50571585-peta-minda
Click here to load reader
-
Upload
neermala-raj -
Category
Documents
-
view
179 -
download
4
description
Transcript of 50571585-peta-minda
PERBANDINGAN ANTARA
KANAK-KANAK LEMBAM
DENGAN KANAK-KANAK
NORMAL
SOSIAL
Kanak-kanak Lembam:
Lembab dari segi pengurusan sosial.
Ciri-ciri perkembangan bahasa yang lembab.
Sukar menerima arahan.
Keyakinan diri rendah akibat kelemahan diri.
Kanak-kanak Normal:
Tidak mempunyai masalah dalam
komunikasi.
Keyakinan diri yang tinggi.JASMANI
Kanak-kanak Lembam:
Bentuk fizikal adalah
sama dengan kanak-
kanak normal.
Seblum persekolahan:
perkembangan adalah
sama dengan kanak-
kanak normal.
Perkembangan
menjadi tidak normal
semasa alam.
persekolahan seperti
kesukaran dalam
menguasai satu-satu
kemahiran.
Kanak-kanak Normal:
Seblum persekolahan:
perkembangan adalah
sama dengan kanak-
kanak normal.
Perkembangan fizikal
selaras dengan
perkembangan umur.
INTELEK
Kanak-kanak Lembam:
Perkembangan yang lambat
Tahap IQ berada di tahap
yang sederhana atau
rendah.
Kanak-kanak Normal:
Perkembangan selaras
dengan umur
Tahap IQ bersesuaian
dengan peringkat umur.
EMOSI
Kanak-kanak Lembam:
Tidak bijak
mengawal emosi.
Kematangan emosi
yang bermasalah
Mudah terganggu
tumpuan.
Mempamerkan
tingkahlaku yang
abnormal.
Kanak-kanak Normal:
Bijak mengawal
emosi.
Tidak mempunyai
masalah dalam
kematangan emosi.
Tidak mudah
terganggu tumpuan.
Mempamerkan
tingkah laku yang
normal.
PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DARI ASPEK SOSIALPerkembangan sosial kanak-kanak merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta budaya. Pendek kata perkembangan social melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku social atau melakukan penyesuaian social dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial. Perkembangan sosial kanak-kanak dapat dikaji melalui beberapa aspek sosialisasi yang penting seperti proses peniruan dan identifikasi,aktiviti bermain,perkembangan kongnisi sosial,persahabatan,dan perhubungan dengan rakan sebaya.
Sepanjang proses sosialisasi, kanak-kanak mempelajari tradisi, kepercayaan, nilai, dan adat yang dianut oleh kumpulan sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan -peraturan sosial yang diamalkan oleh sesuatu kumpulan sosial. Misalnya,mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai,dan cara mentafsir tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat.Proses sosialisasi ini pula ditentukan pula oleh konteks budaya.Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya lain.Namun demikian,terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.
Perbincangan tentang perkembangan sosial tidak akan lengkap tanpa menyentuh teori perkembangan sosial. Salah satu teori perkembangan social yang penting telah dikemukakan oleh Erik Erikson. Oleh kerana teori ini menekankan perkembangan sosial, aka teori ini dinamakan Teori Perkembangan Psikososial Erikson. Erikson menerangkan perkembangan sosial manusia sebagai satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik.Individu dakatakan perlu menguasai kecekapan tertentu dalam menghadapi setiap peringkat perkembangan ini.Di antara lapan peringkat perkembangan sosial ini,empat peringkat yang pertama menerangkan perkembangan social di kalangan bayi dan kanak-kanak. Huraian ringkas tentang keempat-empat peringkat ini adalah seperti yang dikemukakan bawah.
PERINGKAT PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK MENGIKUTTEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON
PERINGKAT/USIA PERKEMBANGAN
PENGARUH PENTINGBerdaya Tindak lwn Rasa Bersalah( 2 atau 3 tahun-6 tahun)-Pembentukan kesedaran kendiri melalui identifikasi dengan ibu bapa dan kesedaran tentang tanggungjawab atas tindakan sendiri.-Kecekapan yang diperlukan ialah pembentukan kesedaran tentang daya usaha dan daya tinda.Namun demikian,masih wujud keinginan untuk mengekalkan keselesaan dan keselamatan yang diperoleh dengan menerima kawalan dan tanggungjawab daripada orang dewasa.-Ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan-Identifikasi4. Rajin lwn Rendah Diri (6-11 tahun)-Pembentukan nilai kendiri yang kuat melalui interaksi dengan rakan sebaya.Sekolah dan guru-Pendidikan dan pembelajaran-GalakanPerkembangan yang dinyatakan di sini hanya merangkumi kanak-kanak pertengahan & kanak-kanak akhir.
KONSEP TEORI PERSAHABATAN
Robert Selman mengemukakan bahawa dalam perhubungan persahabatan kanak-kanak terdapat 3 tahap iaitu
Tahap Pertama berlaku semasa kanak-kanak pra sekolah di mana sahabat dianggap sebagai kawan sepermainan sahaja. Biasanya sahabat yang menjadi teman adalah kawan yang tinggal berdekatan dengan rumah kanak-kanak tersebut. Pada tahap ini, persahabatn dieratkan lagi dengan perkongsian alat permainan dan kanak-kanak pada tahap ini tidak mementingkan nilai persahabatan.
Tahap Kedua pula karakteristik pada permulaan persekolahan. Selman mengelarkan tahap ini sebagai “one way assistance”. Tahap ini berlaku kepada kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 8 hingga 10 tahun. Kawan adalah sahabat setia yang boleh dipercayai dan diharap untuk membantu mereka pada bila-bila masa.
Tahap Ketiga merupakan tahap yang membolehkan kanak-kanak akhir dan remaja awal mempunyai persahabatan yang dikenali oleh Selman sebagai “intimate and mutually shared relationship”. Pada tahap ini, kanak-kanak sudah meningkat remaja dan persahabatan yang dijalinkan lebih mendalam dan nilai persahabatan sudah mula difahami.
Kepentingan persahabatan dalam perkembangan psikologi kanak-kanak dapat dilihat melalui 2 fungsi persahabatan iaitu
Fungsi 1 ialah : PENEGUH KEPADA TINGKAH LAKU KANAK-KANAK.Sahabat dapat memberikan sokongan dan juga sahabat boleh menerima segala kebaikan dan keburukan diri kita.
Fungsi yang ke 2 ialah MODEL SOSIAL KEPADA KANAK-KANAK.Kanak-kanak juga akan bertindak untuk melakukan tingkah laku yang juga dilakukan oleh sahabat mereka. Tingkah laku meniru model ini adalah boleh mendatangkan kesan yang positif dan juga negative kepada kanak-kanak. Disebabkan itulah, ibubapa berperanan untuk memastikan kanak-kanak berada dalam perkembangan sosial yang sihat.
Menurut Sullivan, kanak-kanak juga akan mempunyai kawan rapat (chumship ) yang mana perhubungan ini membantu kanak-kanak daripada perasaan egosentrik. Sullivan berpandangan, mempunyai kawan rapat membolehkan kanak-kanak belajar untuk melihat sesuatu perkara daripada pandangan yang lain untuk memberikan kesan kepada kanak-kanak tersebut di mana kanak-kanak akan menanamkan sikap menitiberatkan perasaan orang lain.
Banyak pendapat yang menyatakan bahawa persahabatan kanak-kanak sangat penting. Kawan-kawan membuktikan hubungan yang dijalinkan sesama mereka ( kalangan kanak-kanak ) di mana kawan yang bersedia untuk bermain dan sama-sama melibatkan diri dalam apa jua aktiviti.
Antara cara membantu kanak-kanak rasa hebat tentang dirinya ialah memperlihatkan kasih sayang dengan cara memuji atas usaha yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut. Selain itu, keluarga boleh meluangkan masa bersama dengan cara melakukannya bersama-sama contohnya membaca buku atau pergi berjalan. Selain itu, menggalakkan anak-anak membincangkan apa yang dilakukannya di sekolah. Selain itu, kanak-kanak juga boleh diberikan tanggungjawab mengikut kemampuan kanak-kanak. Dalam pada itu, ibubapa juga perlulah memperihalkan tingkah laku yang baik dan sebaliknya.
Islam sangat menjaga pergaulan antara lelaki dan wanita. Kanak-kanak harus didedahkan lebih awal mengenai hal ini sejak di peringkat tamyiz (peringkat sebelum baligh) lagi. Antara aspek yang sering ditekankan dalam ajaran Islam ialah adab memandang muhrim dan bukan muhrim. Aspek kedua yang harus dijelaskan kepada kanak-kanak ialah aspek penjagaan aurat. Batas-batas aurat lelaki dan
perempuan mestilah diajari sejak awal lagi supaya apabila tiba usia baligh mudah untuk melenturkan anak-anak ini.
Erik EriksonErik Erikson ialah seorang ahli psikososial yang banyak menumpukan kajian kepada perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak. Erikson mengatakan bahawa semua individu melalui lapan peringkat perkembangan yang bersiri dari hari pertama dilahirkan hingga dewasa. Pada setiap peringkat terdapat krisis-krisis yang perlu diselesaikan sebelum boleh berkembang ke peringkat seterusnya. Jika krisis-krisis ini tidak ditangani dengan baik, seseorang individu akan mengalami kesukaran menangani krisis pada peringkat-peringkat yang berikutnya.Peringkat perkembangan emosi kanak-kanak menurut Erikson adalah seperti berikut:a. Percaya lawan Tidak Percaya (trust vs mistrust)Dalam lingkungan usia 0 hingga 18 bulan. Erikson merujuk kepada peringkat ini sebagai peringkat oral-sensori di mana bayi dipengaruhi oleh deria visual dan sentuhan. Perkembangan emosi kanak-kanak bergantung kepada orang dewasa terutamanya ibu bapa untuk memenuhi keperluan fizikal dan emosi. Peringkat ini dianggap peringkat paling penting kerana ia akan mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalamannya. Peringkat rasa kepercayaan ini dibina dalam tahun pertama dan kanak-kanak membina rasa kepercayaan secara berperingkat. Kanak-kanak akan membina rasa ketidakpercayaan jika keperluannya tidak dapat dipenuhi.
Kepercayaan akan memudahkan seorang kanak-kanak menghadapi serta mengatasi masalah dalam hidup. Rasa percaya akan terus dipupuk jika kanak-kanak itu sentiasa berasa selamat disayangi serta diberi perhatian oleh ibu bapa. Sebaliknya, jika keperluan asas pada peringkat ini tidak dirasai, ketidakpercayaan akan menghalang atau melemahkan bayi dalam mengatasi kesulitan hidup dan kanak-kanak akan membesar dengan rasa kecewa, tidak percaya dan ragu-ragu kepada semua orang disekelilingnya.
b. Otonomi lawan Rasa Malu (autonomy vs shame) Dalam lingkungan usia 18 bulan hingga 3 tahun. Pada ketika kanak-kanak berumur 18 bulan, konsep kendiri kanak-kanak mula bertambah. Kanak-kanak mula mengetahui apa yang disebut. Pada peringkat ini kanak-kanak meningkatkan kemahiran berdikari dari segi belajar berjalan, bercakap, makan dan menggunakan tandas. Mereka membina konsep kendiri dan autonomi melalui kemahiran mengawal pergerakan motor kasar. Kebolehan membezakan perlakuan yang betul dan salah juga turut berkembang. Keinginan memiliki kuasa dan keinginan untuk melakukan sesuatu dengan daya usaha sendiri juga turut berkembang. Kanak-kanak akan berasa malu jika tidak diberi kuasa atau merasakan dirinya kurang cekap. Sebaliknya, keyakinan kanak-kanak akan dapat dipupuk apabila dipuji.
Pada peringkat umur ini, kanak-kanak akan merasa takut jika melakukan kesalahan. Tingkah laku yang tidak diingini hendaklah dikawal supaya kanak-kanak tidak merasa malu. Tingkah laku yang positif dan yang diingini juga patut dipuji. Cara ini akan membantu kanak-kanak mengenal dan membezakan jenis-jenis tingkah laku yang digalakkan dan yang perlu dielakkan.
Pada peringkat ini, jika kanak-kanak dimalukan atau dihalang daripada melakukan aktiviti,
perasaan malu akan timbul. Rasa malu ini boleh membuatkan kanak-kanak meragui kebolehannya sendiri, dan mengakibatkan wujud konsep kendiri yang rendah.
c. Inisiatif lawan Rasa Bersalah (initiative vs guilt)Dalam lingkungan usia 3 hingga 5 tahun. Peringkat ini dipanggil peringkat bermain di mana kanak-kanak cuba meniru tingkah laku orang dewasa melalui proses bermain. Kanak-kanak menggunakan inisiatif dan imaginasi mereka untuk mencipta pelbagai situasi permainan dan memainkan peranan sebagai orang dewasa. Dengan cara ini kanak-kanak belajar berbagai kemahiran yang menunjukkan keupayaan menggunakan imaginasi seperti bekerjasama dan memimpin.
Proses ini juga menggalakkan perkembangan kemahiran menyelesaikan masalah, mencari maklumat baru dan membentuk konsep yang berkaitan dengan peranan jantina. Pada peringkat ini, jika kanak-kanak sentiasa diperlakukan supaya rasa bersalah, mereka akan rasa kecewa, takut dan terlalu bergantung kepada orang dewasa. Ini akan mewujudkan keadaan yang kurang membina kemahiran kreativiti, bermain dan aktiviti yang melibatkan imaginasi.
Oleh itu Erikson menegaskan bahawa kanak-kanak perlu digalakkan menjelajah, beraksi dan melakukan aktiviti untuk mendapatkan kepuasan emosi. Jelasnya, kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Pada peringkat 1 hingga 3 tahun kanak-kanak gemarkan aktiviti melukis dan mewarna. Ini kerana aktiviti ini dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera dan lukisan yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.
1. PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI KANAK-KANAK (PRA 3107)
2. PERKEMBANGAN SOSIAL KANAK-KANAK
3. PERKEMBANGAN SOSIAL Satu proses perkembangan yang
membolehkan kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara
yang diterima oleh masyarakat dan budayanya Melibatkan proses
sosialisasi atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran
atau lingkungan sosial
4. PERKEMBANGAN SOSIAL Terdiri daripada kemahiran berinteraksi,
pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri.
Melibatkan proses peniruan, identifikasi kemahiran bermain,
perkembangan kognisi sosial persahabatan dan perhubungan rakan
sebaya
5. KANAK-KANAK AKAN MEMPELAJARI Tradisi kepercayaan nilai dan
adat kumpulan sosial Peraturan-peraturan sosial yang menjadi amalan
kumpulan sosial Budaya-budaya sosial yang bersesuaian Tingkah laku
sosial yang universal merentasi pelbagai kumpulan etnik & budaya
6. PERINGKAT PERKEMBANGAN SOSIAL TEORI PERKEMBANGAN
PSIKOLSOSIAL ERIKSON
7. Menurut Erikson… Perkembangan sosial kanak-kanak mementingkan
hubungan baik/ sosial dengan individu di persekitarannya. Personaliti
seorang kanak-kanak akan dibentuk pada peringkat ini.
Kejayaan/kegagalan mencapai matlamat akan membawa akibat kepada
imej kendiri individu tersebut.
8. 0-1½ TAHUN ( KEPERCAYAAN vs KETIDAK PERCAYAAN) Membina
rasa kepercayaan secara berperingkat Hubungan yang erat dan rapat
dengan ibu bapa Jika gagal ketidakpercayaan akan timbul
Ketidakpercayaan boleh membentuk tingkah laku negatif
9. Implikasinya…. Kepercayaan akan dipupuk sekiranya keperluan
seseorang bayi dapat dipenuhi. Kepercayaan akan terus dipupuk jika
kanak-kanak itu sentiasa berasa selamat, disayangi serta diberi perhatian
oleh ibu bapanya.
10. 1½- 3 TAHUN ( AUTONOMI vs KERAGUAN) Banyak tertumpu pada
perkembangan fizikal Memerlukan sokongan insan terdekat Jika berjaya
dapat sokongan, timbul rasa percaya pada keupayaan diri. Jika gagal
mereka akan ragu-ragu pada keupayaan diri mereka
11. Implikasinya… Jika seseorang kanak-kanak merasakan dirinya kurang
cekap, dia akan berasa malu dan mula meragui kebolehan dirinya. Tingkah
laku kanak-kanak yang sentiasa diterima dan dipuji akan menyebabkan dia
berasa lebih yakin lagi. Tingkah laku yang tidak diingini hendaklah dikawal
dan yang diingini dipuji
12. 4 - 5 TAHUN ( INISIATIF vs RASA BERSALAH) Cuba berdikari Ada
inisiatif untuk melakukan sesuatu sendiri Jika berjaya timbul rasa yakin
pada keupayaan diri. Jika gagal membawa kepada rasa bersalah Perlukan
ibu bapa sebagai sokongan
13. Implikasinya… Melalui galakan yang diberi kepada kanak-kanak untuk
meneroka dan mencuba, mereka akan menyedari keupayaan serta potensi
mereka. Mereka juga akan mula mengetahui yang mereka itu boleh
mengarahkan diri sendiri untuk mencapai sesuatu yang berfaedah.
14. 6 - 11 TAHUN ( RAJIN vs RASA RENDAH DIRI) Membentuk nilai
kendiri yang kuat melalui interaksi dengan rakan sebaya Membentuk
kemahiran-kemahiran tertentu Kegagalan membentuk kemahiran akan
membawa kepada rasa rendah diri atau tiada keupayaan Masih perlukan
ibu bapa sebagai sokongan
15. Implikasinya.. Sekiranya keinginan untuk menjalankan suatu aktiviti
dihalang, maka perasaan rendah diri dan kurang yakin akan terbentuk.
16. PERINGKAT PERKEMBANGAN SOSIAL TEORI PERKEMBANGAN
OLEH ROBERT HAVIGHURST
17. 0-6 TAHUN MEMBEZAKAN JANTINA MULA MEMBENTUK
KEMAHIRAN SOSIAL UNTUK BERKAWAN MULA BELAJAR NILAI
BERTOLAK ANSUR, BERTIMBANG RASA, SEDIA TERIMA PENDAPAT
ORANG LAIN
18. 6 – 12 TAHUN MEMBENTUK KONSEP DIRI SEMAKIN MEMBENTUK
KEMAHIRAN SOSIAL UNTUK BERKAWAN DENGAN RAKAN SEBAYA
BELAJAR BERDIKARI BELAJAR BEZAKAN PERANAN LELAKI DAN
PEREMPUAN
19. CARA PERKEMBANGAN SOSIAL PENIRUAN
MODEL/PEMERHATIAN
20. KONSEP TEORI PERSAHABATAN ( 3 TAHAP- Robert Selman)
TAHAP 1- berlaku semasa kanak-kanak prasekolah. Sahabat dianggap
kawan sepermainan sahaja. TAHAP 2- pembentukan karekteristik pada
permulaan persekolahan. Kawan adalah sahabat setia yang boleh
dipercayai & diharapkan untuk membantu. TAHAP 3- Persahabatan lebih
kepada hubungan intim, hubungan yang matang dan nilai persahabatan
mula difahami
21. BAGAIMANA SOSIAL BERKEMBANG MELALUI PENIRUAN DAN
PEMERHATIAN ATAU MODEL? RAKAN SEBAYA Sahabat sebagai agen
peneguhan Memberi sokongan dan persetujuan positif kepada sahabat
dalam bentuk senyuman, menawarkan bantuan, memuji dan sebagainya.
Menerima segala kelemahan dan kebaikan seseorang sahabat Berkongsi,
menerima idea-idea kanak-kanak yang lain, membenarkan kanak-kanak
lain bermain bersama-sama, bekerjasama dan lain-lain. Sahabat sebagai
model sosial Memperoleh pengetahuan serta mempelajari gerak balas
tertentu dengan memerhati tingkah laku sahabatnya. Kanak-kanak gemar
meniru tingkah laku kanak-kanak yang popular dan sesiapa yang lebih
rapat dengannya.
22. BAGAIMANA INTERAKSI RAKAN SEBAYA, PERSAHABATAN, DAN
JANTINA BOLEH MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KECEKAPAN
SOSIAL RAKAN SEBAYA DAN PERSAHABATAN Interaksi positif dengan
rakan membolehkan kanak-kanak memperoleh semangat bersaing serta
kemahiran penyesuaian dengan orang lain. (kajian Harlow 1962). Interaksi
antara kanak-kanak boleh mempercepatkan perkembangan kognitif
seseorang kanak-kanak. Contohnya : seorang kanak-kanak pendiam akan
mengalami perubahan hampir 80% apabila belajar bercakap daripada
rakan yang gemar bercakap. JANTINA Kanak-kanak lebih memberi
peneguhan kepada rakan sejantina kerana mereka lebih gemar
berinteraksi dengan sahabat yang sejantina. Kanak-kanak akan bijak
mengawal dan mengenalpasti had-had batasan pergaulan sosial dengan
rakan berlainan jantina.
23. TINGKAH LAKU PROSOSIAL Perkembangan perasaan empati kanak-
kanak menunjukkan perasaan prihatin terhadap mereka yang lemah.
Cenderung untuk menunjukkan sikap membantu dan bekerjasama Tingkah
laku untuk bekerjasama dan keinginan untuk berkongsi boleh
dipertingkatkan melalui teladan dan peneguhan
24. TINGKAH LAKU ANTISOSIAL Tingkah laku agresif, intrusif, disruptif,
asertif dan suka mengawal orang lain, melakukan keganasan atau
mencederakan orang lain Tingkah laku antisosial kanak-kanak –
berbohong, bergaduh, mencuri dan lari dari rumah Punca – modelling ,
kegagalan mencapai matlamat (kecewa)
25. TINGKAH LAKU SOSIAL SEMASA BERMAIN PENIRUAN SUKA
BERTANDING BERKAWAN SETIA BEKERJASAMA SIMPATI
PENGIKTIRAFAN SOSIAL
26. IMPLIKASI TERHADAP P&P Beri peluang dan sokongan untuk
mencuba pelbagai aktiviti mengikut kebolehan Jangan menghukum jika
tersalah langkah Peraturan bersifat ringkas & mudah difahami Berikan
pujian/ motivasi apabila kanak-kanak tunjukkan inisiatif Laksanakan
kurikulum yang meransang perkembangan- Galakkan persaingan secara
sihat Gunakan kaedah bermain/ elemen permainan Galakkan kanak-kanak
kemuka/ bertanyakan soalan- guru perlu berikan maklum balas.
1. PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI KANAK-KANAK
DISEDIAKAN OLEH : ANONYMOUS
Daniel Goleman: “sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri di
bawah keadaan psikologikal dan biologikal, serta ada
kecenderungan yang berbeza-beza untuk bertindak.” merujuk
kepada keupayaan seseorang menjalinkan hubungan dengan
orang lain.2. DEFINISI SOSIO-EMOSI
keupayaan kendiri merupakan perkara yang sangat penting dalam
perkembangan sosio-emosi. Albert Bandura (1986): - Keupayaan
kendiri merupakan keyakinan individu dalam melakukan sesuatu
aktiviti.3.
Pembinaan keyakinan menghadapi cabaran kehidupan harian.
Pembinaan kemahiran sosial. Kesedaran tentang keperluan,
perasaan dan pandangan orang lain. Pencapaian emosi yang
positif. Kesedaran dan pengurusan kendiri. 4. • Secara
keseluruhan, kebanyakan tokoh2 berpendapat bahawa kanak-
kanak perlu didedahkan mengenai :
5. TEORI PERKEMBANGAN SOSIO-EMOSI• Diperkenalkan Erik
Erikson.• Beliau menyatakan: • setiap peringkat tingkah laku positif
dan negatif akan timbul yang menyebabkan penyesuaian
psikologikal kerana konflik emosinya. • terdapat beberapa konflik
serta ciri-ciri nya dari peringkat bayi sehingga tua.
Ingin memiliki kuasa. malu berhadapan dengan orang. malu
jika tidak diberi kuasa. melakukan sesuatu dengan usaha sendiri.
Awal kanak-kanak (1½-3) ketidakpercayaan akan membentuk
tingkah laku negatif. membina rasa ketidakpercayaan jika
keperluannya tidak dapat dipenuhi. membina rasa kepercayaan
secara peringkat. Bayi (0-1½) 6. CIRI-CIRI PERKEMBANGAN
EMOSI• Peringkat konflik
penguasaan kemahiran asas fizikal dan sosial. berasa amat
rendah diri jika dikritik. ingin berjaya. ingin menguasai sesuatu.
Kanak-kanak (6-11) mampu bergerak lebih cepat.
pemahaman pembelajaran yang cepat. berasa serba salah jika
ketawa. membentuk sikap negatif . peka kepada yang betul
dan salah. Awal kanak-kanak tadika (3-6) 7.
sesetengah individu yang gagal kerana pengalaman kecewaan,
terus keterasingan. berusaha membentuk ikatan kemesraan.
berusaha terus mencari identiti. Awal dewasa ( 21-25)
pembentukan konsep kendiri positif dan negatif. menjaga
perubahan bentuk badan dan imej. cuba memahami diri sendiri.
krisis identiti. Remaja (12-20) 8.
menggalakkan proses pembelajaran melalui prinsip belajar melalui
bermain iaitu aspek keseronokan merupakan hak bagi setiap
kanak-kanak.John Dewey (1852 – 1859): membenarkan kanak-
kanak melakukan aktiviti yang kreatif. memberi peluang kepada
murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan
bermakna. Bermain: 9. PENDEKATAN PEMBELAJARAN
kanak-kanak ini berdiri memerhati kanak-kanak lain bermain tetapi
tidak melibatkan diri dalam permainanMain pemerhatian
kanak-kanak bermain sendirian, tidak melibatkan kanak- kanak
lain yang duduk berhampiran dengannya. Main sendirian
kanak-kanak bergerak di dalam kelas dari satu tempat ke tempat
lain sambil memerhati tetapi tidak bermain. Perlakuan tidak
menentu. Kategori main: 10.
kanak-kanak ini bermain dalam bentuk sosial dan melibatkan
permainan bersama dan berkongsi aktiviti.Main koperatif
kanak-kanak ini berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan
berkongsi peralatan mainan tetapi tidak bersama dalam aktiviti
main.Main selari 11.
12. KEPENTINGAN PERMAINAN DALAM
PERKEMBANGANSOSIO-EMOSI KANAK-KANAK• Kanak-kanak
belajar bagaimana mengadakan perhubungan sosial.• Kanak-
kanak belajar bagaimana menyelesaikan masalah apabila
berlaku.• Kanak-kanak belajar menjadi pemimpin dan pengikut.•
Kanak-kanak belajar bekerjasama dan bertolak ansur.• Kanak-
kanak belajar untuk berjimat cermat dan nasihat menasihati