3a Information Sheet

download 3a Information Sheet

of 7

description

nota penerangaan

Transcript of 3a Information Sheet

NO. KOD / CODE NO.IT-030-2/M01/KP(1/4)Muka: 7 Drpd: 7

KOD & NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE & NAMEIT-030-2 COMPUTER NETWORK JUNIOR TECHNICIAN

NO. DAN TAJUK MODUL/ MODULE NO. AND TITLEM01 COMPUTER NETWORK PREPARATION

NO. DAN TAJUK TUGAS / TASK(S) NO. AND TASK STATEMENT01.01 PREPARE COMPUTER NETWORK ENVIRONMENT01.02 PREPARE COMPUTER NETWORK LAYOUT

01.04 PREPARE HARDWARE & SOFTWARE

REQUIREMENTS

NO. PENGALAMAN PEMBELAJARAN / NO. AND LEARNING EXPERIENCE / STEPSLE01 EXAMINE SITE LAYOUT INFORMATIONLE02 OBTAIN SOFTWARE AND HARDWARE FOR

NETWORK REQUIREMENTLE03 PRODUCE NETWORK LAYOUT PLANLE04 PRODUCE NETWORK DOCUMENTATION

OBJEKTIF MODUL / MODULE OBJECTIVEPREPARE COMPUTER NETWORK USING NETWORK SOFTWARE AND HARDWARE MANUAL, OFFICE AUTOMATION TOOLS, PERSONAL COMPUTER, PRESENTATION TOOLS, CHECKLIST, CAD SOFTWARE, COMMUNICATION EQUIPMENTS, USER REQUIREMENT LIST, JOB SPECSIFICATION AND DESCRIPTION, COMMUNICATION TOOLS EQUIPMENT AND PRESENTATION TOOLS SO THAT SITE LAYOUT INFORMATION EXAMINED, SOFTWARE & HARDWARE FOR NETWORK REQUIREMENT OBTAINED, NETWORK LAYOUT PLAN AND NETWORK DOCUMENTATION PRODUCED IN ACCORDANCE WITH STANDARD OPERATING PROCEDURE & CUSTOMER REQUIREMENT.

NO. KOD / CODE NO. IT-030-2/M01/KP(3/4)Muka : 1 Drpd : 7

TAJUK : PENYEDIAAN PELAN RANGKAIAN TUJUAN :

Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan persediaan yang diperlukan untuk melakar pelan rangkaian .

PENERANGAN : Rangkaian komputer merupakan satu sistem yang menggunakan talian komunikasi yang menghubungkan komputer antara satu sama lain. Terdapat pelbagai kaedah yang boleh digunapakai bagi proses perhubungan dan ianya dikenali sebagai topologi. Terdapat 4 jenis topologi yang utama bagi rangkaian komputer iaitu:-1. TOPOLOGI BINTANGRajah 1 Topologi BintangTopologi Bintang merupakan satu sistem rangkaian yang mana semua komputer atau peranti lain yang berkenaan disambungkan kepada satu sistem pengagihan pusat yang dikenali sebagai Hub atau Switch. Hub atau Switch bertanggungjawab untuk menguruskan rangkaian komputer tersebut. Semua mesej atau data dihantar kepada hub yang sebagai pusat kawalan bagi menelakkan perlanggaran daripada berlaku.Terdapat dua operasi yang digunakan oleh hub atau switch iaitu operasi penyaebaran (broadcast) dan operasi peralihan (switching). Dalam operasi penyebaran, hub atau switch akan membuat penghantaran data yang diterima daripada satu stesyen kepada semua laluan yang bersambung kepadanya. Dalam operasi peralihan pula, hub atau switch akan menyimpan data yang diterima dan menghantar data tersebut melalui laluan stesyen penerima sahaja.

Setiap nod boleh disambungkan ke sistem rangkaian dan juga boleh dikeluarkan pada bila-bila masa tanpa menjejaskan keseluruhan sistem secar langsung. Tambahan lagi sekiranya salah satu nod tidak berfungsi, ianya juga tidak akan menjejaskan rangkaian komputer yang lain.

Sebarang kerosakan sambungan di antara nod dengan hub juga tidak akan menjejaskan sistem secara keseluruhan tetapi sekiranya kerosakan berlaku pada hub, keseluruhan sistem akan turut terjejas. Kelemahan utama topologi ini ialah ianya memerlukan kos yang agak tinggi memandangkan setiap sistem yang dihubungkan kepadanya(komputer, pengimbas, pencetak dan sebagainya) memerlukan kabel yang tersendiri.

1.1Kelebihan topologi bintang

i) Proses pemasangan dan penyambungan yang mudah

ii) Proses memasang atau membuang sebarang peranti tambahan yang terbabit tidak akan mengganggu sistem rangkaian.

iii) Sebarang kerosakan pada sistem rangkaian dapat dikesan dengan lebih mudah dan pantas.

1.2 Kekurangan topologi bintang

i) Memerlukan kabel yang lebih panjang daripada topologi bas linear.

ii) Jika hub rosak, semua nod tidak boleh berfungsi dalam sistem rangkaian.

iii) Kos lebih tinggi jika dibandingkan dengan topologi linear bas(kos tambahan hub).

2. TOPOLOGI CINCINTopologi cincin atau Token-Ring menghubungkan semua nod sebagai satu rantaian membulat seperti cincin. Mesej atau data akan dipindahkan secara turutan mengikut satu laluan yang sama di dalam cincin yang sama. Teknologi rangkaian ini mula digunakan oleh sistem IBM dengan menggunakan Kabel Type I dalam kategori Shielded Twisted Pair (STP).Setiap data yang melalui nod akan disemak lokasi penghantarannya. Sekiranya tidak sama dengan nod yang dilaluinya, ia akan diserahkan kepada nod yang seterusnya dan ini akan berterusan sehingga alamat penghantarannya sama dengan nod yang dilaluinya.

Memandangkan data dipindahkan mengikut satu laluan yang sama secara turutan maka kemungkinan untuk berlakunya pelanggaran data seakan-akan sama dengan sistem rangkaian dan juga boleh dikeluarkan pada bila-bila masa tanpa menjejaskan keseluruhan sistem sacara langsung. Namun satu masalah yang timbul ialah sekiranya satu nod gagal berfungsi, keseluruhan sistem rangkaian kemungkinannya akan turut terjejas.

Susunan nod dalam topologi ini juga secara fizikalnya adalah hampir sama seperti topologi bintang, cuma secara logikalnya adalah berbentuk cincin. Alat tambahan yang diperlukan dalam topologi ini dinamakan Multi Station Access Unit (MSAU). MSAU ini dipasang dalam satu rangkaian berbentuk cincin jika ianya lebih dari satu unit. Jika hanya satu unit saja digunakan maka secara fizikalnya topologi ini adalah sama dengan sambungan dalam bintang.

Topologi cincin atau Token-Ring menghubungkan semua nod sebagai satu rantaian membulat seperti cincin. Mesej atau data akan dipindahkan secara turutan mengikut satu laluan yang sama di dalam cincin yang sama. Teknologi rangkaian ini mula digunakan oleh sistem IBM dengan menggunakan Kabel Type I dalam kategori Shielded Twisted Pair (STP).Setiap data yang melalui nod akan disemak lokasi penghantarannya. Sekiranya tidak sama dengan nod yang dilaluinya, ia akan diserahkan kepada nod yang seterusnya dan ini akan berterusan sehingga alamat penghantarannya sama dengan nod yang dilaluinya.

Memandangkan data dipindahkan mengikut satu laluan yang sama secara turutan maka kemungkinan untuk berlakunya pelanggaran data seakan-akan sama dengan sistem rangkaian dan juga boleh dikeluarkan pada bila-bila masa tanpa menjejaskan keseluruhan sistem sacara langsung. Namun satu masalah yang timbul ialah sekiranya satu nod gagal berfungsi, keseluruhan sistem rangkaian kemungkinannya akan turut terjejas.

Susunan nod dalam topologi ini juga secara fizikalnya adalah hampir sama seperti topologi bintang, cuma secara logikalnya adalah berbentuk cincin. Alat tambahan yang diperlukan dalam topologi ini dinamakan Multi Station Access Unit (MSAU). MSAU ini dipasang dalam satu rangkaian berbentuk cincin jika ianya lebih dari satu unit. Jika hanya satu unit saja digunakan maka secara fizikalnya topologi ini adalah sama dengan sambungan dalam bintang.3. TOPOLOGI BASTopologi bas atau juga dikenali sebagai Ethernet menggunakan satu talian memanjang di mana setiap nod berhubung kepadanya. Data akan dihantar oleh setiap nod dengan harapan ianya tidak berlanggar dengan data yang dipindahkan dari nod yang lain. Sekiranya ianya berlaku,nod tersebut akan mencuba sekali lagi sehingga berjaya.

Kelemahan topologi bas ini adalah dari segi penyenggaraannya. Ianya agak rumit untuk diselenggara memandangkan sambungannya adalah dalam bentuk bersiri. Jika berlaku kerosakan pada mana-mana talian pada mana-mana nod,ia akan menyebabkan keseluruhan sistem tidak akan berfungsi. Tambahan pula untuk mengesan secara tepat tempat atau nod yang mengalami kerosakan.

Setiap nod boleh disambungkan ke sistem rangkaian dan juga boleh dikeluarkan pada bila-bila masa tanpa menjejaskan keseluruhan sistem secara langsung. Tambahan lagi sekiranya salah satu nod tidak berfungsi ia juga tidak menjejaskan rangkaian komputer yang lain.

Kelebihan lain yang ada pada topologi ini ialah ianya menggunakan kabel tunggal dan tidak memerlukan perkakasan tambahan bagi mendirikan rangkaian. Maka ianya tidak memerlukan kos yang terlalu tinggi bagi tujuan penyelenggaraan.

Rajah 2 Topologi Bas

4. PENGENALAN KEPADA PACKET TRACERPacket Tracer merupakan sebuah simulasi rangkaian kuat program yang membolehkan pelajar untuk bereksperimen dengan perilaku rangkaian dan bertanya "bagaimana jika" soalan. Sebagai bahagian integral dari Akademi Jaringan pengalaman belajar yang menyeluruh, Paket Tracer memberikan simulasi, visualisasi, authoring, penilaian, dan kolaborasi kemampuan dan memudahkan mengajar dan belajar dari konsep teknologi yang kompleks.

Paket Tracer suplemen peralatan fizikal di dalam kelas dengan membolehkan pelajar untuk mencipta sebuah rangkaian dengan jumlah tak terbatas peranti, mendorong amalan, penemuan, dan penyelesaian masalah. Simulasi berasaskan persekitaran belajar membantu pelajar mengembangkan kemahiran abad 21 seperti membuat keputusan, kreatif dan berfikir kritis, dan penyelesaian masalah.

Paket Tracer Networking Academy melengkapi kurikulum, sehingga dengan mudah pengajar untuk mengajar dan menunjukkan konsep-konsep teknikal yang rumit dan desain sistem rangkaian. Dengan Paket Tracer, pengajar dapat menyesuaikan kegiatan individu atau multiuser, mempunyai hand-on pelajaran bagi pelajar yang menawarkan nilai dan relevan dalam kelas mereka. Pelajar dapat membangun, menatarajah, dan atasi masalah rangkaian menggunakan peralatan dan simulasi virtual Sambungan, sendiri atau bekerja sama dengan pelajar lain. Paling penting, Paket Tracer membantu pelajar dan pengajar mencipta virtual mereka sendiri "dunia rangkaian" untuk eksplorasi, eksperimentasi, dan penjelasan tentang konsep dan teknologi rangkaian. Perisian sedia percuma bagi semua Networking Academy pengajar, pelajar, dan alumni.5. Rangkaian Komputer Meluas (Wide Area Networks - WAN)WAN mewakili rangkaian komputer yang jauh jarak dan lokasinya(biasanya melebihi satu kilometer). Ia digunakan untuk menghantar atau menerima data kepada komputer mini atau kerangka utama. Penggunaan program pemindahan fail atau File Transfer Protocol (FTP) memainkan peranaan yang penting.

Beberapa media perhubungan digunakan seperti satelit, telefon dan gelombang mikro. Perhubungan ini menyediakan pelbagai kemudahan yang tidak pernah difikirkan oleh manusia sebelum ini. Perhubungan secara WAN juga boleh menyediakan sumber-sumber melalui talian secara terus untuk membolehkan seseorang mendapatkan maklumat tersebut walau di mana juga sumber maklumat tersebut berada.

WAN menggunakan wayar telefon khas, gentian optik, gelombang mikro atau satelit bagi tujuan komunikasi.

Rajah 3 Rangkaian Komputer Meluas (WAN)6. LAN LOCAL AREA NETWORKSLAN atau Local Area Networks adalah suatu sistem yang menghubungkan antara komputer satu dengan komputer lainnya. Selain itu juga dapat menghubungkan antara komputer PC dengan perlengkapan elektreonik, memungkinkan pengguna untuk saling bekomunikasi, menggunakan resource yang dapat berupa tempat penyimpanan data dan printer secara bersama-sama.

Rajah 4 Local Area Networks (LAN)SOALAN :

1. Apakah yang dimaksudkan dengan topologi bintang? ........................................................................................................................

........................................................................................................................

........................................................................................................................

........................................................................................................................

2. Apakah yang dimaksudkan dengan LAN? ........................................................................................................................ ........................................................................................................................ ........................................................................................................................ ........................................................................................................................ 3. Senaraikan topologi rangkaian? ........................................................................................................................ ........................................................................................................................ ........................................................................................................................ ........................................................................................................................4. Lakarkan rangkaian jenis LAN (Local Area Network).

RUJUKAN:

1 Baharuddin Aris, Mohammad Bilal Ali, Jamaluddin Harun dan Zaidatun Tasir (2001), Sistem Komputer dan Aplikasinya, Venton Publishing, Kuala Lumpur, ISBN: 983-2031-32-X.2 M. Manimaran (2003), Pemasangan Komputer, Kings Information Co. Ltd Taiwan, ISBN: 957-466-981-5.3 www.notakom.tripod.com, Pengenalan Komputer, 15 Feb 2010, 3.15 pm4 www.pkukmweb.ukm.my/~kazman/smpnote5.htm, Nota Kuliah Perkakasan&Perisian, 18 Feb 2010, 3.35 pmJABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

ARAS 7 & 8 BLOK D4, KOMPLEKS D

PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN

62502 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN