57622221 Kertas Kerja Kursus Kepimpinan Pengawas 2011
-
Upload
mohd-zaki-mohamed-som -
Category
Documents
-
view
54 -
download
2
description
Transcript of 57622221 Kertas Kerja Kursus Kepimpinan Pengawas 2011
1. Nama Program
Kursus Kepimpinan Pemimpin Pelajar 2015
2. Pendahuluan
Merupakan program rutin yang memberi pendedahan kepada para pemimpin pelajar dengan maklumat yang berkaitan kepimpinan dan ciri-ciri pemimpin yang boleh diteladani. Ia juga bertujuan memberikan pendedahan terhadap kepentingan sifat kepimpinan dan membuang sikap sambil lewa pemimpin pelajar disamping menanamkan perasaan sentiasa bersedia untuk memimpin. Maklumat berkaitan kemahiran komunikasi juga perlu disampaikan supaya mereka boleh menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin dengan lebih berkesan lagi.
3. Tujuan Program
3.1 Menyediakan pelajar agar dapat bersedia dengan jawatan yang disandang.3.2 Menyampaikan maklumat dan bimbingan berkaitan cara gaya kepimpinan
berkesan kepada pemimpin pelajar sekolah tahun 2015.3.3 Memberi panduan dan bimbingan berkaitan cara gaya kepimpinan berkesan
kepada kumpulan yang dipimpin.3.4 Menanamkan nilai tanggungjawab.3.5 Membentuk budaya kerja berpasukan dan bertanggungjawab dalam kalangan
peserta serta mempunyai nilai hormat menghormati yang tinggi sesama insan.
4. Objektif
4.1 Memperkukuhkan kesediaan pemimpin pelajar untuk memimpin.4.2 Pemimpin pelajar tahu dan sedar cara gaya kepimpinan yang baik dan sesuai
untuk digunakan sebagai pemimpin.4.3 Sebagai pemimpin mereka perlu sedar ciri-ciri pemimpin yang perlu ada pada
diri agar mereka boleh dihormati dan diteladani.4.4 Pelajar dapat memimpin dengan penuh keyakinan.4.5 Pelajar sedar potensi yang ada dalam diri mereka untuk bergelar sebagai
pemimpin JUARA.
5. Matlamat
Melahirkan golongan pemimpin pelajar yang bermatlamat, bermotivasi tinggi, rajin, tekun dan sentiasa berkesanggupan membantu sekolah dalam pelbagai tugas kepimpinan.
6. Sasaran
Pengawas, pustakawan, ketua kelas dan penolong kelas.
7. Jangkamasa
1 hari sahaja
8. Tarikh
21 Februari 2015
9. Tempat
Sekolah Kebangsaan Sungai Boh
10. Penilaian dan program susulan
10.1 Penilaian semasa program dijalankan oleh pengendali dan urusetia kursus.10.2 Melalui borang-borang penilaian kursus.10.3 Maklumbalas daripada Pengetua/Guru/Ibu Bapa.
11. Anggaran Perbelanjaan dan Sumber Kewangan
PERBELANJAANMakanan (RM 6 x 40 orang x 1 hari)
RM 240.00
Token fasilitator (RM 200 x 2 orang)
RM 400.00
Tag Nama, Pen, Fail, Buku Nota dan Bahan Cetakan (RM 4.00 x 40)
RM 160.00
JUMLAH RM 600.00
12. Tentatif Program
Sila rujuk Lampiran 1
13. Penutup
Diharap Kursus Kepimpinan Pengawas 2015 ini dapat dimenfaatkan sepenuhnya poleh semua pemimpin pelajar untuk dijadikan panduan semasa bertugas di sekolah seterusnya dapat menjadikan SK Sungai Boh cemerlang daripada segi disiplin dan kecemerlangan sekolah.
Disediakan oleh:
………………………………………….(MOHD ZAKI BIN MOHAMED SOM)Penasihat,Badan Pengawas dan Disiplin,SK Sungai Boh
Disahkan oleh:
…………………………………………( )
Lampiran 1
TENTATIF PROGRAMKURSUS KEPIMPINAN
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI BOHTAHUN 2015
HARI SABTU
(21HB FEBRUARI 2015)
7.00 – 8.30 pg - Aktiviti Riadah8.00 – 8.30 pg - Sarapan Pagi/Persiapan Diri8.30 – 10.30 pg - LDK 110.30 – 10.45 pg - Kudapan10.45 – 12.30 tgh - LDK 212.30 – 2.00 ptg - Makan tengahari/Solat Zohor2.00 – 4.00 ptg - LDK 34.00 – 5.00 ptg - Kudapan/Solat Asar
5.00 -5.30 ptg - Majlis Penutup
KURSUS KEPIMPINAN
PENGAWAS, PUSTAKAWAN
DAN PEMIMPIN KELAS
SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI BOH
TAHUN 2015
TARIKH : 21 FEBRUARI 2015
TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN
SUNGAI BOH