4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa...
-
Upload
hoangtuong -
Category
Documents
-
view
334 -
download
3
Transcript of 4. PRAKTIKUM 4.1 Pengenalan - ipbl.edu.my Praktikum PISMP.pdf · di IPG kepada praktik semasa...
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
27
4. PRAKTIKUM
4.1 Pengenalan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM) menterjemahkan
keberhasilan pendidikan sebagai pembangunan model insan yang berkualiti sebagai negara
ke arah mencapai taraf negara maju. Amanah ini merupakan tanggung jawab besar yang
perlu dihayati oleh semua warga pendidik khususnya warga IPGM. Peranan dan komitmen
padu padu diperlukan untuk menyediakan latihan bagi melahirkan bakal guru yang berkualiti
untuk merealisasikan transformasi pendidikan negara seperti yang dihasrat oleh PPPM 2013
– 2025.
Fokus transformasi dalam amalan profesional adalah untuk menyusun dan memantapkan
pelaksanaan praktikum sedia ada dengan merujuk pendekatan Nexus Theory and Practices
bagi merapatkan jurang antara teori dengan praktikal, khususnya ketika pelajar IPG
berhadapan dengan situasi sebenar di sekolah. Melalui transformasi praktikum, IPG
memperkenalkan pemantapan pelaksanaan praktikum secara bertema disamping
meningkatkan kualiti pemerhatian dan pencerapan klinikal, dan menambahbaik program
pementoran.
4.2 Transformasi Praktikum
Transformasi Praktikum di IPG adalah berlandaskan kepada pendekatan Nexus Theory and
Practices. Pendekatan Nexus Theory and Practices merapatkan jurang antara teori dengan
praktis pelajar IPG dengan sekolah. Melalui pendekatan ini, pelajar akan dapat mengimbangi
pengetahuan teoritikal dan praktikal pelajar dan membolehkan pemindahan pembelajaran
(transfer of learning) iaitu perkara yang telah dipelajari di IPG dapat diaplikasikan ke dalam
situasi sebenar di sekolah secara efektif.
Melalui komuniti profesional, guru pembimbing (sekolah) dan pensyarah penyelia (IPG) perlu
bekerjasama untuk mewujudkan proses kolaboratif antara sekolah dan IPG bagi memastikan
pelajar mempunyai pengetahuan, kemahiran dan sokongan yang diperlukan. Perkongsian
yang teguh antara sekolah dan IPG akan menjadi pemacu kepada program pendidikan guru
melalui Model Enhanced Partnership (Rajah 4.1).
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
28
Rajah 4.1: Enhanced Partnership Model
Sumber: Adaptasi National Institute of Education (2009) in Oon-Seng Tan,
Woon-Chia Liu dan Ee-Ling Loo (Ed.), (2007).
4.2.1 Strategi Pelaksanaan Transformasi Praktikum IPG
Strategi pemantapan praktikum melalui transformasi IPG akan dilaksanakan seperti berikut:
i. melaksanakan praktikum berdasarkan konsep Nexus Theory and Practice;
ii. melaksanakan program praktikum bertema;
iii. memantapkan penilaian praktikum;
iv. membangunkan sistem pementoran berstruktur berasaskan kompetensi; dan
v. membangunkan e-Praktikum.
Pemantapan Praktikum dilaksanakan menggunakan kerangka konsep pendekatan Nexus
Theory and Practice seperti yang digambarkan dalam Rajah 4.2 di bawah.
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
29
Rajah 4.2: Pendekatan Nexus Theory and Practice Dalam Pelaksanaan
Praktikum di IPG
4.3 Konsep Praktikum Bertema
Praktikum Bertema berfokus kepada tema-tema tertentu bagi memantapkan penguasaan dan
kemahiran pelajar dalam PdP. Pelaksanaan Praktikum Bertema melibatkan empat komponen
utama iaitu perancangan, pelaksanaan, amalan pedagogi masa kini, kemahiran insaniah serta
refleksi dalam PdP. Setiap komponen mempunyai tema-tema yang khusus. Tema ini
mengabungjalin pengetahuan dan kemahiran ke arah melahirkan insan guru yang profesional
dan memiliki sahsiah guru yang unggul.
Model Struktur Transformasi Praktikum Bertema seperti di Rajah 4.3 yang dicadangkan ini
menekankan kemampuan pelajar untuk menterjemahkan ilmu yang diperoleh secara teoritikal
di IPG kepada praktik semasa melaksanakan praktikum. Konsep Praktikum Bertema ini akan
mula diperkenalkan kepada pelajar PISMP Ambilan Jun 2017.
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
30
Rajah 4.3: Model Struktur Praktikum Bertema IPG
4.4 Objektif Praktikum Bertema
Melalui praktikum bertema, pelajar akan;
i. menyepadukan teori dengan praktik PdP;
ii. mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran PdP berdasarkan tema;
iii. mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai;
iv. merancang dan melaksanakan PdP secara berpasangan dan individu
mengikut tema yang telah ditentukan;
v. mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP;
vi. memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri, menghayati dan mengamalkan
nilai-nilai profesionalisme keguruan;
vii. memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik melalui pembinaan
portfolio dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri;
viii. mengoptimumkan kegunaan pelbagai sumber dan teknologi dalam proses
PdP;
ix. menguasai kemahiran fasilitator; dan
x. menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti
kokurikulum berdasarkan tema.
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
31
4.5 Komponen Tema Dalam Praktikum Bertema IPG
Praktikum dilaksanakan dalam dua fasa dan selama dua belas minggu bagi setiap fasa.
Pelaksanaan Praktikum Fasa 1 memberi pendedahan kepada kesemua komponen tema.
Fasa 2 pula memberi pemantapan kepada komponen tema mengikut keperluan pelajar
berdasarkan rumusan praktikum Fasa 1.
Perincian wajaran mengikut komponen bagi setiap fasa ditunjukkan dalam Jadual 4.1 di
bawah.
Jadual 4.1 Perincian Wajaran Praktikum Mengikut Komponen
FASA 1 FASA 2
BIL KOMPONEN TEMA MARKAH
%
WAJARAN
% BIL KOMPONEN TEMA
MARKAH
%
WAJARAN
%
1. BIDANG TERAS
PERANCANGAN
PELAKSANAAN
AMALAN PEDAGOGI
MASA KINI
KEMAHIRAN INSANIAH
REFLEKSI
100
25
25
10
10
30
55 1. BIDANG TERAS
PERANCANGAN
PELAKSANAAN
AMALAN PEDAGOGI
MASA KINI
KEMAHIRAN INSANIAH
REFLEKSI
100
15
15
20
20
30
55
2.
BIDANG ELEKTIF
TERAS
PERANCANGAN
PELAKSANAAN
AMALAN PEDAGOGI
MASA KINI
KEMAHIRAN INSANIAH
REFLEKSI
100
25
25
10
10
30
30 2. BIDANG ELEKTIF
TERAS
PERANCANGAN
PELAKSANAAN
AMALAN PEDAGOGI
MASA KINI
KEMAHIRAN INSANIAH
REFLEKSI
100
15
15
20
20
30
30
3. KOKURIKULUM
PERANCANGAN
PELAKSANAAN
AMALAN PEDAGOGI
MASA KINI
KEMAHIRAN INSANIAH
REFLEKSI
100
25
25
10
10
30
10 3. KOKURIKULUM
PERANCANGAN
PELAKSANAAN
AMALAN PEDAGOGI
MASA KINI
KEMAHIRAN INSANIAH
REFLEKSI
100
25
25
10
10
30
10
4. REFLEKSI
PERTENGAHAN
PRAKTIKUM
100 5 4. REFLEKSI
PERTENGAHAN
PRAKTIKUM
100 5
JUMLAH 100 JUMLAH 100
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
32
4.5.1 Perancangan
Dalam tema perancangan, pelajar perlu menyediakan Rancangan Semester, Rancangan
Mingguan dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mengikut format yang ditetapkan oleh
IPG sebelum melaksanakan pengajaran. Dalam penyediaan RPH, pelajar perlu
menitikberatkan kepada empat fasa seperti yang berikut;
i. Pengenalan
ii. Permulaan
iii. Perkembangan pengajaran
iv. Penutup
Dalam perancangan fasa-fasa tersebut, terdapat tema yang boleh dijadikan fokus penyeliaan
oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing dengan pelajar. Tema adalah seperti yang
dicadangkan beserta dengan wajaran dalam Jadual 4.2 di bawah:
Jadual 4.2 Senarai Tema Dalam Komponen Perancangan Dengan Wajaran
KOMPONEN ASPEK TEMA PERINCIAN FASA 1 FASA 2
PERANCANGAN
PdP
(Penyediaan
RPH)
PENGENALAN
PERMULAAN
PERKEMBANGA
N PENGAJARAN
PENUTUP
PENGENALAN
- Hasil pembelajaran
- Isi pelajaran
PERMULAAN
⁻ Set induksi
PERKEMBANGAN
PENGAJARAN
- Strategi pengajaran
pembelajaran
- Kesesuaian aktiviti
dengan strategi
- Sumber pengajaran
pembelajaran
- Unsur Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi
- Elemen Merentas
Kurikulum
PENUTUP
25%
15%
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
33
4.5.2 Pelaksanaan
Pelajar perlu melaksanakan sesi PdP berdasarkan RPH yang disediakan. Pelaksanaan PdP
akan melibatkan fasa-fasa berikut;
i. Permulaan
ii. Perkembangan pengajaran
iii. Penutup
Dalam pelaksanaan fasa-fasa tersebut, terdapat tema yang boleh dijadikan fokus penyeliaan
dan bimbingan kepada pelajar. Tema yang dicadangkan beserta dengan wajaran ditunjukkan
dalam Jadual 4.3 dibawah:
Jadual 4.3 Senarai Tema Dalam Komponen Pelaksanaan Dengan Wajaran
KOMPONEN
ASPEK TEMA
PERINCIAN
FASA
1
FASA
2
PELAKSANAAN
PdP
PERMULAAN
PERKEMBANGAN
PENUTUP
PERMULAAN
⁻ Set Induksi
PERKEMBANGAN
PENGAJARAN
- Langkah-langkah
pengajaran
- Aktiviti pengajaran
- Perbezaan individu murid
- Kepelbagaian aktiviti
PENUTUP
PENCAPAIAN HASIL
PEMBELAJARAN
PENTAKSIRAN
- Memantau pembelajaran
murid.
- Memberi maklumbalas
terhadap respon murid.
- Penilaian pembelajaran
- Menyimpan rekod markah
murid.
PENGURUSAN BILIK
DARJAH
25%
15%
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
34
- Persekitaran pembelajaran
- Peluang pembelajaran
- Rutin dan peraturan
PENGLIBATAN MURID
PENGGUNAAN SUMBER
PENGAJARAN
PEMBELAJARAN
APLIKASI KBAT
PENERAPAN NILAI
4.5.3 Amalan Pedagogi Masa Kini
Selain proses pengajaran yang melibatkan perancangan, pelaksanaan dan refleksi, pelajar
juga didedahkan dengan amalan pedagogi masa kini yang boleh meningkatkan kualiti PdP
pelajar. Contoh amalan pedagogi masa kini disenaraikan dalam Jadual 4.4.
Jadual 4.4 Senarai Contoh Tema Dalam Amalan Pedagogi Masa Kini dan Wajarannya
KOMPONEN
ASPEK TEMA
FASA 1
FASA 2
AMALAN
PEDAGOGI
MASA KINI
Contoh:
⁻ Kompetensi 4C / 6C (Creative,
Critical, Collaboration,
Communication, Character,
Citizenship)
⁻ Pembelajaran Terarah Kendiri
⁻ Pembelajaran Koperatif
⁻ Pembelajaran Inkuiri-Penemuan
⁻ Pembelajaran Penerokaan
⁻ Pembelajaran Kontekstual Terarah
⁻ Pembelajaran Berasaskan Projek
⁻ Pembelajaran Berasaskan
Penyelesaian Masalah
⁻ Pembelajaran berasaskan otak
(Brain Based Learning)
10% 20%
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
35
Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah penyelia dan guru pembimbing tentang tema
berkaitan amalan pedagogi masa kini yang ingin diberi tumpuan sama ada dalam Fasa 1 atau
Fasa 2. Jadual 4.4 di atas adalah senarai contoh perincian tema-tema yang boleh dijadikan
fokus untuk penyeliaan pelajar.
4.5.4 Kemahiran Insaniah
Kemahiran Insaniah (KI) merangkumi kemahiran generik seperti kemahiran komunikasi,
pemikiran kritis dan kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran sosial-kerja berpasukan,
pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawanan, etika
dan moral profesional, serta kemahiran kepimpinan. Kemahiran tersebut perlu dikuasai oleh
graduan untuk memenuhi tuntutan keperluan pekerjaan di pelbagai sektor sama ada di dalam
atau luar negara.
Graduan yang memiliki kemahiran tersebut akan lebih berketerampilan serta mampu berdaya
saing dalam sektor pekerjaan dan seterusnya menjadi modal insan kelas pertama yang dapat
menyumbang kepada kemajuan organisasi dan pembangunan negara. Sehubungan dengan
itu, semasa praktikum pelajar boleh memilih salah satu kemahiran insaniah yang disenaraikan
dalam Jadual 4.5 untuk dijadikan fokus penyeliaan.
Jadual 4.5 Senarai Tema Dalam Kemahiran Insaniah Dengan Wajaran
KOMPONEN ASPEK TEMA FASA 1 FASA 2
KEMAHIRAN
INSANIAH
Kemahiran Komunikasi
Pemikiran Kritis dan Kemahiran
Penyelesaian Masalah
Kemahiran Sosial – Kerja Berpasukan
Pembelajaran Sepanjang Hayat dan
Pengurusan Maklumat
Kemahiran Keusahawanan
Etika dan Moral Profesional
Kemahiran Kepimpinan
10%
20%
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
36
4.5.5 Refleksi
Selepas pelaksanaan PdP, pelajar perlu membuat penulisan refleksi berdasarkan isu atau
masalah kritikal semasa perancangan serta pelaksanaan PdP. Penulisan refleksi boleh dibuat
seperti yang berikut;
i. Refleksi ke atas tindakan;
ii. Refleksi semasa tindakan; dan
iii. Refleksi untuk tindakan
Semasa pasca penyeliaan atau bimbingan, pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau
guru pembimbing untuk menentukan tema yang perlu diberi perhatian semasa penulisan
reflektif. Jadual 4.6 di bawah menunjukkan aspek tema dalam amalan refleksi dan wajaran
setiap tema tersebut.
Jadual 4.6 Senarai Tema Dalam Komponen Refleksi Dengan Wajaran
Komponen Aspek Tema Fasa 1 Fasa 2
Refleksi
⁻ Catatan refleksi selepas PdP
⁻ Pemikiran reflektif (Penulisan
jurnal)
⁻ Pembinaan portfolio
30% 30%
Refleksi Pertengahan Praktikum
5%
5%
4.5.6 Kokurikulum
Selain daripada pengajaran di dalam kelas, pelajar juga perlu melibatkan diri untuk
mengendalikan aktiviti kokurikulum. Oleh yang demikian, perancangan kokurikulum perlu
disediakan mengikut tempoh mereka menjalani praktikum. Pelibatan pelajar dalam
kokurikulum akan diselia untuk kedua-dua fasa praktikum. Pelajar boleh berbincang dengan
pensyarah atau guru pembimbing untuk memilih tema yang akan difokuskan semasa
penyeliaan tersebut. Tema dalam kokurikulum adalah seperti yang disenaraikan dalam Jadual
4.7 di bawah.
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
37
Jadual 4.7 Senarai Tema Dalam Komponen Kokurikulum Dengan Wajaran
Ko-Kurikulum Komponen Aspek Tema Fasa 1 Fasa 2
Permainan
Perancangan
Pelaksanaan
Amalan Pedagogi
Masa Kini
Kemahiran Insaniah
Refleksi
PERMULAAN
- Set Induksi
PERKEMBANGAN
PENGAJARAN
- Aplikasi Kemahiran
- Penguasaan
Kemahiran
- Pengelolaan aktiviti
- Penilaian
PENUTUP
- Rumusan pengajaran
- Refleksi
KEJURULATIHAN
PENGANJURAN
10%
10%
Olahraga
Unit Beruniform
Persatuan
4.6 Penilaian Pelaksanaan Praktikum Bertema IPG
Proses bimbingan dan penyeliaan praktikum Fasa 1 dan Fasa 2 melibatkan pensyarah
penyelia dan guru pembimbing teras dan elektif. Lawatan sosial mengantikan komponen pra
penyeliaan yang dilaksanakan dalam amalan praktikum semasa. Lawatan sosial hanya
dilaksanakan oleh pensyarah penyelia teras sahaja. Lawatan sosial dilaksanakan untuk
mewujudkan hubungan (rapport) antara pensyarah penyelia, guru pembimbing, pengurusan
sekolah dan pelajar.
Penilaian praktikum dilaksanakan semasa penyeliaan. Pemantapan penilaian praktikum
melibatkan pertambahan bilangan penilaian bagi bidang teras dan elektif. Penilaian praktikum
bagi bidang teras dilaksanakan sebanyak tiga kali dengan sekali kali penyeliaan bersama
dengan guru pembimbing. Penilaian praktikum bidang elektif teras pula adalah sebanyak dua
kali dengan sekali penyeliaan bersama guru pembimbing, manakala penilaian untuk bidang
kokurikulum dilaksanakan sekali sepanjang tempoh praktikum.
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
38
Untuk mengukuhkan aspek penilaian, proses bimbingan dilaksanakan sepanjang praktikum
melalui bimbingan secara bersemuka (face to face) dan dalam talian (maya). Bimbingan
bersemuka (face to face) dilaksanakan sebanyak sekali bagi bidang teras, elektif dan
kokurikulum. Pelaksanaan bimbingan secara bersemuka memerlukan pensyarah penyelia
hadir dan membimbing pelajar di sekolah.
Bimbingan dalam talian (maya) dilaksanakan sebanyak tiga kali bagi bidang teras dan dua
kali bagi bidang elektif dan sekali untuk bidang kokurikulum. Pelajar dikehendaki memuatnaik
Rancangan Pengajaran Mingguan, Rancangan Pengajaran Harian, lampiran aktiviti dan akhir
sekali refleksi bagi sesi PdP minggu mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Unit
Praktikum. Pensyarah penyelia dikehendaki menyemak bahan yang telah dimuatnaik dan
memberi bimbingan bagi mengatasi masalah atau persoalan yang dikemukakan oleh pelajar.
IPG dikehendaki melaksanakan sesi refleksi pertengahan praktikum ketika pelajar menjalani
praktikum. Pengisian bagi sesi refleksi pertengahan praktikum ini melibatkan pembentangan
pengalaman pelajar ketika mereka menjalani praktikum. Sesi refleksi ini melibatkan
pertemuan antara pelajar, pensyarah penyelia dan pihak pengurusan praktikum yang
diadakan pada masa dan tempat yang ditetapkan. Pelajar diharapkan akan dapat berkongsi
pengalaman semasa menjalani praktikum dan memberikan pandangan serta pendapat yang
membina. Pelajar juga digalakkan untuk menyatakan pendapat terhadap penyeliaan dan
bimbingan yang telah mereka peroleh.
Pembentangan ini merangkumi refleksi semasa praktikum di mana pelajar menghubungkait
antara teori yang telah dipelajari di IPG dengan pengalaman mengajar semasa praktikum.
Aktiviti ini membolehkan pelajar membuat rumusan antara teori dan praktik. Pelaksanaan sesi
ini menyokong pendekatan Nexus Theory and Practices. Kaedah dan perincian
pembentangan portfolio ini adalah tertakluk kepada IPG.
4.7 Pementoran Berstruktur
Konsep pementoran dalam konteks praktikum IPG merupakan satu proses yang kompleks
dan mengandungi pelbagai dimensi dalam membimbing, mengajar, mempengaruhi dan
memberi sokongan kepada pelajar.
Secara umumnya tugas mentor adalah untuk memimpin, membimbing, dan menasihati guru
yang baharu dan kurang pengalaman untuk menghadapi suatu suasana kerja berdasarkan
perkongsian pengalaman dan maklumat. Sementara itu program pementoran dalam
praktikum di IPG memberi peluang kepada pensyarah yang berpengalaman untuk
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
39
membimbing, memberikan sokongan secara personal dan profesional ke arah perkembangan
pelajar melalui refleksi dan kolaboratif.
Pementoran berstruktur memerlukan model pementoran yang terancang dari aspek strategi
perkembangan kompetensi mentor, pemindahan pengetahuan, penilaian, peta kurikulum
praktikum yang khusus, sumber dan alat bantu yang sesuai. Kerangka Pementoran
Berstruktur Berasaskan Kompetensi dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu input, proses dan
hasil seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.4.
Rajah 4. 4: Kerangka Bimbingan Praktikum
Sumber : Adaptasi daripada Model Bimbingan Praktikum, Syed Ismail Syed Mustapa, Tesis Doktor Falsafah, UKM, 2014
Berdasarkan Rajah 4.4, pada peringkat input, terdapat lima kompetensi utama yang perlu
dikuasai oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing iaitu;
i. Kemahiran Penyeliaan Klinikal;
ii. Kemahiran Pemerhatian Bertema;
iii. Kemahiran Bimbingan Bertema;
iv. Kemahiran Refleksi; dan
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
40
v. Kemahiran Menilai dan Memberi Maklum Balas.
4.8 e- Praktikum
e-Praktikum yang dihasilkan dalam melaksanakan penyeliaan latihan praktik secara atas
talian telah dibangunkan bagi mempraktikkan konsep penyeliaan klinikal. Penyeliaan klinikal
merupakan satu proses penyeliaan yang merangkumi prapemerhatian, pemerhatian
pengajaran secara langsung, pengumpulan data dari pemerhatian, penganalisisan tingkah
laku mengajar dan aktiviti untuk meningkatkan mutu pengajaran.
e-Praktikum dihasilkan bagi menyokong proses penyeliaan klinikal seperti yang berikut;
Sidang PraPemerhatian
Pemerhatian
Analisis
Sidang Pasca Pemerhatian
Analisis Sidang Pasca Pemerhatian
e-Praktikum merupakan portal yang akan menempatkan sistem bimbingan dan penilaian
praktikum IPG yang dikenali MyPoroms. e-Praktikum akan ditempatkan di pusat pengkalan
data KPM dan dikawal selia sepenuhnya oleh pegawai IPG Tugas utama meraka adalah
memastikan agar e-Praktikum berjalan dengan baik, lancar dan selamat. Setiap kampus
mempunyai ‘Uniform Resource Locator’ (URL) secara berasingan dan bertanggungjawab
terhadap sistem masing-masing.
4.9 Objektif Praktikum
Melalui praktikum, pelajar dapat:
4.9.1 Menyepadukan teori dengan amali PdP.
4.9.2 Mengaplikasikan pelbagai strategi dan kemahiran pdp.
4.9.3 Mengaplikasi kemahiran mentaksir dan menilai.
4.9.4 Merancang dan melaksanakan PdP secara berpasangan dan individu
mengikut tema yang telah ditentukan
4.9.5 Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah PdP berdasarkan tema yang
telah ditetapkan
4.9.6 Memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri, menghayati dan mengamalkan
nilai-nilai profesionalisme keguruan.
4.9.7 Memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik melalui pembinaan portfolio
dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri.
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
41
4.9.8 Mengoptimumkan kegunaan pelbagai sumber dan teknologi dalam proses
PdP.
4.9.9 Menguasai kemahiran fasilitator.
4.9.10 Menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti
kokurikulum.
4.10 Kaedah Pelaksanaan Praktikum
4.10.1 Penempatan Pelajar
4.10.1.1 Pelajar telah menyempurnakan setiap fasa PBS mengikut
struktur program yang telah ditetapkan. Sila rujuk Jadual 1.2.
4.10.1.2 Penempatan pelajar di sekolah kelolaan KPM dan agensi luar
perlu dibuat secara permuafakatan antara IPG, JPN dan agensi
yang terlibat.
4.10.1.3 Penempatan pelajar ditempatkan mengikut tagging mengikut
surat tawaran .
4.10.1.4 Pelajar boleh ditempatkan di sekolah yang bukan mengikut tagging
jika bilangan dan lokasi sekolah berkenaan tidak dapat memenuhi
keperluan dan syarat praktikum.
4.10.1.5 Tempoh pelaksanaan praktikum adalah seperti ditetapkan dalam
struktur program. Sila rujuk Jadual 1.2.
4.10.2 Bilangan Waktu Mengajar
4.10.2.1 Minimum sepuluh waktu mengajar seminggu.
4.10.2.2 Gabungan jumlah waktu mengajar seminggu maksimum dua belas
waktu mengajar seminggu (Bidang Teras: 6 - 10 waktu dan Elektif
Teras: 2 - 4 waktu).
4.10.2.3 Pelajar wajib mengajar kursus Bidang Teras dan satu kursus Elektif
Teras.
4.10.2.4 Pengajaran berpasangan perlu dijalankan sekurang-kurangnya dua
kali pada setiap peringkat praktikum.
4.10.3 Panduan Penyelia
4.10.3.1 Penyeliaan hendaklah berasaskan pencerapan klinikal.
4.10.3.2 Bimbingan berterusan perlu diamalkan sepanjang praktikum.
4.10.3.3 Penilaian hanya dibuat selepas bimbingan diberikan.
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
42
4.10.3.4 Pemetaan Penyeliaan dan Bimbingan Praktikum Fasa 1 dan 2 dapat
dirumuskan seperti dalam Jadual 4.8
Jadual 4.8 Pemetaan Bimbingan dan Penyeliaan Praktikum Fasa 1 dan 2
4.10.4 Rumusan Agihan Lawatan Sosial, Bimbingan, Kolaboratif dan
penyeliaan Fasa 1 dan 2
Jadual 4.9 Agihan Lawatan Sosial, Bimbingan, Kolaboratif dan Penyeliaan Praktikum Fasa
1 dan 2
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
43
4.11 Agihan dan Wajaran Bagi Penyeliaan, Bimbingan Serta Markah Mengikut Fasa
Praktikum
A. Agihan Penyeliaan Praktikum bagi Fasa 1 dan 2 adalah seperti jadual berikut:
Jadual 4.10 Agihan Penyeliaan Praktikum Fasa 1 dan 2
B. Rumusan keseluruhan bimbingan praktikum bagi Fasa 1 dan 2 adalah seperti jadual
berikut:
Jadual 4.11 Rumusan Keseluruhan Bimbingan Praktikum Fasa 1 dan 2
C. Wajaran markah untuk setiap fasa praktikum adalah seperti jadual berikut:
Jadual 4.12 Wajaran Markah Antara Bidang Teras, Elektif dan Kokurikulum
Fasa Bidang Teras
Bidang Elektif
Bidang Kokurikulum
Refleksi (Semasa Pertengahan Praktikum)
Jumlah
FASA 1 dan
FASA 2
55%
30%
10%
5%
100
Praktikum Mata Pelajaran IPG Sekolah Bilangan
Penyeliaan
Fasa 1
dan
Fasa 2
Bidang Teras 2 + 1 (Bersama) 1(Bersama) 3
Elektif Teras 1 + 1 (Bersama) 1(Bersama) 2
Kokurikulum 1 - 1
Praktikum Kursus IPG/
Sekolah
Lawatan
Sosial
Bimbingan f2f
( Bersemuka )
Bimbingan
Maya
Bilangan
Bimbingan
FASA 1
dan
FASA 2
Bidang Teras
IPG
1 1 3 4
Bidang Elektif - 1 2 3
Ko-kurikulum - 1 1 2
Bidang Teras
Sekolah
- 4 - 4
Bidang Elektif - 3 - 3
Ko-kurikulum - - - -
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
44
D. Perincian wajaran penyeliaan praktikum keseluruhan adalah seperti jadual berikut:
Jadual 4.13 Wajaran Penyeliaan Praktikum Keseluruhan
FASA KURSUS IPG SEKOLAH WAJARAN
FASA 1
dan FASA 2
Bidang Teras
(55%)
Lawatan Sosial Tiada
55%
Penyeliaan 1 (10%) Bimbingan
Penyeliaan 2 (15%) Bimbingan
Penyeliaan Bersama (30%)
Penyeliaan Bersama
Bidang Elektif (30%)
Penyeliaan 1 (10%) Penyeliaan Bersama
(20%)
Bimbingan Penyeliaan Bersama
30%
Ko Kurikulum (10%)
Penyeliaan 1 (10%) - 10%
Refleksi Pertengahan Praktikum
5 %
JUMLAH 100%
4.12 Pelaksanaan Praktikum Pendidikan Khas
4.12.1 Penempatan pelajar-pelajar Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran,
Pendidikan Khas Masalah Pendengaran dan Pendidikan Khas Masalah
Penglihatan akan ditempatkan di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK).
4.12.2 Panduan Penyeliaan bagi Program Pendidikan Khas Masalah
Pembelajaran, pelajar dikehendaki mengajar sekurang-kurangnya satu
kursus Bidang Teras mengikut ketetapan berikut dan satu kursus Elektif
Teras.(Rujuk Jadual 4.14)
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
45
Jadual 4.14 Agihan Penyeliaan dan Mata Pelajaran pendidikan Khas
TAHAP Program Kursus Bil. Waktu
Tahap 1
(Tahun 1, 2 dan 3)
PPKI
SKPK
BidangTeras
Bahasa Melayu
Matematik
Bahasa Inggeris
6 – 10
SKPK Elektif Teras (semua mata pelajaran sekolah)
2 - 4
PPKI
Pengurusan Kehidupan
Pengurusan Diri
Pengurusan Tingkah Laku
Terapi
Rekreasi
RBT
Tahap 2
(Tahun 4, 5 dan 6)
SKPK
PPKI
BidangTeras
Bahasa Melayu
Matematik
Bahasa Inggeris
6 - 10
SKPK Elektif Teras (semua mata pelajaran sekolah)
2 - 4
PPKI
Pengurusan Kehidupan
Pengurusan Diri
Pengurusan Tingkah Laku
Terapi
Rekreasi
RBT
4.12.3 Pelajar Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, Pendidikan Khas Masalah
Pendengaran dan Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dikehendaki
melaksanakan pengajaran penuh di kelas Pendidikan Khas bagi kursus Bidang
Teras dan Elektif Teras dan kokurikulum di Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI) dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK).
4.12.4 Sekiranya subjek Elektif Teras pelajar bersamaan dengan subjek Bidang Teras,
maka pelajar boleh memilih subjek lain sebagai gantian Elektif Teras di Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas
(SKPK). Jika Elektif Teras yang diambil tidak dapat dipenuhi oleh pihak sekolah,
maka pelajar tersebut perlu mengajar mana-mana subjek Elektif Teras lain yang
ada di PPKI atau SKPK.
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
46
4.12.5 Pelajar Pendidikan Khas Masalah Pendengaran dan Pendidikan Khas
Masalah Penglihatan akan menjalani praktikum di kedua-dua kategori
sekolah iaitu pada Fasa 1 di PPKI manakala Fasa 2 di SKPK dan
sebaliknya.
4.12.6 Pelajar akan diselia serta dinilai subjek Bidang Teras dan subjek Elektif
Teras yang sama bagi sepanjang tempoh praktikum. Jika pelajar
mengajar lebih dari satu subjek sama ada dalam Bidang Teras atau
Elektif Teras, pelajar dan penyelia akan berbincang untuk memutuskan
subjek yang dipilih.
4.12.7 Pelajar Bidang Teras Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
dikehendaki menjalankan ujian diagnostik (Bahasa Melayu dan
Matematik) serta penilaian alternatif yang sesuai (senarai semak dan
analisis dokumen) terlebih dahulu sebelum merancang pengajaran dan
pembelajaran.
4.12.8 Pelajar Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran dikehendaki
merancang, melaksana dan menilai satu Rancangan Pendidikan
Individu (RPI) dalam bidang teras ke atas seorang murid pada setiap
peringkat praktikum.
4.13 Pelaksanaan Kokurikulum
4.13.1 Pelajar wajib melaksanakan aktiviti kokurikulum minimum 1 jam seminggu.
4.13.2 Pensyarah Elektif Teras bertanggungjawab membuat bimbingan dan
penyeliaan kokurikulum seperti jadual penyeliaan.
4.13.3 Pelajar perlu melaksanakan sekurang-kurangnya satu aktiviti kokurikulum
dalam mana-mana komponen kokurikulum sama ada kelab dan persatuan,
sukan dan permainan atau unit beruniform di peringkat sekolah.
4.13.4 Menyediakan satu (1) RPH Kokurikulum yang lengkap bagi mana-mana
komponen pada setiap kali pelaksanaan.
4.14 Syarat Taksiran Prestasi Pelajar dalam Praktikum
4.14.1 Asas taksiran untuk menetapkan prestasi pelajar adalah berdasarkan kepada
bimbingan dan penilaian formatif dan sumatif.
4.14.2 Penilaian formatif dibuat secara berterusan oleh guru pembimbing dan
pensyarah penyelia menggunakan borang bimbingan.
4.14.3 Pensyarah penyelia dan guru pembimbing akan membuat rumusan prestasi
pelajar menggunakan Borang Penilaian Praktikum.
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
47
4.14.4 Penilaian Praktikum pelajar dalam praktikum dibuat berasaskan kepada
komponen-komponen yang dinyatakan dalam Jadual 4.3a dan Jadual 4.3b.
4.15 Penentuan Cemerlang Praktikum
4.15.1 Markah Bidang Teras dan Elektif Teras mestilah 90% ke atas
4.15.2 Pelajar yang mendapat markah 90% dan ke atas untuk kedua-dua kursus perlu
direntas cemerlang (Rujuk Lampiran D).
4.15.3 Kedua-dua Bidang Teras dan Elektif Teras akan direntas secara berasingan.
4.15.4 Sekiranya mana-mana satu kursus direntas dan didapati tidak mencapai tahap
cemerlang, maka rentas cemerlang untuk kursus yang kedua tidak perlu dibuat
dan gabungan markah kursus tersebut akan diturunkan kepada 89%.
4.15.5 Bagi markah 90% ke atas tetapi tidak dilaporkan untuk rentasan akan
diturunkan pada markah 89%.
4.15.6 Penilaian rentasan adalah muktamad.
4.15.7 Pencalonan dibuat 3 minggu sebelum praktikum tamat.
4.15.8 Menunjukkan sikap positif terhadap profesion keguruan.
4.16 Refleksi Pertengahan Praktikum(RPP)
4.16.1 Pelajar wajib mengikut RPP dan sebagai prasyarat untuk lulus praktikum.
4.16.2 RPP perlu diselesaikan sebelum tamat tempoh praktikum.
4.16.3 RPP perlu diselesaikan sebelum tamat tempoh praktikum.
4.16.4 Pensyarah bidang teras sebagai panel penilai bertanggungjawab
mengendalikan RPP. Antara tanggungjawabnya ialah:
Menilai pembentangan pelajar
Masukkan markah secara atas talian.
Memastikan kehadiran pelajar.
Memastiakan semua pelajar melaksanakan pembentangan RPP.
Mengisi markah RPP secara atas talian dan menyerahkan borang penilaian
RPP kepada Unit Praktikum
4.16.5 Jabatan Akademik yang berkenaan bertanggungjawab
Menguruskan penyediaan tempat pembentangan.
Menguruskan jadual pembentangan pelajar
Memastikan keberadaan dan kehadiran pensyarah penyelia
4.16.6 Proses pelaksanaan
Pelaksanaan RPP dijalankan oleh IPG masing-masing
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
48
Tempoh pelaksanaan RPP dilaksanakan dalam tempoh 2 hari secara
berkumpulan.
Tempoh pembentangan Pembentang RPP adalah selama 30 minit (15
minit membentang dan 15 minit sesi soal jawab)
Pensyarah penyelia akan dilantik sebagai penilai penilai. Antara tanggungjawab
panel penilai ialah:
a) Bertanggungjawab membuat penilaian pembentang.
b) Berada sepanjang tempoh penilaian pembentangan.
c) Penilaian dibuat oleh panel penilai dan penyelarasan markah antara panel
perlu dilaksanakan selepas tamat sesi pembentangan.
d) Dokumen yang berkaitan dengan pembentang RPP perlu diserahkan kepada
pensyarah penyelia pelajar berkenaan.
e) Markah akhir RPP dimasukkan oleh pensyarah penyelia masing-masing
secara atas talian selewat-lewatnya pada minggu ke-8.
4.17 Prosedur Rentasan Cemerlang
4.17.1 Melengkapkan borang pencalonan cemerlang praktikum dan menyerahkan
borang pencalonan beserta Borang PR1, PR2 dan Jadual Waktu Pelajar
pada minggu ke sembilan.
4.17.2 Unit Praktikum melantik dua orang pensyarah perentas dan salah seorang
pensyarah perentas mestilah terdiri daripada pensyarah bidang dan
seorang daripada jabatan yang berkecuali.
4.17.3 Perentas melaksanakan rentasan berdasarkan dokumen pencalonan yang
lengkap
4.17.4 Keputusan rentasan perlu diserahkan kepada Unit Praktikum dengan kadar
segera selepas selesai proses rentasan.
4.17.5 Perlu rujuk Instrumen rentasan cemerlang utk tambah baik
4.18 Kes Gagal Praktium
4.18.1 Pelajar yang gagal praktikum perlu disahkan oleh JKIAPIPG.
4.18.2 Laporan kes berpotensi gagal perlu dilaporkan oleh pensyarah penyelia kadar
segera untuk tindakan Unit Praktikum.
4.18.3 Melaksanakan rentasan kes gagal (Rujuk Lampiran D).
4.18.4 Pelajar boleh digagalkan berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:
Pelajar tidak memenuhi syarat-syarat seperti disenaraikan dalam kategori
lulus.
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
49
Pelajar menunjukkan sikap negatif dan tidak mematuhi teguran dan
bimbingan yang diberikan dari semasa ke semasa, walaupun telah diberi
amaran bertulis sebanyak tiga kali atas kesalahan sama sepanjang tempoh
praktikum.
Tidak memenuhi kehadiran praktikum
Pelajar tidak menulis Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
Pelajar tidak menulis Jurnal Reflektif Mingguan
Melanggar mana-mana peraturan di bawah Akta 174 dan disabitkan
kesalahan.
4.18.5 Pelajar yang gagal praktikum diberi peluang mengulang sekali sahaja bagi
setiap fasa praktikum (tertakluk kepada syarat-syarat pengijazahan dan tidak
melebihi tempoh pengajian maksimum 10 semester).
4.18.6 Kes Gagal dan Mengulang
4.18.6.1 Pelajar yang gagal praktikum disebabkan oleh masalah disiplin
dan dilibatkan dengan Akta 174 akan mengulang keseluruhan
praktikum dan hanya layak memperoleh gred maksimum C.
4.18.6.2 Pelajar yang mengulang praktikum dengan sebab-sebab yang
dibenarkan oleh Rektor/Pengarah IPG layak memperoleh gred
seperti status asal. Contoh:-
Sakit berterusan
Kes-kes yang khas mendapat kebenaran Pengarah/Rektor
Bencana alam
Menyertai Misi Negara
4.19 Prosedur Rentasan Gagal
4.19.1 Melengkapkan borang pencalonan gagal praktikum bersama Laporan Kes
Gagal (Rujuk Lampiran 2-6).
4.19.2 Unit Praktikum akan melantik 2 org perentas
4.19.3 Perentas akan melaksanakan rentasan berdasarkan Laporan Kes Gagal.
4.19.4 Keputusan rentasan perlu diserahkan kepada Unit Praktikum dengan kadar
segera selepas selesai proses rentasan.
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
50
4.20 Penangguhan Praktikum
4.20.1 Penangguhan praktikum tertakluk kepada keputusan yang dibuat oleh
JKIAPIPG. Permohonan penangguhan hendaklah dibuat kepada Pengarah
IPG.
4.20.2 Penangguhan praktikum tidak boleh melebihi satu tahun selepas tamat
tempoh pengajian atau tertakluk kepada keputusan Senat IPG.
4.20.3 Praktikum yang tertangguh perlu disempurnakan sebelum pelajar menjalani
Internship.
4.20.4 Pelajar mesti melaporkan diri ke IPG asal mereka selepas tamat tempoh
penangguhan yang dipohon untuk meneruskan praktikum.
4.20.5 Pelajar tidak dibenarkan bertukar pusat latihan dan diletakkan di bawah
bimbingan dan penyeliaan IPG asal masing-masing kecuali mendapat
kelulusan Pengarah IPG.
4.21 Ketidakhadiran Praktikum
Perkara atau urusan yang membolehkan ketidakhadiran pelajar hanya dengan
kebenaran Pengarah IPG tetapi tidak melebihi 30% daripada jumlah hari
praktikum dinyatakan seperti yang berikut:
4.21.1 Pelajar sakit atau cedera dan disahkan oleh pegawai perubatan.
4.21.2 Menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes mahkamah.
4.21.3 Ahli keluarga terdekat (Rujuk pada pekeliling Perkhidmatan Awam) meninggal
dunia dengan disertakan sijil kematian.
4.21.4 Peristiwa di luar jangkaan atau hal-hal kecemasan.
4.21.5 Sebab-sebab lain yang diberi kebenaran oleh Pengarah IPG dengan mengisi
borang seperti dalam Lampiran C.
4.21.6 Kes-kes lain yang tertakluk kepada pekeliling perkhidmatan yang sedang
berkuat kuasa.
4.21.7 Pelajar tidak dibenarkan melibatkan diri dalam aktiviti luar sepanjang tempoh
praktikum kecuali dengan kebenaran rektor dan pengarah kampus.
4.22 Tindakan bagi Kehadiran Kurang 100%
4.22.1 Tindakan bagi kehadiran yang kurang daripada 100% “dengan kebenaran”
adalah seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.2.
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
51
Jadual 4.2 Tindakan bagi Kes Kehadiran Praktikum/Internship Kurang daripada 100%
Peratus Kehadiran Tindakan
90% ke atas JKIPIPG/JKIAPIPG akan menentukan sama ada pelajar perlu
melengkapkan kehadiran.
70% - 89.9% Pelajar wajib melengkapkan kehadiran.
Kurang daripada 70% Pelajar wajib mengulang keseluruhan.
4.22.2 Kehadiran yang kurang daripada 100% tanpa sebab atau tanpa kebenaran,
kes ini akan dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib IPG untuk diambil
tindakan.
4.23 Tugas dan Tanggungjawab Unit Praktikum / Amalan Profesional
4.23.1 Melaksanakan dasar praktikum yang diputuskan oleh IPGM.
4.23.2 Merancang dan menyediakan Jadual Kerja Pelaksanaan Praktikum.
4.23.3 Menguruskan surat pelantikan guru pembimbing dengan pihak JPN.
4.23.4 Merancang dan menguruskan penempatan pelajar dan pensyarah penyelia.
4.23.5 Merancang dan menguruskan maklumat / taklimat pengurusan praktikum
kepada pelajar, pensyarah penyelia dan pihak sekolah.
4.23.6 Merancang dan menguruskan kursus pementoran untuk pensyarah penyelia
dan guru pembimbing mengikut keperluan.
4.23.7 Memastikan kelancaran pelaksanaan praktikum.
4.23.8 Menguruskan pengumpulan dan penyimpanan dokumen dan rekod praktikum.
4.23.9 Melaksanakan sesi refleksi praktikum selepas tamat tempoh praktikum.
4.23.10 Membuat analisis dan rumusan refleksi praktikum.
4.23.11 Membentangkan kehadiran dan keputusan praktikum untuk disahkan oleh
JKIPIPG/JKIAPIPG sebelum diserahkan kepada Unit Peperiksaan dan
Penilaian.
4.23.12 Menyediakan dokumen dan laporan kes-kes Praktikum untuk dibawa ke
JKIAPIPG.
4.23.13 Menghantar Minit Mesyuarat JKIAPIPG kepada IPGM.
4.23.14 Membantu Unit Kewangan IPG menguruskan Borang Tuntutan Elaun Guru
Pembimbing.
4.23.15 Menjalankan pemantauan pelaksanaan Praktikum secara rawak (Rujuk
Lampiran B).
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
52
4.23.16 Mengendalikan kes-kes khas seperti penangguhan, melengkapkan tempoh
Praktikum, gagal dan disiplin serta mengambil tindakan sewajarnya.
4.23.17 Mengesahkan kehadiran dan keputusan Praktikum.
4.24 Tugas dan Tanggungjawab Jabatan Akademik
4.24.1 Menerima maklumat berkaitan daripada Unit Praktikum.
4.24.2 Menguruskan Refleksi Pertengahan Praktikum.
4.24.3 Menyusun jadual pelaksanaan
4.24.4 Menguruskan pengisian markah
4.24.5 Memastikan pengllibatan pensyarah yang berkenaan
4.24.6 Memastikan markah telah diisi secara atas talian
4.24.7 Memberi kursus bimbingan penyeliaan praktikum kepada pensyarah penyelia
yang bukan bidang yang diselia yang tidak mempunyai kepakaran dalam
bidang berkaitan.
4.24.8 Mengendalikan kes-kes Refleksi Pertengahan Praktikum yang lain
memerlukan perhatian dan tindakan.
4.25 Tugas dan Tanggungjawab Pensyarah Penyelia
4.25.1 Menerima surat pelantikan sebagai pensyarah penyelia daripada Pengarah
IPG.
4.25.2 Menerima maklumat berkaitan praktikum daripada Unit Praktikum.
4.25.3 Memastikan kehadiran pelajar 100% dalam pelaksanaan praktikum.
4.25.4 Berbincang dengan pelajar tentang urusan bimbingan dan penyeliaan
praktikum.
4.25.5 Mengadakan perbincangan dengan pentadbir sekolah dan guru pembimbing
secara berterusan untuk menjalinkan hubungan profesional.
4.25.6 Melaporkan kemajuan dan kes-kes disiplin pelajar dari semasa ke semasa
kepada Unit Praktikum.
4.25.7 Menyemak dan membimbing pelajar dalam penulisan RPH, Jurnal Reflektif
secara atas talian.
4.25.8 Pensyarah bidang teras dan pensyarah elektif teras perlu menyemak dan
membimbing pembinaan portfolio praktikum berdasarkan senarai semak yang
disediakan.
4.25.9 Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan yang kemas kini.
4.25.10 Memantau kehadiran, prestasi dan disiplin pelajar sepanjang tempoh
praktikum.
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
53
4.25.11 Memaklumkan dengan segera secara bertulis kes-kes khas yang memerlukan
perhatian dan tindakan Unit Praktikum menggunakan borang yang ditetapkan.
4.25.12 Memberi bimbingan berasaskan konsep praktikum bertema dan prinsip-prinsip
permentoran berstruktur.
4.25.13 Menyelia secara tersebar sepanjang tempoh praktikum mengikut jadual
penyeliaan yang telah dicadangkan.
4.25.14 Membimbing pelajar secara bersemuka dan maya berdasarkan jadual
penyeliaan yang telah ditetapkan.
4.25.15 Melaksanakan lawatan sosial berdasarkan jadual penyeliaan yang telah
ditetapkan.
4.25.16 Membimbing pelajar-pelajar dalam perancangan, pelaksanaan dan penilaian
kokurikulum (Lampiran 2-4).
4.25.17 Berkolaboratif dengan guru pembimbing dalam semua aspek pelaksanaan
praktikum.
4.25.18 Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik yang cemerlang.
4.25.19 Melengkapkan borang bimbingan dan menyerahkan salinan asal kepada
pelajar.
4.25.20 Pensyarah Bidang Teras dan Elektif Teras wajib membuat rumusan prestasi
praktikum setiap pelajar bersama-sama guru pembimbing Bidang Teras atau
Elektif Teras dengan menggunakan Borang Penilaian Praktikum secara atas
talian.
4.25.21 Pensyarah Elektif Teras bertanggungjawab membuat bimbingan dan
penyeliaan kokurikulum.
4.25.22 Mencetak dan menyerahkan Borang Penilaian Praktikum yang lengkap kepada
Unit Praktikum berdasar keperluan.
4.25.23 Pensyarah penyelia praktikum bukan bidang perlu diberi pendedahan oleh
jabatan yang berkenaan sebelum melaksanakan penyeliaan.
4.25.24 Pensyarah yang menyelia kursus bidang teras Bimbingan dan Kaunseling perlu
memiliki kelayakan yang berkaitan bidang.
4.25.25 Melengkapkan borang pencalonan cemerlang praktikum dan menyerahkan
borang pencalonan beserta semua dokumen penilaian Jadual Waktu Pelajar
pada minggu ke sembilan melalui Ketua Jabatan masing-masing.
4.25.26 Melaksanakan tugas sebagai panel penilai Refleksi Pertengahan Praktikum
dan menguruskan sesi berkenaan.
4.25.27 Memastikan pelajar menyediakan RPH secara bertaip serta muat-naik fail RPH
satu Bidang Teras dan satu Elektif Teras bagi setiap minggu dan hanya
berfokus kepada kelas yang sama.
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
54
4.26 Tugas dan Tanggungjawab Pelajar
4.26.1 Menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum.
4.26.2 Memahami dan berusaha mencapai matlamat dan objektif praktikum.
4.26.3 Menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum.
4.26.4 Memahami dan berusaha mencapai matlamat dan objektif praktikum.
4.26.5 Berbincang dengan pensyarah penyelia tentang pelaksanaan praktikum
sebelum menjalani praktikum.
4.26.6 Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru-guru dan
staf sokongan di sekolah.
4.26.7 Berbincang dengan guru pembimbing untuk mencapai persefahaman tentang
peranan dan tanggungjawab masing-masing
4.26.8 Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru-guru dan
staf sokongan di sekolah.
4.26.9 Menyerahkan jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah dan maklumat–
maklumat lain kepada pensyarah penyelia dalam minggu pertama praktikum.
4.26.10 Mematuhi dan mengamalkan etika profesion perguruan, peraturan IPG dan
peraturan sekolah.
4.26.11 Hadir ke sekolah dengan tugas rutin seorang guru serta terlibat dengan aktiviti
anjuran sekolah di sepanjang tempoh praktikum.
4.26.12 Merekod kehadiran pada setiap hari persekolahan mengikut sistem yang
diguna pakai di sekolah.
4.26.13 Menyerahkan Rekod Pengajaran Harian kepada pentadbiran sekolah pada
setiap minggu di sepanjang tempoh praktikum.
4.26.14 Melengkap dan menghantar borang kehadiran praktikum ke Unit Praktikum
pada minggu pertama setiap bulan.
4.26.15 Mendapatkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran(DSKP).
4.26.16 Menyediakan rancangan semester dan mingguan sepanjang tempoh
praktikum.
4.26.17 Menyediakan RPH mengikut format yang ditetapkan oleh IPG dan memuat
naik fail RPH secara atas talian sebelum melaksanakan PdP.
4.26.18 Penulisan RPH selain daripada Kursus Bahasa perlu ditulis dalam bahasa
Melayu.
4.26.19 Menyediakan Jurnal Reflektif secara atas talian dalam bahasa Melayu kecuali
kursus TESL menggunakan bahasa Inggeris. (Lampiran 2-3 dan Lampiran
2-3a).
4.26.20 Memuat turun dan mencetak RPH, Jurnal Reflektif dan Borang Bimbingan
Praktikum.
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
55
4.26.21 Mendapatkan bimbingan daripada guru pembimbing semasa merancang
pengajaran.
4.26.22 Melaksanakan pengajaran secara berpasangan untuk Bidang Teras dan
Elektif Teras dalam tempoh praktikum (Lampiran 2-2).
4.26.23 Menyediakan Jurnal Reflektif secara atas talian untuk kursus bidang teras dan
elektif teras.
4.26.24 Melaksanakan dan membantu mengendalikan aktiviti kokurikulum.
Perancangan kokurikulum perlu disediakan mengikut tempoh praktikum
(Lampiran 2-4 dan Lampiran 2-4a). Menyediakan satu (1) RPH Kokurikulum
bagi mana-mana komponen pada setiap kali pelaksanaan.
4.26.25 Melengkapkan, mengemas kini dan menyerahkan portfolio amalan
profesional kepada guru pembimbing dan pensyarah penyelia pada setiap kali
bimbingan/penyeliaan dijalankan (Lampiran 2-3b).
4.26.26 Mengisi Borang Refleksi Praktikum IPG selepas selesai menjalani praktikum.
4.26.27 Menyerahkan Borang Rumusan Kekerapan Bilangan Penyeliaan Praktikum
kepada Unit Praktikum setelah tamat praktikum (Lampiran 2-7).
4.26.28 Pelajar bidang teras Bimbingan dan Kaunseling perlu menyediakan rekod-
rekod berkaitan pengurusan dan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
berdasarkan buku panduan semasa yang dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia.
4.27 Tugas dan Tanggungjawab Pengurus Sekolah
4.27.1 Menerima maklumat berkaitan praktikum daripada Unit Praktikum IPG.
4.27.2 Mencalonkan guru pembimbing dalam kalangan guru terlatih yang
berpengalaman dan membimbing pelajar sepanjang tempoh praktikum.
4.27.3 Memberi taklimat kepada pelajar tentang:
Sejarah, struktur organisasi, pengurusan, peraturan, disiplin dan budaya
sekolah.
Tugas dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru
disiplin, guru panitia, guru kokurikulum, guru darjah, guru kursus, guru
tugas khas dan tugas staf sokongan.
Latar belakang murid dan masyarakat setempat.
Tugas dan tanggungjawab pelajar di sekolah.
Pengelolaan aktiviti kokurikulum.
Maklumat-maklumat lain yang berkaitan.
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
56
4.27.4 Memberi jadual waktu dan takwim sekolah kepada pelajar pada hari pertama
melapor diri.
4.27.5 Mengawasi disiplin pelajar dan mengesahkan kehadiran mereka.
4.27.6 Memberitahu secara bertulis kepada pihak IPG tentang pelajar yang:
Tidak menjalankan tugas dengan memuaskan.
Tidak hadir tanpa sebab.
Terlibat dengan kes-kes disiplin.
Menghadapi masalah kesihatan dan kemalangan.
4.27.7 Menyemak dan mengesahkan rancangan pengajaran pelajar.
4.27.8 Mengesahkan kehadiran pelajar dengan menandatangani Borang Kehadiran
Praktikum.
4.27.9 Memastikan guru pembimbing memberi bimbingan dan tunjuk ajar secara
berterusan kepada pelajar, berdasarkan jadual kerja penyeliaan yang
disediakan.
4.27.10 Mengambil berat hal-hal berkaitan dengan kebajikan pelajar.
4.27.11 Memastikan segala proses berkaitan dengan pelaksanaan penyeliaan
praktikum dilaksanakan dengan sempurna dan berkesan.
4.27.12 Memastikan pelajar dilibatkan sebagai pembantu guru penasihat dalam
komponen kokurikulum.
4.27.13 Memastikan pelajar tidak diberi kelas ganti melebihi LIMA waktu seminggu.
4.27.14 Bagi bidang teras Bimbingan dan Kaunseling, memberi sokongan ke arah
mewujudkan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling yang selaras dengan
buku panduan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
4.28 Tugas dan Tanggungjawab Guru Pembimbing
4.28.1 Menghadiri taklimat berkaitan praktikum daripada Unit Praktikum IPG.
4.28.2 Memahami, menghayati dan melaksanakan peranan sebagai guru
pembimbing (Lampiran 2-1)
4.28.3 Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada pelajar dalam aspek PdP di dalam
dan di luar bilik darjah dalam perkara-perkara yang berikut:
Jadual waktu
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran(DSKP)
Rancangan semester dan persediaan mengajar harian
Sumber PdP
Proses PdP
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
57
Pengajaran berpasangan
Amalan pemulihan dan pengayaan dalam PdP
Teknik penyoalan
Pentaksiran dan penilaian murid
Pengurusan bilik darjah
Penilaian kendiri (refleksi) dan penulisan jurnal reflektif mingguan
Pengelolaan (perancangan, pelaksanaan dan penilaian) kokurikulum
Hal-hal lain yang berkaitan
4.28.4 Memberi peluang kepada pelajar membuat pemerhatian pengajaran guru
pembimbing.
4.28.5 Menyemak, memberi ulasan bertulis dan menandatangani Rekod Persediaan
Mengajar pelajar.
4.28.6 Menyemak dan membimbing pelajar dalam penulisan refleksi pengajaran,
penulisan Jurnal Reflektif Mingguan (Lampiran 2-3 dan 2-3a) dan pembinaan
portfolio praktikum dengan menggunakan senarai semak yang ditetapkan
(Lampiran 2-3b).
4.28.7 Menyelia pengajaran pelajar berdasarkan prinsip pencerapan klinikal dengan
menggunakan borang bimbingan.
4.28.8 Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan yang kemas kini.
4.28.9 Memaklumkan kepada pengurus sekolah mengenai perkembangan pelajar
dari semasa ke semasa sepanjang tempoh praktikum.
4.28.10 Memantau kehadiran pelajar sepanjang tempoh praktikum.
4.28.11 Membuat laporan bertulis tentang kes-kes khas (kes berpotensi gagal dan
masalah disiplin) pelajar kepada pihak IPG dengan segera.
4.28.12 Membuat rumusan prestasi praktikum pelajar bersama pensyarah penyelia
dengan menggunakan Borang Penilaian Praktikum.
4.28.13 Bagi bidang Bimbingan dan Kauseling, guru pembimbing hanya perlu
membimbing pelajar dalam aspek pengurusan perkhidmatan Bimbingan dan
Kaunseling sahaja.
4.29 Khidmat Profesional
4.29.1 Peringkat IPG
Khidmat penyeliaan daripada jabatan lain di IPG Kampus boleh
dilaksanakan sekiranya ketidakcukupan tenaga penyelia daripada jabatan
yang menawarkan kursus
Garis Panduan Pelaksanaan Amalan Profesional
Praktikum Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
58
Pensyarah Penyelia yang dilantik perlu mempunyai kepakaran bidang
berkenaan.
Kursus bimbingan penyeliaan praktikum dalam bidang berkenaan perlu
dilberikan kepada pensyarah yang tidak mempunyai kepakaran dalam
bidang berkaitan.
4.29.2 Bantu Selia IPG
Khidmat penyeliaan daripada IPG Kampus lain boleh dilaksanakan sekiranya
ada permohonan daripada IPG Kampus yang menawarkan kursus dengan
ketetapan berikut:
Mendapat kelulusan Pengarah IPGK.
Proses lantikan pensyarah penyelia perlu diuruskan oleh IPGK yang
membantu.
Proses lantikan guru pembimbing perlu diuruskan oleh IPGK asal.
Taklimat pensyarah dan guru pembimbing perlu diuruskan oleh IPGK yang
membantu.
Sebarang bayaran tuntutan ditanggung oleh IPGK asal.
Dokumen praktikum perlu disediakan oleh IPGK yang membantu.
Pengendalian secara atas talian adalah di bawah kendalian IPGK yang
membantu sehingga tamat tempoh praktikum dan diserahkan semula
kepada IPGK asal.
Rentasan cemerlang dibuat oleh IPGK yang membantu.
Pengurusan kes-kes khas yang melibatkan pelajar akan dirujuk dan
dikendalikan oleh IPGK asal.