3. Minit Mesyuarat Pengurusan Aset Alih Kerajaan 2012 Ke 3
-
Upload
zihad-zainal -
Category
Documents
-
view
1.930 -
download
60
description
Transcript of 3. Minit Mesyuarat Pengurusan Aset Alih Kerajaan 2012 Ke 3
7/16/2019 3. Minit Mesyuarat Pengurusan Aset Alih Kerajaan 2012 Ke 3
http://slidepdf.com/reader/full/3-minit-mesyuarat-pengurusan-aset-alih-kerajaan-2012-ke-3 1/2
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN ASET ALIH KERAJAAN KALI KE 3
2012
SEKOLAH KEBANGSAAN LUNG MANIS SANDAKAN
Tarikh : 21 Jun 2012
Masa : 1.00 petang
Tempat :Bilik Gerakan Sekolah
AGENDA
1.0 Ucapan Guru Aset
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Guru Aset, En. Awang Mohamad Zihad
Bin Zainal. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang
hadir. Beliau mengharapkan kerjasama daripada semua guru dalam
melancarkan pengurusan aset alih kerajaan di sekolah.
2.0 Pembentangan Laporan Aset
2.1 Guru asset telah membentangkan Laporan Kedudukan Aset Sekolah bagi
tempoh (Jan – Mei 2012).
2.2 Guru aset juga telah memaklumkan bahawa pihak sekolah telah membeli 1
buah komputer yang bernilai RM1800.00 (Seribu lapan ratus Sahaja). Komputer
tersebut telah didaftarkan dan dimasukkan ke dalam harta modal sekolah. (Sila
lihat lampiran).
3.0 Hal- hal lain
3.1 En. Abdul Samad Bin Bokhari memaklumkan bahawa ada peralatan ICT
seperti LCD Projektor dan Komputer Riba yang rosak.
7/16/2019 3. Minit Mesyuarat Pengurusan Aset Alih Kerajaan 2012 Ke 3
http://slidepdf.com/reader/full/3-minit-mesyuarat-pengurusan-aset-alih-kerajaan-2012-ke-3 2/2
3.2 En. Abdul Samad Bin Bokhari akan berhubung dengan pihak Bahagian
Teknologi Pendidikan dan Pejabat Pelajaran Daerah bagi mendapatkan
makluman lanjut berkaitan pembaikan peralatan ICT.
3.3 En. Jowhar Bin Hamsah menyatakan terdapat troli PPSMI yang telah rosak
dan tidak digunakan lagi. Beliau mencadangkan agar proses pelupusan dapat
dijalankan.
4.0 Penangguhan mesyuarat
4.1 Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 2.00 petang.
Dicatat oleh
EN. AWANG MOHAMAD ZIHAD BIN ZAINAL
Pegawai Aset Sekolah
Disemak oleh
EN MICHEAL MANUEL
Guru Besar
SK Lung Manis Sandakan