5.0 Komunikasi Khalayak_teknik Penyampaian
-
Upload
siti-armyza-jaafar -
Category
Documents
-
view
268 -
download
4
description
Transcript of 5.0 Komunikasi Khalayak_teknik Penyampaian
KOMUNIKASI KHALAYAK(Kumpulan 1)
KPLI-SR BI(SK) JAN 2011Nur Hafizah binti RamlySuziana binti Abu Bakar
Khariani binti Omar
KONSEP KOMUNIKASI KHALAYAK• Memahami khalayak sangat penting bagi kejayaan sesuatu
proses komunikasi. • Ucapan yang berjaya ialah ucapan yang boleh
membangkitkan tindak balas yang diingini daripada khalayak.
• Oleh itu, sebelum kita memulakan sesuatu proses komunikasi, adalah disarankan supaya kita menyelidik terlebih dahulu siapa di khalayak kita.
• Dalam konteks komunikasi awam pula, penerima sesuatu utusan itu dikenali sebagai khalayak kerana penerima sesuatu utusan itu dikenali sebagai khalayak kerana penerima utusan terdiri jumlah individu yang ramai.
KONSEP KOMUNIKASI KHALAYAK• Penyampai: Individu atau sesuatu yang
menjadi punca sesuatu komunikasi bermula.• Khalayak : Khalayak terdiri daripada individu
yang memilih untuk mendedahkan diri kepada sesuatu utusan yang disampaikan oleh sesuatu sumber komunikasi.
• Mesej : Sesuatu yang ingin disampaikan dalam bentuk perasaan,fikiran,pendapat atau fakta.
JENIS KHALAYAK
MATLAMAT KOMUNIKASI KHALAYAK
MENGANALISIS KHALAYAK UNTUK KEMUDAHAN KOMUNIKASI
KOMUNIKASI KHALAYAK
TEKNIK PENYAMPAIAN
1.PERMULAAN
2.PENYUSUNAN
IDEA
3.GAYA
PENYAMPAIAN
4.PENUTUPAN
TEKNIK PENYAMPAIAN
g.Mengemukakan pendapat tokoh atau sumber rujukan.
f.Menggunakan alat bantu seperti gambar dan rajah
e.Dihuraikan fakta dan isi dengan jelas
d.Setiap isi mempunyai pertalian
c.Memberi contoh-contoh yang berkaitan
b.Menggunakan bahasa yang mudah difahami
a.Memahami tajuk/topik yang disampaikan
1.PERMULAAN
MEMBUAT PERSIAPAN TAJUK
MEMBUAT PERSIAPAN DIRI
a.Berpakaian kemas,bersih dan sesuai dengan situasib.Air muka sentiasa menunjukkan
keyakinan dan bersedia
c.Melangkah dengan tenang dan sopan
d.Sentiasa membuat latihan berucap
e.Bersedia menggunakan alat bantu
f.Sentiasa muhasabah diri
g.Tidak cepat panik.
Terima kasih tuan Pengerusi Majlis. Yang Berbahagia Datin Hajah Rokaiyah binti Bujang, selaku pengarah Pelajaran negeri Sarawak. Yang Berusaha Dato’ Jessie Limbang, Yang dihormati, Cikgu Barbara, guru besar SK Methodis, serta hadirin yang dihormati sekalian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Saya Datin Hajah Nuur Aisyah bt. Haji Jas wakil dari Bahagian Pendidikan Guru akan menyampaikan sebuah taklimat yang bertajuk “Penerapan Nilai Murni di Sekolah”. Baiklah saudara dan saudari sekalian. Matlamat dan tindakan tertentu yang dilaksanakan oleh seseorang ditentukan oleh nilai. Ini kerana nilai merupakan satu prinsip atau garis panduan yang menyediakan anggota masyarakat untuk menjalani kehidupan. Menurut Clyde Kluckhohn, nilai adalah suatu standard yang agak berkekalan dari segi masa, atau dalam pengertian yang luas, suatu standard yang mengaturkan satu sistem perlakuan. Beliau juga menakrifkan nilai sebagai sesuatu yang lebih disukai, baik mengenai hubungan sosial, mahupun mengenai matlamat- matlamat serta ikhtiar untuk mencapainya. Nilai murni masih belum dapat diterapkan dengan memuaskan di kalangan pelajar di sekolah berasaskan masalah disiplin yang dilaporkan oleh para penyelidik dan akhbar tempatan. Penyelidikan ini dijalankan terhadap kesedaran pentingnya membina insan yang berakhlak, dan pentingnya peranan guru di sekolah dalam membentuk sahsiah murid.
CONTOH UCAPAN
Dalam pendidikan, penerapan nilai murni berlaku secara bersahaja dan tidak langsung. Strategi penerapan nilai secara yang tidak langsung ini penting kerana nilai tidak boleh diajar secara formal seperti matapelajaran lain. Ini merupakan satu penghayatan dan pengusahaan secara beramal bukan sekadar peringatan atau penghafalan. Bagi strategi yang mempunyai kaitan langsung dengan isi pelajaran, pendekatan kognitif dalam bentuk perbincangan dapat dilakukan. Contohnya, fakta- fakta sejarah dan cerita-cerita dalam matapelajaran sastera umpamanya akan dapat dibincang melalui isu-isu yang dapat dikaitkan secara langsung dengan unsur nilai yang dipegang oleh pelajar atau nilai sejagat tertentu.
PENYUSUNAN IDEA
• Susunan idea mestilah tertib dan teratur dan mengikut keutamaan idea.
• Isi di dalam komunikasi khalayak mestilah logik.
• Gambarajah atau data-data boleh digunakan bagi menyokong komunikasi tersebut.
GAYA PENYAMPAIA
N
Kelancaran
Nada dan intonasi
Kecekapan berbahasa
Gaya penyampaian
KELANCARANKeyakinan terhadap diri
Pandang tepat ke arah audienTidak kerap merujuk nota
‘pause’Kawalan masa
Elakkan gangguan wacanaTempo yang sederhana
NADA DAN INTONASINada tinggi dan bersemangat
Nada perlahanNada tinggi dan suara lantang
Jangan menjerit
KECEKAPAN BERBAHASA• Pemilihan perkataan yang tepat
dan bahasa yang gramatis• Aras bahasa yang sesuai
dengan audien• Menyelitkan unsur keindahan
bahasa-pantun, peribahasa• Bahasa yang bertatasusila dan
beradap
GAYA PENYAMPAIANGerak tangan, mata, dan badan
Jangan kaku dan beraksi berlebihan
Mimik muka mengikut penekanan suara
Wujudkan kontak mata yang sesuai dengan audien
Pakaian yang kemas dan bersesuaian
• Kata-kata yang membayangkan penyampaian akan diakhiri dan merumuskan segala isi yang disampaikan.
• Contoh: Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati, Sebagai penutup, marilah kita sama-sama menghayati dan mengamalkan kata- kata mantan Perdana Menteri kita, Tun Abdullah sempena Majlis Pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni Peringkat Kebangsaan yang berbunyi: "Pembangunan modal manusia menjadi sangat penting kepada negara pada masa depan dan mereka ini mestilah berkualiti, kualiti bukan sahaja dari segi pendidikan, kepakaran, tetapi juga dari segi nilai moral yang tinggi, bertanggungjawab dan mengutamakan nilai-nilai murni dalam kehidupan" "Negara akan menjadi agung jika warganya terdiri daripada insan-insan yang mengamalkan budaya murni."
PENUTUPAN