3 Formula Marketing - Utama

download 3 Formula Marketing - Utama

of 8

Transcript of 3 Formula Marketing - Utama

  • 8/19/2019 3 Formula Marketing - Utama

    1/17

    Hakcipta terpelihara (Write to Wealth)

    Oleh: Aqif Azizan

    Co-Founder, Write to Wealth

    (http://www.writetowealth.my )

  • 8/19/2019 3 Formula Marketing - Utama

    2/17

    Hakcipta terpelihara (Write to Wealth)

    “Engkau rugi Aqif ! ”

    Seorang sahabat (beliau juga merupakan seorang

    copywriter hebat) menyapa,

    "Rugi engkau tidak pergi ke Starbucks."

    Saya diam.

    Sebab saya memang tidak minat Starbucks. Kalau Coffee

    Bean, jangan cakap. Semua kopi dan teh mereka saya

    sudah beli dan masukkan dalam perut.

    (Ya, saya peminat tegar Coffee Bean. Dulu, kini dan

    selamanya)

    Saya pun tunjukkan muka tidak berminat.

  • 8/19/2019 3 Formula Marketing - Utama

    3/17

    Hakcipta terpelihara (Write to Wealth)

    “Strategi marketing yang sentiasa

    berkesan! Dan patut kita tiru!”

    Lalu sahabat saya saya sambung bercakap,

    "Ini bukan kerana kopi atau java chip grande yang

    memang sedap. Tetapi kerana strategi marketing mereka

    yang patut kita tiru!"

    "Errr... Strategi marketing?" tanya saya dengan penuh

    minat.

    Lalu saya pun minta beliau duduk dengan tenang dan

    ceritakan langkah demi langkah apa yang beliau lalui.

    Tujuannya? Supaya saya boleh tulis langkah demi

    langkah itu ke dalam ebook ini.

    (Ya, saya mahu lebih ramai tiru strategi bisnes syarikat

    multi-bilion dolar yang mempunyai 19,200 cawangan di

    seluruh dunia)

  • 8/19/2019 3 Formula Marketing - Utama

    4/17

    Hakcipta terpelihara (Write to Wealth)

    Selamat membaca. ;)

    “3 Langkah belajar teknik marketing jutaan ringgit.”

    Langkah pertama: "Tambah seringgit sahaja,

    boleh tuan?"

    Beliau suka sangat dengan Java Chip Starbucks.

    Mahu tahu yang mana satu? Nah, lihat gambar ini.

  • 8/19/2019 3 Formula Marketing - Utama

    5/17

    Hakcipta terpelihara (Write to Wealth)

    (Java Chip yang beliau order dan minum)

    Semasa beliau mahu beli di kaunter, seorang perempuan

    datang kepadanya,

    "Hi sir, can I take your order? "

    Kawan saya ini sangat berprinsip. Beliau tetap mahu

    respon dengan Bahasa Melayu.

    (Nampak sangat menipu. Sebenarnya, beliau kurang fasih

    Berbahasa Inggeris)

  • 8/19/2019 3 Formula Marketing - Utama

    6/17

    Hakcipta terpelihara (Write to Wealth)

    "Hai. Boleh bagi saya Java Chip."

    Perempuan itu tanya kembali,

    "Tall?"

    (Tall ini merujuk pada saiz cawan)

    Beliau pun cakap, " Yes. Tall. "

    Di sini masuk perangkap yang menarik, perempuan itu

    terus tanya soalan ini,

    "Oh. Okay. Encik tidak mahu tambah RM1 sahaja untuk

    upgrade kepada grande? "

    Boom.

    Masuk perangkap. Total yang beliau kena bayar bukan

    RM14 (Untuk tall). Tetapi RM15.90 (Grande + Tax).

    RM1 sahaja. Tetapi ia mampu tambah RM12 ekstra

    setahun untuk bisnes Starbucks.

    Kalau 500 orang masuk perangkap ini dalam masa 1 hari?

  • 8/19/2019 3 Formula Marketing - Utama

    7/17

    Hakcipta terpelihara (Write to Wealth)

    Maka,

    “500 pelanggan x RM12 ekstra setahun = RM6,000 ekstra

    untuk Starbucks.”

  • 8/19/2019 3 Formula Marketing - Utama

    8/17

    Hakcipta terpelihara (Write to Wealth)

    Langkah kedua: "Mahu dapatkan minuman

    percuma? Boleh sahaja."

    Selepas bayar, beliau perlu tunggu di satu sudut untuk

    ambil tempahannya.

    Dalam masa kurang 5 minit, minuman beliau pun siap.

    Wanita yang berikan minuman yang beliau tempah terus

    bertanya,

    "Encik mahu dapatkan air Starbucks percuma?"

    Siapa yang tidak mahu? (Lebih-lebih lagi kalau dia

    penggemar Starbucks).

    Beliau pun jawab, " Of course. "

    Perempuan itu terus beritahu, "Baik. Terima kasih. Ada 4

    langkah mudah sahaja."

    1. Masuk ke laman web ini www.mystarbucksvisit-

    my.com untuk isi borang survey.

  • 8/19/2019 3 Formula Marketing - Utama

    9/17

    Hakcipta terpelihara (Write to Wealth)

    2. Isi kod nombor.

    3. Sila undi perkhidmatan cawangan kami (Siap terus

    bagi arahan mahu tulis apa -- Highly satisfied )

    4. Selepas isi borang survey, kita akan diberikan kod 5

    digit.

    Akhir sekali, beliau pun cakap,

    "Tawaran ini hanya sah dalam masa 14 hari sahaja.

    Bermula hari ini. Kod 5 digit itu encik boleh redeem

    minuman percuma ( Tall size )."

    (Beliau siap tolong lukiskan peta langkah demi langkah.

    Sila rujuk gambar sebenar di bawah)

  • 8/19/2019 3 Formula Marketing - Utama

    10/17

    Hakcipta terpelihara (Write to Wealth)

  • 8/19/2019 3 Formula Marketing - Utama

    11/17

    Hakcipta terpelihara (Write to Wealth)

    Langkah 3: "Beliau habiskan minuman."

    Sengaja saya letakkan langkah ketiga. Supaya nampakcantik dan kemas susunan ini (Semua orang suka 3

    langkah). ;)

    Jadi apa yang boleh kita belajar daripada kajian kes ini?

  • 8/19/2019 3 Formula Marketing - Utama

    12/17

    Hakcipta terpelihara (Write to Wealth)

    “Bagaimana saya boleh tiru sebijik

    macam Starbucks?”

    PERTAMA - Respon pelanggan lama, dapat

    bawa masuk pelanggan baru 5x ganda.

    Kuasa testimonial.

    Survey itu bertujuan untuk dapatkan respon positif

    daripada Starbucks.

    Bayangkan, kalau 10,000 orang jawab survey dan

    beritahu servis minuman Starbucks memang " Highly

    Satisifed ".

    Dengan mudah mereka boleh buat 1 iklan seperti,

  • 8/19/2019 3 Formula Marketing - Utama

    13/17

    Hakcipta terpelihara (Write to Wealth)

    10,000 pembeli Starbucks berkata,

    "Javachips Starbucks memang sedap!"

    Anda mahu cuba Javachips kami? Gunting kod kupon di

    bawah, dan dapatkan diskaun RM5 (30%).

    [[[--- KOD KUPON STARBUCKS JAVACHIP --]]]

  • 8/19/2019 3 Formula Marketing - Utama

    14/17

    Hakcipta terpelihara (Write to Wealth)

    KEDUA: Semuanya dikawal dengan rapi.

    Pekerja di Starbucks jarang benarkan kita untuk buatkeputusan. Mereka mengaturkan langkah demi langkah

    untuk jawab survey.

    Beliau beritahu, langkah satu kena buat apa.

    Kemudian, langkah dua, langkah tiga, langkah empat...

    Sampai habis.

    Terngiang-ngiang perkongsian Tuan Guru Faisal

    Abdullah,

    “Pelanggan ini, mereka mahu kita pimpin tangannya untuk

    beli. Contohnya? Sila buat A, B, dan C. Selepas selesai,

    kami akan hantar produk. ”

  • 8/19/2019 3 Formula Marketing - Utama

    15/17

    Hakcipta terpelihara (Write to Wealth)

    KETIGA: Sah 14 hari sahaja.

    Cara ini memang berkesan sejak zaman kartun ThunderCat (Maksudnya, zaman dahulu kala) .

    Ia digelar, "Time Scarcity."

    Tawaran dapatkan minuman percuma ini hanya sah

    dalam masa 14 hari sahaja.

    Bahkan, pelayan Starbucks itu beritahu,

    "Kalau encik minum di sini, boleh terus gunakan Internet

    kami dan isi borang survey."

    Fuh...

    Saya suka sangat apabila dapat belajar strategi marketing

    bertaraf world class dan digunakan oleh syarikat bernilai

    bilion ringgit, dengan kos yang sangat rendah.

    Dalam kes ini, beliau cuma bayar RM15.90 untuk belajar.

    ;)

  • 8/19/2019 3 Formula Marketing - Utama

    16/17

    Hakcipta terpelihara (Write to Wealth)

    Semoga bermanfaat, semoga bermanfaat.

    Langkah seterusnya adalah paling KRITIKAL iaitu !

    PRAKTIS.

    - Aqif Azizan

  • 8/19/2019 3 Formula Marketing - Utama

    17/17

    Hakcipta terpelihara (Write to Wealth)

    Anda ada bisnes? Mahu dapat lebih

    1,000+ pelanggan setia tahun ini?

    Akademi Online Content Marketing Write to Wealth akan

    berusaha membantu anda mencapai impian ini.

    (Ya, Tuan Aqif Azizan secara personal akan bantu. Sebab saya

    suka pelanggan saya buat banyak duit daripada saya)

    Boleh klik laman web di bawah & claim diskaun anda (Jimat

    RM999):

    http://www.writetowealth.my/online-content-marketing-academy

    PERINGATAN!

    Kupon diskaun sebelum ini sudah habis :(

    Harga akan naik sehingga mencecah RM1,499. Grup ini hanya

    untuk orang bisnes sahaja.