201509281309284.0 Prosedur Melayan Tetamu
description
Transcript of 201509281309284.0 Prosedur Melayan Tetamu
-
9/21/2015
1
KATERING & PENYAJIAN
4.0 prosedur melayan tetamu
A. MENYAMBUT TETAMU
Berdiri di pintu masuk. a) Memberikan senyuman b) Memberi ucap selamat dengan nada
suara yg sopan spt: Selamat sejahtera Selamat datang ke restoran kami Adakah encik ada membuat
tempahan? Blh saya tahu berapa bilangan org
dlm kumpulan encik?
4.1 prosedur melayan tetamu
-
9/21/2015
2
B. MENEMPATKAN TEMPAT DUDUK
Pramusaji mendahului tetamu utk menunjukkan meja yang dikhaskan bagi mereka yang telah membuat tempahan atau ke meja yang sesuai mengikut bilangan orang.
Mempersilakan tetamu duduk.
Berdiri disebelah kanan tetamu dan ambil napkin dengan tangan kanan.
Leraikan napkin ke bawahdari sebelah kanan. Kemudian letakka di atas riba tetamu atau hulurkan napkin kepada tetamu dengan tangan kanan.
Tetamu akan meletakkan napkin di atas ribanya.
C. BERHADAPAN DENGAN TETAMU
Berdiri disebelah kanan dan pastikan anda memandang ke arah tetamu sewaktu mempersembahkan kad menu.
Berikan kad menu kepada tetamu wanita atau tetamu yang lebih tua dahulu.
Semasa tetamu sedang membuat pilihan menu, tuang air sejuk atau air suam dari sebelah kanan tetamu.
-
9/21/2015
3
D. MENGAMBIL PESANAN
Berikan masa yang mencukupi untuk tetamu membuat pilihan.
Hampiri meja dan berdiri disebelah kanan tetamu untuk mencatat pesanan yang dibuat.
Mulakan dengan tetamu wanita dahulu.
Pesanan hendaklah ditulis dengan urutan yang betul.
Sekiranya suara tetamu kurang jelas, ulangi pesanan semula untuk mendapatkan kepastian.
E. MEMBERIKAN CADANGAN
Sekiranya tetamu mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan, bantu mereka dengan menberikan cadangan.
Ini merupakan peluang yang terbaik untuk mempromosikan menu-menu yang ada direstoran.
-
9/21/2015
4
F. MENGHANTAR PESANAN KE DAPUR
Pesanan dibuat secara bertulis dengan menggunakan kaedah tiga salinan (triplicate method).
Dalam kaedah triplicate, salinan pertama akan dihantar ke dapur, salinan kedua ke kaunter minuman dan salinan ke tiga kepada juruwang.
Pesanan juga blh dibuat secara elektronik pada mesin pesanan khas. Melalui cara ini, pramusaji tidak perlu ke dapur untuk menghantar pesanan kerana didapur terdapat mesin yang akan menerima pesanan daripada pramusaji.
G. MENGAMBIL MAKANAN DARI DAPUR
Maklumi petugas atau chef yang berada di kaunter dapur bahawa anda hendak mengambil makanan untuk dihantar ke meja tertentu.
Seseorang pramusaji perlu tahu masa yang sesuai untuk menghidangkan setiap makanan yang dipesan.
Pramusaji boleh mengambil makanan dari dapur dengan menggunakan teknik mengangkat pinggan.
Setiap makanan yang dipesan perlulah diletakkan di atas dulang segi empat tepat untuk memudahkan pramusaji membawa makanan.
-
9/21/2015
5
H. MENGHIDANG MAKANAN KEPADA TETAMU
Perkara asas yg perlu diingat ialah menghidangkan makanan kpd wanita dahulu sebelum lelaki (jika berdua sahaja).
Sekiranya tetamu datang secara berkumpulan, cuba kenal pasti siapa host.
Pramusaji hendaklah menghidangkan makanan kepada tetamu pertama dari arah kanan host.
Sekiranya host tidak dikenalpasti, ikuti peraturan biasa seperti yang berikut:
a) dahulukan tetamu yang tua sebelum tetamu yang muda. b) dahulukan tetamu wanita sebelum tetamu lelaki.
I. MENGENDALIKAN PEMBAYARAN
Bil akan dikeluarkan sebaik sahaja tetamu meminta bil. Bil dugunakan sebagai dokumen untuk mencatat
sejumlah harga berdasarkan pesanan yang dibuat oleh tetamu.
Bil boleh diletakkan di atas piring layan atau bill folder yang berlipat. Bill folder hendaklah diletakkan dihadapan tetamu dari sebelah kanan.
Kaedah pembayaran boleh dibuat dlm bentuk wang tunai, kad kredit, baucar atau caj ke bilik (charge account) bg mereka yg menginap dihotel itu.
Iringi tetamu keluar dengan memberikan ucapan seperti Terima kasih encik, sila datang lagi.
-
9/21/2015
6
J. MENGEMAS MEJA
Setelah tetamu meninggalkan meja, pramusaji hendaklahlah mengemas meja dengan mengangkat semua peralatan yang digunakan.
Pastikan tiada remah makanan di atas meja dan kerusi yang telah digunakan.
PROSEDUR MELAYAN TETAMU TATASAJIAN AMERIKA / PLATE SERVICE
1. Menyambut tetamu.
2. Menempatkan tempat duduk.
3. Meleraikan napkin.
4. Mempersembahkan kad menu.
5. Menuang air sejuk.
6. Memberi cadangan menu.
7. Mengambil pesanan.
8. Menghantar pesanan ke dapur.
9. Mengambil makanan dari dapur.
10. Menghidang makanan kepada tetamu mengikut course.
11. Membuat crumbing down sebelum menghidangkan desert.
12. Mengendalikan pembayaran.
13. Mengiringi tetamu keluar.
14. Mengemas meja.