22 JULAI HINGGA 31 JULAI 2019 SOALAN NO. 10 HINGGA 146
Transcript of 22 JULAI HINGGA 31 JULAI 2019 SOALAN NO. 10 HINGGA 146
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUAPARLIMEN KEEMPAT BELAS
2019
22 JULAI HINGGA 31 JULAI 2019SOALAN NO. 10 HINGGA 146
SOALAN: 14
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATO' SRI TI LIAN KER
Dato' Sri Ti Lian Ker minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
menyatakan apakah polisi dan perancangan khusus yang dirangka pihak
Kementerian dalam menangani arus kesesakan trafik di bandar-bandar
utama di seluruh negara khasnya Kuala Lumpur.
SOALAN: 14
JAWAPAN
Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian Wilayah
Persekutuan (KWP) bersama-sama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL) telah merangka beberapa cadangan polisi dan perancangan cara-
cara untuk menangani isu kesesakan lalulintas dalam Kuala Lumpur di
antara nya:
(i) Melaksanakan inisiatif menggalakkan penggunaan Sistem
Pengangkutan Awam seperti bas percuma dan Sistem Rel iaitu
Monorail LRT dan MRT dan menaiktaraf “bottle neck” dan
kajian/melantik konsultan (gred jalan, TOD, pelan bandaraya KL2040)
bagi tujuan mengatasi kesesakan khususnya di pusat Bandar.
KWP/DBKL telah juga menetapkan di dalam Pelan Struktur Kuala
Lumpur untuk memastikan pengguna pengangkutan awam di pusat
bandar mencapai 60% pada tahun 2020 dan pengguna pengangkutan
awam di kawasan luar pusat bandar 40%;
(ii) Untuk mencapai sasaran tersebut beberapa inisiatif untuk
memperbaiki kemudahan dan perjalanan di “First Mile” dan “Last Mile”
ke stesen-stesen Bas dan Rail. Antaranya termasuk
mempertingkatkan dan membaiki sistem laluan pejalan kaki dan
berbasikal, laluan berbumbung serta berterusan (continuous) dan
selamat tanpa sebarang halangan fizikal dan termasuk sistem Bas
Perantaraan yang berkesan; dan
SOALAN: 14
(iii) Menyediakan lebih banyak kemudahan dan bilangan parkir di
kemudahan “Park and Ride” di stesen rel di luar pusat bandar serta
pembinaan Hentian Akhir Bandar yang lebih efisyen dan sistematik.
SOALAN: 62
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN AKNAN EHTOOK
Tuan Aknan Ehtook minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI,
ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-
(a) sejauh manakah keberkesanan penguatkuasaan larangan
penggunaan bahan 'polystyrene' di negeri-negeri yang telah
ditetapkan; dan
(b) apakah perancangan Kementerian untuk memberhentikan
penggunaan 'polystyrene' dalam semua industri termasuk
pembungkusan makanan dan peralatan mesin dan elektrik
memandangkan terdapat alternatif yang lebih mesra alam.
SOALAN: 62
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Penguatkuasaan larangan penggunaan polistirena boleh
dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menerusi
tambahan atau pindaan kepada peruntukan undang-undang kecil
sedia ada. Antaranya ialah dengan mengenakan syarat tambahan
kepada premis perniagaan untuk hanya menggunakan produk
alternatif mesra alam bagi menggantikan produk polistirena semasa
pembaharuan lesen operasi perniagaan yang akan datang.
2. Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan
Perubahan Iklim (MESTECC) telah melancarkan Malaysia’s
Roadmap Towards Zero Single-Use Plastics, 2018-2030 pada 17
Oktober 2018. Di dalam fasa kedua Roadmap ini (2022-2025),
pengenalan produk bio yang mematuhi kriteria pensijilan ECO:001
dan ECO:009 akan diperluaskan kepada bekas pembungkus
makanan termasuk bekas polistirena.
3. Selain daripada menggunakan produk alternatif seperti kadbod
berombak (corrugated cardboard) dan material pembungkusan
biodegradasi yang lebih mahal berbanding polistirena, industri
pengeluar produk pengguna seperti barangan elektrik dan
elektronik boleh mengambil pendekatan mengumpul kembali
polistirena daripada pembeli untuk diguna atau dikitarkan semula
bagi mengurangkan pencemaran.
SOALAN: 62
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 65
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN AKNAN EHTOOK
Tuan Aknan Ehtook minta MENTERI KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
menyatakan adakah kajian telah dibuat tentang jumlah jam yang wajar
untuk kanak-kanak di Malaysia terdedah kepada skrin 'smartphone'.
Apakah Kerajaan bercadang untuk mengambil tindakan proaktif untuk
mengurangkan risiko pendedahan kepada skrin 'smartphone' ini melalui
kaedah perundangan atau kaedah lain yang bersesuaian.
SOALAN: 65
JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, tiada kajian spesifik
tentang jumlah jam yang wajar untuk kanak-kanak di Malaysia
terdedah kepada skrin telefon pintar yang telah dilaksanakan oleh
Kementerian sehingga kini.
2. Walau bagaimanapun, Kajian Asas Kesedaran Keselamatan Siber
Kebangsaan dalam kalangan Murid Sekolah Rendah dan
Menengah telah dilaksanakan pada tahun 2016 oleh CyberSecurity
Malaysia (CSM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM). Kajian ini bertujuan untuk mengesan tahap
kesedaran keselamatan siber dalam kalangan murid sekolah
rendah dan menengah di seluruh negara seterusnya menyediakan
modul pengajaran setiap kumpulan sasaran dalam fasa seterusnya.
Berdasarkan kajian ini, didapati 9.23% kanak-kanak menggunakan
Internet untuk mencari informasi spesifik manakala 2.95% daripada
responden menggunakan Internet untuk memuat naik video.
3. Kementerian melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) bertindak secara proaktif dalam melindungi
pengguna daripada ketagihan Internet melalui pelbagai cara,
antaranya melalui program berteraskan pendidikan iaitu Klik
Dengan Bijak (KDB). Program ini telah bermula pada tahun 2012
dan pelaksanaannya masih diteruskan sehingga kini.
SOALAN: 65
KDB merupakan sebuah program kesedaran yang membudayakan
penggunaan Internet secara positif berteraskan kepada tiga (3) aspek
iaitu keselamatan, kewaspadaan dan tanggungjawab. Selain itu,
program ini turut menitikberatkan aspek kawal selia kendiri (self-
regulation) dalam usaha mencegah isu berkaitan penyalahgunaan
Internet.
SOALAN : 61
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA, PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN AKNAN EHTOOK
TUAN AKNAN EHTOOK minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR
BANDAR menyatakan menyatakan :
(a) nama Pengerusi dan Setiausaha MPKK bagi setiap kampung
masyarakat Siam yang telah dilantik di negeri-negeri Kedah,
Kelantan, Perlis dan Perak; dan
(b) senarai projek pembangunan yang dikemukakan oleh MPKK
bagi setiap kampung masyarakat Siam tersebut.
SOALAN : 61
JAWAPAN :
Tuan Yang Di-Pertua, Untuk makluman Yang Berhormat Senator, secara keseluruhannya
terdapat 52 buah MPKK di kampung masyarakat Siam yang terletak
negeri Kedah, Kelantan, Perlis dan Perak seperti berikut:
(i) Kedah – 33 MPKK;
(ii) Perlis – 11 MPKK;
(iii) Kelantan – 5 MPKK; dan
(iv) Perak – 3 MPKK.
Senarai nama pengerusi dan Setiausaha MPKK yang berkenaan
adalah seperti mana di lampiran.
Setakat ini, kesemua kampung masyarakat Siam tersebut belum
mengemukakan sebarang permohonan untuk melaksanakan program
di bawah Geran MPKK.
SOALAN : 61
SENARAI PENGERUSI DAN SETIAUSAHA KAMPUNG
MASYARAKAT SIAM
BIL. NEGERI NAMA
KAMPUNG PARLIMEN DUN
NAMA
PENGERUSI MPKK
NAMA
SETIAUSAHA
MPKK
1
Kedah
KG SIMPANG
EMPAT BALING BAYU
LADDAWAN
BUNJARAT A/P
KHANIT
DHAREEN A/P
KHAYAN
2 KG TAS BALING KUPANG WI CHIT A/L SEE
TEEN NOB A/L AINUM
3 KG SIRAKO BALING KUPANG AL MI A/L LAT USA A/L DIN OM
4 KOTA GIAM KUBANG PASU JITRA SULAPHORN KLA
CHANG
CHALI A/L ENDIN
KLING
5 KAMPUNG
TANAH LICIN MERBOK
BUKIT
SELAMBAU
SANG WAN A/L
ENDIM LIAM
6 KAMPUNG OLAK
MADU
SUNGAI
PETANI SIDAM
BAU WONG A/L BAU
EK
7
BATU 1,
LEBUHRAYA
SULTAN ABDUL
HALIM
ALOR SETAR KOTA DARUL
AMAN LIM KIM CHUAN
CHONG YEW
CHUAN
8 KAMPUNG
TANAH MERAH
PADANG
TERAP
KUALA
NERANG
SOM PONG A/L
PELOAN
KHAWI A/L CHAI
KIYAU
9 KAMPUNG
BUNGA
PADANG
TERAP PEDU
ARUN A/L
SAKWANG
EPLEN A/L EDING
@ ETONG
10
KEDAH
KAMPUNG
LAMDIN
PADANG
TERAP PEDU
SOM NEK A/L
ETONG ETIP A/P PAT
11 KAMPUNG
PADANG
PADANG
TERAP PEDU
SUMALI A/P OH AH
PAA
PHIMON A/P
PUTIN
12 KAMPUNG
PADANG SANAI
PADANG
TERAP
KUALA
NERANG EMINE A/L EROM
13
KAMPUNG
SUNGAI KAP
(THAI)
PADANG
TERAP PEDU
BOON ROY A/L
CHAI
SUPHAT A/L AI
TIM
14 KAMPUNG
LESONG TIMUR POKOK SENA BUKIT LADA CHOK DE A/L EBUN
PRAKSIT A/L
EPIAN
15 HUJUNG KETON PENDANG SG TIANG SLIAW A/L DIN
CHEAN
16 TITI AKAR PENDANG SG TIANG CHA RIN A/L AI
CHAI
VEICHARL A/L AI
KARAN
17 KG CHINA PENDANG SG TIANG BUNGAI A/L TIB
PUAN CHUAN
SAMRAN A/L E
TIAN
18 DATO SYED
AHMAD PENDANG SG TIANG SAWAI A/L AI LIM
19 WATT PADANG
PELIANG PENDANG SG TIANG
ANOCA A/L CHAN
CHAI AYREE A/L FON
20 WATT PADANG
PUSING PENDANG SG TIANG LIM ENG SIAN VINOD A/L SIRUM
SOALAN : 61
BIL. NEGERI NAMA
KAMPUNG PARLIMEN DUN
NAMA
PENGERUSI MPKK
NAMA
SETIAUSAHA
MPKK
21 NANGKA SIAM PENDANG SG TIANG SENG HUAT ENG SIANG A/L
PRAK ANG
22
KEDAH
KG LAMPAM PENDANG SG TIANG KRAM A/L PHOON
BOON JONG HIN
A/L BOON AH
CHOY
23 WATT PAYA MAK
INSON PENDANG SG TIANG
BOON SIENG A/L
DEN SING AKAN A/L WEEN
24 PEKAN PENDANG PENDANG TOKAI DAU A/P YOK TEOH MEE YUEH
25 KAMPUNG
CHONG SIK BELANTIK
ZARAJUIT A/L WEE
SIAN
KWONG A/L I
LONG
26 KAMPUNG KALAI SIK JENERI MALIWAN A/P SOM
NIK
KUMAAN A/P CHAI
TONG
27 KAMPUNG KURA SIK JENERI CAM NONG A/L AI
KELING
YUTHANA A/L
BOON MA
28
KAMPUNG
CHAROK
PADANG DALAM
SIK JENERI AI BON A/L EK LIAU
VHEESIT
CHIRANONT A/L
KERAWI
29
KAMPUNG BEGIA
/ KAMPUNG
KILANG UBI
SIK JENERI WI SUT A/L EE
LUAN
CHITTRA A/P
CHARON
30 KAMPUNG BUKIT
MINYAK SIK JENERI
WEE TIAN A/P
PEROM TONG @
AILAP
CHAREN A/L AI
NUAI
31 KAMPUNG BATU
SEKETUL DALAM SIK BELANTIK SAM NAU A/P ISIP ENA A/P EBAU
32
KAMPUNG
JURONG /
KAMPUNG
CHAROK PISANG
SEDAU
SIK BELANTIK TIYAN A/L JIYAN LIM A/L ALAM
33 KEDAH KAMPUNG
KUBANG KESOM SIK BELANTIK
SOM MAR A/L
ENUANG
AI DHON A/L BUN
LUAAN
34
PERLIS
KAMPUNG GUAR
MUSANG
PADANG
BESAR CHUPING LOAT ANAK ERONG ERING A/P FROM
35 KAMPUNG
KUBANG TIGA
PADANG
BESAR CHUPING
CHONGKUL A/L
ECHANG
ALON A/L
E.KELIANG
36 KAMPUNG GUAR
NANGKA
PADANG
BESAR CHUPING SIM A/P LENG
NILENEIR A/P
ATIAM
37
KAMPUNG
PADANG
JELUTONG
PADANG
BESAR CHUPING KAN A/L CHARIT SARIDA A/P KONG
38 KAMPUNG
BELUKAR LENGA
PADANG
BESAR CHUPING
SIAL A/L WYNG @
WING
AMPHON PONG
SIK WAN A/L
EPELOI
39
KAMPUNG
UJUNG BATU
(THAI)
KANGAR KAYANG FADIS A/L ETOM KAM A/P ENDIN
DAM
40 KAMPUNG ALOR
BANAT (THAI) ARAU
TAMBUN
TULANG
SUVIT PUAPAN A/L
UDOM
CHA RUK
PROMWICHIT
41 KAMPUNG ARAU TAMBUN SONOT A/L SENET PIROM ANAK
SOALAN : 61
BIL. NEGERI NAMA
KAMPUNG PARLIMEN DUN
NAMA
PENGERUSI MPKK
NAMA
SETIAUSAHA
MPKK
BOHOR GELAM
(THAI)
TULANG CHAILAN
42
KAMPUNG
PADANG PETANI
(THAI)
ARAU TAMBUN
TULANG SIW CHUN A/P EAM
CHIAN A/P ENDIN
KAM
43
KAMPUNG
PADANG TENGAH
(THAI)
ARAU TAMBUN
TULANG KRON A/L ENDIN CHOO BOON TIN
44 PERLIS
KAMPUNG
PADANG CERIA
(THAI)
ARAU TAMBUN
TULANG
EAN CHING A/P
BON CHAM
DAM RONG A/L
PLOM
45
KELANTAN
TERBAK TUMPAT KELABORAN CHAM ROEN A/L EH
RONG KANG BENG ANN
46 MENTUA TUMPAT PENGKALAN
KUBOR ECHIN A/P EH DING
EH NUI A/L EN
MUAK
47 JONGBAKAR
DARAT TUMPAT
PENGKALAN
KUBOR
ICHAN A/L CHAU
NOI KANG ANN SIANG
48 TERESEK RANTAU
PANJANG APAM PUTRA SUWIN A/L EH SON SHAM A/L EH TAT
49 BALAI BACHOK PANTAI
IRAMA EOE CHON HWA
GAN SIEW
CHIONG
50 TASEK GERIK PENGKALAN
HULU
KHAM RON A/L
UTAI
MOHD FAIZUL BIN
BAKHARI
51 PONG GERIK PENGKALAN
HULU
SOM PHON A/L
SERENG SUKIT A/L SIPUT
52 BELUKAR
SEMANG GERIK
PENGKALAN
HULU WILAT A/L ELOI
PRANET A/L PRAK
KHIM
SOALAN: 63
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN AKNAN EHTOOK
Tuan Aknan Ehtook minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,
KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan :-
(a) berapakah bilangan pasangan bukan Islam yg telah mengikuti
kursus pra perkahwinan melalui modul SMARTSTART yg
disediakan melalui LPPKN setiap tahun bagi tempoh 2016-2018
dan berapa bilangan pasangan keturunan Siam; dan
(b) senarai NGO yang menjalankan kursus di bawah LPPKN ini di
Kedah, Kelantan dan Perlis.
SOALAN: 63
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga
Negara (LPPKN) telah melaksanakan Program Pra Perkahwinan
SMARSTART sejak tahun 2006 bertujuan memberi pendidikan
kekeluargaan kepada pasangan atau individu yang ingin mendirikan
rumah tangga atau pasangan di bawah usia lima (5) tahun perkahwinan.
Melalui program dua (2) hari yang dijalankan, individu / pasangan akan
dilengkapi dengan pengetahuan, bimbingan dan kemahiran serta tip
perkahwinan dan kehidupan berkeluarga dalam menghadapi cabaran dan
masalah yang sering dihadapi dalam sesebuah rumah tangga
1. Bagi tahun 2016–2018, program SMARTSTART dianjurkan dengan
kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) melalui pemberian
Peruntukan Bantuan Khas Perbendaharaan. Bagi tempoh
berkenaan, sebanyak 28 program telah dilaksanakan dengan
penglibatan seramai 1,403 peserta bukan Islam.
2. Dalam tempoh 2016 hingga 2018, terdapat 24 NGO di Negeri Kedah,
Perlis dan Kelantan telah melaksanakan pelbagai program
pembangunan keluarga di bawah Peruntukan Bantuan Khas
Perbendaharaan. Daripada jumlah ini, seramai 90 peserta bukan
Islam telah berjaya mengikuti kursus Pra Perkahwinan
SMARTSTART. Senarai NGO bagi ketiga-tiga negeri adalah seperti
berikut:
SOALAN: 63
Negeri Kedah: Kulim Hindu Sabha (India) dan Persatuan
Belia Remaja Pendang (Melayu);
Negeri Perlis: Persatuan Penganut Dewa Sri Muniswarar
(India) dan Majlis Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis
(Melayu); dan
Negeri Kelantan: Persatuan Insan Kreatif Kota Bharu Kelantan
(Melayu) dan Kelab Rekreasi dan Komuniti Sri Kota, Kota
Bharu, Kelantan (Melayu).
SOALAN: 64
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN AKNAN EHTOOK
Tuan Aknan Ehtook minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan
apakah langkah yang akan diambil untuk memastikan gaji yang
ditawarkan oleh majikan kepada pekerja berkelulusan PMR dan SPM
melepasi gaji minima (sebagaimana yang dinyatakan dalam Laporan
Bank Negara 2018). Sejauh manakah langkah melengkapkan lepasan
PMR/SPM dengan kemahiran dalam bidang tertentu dan penggunaan
mekanisasi (contohnya pemindahan buah sawit) dapat mengurangkan
kebergantungan kepada pekerja asing dalam sektor yang berkaitan.
SOALAN: 64
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Kerajaan telah melaksanakan gaji minimum seragam seluruh
negara pada kadar RM1,100 sebulan. Kadar tersebut adalah terpakai
kepada seluruh pekerja sektor swasta tanpa berdasarkan kelayakan
akademik. Konsep dasar gaji minimum sedia ada adalah bertujuan untuk
menetapkan gaji lantai (floor wages) atau gaji pokok sahaja dan ia
dilaksanakan melalui Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta
732) dan pewartaan Perintah Gaji Minimum (PGM).
2. Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, sepertimana yang
dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ke-11, Kerajaan telah
mensasarkan sebanyak enam puluh peratus (60%) daripada 1.5 juta
peluang pekerjaan yang akan diwujudkan menjelang tahun 2020
melibatkan para graduan yang berasaskan Pendidikan dan Latihan
Teknikal dan Vokasional (TVET). Bagi memastikan pelajar mempunyai
kepakaran yang relevan dengan kehendak industri, pembangunan dan
penyampaian TVET akan diterajui oleh pihak industri, melalui kerjasama
institusi TVET dengan Kerajaan. Kaedah ini telah terbukti, kerana lebih
lapan puluh peratus (80%) pelajar lepasan TVET berjaya mendapat
pekerjaan yang sesuai dalam tempoh enam bulan selepas tamat
pengajian.
Tuan Yang di-Pertua,
3. Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh Kementerian Sumber
Manusia (KSM) bersama pihak-pihak lain sama ada daripada Kerajaan
SOALAN: 64
mahupun swasta untuk memastikan lebih ramai rakyat tempatan
menceburi pasaran kerjaya melalui latihan kemahiran. Antara inisiatif-
inisiatif tersebut adalah:
i) Inisiatif peningkatan kemahiran turut diperkenalkan meliputi
kerjasama enam (6) Kementerian melalui kerjasama erat antara 11
institusi latihan TVET dan industri. Program ini adalah
berkonsepkan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang
menawarkan latihan berasaskan industri dengan tujuh puluh
peratus (70%) latihan praktikal di syarikat dan tiga puluh peratus
(30%) teori di institusi TVET.
ii) Kementerian telah memperluaskan pelaksanaan program
mengiktiraf pengalaman dan kepakaran pekerja berkemahiran
melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) dan
Program Recognition Of Prior Experiental Learning (RPEL).
Sehingga kini, hampir 303,713pekerja telah dipersijilkan dalam
pelbagai bidang kemahiran, yang secara tidak langsung dapat
meningkatkan taraf hidup golongan ini ke tahap yang lebih baik;
iii) KSM melalui JobsMalaysia telah mengadakan Program
Penempatan Pekerjaan seperti penganjuran karnival pekerjaan
(Job Fair) sepanjang tahun bagi menemukan pencari kerja dengan
majikan secara langsung. Melalui program ini, pelajar yang telah
tamat kursus boleh mendapat khidmat nasihat mengenai pekerjaan,
peluang temu duga secara terbuka dan mendapatkan pekerjaan
yang sesuai. Program ini diadakan dengan kerjasama Jabatan
Tenaga Kerja di seluruh negara; dan
SOALAN: 64
iv) Melalui portal JobsMalaysia, pelajar lepasan pusat latihan
kemahiran boleh mendaftar secara online atau di pejabat-pejabat
Jabatan Tenaga Kerja yang berdekatan. Melalui perkhidmatan ini,
permohonan mereka akan dipadankan dengan kekosongan
jawatan yang didaftarkan oleh syarikat-syarikat mengikut
kesesuaian kelayakan akademik dan pengalaman kerja.
4. Kesimpulannya kombinasi dasar-dasar yang diperkenalkan oleh
Kerajaan diharap dapat meningkatkan bilangan pekerja berkemahiran
dan seterusnya menggalakkan penggunaan teknologi dalam pekerjaan
dengan harapan ia dapat mengurangkan kebergantungan terhadap
pekerja asing.
SOALAN: 114
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK MUSTAPA KAMAL BIN
MOHD YUSOFF
Datuk Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff minta MENTERI HAL EHWAL
EKONOMI menyatakan apakah fungsi Majlis Tindakan Ekonomi yang
baru ditubuhkan dan apakah bezanya dengan fungsi Majlis Penasihat
Kerajaan.
SOALAN: 114
JAWAPAN
Yang di-Pertua,
1. Seperti mana Ahli Yang Berhormat ambil maklum, Kerajaan telah
memutuskan untuk menubuhkan Majlis Tindakan Ekonomi dengan
izin Economic Action Council (EAC) pada 11 Februari 2019
berdasarkan situasi semasa dan sebagai respons untuk menangani
isu sosioekonomi yang dihadapi rakyat. EAC akan meneliti dan
membuat keputusan berkaitan hal ehwal ekonomi, kewangan serta
kebajikan rakyat.
2. Matlamat utama EAC ini adalah untuk merancakkan dan
merangsang pertumbuhan ekonomi, memastikan pengagihan
kekayaan yang saksama dan seterusnya meningkatkan
kesejahteraan rakyat. EAC juga akan memberi tumpuan kepada
isu-isu kritikal seperti mengurangkan kos sara hidup, mewujudkan
peluang pekerjaan, membasmi kemiskinan dan meningkatkan
pemilikan rumah. EAC adalah suatu badan yang bersifat action-
oriented dalam menyelesaikan isu-isu tersebut.
3. Keanggotaan EAC yang terdiri daripada anggota pentadbiran, wakil
sektor swasta dan ahli akademik akan dapat menggabungkan
pandangan dan input dalam merencana strategi untuk merancak
dan merangsang pertumbuhan ekonomi negara. EAC juga
berperanan untuk mendapatkan input, pandangan dan cadangan
daripada semua kelompok pemegang taruh termasuk pakar-pakar
daripada pelbagai bidang di luar Kerajaan. Kombinasi input serta
pandangan swasta dan kerajaan akan membolehkan satu
SOALAN: 114
penyelesaian yang holistik, seterusnya akan memberi manfaat yang
optimum kepada rakyat.
4. Manakala, fungsi Majlis Penasihat Kerajaan atau dengan izin
Council of Eminent Persons (CEP) yang ditubuhkan pada 12 Mei
2018 adalah berbeza dengan EAC. Fungsi utama CEP adalah
memberi nasihat kepada YAB Perdana Menteri dalam bidang
ekonomi, kewangan serta bidang-bidang lain yang perlu diberi
perhatian dalam tempoh peralihan kuasa. Peranan CEP adalah
hanya dalam kapasiti penasihat ataupun advisory tanpa sebarang
kuasa eksekutif.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 115
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK MUSTAPA KAMAL BIN
MOHD YUSOFF
Datuk Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff minta MENTERI
PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
menyatakan berapakah jumlah kes gangguan seksual yang dilaporkan di
tempat kerja sepanjang tahun 2018, dan adakah peruntukan undang-
undang sedia ada pada hari ini mencukupi dalam melindungi mangsa.
SOALAN: 115
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Berdasarkan statistik Jabatan Perkhidmatan Awam, terdapat 47 kes
gangguan seksual dalam sektor awam bagi tempoh 2015 sehingga 2017
dan bagi kesemua kes tersebut, tindakan tatatertib telah dikenakan.
Manakala bagi sektor swasta pula, sebanyak 64 kes telah dilaporkan
kepada Kementerian Sumber Manusia (KSM) bagi tempoh yang sama.
Berdasarkan statistik PDRM pula, sebanyak 1459 kes jenayah seksual
telah dilaporkan sepanjang tahun 2018.
Kementerian berpandangan bahawa negara kita ada mempunyai
peruntukan undang-undang / Kod Amalan dan Garis Panduan yang telah
diperkenalkan oleh Kerajaan yang boleh diguna pakai dalam kes
gangguan seksual iaitu:
(i) Kanun Keseksaan (Akta 574);
(ii) Pindaan Akta Kerja 1955 (Akta 265);
(iii) Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan
Seksual di Tempat Kerja (1999); dan
(iv) Garis panduan Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual di
Tempat Kerja Dalam Pekeliling Perkhidmatan Awam Bilangan 5
Tahun 2018.
Kementerian memandang serius mengenai isu gangguan seksual yang
berlaku di negara ini, oleh itu Kementerian sedang melihat keperluan
untuk menggubal akta yang bersesuaian khusus bagi menangani isu
gangguan seksual terutama di tempat awam. Buat masa ini Kementerian
sedang mengkaji ‘best practices’ yang dilaksanakan di luar negara dan
SOALAN: 115
mengadakan sesi libat urus dengan kumpulan berkepentingan untuk
melihat semula keperluan untuk memperkemas dan memperkukuhkan
peruntukan perundangan sediada bagi melengkapkan lagi perundangan
antaranya ialah dalam aspek perlindungan dan menyediakan sistem
sokongan yang lebih efektif bagi membolehkan mangsa gangguan
seksual berani tampil membuat aduan.
Kementerian berpandangan adalah penting untuk memperkasakan
wanita dengan pengetahuan berhubung peruntukan undang-undang
sedia ada melalui program kesedaran mengenai undang-undang yang
berkaitan dengan gangguan seksual di dalam Kanun Keseksaan. Wanita
perlu celik undang-undang dan berani tampil membuat aduan sekiranya
rasa terancam, terganggu atau terhina oleh mana mana perbuatan atau
kelakuan berbaur seksual.
SOALAN: 113
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK MUSTAPA KAMAL BIN
MOHD YUSOFF
Datuk Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan berapakah kadar pengangguran dalam kalangan
siswazah yang direkodkan pada penghujung tahun 2018 serta apakah
langkah-langkah Kementerian menangani isu ini.
SOALAN: 113
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Merujuk kepada Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh oleh Jabatan
Perangkaan Malaysia kadar pengganguran dicatatkan pada Disember
2018 sebanyak 3.3% iaitu berjumlah 514,200 orang. Pada Januari 2019
kadar penggangguran masih pada kadar 3.3% iaitu 515,600 orang.
Menurut laporan ini juga, kadar pengangguran graduan adalah 4.0%
(137,400 orang) pada tahun 2017 dan pada suku tahun keempat 2018
berjumlah 158,000 orang. Bagi makluman, statistik pengangguran
siswazah bagi tahun 2018 masih belum diterbitkan lagi.
2. Bagi membantu graduan mendapatkan pekerjaan dan
meningkatkan kebolehpasaran graduan berdasarkan permintaan industri,
Kerajaan telah melaksanakan usaha-usaha berikut:-
(i) Menyediakan perkhidmatan portal JobsMalaysia yang
memberi kemudahan kepada pencari kerja termasuk graduan
untuk mendapatkan kerja yang bersesuaian melalui
pendekatan pemadanan kerja;
(ii) Menganjurkan program penempatan pekerjaan yang
merangkumi Karnival Kerjaya dan temuduga terbuka dari
semasa ke semasa bagi menemukan pencari kerja dengan
majikan yang sepadan. Bagi tempoh Januari – Disember
2018, Program Penempatan Pekerjaan telah berjaya
menempatkan seramai 168,677 orang pencari kerja
merangkumi graduan;
SOALAN: 113
(iii) Mewujudkan pusat sehenti menggabungkan agensi seperti
JobsMalaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO),
Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan Unit
Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) di UTC bagi
menyediakan khidmat nasihat profesional untuk
mendapatkan pekerjaan dan latihan;
(iv) Melaksanakan program Structured Internship Programme
(SIP) yang diterajui Talent Corp dengan kerjasama
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Di bawah SIP,
graduan akan mendapat pendedahan awal kepada dunia
pekerjaan sebelum menamatkan pengajian supaya mereka
lebih berdaya saing dan memiliki kemahiran yang memenuhi
keperluan industri. Seramai 76,000 belia di kalangan pelajar
universiti dan pelatih TVET telah menerima manfaat di bawah
program ini;
(v) mengukuhkan dan memperkasakan Program Sistem Latihan
Dual Nasional (SLDN) melalui pelbagai program dan
kerjasama bagi mengurangkan jurang ketidakpadanan
kemahiran dengan keperluan industri. Program SLDN
menawarkan latihan berasaskan industri dengan 70% latihan
praktikal di syarikat dan 30% teori di institusi latihan; dan
(vi) Memperkemaskan dan memperluaskan program perantisan
dan latihan industri seperti Skim Protege yang bertujuan
meningkatkan tahap kebolehpasaran graduan melalui latihan
soft-skills dan on-the-job training. Program-program seperti ini
telah menunjukkan kejayaan di mana lebih 90 peratus
SOALAN: 113
graduan yang mengikuti program tersebut mendapat
pekerjaan.
(vii) Selain itu, Kerajaan melalui PSMB memperuntukkan RM20
juta dalam bentuk geran sepadan bagi program
Apprenticeship dan Graduate Enhancement Programme For
Employability (GENERATE). Program ini bertujuan
membantu graduan menganggur mendapat latihan dalam
bidang berimpak tinggi bersesuaian dengan keperluan
industri, selain meningkatkan penawaran pekerja
berkemahiran dengan sasaran memanfaatkan 4,000 belia
lepasan sekolah dan graduan.
3. Kesimpulannya, Kerajaan yakin semua langkah yang telah
dilaksanakan dapat membantu graduan mendapatkan pekerjaan yang
sesuai dan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran di kalangan
graduan.
SOALAN: 111
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK MUSTAPA KAMAL BIN
MOHD YUSOFF
Datuk Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff minta PERDANA MENTERI
menyatakan berapakah jumlah peruntukan atau geran yang telah atau
akan disediakan oleh pihak Kementerian bagi Kos penyelidikan dan
Pembangunan (R&D) serta kos-kos lain untuk Projek Kereta Nasional
Ketiga.
SOALAN: 111
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Projek kereta nasional baharu adalah inisiatif dan akan dibiayai
sepenuhnya oleh pihak swasta. Kerajaan hanya akan menyediakan
peruntukan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi
membangunkan prototaip kereta nasional baharu.
Majlis Pembangunan Negara yang telah dipengerusikan oleh YAB
Perdana Menteri pada 28 November 2018 telah memperuntukkan siling
sebanyak RM20 juta bagi membangunkan prototaip kereta nasional
baharu.
Setakat ini sejumlah RM8 juta telah disalurkan kepada agensi peneraju
bagi Projek Kereta Nasional Baharu iaitu Kumpulan Industri-Kerajaan
bagi Teknologi Tinggi (MIGHT) di bawah Jabatan Perdana Menteri bagi
membangunkan prototaip kereta nasional baharu.
Bagi memanfaatkan Revolusi Perindustrian Keempat (4IR), aktiviti
Penyelidikan dan pembangunan untuk projek kereta nasional baharu
adalah amat penting bagi meningkatkan kualiti produk, memenuhi
citarasa pengguna, memendekkan tempoh pembangunan kenderaan
baru dan untuk menjimatkan kos pembangunan.
Hasil Penyelidikan dan Pembangunan secara tidak langsung dapat
merangsang pertumbuhan ekonomi negara disamping memberi manfaat
kepada industri, ahli akademik, kerajaan dan yang paling penting sekali
masyarakat.
SOALAN: 111
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 112
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK MUSTAPA KAMAL BIN
MOHD YUSOFF
Datuk Mustapa Kamal Bin Mohd Yusoff minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan apakah status untuk projek LRT 3 dan bilakah tarikh baru
projek tersebut dijangka siap.
SOALAN: 112
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua dan Ahli Yang Berhormat,
Kerajaan Pakatan Harapan telah membuat keputusan untuk meneruskan
perlaksanaan Projek LRT3 dan kini telah diubah daripada model Project
Delivery Partner (PDP) kepada Kontrak Harga Tetap (Fixed Price
Contract). Perjanjian kontrak baharu diantara Prasarana Malaysia Berhad
dan kontraktor utama telah ditandatangani pada 25 Januari 2019.
Keputusan untuk meneruskan pelaksanaan projek LRT 3 ini setelah
Kerajaan Pakatan berjaya mengurangkan kos keseluruhan sebanyak
RM15.02 bilion menjadikan kos keseluruhan terkini adalah RM16.63
bilion berbanding kos sebelum ini sebanyak RM31.65 bilion. Kejayaan
pengurangan kos ini setelah melalui proses perbincangan, rundingan dan
usaha rasionalisasi dengan kontraktor sedia ada.
Sehingga hujung Mac 2019, kemajuan keseluruhan projek LRT3 adalah
12.5% dan projek ini dijangka siap pada Februari 2024.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 135
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB PUAN SITI FATIMAH BINTI YAHAYA
Puan Siti Fatimah binti Yahaya minta PERDANA MENTERI
menyatakan apakah kerajaan berhasrat untuk mengurangkan jumlah
penjawat awam bagi mengurangkan bebanan kewangan negara dan
mohon menyenaraikan jabatan serta agensi yang berkemungkinan
ditutup atau diswastakan dalam proses tersebut.
SOALAN: 135
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, saiz perkhidmatan awam yang
terlalu besar akan meningkatkan perbelanjaan mengurus kerajaan dan ia
memberi kesan kepada peruntukan perbelanjaan pembangunan. Jumlah
keseluruhan perjawatan perkhidmatan awam kini adalah sebanyak 1.7
juta perjawatan dengan peratus pengisian sebanyak 94% bersamaan
dengan 1.6 juta orang, ini merangkumi perkhidmatan awam persekutuan,
badan berkanun persekutuan, perkhidmatan awam negeri, badan
berkanun negeri dan pihak berkuasa tempatan.
Kerajaan berpandangan jumlah perjawatan ini boleh dikurangkan tanpa
menjejaskan prestasi penyampaian perkhidmatan dan punca pendapatan
pegawai yang terlibat. Sehubungan itu, Kerajaan menyasarkan
pengurangan sebanyak 1% perjawatan bagi tahun 2019 melibatkan
pelbagai gred dan skim perkhidmatan dengan anggaran penjimatan
sebanyak RM2.18 bilion.
Buat masa ini, Kerajaan sedang mengkaji dan mengenal pasti mana-
mana agensi Kerajaan yang mempunyai pertindihan fungsi dan yang
berpotensi untuk diswastakan bagi mengurangkan peningkatan
perbelanjaan Kerajaan dan sektor swasta. Walau bagaimanapun, senarai
agensi yang terlibat masih belum dimuktamadkan mengambil kira
pelbagai faktor yang perlu dikaji secara menyeluruh terutamanya yang
melibatkan implikasi perundangan dan perkhidmatan awam
keseluruhannya.
SOALAN: 135
Langkah penswastaan atau penstrukturan agensi dalam mengecilkan
saiz perkhidmatan awam masih dalam peringkat penelitian dan Kerajaan
akan memberi pilihan kepada pihak terbabit apabila ia dilaksanakan.
Kerajaan akan memastikan kakitangan awam berkenaan tidak kehilangan
pekerjaan dan boleh berpindah ke sektor swasta, ini bagi memastikan
saiz perkhidmatan awam pada tahap yang terbaik untuk meningkatkan
kecekapan dan mengelakkan pembaziran sumber. Pengecilan saiz
perkhidmatan awam tidak bermaksud pengurangan peluang pekerjaan.
Penumpuan harus diberikan kepada peningkatan produktiviti dan
penggunaan sumber tenaga secara optimum. Kerajaan menjamin transisi
tersebut tidak memberi kesan kepada perjalanan ataupun pengurusan
negara.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 18
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB PUAN SITI FATIMAH BINTI YAHAYA
Puan Siti Fatimah binti Yahaya minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan tindakan yang telah diambil ke atas penganjur perhimpunan
Hari Wanita di Kuala Lumpur pada 09 Mac 2019 lalu yang bukan sahaja tidak
memohon sebarang permit dari pihak berkuasa, tetapi juga secara terang-
terangan mempromosikan budaya LGBT yang bertentangan dengan cara
hidup yang diamalkan di Malaysia.
SOALAN: 18
JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,
Berhubung dengan isu penganjuran perhimpunan Hari Wanita yang
mempromosikan LGBT di Kuala Lumpur pada 9 Mac 2019, Pihak PDRM
telah telah menjalankan siasatan dibawah Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan
Aman 2012 dan Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 berdasarkan laporan
yang diterima di IPD Dang Wangi.
Pihak penganjur telah pun dipanggil ke IPD Dang Wangi untuk diambil
keterangan pada 18 Mac 2019 dan sehingga kini tiada tangkapan dibuat
berhubung kes ini. Kertas Siasatan telah dirujuk kepada Timbalan
Pendakwaraya dan telah diklasifikasi sebagai NFA (No Further Action).
SOALAN: 17
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB PUAN SITI FATIMAH BINTI YAHAYA
Puan Siti Fatimah binti Yahaya minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI
menyatakan :-
(a) jumlah peruntukan yang disediakan untuk mengatasi masalah bekalan
air di kawasan-kawasan FELDA dalam Negeri Pahang pada tahun
2018 dan 2019; dan
(b) status pelaksanaan projek-projek pemulihan dan naik taraf bekalan air
di kawasan-kawasan FELDA dalam Negeri Pahang.
SOALAN: 17
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Bajet 2012 yang dibentangkan
pada 7 Oktober 2011 telah memperuntukkan RM400 juta bagi kerja-
kerja menaik taraf infrastruktur bekalan air secara berperingkat di
kawasan-kawasan FELDA terpilih. Berdasarkan minit mesyuarat
Jemaah Menteri bertarikh 14 September 2011, dipersetujui kerja-kerja
menaik taraf sistem bekalan air peringkat pertama dilaksanakan di
negeri Pahang kerana mengalami gangguan air yang kritikal. Pada 6
Jun 2014, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri telah
meluluskan pertambahan kos projek sebanyak RM52 juta dan ini
menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan yang diluluskan adalah
sebanyak RM452 juta.
2. Skop projek yang dilaksanakan di bawah peruntukan ini meliputi
pembinaan loji, menaik taraf loji sedia ada, pembinaan tangki,
pembinaan rumah pam, penggantian pam penggalak dan kerja-kerja
paip yang berkaitan.
3. Berdasarkan kejayaan FELDA melaksanakan projek bekalan air di
negeri Pahang, maka Bajet Negara 2016 di bawah Rancangan
Malaysia Kesebelas (RMK-11) telah meluluskan Projek Menaik Taraf
Sistem Bekalan Air FELDA Seluruh Negara dengan peruntukan siling
sebanyak RM500 juta. Jumlah peruntukan tahunan yang disalurkan
SOALAN: 17
kepada FELDA dari tahun 2016 hingga 2019 adalah sebanyak RM349
juta.
4. Memandangkan Negeri Pahang telah menerima peruntukan naik taraf
sistem bekalan air yang besar semasa pembentangan Bajet Negara
2012 dengan penambahan bajet pada tahun 2014, maka peruntukan
bagi RMK-11 Negeri Pahang diagihkan sebanyak RM14.6 juta sahaja
bagi tempoh 2016 hingga 2020, manakala lebihan peruntukan
dibahagikan kepada negeri-negeri lain.
5. Daripada RM452 juta yang diperuntukkan, FELDA telah
melaksanakan sebanyak 81 pakej yang melibatkan pelbagai skop
kerja berkaitan Projek Naik taraf Sistem Bekalan Air Negeri Pahang
berdasarkan keperluan menerusi perbincangan dengan Pengurusan
Air Pahang Berhad (PAIP). Pelaksanaan projek ini bermula dari tahun
2012.
6. Projek ini meliputi 10 daerah dalam negeri Pahang iaitu lima (5) pakej
di daerah Jerantut, tujuh (7) pakej di daerah Bentong, dua (2) pakej di
daerah Raub, dua (2) pakej di daerah Lipis, lima (5) pakej di daerah
Temerloh, dua puluh empat (24) pakej di daerah Maran, dua belas (12)
pakej di daerah Bera, lapan (8) pakej di daerah Kuantan, lima (5) pakej
di daerah Chini dan sebelas (11) pakej di daerah Rompin.
7. Daripada 81 pakej yang dilaksanakan, tiga (3) pakej masih belum
diserahkan kepada pihak PAIP namun dijangkakan akan diserahkan
selewat-lewatnya akhir tahun ini. Ketiga-tiga pakej ini merujuk kepada
SOALAN: 17
projek menaik taraf sistem bekalan air di Bukit Sagu dan di loji Sungai
Temau serta kerja-kerja berkaitan di Kechau, Bilut dan Klau.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 15
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB PUAN SITI FATIMAH BINTI YAHAYA
Puan Siti Fatimah binti Yahaya minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan surat pekeliling yang sedang berkuat kuasa dan syarat-syarat
yang dikenakan kepada Ahli Parlimen/ADUN dari parti pembangkang untuk
dijemput merasmikan atau menganjurkan program di sekolah dan institusi di
bawah Kementerian Pendidikan.
SOALAN: 15
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempunyai prosedur standard
bagi kehadiran orang kenamaan atau individu tertentu ke sekolah dan
penggunaan premis atau kemudahan sekolah oleh pihak luar. Perkara ini
selari dengan peruntukan peraturan seperti yang dijelaskan dalam Surat
Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 3 Tahun 2008 Mengundang Orang-Orang
Kenamaan ke Upacara Sekolah dan Penggunaan Premis Sekolah Oleh
Pihak Luar bertarikh 31 Mac 2008. Para dua SPI tersebut menyatakan
bahawa semua majlis di sekolah seperti Hari Anugerah Cemerlang, Sukan
Tahunan dan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang
melibatkan majlis perasmian oleh orang kenamaan atau individu tertentu,
hendaklah memohon kebenaran daripada KPM melalui Pengarah
Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing.
Berdasarkan SPI sedia ada, pihak sekolah boleh menerima kehadiran ahli
politik ke sekolah setelah mendapat kebenaran Pengarah JPN. Sehubungan
dengan itu, permohonan daripada ahli Parlimen kerajaan atau
pembangkang yang berhasrat untuk memasuki sekolah kerajaan bagi
menghadiri sebarang program perlu merujuk SPI tersebut.
SOALAN: 16
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB PUAN SITI FATIMAH BINTI YAHAYA
Puan Siti Fatimah binti Yahaya minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan pendirian Kementerian Pendidikan terhadap kenyataan
Perdana Menteri pada 21 Disember 2018 semasa jamuan makan malam
Persatuan Bekas Pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid, Kedah bahawa
"Sekolah Kebangsaan telah berubah menjadi sekolah agama" dan "Murid-
murid hanya belajar tentang agama Islam dan tidak mempelajari mata
pelajaran yang berguna untuk mendapat pekerjaan".
SOALAN: 16
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sentiasa berusaha untuk
meningkatkan kecemerlangan sistem pendidikan negara seiring dengan
perkembangan dunia hari ini. KPM juga komited untuk menjadikan Sekolah
Kebangsaan sebagai sekolah pilihan, rebutan ibu bapa pelbagai kaum,
pusat untuk memupuk perpaduan kaum dan menjadi pusat kecemerlangan
pendidikan dalam bidang kurikulum, kokurikulum, sukan dan sahsiah.
Untuk makluman, pelaksanaan mata pelajaran Pendidikian Islam dalam
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) adalah untuk
memastikan setiap murid yang beragama Islam dipupuk dengan etika dan
kerohanian dalam diri mereka sebagai persediaan untuk menghadapi
cabaran kehidupan masa hadapan. Mata pelajaran Pendidikan Islam
ditawarkan sebanyak tiga (3) jam seminggu atau 96 jam setahun di sekolah
kebangsaan iaitu hanya 12 peratus daripada jumlah keseluruhan mata
pelajaran yang diajar. Mata pelajaran Pendidikan Islam ini juga dilaksanakan
bagi mendidik murid agar mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
seharian agar mereka dapat memberi sumbangan yang bermakna kepada
keluarga, masyarakat dan negara.
Pada masa yang sama KPM telah mengambil pelbagai langkah
menyediakan murid dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran sebagai
persediaan memasuki alam pekerjaan. Antaranya, KPM telah berusaha
untuk menarik minat murid untuk mengambil bidang sains di peringkat
SOALAN: 16
menengah atas. Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah
(KSSM) telah ditambah baik dengan penawaran pelbagai mata pelajaran
elektif Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (STEM).
Selain daripada mata pelajaran bidang sains dan matematik seperti Fizik,
Kimia, Biologi mahupun Matematik Tambahan, terdapat mata pelajaran
berasaskan bidang STEM yang turut ditawarkan seperti Asas Kelestarian,
Lukisan Kejuruteraan, Reka Cipta, Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan
Elektronik dan sebagainya. Mata pelajaran ini bukan hanya ditawarkan di
Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), Sekolah Menengah Kebangsaan
Agama (SMKA) atau Sekolah Berasrama Penuh (SBP) malah di Sekolah
Menegah Teknik dan Kolej Vokasional.
KPM turut melaksanakan Transformasi Pendidikan Vokasional (TPV) mulai
tahun 2012 bagi mengangkat martabat pendidikan vokasional sebagai aliran
perdana. Untuk memastikan TPV relevan dengan keperluan industri, KPM
telah dan sedang menjalinkan kerjasama dengan pihak swasta dan industri
dalam memperkasakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional
(TVET). Proses ini merupakan proses yang berterusan bagi meningkatkan
kebolehpasaran graduan sekaligus memastikan graduan yang dihasilkan
dapat memenuhi keperluan tenaga kerja negara. KPM juga ingin
memaklumkan bahawa statistik kebolehpasaran graduan Kolej Vokasional
(KV) pada tahun 2018 adalah sebanyak 79.29 peratus. Untuk makluman,
kadar peratusan tersebut diambil kira selepas empat (4) bulan murid KV
tamat pengajian dan kadar peratusan dijangka akan meningkat. Manakala
jumlah kebolehpasaran graduan Kolej Komuniti adalah sebanyak 96.6
peratus.
SOALAN: 16
KPM percaya sistem pendidikan TVET akan terus berperanan sebagai game
changer dalam menghasilkan modal insan berkemahiran tinggi dan
meningkatkan daya saing tenaga kerja tempatan serta menjadi enjin
pembangunan negara. Ini penting untuk menghadapi era Revolusi Industri
4.0 (4IR) yang mana negara kita juga diwarnai oleh pembangunan teknologi
pesat khususnya internet yang telah menjadi sebahagian daripada
kehidupan harian manusia meliputi hubungan sosial, pembangunan
ekonomi, politik dan sebagainya dan telah menjadikan dunia tanpa
sempadan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, KPM sentiasa melaksanakan
perubahan kurikulum dari semasa ke semasa mengikut perubahan,
perkembangan dan keperluan dunia semasa. Walau bagaimanapun,
cadangan perubahan dalam kurikulum yang akan dilaksanakan perlu diteliti
secara terperinci dan tidak dilakukan secara tergesa-gesa bagi memastikan
hasrat dan objektif utama dasar pendidikan terlaksana dan bermanfaat untuk
semua. Oleh itu, KPM telah menubuhkan Jawatankuasa Kajian Dasar
Pendidikan Negara (JKDPN) yang dianggotai oleh pakar bagi meneliti dasar
pendidikan negara secara holistik dan komprehensif dan mengkaji semula
dan mengemukakan laporan perakuan dasar untuk menambahbaik sistem
pendidikan negara di peringkat prasekolah hingga ke peringkat universiti.
Laporan akhir JKDPN akan diserahkan kepada KPM pada akhir bulan April
2019.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 66
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD
Tuan Manolan bin Mohamad minta PERDANA MENTERI menyatakan
peruntukan yang diberikan kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli
(JAKOA) pada tahun 2018 dan pecahan perbelanjaan secara terperinci.
SOALAN: 66
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Tahun 2018, JAKOA telah diperuntukkan sebanyak RM61.47 juta
Peruntukan Mengurus (OE), RM75.47 juta Peruntukan Pembangunan
(DE) dan RM59.77 juta peruntukan program khusus. Maklumat adalah
seperti berikut:
Bil. Perihal Peruntukan
Kemaskini
(RM)
Jumlah
Perbelanjaan
(RM)
Peruntukan Mengurus
1. Emolumen 33.86 juta 32.87 juta
2. Perkhidmatan dan Bekalan 27.31 juta 24.12 juta
3. Aset 16 ribu 15.62 ribu
4. Pemberian & Kenaan
Tetap
286.6 ribu 242.6 ribu
61.47 juta 57.24 juta
Peruntukan Pembangunan
1. Pengambilan Balik Tanah /
Ukur 1.5 juta 1.4 juta
2. Projek Bekalan Air Terawat 10.00 juta 9.97 juta
3. Program Pembangunan
Bersepadu Sungai Siput,
Perak
10.63 juta 10.13 juta
SOALAN: 66
4. Program Pembangunan
Infrastruktur Semenanjung
Malaysia
22.63 juta 21.51 juta
5. Program Pembangunan
Bersepadu Gua Musang,
Kelantan
3.50 juta 3.42 juta
6. Projek Pembangunan
Ekonomi Orang Asli 20.00 juta 19.92 juta
7. Projek Pembangunan
Usahawan Orang Asli 1.85 juta 1.71 juta
8. Pembinaan Cascade &
Monsoon Drain Serta
Peralatan Dewan, Surau
dan Tadika Di Penempatan
OA Sg Ruil, Cameron
Highlands
5.36 juta 3.64 juta
75.47 juta 71.70 juta
Program Khusus
1. Emolumen Kakitangan
Kontrak
6.82 juta 6.87 juta
2. Bertugas Luar Negara 33.60 ribu 19.02 ribu
3. Harta Modal 79.92 ribu 78.18 ribu
4. Pembaikan dan
Menaiktaraf Bangunan
1.00 juta 411.55 ribu
5. Elaun MPKKOA 3.88 juta 3.47 juta
6. Peningkatan Taraf Hidup 47.96 juta 46.10 juta
59.77 juta 56.95 juta
SOALAN: 66
Sekian terima kasih.
SOALAN: 67
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD
Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI
menyatakan :-
(a) berapakah jumlah pendapatan bersih, kos dan jumlah dividen yang
dibayar oleh RISDA dan FELCRA kepada pemilik pekebun kecil
getah dan kelapa sawit Orang Asli pada tahun 2018 dan berapakah
hutang yang masih ditanggung oleh para peserta Tanam Semula
Komersial (TSK); dan
(b) adakah RISDA dan FELCRA mempunyai hutang dengan Jabatan
Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan sekiranya ada, berapakah
jumlah hutang tersebut dan adakah Jabatan Kemajuan Orang Asli
(JAKOA) berhutang kepada RISDA dan FELCRA dan sekiranya
ada, berapakah jumlah hutang tersebut.
SOALAN: 67
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, RISDA mengusahakan 93
projek Tanam Semula Komersil (TSK) JAKOA dengan keluasan
ladang 11,969.53 hektar yang melibatkan 6,101 peserta Orang Asli.
Manakala FELCRA pula mengusahakan 37 ladang JAKOA dengan
keluasan 6,127.70 hektar di seluruh negara yang melibatkan 2,432
peserta.
2. Pada tahun 2018, projek TSK JAKOA yang diusahakan oleh RISDA
telah menjana pendapatan kasar berjumlah RM56.10 juta. Kos
pengurusan dan pembangunan projek meliputi pembajaan, kawalan
penyakit, penuaian hasil dan lain-lain pula berjumlah RM43.48 juta.
Dengan ini, keuntungan bersih yang dijana oleh projek adalah
RM12.62 juta. Pada tahun yang sama, ladang JAKOA yang
diusahakan oleh FELCRA telah menjana pendapatan kasar
berjumlah RM24.23 juta dengan kos pengurusan berjumlah
RM18.41 juta. Ini memberi keuntungan bersih berjumlah RM5.82
juta kepada JAKOA. Segala keputusan dasar berkaitan projek ini
dibuat oleh pihak JAKOA termasuk jumlah dividen yang diberi
kepada peserta Orang Asli. Untuk makluman, peserta Orang Asli
tidak mempunyai sebarang hutang kepada RISDA dan FELCRA.
3. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, RISDA dan FELCRA tidak
mempunyai apa-apa hutang dengan pihak JAKOA. Namun begitu,
pihak JAKOA masih berhutang sebanyak RM12.72 juta kepada
RISDA Plantation Sdn Bhd. dan RM3.42 juta kepada FELCRA.
SOALAN: 67
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 69
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD
Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan adakah cadangan untuk membuka klinik kesihatan di
kawasan pedalaman yang tidak mempunyai jalan yang baik seperti di Pos
Simpor dan Pos Balar, Gua Musang Kelantan dan berapakah jumlah klinik
kesihatan desa yang ada di perkampungan Orang Asli.
SOALAN: 69
JAWAPAN
Yang di-Pertua,
Kerajaan sentiasa berusaha untuk menyediakan perkhidmatan terbaik
bagi semua penduduk di Negara ini termasuk mereka yang berada di
pedalaman. Walau bagaimanapun, disebabkan beberapa kekangan,
tidak semua kawasan penempatan penduduk dapat dibina klinik
Kesihatan. Dalam jangka masa pendek, KKM belum ada perancangan
untuk membina klinik kesihatan di Pos Simpor dan Pos Balar.
Buat masa ini, terdapat 16 klinik Kesihatan desa yang terletak berdekatan
dengan perkampungan orang asli di Pahang, Perak dan Kelantan. Pos-
pos pedalaman yang boleh dicapai melalui jalan darat, Pasukan Bergerak
Orang Asli (PBOA) akan membuat lawatan bagi tempoh kekerapan 4
minggu sekali serta mengikut jadual yang telah ditetapkan manakala bagi
pos-pos serta perkampungan orang asli yang tidak boleh dicapai melalui
jalan darat, Perkhidmatan Doktor Udara (PDU) disediakan yang
berpengkalan di Pejabat Kesihatan Daerah Kinta, Perak.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 70
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD
Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI PERDAGANGAN
DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan adakah
perancangan untuk melantik pembekal atau agen dari Kementerian untuk
membekalkan barangan keperluan asas di kawasan pedalaman
perkampungan Orang Asli seperti di Cameron Highlands (Pahang), Gua
Musang (Kelantan) dan Grik (Perak) untuk membendung harga barang
yang dijual oleh orang tengah yang sangat tinggi.
SOALAN: 70
JAWAPAN
Tuan Yang Di-Pertua,
Kementerian telah mula melaksanakan Program Penyeragaman
Harga sejak dari tahun 2009 sehingga kini. Melalui Program ini, Kerajaan
menanggung kos penghantaran barang-barang keperluan asas seperti
beras, tepung gandum kegunaan am, minyak masak paket 1kg/botol 1
liter, gula, gas petroleum cecair (gas memasak), petrol RON95 dan diesel
ke kawasan pedalaman di Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
Bagi melaksanakan Program ini, Kerajaan melantik transporter
untuk membeli barang keperluan daripada pembekal seterusnya
menghantar barangan tersebut sehingga ke Point of Sales (POS) di
kawasan pedalaman termasuk perkampungan Orang Asli di Gua
Musang, Kelantan dan Grik, Perak. Bagi tahun 2019, Kementerian
memberi keutamaan kepada kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak.
Manakala kawasan pedalaman di Semenanjung akan dipertimbangkan
dalam masa terdekat.
Melalui Program ini, penduduk-penduduk di kawasan pedalaman
boleh membeli barangan asas tersebut secara terus di POS-POS yang
terlibat dengan Program ini. Barangan ini dijual pada harga yang sama
seperti di bandar dan secara tidak langsung dapat membendung isu
harga barang yang dijual oleh orang tengah yang sangat tinggi.
SOALAN: 68
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN MANOLAN BIN MOHAMAD
Tuan Manolan bin Mohamad minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR
BANDAR menyatakan berapakah jumlah sekolah TADIKA KEMAS di
perkampungan Orang Asli dan apakah langkah yang diambil agar ia lebih
berkualiti agar dapat melahirkan pelajar yang mahir 3M (membaca,
menulis, mengira) sebelum memasuki sekolah rendah. Apakah syarat
dan kelulusan pengambilan tenaga pengajar.
SOALAN: 68
JAWAPAN
Tuan Yang Di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat Senator, sehingga 1 Mac 2019,
bilangan Tabika KEMAS di perkampungan Orang Asli ialah sebanyak 290
buah.
Untuk makluman Yang Berhormat Senator, bagi memastikan kanak-
kanak di perkampungan Orang Asli menerima pendidikan yang berkualiti
agar dapat melahirkan pelajar yang mahir 3M (membaca, menulis,
mengira), KEMAS telah mengguna pakai Kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan (KSPK) yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
sebagai garis panduan untuk pengajaran dan pembelajaran.
KSPK terdiri daripada enam (6) tunjang iaitu tunjang komunikasi,
kemanusian, ketrampilan diri, sains dan teknologi, perkembangan fizikal
serta kerohanian, sikap dan nilai yang bertujuan membangunkan modal
insan yang menghayati nilai-nilai murni berteraskan keagamaan,
berpengetahuan, berketerampilan, berfikiran kritis dan kreatif serta
inovatif.
Syarat dan kelulusan pengambilan tenaga pengajar baru TABIKA KEMAS
adalah sekurang-kurangnya mempunyai Diploma dalam bidang
pendidikan awal kanak-kanak sahaja. Ini selaras dengan dasar
pengambilan guru Pra Sekolah seperti yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM).
SOALAN: 68
Sepanjang tempoh lima tahun (2019-2023) KEMAS mensasarkan
seramai 835 orang untuk mengikut Diploma Pendidikan Awal Kanak-
kanak. Sehingga kini, terdapat seramai 70% (7,547 orang) Pemaju
Masyarakat (PM) TABIKA dan TASKA KEMAS yang memiliki Diploma.
Sebagai kesimpulannya, KEMAS sentiasa berusaha untuk meningkatkan
mutu pendidikan awal kanak-kanak melalui program-program
penambahbaikan yang dijalankan secara berterusan.
SOALAN: 118
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB PUAN NURIDAH BINTI MOHD
SALLEH
Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan statistik bilangan kes bunuh diri mengikut umur, negeri dan
peratusan kes bunuh diri disebabkan oleh masalah mental sepanjang
tempoh 2010-2019.
SOALAN: 118
JAWAPAN
Tuan Yang Di-pertua,
Kejadian bunuh diri berlaku disebabkan oleh beberapa faktor antaranya
tekanan hidup dan kemurungan seterusnya cenderung mengambil
langkah lebih buruk untuk mengatasinya dengan terjun dari bangunan
tinggi, meminum racun, dan sebagainya. Tidak dapat dipertikai kejadian
bunuh diri juga disebabkan oleh masalah mental seseorang. Statistik
tahun 2010 hingga Mac 2019 menunjukkan jumlah kes bunuh diri seluruh
negara adalah sebanyak 3,554 kes. Peringkat umur yang didapati ramai
membunuh diri iaitu di kategori umur 31 hingga 40 tahun iaitu seramai
1,008 orang diikuti umur 50 tahun dan ke atas iaitu 720 orang. Kategori
umur 41 hingga 50 tahun seramai 669 orang, umur 26 hingga 30 tahun
seramai 640 orang dan terakhir kategori umur 18 hingga 25 tahun seramai
517 orang. Manakala bagi kes bunuh diri yang disebabkan oleh masalah
mental adalah sebanyak 389 iaitu 10.94 peratus daripada jumlah
keseluruhan kes.
SOALAN: 118
STATISTIK KES BUNUH DIRI TAHUN 2010 HINGGA MAC 2019
BIL NEGERI
JUM KS BUNUH DIRI KS BUNUH DIRI DISEBABKAN
MASALAH MENTAL
UMUR 18-25
UMUR 26-30
UMUR 31-40
UMUR 41-50
UMUR 50 Ke Atas
1 JOHOR
99 94 115 83 79 28
2 KEDAH
9 11 17 10 15 16
3 KELANTAN
20 12 11 3 7 6
4 MELAKA
3 4 7 5 10 29
5 NEGERI SEMBILAN
21 19 129 31 20 41
6 PAHANG
23 32 25 10 16 9
7 PERAK
60 47 112 86 129 49
8 PERLIS
1 1 3 4 6 1
9 PULAU PINANG
72 101 179 123 139 26
10 SABAH
30 27 33 12 18 64
11 SARAWAK
4 5 8 4 4 25
12 SELANGOR
149 257 309 254 235 22
13 TERENGGANU
9 4 17 14 11 55
14 KUALA LUMPUR 17 26 43 30 31 18
JUMLAH KESELURUHAN 517 640 1008 669 720 389
SOALAN: 117
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB PUAN NURIDAH BINTI MOHD
SALLEH
Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan statistik pelajar-pelajar B40 peringkat rendah, menengah
dan IPT.
SOALAN: 117
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Berdasarkan data Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM) yang diuruskan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sehingga April 2019,
bilangan semua murid yang berada di sekolah rendah dan menengah
ialah seramai 4,732,278 orang. Daripada jumlah semua murid yang
direkodkan, 64.5 peratus adalah daripada keluarga B40 (Pendapatan isi
rumah kurang dari RM 4,361.00). Statistik juga menunjukkan bahawa
negeri Sabah memiliki murid-murid dari keluarga B40 yang paling tinggi
iaitu 75.5 peratus, manakala Wilayah Persekutuan Putrajaya memiliki
murid-murid dari keluarga B40 yang paling rendah iaitu 16.4 peratus.
Taburan Murid-murid Sekolah Rendah dan Menengah Dari Keluarga B40
Mengikut Negeri adalah seperti jadual berikut:
NEGERI ISI RUMAH <4361 JUM MURID Peratus
Johor 372,167 576,873 64.5
Kedah 243,023 336,076 72.3
Kelantan 217,158 289,805 74.9
Melaka 90,847 147,782 61.5
Negeri Sembilan 113,670 188,284 60.4
Pahang 176,916 248,137 71.3
Perak 255,560 368,441 69.4
Perlis 29,096 42,895 67.8
Pulau Pinang 139,479 234,464 59.5
Sabah 365,388 483,796 75.5
Sarawak 319,601 437,499 73.1
SOALAN: 117
NEGERI ISI RUMAH <4361 JUM MURID Peratus
Selangor 462,098 893,148 51.7
Terengganu 157,268 224,936 69.9
WP KL 93,642 217,380 43.1
WP Labuan 9,702 15,636 62.0
WP Putrajaya 4,443 27,126 16.4
JUMLAH 3,050,058 4,732,278 64.5
Berhubung dengan pelajar di isntitusi pendidikan tinggi pula, berdasarkan
Statistik Pendidikan Tinggi, bilangan pelajar di universiti awam tahun 2016
hingga 2018 dengan pendapatan keluarga RM4,000 dan ke bawah
adalah seperti yang berikut:
Bil. Tahun Jumlah pelajar
1. 2016 273,173
2. 2017 283,680
3. 2018 314,898
Sementara itu, Statistik pelajar B40 di Politeknik dan Kolej Komuniti
adalah seperti yang berikut:
Institusi 2016 2017 2018
Enrolmen B40 Enrolmen B40 Enrolmen B40
Politeknik 9,970 13,720 13,780
Kolej Komuniti 566 8,242 18,737
SOALAN: 119
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB PUAN NURIDAH BINTI MOHD
SALLEH
Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan inisiatif Kerajaan dalam menyediakan asrama kepada
kanak-kanak gelandangan yang tercicir dalam mencapai pelan
pembangunan pendidikan Malaysia.
SOALAN: 119
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) amat prihatin dan sentiasa
berusaha menyediakan akses pendidikan kepada semua warganegara
Malaysia. Kementerian ini juga bertanggungjawab terhadap menyediakan
akses pendidikan formal dalam persekitaran kondusif bagi kanak-kanak
gelandangan agar tidak tercicir dari mencapai pembangunan pendidikan
Malaysia selain sebagai persediaan untuk meneruskan kehidupan
dengan lebih baik. Sehubungan dengan itu, KPM telah menubuhkan
Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) sejak 2013 bertempat di Lorong
Haji Hussein Kuala Lumpur khusus untuk menangani isu pendidikan bagi
kanak-kanak gelandangan di kawasan Kuala Lumpur.
Pengoperasian SBJK adalah secara day care dengan menyediakan
pengajaran dan pembelajaran secara formal dan tidak formal termasuk
menyediakan makanan percuma kepada semua murid dengan lima kali
sajian sehari. Pembelajaran di SBJK pula memberi penumpuan utama
kepada pembangunan agama atau moral dan sahsiah diri murid bagi
membolehkan murid SBJK diterima oleh masyarakat. Selain daripada itu,
pembangunan blok asrama SBJK berkapasiti 200 pelajar berserta
kemudahan lain telah pun diluluskan dan dalam proses pembinaan serta
dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2020. (Ruj. Kontrak
KP/BPP/2017/1).
KPM juga bekerjasama dengan beberapa badan bukan kerajaan (NGO)
mewujudkan Program Outreach yang dilaksanakan di sekitar Kuala
Lumpur meliputi Chow Kit, Bukit Bintang, Brickfield dan kekerapan paling
SOALAN: 119
tinggi adalah di sekitar Kampung Baru. Program Outreach dilaksanakan
melalui pendekatan berbentuk temu ramah dan ramah mesra bagi
menarik minat dan menyedarkan tentang kepentingan bersekolah.
Program Outreach ini melibatkan pengetua, guru dan NGO yang aktif
sejak 2013 hingga kini. Program ini dilaksanakan setiap tiga bulan atau
mengikut kesesuaian waktu.
Impak Program Outreach ini dapat dilihat melalui peningkatan enrolmen
murid SBJK iaitu daripada seramai 43 orang pada awal penubuhan (19
Ogos 2013) kepada 152 orang pada April 2019. Bilangan ini telah
melebihi kapasiti sebenar, iaitu 150 orang murid sahaja. Hal ini turut
membantu KPM mengurangkan kadar keciciran dalam kalangan kanak-
kanak di Malaysia.
SOALAN: 116
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB PUAN NURIDAH BINTI MOHD
SALLEH
Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan statistik remaja yang terlibat dengan jenayah narkotik bagi
tempoh 2014 sehingga sekarang dan apakah tindakan yang telah diambil.
SOALAN: 116
JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Dalam Negeri
sentiasa memandang serius penglibatan remaja dalam jenayah dadah.
Peranan aktif ibu bapa dan masyarakat dalam memerangi
penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja turut dipergiatkan untuk
memastikan ketagihan dadah dalam kalangan remaja dan belia, termasuk
pelajar, tidak bertambah buruk.
Berdasarkan statistik dari tahun 2014 hingga 2018, jumlah keseluruhan
tangkapan melibatkan remaja bagi kesalahan jenayah dadah dalam
tempoh 5 tahun tersebut adalah seramai 188,534 orang. Bagi tahun 2015,
telah berlaku peningkatan jumlah tangkapan sebanyak 8% dari 34,723
orang tahun sebelumnya kepada 37,535 orang. Jumlah ini terus
meningkat pada tahun 2016 iaitu sejumlah 39,412 orang dengan
peningkatan sebanyak 5%. Walau bagaimanapun, statistik telah
menunjukkan penurunan bagi tahun 2017 sebanyak 1% dengan
penangkapan 39,053 orang. Jumlah tangkapan terus berkurangan bagi
tahun 2018 sebanyak 3.2% kepada 37,811 orang selaras dengan
program kesedaran dan tindakan yang berterusan oleh PDRM dan agensi
penguatkuasaan tempatan yang lain.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, beberapa langkah proaktif
dan kerjasama bersepadu dengan agensi berkaitan telah diambil dalam
membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja seperti
yang berikut:
SOALAN: 116
i. Memperkasakan tindakan penguatkuasaan bagi mengesan dan
menangkap serta mengambil tindakan undang-undang ke atas
individu atau sindiket yang melibatkan remaja dalam aktiviti
pengedaran dadah. Ia dilaksanakan melalui tindakan pencegahan
di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan
Khas) 1985;
ii. Menganjurkan program ceramah dan pameran berkaitan dadah di
sekolah-sekolah serta institusi pengajian tinggi (IPT) bagi memberi
pengetahuan dan kesedaran kepada remaja berkaitan bahayanya
dadah serta membendung aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan
dadah; dan
iii. Menempatkan pegawai perhubungan sekolah dan pusat pengajian
tinggi (IPT) bagi memantau para remaja agar tidak terlibat dengan
masalah jenayah termasuklah pengedaran dan penyalahgunaan
dadah.
SOALAN: 120
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB PUAN NURIDAH BINTI MOHD
SALLEH
Puan Nuridah binti Mohd Salleh minta MENTERI PEMBANGUNAN
WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan statistik jumlah
ibu tunggal mengikut negeri, bentuk program serta bantuan yang mampan
kepada ibu tunggal.
SOALAN: 120
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) telah
merekodkan pendaftaran ibu tunggal di dalam Sistem iWanita secara
sukarela oleh ibu tunggal yang mengikuti program di bawah JPW. Statistik
ibu tunggal dalam Sistem iWanita dari 2017-2019 adalah seramai 78,940
orang.
Manakala terdapat juga ibu tunggal didaftarkan di dalam Sistem eKasih
di bawah ICU melalui permohonan dan bancian untuk mendapatkan
statistik ibu tunggal di seluruh negara bagi tujuan pemberian bantuan
kerajaan. Statistik ibu tunggal dalam Sistem eKasih sehingga 28 Februari
2019 adalah seramai 103,488 orang dengan pecahan 8,081 KIR Miskin
Tegar, 19,917 KIR Miskin dan 75,490 KIR berstatus terkeluar.
Kementerian melaksanakan Program Peningkatan Kapasiti Wanita
berkonsep Community Based Enterprise (PACBE) bagi memperkasa
wanita terutama kumpulan B40 dengan sasaran 30 peratus penyertaan
ibu tunggal yang berdaftar dalam Sistem iWanita. PACBE mempunyai
empat (4) fokus utama:
(i) inisiatif pembangunan kemahiran (bidang kemahiran yang
ditawarkan seperti jahitan dan sulaman, mobile spa, solekan
pengantin, kraf kreatif, pembuatan kuih dan kek, urutan post natal
dan tanaman);
(ii) kemahiran keusahawanan (pembungkusan, pemasaran, digital
marketing);
(iii) komuniti harmoni (lay kaunselor, sukarelawan); dan
SOALAN: 120
(iv) advokasi (Program Legal Clinic, D’stress Clinic, Program Wanita
Anti Jenayah (WAJA), dan Kempen Hentikan Keganasan
Terhadap Wanita).
PACBE adalah satu bentuk pendekatan keusahawanan berkonsepkan
kerjasama antara usahawan-usahawan JPW ataupun individu
berkemahiran yang telah berjaya dalam bidang masing-masing, untuk
memberikan latihan serta berkongsi ilmu bagi membantu peserta wanita
termasuk ibu tunggal menjana pendapatan. Program dilaksanakan
secara meluas ke seluruh negara melalui Pejabat Pembangunan Wanita
Negeri (PPWN).
Pada tahun 2018, sebanyak 648 PACBE telah dilaksanakan dengan
penglibatan seramai 10,201 orang peserta dengan 2,500 orang
daripadanya adalah ibu tunggal. Manakala Lembaga Penduduk dan
Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melaksanakan program
MamaCare, perkhidmatan penjagaan selepas bersalin yang selamat
secara tradisional dan moden termasuk ilmu keibubapaan, bertujuan
membantu wanita warga emas, ibu tunggal dan wanita yang layak
daripada golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40) menambah
pendapatan keluarga melalui latihan kapasiti MamaCare.
Selain itu, Kerajaan melalui agensi-agensi lain turut menyediakan
peluang kepada wanita termasuk ibu tunggal untuk menceburkan diri
dalam bidang keusahawanan melalui program DanaNita di bawah MARA,
program MySMELady di bawah SME Bank dan juga program Women
Netpreneur yang dilaksanakan dengan kerjasama Malaysia Digital
Economy Corporation (MDEC), Gorgeous Geeks (badan NGO) dan enam
penyedia platform eCommerce iaitu Shopee, 11street, Lelong, Facebook,
SOALAN: 120
Buy Malaysia (MPay) dan Global Halal Data Pool. Siri latihan digital
komprehensif ini merangkumi pengenalan kepada teknologi dan platform
eCommerce yang terdapat di pasaran, latihan praktikal bagi penyediaan
platfom eCommerce dan teknik menjual secara dalam talian.
Kementerian Sumber Manusia (KSM), melalui Jabatan Tenaga Kerja
(JTK) juga telah melaksanakan pelbagai program untuk membantu para
pencari kerja bagi mendapatkan pekerjaan di negara ini tanpa mengira
latar belakang pencari kerja-pencari kerja tersebut dan sama ada pencari
kerja itu adalah seorang penganggur atau orang yang ingin meningkatkan
kerjaya. Sesuai dengan kelulusan, kemahiran dan keperluan mereka.
Pencari-pencari kerja ini termasuklah mereka sebagai ibu tunggal yang
dikategorikan sebagai golongan khas.
SOALAN: 19
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK RABIYAH BINTI ALI
Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
bagaimanakah prospek ekonomi semasa 2019 dalam menentukan
pengukuhan mata wang Ringgit Malaysia berbanding US Dolar dan mata
wang utama dunia.
SOALAN: 19
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Sebagai sebuah ekonomi terbuka, ketidaktentuan persekitaran luar
termasuk konflik perdagangan, harga komoditi yang tidak stabil serta
volatiliti pasaran kewangan global memberi kesan kepada ekonomi negara
termasuk penyusutan kadar pertukaran nilai ringgit. Meskipun persekitaran
ekonomi dan kewangan global semakin mencabar, ekonomi Malaysia
menunjukkan daya tahan yang teguh dan mencatatkan pertumbuhan
menggalakkan sebanyak 4.7 peratus pada 2018 dipacu oleh perbelanjaan
swasta serta prestasi perdagangan luar yang kukuh. Dari sudut penawaran,
sektor perkhidmatan dan pembuatan terus menerajui pertumbuhan.
2. Momentum pertumbuhan ekonomi ini dijangka terus berkembang
antara 4.3 peratus hingga 4.8 peratus pada 2019 disokong oleh asas
ekonomi yang kekal mampan termasuk pasaran buruh yang stabil dengan
guna tenaga penuh; kadar inflasi yang rendah; rizab antarabangsa yang
kekal tinggi; dan sistem kewangan yang kukuh. Di samping itu, diversifikasi
perdagangan yang luas dari segi destinasi dan produk serta kadar
pertukaran yang fleksibel terus memainkan peranan penting sebagai
penyerap kejutan luaran tanpa menjejaskan aktiviti ekonomi domestik.
3. Sehingga 24 April 2019, nilai ringgit telah meningkat sebanyak 0.1
peratus manakala nilai mata wang serantau yang lain telah mencatat di
antara -3.5 peratus dan 2.3 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Walau bagaimanapun, volatiliti nilai ringgit juga didorong oleh kemerosotan
SOALAN: 19
sentimen pelabur dalam pasaran kewangan dunia berikutan kelemahan
prospek pertumbuhan ekonomi global, ketidaktentuan berkaitan
perkembangan geopolitik serta kebimbangan bon kerajaan Malaysia
dikeluarkan daripada World Government Bond Index (WGBI) oleh FTSE
Russell yang menyebabkan aliran keluar dana asing.
4. Bagi menghadapi sebarang ketidaktentuan ekonomi global, Kerajaan
sentiasa mengambil langkah proaktif untuk memastikan ekonomi negara
terus kukuh dan berdaya tahan. Langkah ini termasuk mempelbagaikan
sumber pendapatan Kerajaan; menyediakan persekitaran kondusif bagi
menarik pelaburan asing dan domestik; meningkatkan perdagangan dan
produktiviti; mempergiat inovasi dan penggunaan teknologi; serta
meningkatkan potensi ekonomi digital demi memacu pertumbuhan masa
hadapan.
5. Pada masa yang sama, Kerajaan akan sentiasa memastikan pasaran
kewangan yang stabil dan teratur serta mengambil pelbagai langkah proaktif
supaya mudah tunai adalah mencukupi, pasaran berdaya tahan dan aktiviti
spekulasi dalam pasaran dikurangkan. Langkah tersebut termasuk
menetapkan syarat agar sebahagian besar hasil eksport dalam mata wang
asing ditukarkan kepada ringgit dan meningkatkan penguatkuasaan ke atas
peraturan tukaran asing sedia ada bagi mencegah mata wang ringgit
diniagakan di luar pesisir.
SOALAN: 22
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK RABIYAH BINTI ALI
Datuk Rabiyah Binti Ali minta PERDANA MENTERI menyatakan
bagaimana Tabung Haji boleh menimbangkan kuota khusus diberikan
kepada warga emas yang berumur melebihi 70 tahun untuk mengerjakan
Ibadah Haji (Pertama Kali) pada tahun 2019 dan 2020 agar tempoh
menunggu giliran dikurangkan.
SOALAN: 22
JAWAPAN
Tuan Yang Di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, semua pendeposit Tabung Haji (TH)
tanpa mengira peringkat umur, boleh membuat pendaftaran haji dan akan
dipilih untuk menunaikan fardhu haji apabila tiba giliran tahun yang
diperuntukkan kepada mereka berdasarkan yang mendaftar dahulu akan
didahulukan. Sistem pendaftaran terbuka ini telah diterima pakai oleh umum
sejak 1993 lagi.
Dalam keadaan-keadaan tertentu jika ada kekosongan disebabkan ada
bakal haji yang tiba giliran tetapi telah menolak tawaran, maka barulah TH
dapat mempertimbangkan untuk memberi keutamaan tempat menunaikan
haji lebih awal kepada bakal haji rayuan termasuklah rayuan mahram dan
rayuan dari golongan warga emas yang melebihi umur 70 tahun dan ke
atas.
Namun, keutamaan diberikan kepada bakal jemaah yang belum pernah
menunaikan fardhu haji serta mempunyai tahap kesihatan yang baik dan
telah lulus pemeriksaan kesihatan.
Sekian. Terima kasih.
SOALAN: 21
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK RABIYAH BINTI ALI
Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan
bagaimanakah perancangan Lembaga Lebuh Raya Malaysia dan Jabatan
Kerja Raya untuk menangani masalah kesesakan di lebuh raya PLUS dari
Kajang ke Ayer Keroh setiap cuti hujung minggu dan hari kelepasan am.
SOALAN: 21
JAWAPAN
Tuan Yang Di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kerja Raya amat
prihatin berhubung kesesakan yang berlaku di Lebuh raya PLUS daripada
Kajang ke Ayer Keroh sebagaimana dibangkitkan terutamanya semasa cuti
hujung minggu dan hari perlepasan am. Kesesakan yang berlaku ini adalah
disebabkan pertambahan bilangan kenderaan yang berlipat kali ganda
berbanding hari biasa dalam tempoh masa yang hampir serentak.
Bagi tujuan mengurangkan kesesakan dan juga membantu melancarkan
aliran trafik, pihak Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Lebuhraya
Malaysia (LLM) telah mengambil langkah untuk meminimakan kesan
peningkatan trafik ini dengan pelaksanaan seperti berikut:
1. Menggalakkan pengguna untuk mendapatkan maklumat keadaan
trafik semasa melalui laman sesawang atau media sosial pihak LLM atau
melalui aplikasi telefon pintar sebelum memulakan perjalanan.
2. Memastikan pasukan ronda serta kren kembalik dalam keadaan siap
siaga (standby) di lokasi-lokasi yang sering berlaku kemalangan untuk
bantuan kecemasan atau kerja pengalihan kemalangan.
SOALAN: 21
3. Bekerjasama dengan pelbagai saluran radio dan televisyen utama
bagi tujuan penyaluran maklumat keadaan trafik semasa untuk kemudahan
perancangan perjalanan para pengguna.
4. Menyampaikan maklumat semasa trafik melalui Variable Message
System (VMS), laman sesawang, media sosial dan melalui aplikasi LLM
Traffic bagi membolehkan pengguna mendapatkan maklumat dari masa ke
semasa.
5. Pihak PDRM dan juga JPJ akan membuat perlaksanaan
penguatkuasaan dengan lebih kerap ke atas kenderaan yang
menyalahgunakan lorong kecemasan.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 20
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK RABIYAH BINTI ALI
Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI
ASAS TANI menyatakan :-
(a) bilangan pasar tani dan peserta mengikut negeri-negeri di seluruh
negara; dan
(b) jumlah jualan produk pertanian dan industri asas tani yang dijana dari
Jun 2018 sehingga Mac 2019 di seluruh "outlet" pasar tani.
SOALAN: 20
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga Februari 2019,
sebanyak 750 buah Pasar Tani beroperasi di seluruh negara dengan
penglibatan seramai 30,903 orang usahawan. Perincian bilangan
Pasar Tani dan peserta mengikut negeri adalah seperti berikut:
BIL NEGERI BILANGAN BILANGAN
PASAR TANI PESERTA
1 PERLIS 37 703
2 KEDAH 54 2,274
3 PULAU PINANG 19 403
4 PERAK 41 2,494
5 SELANGOR 79 6,213
6 NEGERI SEMBILAN 39 2,285
7 MELAKA 31 921
8 JOHOR 83 3,739
9 KELANTAN 100 3,047
10 PAHANG 58 3,082
11 TERENGGANU 45 1,011
12 SABAH 46 1,905
13 SARAWAK 71 641
14 WILAYAH 47 2,185
JUMLAH 750 30,903
SOALAN: 20
(b) Nilai jualan produk pertanian dan industri asas tani yang dijana dari
Jun 2018 sehingga Mac 2019 di seluruh outlet Pasar Tani adalah
sebanyak RM474,148,651.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 23
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK RABIYAH BINTI ALI
Datuk Rabiyah Binti Ali minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan
jumlah kemalangan maut yang direkodkan bagi kes-kes kemalangan di jalan
raya dan lebuh raya yang melibatkan kenderaan berat atau komersial
sehingga Mac 2019 serta langkah yang diambil JPJ, APAD, JKJR dan
MIROS dalam membendung kes-kes kemalangan maut ini terus meningkat.
SOALAN: 23
JAWAPAN
Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman, jumlah kemalangan maut yang melibatkan
kenderaan berat dan komersial yang dicatatkan adalah sebanyak
2,239 kes pada tahun 2016, 1,840 kes pada tahun 2017 dan 1,723
kes pada tahun 2018. Manakala nyawa yang terkorban dalam kes-
kes kemalangan melibatkan kenderaan berat dan komersial
tersebut adalah 304 pada tahun 2016, 313 pada tahun 2017 dan
301 orang pada 2018. Kementerian Pengangkutan mengambil
serius tentang isu keselematan jalan raya dan sentiasa
bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan yang lain termasuk
PDRM untuk membendung masalah tersebut.
2. Antara pendekatan yang telah diambil oleh pihak Kementerian
dalam membantu membendung masalah ini daripada terus
meningkat, pelbagai program advokasi tentang kesedaran
kepentingan menjaga keselamatan nyawa sendiri dan penumpang
semasa memandu di jalan raya telah diberikan kepada kumpulan
sasaran seperti pemandu bas sekolah, pemandu bas ekspres dan
sebagainya.
3. Selain daripada itu, pada tahun 2018 hasil siasatan dan analisa
terperinci yang dijalankan oleh Kementerian Pengangkutan melalui
MIROS ke atas kes kemalangan bas henti-henti di Genting
Highlands pada tahun 2013 telah mencadangkan beberapa syor
keselamatan berkaitan kenderaan perdangangan khususnya bas,
SOALAN: 23
seperti mewajibkan pemasangan tali pinggang keselamatan bagi
kesemua tempat duduk bas, sistem keselamatan brake retarder
bagi bas yang melalui laluan tanah tinggi, pemasangan sistem
speed limiter bagi semua bas baharu, pemasangan system CCTV
di dalam bas magi memantau tingkahlaku pemandu bas,
mewajibkan pensijilan ISO bagi setiap pengendali bas serta
peningkatan tahap kebajikan pemandu bas.
4. Dari segi perlesenan dan pengawalseliaan operasi bas ekspress,
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengenakan syarat-
syarat keselamatan yang ketat termasuk pelaksanaan Audit Kod
Amalan Keselamatan Industri (ICOP). Syarikat bas yang gagal
dalam audit ICOP diambil tindakan tegas termasuk pergantungan
lesen operasi. Salah satu contoh tindakan penguatkuasaan yang
tegas melalui audit ICOPS ialah penggantungan lesen operasi
syarikat bas kilang yang terlibat dalam kejadian kemalangan bas
kilang berdekatan dengan KLIA, Selangor yang mengorbankan 10
nyawa pada April yang lalu.
SOALAN: 23
MAKLUMAT TAMBAHAN
Statistik Kemalangan Jalan Raya Suku Pertama 2019 (Jan-Mac)
(Sumber : Polis Diraja Malaysia)
BILANGAN DAN JENIS KENDERAAN TERLIBAT DALAM
KEMALANGAN MAUT
DARI TAHUN 2016 HINGGA 2018
BIL. JENIS KENDERAAN 2016 2017 2018
1 BAS EKSPRESS 85 76 71
2 BAS HENTI-HENTI 59 61 57
3 BAS KILANG 29 36 34
4 BAS MINI 10 15 14
5 BAS PERSIARAN 26 40 37
6 BAS SEKOLAH 19 21 20
7 TRELER 506 429 402
JENIS KEMALANGAN JANUARI FEBRUARI MAC JUMLAH
KEMALANGAN MAUT 483 406 502 1,391
KEMALANGAN PARAH 204 210 244 658
KEMALANGAN RINGAN 389 403 355 1,147
KEMALANGAN ROSAK SAHAJA 45,436 39,660 45,620 130,716
JUMLAH KEMALANGAN 46,512 40,679 46,721 133,912
JENIS KECEDERAAN JANUARI FEBRUARI MAC
KEMATIAN 514 435 534 1,483
CEDERA PARAH 233 248 277 758
CEDERA RINGAN 514 476 450 1,440
JUMLAH KECEDERAAN 547 724 727 2,198
SOALAN: 23
8 LORI SEBUAH 1,412 993 930
9 LORI KECIL 10 34 32
10 TEKSI 61 92 86
11 KERETA SEWA 22 43 40
JUMLAH
2,239
1,840
1,723
(Sumber : Polis Diraja Malaysia)
JUMLAH KECEDERAAN (MATI) MENGIKUT JENIS KENDERAAN
DARI TAHUN 2016 HINGGA TAHUN 2018
Bil. JENIS KENDERAAN 2016 2017 2018
1 BAS EKSPRESS 20 11 19
2 BAS HENTI-HENTI 0 5 7
3 BAS KILANG 0 1 2
4 BAS MINI 1 1 1
5 BAS PERSIARAN 8 4 9
6 BAS SEKOLAH 0 1 1
7 TRELER 44 57 55
8 LORI SEBUAH 108 104 100
9 LORI KECIL 34 38 37
10 TEKSI 58 53 41
11 KERETA SEWA 31 38 29
JUMLAH 304 313 301
(Sumber : Polis Diraja Malaysia)
SOALAN: 125
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATO' HAJI HUSAIN BIN AWANG
Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI KESIHATAN
menyatakan rancangan dan usaha bagi memastikan kewujudan
perkhidmatan doula di negara ini adalah selamat.
SOALAN: 125
JAWAPAN
Yang di-Pertua,
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi penekanan yang utama
kepada kelahiran selamat yang disambut oleh anggota terlatih dan
bertauliah dalam bidang kebidanan. Ini adalah untuk memastikan ibu
bersalin tanpa komplikasi serta melahirkan bayi yang sihat. Bagi ibu yang
berhasrat untuk bersalin di rumah, kriteria yang perlu dipenuhi ditetapkan
selepas saringan dan perbincangan di antara anggota kesihatan bersama
ibu dan pasangan semasa fasa antenatal.
Oleh itu, sebarang aktiviti oleh mana-mana pihak yang mempromosi serta
mempengaruhi masyarakat dan membawa kepada kelahiran tidak
selamat adalah bertentangan dengan pendirian KKM. Kumpulan doula
atau bidan tanpa pengiktirafan adalah bukan jururawat kebidanan kerana
mereka tidak berdaftar dibawah Akta Bidan 1966 (Akta 436).
Justeru itu, memandangkan aktiviti ini adalah tidak selamat sama sekali
maka Bahagian Kejururawatan serta KKM berpandangan untuk
meneruskan usaha memberi kesedaran kepada ibu-ibu mengenai
kelahiran selamat.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 121
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATO' HAJI HUSAIN BIN AWANG
Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan faktor kewujudan skim penipuan
perumahan di negara ini dan menjelaskan usaha bagi menanganinya
menerusi bidang perundangan.
SOALAN: 121
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Yang Berhormat, antara faktor kewujudan skim
penipuan perumahan adalah:-
i) Pembeli kurang pengetahuan dalam bidang hartanah dan
pembinaan yang menyebabkan ada golongan cuba
memanipulasi golongan tersebut;
ii) Permintaan perumahan yang tinggi menyebabkan ada pihak
yang tidak bertanggungjawab cuba memperdaya bakal
pembeli dengan tawaran-tawaran perumahan yang menarik
dan tidak munasabah; dan
iii) Harga rumah di pasaran yang semakin meningkat
menyebabkan wujudnya tawaran yang berunsurkan penipuan
seperti harga rumah yang terlampau rendah dan dijanjikan
dengan hadiah dan pulangan tunai yang menarik.
2. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedia
maklum mengenai kewujudan skim penipuan perumahan di negara
ini yang dilihat telah berleluasa sejak tahun 2017. KPKT pada 25
September 2017 telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Bagi
Menyiasat Skim Tawaran Perumahan Mampu Milik untuk menyiasat
aduan serta dakwaan orang awam berkaitan penipuan skim
tawaran perumahan mampu milik oleh syarikat swasta.
Jawatankuasa Khas Bagi Menyiasat Skim Tawaran Perumahan
SOALAN: 121
Mampu Milik berperanan untuk mengenal pasti dan mengambil
langkah-langkah bersesuaian untuk membendung kegiatan
penipuan skim perumahan. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh
Ketua Pengarah, Jabatan Perumahan Negara (JPN) dan dianggotai
oleh wakil dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian
Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),
Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM), serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM).
3. Bagi membendung skim penipuan ini, KPKT juga telah menetapkan
syarat tambahan bagi kelulusan Permit Iklan dan Jualan di mana
setiap pengiklanan berkaitan perumahan melalui media massa
perlu diluluskan oleh Pengawal Perumahan dan diwajibkan untuk
memasukkan kenyataan “IKLAN INI TELAH DILULUSKAN OLEH
JABATAN PERUMAHAN NEGARA”. Syarat tambahan ini telah
dikuatkuasakan bermula 9 Oktober 2017.
4. KPKT melalui JPN turut membuat laporan polis bertarikh
20 September 2017 bertujuan melindungi kepentingan JPN
di samping memberi peringatan kepada orang awam supaya lebih
berhati-hati dengan skim yang ditawarkan oleh syarikat swasta agar
mereka tidak menjadi mangsa penipuan.
5. Hebahan umum juga turut dilaksanakan dengan mengeluarkan
kenyataan media bagi mengingatkan orang awam supaya
memastikan kesahihan skim tawaran perumahan sebelum
membuat sebarang pembelian.
SOALAN: 121
6. Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, PDRM juga telah
mengeluarkan kenyataan bertarikh 3 Oktober 2017 berkaitan status
siasatan terhadap syarikat yang dilaporkan terlibat dalam penipuan
skim perumahan ini.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 123
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATO' HAJI HUSAIN BIN AWANG
Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan inovasi dalam pembinaan rumah
dan pembiayaan perumahan bagi mengurangkan kos dan harga rumah
serta beban kewangan pembeli.
SOALAN: 123
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Yang Berhormat, secara umumnya, terdapat
pelbagai isu atau cabaran berhubung pemilikan rumah di negara ini.
Antaranya adalah seperti peningkatan harga rumah,
ketidaksepadanan antara penawaran dan permintaan rumah
mengikut lokasi, kurangnya penawaran perumahan kos rendah,
kesukaran untuk mendapatkan pinjaman pembiayaan perumahan
dan sebagainya.
Inovasi dalam Industri Pembinaan
2. Antara inovasi dalam pembinaan rumah yang dilaksanakan oleh
Kementerian Kerja Raya melalui Lembaga Pembangunan Industri
Pembinaan (CIDB) adalah dengan melancarkan Construction
Industry Transformation Programme (CITP) 2016-2020 yang
bertujuan untuk meningkatkan inovasi dan produktiviti industri
pembinaan negara. Penggunaan teknologi seperti Industrialised
Building System (IBS) dan Building Information Modeling (BIM) juga
akan dapat meningkatkan lagi kecekapan dan produktiviti
pembinaan yang turut dapat mengurangkan kos dan harga rumah
serta mengurangkan beban pengguna.
3. Dalam menangani isu kos dan bahan binaan, CIDB amat
menekankan penggunaan sistem terbuka IBS – iaitu sistem
pembinaan bangunan atau komponen bangunan secara IBS yang
tidak terhad kepada pemunya atau proprietor tertentu sahaja.
SOALAN: 123
Semua komponen boleh diguna pakai dari pelbagai pengeluar IBS
bagi membina sesebuah bangunan terutamanya dalam pembinaan
rumah. Melalui penggunaan sistem terbuka IBS, komponen boleh
dihasilkan dalam kuantiti yang besar dan boleh diguna pakai dalam
pelbagai projek. Kos komponen dapat dikurangkan memandangkan
komponen dihasilkan dalam skala ekonomi yang besar tanpa
bergantung kepada satu projek sahaja.
4. Selain itu, inovasi digital BIM merupakan teknologi memodelkan
pelan bangunan yang melibatkan proses untuk menghasilkan,
mengintegrasi dan menganalisa model digital bermaklumat bagi
keseluruhan kitaran hayat projek. Melalui penggunaan BIM,
informasi daripada arkitek, jurutera struktur, jurutera mekanikal dan
elektrikal malah maklumat seperti kos dan tempoh pembinaan
di tapak dapat diintegrasikan dalam satu model BIM.
5. Maklumat pelbagai disiplin projek pembinaan yang telah diintegrasi
ke dalam satu model akan dapat menghasilkan maklumat yang
tepat meliputi semakan reka bentuk dan analisis semakan
pertembungan (clash check analysis) supaya dapat mengelakkan
arahan perubahan kerja (variation order) dan juga perlanjutan masa
(extension of time) semasa bangunan itu dalam pembinaan.
Faedah-faedah tersebut seterusnya dapat diterjemahkan kepada
penjimatan kos yang signifikan kepada pembeli rumah. CIDB kini
sedang membangunkan Katalog IBS Vol. 2 bagi komponen IBS
Blockwork dan Lightweight Panel. Semua komponen IBS ini akan
di“BIM”kan untuk disimpan di BIM Library untuk dijadikan rujukan
oleh pihak industri. Melalui katalog ini, amalan sistem terbuka dapat
diperluaskan serta melahirkan lebih ramai pembekal atau pengeluar
SOALAN: 123
IBS dan ini secara langsung akan mewujudkan persaingan dan
seterusnya akan menjadikan kos komponen IBS lebih kompetitif.
Oleh itu, kos pembinaan rumah juga dapat dikurangkan dengan
menggunakan kaedah IBS.
Penambahbaikan Skim Pembiayaan Perumahan
6. Antara penambahbaikan skim pinjaman perumahan khususnya
kepada golongan yang kurang berkemampuan, Bank Negara
Malaysia (BNM) telah menubuhkan Dana Rumah Mampu Milik
berjumlah RM1 bilion untuk membantu pembeli rumah daripada
kumpulan berpendapatan rendah bagi membiayai pembelian rumah
pertama mereka.
7. Penubuhan dana ini membolehkan pembeli rumah yang layak
daripada kumpulan berpendapatan rendah (RM2,300.00 dan ke
bawah), untuk mendapatkan pembiayaan bagi pembelian rumah
berharga sehingga RM150,000.00 daripada institusi kewangan
yang mengambil bahagian seperti AmBank, Bank Simpanan
Nasional, CIMB Bank, Maybank dan RHB Bank melalui kadar
pembiayaan serendah 3.5%.
8. Selain itu, Kerajaan juga telah meluluskan platform penjanaan dana
masyarakat (property crowdfunding) sebagai sumber alternatif bagi
pembelian rumah pertama yang dipacu oleh sektor swasta. Dalam
hal ini, inisiatif FundMyHome yang diselia oleh EdgeProp Sdn. Bhd.
telah diperkenalkan yang mana pembelian rumah pertama boleh
dibuat dengan hanya membayar deposit 20% daripada harga
rumah dan baki 80% akan dibiayai oleh pelabur lain.
SOALAN: 123
9. Kerajaan turut mengadakan program pemasaran secara berterusan
di seluruh Malaysia mengikut zon/negeri melalui Program Home
Ownership Campaign (HOC) bagi tahun 2019 yang menawarkan
pengecualian duti setem ke atas surat cara pindah milik bagi
pembelian rumah pertama, berharga antara RM300,001 sehingga
RM1 juta berkuatkuasa bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Januari 2019
dan pihak pemaju perumahan juga akan menawarkan potongan
diskaun 10% ke atas harga hartanah kediaman projek sedia ada.
10. Selain daripada inisiatif yang telah dinyatakan, Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) juga dari semasa ke
semasa akan meneruskan pelaksanaan skim-skim pembiayaan
perumahan sedia ada di bawah Kementerian seperti Skim Sewa
untuk Dimiliki (RtO) Program Perumahan Rakyat (PPR), Skim
Perumahan Mampu Milik Swasta dan Skim Pinjaman Perumahan
(SPP) bagi membantu kumpulan berpendapatan rendah untuk
memiliki rumah pertama.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 122
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATO' HAJI HUSAIN BIN AWANG
Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan mengenai masalah tekanan dan kemurungan dalam
kalangan guru dan pensyarah serta menyatakan statistik berkaitan.
SOALAN: 122
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memandang serius terhadap
masalah tekanan dan kemurungan dalam kalangan guru dan pensyarah.
Sehubungan dengan itu, KPM telah melaksanakan kerjasama dengan
pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, swasta dan
universiti bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan ke arah
memperkasakan peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam usaha
menangani masalah emosi, tekanan dan kemurungan bukan sahaja
dalam kalangan murid malah guru dan pensyarah.
Program Literasi Kesihatan Mental Kementerian Pendidikan Malaysia
dengan Kerjasama Pintar Foundation, Universiti Tunku Abdul Rahman
dan Yayasan Hasanah memberi tumpuan kepada latihan berkaitan
kesihatan mental kepada guru bimbingan dan kaunseling di sekolah. Fasa
pertama telah dilaksanakan pada tahun 2018 melibatkan 25 buah sekolah
negeri Johor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Selangor. Manakala fasa
kedua diadakan pada 9 hingga 11 April 2019 bertempat di Johor. Seramai
200 orang guru bimbingan dan kaunseling telah dilatih oleh pensyarah
Universiti Tunku Abdul Rahman.
Untuk makluman, daripada 2,815 orang guru yang telah menghadiri sesi
kaunseling yang dijalankan, didapati bahawa 14 peratus daripada guru
tersebut telah menerima khidmat kaunseling untuk mengatasi masalah
tekanan dan kemurungan. Kesemua 14 peratus guru ini telahpun melalui
pelan rawatan kaunseling yang dikendalikan oleh Kaunselor Organisasi
KPM dengan menghadiri Sesi Kaunseling, Program Pembangunan,
SOALAN: 122
Pencegahan, Pemulihan dan Intervensi Krisis (3Pi) bagi tahun 2018.
Perkhidmatan kaunseling ini dijalankan oleh Kaunselor Organisasi di
seluruh negara yang diselaraskan oleh Bahagian Psikologi dan
Kaunseling, KPM. Selain daripada guru-guru, terdapat dua (2) orang
pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang turut mengalami
masalah kemurungan. Pensyarah berkenaan masih dalam pemantauan
pihak pentadbir IPG Kampus di mana pensyarah berkenaan bertugas.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Tiada kajian yang khusus atau sesi kaunseling khas untuk mengenal pasti
masalah tekanan dan kemurungan dalam kalangan pensyarah institusi
pendidikan tinggi (IPT). Kebanyakan kajian dan sesi kaunseling yang
dilaksanakan adalah secara menyeluruh dan tidak memberi fokus kepada
pensyarah sahaja.
Merujuk kepada laporan yang diterima setakat ini seramai 227 orang staf
akademik dan bukan akademik di universiti awam (UA) yang mempunyai
masalah tekanan, kebimbangan dan kemurungan. Statistik ini adalah
berdasarkan kajian, soal selidik, ujian DASS (Depression, Anxiety,
Stresss Scale) atau maklumat yang direkodkan di pusat kaunseling dan
pusat kesihatan UA. Antara faktor penyumbang masalah ini adalah isu
kenaikan pangkat, pengajaran, keperluan untuk menghasilkan
penerbitan, penyelidikan dan komunikasi. Namun, beban tugas hakiki
bukan menjadi faktor utama kes yang dirujuk tetapi turut disebabkan
masalah peribadi seperti masalah keluarga, kewangan dan pelbagai
faktor lain.
SOALAN: 122
Pada masa yang sama, pihak institusi pendidikan tinggi awam (IPTA)
sentiasa membantu warganya yang menghadapi masalah boleh
mendapatkan khidmat sokongan di pusat kaunseling atau klinik
perubatan. Khidmat kaunseling staf juga disediakan dalam pelbagai
platform, antaranya melalui Ketua Jabatan, khidmat Pegawai Psikologi
bertauliah atau melalui persatuan sekerja. Selain itu, pengurusan IPTA
mengamalkan prinsip terbuka untuk mendengar permasalahan pekerja
melalui sesi ‘engagement’.
Di institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) pula adalah menjadi
tanggungjawab Ketua Eksekutif untuk memastikan tadbir urus dan hal
ehwal kebajikan pensyarah dan pelajar adalah terjamin dan memenuhi
keperluan Seksyen 33 Akta 555. KPM juga sentiasa terbuka dan telah
menyediakan pelbagai saluran aduan kepada semua pihak sama ada
pelajar, pensyarah atau orang awam untuk mengemukakan aduan
mengenai hal-hal pengurusan IPTS.
SOALAN: 124
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATO' HAJI HUSAIN BIN AWANG
Dato' Haji Husain Bin Awang minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan dasar dan inisiatif bagi memastikan semua kenderaan
perkhidmatan pengangkutan awam adalah dalam keadaan selamat untuk
digunakan.
SOALAN: 124
JAWAPAN
Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kerajaan sentiasa
berusaha untuk memastikan supaya sistem pengangkutan awam
adalah selamat bagi semua golongan termasuk orang kurang upaya
dan warga emas. Kementerian Pengangkutan Malaysia melalui
Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah membuat
beberapa inisiatif bagi pengangkutan awam antaranya adalah:
1.1 Pengangkutan Rel
i) Pemantauan berterusan pada stesen, platform dan
operasi kereta api melalui rakaman CCTV di semua pusat
kawalan dan memperkemas fungsi serta peranan Security
Control Centre dalam mengesan dan mencegah jenayah;
ii) Anggota polis dikehendaki berada di stesen utama
(bilangan penumpang yang ramai) bagi memantau
keselamatan;
iii) Anggota polis bantuan dikehendaki membuat tugasan di
sekitar luar stesen-stesen;
iv) Pengguna kereta api boleh memohon khidmat pengiring
anggota polis bantuan sekiranya diperlukan seperti
mengiring pengguna ke kenderaan yang diparkir jauh
dan/atau kawasan yang gelap;
SOALAN: 124
v) Memaklumkan operator berkenaan tanggungjawab polis
bantuan yang berada di stesen dan pelaporan bagi kes-
kes jenayah dan tangkapan ke Balai Polis terdekat;
vi) Kerjasama dengan pihak Polis Diraja Malaysia bagi
member focus kepada aktiviti pencegahan jenayah;
vii) Memastikan stesen kereta api dalam keadaan yang baik
dan selamat serta pencahayaan yang terang;
viii) Pemeriksaan berkala dan mengejut ke stesen-stesen
kereta api bandar dan antara bandar sepanjang tahun
2019; dan
ix) Melaksanakan audit terhadap fasiliti keselamatan
termasuk pagar, lif serta fasiliti yang terdedah kepada
aktiviti jenayah.
1.2 Pengangkutan Awam Jalan
i) Perkhidmatan e-hailing yang menggunakan teksi, kereta
sewa, teksi mewah perlu mempunyai fungsi kecemasan
yang bersambung terus kepada nombor panggilan
kecemasan 999 dan memaklumkan system kecemasan
pemegang lesen LPP serta nombor yang dipilih oleh
pemandu dan penumpang (seperti ahli keluarga);
ii) Tata Amalan Keselamatan Industri (Industrial Code of
Practice, ICOP) mengggariskan keperluan pengendali
SOALAN: 124
berlesen memantau kelajuan setiap kenderaan yang
beroperasi serta memeriksa dan memantau tahap
kesihatan dan keadaan fizikal pemandu sebelum
pemandu memulakan pemanduan;
iii) Memandangkan keperluan ICOP Keselamatan APAD
adalah sebahagian daripada syarat lessen pengendali
kenderaan barangan, APAD boleh mengambil tindakan
pentadbiran ke atas pengendali.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 24
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK LIM PAY HEN
Datuk Lim Pay Hen minta PERDANA MENTERI menyatakan senarai Rang
Undang-undang yang pernah diusulkan oleh Senator di Dewan Negara
sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 66 dan Perkara 67
Perlembagaan Persekutuan.
SOALAN: 24
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Semenjak Parlimen ditubuhkan, belum pernah lagi sebarang Rang Undang-
undang (RUU) Kerajaan diusulkan oleh Senator di Dewan Negara mengikut
perkara 66 dan 67 Perlembagaan Persekutuan.
SOALAN: 25
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK LIM PAY HEN
Datuk Lim Pay Hen minta PERDANA MENTERI menyatakan selepas
injunksi dikuatkuasakan, apakah status terkini mengenai tindakan saman
sivil yang difailkan oleh Kerajaan Persekutuan ke atas Kerajaan Negeri
Kelantan dan lima syarikat swasta akibat pencerobohan dan pelanggaran
hak ke atas tanah kaum peribumi Orang Asli.
SOALAN: 25
JAWAPAN
1. Kerajaan Persekutuan telah memfailkan permohonan untuk injunksi
interim di Mahkamah Tinggi Kota Bharu terhadap lima syarikat
persendirian bagi menghalang kesemua syarikat tersebut daripada
memasuki tanah yang dituntut dan menjalankan aktiviti pembalakan
atau apa-apa aktiviti komersil yang lain bagi mendapatkan
keuntungan.
2. Dalam masa yang sama, Kerajaan Negeri Kelantan telah menfailkan
permohonan bagi membatalkan saman yang difailkan oleh Kerajaan
Persekutuan.
3. Mahkamah Tinggi Kota Bharu telah menetapkan 3 Jun 2019 bagi
pendengaran permohonan Kerajaan Persekutuan untuk injunksi
interim dan juga permohonan Kerajaan Negeri Kelantan bagi
membatalkan saman terhadapnya.
SOALAN: 27
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK LIM PAY HEN
Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI KESIHATAN menyatakan berapakah
jumlah dan status klinik kesihatan selesai di naik taraf, masih belum di
proses serta yang masih belum di naik taraf di bawah peruntukan butiran
BP00600 Naiktaraf, Ubahsuai dan Pembaikan infrastruktur kesihatan yang
hanya diperuntukkan sejumlah RM73 juta.
SOALAN: 27
JAWAPAN
Yang di-Pertua,
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah diluluskan dengan peruntukan
sebanyak RM73 juta dalam tahun 2019 bagi butiran BP00600 Naiktaraf,
Ubahsuai dan Pembaikan Kecil untuk tujuan menaiktaraf, mengubahsuai
dan membaiki fasiliti kesihatan termasuk klinik kesihatan di seluruh Negara.
Daripada RM73 juta tersebut, sebanyak 147 projek bernilai RM23.3 juta
telah diperuntukan bagi tujuan menaiktaraf kemudahan klinik kesihatan
melibatkan kerja-kerja eletrikal, sivil dan mekanikal. Daripada bilangan
tersebut, sebanyak 124 projek telah memulakan kerja-kerja pelaksanaan
manakala baki 23 projek dalam peringkat perancangan dan perolehan.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 28
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK LIM PAY HEN
Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI,
ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-
(a) statistik kes yang melibatkan jenayah atau pencemaran alam sekitar
yang berjaya didakwa di "Green Court" sejak penubuhannya pada
September 2012 sehingga kini mengikut setiap negeri serta jenis
kesalahan alam sekitar; dan
(b) statistik kes yang gagal di "Green Court" dan sebab kegagalan
pendakwaan dilaksanakan.
SOALAN: 28
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Bilangan kes yang melibatkan jenayah atau pencemaran alam sekitar
yang berjaya didakwa di "Green Court" sejak penubuhannya pada
September 2012 oleh Jabatan Alam Sekitar di seluruh negara adalah
sebanyak 1747 kes.
2. Antara jenis kesalahan alam sekitar yang dilakukan adalah;-
(i) pelepasan melebihi had ditetapkan ke dalam perairan daratan,
perairan wilayah dan udara;
(ii) ketidakpatuhan pengurusan buangan terjadual seperti
pelupusan haram buangan terjadual;
(iii) pelepasan dari kenderaan bermotor;
(iv) pembakaran terbuka;
(v) kegagalan pematuhan berkaitan laporan kesan kepada alam
sekeliling (EIA) dan syarat-syarat kelulusan laporan EIA ; dan
SOALAN: 28
(vi) ketidakpatuhan syarata-syarat lesen oleh pelesenan premis
yang ditetapkan.
3. Bilangan kes yang melibatkan jenayah atau pencemaran alam sekitar
yang gagal di "Green Court" adalah sebanyak 356 kes.
Antara sebab kegagalan pendakwaan kes adalah:-
(i) beban pembuktian yang tidak mencukupi;
(ii) keterangan saksi yang bercanggah;
(iii) pegawai pendakwa kurang kemahiran;
(iv) kelompongan perundangan sediada; dan
(v) kesilapan teknikal.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 26
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK LIM PAY HEN
Datuk Lim Pay Hen minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :-
(a) senarai jenis cukai dan jumlah cukai pendapatan yang diberikan oleh
Kerajaan Negeri kepada Persekutuan mengikut pecahan negeri bagi
tahun 2008 sehingga kini; dan
(b) adakah sumbangan Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan
termaktub dalam peruntukan undang-undang atau akta.
SOALAN: 26
JAWAPAN
i) Untuk makluman Yang Berhormat, jenis- jenis cukai yang dikenakan
adalah seperti berikut:
Cukai Langsung yang dikutip Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN)
Cukai Pendapatan Individu;
Cukai Pendapatan Korporat;
Cukai Keuntungan Harta Tanah;
Cukai Pendapatan (Petroleum); dan
Duti Setem.
Cukai Tidak Langsung yang dikutip Jabatan Kastam Diraja
Malaysia (JKDM)
Cukai Jualan;
Cukai Perkhidmatan;
Duti Import;
Duti Eksport; dan
Duti Eksais.
Untuk makluman Yang Berhormat, lokasi cawangan Lembaga Hasil Dalam
Negeri yang menerima cukai pendapatan individu dan syarikat adalah
berkemungkinan besar berbeza dengan tempat di mana aktiviti ekonomi
pembayar cukai dijalankan atau negeri tempat tinggal sebenar pembayar
cukai. Oleh itu, jumlah kutipan hasil cukai pendapatan individu dan syarikat
yang dibayar kepada LHDNM di peringkat negeri tidak menggambarkan
bahawa cukai yang dihasilkan adalah daripada sumbangan sebenar aktiviti
SOALAN: 26
ekonomi di negeri berkenaan. Jumlah kutipan cukai langsung bagi tahun-
tahun 2008 sehingga 2017 adalah seperti berikut:
Tahun Jumlah Cukai Langsung (RM)
2008 90,650,901,393
2009 88,402,109,974
2010 86,499,473,592
2011 109,674,359,348
2012 124,887,745,326
2013 128,932,686,442
2014 133,700,106,089
2015 121,235,838,249
2016 113,945,263,615
2017 123,311,507,009.56
ii) Untuk makluman Yang Berhormat, tiada sumbangan yang diterima
oleh Kerajaan Persekutuan daripada Kerajaan Negeri.
SOALAN: 75
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATO' FAHARIYAH BINTI HJ MD
NORDIN
Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta PERDANA MENTERI
menyatakan tindakan-tindakan yang lebih sempurna dan cekap bagi
penubuhan Mahkamah Khas Rasuah dalam usaha mempercepatkan
prosiding perbicaraan kes-kes rasuah.
SOALAN: 75
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Mahkamah Sesyen Khas Rasuah
telah ditubuhkan pada tahun 2011 dengan matlamat utama untuk
menyelesaikan kes rasuah di Mahkamah secara cepat, adil dan efisien.
Dengan adanya Mahkamah Sesyen Khas Rasuah ini, ia boleh melahirkan
pegawai kehakiman yang mahir dan berpengetahuan luas dalam
pengendalian kes rasuah (subject matter expert).
Pada peringkat awal, terdapat 14 buah Mahkamah Sesyen Khas Rasuah
yang dibuka di setiap Mahkamah negeri di seluruh Malaysia. Ekoran
jumlah pendaftaran kes rasuah yang semakin meningkat, jumlah
Mahkamah Sesyen Khas Rasuah telah ditambah kepada 18 buah dengan
penambahan Hakim Mahkamah Khas ini di beberapa negeri bertujuan
mengelakkan kelewatan dalam membicarakan kes rasuah.
Badan Kehakiman Malaysia mengambil serius dan memberi penekanan
kepada kes rasuah yang didaftar di Mahkamah di mana Mahkamah
sentiasa menitikberatkan berkenaan pengendalian kes rasuah secara
efisien dan mengambil langkah berterusan agar kes-kes rasuah dapat
diselesaikan dalam tempoh masa setahun. Pekeliling Ketua Pendaftar
Bilangan 1 tahun 2010 bertajuk “Tempoh Masa Pelupusan Kes Rasuah
Di Bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 [Akta
694]” telah menetapkan bahawa kes rasuah di bawah Akta 694 hendaklah
diselesaikan dalam tempoh setahun. Walau bagaimanapun, Mahkamah
mengambil kira kekangan yang dihadapi dalam sesetengah kes seperti
SOALAN: 75
keperluan untuk masa yang lebih panjang bagi kes yang lebih kompleks
dan melibatkan saksi yang ramai.
Beberapa inisiatif di bawah Pelan Anti Rasuah Nasional 2019-2023 juga
turut menggariskan strategi bagi mempertingkatkan kredibiliti sistem
perundangan kehakiman iaitu menambahbaik keberkesanan institusi
sistem perundangan dan kehakiman dengan beberapa inisiatif antaranya
menambah mahkamah khas rasuah di seluruh negara bagi menguruskan
kes rasuah tertunggak, memberi keutamaan supaya kes rasuah didengar
oleh hakim dan diuruskan oleh Timbalan Pendakwa Raya yang
berpengalaman dan terlatih dan memperkenalkan penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi di Mahkamah Khas Rasuah.
Terbaharu adalah Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti
Rasuah (JKKMAR) Bil 1/2019 yang diadakan pada 5 Mac 2019 telah
membincangkan beberapa perkara antaranya termasuk cadangan
berkaitan penambahbaikan Mahkamah Khas Rasuah. Cadangan
penambahbaikan yang dikemukakan adalah bertujuan mempercepatkan
tunggakan kes di mahkamah dan beberapa cadangan telah dipersetujui
dalam mesyuarat tersebut termasuk menambahkan Mahkamah Sesyen
Khas Rasuah yang sedia ada. Mesyuarat juga bersetuju supaya
penubuhan Mahkamah Khas Rasuah di peringkat lebih tinggi dikaji
memandangkan ia turut melibatkan penstrukturan semula. Kajian ini
adalah bagi keperluan untuk mewujudkan Mahkamah Tinggi Khas
(Rasuah) dan Mahkamah Rayuan Khas (Rasuah) bagi tujuan
mempercepatkan perbicaraan kes-kes rasuah.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 79
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATO' FAHARIYAH BINTI HJ MD
NORDIN
Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta MENTERI INDUSTRI UTAMA
menyatakan jumlah keluasan penanaman lada di Malaysia dan
bagaimana galakan dan sokongan yang lebih signifikan dapat
ditumpukan kepada sektor pertanian lada ini.
SOALAN: 79
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada tahun 2018, jumlah keluasan
tanaman lada yang diusahakan oleh pekebun-pekebun kecil di Malaysia
adalah seluas 17,787 hektar iaitu 98% di Sarawak (17,438 hektar), 2% di
Semenanjung Malaysia (291 hektar) dan Sabah (58 hektar).
Dalam hal ini, bagi menggalakan dan memberi sokongan kepada industri
tanaman lada untuk terus maju dan berdaya saing, Kementerian melalui
Lembaga Lada Malaysia (MPB) telah melaksanakan beberapa inisiatif
bagi membantu para pekebun kecil lada seperti berikut:
(i) Skim Tanaman Baharu Lada
Nilai bantuan sejumlah RM26,000 sehektar dalam tempoh dua (2)
tahun di mana para pekebun kecil dibekalkan dengan input
pertanian seperti baja, dolomite, insentif berbentuk tunai bagi
keratan dan tiang sokongan serta khidmat nasihat teknikal juga
diberikan.
Di samping itu, senarai bantuan yang turut disediakan adalah
seperti kemudahan lepas tuai seperti pengipas, pelerai, spiral
separator, pelantar jemuran, tangki rendaman dan bahan binaan
untuk empangan kecil anak sungai.
(ii) Skim Peningkatan Kualiti Lada Peringkat Lada
Melalui skim bantuan ini, pekebun kecil dibantu untuk meningkatkan
kualiti lada di peringkat ladang dengan menggalakkan pekebun
mengeluarkan lada premium seperti Lada Berkualiti Eksport (LBE)
SOALAN: 79
dan Lada Putih Krim (LPK) untuk mendapat harga lada yang lebih
lumayan.
(iii) Pemindahan Teknologi Kepada Pekebun Kecil Lada Bagi
Meningkatkan Produktiviti
Empat cadangan teknologi telah dipindahkan kepada pekebun lada
bagi meningkatkan produktiviti iaitu biochemical fertilizer, kaedah
penanaman W-konfigurasi, aplikasi mudah alih “Dr.Lada” dan
“NutriLada”.
(iv) R&D Meningkatkan Produktiviti dan Kawalan Penyakit Yang
Berkesan
Teknologi yang dihasilkan melalui aktiviti R&D MPB telah
diperkenalkan kepada pekebun kecil seperti aplikasi mudah alih
“Dr.Lada” dan “NutriLada”. Aplikasi ini yang boleh dicapai melalui
Google Play Store/ Apple Apps Store, bertujuan meningkatkan
keberkesanan dalam mengenalpasti masalah penyakit dan perosak
lada serta masalah nutrient pokok lada dalam kalangan pekebun.
(v) Amalan Pertanian Baik (GAP)
Seramai 22,480 orang pekebun telah diberi latihan dan bimbingan
dari tahun 2016 sehingga 31 Mac 2019 melalui sesi penganjuran
Kursus Teknologi Pengeluaran Lada (KTPL) , Kursus Penghasilan
Keratan Lada (KPKL), Latihan In-Situ dan Lawatan Nasihat
Pekebun. Melalui sesi ini, peserta telah diberi pendedahan tentang
kepentingan untuk mempraktikkan Amalan Pertanian Baik (GAP)
bagi meningkatkan produktiviti tanaman lada.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 77
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATO' FAHARIYAH BINTI HJ MD
NORDIN
Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan jumlah pembiayaan PTPTN pada tahun 2019 dan berapakah
jumlah kutipan balik PTPTN sejak Jun 2018 hingga Mac 2019.
SOALAN: 77
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Sehingga Mac 2019, jumlah terkumpul pembiayaan PTPTN yang telah
dikeluarkan adalah sebanyak RM56.15 bilion. Daripada jumlah tersebut,
sebanyak RM989.18 juta adalah pengeluaran pada bulan Januari hingga
Mac tahun 2019.
Jumlah kutipan balik PTPTN sejak Jun 2018 hingga Mac 2019 adalah
sebanyak RM2.59 bilion.
SOALAN: 78
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATO' FAHARIYAH BINTI HJ MD
NORDIN
Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta MENTERI SUMBER
MANUSIA menyatakan jumlah kes-kes pemberhentian kerja yang
direkodkan dari Ogos 2018 hingga Mac 2019 dan bagaimana bantuan
diberikan kepada pekerja yang diberhentikan ini.
SOALAN: 78
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Dewan yang mulia, mengikut rekod Kementerian
ini, seramai 21,211 orang pekerja swasta yang diberhentikan dari tempoh
Ogos 2018 hingga Mac 2019 yang melibatkan seramai 16,526 pekerja
diberhentikan melalui pemberhentian biasa dan 4,685 pekerja
diberhentikan melalui pemberhentian secara sukarela (VSS).
2. Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia telah
melaksanakan tindakan pemantauan secara rapi dan proaktif bagi
memastikan hak-hak pekerja terjamin dan kebajikan tidak diabaikan. Bagi
tujuan tersebut, majikan diwajibkan untuk melengkapkan dan
mengemukakan Borang Pemberhentian (PK) dalam tempoh tiga puluh
(30) hari sebelum tindakan pemberhentian dilakukan sebagaimana
Seksyen 63 Akta Kerja 1955. Ini adalah bertujuan untuk:
i) memastikan hak-hak pekerja dibayar mengikut undang-
undang;
ii) memastikan majikan mengikuti Garis Panduan
Pemberhentian Pekerja yang dikeluarkan oleh Jabatan
Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dalam
melaksanakan pemberhentian pekerja; dan
iii) membantu penempatan semula pekerja-pekerja yang telah
diberhentikan berdaftar dengan portal JobsMalaysia atau
SOALAN: 78
meningkatkan kemahiran baru melalui jabatan dan agensi di
bawah kementerian.
3. Kementerian ini juga telah menubuhkan rescue team yang diwakili
oleh Jabatan dan agensi di bawah kementerian bagi menangani isu-isu
penempatan perkerja-pekerja ke industri yang bersesuaian serta
menyelaraskan latihan-latihan kemahiran baru mengikut keperluan
majikan yang menawarkan kekosongan jawatan melalui JobsMalaysia
Centre (JMC).
4. Selain itu, Kementerian ini telah mewujudkan Sistem Insurans
Pekerjaan (SIP) yang diuruskan oleh PERKESO bagi membantu pekerja
yang diberhentikan. Sistem ini merupakan jaringan keselamatan sosial
yang bertujuan membantu pekerja yang kehilangan pekerjaan. Objektif
SIP adalah seperti berikut:-
i) Menyediakan bantuan kewangan segera (7 hari selepas
pengesahan hilang kerja) kepada pencarum yang hilang
pekerjaan;
ii) Membantu pencarum yang hilang pekerjaan mendapat
pekerjaan baharu melalui program penempatan semula
pekerjaan termasuk mobility assistance; dan
iii) Meningkatkan kebolehpekerjaan (employability) pencarum
yang hilang pekerjaan melalui program latihan dan latihan
semula (training and re-training).
SOALAN: 78
5. Kementerian turut menubuhkan Outplacement Centre (OC) melalui
Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) bagi membantu pekerja
yang dihentikan kerja, khususnya pekerja majikan yang diliputi di bawah
Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia. Perkhidmatan yang
ditawarkan adalah perkhidmatan maklumat portal dan aplikasi suai padan
pekerjaan, kaunseling, latihan dan penempatan pekerjaan. OC turut
dibuka kepada pekerja yang telah diberhentikan daripada syarikat yang
tidak berdaftar dengan PSMB. Walau bagaimanapun, hanya pekerja
daripada syarikat yang berdaftar dengan PSMB sahaja yang boleh
mengguna pakai perkhidmatan latihan semula yang ditawarkan oleh OC.
6. Kementerian juga sentiasa menjalankan pemantauan secara
terperinci terhadap syarikat-syarikat yang terlibat agar mematuhi
peruntukan undang-undang dari segi pembayaran faedah penamatan
kerja, notis penamatan dan lain-lain faedah kewangan. Majikan yang
bercadang untuk menjalankan pemberhentian pekerja diwajibkan
memberikan tempoh notis yang mencukupi kepada pekerja mereka
mengikut kontrak perkhidmatan tetapi tidak boleh kurang daripada yang
ditetapkan di bawah Seksyen 12 (2), Akta 265 serta diwajibkan membayar
faedah pemberhentian kerja mengikut kontrak perkhidmatan tetapi tidak
boleh kurang daripada kadar yang telah ditetapkan dalam Peraturan-
Peraturan Kerja (Faedah-faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara)
1980. Kegagalan majikan untuk mematuhi peruntukan undang-undang
yang ada melakukan satu kesalahan atau melanggar peruntukkan akta,
apabila disabitkan, denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap
kesalahan.
7. Sekiranya terdapat pekerja yang terlibat dan tiada pampasan seperti
bayaran gaji, gaji ganti notis, faedah penamatan kerja, gaji ganti cuti
SOALAN: 78
tahunan dan lain-lain bayaran sebagaimana peruntukan Akta Kerja 1955
(Akta 265), mereka perlu menfailkan tuntutan di Pejabat Tenaga Kerja
(PTK) yang berhampiran berkaitan perberhentian yang dilaksanakan .
8. Manakala peruntukan di bawah Seksyen 20, Akta Perhubungan
Perusahaan 1967 turut memberi perlindungan kepada pekerja-pekerja
terhadap sebarang bentuk pembuangan kerja tanpa sebab atau tanpa
alasan yang munasabah. Pekerja-pekerja yang ingin membuat
reinstatement boleh memfailkan kes di Jabatan Perhubungan
Perusahaan Malaysia (JPPM) dalam tempoh 60 hari dari tarikh
diberhentikan.
SOALAN: 76
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATO' FAHARIYAH BINTI HJ MD
NORDIN
Dato' Fahariyah Binti Hj Md Nordin minta PERDANA MENTERI
menyatakan senarai pelupusan ekuiti dan hartanah milik Khazanah
Nasional Berhad.
SOALAN: 76
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Berikut adalah senarai aset dalam bentuk saham syarikat tersenarai
terpilih yang dikuasai oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang
telah dilupuskan sepanjang tahun 2018:
Syarikat Industri Negara
penyenaraian
Jumlah Hasil
RM juta
Catatan
CIMB Group Holdings Berhad Perbankan Malaysia 363
Tiada
maklumat
pembeli1
BDO Unibank Inc Perbankan Filipina 360
Infosys Limited Pengguna India 284
PT Charoen Pokphand Indonesia Pengguna Indonesia 222
Titan Industries Limited Pengguna India 212
Secara keseluruhannya, Khazanah telah memperoleh kira-kira RM1.4 bil
dalam bentuk hasil pelupusan aset yang dilaksanakan pada tahun 2018,
yang mana hasil tersebut digunakan bagi tujuan pembayaran balik
hutang, pembayaran dividen dan pelaburan semula dalam aset-aset
baharu.
Rasional serta pertimbangan dalam pelupusan aset
Sebagai sebahagian daripada proses semakan portfolio yang lazim,
Khazanah akan mempertimbangkan peluang pelupusan aset-aset sebaik
sahaja aset tersebut mencapai objektif pelaburan dan pulangan
1 Kesemua pelupusan yang dinyatakan dalam jadual di atas adalah bagi syarikat-syarikat tersenarai awam
sahaja. Sesetengah pelupusan yang dilaksankana oleh Khazanah dalam syarikat-syarikat yang tersenarai awam
dilakukan di pasaran awam sekunder (open secondary market). Sehubungan itu, Khazanah tidak mempunyai
senarai pembeli untuk pelupusan tersebut
SOALAN: 76
sasarannya. Ini merupakan rasional utama bagi sebarang pelupusan
yang dilakukannya.
Setiap satu peluang pelupusan akan dinilai berdasarkan sasaran
kewangan dan juga sasaran strategik yang ditetapkan, yang turut
bergantung kepada masa dan kekuatan pasaran serta ketersediaan,
kualiti dan kredibiliti pembeli, memandangkan pelupusan itu sendiri
sememangnya bersifat oportunistik.
Rancangan pelupusan aset
Khazanah tidak dapat menyatakan secara terpeinci aset-aset yang bakal
dilupuskannya pada tahun kewangan semasa memandangkan ia
memerlukan kelulusan pihak tertentu termasuk Lembaga Pengarah serta
pihak pengawal selia, baik di dalam mahupun di luar negara, bagi
memastikan ia dilaksanakan secara tertib dan teratur serta menurut
undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 126
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN HAJI MUHAMAD BIN
MUSTAFA
Tuan Haji Muhamad Bin Mustafa minta PERDANA MENTERI
menyatakan :-
(a) sejauh manakah kemajuan yang dicapai dalam usaha Kerajaan
untuk memperkasakan kuasa dan pentadbiran mahkamah syariah
sehingga hari ini; dan
(b) bagaimanakah langkah-langkah yang diambil untuk melaksanakan
hak Allah dan hak umat Islam dalam perlaksanaan undang-undang
jenayah syariah yang sebenar.
SOALAN: 126
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
a) Untuk Makluman Ahli Yang Berhormat bahawa pelbagai usaha
telah/ sedang dijalankan oleh kerajaan bagi memperkasakan
atau menambah baik kuasa dan pentadbiran yang berkaitan
dengan Mahkamah Syariah. Antara usaha-usaha tersebut
adalah seperti yang berikut :
1. Penyeragaman Dan Penambahbaikan Undang-Undang
Bahagian Undang-Undang di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
(JAKIM) telah melaksanakan penyeragaman dan penambahbaikan
undang-undang iaitu :
1.1. Penyeragaman lima (5) undang-undang Syariah iaitu:
1.1.1. undang-undang pentadbiran agama Islam;
1.1.2. undang-undang keluarga Islam;
1.1.3. undang-undang keterangan mahkamah Syariah;
1.1.4. undang-undang tatacara jenayah Syariah; dan
1.1.5. undang-undang tatacara mal mahkamah Syariah.
1.2. Kajian penambahbaikan undang-undang Syariah sedia
ada seperti :
1.2.1. undang-undang keluarga Islam;
1.2.2. undang-undang tatacara jenayah Syariah;
1.2.3. undang-undang tatacara mal mahkamah
Syariah; dan
SOALAN: 126
1.2.4. undang-undang keterangan mahkamah Syariah.
1.3. Kajian terhadap undang-undang Syariah yang sedang
diguna pakai di Mahkamah Syariah dengan
keutamaan diberikan kepada kajian pindaan dan
penyeragaman undang-undang yang berkaitan
dengan kesalahan jenayah Syariah.
2. Mewujudkan Undang-Undang Baharu
Menggubal Rang Undang-Undang Profesion Guaman
Syarie untuk diguna pakai di Wilayah-Wilayah Persekutuan
yang dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada sesi
akan datang.
3. Mewujudkan Hierarki Baharu Mahkamah Syariah
Memperkasakan pentadbiran Mahkamah Syariah dengan
cadangan mewujudkan hierarki baru Mahkamah Syariah.
Kerajaan sedang berusaha ke arah menaik taraf Mahkamah
Syariah daripada tiga (3) peringkat sehingga kepada lima
(5) peringkat. Setakat ini negeri Perak telah pun meluluskan
usul di Dewan Undangan Negeri bagi menaik taraf hierarki
Mahkamah Syariah daripada tiga (3) peringkat kepada
empat (4) peringkat Mahkamah Syariah iaitu mewujudkan
lapisan baharu yang keempat dinamakan sebagai
Mahkamah Utama Syariah. Oleh itu, bagi memastikan
penyeragaman hierarki Mahkamah Syariah di setiap negeri,
kerajaan akan meneruskan dan mempergiatkan lagi
rundingan dengan negeri-negeri memandangkan hal ehwal
SOALAN: 126
berkaitan dengan Mahkamah Syariah adalah di bawah
bidang kuasa negeri.
4. Membangunkan infrastruktur Mahkamah Syariah
Membangunkan Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia dengan
mewujudkan prasarana seperti yang berikut :
4.1. Pembangunan Kompleks Mahkamah Syariah baharu di
Jabatan Kehakiman Syariah Negeri / Mahkamah Syariah
Negeri. Projek pembangunan Mahkamah Syariah baharu
yang sedang dalam proses pembinaan ialah di negeri Sabah
dan negeri Pahang; dan
4.2. Menaiktaraf sistem E-Syariah kepada sistem E-Syariah versi
tiga (3) untuk penambahbaikan pengurusan sistem
pengurusan kes di Mahkamah Syariah di seluruh Malaysia
dan meningkatkan lagi kecekapan penyampaian melalui
transformasi sistem E-Syariah.
5. Kompetensi Pegawai Dan Kakitangan Mahkamah Syariah
Meningkatkan Kompetensi Pegawai Syariah dan kakitangan
Mahkamah Syariah melalui langkah-langkah seperti yang berikut :
5.1. Meningkatkan program latihan bagi melahirkan Pegawai
Syariah dan kakitangan Mahkamah Syariah yang
berkompetensi tinggi, mempunyai kemahiran pelbagai (multi
skill) dan mampu meningkatkan lagi sistem penyampaian
kepada masyarakat;
SOALAN: 126
5.2. Mewujudkan kerjasama strategik dengan institut Pengajian
Tinggi Awam (IPTA) melalui Memorandum Persefahaman
dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti
Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM). Perjanjian
persefahaman tersebut merupakan program yang melibatkan
skop latihan, penyelidikan dalam bidang perundangan dan
kerjasama melibatkan kemudahan bagi Pegawai Syariah
melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Ijazah
Kedoktoran; dan
5.3. Mengenal pasti peluang untuk Pegawai Syariah menghadiri
kursus intensif Perundangan dan Kehakiman Syariah sama
ada di dalam atau di luar negara. Program intensif terbaru
yang telah dijalankan pada tahun ini adalah melibatkan
penghantaran seramai 33 orang Pegawai Syariah selama
satu (1) bulan bagi mengikuti kursus Intensif Hakim-Hakim
Syari’e di Ma’ahad Al-Aliy Lil Qadha’, University Imam Sa’ud
Riyadh, Arab Saudi.
b) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bahawa Akta Kesalahan
Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559]
telah memperuntukkan kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan
hak Allah dan hak umat Islam. Antara kesalahan yang berkaitan
dengan hak Allah yang terkandung dalam Akta 559 adalah kesalahan
minuman yang memabukkan di bawah seksyen 19, kesalahan
persetubuhan luar nikah di bawah seksyen 23, dan qazaf di bawah
seksyen 41.
SOALAN: 126
Manakala bagi kesalahan-kesalahan yang berkaitan dengan hak umat
Islam juga diperuntukkan dalam Akta 559. Antaranya adalah
kesalahan menghina agama Islam di bawah seksyen 7, kesalahan
mencemarkan masjid atau surau di bawah seksyen 32 dan kesalahan
menggalakkan maksiat di bawah seksyen 35.
Kerajaan menyedari bahawa bidang kuasa Mahkamah Syariah adalah
terbatas dengan peruntukan di bawah Akta Mahkamah Syariah
(Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355] dan kadar hukuman yang
diperuntukkan di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-
Wilayah Persekutuan) 1997 [Akta 559] adakalanya tidak setimpal
dengan jenis kesalahan yang ditetapkan.
Justeru, Kerajaan berhasrat untuk meminda Akta 355. Walau
bagaimanapun, ia tidak boleh dilaksanakan secara berasingan kerana
aspek pemerkasaan Mahkamah Syariah terutamanya dalam bidang
jenayah bukan sahaja tertumpu terhadap isu bidang kuasa atau had
hukuman di bawah Akta 355 semata-mata, akan tetapi ia meliputi
pelbagai aspek yang lebih penting seperti peningkatan tahap
kompetensi Hakim, Pendakwa Syarie dan Pegawai Penguatkuasa
Agama, penambahbaikan aspek tadbir urus dan prasarana pihak-
pihak yang terlibat, penggubalan dan pindaan undang-undang Syariah
sedia ada dan penyeragaman dan penyelarasan undang-undang
Syariah.
Sehubungan dengan itu, Kerajaan akan meneliti secara lebih
mendalam dan holistik Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa
Jenayah) 1965 [Akta 355] dan undang-undang lain yang berkaitan
dengannya sebelum sebarang pindaan dan penambahbaikan dibuat
SOALAN: 126
terhadap Akta tersebut dan undang-undang lain yang berkaitan
dengannya bagi melaksanakan hak Allah dan hak umat Islam dengan
lebih efektif dan komprehensif.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 129
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN HAJI MUHAMAD BIN
MUSTAFA
Tuan Haji Muhamad Bin Mustafa minta MENTERI HAL EHWAL
EKONOMI menyatakan bilakah projek-projek mega di negeri Kelantan
akan dilancarkan sebagaimana yang diisytiharkan oleh Menteri Ekonomi
baru-baru ini dan bagaimanakah perlaksanaannya.
SOALAN: 129
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman, terdapat beberapa projek yang dimaksudkan
sedang dalam peringkat pembinaan dan peringkat perancangan.
Sebagai contoh, bagi Projek Lebuhraya Central Spine Road dan
Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai di Kelantan, ianya akan
menghubungkan Gua Musang ke Kota Bharu dengan anggaran
jarak 177km sedang dalam peringkat pembinaan secara berfasa.
Mengikut perancangan, keseluruhan jajaran ini dijangka siap pada
tahun 2025.
2. Bagi Projek Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3), Kementerian Hal
Ehwal Ekonomim (MEA) telah mempertimbangkan untuk kerja-
kerja awalan dibuat yang merangkumi penyiasatan tanah (soil
investigation), Sosial Impact Assesment (SIA), utility mapping dan
survei LIDAR bagi penentuan jajaran. Seterusnya, Kementerian
Kerja Raya (KKR) akan menjalankan kajian trafik mengenai
penggunaan lebuhraya ini yang mana hasilnya akan dibentangkan
kepada MEA. Kemudian, proses Makmal Pengurusan Nilai akan
dilaksanakan bagi tujuan penentuan skop dan kos sebenar projek,
sebelum proses tender dapat dilaksanakan oleh KKR.
3. Selain itu, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra akan dinaik taraf
bagi menampung pengendalian sehingga 4 juta penumpang
setahun. Kementerian Pengangkutan sedang dalam proses
pelaksanaan Makmal Value Engineering (VE) sebelum proses
perolehan dapat dilaksanakan. Secara umumnya, projek menaik
SOALAN: 129
taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra ini akan memberi
lebih keselesaan kepada penumpang udara dan dalam masa yang
sama dapat meningkatkan potensi ekonomi negeri Kelantan
sebagai destinasi pelancongan.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 130
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN HAJI MUHAMAD BIN
MUSTAFA
Tuan Haji Muhamad Bin Mustafa minta MENTERI PEMBANGUNAN
USAHAWAN menyatakan apakah program pembangunan usahawan
yang dirancang khusus untuk negeri Kelantan dan bagaimanakah
program ini dilaksanakan dan memberikan manfaat kepada masyarakat.
SOALAN: 130
JAWAPAN
1. Program pembangunan usahawan khusus di negeri Kelantan yang
dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan (MED)
menerusi agensi di bawahnya adalah seperti berikut:
i) Malaysia Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) telah
bekerjasama dengan Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
bagi melaksanakan program komuniti dan “roadshow” seperti
“SPARK”, “Idea Lab”, “Startup Weekend” dan SEHATI (kini
dikenali dengan nama MasSIVE – Malaysia's Social Inclusion
& Vibrant Entrepreneurship) kepada siswazah lepasan
universiti dan penuntut tahun akhir institusi pengajian tinggi
(IPT).
Program “SPARK” bertujuan memberi pendedahan dan
inspirasi tentang keusahawanan, memberi pemahaman
kepentingan inovasi dalam keusahawanan dan pengalaman
sebagai usahawan.
Program “Idea Lab” dan “Startup Weekend” pula bertujuan
memberi pendedahan berhubung rancangan perniagaan,
prototaip dan pengesahan pasaran.
Program Malaysia's Social Inclusion & Vibrant
Entrepreneurship (MasSIVE) bertujuan membangunkan
usahawan sosial dan memacu impak sosial di dalam
negara. Ia akan membantu golongan di luar Lembah Klang
dan luar bandar menjadi usahawan.
SOALAN: 130
ii) TEKUN telah mengambil inisiatif mengadakan program
berbentuk outreach yang memberi peluang kepada usahawan
TEKUN di negeri Kelantan menyediakan platform
memasarkan produk. Sebagai contoh, penganjuran Karnival
Usahawan TEKUN (KUT) bertempat di Tanah Merah,
Kelantan pada 7 hingga 9 Mac 2019.
Selain itu, TEKUN juga melaksanakan Kursus/Seminar Asas
Keusahawanan (KAK/SAK ) kepada semua usahawan
TEKUN yang mendapat bantuan pembiayaan. Bagi negeri
Kelantan, sebanyak 94 siri kursus telah dijalankan sejak
tahun 2011 melibatkan seramai 14,219 orang usahawan.
iii) Institut Koperasi Malaysia (IKM) turut memberikan khidmat
nasihat dan bimbingan kepada koperasi di negeri Kelantan.
Khidmat bimbingan merangkumi pengurusan dan pentadbiran
perniagaan, pemasaran, pengurusan projek, perakaunan dan
latihan secara hands on berkaitan kemahiran teknologi
maklumat. IKM melalui pejabat di Zon Timur telah merangka
42 program latihan dan pendidikan bagi masyarakat di Zon
Timur bagi tahun 2019.
iv) SME Bank telah meluluskan pembiayaan sebanyak RM19.5
juta bagi membantu 30 usahawan di Negeri Kelantan dari
tahun 2018 sehingga Feb 2019. Melalui program ‘outreach’ di
Pusat Wilayah Pantai Timur SME Bank yang beroperasi di
cawangan Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Kuantan telah
SOALAN: 130
meluluskan pembiayaan lebih RM107 juta kepada 91
usahawan PKS termasuk di Kelantan.
v) SME Corp. Malaysia telah melaksanakan Program
Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) yang bertujuan
untuk meningkatkan daya saing PKS Bumiputera menerusi
khidmat nasihat, latihan dan sokongan kewangan. Program
ini dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Negeri
menerusi bantuan kewangan dalam bentuk geran
bersamaan.
Sehingga Januari 2019, sejumlah 1,995 telah diluluskan
melibatkan geran berjumlah RM189 juta. Daripada jumlah
tersebut, 119 kelulusan telah diberikan kepada PKS Kelantan
yang melibatkan geran bersamaan berjumlah RM12.7 juta.
Bagi membantu usahawan memperluaskan pasaran ke
peringkat antarabangsa, SME Corp. Malaysia menyediakan
bantuan di bawah Program Galakan Eksport Bumiputera
(GEB). Di bawah program ini, bantuan geran bersamaan dan
skim pinjaman mudah disediakan bagi membantu
meningkatkan keupayaan eksport syarikat PKS Bumiputera
serta menambah bilangan PKS Bumiputera yang mampu
untuk menembusi pasaran global. Di Kelantan, sejumlah dua
permohonan telah diluluskan dengan nilai geran berjumlah
RM252,753.00 dan pinjaman berjumlah RM4.8 juta.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 127
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN HAJI MUHAMAD BIN
MUSTAFA
Tuan Haji Muhamad Bin Mustafa minta MENTERI HAL EHWAL
EKONOMI menyatakan berapakah jumlah keseluruhan royalti minyak
yang berhak diterima oleh negeri Kelantan. Berapakah jumlah tunggakan
yang terkini dan berapa lama lagi bayaran ini dapat dilunaskan kepada
negeri Kelantan.
SOALAN: 127
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Sepertimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, Kerajaan Negeri
Kelantan telah mengemukakan saman terhadap Petroliam Nasional
Berhad (PETRONAS) dan Kerajaan Persekutuan berhubung
tuntutan pembayaran tunai atau lebih dikenali sebagai royalti
minyak di Mahkamah Tinggi pada 2011. Kerajaan Negeri Kelantan
pada Oktober 2018 telah menyatakan hasrat untuk menarik balik
saman tersebut.
2. Pada masa ini, prosiding mahkamah masih berjalan dan dalam
perbincangan bersama pihak-pihak yang terlibat untuk
penyelesaian kes. Kerajaan Persekutuan akan membayar royalti
minyak kepada Kelantan selepas urusan berkaitan prosiding
penarikan balik saman tanpa syarat terhadap PETRONAS dan
Kerajaan selesai.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 128
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN HAJI MUHAMAD BIN
MUSTAFA
Tuan Haji Muhamad Bin Mustafa minta PERDANA MENTERI
menyatakan berapakah jumlah aset khazanah yang telah dijual oleh
Kerajaan lama dan Kerajaan baru serta alasannya dan siapakah pembeli
aset tersebut serta jumlah jualannya.
SOALAN: 128
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Berikut adalah senarai aset dalam bentuk saham syarikat tersenarai
terpilih yang dikuasai oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang
telah dilupuskan sepanjang tahun 2018:
Syarikat Industri Negara
penyenaraian
Jumlah
Hasil
RM juta
Catatan
CIMB Group Holdings
Berhad
Perbankan Malaysia 363
Tiada
maklumat
pembeli1
BDO Unibank Inc Perbankan Filipina 360
Infosys Limited Pengguna India 284
PT Charoen Pokphand
Indonesia
Pengguna Indonesia 222
Titan Industries Limited Pengguna India 212
Secara keseluruhannya, Khazanah telah memperoleh kira-kira RM1.4 bil
dalam bentuk hasil pelupusan aset yang dilaksanakan pada tahun 2018,
yang mana hasil tersebut digunakan bagi tujuan pembayaran balik
hutang, pembayaran dividen dan pelaburan semula dalam aset-aset
baharu.
Rasional serta pertimbangan dalam pelupusan aset
Sebagai sebahagian daripada proses semakan portfolio yang lazim,
Khazanah akan mempertimbangkan peluang pelupusan aset-aset sebaik
1 Kesemua pelupusan yang dinyatakan dalam jadual di atas adalah bagi syarikat-syarikat tersenarai awam
sahaja. Sesetengah pelupusan yang dilaksankana oleh Khazanah dalam syarikat-syarikat yang tersenarai awam
dilakukan di pasaran awam sekunder (open secondary market). Sehubungan itu, Khazanah tidak mempunyai
senarai pembeli untuk pelupusan tersebut
SOALAN: 128
sahaja aset tersebut mencapai objektif pelaburan dan pulangan
sasarannya. Ini merupakan rasional utama bagi sebarang pelupusan
yang dilakukannya.
Setiap satu peluang pelupusan akan dinilai berdasarkan sasaran
kewangan dan juga sasaran strategik yang ditetapkan, yang turut
bergantung kepada masa dan kekuatan pasaran serta ketersediaan,
kualiti dan kredibiliti pembeli, memandangkan pelupusan itu sendiri
sememangnya bersifat oportunistik.
Rancangan pelupusan aset
Khazanah tidak dapat menyatakan secara terpeinci aset-aset yang bakal
dilupuskannya pada tahun kewangan semasa memandangkan ia
memerlukan kelulusan pihak tertentu termasuk Lembaga Pengarah serta
pihak pengawal selia, baik di dalam mahupun di luar negara, bagi
memastikan ia dilaksanakan secara tertib dan teratur serta menurut
undang-undang dan peraturan yang ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 33
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK LEE TIAN SING
Datuk Lee Tian Sing minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan
apakah langkah-langkah penguatkuasaan Kerajaan bagi mengesan
panggilan telefon berunsur penipuan.
SOALAN: 33
JAWAPAN
Tuan Yang Di-pertua,
Kementerian memandang serius kes-kes penipuan yang berlaku di dalam
negara termasuk kes penipuan telekomunikasi atau dikenali sebagai “Macau
Scam” dan “Love Scam” yang menyebabkan kerugian yang besar kepada
mangsa.
Di antara pendekatan dan inisiatif yang diambil bagi menangani isu jenayah
ini adalah seperti berikut:
i) Membangunkan satu portal untuk memudahkan masyarakat untuk
menyemak nombor telefon sindiket dan akaun-akaun bank yang
digunakan oleh sindiket untuk memindahkan wang mangsa ke
akaun sindiket boleh disemak di portal ini. Alamat portal PDRM ini
boleh dicapai melalui http://ccid.rmp.gov.my/semakmule;
ii) Mengadakan kempen kesedaran di radio dan television di RTM dan
juga media lain. Dalam mengadakan kempen-kempen ini, pihak
kementerian telah menjemput pihak polis dan lain agensi yang
berkaitan dalam siasatan jenayah ini untuk memberi ceramah-
ceramah kesedaran tentang penipuan jenayah scammer kepada
orang awam;
iii) Mengambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Penggubahan
Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil
SOALAN: 33
Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. Selain itu, tindakan
pencegahan turut diambil dibawah Akta Pencegahan Jenayah
(POCA);
iv) Menjalinkan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan sama ada
di dalam mahupun di luar Negara untuk memastikan suspek
dikesan dan ditangkap dan seterusnya dibawa ke muka pengadilan;
v) Mengkaji serta membuat cadangan pindaan bagi memantapkan
lagi Akta-akta yang sedia ada seperti Kanun Keseksaan, Akta
Jenayah Komputer 1997, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,
Kanun Acara Jenayah dan lain-lain akta yang berkaitan selaras
dengan perkembangan masa kini untuk tujuan kelancaran siasatan;
dan
vi) Menubuhkan pasukan petugas khas yang terdiri daripada lain-lain
agensi penguatkuasa tempatan dan luar negara, pakar industri
serta penyedia perkhidmatan online dalam usaha mengekang
aktiviti jenayah atas talian memandangkan jenayah ini beroperasi
merentasi sempadan negara. Jenayah siber turut dimasukkan
sebagai salah satu komponen jenayah rentas sempadan di
peringkat kerjasama ASEAN.
SOALAN: 29
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK LEE TIAN SING
Datuk Lee Tian Sing minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
menyatakan bagaimanakah pihak Kementerian melihat kadar kemasukan
pelajar dari golongan B40 ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sebagai
satu petanda aras yang baik terhadap usaha meningkatkan kualiti
pendidikan bagi golongan berkenaan dan sejauh manakah pelaksanaan
integrasi nasional dalam masyarakat luar bandar dapat diperkukuhkan
menerusi jumlah kemasukan para pelajar ini.
SOALAN: 29
JAWAPAN
Tuan Yang Di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat Senator, kemasukan pelajar dari
golongan B40 ke MRSM merupakan satu petanda aras yang baik dalam
usaha meningkatkan akses pendidikan berkualiti kepada golongan B40.
MARA membantu untuk mengupayakan golongan B40 melalui akses
pendidikan berkualiti dengan memberi peluang kepada pelajar untuk
mengikuti program nilai tambah dwi sijil SPM-IGCSE dan program Ulul Albab
bagi meningkatkan kompetensi dan kebolehpasaran pelajar. Selain itu,
program pendidikan dan pembangunan pelajar yang diterapkan dalam
sistem MRSM bukan sahaja memberi penekanan dalam bidang akademik
tetapi juga dalam bidang kemahiran lain bagi menyediakan pelajar
menghadapi cabaran abad ke-21.
Modul pendidikan yang dilaksanakan di MRSM dibuat bagi meningkatkan
semangat kerjasama dan persefahaman dalam kalangan pelajar pelbagai
kaum serta latar belakang ekonomi. Antaranya melalui program homeroom,
program keusahawanan, program khidmat masyarakat dan penyertaan
dalam persatuan badan beruniform, kelab dan sukan.
SOALAN: 30
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK LEE TIAN SING
Datuk Lee Tian Sing minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR BANDAR
menyatakan apakah program atau projek berimpak tinggi yang telah
dirangka oleh pihak Kementerian bagi tujuan pembangunan secara mampan
kepada masyarakat luar bandar di seluruh negara dan sejauh manakah
pihak Kementerian menyasarkan peningkatan ekonomi yang lebih berkesan
untuk masyarakat luar bandar bagi tempoh lima tahun akan datang.
SOALAN: 30
JAWAPAN
Tuan Yang Di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian telah
melancarkan Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar pada 29 Oktober
2018 yang bertemakan ‘Luar Bandar Sejahtera’. Pelan ini merupakan
perancangan dan hala tuju pembangunan luar bandar bagi 5 tahun yang
akan datang iaitu 2018 hingga 2023 berdasarkan aspirasi rakyat seperti
mana yang terkandung dalam Manifesto Pakatan Harapan. Pelan ini
meliputi 6 Teras iaitu:
1) Prasarana yang lengkap dan berkualiti;
2) Ekonomi luar bandar yang berdaya saing;
3) Keusahawanan yang melibatkan pemerkasaan usahawan luar bandar
dan mewujudkan sumber pendapatan alternatif;
4) Modal Insan bagi melahirkan masyarakat luar bandar yang berilmu,
mahir dan cemerlang;
5) Memperkasakan Wanita luar bandar; dan
6) Sistem Penyampaian yang mengutamakan keperluan rakyat.
6 Teras ini meliputi 29 Strategi dan 94 Program yang akan dilaksanakan
bagi memenuhi hasrat dan aspirasi tema ‘Luar Bandar Sejahtera’ tersebut.
Di bawah Pelan Harapan Pembangunan Luar Bandar ini juga, Kementerian
akan memberi tumpuan untuk membangunkan 28 daerah di Malaysia
SOALAN: 30
dengan purata pendapatan bulanan terendah termasuk 7 daerah di negeri
Sabah.
Sehubungan dengan itu, Kementerian berkeyakinan bahawa pelaksanaan
segala perancangan dan program di bawah Pelan Harapan Pembangunan
Luar Bandar ini akan dapat menaik taraf dan meningkatkan kualiti hidup
masyarakat luar bandar dengan memenuhi keperluan sosioekonomi, fizikal,
rohani dan sahsiah.
SOALAN: 31
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK LEE TIAN SING
Datuk Lee Tian Sing minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan
apakah statistik bilangan pekerja asing di Malaysia mengikut pecahan
negara asal, jantina dan umur dari tahun 2014 hingga kini.
SOALAN: 31
JAWAPAN
Yang Di-pertua,
Kementerian Dalam Negeri ingin memaklumkan bahawa jumlah pekerja
asing tidak mahir yang direkodkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia
melalui pengeluaran Pas Lawatan (Kerja Sementara) – PLKS yang
sah dan aktif bagi tempoh 2014 sehingga 31 Mac 2019 mengikut
pecahan warganegara dan jantina adalah seperti berikut:
Jadual 1: Pecahan Jumlah Pekerja Asing Tidak Mahir Yang Telah
Dikeluarkan PLKS Sah Dan Aktif Mengikut Lima (5) Warganegara
Tertinggi Bagi Tahun 2014
BIL. WARGANEGARA JUMLAH (ORANG)
1. Indonesia 817,300
2. Nepal 490,297
3. Bangladesh 296,930
4. Myanmar 143,334
5. India 105,188
6. Lain-lain 220,365
JUMLAH KESELURUHAN (ORANG) 2,073,414
SOALAN: 31
Jadual 2: Pecahan Jumlah Pekerja Asing Tidak Mahir Yang Telah
Dikeluarkan PLKS Sah Dan Aktif Mengikut Lima (5) Warganegara
Tertinggi Bagi Tahun 2015
BIL. WARGANEGARA JUMLAH (ORANG)
1. Indonesia 835,965
2. Nepal 502,596
3. Bangladesh 282,437
4. Myanmar 145,652
5. India 139,751
6. Lain-lain 228,634
JUMLAH KESELURUHAN (ORANG) 2,135,035
Jadual 3: Pecahan Jumlah Pekerja Asing Tidak Mahir Yang Telah
Dikeluarkan PLKS Sah Dan Aktif Mengikut Lima (5) Warganegara
Tertinggi Dan Jantina Bagi Tahun 2016
BIL. WARGANEGARA JANTINA JUMLAH
(ORANG) LELAKI PEREMPUAN
1. Indonesia 495,860 262,627 758,487
2. Nepal 392,854 12,482 405,336
3. Bangladesh 251,625 740 252,365
SOALAN: 31
4. Myanmar 115,887 22,605 138,492
5. India 117,659 2,325 119,984
6. Lain-lain 115,441 76,264 191,705
JUMLAH KESELURUHAN (ORANG) 1,489,326 377,043 1,866,369
Jadual 4: Pecahan Jumlah Pekerja Asing Tidak Mahir Yang Telah
Dikeluarkan PLKS Sah Dan Aktif Mengikut Lima (5) Warganegara
Tertinggi Dan Jantina Bagi Tahun 2017
BIL. WARGANEGARA JANTINA JUMLAH
(ORANG) LELAKI PEREMPUAN
1. Indonesia 454,154 266,310 720,464
2. Nepal 377,001 11,835 388,836
3. Bangladesh 270,470 630 271,100
4. India 115,101 2,213 117,314
5. Myanmar 94,964 19,543 114,507
6. Lain-lain 116,442 68,714 185,156
JUMLAH KESELURUHAN (ORANG) 1,428,132 369,245 1,797,377
Jadual 5: Pecahan Jumlah Pekerja Asing Tidak Mahir Yang Telah
Dikeluarkan PLKS Sah Dan Aktif Mengikut Lima (5) Warganegara
Tertinggi Dan Jantina Bagi Tahun 2018
SOALAN: 31
BIL. WARGANEGARA JANTINA JUMLAH
(ORANG) LELAKI PEREMPUAN
1. Indonesia 437,646 276,279 713,925
2. Bangladesh 543,510 1,142 544,652
3. Nepal 335,734 10,579 346,313
4. India 118,502 2,476 120,978
5. Myanmar 91,365 20,437 111,802
6. Lain-lain 113,723 64,367 178,090
JUMLAH KESELURUHAN (ORANG) 1,640,480 375,280 2,015,760
Jadual 6: Pecahan Jumlah Pekerja Asing Tidak Mahir Yang Telah
Dikeluarkan PLKS Sah Dan Aktif Mengikut Lima (5) Warganegara
Tertinggi Dan Jantina Sehingga 31 Mac 2019
BIL. WARGANEGARA JANTINA JUMLAH
(ORANG) LELAKI PEREMPUAN
1. Indonesia 433,875 278,359 712,234
2. Bangladesh 566,188 1,259 567,447
3. Nepal 321,687 10,037 331,724
4. India 116,025 2,589 118,614
5. Myanmar 98,697 21,749 120,446
6. Lain-lain 111,463 64,276 175,739
JUMLAH KESELURUHAN (ORANG) 1,647,935 378,269 2,026,204
SOALAN: 32
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK LEE TIAN SING
Datuk Lee Tian Sing minta MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS
TANI menyatakan apakah inisiatif terkini pihak Kementerian dalam usaha
meningkatkan prestasi sektor perikanan negara khususnya menerusi
pembangunan akuakultur secara komprehensif memandangkan ianya
memberi impak yang positif terhadap kadar pengeluaran ikan negara
dengan lebih mampan.
SOALAN: 32
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat Senator, berdasarkan kepada data
awalan perangkaan Jabatan Perikanan Malaysia, pada tahun 2018 sub-
sektor akuakultur telah menyumbang sebanyak 445.5 ribu tan metrik dengan
nilai berjumlah RM 3 bilion daripada keseluruhan pengeluaran ikan makan
negara. Sasaran pengeluaran industri akuakultur adalah sebanyak 716 ribu
tan metrik menjelang tahun 2020.
Bagi menyokong pembangunan peningkatan pengeluaran tersebut, prioriti
dan strategi telah dirangka melalui Halatuju Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani seperti berikut:
(i) Membangunkan Aquaculture Project Implementation (API) 2020
berkonsepkan quick win dan high outcome. Antara strategi yang
dicadangkan adalah seperti peningkatan projek sedia ada dan sesi libat
urus bersama agensi berkaitan bagi program pelepasan umum;
(ii) Mengkluster projek sedia ada di negeri-negeri dengan memfokuskan
kepada satu spesies seperti ternakan udang galah dan ikan dalam
sangkar; dan
(iii) Menubuhkan pasukan khas sebagai penasihat dari segi pengurusan
dan teknikal bagi membantu pengusaha dan penternak akuakultur.
SOALAN: 32
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 80
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK IR. YONG WUI CHUNG
Datuk Ir. Yong Wui Chung minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI
menyatakan senarai projek mega yang berimpak tinggi yang sedang
dirancang dan akan dilaksanakan di Sabah pasca tahun 2020.
SOALAN: 80
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
(i) Definisi sama ada sesuatu projek itu diklasifikasikan sebagai projek
berimpak tinggi adalah subjektif. Ianya bergantung pada konteks
dan tumpuan sesuatu projek yang dilaksanakan. Sesuatu projek
yang berimpak tinggi tidak semestinya bernilai tinggi. Ini kerana
impak tidak bergantung pada kos projek semata-mata. Sebagai
contoh, projek yang bernilai RM50 juta di kawasan luar bandar di
kira sebagai projek yang berimpak tinggi oleh masyarakat setempat
walaupun nilainya secara relatif tidak begitu besar.
(ii) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan pada masa kini
lebih memberi perhatian kepada pelaksanaan projek-projek yang
memberi manfaat terus kepada rakyat (people-centric and high-
impact projects) iaitu projek mesra rakyat dan berimpak tinggi. Ini
termasuk seperti membina atau menaiktaraf jalan raya, jambatan,
bekalan air, bekalan elektrik, keselamatan, kesihatan, sekolah dan
rumah ibadat. Selain itu, projek-projek sedia ada yang telah
diluluskan sebelum ini akan diteruskan pelaksanaannya dalam
usaha untuk memacu ekonomi negara.
(iii) Walau bagaimanapun, bagi tahun 2019, sebanyak 119 projek
dengan siling sebanyak RM5,011 juta telah diluluskan untuk
dilaksanakan di negeri Sabah oleh pelbagai kementerian.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 81
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK IR. YONG WUI CHUNG
Datuk Ir. Yong Wui Chung minta PERDANA MENTERI menyatakan
adakah Kerajaan bercadang untuk menyelaraskan data e-kasih dan
mengkaji semula kriteria untuk berdaftar dengan e-kasih agar golongan
yang benar-benar layak dapat dibantu secara maksimum.
SOALAN: 81
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan telah membangunkan Sistem eKasih sebagai satu pangkalan
data kemiskinan nasional yang bertujuan untuk mendaftarkan golongan
miskin di Malaysia dan mengklasifikasikan kepada kategori Miskin Tegar
atau Miskin berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) sedia ada
yang dikeluarkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA). Ia juga
bertujuan merekod maklumat bantuan bagi mengelakkan sebarang
pertindihan atau ketirisan penyaluran bantuan/program kepada golongan
berkenaan. Sistem eKasih memberi ruang kepada semua agensi pemberi
bantuan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan di
peringkat Persekutuan dan Negeri mengakses data/maklumat
kemiskinan yang sama.
Di samping itu, bagi memastikan kegunaan data eKasih yang lebih inklusif
dan memberi manfaat kepada golongan berkenaan, usaha mengintegrasi
Sistem eKasih dengan sistem sedia ada serta perkongsian data turut
dilaksanakan seperti berikut:
(i) Sistem myIDENTITY di bawah Jabatan Pendaftaran Negara;
(ii) Sistem eBantuan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat;
(iii) Data Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) di bawah Kementerian
Kewangan Malaysia;
(iv) Data Penerima Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin
(KWAPM) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM); dan
(v) Peringkat perbincangan teknikal dengan agensi zakat negeri,
Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Aplikasi Pangkalan
Data Murid (APDM) di bawah KPM.
SOALAN: 81
Bagi memastikan tiada keciciran isi rumah miskin yang layak dapat
didaftarkan dalam eKasih, semua profil isi rumah miskin diperoleh melalui
kaedah bancian di lapangan oleh pembanci yang dilantik melalui sesi
temu ramah/bersemuka serta pemerhatian di lokasi rumah isi rumah
berkaitan. Pemilihan isi rumah yang akan dibanci juga adalah kepada
golongan bersasar berdasarkan pengesahan pemimpin tempatan atau
aduan daripada masyarakat. Bancian dibuat menggunakan Borang
Bancian Isi Rumah Miskin (BIRM) yang mempunyai sembilan komponen
utama seperti berikut:
(i) Pengenalan Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR):
Maklumat berkaitan butiran peribadi KIR dan AIR seperti bukti kad
pengenalan, jantina, agama dan kaum.
(ii) Lokasi:
Maklumat berkaitan Negeri, Kawasan Parlimen, Kawasan Dewan
Undangan Negeri (DUN) dan Daerah di mana isi rumah menetap.
(iii) Kediaman:
Maklumat serta pemerhatian jenis dan keadaan kediaman isi
rumah.
(iv) Pendidikan:
Maklumat seperti taraf pendidikan tertinggi dan sijil-sijil berkaitan
sekiranya ada.
(v) Kemahiran dan status pekerjaan:
Maklumat seperti kemahiran yang dimiliki oleh KIR dan AIR serta
pekerjaan yang dilakukan untuk menyara keluarga. Maklumat ini
juga merangkumi jarak isi rumah ke tempat kerja dari kediaman dan
pengangkutan yang digunakan untuk ke tempat kerja.
(vi) Harta:
Maklumat berkaitan jenis harta dan bilangan aset yang dimiliki oleh
isi rumah.
SOALAN: 81
(vii) Kesihatan:
Maklumat berkaitan penyakit yang dihadapi oleh isi rumah, jenis
rawatan dan jenis kecacatan yang dialami.
(viii) Pendapatan:
Maklumat berkaitan punca pendapatan isi rumah seperti
pendapatan bergaji, pendapatan pekerjaan sendiri (bukn
pertanian), pendapatan daripada harta, kiriman isi rumah lain dan
pencen.
(ix) Penerimaan bantuan:
Maklumat berkaitan bantuan yang pernah diterima oleh isi rumah
serta bantuan yang diperlukan oleh isi rumah.
Dalam memastikan kelestarian data eKasih dan bantuan dapat disalurkan
kepada golongan sasar yang tetap, aktiviti pemutihan akan dijalankan
sekurang-kurangnya setiap dua tahun kepada KIR yang berdaftar di
bawah sistem eKasih. Aktiviti mobile team atau lawatan turun padang
bersama agensi pemberi bantuan terhadap kumpulan sasar juga
dijalankan khusus untuk mengenal pasti bentuk bantuan (program/projek)
yang bersesuaian dan menyalurkan bantuan berkenaan dalam tempoh
masa yang segera.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 82
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK IR. YONG WUI CHUNG
Datuk Ir. Yong Wui Chung minta MENTERI PERDAGANGAN
ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan jumlah pelaburan asing
yang telah berjaya dibawa masuk bagi tempoh 10 bulan Kerajaan
Pakatan Harapan memerintah dan jenis-jenis pelaburan tersebut.
SOALAN: 82
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Bagi tempoh Mei (selepas 9 Mei 2018) hingga Februari 2019, jumlah
pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilangan di bawah bidang
kuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) /
Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) adalah
sebanyak RM76 bilion yang melibatkan 642 projek. Pelaburan-
pelaburan tersebut dijangka akan mewujudkan sejumlah 52,472
peluang-peluang pekerjaan. Daripada jumlah keseluruhan pelaburan
tersebut, pelaburan langsung asing adalah sebanyak RM48.6 bilion
(63.9 peratus) sementara pelaburan domestik pula sebanyak
RM27.4 juta (36.1 peratus).
2. Butiran bagi pelaburan langsung asing yang diluluskan dalam sektor
perkilangan dalam tempoh tersebut adalah seperti berikut:
(i) Bagi pecahan mengikut industri, produk petroleum (termasuk
petrokimia) telah menerajui jumlah pelaburan dengan
sumbangan sebanyak RM18.2 bilion, diikuti oleh produk
elektronik dan elektrikal (RM12.5 bilion), produk kertas,
percetakan dan penerbitan (RM5.0 bilion), kimia dan produk
kimia (RM3.2 bilion) dan produk logam asas (RM3.1 bilion).
Kesemua lima industri utama ini menyumbang melebihi 85
peratus atau RM42 bilion daripada jumlah keseluruhan
pelaburan asing dalam sektor perkilangan;
SOALAN: 82
(ii) Negara Republik Rakyat China (RRC) merupakan antara
pelabur asing utama dengan pelaburan sebanyak RM15.6
bilion (32.1 peratus), diikuti oleh Indonesia (RM8.5 bilion atau
17.4 peratus), Belanda (RM8.3 bilion atau 17.0 peratus), Jepun
(RM3.8 bilion atau 7.8 peratus) dan Kepulauan Virgin British
(RM3.3 bilion atau 6.8 peratus).
Tuan Yang di-Pertua,
3. Kerajaan sentiasa mengambil langkah-langkah proaktif bagi menarik
dan memperkukuhkan pelaburan langsung asing berkualiti tinggi ke
dalam negara. Pelaburan yang berkualiti tinggi ini akan dapat
merangsang pertumbuhan ekonomi dan memberi manfaat kepada
negara dan rakyat terutamanya mewujudkan peluang-peluang
pekerjaan. Strategi utama penggalakan pelaburan negara adalah
dengan meneroka dan mengembangkan sumber-sumber pelaburan
asing baharu, serta mengekalkan hubungan dengan pelabur sedia
ada bagi menggalakkan mereka untuk meningkatkan lagi jumlah
pelaburan ke dalam negara.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 83
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK IR. YONG WUI CHUNG
Datuk Ir. Yong Wui Chung minta MENTERI PERTANIAN DAN
INDUSTRI ASAS TANI menyatakan rancangan Kementerian bagi
meningkatkan mutu dan pengeluaran hasil tani agar dapat bersaing
khususnya dari segi harga negara pengeksport utama.
SOALAN: 83
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani telah melancarkan Pelan Hala Tuju Kementerian,
Prioriti dan Strategi 2019-2029. Ianya mengandungi 5 hala tuju bersama
18 strategi dan 51 inisiatif bagi memoden dan meningkatkan pengeluaran,
menggalakkan penglibatan pelabur swasta, menambah pendapatan
petani dan menambahbaik ekosistem sektor agromakanan. Hala tuju ini
dirangka untuk meningkatkan daya saing, memastikan sektor
agromakanan yang mampan dan membangunkan komoditi bernilai tinggi
sebagai sumber kekayan baharu kepada negara. Dengan adanya Hala
Tuju ini, Kementerian berharap mutu dan pengeluaran hasil tani dapat
ditingkatkan dan seterusnya dapat bersaing khususnya dari segi harga
dan menjadi antara negara pengeksport utama produk hasil tani.
Bagi meningkatkan mutu dan pengeluaran hasil tani agar kompetitif di
pasaran, Kementerian telah mengambil beberapa langkah seperti berikut:
1. Melaksanakan Program Pembangunan Peningkatan Pengeluaran
Kementerian menerusi Jabatan dan Agensi telah menyediakan beberapa
program pembangunan projek pertanian bagi meningkatkan hasil
pengeluaran. Di antara program yang sedang dilaksanakan oleh Jabatan
Pertanian (DOA) adalah seperti berikut:
i) Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM);
ii) Projek Pembangunan Kluster Buah-Buahan;
SOALAN: 83
iii) Projek Pembangunan Kluster Tanaman Kontan;
iv) Projek Tanaman Semula Buah-Buahan Terpilih;
v) Projek Pembangunan Tanaman Sayur-sayuran;
vi) Projek Pertanian Bandar; dan
vii) Projek Pembangunan Tanah Terbiar.
2. Menyediakan Bantuan/Galakan
Kementerian turut menyediakan bantuan, kemudahan dan galakan
kepada petani bagi meningkatkan kualiti dan pengeluaran hasil tani. Di
antara bantuan/ galakan yang diberikan adalah pembangunan
infrastruktur ladang seperti pembersihan kawasan, pembinaan
infrastruktur ladang, kemudahan sistem pengairan dan pemparitan dan
pemberian input dan peralatan seperti bekalan benih, baja dan racun.
3. Pensijilan myGAP
myGAP merupakan pensijilan amalan pertanian baik bagi menjaga kualiti
hasil pertanian yang dikeluarkan supaya alam sekitar kekal terpelihara
dan pengguna memperoleh produk yang berkualiti dan selamat dimakan
pada harga yang berpatutan. Pensijilan myGAP ini dijangka mampu
meningkatkan kebolehpasaran produk pertanian dan memberikan harga
jualan yang lebih tinggi kepada petani. Kementerian melalui DOA telah
memudahkan proses pensijilan myGAP dari 2 tahun kepada 3 bulan
tanpa berkompromi dengan aspek kualiti bagi memastikan lebih banyak
ladang dipersijilkan dengan myGAP.
SOALAN: 83
4. Latihan/kemahiran
Bagi meningkatkan kualiti dan pengeluaran hasil tani, latihan-latihan
berbentuk kursus dan hands-on dilaksanakan di pusat-pusat latihan
pertanian dan di kebun-kebun petani bagi meningkatkan kefahaman dan
kemahiran petani. Di antara kursus-kursus yang dilaksanakan adalah
Kursus Agronomi Tanaman, Kursus Pembajaan, Kursus Kawalan
Perosak dan Penyakit, Kursus Penuaian dan Pasca-Tuai dan
sebagainya.
5. Penggunaan Teknologi/Teknik Terkini
Kementerian sentiasa menggalakkan penggunaan teknik-teknik dan
teknologi terkini dalam amalan pertanian seperti fertigasi, vertical farming,
plant factory, cantuman dewasa dan lain-lain lagi bagi meningkatkan
produktiviti dan pengeluaran hasil. Sebagai contoh, penggunaan teknik
dan teknologi fertigasi akan dapat mengurangkan penggunaan baja
secara berlebihan. Manakala vertical farming dan plant factory akan dapat
mengatasi masalah penggunaan tanah yang terhad di samping
mengatasi masalah penyakit dan perosak tanaman. Cantuman dewasa
pula dapat membantu petani mendapatkan hasil dalam tempoh masa
yang lebih pendek jika dibandingkan dengan penanaman daripada anak
pokok.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 84
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK IR. YONG WUI CHUNG
Datuk Ir. Yong Wui Chung minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
adakah Kerajaan bercadang untuk mengambil sebahagian daripada cukai
eksais rokok dan alkohol untuk tujuan program kesihatan khususnya bagi
penyakit kanser, jantung dan diabetes.
SOALAN: 84
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Perkara 97(1) Perlembagaan
Persekutuan telah menyatakan bahawa segala hasil dan wang tidak kira
bagaimana jua pun diperdapatkan atau diterima oleh Persekutuan
hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
Oleh yang demikian, kutipan hasil Kerajaan daripada hasil cukai dan hasil
bukan cukai termasuk cukai eksais rokok dan alkohol disalurkan ke
Kumpulan Wang Disatukan dan sebarang pengeluaran jumlah wang
daripada kumpulan wang ini hanya boleh dibuat sama ada
dipertanggungkan terus kepada Kumpulan Wang Disatukan (Artikel 98)
seperti pembayaran pencen dan caj hutang atau melalui Rang Undang-
Undang Perbekalan (Artikel 100).
Sehubungan dengan itu, Kerajaan Persekutuan akan menggunakan hasil
daripada Kumpulan Wang Disatukan termasuk hasil daripada cukai
eksais rokok dan alkohol bagi membiayai perbelanjaan Kerajaan
termasuk bagi program-program kesihatan.
Seperti yang telah diumumkan di dalam ucapan Belanjawan 2019, salah
satu fokus utama Kerajaan adalah untuk memastikan kesejahteraan
rakyat. Dalam konteks ini, walaupun berdepan dengan kedudukan
kewangan yang mencabar, peruntukan untuk kesihatan tetap
ditingkatkan. Bagi tahun 2019, Kementerian Kesihatan diperuntukkan
RM28.5 bilion berbanding RM26.5 bilion untuk tahun 2018. Tambahan,
Kerajaan juga telah mengumumkan inisiatif MySalam yang dibiayai di luar
belanjawan menerusi sumbangan RM2 bilion dari sektor swasta.
MySalam memberi perlindungan kesihatan berasaskan konsep takaful
SOALAN: 84
untuk golongan B40 yang menghidap penyakit kritikal seperti kanser, sakit
jantung atau kegagalan buah pinggang yang memerlukan dialisis.
SOALAN: 37
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB LAKSAMANA PERTAMA (B) HAJI
MOHAMAD IMRAN BIN ABD HAMID
Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid minta
MENTERI BELIA DAN SUKAN menyatakan apakah tindakan Kementerian
dalam memandang serius mengenai anak muda terutama dalam kalangan
Melayu yang terjebak dengan pengaruh dadah dan LGBT dalam usaha
Kerajaan membantu menangani masalah ini.
SOALAN: 37
JAWAPAN
Yang di-Pertua,
1. Bagi mengangani isu penyalahgunaan dadah, Kementerian Belia dan
Sukan (KBS) telah bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah
Kebangsaan (AADK), Kementerian Dalam Negeri dan badan-badan
bukan kerajaan (NGO) dengan melaksanakan pelbagai program
pencegahan dadah bagi meningkatkan jati diri dan memupuk
semangat kesukarelawanan kepada belia berisiko. Antara program
yang dianjurkan oleh KBS ialah:
(a) Program Inspirasi Anak Muda (I AM);
(b) Majlis Pelancaran Hari Belia Bebas Dadah;
(c) Youth Care Youth Free;
(d) The More You Use The Less You Live;
(e) Program Riben Kuning - #PeluangKedua;
(f) Skills Training At Risk @Youth” atau STAR@U;
(g) Showcase of Talent @ Sekretariat Rakan Muda IPT (Khidmat
Komuniti Kampus); dan
(h) Kem Pengukuhan Jati Diri.
2. Manakala di peringkat AADK pula, kerajaan telah melaksanakan
program pencegahan melalui empat (4) program berstruktur yang
utama iaitu:
SOALAN: 37
(a) Program Keluarga Bebas Dadah, khususnya program Family
on Alert (FOA). Pengisian program ini terdiri daripada ceramah
anti dadah dan keibubapaan, pameran anti dadah, aktiviti
berkumpulan dan tayangan video.
(b) Program Institusi Pendidikan Bebas Dadah yang terdiri
daripada Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR),
Tomorrow’s Leader dan Program Sayangi Hidup Elak Derita
Selamanya (SHIELDS) sebagai langkah pencegahan awal
kepada pelajar-pelajar sekolah di peringkat rendah, menengah
dan pengajian tinggi.
(c) Program Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) yang memberi
fokus kepada golongan sasar kakitangan awam dan swasta.
(d) Program Sukses, Matang, Aktif, Rasional, Tanggungjawab
(SMART) untuk membimbing dan mendidik belia bagi
meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta kesedaran
tentang bahaya dadah dan cara hidup yang positif.
3. Pendekatan Perkembangan (Developmental Approach) juga telah
diguna pakai dalam program pendidikan pencegahan. Pendekatan ini
adalah berasaskan teori bahawa perkembangan manusia pada
setiap tahap adalah berbeza dari sudut psikologi, fisiologi dan emosi.
Melalui pemahaman ini, strategi pencegahan dirangka mengikut
keperluan kumpulan sasaran, faktor pelindung dan faktor risiko yang
dihadapi. Pendekatan ini merupakan penambahbaikan kepada
program pencegahan konvensional yang bersifat informatif iaitu
SOALAN: 37
memberi maklumat dalam ceramah, seminar, poster, pameran dan
risalah. Pelaksanaan Pendekatan Perkembangan ini dilihat dapat
memberi mesej pencegahan dadah yang lebih menepati keperluan
kumpulan sasar dan membolehkan mesej anti dadah disampaikan
dengan lebih berkesan.
4. Sesuai dengan kumpulan sasar iaitu golongan remaja atau pelajar
sekolah, pihak kerajaan melalui AADK turut menggunakan kehebatan
media digital sebagai alat penyebaran maklumat pendidikan
pencegahan dadah bagi meningkatkan kesedaran awam kepada
semua lapisan masyarakat. Laman-laman internet dan media sosial
seperti Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, blog dan laman web
pencegahan AADK dimanfaatkan bagi membolehkan mesej anti
dadah disampaikan kepada golongan muda ini.
5. AADK turut melaksanakan langkah-langkah lain iaitu dengan
melaksanakan Program Community Empowerment yang berasaskan
komuniti dengan menggerakkan masyarakat setempat serta NGO
dalam menangani permasalahan penagihan dadah menerusi
peranan yang perlu dimainkan oleh masyarakat termasuk:
(a) Penerimaan, iaitu masyarakat bersedia menerima penagih
dadah yang sedang menjalani kepulihan (recovering addicts);
(b) Membantu dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada
recovering addicts;
SOALAN: 37
(c) Sokongan sosial sama ada daripada keluarga, pemimpin
komuniti dan masyarakat umum terhadap recovering addicts;
dan
(d) Menerima secara berterusan terhadap perjalanan kepulihan
(recovery journey) recovering addicts supaya mereka tidak
dipengaruhi oleh faktor-faktor pengulangan penyalahgunaan
dadah (relapse).
6. Bagi menangani masalah pengedaran dan penyeludupan dadah,
pelaksanaan strategi dan tindakan penguatkuasaan yang berterusan
oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diambil seperti berikut:
(a) Meningkatkan kerjasama dengan lain-lain agensi
penguatkuasaan tempatan dan antarabangsa dalam berkongsi
maklumat risikan dan menjalankan operasi bersepadu;
(b) Menjalankan risikan terperinci untuk mengesan dan mengambil
tindakan undang-undang ke atas sindiket dan pengedar dadah
yang terlibat;
(c) Memperkasakan penguatkuasaan dan risikan di kawasan
sempadan negara melalui kerjasama antarabangsa dengan
pihak berkuasa Thailand dengan penubuhan Sekretariat
Nukleus Narkotik (SNN) di sempadan Kelantan, Kedah, Perlis
dan Perak; dan
SOALAN: 37
(d) Penubuhan Unit Teknikal Imbasan Kenderaan (UTIK) yang
ditempatkan di pintu masuk sempadan Malaysia dan Thailand
untuk membanteras dan mengesan penyeludupan dadah di
pintu masuk sempadan negara.
7. Bagi menangani anak muda terjebak dengan LGBT pula, KBS
bekerjasama dengan pihak Jakim sebagai Ahli Jawatakuasa
Bertindak/ Penyelarasan Pelan Tindakan Menangani Gejala Sosial
Perlakuan LGBT 2017 – 2021. Antara program yang dilaksanakan
oleh pihak JAKIM ialah:
(a) Aktiviti temuseru (outreach)
Aktiviti ini dilaksanakan di kawasan yang dikenal pasti serta
mengajak mereka yang beragama Islam menyertai program
rawatan dan pemulihan (‘Ilaj wa Syifa’) secara sukarela.
(b) Program Mukhayyam
Program ini adalah susulan dari aktiviti outreach yang bertujuan
untuk membimbing dan memberikan kesedaran kerohanian/
spiritual terhadap golongan LGBT melalui pendekatan agama
untuk mereka menghadapi cabaran hidup serta kembali kepada
kehidupan fitrah. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama
Jabatan Agama Islam Negeri-negeri (JAIN) dan Pertubuhan
Bukan Kerajaan (NGO) serta Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM).
SOALAN: 37
(c) Usrah dan Kelas Pengajian
Program ini merupakan aktiviti susulan sebagai suatu bentuk
sokongan dan bimbingan yang berterusan (peer support) agar
kesedaran melakukan perubahan adalah berpanjangan.
(d) Program Pendidikan dan Advokasi Berkaitan Isu LGBT
Program dalam bentuk seminar yang mensasarkan masyarakat
awam termasuk pelajar-pelajar sekolah, Universiti Awam (UA)
dan Universiti Swasta (US), kaunselor sekolah/UA/US, ibu
bapa, sukarelawan sosial Islam, staf kesihatan dan wakil NGO
sosial Islam. Seminar ini akan membincangkan isu LGBT dari
aspek psikososial, psikologikal, psikospritual dan kesihatan
agar peserta mendapat maklumat dan kemahiran yang tepat
bagi menghindari perlakuan LGBT serta membantu golongan
yang terlibat untuk meninggalkan perlakuan LGBT.
(e) E-Book Panduan HIjrah Diri
E-book Panduan Hijrah Diri bagi mereka yang mengalami
permasalahan LGBT yang boleh dimuat turun di Google
Playstore. E-book ini mengandungi Hadith Sahih berkenaan
perlakuan LGBT serta risalah memahami LGBT daripada
perspektif seorang Muslim”.
SOALAN: 37
8. Di samping itu, KBS turut melaksanakan program pembangunan
sahsiah anak muda turut dilaksanakan bagi memberi kesedaran
tentang LGBT dari sudut keagamaan seperti Program Modal Insan
[Fit Masjid, Kem Pemantapan Kepimpinan Muda (kerjasama dengan
YADIM), Kem Solat Sempurna dan Kem Cahaya Harapan (Fardhu
Ain & Fardhu Kifayah).
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 34
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB LAKSAMANA PERTAMA (B) HAJI
MOHAMAD IMRAN BIN ABD HAMID
Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid minta
MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan apakah usaha Kerajaan dalam
meningkatkan had laju kereta di atas lebuh raya kepada 130 km/jam oleh
kerana keadaan kereta sekarang yang baik dan kualiti jalan yang setaraf
seperti lebuh raya di Jerman yang tiada had laju dikenakan ke atas
kenderaan di sana.
SOALAN: 34
JAWAPAN
Tuan Yang Di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini Kementerian ini tidak
mempunyai perancangan untuk menambah had laju lebuhraya daripada 110
km/j kepada 130km/j. Seperti yang Ahli Yang Berhormat sedia maklum,
kriteria penetapan had laju kenderaan di jalan raya dan lebuhraya di
Malaysia bertujuan untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya
dan lebuhraya.
Oleh itu, penentuan had laju sesuatu jalan itu telah diwartakan dengan
mengambilkira rekabentuk, jumlah trafik, pembangunan di sepanjang jalan,
keadaan pemanduan semasa pengguna jalan, dan tahap risiko untuk
berlakunya kemalangan. Walaupun terdapat lebuhraya di negara ini yang
direkabentuk untuk kelajuan melebihi 110 km/j, namun had laju yang
diwartakan oleh kerajaan masih kekal pada tahap maksimum 110 km/j.
Sehubungan itu, berdasarkan statistik kemalangan jalan raya yang masih
tinggi di negara ini dan implikasi kos yang mungkin terlibat di dalam
menaiktaraf geometrik jalan yang terlibat, kerajaan tidak berhasrat untuk
menaikkan had laju kebangsaan yang telah diwartakan iaitu 90 km/j di jalan
persekutuan dan jalan negeri, dan 110 km/j di lebuhraya.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 36
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB LAKSAMANA PERTAMA (B) HAJI
MOHAMAD IMRAN BIN ABD HAMID
Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid minta
MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan apakah tindakan Kementerian
untuk membantu bekas graduan yang banyak menganggur dan tidak
mendapat pekerjaan mengikut kelulusan mereka seperti yang tertera di
dalam manifesto Pakatan Harapan sebelum ini.
SOALAN: 36
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Kementerian Sumber Manusia (KSM), melalui Jabatan Tenaga Kerja
(JTK) telah melaksanakan pelbagai program untuk membantu para pencari
kerja bagi mendapatkan pekerjaan di negara ini. Antara program yang
telah dilaksanakan ialah penganjuran Karnival Pekerjaan di peringkat
kebangsaan, negeri dan daerah di seluruh negara yang diadakan
sepanjang tahun. Penganjuran Karnival Pekerjaan tersebut di di seluruh
negara bagi memudahkan para pencari kerja termasuklah bakal graduan,
lepasan graduan, belia dan golongan khas untuk dipadankan dengan
kekosongan jawatan yang ditawarkan.
2. Kementerian telah menaik taraf Sistem Portal Pekerjaan
JobsMalaysia 2.0 di bawah projek pembangunan dalam Rancangan
Malaysia Ke-11 (RMKe-11). Pembangunan sistem pemadanan pekerjaan
secara atas talian ini bertujuan meningkatkan penyampaian perkhidmatan
di seluruh negara serta sebagai hub utama pemadanan pekerjaan gerbang
kerjaya di sektor awam dan swasta. Capaian portal baharu itu boleh
menampung hingga 19 juta pengguna berdaftar dan mampu
mengendalikan 40,000 capaian serentak pada satu-satu masa dan juga
dilengkapi dengan ciri ujian minat kerjaya berasaskan psikometrik sebagai
panduan kepada pemohon dalam menentukan kerjaya. JobsMalaysia 2.0
menampilkan ciri pemadanan automatik dan memberikan syor berkenaan
peluang pekerjaan yang sesuai serta tawaran itu diemelkan terus kepada
calon. Sistem baharu ini menggunakan data geospatial bagi mencari
SOALAN: 36
peluang pekerjaan merentasi pemetaan geografik mengikut kawasan
Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen secara visual dan interaktif
yang dipantau oleh pegawai-pegawai jabatan di Jobs Command Centre,
Cyberjaya, akan memudahkan pencari kerja yang mahu mendapatkan
pekerjaan di kawasan tempat tinggalnya atau kawasan tertentu.
3. Kementerian Sumber Manusia (KSM), melalui Jabatan Tenaga Kerja
(JTK) juga melaksanakan pelbagai program untuk membantu pencari baru
yang tamat pengajian atau pencari kerja yang telah bekerja atau telah ada
pengalaman kerja yang ingin bekerja kategori pekerjaan meningkatkan
kerjaya. Antara program yang telah dilaksanakan ialah Penempatan
Melalui Portal JobsMalaysia, Karnival Kerjaya, Client Account, Temuduga
Terbuka, Kerjasama Antara Agensi, Holiday Placement For Student
(HOPS), Penyesuaian Kerjaya, Kembara Kerjaya, Penempatan Dengan
Kerjasama Agensi Pekerjaan Swasta dan Penempatan Golongan Khas.
4. Berdasarkan statistik Portal Jobsmalaysia, Jabatan Tenaga Kerja
pada tahun 2018, sebanyak 93,171 kekosongan aktif yang didaftarkan di
pelbagai kategori pekerjaan. Pada tahun 2018, pihak jabatan telah
melakukan penempatan pekerjaan (jobs placement), seramai 168,677
(98.1%) orang pencari kerja telah berjaya mendapat pekerjaan termasuk
mengisi kekosongan aktif yang didaftarkan dari tahun 2017. Daripada
jumlah tersebut, seramai 47,073 orang siswazah dan 121,604 orang
bukan siswazah telah mendapat pekerjaan melalui 10 Program
Penempatan Pekerjaan yang dilaksanakan oleh jabatan.
SOALAN: 36
5. Sehingga Mac 2019 terdapat sebanyak 282,282 kekosongan
pekerjaan yang didaftarkan majikan yang menawarkan kekosongan
jawatan di pelbagai kategori pekerjaan yang masih aktif. Antara
kekosongan tersebut sebanyak 2,578 kekosongan di kategori pekerjaan
Pengurusan, sebanyak 7,911 pekerjaan di kategori Profesional dan
sebanyak 10,632 pekerjaan di kategori pekerjaan Juruteknik dan
Profesional Bersekutu,
6. Siswazah perlu juga memperlengkapkan diri dengan kompetensi-
kompetensi yang diperlukan oleh pasaran kerja semasa termasuk
kemahiran-kemahiran lain seperti kepimpinan, komunikasi, kemampuan
menyelesaikan masalah dan sebagainya. Nilai tambah (value added) yang
ada pada para pencari kerja adalah antara faktor yang penting dalam
menentukan kebolehpasaran golongan ini dalam bidang pekerjaan dan
secara tidak langsung akan dapat menangani isu pengangguran
dikalangan mereka.
SOALAN: 35
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB LAKSAMANA PERTAMA (B) HAJI
MOHAMAD IMRAN BIN ABD HAMID
Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid minta
MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan apakah
tindakan Kementerian dalam memberi penelitian terhadap masalah yang
dihadapi oleh pemohon kad Pendaftaran Ahli Nelayan melalui Pengurusan
Persatuan Nelayan (ALP) supaya tiada unsur politik dan memudahkan
dalam meluluskan permohonan mereka.
SOALAN: 35
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Persatuan Nelayan Kawasan
(PNK) merupakan persatuan yang ditubuhkan di bawah Akta Persatuan
Nelayan 1972 dan dikawalselia oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
sebagai pendaftar persatuan nelayan. Berdasarkan kepada Akta Persatuan
Nelayan 1972, Bahagian IV, Peraturan 22, pendaftaran ahli nelayan tidak
melibatkan unsur politik. Akta tersebut jelas menyatakan bahawa:
22. (1) Mana-mana orang yang memenuhi syarat-syarat seksyen 11(1)
Akta adalah layak untuk memohon menjadi ahli biasa bagi
sesuatu Persatuan Nelayan Kawasan
(2) Seseorang yang layak boleh disenaraikan sebagai seorang ahli
biasa bagi sesuatu Persatuan Nelayan Kawasan –
(a) apabila ia memohon dalam borang yang ditetapkan oleh
Pendaftar;
(b) apabila ia membayar bayaran masuk dan yuran tahunan bagi
tahun itu;
(c) apabila ia memperolehi sekurang-kurangnya satu sher yang
dikeluarkan oleh Persatuan Nelayan Kawasan menurut
perlembangan dan kaedah-kaedahnya; dan
SOALAN: 35
(d) apabila Lembaga Pengarah meluluskan permohonan itu.
(3) Tiada Lembaga Pengarah yang boleh menolak mana-mana
permohonan untuk menjadi ahli melain pemohon itu telah dengan
tingkah lakunya yang terdahulu menunjukkan bahawa
kemasukannya akan memudharatkan kepentingan Persatuan.
(4) Seseorang pemohon yang ditolak boleh dalam masa dua minggu
setelah diberitahu berkenaan keputusan itu, merayu kepada
Pegawai Penyelia Negeri terhadap keputusan Lembaga Pengarah
itu. Keputusan Pegawai Penyelia Negeri adalah muktamad.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 38
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB LAKSAMANA PERTAMA (B) HAJI
MOHAMAD IMRAN BIN ABD HAMID
Laksamana Pertama (B) Haji Mohamad Imran bin Abd Hamid minta
MENTERI PENDIDIKAN menyatakan adakah Kementerian akan membuat
penilaian semula mengenai Bantuan RM100 yang diberi kepada pelajar
IPT supaya dinaikkan sedikit memandangkan kos buku dan alat tulis yang
mahal.
SOALAN: 38
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi diberikan bertujuan untuk
mengurangkan beban kewangan pelajar di institut pendidikan tinggi.
Kementerian Kewangan melalui siaran media pada 24 Februari 2019
memaklumkan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi akan diteruskan pada
tahun 2019. Bantuan tersebut akan disalurkan menggunakan mekanisme
sedia ada iaitu kad debit Bank Rakyat, yang merupakan penambahbaikan
daripada sistem baucar buku sebelum ini. Bantuan bernilai RM100 seorang
mula disalurkan pada hujung bulan Mac 2019 kepada 1.2 juta pelajar
dengan jumlah peruntukan sebanyak RM120 juta. Penilaian semula
tentang peningkatan kadar Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi sebanyak
RM100 kepada suatu kadar yang baharu adalah bergantung kepada
kedudukan kewangan semasa Kerajaan dan juga mengambil kira
keperluan komitmen-komitmen lain.
SOALAN : 85
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN DARIPADA : YB SENATOR TUAN MOHD YUSMADI BIN MOHD YUSOFF
TUAN MOHD YUSMADI BIN MOHD YUSOFF minta PERDANA
MENTERI menyatakan pendirian Kerajaan terhadap peruntukan
pembekalan dan pembangunan kepada Ahli Dewan Negara.
SOALAN : 85
JAWAPAN: YB DATUK WIRA DR. MD FARID BIN MD RAFIK
TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada dasarnya, penyediaan dan
penyaluran Peruntukan Khas YAB Perdana Menteri adalah atas budi
bicara dan hak prerogative YAB Perdana Menteri. Pertimbangan
berkenaan penyediaan peruntukan ini mengambil kira kedua-kedua faktor
yang dinyatakan tersebut dan berdasarkan kepada kedudukan kewangan
semasa Kerajaan. Buat masa ini, peruntukan khusus Ahli Dewan Negara
masih dalam pertimbangan. Walau bagaimanapun, sekiranya terdapat
keperluan mendesak, permohonan bagi pelaksanaan projek/program
boleh dikemukakan kepada kementerian/agensi yang berkaitan untuk
pertimbangan.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 88
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN MOHD YUSMADI BIN MOHD
YUSOFF
Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff minta MENTERI INDUSTRI
UTAMA menyatakan nama-nama para konsultan dan pakar yang dilantik
dan terma-terma rujukan yang digunakan di dalam melawan kempen anti
sawit oleh Kesatuan Eropah.
SOALAN: 88
JAWAPAN
Dalam usaha untuk melawan kempen anti minyak sawit oleh Kesatuan
Eropah, tidak ada mana-mana konsultan luar yang dilantik melainkan
menggunakan tenaga pakar dalaman Kementerian dan juga agensi di
bawahnya seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Majlis
Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Majlis Pensijilan Minyak Sawit
Malaysia (MPOCC).
Terdapat pelbagai terma rujukan yang digunapakai dalam melawan
kempen anti sawit ini termasuklah terma yang terkandung dalam World
Trade Organization (WTO) dan perjanjian-perjanjian perdagangan bebas
(FTA) yang dibuat dengan negara-negara ahli Kesatuan Eropah.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 87
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN MOHD YUSMADI BIN MOHD
YUSOFF
Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff minta MENTERI LUAR NEGERI
menyatakan pendirian Kerajaan terhadap cadangan agar perbahasan di
Parlimen dibuat terlebih dahulu sebelum mana-mana 'instrument' dan
'treaties' ditandatangani oleh Kerajaan.
SOALAN: 87
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Berhormat Senator Tuan Mohd
Yusmadi bin Mohd Yusoff di atas soalan yang dikemukakan.
Tuan Yang di-Pertua,
2. Untuk makluman Dewan yang mulia ini, perkara-perkara berkaitan
tandatangan dan pelaksanaan instrumen antarabangsa terletak di bawah
kuasa eksekutif Kerajaan Persekutuan sepertimana yang termaktub di
bawah Fasal (1) Perkara 80 Perlembagaan Persekutuan yang dibaca
bersama Perkara 39, Fasal (1) dan (2) Perkara 74 serta Jadual
Kesembilan (Senarai 1 – Senarai Persekutuan), Perkara 1,
Perlembagaan Persekutuan.
3. Oleh yang demikian, adalah menjadi amalan sedia ada menurut
peruntukan-peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan
Persekutuan, sesuatu perkara mengenai isu antarabangsa termasuklah
ratifikasi Konvensyen Antarabangsa akan dilakukan melalui kuasa
Eksekutif dengan persetujuan Jemaah Menteri.
4. Kementerian Luar Negeri sentiasa mendapatkan pandangan yang
menyeluruh dari semua pihak terutamanya Jabatan Peguam Negara
dalam memastikan proses menandatangani dan meratifikasikan sesuatu
konvensyen antarabangsa dilaksanakan berlandaskan prinsip, proses
dan lunas-lunas undang-undang negara yang sedia ada. Peranan
Parlimen dalam perlaksanaan satu-satu konvensyen antarabangsa yang
SOALAN: 87
telah ditandatangani dan diratifikasikan adalah untuk memastikan
pematuhan konvensyen tersebut kepada peruntukan undang-undang
Malaysia, sekiranya perlu.
5. Sehubungan dengan ini, Kementerian berpandangan bahawa
cadangan supaya Parlimen membahaskan isu ratifikasi konvensyen atau
perjanjian antarabangsa sebelum diputuskan oleh Kerajaan adalah satu
usul yang progresif. Walau bagaimanapun, isu ini perlu dipertimbangkan
oleh Kerajaan secara komprehensif memandangkan ianya menyentuh
prosedur dan tatacara dalam menimbang, melulus dan meratifikasikan
konvensyen-konvensyen antarabangsa serta melibatkan satu proses
yang baru (setting a new precedent).
Tuan Yang di-Pertua,
6. Kementerian Luar Negeri sememangnya mengangkat proses
perundingan (consultation) sebagai salah satu proses demokrasi matang
yang wajar diamalkan. Sejak pembukaan Sesi Parlimen ke-14 pada Julai
tahun lalu, YB Menteri Luar Negeri konsisten mencadangkan agar satu
Jawatankuasa Pemilih (Select Committee) mengenai Dasar Luar Negeri
dapat ditubuhkan di Dewan Rakyat bagi memastikan terdapat hubungan
perundingan yang rasmi dan lebih akrab antara institusi legislatif dan
eksekutif dalam membuat sebarang keputusan.
7. Dalam kaitan ini, Kementerian terbuka untuk menyokong sebarang
usaha bagi membincangkan perkara ini dengan lebih lanjut pada masa
dan tempat yang sesuai.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 89
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN MOHD YUSMADI BIN MOHD
YUSOFF
Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff minta MENTERI
PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA menyatakan bantuan-bantuan
kewangan dan bukan kewangan yang disediakan kepada para penganjur
acara pelancongan dan kebudayaan bertaraf antarabangsa yang
berpotensi mengharumkan nama Malaysia.
SOALAN: 89
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menyedari
kepentingan penglibatan penggiat industri dalam merancakkan industri
pelancongan negara melalui pelaksanaan acara-acara pelancongan, seni
dan budaya. Kementerian menerima dan akan menilai permohonan-
permohonan oleh para penganjur dan acara akan dinilai terutamanya
impak program sebelum kerjasama dilaksanakan melalui bantuan
kewangan ataupun bantuan lain seperti logistik penyediaan tempat di
Pusat Pelancongan Malaysia (MaTIC), Istana Budaya, Muzium Negara,
Balai Seni Negara dan lain-lain. Selain itu, Kementerian juga melalui
Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia)
membantu dari segi promosi dan hebahan acara pelancongan.
Pada tahun 2018, Kementerian ini dengan kerjasama pelbagai
pihak swasta telah melaksanakan 43 acara yang telah dibantu sama ada
dari aspek kewangan atau bukan kewangan. Program- program ini dinilai
oleh Jawatankuasa Penilaian Acara Kementerian dari pelbagai sudut bagi
mengenal pasti acara-acara yang berimpak tinggi untuk bekerjasama.
Antara kerjasama acara bertaraf antarabangsa yang telah dilaksanakan
adalah Penang Bridge International Marathon 2018, Royal Pahang Billfish
International Challenge dan Labuan International Sea Challenge 2018.
Kementerian juga turut membantu Pertubuhan Bukan Kerajaan
yang memohon kerjasama bersama Kementerian bagi pelaksanaan
acara-acara pelancongan yang telah dirancang oleh pertubuhan.
Program-program yang dirancang perlu selaras dengan dasar dan
SOALAN: 89
objektif Kementerian dalam memantapkan industri pelancongan. Program
yang dilaksanakan juga perlu memberi manfaat kepada kumpulan sasar
dan Pertubuhan perlu melepasi syarat-syarat yang ditetapkan antaranya
Pertubuhan tidak berorientasikan keuntungan.
Kementerian juga membantu para penganjur acara pelancongan
dan kebudayaan bertaraf antarabangsa melalui bantuan khidmat nasihat
dan kepakaran dalam penganjuran acara-acara kebudayaan melalui
jabatan dan agensi di bawah sektor kebudayaan seperti Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara, Jabatan Warisan Negara, Jabatan
Muzium Malaysia, Istana Budaya, Kraftangan Malaysia, ASWARA, Balai
Seni Negara, Arkib Negara dan Perpustakaan Negara Malaysia.
Tambahan daripada itu, bermula pada tahun 2017, Kementerian ini
telah diberi mandat oleh Kementerian Kewangan untuk memberi
potongan cukai penajaan mengikut peruntukan Akta Cukai Pendapatan
1967, Subseksyen 34(6)(k) iaitu potongan cukai penajaan kepada
syarikat korporat yang menaja aktiviti seni, budaya dan warisan. Jumlah
potongan cukai yang diberikan adalah sehingga RM700,000.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 86
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN MOHD YUSMADI BIN MOHD
YUSOFF
Tuan Mohd Yusmadi bin Mohd Yusoff minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk
mengukuhkan Ringgit Malaysia berbanding mata wang Singapura dan
Brunei.
SOALAN: 86
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Sehingga 22 April 2019, nilai ringgit telah meningkat sebanyak 0.1
peratus manakala nilai mata wang serantau yang lain telah mencatat di
antara -2.7 peratus dan 2.5 peratus berbanding dolar Amerika Syarikat
(AS). Walau bagaimanapun, ringgit telah menyusut nilai sebanyak 0.3%
berbanding dolar Brunei dan 0.5% berbanding dolar Singapura. Volatiliti
nilai ringgit ini didorong oleh kemerosotan sentimen pelabur dalam
pasaran kewangan dunia berikutan kelemahan prospek pertumbuhan
ekonomi global, ketidaktentuan berkaitan perkembangan geopolitik serta
kebimbangan bon kerajaan Malaysia dikeluarkan daripada World
Government Bond Index (WGBI) oleh FTSE Russell yang menyebabkan
aliran keluar dana asing.
2. Dalam keadaan pasaran kewangan global yang tidak menentu ini,
kadar pertukaran ringgit yang fleksibel memainkan peranan yang penting
sebagai penyerap kejutan luaran tanpa menjejaskan aktiviti ekonomi
domestik. Namun demikian, volatiliti ringgit yang ketara boleh
menjejaskan aktiviti ekonomi berikutan kesukaran sektor perniagaan dan
perindustrian merancang strategi dan mengambil keputusan yang wajar.
Oleh itu, Kerajaan akan sentiasa memastikan keadaan pasaran
kewangan lebih lancar dan mengambil langkah proaktif dengan
memperkenalkan pelbagai langkah untuk memastikan kecairan yang
mencukupi, pasaran yang berdaya tahan dan mengurangkan aktiviti
spekulasi dalam pasaran.
Tuan Yang di-Pertua,
SOALAN: 86
3. Langkah tersebut termasuk penetapan syarat supaya sebahagian
besar hasil eksport dalam mata wang asing ditukarkan kepada ringgit.
Langkah ini bertujuan menambahkan mudah tunai wang asing dalam
pasaran dalam negeri dan peningkatan penguatkuasaan ke atas
peraturan tukaran asing sedia ada bagi mencegah mata wang ringgit
diniagakan di luar pesisir bagi mengekang aktiviti spekulasi.
4. Dalam jangka masa panjang, nilai ringgit akan didorong
terutamanya oleh kekuatan asas ekonomi negara. Sehubungan itu,
Kerajaan akan terus menumpukan usaha untuk meningkatkan daya tahan
ekonomi dengan mempelbagaikan sumber ekonomi, memperkukuh daya
saing ekonomi dan kedudukan fiskal negara. Dengan ini, prestasi ringgit
akan terus meningkat seiring dengan pengukuhan asas ekonomi negara
dan pasaran kewangan global.
SOALAN: 136
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATO' CHAI KIM SEN
Dato' Chai Kim Sen minta PERDANA MENTERI menyatakan adakah
parti-parti politik dibenarkan untuk menggunakan bangunan-bangunan
awam seperti sekolah, dewan orang ramai atau komuniti, balai raya
sebagai bilik operasi ketika kempen pilihan raya. Jika tidak, apakah
kesalahan dan hukuman yang dikenakan mengikut Akta Kesalahan
Pilihanraya (Akta 5).
SOALAN: 136
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, seseorang calon yang bertanding
atau Ejen Pilihan Rayanya boleh membuka atau menubuhkan
pejabat/bilik operasi semasa tempoh berkempen selaras dengan
Seksyen 14(1)(b) dan Seksyen 24B(2) Akta Kesalahan Pilihan Raya
1954 (Akta 5) seperti berikut:
Seksyen 14(1)(b) Akta 5
“Menyewa tiap-tiap bilik jawatankuasa yang disewa bagi pihak calon
itu.”
Seksyen 24B(2) Akta 5
“Seseorang calon atau ejen pilihan rayanya boleh, semasa tempoh
berkempen, membuka atau menubuhkan atau menyenggarakan
pejabat di dalam bahagian pilihan raya yang baginya calon itu
bertanding bagi maksud kempennya dalam sesuatu pilihan raya.”
Berhubung dengan penggunaan bangunan-bangunan awam sebagai bilik
operasi ketika kempen pilihan raya, ia adalah tertakluk kepada
kelulusan yang diberikan oleh pemilik premis berkenaan.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 137
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATO' CHAI KIM SEN
Dato' Chai Kim Sen minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah
justifikasi Kerajaan yang masih meneruskan pelantikan politik individu
sebagai pengerusi atau ahli lembaga pengarah dalam Badan Berkanun,
Syarikat Milik Kerajaan (SOEs), Syarikat Terhad Dengan Jaminan
(CLBG) dengan dasar seperti mengawal, dan mengurangkan pengaruh
tetapi bukan menghentikan amalan ini.
SOALAN: 137
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebagai sebahagian usaha
menambahbaik tadbir urus dan integriti Syarikat-syarikat Berkaitan
Kerajaan (GLC), tiada lantikan politik dibuat sejak 9 Mei 2018, melainkan
terdapat keperluan yang munasabah.
Semua pelantikan ahli Lembaga Pengarah GLC dibuat berdasarkan merit
dengan mengambilkira kelayakan profesional, pengalaman serta
kemahiran yang bersesuaian dengan operasi dan bidang syarikat yang
berkaitan.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 139
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATO' CHAI KIM SEN
Dato' Chai Kim Sen minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan jumlah
bayaran yang telah dibayar oleh Kerajaan kepada konsesi-konsesi tol
untuk menangguhkan kenaikan harga tol serta apakah hasil kajian
menyeluruh Kementerian terhadap konsesi tol untuk pengetahuan umum.
SOALAN: 139
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, jumlah pampasan yang
telah dibayar dari tahun 1990 sehingga 2018 untuk menangguhkan
kenaikan kadar tol adalah sebanyak RM5,560 juta. Kerajaan telah
meneliti dan mengambil kira secara mendalam pelbagai faktor serta
implikasi yang mungkin akan timbul akibat dari cadangan penghapusan
tol lebuh raya di negara ini. Sehubungan itu, Kerajaan bersetuju untuk
menangguhkan dahulu cadangan penghapusan tol sehingga keadaan
ekonomi negara benar-benar stabil dan mengizinkan.
Dalam masa yang sama, Kementerian Kerja Raya telah melantik juru
perunding audit bebas bertauliah pada 28 Januari 2019 bagi membantu
Kerajaan menganalisa data dan cadangan berkenaan. Ini termasuklah
mengemukakan cadangan mengurangkan beban tol secara jangka
pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Hasil kajian dijangka
akan dibentangkan untuk pertimbangan dan persetujuan Jemaah Menteri
pada bulan Jun 2019 nanti.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 140
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATO' CHAI KIM SEN
Dato' Chai Kim Sen minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN
TEMPATAN menyatakan apakah inisiatif Kementerian untuk
meningkatkan kadar kitar semula negara serta apakah langkah-langkah
penguatkuasaan Kerajaan terhadap penduduk perumahan yang tidak
mengasingkan sisa kitar semula.
SOALAN: 140
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
a) Inisiatif KPKT untuk meningkatkan kadar kitar semula negara
1. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Perbadanan Pengurusan Sisa
Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah melaksanakan
pelbagai inisiatif menerusi kempen dan program 3R (Reduce,
Reuse dan Recycle) secara bersepadu dan berterusan
merangkumi aspek berikut:
a) Kempen Kesedaran dan Promosi Faedah 3R
- Pemasangan billboard dan iklan di pengangkutan awam.
- Iklan di televisyen dan radio.
- Kempen berterusan di media sosial.
b) Pendidikan
- Modul Latihan Kelab Kitar Semula Sekolah Rendah dan
Menengah.
- Modul Pengajaran dan Pembelajaran Pengurusan Sisa
Pepejal dan Amalan 3R Merentas Kurikulum Prasekolah.
- Sesi ceramah dan pameran.
c) Program Keterlibatan
- Pertandingan Kitar Semula Sekolah-Sekolah Peringkat
Kebangsaan (PerKISS).
SOALAN: 140
- Pertandingan membina arca daripada barangan kitar
semula (Pertandingan Sculpture).
- Program Drive Thru, 3R bersama industri dan pejabat
kerajaan.
- Program 3R di pejabat kerajaan.
d) Mendaya Masyarakat
- Penubuhan Kelab Kitar Semula.
- Kempen di sekolah dan komuniti sifar sisa pepejal.
- Pengkomposan sisa makanan dan “Value Food No Waste”.
- Pembangunan mesin kitar semula “Smart Recycle Bin”
bersama Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
e) Inisiatif sisa sebagai sumber (Waste to Resource)
- Syarikat konsesi mempunyai program untuk memberi
ganjaran dalam bentuk wang ringgit atau bayaran ke atas
barangan kitar semula yang dikumpulkan.
i. Alam Flora Sdn. Bhd. (3R on Wheels dan Kad Mesra)
ii. SWM Environment Sdn. Bhd. (KITAR3cycle)
iii. Environment Idaman Sdn. Bhd. (Recycle for Life)
2. Hasil daripada pelaksanaan kempen dan program tersebut telah
menyumbang kepada peningkatan kadar kitar semula kebangsaan
setiap tahun iaitu 17.5% pada tahun 2016 kepada 21% pada tahun
2017, seterusnya 24.6% pada tahun 2018 dan 28.06% pada tahun
2019.
SOALAN: 140
3. Daripada pencapaian tersebut, jumlah sisa kitar semula yang
berjaya dikumpul adalah sebanyak 2.6 juta tan (tahun 2015), 2.8
juta tan (tahun 2016), 3.3 juta tan (tahun 2017) dan 3.8 juta tan
(tahun 2018).
b) Langkah-langkah penguatkuasaan terhadap Pengasingan Sisa
Pepejal Di Punca
4. Untuk makluman Yang Berhormat, selaras dengan
penguatkuasaan Pengasingan Sisa Pepejal Di Punca bermula
1 Jun 2016 di negeri-negeri yang mengguna pakai Akta Pengurusan
Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) iaitu Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor, Melaka, Negeri
Sembilan, Pahang, Kedah dan Perlis, isi rumah perlu
mengasingkan sisa kitar semula mengikut kategori iaitu kertas,
plastik dan lain-lain bahan kitar semula.
5. Penguatkuasaan ini dilaksanakan secara berperingkat seperti
berikut:
FASA DAN TEMPOH PERINCIAN
Fasa Pertama
Awal tahun 2015 - 31 Ogos
2015
Pemakluman kepada masyarakat
berhubung pelaksanaan
Pengasingan Sisa Pepejal Di
Punca.
Fasa Kedua
1 September 2015 - 31 Mei
2016
Surat Peringatan Mesra
dikeluarkan kepada premis yang
gagal melaksanakan
pengasingan sisa pepejal.
Fasa Ketiga
1 Jun 2016
Notis Pemberitahuan Kesalahan
dan Tindakan Penguatkuasaan
SOALAN: 140
diambil di bawah Peraturan-
peraturan Pengurusan Sisa
Pepejal dan Pembersihan Awam
2016.
6. Kegagalan isi rumah mengasingkan sisa kitar semula selepas 1 Jun
2016 akan menyebabkan mereka berdepan dengan tindakan
undang-undang.
7. Bagi kediaman bertanah, kadar kompaun yang akan dikenakan
adalah sebanyak RM50.00 (kesalahan pertama), RM100.00
(kesalahan kedua) dan RM500.00 (kesalahan ketiga dan
seterusnya). Manakala bagi kediaman bertingkat RM100.00
(kesalahan pertama), RM200.00 (kesalahan kedua) dan RM500.00
(kesalahan ketiga dan seterusnya).
8. Sekiranya kompaun gagal dijelaskan dalam tempoh yang
ditetapkan, KPKT akan membawa kes ini ke mahkamah untuk
disabitkan kesalahan dan jika didapati bersalah boleh didenda
sehingga maksimum RM1,000.00.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 138
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATO' CHAI KIM SEN
Dato' Chai Kim Sen minta PERDANA MENTERI menyatakan sama ada
geran peruntukan sebanyak RM20 juta untuk projek kereta nasional
ketiga sebenarnya adalah untuk membantu syarikat berkaitan Kerajaan
seperti Sil Terra Malaysia Sdn. Bhd yang pernah mengalami kerugian
berjumlah RM7.3 bilion pada tahun 2011.
SOALAN: 138
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Projek kereta nasional baharu adalah inisiatif dan akan dibiayai
sepenuhnya oleh pihak swasta. Projek kereta nasional baru bukan hanya
mewujudkan sebuah kereta tetapi mengambil kesempatan daripada
bakat dan sumber yang ada untuk mewujudkan pemangkin bagi
pembangunan ekosistem di mana usahawan, perniagaan dan industri
dapat berkembang.
Ianya secara tidak langsung dapat mewujudkan peluang-peluang
pekerjaan terutamanya kepada belia-belia tempatan dalam bidang
kejuruteraan dimana iannya adalah salah satu kunci penting kepada
Malaysia untuk menjadi negara pengeluar.
Kecemerlangan dalam sektor automotif akan menjadi batu loncatan
kepada sektor pembuatan dan kejuruteraan peringkat tinggi seperti
industri aeroangkasa yang pada masa ini telah menjana pendapatan
kepada negara lebih daripada RM14 billion dan telah mewujudkan 24,500
pekerja mahir pada tahun 2018.
Kesediaan pihak swasta seperti SilTerra Malaysia Sdn Bhd (SilTerra
Malaysia) yang bersedia untuk menawarkan kepakarannya dalam projek
kereta nasional baharu adalah amat dialu-alukan.
SilTerra adalah anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd,
mampu menghasilkan komponen kereta berikutan ia mempunyai
SOALAN: 138
pengalaman yang luas dalam pembuatan cip semikonduktor dalam
pelbagai industri selama lebih dua dekad.
Baru-baru ini, SilTerra turut memperoleh pensijilan Pasukan Petugas
Automotif Antarabangsa patuh automotif terkemuka di dunia yang
memberi laluan kepada Silterra untuk mengembangkan lagi sayapnya,
menumpukan kepada teknologi maju bertaraf dunia dalam sektor
automotif.
Memandangkan SilTerra juga adalah sebahagian daripada Khazanah
Nasional, ia juga memainkan peranan penting dalam kepentingan
strategik negara, dengan menjadi pemangkin kepada pelaburan teknologi
tinggi di Malaysia. Sehingga kini, SilTerra mempunyai purata pendapatan
sebanyak RM600 juta dan keuntungan sebanyak RM60 juta, untuk tiga
tahun berturut-turut.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 42
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN ALAN LING SIE KIONG
Tuan Alan Ling Sie Kiong minta PERDANA MENTERI menyatakan
laporkan perkembangan terkini mengenai cadangan Kerajaan menubuhkan
Jawatankuasa pemilih bagi bertanggungjawab memperakukan pelantikan
jawatan utama di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR), Jabatan Audit Negara dan Suruhanjaya Pelantikan
Kehakiman.
SOALAN: 42
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat pada 16 Ogos 2018 telah pun meluluskan
enam (6) Jawatankuasa Pilihan Khas sebagai perintis berdasarkan hala tuju
negara iaitu:
a. Jawatankuasa Pilihan Khas Menimbang Rang Undang-Undang;
b. Jawatankuasa Pilihan Khas Bajet;
c. Jawatankuasa Pilihan Khas Pertahanan dan Hal Ehwal Dalam Negeri;
d. Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi dan Kesaksamaan Gender;
e. Jawatankuasa Pilihan Khas Hubungan Antara Negeri-Negeri
Persekutuan; dan
f. Jawatankuasa Pilihan Khas Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama
Perkhidmatan Awam.
Jawatankuasa Pilihan Khas Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama
Perkhidmatan Awam telah bermesyuarat kali pertama pada hari Rabu, 30
Januari 2019 yang membincangkan terma rujukan bagi Jawatankuasa
Pilihan Khas Untuk Melantik Jawatan-Jawatan Utama Perkhidmatan Awam
secara lebih terperinci.
Jawatankuasa Pilihan Khas ini seterusnya telah mengadakan mesyuarat kali
kedua pada hari Rabu, 10 April 2019 untuk mendengar pembentangan
SOALAN: 42
taklimat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mengenai “Bidang Kuasa
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Dalam Pelantikan Awam”.
SOALAN: 43
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN ALAN LING SIE KIONG
Tuan Alan Ling Sie Kiong minta PERDANA MENTERI menyatakan
rancangan, aktiviti dan reformasi yang dijalankan oleh Jabatan Perpaduan
Negara dan Integrasi Nasional dalam usaha memperkukuhkan perpaduan
dan keharmonian negara di bawah pemerintahan Kerajaan Pakatan
Harapan.
SOALAN: 43
JAWAPAN
Yang di-Pertua,
Pentas politik negara buat pertama kalinya menyaksikan satu sejarah
baharu tercipta apabila baton kepimpinan negara bertukar tangan dari
kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada Pakatan Harapan (PH) selepas 61
tahun pemerintahan BN.
Walaupun kali pertama dalam sejarah negara menyaksikan berlakunya
pertukaran kerajaan di peringkat Persekutuan, kematangan rakyat dalam
menerima perubahan menjadikan proses peralihan kerajaan berjalan
dengan lancar. Peralihan kuasa yang berlaku dalam keadaan tenang
selepas PRU-14 membuktikan sikap terbuka pemimpin politik di negara ini
yang menerima amalan demokrasi dan sikap rakyat Malaysia yang cintakan
keamanan dan kedamaian.
Bagi terus memelihara keamanan dan kesejahteraan negara, Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PERPADUAN) di bawah
pemerintahan Kerajaan Pakatan Harapan telah dan sedang melaksanakan
beberapa rancangan, aktiviti dan reformasi dalam usaha memperkukuhkan
perpaduan dan keharmonian negara. Di antaranya adalah:
a) memberikan akses awam kepada Blueprint - Pelan Perpaduan,
Kesepaduan dan Penyatupaduan Malaysia (PPKPM) yang telah
disiapkan oleh Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) untuk
mendapatkan maklum balas orang ramai sebagai asas dan panduan
SOALAN: 43
dalam merangka Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN) yang
bersifat holistik, konkrit dan inklusif merentasi semua kementerian dan
agensi kerajaan bagi menjayakan pelaksanaan PPKPM tersebut.
b) menjenamakan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kepada
Majlis Perundingan Keharmonian Rakyat (MPKR) bagi memperkukuh
perpaduan dan integrasi nasional. Langkah penubuhan MPKR
bertujuan mempromosikan Malaysia di peringkat global sebagai model
negara moderat yang berjaya menjaga keharmonian antara kaum dan
agama dan berfungsi sebagai platform untuk percambahan fikiran dan
rekonsiliasi antara kaum dan agama.
c) mendapatkan dan mengumpul pandangan serta maklum balas
daripada semua pihak yang berkepentingan berhubung dengan
cadangan menggubal Akta Suruhanjaya Keharmonian Nasional yang
akan melaksanakan fungsi:
i) memupuk kesedaran dan pendidikan yang berhubungan dengan
keharmonian, perpaduan, integrasi dan kesamarataan.
ii) untuk menasihati, membantu dan mengesyorkan kepada
Kerajaan langkah-langkah ke arah perpaduan nasional,
integrasi, tanpa diskriminasi dan kesamarataan.
iii) untuk menyiasat aduan berkenaan dengan diskriminasi dan
mengenalpasti penyelesaian.
SOALAN: 43
d) Membuat pindaan kepada Akta Rukun Tetangga 2012 bertujuan untuk
memperkasakan kepimpinan lebih 8,000 Jawatankuasa Rukun
Tetangga di seluruh negara agar peka dan sensitif terhadap isu-isu
atau gerakan-gerakan yang sengaja mengancam untuk
memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian rakyat.
e) Meneruskan pelaksanaan program dan aktiviti mempromosikan
persefahaman dan keharmonian serta toleransi di kalangan penganut-
penganut agama seperti Sambutan World Interfaith Harmony Week,
International Day for Tolerance, Dialog Harmoni dan lain-lain melalui
Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Di
Kalangan Penganut Agama (JKMPKA).
f) Melatih pemimpin masyarakat dengan kemahiran sebagai pengantara
(mediator) komuniti untuk mencari penyelesaian terhadap isu-isu
perkauman dan agama yang boleh menyebabkan perpecahan kaum
dan memupuk pendamaian di peringkat akar umbi.
g) meningkatkan penghayatan dan pengamalan prinsip-prinsip Rukun
Negara kepada pelajar-pelajar sekolah di 6,458 Kelab Rukun Negara
(KRN) di sekolah rendah dan menengah dan 164 Sekretariat Rukun
Negara (SRN) di peringkat institusi pengajian tinggi di seluruh negara.
h) menggalakkan silang kerjaya dan kefahaman budaya di syarikat-
syarikat milik bumiputera dan bukan bumiputera melalui penyertaan
mahasiswa bumiputera dan bukan bumiputera di dalam Program
Latihan Industri Perpaduan (PLIP).
SOALAN: 43
i) Menyemai nilai-nilai murni kepada lebih 35,000 orang kanak-kanak di
bawah umur 6 tahun melalui 1,781 buah Tabika Perpaduan di seluruh
negara untuk melahirkan rakyat Malaysia yang dapat memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.
j) Menyebar luas mesej dan slogan perpaduan agar membudayakan
perpaduan dan meraikan kepelbagaian melalui penglibatan syarikat-
syarikat swasta, GLC dan badan bukan kerajaan (NGO).
k) Menganjurkan program dan aktiviti perpaduan dan kebudayaan
pelbagai kaum dengan kerjasama badan-badan bukan kerajaan
(NGO) dan badan masyarakat sivil (CSO) secara berterusan yang
bertujuan membentuk sebuah bangsa Malaysia yang bersatu padu
dengan memberi penekanan untuk meningkatkan kesedaran,
penghayatan dan amalan nilai-nilai murni kepada kumpulan sasar
seperti kanak-kanak, pelajar, belia, wanita dan akhirnya merangkumi
semua lapisan masyarakat.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 47
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM
Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan bilangan penagih dadah tegar pil kuda di seluruh negara
(mengikut negeri) dan apakah perancangan yang lebih berkesan dapat
diambil untuk merawat dan membendung gejala penagihan tegar pil kuda
ini.
SOALAN: 47
JAWAPAN
Tuan Yang Di-pertua,
Bilangan penagaih pil kuda yang juga dikenali sebagai methamphetamine
atau dikenali sebagai syabu, ice dan batu yang dikesan pada tahun 2018
adalah seramai 4,853 orang. Negeri Kelantan seramai 2,305, Pahang
seramai 944 orang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seramai 854 orang,
Perlis seramai 401 orang, Kedah seramai 401 orang, Kedah 323 orang,
Pulau Pinang seramai 7 orang, Johor 3 orang, Perak 3 orang, Sarawak 3
orang, Selangor 3 orang, W.P.Putrajaya 3 orang, Terengganu 2
orang,Melaka 1 orang dan Negeri Sembilan 1 orang.
Bagi membendung masalah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah
mengambil langkah-langkah seperti berikut:
i) mempertingkatkan operasi di kawasan hot spot dan juga daerah-daerah
yang dikenal pasti jumlah penagihan pil kuda yang tinggi melalui ops
sarang;
ii) penguatkuasaan di sempadan negara dengan berkerjasama dengan
agensi penguatkuasaan di kawasan sempadan bagi mengekang
penyeludupan dadah termasuklah pil kuda; dan
iii) menempatkan pegawai perhubungan sekolah di setiap sekolah bagi
memantau para pelajar agar tidak terlibat dengan masalah jenayah
termasuklah pengedaran dan penyalahgunaan dadah.
SOALAN: 47
Selain tindakan penguatkuasaan ini, program-program pendidikan
pencegahan juga dilaksanakan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
bagi golongan pelajar sekolah dan remaja seperti berikut:
Program Sayangi Hidup Elak Derita (SHIELDS) dilaksanakan di peringkat
Sekolah Menengah bagi meningkatkan kesedaran dan mengupayakan
ketahanan diri pelajar dalam lingkungan umur 13 hingga 18 tahun yang
dikenal pasti berisiko dalam penyalahgunaan dadah. Pada tahun 2018,
sebanyak 167 buah program yang melibatkan 6,680 orang peserta telah
dilaksanakan;
ii) Program SMART (Sukses, Matang, Aktif, Rasional, Tanggungjawab)
dilaksanakan bagi membimbing dan mendidik belia bagi meningkatkan
kemahiran dan pengetahuan serta kesedaran tentang bahaya dadah
dan cara hidup yang positif bagi melahirkan belia yang bebas dadah.
Pada tahun 2018, sebanyak 105 buah program yang melibatkan 4,200
orang peserta telah dilaksanakan; dan
iii) Program Tomorrow’s Leader yang merupakan program berbentuk
kesedaran bahaya dan kesan dadah, dilaksanakan di kalangan pelajar-
pelajar Institusi Pengajian Tinggi melalui seminar, forum dan ceramah
bagi memberi pengetahuan, kesedaran dan kemahiran kepada pelajar
universiti mengenai gaya hidup sihat tanpa dadah. Pada tahun 2018,
sebanyak 220 buah program yang melibatkan 26,480 orang peserta
telah dilaksanakan.
SOALAN: 47
Program kesedaran awam yang lebih agresif juga dilaksanakan menerusi
Pelan Media yang menggunakan pelbagai medium agar mesej antidadah
dapat disampaikan kepada kumpulan sasar, terutamanya remaja dan pelajar
sekolah. Medium-medium pelan media yang digunakan ialah:
i) Media Penyiaran (Televisyen dan radio);
ii) Media Cetak (Suratkhabar);
iii) Media Baru (Facebook, Twitter, YouTube, blog, laman sesawang);
iv) Media Luar (billboard); dan
v) Program Bersemuka (bas pameran dan pameran statik).
Dengan adanya tindakan berterusan melalui strategi penguatkuasaan dan
pendidikan pencegahan oleh PDRM dan AADK ini, masalah dadah di
negara kita terus terkawal dan dapat ditangani dengan lebih berkesan.
SOALAN: 41
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN ALAN LING SIE KIONG
Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan projek-projek yang perumahan
mampu milik yang akan dijalankan di Miri, Sarawak pada tahun 2019
ataupun 2020 dengan butiran tapak projek, saiz tapak, jumlah dan jenis
perumahan dan kontraktor yang terlibat.
SOALAN: 41
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengenal pasti beberapa perancangan
perlaksanaan Rumah Mampu Milik (RMM) di Sarawak bagi tahun 2019
melalui pelaksanaan Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Program
Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM).
2. Melalui pelaksanaan PPR sehingga April 2019, KPKT sedang membina
2 projek (651 unit) di Negeri Sarawak dan 2 projek lagi (961 unit) sedang
dalam peringkat perancangan.
3. Melalui pelaksanaan PPAM pula sehingga 15 April 2019, KPKT sedang
membina 4 projek (915 unit) di Negeri Sarawak dan 1 projek lagi (198
unit) sedang dalam peringkat pra pembinaan.
4. Buat masa ini, hanya terdapat 1 projek (204 unit) Rumah Teres 2 Tingkat
dengan saiz 1,200 kaki persegi berharga RM300,000.00 sahaja sedang
dibangunkan oleh PPAM di Miri iaitu projek Melia Residences @Parkcity
Eastwood.
5. Projek perumahan PPAM ini dimajukan oleh Pantai Bayu Indah Sdn. Bhd.
di atas tanah keseluruhan seluas 89 ekar, yang merupakan sebahagian
dari pelan pembangunan Eastwood Valley, Miri. Projek ini telah
mencecah 56% kemajuan fizikal dengan jangkaan siap pada awal 2020.
SOALAN: 41
6. Melalui Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), terdapat 1 projek
(950 unit) telah dirancang untuk dilaksanakan iaitu di Daerah Lambir,
Miri, Sarawak. Projek ini masih di peringkat perancangan awal dan
pelaksanaannya adalah disasarkan pada tahun 2022.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 40
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN ALAN LING SIE KIONG
Tuan Alan Ling Sie Kiong minta MENTERI PEMBANGUNAN LUAR
BANDAR menyatakan apakah program-program bekalan air luar bandar
yang sedang dijalankan dan akan dijalankan di Sarawak (nyatakan tempoh
bermula) oleh Kementerian dengan butiran kawasan program, peruntukan,
status terkini serta jumlah penduduk luar bandar yang menerima manfaat
daripada program-program tersebut.
SOALAN: 40
JAWAPAN
Tuan Yang Di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat Senator, di bawah RMKe-11 bagi tempoh
dari tahun 2016 hingga tahun 2019 sebanyak 38 projek Bekalan Air Luar
Bandar (BALB) sedang dan akan dilaksanakan. Nilai kos keseluruhan bagi
38 projek tersebut adalah sebanyak RM1.8 billion. Daripada 38 projek
tersebut, 5 projek adalah dalam peringkat pelaksanaan, 8 projek di dalam
proses untuk ditender, 13 projek dalam reka bentuk manakala 12 projek
perlu dibuat semula pelantikan perunding.
Untuk makluman Yang Berhormat, projek-projek Bekalan Air Luar
Bandar Sarawak bagi RMKe-11 yang sedang dilaksanakan di Sarawak
mengikut Parlimen adalah seperti berikut:
Bil. Parlimen Bil Projek
Jumlah
Bilangan
Rumah
1. P193 Santubong 3 561
2. P198 Puncak Borneo 2 1600
3. P199 Serian 1 3523
4. P200 Batang Sadong 1 173
5. P201 Batang Lupar 1 71
6. P202 Sri Aman 2 1869
7. P203 Lubok Antu 3 1289
SOALAN: 40
8. P206 Tanjung Manis 1 331
9. P208 Sarikei 1 65
10. P209 Julau 1 703
11. P210 Kanowit 1 300
12. P211 Lanang 1 248
13. P212 Sibu 1 64
14. P213 Mukah 1 400
15. P214 Selangau 2 2186
16. P215 Kapit 2 1122
17. P216 Hulu Rajang 1 450
18. P217 Bintulu 2 590
19. P218 Sibuti 2 1301
20. P220 Baram 5 8653
21. P221 Limbang 2 973
22. Pelbagai Parlimen 2 403
23. JUMLAH 38 26,875
SOALAN: 93
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATO' ONG CHONG SWEN
Dato' Ong Chong Swen minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan bagaimana Kerajaan akan berbicara dengan Kerajaan
Singapura mengenai isu jambatan, kerana disebabkan jumlah tinggi trafik
maka jambatan yang sedia ada tidak mencukupi.
SOALAN: 93
JAWAPAN
Yang di-Pertua,
Untuk makluman sebarang isu dan projek berkenaan jambatan jalan raya
adalah di bawah seliaan Kementerian Kerja Raya (KKR) dan bukannya di
bawah Kementerian Pengangkutan. Tambahan pula, projek jambatan
yang merentasi sempadan antarabangsa Malaysia dan Singapura
melibatkan isu hubungan dua hala dan kepentingan strategik negara yang
terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Luar Negeri dan Jabatan
Perdana Menteri.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 94
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATO' ONG CHONG SWEN
Dato' Ong Chong Swen minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
apakah status kilang vaksin halal pertama yang bakal menjadikan
Malaysia antara negara pengeluar vaksin utama dunia.
SOALAN: 94
JAWAPAN
Yang di-Pertua,
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ada menerima satu permohonan
AJ Biologics yang bercadang untuk mendirikan kilang farmaseutikal
vaksin dan kelulusan pelan susun atur bagi syarikat telah dikeluarkan
pada 13/06/2017. Walau bagaimanapun, sehingga kini kilang tersebut
masih dalam proses pembinaan serta belum memohon untuk diperiksa
bagi tujuan pengesahan pamatuhan kepada keperluan Amalan
Perkilangan Baik (APB).
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 90
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATO' ONG CHONG SWEN
Dato' Ong Chong Swen minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan
statistik terkini penagih dadah di Malaysia mengikut umur dan negeri.
SOALAN: 90
JAWAPAN
Tuan Yang Dipertua,
Untuk makluman ahli Yang Berhormat dan Dewan yang mulia ini,
berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Sistem Maklumat Dadah
Kebangsaan, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), jumlah
keseluruhan penagih dadah yang dikesan pada tahun 2018 adalah
seramai 25,267orang. Daripada jumlah tersebut, pecahan mengikut umur
dan negeri adalah seperti berikut:
Jadual1: Statistik Penagih Dadah Yang Dikesan Mengikut Negeri
dan Kategori Umur Tahun 2018
NEGERI < 19
TAHUN
20
HINGGA
39
TAHUN
> 40
TAHUN JUMLAH
Pulau Pinang 64 1,137 1,102 2,303
Selangor 105 1,593 530 2,228
Kedah 149 1,993 551 2,693
Terengganu 90 1,552 415 2,057
Kelantan 181 3,104 868 4,153
Perak 67 1,213 540 1,820
Johor 87 1,728 537 2,352
Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur 84 782 357 1,223
Pahang 78 1,264 407 1,749
Negeri Sembilan 45 951 378 1,374
Sabah 54 918 228 1,200
Perlis 53 434 95 582
Melaka 20 503 213 736
Sarawak 54 572 67 693
SOALAN: 90
W.P.Putrajaya 2 27 3 32
W.P. Labuan 2 61 9 72
JUMLAH 1,135 17,832 6,300 25,267
Sumber: AADK
SOALAN: 91
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATO' ONG CHONG SWEN
Dato' Ong Chong Swen minta PERDANA MENTERI menyatakan
adakah Kementerian akan mewujudkan Bahagian Sokongan Keluarga
Negara bagi menguruskan isu nafkah anak dengan efisien.
SOALAN: 91
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bahawa agensi yang
bertanggungjawab untuk mewujudkan Bahagian Sokongan Keluarga
Negara adalah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga Dan
Masyarakat (KPWKM) dan setakat ini ia masih belum diwujudkan.
Walau bagaimanapun, pada masa ini hanya Bahagian Sokongan
Keluarga (BSK) untuk orang Islam sahaja yang telah diwujudkan dan
ditempatkan di Jabatan Kehakiman Syariah Negeri / Mahkamah Syariah
Negeri di bawah seliaan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).
Fungsi Bahagian Sokongan Keluarga (BSK) tersebut adalah
sebagaimana yang berikut :
1) Memberi khidmat nasihat dan perundangan syariah kepada pihak-
pihak terlibat secara khusus berkaitan tuntutan nafkah serta tatacara
penguatkuasaan dan pelaksanaan penghakiman atau perintah
selepas suatu penghakiman atau perintah dibuat oleh Mahkamah
Syariah;
2) Melaksanakan tugas Peguam Syarie dan Bailif dalam pelaksanaan
penghakiman dan penguatkuasaan perintah yang dibuat oleh
Mahkamah Syariah berkaitan dengan nafkah bagi memastikan
sesuatu perintah dapat dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua
pihak;
SOALAN: 91
3) Melaksanakan pengurusan pentadbiran yang berkaitan dengan
penguatkuasaan dan pelaksanaan penghakiman atau perintah
Mahkamah Syariah antara negeri-negeri berjalan dengan lancar
tanpa sebarang halangan; dan
4) Menguruskan bantuan pendahuluan nafkah melalui sumber yang
diharuskan Syarak melalui tapisan kelayakan, laporan unit khidmat
nasihat perundangan untuk pertimbangan Jawatankuasa Akaun
Amanah bagi membantu pemiutang penghakiman terutamanya
isteri dan anak-anak yang menjadi mangsa kegagalan pembayaran
nafkah oleh penghutang penghakiman.
Oleh itu, adalah diharapkan agar Bahagian Sokongan Keluarga Negara
dapat diwujudkan dan direalisasikan bagi kemaslahatan pihak-pihak yang
terlibat untuk menyelesaikan isu nafkah anak dengan efisien.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 92
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATO' ONG CHONG SWEN
Dato' Ong Chong Swen minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,
KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bagaimana Kerajaan
hendak menggesa ibu bapa supaya menggunakan perkhidmatan penjaga
bayi yang sah dan berdaftar untuk mengelak masalah.
SOALAN: 92
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian amat menggalakkan dan memandang serius terhadap
kewajipan ibu bapa untuk menghantar anak ke TASKA yang berdaftar
dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) demi keselamatan dan
perkembangan yang sihat kanak-kanak. Kementerian melalui JKM
sentiasa menggalakkan ibu bapa menghantar anak ke TASKA berdaftar.
Antara usaha yang telah dilakukan adalah:
i. Memastikan status pendaftaran TASKA sentiasa dikemas kini
dalam portal rasmi JKM bagi memudahkan ibu bapa membuat
semakan sebelum menghantar anak ke TASKA;
ii. Melaksanakan Kempen Jom Daftar TASKA bagi meningkatkan
kesedaran ibu bapa dan masyarakat tentang kepentingan TASKA
berdaftar; dan
iii. Menyediakan info grafik panduan pemilihan pengasuh di rumah
yang dilancarkan pada November 2018 untuk kemudahan ibu bapa
dalam pemilihan pengasuh untuk anak mereka.
JKM juga melaksanakan pemantauan secara mengejut dan berkala ke
atas TASKA berdaftar bagi tujuan;
i. Memastikan kualiti dan keselamatan di TASKA terjamin;
ii. Mengesan TASKA yang beroperasi tanpa berdaftar; dan
iii. Memastikan TASKA yang berdaftar mematuhi syarat minimum yang
telah ditetapkan oleh JKM dan mematuhi Akta Taman Asuhan
Kanak-Kanak 1984 serta Peraturan-Peraturan Taman Asuhan
Kanak-Kanak 2012.
SOALAN: 92
Tindakan penguatkuasaan yang boleh dikenakan sebagaimana
peruntukan Akta TASKA 1984 bagi TASKA tidak berdaftar adalah Lak,
Kompaun dan Pendakwaan. Manakala bagi TASKA yang berdaftar yang
tidak mematuhi Akta dan Peraturan TASKA, tindakan penguatkuasaan
yang boleh diambil adalah Arahan Bertulis, Tutup Sementara, Batal
Pendaftaran, Lak, Kompaun dan Pendakwaan di Mahkamah. Statistik
2018 Sehingga Februari 2019, sebanyak 226 tindakan penguatkuasaan
telah diambil ke atas TASKA yang tidak berdaftar dan TASKA berdaftar
yang tidak mematuhi Akta TASKA 1984 dan Peraturan TASKA 2012.
TASKA yang berdaftar sehingga Februari 2019 adalah sebanyak 4,497
buah TASKA di seluruh Malaysia.
Selain itu, bagi meringankan beban ibu bapa dari segi kewangan
menghantar anak ke TASKA yang berdaftar, usaha yang telah dibuat oleh
Kementerian dan Jabatan adalah berikut:
i. Perkhidmatan Persekutuan dan Negeri digalakkan untuk
menyediakan TASKA di tempat kerja untuk kemudahan ibu bapa
yang bekerja menghantar anak-anak mereka bagi mendapat
pengasuhan yang berkualiti (Sumber: Pekeliling Perkhidmatan
Awam Bil. 6/1989);
ii. Penjawat awam yang menghantar anak ke TASKA di Tempat Kerja
Sektor Awam juga layak untuk memohon subsidi yuran pengasuhan
RM180.00 sebulan untuk seorang kanak-kanak mengikut kelayakan
pendapatan isi rumah RM5000.00 dan ke bawah (Sumber:
Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 38 Tahun 2013);
iii. Subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak TASKA sebanyak
RM180.00 sebulan untuk seorang kanak-kanak yang hadir ke
TASKA berdaftar dengan JKM bagi keluarga yang layak mengikut
SOALAN: 92
pendapatan isi rumah RM800 per kapita untuk di bandar dan
RM500 per kapita di luar bandar;
iv. Subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak di TASKA Komuniti
sebanyak RM180.00 sebulan untuk seorang kanak-kanak yang
hadir ke TASKA Komuniti yang diiktiraf oleh JKM bagi keluarga yang
layak mengikut pendapatan isi rumah RM5000 dan ke bawah di
semua kawasan; dan
v. Ibu bapa yang menghantar anak ke TASKA berdaftar dengan JKM
juga layak untuk pelepasan cukai sehingga RM1000 setahun
(Sumber: Perenggan 294 Bajet 2017).
SOALAN: 142
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB PUAN BATHMAVATHI KRISHNAN
Puan Bathmavathi Krishnan minta PERDANA MENTERI menyatakan
apakah langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk meningkatkan
kualiti hidup warga emas dan OKU yang terdapat di kalangan Orang Asli
di Semenanjung Malaysia memandangkan kumpulan ini ada keperluan
khusus.
SOALAN: 142
JAWAPAN
Tuan Yang Di Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian melalui Jabatan
Kemajuan Orang Asli (JAKOA) telah menyediakan pelbagai bentuk
bantuan untuk masyarakat Orang Asli. Bagi memastikan masyarakat
Orang Asli mendapat bantuan yang disediakan oleh kerajaan, JAKOA
menjalinkan bekerjasama yang erat dengan Kementerian Kesihatan
Malaysia (KKM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam
menyalurkan bantuan yang diperlukan terutama kepada golongan Orang
Kurang Upaya (OKU) dan warga emas.
JAKOA dan JKM dalam rangka untuk menubuhkan satu Pusat Aktiviti
Warga Emas (PAWE) di komuniti Orang Asli pada tahun 2019 sebagai
perintis. Cadangan tempat adalah di RPS Betau, Kuala Lipis, Pahang.
Pusat ini akan menyediakan tempat untuk warga emas berkumpul dan
menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan bantuan sokongan
kewangan dari JKM. Pusat ini akan dikendalikan oleh penyelia dan
pembantu penyelia yang akan menguruskan segala aktiviti secara
sistematik dan terancang.
JAKOA juga menyediakan bantuan kepada OKU Orang Asli seperti
menguruskan bantuan alat sokongan perubatan dan pengangkutan untuk
membuat follow up di hospital, mendapatkan kad OKU dan bantuan elaun
bulanan JKM serta barang keperluan harian.
Sekian terima kasih.
SOALAN: 145
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB PUAN BATHMAVATHI KRISHNAN
Puan Bathmavathi Krishnan minta PERDANA MENTERI menyatakan
apakah perkembangan terkini berkenaan National Human Rights Action
Plan yang merangkumi, antara lain, hak asasi manusia kumpulan rentan.
SOALAN: 145
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Pihak Kerajaan sedang mengambil tindakan untuk menubuhkan
Jawatankuasa Pemandu Pelaksanaan NHRAP dan memantau status
pelaksanaan Jawatankuasa Kerja NHRAP dikalangan agensi-agensi
terlibat yang merangkumi hak golongan rentan secara berkala.
Jawatankuasa ini akan dianggotai oleh pihak berkepentingan dari
pelbagai agensi kerajaan, SUHAKAM dan pihak CSO. Jawatankuasa
Pemandu ini juga akan dibantu oleh Jawatankuasa Kerja yang akan
dipengerusikan oleh Kementerian-Kementerian yang berkenaan
mengikut skop NHRAP. Mekanisma pemantauan pelaksanaan ini juga
akan mengambilkira pelaporan dari Jawatankuasa Kerja kepada
Jawatankuasa Pemandu.
Sekian. Terima kasih.
SOALAN: 141
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB PUAN BATHMAVATHI KRISHNAN
Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PEMBANGUNAN
WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah
langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan dalam menyantuni golongan
OKU di kawasan luar bandar bagi menggalakkan mereka mendaftar
sebagai OKU di PKMD berhampiran demi membolehkan mereka
menikmati pelbagai kemudahan dan rancangan yang disediakan.
SOALAN: 141
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Jabatan Pembangunan Orang Kurang Upaya (JPOKU) telah merangka
Program Outreach Kempen Pendaftaran OKU pada tahun 2019. Program
perintis ini akan melibatkan enam (6) buah mukim di daerah mengikut
enam (6) zon iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan, Zon Timur,
Sabah dan Sarawak.
Pengisian program merangkumi penyampaian maklumat perkhidmatan
dan memberi kesedaran berkenaan kepentingan pendaftaran OKU
kepada pemimpin masyarakat yang terdiri daripada Penghulu, Ketua
Kampung dan Ketua Kawasan Perumahan di peringkat mukim yang
dikenalpasti. Program outreach akan melibatkan aktiviti turun padang
oleh agensi-agensi terlibat ke kawasan luar bandar dan pedalaman bagi
mengenal pasti OKU yang belum berdaftar dengan JKM.
Kempen pendaftaran ini akan diselaraskan oleh JKM Negeri dengan
kerjasama daripada agensi lain termasuk Kementerian Kesihatan
Malaysia, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kemajuan Orang Asli
(JAKOA), Penghulu, Ketua Kampung dan Majlis Pengurusan Komuniti
Kampung (MPKK).
Seterusnya program ini akan disebarluaskan ke seluruh mukim di setiap
daerah dan negeri. JKM mensasarkan hampir keseluruhan OKU yang
tinggal di luar bandar akan berdaftar dan mendapat perkhidmatan,
kemudahan dan rancangan yang disediakan oleh Kerajaan.
SOALAN: 143
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB PUAN BATHMAVATHI KRISHNAN
Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PEMBANGUNAN
WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah
langkah yang diambil oleh Kerajaan untuk mengadakan Program Transisi
Pekerjaan bagi golongan OKU kategori bermasalah pelajaran yang telah
tamat kursus sekolah khas, Kolej Komuniti atau latihan di bawah NGO
yang bertujuan menempatkan mereka dalam pekerjaan tetap atau
sambilan.
SOALAN: 143
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Program Transisi Pekerjaan telah mula menjadi perhatian Kementerian
setelah projek kerjasama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
dan Japan International Cooperation Agency (JICA) tamat pada Ogos
2015. Melalui kerjasama ini pihak JICA bersetuju untuk memberi peluang
pendedahan mengenai transisi pekerjaan yang diamalkan di negara
Jepun bagi membolehkan Malaysia mengadaptasi program tersebut.
Bermula dari tahun 2017–2019, seramai 38 orang pegawai telah
didedahkan mengenai program Transisi Pekerjaan di negara Jepun yang
terdiri daripada pegawai Kementerian ini, JKM, Jabatan Perkhidmatan
Awam (JPA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian
Sumber Manusia (KSM), Kementerian Pengangkutan (MOT) dan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Susulan daripada lawatan sambil belajar di Jepun tersebut, JKM telah
menganjurkan Employment Transition Programme Seminar pada 8
hingga 9 Ogos 2018 yang melibatkan seramai 39 peserta dari sektor
swasta, NGO dan agensi awam. Melalui seminar ini, pakar dari Jepun
telah dipanggil untuk berkongsi pelaksanaan dan pengalaman
pengendalian Program Transisi Pekerjaan di negara itu. Perkongsian
pengalaman pelaksanaan program transisi pekerjaan di Malaysia yang
telah dilaksanakan daripada pihak swasta (Enabling Academy– Yayasan
Gamuda), NGO (Malaysian Care) dan KPM (Bahagian Pendidikan Khas)
turut dikongsi bersama.
SOALAN: 143
Di dalam Pelan Tindakan OKU 2016-2022, Teras Strategik 3 telah
menggariskan tindakan yang perlu diambil untuk memperluaskan transisi
kerjaya atau program pendidikan alternatif kepada Murid Berkeperluan
Khas (MBPK) yang tamat pendidikan menengah di bawah agensi
peneraju Kementerian Sumber Manusia.
SOALAN: 144
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB PUAN BATHMAVATHI KRISHNAN
Puan Bathmavathi Krishnan minta MENTERI PEMBANGUNAN
WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan mengapakah
sehingga kini Kerajaan masih belum mengemukakan "State Party Report"
bagi Convention on the Rights of Persons with Disabilities (CRPD)
selepas meratifikasi konvensyen tersebut pada tahun 2010.
SOALAN: 144
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kementerian tidak dapat untuk menyiapkan Laporan Negara bagi
Convention on the Rights of Persons with Disablilites atau CRPD kerana
perlu mendahulukan pelaporan negara yang lebih lama tertunggak seperti
Committee on the Elimination of Discrimination against Women (CEDAW)
dan pada tahun ini Kementerian sedang cuba memuktamadkan
pelaporan Convention on the Rights of Children (CRC).
Walaupun begitu, kerja-kerja penyelarasan antara CRC dan CRPD masih
dilaksanakan secara serentak agar kedua-dua pelaporan ini dapat
dimuktamadkan dengan segera. Untuk makluman, Kementerian sedang
dalam tindakan untuk memuktamadkan deraf kedua Laporan Negara
tersebut sebelum dikemukakan semula untuk semakan Jabatan Peguam
Negara.
SOALAN: 47
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM
Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan bilangan penagih dadah tegar pil kuda di seluruh negara
(mengikut negeri) dan apakah perancangan yang lebih berkesan dapat
diambil untuk merawat dan membendung gejala penagihan tegar pil kuda
ini.
SOALAN: 47
JAWAPAN
Tuan Yang Di-pertua,
Bilangan penagaih pil kuda yang juga dikenali sebagai methamphetamine
atau dikenali sebagai syabu, ice dan batu yang dikesan pada tahun 2018
adalah seramai 4,853 orang. Negeri Kelantan seramai 2,305, Pahang
seramai 944 orang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur seramai 854 orang,
Perlis seramai 401 orang, Kedah seramai 401 orang, Kedah 323 orang,
Pulau Pinang seramai 7 orang, Johor 3 orang, Perak 3 orang, Sarawak 3
orang, Selangor 3 orang, W.P.Putrajaya 3 orang, Terengganu 2
orang,Melaka 1 orang dan Negeri Sembilan 1 orang.
Bagi membendung masalah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah
mengambil langkah-langkah seperti berikut:
i) mempertingkatkan operasi di kawasan hot spot dan juga daerah-daerah
yang dikenal pasti jumlah penagihan pil kuda yang tinggi melalui ops
sarang;
ii) penguatkuasaan di sempadan negara dengan berkerjasama dengan
agensi penguatkuasaan di kawasan sempadan bagi mengekang
penyeludupan dadah termasuklah pil kuda; dan
iii) menempatkan pegawai perhubungan sekolah di setiap sekolah bagi
memantau para pelajar agar tidak terlibat dengan masalah jenayah
termasuklah pengedaran dan penyalahgunaan dadah.
SOALAN: 47
Selain tindakan penguatkuasaan ini, program-program pendidikan
pencegahan juga dilaksanakan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
bagi golongan pelajar sekolah dan remaja seperti berikut:
Program Sayangi Hidup Elak Derita (SHIELDS) dilaksanakan di peringkat
Sekolah Menengah bagi meningkatkan kesedaran dan mengupayakan
ketahanan diri pelajar dalam lingkungan umur 13 hingga 18 tahun yang
dikenal pasti berisiko dalam penyalahgunaan dadah. Pada tahun 2018,
sebanyak 167 buah program yang melibatkan 6,680 orang peserta telah
dilaksanakan;
ii) Program SMART (Sukses, Matang, Aktif, Rasional, Tanggungjawab)
dilaksanakan bagi membimbing dan mendidik belia bagi meningkatkan
kemahiran dan pengetahuan serta kesedaran tentang bahaya dadah
dan cara hidup yang positif bagi melahirkan belia yang bebas dadah.
Pada tahun 2018, sebanyak 105 buah program yang melibatkan 4,200
orang peserta telah dilaksanakan; dan
iii) Program Tomorrow’s Leader yang merupakan program berbentuk
kesedaran bahaya dan kesan dadah, dilaksanakan di kalangan pelajar-
pelajar Institusi Pengajian Tinggi melalui seminar, forum dan ceramah
bagi memberi pengetahuan, kesedaran dan kemahiran kepada pelajar
universiti mengenai gaya hidup sihat tanpa dadah. Pada tahun 2018,
sebanyak 220 buah program yang melibatkan 26,480 orang peserta
telah dilaksanakan.
SOALAN: 47
Program kesedaran awam yang lebih agresif juga dilaksanakan menerusi
Pelan Media yang menggunakan pelbagai medium agar mesej antidadah
dapat disampaikan kepada kumpulan sasar, terutamanya remaja dan pelajar
sekolah. Medium-medium pelan media yang digunakan ialah:
i) Media Penyiaran (Televisyen dan radio);
ii) Media Cetak (Suratkhabar);
iii) Media Baru (Facebook, Twitter, YouTube, blog, laman sesawang);
iv) Media Luar (billboard); dan
v) Program Bersemuka (bas pameran dan pameran statik).
Dengan adanya tindakan berterusan melalui strategi penguatkuasaan dan
pendidikan pencegahan oleh PDRM dan AADK ini, masalah dadah di
negara kita terus terkawal dan dapat ditangani dengan lebih berkesan.
SOALAN: 48
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM
Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
perincian jumlah Perjawatan Pegawai Perubatan Pakar dan Pegawai
Perubatan mengikut Gred dan Jawatan Hakiki di seluruh hospital, klinik
kesihatan, Jabatan Kesihatan Negeri dan Daerah serta institusi awam di
seluruh negara.
SOALAN: 48
JAWAPAN
Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Disember 2018 jumlah
keseluruhan perjawatan Pakar Perubatan di fasiliti Kementerian Kesihatan
Malaysia adalah sebanyak 4,866 jawatan. Perincian perjawatan
berdasarkan gred bagi Pakar Perubatan adalah seperti berikut:
i. Gred Khas A : Sebanyak 38 jawatan;
ii. Gred Khas B : Sebanyak 131 jawatan;
iii. Gred Khas C : Sebanyak 330 jawatan; dan
iv. Gred UD43/44/UD47/48/UD51/52/UD53/54/UD 56: Sebanyak 4,367
jawatan.
Manakala, jumlah keseluruhan perjawatan bagi Pegawai Perubatan di
keseluruhan fasiliti Kementerian adalah sebanyak 27,683. Perincian
perjawatan berdasarkan gred bagi Pegawai Perubatan adalah seperti
berikut:
i. Gred Turus II: Sebanyak 1 Jawatan;
ii. Gred Utama A : Sebanyak 2 Jawatan;
iii. Gred Utama B : Sebanyak 14 Jawatan;
iv. Gred Utama C : Sebanyak 47 Jawatan;
v. Gred 54 : Sebanyak 1 Jawatan;
vi. Gred 52 : Sebanyak 2 Jawatan;
SOALAN: 48
vii. Gred UD43/44/UD47/48/UD51/52/UD53/54: Sebanyak 16,495
Jawatan;
viii. Gred UD43/33/UD47/48: Sebanyak 5,625 Jawatan;
ix. Gred UD43/44: Sebanyak 290 Jawatan; dan
x. Gred UD41: Sebanyak 5,206 Jawatan.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 46
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM
Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan jumlah pemohon skim MyDeposit
sehingga Mac 2019 serta peruntukan yang digunakan bagi membiayai skim
ini.
SOALAN: 46
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Yang Berhormat, Pelaksanaan Skim Pembiayaan
Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) yang diperkenalkan pada tahun
2016 adalah sumbangan deposit oleh Kerajaan iaitu bantuan 10%
daripada harga rumah atau maksima RM30,000.00 kepada pembeli
yang berjaya bagi pembelian rumah berharga RM500,000.00 dan ke
bawah. Skim ini telah memberi manfaat kepada 2,264 pembeli rumah.
2. Secara keseluruhannya, sehingga 31 Disember 2018 jumlah
sumbangan yang telah dibiaya oleh Kerajaan melalui skim MyDeposit
adalah sebanyak RM61,673,343.94
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 45
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM
Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
perincian jumlah subsidi yang ditanggung Kerajaan Persekutuan pada 2019
untuk membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat.
SOALAN: 45
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Kerajaan komited terhadap pemberian subsidi/bantuan/insentif secara
bersasar. Ini adalah bagi memastikan perbelanjaan subsidi/bantuan/insentif
memberi manfaat kepada rakyat yang benar-benar memerlukan bagi
mengurangkan kos sara hidup mereka. Kerajaan juga terus menjalankan
usaha merasionalisasi subsidi bagi mengurangkan subsidi yang kurang
menepati sasaran dan matlamat Kerajaan.
Kerajaan telah mengumumkan bahawa jumlah subsidi dan bantuan sosial
secara keseluruhannya bagi tahun 2019 dianggarkan sebanyak RM22.3
billion bagi membiayai kos pemberian termasuk subsidi, insentif dan bantuan
merangkumi pelbagai sektor. Perincian mengenai jumlah subsidi dan
bantuan sosial tersebut adalah seperti berikut:
Subsidi /Insentif/Bantuan Pertanian: RM1.4 billion;
Subsidi dan Insentif Kepenggunaan: RM4.9 billion;
Subsidi/Bantuan Sektor Pengangkutan: RM969 juta;
Bantuan Sektor Keselamatan: RM132 juta;
Bantuan Komuniti dan Keagamaan: RM832 juta;
Bantuan Kebajikan Masyarakat: RM7.0 billion;
Bantuan Sektor Kesihatan: RM72 juta;
Bantuan Pendidikan: RM2.7 billion;
Biasiswa/Pinjaman Pelajaran: RM1.8 billion;
SOALAN: 45
Bantuan Faedah Pinjaman: RM2.4 billion; dan
Bantuan Faedah Pinjaman: RM2.4 billion; dan
Tuan Yang di-Pertua,
Sebahagian besar daripada jumlah keseluruhan subsidi dan bantuan sosial
Kerajaan yang dianggarkan sebanyak RM22.3 billion tersebut adalah untuk
mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Subsidi dan Insentif
Kepenggunaan adalah termasuk RM3.9 bilion bagi tujuan subsidi gas cecair
LPG, Petrol dan Diesel. Di samping itu, kos perkhidmatan penjagaan
kesihatan di hospital dan klinik Kerajaan dan kos persekolahan serta kos
pengajian di institusi pengajian tinggi awam yang sebahagian besarnya
ditanggung oleh Kerajaan turut membantu mengurangkan beban kewangan
rakyat.
SOALAN: 44
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK HAJI ISMAIL BIN IBRAHIM
Datuk Haji Ismail Bin Ibrahim minta MENTERI PENGANGKUTAN
menyatakan nama-nama syarikat yang menawarkan bidaan bagi
membangunkan tanah-tanah di lokasi strategik milik Perbadanan Aset
Keretapi di Semenanjung Malaysia.
SOALAN: 44
JAWAPAN
Yang Di-Pertua,
1. Untuk makluman Yang Berhormat Senator, pembangunan tanah-
tanah Perbadanan Aset Keretapi (RAC) bermula seawal tahun 2009
dan diproses berdasarkan cadangan permohonan daripada syarikat-
syarikat.
2. Sehingga tahun 2018, sebanyak empat (4) projek pembangunan tanah
di bawah RAC telah berjaya ditandatangani iaitu projek pembangunan
KL Eco City, Kajang 2, Penang Sentral dan Brickfields. Sebanyak tiga
(3) projek iaitu KL Eco City, Penang Sentral dan Brickfields telah
diproses dan dirunding di peringkat Unit Kerjasama Awam Swasta
(UKAS), Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum diluluskan oleh
Jemaah Menteri. Bagi Kajang 2, projek pembangunan ini telah
diluluskan oleh Jemaah Menteri selepas diperhalusi oleh Mesyuarat
Lembaga Pengarah RAC memandangkan status projek ini melibatkan
pajakan tanah.
3. Keempat-empat projek ini telah memberi pulangan minimum kepada
RAC sebanyak RM284.67 juta merangkumi pembayaran secara one-
off atau berperingkat. Ringkasan projek-projek yang dimaksudkan
adalah seperti berikut:
SOALAN: 44
Bil Projek Nama Syarikat Jenis
Pulangan
Tarikh
Perjanjian Status
1 KL Eco City KL Eco City Sdn.
Bhd.
In Kind dan
Tunai 5 Mac 2013 Siap
2 Kajang 2 Srijang Kemajuan
Sdn. Bhd.
In Kind dan
Tunai
12 Oktober
2012
Dalam
pembinaan
3 Penang
Sentral
Penang Sentral
Sdn. Bhd. Tunai 11 Mac 2014
Siap
4 Brickfields Arah Asas Sdn.
Bhd. In Kind 7 Mac 2016
Dalam
pembinaan
4. Selain daripada senarai di atas, dimaklumkan juga terdapat beberapa
projek pembangunan di seluruh negara yang masih di peringkat
rundingan oleh UKAS. Walau bagaimanapun, selaras dengan hala tuju
Kerajaan pada masa ini yang mahu pelaksanaan projek pembangunan
dibuat secara tender bagi memastikan ketelusan dan jaminan
pulangan yang lebih kompetitif, maka kebanyakan rundingan projek-
projek ini tidak dapat diteruskan. Oleh yang demikian, projek-projek
yang telah dikenalpasti untuk pembatalan kelulusan prinsip akan
ditawarkan secara tender melalui kaedah Request For Proposal
(RFP).
5. Selaras dengan itu, RAC telah mengambil inisiatif untuk menawarkan
notis pra-kelayakan bagi pemilihan syarikat-syarikat yang berwibawa
daripada segi teknikal dan kewangan berhubung pembangunan
hartanah. Notis pra-kelayakan ini telah diiklankan pada 1 April 2019
dan seterusnya syarikat-syarikat yang melepasi penilaian teknikal dan
SOALAN: 44
kewangan akan ditawarkan dokumen RFP pembangunan tanah-tanah
hak milik RAC yang telah dikenal pasti.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 96
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN
Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan
statistik anak bukan Islam yang disahtarafkan menerusi perkahwinan sivil
ibu bapa mereka dan data mengikut umur ibu kanak-kanak tersebut.
SOALAN: 96
JAWAPAN
Yang di-Pertua,
Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari tahun 2013
hingga 31 Mac 2019, seramai 24 orang kanak-kanak yang dilahirkan oleh
ibu beragama bukan Islam berumur lingkungan 19 tahun hingga 40 tahun
telah disahtarafkan menerusi penguatkuasaan Seksyen 17 Akta
Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299).
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pasangan ibu bapa beragama
bukan Islam yang telah mendaftarkan perkahwinan mereka mengikut
perundangan yang berkuat kuasa dan memperoleh Perintah Deklarasi
daripada Mahkamah yang menyatakan anak mereka disahtarafkan di
bawah Akta Kesahtarafan 1961 (Akta 60) boleh mengemukakan
permohonan pendaftaran semula kelahiran di JPN selaras dengan
Seksyen 17 Akta 299 dan seterusnya kanak-kanak berkenaan akan
dikeluarkan dengan Sijil Kelahiran yang baharu.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 95
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN
Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI KESIHATAN menyatakan
statistik ibu muda di bawah usia 18 tahun yang melahirkan anak mengikut
etnik dan negeri di Malaysia.
SOALAN: 95
JAWAPAN
Yang di-Pertua,
Untuk makluman, KKM tidak mempunyai data statistik ibu muda di bawah
umur 18 tahun kerana hanya mempunyai data kelahiran ibu secara
aggregated dan tidak mengumpul data disaggregated remaja di bawah
18 tahun yang melahirkan anak mengikut etnik dan negeri. Menurut data
Vital Statistics, Jabatan Perangkaan Malaysia kelahiran hidup mengikut
kumpulan umur ibu (di bawah 20 tahun) 2013-2017 menunjukkan trend
penurunan 18,383 (2013) kepada 12,769 (2017). Negeri Sabah dan
Sarawak mempunyai kelahiran hidup tertinggi sepanjang 2013-2017.
Manakala bagi Semenanjung Malaysia, negeri dengan kelahiran hidup
tertinggi adalah Selangor dan Johor.
Kelahiran hidup mengikut kumpulan umur ibu dan etnik bagi 2017
menunjukkan etnik dengan kelahiran tertinggi adalah Bumiputera
(12,769) diikuti oleh etnik lain-lain (1,467), Cina (911) dan India (449).
Trend kelahiran dalam kalangan ibu di bawah 20 tahun 2013-2017 juga
menunjukkan paling tinggi dalam kalangan etnik Bumiputera, diikuti oleh
etnik lain-lain, Cina dan India.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 97
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN
Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
statistik kanak-kanak hamil yang berhenti sekolah atau dikenakan
tindakan disiplin pemberhentian sekolah mengikut negeri dan tahun.
SOALAN: 97
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Sistem Pelaporan Isu Disiplin dan Pendidikan (e-PIDP) Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) menunjukkan rekod 15 kes murid hamil
dilaporkan dari tahun 2016 hingga 2018. Daripada jumlah tersebut, tujuh
(7) kes telah direkodkan pada tahun 2016, iaitu dua (2) kes di Melaka,
satu kes (1) di Kelantan, dua (2) kes Terengganu, dan dua (2) kes di
Kedah; tujuh (7) kes pada tahun 2017 melibatkan satu kes (1) di Melaka,
tiga (3) kes di Selangor, satu kes (1) di Terengganu dan dua (2) kes di
Negeri Sembilan; dan satu (1) kes di Melaka pada tahun 2018.
KPM memandang serius isu kehamilan dalam kalangan murid di sekolah.
Murid-murid hamil sama ada di dalam atau luar ikatan perkahwinan tidak
dianggap sebagai salah laku disiplin yang menyebabkan murid dikenakan
hukuman disiplin seperti gantung sekolah atau buang sekolah. Kes
kehamilan dalam kalangan murid akan dilaporkan terus kepada pihak
Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk tujuan intervensi. Murid tersebut
akan dibimbing oleh pihak Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk
menghadapi tekanan mental dan fizikal sepanjang tempoh kehamilan.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 99
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN
Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI KEWANGAN menyatakan
statistik pendapatan Kerajaan pusat daripada cukai yang diperoleh
daripada negeri-negeri dan berapakah sumbangan Kerajaan pusat
terhadap negeri-negeri
SOALAN: 99
JAWAPAN
Untuk makluman Yang Berhormat, dua jabatan/agensi bertanggungjawab
untuk mengutip hasil cukai iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
(LHDNM) yang mengutip cukai langsung dan Jabatan Kastam Diraja
Malaysia (JKDM) yang mengutip cukai tidak langsung
Menurut Perlembagaan Persekutuan, Bahagian VII Peruntukan
Kewangan, Perkara 97 Kumpulan Wang Disatukan perenggan (1), segala
hasil dan wang termasuk hasil cukai yang dikutip melalui LHDNM dan
JKDM yang diterima oleh Kerajaan Persekutuan hendaklah dimasukkan
ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan yang ditadbir oleh
Jabatan Akauntan Negara. Agregat kutipan hasil cukai langsung dan tidak
langsung yang dikutip oleh LHDNM dan JKDM di setiap negeri bagi tahun
2018 adalah sebanyak RM195.3 bilion.
Untuk makluman Yang Berhormat, jumlah kutipan hasil cukai langsung
dan cukai tidak langsung yang dibayar kepada LHDNM atau JKDM di
peringkat negeri tidak menggambarkan bahawa cukai yang dihasilkan
adalah daripada sumbangan sebenar aktiviti ekonomi di negeri
berkenaan. Ini kerana negeri di mana lokasi cawangan agensi kutipan
cukai yang menerima pembayaran cukai langsung atau tidak langsung
adalah berkemungkinan besar berbeza dengan tempat di mana aktiviti
ekonomi pembayar cukai dijalankan atau negeri tempat tinggal sebenar
pembayar cukai.
Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Pusat telah memberikan
sumbangan kepada Kerajaan Negeri berjumlah RM6.92 bilion pada tahun
2017 dan RM7.34 bilion pada tahun 2018. Klasifikasi pemberian Kerajaan
SOALAN: 99
Persekutuan kepada Kerajaan Negeri tersebut adalah mengikut
Perlembagaan Persekutuan, antaranya ialah Pemberian Ikut Kepala
(Capitation Grant), Pemberian Penyenggaraan Jalan Negeri (State Roads
Grant), Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi,
Infrastruktur Dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP) dan Pemberian Di
Bawah Senarai Bersama seperti yang diperuntukkan di bawah Jadual
Kesembilan (Senarai Bersama) Perlembagaan Persekutuan.
SOALAN: 98
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB PUAN ASMAK BINTI HUSIN
Puan Asmak Binti Husin minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan
statistik bilangan maut di Malaysia berdasarkan punca seperti faktor jalan,
penggunaan lampu dan lain-lain semenjak 5 tahun terakhir.
SOALAN: 98
JAWAPAN
Tuan Yang Di-pertua,
Punca-punca kemalangan maut di jalan raya di Malaysia terdiri daripada
17 keadaan iaitu:
1. Cuai melintas jalan (pejalan kaki);
2. Terbabas sendiri (satu kenderaan);
3. Makan jalan (bukan memotong dua kenderaan atau lebih);
4. Cuba / sedang memotong / tukar lane;
5. Cuai keluar / masuk simpang jalan susur;
6. Mengekori rapat;
7. Tidak nampak / perasan ada kenderaan / objek / binatang di
depan atau sebelah (sama arah);
8. Melawan aliran trafik;
9. Pusingan U / patah balik / menyeberang;
10. Tidak mengikuti lampu isyarat;
11. Cuai mengundur;
12. Mabuk / penggunaan dadah;
13. Berhenti mengejut;
14. Leka / berangan / letih / mengantuk;
15. Berlumba / zig zag;
16. Lain-lain; dan
17. Tiada diketahui.
Statistik dari PDRM pada tahun 2014 menunjukkan bahawa jumlah
kemalangan maut yang dilaporkan adalah sebanyak 6,187 kes manakala
bagi tahun 2015 pula adalah sebanyak 6,193 kes. Bagi tahun 2016 pula
SOALAN: 98
sebanyak 6,570 kes, tahun 2017 sebanyak 6,265 dan bagi tahun 2018
adalah sebanyak 5,870 kes.
Perbandingan statistik menunjukkan walaupun berlakunya peningkatan
dalam jumlah kemalangan maut yang dilaporkan pada tahun 2014 hingga
2016, jumlah kemalangan maut didapati menurun pada dua (2) tahun
berturut-turut iaitu pada tahun 2017 dan tahun 2018.
Penurunan adalah pada kadar 4.64% atau sebanyak 305 kes pada tahun
2017 berbanding tahun sebelumnya dan penurunan pada kadar 6.30%
atau sebanyak 395 kes pada tahun 2018 berbanding tahun 2017.
Secara keseluruhannya, jumlah kemalangan maut adalah menurun pada
tahun 2018 berbanding 2014 iaitu daripada 6,187 kes kepada 5,870 kes.
Ini menunjukkan kadar penurunan sebanyak 5.12%.
Dalam tempoh tahun 2014 hingga tahun 2018 beberapa punca utama
berlakunya kemalangan maut telah dikenal pasti. Tiga (3) punca utama
adalah:
(i) Terbabas sendiri (hanya melibatkan satu kenderaan);
(ii) Cuba/ sedang memotong / tukar lane; dan
(iii) Tidak nampak / perasan ada kenderaan / objek / binatang di
hadapan atau sebelah (sama arah).
Selain itu, statistik PDRM juga menunjukkan punca terbabas sendiri (satu
kenderaan) merupakan punca utama kepada kemalangan maut di
Malaysia. Punca terbabas sendiri (satu kenderaan) mencatatkan jumlah
kemalangan maut yang tertinggi dari tahun 2014 hingga 2018 berbanding
SOALAN: 98
lain-lain punca. Jumlah kemalangan yang direkodkan berdasarkan punca
terbabas sendiri adalah seperti berikut:
(i) Tahun 2014 – 1,644 kes;
(ii) Tahun 2015 – 1,764 kes;
(iii) Tahun 2016 – 1,805 kes;
(iv) Tahun 2017 – 2,141 kes; dan
(v) Tahun 2018 – 2,110 kes.
Punca kemalangan maut kedua tertinggi adalah cuba / sedang memotong
/ tukar lane. Daripada tahun 2014 hingga tahun 2018, didapati punca
kemalangan ini berada di tahap kedua tertinggi bagi empat (4) tahun yang
dikaji iaitu tahun 2014, 2015, 2016 dan 2018. Jumlah kemalangan maut
bagi kempat-empat tahun adalah seperti berikut:
(i) Tahun 2014 – 665 kes;
(ii) Tahun 2015 – 657 kes;
(iii) Tahun 2016 – 711 kes; dan
(iv) Tahun 2018 – 644 kes.
Punca kemalangan ketiga tertinggi bagi tempoh 2014 hingga 2018 adalah
tidak nampak / perasan ada kenderaan/ objek / binatang di hadapan atau
sebelah (sama arah). Dalam tempoh kajian punca ini berada di
kedudukan ketiga tertinggi iaitu pada tahun 2015, 2017, dan 2018. Jumlah
kemalangan maut bagi keempat-empat tahun adalah seperti berikut:
(i) Tahun 2015 – 667 kes;
(ii) Tahun 2017 – 616 kes; dan
(iii) Tahun 2018 – 648 kes.
SOALAN: 98
PDRM terus mengadakan tindakan penguatkuasaan secara berkesan
dan menggunakan pendekatan advokasi bagi menurunkan kadar
kemalangan dan kemalangan maut di Malaysia.
Apa yang penting juga adalah kesedaran secara berterusan dalam
kalangan pengguna jalan raya untuk terus mengamalkan pemanduan
berhemah dan tidak terlibat di dalam kemalangan jalan raya.
SOALAN: 53
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATIN RAHIMAH BINTI HAJI
MAHAMAD
Datin Rahimah Binti Haji Mahamad minta PERDANA MENTERI
menyatakan statistik laporan yang diterima oleh Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) bagi kes-kes rasuah yang melibatkan Penjawat
Awam dan Personel Politik.
SOALAN: 53
JAWAPAN
Yang Berhormat,
Untuk makluman Yang Berhormat, statistik bilangan kertas siasatan
yang telah dibuka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
bagi kes-kes rasuah yang melibatkan penjawat awam dan ahli-ahli parti
politik adalah seperti berikut:-
KATEGORI 2016 2017 2018
Penjawat Awam 526 487 417
Ahli-ahli Parti Politik 13 6 75
Jumlah 539 493 492
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 51
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATIN RAHIMAH BINTI HAJI
MAHAMAD
Datin Rahimah Binti Haji Mahamad minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan jumlah subsidi Petroleum dan LPG pada tahun 2019.
SOALAN: 51
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah tanggungan subsidi produk
petroleum dan LPG bagi bulan Januari 2019 adalah sebanyak
RM173,482,644.19, manakala bagi bulan Februari 2019 adalah sebanyak
RM284,837,187.61. Ini menjadikan jumlah tanggungan subsidi Kerajaan
bagi produk petroleum dan LPG untuk tempoh dua bulan pertama tahun
2019 sahaja adalah sebanyak RM458,319,831.80. Bagi bulan Mac 2019,
jumlah tanggungan subsidi ke atas produk-produk tersebut hanya akan
dapat ditentukan pada penghujung bulan April 2019 iaitu selepas syarikat
minyak mengemukakan tuntutan subsidi bulanan kepada Kerajaan dengan
berdasarkan jumlah jualan sebenar produk petroleum dan LPG bagi bulan
Mac 2019, begitu juga dengan bulan-bulan seterusnya. Oleh itu, jumlah
keseluruhan tanggungan subsidi bagi sepanjang tahun 2019 belum dapat
ditentukan.
SOALAN: 49
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATIN RAHIMAH BINTI HAJI
MAHAMAD
Datin Rahimah Binti Haji Mahamad minta MENTERI PENDIDIKAN
menyatakan bilangan permohonan ke Institusi Pendidikan Guru
menggunakan UEC bagi tahun kemasukan 2019.
SOALAN: 49
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa calon yang memiliki
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
KPM ingin memaklumkan bahawa syarat permohonan calon untuk mengikuti
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan
Guru (IPG) adalah Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperoleh
sekurang-kurangnya gred kepujian dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
serta lulus Sejarah. Walau bagaimanapun, bagi calon yang memiliki SPM
dan juga memiliki sijil dari Unified Examination Certificate (UEC) iaitu
sekurang-kurangnya tiga (3) gred kepujian di peringkat Sijil Senior Middle
Level (UEC-SML), boleh memohon untuk mengikuti PISMP (aqmbilan khas)
bagi opsyen Bahasa Cina.
Ambilan khas ini dilakukan bagi memenuhi kekurangan calon guru dalam
Program Bahasa Cina untuk pengajaran mata pelajaran tersebut, khususnya
di sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC). Ambilan khas pada tahun 2011
bagi kumpulan pelajar yang menduduki peperiksaan SPM tahun 2010, diikuti
dengan ambilan pada tahun 2016 dan terkini pada tahun 2019. Untuk
makluman, bilangan permohonan ke IPG yang merupakan juga lulusan sijil
UEC bagi tahun kemasukan 2019 adalah sebanyak 31 permohonan.
SOALAN: 52
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATIN RAHIMAH BINTI HAJI
MAHAMAD
Datin Rahimah Binti Haji Mahamad minta MENTERI TENAGA, SAINS,
TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan
perincian mengenai jumlah pelupusan Bahan Buangan Terjadual di seluruh
negara dan apakah loji pelupusan yang dilesenkan mampu untuk
menampung jumlah bahan buangan terjadual ini.
SOALAN: 52
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Sehingga kini, loji pelupusan yang dilesenkan di bawah Jabatan Alam
Sekitar (JAS) adalah mampu untuk menampung jumlah bahan
buangan terjadual yang dihasilkan.
2. Buangan terjadual ditafsirkan sebagai buangan yang ditetapkan di
bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan
Terjadual) 2005 sebagai buangan terjadual. Di bawah Seksyen 34B,
Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974, tiada seorang pun boleh dan
tanpa terlebih dahulu mendapat apa-apa kelulusan daripada Ketua
Pengarah Alam Sekitar:
i. menempatkan, meletakkan atau melupuskan, atau
menyebabkan atau membenarkan ditempatkan, diletakkan atau
dilupuskan, kecuali di premis yang ditetapkan sahaja, apa-apa
buangan terjadual di darat atau ke dalam perairan Malaysia;
ii. menerima atau menghantar, atau menyebabkan atau
membenarkan diterima atau dihantar apa-apa buangan terjadual
di dalam atau di luar Malaysia; atau
SOALAN: 52
iii. mentransit atau menyebabkan atau membenarkan ditransit
buangan terjadual.
3. Kesemua premis yang ditetapkan adalah tertakluk kepada Perintah
Kualiti Alam Sekeliling (Premis Yang Ditetapkan)(Kemudahan
Pengolahan Dan Pelupusan Buangan Terjadual) 1989 dan dilesenkan
oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Seksyen 18, Akta Kualiti
Alam Sekeliling 1974.
4. Sehingga tahun 2018, sebanyak 735 lesen dikeluarkan kepada
kemudahan baru dan sedia ada yang terdiri daripada:
i. 178 kemudahan pemerolehan kembali luar tapak (bukan
e-waste);
ii. 27 kemudahan pemerolehan kembali luar tapak (penuh
e-waste);
iii. 94 kemudahan pemerolehan kembali luar tapak (separa
e-waste);
iv. 37 kemudahan penunu buangan terjadual;
v. 1 kemudahan buangan terjadual di tanah;
vi. 4 kemudahan pengolahan luar tapak;
SOALAN: 52
vii. 5 kemudahan tapak pelupusan selamat;
viii. 53 kemudahan penstoran luar tapak; dan
ix. 336 lesen dikeluarkan kepada pembawa yang ditetapkan (Jadual
1).
5. Berdasarkan Electronic Scheduled Waste Information System
(eSWIS), sebanyak 2,355,085.21 tan metrik buangan terjadual telah
dihasilkan untuk tahun 2018. Ini mewakili peningkatan keseluruhan
sebanyak 16.75% berbanding 2,017,280.76 tan metrik yang
dilaporkan pada 2017. Buangan gipsum, dros / sanga / klinker / abu
dan enapcemar logam berat merupakan kategori utama dalam
kategori buangan yang dihasilkan. Negeri Perak telah menghasilkan
jumlah terbesar buangan terjadual (20.7%), diikuti oleh Negeri Johor
(17.9%), Terengganu (16.2%), Selangor (12.9%), Pahang (11.0%),
manakala 10 negeri-negeri yang lain menghasilkan sebanyak 21.3%.
6. Bagi kemudahan pemerolehan kembali kembali luar tapak, sebanyak
406,565.96 tan metrik daripada jumlah buangan yang dihasilkan
diperoleh kembali di dalam dan luar negara. Daripada jumlah itu,
393,245.21 tan metrik daripada buangan terjadual yang diperoleh
kembali di kemudahan pemerolehan kembali luar tapak tempatan dan
13,320.76 tan metrik telah dieksport untuk pemerolehan kembali di
kemudahan di luar negara.
SOALAN: 52
7. Bagi kemudahan pengolahan dan pelupusan luar tapak, sebanyak
219,350.72 tan metrik daripada jumlah buangan terjadual yang
dihasilkan, dirawat dan dilupuskan untuk pelupusan akhir, iaitu di
Kualiti Alam Sdn. Bhd (175,707.17 MT), Trienekens (Sarawak) Sdn.
Bhd (12,886.50 MT) dan 30,757.04 tan metrik daripada buangan
klinikal telah dibakar dan dilupuskan di kemudahan luar tapak yang
dilesenkan (Jadual 3). Sebanyak 576,861.73 tan metrik daripada
buangan terjadual terhasil telah diolah di tapak; manakala 272,462.77
tan metrik telah distor di premis pengeluar buangan (Jadual 3).
8. Berdasarkan pelaporan secara tahunan daripada premis, daripada
jumlah buangan terjadual yang dihasilkan pada tahun 2018,
879,844.03 tan metrik telah diberi kelulusan bersyarat di bawah
pengurusan khas seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan 7,
Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual), 2005 (Jadual
6.5). Kebanyakan buangan dihasilkan dari loji jana kuasa arang batu
(70.72%), enap cemar daripada kemudahan rawatan air minuman
(11.78%) dan lain-lain (17.50%) .
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 56
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN HAJI HUSAM BIN MUSA
Tuan Haji Husam Bin Musa minta MENTERI TENAGA, SAINS,
TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan
sejauh mana Kementerian membuka pintu untuk teknologi baharu di dalam
penyediaan kemudahan elektrik di luar bandar khususnya di Sabah dan
Sarawak bagi tujuan pengurangan kos dan penyediaan kemudahan yang
lebih meluas.
SOALAN: 56
JAWAPAN
Tuan Yang Di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat Senator, selain daripada pembekalan
elektrik melalui penyambungan kepada sistem talian grid sedia ada,
Kementerian ini juga turut melaksanakan sistem pembekalan elektrik melalui
kaedah teknologi alternatif yang lain.
Bagi negeri Sabah dan Sarawak, Kementerian turut melaksanakan projek
Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) menggunakan sistem Solar Hibrid dan
Mikro Hidro, melalui kaedah ini secara amnya penduduk akan menikmati
bekalan elektrik 24 jam sehari dengan kadar penggunaan 8kWh bagi setiap
rumah. Projek ini setelah siap akan diserahkan kepada Pihak Berkuasa
Elektrik Negeri (PBEN) iaitu Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Sarawak
Energy Berhad (SEB) bagi tujuan operasi dan penyenggaraan.
Selain daripada itu, bagi negeri Sarawak di kawasan yang berada terlalu
jauh di pendalaman atau mempunyai bilangan rumah kurang daripada 20
buah, Kementerian dengan kerjasama pihak Kerajaan Negeri turut
melaksanakan projek sistem pembekalan melalui kaedah solar ataupun
hidro. Sistem ini hanya melibatkan kadar penggunaan sekurang-kurangnya
2kWh bagi setiap rumah. Bagi sistem ini, pengoperasian dan
penyenggaraan sistem akan dilaksanakan sendiri oleh pihak komuniti
kampung dengan kerjasama Kerajaan Negeri. Tiada kutipan bil atau caj
yang dikenakan kepada pemilik rumah. Bagi negeri Sabah pula, kaedah ini
SOALAN: 56
sedang dikaji kesesuaian pelaksanaannya terutama dari aspek
pengoperasian dan penyenggaraan setelah siap kelak.
Kementerian juga dari semasa ke semasa turut mengkaji teknologi baharu
yang sesuai digunapakai bagi membekalkan elektrik ke kawasan luar
bandar. Keutamaan bukan sahaja dilihat dari segi keboleh laksanaan
teknologi tersebut, tetapi juga dari segi ketahanan dan kesesuaian atau
keupayaan pihak penerima sistem untuk mengoperasi dan menyenggara
sistem tersebut.
SOALAN : 5
PEMBERITAHU PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB SENATOR DATUK DONALD PETER
MOJUNTIN
Datuk Donald Peter Mojuntin minta MENTERI WILAYAH
PERSEKUTUAN menyatakan komitmen dan kesungguhan Kerajaan
dalam menubuhkan dan memajukan hub halal di Wilayah Persekutuan
Labuan melalui "Labuan Halal Hub Corporation".
SOALAN : 5
JAWAPAN
Untuk makluman Yang Berhormat Senator, Industri Perkhidmatan Halal
dan Produk Halal mempunyai potensi yang amat luas untuk diterokai dan
dimajukan. Pasaran dan pelanggan sektor ini tidak terhad kepada
kelompok negara di Asia malah menjangkau ke seluruh pelusuk dunia.
Melihat kepada suasana pasaran ini, Kementerian berpendapat peluang
memajukan Industri Halal di Labuan masih relevan walaupun usaha-usaha
selama 10 tahun yang lalu tidak banyak menunjukkan kejayaan. Ketidak
capaian usaha ini juga disebabkan oleh beberapa faktor lain di mana
dalam usaha untuk mengwujudkan aktiviti apa apa industri pun ianya juga
memerlukan fasarana untuk memudahakan pelabur/pengusaha bertapak di
Labuan seperti kemudahsampaian aktiviti dagangan ke Labuan dengan
kos pengangkutan yang minima dan kemudahan sokongan niaga lain.
Untuk itu, Kementerian Wilayah Persekutuan melalui Perbadanan Labuan
dan Labuan Halal Hub Sdn. Bhd. (LHH) terus berusaha untuk mencari
peluang memajukan industri Halal dengan strategi dan pendekatan baru.
Antara lain usaha yang sedang giat dilaksanakan adalah dengan berkerja
sama dengan sebuah syarikat pembekalan perkhidmatan utama (Supply
base) di Wilayah Persekutuan Labuan iaitu Asian Supply Base Sdn. Bhd.
dalam penyediaan perkhidmatan logistik dan kemudahan gudang
tambahan dengan keluasan 100 ekar bagi pemain industri yang berminat
untuk beroperasi dalam skala besar di Wilayah Persekutuan Labuan. Di
samping itu, syarikat ini juga difahamkan akan membantu dalam
menyediakan “shippingrout” bagi menghubungkan pelabuhan-pelabuhan
SOALAN : 5
tertentu terus ke Labuan dalam menyediakan kemudahan penghantaran
kepada pelabur terbabit untuk meletakkan Labuan sebagai pusat niaga
mereka. (LHH hanya mempunyai keluasan tapak 19 ekar dengan 1 pusat
pemerosesan dan 1 gudang).
Seterusnya, LHH juga berkerjasama dengan pihak Labuan Financial
Services Authority sebagai perkhidmatan tambah nilai kepada pelabur
untuk datang ke Labuan dengan menyediakan perkhidmatan kewangan
patuh syariah di bawah “Labuan Islamic Financial Services and Securities
Act 2010” serta insentif cukai hanya 3% setahun. 3 gabungan kemudahan
ini diyakini akan menjadikan Labuan sebagai pusat terbaik untuk pusat
industri halal negara untuk pasaran global dan pihak kementerian akan
terus berusaha dan memberikan komitmen yang jitu agar perkara ini dapat
dilaksanakan.
Salah satu bukti komitmen kita terhadap langkah-langkah menjayakan
industri tersebut, pada 19 Mac 2019 yang lalu, YB Menteri Wilayah
Persekutuan bersama Atase Kewangan Kedutaan Korea Selatan, Lee
Dae-Keon telah menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum
Persefahaman (MOU) antara LHH dengan CMK Consortium Co. Ltd.
sebuah syarikat produk kecantikan yang berpangkalan di Korea Selatan.
Selain Korea Selatan, agensi-agensi berikut juga telah menunjukkan minat
mereka serta sedang melaksanakan penilaian “costing” untuk menjadikan
Labuan sebagai destinasi mereka untuk bertapak dalam sektor
penghasilan produk halal standard Malaysia.
SOALAN : 5
i. Perth Auatralia : Pembungkusan produk Pertanian/Ladang;
ii. Korea Selatan : Kosmetik; dan
iii. Thailand : Produk Makanan.
Pulau Labuan adalah bebas cukai selain memiliki kemudahan pelabuhan
dan lapangan terbang yang baik telah mula mendapat perhatian syarikat-
syarikat berasaskan industri halal setelah usaha mempromosi industri
tersebut dilaksanakan oleh LHH. Usaha ini juga turut dibantu dan disokong
oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu agensi utama yang
menguruskan pensijilan dan penguatkuasaan status halal. Oleh itu, usaha
ke arah menjayakan dan memajukan lagi industri halal hub di Labuan ini
perlu diteruskan.
LHH juga telah diberi pengiktirafan untuk memberikan khidmat rundingan
pakar dalam dan luar negara dengan sokongan padu pihak JAKIM.
Beberapa siri khidmat rundingan berhubung pensijilan halal Malaysia telah
diadakan di Korea Selatan, Taiwan dan di negara jiran Brunei Darulsalam
setakat Febuari 2019. Pada tahun 2019, LHH juga telah menerima
jemputan daripada Thailand, Filipina dan Kemboja berhubung perkara ini.
SOALAN: 6
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : DATUK DONALD PETER MOJUNTIN
DATUK DONALD PETER MOJUNTIN minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan bilangan "stateless children" di negeri Sabah dan
bagaimanakah Kementerian akan menyelesaikan masalah berkaitan
memandangkan ada juga daripada "stateless children" ini mempunyai
ibu atau bapa warganegara Malaysia yang berkahwin dengan orang
asing.
SOALAN: 6
JAWAPAN
Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kelahiran di Malaysia tidak
menyebabkan seseorang individu memperoleh kewarganegaraan
Malaysia secara automatik. Berhubung dengan rekod individu tanpa
kewarganegaraan, adalah dimaklumkan bahawa Kementerian melalui
JPN hanya merekodkan status seseorang individu sebagai warganegara
atau bukan warganegara berdasarkan kepada status perkahwinan dan
taraf kewarganegaraan ibu bapa kandung sewaktu kelahiran berlaku.
Justeru itu, tiada individu yang direkodkan sebagai individu tanpa
kewarganegaraan (stateless) di Malaysia.
Berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari tahun 2013
hingga 31 Mac 2019, sebanyak 44,703 orang kanak-kanak di negeri
Sabah telah didaftarkan dan dikeluarkan Sijil Kelahiran dengan status
‘Bukan Warganegara’ atau ‘Belum Ditentukan’. Bagi kanak-kanak yang
dilahirkan sebelum perkahwinan ibu bapa mereka didaftarkan secara
sah mengikut perundangan Malaysia dan ibunya adalah bukan
warganegara, maka taraf kewarganegaraan kanak-kanak tersebut
adalah mengikut taraf kewarganegaraan ibunya, selaras dengan
Seksyen 17 Bahagian III Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan.
Walau bagaimanapun, ibu/bapa/penjaga yang sah boleh
mengemukakan permohonan kewarganegaraan kanak-kanak di bawah
Perkara 15A sebelum kanak-kanak berumur melebihi 21 tahun, jika
telah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dalam Perlembagaan
Persekutuan, Citizenship Rules 1964 [LN.82/1964] dan perundangan
SOALAN: 6
yang berkaitan dengan pendaftaran perkahwinan, pendaftaran
kelahiran, pengangkatan yang sah serta lain-lain perundangan berkuat
kuasa. Sukacita diingatkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab
sepenuhnya ibu/bapa/penjaga yang sah untuk menguruskan dokumen
pengenalan diri dan dokumen perjalanan dengan negara asal kanak-
kanak bertaraf bukan warganegara bagi mengelakkan isu keberadaan
yang tidak sah di negara ini.
Dalam usaha untuk memperkemas dan melancarkan proses
permohonan kewarganegaraan, Kementerian juga sedang dalam
peringkat akhir pengemaskinian Standard Operating Procedure (SOP)
Permohonan Kewarganegaraan terutamanya permohonan yang
melibatkan individu berumur bawah 21 tahun. Penambahbaikan
tersebut adalah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang yang
berkuat kuasa di bawah Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan
Citizenship Rules 1964 [LN.82/1964] serta turut mengambil kira pelbagai
aspek iaitu kebajikan pemohon tanpa mengabaikan keselamatan dan
kesejahteraan warganegara sedia ada.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 7
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK DONALD PETER MOJUNTIN
Datuk Donald Peter Mojuntin minta MENTERI PENDIDIKAN menyatakan
adakah Kerajaan Persekutuan akan mengiktiraf "United Examination
Certificate (UEC)" atau Sijil Peperiksaan Bersama untuk kemasukan ke
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), memandangkan UEC sudah pun
diterima oleh banyak universiti antarabangsa seperti "Oxford University,
Cambridge University, Australiaan National University, Kyoto University,
Peking University dan California Institute of Technology".
SOALAN: 7
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menubuhkan satu
jawatankuasa khas, iaitu Pasukan Petugas Dasar Unified Examination
Certificate (UEC) atau PPDUEC pada 29 Oktober 2018 untuk mengkaji isu
pengiktirafan UEC sebagai syarat am kelayakan untuk memasuki IPTA.
Jawatankuasa khas ini telah diberi tempoh selama enam (6) bulan untuk
melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Laporan akhir mengenai
isu pengiktirafan UEC sebagai syarat am kelayakan untuk memasuki IPTA
dijangka akan dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan dan
seterusnya diangkat kepada Jemaah Menteri pada bulan Julai 2019.
Isu pengiktirafan sijil UEC bukan semata-mata isu mengenai peperiksaan
yang diiktiraf sahaja tetapi mencakupi perkara yang lebih besar, iaitu yang
melibatkan sistem pendidikan negara kita. Oleh yang demikian, isu ini harus
ditangani dengan teliti supaya sebarang keputusan yang dibuat oleh
kerajaan tidak akan menimbulkan kekeliruan. Bak kata pepatah, “Bagai
menghela (menarik) rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung
jangan terserak.”
Sekian, terima kasih.
SOALAN : 4
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : DATUK DONALD PETER MOJUNTIN
Datuk Donald Peter Mojuntin minta MENTERI TENAGA, SAINS,
TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan
apakah rancangan Kementerian untuk mempertingkatkan lagi penjanaan
"green energy" seperti, "solar, wind power, biomass dan geothermal power"
sebagai persediaan untuk menangani masalah sumber tenaga kelak.
SOALAN : 4
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,
1. Bagi meningkatkan lagi campuran Tenaga Boleh Baharu (TBB) atau
“green energy”, Kerajaan telah menetapkan sasaran 20% campuran
TBB dalam pembekalan elektrik negara menjelang tahun 2025.
2. Sasaran ini dijangka akan dapat dicapai melalui pelaksanaan inisiatif-
inisiatif seperti berikut:
(i) Mekanisme Feed-in Tariff (FiT) untuk penjanaan hidro kecil,
biogas dan biomass;
(ii) Net Energy Metering (NEM) dan Supply Agreement with
Renewable Energy (SARE) untuk memangkin penjanaan solar
di atas bumbung; dan
(iii) Projek Janakuasa Solar Berskala Besar (Large Scale Solar -
LSS) yang dilaksanakan secara bidaan kompetitif.
3. Selain itu, Kerajaan juga sedang merangka Renewable Energy
Transition Roadmap 2035 (RETR 2035) yang merupakan sebuah
pelan induk yang akan mengenal pasti dan menggariskan strategi
serta inisiatif bagi pembangunan TBB di negara ini, meliputi sumber
solar, biojisim, biogas serta janakuasa hidro berskala kecil.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 8
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK DONALD PETER MOJUNTIN
Datuk Donald Peter Mojuntin minta MENTERI PEMBANGUNAN
USAHAWAN menyatakan polisi-polisi yang jelas dan fokus bagi
membangunkan industri sederhana dan kecil "(SME)" di negara ini serta
membantu pengusaha-pengusaha sederhana dan kecil yang sedia ada
untuk mendapat manfaat daripada aktiviti ekonomi yang kian meningkat di
rantau Asia.
SOALAN: 8
JAWAPAN
1. Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) komited untuk
memastikan pembangunan keusahawanan diberi tumpuan secara
khusus dan menyeluruh termasuk kepada Perusahaan Kecil dan
Sederhana (PKS). Peranan PKS ini amat penting di dalam
pertumbuhan ekonomi dan juga penyediaan peluang pekerjaan.
2. MED telah melancarkan Rangka Kerja Keusahawanan Nasional atau
dikenali sebagai National Entrepreneurship Framework (NEF) pada 22
November 2018. NEF merupakan asas dalam mengenal pasti
matlamat dan inisiatif berkaitan pembangunan usahawan yang akan
dijadikan input dalam penyediaan Dasar Keusahawanan Nasional
(DKN).
3. NEF mengandungi empat teras utama yang akan memperincikan
semua matlamat dan inisiatif yang perlu dilaksanakan untuk memacu
agenda pembangunan usahawan termasuk PKS. Teras-teras utama
yang digariskan dalam NEF adalah seperti berikut:
(i) Teras Pertama: Memacu pertumbuhan ekonomi melalui
keusahawanan berinovasi;
(ii) Teras Kedua: Pembangunan keusahawanan yang komprehensif
dan bersepadu;
SOALAN: 8
(iii) Teras Ketiga: Mempertingkat bilangan usahawan
dalam kalangan B40; dan
(iv) Teras Keempat: Mempertingkat keupayaan dan pertumbuhan
usahawan dan PKS.
4. Pelan Induk PKS 2012 - 2020 pula telah menggariskan
enam program berimpak tinggi (High Impact Project - HIP), bertujuan
untuk mewujudkan PKS yang kompetitif di peringkat global yang dapat
meningkatkan kekayaan dan menyumbang kepada kesejahteraan
Malaysia. Di bawah Pelan Induk ini, sebanyak 26 inisiatif sokongan
telah diperkenalkan dengan matlamat untuk merancakkan
pertumbuhan PKS. Dalam usaha untuk memastikan Pelan Induk ini
kekal relevan, Kementerian ini juga telah ‘turun padang’ dan membuat
pelbagai pertemuan (engagement) dengan pihak berkepentingan
industri bagi mendapatkan maklumat, maklum balas serta memahami
isu dan cabaran keusahawanan dalam usaha untuk memperkasakan
ekosistem keusahawanan setempat.
5. Selain itu, terdapat juga dasar-dasar lain yang memberi impak ke atas
PKS seperti berikut:
5.1 Pelan Hala Tuju Strategik eDagang Kebangsaan
Pelan ini mempunyai dua agenda utama e-Dagang Malaysia
iaitu:
SOALAN: 8
(i) mengekalkan kelestarian perniagaan sedia ada, dengan
penyertaan lebih kurang 80% PKS dalam arena e-dagang
antarabangsa dan memastikan mereka mempunyai
keupayaan untuk mengikuti perkembangan ekonomi digital;
dan
(ii) mengembangkan akses pasaran dari lebih 16 juta
pelanggan digital domestik kepada 87 juta pelanggan rantau
ASEAN dan akhirnya kepada satu bilion pelanggan di
seluruh dunia.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 58
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN HAJI HUSAM BIN MUSA
Tuan Haji Husam Bin Musa minta MENTERI DALAM NEGERI
menyatakan langkah-langkah untuk menjadikan banduan menghasilkan
pulangan kewangan atau sumbangan produktif kepada negara.
SOALAN: 58
JAWAPAN
Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Penjara Malaysia
sememangnya berusaha melatih dan membina semula banduan agar
mereka insaf, pulih, berkemahiran, mampu berdikari serta tidak mengulangi
kesilapan setelah dibebaskan. Perkara ini adalah selaras dengan prinsip
pentadbiran Jabatan Penjara Malaysia sepertimana ketetapan Peraturan 3
(1) (c) Peraturan-Peraturan Penjara 2000. Di samping itu, Program
Pembangunan Insan (PPI) Jabatan Penjara Malaysia turut menerapkan
bidang kemahiran dalam fasa pemulihannya agar banduan yang terlibat
menjadi sumber manusia yang produktif dan mampu menyumbang kembali
kepada masyarakat dan negara.
Antara Langkah-langkah yang diambil oleh Jabatan dalam meningkatkan
kemahiran dan akademik banduan agar golongan ini mampu memberi
sumbangan yang produktif kepada negara semasa menjalani hukuman dan
juga setelah dibebaskan, adalah seperti berikut:
i. Memberikan peluang akademik kepada banduan di peringkat
persekolahan dan pengajian tinggi. Pada masa kini, terdapat seramai
817 orang penghuni penjara yang sedang mengikuti pembelajaran
akademik dan 34 daripada mereka adalah sedang melanjutkan
pengajian di peringkat diploma, sarjana muda, sarjana dan Doktor
Falsafah (PhD).
SOALAN: 58
ii. Peluang Latihan secara tidak bersijil dan bersijil di bengkel-bengkel
perusahaan, dan usaha sama. Penghuni yang terlibat akan diberikan
insentif yang boleh digunakan setelah dibebaskan. Pada ketika ini,
terdapat seramai 8,080 penghuni yang sedang mengikuti latihan
kemahiran di 486 buah bengkel perusahaan dan usaha sama;
iii. Semenjak latihan kemahiran diperkenalkan, mulai tahun 2012 sehingga
2018 seramai 18,192 penghuni telah menerima sijil kemahiran melalui
Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dengan kerjasama dari
Kementerian Sumber Manusia;
iv. Latihan kemahiran secara bersijil juga ditawarkan kepada penghuni
dalam bentuk latihan pekerjaan dengan beberapa buah syarikat swasta
yang akan mengambil banduan berkenaan untuk bekerja setelah
dibebaskan. Pada tahun 2018, seramai 87 banduan yang menyertai
program ini telah dipersijilkan dan telah bekerja dengan syarikat-
syarikat berkaitan; dan
v. Latihan pekerjaan turut ditawarkan kepada banduan termasuk Orang
Diparol (ODP) melalui Program Reintegrasi Penghuni Industri (PRPi)
dan Corporate Smart Internship (CSI) dengan syarikat swasta dan
Syarikat Berkaitan dengan Kerajaaan (GLC). Rekod Jabatan
menunjukkan bahawa terdapat seramai 44 orang banduan sedang
mengikuti Program Reintegrasi Penghuni Industri dan seramai 379
ODP sedang mengikuti Program Corporate Smart Internship. Dengan
adanya peluang sebegini, banduan dan ODP boleh meneruskan
kehidupan dengan pekerjaan berkenaan setelah mereka dibebaskan;
SOALAN: 58
Kementerian Dalam Negeri bersama-sama dengan Jabatan Penjara
Malaysia sentiasa melaksanakan kerjasama dengan pelbagai pihak
terutamanya agensi swasta dalam memperluaskan peluang latihan dan
pekerjaan bagi banduan agar golongan ini dapat meneruskan kehidupan
yang lebih stabil, bebas daripada jenayah serta tidak lagi mengulangi
kesilapan lampau dan tidak kembali semula ke penjara.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 57
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN HAJI HUSAM BIN MUSA
Tuan Haji Husam Bin Musa minta MENTERI PERUMAHAN DAN
KERAJAAN TEMPATAN menyatakan setakat ini keberkesanan dan
penggunaan yang betul oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri-
negeri bukan pimpinan Pakatan Harapan terutamanya dari segi peruntukan
Kementerian yang disalurkan secara terus.
SOALAN: 57
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan (KPKT) menyediakan peruntukan bagi
pelaksanaan projek-projek pembangunan berskala kecil (BP1) di
kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh negara. Sejak
Kerajaan Pakatan Harapan memerintah, semua peruntukan
disalurkan terus kepada PBT dan bukannya kepada Jabatan
Pembangunan Persekutuan seperti yang diamalkan oleh Kerajaan
terdahulu. Hanya projek-projek yang memberi manfaat dan impak
segera kepada rakyat yang dipertimbang untuk kelulusan BP1 di
semua negeri, termasuk negeri-negeri bukan pimpinan Pakatan
Harapan.
2. KPKT membuat pemantauan berkala ke atas keberkesanan dan
pelaksanaan projek melalui mesyuarat berkala dengan PBT dan
lawatan tapak bagi memastikan peruntukan yang diberikan digunakan
dengan betul, segera dan menepati kehendak rakyat.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 56
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN HAJI HUSAM BIN MUSA
Tuan Haji Husam Bin Musa minta MENTERI TENAGA, SAINS,
TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan
sejauh mana Kementerian membuka pintu untuk teknologi baharu di dalam
penyediaan kemudahan elektrik di luar bandar khususnya di Sabah dan
Sarawak bagi tujuan pengurangan kos dan penyediaan kemudahan yang
lebih meluas.
SOALAN: 56
JAWAPAN
Tuan Yang Di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat Senator, selain daripada pembekalan
elektrik melalui penyambungan kepada sistem talian grid sedia ada,
Kementerian ini juga turut melaksanakan sistem pembekalan elektrik melalui
kaedah teknologi alternatif yang lain.
Bagi negeri Sabah dan Sarawak, Kementerian turut melaksanakan projek
Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) menggunakan sistem Solar Hibrid dan
Mikro Hidro, melalui kaedah ini secara amnya penduduk akan menikmati
bekalan elektrik 24 jam sehari dengan kadar penggunaan 8kWh bagi setiap
rumah. Projek ini setelah siap akan diserahkan kepada Pihak Berkuasa
Elektrik Negeri (PBEN) iaitu Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan Sarawak
Energy Berhad (SEB) bagi tujuan operasi dan penyenggaraan.
Selain daripada itu, bagi negeri Sarawak di kawasan yang berada terlalu
jauh di pendalaman atau mempunyai bilangan rumah kurang daripada 20
buah, Kementerian dengan kerjasama pihak Kerajaan Negeri turut
melaksanakan projek sistem pembekalan melalui kaedah solar ataupun
hidro. Sistem ini hanya melibatkan kadar penggunaan sekurang-kurangnya
2kWh bagi setiap rumah. Bagi sistem ini, pengoperasian dan
penyenggaraan sistem akan dilaksanakan sendiri oleh pihak komuniti
kampung dengan kerjasama Kerajaan Negeri. Tiada kutipan bil atau caj
yang dikenakan kepada pemilik rumah. Bagi negeri Sabah pula, kaedah ini
SOALAN: 56
sedang dikaji kesesuaian pelaksanaannya terutama dari aspek
pengoperasian dan penyenggaraan setelah siap kelak.
Kementerian juga dari semasa ke semasa turut mengkaji teknologi baharu
yang sesuai digunapakai bagi membekalkan elektrik ke kawasan luar
bandar. Keutamaan bukan sahaja dilihat dari segi keboleh laksanaan
teknologi tersebut, tetapi juga dari segi ketahanan dan kesesuaian atau
keupayaan pihak penerima sistem untuk mengoperasi dan menyenggara
sistem tersebut.
SOALAN: 54
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN HAJI HUSAM BIN MUSA
Tuan Haji Husam Bin Musa minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
menyatakan apakah insentif Kerajaan ke arah mewujudkan landskap yang
indah dan menawan di seluruh negara khususnya negeri-negeri yang masih
ketinggalan dari segi pembangunan.
SOALAN: 54
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Jabatan Landskap Negara
(JLN) telah menggubal Dasar Landskap Negara (DLN) pada tahun 2010
untuk digunapakai oleh semua peringkat Kerajaan dan penggiat landskap.
Selain itu, JLN juga telah mengeluarkan pelbagai garis panduan termasuk
manual yang dijadikan sebagai panduan umum dalam pembangunan
landskap di seluruh negara yang mana perlu digunapakai di peringkat
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT). Di samping itu, Dokumen Pelan Induk Landskap (PIL) telah
disediakan di sebahagian besar PBT yang merupakan dokumen sebagai
rujukan dan kawalan perancangan pembangunan landskap yang
komprehensif.
Di antara insentif Kerajaan ke arah mewujudkan landskap yang indah dan
menawan di seluruh negara, JLN juga telah melaksanakan pelbagai projek
pembangunan landskap seperti pembangunan taman-taman awam,
landskap perbandaran, menaik taraf taman awam, pembangunan taman
botani, pemuliharaan dan pemulihan landskap dan program persekitaran
kehidupan di PBT di seluruh negara termasuklah PBT di negeri-negeri yang
dianggap ketinggalan dari segi pembangunan.
Selain itu, Kementerian kini sedang melaksanakan pembangunan Taman
Persekutuan. Konsep dan pelaksanaannya adalah 1 negeri : 1 Taman
Persekutuan. Taman Persekutuan ini akan diperluaskan ke setiap negeri di
Malaysia. Diharapkan pembangunan Taman Persekutuan ini akan
SOALAN: 54
memberikan impak peningkatan kesejahteraan hidup rakyat dan pada masa
yang sama mewujudkan landskap yang indah di seluruh negara.
Ingin ditegaskan di sini bahawa bagi memastikan kewujudan landskap yang
indah di seluruh negara, Pihak Berkuasa Negeri dan PBT perlu bersama-
sama memberikan komitmen yang tinggi dalam membangunkan serta
menguruskan landskap di negeri dan PBT masing-masing. Ini adalah bagi
memastikan pembangunan landskap secara menyeluruh dapat
dilaksanakan dan berdaya tahan (sustainable) ke arah menjadikan Malaysia
Negara Taman Terindah.
SOALAN: 55
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB TUAN HAJI HUSAM BIN MUSA
Tuan Haji Husam Bin Musa minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI
menyatakan senarai projek-projek pembangunan yang didapati tidak
berdaya maju dari segi komersial (commercially not viable) serta anggaran
kosnya dan cadangan cara-cara untuk mengatasinya.
SOALAN: 55
JAWAPAN
Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sentiasa memberi
keutamaan kepada pelaksanaan projek-projek yang memberikan
manfaat terus kepada rakyat (people-centric and high-impact projects)
seperti jalan raya, jambatan, bekalan air, bekalan elektrik, sekolah dan
rumah ibadat. Ini adalah selaras dengan usaha Kerajaan untuk segera
merancakkan aktiviti ekonomi negara. Sehubungan itu, tiada projek-
projek yang didapati tidak berdaya maju dari segi komersial yang
dibiayai Kerajaan.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 102
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK JOHN AMBROSE
Datuk John Ambrose minta MENTERI HAL EHWAL EKONOMI
menyatakan langkah-langkah yang telah diambil untuk mengkaji semula
terma dan syarat air, tanah dan galian bagi memenuhi transisi hak minyak
dan gas kepada Sabah dan Sarawak.
SOALAN: 102
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, perkara ini
masih dalam perbincangan di Jawatankuasa Khas Kabinet
(Pemandu) bagi Menyemak Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963
(MA63) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri.
2. Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu pada 5 Mac 2019 bersetuju
supaya forum berasingan diwujudkan yang antara lain akan
membincangkan isu berkaitan agihan royalti kepada Sabah dan
Sarawak. Forum ini akan dipengerusikan secara bersama oleh YB
Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan YAB Ketua Menteri yang terlibat.
Keahlian forum berasingan ini adalah terdiri daripada wakil-wakil
seperti berikut:
(i) Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA);
(ii) Kementerian Kewangan Malaysia (MOF);
(iii) Jabatan Peguam Negara (AGC);
(iv) Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS);
(v) Kerajaan Negeri berkaitan; dan
(vi) Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana
Menteri (BHEUU) sebagai Urus setia.
3. Hasil perbincangan dan syor daripada forum berasingan ini akan
diangkat terus kepada Jawatankuasa Khas Kabinet (Pemandu)
MA63 untuk pertimbangan dan persetujuan.
SOALAN: 102
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 104
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK JOHN AMBROSE
Datuk John Ambrose minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan
laporan tentang kerja-kerja pembangunan yang telah dilaksanakan
sepanjang 2019, kos yang terlibat dan peratusan siap projek-projek
tersebut.
SOALAN: 104
JAWAPAN
Tuan Yang Di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Senator, Kementerian Kerja Raya
(KKR) pada tahun 2019 telah diluluskan sebanyak 201 projek dengan
peruntukan Pembangunan sebanyak RM6,115 juta.
Daripada 201 projek ini, 7 projek baharu diluluskan pada tahun 2019 dan
194 projek pula merupakan projek sambungan.
Status pelaksanaan bagi projek ini sehingga 07 April 2019 adalah
seperti Jadual 1 di bawah :
Jenis Projek
Status (Bilangan Projek)
Pra Pembinaan /
Pelaksanaan
Pembinaan /
Pelaksanaan
Siap
Fizikal
22
171
21
Bukan Fizikal
6
2
-
Jumlah Keseluruhan
28
173
21
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 105
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK JOHN AMBROSE
Datuk John Ambrose minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan
laporan tentang peratusan rakyat Malaysia yang mempunyai dua
kewarganegaraan dan yang telah melepaskan hak sebagai warganegara
Malaysia.
SOALAN: 105
JAWAPAN
Yang di-Pertua,
Berhubung peratusan rakyat Malaysia yang mempunyai dua (2)
kewarganegaraan seperti yang dibangkitkan oleh Ahli Yang Berhormat,
Kementerian mahupun Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak
mempunyai maklumat atau rekod berkaitan taraf kewarganegaraan
individu yang telah dianugerahkan oleh Kerajaan negara asing. Justeru
itu, JPN tidak mempunyai data berkaitan bilangan atau peratusan rakyat
Malaysia yang mempunyai dua (2) kewarganegaraan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan rekod JPN dari tahun
2015 hingga 31 Mac 2019, seramai 39,463 individu telah melepaskan
kewarganegaraan Malaysia.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 103
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK JOHN AMBROSE
Datuk John Ambrose minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM
NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan mengapa harga
barangan tidak seragam di seluruh negara dan didapati harga makanan
dan bahan mentah negeri Sarawak adalah yang terendah di Malaysia
berbanding dengan tempat-tempat lain. Apakah kaedah penyeragaman
harga yang sedang dilaksanakan pada masa ini.
SOALAN: 103
JAWAPAN
Tuan Yang Di-Pertua,
Untuk makluman Dewan Yang Mulia ini, memang terdapat
perbezaan harga barangan di antara lokasi berlainan termasuk
Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Berdasarkan analisa terhadap data
harga barangan, premis-premis perniagaan di sekitar kawasan yang
sama menawarkan barang yang sama pada harga yang berbeza.
Pasaran bebas yang diamalkan di Malaysia menyebabkan harga
barangan bergantung kepada permintaan daripada pengguna dan
penawaran daripada pembekal (willing seller, willing buyer), kos logistik
dan pengangkutan, persaingan harga oleh sesetengah premis,
perubahan cuaca dan kos pengimportan yang tinggi serta kegiatan
manipulasi harga oleh orang tengah.
Oleh yang demikian, memang terdapat beberapa barangan dijual
pada harga yang lebih rendah di Sarawak seperti ikan cencaru dan ikan
merah. Walau bagaimanapun, kebanyakan barangan lain terutamanya
barangan yang diproses (barangan berbungkus/tin/kotak/pek/botol) dijual
pada harga yang lebih tinggi berbanding Semenanjung.
Antara punca harga yang lebih tinggi di Sarawak adalah disebabkan
oleh kos pengangkutan barangan memandangkan kebanyakan
pengeluar beroperasi di Semenanjung. Keadaan ini ditambah lagi dengan
kos pengangkutan darat yang tinggi disebabkan oleh faktor bentuk muka
bumi dan taburan penduduk di kawasan-kawasan pedalaman yang
terletak jauh dari bandar dan tidak mempunyai infrastruktur perhubungan
yang baik.
SOALAN: 103
Bagi mengurangkan jurang perbezaan harga barangan asas di
antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak, Kerajaan telah melaksanakan
Program Penyeragaman Harga Sabah, Sarawak dan Labuan sejak dari
tahun 2013 sehingga kini. Melalui Program ini, Kerajaan membuat
bayaran insentif kepada pengilang/pengeluar tepung gandum, minyak
masak dan gula supaya pengedar dan pemborong terlibat dapat
membekalkan barang tersebut pada harga runcit sama seperti yang
ditawarkan di Semenanjung.
Pada masa sama, Kerajaan turut melaksanakan Program
Penyeragaman Harga sejak dari tahun 2009 sehingga kini. Melalui
Program ini, Kerajaan menanggung kos penghantaran barang-barang
keperluan asas seperti beras, tepung gandum, minyak masak paket 1kg,
gula pasir, gas petroleum cecair (gas memasak), petrol RON95 dan diesel
ke kawasan pedalaman di Sabah, Sarawak dan Semenanjung. Hasilnya,
penduduk-penduduk di kawasan pedalaman boleh membeli barangan
asas tersebut pada harga yang sama seperti di bandar.
SOALAN: 101
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK JOHN AMBROSE
Datuk John Ambrose minta MENTERI PEMBANGUNAN USAHAWAN
menyatakan :-
(a) statistik usahawan yang telah dilahirkan dan masih aktif hingga ke
hari ini di seluruh Malaysia; dan
(b) sumbangan golongan usahawan kepada ekonomi negara dan
bagaimana memperbaiki prestasi ini.
SOALAN: 101
JAWAPAN
1. Sejak penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan (MED)
pada 2 Julai 2018 sehingga 30 April 2019, seramai lebih 25,000
usahawan telah mendapat manfaat daripada pelaksanaan program-
program pembangunan usahawan yang dilaksanakan oleh agensi-
agensi di bawah MED.
2. Pada tahun 2017, usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana
(PKS) telah menyumbang 37.1% kepada Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) keseluruhan Malaysia, 66.0% kepada guna tenaga
keseluruhan dan 17.3% kepada eksport keseluruhan.
3. Berdasarkan pertumbuhan KDNK keseluruhan sebanyak 4.7% pada
tahun 2018 dan anggaran rasmi pertumbuhan KDNK keseluruhan
antara 4.3 - 4.8% pada tahun 2019 yang diumumkan oleh Bank
Negara Malaysia, pertumbuhan KDNK PKS dianggarkan kekal pada
5.8% bagi tahun 2018 dan 2019, sekiranya tiada penglibatan dan
rangsangan oleh Kerajaan selain daripada peruntukan
pembangunan PKS sedia ada. Berdasarkan Pelan Tindakan
Bersepadu PKS (SMEIPA), pada tahun 2019, Kerajaan telah
memperuntukkan sejumlah RM13.02 bilion untuk melaksanakan 162
program pembangunan PKS menerusi 17 Kementerian dan lebih
daripada
60 Agensi.
4. Mesyuarat Majlis Pembangunan Usahawan dan PKS Kebangsaan
(MPUPK) yang diadakan pada 8 April 2019 mengesahkan 8 langkah
bagi meningkatkan lagi pertumbuhan KDNK PKS untuk mencapai
SOALAN: 101
sasaran sumbangan KDNK sebanyak 41% kepada negara
menjelang 2020. Ini memerlukan KDNK PKS berkembang pada
kadar 7.9% setahun mulai tahun 2018 hingga 2020.
5. Di antara langkah-langkah yang dirancang bagi memperbaiki
prestasi ini termasuklah memperhebatkan pendigitalan oleh PKS,
meningkatkan integrasi PKS ke dalam rantaian bekalan, menyokong
lebih banyak PKS yang mempunyai pertumbuhan tinggi melalui
insentif berkaitan, memudahkan mekanisme pembiayaan alternatif,
meningkatkan penyertaan PKS dalam rantaian industri pelancongan,
melonjakkan tahap kesediaan dan daya saing PKS untuk
menerapkan model perniagaan dan teknologi innovative-disruptive-
compelling serta memacu pertumbuhan, mengukuhkan dan
menggalakkan penggunaan gerbang pembayaran atas talian dan
teknologi kewangan (fintech) oleh PKS Malaysia.
6. MED melalui SME Corporation turut melaksanakan program khusus
untuk membantu PKS meningkatkan keupayaan dan kapasiti yang
boleh meningkatkan sumbangan mereka kepada ekonomi negara. Ini
meliputi bantuan dari segi khidmat nasihat dan kewangan sama ada
dalam bentuk geran atau pinjaman mudah.
7. Di samping itu, terdapat beberapa inisiatif lain yang dijalankan untuk
membantu usahawan mikro dan usahawan muda meningkatkan
prestasi bagi membolehkan mereka menyumbang kepada ekonomi
negara. Ini termasuklah dengan mempromosi dan mewujudkan
kesedaran mengenai penggunaan ICT di kalangan usahawan mikro
di seluruh negara melalui bengkel dan seminar, serta menggalakkan
SOALAN: 101
usahawan wanita menjalankan perniagaan dalam talian melalui
Program Women Netpreneur.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 71
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING
Puan Lim Hui Ying minta MENTERI INDUSTRI UTAMA menyatakan
jumlah anggota dan perbelanjaan tahunan pada tahun 2015, 2016, 2017
dan 2018 Lembaga Koko. Apakah visi Kementerian dalam industri koko
di Malaysia.
SOALAN: 71
JAWAPAN
1. Jumlah kakitangan LKM pada tahun 2015, 2016, 2017 dan 2018
adalah seperti berikut:
Jumlah kakitangan LKM pada tahun 2015 adalah seramai 798 orang
yang terdiri daripada 90 orang pegawai daripada kumpulan
Pengurusan Tertinggi dan Profesional yang mana 84 orang pegawai
merupakan lantikan tetap dan 6 orang pegawai bertaraf sementara.
Jumlah kaitangan sokongan pula adalah seramai 708 orang yang
terdiri daripada 390 orang bertaraf tetap, 155 orang bertaraf sementara
dan 163 bertaraf sambilan.
Pada tahun 2016, perjawatan kakitangan LKM telah menurun kepada
772 orang yang mana 88 orang merupakan pegawai daripada
kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Profesional dan 81 orang
daripadanya merupakan lantikan tetap dan 7 orang adalah lantikan
sementara. Jumlah kakitangan sokongan pula adalah seramai 684
orang, 384 orang daripadanya berstatus lantikan tetap.
Walau bagaimanapun, jumlah kakitangan LKM pada tahun 2017
berkurangan kepada 449 orang yang mana 79 orang kakitangan terdiri
daripada kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Profesional yang
bertaraf lantikan tetap dan mempunyai seramai 370 orang kakitangan
sokongan yang mana kesemuanya bertaraf lantikan tetap.
Terdapat seramai 453 orang kakitangan LKM dicatatkan pada tahun
2018 yang mana 78 orang merupakan kumpulan perkhidmatan
Pengurusan Tertinggi dan Profesional yang bertaraf lantikan tetap.
SOALAN: 71
Untuk kakitangan sokongan pula, terdapat seramai 375 orang
kakitangan dan kesemuanya bertaraf lantikan tetap.
2. Jumlah Perbelanjaan LKM pada tahun 2015, 2016, 2017 dan 2018
adalah seperti berikut:
Pada tahun 2015, jumlah perbelanjaan LKM mencatatkan
perbelanjaan sebanyak RM116,757,461 manakala pada tahun 2016
adalah sebanyak RM72,525,963 dan meningkat kepada
RM83,187,987 pada tahun 2017. Jumlah perbelanjaan LKM pada
tahun 2018 pula adalah sebanyak RM62,093,289. Walau
bagaimanapun, jumlah perbelanjaan LKM pada tahun 2018 yang
dilaporkan adalah belum muktamad dan tertakluk kepada pengauditan
penyata kewangan bagi tahun berakhir 31 Disember 2019.
3. Visi Kementerian dalam industri koko di Malaysia adalah seperti
berikut:
i) Sektor Huluan
(a) Program Pembangunan Rantaian Kluster Koko
Program ini dibangunkan bertujuan untuk memperkukuhkan
aktiviti rantaian nilai koko bagi meningkatkan pendapatan
pekebun kecil yang mana dijangkakan terdapat pertambahan ke
atas keluasan tanaman koko, peningkatan hasil dan
pengeluaran biji koko yang berkualiti termasuk biji koko unggul
dan perisa istimewa (specialty beans) serta pembangunan
komuniti koko berasaskan perniagaan berdaya maju dan
mapan.
SOALAN: 71
ii) Sektor Hiliran
(a) Membangunkan Malaysia sebagai Hab Perdagangan Koko
di Asia
Pada tahun 2018, pembangunan pesat di sektor hiliran koko
telah menghasilkan nilai eksport sebanyak RM5.55 billion dan
turut menyediakan peluang pekerjaan kepada 26,511 orang di
pelbagai sektor huluan dan hiliran koko di Malaysia. Justeru,
cadangan untuk membangunkan Malaysia sebagai hab
perdagangan koko ini bukan sahaja dapat merangsang
pembangunan aktiviti hiliran koko negara malah dapat
menjamin kesediaan bekalan biji koko yang berterusan di
samping dapat merangsang aktiviti pengeksportan semula bagi
memenuhi permintaan pengisaran di rantau Asia dan Oceania
yang kini dianggarkan melebihi 1 juta tan metrik setahun.
(b) Membangunkan Malaysia sebagai ‘King of Chocolate’ di
Asia
Pengeluaran di sektor pengilangan coklat dan konfeksi
berasaskan koko dianggarkan berkembang sebanyak 2.57%
setahun daripada 14,600 tan metrik pada tahun 2015 kepada
16,100 tan metrik pada tahun 2018. Kini terdapat sebanyak 51
buah syarikat pengilang coklat dan konfeksi koko dan 216 buah
syarikat usahawan coklat tempatan beroperasi di seluruh
negara dan telah menghasilkan nilai eksport sebanyak RM1.031
billion pada tahun 2018. Pasaran coklat dan konfeksi koko kini
mempunyai liputan pasaran yang luas dan diterima baik di
SOALAN: 71
kedua-dua pasaran domestik dan lebih daripada 128 tempat
destinasi pasaran di seluruh dunia. Melalui program ini,
dijangkakan terdapat peningkatan ke atas pelaburan baru dari
syarikat-syarikat multinasional serta pertambahan syarikat-
syarikat pengilangan coklat dan konfeksi koko di samping
perluasan pasaran dan peningkatan syer pasaran.
Sekian terima kasih.
SOALAN: 74
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING
Puan Lim Hui Ying minta MENTERI PEMBANGUNAN WANITA,
KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan apakah strategi dan
inisiatif Kerajaan untuk menyerap dasar keterangkuman gender dalam
kerangka sistem Kerajaan.
SOALAN: 74
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Dasar Wanita Negara telah digubal pada tahun 1989 berhasrat untuk
mencapai kesaksamaan gender melalui program-program yang telah
dirangka menerusi Pelan Tindakan Pembangunan Wanita. Pelan tersebut
disediakan untuk menjamin pembangunan dan pengupayaan wanita
dengan mengarusperdanakan kepentingan wanita untuk mencapai
potensi mereka sepenuhnya dalam perancangan dan pembangunan
negara.
Kementerian pada ketika ini sedang dalam proses mengkaji semula
keberkesanan Dasar dan Pelan Tindakan Pembangunan Wanita Negara
(PTPWN) melalui satu kajian Gender Mainstreaming yang sedang
dijalankan dengan kerjasama United Nations Development Programme
(UNDP). Kajian yang sedang dijalankan ini akan membantu Kementerian
menyediakan pelan tindakan yang lebih baik dan komprehensif dengan
mengambil kira isu-isu yang dihadapi oleh semua wanita di Malaysia dari
segi sosial dan ekonomi.
Kajian ini turut akan menilai inisiatif-inisiatif mengarusperdanakan gender
yang telah dilaksanakan di setiap badan Kerajaan bagi memastikan isu-
isu kesaksamaan gender dan pemerkasaan wanita terus relevan dan
sentiasa menjadi keutamaan dalam setiap perancangan termasuk
penggubalan polisi di peringkat kebangsaan. Selain itu, satu cadangan
rangka kerja sebagai panduan mengarusperdanakan gender dalam
perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian yang merangkumi
aspek perundangan serta pentadbiran turut telah dibangunkan.
SOALAN: 74
Pada masa yang sama, Kementerian telah menubuhkan satu Special
Project Team Rang Undang-Undang Kesaksamaan Gender pada
Februari 2019 yang terdiri daripada wakil Kementerian / Jabatan / Agensi,
ahli akademik dan juga badan bukan kerajaan (NGO). Kementerian yakin
pewujudan Special Project Team yang terdiri daripada pelbagai pihak
berkepentingan yang mempunyai pengalaman, pengetahuan dan
kepakaran berkenaan kesaksamaan gender ini dapat meneliti serta
menyediakan kerangka perundangan kesaksamaan gender yang
komprehensif di Malaysia.
Isu kesaksamaan gender juga perlu dibincang dengan teliti dan
menyeluruh bagi memastikan ia seiring dengan prinsip tiada diskriminasi
berasaskan gender selaras dengan apa yang termaktub dalam
Konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita
(CEDAW) dan juga Dasar Wanita Negara.
SOALAN: 72
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING
Puan Lim Hui Ying minta MENTERI KEWANGAN menyatakan hasil
kutipan cukai pendapatan (income tax) dari tahun 2013 sehingga 2018
mengikut negeri.
SOALAN: 72
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, hasil kutipan cukai pendapatan
(income tax) dari tahun taksiran 2013 sehingga tahun taksiran 2017
adalah seperti berikut:-
Tahun Taksiran Jumlah Kutipan (RM)
2013 89,711,706,966
2014 96,602,986,447
2015 99,375,103,934
2016 95,578,201,516
2017 100,703,504,928
Untuk makluman Yang Berhormat juga, lokasi cawangan Lembaga Hasil
Dalam Negeri yang menerima cukai pendapatan individu dan syarikat
adalah berkemungkinan besar berbeza dengan tempat di mana aktiviti
ekonomi pembayar cukai dijalankan atau negeri tempat tinggal sebenar
pembayar cukai. Oleh itu, jumlah kutipan hasil cukai pendapatan individu
dan syarikat yang dibayar kepada LHDNM di peringkat negeri tidak
menggambarkan bahawa cukai yang dihasilkan adalah daripada
sumbangan sebenar aktiviti ekonomi di negeri berkenaan.
SOALAN: 73
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB PUAN LIM HUI YING
Puan Lim Hui Ying minta MENTERI KEWANGAN menyatakan kutipan
cukai pendapatan (income tax) dari tahun 2013 sehingga 2018.
SOALAN: 73
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, hasil kutipan cukai pendapatan
(income tax) dari tahun taksiran 2013 sehingga tahun taksiran 2017
adalah seperti berikut:
Tahun Taksiran Jumlah Kutipan (RM)
2013 89,711,706,966
2014 96,602,986,447
2015 99,375,103,934
2016 95,578,201,516
2017 100,703,504,928
Untuk makluman Yang Berhormat juga, lokasi cawangan Lembaga Hasil
Dalam Negeri yang menerima cukai pendapatan individu dan syarikat
adalah berkemungkinan besar berbeza dengan tempat di mana aktiviti
ekonomi pembayar cukai dijalankan atau negeri tempat tinggal sebenar
pembayar cukai. Oleh itu, jumlah kutipan hasil cukai pendapatan individu
dan syarikat yang dibayar kepada LHDNM di peringkat negeri tidak
menggambarkan bahawa cukai yang dihasilkan adalah daripada
sumbangan sebenar aktiviti ekonomi di negeri berkenaan.
SOALAN: 134
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATO' DR. ANANTHAN A/L
SOMASUNDARAM
Dato' Dr. Ananthan A/L Somasundaram minta PERDANA MENTERI
menyatakan statistik penjawat awam yang memegang jawatan Jusa C
mengikut kaum dan jantina di seluruh negara.
SOALAN: 134
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 1 April 2019, statistiks
penjawat awam yang memegang jawatan Jusa C mengikut kaum dan
jantina adalah seperti berikut:
Bangsa Jantina JUMLAH
Lelaki Perempuan
Melayu 1,550 1,012 2,562
Cina 173 139 312
India 103 85 188
Bumiputera Sarawak 34 13 47
Bumiputera Sabah 26 14 40
Orang Asli
(Semenanjung)
2 1 3
Lain-lain 22 12 34
JUMLAH 1,910 1,276 3,186
Walau bagaimanapun, data ini tidak termasuk skim perkhidmatan polis
dan tentera.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 132
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATO' DR. ANANTHAN A/L
SOMASUNDARAM
Dato' Dr. Ananthan A/L Somasundaram minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan statistik kemasukan pembantu rumah asing dan
pekerja asing di Malaysia berdasarkan negara sumber bagi tahun 2016
hingga sekarang.
SOALAN: 132
JAWAPAN
Yang di-Pertua,
Kementerian Dalam Negeri ingin memaklumkan bahawa berdasarkan
rekod Jabatan Imigresen Malaysia melalui pengeluaran Pas Lawatan
(Kerja Sementara) – PLKS yang sah dan aktif, jumlah pembantu rumah
asing (sektor tidak formal) dan pekerja asing tidak mahir bagi enam (6)
sektor formal yang dibenarkan iaitu sektor pembinaan, perkilangan,
perkhidmatan, perladangan, pertanian serta perlombongan dan
pengkuarian dari tahun 2016 sehingga 31 Mac 2019 adalah seperti
berikut:
Jadual 1: Jumlah Pembantu Rumah Asing dan Pekerja Asing Tidak
Mahir Yang Telah Dikeluarkan PLKS Sah Dan Aktif
Dari Tahun 2016 Sehingga 31 Mac 2019
BIL. TAHUN
PEMBANTU RUMAH ASING
(ORANG)
PEKERJA ASING
KURANG MAHIR
(ORANG)
JUMLAH
KESELURUHAN (ORANG)
1. 2016 134,575 1,731,794 1,866,369
2. 2017 128,308 1,669,069 1,797,377
3. 2018 127,169 1,888,591 2,015,760
4. 31 Mac 2019 129,751 1,896,453 2,026,204 Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia
Tarikh Kemas Kini: 9 April 2019
SOALAN: 133
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATO' DR. ANANTHAN A/L
SOMASUNDARAM
Dato' Dr. Ananthan A/L Somasundaram minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan statistik pembantu rumah asing Indonesia di
Malaysia berdasarkan kepada maklumat negeri majikan bagi tahun 2016
hingga sekarang.
SOALAN: 133
JAWAPAN
Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Mac 2019, jumlah
Pembantu Rumah Asing (PRA) yang memegang Pas Lawatan Kerja
Sementara (PLKS) aktif semasa dari negara Indonesia adalah sejumlah
92,675 orang. Butiran pecahan statistik tersebut mengikut negeri di
Malaysia adalah seperti di Jadual 1 berikut:
BIL. NEGERI JUMLAH (ORANG)
1. Selangor 36,105
2. W.P. Kuala Lumpur 16,701
3. Johor 10,271
4. Pulau Pinang 5,650
5. Perak 3,652
6. Melaka 2,638
7. Negeri Sembilan 2,155
8. Pahang 1,746
9. Kedah 1,702
10. Kelantan 790
11. Terengganu 643
12. W.P. Putrajaya 461
13. Perlis 135
14. Sabah 6,778
15. Sarawak 2,673
16. W.P. Labuan 575
SOALAN: 133
JUMLAH KESELURUHAN (ORANG) 92,675
SOALAN: 131
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATO' DR. ANANTHAN A/L
SOMASUNDARAM
Dato' Dr. Ananthan A/L Somasundaram minta MENTERI
PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA
menyatakan sehingga hari ini berapa pemilik kedai yang telah di kompaun
serta didakwa atas kegagalan menurunkan harga selepas GST
dimansuhkan.
SOALAN: 131
JAWAPAN
Tuan Yang Di-Pertua,
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDNHEP) sentiasa serius dengan menjalankan pemantauan
sepanjang masa melalui penguatkuasaan undang-undang di bawah Akta
Kawalan Harga Antipencatutan 2011 berkaitan dengan harga di
pasaran. Pemeriksaan pencatutan di semua peringkat rantaian
perniagaan dilaksanakan di seluruh negara bagi membendung isu
kenaikan harga melalui penguatkuasaan Operasi Catut 5.0 yang mula
digerakkan pada 8 Ogos 2018 sejajar dengan pelaksanaan Cukai Jualan
dan Cukai Perkhidmatan (SST).
Bagi tahun 2018 hingga 2019, sehingga kini sebanyak 62 kertas
siasatan telah dibuka bagi kesalahan berkaitan pencatutan di bawah Akta
Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 iaitu 29 kertas
siasatan di bawah Seksyen 14(1) kerana mencatut, 15 kertas siasatan
di bawah Seksyen 21(5) kerana enggan atau gagal memberi maklum
balas kepada notis yang dikeluarkan dan 18 kertas siasatan di bawah
Seksyen 53A kerana tidak menyimpan rekod perniagaan. Daripada
jumlah tersebut 2 kertas siasatan telah dikompaun dengan nilai
keseluruhan denda adalah sebanyak RM4,000.00.
SOALAN: 1
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB SENATOR DATUK TEO ENG TEE @
TEO KOK CHEE
Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta MENTERI
PEMBANGUNAN USAHAWAN menyatakan kadar kegagalan bagi
perniagaan keusahawanan yang baru ditubuhkan serta langkah-
langkah sedia ada Kerajaan bagi membantu golongan usahawan muda
yang berdepan risiko kegagalan perniagaan.
SOALAN: 1
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) melalui agensi-agensi
sedang berusaha ke arah melahirkan usahawan yang berjaya dan
berdaya saing. Pelbagai program telah dijalankan bagi membantu
menyediakan ekosistem keusahawanan yang kondusif kepada mereka
yang berminat untuk menjadi usahawan termasuklah usahawan e-
dagang.
2. Sehingga kini, Kementerian dan agensi sedang berusaha untuk
menjejaki usahawan-usahawan yang baru ditubuhkan (startups) untuk
memantau dan melihat perkembangan perniagaan dan kejayaan
mereka. Sebagai contoh, dari tahun 2015 sehingga September 2018,
Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) telah berjaya melatih seramai
29,528 usahawan di bawah program yang ditawarkan. Walau
bagaimanapun, pihak INSKEN mengalami kesukaran untuk
menentukan kadar kegagalan bagi golongan startups ini. MaGIC pula
menganggarkan kadar kegagalan startups adalah sebanyak 30% untuk
dua (2) tahun pertama setelah mereka menamatkan program
keusahawanan anjuran MaGIC. Kesukaran mendapatkan data yang
tepat ini adalah disebabkan oleh golongan startups yang tidak
memberikan respon kepada kajian tinjauan yang dilaksanakan oleh
agensi.
3. Kementerian memandang serius berhubung perkara ini dan sentiasa
berusaha untuk mengurangkan kadar kegagalan golongan startups. Di
antara usaha - usaha yang telah dirancang dan dilaksanakan bagi
membantu mengekalkan usahawan dalam perniagaan adalah:
a. Menawarkan program penyediaan minda (mindset) dan program
keusahawanan lain khusus untuk membantu golongan startups
seperti program pementoran. Program penyediaan minda yang
merangkumi program Design Thinking, Business Model Canvas
dan Innovation Catalyst bertujuan untuk membantu golongan
SOALAN: 1
startups untuk bersedia mengendalikan perniagaan mereka
dengan kaedah yang lebih sistematik, berinovasi dan
berorientasikan tindakan ringkas. Ia bertujuan untuk membantu
mereka supaya lebih bersedia dalam menghadapi persaingan di
dunia perniagaan. Program pementoran pula disediakan dengan
melantik pengasas-pengasas golongan startups yang telah
berjaya serta ikon-ikon industri yang berpengalaman dalam dunia
pasaran dan memenuhi kehendak pelanggan. Program ini
dilaksanakan melalui agensi Kementerian iaitu MaGIC.
b. Usaha untuk memantau peserta di bawah program INSKEN
seperti merekod hasil jualan peserta melalui aplikasi iPRO
INSKEN telah dilaksanakan. INSKEN juga sedang dalam usaha
untuk menyediakan Ujian Psikometrik Keusahawanan
Kebangsaan bagi mengenalpasti kecenderungan individu
terhadap keusahawanan. Melalui ujian ini juga, kelemahan
usahawan dapat dikenalpasti dan diperbaiki seterusnya akan
mengurangkan risiko kegagalan terutama di kalangan golongan
startups.
c. Institut Koperasi Malaysia (IKM) pula menawarkan khidmat
nasihat dan bimbingan kepada usahawan dan koperasi yang
menghadapi masalah dalam operasi perniagaan mereka.
Program yang ditawarkan ini adalah untuk membantu dan
membimbing usahawan/ koperasi untuk menambahbaik operasi
perniagaan mereka dan strategi untuk menghadapi persaingan
dan risiko dalam perniagaan. Bantuan yang diberikan adalah
termasuk:
i. Pengurusan operasi perniagaan;
ii. Tadbir urus;
iii. Pengurusan kewangan, projek dan sumber manusia;
iv. Tatacara pengauditan;
v. Pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi;
vi. Pengurusan rekod dan fail; dan
vii. Lain-lain atas permintaan.
SOALAN: 1
d. Bagi golongan startups yang membuat pinjaman perniagaan dari
institusi perbankan seperti pinjaman perniagaan dari SME Bank,
bantuan yang ditawarkan adalah seperti berikut:
i. Membuat lawatan ke premis peminjam yang bermasalah
melalui operasi pemulihan bagi perbincangan pembayaran;
ii. Penjadualan semula bayaran balik pembiayaan kepada
usahawan yang berkelayakan;
iii. Penangguhan bayaran balik pembiayaan dalam tempoh
moratorium;
iv. Program intervensi perniagaan yang berstruktur bagi
memastikan pelanggan-pelanggan mampu mempertingkatkan
prestasi syarikat masing-masing; dan
v. Latihan keusahawanan melalui Centre for Entrepreneur
Development & Research Sdn. Bhd. (CEDAR) yang
dilaksanakan di seluruh negara.
Sekian, terima kasih.
SOALAN : 3
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB SENATOR DATUK TEO ENG TEE @
TEO KOK CHEE
Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee Minta MENTERI HAL EHWAL
EKONOMI menyatakan statistik terkini bagi kadar pengangguran
golongan belia dan graduan berdasarkan usia, kaum, negeri dan
kelayakan akademik mereka.
SOALAN : 3
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan Survei
Tenaga Buruh 2017, kadar pengangguran belia (15 hingga 30
tahun) di peringkat tertiari, Malaysia ialah 8.3 peratus. Kadar
pengangguran golongan belia dan graduan berdasarkan usia,
kaum, negeri dan kelayakan akademik, Malaysia, 2016 dan 2017
adalah seperti di Jadual 1, 2 dan 3 berikut:
Jadual 1: Kadar pengangguran belia (15 hingga 30 tahun) di
peringkat tertiari mengikut kaum, Malaysia, 2016 dan 2017(%)
Jumlah Bumiputera Cina (%) India (%) Lain-lain1
(%) (%) (%)
2016 8.2 8.5 6.1 10.9 11.2
2017 8.3 9.2 5.1 12.0 4.2*
Nota: 1. Lain-lain termasuk bukan warganegara; 2. * Statistik dibekalkan tertakluk kepada ralat piawai relatif yang tinggi.
Jadual 2: Kadar pengangguran belia (15-30 tahun) di peringkat
tertiari mengikut negeri, Malaysia, 2016 dan 2017 (%)
2016 (%) 2017 (%) Malaysia 8.2 8.3
Johor 10.4 8.0
Kedah 8.4 9.0
Kelantan 12.4 14.1
Melaka 2.7 2.5
Negeri Sembilan 7.8 7.4
Pahang 8.5 11.0
Pulau Pinang 4.7 5.4
Perak 9.5 11.5
Perlis 8.4 11.7
Selangor 5.8 5.0
Terengganu 10.5 9.9
Sabah 14.4 16.1
SOALAN : 3
Sarawak 9.7 11.4
W. P. Kuala Lumpur 6.9 5.1
W. P. Labuan 12.0 16.1
W. P. Putrajaya 4.3 5.8
Jadual 3: Kadar pengangguran belia (15 hingga 30 tahun) di
peringkat tertiari mengikut sijil tertinggi diperoleh, Malaysia, 2016
dan 2017
2016 (%) 2017 (%) Jumlah 8.2 8.3
Sijil 8.2 8.6 Diploma 7.2 8.8
Ijazah 9.3 8.0
Sekian, terima kasih.
SOALAN : 2
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KEDUA
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB SENATOR DATUK TEO ENG TEE @
TEO KOK CHEE
Datuk Teo Eng Tee @ Teo Kok Chee minta PERDANA MENTERI
menyatakan statistik terkini mengenai bilangan pengundi yang tidak
berdaftar mengikut pecahan kaum, jantina, umur dan negeri berikutan
dengan laporan berita bahawa Kerajaan bercadang untuk merendahkan
umur layak mengundi daripada 21 tahun ke 18 tahun.
SOALAN : 2
JAWAPAN: YB TUAN MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN
TIMBALAN MENTERI DI JABATAN PERDANA
MENTERI
Tuan Yang Dipertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Disember 2018,
jumlah warganegara yang berumur 21 tahun dan ke atas yang belum
mendaftar sebagai pemilih adalah seramai 3.89 juta orang manakala
jumlah warganegara yang berumur 18 hingga 20 tahun bagi tempoh yang
sama adalah seramai 1.54 juta orang. Sekiranya cadangan Kerajaan
untuk menurunkan umur layak mengundi daripada 21 tahun ke 18 tahun
dilaksanakan, jumlah keseluruhan warganegara yang berumur 18 tahun
dan ke atas yang belum mendaftar sebagai pemilih adalah seramai 5.43
juta orang. Perincian jumlah warganegara yang belum mendaftar sebagai
pemilih mengikut negeri adalah seperti di Lampiran.
Walau bagaimanapun, Suruhanjaya Pilihan Raya tidak menyediakan
perincian maklumat tersebut mengikut pecahan kaum, jantina dan umur.
Sekian, terima kasih.
SOALAN : 2
Lampiran
BIL NEGERI
BELUM MENDAFTAR SEBAGAI PEMILIH
21 TAHUN DAN KE ATAS
18 TAHUN HINGGA 20 TAHUN
JUMLAH
1 PERLIS 23,550 13,568 37,118
2 KEDAH 254,248 123,110 377,358
3 KELANTAN 168,932 110,916 279,848
4 TERENGGANU 44,702 71,877 116,579
5 PULAU PINANG 137,394 76,116 213,510
6 PERAK 296,641 131,957 428,598
7 PAHANG 150,066 82,119 232,185
8 SELANGOR 727,420 275,670 1,003,090
9 W.P KUALA LUMPUR 427,052 80,163 507,215
10 W.P PUTRAJAYA 9,032 3,099 12,131
11 NEGERI SEMBILAN 129,253 58,359 187,612
12 MELAKA 79,089 46,553 125,642
13 JOHOR 526,953 189,885 716,838
14 W.P LABUAN 11,294 3,464 14,758
15 SABAH 330,023 132,960 462,983
16 SARAWAK 576,936 138,962 715,898
JUMLAH 3,892,585 1,538,778 5,431,363
SOALAN: 60
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK HAJI ABIDULLAH BIN
SALLEH
Datuk Haji Abidullah Bin Salleh minta MENTERI PEMBANGUNAN
WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT menyatakan bilangan 'baby
hatch' setakat ini di negeri Melaka dan adakah perancangan untuk
menambah lagi bilangan 'baby hatch' ini di Melaka.
SOALAN: 60
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Baby Hatch merupakan kerjasama Kementerian dengan Yayasan
OrphanCare dan Hospital KPJ. Buat masa ini tiada baby hatch diwujudkan
di Negeri Melaka. Sehingga kini, terdapat 11 baby hatch yang telah
diwujudkan di seluruh negara iaitu di:
(i) KPJ Johor Specialist Hospital
(ii) KPJ Damansara Specialist Hospital
(iii) KPJ Tawakkal Specialist Hospital
(iv) KPJ Seremban Specialist Hospital
(v) KPJ Penang Specialist Hospital
(vi) KPJ Ipoh Specialist
(vii) KPJ Perdana Specialist Hospital, Kelantan
(viii) KPJ Kuantan Specialist Hospital
(ix) Orphan Care Kampung Tunku Petaling Jaya
(x) Orphan Care Bandar Baru UDA, Johor Bahru
(xi) Orphan Care Taman Ria Jaya, Sungai Petani
SOALAN: 59
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATUK HAJI ABIDULLAH BIN
SALLEH
Datuk Haji Abidullah Bin Salleh minta MENTERI KEWANGAN
menyatakan arahan langkah penjimatan yang telah dikeluarkan oleh
Kementerian Kewangan kepada agensi supaya dilaksanakan langkah
penjimatan dengan ketara.
SOALAN: 59
JAWAPAN
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian Kewangan sentiasa
memantau perkembangan ekonomi semasa dan mengambil langkah
proaktif untuk mengawal perbelanjaan Kerajaan supaya seiring dengan
kedudukan kewangan semasa Kerajaan bagi memastikan sasaran defisit
fiskal yang ditetapkan dapat dicapai. Dalam hal ini, Kementerian Kewangan
telah mengeluarkan Pekeliling Perbendahaan PB3.1 mengenai Garis
Panduan Langkah-langkah Mengoptimumkan Perbelanjaan Kerajaan yang
telah berkuat kuasa sejak tahun 2016. Garis panduan ini telah
memperincikan langkah-langkah mengoptimumkan perbelanjaan mengurus
dan pembangunan yang perlu dipatuhi oleh semua Kementerian/agensi
yang menerima peruntukan daripada Kerajaan antara lain merangkumi
pengurusan perjawatan, penyusunan semula organisasi, perbelanjaan
bertugas rasmi dalam dan luar negara, penganjuran acara/majlis/
persidangan/seminar, penggunaan rizab akaun amanah dan lain-lain
pengurusan operasi Kementerian/agensi bagi memastikan peruntukan yang
telah diluluskan oleh Kerajaan mencukupi bagi menampung keperluan
operasi Kementerian/agensi.
Selain itu, Kementerian Kewangan bersama-sama dengan Jabatan
Perkhidmatan Awam juga sedang melaksanakan cadangan rasionalisasi
Jabatan/agensi di semua Kementerian bagi mengelak sebarang pertindihan
fungsi yang menyumbang kepada pembaziran sumber serta boleh
menjejaskan kecekapan penggunaan sumber dalam perkhidmatan awam.
SOALAN: 9
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATO' ISA BIN AB. HAMID
Dato' Isa Bin Ab. Hamid minta MENTERI KESIHATAN menyatakan status
pesakit Difteria dan kawalan penyakit yang semakin merebak sejak
kebelakangan ini.
SOALAN: 9
JAWAPAN
Yang di-Pertua,
Penyakit difteria adalah penyakit berjangkit akibat dari toksin bakteria yang
menyerang sistem pernafasan dan boleh mengakibatkan komplikasi
kegagalan organ seterusnya kematian. Penyakit difteria boleh dicegah
dengan vaksin yang diberikan secara percuma kepada semua kanak-kanak
warganegara melalui Program Imunisasi Kebangsaan. Sebanyak tiga (3)
dos primer vaksin difteria diberikan kepada bayi berumur 2, 3 dan 5 bulan
dengan dua (2) dos tambahan (booster) diberikan pada umur 18 bulan dan
7 tahun.
Pada tahun 2018, sebanyak 18 kes telah disahkan difteria di seluruh negara,
berbanding 32 kes pada tahun 2017, iaitu penurunan sebanyak 14 kes atau
43.8%. Sebanyak enam (6) kes kematian difteria dicatatkan pada tahun
2018, sama seperti bilangan kematian difteria pada tahun 2017.
Pencegahan paling penting dan berkesan bagi penyakit difteria ialah dengan
imunisasi. Walaupun liputan imunisasi difteria di seluruh negara melebihi
96% sejak tahun 2011, namun kebanyakan kes-kes difteria berlaku di
kalangan mereka yang tidak menerima vaksin. Pada tahun 2018, 15 kes dari
18 (83.3%) kes difteria (termasuk kes kematian) didapati tiada imunisasi
atau tidak lengkap imunisasi difteria.
Bagi kes yang telah dijangkiti, rawatan awal adalah penting untuk
memastikan kes tidak mengalami komplikasi. Rawatan antitoksin difteria
SOALAN: 9
diberikan kepada kes untuk mengelak komplikasi dan untuk menyelamatkan
nyawa. Namun, bagi kes yang telah mengalami komplikasi jangkitan, risiko
kematian adalah tinggi, walaupun rawatan antitoksin diberikan. Selain
antitoksin, rawatan antibiotik turut diberikan kepada kes.
Kawalan penyakit difteria melibatkan pencarian kes lain yang bergejala
secara aktif untuk menghentikan penularan jangkitan. Antibiotik profilaksis
turut diberikan kepada kontak terdekat kes yang telah terdedah kepada kes
difteria. Pencarian kanak-kanak yang tercicir imunisasi serta pemberian
vaksin kepada mereka dijalankan dengan segera, bagi memastikan imuniti
kelompok dicapai.
Secara kesimpulan, difteria adalah penyakit yang mudah untuk dicegah,
kerana terdapat vaksin yang berkesan. KKM ingin menegaskan kepentingan
pengambilan imunisasi difteria serta imunisasi lain mengikut jadual yang
ditetapkan agar perlindungan optimum diperolehi.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 146
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DR. NUING JELUING
Dr. Nuing Jeluing minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah
langkah-langkah yang diambil untuk melaksanakan "Borneonisation" di
Jabatan Perkhidmatan Awam Sarawak seperti yang termaktub dalam
Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang menyatakan di MA63 bahawa
Borneonisation akan berlaku selepas pembentukan Malaysia pada
September 1963. Buat masa ini banyak jawatan di jabatan / agensi
persekutuan di Sarawak dimonopoli oleh kaum tertentu.
SOALAN: 146
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah keseluruhan pengisian
perjawatan di Sarawak adalah sebanyak 95,010 orang yang terdiri
daripada 87 orang untuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi, 39,311 orang
untuk Kumpulan Pengurusan Dan Profesional, 55,241 orang untuk
Kumpulan Pelaksana serta 371 orang yang tiada maklumat kumpulan
perkhidmatan.
Walau bagaimanapun, jumlah pengisian tidak termasuk anggota polis dan
pihak tentera. Daripada jumlah tersebut, seramai 37,391 (39.3%) adalah
dari kaum Melayu, 18,329 (19.2%) adalah dari kaum Iban, 14,855 (15.6%)
adalah dari kaum Cina, 9,287 (9.7%) adalah dari kaum Bidayuh dan 7,790
(8.2%) adalah dari kaum Melanau.
Urusan pengambilan dan pelantikan Penjawat Awam Persekutuan di
Sarawak adalah dilaksanakan oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam (SPA) mengikut peruntukan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
(Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 dan
pekeliling yang berkuat kuasa.
Sekiranya terdapat jabatan yang ingin membuat pengambilan sendiri,
permohonan berkenaan perlu dikemukakan kepada pihak SPA untuk
mendapatkan Surat Perwakilan Kuasa bagi tujuan tersebut.
Sekian, terima kasih.
SOALAN: 100
PEMBERITAHUAN PERTANYAAN BUKAN LISAN DEWAN NEGARA
MESYUARAT PERTAMA 2019, PENGGAL KEDUA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS
PERTANYAAN : BUKAN LISAN
DARIPADA : YB DATO' KESAVADAS A/L
A.ACHYUTHAN NAIR
Dato' Kesavadas A/L A.Achyuthan Nair minta MENTERI
PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan apakah
langkah-langkah yang akan diambil untuk memperbaiki sistem
pengurusan sisa pepejal dan beralih dari tapak pelupusan ke
penyelesaian pengurusan sisa pepejal yang lebih baik untuk memastikan
keselamatan dan persekitaran yang bersih.
SOALAN: 100
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Yang Berhormat, misi dan visi Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam menguruskan
sistem pelupusan sisa pepejal di negara ini adalah untuk
mengurangkan jumlah tapak pelupusan sisa pepejal dengan
mewujudkan tapak pelupusan sanitari berpusat dan menutup tapak
pelupusan tidak sanitari (open dump site). KPKT juga dalam usaha
untuk membina loji Waste to Energy (WtE) bagi memastikan sisa
pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan dirawat terlebih dahulu
sebelum dilupuskan.
2. Bagi mencapai matlamat tersebut, KPKT akan membina tapak
pelupusan sisa pepejal sanitari berpusat yang akan menampung
sisa pepejal daripada beberapa kawasan Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT). KPKT juga akan menutup selamat tapak
pelupusan tidak sanitari (open dump site) yang telah mencapai
jangka hayat dan berisiko bagi mengurangkan impak negatif
terhadap alam sekitar seperti kebakaran, limpahan air larut resap,
bau serta mengurangkan pendedahan kepada penyakit yang
merbahaya akibat daripada penyakit bawaan tikus, lalat, nyamuk
dan sebagainya.
3. Untuk makluman Yang Berhormat juga, selaras dengan
peningkatan kuantiti sisa pepejal, KPKT merancang untuk membina
sekurang-kurangnya 1 loji WtE yang merangkumi rawatan secara
biologi, mekanikal dan pengolahan haba (biological, mechanical
SOALAN: 100
and thermal treatment) di setiap negeri. Pelaksanaannya dapat
mengurangkan penggunaan tanah untuk melupuskan sisa pepejal
serta memanjangkan jangka hayat tapak pelupusan sedia ada.
Pembinaan tapak pelupusan sisa pepejal sanitari berpusat dan loji
WtE akan mengambil kira kapasiti janaan sisa dan jarak kawasan
kutipan untuk memastikan pengurusan sisa pepejal yang lebih
optimum dan efisien. Pembinaan logi WtE tersebut akan
dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan teknologi yang
akan diguna pakai terbukti berkesan dan mampu bayar.
4. Pada masa ini KPKT telah membina 18 tapak pelupusan sisa
pepejal sanitari, menaik taraf 25 daripada 146 tapak pelupusan
terbuka dan menutup selamat 17 daripada 165 tapak pelupusan
yang telah dihentikan operasi. Pembinaan loji WtE juga sedang
dilaksanakan di Ladang Tanah Merah, Negeri Sembilan dan
dijangkakan akan beroperasi pada Jun 2019.
Sekian, terima kasih.