4.0 Pembaikpulihan
-
Upload
mohd-rashidi-bin-zainal-abidin -
Category
Documents
-
view
446 -
download
4
Transcript of 4.0 Pembaikpulihan
1
/ 15 Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III Bab 4 Pembaikpulihan
Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
4.0 PEMBAIKPULIHAN
Tempat-tempat berkepentingan budaya mengambarkan
kepelbagaian masyarakat kita, memberitahu kita siapa kita dan
masa lampau yang telah membentuk masyarakat kita dan
landskap setempat. Tempat-tempat yang mempunyai
kepentingan budaya tidak boleh ditukar ganti dan sangat bernilai.
Tempat-tempat berkepentingan budaya ini hendaklah dilindungi
dan langkah-langkah pembaikpulihan perlulah diambil supaya ia
terus kekal untuk generasi masa kini dan masa hadapan.
Tempat-tempat yang mempunyai kepentingan budaya
(cultural significant) dapat meningkatkan kehidupan manusia,
sentiasa mewujudkan satu kesedaran mengenai hubungan yang
mendalam dan berinspirasi kepada masyarakat dan landskap,
dengan keadaan masa lalu dan pengalaman-pengalaman hidup.
Ia merupakan rekod-rekod bersejarah sebagai gambaran sebenar
identiti dan pengalaman masyarakat setempat.
4.1 Kriteria–kriteria Pembaikpulihan
Proses pembaikpulihan lazimnya seperti mana yang
diterangakan dalam ”Burra Charter” adalah terbahagi kepada
empat kategori dan mempunyai piawaian-piawaian
tertentu yang perlu digunakan di dalam menilai
cadangan projek, dan di dalam perancangan serta
pelaksanaannya. Kategori-kategori tersebut ialah :
4.1.1 Pemeliharaan (preservation)
4.1.2 Pengekalan (rehabilitation)
4.1.3 Pemulihan (restoration)
4.1.4 Membina semula (reconstruction)
4.1.1. Pemeliharaan (preservation)
Pemeliharaan adalah satu proses mengekalkan kerektor
dan integriti sediada sesebuah landskap budaya dengan
menghalang dan menghentikan kerosakan yang disebabkan oleh
faktor-faktor semulajadi dan penggunaan sehari-harian. Proses
tersebut termasuklah penyelenggaraan dan penstabilan.
Penyelenggaraan merupakan aktiviti mengurangkan penggunaan
dan kerosakan secara sistematik sesebuah landskap budaya
dengan mempertahankan keadaannya. Di dalam usaha
mewujudkan landskap yang dinamik, penyelenggaraan adalah
sesuai bagi pemeliharaan jangka masa panjang terhadap ciri-ciri
individu dan integriti keseluruhan landskap. Penstabilan
2
/ 15 Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III Bab 4 Pembaikpulihan
Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
merangkumi aktiviti menstabilkan semula kestabilan sesuatu
landskap budaya yang tidak selamat, musnah ataupun yang telah
rosak dan pada masa yang sama mengekalkan karektor asalnya.
4.1.2 Pengekalan (rehabilitation) Pengekalan adalah proses memperbaiki utiliti atau fungsi
sesuatu landskap budaya melalui pembaikan atau pengubahan,
bagi membolehkan kegunaan yang efisyien sementara
memelihara bahagian-bahagian atau ciri-ciri yang penting di
dalam menampakkan kepentingannya. Oleh itu proses-proses
bagi pengekalan adalah melibatkan kerja-kerja pembaikan,
pengubahan dan penambahan.
4.1.3 Pemulihan (restoration)
Pemulihan adalah proses mengambarkan dengan tepat
bentuk, ciri-ciri dan kerektor sesuatu landskap budaya
sebagaimana yang telah wujud pada satu-satu zaman ataupun
berdasarkan kepada rekabentuk binaannya yang asal. Ia mungkin
melibatkan pembinaan semula ciri-ciri sejarah yang hilang dan
penyingkiran mana-mana ciri-ciri yang wujud selepasnya, yang
sebahagiannya mempunyai nilai-nilai kebudayaan.
4.1.4 Membina semula (reconstruction)
Membina balik melibatkan proses
pengambaran bentuk, dan perincian-perincian landskap budaya
yang sudah tiada, atau mana-mana bahagian yang mana, telah
wujud pada satu jangkamasa yang tertentu, ataupun
sebagaimana yang telah dicadangkan berdasarkan rekabentuk
binaan yang asal. Membina semula keseluruhan landskap
biasanya penyelesaian terakhir yang diambil kira bagi mencapai
objektif pengurusan dan akan hanya dilaksanakan selepas
sesuatu polisi telah dibentangkan oleh mana-mana pihak terlibat.
3
/ 15 Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III Bab 4 Pembaikpulihan
Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
4.2 Kaedah Pembaikpulihan Di Kawasan Kampung Kuala Kepis. Setelah melakukan analisa dan mengenalpasti beberapa
kepentingan yang terdapat di Kampung Kuala Kepis, didapati
terdapat beberapa kaedah yang sesuai untuk memastikan
indentiti kepentingan kawasan kajian dapat dikekalkan dengan
berpadukan kepada kaedah pembaikpulihan seperti mana yang
diterangkan “Burra Charter” iaitu:-
4.2.1 Pemuliharaan (rehabilitation)
4.2.2 Pengekalan (rehabilitation)
4.2.3 Pemuliharaan (restoration)
Terdapat dua kawasan yang telah dikenalpasti untuk
melakukan kerja – kerja pembaikpulihan iaitu:-
4.3 Rumah Tradisional Negeri Sembilan (Hjh. Jahara bt. Atin ).
4.4 Kawasan Pertembungan diantara Sungai Muar dan Sungai
Kepis.
4.5 Adat Tradisi dan Budaya.
4.3 Rumah Tradisional Negeri Sembilan (Hjh. Jahara bt. Atin ).
Kaedah Pembaikpulihan : Pemuliharaan,
Pengekalan dan Pemulihan.
Rumah pusaka turun - temurun Hjh. Jahara b. Atin adalah
satu rumah yang terdapat di Kampung Kuala Kepis yang
mempunyai nilai sejarah terhadap sejarah pembukaan kampung.
Berpandukan kepada analisa yang telah dibuat, dipercayai
bahagian rumah ibu pada struktur bangunan rumah tersebut
adalah rumah yang terawal pada era pembukaan Kampung Kuala
Kepis.
Jika dilihat dari segi struktur binaan yang terdapat pada
rumah tersebut, didapati terdapat komponen – komponen yang
terdapat pada bahagian rumah telah rosak. Walaubagaimanapun
pada bahagian terdapat juga komponen – komponen yang masih
lagi kukuh pada bahagian kerangka rumah. Terdapat juga
beberapa perkara luaran yang memburukan lagi keadaan fizikal
dengan wujudnya persekitaran yang semak dan boleh
menjejaskan ‘kualiti visual’ yang terdapat disekitarnya.
4
/ 15 Lad 500 Rekabentuk Landskap LanBab 4 Pembaikpulihan
Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
Oleh kerana itu, rumah yang mempunyai kepentingan dan
nilai sejarah ini haruslah diberi penumpuan yang lebih efektif
kerana keindahan, keunikan, dan indentiti rekabentuk yang
tersendiri. Dengan ini, adalah wajar untuk memberi beberapa
kaedah pembaikpulihan terhadap rumah pusaka tinggalan Uwan
Jahara dan arwah Atok Osman ini ialah pemuliharaan,
pengekalan dan pemulihan.
jutan III
4.3.1 Bumbung Pada bahagian bumbung rumah lama Uwan
Jahara di dapati hampir 50% bahagian bumbungnya telah rosak
akibat hentakan buah kelapa yang jatuh dan disebabkan faktor
cuaca dan peredaran masa. Didapati pada bahagian bumbung
panjang rumah ibu masih lagi berada dalam keadaan baik. Pada
bahagian bumbung pada ruang serambi yang terdiri daripada
hujung serambi dan pangkal serambi didapati telah rosak . Pada
bahagian bumbung di bahagian dapur terdapat bumbung yang
bocor dan berlubang.
Pada bahagian tebar layar atau tubulair adalah diperbuat
dari anyaman buluh. Salah satu dari bahagian tebar layar sudah
rosak menyebabkan tempias air hujan boleh memasuki ruang
rumah ibu. Hal ini boleh mereputkan struktur bahagian lantai.
Komponen – komponen Kerangka pada bahagian
bumbung yang terdiri daripada kekuda, kasau perabung, tunjuk
langit, para adalah masih lagi dalam keadaan baik.
Walaubagaimanapun terdapat juga kayu yang dimakan bubuk.
Ianya perlu diperlihara agar tidak berlaku ke rosakan yang lebih
teruk.
Gambar: keadaan rumah Uwan Jahara yang mempunyai nilai sejarah kepada Kampung Kuala Kepis. Kini rumah yang bersejarah ini ditinggalkan usang. Sumber : Penulis
5
/ 15 Lad 500 Rekabentuk Landskap LanBab 4 Pembaikpulihan
Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
jutan III
4.3.1 (a) Kaedah pembaikpulihan:
i. Pokok kelapa yang berdekatan dengan rumah
ditebang bagi mengelakkan buah kelapa menimpa
bumbung rumah.
ii. Atap – atap yang telah reput dan rosak teruk, ianya
harus diganti dengan atap yang baru dan tahan dalam
jangka masa yang lama tetapi ianya harus
menggunakan bahan dan warna yang sediada untuk
mengekalkan identiti asalnya. Bagi atap yang masih
lagi dalam keadaan elok dari segi fizikalnya tetapi
bocor dengan kadar lubang – lubang kecil atau
tarcabut, ianya harus ditampal dan atap
yang tercabut harus dipaku semula
dengan bahan dan warna yang sama
dengan warna atap yang asal supaya tidak
diterbangkan oleh angin yang kuat.
iii. Bagi kerangka bumbung yang mengalami kerosakan
dan yang telah dimakan bubuk, ianya masih lagi boleh
digunakan kerana kerangkanya masih kukuh.
Walaubagimanapun, kayu – kayu tersebut haruslah
dirawat dengan ati cat seperti syelek dan vernis untuk
menimbulkan menimbulkan seri pada ukiran yang
terdapat pada hujung kekudanya dan hayat kayu
tersebut dapat bertahan lebih lama.
Gambar: Keadaan bumbung rumah yang telah rosak ditimpa buah kelapa dan berkarat boleh mengakibatkan atap reput. Sumber : Penulis
iv. Pada bahagian tebar layar atau tubulair yang telah
rosak, bahan anyaman yang diperbuat daripada buluh
dengan berpandukan kepada bahagian tebar layar
atau tubulair yang masih elok di sebelah hulu
bumbung supaya bentuk asal tebar layar dapat
dikekalkan.
6
/ 15 Lad 500 Rekabentuk Landskap LanBab 4 Pembaikpulihan
Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
jutan III
4.3.2 Bahagian Dinding Pada bahagian dinding rumah, terdapat dua
bahan yang berlainan tetapi masih mengunakan kayu sebagai
bahan binaan. Pada bahagian rumah ibu, kulit kayu kopong telah
dijadikan sebagai dinding manakala pada bahagian serambi dan
dan bahagian dapur, papan lapis telah digunakan sebagai
dinding.
Gambar: Tabar layar atau tubulair yang terdapat pada sebelah hulu bumbung menjadi panduan yang diperbuat daripada anyaman buluh. Sumber : Penulis
Keadaan dinding rumah ibu adalah masih elok dan tidak
rosak. Akan tetapi, pada bahagian dinding yang terdapat pada
bahagian pangkal serambi dan hujung serambi telah rosak dan
hilang. Pada asalnya pada dinding pada bahagian serambi
mempunyai ruang terbuka yang dipanggil sebagai lompa.
Gambar: Dinding pada bahagian rumah ibu masih elok dan ianya adalah bentuk yang asal seperti mana yang diterangkan oleh pemiliknya. Sumber : Penulis
Gambar: Pokok kelapa yang berhampiran dengan rumah harus ditebang sebagai langkah keselamatan dan tidak merosak bumbung rumah akibat ditimpa buahnya. Sumber : Penulis
7
/ 15 Lad 500 Rekabentuk Landskap LanBab 4 Pembaikpulihan
Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
4.3.2 (a) Kaedah pembaikpulihan:
jutan III
i. Mencari semula kayu – kayu yang mungkin tercabut
dan masih boleh digunakan yang terdapat disekitar
kawasan rumah.
ii. Komponen bahagian dinding yang telah reput akan
diganti dengan komponen dinding baru tetapi warna
dan jenis kayu yang sama digunakan.
iii. Mengecat semula dinding rumah dengan anti cat
seperti ‘varnis’, ‘Shelex’, ‘acrylic’ untuk mengilatkan
dan memberi kekemasan. Ianya bertujuan untuk
memanjangkan hayat dinding dan dapat menonjolkan
bahan dinding yang digunakan.
iv. Dinding pada rumah ibu yang berkulat hendaklah
dicuci dengan peluntur dan mengosoknya dengan
berhati – hati tanpa merosakkan struktur asalnya.
Gambar: Dinding pada bahagian pangkal serambi telah rosak dan hilang perlu diganti dengan bahan dinding yang sama. Sumber : Penulis
Gambar: Hanya terdapat dua papan lapis yang disusun secara mendatar dan perlu ditambah sehingga ke aras para serambi. Sumber : Penulis
8
/ 15 Lad 500 Rekabentuk Landskap Lanjutan III Bab 4 Pembaikpulihan
Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
4.3.3 Tiang Rumah. Rumah tinggalan Uwan Jahara ini adalah merupakan
rumah tiang 16 kerana pembinaan rumahnya yang terlalu besar
pada rumah ibunya. Pada masa dahulu pembinaan rumah adalah
sangat mengambil kira ketinggian tiang rumah dari paras bumi
kerana sebagai faktor keselamatan dari binatang buas yang
merayak pada sesuatu ketika.
Tiang – tiang yang digunakan adalah diperbuat dari kayu
Ponak yang diambil dari hutan pada masa dahulu. Bentuk tiang
yang unik yang berkentuk tuang pecah lapan adalah hanya
terdapat satu – satunya di Kampung Kuala Kepis.
Namun kini tiang yang tiang – tiang yang terdapat di
rumah tersebut sedah berkulat dan ditumbuhi oleh lumut.
Walaubagaimanapun, tiang tersebut masih lagi kukuh dan kuat
untuk menampung baban rumah dan tidak pernah dimakan anai –
anai sejak rumah tersebut ditinggalkan usang.
Boleh dikatakan semua tiang – tiang di rumah Uwan
Jahara telah dialas dengan simen buku. Walaubagaimanapun,
simen buku tersebut telah ditumbuhi oleh lumut dan terdapat juga
yang telah pecah dan juga yang telah hilang. Hal ini,
sedikit sebanyak menyebabkan kawasan rumah
tersebut tidak stabil dan telah menyebabkan
kerosakkan pada bahagian hujung serambi.
4.3.3 (a) Kaedah pembaikpulihan:
i. Membersihkan segala kesan kulat dan lumut yang
terlekat pada tiang –tiang rumah dengan peluntur dan
mengosoknya dengan berhati – hati tanpa
merosakkan struktur asalnya.
ii. Menggantikan alas tiang rumah dengan batu buku
yang baru demi menjaga keselamatan dan juga
kekukuhan rumah tersebut.
iii. Walaupun semua tiang – tiang di rumah tersebut tidak
diserang anai – anai tetapi langkah – langkah untuk
merawat tiang – tiang dengan racun anai – anai perlu
dilakukan.
iv. Mengecat semula dinding rumah dengan anti cat
seperti ‘varnis’, ‘Shelex’, ‘acrylic’ untuk mengilatkan
9
/ 15 Lad 500 Rekabentuk Landskap LanBab 4 Pembaikpulihan
Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
dan memberi kekemasan. Ianya bertujuan untuk
memanjangkan hayat tiang
jutan III
4.3.4 Tangga Kebanyakan tangga yang terdapat di Kampung Kuala
Kepis adalah setinggi tingkat anak tangga sahaja. Keadaan
tangga di rumah Uwan Jahara sudah tidak wujud lagi dan
komponen – komponen tangga tersebut telah hilang. Menurut
Uwan Jahara yang mengambarkan keadaan tangganya pada
masa lampau menyatakan bahawa terdapat 5 anak
tangga yang terletak terus pada permukaan bumi.
Jenis kayu yang digunakan ialah jenis kayu Resak
akan tetapi kayu tersebut telah hilang. Menurutnya tangga
tersebut adalah berbentuk seperti tiang rumah yang terdapat
pada rumah ibu berbentuk tiang pecah lapan dan hanya
menggunakan pasak paku kayu.
4.3.4 (a) Kaedah pembaikpulihan:
i. Membina semula tangga seperti mana yang telah
digambarkan oleh pemiliknya iaitu Uwan Jahara.
Gambar: Tiang – tiang rumah yang telah berkulat dan beralas dengan seketul simen buku. Sumber : Penulis
ii. Kayu Resak yang digunakan hendaklah dirawat
dengan racun anai – anai dan kulat supaya kekal
lama.
iii. Mengecat tangga yang akan dibina dengan cat
pengilat seperti ‘varnis’, ‘Shelex’, ‘acrylic’ sebagai
kekemasannya.
10
/ 15 Lad 500 Rekabentuk Landskap LanBab 4 Pembaikpulihan
Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
jutan III
4.3.5 Tingkap. Pada rumah ibu yang terdapat pada rumah Uwan Jahara,
hanya terdapat sekeping tingkap kecil yang terletak tinggi dari
paras lantai. Hal ini sudah menjadi ciri –ciri senibina rumah
Melayu Negeri Sembilan yang menyatakan bahawa pada rumah
ibu hanya boleh diletakkan sebuah tingkap yang bersaiz yang
terletak tinggi dari paras lantai yang bertujuan untuk pencahayaan
dan pengaliran udara.
Terdapat juga tingkap jenis kesisi yang
terletak di bahagian depan serambi. Semestinya
rumah Melayu Negeri Sembilan mempunyai banyak
tingkap atau ruang terbuka yang dipanggil sebagai lompa.
Komponen – komponen yang terdapat pada tingkap
seperti ensel, selak sudah tidak berfungsi lagi.
Walaubagimanapun, struktur binaan seperti kayu masih lagi
dalam keadaan baik akan tetapi ciri fizikalnya telah berkulat dan
wajar untuk dipulihara.
Gambar: Lokasi tangga yang akan dibina semula yang terletak di hadapan pintu serambi. Sumber : Penulis
4.3.5 (a) Kaedah pembaikpulihan:
i. Membaiki engsel – engsel dan selak yang terdapat
pada tingkap supaya ianya berfungsi dengan baik.
ii. Membersihkan kayu tingkap yang telah berkulat
dengan cara mencuci dan menggosok tanpa
merosakkan struktur asalnya.
iii. Mengecat semula dinding rumah dengan anti cat
seperti ‘varnis’, ‘Shelex’, ‘acrylic’ untuk mengilatkan
dan memberi kekemasan.
11
/ 15 Lad 500 Rekabentuk Landskap LanBab 4 Pembaikpulihan
Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
jutan III
Gambar: Engsel – engsel tingkap tidak berfungsi menyebabkan tingkap sukar untuk dibuka. Sumber : Penulis
Gambar: Tingkap dan kayu kesisi masih elok akan tetapi telah diserang kulat. Sumber : Penulis
Gambar: Tingkap kecil di bahagian rumah ibu harus dikekalkan untuk menjaga ciri – ciri senibinanya. Sumber : Penulis
12
/ 15 Lad 500 Rekabentuk Landskap LanBab 4 Pembaikpulihan
Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
4.4 Kawasan Pertembungan Diantara Sungai Muar Dan Sungai Kepis.
Kaedah Pembaikpulihan : Pengekalan dan Pemulihan.
Kampung Kuala Kepis adalah diberi nama semperna
pertembungan diantara dua sungai iaitu Sungai Muar dan Sungai
Kepis yang terletak diantara sepadan Kampung Bukit Tempurung
dengan Kampung Kuala Kepis.
Lokasi tersebut adalah terletak di sebuah kawasan rizab
hutan yang kaya dengan aam semulajadi yang terdiri dari
paelbagai spisies flora dan fauna.
Maka dengan wajudnya sebuah kawasan hutan dan
kawasan tersebut merupakan nilai sejarah terhadap sejarah
pembukaan Kampung Kuala Kepis maka adalah wajar untuk
wartakan sebagai kawasan bersejarah dan beberapa
pembangunan tanpa menjejaskan ekosistem sedia ada.
jutan III
Menurut ketua kampung, kawasan ini sering dinaiki air
sehingga ke tebing sungai dan berselut. Terdapat juga sampah
sarap yang dibuang oleh penduduk kampung dan juga aktiviti
mengambil buluh yang dijalankan berhampiran dengan lokasi
bersejarah tersebut. Kesan daripada aktiviti yang
dinyatakan tersebut, Sungai Muar menjadi cetek
sering dinaiki air. Aspek fizikal pada Sungai Kepis
juga menjadi mengecil dan ditumbuhi dengan tumbuh –
tumbuhan semulajadi menyukarkan pengaliran air untuk terus ke
Sungai Muar.
4.4.1 Kaedah pembaikpulihan:
i. Pengekalan dan Pemulihan kawasan semulajadi yang
mempunyai latarbelakang sejarah yang tersendiri
hendaklah mengikut garis panduan yang akan
dicadangkan untuk mengekalkan ekosistem dan
kawasan persekitarannya.
Gambar: Kawasan ini harus dipullihara kerana mempunyai nilai sejarah setempat dan menjaga ekosistem yang terdapat di situ. Sumber : Penulis
13
/ 15 Lad 500 Rekabentuk Landskap LanBab 4 Pembaikpulihan
Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
4.5 Adat Tradisi dan Budaya.
jutan III
Kaedah Pembaikpulihan : Pemeliharaan, Pengekalan
dan Pemulihan.
Kampung Kuala Kepis mempunyai identiti yang tersendri
kerana mempunyai amalan dan adat tradisi yang unik seperti
amalan pantang larang, kebudayaan dan kesenian. Adalah amat
wajar untuk dipelihara dan dikekalkan untuk menjadi warisan
pada masa hadapan. Generasi pelapis kampung tersebut sedang
dang munuju ke arah dunia moden tanpa menghiraukan keunikan
tradisi yang telah lama bersemadi di kampung tersebut. Dengan
itu, amatlah wajar untuk dipulihara untuk menjaga warisan yang
telah diperturunkan sejak era pembukaan Kampung Kuala Kepis.
4.5.1 Kaedah pembaikpulihan:
i. Mengadakan banyak aktiviti yang bercorakkan
kebudayaan dan kesenian yang terdapat di Kampung
Kuala Kepis untuk dihidupkan semula zaman
kegemilangan tradisi dan budaya di kampung tersebut.
Gambar: Hj. Arob adalah seorang yang boleh menjalankan upacara berandoi akan tetapi beliau bimbang kerana tiada generasi muda yang ingin mewarisi kebudayaan tersebut. Sumber : Penulis
Gambar: Setelah kematian Ahmad b Ismail, tiada lagi pewaris untuk menyambung kesenian berbongai di Kampung Kuala Kepis. Sumber : Laman web
14
/ 15 Lad 500 Rekabentuk Landskap LanBab 4 Pembaikpulihan
Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
jutan III
Gambar: Setelah kematian Arwah Mohd Amin b. Badul tiada lagi pewaris untuk menyambung kesenian silat. Kini kebanyakan anak muridnya tidak lagi menetap di Kampung Kuala Kepis. Sumber : Penulis dan laman web
15
/ 15 Lad 500 Rekabentuk Landskap LanBab 4 Pembaikpulihan
Inventori Dan Analisa 2.0 Kajian Landskap Budaya Di Kampung Kuala Kepis, Bahau Jempol, N. Sembilan
4.5 Peta Lokasi Pembaikpulihan Di Kampung Kuala Kepis
jutan III
Petunjuk:-
Rumah Uwan Jahara
Kawasan Pertembungan
Diantara Sungai Muar Dan
Sungai Kepis.
Pelan : Kedua – dua kepentingan ini haruslah dijaga dan dipelihara agar ianya berkekalan untuk generasi pelapis akan datang.