3. SPESIFIKASI TEKNIKAL - · PDF filePENGENALAN Agensi Angkasa ... angkasa lepas dengan...

16
3. SPESIFIKASI TEKNIKAL

Transcript of 3. SPESIFIKASI TEKNIKAL - · PDF filePENGENALAN Agensi Angkasa ... angkasa lepas dengan...

Page 1: 3. SPESIFIKASI TEKNIKAL - · PDF filePENGENALAN Agensi Angkasa ... angkasa lepas dengan simulasi sebenar pergerakan pusingan dan terbalik 360 darjah kepada ... elektromekanikal 4.1.9.2

3. SPESIFIKASI TEKNIKAL

Page 2: 3. SPESIFIKASI TEKNIKAL - · PDF filePENGENALAN Agensi Angkasa ... angkasa lepas dengan simulasi sebenar pergerakan pusingan dan terbalik 360 darjah kepada ... elektromekanikal 4.1.9.2

SPESIKASI TEKNIKAL

TENDER MEREKABENTUK DAN MEMBANGUN KONSEP GALERI SERTA MEMBEKAL,

MENGHANTAR, MEMASANG, MENGUJI DAN MENTAULIAH BAHAN-BAHAN PAMERAN DI

GALERI PAMERAN PLANETARIUM NEGARA BAGI AGENSI ANGKASA NEGARA (ANGKASA)

NO. TENDER : AAN 003/2015/T

1. PENGENALAN

Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) adalah dalam proses mendapatkan cadangan dari

petender yang mempunyai pengalaman dalam perancangan, pembangunan dan pelaksanaan/

pemasangan bahan-bahan pameran interaktif di galeri pameran Planetarium Negara, Kuala

Lumpur.

Projek pembangunan galeri di atas adalah sebagai satu langkah Kerajaan melalui Agensi

Angkasa Negara dan Planetarium Negara memberikan pendidikan sains kepada rakyat selaras

dengan matlamat dan halatuju Wawasan 2020.

Cadangan projek pembangunan ini meliputi skop perkhidmatan seperti berikut:

a. Cadangan rekabentuk dan susun atur galeri yang berorientasikan pelawat

b. Membangunankan suasana dan rekabentuk konsep galeri pameran yang terdiri dari

pameran-pameran bertema

c. Membangunkan suasana pembelajaran free choice yang kondusif untuk semua

golongan dan tujuan pelawat

d. Merekabentuk, membekal, menghantar, memasang, menguji dan mentauliah bahan-

bahan pameran di galeri pameran

e. Menjalankan penyelidikan dan membangunkan kandungan (content) pameran yang

saling melengkapi kurikulum negara

f. Membangunkan kandungan multimedia interaktif

g. Meningkatkan/ merekabentuk/ membangunkan semula pameran bertema sedia ada

(yang tertentu)

h. Menyediakan dokumen dan manual kandungan pameran bertema

i. Menerbitkan buku galeri dan visitor experience berbentuk maya

Page 3: 3. SPESIFIKASI TEKNIKAL - · PDF filePENGENALAN Agensi Angkasa ... angkasa lepas dengan simulasi sebenar pergerakan pusingan dan terbalik 360 darjah kepada ... elektromekanikal 4.1.9.2

2. OBJEKTIF

Objektif utama seksyen ini adalah menggariskan keperluan-keperluan utama bagi pembanguan

satu pengalaman pelawat yang unik di Planetarium Negara merangkumi konsep galeri, bahan-

bahan pameran interaktif dan kandungan pameran yang bertemakan sains dan angkasa.

3. HURAIAN AM PROJEK

3.1 Projek ini bermatlamat menjadikan galeri pameran Planetarium Negara sebuah pusat

pameran yang sangat menarik untuk para pengunjung disamping itu berperanan

meningkatkan kesedaran pengunjung mengenai sains angkasa.

3.2 Ia merangkumi pembangunan ruang-ruang galeri bertema bagi menghasilkan satu

pengalaman yang unik mengikut kreativiti pelawat yang menerokai galeri pameran

melalui interaksi secara langsung atau tidak langsung dengan bahan-bahan pameran

yang disediakan (paparan, bahan pameran, alat simulasi dan lain-lain) samada secara

penerokaan sendiri atau berkumpulan.

3.3 Pembangunan galeri ini hendaklah selaras dengan tujuan utama penubuhan

Planetarium Negara oleh Kerajaan pada 1994 iaitu bagi menyediakan suatu infrastruktur

yang diperlukan bagi perkembangan dan pembangunan sains angkasa di Malaysia

3.4 Secara dasarnya komponen wajib yang perlu ada di dalam galeri Planetarium Negara

yang akan dibangunkan adalah seperti Rajah 1. Ia menggariskan keperluan minimum

bagi rekabentuk konsep galeri yang perlu dihasilkan dan hendaklah digunakan sebagai

panduan. Bagaimanapun petender dikehendaki mencadangkan konsep yang

berhubungan (connected) antara bahan-bahan pameran bagi menghasilkan suatu

suasana yang menyeluruh dan meninggalkan kesan positif di kalangan pelawat

disamping memberi penekanan kepada kualiti peralatan yang mematuhi spesifikasi yang

ditetapkan

Page 4: 3. SPESIFIKASI TEKNIKAL - · PDF filePENGENALAN Agensi Angkasa ... angkasa lepas dengan simulasi sebenar pergerakan pusingan dan terbalik 360 darjah kepada ... elektromekanikal 4.1.9.2

Rajah 1

Page 5: 3. SPESIFIKASI TEKNIKAL - · PDF filePENGENALAN Agensi Angkasa ... angkasa lepas dengan simulasi sebenar pergerakan pusingan dan terbalik 360 darjah kepada ... elektromekanikal 4.1.9.2

4. SPESIFIKASI

Petender bertanggungjawab untuk memastikan peralatan yang dibekalkan ke lokasi adalah

cadangan dan pilihan yang paling optimum

4.1 KOMPONEN PAMERAN

4.1.1 Rekabentuk Konsep

4.1.1.2 Konsep yang dicadangkan hendaklah menggabungkan tema:

1. Sains Angkasa dan Astronomi secara menyeluruh

2. Topik khusus wajib adalah Sistem Suria (planet, bulan, meteor, asteroid)

3. Aplikasi teknologi angkasa (satelit, spin off)

4. Pencapaian Malaysia dalam bidang angkasa

4.1.1.1 Petender hendaklah mengemukakan lukisan cadangan susun atur (layout) dalam bentuk

artist’s impression, pelan lantai dan pelan 3D yang mengandungi, dan tidak terhad kepada:

1. Lakaran elevation keseluruhan galeri dalam menyampaikan tujuan

komunikasi pameran

2. Gambarajah aliran pelawat

3. Method Statement

4.1.2 Peralatan Simulator Ride

4.1.2.1 Matlamat Komunikasi

a. Bahan Pameran ini bermatlamat memberikan pengalaman seakan-akan berada di

angkasa lepas dengan simulasi sebenar pergerakan pusingan dan terbalik 360 darjah kepada

dua orang pelawat yang berada di dalam ruang kokpitnya.

4.1.2.2 Ciri-ciri Operasi

a. Dua orang pengguna akan mengambil tempat di dalam ruang kokpit dan didedahkan

dengan pengalaman yang dialami seperti berada di Roller Coaster dan Space Ball.

b. Pengguna akan ditontonkan dengan tayangan perjalanan dalam Sistem Suria sambil

mengalami pergerakan dan pusingan 360 darjah sehingga menghasilkan pengalaman seolah-

olah sedang menaiki roller coaster di angkasa

Page 6: 3. SPESIFIKASI TEKNIKAL - · PDF filePENGENALAN Agensi Angkasa ... angkasa lepas dengan simulasi sebenar pergerakan pusingan dan terbalik 360 darjah kepada ... elektromekanikal 4.1.9.2

4.1.2.3 Ciri-ciri Keselamatan

a. Tempat duduk pengguna yang dilengkapi tali pinggang keselamatan, dan ruang

dalaman yang terdapat video pengawasan.

b. Pameran tidak dapat berfungsi sekiranya pengguna tidak memasang tali pinggang

keselamatan.

c. Kaedah dan kepenggunaan peralatan hendaklah mematuhi garis panduan

keselamatan serta telah memperolehi perakuan/ pensijilan daripada Jabatan Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan Malaysia (DOSH), Kementerian Sumber Manusia.

4.1.3 Peralatan Pameran Teropong Augmented Reality

4.1.3.1 Matlamat Komunikasi

a. Bahan Pameran in bermatlamat memberikan pengalaman seakan-akan objek yang

dilihat menerusi binokular adalah ‘hidup’ dan membawa penggunanya seakan-akan berada

bersama-sama atau berada di dalam visual yang ditontonkan.

b. Menyampaikan maklumat berkenaan objek dengan lebih terperinci tanpa proses

pembacaan

4.1.3.2 Ciri-ciri Operasi

a. Suatu binokular yang dilengkapi dengan sistem visual augmented reality dan akan

menunjukkan tayangan/ animasi berkaitan sesuatu objek apabila pengguna menghalakan

binokular ke arah objek tersebut.

b. Menayangkan pameran visual yang lebih banyak dengan hanya melihat menerusi satu

binokular, sedangkan pameran visual itu tidak mengambil apa-apa ruang tambahan

c. Boleh beroperasi tanpa perlu memasukkan syiling dan disesuaikan untuk ketinggian

pengguna

4.1.4 Peralatan Pameran Visual Planet Yang Terapung

4.1.4.1 Matlamat Komunikasi

a. Bahan Pameran in bermatlamat memberikan pengalaman visual sebuah planet yang

terapung-apung memaparkan permukaan di Bumi dan objek-objek Sistem Suria secara realistik.

b. Membantu pengguna membayangkan aspek spatial/ imaginasi yang perlu ada bagi

memahami konsep sains angkasa

Page 7: 3. SPESIFIKASI TEKNIKAL - · PDF filePENGENALAN Agensi Angkasa ... angkasa lepas dengan simulasi sebenar pergerakan pusingan dan terbalik 360 darjah kepada ... elektromekanikal 4.1.9.2

4.1.4.2 Ciri-ciri Operasi

a. Paparan yang berbeza-beza mengikut pilihan pengguna pada permukaan berbentuk

sfera sehingga kelihatan seperti objek samawi yang dipilih (cth Marikh) dari menu pada kiosk

paparan sehingga objek yang dipilih kelihatan terapung-apung di hadapan pengguna

4.1.5 Pameran Cahaya Berirama Fenomena Astronomi

4.1.5.1 Matlamat Komunikasi

a. Bahan Pameran in bermatlamat memberikan pengalaman seakan-akan suatu

fenomena astronomi sedang berlaku (cth aurora) dengan latarbelakang irama yang

berkonsepkan sains angkasa apabila pelawat memandang/ mendongak ke siling

4.1.5.2 Ciri-ciri Operasi

a. Pertunjukan singkat berkonsepkan simulasi cahaya dengan iringan muzik di bahagian

siling galeri yang boleh dikawal operator atau beroperasi sendiri mengikut jadual tertentu yang

ditetapkan sebagai tarikan utama pelawat.

4.1.6 Bahan-bahan Pameran Interaktif (Hands-on)

4.1.6.1 Matlamat Komunikasi

a. Bahan Pameran in bermatlamat memberikan pengalaman mencuba sendiri ujikaji sains

yang relevan dengan sesuatu konsep angkasa, yang boleh dikendalikan sama ada secara

perseorangan, kumpulan atau dengan bantuan pembimbing (facilitator)

b. Membantu pengguna membayangkan aspek spatial/ imaginasi yang perlu ada bagi

memahami konsep sains angkasa

4.1.6.2 Ciri-ciri Operasi

a. Bahan-bahan pameran yang disediakan saling berkait antara satu sama lain bagi

menghasilkan satu tema yang khusus. Sebagai contoh satu set pameran terdiri dari enam (6)

unit bahan pameran interaktif mengkisahkan ciri-ciri sains yang boleh didapati di Sistem Suria,

di mana pengguna berinteraksi dengan bahan pameran untuk memahami konsep graviti.

4.1.7 Bahan Pameran Sedia Ada

4.1.7.1 Matlamat Komunikasi

a. Mengekalkan atau menambah baik konsep komunikasi yang telah ditetapkan

Page 8: 3. SPESIFIKASI TEKNIKAL - · PDF filePENGENALAN Agensi Angkasa ... angkasa lepas dengan simulasi sebenar pergerakan pusingan dan terbalik 360 darjah kepada ... elektromekanikal 4.1.9.2

4.1.7.2 Ciri-ciri Operasi

a. Mengekalkan atau menambah baik konsep operasi yang telah asal

4.1.8 Arahan Penggunaan Pelawat

4.1.8.1 Matlamat Komunikasi

a. Bahan Pameran in bermatlamat memberi maklumat dan cara penggunaan bahan

pameran yang berkaitan dengan betul termasuk jangkaan pelawat

4.1.8.2 Ciri-ciri Operasi

a. Mempunyai skrin bermaklumat yang interaktif dan opsyen menu untuk pilihan

pengguna

b. Mengandungi arahan penggunaan samada sebagai satu unit tunggal atau sebahagian

dari pameran

c. Bagi penggunaan yang memerlukan tindakan keselamatan yang khusus, unit/ arahan

ini hendaklah terasing dan lebih menonjol dari arahan atau mesej lain

4.1.9 Peralatan Elektrik, Audio Visual dan Komputer

4.1.9.1 Merupakan semua peralatan yang digunakan untuk memainkan video, audio, program

computer, sistem yang mengawal pelbagai program, kawalan lampu dan peralatan

elektromekanikal

4.1.9.2 Ciri-ciri Operasi

a. Direkabentuk untuk kemudahan dan penyenggaraan yang minima

b. Dilengkapi dengan ventilasi haba dan memastikan tiada peningkatan sehingga suhu

maksimum operasi bagi peralatan yang dibekalkan

4.1.10 Peta Galeri

4.1.10.1 Peta di galeri memberi panduan orientasi, komunikasi tentang kawasan dan tema

galeri. Jenis peta hendaklah dalam bentuk tetapi tidak terhad kepada: peta orientasi, interaktif

dan tematik.

4.1.10.2 Meletakkan papan tanda arah, zon dan tema yang mempunyai kesinambungan

dengan konsep galeri tetapi jelas dan boleh dilihat oleh pelawat

Page 9: 3. SPESIFIKASI TEKNIKAL - · PDF filePENGENALAN Agensi Angkasa ... angkasa lepas dengan simulasi sebenar pergerakan pusingan dan terbalik 360 darjah kepada ... elektromekanikal 4.1.9.2

4.1.11 Bahan Bantuan dan Panduan Galeri

4.1.11.1 Matlamat Komunikasi

a. Memberi hebahan dan makluman tambahan kepada pelawat yang menghadirkan diri ke

Planetarium Negara dan portal lain yang berkaitan (laman web, persembahan, jangkauan dan

lain-lain) dalam kuantiti yang bersesuaian untuk mencapai matlamat yang dinyatakan

4.1.11.2 Senarai bahan adalah seperti berikut:

a. Bahan panduan galeri bagi pelawat dalam bentuk buku aktiviti dan brosur

b. Buku coffe table bagi galeri yang turut disesuaikan untuk akses OKU

c. Bahan promosi (oudoor) poster di sekitar kompleks Planetarium Negara

d. Video klip (durasi kurang daripada 1 minit) bagi visual galeri yang sesuai bagi platform laman web dan video player standard

4.2 KANDUNGAN

4.2.1 Bahasa pengantar

4.2.1.1 Petender perlu menyediakan kandungan pameran dalam dua bahasa iaitu Bahasa

Malaysia dan Bahasa Inggeris

4.2.1.2 Gaya dan susunatur bahasa hendaklah menjalani proses semakan dan pengesahan

oleh pihak berkuasa yang diiktiraf Keraajaan (cth Dewan Bahasa dan Pustaka, dan Institut

Terjemahan Negara)

4.2.1.3 Petender hendaklah memilih dan menggunakan gaya bahasa yang mudah difahami

oleh semua tahap usia dan latar belakang pendidikan pelawat

4.2.2 Hak cipta

4.2.2.1 Petender bertanggungjawab untuk memastikan tiada unsur pelanggaran terhadap

hakcipta bagi semua bahan yang dibekalkan termasuk konsep, rekabentuk, imej, video, muzik

dan karya-karya lain.

4.2.2.2 Semua bahan yang dihasilkan oleh Petender yang berjaya adalah hak milik Kerajaan

dan tidak boleh digunakan oleh mana-mana pihak tanpa kebenaran bertulis daripada Kerajaan.

Page 10: 3. SPESIFIKASI TEKNIKAL - · PDF filePENGENALAN Agensi Angkasa ... angkasa lepas dengan simulasi sebenar pergerakan pusingan dan terbalik 360 darjah kepada ... elektromekanikal 4.1.9.2

Kerajaan boleh mengambil tindakan terhadap Petender yang berjaya sekiranya pihak Petender

didapati telah membenarkan ianya diguna oleh pihak ketiga tanpa kelulusan Kerajaan.

4.2.2.3 Sekiranya bahan diambil daripada pihak ketiga, Petender yang berjaya hendaklah

memastikan bahawa lesen/ kelulusan hak cipta untuk menggunakannya telah diperolehi dari

pemilik hak cipta atau melakukan segala tindakan yang munasabah untuk menjadikannya

sebagai hak milik Kerajaan.

4.2.2.4 Kerajaan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tuntutan ganti rugi dari

mana-mana pihak ketiga atau pemilik hak cipta sekiranya berlaku perlanggaran hak cipta dengan

peenggunaa bahan yang dikemukakan oleh Petender. Petender berjaya hendaklah

menanggung rugi dan melindungi (indemnify and hold harmless) Kerajaan dari sebarang

tuntutan dan/ atau tindakan undang-undang berkenaan dengan penyalahgunaan hak cipta

tersebut oleh pihak ketiga.

4.2.3 Kaedah capaian

4.2.3.1 Kandungan dan pameran hendaklah mengambil kira akses bagi orang kelainan upaya

4.2.3.2 Maklumat tambahan boleh dicapai secara maya melaui akses kod QR bagi pengguna

yang mempunyai kemampuan/ keupayaan

4.3 ALAT GANTI GUNA HABIS

4.3.1 Petender hendaklah menyatakan dalam suatu senarai terperinci mengandungi maklumat sifat

dan sumber diperolehi (pembuat atau pembekal) bagi semua alat ganti guna habis bagi tender

ini dalam Jadual 21: Senarai Alat Ganti Pakai Habis bagi menjamin kelicinan operasi galeri

pameran.

4.3.2 Petender hendaklah memastikan bahawa alat ganti bagi peralatan yang dibekalkan boleh

diperolehi dengan mudah dan kos yang berpatutan di dalam negara.

4.3.3 Petender hendaklah memastikan bahawa alat ganti berkaitan masih boleh diperolehi dalam

tempoh sekurang-kurangnya lima (5) tahun dari tarikh perbekalan. Jika alat ganti diberhentikan

pengeluarannya, Petender bertanggungjawab untuk memastikan alat gantiannya adalah sesuai

Page 11: 3. SPESIFIKASI TEKNIKAL - · PDF filePENGENALAN Agensi Angkasa ... angkasa lepas dengan simulasi sebenar pergerakan pusingan dan terbalik 360 darjah kepada ... elektromekanikal 4.1.9.2

dengan system yang dibangunkan tanpa menjejaskan prestasi keseluruhan sistem dan

pameran.

4.3.4 Kerajaan tidak tertakluk untuk menerima keseluruhan pakej dan mempunyai hak untuk memilih

sebahagian

4.4 BEKALAN KUASA

4.4.1 Petender hendaklah menyediakan bekalan kuasa sokongan (UPS) bagi memastikan tiada

gangguan pada operasi galeri jika berkenaan

4.4.2 Petender dikehendaki membekalkan peralatan/ bahan pameran yang sesuai bagi operasi harian

sembilan (9) jam sehari dan tujuh (7) hari seminggu

4.4.3 Petender dikehendaki memberi penyelesaian sistem bekalan kuasa yang terbaik bagi operasi

keseluruhan galeri

4.5 PELAKSANAAN

4.5.1 Pemasangan

Kontraktor hendaklah menyediakan kakitangan yang mencukupi bagi pemasangan termasuk

pengurus projek, disamping membekalkan semua peralatan dan bahan bagi menyempurnakan

pemasangan. Kontraktor diingatkan untuk tidak melakukan kerja-kerja elektrik tanpa

pemberitahuan awal kepada ANGKASA

4.5.1.1 Kawasan Kerja

i. Petender perlu menyediakan dinding adang sementara (temporary hoarding)

jika perlu dengan menekankan dan mengutamakan aspek keselesaan dan keselamatan pelawat

pada setiap masa.

ii. Dinding sementara yang dipasang perlu direkabentuk dengan sesuai contohnya

dicat/ ditampal dengan imej angkasa yang dipersetujui wakil ANGKASA

iii. Papan tanda amaran keselamatan dan pemberitahuan kerja sedang

dilaksanakan perlu dipasang di lokasi-lokasi yang strategik untuk keselesaan pelawat dan

direkabentuk dengan sesuai

Page 12: 3. SPESIFIKASI TEKNIKAL - · PDF filePENGENALAN Agensi Angkasa ... angkasa lepas dengan simulasi sebenar pergerakan pusingan dan terbalik 360 darjah kepada ... elektromekanikal 4.1.9.2

iv. Kontraktor hendaklan menyediakan perlindungan yang mencukupi dan

bersesuaian bagi bahagian-bahagian di dalam bangunan, kandungan dan pekerjanya termasuk

dari habuk

4.5.1.2 Kebersihan dan Kitar Semula

i. Kontraktor hendaklah memastikan semua kawasan kerja dan sekitarnya dalam

keadaan bersih setiap masa

ii. Bagi kerja penyediaan kawasan, kontraktor hendaklah mengalihkan dan

menguruskan pelupusan bagi bahan pameran, struktur, katu, pencahayaan dan lain-lain yang

berkaitan dari kawasasan pameran seperti yang dinyatakan

4.5.2 Ujian Penerimaan (Acceptance Test)

4.5.2.1 Petender adalah bertanggungjawab bagi penyediaan pelan pengujian termasuk

keperluan yang terlibat bagi penerimaan peralatan atau system.

4.5.2.2 Petender hendaklah menjalankan semua pengujian di tempat pembuatan di atas

perbelanjaan sendiri. Kerajaan berhak untuk menghadiri ujian dan pemeriksaan tersebut di atas

dan kontraktor hendaklah menyediakan semua kemudahan yang perlu kepada Kerajaan.

Kerajaan akan menanggung semua kos dan perbelanjaannya yang berkaitan dan ianya terhad

kepada lojistik seperti tiket penerbangan, penginapan, pengangkutan semasa aktiviti pengujian

dan pemeriksaan tersebut.

4.5.2.3 Petender perlu menyempurnakan dua (2) pengujian wajib iaitu Factory Acceptance Test

(FAT) dan On-Site Acceptance Test (OSAT).

4.5.2.4 Kerajaan pada bila-bila masa boleh meminta untuk pelaksanaan ujian tambahan lain

yang tidak dinyatakan di dalam kontrak

4.5.2.5 Petender hendaklah menyediakan laporan keputusan pengujian atau pemeriksaan yang

disahkan termasuk rekod terperinci bagi keputusan dan pengukuran yang dilakukan.

4.5.3 Membekal, Menghantar dan Menguji

4.5.3.1 Petender bertanggung jawab membekal, menghantar, menguji dan mentauliah

peralatan/ bahan pameran

4.5.3.2 Petender bertanggung jawab menanggung kos kesemua peralatan/ bahan pameran

termasuk penyimpanan, sewaan gudang dan keselamatan

Page 13: 3. SPESIFIKASI TEKNIKAL - · PDF filePENGENALAN Agensi Angkasa ... angkasa lepas dengan simulasi sebenar pergerakan pusingan dan terbalik 360 darjah kepada ... elektromekanikal 4.1.9.2

4.5.3.3 Kesemua peralatan/ bahan pameran import yang perlu diperolehi di bawah tender ini

hendaklah menggunakan kaedah Cost, Insurance and Freight (CIF). Tender yang dihantar ooleh

pretender adalah mengambil kira harga CIF

4.5.3.4 Kesemua peralatan/ bahan pameran hendaklah dalam keadaan yang baik, baru (terkini)

dan belum digunakan

4.5.4 Laporan Kemajuan

4.5.4.1 Petender hendaklah menyerahkan tiga (3) salinan laporan kemajuan yang mengandungi

perkara-perkara berikut yang berkaitan kepada ANGKASA pada setiap bulan atau pada masa

lain seperti ditentukan oleh ANGKASA.

i. Kemajuan projek

ii. Status fizikal dan kewangan projek

iii. Sebarang ujian di tapak/ kilang

iv. Langkah keselamatan di tapak

v. Ringkasan projek (Carta organisasi projek, pihak terlilbat dan lain-lain)

vi. Gambar kemajuan di tapak/ kilang

v. Perkara-perkara lain yang ditentukan oleh Kerajaan

4.5.5 Penerimaan Akhir

4.5.5.1 Tahap prestasi dan keupayaan pengoperasian peralatan/ pameran perlu dipantau/

dinilai bagi tempoh satu (1) bulan selepas pemasangan selaras dengan spesifikasi dan

tahapprestasi yang ditetapkan ANGKASA, sebelum penerimaan akhir.

4.5.6 Latihan

4.5.6.1 Pretender dikehendaki mengadakan latihan komprehensif di lokasi bagi sekurang-

kurangnya 10 orang individu. Perincian tentang latihan adalah selaras dengan Jadual 20:

Latihan.

4.5.6.2 Latihan yang dikendalikan termasuk tutorial, bahan pengajaran, buku rujukan dan

dokumen latihan lain yang berkaitan

4.5.6.3 Petender hendaklah menyediakan latihan berbentuk kuliah dan amali bagi semua

peralatan/ bahan pameran yang dibekalkan

4.5.6.4 Latihan perlu meliputi tetapi tidak terhad kepada:

i. Setting, pemasangan bagi perkakasan dan perisian

ii. Diagnose dan troubleshooting;

Page 14: 3. SPESIFIKASI TEKNIKAL - · PDF filePENGENALAN Agensi Angkasa ... angkasa lepas dengan simulasi sebenar pergerakan pusingan dan terbalik 360 darjah kepada ... elektromekanikal 4.1.9.2

iii. Pengoperasian dan penyenggaraan peralatan

iv. Pengurusan dan pembangunan pameran dan galeri

4.5.5 Penyerahan

4.5.5.1 Prosedur penyerahan merangkumi senarai dokumen/ manual dan laporan tetapi tidak

terhad kepada yang berikut:

i. Rekod rekabentuk dan pembangunan (selaras dengan spesifikasi) yang

diperakui oleh profesional yang bertauliah

ii. Lukisan galeri dan pencahayan dan as-built

iii. Rekod pemeriksaan dan pengujian peralatan/ pameran

iv. Rekod latihan dan sijil kelayakan dan pengujian peralatan/ pameran

v. Manual operasi dan penyenggaraan

vi. Jaminan pretender bagi peralatan/ pameran yang dipasang

vii. Senarai termasuk nama, alamat, no. telefon dan faksimili jabatan/ orang yang

boleh dihubungi seperti pembekal dan pembuat peralatan/ pameran jika

berkaitan

viii. Rekod bagi semua ujian dan pemeriksaan yang berkaitan

ix. Rekod dan sijil pemeriksaan badan yang diiktiraf ke atas peralatan/ pameran

yang berkaitan

x. Semua fail softcopy grafik dan susun atur yang dihasilkan

xi. Semua fail font yang perlu bagi view, edit dan cetak

4.5.6 Jaminan

4.5.6.1 Tempoh jaminan akan berkuat kuasa selepas serahan rasmi kepada ANGKASA selama

dua belas (12) bulan.

4.5.6.2 Petender perlu memastikan peralatan, perkakasan dan perisian yang dibekalkan adalah

baru, tulen dan belum pernah digunakan. Petender hendaklah menyatakan jaminan pembuat

(manufacturer’s warranty) serta skop liputan jaminan tersebut.

4.5.6.3 Petender hendaklah memastikan bahawa alat ganti yang diperlukan sentiasa mudah

diperolehi bagi mengelakkan gangguan kepada operasi Planetarium Negara

4.5.6.4 Dalam tempoh jaminan ini, petender hendaklah memberikan jadual penyenggaraan dan

servis, senarai inventori bagi alat dan bahagian termasuk pekerja, nasihat troubleshooting bagi

mengelakkan dan meminimumkan down-time operasi tanpa sebarang kos tambahan kepada

Kerajaan.

Page 15: 3. SPESIFIKASI TEKNIKAL - · PDF filePENGENALAN Agensi Angkasa ... angkasa lepas dengan simulasi sebenar pergerakan pusingan dan terbalik 360 darjah kepada ... elektromekanikal 4.1.9.2

4.5.6.5 Tempoh jaminan bagi peralatan/ bahan pameran yang baru digantikan akibat

kerosakan/ kegagalan fungsi hendaklah tidak kurang dari dua belas (12) bulan atau tempoh yang

dinyatakan di Jadual 1: JADUAL PEMATUHAN SPESIFIKASI TEKNIKAL atau lain-lain.

4.5.6.6 Sepanjang tempoh jaminan, petender hendaklah memastikan kakitangan yang mahir

dan layak akan ada untuk membuat servis yang cepat, ekonomik dan selamat dalam jangka

masa yang dipersetujui

5. LAIN-LAIN HAL

5.1 Penilaian Teknikal

5.1.1 Semasa tempoh penilaian tender, petender perlu bertanggungjawab menyedia dan

mengkoordinasi pihak-pihak yang terlibat bagi tujuan pembentangan

5.1.2 Petender hendaklah bersedia untuk sesi pembentangan pada satu tarikh yang akan

ditetapkan kemudian oleh Urusetia yang mengandungi perincian dan visual bagi yang

berikut tetapi tidak terhad kepada:

i. Rekabentuk konsep

- Pengalaman/ perjalanan pelawat semasa memasuki galeri (visitor walkthrough)

- Pelan lantai dan elevation bagi keadaan (1) semasa dan (2) naiktaraf/ modifikasi yang akan

dilakukan

- Cadangan warna, bahan dan kemasan

ii. Multimedia interaktif dan Audio visual

- Strategi komunikasi keseluruhan konsep galeri dan bahan pameran terutama bagi

mengelakkan sound spill-over

- Pendekatan kreatif merangkumi GUI, navigasi, attract screen,muzik dan kesan bunyi

iii. Poster/ cetakan grafik

- Susun atur dan rekabentuk termasuk tahap teks

iv. Ciri-ciri mesra pelawat

- Kemudahan akses kepada OKU (komunikasi dan pergerakan)

Page 16: 3. SPESIFIKASI TEKNIKAL - · PDF filePENGENALAN Agensi Angkasa ... angkasa lepas dengan simulasi sebenar pergerakan pusingan dan terbalik 360 darjah kepada ... elektromekanikal 4.1.9.2

5.1.3 Petender hendaklah menyerahkan satu (1) salinan lembut (soft copy) pembentangan ini dalam

bentuk CD/DVD dan dimasukkan di dalam sampul dokumen tawaran teknikal meliputi perkara di

klausa 5.1.2.