6 WEBSITE SUMBER BORONG · penjual-penjual online diseluruh dunia, bukan Malaysia saja, ada yang...
Transcript of 6 WEBSITE SUMBER BORONG · penjual-penjual online diseluruh dunia, bukan Malaysia saja, ada yang...
6 WEBSITE SUMBER BORONG PRODUK TERBAIK
Ada banyak website yang anda boleh jadikan sumber stok anda untuk menjual secara online atau offline, website-website ini adalah dari luar negara terutama dari negara
China yang terkenal dengan pilihan pelbagai barangan pada harga yang murah dengan caj postage yang rendah malah
ada juga yang menawarkan penghantaran percuma.
Website-website ini ada juga yang menawarkan perkhidmatan dropship. Namun saya tidak galakkan kerana ia agak berisiko kerana kita tidak dapat mengawal kualiti dan
harga barang, kita tak pasti barang yang sampai kepada pelanggan berada dalam keadaan baik atau sebaliknya,
tambahan pula berlaku risiko tersilap barang dan sebagainya. Untuk tujuan borong, anda boleh mendapatkan dalam
kuantiti kecil terlebih dahulu sekiranya tidak yakin. Harus diingat juga, barangbarang yang bernilai lebih RM500 akan
dikenakan cukai import oleh kastam.
Berikut adalah antara website-website yang menawarkan
pembelian dengan harga borong tanpa pembelian minimum.
1. DHGate.com
Website ini telah beroperasi selama 14 tahun dan
ranking di Alexa ialah 1103. Anda boleh mendapatkan barang-barang disini pada harga borong. Barang-barang yang
top seperti barang-barang elektronik, feshen, mainan, barangan sukan dan barangan kecantikan.
2. AliExpress.com
Ini adalah adik kepada website Alibaba, jika di Alibaba
anda perlu beli barang-barang dengan kuantiti minima, AliExpress menawarkan banyak barang-barang yang menarik
tanpa anda perlu beli pada kuantiti minima. Hampir semua barang terdapat disini, namun begitu harga tinggi sedikit jika
dibandingkan dengan Alibaba. Aliexpress sudah online selama 12 tahun.
3.
Chinavasion.com
Chinavasion telah beroperasi selama 14 tahun, banyak pilihan gadget yang menarik ada dijual disini.
4. Yaaku.com
Bagi anda yang berminat nak menjual produk-produk feshen,
pakaian dan aksesori, anda boleh lawat website ini. Ia telah beroperasi selama 9 tahun.
5. Dx.com
Ini juga adalah website menjual gadget yang popular
dengan harga yang murah. Telah beroperasi selama 14 tahun.
6. Lightinthebox.com
Ini adalah website dari USA, walupun begitu, banyak
barang-barangnya dalah buatan China. Anda boleh dapati pelbagai kategori barang ada dijual disini. Telah beroperasi
selama 12 tahun.
Penutup
Website-website ini telah lama dimanfaatkan oleh
penjual-penjual online diseluruh dunia, bukan Malaysia saja, ada yang menjual kembali di eBay, Amazon dan juga website
sendiri. Anda boleh menggunakan sumbersumber ini untuk menjual kembali di store online anda seperti Lazada.
Sebelum anda membuat pembelian, lakukan kajian pasaran dan harga, sama ada berbaloi jika anda
mendapatkan barangan daripada mereka atau tidak.
Bagi pasaran Malaysia, anda boleh juga menjualnya
kembali di website-website e-dagang seperti Lazada, Shopee dan website anda sendiri.
John Jenin
DAPATKAN PANDUAN BERNIAGA DI SHOPEE & LAZADA DI BAWAH!
www.BisnesShopee.com