20151005121048Topik 2B_Pendekatan PK .pdf

download 20151005121048Topik 2B_Pendekatan PK .pdf

of 23

Transcript of 20151005121048Topik 2B_Pendekatan PK .pdf

  • 8/16/2019 20151005121048Topik 2B_Pendekatan PK .pdf

    1/23

    Amalan dan Kajian Dalam

    Pembelajaran Koperatif (PK)

    (KPD6044)

    TOPIK 4:

    • SUSUNAN TEMPAT DUDUK

    • PENDEKATAN KUMPULAN PK

    •PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANGBERKESAN MENERUSI PK

  • 8/16/2019 20151005121048Topik 2B_Pendekatan PK .pdf

    2/23

    SUSUNAN TEMPAT DUDUK

  • 8/16/2019 20151005121048Topik 2B_Pendekatan PK .pdf

    3/23

    Susunan tempat duduk dalam bilik darjah PK

    Terdapat dua jenis susunan tempat duduk yang lazim digunakandalam sebuah bilik darjah yang mengamalkan PK:

    a) Susunan Tempat Duduk Berkelompok menunjukkan susunan

    tempat duduk berkelompok untuk enam atau empat orang

    sekelompok.

    a) Susunan Tempat Duduk Bentuk Buaian menunjukkan

    susunan tempat duduk yang berbentuk seperti buaian

  • 8/16/2019 20151005121048Topik 2B_Pendekatan PK .pdf

    4/23

    PENDEKATAN KUMPULAN PK

  • 8/16/2019 20151005121048Topik 2B_Pendekatan PK .pdf

    5/23

    Pendekatan PK

    Terdapat beberapa jenis pendekatan PK yang perlu diketahui dan

    boleh dipraktikkan oleh seorang cikgu apabila mengamalkanpembelajaran koepratif. Kita tidak mungkin dapat menerangkan

    kesemua jenis pendekatan tersebut. Bagaimanapun, empat jenis

    pendekatan yang biasa digunakan dalam bilik darjah PK iaitu:

    a) Bahagian Pencapaian Pasukan Pelajar atau STAD (Student Team

    Achievement Divisions)

    b) ‘Jigsaw’. 

    c) Penyiasatan Kumpulan (Group Investigation)

    d) Kumpulan berstruktur

  • 8/16/2019 20151005121048Topik 2B_Pendekatan PK .pdf

    6/23

    Bahagian Pencapaian Pasukan Pelajar atau STAD.

    STAD telah diperkenalkan oleh Robert Slavin (1995) dan merupakan

    antara struktur pembelajaran bersama yang paling popular.

    STAD ialah strategi PK yang memanfaatkan kemampuan berlainan

    pada pelajar di setiap kumpulan untuk mengajar konsep, kemahiran

    dan fakta.

  • 8/16/2019 20151005121048Topik 2B_Pendekatan PK .pdf

    7/23

    Dalam STAD:

    i. Cikgu akan terlebih dahulu membentangkan maklumat tentang

    sesuatu topik yang baru kepada para pelajar pada setiap mingguataupun sekerap mungkin mengikut keperluan.

    ii. Pelajar dibahagikan kepada empat orang ahli dalam satu

    kumpulan (atau adakalanya lima orang). Setiap kumpulan haruslah

    hetrogenous (pelajar yang terdiri daripada pelbagai keupayaan,berlainan jantina dan juga bangsa).

    Satu cara untuk membahagikan pelajar kepada kumpulan adalah

    menerusi penyusunan pelajar mengikut tahap keupayaan merekadengan berpandukan markah ujian ataupun gred ujian. Kemudian,

    bahagikan mereka kepada beberapa kuartil mengikut tahap

    keupayaan masing-masing; lalu masukkan satu pelajar daripada

    setiap kuartil tersebut ke dalam setiap kumpulan.

  • 8/16/2019 20151005121048Topik 2B_Pendekatan PK .pdf

    8/23

    Berdasarkan gambarajah, pilih pelajar dengan pencapaian yang tertinggi daripada

    kuartil yang pertama dan kedua. Kemudian, padankan mereka dengan pelajar

    yang paling rendah pencapaiannya daripada kuartil ketiga dan keempat. Hasilnya,

    kumpulan pertama terdiri daripada Rose, Mei, Jason dan Mary. Kumpulan kedua

    pula terdiri daripada Asmah, Arshad, Ah Kow dan Velloo. Sementara ahli-ahlikumpulan ketiga ialah Swee Lan, Boby, Aminah dan Ron. Kumpulan keenam

    (kumpulan terakhir) pula mempunyai lima orang pelajar iaitu Ramasamy, Ah Seng,

    Tong, Cindy dan Devi.

    Selepas membentuk kumpulan, anda harus memastikan agar setiap kumpulan

    tersebut seimbang dari segi jantina dan bangsa. Misalnya, jika kumpulan pertama

    mempunyai tiga orang pelajar perempuan dan seorang pelajar lelaki, sedangkan

    kumpulan kedua pula mempunyai tiga orang pelajar lelaki dan seorang pelajar

    perempuan, maka anda boleh menukarkan dua orang pelajar tersebut untuk

    menyeimbangkan kedua-dua kumpulan.

    Setiap kumpulan akan diberikan bahan pembelajaran atau lembaran kerja masing-

    masing. Setiap ahli kumpulan haruslah bekerjasama untuk memahami dan

    mempelajari tugasan tersebut menerusi ‘tutorial rakan sebaya’ (rakan membantu

    rakan), menyoal antara satu sama lain ataupun berbincang bersama-sama.

  • 8/16/2019 20151005121048Topik 2B_Pendekatan PK .pdf

    9/23

    Selepas seminggu atau dua minggu, pelajar daripada setiap

    kumpulan akan mengambil ujian atau kuiz. Mereka harus

    menduduki ujian/kuiz tersebut secara individu tanpa bantuan

    daripada ahli kumpulan yang lain.

    Sistem pemarkahan yang khas akan digunakan untuk STAD.

    Terdapat ‘markah asas’ dan ‘mata perbaikan’.

    Apa itu markah asas? Markah asas adalah purata markah setiap

    pelajar daripada semua ujian dan kuiz yang lepas. Purata markah

    peperiksaan pelajar dalam semester yang lepas juga boleh dianggap

    sebagai markah asas.

    Apa itu mata perbaikan? Mata perbaikan ialah ganjaran yang

    diberikan kepada setiap pelajar berdasarkan prestasi mereka dalam

    ujian atau kuiz semasa berbanding dengan markah asas masing-

    masing.

  • 8/16/2019 20151005121048Topik 2B_Pendekatan PK .pdf

    10/23

    Sistem pemarkahan STAD adalah seperti berikut:

    Langkah 1: Setiap pelajar diberikan markah asas.

    Langkah 2: Setiap pelajar mendapat markah daripada ujian atau kuiz semasa.

    Langkah 3: Setiap pelajar mendapat mata perbaikan berdasarkan prestasi

    mereka dalam ujian atau kuiz semasa berbanding dengan markah asas masing-

    masing. Skala pengiraan untuk mata perbaikan adalah seperti berikut:

    Lebih 10 mata di bawah markah asas 0 mata

    1 hingga 10 mata di bawah markah asas 10 mata

    Markah asas atau 10 mata melebihi markah asas 20 mata

    10 mata melebihi markah asas 30 mata

    Markah penuh 30 mata

    Sumber: Slavin (1995, hlm. 19)

  • 8/16/2019 20151005121048Topik 2B_Pendekatan PK .pdf

    11/23

    ‘Jigsaw’.

    ‘Jigsaw’ telah diperkenalkan dan diuji oleh Aronson dan Patnoe

    (1997).

    ‘Jigsaw’ menetapkan bahawa setiap pelajar akan menjadi ‘pakar’

    dalam satu-satu topik atau bahagian yang berlainan dalam

    tugasan pembelajaran, lalu menggunakan ‘kepakaran’ mereka

    untuk mengajar pelajar yang lain.

  • 8/16/2019 20151005121048Topik 2B_Pendekatan PK .pdf

    12/23

    Dalam ‘Jigsaw’: 

    i. Pelajar dibahagikan kepada lima orang ahli dalam satu kumpulan (atau

    adakalanya enam orang). Setiap kumpulan haruslah heterogenous (pelajar

    yang terdiri daripada pelbagai keupayaan, berlainan jantina dan jugabangsa). Kumpulan ini dipanggil ‘kumpulan rumah’. 

    ii. Bahan pembelajaran dalam bentuk teks akan diberikan kepada setiap

    kumpulan rumah.

    iii. Setiap pelajar dalam setiap kumpulan rumah akan bertanggungjawab untuk

    mempelajari satu topik atau bahagian daripada bahan pembelajarantersebut.

    iv. Seorang ahli daripada setiap kumpulan rumah yang berkongsi topik atau

    bahagian yang sama akan berjumpa untuk membincangkan dan membantu

    antara satu sama lain dalam mempelajari topik atau bahagian tersebut.

    Mereka dipanggil sebagai kumpulan pakar.

    v. Setiap ahli dalam kumpulan pakar tersebut akan kembali kepada kumpulan

    rumah masing-masing dan mengajar ahli kumpulan mereka tentang bahan

    yang telah dipelajari.

    vi. Sistem pemarkahan untuk ‘Jigsaw’ serupa dengan sistem pemarkahan STAD.

  • 8/16/2019 20151005121048Topik 2B_Pendekatan PK .pdf

    13/23

    Penyiasatan Kumpulan

    Penyiasatan kumpulan asalnya telah diperkenalkan oleh Herbert Thelen pada

    1960. Bagaimanapun, versi yang diguna pakai pada hari ini telah diperincikanoleh Sharon dan Sharon pada 1988.

    STAD dan ‘Jigsaw’ akan membantu pelajar anda mempelajari fakta, konsep dan

    kemahiran. Namun, PK juga dapat membantu pelajar untuk belajar

    menyelesaikan masalah dan menguasai kemahiran pemikiran kritis yang tinggi.Untuk mencapai tujuan ini, menggunakan Penyiasatan kumpulan. Anda

    menggunakan Penyiasatan Kumpulan kerana anda ingin:

    •pelajar anda menyiasat dan menganalisis sesuatu topik;

    •pelajar anda membina kemahiran berfikir;

    •pelajar anda membina pemahaman yang mendalam tentang sesuatu

    kandungan;

    •pelajar anda bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

  • 8/16/2019 20151005121048Topik 2B_Pendekatan PK .pdf

    14/23

    Dalam penyiasatan kumpulan:

    i. Pelajar dibahagikan kepada lima orang ahli dalam satu kumpulan (atau

    adakalanya enam orang). Setiap kumpulan haruslah hetrogenous (pelajar yang

    terdiri daripada pelbagai keupayaan, berlainan jantina dan juga bangsa).Adakalanya, kumpulan dibentuk berdasarkan persahabatan, iaitu pelajar memilih

    ahli kumpulan masing-masing berdasarkan minat yang sama dalam sesetengah

    topik.

    ii. Langkah-langkah yang diambil adalah:

    Langkah 1: Pelajar memilih subtopik khas masing-masing berdasarkan satu topik

    umum yang biasanya ditentukan oleh cikgu.

    Langkah 2: Pelajar dan cikgu merancang prosedur pembelajaran dan menetapkan

    sasaran kumpulan.

    Langkah 3: Pelajar melaksanakan rancangan sebagaimana yang telah dipersetujui

    dalam Langkah 2. Pelajar diberikan peluang untuk menggunakan aktiviti dan

    kemahiran yang berlainan. Pelajar juga boleh menggunakan pelbagai jenis

    sumber yang terdapat di dalam mahupun di luar sekolah. Cikgu akan mengawasi

  • 8/16/2019 20151005121048Topik 2B_Pendekatan PK .pdf

    15/23

    Langkah 4: Pelajar menganalisis dan menilai maklumat yang

    diperoleh daripada Langkah 3, lalu merancang untuk

    pembentangan di hadapan kelas. Adakalanya, hasil kajian juga

    boleh ditulis ke dalam bentuk laporan.

    Langkah 5: Setiap kumpulan membentangkan hasil masing-

    masing. Setiap pembentangan haruslah dapat menyampaikan

    maklumat secara berkesan, menarik dan jelas. Latihan ini tidakterdapat dalam bilik darjah konvensional dan amat berguna

    untuk kebanyakan pelajar dalam masa depan mereka.

    Dalam struktur ini, tiada sistem pemarkahan yang khusus. Akan

    tetapi, laporan bertulis pelajar dan pembentangan mereka akan

    digunakan dalam penilaian. Cikgu boleh menggunakan senarai

    semak untuk menggredkan pembentangan pelajar

  • 8/16/2019 20151005121048Topik 2B_Pendekatan PK .pdf

    16/23

    Pendekatan Struktur.

    Terdapat dua jenis pendekatan struktur yang lazim digunakan, iaitu Fikir-Padan-

    Kongsi dan Penomboran Akal Bersama.

    Fikir-Padan-Kongsi (Think-Pair-Share):

    • Cikgu mengajukan soalan yang berkenaan dengan pelajaran dan pelajardikehendaki berfikir secara individu untuk mendapatkan jawapan dalam masa

    lebih kurang satu minit.

    • Seterusnya, cikgu mengarahkan pelajar untuk mencari pasangan masing-

    masing dan membincangkan jawapan dengan pasangan mereka. Cikgu

    memberikan masa selama 4-5 minit untuk perbincangan tersebut.

    • Langkah terakhir ialah cikgu menyuruh setiap pasangan untuk berkongsi

    perbincangan mereka di hadapan kelas.

  • 8/16/2019 20151005121048Topik 2B_Pendekatan PK .pdf

    17/23

    Penomboran Akal Bersama (numbered heads together) adalah struktur yang

    mempunyai empat langkah:

    Langkah 1. Penomboran: Pelajar dibahagikan kepada tiga hingga lima orang ahli

    dalam satu kumpulan. Setiap kumpulan haruslah majmuk (pelajar yang terdiri

    daripada pelbagai keupayaan, berlainan jantina dan juga bangsa). Setiap pelajar

    dalam setiap kumpulan diberikan nombor antara 1 hingga 5.

    Langkah 2. Pertanyaan: Cikgu mengajukan soalan kepada pelajar.

    Langkah 3. Akal bersama: Pelajar berkongsi idea dan ‘akal bersama’ dalam

    kumpulan masing-masing. Setiap pelajar harus memastikan bahawa setiap ahli

    kumpulan dapat menjawab soalan tersebut.

    Langkah 4. Jawapan: Cikgu akan memanggil mana-mana nombor antara 1 hingga5. Pelajar dengan nombor yang dipanggil daripada setiap kumpulan akan bangun

    dan memberikan jawapan mereka kepada seluruh kelas. Jika jawapan itu salah,

    cikgu akan beralih kepada kumpulan yang lain.

    Sumber: Arends (2009, hlm. 360 & 361)

  • 8/16/2019 20151005121048Topik 2B_Pendekatan PK .pdf

    18/23

    PENGAJARAN DAN

    PEMBELAJARAN YANG BERKESAN

    MENERUSI PK

  • 8/16/2019 20151005121048Topik 2B_Pendekatan PK .pdf

    19/23

    PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG BERKESAN MENERUSI PK

    PK ialah pendekatan ‘pelajar sebagai pengajar’ dalam pengajaran. Untuk

    mewujudkan persekitaran PK, anda perlu menyediakan satu set tugasan terlebih

    dahulu sebelum PK dapat dimulakan.

    Jika anda mengajar di dalam sebuah bilik darjah yang konvensional, anda akan

    berdiri di hadapan kelas dan memberikan arahan kepada pelajar. Akan tetapi,

    dalam PK, anda perlu menyusun pelajar anda ke dalam kumpulan belajar, lalu

    menyediakan mereka untuk bekerja bersama-sama.

    Oleh itu, anda perlu menggariskan beberapa peraturan dan garis panduan untuk

    membolehkan persekitaran PK berjalan dengan lancar. Pada waktu yang sama,

    peraturan tersebut juga harus membolehkan anda mengawal setiap kumpulan

    belajar dan juga sebarang salah laku yang mungkin berlaku.

  • 8/16/2019 20151005121048Topik 2B_Pendekatan PK .pdf

    20/23

    Menguruskan Persekitaran Pembelajaran

    Adakalanya, untuk menyediakan pelajar kepada PK dan juga ke dalam kumpulan

    belajar masing-masing adalah sangat sukar. Untuk membantu mereka supaya

    dapat memulakan tugasan masing-masing juga bukanlah satu proses yang mudah.Namun demikian, beberapa strategi ringkas yang berikut, amat penting dan boleh

    membantu anda dalam menyediakan pelajar anda.

    • Terangkan kepada seluruh kelas tentang langkah-langkah yang perlu diikuti

    secara lisan.

    • Nyatakan setiap langkah dan arahan anda dengan jelas. Panggil beberapa orang

    pelajar untuk mengulangi setiap langkah dan arahan yang telah disampaikan tadi.

    Anda dapat memastikan bahawa pelajar anda telah memahami setiap langkah

    dan arahan yang diberikan melalui cara ini.

    •Tuliskan langkah-langkah ini pada papan tulis atau catatkannya pada sebuah

    carta. Melalui panduan bertulis sedemikian, pelajar dapat merujuk kepada

    panduan tersebut dari semasa ke semasa sambil mula bergerak ke dalam

    kumpulan masing-masing ataupun sewaktu mereka menjalankan aktiviti

    pembelajaran bersama.

  • 8/16/2019 20151005121048Topik 2B_Pendekatan PK .pdf

    21/23

    Berikut adalah contoh pelaksanaan langkah-langkah tersebut:

    Langkah 1: Apabila saya memberikan isyarat, sila bergerak secara senyap ke lokasi yang

    tertera nama pasukan anda pada dinding.

    Langkah 2: Pilih salah seorang daripada ahli kumpulan anda untuk tampil ke hadapan meja

    saya dan mengambil bahan-bahan pembelajaran.

    Langkah 3: Luangkan 10 minit untuk membaca tugasan pembelajaran secara senyap.

    Langkah 4: Apabila saya sebut ‘mula’, maka mulakan perbincangan dan aktiviti anda.Perbincangan harus dijalankan dengan nada suara yang rendah agar tidak menganggu

    pasukan yang lain.

    Langkah 5: Apabila saya memberikan isyarat berhenti, sila hentikan segala perbincangan

    dan akiviti anda.

    Kenal pasti dan tandakan lokasi setiap kumpulan belajar dengan jelas.

    Anda akan nampak bahawa anda perlu membina peraturan dan arahan yang sangat

    berstruktur. Ini amat mustahak sekiranya inilah kali pertama pelajar anda mengikuti

    kumpulan belajar masing-masing untuk memulakan PK.

  • 8/16/2019 20151005121048Topik 2B_Pendekatan PK .pdf

    22/23

    Menyediakan Pelajar untuk Pembelajaran Bersama

    Anda tidak boleh menganggap bahawa pelajar anda secara

    langsung akan faham dan tahu tentang cara-cara untuk bekerjabersama di dalam bilik darjah .

    Pelajar perlu disediakan dan dilengkapkan dengan beberapa

    kemahiran agar dapat bekerja bersama-sama.

    Bagi sesetengah pelajar, peralihan daripada bilik darjah yang

    sangat konvensional dan berstruktur kepada suasana

    pembelajaran bersama adalah sangat sukar. Bagaimanapun, anda

    boleh membantu pelajar anda menerusi beberapa kemahiran

    yang diperlukan dalam pembelajaran bersama.

  • 8/16/2019 20151005121048Topik 2B_Pendekatan PK .pdf

    23/23

    SEKIAN, TERIMA KASIH