rakan kolaboratif saya sepanjang proses
pengajaran berlangsung. Setiap interaksi dan tingkah laku murid di catat rakan
kolaboratif dalam proses pemerhatian amat penting bagi mengelakkan bias supaya
pemerhatian tidak hanya menjurus kepada apa yang mahu saya perhatikan dan juga
atas dasar kebolehpercayaan. Justeru itu, keesahan dapatan pemerhatian lebih kukuh
dan kebolehpercayaannya tidak diragui.
Berdasarkan dapatan pemerhatian yang tercatat pada jadual 6, hasil daripada
dapatan pemerhatian menunjukkan 6 responden boleh Mengenal hukum mad
asli ,menyiapkan lembaran kerja yang diberikan, memberi perhatian ketika guru
mengajar hukum mad asli dan mengingati huruf mad asli. Manakala 5 responden
aktif untuk menjawab soalan hukum mad asli yang dikemukakan guru dan seorang
responden tidak melibatkan diri kerana responden yang agak pemalu serta pendiam
30
semasa sesi soal jawab secara lisan. Bagi memudahkan saya menginterpretasi data
secara terperinci, saya mengolah jadual 4 .
Jadual 4: Jadual Pemerhatian selepas menggunakan kit kad skor.
ASPEK YANG DIPERHATIKAN R1 R2 R3 R4 R5 R6
A1. Mengenal hukum mad asli / / / / / /
A2. Aktif untuk menjawab soalan hukum mad asli yang dikemukakan guru.
/ / / / /
A3. Memberi perhatian ketika guru mengajar hukum mad asli.
/ / / / / /
A4. Mengingat huruf mad asli / / / / / /
A5. Menyiapkan lembaran kerja / / / / / /
6.2 Menganalisis dan Menginterprestasi DataTemubual
Saya telah menjalankan temubual bersama responden bagi mendapat maklumat dan
respon terhadap penggunaan kit kad skor. Berikut adalah merupakan analisis dan
interpretasi data temubual yang telah saya laksanakan setelah selesai sesi pengajaran
dan pembelajaran kali pertama dan kedua dinyatakan seperti di bawah.
Tempat Bilik j-QAF SK Taman Alam Megah
Masa/ Tarikh - Kali pertama 10.00 pagi/ 27 Januari 2015 (Selasa)
- Kali kedua 10 febuari 2015 (selasa)
Responden - 6 murid
Tahun - 3 Matahari (3I)
31
6.2.1 TB 1 : Adakah kit kad skor tajwid yang mengandungi hukum mad aslidapat membantu kamu mengingati huruf tersebut? Boleh sebutkan huruf mad asli?
Soalan temubual 1 ini adalah untuk mengetahui sama ada penggunaan kit kat skor
membantu responden mengingati hukum tajwid mad asli dengan mudah atau
sebaliknya.
Jawapan-jawapan responden 1 hingga 6 menunjukkan mereka mudah ingat
huruf mad asli dan boleh menyebut huruf tersebut apabila menggunakan kit kad skor.
Daripada temubual yang dijalankan selepas menggunakan kit kad skor, saya dapati
kemahiran menghafaz responden 1 hingga 6 telah meningkat ketika sesi
pembelajaran al-quran bagi tajuk mengenal hukum mad asli. Pekara ini dapat
dibuktikan oleh sedutan temubual tersebut. Kesemua responden 1 hingga 6 dapat
mengingati huruf mad asli ketika belajar hukum mad asli menggunakan kit kad
skor. Berikut adalah jawapan responden:
Jadual 5 : Jawapan responden bagi temubual 1 mengikut kategori.
Responden Jawapan responden
R1 Ya Ustaz. Saya dapat mengingati huruf mad asli setelah saya menggunakan kit kad skor tajwid ini.hurufnya ialah و ي ا
R2 Emm Dulu saya tak dapat sebut. Sekarang saya dah boleh sebut huruf ini. و ي ا
R3 Boleh ustaz. Saya boleh ingat huruf mad asli ini setelah menggunakan kit kad skor ini و ي ا
R4 Boleh ustazah. Saya rasa senang ingat skit ا ي و
R5 Boleh ustaz. Lepas guna kit kad skor ini kacang je saya sebut huruf ini و ي ا
R6 Boleh ustaz. Memang senang nak sebut huruf mad asli و ي ا
32
6.2.2 TB 2 : Setelah penggunaan kit kad skor tajwid yang mengandungi hukum mad asli bolehkah anda kenal hukum tersebut dan sebutkan cara untuk mengenali Hukum mad asli .
Soalan temubual yang kedua ini adalah untuk mengetahui sama ada mereka mudah
untuk mengenal hukum mad asli setelah menggunakan kit kad skor. Kesemua
responden memberi jawapan positif menunjukkan mereka mudah untuk mengenal
hukum tajwid mad asli apabila menggunakan kit kad skor tersebut. Berdasarkan
jadual 6, responden 1 hingga 6 menunjukkan peningkatan dalam kemahiran
mengenal hukum mad asli selepas menggunakan kit kad skor. Hasil jawapan
responden telah menyedarkan saya bahawa kaedah pengajaran yang saya gunakan
telah banyak membantu mereka dalam mengenal hukum mad asli dengan lebih baik
berbanding sebelum ini di mana saya hanya menggunakan teknik penerangan.Reaksi
responden adalah seperti berikut:
Jadual 6 : Jawapan responden bagi temubual 2 mengikut kategori.
Responden Jawapan Responden
R1 Boleh,Emm huruf alif yang tiada tanda berada ditengah
R2 Boleh,huruf ya yang tidak bertanda berada ditengah
R3 Boleh,huruf alif atau ya atau wau berada tingah dan tak bertanda
R4 Boleh,Alah ..huruf ya atau wau hihadapannya ada tanda ya kecil wau kecil
R5 Boleh,Nanti jap nak fikir …huruf alif atau ya atau wau yang terdapat tanda dihadapannya huruf tersebut kecil
R6 Boleh,.. dihadapan huruf wau ada tanda wau kecil
6.2.3 TB3: Pada pendapat kamu, adakah kit kad skor ini membantu kamu untuk mengingati huruf mad asli dan mengenal hukum mad asli dengan betul? Mengapa?
33
Soalan temubual 3 adalah bertujuan untuk mengetahui amalan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dan disukai oleh respoden bagi mempelajari hukum tajwid
mad asli. Keseluruhan responden memberikan jawapan yang positif bagi
mengaplikasikan kit kad skor dalam mengingat hukum mad asli dan mengenal
hukum mad asli. Berdasarkan jadual 9 dapat dilihat bahawa responden yakin bahawa
penggunaan kit kad skor telah memberi impak positif terhadap pembelajaran al-
quran bagi tajuk mengenal hukum mad asli. Maklum balas responden menunjukkan
mereka suka menggunakan kit kad skor kerana kad berwarna, huruf mad asli serta
contoh kalimah ditulis dengan jelas dan ianya membantu mereka mengingati huruf
mad asli dan mengenal hukum mad asli dengan mudah.
Berikut adalah jawapan responden :
Jadual 7 : Jawapan responden bagi temubual 3 mengikut kategori.
Responden Jawapan respondenR1 Saya lebih suka kad ini kerana ia berwarna dan mudah untuk
mengingatR2 Kad huruf tu comel.. warna yang menarik..tulisan yang jelas ..jadi
saya dapat hafal huruf dengan lebih cepatR3 Saya lebih suka kad ini, sebab membantu saya mengenal hukum
mad asli.R4 Saya lebih suka kad ini kerana tulisan hurufnya besar dan saya
cepat ingatR5 Saya lebih suka kad skor ini kerana ia membantu saya mengingat
huruf mad asli dengan cepatR6 Saya suka kad skor ini kerana boleh membantu saya baca al-Quran
dengan baik terutamanya kadar harakat hukum mad asli
6.2.4 TB4: Apakah perasaan kamu selepas menggunakan kit kad skor? Apakah pendapat kamu sekiranya ustaz tidak menggunakan kit kad skor ini?
34
Soalan temubual 4 adalah bertujuan untuk mengetahui amalan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dan disukai oleh respoden bagi mempelajari hukum tajwid
mad asli. Keseluruhan responden memberikan jawapan yang positif bagi
mengaplikasikan kit kad skor dalam mengenal hukum mad asli. Soalan temubual 4
ini ditanyakan kepada responden untuk mengetahui perasaan mereka apabila saya
menggunakan kit kad skor dalam pengajaran saya. Kesemua responden menyatakan
perasaan suka dan seronok. Semua responden menyatakan mereka suka dengan cara
pengajaran saya menggunakan kit kad skor kerana ia membantu mereka
meningkatkan kemahiran mengingat dan mengenal hukum mad asli dengan betul.
Berikut adalah jawapan responden :
Jadual 8: Jawapan responden bagi temubual 4 mengikut kategori
Responden
Jawapan
R1 Ya,sangat seronok saya kerana sebelum ini saya tidak suka belajar hukum tajwid
R2 Seronok la…kalau tak ada kit kad skor, mesti saya keliru,…..lepas tu tak dapat kenal dengan betul.
R3 Menarik dan saya seronok. Sebelum ini saya tidak seronok belajar tajwid.
R4 Seronok dan saya rasa lebih minat untuk belajar.
R5 Seronok dan saya tak mengantuk.
R6 Seronok dan dulu tidak seronok.
6.3 Menganalisis dan Menginterprestasi Data Analisis Dokumen
35
6.3.1 Latihan 1 – Melorekkan kotak yang mengandungi hukum mad asli.
Latihan melorekkan kotak yang mengandungi hukum mad asli yang terdapat dalam
kit kad skor. Jadual 11 merujuk kepada analisis markah bagi soalan latihan 1 iaitu
melorek kotak yang mengandungi hukum mad asli sebelum dan selepas
menggunakan kit kad skor.
Analisis soalan latihan 1 menunjukkan pencapaian murid selepas
menggunakan kit kad skor. Hasilnya, berlaku peningkatan markah di mana
R1,R2,R3,R4,R5,R6 mendapat markah 10/10 selepas menggunakan kit kad skor. Ini
menunjukkan penggunaan bahan bantu mengajar kit kad skor telah membantu murid
mengenal hukum tajwid mad asli dengan lebih baik.
Jadual 9 : Analisis markah bagi Latihan 1 selepas menggunakan kit kad skor.
Bil. Responden Pencapaian Perkembanganlatihan 1 – Melorek kotak yang mengandungi
hukum mad asli
1. R1 10/102. R2 10/103. R3 10/104. R4 10/105. R5 10/106. R6 10/10
6.3.2 latihan 2 – Menggariskan kalimah yang mengandungi hukum mad asli.
36
Jadual 10 merujuk kepada analisis markah bagi soalan latihan 2 iaitu menggariskan
kalimah yang mengandungi hukum mad asli selepas menggunakan kit kad skor.
Peningkatannya dapat dilihat menerusi jadual 10.
Berdasarkan jadual 10, didapati respon 1hingga 6 telah berjaya mendapat
markah penuh iaitu 10/10 setelah menggunakan kit kad skor. Berpandukan kit kad
skor yang dibekalkan, ianya dapat membantu murid untuk mengenal hukum mad
asli dengan lebih baik.
Jadual 10 : Analisis markah bagi soalan Set 2 selepas menggunakan kit kad skor.
Bil. Responden Pencapaian PerkembanganLatihan 2 – Menggariskan kalimah yang mengandungi
hukum mad asli
Selepas
1. R1 10/10
2. R2 10/103. R3 10/104. R4 10/105. R5 10/106. R6 10/10
6.3.3 Latihan 3 – Mencari kalimah yang mengandungi hukum Idgham Maal Ghunnah di dalam petikan ayat al-Quran.
Jadual 11 merujuk kepada analisis markah bagi soalan latihan 3 iaitu mencari
kalimah yang mengandungi hukum mad asli sebelum dan selepas menggunakan kit
kad skor.
Jadual 11 menunjukkan pencapaian murid selepas menggunakan kit kad
skor. Berdasarkan jadual ini, didapati responden 1 hingga 6 mendapat 8/8 markah
selepas menggunakan kit kad skor. Rumusannya, keenam-enam responden dapat
menguasai penggunaan kit kad skor dengan baik dan meningkatkan ingatan murid
37
terhadap hukum mad asli. Ini dibuktikan melalui peningkatan markah yang
diperolehi oleh kesemua responden.
Jadual 11 : Analisis soalan latihan 3 selepas menggunakan stiker huruf
Bil. Responden Pencapaian PerkembanganLatihan 3 – Mencari kalimah yang mengandungi hukum
mad asli di dalam petikan ayat al-Quran
Selepas
1. R1 8/8
2. R2 8/83. R3 8/84. R4 8/85. R5 8/86. R6 8/8
6.4.1 Keputusan Analisis Melalui Catatan Jurnal Refleksi kali pertama.
Berdasarkan catatan jurnal refleksi pada 27 januari 2015, saya dapati ke semua
responden teruja untuk menggunakan kit kad skor kerana mereka belum pernah lagi
melihat kit kad skor seperti ini da nada sedikit unsur permainan. Mereka kelihatan
begitu seronok menggunakan kit kad skor tersebut semasa membaca al-Quran.
Apabila saya menyoal mereka berkaitan huruf-huruf mad asli, masing-masing
berebut-rebut untuk menjawab soalan saya. Hasilnya kesemua responden dapat
menjawab dengan betul ketiga-tiga huruf mad asli. Apabila saya meminta responden
mengeluarkan hukum mad asli yang terdapat dalam ayat yang dibaca, 3 responden
dapat menjawab dengan baik dan 3 lagi masih keliru. 3 responden ini masih
memerlukan bimbingan guru. Secara keseluruhannya, kenam-enam responden ini
menunjukkan peningkatan dalam mengenal pasti hukum tajwid mad asli.
6.4.2 Keputusan Analisis Melalui Catatan Jurnal Refleksi kali kedua.
38
Pada 10 febuari 2015, sesi pengajaran kedua dijalankan. Saya berasa sungguh
gembira kerana kesemua responden memberikan tumpuan yang baik sewaktu sesi
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kesemua responden saya melibatkan diri
dalam aktiviti yang saya jalankan. Walaupun begitu 2 responden (R2 dan R3) masih
lagi tidak mengangkat tangan untuk menjawab soalan. Kedua-dua responden ini agak
pendiam di dalam kelas. Berdasarkan pemerhatian saya, murid lebih mudah untuk
mengenal pasti hukum mad asli. Hasilnya kesemua responden dapat menjawab
dengan betul ketiga-tiga huruf mad asli.. Hasil daripada latihan pengukuhan,
kesemua responden dapat menjawab dengan betul dan menunjukkan peningkatan
berbanding sesi pengajaran pertama.
Peningkatan prestasi respondan dan perasaan seronok yang mereka
gambarkan membuatkan saya rasa bangga kerana telah berjaya mengubah amalan
pengajaran saya daripada menulis nota dalam buku catatan berkenaan huruf-huruf
mad asli dan cara bacaannya kepada menghasilkan satu bahan yang dapat menarik
minat murid untuk belajar, mudah digunakan dan senang untuk mengingat. Ini adalah
kerana ia ringkas, mengandungi tulisan yang menarik dan berwarni-warni
memudahkan murid untuk menghafal huruf-huruf tersebut, seterusnya membolehkan
mereka mengenal pasti hukum Tajwid mad asli. Penghasilan kit kad skor ini juga
mengubah amalan pengajaran saya daripada berpusatkan guru kepada berpusatkan
bahan. Kit kad skor dapat membantu murid mengenal pasti hukum mad asli
berdasarkan huruf-huruf yang ditulis. Jika sebelum ini,kawalan kelas saya sedikit
kucar kacir tetapi kini perkara itu tidak berlaku lagi kerana semua murid boleh
memberikan tumpuan dan menjadi amalan saya menggunakan bahan bantu mengajar
dalam setiap pengajaran dan pembelajaran saya.
39
40