Kemunculan dan perkembangan tamadun islam di makkah & madinah
5.0 Faktor Perkembangan Tamadun
-
Upload
ibrahim-kamal -
Category
Documents
-
view
96 -
download
1
description
Transcript of 5.0 Faktor Perkembangan Tamadun
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA PERKEMBANGAN TAMADUN-TAMADUN
UTAMA DUNIA
Selepas sesebuah tamadun itu muncul, ia mula menunjukkan perkembangan dalam
fasa yang tertentu. Banyak faktor yang membawa kepada perkembangan tersebut antaranya
ialah disebabkan oleh pertambahan penduduk. Perkembangan tamadun awal manusia
merupakan satu proses yang berlaku secara beransur-ansur tetapi berterusan. Pada peringkat
awal perkembangan, manusia hidup dalam kumpulan-kumpulan kecil dan menjalankan aktiviti
memburu dan mengumpul makanan dalam kehidupan seharian. Seterusnya, manusia semakin
bertamadun apabila mereka hidup dalam kumpulan yang lebih besar dan memiliki satu
penempatan tetap serta mula menjalankan pelbagai kegiatan lain seperti bercucuk tanam,
menternak, membuat alat-alat senjata dan sebagainya.
Perkembangan tamadun berterusan apabila penempatan mereka mula mengalami
proses urbanisasi dan berkembang menjadi negara kota yang diperintah oleh seseorang ketua
dengan sistem pentadbiran dan perundangan yang tersusun serta sistem sosial yang teratur.
Dengan pertambahan penduduk yang pesat wujudlah sebuah masyarakat yang lebih dinamik
dan berdaya maju. Penduduk-penduduk yang semakin bertambah mula berkongsi idea dalam
melahirkan ciptaan-ciptaan bagi meningkatkan operasi pengeluaran serta bagi memudahkan
kerja-kerja harian mereka. Selain itu, mereka mula mengamalkan pengkhususan kerja dengan
menunjukkan kemahiran dalam beberapa hal seperti menenun kain daripada bulu binatang dan
gentian tumbuh-tumbuhan dengan menggunakan alat tenunan.
Faktor kedua yang menyumbang kepada perkembangan sesebuah tamadun adalah
apabila wujudnya sistem tulisan dan bahasa. Penciptaan sistem tulisan telah menjadi asas
kepada penambahan pengetahuan dan seterusnya telah membantu dalam melancarkan lagi
sistem pengurusan ekonomi. Tulisan telah digunakan untuk merekod hal-hal berkaitan agama,
pentadbiran dan perdagangan. Sistem tulisan yang terawal wujud antaranya ialah hieroglif yang
telah digunakan dalam tamadun Mesir, sistem tulisan cuneiform dalam tamadun Mesopotamia,
dan sistem tulisan ideogram dalam tamadun Hwang Ho. Asas kepada sistem tulisan tersebut
adalah lebih kepada bentuk gambar, simbol dan juga pepaku.
Manakala bahasa pula memainkan peranan yang penting dalam perkembangan
tamadun lantaran peranan bahasa itu sendiri dalam kehidupan masyarakat. Bahasa bukan
semata-mata alat untuk perhubungan harian, ia juga menjadi punca dalam pencarian dan
penyampaian ilmu pengetahuan. Antara bahasa yang tertua ialah bahasa Yunani dan bahasa
Sanskrit. Kewujudan system tulisan dan bahasa telah membantu perkembangan sesebuah
tamadun. Apabila mereka mula merekod setiap aktiviti kehidupan sebagai rujukan untuk
penambahan ilmu pengetahuan serta membantu dalam melicinkan pengurusan ekonomi. Selain
itu, golongan pendeta juga telah menggunakan tulisan untuk menghasilkan karya-karya sastera
seperti epic Gilgamesh dalam tamadun Mesopotamia, epic Mahabrata dan Ramayana dalam
tamadun Indus.
Faktor seterusnya yang membawa kepada perkembangan sesebuah tamadun adalah
apabila wujudnya penciptaan roda yang telah dicipta oleh tamadun Mesopotamia. Tumpuan
penduduk di satu-satu kawasan terus menggalakkan kewujudan masyarakat yang lebih
dinamik. Idea-idea serta ciptaan-ciptaan baru mula berkembang dengan mudah. Corak
pengangkutan juga berubah apabila roda dicipta dan seterusnya telah mempercepatkan
perkembangan dalam industri terutamanya industri kerja tangan bagi memenuhi keperluan
agama dan sosial. Roda turut meningkatkan daya produktiviti manusia apabila ia mula
digunakan sebagai alat industri yang menyebabkan setiap barangan terhasil dalam bentuk
seragam dan dijadikan sebagai barangan eksport.
Teknologi roda kemudiannya terus diguna pakai dalam sesebuah masyarakat sebagai
peroda untuk menghasilkan barangan seperti tembikar, sebagai pelincir untuk menarik pedati
(kereta kuda) bagi tujuan membawa hasil pertanian ke pelabuhan serta digunakan pada kincir
air dalam sistem pengairan untuk mengalirkan air ke kawasan tandus dan meningkatkan hasil
pertanian di samping mengawal banjir. Hal tersebut telah menyebabkan perkembangan yang
pesat bagi sesebuah tamadun dan menjadikan kehidupan mereka bertambah maju. Roda
seterusnya telah menggalakkan pertumbuhan perdagangan dengan tamadun-tamadun lain
seperti perdagangan antara Mesir dan Mesopotamia dan juga antara Mesopotamia dengan
Mohenjo-Daro.
Satu lagi faktor penyumbang terhadap perkembangan tamadun adalah agama dan
kepercayaan merupakan satu ciri penting dalam pembentukan sesuatu tamadun. Ia adalah
penting untuk mengatur tatacara hidup masyarakat dan juga bertindak sebagai alat untuk
memupuk semangat perpaduan. Perkembangan agama dan kepercayaan kebanyakannya
terpengaruh dengan kepercayaan animisme dan berdasarkan mimpi. Mereka mempercayai
bahawa setiap benda mempunyai roh si mati agar tidak ditimpa malapetaka dan bencana alam
seperti banjir, kemarau, gempa bumi dan sebagainya. Pemujaan unsur alam semesta telah
menjadi satu amalan yang penting untuk mendapatkan hasil tanaman yang baik. Kepercayaan
yang sedemikian rupa telah menguatkan lagi penyembahan berhala untuk mendapatkan
perlindungan.