6 sistem-sistem politik
description
Transcript of 6 sistem-sistem politik
BAB 6SISTEM-SISTEM
POLITIK
DISEDIAKAN OLEH:
SAG 2010
PENDAHULUAN Sistem politik merupakan aspek terpenting
dalam pengajian sains politik dan juga entiti terpenting dalam konteks pemerintahan
Sistem politiknya berfungsi sebagai nadi kepada setiap negara.
Terdapat beberapa jenis sistem politik yang pernah wujud seperti sistem demokrasi, sistem persekutuan, sistem kesatuan, sistem komunis dan sistem sosialis.
SISTEM DEMOKRASI
Semua percaya bahawa sistem demokrasi merupakan satu sistem politik yang terbaik
Ia bukan sahaja membuka ruang yang luas untuk penyertaan politik malah ia juga turut menjamin hak dan kebebasan rakyat serta pemimpin
Definisi Sistem Demokrasi D. Robertson: Istilah ‘demokrasi’ berasal
daripada perkataan Greek ‘demokratia’, ‘demos’ bermaksud ‘rakyat’ dan ‘kratia’ bermaksud ‘kerajaan’ atau ‘pemerintah’
Abraham Lincoln, mengatakan demokrasi ialah “kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat” (government of people, by people, for people) yang bermaksud kerajaan atau pemerintahan yang dikuasai oleh rakyat
Kesimpulannya, sistem demokrasi ialah “kerajaan bagi pihak rakyat, kerajaan yang berdasarkan perwakilan rakyat, dan kerajaan yang memerintah untuk kepentingan rakyat”
Dalam sistem demokrasi moden pada hari ini sebenarnya bukanlah sistem demokrasi pemerintahan rakyat, sebaliknya rakyat hanya memainkan peranan umum dalam proses pemerintahan negara
Jenis-Jenis Sistem Demokrasi Terdapat dua jenis iaitu:
i. Demokrasi berpresiden (presidential democracy)
Iaitu pengasingan kuasa (separation of powers) yang jelas antara badan eksekutif dan legislatif
Terdapat dua kali pilihanraya iaitu;
i. Pertama, pilihanraya memilih calon presiden (presidential election) dan;
ii. Kedua, pilihanraya memilih wakil ke dewan perwakilan atau dewan senat.
seperti Amerika Syarikat dan Filipina.
ii. Demokrasi Berparlimen Ia turut mempunyai konsep pengasingan kuasa Ia menggabungkan kuasa badan eksekutif dan
badan legislatif. Rakyat mempunyai hanya sekali sahaja
pilihanraya iaitumemilih calon sebagai wakil ke dewan perwakilan
Parti yang menang dengan majoriti berhak untuk membentuk kerajaan serta melantik ahli kabinet dari kalangan pemimpin parti yang menang tersebut
Contohnya Malaysia, Britain, India, dan Kanada
SISTEM PERSEKUTUAN DAN KESATUAN1. Sistem Persekutuan Persekutuan atau ‘federation’ berasal dari perkataan Greek
‘foedus’ yang bermaksud persetujuan (agreement), kontrak (contract), atau perjanjian (treaty) (Riker, 1975).
Ia merujuk kepada penggabungan beberapa buah wilayah, negeri atau kawasan yang dahulunya bebas menjadi satu negara bersekutu (federation) di bawah satu struktur Perlembagaan yang dipanggil sebagai perlembagaan pusat
Ia mempunyai dua peringkat kerajaan iaitu pertama, kerajaan pusat (federal government) dan kedua, kerajaan negeri (state government)
Ia mempunyai bidang kuasa tersendiri dan bebas daripada campur tangan antara satu sama lain
Faktor-Faktor Kejayaan Sistem Persekutuan Wujudnya persamaan dari segi keturunan, bahasa,
agama dan budaya dalam sesebuah negara persekutuan
Walaupun kuasa dalam sistem persekutuan berada di tangan kerajaan pusat, kerajaan negeri juga turut diperuntukkan kuasa tertentu
Kerajaan pusat bertanggungjawab sepenuhnya terhadap aspek-aspek penting dalam pemerintahan negara seperti hubungan antarabangsa, kewangan, pertahanan dan keselamatan dalam negeri.
2. Sistem Kesatuan Ia dibentuk berdasarkan kepada konsep
pemusatan kuasa (centralization of power). Kuasa pemerintahan negara berada di tangan
kerajaan pusat (central government) Antara ciri-ciri sistem kesatuan ialah
a. pertama, semua urusan negara adalah dipusatkan
b. Bagi memudahkan pentadbiran, beberapa wilayah atau cawangan dibentuk dan diberi kuasa mentadbir secara autonomi,
c. ketiga, setiap wilayah tersebut merupakan agen kepada kerajaan pusat.
SISTEM KOMUNIS DAN SOSIALIS
1. Sistem Komunis Ia lahir daripada ideologi berfahaman kiri
(leftist) iaitu Komunisme dan negara yang dibentuk berdasarkan kepada prinsip-prinsip Komunisme ini pula dikenali sebagai negara komunis (communist state).
Contohnya negara Dunia Ketiga di Asia dan Afrika (Vietnam, Laos, Cambodia, Korea Utara, Angola) dan negara-negara Eropah Timur (Romania, Poland, Bulgaria, Albania).
Ciri-Ciri Sistem Komunis Kuasa di tangan sekumpulan badan elit yang tidak dipilih
oleh rakyat. Pemerintahan bersifat mutlak, dimana kerajaan berkuasa
penuh terhadap negara, Cara kekerasan (coercive) serta mengamalkan sistem
satu parti dibenar wujud bagi mengawal dan mengukuhkan kedudukan politik dan mendapat ketataan daripada rakyat jelata.
Parti Komunis mempunyai tiga ciri umum;
1. Ianya ialah parti elit
2. Parti memonopoli kuasa politik
3. Parti ialah birokrasi yang terus-menerus mengekalkan dirinya sendiri
Sistem Sosialis Ia lahir daripada ideologi yang berfahaman kiri
(leftist) ialah sistem sosialis Negara yang dibentuk berdasarkan kepada
ideologi sosialisme dikenali sebagai negara sosialis.
Ia merupakan satu ideologi yang mempunyai kaitan dengan pengwujudan kelas pekerja yang diorganisasi, yang dibentuk samada menerusi proses revolusi atau evolusi sosial, dengan matlamat untuk mewujudkan sebuah masyarakat tanpa kelas (classless society).
Marxisme melihat sosialisme sebagai satu tahap perubahan politik yang bakal menggantikan sistem kapitalisme dan kemudiannya membentuk sistem komunisme.
Menurut teori sosialis moden pula, ia cenderung ke arah demokrasi pula bakal membentuk sebagai negara kebajikan (welfare state).
Tidak semua negara yang mengamalkan sistem sosialis menjadi negara komunis
Terdapat juga beberapa negara sosialis yang menggabungkan sistem demokrasi spt Iraq, Mesir, Yemen, serta beberapa buah negara di Asia, Afrika dan Amerika Selatan yang mengadakan proses pilihan raya mengikut tempoh-tempoh tertentu walaupun diperintah secara diktator.
Terdapat negara2 komunis juga menggunakan istilah sebagai negara sosialis seperti Vietnam, Yugoslavia dan Cuba.
Sistem politik dan ekonomi di negara sosialis lazimnya bersifat sistem campuran (mixed system) yang menggabung ciri-ciri sistem demokrasi dan sistem kawalan pusat.
Kerajaan pusat mempunyai kuasa penuh terhadap aspek pemerintahan negara dan memperuntukkan sedikit kuasa yang bersifat autonomi kepada wilayah2 yang berada di bawah jajahan negara tersebut
Rakyat diberi kebebasan, namun ianya adalah terhad
Sekian