5 sn tirani bina teknik plot
-
Upload
saharuddin-abdullah -
Category
Education
-
view
274 -
download
11
Transcript of 5 sn tirani bina teknik plot
![Page 1: 5 sn tirani bina teknik plot](https://reader034.fdocuments.net/reader034/viewer/2022042422/5a6551eb7f8b9af50b8b49cd/html5/thumbnails/1.jpg)
BINAAN DAN TEKNIK PLOT NOVEL TIRANIBEB SABARIAH
Karya : umi athirah bt suyanto
Nur ain adibah bt mohamad shabudin
![Page 2: 5 sn tirani bina teknik plot](https://reader034.fdocuments.net/reader034/viewer/2022042422/5a6551eb7f8b9af50b8b49cd/html5/thumbnails/2.jpg)
BINAAN PLOT
PERKEMBANGAN PERUMITAN
KLIMAKS PELERAIAN
![Page 3: 5 sn tirani bina teknik plot](https://reader034.fdocuments.net/reader034/viewer/2022042422/5a6551eb7f8b9af50b8b49cd/html5/thumbnails/3.jpg)
PENGENALAN
Pengarang memperkenalkan watak Waheeda yang sedang melayari laman sesawang berkaitan perihal kecantikan wajah dan pembedahan plastik pada wajah.Waheeda mempunyai keinginan yang tinggi untuk melakukan pembedahan plastik pada wajah yang bertujuan untuk membaiki,memulih serta menjaga kekemasan diri.
![Page 4: 5 sn tirani bina teknik plot](https://reader034.fdocuments.net/reader034/viewer/2022042422/5a6551eb7f8b9af50b8b49cd/html5/thumbnails/4.jpg)
perkembangan
Waheeda telah dicederakan oleh seekor monyet belanda pada wajah dan hidungnya menyebabkan Waheeda dikejarkan ke hospital oleh fadhil sambil ditemani oleh ibunya ,Raidah.Waheeda menaiki pesawat ke Singapura untuk bertemu dengan Dr.Ama Hollis chen yang bertugas di Silicon Medical Center SMC yang akan menguruskan pembedahan mata dan hidungnya.Waheeda menjalani pembedahan pembetulan pada kelopak mata yang dijalankan oleh Dr.Shirrim mankala pembedahan hidungnya dijalankan oleh Dr.Averroes atau Dr.Rushdi.Selain itu,waheeda mendapat tawaran bekerja di Flamingo De La Rossa sebagai pegawai perhubungan awam.Waheeda berkenalan buat kali pertama dengan Zahid di Flamingo.
![Page 5: 5 sn tirani bina teknik plot](https://reader034.fdocuments.net/reader034/viewer/2022042422/5a6551eb7f8b9af50b8b49cd/html5/thumbnails/5.jpg)
konflik
Majlis pertunangan antara Waheeda dengan Zahid dibatalkan dan digantikan dengan majlis pertunangan antara Ghazi dan Fatimah.Majlis berlangsung dengan meriahnya .Pada suatu hari,Zahid mencari Waheeda selepas dia tidak muncul di restoran pada waktu makan tengah hari.Tiba-tiba Zahid menemui Waheeda di sebuah penginapan bersama seorang lelaki di chalet tajau emas yang mewujudkan perasaan cemburu dan salah sangka atas kesetiaan Waheeda itu.Selepas Waheeda selamat melahirkan bayi perempuan di hospital pakar normah,Zahid tidak datang menjenguk isteri dan bayinya.Waheeda meminta dan merayu suaminya agar melihat keputusan DNA apabila Zahid mempertikaikan status Izzati sebagai anak kandungnya.
![Page 6: 5 sn tirani bina teknik plot](https://reader034.fdocuments.net/reader034/viewer/2022042422/5a6551eb7f8b9af50b8b49cd/html5/thumbnails/6.jpg)
klimaks
Zahid bertekad untuk menceraikan Waheeda dengan talak satu berpunca daripada perasaan cemburu dan sikap curiganya yang melampau itu.Waheeda mengalami kemurungan dan migrain meroyan akibat tindakan Zahid yang kejam itu kerana dia terlalu mencintai suaminya.
![Page 7: 5 sn tirani bina teknik plot](https://reader034.fdocuments.net/reader034/viewer/2022042422/5a6551eb7f8b9af50b8b49cd/html5/thumbnails/7.jpg)
peleraian
Ghazi dan Raidah menemani Waheeda mendapatkan rawatan dan khidmat kaunseling di pusat rawatan islam (PUSRAWI) Kuala Lumpur.Waheeda dan Ghazi membeli dan mengusahakan chalet Iwana-Iwani milik pak cik Abdul Aziz yang terletak di Cameron Highland dengan menukarkan nama chalet tersebut kepada aya-sajina.Kebetuan,Zahid dan Aiman menginap di chalet tersebut.mereka sedang berehat dan bersembang tentang pelbagai perkara terutama perihal keinsafannya atas kesilapan masa silam.Zahid menangis apabila memberitahu dan mengesahkan bahawa Izzati merupakan anak kandungnya dan waheeda,insan yang dicarinya selama iniZahid meluahkan penyesalannya atas kesalahan besarnya terhadap waheeda dan Izzati.Lais menenangkan Zahid dan Waheeda manakala Izzati pula memujuk ibunya agar memaafkan kesalahan bapanya, Zahid.
![Page 8: 5 sn tirani bina teknik plot](https://reader034.fdocuments.net/reader034/viewer/2022042422/5a6551eb7f8b9af50b8b49cd/html5/thumbnails/8.jpg)
Teknik plot
pemerian dialogImbas
kembali
Imbas muka
saspens kejutan
monolog konflik
![Page 9: 5 sn tirani bina teknik plot](https://reader034.fdocuments.net/reader034/viewer/2022042422/5a6551eb7f8b9af50b8b49cd/html5/thumbnails/9.jpg)
Teknik pemerian
Maksudpenceritaan tentang sesuatu peristiwa atau keterangan tentang sesuatu watak secara langsung oleh pengarang
Contohpengarang memerihalkan upacara menyarungkan cincin perkahwinan pengantin lelaki di jari pengantin perempuan.
Waheeda tersenyum mengalu-alukan mak cik Hazimah ibu saudara Zahid lalu menghulurkan tangan kanannya.Hazimah menyarungkan cincin pemberian Zahid di jari manis bagi memnatapkan ikatan perkahwinan mereka.Waheeda berengsot dan mencium tangan suaminya.Zahid merapatkan wajahnya ke hadapan lalu mencium dahi isterinya.
![Page 10: 5 sn tirani bina teknik plot](https://reader034.fdocuments.net/reader034/viewer/2022042422/5a6551eb7f8b9af50b8b49cd/html5/thumbnails/10.jpg)
Teknik dialog
MaksudPertuturan antara watak yang terpapar dalam cerita.
ContohPerbualan antara Mat Mekanik dengan Waheeda berhubung degan potret Dayang Ranee yang akan dibingkaikan.
“Tak pernah pun saya tengok orang Sarawak berkelubung seperti ini,Cik Eda?”kata Mat seperti meminta kepastian .(hlm 28)“Tudung kepala yang bertaburkan sulaman bunga emas ialah tudung keringkan bertatah benang emas namanya,jangan tak tau.Nanti pelancong tanya nak jawab apa?”terang Waheeda“Ni,yang berselimpang di bahunya ,songket,Songket Kain Brunei ataupun Jong Sarat,”katanya sambil tangan mencecah gambar.Berkerut dahi Mat menyoroti jari Waheeda
![Page 11: 5 sn tirani bina teknik plot](https://reader034.fdocuments.net/reader034/viewer/2022042422/5a6551eb7f8b9af50b8b49cd/html5/thumbnails/11.jpg)
Teknik imbas kembali
MaksudIngatan sesatu watak terhadap peristiwa atau kejadian yang telah berlaku atau yang telah dialaminya.
ContohWaheeda terkenang akan kata-kata semangat ayahnya semasa dia dan Ghazi berada d dalam kereta sewaktu perjalanan pulang dari banglo mewah Pk cik Aziz di Jalan Setiakasih ke apartmen kelarga mereka di Bukit Tiara,Kajang.
Buktikan matlamat hidup kita binalah kejayaan,laksanakan tugasan sebaik-baiknya dan gunakan kuasa kita dengan betul dan bijaksana .Tiba-tiba dia terkenang akan kata-kata ayahnya,insan tanpa kejayaan umpama mati sebelum ajal(hlm,299).
![Page 12: 5 sn tirani bina teknik plot](https://reader034.fdocuments.net/reader034/viewer/2022042422/5a6551eb7f8b9af50b8b49cd/html5/thumbnails/12.jpg)
Teknik imbas muka
MaksudTeknik atau cara pengarang memberikan bayangan awal atau ramalan tentang sesuatu peristiwa yang berlaku
ContohKetika menantikan kedatangan doktor yang akan menjalankan pembedahan ke atas dirinya,Waheeda membayangkan keadaan dirinya yang seumpama disembelih hidup-hidup semasa proses pembedahan itu nanti.
Terbayang-bayang pula keadaan dia disembelih hidup-hidup.Kecut hatinya memikirkan betapa sakitnya waktu itu(hlm.86)
![Page 13: 5 sn tirani bina teknik plot](https://reader034.fdocuments.net/reader034/viewer/2022042422/5a6551eb7f8b9af50b8b49cd/html5/thumbnails/13.jpg)
Teknik Saspens
MaksudKetegangan yang bermaksud peristiwa dalam novel yang menimbulkan keadaan tertanya-tanya atau perasaan ingin tahu daam kalangan pembaca tentang peristiwa yang akan berlaku selanjutnya.
Contoh Peristiwa monyet berhidung besar atau monyet Belanda yang menyerang Chalet Tajau Emas menyebabkan suasana menjadi kelam-kabut apabila penghuni dan pekerja-pekarja lain bertempiaran untuk menyelamatkan diri daripada digigit monyet itu.Kesan daripada peristiwa ini,pembaca tertanya-tanya tahap keselamatan sebenar dan kesan pengoperasiaan chalet itu daripada aspek tempahan daripada pengunjung yang akan menginap di chalet itu pada masa hadapan
![Page 14: 5 sn tirani bina teknik plot](https://reader034.fdocuments.net/reader034/viewer/2022042422/5a6551eb7f8b9af50b8b49cd/html5/thumbnails/14.jpg)
Teknik Kejutan
MaksudPerubahan dalam urutan peristiwa yang berlaku secara tiba-tiba tanpa diduga oleh pembaca .
Contoh
Ketika peristiwa serangan monyet Belanda di Chalet Tajau Emas.Pembaca tidak menyangka bahawa monyet-monyet itu bertindak agresif hingga sanggup mencedarakan orang-orang yang berada di situ,iaitu Waheeda.
![Page 15: 5 sn tirani bina teknik plot](https://reader034.fdocuments.net/reader034/viewer/2022042422/5a6551eb7f8b9af50b8b49cd/html5/thumbnails/15.jpg)
Teknik monolog(dalaman)
MaksudKata hati atau pengucapan batin sesuatu watak sama ada ditujukan kepada dirinya sendiri atau kepada orang lain.
ContohWaheeda bermonolog ketika teruja dan seronok untuk melakukan pembedahan plastik di wajahnya.
‘pembedahan plastik,hmm...perkataan magis,jika boleh rasa nak buat sekarang juga,’bisik hati berbaur degan keseronokan yang semakin sukar dibendung.(hlm 1)
![Page 16: 5 sn tirani bina teknik plot](https://reader034.fdocuments.net/reader034/viewer/2022042422/5a6551eb7f8b9af50b8b49cd/html5/thumbnails/16.jpg)
Teknik Konflik
MaksudMerupakan pertentangan antara dua pihak atau dua kekuatan dalam satu urutan plot
ContohKonflik antara watak Waheeda dengan bapanya,Fadhil.Konflik ini tercetus apabila bapanya berkeras dan secara tegas tidak mengizinkan anaknya,Waheeda menjalankan pembedahan kosmetik kerana bertentangan dengan ajaran agama Islam.
![Page 17: 5 sn tirani bina teknik plot](https://reader034.fdocuments.net/reader034/viewer/2022042422/5a6551eb7f8b9af50b8b49cd/html5/thumbnails/17.jpg)
SEKIAN ...TERIMA KASIH