[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series 1 DALAM MAHKAMAH ...
Transcript of [2016] 1 LNS 51 Legal Network Series 1 DALAM MAHKAMAH ...
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
1
DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA DI PUTRAJAYA
(BIDANGKUASA RAYUAN)
[RAYUAN JENAYAH NO: B-05-297-11/2012]
ANTARA
ALI BANAVAD ADEL … PERAYU
DAN
PENDAKWA RAYA … RESPONDEN
(DALAM PERKARA MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM
PERBICARAAN JENAYAH NO.45A-75-2011
ANTARA
PENDAKWA RAYA
DAN
ALI BANAVAD ADEL)
CORAM:
AZIAH BINTI ALI, HMR
ZAKARIA BIN SAM, HMR
AHMADI BIN HAJI ASNAWI, HMR
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
2
PENGHAKIMAN
[1] Di hadapan Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam, perayu telah
dituduh dengan pertuduhan berikut:
“Bahawa kamu pada 17.11.2010, jam lebih kurang 4.00 petang,
bertempat di Karousel D, Aras 3, Balai Ketibaan Antarabangsa, MTB,
KLIA, Sepang di dalam Daerah Sepang, di dalam Negeri Selangor
Darul Ehsan, telah memperedarkan dadah berbahaya iaitu
methamphetamine seberat 634.77 gram dan dengan itu kamu telah
melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah
Berbahaya, 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta
yang sama”.
[2] Di akhir kes pembelaan perayu telah didapati bersalah dan telah
disabitkan di atas pertuduhan tersebut dan dijatuhi dengan
hukuman gantung sampai mati.
[3] Rayuan di hadapan kami adalah berkaitan dengan kedua-dua
sabitan dan hukuman yang dikenakan di atas. Kami telah
mendengar dan seterusnya menolak rayuan perayu. Sekarang
kami perturunkan alasan-alasan kami.
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
3
Kes Pihak Pendakwaan
[4] Naratif kes pendakwaan adalah seperti berikut:
4.1. Pada 17.11.2010, pada kira-kira jam 4.00 petang SP-2
(Detektif Sarjan Major Ghazali Bin Md. Din, Penyelia
Narkotik, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, KLIA, Sepang)
bersama-sama dengan lima (5) orang anggotanya sedang
membuat pemantauan kemasukan penumpang di kawasan
Karousel D, di Balai Ketibaan Antarabangsa, MTB, KLIA
apabila beliau melihat perayu sedang berjalan menghala
keluar sambil menarik sebuah beg berwarna coklat (exhibit
P-5) dalam keadaan kelam-kabut dan tergesa-gesa
(rushing).
4.2. Perayu telah melalui mesin pengimbas Jabatan Kastam
tanpa mengimbas bagasinya sebagaimana sepatutnya.
Perayu sebaliknya dengan pantas meneruskan perjalanan
menghala untuk keluar.
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
4
4.3. Apabila perayu melintasi hadapan SP-2, SP-2 telah
menahan perayu, memperkenalkan dirinya sebagai pegawai
polis dan meminta perayu menunjukkan passportnya.
Perayu kelihatan gelisah. Passport perayu (exhibit P-8)
menunjukkan nama perayu sebagai Ali Banavad Adel.
4.4. Selepas menyemak passport perayu, SP-2 telah
mengarahkan perayu memasukkan bagasinya ke dalam
mesin pengimbas yang dikendalikan oleh pihak polis, yang
terletak kira-kira 30 meter dari tempat perayu mula-mula
ditahan. Perayu sendiri yang membawa bagasinya ke mesin
pengimbas.
4.5. SP-2 sendiri yang mengendalikan mesin pengimbas. Bagasi
yang dibawa oleh perayu tidak menunjukkan apa-apa imej
yang mencurigakan. Selepas itu SP-4 telah mengarahkan
perayu membuka bagasinya di atas meja pemeriksaan yang
berhampiran dengan mesin pengimbas. Apabila SP-2
memegang bahagian dinding bahagian kiri dan kanan
bahagian dalam bagasi tersebut, beliau dapat merasakan
sesuatu yang mencurigakan iaitu terdapatnya satu lapisan
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
5
keras. Menurut SP-2, pada kebiasaannya bahagian kiri dan
kanan sesebuah bagasi tidak ada lapisan keras.
4.6. Bagasi tersebut juga mengandungi beberapa helai pakaian.
Setelah pakaian-pakaian tersebut dikeluarkan oleh perayu
atas arahan SP-2, SP-2 mendapati satu zip di lantai bagasi,
Sebaik sahaja zip tersebut dibuka, SP-2 nampak taburan
serbuk warna putih di bahagian lantai bagasi tersebut.
4.7. Sebaik sahaja SP-2 nampak serbuk putih bertaburan
tersebut, beliau telah mengarahkan perayu memasukkan
semula pakaian-pakaiannya ke dalam bagasi,
menutup/menzipkan semula bagasi dan seterusnya
mengikut beliau ke Pejabat Narkotik.
4.8. Di Pejabat Narkotik, Sjn. Hairudin telah membuat
pemeriksaan fizikal ke atas badan perayu, namun tidak ada
barang salah dijumpai.
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
6
4.9. Selepas itu SP-2 telah mengarahkan perayu untuk membuka
semula bagasinya di atas lantai pejabat dan beliau sendiri
telah mengeluarkan pakaian-pakaian dari dalam bagasi
tersebut. Beliau kemudiannya memberi tumpuan ke atas
benda keras di kiri dan kanan bagasi tersebut. Beliau
mendapati permukaan bahagian dalam beg tersebut ditutup
oleh satu lapisan kain yang berzip di bahagian lantai bagasi.
4.10. SP-2 seterusnya telah membuka zip tersebut dan nampak di
kiri dan kanan bahagian dalam bagasi tersebut ada plastik
keras warna putih (gambarnya seperti exhibit P-3(11) dan P-
3(12)). Beliau telah mengeluarkan kedua-dua plastik warna
putih tersebut (exhibit P-5I(1) dan (2)) dan mendapati di
hujung kedua-dua plastik keras warna putih tersebut di tampal
dengan selotape warna hitam. Selotape tersebut menutup
keseluruhan bahagian tepi keliling kedua-dua plastik keras
warna putih tersebut.
4.11. SP-2 kemudiannya mengambil salah satu dari plastik keras
tersebut dan menanggalkan selotape warna hitam yang
membalut hujungnya. Beliau mendapati di dalam plastik
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
7
keras tersebut terdapat banyak rongga-rongga dan apabila
plastik keras tersebut diketuk, keluar serbuk-serbuk putih
disyaki dadah syabu.
4.12. Beralaskan kertas surat khabar, SP-2 telah mengetuk-getuk
plastik keras tersebut hingga semua serbuk warna putih
habis keluar dari rongga-rongga plastik keras tersebut. SP-
2 juga telah melakukan perkara yang sama ke atas plastik
keras warna putih yang kedua. SP-2 kemudiannya
mengumpulkan semua serbuk warna putih tersebut dan
memasukkannya ke dalam satu (1) paket plastik lut sinar
yang beliau bekalkan sendiri dan mengikatnya dengan tali
benang warna biru (exhibit P-5H(1)). Gambarnya adalah
exhibit P-3(10). Isi kandungannya telah dimasukkan oleh
ahli kimia (SP-4, Dr. Vanitha a/p Kunalan) ke dalam satu
paket plastik yang dibekalkan oleh Jabatan Kimia dan
ditanda P-5H(2).
4.13. SP-2 juga mendapati bagasi tersebut ada tangkai penarik
yang digunakan oleh perayu untuk menarik bagasi tersebut.
Tag bagasi dilekatkan pada penarik ini (exhibit P-5A). Pada
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
8
tag bagasi ini terdapat nombor penerbangan iaitu EK0408 to
KUL, nama perayu iaitu Banavad/AMR, tarikh 16.11.2010,
tanda DXB dan nombor tag iaitu EK03-2551. Juga terdapat
tulisan Emirates 0458.
4.14. Pakaian-pakaian dan barang-barang lain yang terdapat
dalam bagasi tersebut telah disenaraikan dalam Senarai
Bongkar (exhibit P-6) oleh SP-2.
4.15. SP-2 juga telah merampas satu sampul plastik warna biru
(exhibit P-7) yang dipegang oleh perayu. Dalam exhibit P-7
terdapat:
i. Satu keratan ‘boarding pass’ atas nama perayu - exhibit
P-7A.
ii. Dua ‘e-ticket’ bertarikh 16.11.2010 - exhibit P-7B(1 dan
2).
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
9
iii. Satu ‘passenger ticket’ dan ‘baggage tag’ Kish Airlines
atas nama perayu - exhibit P-7C.
iv. Satu ‘boarding pass’ Kish Airlines No. 3874428 - exhibit
P-7D.
v. Satu kertas SERVICE atas nama perayu - exhibit P-7E.
vi. Satu ‘baggage claim card’ EK 032551 atas nama
perayu, Kuala Lumpur IJ68-BF KUL EK 0408/17 dan
nombor tag EK032551 - exhibit P-7F.
vii. Satu ‘travel wallet’ Emirates atas nama perayu - exhibit
P-7G.
viii. Satu ‘Departure Card’ atas nama perayu bertarikh
17.11.2010 - exhibit P-7H.
4.16. SP-2 juga telah merampas satu anak kunci (exhibit P7I) dan
satu telefon bimbit (exhibit P-7J) dari poket kanan seluar
yang dipakai oleh perayu. SP-2 telah juga merampas wang
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
10
bercampur-campur dari poket seluar yang dipakai oleh
perayu.
4.17. Pada hari yang sama pada kira-kira jam 5.30 petang, SP-2
telah menyerahkan perayu dan barang-barang kes yang
dirampas kepada pegawai penyiasat, SP-5 (Insp. Syazana
Syarliza binti Abdul Ghani) melalui Borang Serah Terima
Barang Kes, exhibit P-11. SP-2 juga telah membuat laporan
polis, KLIA Report No. 12099/10.
4.18. SP-5 telah menghantar serbuk yang disyaki dadah dalam
paket plastik yang disediakan oleh SP-2 dan juga 2 kepingan
plastik keras warna putih kepada ahli kimia, SP-4 (Dr.
Vanitha a/p Kunalan) pada 22.11.2011.
4.19. SP-4 telah mengesahkan bahawa serbuk warna putih dalam
paket plastik yang disediakan oleh SP-2 (exhibit P-5H(1))
tersebut adalah methamphetamine seberat 628.0 gram dan
baki serbuk warna putih dari kepingan plastik keras berwarna
putih (exhibit P-5I(1)) yang ditanda oleh SP-2 dengan
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
11
tandaan ‘S1’ mengandungi methamphetamine seberat 6.77
gram, menjadikan berat keseluruhan methamphetamine
tersebut 634.77 gram (selepas ini dirujuk sebagai ‘dadah
tersebut’). SP-4 juga menyatakan methamphetamine adalah
disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya,
1952 (selepas ini dirujuk sebagai ‘ADB, 1952’). Laporan
beliau adalah exhibit P-13, seperti terdapat di m s. 360 - 361,
Rekod Rayuan (RR) Jilid 4.
Dapatan Hakim Bicara Di Akhir Kes Pendakwaan
[5] Dapatan hakim bicara yang bijaksana adalah seperti di m s. 1, Jilid
1, Rekod Rayuan Tambahan 1. Beliau menyatakan:
“Mahkamah telah meneliti segala keterangan dan bukti dokumen
yang dikemukakan dan menilai keterangan saksi dan kredibiliti
mereka ke tahap maksima dan mahkamah memutuskan bahawa
di peringkat ini, pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes
prima facie terhadap OKT atas pertuduhan yang dibawa
terhadapnya. OKT dipanggil membela diri di atas pertuduhan
tersebut”.
[6] Di atas segala keterangan yang diunjurkan, kami tidak mempunyai
alasan untuk tidak bersetuju dengan dapatan hakim bicara yang
bijaksana tersebut.
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
12
Pembelaan Perayu
[7] Perayu mengangkat sumpah dan memberi keterangan berikut:
7.1. Perayu berumur 27 tahun, masih bujang dan tinggal bersama
keluarganya di Tehran. Sebelum datang ke Malaysia, beliau
bekerja sebagai pemandu teksi dan meraih pendapatan
sekitar USD 300.00 - 400.00 sebulan. Ini adalah kunjungan
pertamanya ke Malaysia.
7.2. Semasa dalam penerbangan ke Kish Island di selatan Iran,
untuk bercuti selama satu minggu, beliau bertemu dengan
seorang bernama Said yang duduk di hadapannya. Apabila
ditanya oleh Said, beliau memberitahu tujuan kedatangannya
ke Kish Island adalah untuk bercuti.
7.3. Said kemudian mencadangkan kepada beliau untuk pergi ke
Malaysia dan membeli barangan mewah (luxury goods)
wanita untuknya dan membawanya balik ke Iran. Said juga
menawarkan untuk membelikan tiket penerbangan ke
Malaysia dan juga wang tunai antara USD 1000.00 - 1500.00.
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
13
7.4. Perayu menerima tawaran Said tersebut dengan serta-merta
kerana tawaran tersebut amat menarik kerana dapat
melancong ke Malaysia di samping memperolehi pendapatan
sampingan yang lumayan.
7.5. Perayu hanya menginap di Kish Island satu malam. Esoknya
beliau berjumpa Said di luar Kish Airport. Said kemudiannya
menelefon seseorang. Kira-kira 30 minit kemudian seorang
kawan Said datang menemui mereka dengan membawa satu
bagasi berwarna coklat (exhibit P-5) dan memberikan bagasi
tersebut kepadanya.
7.6. Perayu menyatakan beliau ada membawa bagasinya sendiri.
Namun menurut Said bagasinya kecil dan tidak sesuai untuk
dibawa keluar negara. Bagasi exhibit P-5 adalah lebih besar
dan cantik dan amat sesuai untuknya.
7.7. Selepas menerima bagasi P-5 tersebut, perayu mendapati
bagasi tersebut adalah bagasi baru dan apabila dibuka, ianya
kosong. Beliau terus memasukkan pakaian-pakaiannya ke
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
14
dalam bagasi P-5 tersebut. Said pula telah mengambil
bagasinya.
7.8. Selepas itu beliau telah ke terminal Kish Airport dan mendaftar
masuk bagasi tersebut. Said juga memberitahu sesampainya
di Malaysia, beliau akan menelefonnya dan memberitahu
tempat penginapannya, ke mana harus pergi dan ke mana
bagasi P-5 tersebut perlu dibawa. Penerbangannya telah
transit di Dubai sebelum berlepas ke Malaysia.
7.9. Menurutnya beliau tiba di KLIA kira-kira jam 1.30 - 2.00
petang pada 17.11.2010. Semasa mengambil bagasi P-5
tersebut, beliau telah didatangi oleh seorang pegawai polis
yang meminta passportnya. Selepas menyemak passport,
pegawai tersebut telah mengarahkannya untuk mengimbas
bagasinya. Selepas bagasinya diimbas, pegawai tersebut
telah membawanya ke satu bilik dan bagasinya telah diperiksa
sekali lagi.
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
15
7.10. Selepas diperiksa, pihak polis telah menjumpai serbuk warna
putih. Beliau tidak tahu menahu tentang serbuk warna putih
tersebut. Perayu juga menegaskan beliau tidak membawa
dadah dan sekiranya beliau tahu bagasi tersebut
mengandungi dadah, beliau tidak akan membawa bagasi
tersebut.
7.11. Perayu kemudiannya telah ditangkap. Beberapa hari
kemudian beliau telah memberi kenyataan beramaran kepada
polis (exhibit D-16).
Dapatan Hakim Bicara Di Akhir Kes Pembelaan
[8] Dapatan hakim bicara adalah seperti berikut (di m.s. 120, RR Jilid
2):
“Setelah mendengar keterangan pembelaan dan meneliti serta
menimbangkan keterangan pembelaan bersama keterangan yang
telah dikemukakan oleh pendakwaan secara menyeluruh dan ke
tahap maksima, mahkamah berpuas hati bahawa pembelaan telah
gagal mendatangkan apa-apa keraguan munasabah ke atas kes
pendakwaan.
Pihak pendakwaan oleh itu telah berjaya membuktikan satu kes
melampaui keraguan munasabah terhadap OKT atas pertuduhan
yang dibawa terhadapnya.
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
16
OKT didapati bersalah dan disabitkan atas pertuduhan yang
dibawa terhadapnya dan dijatuhkan hukuman gantung sampai
mati.”
Rayuan Perayu Di Hadapan Kami
[9] Peguambela yang bijaksana bagi pihak Perayu telah mengunjurkan
dua (2) alasan rayuan:
i. ketiadaan alasan penghakiman/penghakiman bertulis;
ii. keterangan ‘rebuttal’ yang diunjurkan oleh perayu melalui
keterangan SD-2 tidak dipertimbangkan oleh hakim bicara
yang bijaksana.
Ketiadaan Alasan Penghakiman/Penghakiman Bertulis
[10] Peguambela yang bijaksana menghujah tanpa alasan penghakiman
hakim bicara, maka perayu telah dinafikan haknya untuk
mengetahui asas atau alasan sebenar perintah sabitan yang dibuat
ke atas beliau. Seterusnya tanpa alasan penghakiman sebagai
‘point of reference’ hakim-hakim Mahkamah Rayuan akan
bergantung semata-mata kepada nota-nota keterangan yang
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
17
rekodkan semasa prosiding perbicaraan berlangsung sebelum
membuat apa-apa keputusan. Melalui kaedah ini Mahkamah
Rayuan secara tidak langsung akan bertindak sebagai mahkamah
bicara dan bukan sebagai mahkamah rayuan. Maka perayu
terpaksa melalui proses bicara sekali lagi dan bukan proses rayuan.
Senario ini telah membataskan hak perayu untuk merayu hanya ke
satu tahap rayuan sahaja, iaitu ke peringkat rayuan di Mahkamah
Persekutuan jika tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah
Rayuan. Jika wujud alasan penghakiman oleh hakim bicara, ini
membolehkan perayu melalui 2 peringkat rayuan iaitu di peringkat
Mahkamah Rayuan dan di peringkat Mahkamah Persekutuan. Ini
telah melanggar Artikel 5 dan 8 Perlembagaan Persekutuan. Jika
rayuan ini diteruskan tanpa alasan penghakiman hakim bicara,
maka ia akan mendatangkan dan menyebabkan prejudis yang
besar tertimpa ke atas perayu. Perayu memohon supaya
rayuannya dibenarkan dan perintah hakim bicara diketepikan atau
satu perbicaraan baru diadakan.
[11] Hakim bicara yang bijaksana telah meninggalkan perkhidmatan
kerana bersara tanpa menyediakan alasan penghakimannya.
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
18
[12] Kami mendapati hujahan peguambela yang bijaksana di atas tidak
mempunyai sebarang merit. Wujud banyak nas-nas yang
membolehkan/membenarkan rayuan didengar tanpa alasan
penghakiman hakim bicara. Di peringkat ini adalah wajar untuk
menelusi proposisi yang dilontarkan oleh Majlis Privi dalam kes
Cedeno v. Logen [2001] 4 LRC 213:
“…In the present case, so far as the trial itself was concerned, no
complaint is made; so far as the appeal was concerned, the basis
of the magistrate’s decision was obvious without the provisions
of the statutory reasons. It would be wrong to leave this topic
without pointing out that it would be quite possible that a
magistrate might die or become disable between the time that
he decided a case and the time when he was required to give
the statutory reasons. Would it be a rational construction of
the statute to say that in such a situation all his decisions
should be set aside regardless of whether or not there was any
real ground of appeal merely because he was now unable to
give the statutory reasons? (Penekanan oleh saya).
The appeal against conviction is accordingly dismissed…”
[13] Keputusan nas di atas menggariskan bahawa sesuatu keputusan
itu tidak semestinya menjadi tidak sah hanya kerana hakim bicara
tidak membekalkan alasan-alasan penghakimannya. Keutamaan
dalam sesuatu rayuan jenayah adalah memastikan tidak wujudnya
kesilapan mahkamah yang melampau (miscarriage of justice)
kepada mana-mana pihak. Y.A Gopal Sri Ram HMR (ketika itu)
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
19
dalam kes Mohd. Johi Said & Anor v. PP [2005] 1 CLJ 389,
menyatakan:
“…Unlike civil appeals, where the appellant carries the burden of
showing that the judge at first instance went wrong, in a criminal
case the duty of the court is to consider whether the conviction is
right. The correct approach is therefore not whether the decision is
wrong but whether the conviction is safe…”
[14] Mahkamah Persekutuan dalam kes Krishna Rao a/l Gurumurthi v.
PP [2009] 2 CLJ 603 turut menyatakan:
“…it is incumbent upon the court to prevent miscarriage of justice
at all times. One way is to ensure that the lower courts correctly
apply the principles of law in making a factual finding. Indeed an
appeal court should intervene where the finding is unreasonable in
the sense that, having regard to the evidence, no other reasonable
fact finder would have arrived at such finding. In other words, the
finding must be rational. The general principle would appear to be
that it will be proper to treat a decision maker’s task of fact finding
and the drawing of factual inferences from established facts as
falling within the decision maker’s jurisdiction, unless the decision
maker has reached absurd results or reached results absurdly”.
[15] Seterusnya terdapat nas-nas yang menyatakan ketiadaan alasan
penghakiman tidak menghalang pendengaran sesuatu rayuan dan
yang lebih utama, tidak menyebabkan sesuatu keputusan itu
menjadi tidak selamat (unsafe). Mahkamah Agong dalam kes
Jaafar bin Abu & Anor v. PP [1988] 2 MLJ 363, melalui Lee Hun
Hoe CJ, telah memutuskan:
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
20
“The learned President found the two applicants and Munajat (who
did not appeal) had not raised any reasonable doubt on the truth of
the case for the prosecution. Clearly, he was satisfied that the
prosecution had proved the guilt of the applicants beyond
reasonable doubt. However, he did not give his grounds of
judgment as he had left the service. Normally, in an appeal,
grounds of judgment are available. But, there is no reason why an
appellate court cannot hear an appeal without the benefit of grounds
of judgment, especially when an officer who had heard the case has
left the service.
[16] Sementara itu, Mahkamah Rayuan melalui Abdul Aziz Mohamad,
HMR (ketika itu) dalam kes Tan Ah Tong v. Gee Boon Kee & Ors.
[2006] 2 MLJ 618, menyatakan:
“[11] A similar kind of flawed reasoning was also apparent in paras
21 and 22 of the concluding part of the written submission, where it
was submitted, that because the absence of written reasons makes
it impossible for an appellate court to determine how the trial judge
discharged the vital function of appreciating evidence, his decision
is ‘unsafe’ and because the decision is unsafe it is fitting and proper
that a new trial be ordered under s.71(1) of the Courts of Judicature
Act, 1964. Where a judge does not state his reasons for arriving at
his decision, the decision is not unnecessarily unsafe. He may have
properly considered and weighed the evidence and may have
arrived at the right conclusions. The decision is only unsafe in the
sense that the appellate court is unable to determine, from an
assessment of the judge’s mental process, that the decision is
correct. But it does not follow that the course open to the appellate
court to decide the appeal while doing justice is to order a new trial.
It is still open to the appellate court to assess the evidence and
come to a finding whether or not the evidence vindicates the
decision of the trial court” (penekanan oleh saya).
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
21
[17] Seterusnya Mahkamah Persekutuan melalui Zulkefli Makinuddin
HMP (ketika itu) dalam kes Ahmad Najib Aris v. PP [2009] 2 CLJ
800, memutuskan seperti di keputusan (1) di m.s. 802:
“The Court of Appeal was empowered to review or re-evaluate all
the evidence adduced by the prosecution, notwithstanding the
High Court’s decision lacked specific findings and contained no
reasons for its findings. In a case involving pure questions of
fact, the Court of Appeal is free to determine whether the various
findings of the trial court are correct. In the instant case, although
the High Court’s decision was of no assistance, the Court of
Appeal had considered and subjected the evidence adduced by
the prosecution to a critical re-examination. The Court of Appeal
gave sound reasons why the evidence was admitted and how it
implicated the appellant. No miscarriage of justice was caused to
the appellant as the Court of Appeal’s decision was based on
evidence adduced from the witnesses called by the prosecution as
recorded in the appeal records”.
[18] Seksyen 60(1), Akta Mahkamah Kehakiman, 1964, adalah juga
relevan untuk memutuskan isu yang berbangkit. Seksyen ini
memperuntukkan:
“60. Powers of Court of Appeal.
(1) At the hearing of an appeal, the Court of Appeal shall hear the
appellant or his advocate, if he appears, and, if it thinks fit, the
respondent or his advocate, if he appears, and may hear the
appellant or his advocate in reply, and the Court of Appeal may
thereupon confirm, reverse or vary the decision of the High Court,
or may order retrial or may remit the matter with the opinion of the
Court of Appeal thereon to the trial court, or may make such order
in the matter as to it may seem just, and may by that order exercise
any power which the trial court might have exercised:
Provided the Court of Appeal may, notwithstanding that it is of the
opinion that the point raised in the appeal might be decided in
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
22
favour of the appellant, dismiss the appeal if it considers that no
substantial miscarriage of justice has occurred”.
[19] Peraturan 18(4)(e) Peraturan-peraturan Mahkamah Rayuan, 1994,
pula memperuntukkan:
“(e) a copy of the written judgment or grounds of decision of Judge,
or a copy of the agreed notes of judgment as prepared by the
parties and approved by the judge, if such written judgment,
grounds of decision or agreed notes as approved is made
available within the time limited for filing the record of appeal,
provided that if the Court so orders, the absence of the written
judgment, grounds of decision or agreed notes shall not prevent
the appellant from proceeding with his appeal…”
[20] Adalah jelas dari nas-nas dan peruntukkan-peruntukkan undang-
undang di atas bahawa ketiadaan alasan penghakiman hakim
bicara tidak menghalang pendengaran sesuatu rayuan dan
ketiadaan alasan penghakiman atau penghakiman bertulis semata-
mata tidak mencukupi untuk menjadikan prosiding yang telah
berlangsung itu menjadi tidak sah (invalidated/vitiated) - lihat juga
keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Mohamad Deraman v.
PP [2011] 3 CLJ 601; [2011] 3 MLJ 289. Apa yang utama dalam
sesuatu rayuan jenayah adalah untuk meneliti sama ada sabitan
tersebut adalah selamat dan memastikan ‘miscarriage of justice’
tidak berlaku ke atas mana-mana pihak.
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
23
[21] Dalam rayuan di hadapan kami, tidak ada mana-mana pihak yang
mengadu tentang perjalanan prosiding perbicaraan di hadapan
hakim bicara. Saksi-saksi relevan bagi pihak pendakwaan telah
dipanggil memberi keterangan dan telah disoal balas sepenuhnya
oleh pihak perayu. Kedua-dua pihak telah mengunjurkan hujahan
masing-masing di akhir kes pendakwaan yang berakhir dengan
hakim bicara yang bijaksana mendapati bahawa pihak pendakwaan
telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap perayu
dan perayu telah dipanggil untuk membela diri. Perayu telah
mengunjurkan pembelaan tanpa sebarang kekangan. Pada
akhirnya hakim bicara yang bijaksana mendapati perayu sabit di
atas kesalahan yang dipertuduhkan ke atasnya.
[22] Adalah jelas tidak wujud ‘miscarriage of justice’ yang nyata
(apparent) yang mewajarkan prosiding perbicaraan tersebut
menjadi tidak sah dan seterusnya diketepikan atau mewajarkan kes
tersebut diperintahkan didengar semula. Peguambela yang
bijaksana juga tidak mempertikaikan ‘propriety’ perjalanan prosiding
perbicaraan di hadapan hakim bicara tersebut.
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
24
[23] Adalah sesuatu yang ‘trite’ bahawa prosiding rayuan adalah
sambungan prosiding melalui pendengaran semula (rehearing) dan
di peringkat ini ianya masih terbuka kepada Mahkamah Rayuan
untuk meneliti, menyemak serta menilai semula kesemua
keterangan yang telah dikemukakan dan memutuskan, tanpa terikat
dengan keputusan hakim bicara, sama ada keterangan-keterangan
yang dikemukakan tersebut menyokong dapatan hakim bicara di
akhir kes pendakwaan dan di akhir kes pembelaan atau pun
dapatan-dapatan tersebut telah diperolehi secara tidak munasabah
ataupun hakim bicara telah memperolehi dapatan-dapatan yang
tidak munasabah - lihat Ahmad Najib Aris v. PP (supra).
[24] Fungsi-fungsi ini adalah konsisten dengan kuasa-kuasa yang
diberikan kepada Mahkamah Rayuan oleh s. 60(1), Akta Mahkamah
Kehakiman, 1964. Fungsi-fungsi ini juga adalah ‘exercisable’ sama
ada penghakiman bertulis atau alasan-alasan penghakiman telah
dibekalkan atau tidak oleh hakim bicara. Ketiadaan penghakiman
bertulis atau alasan-alasan penghakiman tidak akan
memprejudiskan perayu atau berlaku ‘miscarriage of justice’ kerana
alasan-alasan rayuan perayu pastinya bergantung kepada isu-isu
yang berbangkit dari keterangan-keterangan yang dikemukakan
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
25
dalam prosiding perbicaraan di hadapan hakim bicara dan
keputusan Mahkamah Rayuan juga akan bergantung dan
diasaskan kepada keterangan-keterangan yang diperolehi dari
saksi-saksi pihak pendakwaan dan pihak pembelaan, bebas
(independently) dari apa jua dapatan, sama ada dari segi fakta atau
undang-undang, oleh hakim bicara. Dalam perkara yang
melibatkan isu fakta semata-mata, Mahkamah Rayuan adalah
bebas serta kompeten untuk memutuskan sesuatu isu fakta
sekiranya tiada dapatan oleh hakim bicara atau pun dapatan hakim
bicara tidak disokong oleh keterangan yang diunjurkan atau
dapatan tersebut adalah tidak munasabah atau ianya diperolehi
secara tidak munasabah. Lebih-lebih lagi ‘demeanour’ saksi-saksi
langsung tidak menjadi isu dalam rayuan ini.
[25] Maka pada hemat kami hujahan peguambela yang bijaksana
bahawa penggantungan sepenuhnya Mahkamah Rayuan kepada
nota-nota prosiding perbicaraan tanpa alasan-alasan penghakiman
atau penghakiman bertulis sebagai rujukan telah menyebabkan
Mahkamah Rayuan secara tidak langsung telah bertindak sebagai
mahkamah bicara; telah membataskan hak perayu untuk ‘two tiers
of appeal’; dan telah melanggar Artikel 5 dan 8 Perlembagaan
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
26
Persekutuan, khususnya Peraturan 18(4)(e), Peraturan-peraturan
Mahkamah Rayuan, 1994, adalah bercanggah dengan Artikel-
artikel tersebut, adalah tidak berasas sama sekali. Fungsi-fungsi
Mahkamah Rayuan secara ‘inherent’ dan ‘intrinsic’ adalah
sememangnya untuk meneliti, menyemak dan menilai semula
keterangan-keterangan yang dikemukakan untuk memutuskan
sama ada keterangan-keterangan yang dikemukakan tersebut
menjustifikasikan keputusan yang diperolehi oleh hakim bicara atau
sebaliknya. Sama ada hakim bicara tersebut telah membekalkan
atau tidak membekalkan penghakiman bertulis atau alasan-alasan
penghakimannya tidak sama sekali menjejaskan atau
mengurangkan fungsi-fungsi tersebut.
[26] Maka berpandukan kepada nas-nas dan undang-undang seperti
dirujuk di perenggan-perenggan terdahulu, kami akan bergantung
kepada kuasa-kuasa yang diperuntukkan untuk menyemak (review)
dan menilai semula (re-evaluate) keterangan-keterangan yang
dikemukakan di hadapan kami untuk memutuskan (determine)
sama ada hakim bicara yang bijaksana telah membuat keputusan
yang betul atau sebaliknya.
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
27
[27] Berbalik kepada rayuan di hadapan kami, setelah menyemak dan
menilai semula keterangan yang dikemukakan secara maksima,
kami mendapati bahawa perayu sememangnya mempunyai jagaan
(custody) dan kawalan (control) ke atas bagasi exhibit P-5 tersebut.
Beliau dilihat oleh SP-2 menarik bagasi tersebut dari Karousel D
sehinggalah ditahan oleh SP-2. Perayu dilihat dalam keadaan
kelam kabut dan tergesa-gesa. Perayu tidak mengimbas bagasinya
sebagaimana sepatutnya tetapi cepat-cepat hendak menghala
keluar. Perayu hanya mengangkat bagasi tersebut dan
memasukkan ke dalam mesin pengimbas setelah diarahkan oleh
SP-2 dan kemudian mengangkat bagasi tersebut ke kaunter
pemeriksaan selepas imbasan dilakukan ke atas bagasi tersebut.
Perayu jugalah yang membawa bagasi tersebut ke Pejabat Narkotik
apabila diarahkan oleh SP-2.
[28] Tag bagasi yang diikat pada tangkai bagasi menunjukkan bagasi
tersebut telah didaftarkan atas nama perayu. Setelah bagasi
tersebut diperiksa, SP-2 telah menjumpai dadah tersebut, yang
keluar dari rongga-rongga dari dua plastik keras yang disorok
kemas di bahagian tepi kanan dan kiri bagasi tersebut. Seterusnya
pakaian-pakaian yang dihantar oleh SP-5 kepada ahli kimia untuk
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
28
analisa DNA menunjukkan profile DNA pada seluar dalam dan tuala
dari dalam bagasi tersebut berpadanan dengan DNA perayu.
[29] Fakta yang tidak dipertikaikan di atas menunjukkan perayu
mempunyai kawalan dan jagaan ke atas bagasi tersebut serta
kandungannya termasuklah dadah tersebut, maka ia mengundang
pemakaian (invocation) anggapan di bawah s. 37(d), ADB, 1952,
bahawa perayu mempunyai milikan (possession) ke atas dadah
tersebut sehinggalah dibuktikan sebaliknya dan perayu juga
dianggap mempunyai pengetahuan (knowledge) tentang jenis
dadah tersebut sehinggalah dibuktikan sebaliknya. Di atas fakta-
fakta dan keterangan-keterangan yang dikemukakan, jelas
anggapan di bawah s. 37(d) tersebut adalah terpakai ke atas perayu.
[30] Keterangan juga menunjukkan bahawa perayu telah mendaftar
masuk bagasi yang mengandungi dadah tersebut dari Lapangan
Terbang Kish, di Iran, transit di Dubai dan mendarat di KLIA, Sepang
dan seterusnya mengambil bagasi tersebut di Karousel D. Sejurus
selepas itu perayu telah ditahan oleh SP-2. Perbuatan membawa
dadah tersebut dari negara Iran ke Malaysia adalah terangkum
dalam maksud mengedarkan (trafficking) dadah tersebut seperti
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
29
ditakrifkan di bawah s. 2, ADB, 1952. Amaun dadah yang dibawa
tersebut cukup besar - seberat 634.77 gram. Maka tidak mungkin
dadah tersebut adalah untuk kegunaan sendiri. Kebarangkalian
dadah tersebut dihajatkan untuk orang atau orang-orang lain amat
tinggi. Seterusnya wujud ‘overt acts’ yang dilakukan oleh perayu
iaitu dadah tersebut telah disorokkan dalam keadaan yang paling
licik dan dadah tersebut telah dibawa dari Iran ke Malaysia.
Keterangan ahli kimia, SP-4, juga tidak goyah dan dapatannya
bahawa bahan yang disyaki dadah tersebut adalah
methamphetamine seberat 634.77 gram tidak tercabar. Tidak ada
alasan yang kukuh untuk menolak dapatan SP-4 tersebut.
[31] Pada hemat kami di atas segala keterangan yang ada di akhir kes
pendakwaan, hakim bicara telah membuat keputusan yang betul
apabila beliau mendapati bahawa pihak pendakwaan telah Berjaya
membuktikan satu kes prima facie terhadap perayu di atas
pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau dan memanggil perayu
untuk membela diri.
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
30
[32] Seterusnya kami juga mendapati bahawa pembelaan perayu amat
tidak munasabah dan merupakan rekaan semata-mata.
Pembelaannya gagal atas imbangan kebarangkalian untuk
mematahkan anggapan yang terpakai ke atasnya di bawah
s. 37(d)ADB, 1952, bahawa beliau mempunyai milikan dan
pengetahuan ke atas dadah tersebut. Pembelaannya juga gagal
untuk menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah
bahawasanya beliau telah memperedarkan dadah tersebut.
Alasan-alasan kami adalah seperti berikut:
i. Adalah tidak munasabah bagi perayu untuk terus dengan serta-
merta menerima tawaran untuk melancung ke Malaysia
daripada seseorang (Said) yang hanya pertama kali dikenali
secara kebetulan dalam kapal terbang sedangkan perayu telah
membuat segala perancangan untuk bercuti di Kish Island
selama satu minggu.
ii. Tawaran dikatakan diterima dari Said untuk pergi ke Malaysia
dan membeli barangan mewah (luxury goods) untuk wanita
sedangkan semasa pemeriksaan, perayu hanya mempunyai
USD500 dan Rial Iran 120,000 (kira-kira RM14.00). Mengambil
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
31
kira perayu akan tinggal di Malaysia selama enam hari, adalah
tidak munasabah untuk perayu datang ke Malaysia dengan
tujuan untuk membeli barangan mewah wanita dengan wang
sebanyak itu.
iii. Perayu tidak mengetahui butir-butir barangan mewah yang
hendak dibeli dan dibawa balik ke Iran.
iv. Perayu juga tidak tahu di tempat/kedai di Malaysia di mana
beliau perlu membeli barangan mewah tersebut.
v. Tidak munasabah untuk perayu terlalu naif untuk menerima
sahaja bagasi tersebut daripada Said dan menukar bagasinya
tanpa curiga.
vi. Tidak ada penjelasan mengapa perayu perlu tergesa-gesa
untuk keluar dan tidak memasukkan bagasinya ke dalam mesin
pengimbas.
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
32
vii. Selepas bertemu Said dalam kapalterbang dalam perjalanan
ke Kish Island, esoknya perayu telah berjumpa Said di luar
Lapangan Terbang Kish dan terus diberikan tiket penerbangan
ke Malaysia dan bagasi P-5. Persoalan yang timbul ialah bila
pula masanya Said mengambil butir-butir dirinya untuk
membeli tiket penerbangan tersebut dan bila pula tiket
penerbangan tersebut dibeli.
viii. Persoalan juga berbangkit apa perlunya bagi Said untuk
menelefon perayu di Malaysia untuk memberitahu perayu ke
mana bagasi P-5 tersebut harus dibawa sedangkan dari awal
lagi perayu telah diberikan bagasi tersebut bagi menggantikan
bagasi yang dibawa oleh perayu yang dikatakan kecil dan tidak
sesuai untuk dibawa ke Malaysia.
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
33
[33] Kami juga telah menghalusi serta mempertimbangkan kenyataan
beramaran perayu (exhibit D-16, di m.s 366 - 368, Jilid 4, RR) dan
mendapati ia langsung tidak membantu perayu dalam
pembelaannya. Kandungannya adalah ulangan
ketidakmunasabahan yang diunjurkan dalam keterangannya di
mahkamah. Watak Said ditimbulkan pertama kali hanya dalam D-
16 yang dirakamkan pada 25.11.2010, kira-kira 8 hari selepas
perayu ditangkap pada 17.11.2010. Pendedahan tentang Said ini
adalah satu ‘belated disclosure’ yang mencadangkan ianya rekaan
semata-mata. Sepatutnya perayu mendedahkan perihal Said ini
ketika ditahan dan dadah dijumpai oleh SP-2 kerana SP-2 adalah
orang pertama yang ‘confront’ perayu dengan penemuan dadah
tersebut.
[34] Pada hemat kami watak ‘Said’ hanyalah satu ‘fictitious figure’ yang
lahir dari imaginasi perayu semata-mata.
[35] Berdasarkan keterangan-keterangan yang dikemukakan dan
alasan-alasan di atas, kami mendapati hakim bicara yang bijaksana
tidak khilaf apabila beliau mendapati bahawa pihak pendakwaan
telah membuktikan kes terhadap perayu melampaui keraguan yang
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
34
munasabah dan seterusnya mendapati perayu bersalah dan sabit
di atas kesalahan sebagaimana dipertuduhkan.
Keterangan “Rebuttal” Oleh SD-4 Yang Diunjurkan Oleh Perayu
Tidak Dipertimbangkan Oleh Hakim Bicara
[36] Pihak perayu telah mengemukakan keterangan “rebuttal” berkaitan
dengan dapatan ahli kimia, SP-4, dan telah mempertikaikan
metodologi yang digunakan oleh SP-4 dalam analisanya melalui
keterangan SD-2 (Prof. Zainudin Bin Arifin, Timbalan Dekan, Fakulti
Sains, Universiti Malaya).
[37] Walau bagaimanapun, SP-4 tidak pernah dicabar atau disoal balas
tentang metodologi yang beliau gunakan untuk menganalisa bahan
tersebut. SP-4 juga tidak disoal balas sama ada metodologi yang
beliau gunakan mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh United
Nations Office On Drugs and Crimes (UNODC). Dengan demikian
kami menolak hujahan peguambela yang bijaksana di peringkat ini
yang menyatakan metodologi yang digunakan oleh SP-2 adalah
metodologi yang salah.
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
35
[38] Seterusnya peguambela menghujahkan dadah tersebut dijumpai
oleh SP-2 dari tiga (3) tempat berasingan iaitu dari rongga-rongga
dalam dua plastik keras (exhibit P-5I(1) dan P-5I(21)) dan dari lantai
bagasi tetapi SP-2 telah memasukkan dan mencampurkan
kesemua dadah tersebut dalam satu peket plastik exhibit P-5(H)(1)
(ditanda sebagai S3 oleh SP-2). Peguam bela yang bijaksana
menghujah perbuatan mencampurkan dadah tersebut telah
memberi kesan kepada identiti dadah tersebut dan juga ke atas
analisa yang dilakukan oleh SP-4.
[39] Sehubungan dengan perkara ini SP-4 telah menyatakan bahawa isu
ini bergantung kepada rupa dan jenis dadah yang hendak dianalisa.
Jika satu dadah adalah heroin dan satu lagi methamphetamine
maka kedua-dua dadah tersebut tidak boleh dicampurkan. Jika satu
dalam bentuk kristal dan satu bentuk serbuk juga tidak boleh
dicampurkan. Jika bahan diterima dalam pembungkusan yang
berbeza, maka isi kandungan daripada bungkusan-bungkusan yang
berbeza tersebut tidak boleh dicampurkan. Dalam kes ini, rupa dan
jenis dadah adalah serupa.
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
36
[40] SP-4 seterusnya menyatakan walaupun bahan-bahan yang ditemui
dari tiga tempat berasingan telah dicampurkan, beliau masih boleh
membuat analisa kerana sebelum membuat analisa, beliau telah
menghomogenkan serbuk putih tersebut di mana melalui kaedah ini
‘substance of interest’ iaitu methamphetamine telah tersebar secara
rata pada keseluruhan sampel yang telah dihomogenkan.
[41] Kami tidak ada masalah untuk menerima penjelasan SP-4 di atas
kerana rupa serbuk dan jenis serbuk yang dicampurkan tersebut
adalah sama seperti keterangan SP-2, SP-4 dan SP-5 yang
membolehkan ianya dihomogenkan secara serata dan
membolehkan SP-4 mengenal pasti identiti dadah dalam serbuk-
serbuk tersebut. Tidak ada apa-apa yang ‘inherently incredible’
dalam keterangan SP-4 sehingga keterangannya tidak boleh
dipercayai. Seperti yang dikatakan oleh Mahkamah Agong dalam
kes PP v. Lam San [1991] 3 MLJ 426 di m s. 428 setelah merujuk
kepada keputusan mahkamah yang sama dalam kes Munusamy v.
PP [1987] 3 MLJ 492:
“Two things are implicit in that passage. First, unless the evidence is
so inherently incredible that no reasonable man can believe it to be
true, it should be accepted as evidence. Secondly, so long as the
evidence is credible, there is no necessity for the chemist to show in
detail what he did in his laboratory”.
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
37
[42] SD-2 sendiri menyatakan walaupun tidak ‘desirable’ bahan-bahan
daripada punca yang berlainan dicampurkan sebelum dihantar
untuk dianalisa kerana ia bukan ‘a good chemical practice’ untuk
ahli kimia, namun di m s. 110 Jilid 2, RR, beliau menyatakan:
“If two substances from two sources are combined together and
chemically analysed, the final outcome of the weight of the substance
that the analysis is carried out for will be the same as the final
outcome of the weight of such substance if chemically analysed
separately”.
Adalah jelas kedua-dua SP-4 dan SD-2 berkongsi pandangan yang
sama dalam isu analisa bahan-bahan yang diperolehi dari sumber
berlainan yang dicampurkan. Pengakhirannya (final result) tidak
menjadi isu sama sekali dan tidak mencacatkan identiti dadah
berkenaan dan quantum dadah yang diperolehi. Lebih-lebih lagi
dalam kes ini SP-4 telah memberikan ‘margin of error’ hanya setakat
3% walhal di peringkat UNODC, ‘margin of error’ yang dibenarkan
adalah lebih besar, iaitu 5%. SD-2 pula menyatakan ‘margin of
error’ sebanyak 5% boleh diterima.
[43] Peguambela yang bijaksana seterusnya menghujah SP-4 telah
menggunakan dua jenis timbang dalam analisanya iaitu ‘top pan
balance’ untuk menimbang bahan serbuk yang dimasukkan oleh
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
38
SP-2 dalam paket plastik exhibit P-5H(1)(c), yang ditanda oleh SP-
2 dengan tandaan ‘S3’ dan memperolehi timbangan berat bersih
815.6 gram. Kandungan methamphetamine pula adalah 628.0
gram. SP-4 seterusnya menggunakan ‘analytical balance’ untuk
menimbang baki bahan serbuk yang diperolehi oleh SP-4 dari
plastik keras warna putih exhibit P-5I(1) yang ditanda oleh SP-2
dengan tanda ‘S1’ dan memperolehi timbangan berat bersih 8.80
gram. Kandungan methamphetamine pula adalah 6.77 gram.
Peguambela yang bijaksana mengadu SP-4 tidak menjelaskan
kenapa beliau menggunakan dua jenis timbang.
[44] Berkaitan dengan aduan ini, pada hemat kami SP-4 tidak disoal
balas kenapa beliau telah menggunakan dua jenis timbang. Maka
di peringkat ini peguambela yang bijaksana tidak boleh
mempertikaikan atau menyalahkan SP-4 kenapa beliau (SP-4) telah
menggunakan dua jenis timbang tersebut. Peguambela mempunyai
segala peluang untuk mempertikaikan tindakan SP-4 berbuat
demikian tetapi tidak menggunakan peluang tersebut. Pada SP-4
dan pada hemat kami penggunaan dua jenis timbang tersebut tidak
menjadi isu.
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
39
[45] Namun begitu SD-2 telah menjelaskan di m s. 109, Jilid 2 RR:
“Q: When is a top balance used and when is an analytical
balance used in chemical analysis?
A: The top balance is used when the amount of substance to be
tested is large and therefore the degree is less important. By
large I meant weight in excess of 10 grams. An analytical
balance is used to weigh small amount of substance to be
tested. Those small amounts could be lower than 10 grams.
The design of these balances is different. The analytical
balance is sophisticated and fragile and great care is used to
weigh the substances to be tested and such balance are
protected on all sides by glass or steel enclosures. Small
amount of air movement could affect the final weight of the
substance”.
[46] Dari penjelasan SD-2 di atas, adalah nyata SP-4 telah
menggunakan peralatan yang betul dalam menganalisa bahan-
bahan dalam exhibit P-5H(1)(c) dan exhibit P-5I(1). Dengan itu
tindakan SP-4 tidak perlulah disalahkan atau dipertikaikan.
[47] Selepas itu peguambela yang bijaksana telah merujukkan laporan
kimia, exhibit P-13 (yang disediakan oleh SP-4), kepada SD-2 dan
disoal di m.s. yang sama:
“Q: Dr. Vanitha had given evidence that in respect of item (a) she
had used a top pan balance and in respect of item (b)(i) she
had used an analytical balance. When you use two different
balances in chemical analysis, can you add the final results to
come to a final figure?
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
40
A: Yes, you could but you have to be very careful with decimal
places. With the top pan balance the decimal place used is
one decimal place that is 815.6 grams as in item (a) and 628.0
grams which indicate 1 decimal place also. In (b)(i) the weight
used are 8.80 grams indicating two decimal places and 6.77
grams also indicating two decimal places”.
[48] Nyata SD-2 juga tidak mempertikaikan keputusan analisa exhibit P-
5H (1)(c) dan P-5I(1) dicampurkan dan seterusnya memperolehi
satu ‘final figure’.
[49] Namun begitu perayu membangkitkan bahawa perbezaan pada titik
perpuluhan (decimal point) pada kedua-dua exhibit di atas telah
menggambarkan timbangan dan analisa yang dilakukan oleh SP-4
tidak tepat dan meragukan. Sehubungan dengannya SP-4 telah
menyatakan di m s. 66, Jilid 1, RR, bahawa beliau berpuas hati
dengan nilai ‘co-efficient variation’ di mana telah memberikan
keputusan yang konklusif dan berat methamphetamine telah
diperolehi mengikut yang diberitahu iaitu S3 - 628 gram dan S1 -
6.77 gram. Seterusnya, apabila disoal:
“S: Kenapa kamu mengambil 628.0 dan tidak 628.01?
J: Mengikut prosedur Jabatan, dari segi melaporkan berat
bilangan titik perpuluhan yang dilaporkan bergantung
kepada jenis alat penimbang yang digunakan. Bagi kes ini
saya telah menggunakan top balance dengan satu tempat
perpuluhan. Maka keputusan methamphetamine yang
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
41
dilaporkan adalah pada satu tempat perpuluhan juga di
mana dalam kes ini adalah 628.0. Bagi S1 pula saya telah
menggunakan analytical balance, berat bersih yang
dilaporkan kepada dua tempat perpuluhan, maka berat
methamphetamine juga dilaporkan pada dua tempat
perpuluhan iaitu 6.77 gram”.
[50] Kami dapati tidak ada apa-apa yang ‘inherently incredible’ dalam
penjelasan SP-4 di atas. Ia adalah penjelasan yang munasabah.
Seterusnya kami mendapati beza titik perpuluhan yang
dibangkitkan oleh perayu adalah terlalu kecil dan langsung tidak
menjejaskan dan memprejudiskan perayu memandangkan jumlah
berat methamphetamine yang diperolehi adalah besar iaitu 634.77
gram.
[51] Fungsi keterangan pakar hanyalah untuk membantu mahkamah
untuk mencapai sesuatu dapatan fakta - sila lihat Wong Swee Chin
v. PP [1981] 1 MLJ 212 di m s. 213. Adalah trite bahawa
mahkamah mempunyai budi bicara untuk menerima mana satu
keterangan pakar jika terdapat lebih daripada satu pakar memberi
keterangan. Dalam hubungan ini kami memilih untuk menerima
pakai keterangan SP-4 kerana:
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
42
i. SD-2 tidak pernah menganalisa dadah jenis
methamphetamine. ‘Core business’ SD-2 adalah mengajar
pelajar-pelajar universiti.
ii. ‘Core business’ SP-4 adalah menganalisa dadah. Itulah
kerjanya tiap-tiap hari sejak 11 tahun yang lalu. Jabatannya
juga telah menetapkan supaya SP-4 mengambil bahagian
dalam ujian kecekapan (proficiency test) berkaitan dengan
analisa dadah di peringkat dalaman dan antarabangsa setiap
tahun.
iii. SD-2 tidak mengetahui sistem laporan yang diamalkan oleh
Jabatan Kimia Malaysia. Pendekatan beliau lebih bersifat
akademik. Selain itu gemar pula membanding-bandingkan
peralatan-peralatan yang ada di makmal fakultinya walhal
beliau tidak tahu pun peralatan-peralatan yang digunakan oleh
Jabatan Kimia.
iv. SD-2 tidak terlibat secara langsung dalam analisa dadah.
Keterlibatannya hanya secara am.
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
43
v. SP-4 dan Jabatannya mengamalkan piawaian ‘margin of error’
yang lebih tinggi iaitu 3% berbanding dengan piawaian yang
ditetapkan oleh UNODC iaitu 5%. Posisi SD-2 juga 5%.
Kesimpulan
[52] Berdasarkan kepada segala alasan yang diperincikan dalam
perenggan di atas, kami mendapati bahawa sabitan ke atas perayu
di atas pertuduhan yang dikenakan ke atas beliau adalah selamat.
Dengan itu kami menolak rayuan perayu dan seterusnya
mengekalkan perintah sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh
Mahkamah Tinggi.
BERTARIKH: 26 JANUARI 2016
(AHMADI HAJI ASNAWI)
Hakim
Mahkamah Rayuan Malaysia
[2016] 1 LNS 51 Legal Network Series
44
Bagi pihak perayu - Dato Sivananthan (bersama Shazlin Mansor); M/s
Sivananthan.
Suite No. 1, L17-01, PJX Tower,
No. 16A, Persiaran Barat
46050 Petaling Jaya, Selangor
Bagi pihak responden - Tetralina Ahmad Fauzi, Timbalan Pendakwaraya
Jabatan Peguam Negara
Kes-kes yang dirujuk:-
Mohd. Johi Said & Anor v. PP [2005] 1 CLJ 389
Krishna Rao a/l Gurumurthi v. PP [2009] 2 CLJ 603
Jaafar bin Abu & Anor v. PP [1988] 2 MLJ 363
Tan Ah Tong v. Gee Boon Kee & Ors. [2006] 2 MLJ 618
Mohamad Deraman v. PP [2011] 3 MLJ 289
PP v. Lam San [1991] 3 MLJ 426
Munusamy v. PP [1987] 3 MLJ 492
Wong Swee Chin v. PP [1981] 1 MLJ 212
Perundangan yang dirujuk:-
Perlembagaan Persekutuan, Perkara 5 dan 8
Akta Mahkamah Kehakiman 1964, S. 60(1)
Peraturan-peraturan Mahkamah Rayuan 1994, Peraturan 18(4)(e)
Akta Dadah Berbahaya 1952, S. 2, 37(d)