5) SKEMA SET 1 BAHASA MELAYU PT3.pdf
-
Upload
ting-shiang -
Category
Documents
-
view
645 -
download
48
Transcript of 5) SKEMA SET 1 BAHASA MELAYU PT3.pdf
-
TERHAD
PANDUAN PENSKORAN LATIHAN PT3 SET 1
Bahagian A
(25 markah)
Soalan 1
Dalam setiap ayat di bawah , terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan
kesalahan tersebut dan tulis jawapan pada ruangan yang disediakan.Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
i. Setiap hari Aminah bangun dari tidur pada pukul 6.00 pagi .
dari- daripada
ii. Kemasukan pelbagai perencah termasuklah cili sos dapat menyedapkan rasa
masakan.
Cili sos - sos cili
iii. Kerja-kerja memperdalamkan longkang itu dijalankan bagi mengelakkan
banjir.
Memperdalamkan- memperdalam/mendalamkan
iv. Sudah lama hamba menunggu kedatangan awakkata Hang Nadim.
Awak - tuan hamba
(8 markah)
* 1 markah diberikan untuk tugasan menggariskan kesalahan
* 1 markah diberikan untuk tugasan membetulkan kesalahan
-
TERHAD
Soalan 2
Dalam setiap ayat di bawah , terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan
kesalahan tersebut.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
i. Remaja itu menontun basikal yang rosak itu ke sebuah bengkel.
Menontun - menuntun
ii. Di negara-negara maju keretapi merupakan pengangkutan awal pilihan
utama para penduduknya.
Keretapi - kereta api
iii. Abang berjanji untuk mengambil adik di stesyen bas Ipoh.
Stesyen - stesen
(3 markah)
Soalan 3
Tukarkan ayat ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksudnya.
i. Ayah memanggil adik yang sedang bermain badminton di halaman rumah.
Adik yang sedang bermain badminton di halaman rumah dipanggil oleh ayah.
ii. Kami menyiapkan semua tugasan yang telah diberikan oleh guru.
Semua tugasan yang telah diberikan oleh guru kami siapkan.
iii. Pakar bedah telah menyampaikan taklimat ringkas tentang prosedur
pembedahan kepada para doktor pelatih di hospital itu.
Taklimat ringkas tentang prosedur pembedahan telah disampaikan oleh pakar
bedah kepada para doktor pelatih di hospital itu.
iv. Guru baharu itu mengajarkan mata pelajaran Sejarah.
Mata pelajaran Sejarah diajarkan oleh guru baharu itu.
v. Mereka yang banyak membaca dapat menimba ilmu pengetahuan yang luas.
Ilmu pengetahuan yang luas dapat ditimba oleh mereka yang banyak
membaca.
-
TERHAD
Soalan 4
Peribahasa
MARKAH KRITERIA
2 markah - Peribahasa yang tepat berdasarkan gambar
1 markah - Peribahasa yang hampir tepat dengan maksud - Penggunaan istilah / kata yang kurang tepat tetapi tidak
menjejaskan maksud
0 markah - Peribahasa yang tidak tepat berdasarkan gambar - Penggunaan perkataan yang menjejaskan maksud peribahasa - Peribahasa yang tidak lengkap
i.Bagai anjing dengan kucing
ii.Bagai Pungguk rindukan bulan
Soalan 5 dan Soalan 6
MARKAH KRITERIA
3 markah - Isi dinyatakan dengan cukup serta lengkap dan ayat gramatis
2 markah - Isi cukup tetapi ayat kurang gramatis
- Isi tidak cukup tetapi ayat gramatis
1 markah - Isi tidak cukup dan ayat kurang gramatis
0 markah - Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis.
- Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis.
MARKAH KRITERIA
4 markah - Isi cukup dan relevan mengikut tugasan serta ayat gramatis.
3 markah - Isi cukup dan relevan mengikut tugasan tetapi ayat kurang
gramatis.
2 markah - Isi tidak cukup tetapi relevan mengikut tugasan dan ayat gramatis.
1 markah - Isi tidak cukup tetapi relevan mengikut tugasan dan ayat kurang
gramatis.
0 markah - Isi tidak tepat tetapi ayat gramatis
- Isi tidak tepat dan ayat tidak gramatis.
-
TERHAD
Soalan 5
i) Nyatakan punca-punca Tuan Puteri Bidadari Segerba tergesa-gesa ingin kembali
ke dunia? (3 markah)
Punca-punca Tuan Puteri Bidadari Segerba tergesa-gesa ingin kembali ke
dunia adalah kerana:
- berasa tidak sedap hati
- sentiasa berdebar-debar
- sesuatu yang tidak baik berlaku
- melihat kakanda /suaminya bersanding
(Pilih mana-mana dua isi)
ii) Berdasarkan petikan di atas, apakah watak dan perwatakan Tuan Puteri Bidadari
Segerba ?
- Anakanda Maharaja Indera Dewa
- Seorang yang prihatin
- Seorang yang penyayang
(Pilih mana-mana dua isi)
iii) Pada pendapat anda, wajarkah seseorang isteri tinggal berjauhan daripada
suaminya? (4 markah)
Pada pendapat saya, seseorang isteri tidak wajar tinggal berjauhan daripada
suaminya kerana:
- tempat isteri di sisi suaminya
- sukar untuk isteri menjalankan tanggungjawabnya
- akan menimbulkan fitnah
- susah senang hendaklah dilalui bersama-sama
Sekiranya murid memilih wajar :
Pada pendapat saya, seseorang isteri wajar tinggal berjauhan daripada
suaminya kerana:
- tempat bertugas yang berbeza
- melahirkan anak memerlukan penjagaan orang tua (dalam tempoh berpantang)
- isteri/ suami menyambung pelajaran
(Pilih mana-mana dua isi- terima mana-mana isi lain yang sesuai)
-
TERHAD
Soalan 6
i) Berdasarkan pantun tersebut,nyatakan pesanan-pesanan yang dapat dijadikan
panduan oleh generasi muda. (3 markah)
Pesanan-pesanan yang dapat dijadikan panduan oleh generasi muda ialah:
- perlu bersatu hati
- gadis perlu menjaga maruah diri
- jangan ikut hawa nafsu
- pemuda perlu beringat-ingat menjaga tutur kata
- belajar daripada guru
- perlu menjaga tatasusila (pilih mana-mana dua isi)
ii) Jelaskan pengajaran yang dapat diperoleh daripada pantun tersebut.
Pengajaran yang dapat diperoleh daripada pantun tersebut ialah:
- Kita mestilah bersatu hati supaya kerja yang susah menjadi senang
- Sebagai gadis,kita hendaklah menjaga maruah diri
- Kita janganlah mengikut hawa nafsu kerana dapat membinasakan diri
- Sebagai pemuda,kita hendaklah beringat-ingat dan menjaga percakapan kita
- Kita hendaklah belajar daripada guru supaya memperoleh ilmu yang betul
- Kita hendaklah menjaga tatasusila supaya dipandang tinggi oleh orang lain.
(pilih mana-mana dua isi)
iii) Pada pendapat anda, apakah faedah yang kita peroleh sekiranya kita menjaga
percakapan kita? (4 markah)
Faedah yang kita peroleh sekiranya kita menjaga percakapan kita:
- dihormati /disenangi oleh orang lain
- dapat mengelakkan perselisihan faham
- dapat menjaga hubungan baik/ mengeratkan silaturahim
(pilih mana-mana dua isi- terima mana-mana isi lain yang sesuai)
-
TERHAD
Soalan 7
CADANGAN JAWAPAN:
Perwatakan watak utama yang boleh dijadikan teladan;
Watak utama novel Amri
1. Seorang yang penyayang
- Amri menyayangi ibunya dan sering melindungi ibunya yang sering dipukul oleh nya.
2. Seorang yang bertanggungjawab
- Amri sanggup mengayuh basikal sejauh 10km untuk membeli ubat untuk ibunya
yang sakit
3. Seorang yang prihatin
- Amri prihatin akan kesusahan yang dihadapi oleh ibunya yang sering meminjam
wang dari kedai Pak Dollah
4. Seorang yang menyesali diri
- Amri insaf dan menyesal akan semua kesilapan yang telah dilakukannya serta
meminta maaf daripada Safura
(isi / idea lain yang sesuai boleh diterima)
3 idea 6 markah
Bahasa 4 markah [10 markah]
-
TERHAD
Bahagian C [15 markah]
Soalan 8 (Ulasan)
PERINGKAT MARKAH KRITERIA
Cemerlang 13 - 15 Idea
Isi tersurat dan tersirat yang relevan dengan bahan.
Ulasan idea yang jelas dan matang.
Bahasa
Ayat gramatis
Kosa kata luas dan tepat
Ejaan dan tanda baca betul
Penanda wacana yang betul
Kesalahan bahasa yang minimum
Baik O9 - 12 Idea
Isi tersurat dan tersirat yang relevan dengan bahan
Ulasan idea yang jelas.
Bahasa
Ayat masih gramatis
Kosa kata luas
Ejaan dan tanda baca masih betul
Penanda wacana yang masih betul
Kesalahan bahasa yang masih minimum
Memuaskan
05 - 08 Idea
Isi tersurat atau tersirat yang masih relevan dengan
bahan
Ulasan idea yang kurang jelas.
Bahasa
Ayat kurang gramatis.
Kosa kata terhad.
Kesalahan bahasa yang ketara.
Penguasaan
Minimum
01 - 04 Keseluruhan jawapan calon menggambarkan
penguasaan bahasa yang tidak cekap
Tidak menjawab tugasan
-
TERHAD
Karangan ulasan
Pendahuluan
- Komputer memainkan peranan penting pada masa ini
Isi-isi
1. Menyimpan maklumat- sebarang maklumat berkaitan tugasan ,kerja rumah, kerja kursus dapat disimpan dengan mudah.
2. Memproses maklumat- maklumat diproses mengikut keperluan 3. Alat komunikasi- dapat menghubungi rakan dan saudara-mara menggunakan
`facebook,`twitter,`skype dan sebagainya. 4. Sebagai hiburan- pelbagai permainan disediakan dalam internet
Penutup
- Terdapat pelbagai kebaikan dan keburukan komputer. - Terpulang kepada pelajar untuk memanfaatkannya.
Pilih sekurang-kurangnya tiga isi dan huraikan.
Bahagian D [30 markah]
Soalan 9
Kriteria Penskoran
PERINGKAT MARKAH DESKRIPSI
Cemerlang
25 - 30
Idea - Idea relevan dengan tugasan - Huraian idea jelas, menarik dan matang - Contoh yang sesuai
Bahasa
- Penggunaan ayat bervariasi dan gramatis - Penggunaan kosa kata luas dan tepat - Tanda baca betul - Kesalahan bahasa minimum
Pengolahan
- Pengolahan menarik, berkesan dan matang dengan pemerengganan yang sesuai
- Format menepati tajuk tugasan - Penggunaan penanda wacana tepat - Penggunaan ungkapan menarik , tepat dan berkesan
seperti peribahasa / pantun/cogan kata/ frasa yang menarik
-
TERHAD
Kepujian 19- 24 Idea - Idea relevan dengan tugasan - Huraian idea jelas dan menarik - Contoh yang sesuai
Bahasa - Penggunaan ayat bervariasi dan gramatis - Penggunaan kosa kata luas - Tanda baca yang betul - Kesalahan bahasa masih minimum
Pengolahan - Pengolahan menarik dan berkesan dengan
pemerengganan yang sesuai - Format menepati kehendak tugasan - Penggunaan penanda wacana sesuai - Penggunaan ungkapan menarik sesuai dan berkesan
seperti peribahasa/pantun/cogan kata/frasa yang menarik.
Baik
13 - 18
Idea - Idea masih relevan dengan tugasan - Huraian idea masih jelas dan menarik - Contoh yang masih sesuai
Bahasa
- Penggunaan ayat masih bervariasi dan masih gramatis - Penggunaan kosa kata masih luas - Tanda baaca masih betul - Kesalahan Bahasa masih minimum
Pengolahan
- Pengolahan masih menarik, dan masih berkesan dengan pemerengganan yang masih sesuai
- Format masih menepati kehendak tugasan - Penggunaan penanda wacana masih sesuai
Memuaskan
07- 12
Idea - Idea kurang relevan dengan tugasan - Huraian idea kurang jelas dan kurang menarik - Tiada contoh atau contoh kurang sesuai
Bahasa
- Pengguna ayat kurang bervariasi dan kurang gramatis - Penggunaan kosa kata terhad - Kesalahan Bahasa ketara
-
TERHAD
Pengolahan
- Pengolahan kurang menarik, kurang berkesan dan pemerengganan yang kurang sesuai
- Format kurang menepati kehendak tugasan - Penggunaan penanda wacana kurang sesuai
Penguasaan Minimum
01 06
- Keseluruhan jawapan calon menggambarkan penguasaan kemahiran menulis yang lemah
- Tidak menjawab tugasan atau karangan tidak menepati kehendak soalan / terpesong
CADANGAN JAWAPAN:
Soalan (i)
Format surat tak rasmi
Isi cadangan
Kepentingan permainan tradisional:
- Mengekalkan warisan budaya masyarakat di Malaysia
- Sebagai daya penarik pelancong asing
- Meningkatkan ekonomi
- Sebagai hiburan / permainan pada masa lapang
Soalan (ii)
Isi cadangan
Usaha ibu bapa memupuk amalan membaca dalam kalangan anak-anak:
- ibu bapa sebagai suri teladan
- didikan sejak kecil melentur buluh biarlah dari rebungnya
- menyediakan kemudahan membaca di rumah perpustakaan mini
- membawa anak ke pameran buku/perpustakaan
- membelikan buku untuk anak-anak
- menggalakkan anak-anak menyertai pertandingan membaca Program Nilam
Soalan (iii)
Isi cadangan
Faktor-faktor remaja terlibat dalam gejala buli:
- pengaruh rakan sebaya
- mendapatkan pengaruh
- tekanan hidup / masalah keluarga / melepaskan tekanan
- ingin mencuba sesuatu yang baharu
- kurangnya penghayatan agama / nilai-nilai murni
- pengabaian keluarga
- pengaruh media