4 Pelan Cong
-
Upload
bingping1976 -
Category
Documents
-
view
237 -
download
0
description
Transcript of 4 Pelan Cong
LATAR BELAKANG
1.1 Pelancongan di Malaysia merupakan aset penting dalam kegiatan ekonomi di negara kita. Kawasan
pelancongan yang sedia ada begitu berpotensi untuk menggamit pelancong asing untuk datang ke
negara kita.
1.2 Tempat-tempat pelancongan yang berjaya menarik pelancong dalam serta luar negara adalah seperti
Pulau Langkawi di Kedah, Pulau Tioman di Pahang , Gua Tempurung di Perak , Taman Negara
Bako, Sarawak, Taman Laut Pulau Sipadan, Sabah serta banyak lagi tempat yang alam semula
jadinya berjaya dinobatkan sebagai kawasan pelancongan negara.
1.3 Hakikat bahawa ini murid-murid perlu didedahkan kepada pengetahuan dalam sektor pelancongan
untuk menarik minat mereka dalam industri pelancongan negara.
1.4 Kerajaan juga melalui Kementerian Pelancongan serta kempen Tahun Melawat Malaysia telah
menyediakan beberapa kemudahan khusus untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pelancongan di
negara kita lagi.
195
RASIONAL
Berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada murid-murid kepada sektor pelancongan di negara kita adalah
wajar untuk mereka diberi satu peluang menonjolkan diri melalui kewujudan Kelab Pelancongan Sekolah ini
agar matlamat serta saranan kerajaan untuk memajukan sektor pelancongan di negara kita mencapai
matlamatnya.
MATLAMAT
Matlamat Kelab Pelancongan Sekolah adalah untuk :-
1. Melahirkan generasi alaf baru supaya tahu menilai serta menghayati keindahan alam semula jadi yang telah diwartakan sebagai tempat pelancongan di negara kita.
2. Menginsafi kejadian alam kurniaan Tuhan yang memberi ketenangan dalam kehidupan manusia.
3. Menggalakkan murid bersama-sama keluarga untuk berkunjung ke tempat-tempat pelancongan dalam negeri bagi membantu mereka meningkatkan sektor ekonomi Negara.
196
OBJEKTIF
1. Melahirkan insan yang mempunyai hubungan rapat dengan sumber alam semulajadi di negara kita.
2. Mengukuhkan ikatan persaudaraan melalui Konsep Jauh Perjalanan Luas Pengalaman serta Ramai Kenalan.
3. Mewujudkan insan yang dapat menilai kurniaan Tuhan dan menghargainya.
4. Memupuk sikap kepimpinan dalam pengurusan sebuah organisasi.
KURIKULUM
Kurikulumnya berteraskan :-
i. Pelancongan tempatan ( kawasan berhampiran )
ii. Pelancongan domestik ( dalam negeri )
iii. Pelancongan antarabangsa
197
PERUNTUKAN AKTA / PEKELILING IKHTISAS BERKAITAN
1. The Education Ordinance, 1957 (No. 2 of 1957), The Schools (Tours) Regulations, 1957
2. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000 : Lawatan Pendidikan Murid Pada Hari Persekolahan.
3. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 05/2002 : Lawatan Sekolah Pada Hari Persekolahan.
4. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 05/2007 : Garis Panduan Lawatan Murid.
5. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1986. Rekod Kedatangan dan Laporan Gerak Kerja Kokurikulum Pelajar.
6. Surat Pekeliling lkhtisas, Bil. 8/1988. Keselamatan Diri Pelajar Di Sekolah.
7. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1995. Pelaksanaan Skim Takaful Kemalangan Diri Berkelompok Bagi Pelajar
Sekolah Kerajaan dan Bantuan Kerajaan.
8. Surat Pekeliling lkhtisas Bil. 8/1995. Penyertaan Pelajar Dalam Pertandingan Kejohanan Sukan Anjuran
Persatuan atau Badan Induk Sukan.
9. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1996. Penampilan Diri Pelajar, Kekemasan dan Kerapian Berpakaian.
10. Surat Pekeliling Ikhtisas BIL. 1/ 1985-Penubuhan Jawatankuasa Bimbingan Pelajar Sekolah
198
Perjumpaan Tajuk Isi Kandungan Pelaksanaan Catatan
1 Mesyuarat Agung
1. Memberi pendedahan kepada murid-murid tentang prosedur mesyuarat
2. Surat pelantikan rasmi
1.Pelantikan EXCO
2. Agihan portfolio
- Guru Penasihat
RUJUK LAMPIRAN A
2 Tugasan Rutin
1. Mempamerkan carta organisasi
2. Menyenaraikan agihan tugas jawatankuasa
3. Mencari bahan seperti brosur,risalah mengenai pelancongan
1.Mengemas kini papan kenyataan
2.Membersihkan bilik kelab - Semua AJK
PELAN PELAKSANAAN AKTIVITI KELAB PERLANCONGAN
Perjumpaan Tajuk Isi Kandungan Pelaksanaan Catatan
199
3 Pertandingan peringkat dalaman sekolah
Membinadraf buletin kelab
1. Kuiz
2. Melukis poster
3. “Scrabble”
4. Membina draf buletin
1. Meningkatkan pengetahuan sedia ada murid .
2. Mencungkil bakat di kalangan murid-murid
3. Memberi galakan kepada murid-murid untuk mengambil bahagian dalam pertandingan
- Penyertaan terbuka kepada murid.
- Inisiatif diberi kepada pelajar sebagai dorongan
4 Kempen pengambilan ahli baru
1. Penerangan
2. Pendaftaran keahlian
3. Perlembagaan
4. Perancangan tahunan
1. Memberi penerangan mengenai faedah menyertai kelab
2. Berkempen kepada murid-murid baru untuk menyertai kelab
3. Memberi pendedahan tentang perlembagaan dan peraturan kelab terutamanya kepada ahli-ahli baru.
4. Menerangkan perancangan tahunan
- Semua murid.
- Pemberitahuan projek tabung untuk melancong
Perjumpaan Tajuk Isi Kandungan Pelaksanaan Catatan
200
5 1. Edaran buletin 1. Menyediakan buletin kelab
2. Mengedar buletin kepada semua ahli
3. Menjilid buletin bagi tujuan koleksi.
- Semua AJK
- Biro Penerbitan
6 Program Pengenalan Pelancongan
1. Menterjemahkan perincian pelancongan :
a. Sains dan teknologi
b. Mercu tanda c. Galeri d. Kesenian &
Kebudayaan e. Sejarah
1. Penerangan berpandukan media/bahan cetak dan elektronik
- Muzium Budaya- Rumah Cina
Peranakan, P.Pinang
- Petrosains- Taman Pertanian
- Bangunan Parlimen
7 Pertandingan Buku Skrap
1. Mencari maklumat mengenai tempat:
a. Sains dan Teknologi
b. Mercu tanda c. Galeri d. Kesenian dan
Kebudayaan
1. Penghasilan buku skrap berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui media cetak
2. Murid-murid digalakkan mencari sumber tambahan dengan
- Buku skrap yang terbaik akan di pamerkan dan di beri hadiah insentif.
201
e. Sejarah menggunakan pelbagai kaedah yang relevan.
8 Perkhemahan Kelab
1. Memupuk semangat setiakawan
2. Kerjasama dan saling membantu
1. Menyertai perkhemahan peringkat sekolah bersama-sama unit beruniform
2. Melakukan aktiviti-aktiviti seperti mencari harta karun, merentas halangan, latihan pertolongan cemas dan melawan kebakaran.
- Kerjasama dengan unit beruniform lain di sekolah
- Dokumentasi
9 Program Khidmat Masyarakat
1. Mengadakan kerja amal
1. Membersihkan kawasan kejiranan, rumah ibadat, kubur dan sebagainya.
2. Melawat rumah anak-anak yatim / rumah kenangan.
- Kerjasama dengan JKKK, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat.
- Dokumentasi
202
Perjumpaan Tajuk Isi Kandungan Pelaksanaan Catatan
11 Program Lawatan Sambil Belajar
1. Konsep Jauh Perjalanan Luas Pengalaman serta Ramai Kenalan.
1. Meningkatkan pengetahuan sedia ada murid
2. Menimba pengalaman dan menerokai pengalaman baru.
13 Pameran Destinasi Pelancongan Negara
1. Menyertai pameran yang dianjurkan oleh pihak sekolah melalui Hari Terbuka Sekolah
1. Pelajar mempamerkan hasil dapatan yang diperoleh sepanjang lawatan.
2. Mempamerkan gambar-gambar yang berkaitan dengan pelancongan di negara kita.
3. Menggalakkan pelajar berinteraksi sesama pelajar yang mengunjungi gerai pameran
- Guru Penasihat,
Pengerusi Kelab
14 Menambah dana kelab
1. Menambah dana kelab melalui jualan barangan :a. rantai kunci
1. Pelajar akan bersama-sama menjadi agen jualan
semua cenderamata kelab
- Ahli kelab
203
Perjumpaan Tajuk Isi Kandungan Pelaksanaan Catatankelab
b. penc. poskadd. muge. pembuka suratf. baju-T kelab
2. Melatih pelajar agar dapat mengaplikasi kemahiran dalam pelajaran perdagangan
15 Ceramah peluang kerjaya dalam bidang pelancongan
1. Sesi ceramah dan perkongsian minda dengan:
a. Pegawai TDCb. Pengusaha
pelanconganc. Pensyarah
Hospitaliti
1. Pelajar akan dapat mengetahui peluang kerjaya dalam bidang pelancongan
2. Memanipulasi peluang yang ada
- Ahli kelab
204
LAMPIRAN A
KATEGORI TEMPAT-TEMPAT PROGRAM LAWATAN SEKOLAH
Sains dan Teknologi1. Pusat Sains Negara / Pusat Remote Sensing2. Balai Cerap Planetarium Negara
Mercu Tanda1. Menara Jam Sendeng2. Menara Kuala Lumpur
Galeri1. Galeri Seni Lukis2. Galeri Perdana
Kesenian dan Kebudayaan1. Muzium Kebudayaan Melaka2. Kilang batik dan songket3. Istana Budaya
Sejarah 1. Muzium Sejarah (Kota A Famosa, Lembah Bujang)
2. Rumah kelahiran pemimpin negara
205
PENGURUSAN SISTEM FAIL Kandungan dalam fail adalah seperti yang berikut :-
i. Perlembagaan / Peraturan.
ii. Senarai Nama Guru Penasihat Kelab ( Carta )
iii. Senarai Nama Jawatankuasa Induk ( Carta )
( keanggotaan dari kalangan pelajar )
iv. Senarai Nama Ahli Kelab ( mengikut SMM )
v. Perancangan Aktiviti
1. Rancangan Sepanjang Tahun
2. Sesi perjumpaan – sekurang-kurangnya 12 kali
vi. Panggilan Mesyuarat (AGM dan mesyuarat jawatankuasa)
vii. Minit Mesyuarat ( sekurang-kurangnya 3 kali setahun )
viii. Minit Mesyuarat Agung ( sekurang-kurangnya 1 kali setahun bulan Ogos )
ix. Laporan Aktiviti Sepanjang Tahun.
x. Dokumentasi.
206
2 PENGURUSAN PERJALANAN PELANCONGAN
2.1Akiviti yang dianjurkan perlu melalui perancangan yang menyeluruh dan teliti. Antara langkah-
langkah yang terlibat ialah :-
2.1.1 Menyediakan Kertas Cadangan Lawatan – kertas ini hendaklah
menyatakan :-
2.1.1.1 Tujuan lawatan.
2.1.1.2 Tempat / destinasi yang hendak dituju.
2.1.1.3 Bajet – kadar kutipan dan jumlah kewangan.
2.1.1.4 Senarai nama murid.
2.1.1.5 Senarai nama guru.
2.1.1.6 Nama ketua rombongan.
2.1.2 Menyerahkan kertas cadangan kepada Pengetua atau Guru Besar bagi
mendapatkan kelulusan:-
2.1.2.1 Pelaksanaan aktiviti.
2.1.2.2 Kadar kutipan dan jumlah kewangan yang dipungut.
2.1.2.3 Senarai nama murid yang menyertai.
2.1.2.4 Senarai guru yang dilantik bertugas dan yang menyertai aktiviti.
2.1.2.5 Ketua rombongan
207
2.1.3 Pelantikan ketua rombongan dan perbelanjaan kewangan secara bertulis oleh
Pengetua atau Guru Besar.
2.1.4 Surat Maklumat Waris
2.1.4.1 Surat dikeluarkan untuk memaklumkan waris tentang aktiviti yang dianjur
dan mendapat kebenaran bertulis penglibatan murid menyertai aktiviti.
2.1.4.2 Isi kandungan surat maklumat waris
2.1.4.2.1 Tarikh dan tempat lawatan.
2.1.4.3 Isi kandungan surat maklumat waris
2.1.4.3.1 Tarikh dan tempat lawatan.
2.1.4.3.2 Jadual aktiviti.
2.1.4.3.3 Langkah-langkah yang diambil untuk menjaga
keselamatan dan kebajikan murid.
2.1.4.3.4 Surat pengesahan kesihatan dan maklumat perubatan
serta alahan.
208
2.1.5 Mesyuarat Pelaksanaan – mesyuarat dianjurkan beberapa kali bagi tujuan untuk
menentukan perkara-perkara yang berikut :
2.1.5.1 Penyediaan dan edaran surat tawaran penyertaan murid dan surat
kebenaran waris
2.1.5.2 Tempahan tempat lawatan, penginapan dan pengangkutan
2.1.5.3 Merancang perjalanan pergi dan balik ke tempat lawatan
2.1.5.4 Menapis permohonan penyertaan murid
2.1.5.5 Melengkapkan maklumat murid dan guru
2.1.5.6 Melengkapkan borang permohonan pelaksanaan aktiviti
2.1.6 Mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Pelajaran Negeri.
2.1.7 Tindakan susulan selepas kebenaran JPN diluluskan.
2.1.8 Sebelum memulakan perjalanan, tindakan yang berikut perlu ambil :-
2.1.8.1 Taklimat kepada ibu bapa / penjaga
2.1.8.2 Memastikan Peti Kecemasan ( First Aid ) disediakan.
2.1.8.3 Membawa dokumen kebenaran rawatan murid bersama-sama.
209
2.1.9 Tindakan jika aktiviti dibatalkan atau perjalanan tergendala
2.1.9.1 Aktiviti dibatalkan – ketua rombongan perlu memaklumkan kepada JPN
berserta surat pembatalan program lawatan / surat penangguhan.
2.1.9.2 Pemandu tidak mencukupi – perjalanan tidak dibenarkan sekiranya
pemandu kedua (gantian) tidak hadir sama.
2.1.9.3 Perjalanan tergendala – akibat daripada bencana alam atau kerosakan
kenderaan.
2.2 SEMASA AKTIVITI
2.2.1 Apabila murid dan guru mula bergerak maka langkah-langkah yang berikut perlu
diambil perhatian dan dipatuhi:-
2.2.1.1 Memastikan arahan dan peraturan secara bertulis ( peraturan dan arahan
program sepanjang lawatan ) dibaca dan difahami oleh murid dan
diedarkan kepada semua ahli rombongan
2.2.1.2 Semua peraturan hendaklah dipatuhi oleh murid dan guru yang
menyertainya.
210
2.2.1.3 Maklumat hospital / pusat kesihatan , balai polis dan Jabatan Pelajaran
Negeri / Pejabat Pelajaran Daerah yang berhampiran dengan tempat
lawatan.
2.2.1.4 Urus setia hendaklah dimaklumkan sekiranya terdapat ahli keluarga yang
ingin berjumpa atau membawa murid keluar.
2.2.1.5 Memastikan bahawa ahli rombongan terdiri daripada ahli yang tersenarai
sahaja.
2.2.1.6 Menentukan supaya peti kecemasan sentiasa ada bersama-sama di
sepanjang tempoh aktiviti.
2.2.1.7 Pergerakan murid hendaklah sentiasa diawasi dan dalam makluman guru
pengiring.
2.2.1.8 Jika berlaku sebarang kerosakan kenderaan , murid hendaklah berada di
luar kenderaan dan berkumpul di tempat yang selamat.
2.2.1.9 Lawatan hendaklah dilakukan ke tempat-tempat yang tersenarai dalam
jadual sahaja.
2.2.1.10 Memastikan penyelamat kelemasan bertauliah disediakan jika melibatkan
aktiviti air.
2.2.1.11 Memastikan murid diambil oleh keluarga masing-masing apabila
rombongan kembali ke sekolah atau mana-mana tempat yang ditentukan.
211
2.2.1.12 Murid-murid yang tidak dibawa pulang oleh waris hendaklah dihantar dan
diiring ke rumah.
2.2.1.13 Menentukan catatan pergerakan sentiasa dikemaskinikan dalam BUKU LOG.
2.2.1.14 Perlu dipastikan terdapat makanan yang bersesuaian / sesuai di makan /
mencukupi ( halal dan vegetarian ) mengikut keperluan murid.
2.3 SELEPAS AKIVITI
2.3.1 Ketua rombongan dikehendaki membuat laporan bertulis mengenai lawatan dan
laporan perbelanjaan kutipan bayaran lawatan dan menyerahkannya kepada
Pengetua / Guru Besar. Pihak pentadbir sekolah akan memutuskan lebihan wang
tersebut.
2.3.2 Bagi menentukan supaya kegiatan lawatan memberi impak kepada pengalaman
pendidikan kepada murid-murid, maka dua jenis laporan hendaklah disediakan.
2.3.2.1 Laporan pengurusan lawatan2.3.2.1.1 Penilaian mengenai pengendalian aktiviti lawatan.
2.3.2.1.2 Perlu diisi oleh setiap orang murid yang menyertainya.
212
2.3.2.2 Laporan lawatan2.3.2.2.1 Disediakan oleh murid secara berkumpulan.
2.3.2.2.2 Laporan ini mengandungi aktiviti persediaan sebelum
lawatan , semasa lawatan serta selepas lawatan.
2.3.2.2.3 Sesi pembentangan ( jika perlu )
2.3.2.2.4 Laporan hendaklah disiapkan dalam bentuk tulisan, gambar
dan buku skrap.
3 SUMBER MAKLUMAT3.1Pusat Penerangan Pelancongan / TDC
3.2Agensi Pelancongan Tempatan
3.3Laman web –Internet
4 PEMANTAUAN
4.1Tugas pemantauan aktiviti dilakukan oleh :-
4.1.1 Pengetua / Guru Besar ( Penilai Kedua )
4.1.2 Penolong Kanan Kokurikulum ( Penilai Pertama )
4.1.3 Guru Penasihat ( Penilai Berterusan )
213
4.2 Pemantauan merangkumi
4.2.1 Laporan Aktiviti.
4.2.2 Dokumentasi ( Bahan Cetakan )
4.2.3 Dokumentari ( Bahan Audio / Video )
4.2.4 Pembentangan Bajet
4.2.4.1 Tujuan lawatan.
4.2.4.2 Tempat / destinasi yang hendak dituju.
4.2.4.3 Bajet – kadar kutipan dan jumlah kewangan.
4.2.4.4 Senarai nama murid.
4.2.4.5 Senarai nama guru.
4.2.4.6 Nama ketua rombongan.
214
DISEDIAKAN OLEH :
1. PN. FARIDAH BT. BAHARIN BAHAGIAN SEKOLAH, KPM
2. EN. AZIZI BIN ISMAIL SMK DATO’ WAN MOHD SAMAN, KEDAH.
3. EN. NOOR AZAM BIN MAHAMUD SK BUKIT PINANG, KEDAH
215