2014 1226_2 PendMoral PP CRC.pdf

7

Click here to load reader

Transcript of 2014 1226_2 PendMoral PP CRC.pdf

Page 1: 2014 1226_2 PendMoral PP CRC.pdf

TERHAD 1 1226(PP)

[Lihat halaman sebelah1226/2(PP) © 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

LEMBAGA PEPERIKSAANKEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ALIRAN KEMAHIRAN 2014PENDIDIKAN MORAL 1226/2Kerja KursusKertas 2Julai - Ogos

PANDUAN PELAKSANAAN DAN PENILAIAN KERJA KURSUS

PENDIDIKAN MORAL

KERTAS 2

JULAI HINGGA OGOS 2014

Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Kerja Kursus ini mengandungi 7 halaman bercetak.

Page 2: 2014 1226_2 PendMoral PP CRC.pdf

TERHAD 2 1226/2(PP)

1226/2(PP) © 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

1.0 PENGENALAN

Pentaksiran mata pelajaran Pendidikan Moral Aliran Kemahiran dilaksanakan melaluidua ujian iaitu Kertas 1 (Ujian bertulis) dan Kertas 2 (Kerja Kursus). Pentaksirankerja kursus ini lebih bersifat formatif iaitu pentaksiran yang berterusan dengan tujuanuntuk membimbing, memaju dan mengembang nilai murni dalam diri calon.Pentaksiran terhadap penghayatan memerlukan masa yang panjang dan dibuat secaraberterusan melalui pemerhatian tingkah laku calon serta proses dan produk hasilkerja(folio).

2.0 OBJEKTIF MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SAHSIAH DANKEWARGANEGARAAN

OM1 - Mengenal pasti identiti dan potensi diri untuk menyumbangke arah pembangunan negara.

OM2 - Mengembangkan potensi diri untuk menjadi individu yangcemerlang dalam pelbagai aspek kehidupan.

OM3 - Menerangkan kepentingan kepada keperluan hidup berkeluargabagi melahirkan keluarga bahagia.

OM4 - Bertanggungjawab melestarikan alam sekitar. OM5 - Mengenal pasti, menghargai dan berbangga dengan warisan

kepelbagaian budaya Malaysia. OM6 - Mewujudkan rasa cinta akan negara dan sanggup berkorban

untuk negara. OM7 - Memahami sistem pemerintahan negara. OM8 - Menjalankan tanggungjawab sebagai anggota masyarakat yang

prihatin dan berupaya menangkis sebarang ancaman dalaman danluaran demi kesejahteraan negara.

3.0 OBJEKTIF PENTAKSIRAN KERJA KURSUS PENDIDIKAN MORALALIRAN KEMAHIRAN

OP1 - Pengetahuan dan kefahaman tentang diri, keluarga, masyarakat,alam sekitar, warisan budaya Malaysia dan negara.

OP2 - Mengaplikasikan nilai-nilai murni dan sahsiah yang baik untukmelastarikan alam sekitar, kesejahteraan diri serta keluarga,masyarakat, warisan budaya Malaysia dan negara.

Page 3: 2014 1226_2 PendMoral PP CRC.pdf

TERHAD 3 1226(PP)

[Lihat halaman sebelah1226/2(PP) © 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

4.0 RASIONAL

Kerja kursus Pendidikan Moral Aliran Kemahiran dinilai berasaskan beberapa kriteriadari folio yang telah dilaksana untuk :

4.1 Mengukur dari segi penghayatan nilai melalui refleksi dalam kerja kursus (folio) di samping tanggungjawab menghasilkannya dengan baik dan jujur.

4.2 Menilai pencapaian calon dalam mata pelajaran Sahsiah dan Kewarganegaraan dengan lebih menyeluruh, tersusun dan bermatlamat.

4.3 Membolehkan calon dinilai semasa pelaksanaan kerja kursus (Penilaian Proses) dan hasil akhir kerja kursus (Penilaian Produk)

4.4 Memberi peluang calon menunjukkan ketrampilan dan kemajuan.

Maklumat Am

1. Tugasan kerja kursus ini hendaklah dijalankan dari bulan Julai hingga bulan Ogossemasa di Tingkatan 5.

2. Guru penilai adalah guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral AliranKemahiran.

3. Penilaian kerja kursus merupakan sebahagian daripada proses pengajaran danpembelajaran.

4. Penilaian kerja kursus ini dilakukan secara berterusan mengikut format yangdikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan (LP).

5. Aspek dan kriteria dalam panduan penilaian kerja kursus ini hendaklah dimaklumkankepada calon.

6. Tugasan kerja kursus Pendidikan Moral Aliran Kemahiran perlu disiapkan sebelumatau pada 15 Ogos 2014.

7. Jumlah markah untuk hasil kerja kursus ini ialah 20 markah.

8. Tugasan kerja kursus akan di muat-naikkan di laman sesawang LP sebelumbulan Julai.

Page 4: 2014 1226_2 PendMoral PP CRC.pdf

TERHAD 4 1226/2(PP)

1226/2(PP) © 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Arahan kepada guru

1. Guru penilai mesti memberitahu calon arahan melaksanakan kerja kursus sertamerancang proses dan aktiviti bagi semua calon.

2. Guru penilai hendaklah memberi taklimat kepada calon mengenai tugasandan perinciannya.

3. Guru penilai mestilah memantau dan memastikan calon melaksanakan tugasan.

4. Guru penilai hendaklah membimbing calon untuk menghasilkan kerja yang terbaik.

5. Guru penilai hendaklah memaklumkan kepada calon jika mereka perlu memperbaikhasil kerja.

6. Guru penilai dikehendaki mengisi borang markah (Lampiran 1) dan menghantarmarkah calon secara online pada akhir bulan Ogos.

Arahan kepada calon

1. Calon yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Moral Aliran Kemahiran wajibmelaksanakan kerja kursus.

2. Calon dikehendaki melaksanakan satu kerja kursus semasa di Tingkatan 5.

3. Calon dikehendaki melaksanakan tugasan yang ditetapkan dan disahkan olehPengetua sekolah.

4. Kerja kursus calon mestilah merupakan hasil usaha sendiri dan tidak ditiru daripadamana-mana pihak.

5. Penilaian proses kerja calon dan pemberian markah dilakukan oleh guru penilaisepanjang masa kerja kursus dilaksanakan.

6. Calon boleh mendapatkan bahan dari pelbagai sumber media massa.

Page 5: 2014 1226_2 PendMoral PP CRC.pdf

TERHAD 5 1226(PP)

[Lihat halaman sebelah1226/2(PP) © 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Pertimbangan Yang Perlu diambil kira

1. Tugasan hendaklah mengutamakan penghayatan kesedaran dan kefahaman tentangnilai-nilai murni dan sahsiah yang baik.

2. Setiap tugasan mestilah dibuat pada kertas A4 dan didokumentasikan sertadijadikan folio.

3. Folio yang dihasilkan mesti mengandungi 15 hingga 20 muka surat.

4. Kriteria pemberian markah kepada hasil tugasan calon adalah berdasarkanperkara berikut:

A Maklumat diri [7 markah](i) Nama(ii) Nombor kad pengenalan(iii) Angka giliran(iv) Tingkatan(v) Alamat sekolah(vi) Kursus(vii) Guru mata pelajaran

B Penyediaan folio [7 markah](i) Tajuk tugasan

(ii) Kekemasan(iii) Ketepatan masa(iv) Isi kandungan(v) Bilangan muka surat (tidak kurang dari 15 halaman)

(vi) Kepelbagaian sumber (sekurang-kurangnya dua sumber)(vii) Refleksi (penghayatan)

C Kreativiti [4 markah](i) Susunan

(ii) Hiasan(iii) Bahan bergambar/grafik /foto(iv) Gambar foto

D Kesesuaian bahan [2 markah](i) Artikel/laporan/ulasan menepati tajuk

(ii) Gambar/foto/grafik yang sesuai

Page 6: 2014 1226_2 PendMoral PP CRC.pdf

TERHAD 6 1226/2(PP)

1226/2(PP) © 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Contoh Penghasilan Kerja Kursus

Tema 3 : Keperluan hidup bermasyarakat

Tajuk : Masalah sosial dalam kalangan remaja

Perkara yang perlu ada di dalam tugasan:

1 Jenis masalah sosial Gambar : Pembuangan bayi

: Lumba haram: Penagihan dadah: Vandalisme

* perlu ada “caption” tentang gambar

2 Rencana atau petikan akhbar berkaitan isu* Tampalkan artikel sahaja

3 Refleksi ( penghayatan) * Nilai * Penghayatan

PANDUAN TAMAT

Page 7: 2014 1226_2 PendMoral PP CRC.pdf

TERHAD 7 1226(PP)

[Lihat halaman sebelah1226/2(PP) © 2014 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

Lampiran 1Borang Pentaksiran Individu

Nama Calon:..........................................................................

Angka Giliran:.......................................................................

A Maklumat Diri

Bil Butir Tandakan ( ) Markah

1 Nama

2 Nombor kad pengenalan

3 Angka giliran

4 Tingkatan

5 Alamat sekolah

6 Kursus

7 Guru mata pelajaran

B Penyediaan folio [7 markah]

1 Tajuk tugasan

2 Kekemasan

3 Ketepatan masa

4 Isi kandungan

5 Bilangan muka surat (tidak kurang dari 15 halaman)

6 Kepelbagaian sumber (sekurang-kurangnya dua sumber)

7 Refleksi (penghayatan)

C Kreativiti [4 markah]

1 Susunan

2 Hiasan

3 Bahan bergambar/grafik /foto

4 Gambar foto

D Kesesuaian bahan [2 markah]

1 Artikel/laporan/ulasan menepati tajuk

2 Gambar/foto/grafik yang sesuai

JUMLAH

Tanda tangan Pengetua Tanda tangan Guru Penilai

...................................... ......................................