2013 Presiden PPj Terima Anugerah · PDF filefaedah yang dinikmati pada hari ini berkekalan...

15
PUTRAJAYA BULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRAJAYA EDISI OKTOBER 2013 WWW.PUTRAJAYA.GOV.MY / WWW.PPJ.GOV.MY my Autoshow 3/2013 Convoy & Gathering 2200 kenderaan menyertainya Head Of Putrajaya 2013 MAJLIS KORBAN SEMPENA AIDILADHA : 1434/2013 Perbadanan Putrajaya Lancar Logo Baharu Presiden PPj Terima Anugerah BRANDLAUREATE

Transcript of 2013 Presiden PPj Terima Anugerah · PDF filefaedah yang dinikmati pada hari ini berkekalan...

PUTRAJAYABULETIN INFORMASI PERBADANAN PUTRA JAYA • EDISI OKTOBER 2013

W W W.PUTRA JAYA .GOV.MY / W WW.PPJ.GOV.MY

myAutoshow 3/2013

Convoy & Gathering2200 kenderaan

menyertainya

Head Of Putrajaya2013

MAJLIS KORBAN SEMPENA AIDILADHA : 1434/2013

Perbadanan PutrajayaLancar Logo Baharu

Presiden PPj Terima Anugerah

BRANDLAUREATE

Sidang redaksi myPutrajaya mengalu-alukan komen, ulasan dan sumbangan dari semua pembaca

Semua urusan surat menyurat dan email hendaklah ditujukan kepada:

[email protected]

Buletin myPutrajaya,Unit Portal & Multimedia, Bahagian ICT, Jabatan Perkhidmatan Korporat, Perbadanan Putrajaya,24, Persiaran Perdana,Presint 3, 62675 Putrajaya.

Surat menyuratUntuk maklumat lanjut, sila layari: www.ppj.gov.my dan www.putrajaya.gov.my Facebook/putrajaya,

Twitter@putrajayacorp,

Youtube/perbadananputrajaya, Instagram/perbadananputrajaya.

Pada 17 Oktober 2013 yang lalu, satu Majlis Korban Sem-pena Aidiladha 1434H anjuran Kelab Sukan, Rekreasi Dan

Kebajikan Perbadanan Putrajaya (KRISPUTRA) telah dilaksana-kan bertempat di Nurseri Taman Botani, Presint 1, Putrajaya.

 Di dalam program ini, aktiviti menyembelih, melapah dan memasak secara gotong-royong telah dilakukan oleh pekhid-mat Perbadanan Putrajaya bermula seawal jam 7.30 pagi.

Majlis Korban Sempena Aidil Adha Anjuran Kelab Sukan, Rekreasi dan Kebajikan

Pada majlis ini sejumlah 6 ekor lembu telah dikorbankan, di mana 3 ekor lembu adalah hasil sumbangan YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr). Aseh bin Hj. Che Mat, Presiden Perbadanan Putrajaya selaku Penasihat KRISputra.

 Daging-daging korban telahpun diagihkan kepada 4 buah rumah anak yatim berhampiran Putrajaya iaitu Rumah Anak Yatim Nurul Izzah Teras Jernang, Madrasah Mustafawiyyah Kg. Sungai Tangkas, Yayasan Al-Jenderami Jenderam Hilir dan Rumah Anak Yatim Darul Fuqaha Bangi.

Bank Simpanan Nasional (BSN) Putrajaya Night Marathon 2013 yang berakhir awal pagi 20 Oktober yang lalu telah

menarik lebih 12,000 peserta membabitkan pelari maraton antarabangsa dari Asia, Afrika dan Eropah.

Program yang dianjurkan bersama Perbadanan Putrajaya ini telah menerima penyertaan yang memberangsangkan pada tahun ini berbanding seramai 10,000 peserta pada tahun lalu. Program yang berkonsepkan larian sambil beramal ini telah

menyalurkan semua dana yang dikumpul kepada badan ke-bajikan yang terpilih.

Disamping itu juga, maraton ini telah mempunyai pengi-kut yang tersendiri yang mana mereka bukan sahaja berlari untuk mengejar kedudukkan atau hadiah semata-mata teta-pi sebaliknya mereka lebih cenderung kepada keseronokan dan pada masa yang sama boleh memiliki tubuh badan yang sihat.

BSN Putrajaya Night Marathon tarik 12,00 peserta

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.ppj.gov.my dan www.putrajaya.gov.my Facebook/putrajaya,

Twitter@putrajayacorp,

Youtube/perbadananputrajaya, Instagram/perbadananputrajaya.

PUTRAJAYA LAKE AND WETLAND EXPLORACE 2013

Putrajaya Lake and Wetland Explorace (PLW) 2013, UNESCO-IHP Programme telah berlangsung dengan cemerlang pada 28 dan

29 September 2013. Program edisi ke-3 ini sejak mula diperkenal-kan pada 2011 adalah anjuran Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan kerjasama Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) dan UNESCO-IHP Malaysia. Program ini turut diperkuatkan dengan ba-risan petugas teknikal dari Alam Sekitar Malaysia Sdn. Bhd (ASMA) dan Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Penyertaan pada kali ini adalah seramai 406 orang peserta iai-tu sebanyak 203 kumpulan daripada 30 buah Institusi Pengajian Awam dan Swasta (IPTA dan IPTS), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), jauh melepasi sasaran awal iaitu 150 kumpulan sahaja. Program kali ini juga turut men-dapat perhatian pelajar-pelajar antarabangsa dari Universiti Lim Kok Wing serta penuntut Malaysia yang belajar di University of Saskatchewan, Kanada dan Rochester Institute of Technology, USA. Diharap pada tahun-tahun akan datang, penyertaan dapat diperlu-askan kepada penuntut-penuntut universiti di luar negara seperti Indonesia, Thailand, Singapura dan sebagainya yang secara lang-sung menaikkan status dan taraf program ini ke peringkat antara-bangsa.

Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran melindungi dan menjaga sumber air bersih untuk ke-sejahteraan hidup melalui pengurusan secara mapan dan berkesan serta memupuk semangat sayangi Tasik dan Wetland Putrajaya. Program ini juga memberi peluang kepada peserta meneroka Tasik dan Wetland Putrajaya, mendapat pengetahuan tentang kepelba-gaian tumbuhan, serangga, hidupan akuatik, kualiti air serta me-mahami kepentingan pengurusan habitat serta kepelbagaian biologinya.

Program ini juga mencetuskan semangat kecintaan kepada alam sekitar dan menggalakkan amalan kelestarian demi memastikan faedah yang dinikmati pada hari ini berkekalan dan diwariskan ke-pada generasi akan datang. Selain daripada itu, peserta juga di-berikan tugasan berkaitan kepimpinan serta perjuangan mencapai kemerdekaan bagi menyemai semangat patriotik serta mencam-bahkan semangat perjuangan dan menghargai jasa pemimpin ne-gara terdahulu.

Y.Bhg Dato’ Ir Hj Hanapi bin Mohamad Noor, Pengarah Bahagian Sumber Air dan Hidrologi JPS, merangkap Setiausaha UNESCO-IHP Malaysia telah merasmikan program ini. Modul program ini disu-sun rapi khusus kepada mahasiswa-mahasiswi IPT berumur antara

19 hingga 25 tahun. Belia remaja penuntut IPT disasarkan kerana golongan ini merupakan pemimpin masa depan. Se-bagai bakal pemimpin, mereka bukan sekadar perlu cemer-lang dalam bidang akademik, malahan perlu mempunyai daya ketahanan menghadapi rintangan serta menyelesai-kan sebarang masalah dalam semua situasi secara rasional.

8 tugasan perlu disempurnakan oleh peserta pada hari pertama termasuk aktiviti berkayak dan berbasikal den-gan jarak perjalanan keseluruhan 10 km di sekitar Taman Wetland, Presint 13. Manakala pada hari ke 2 pula, peserta perlu mengharungi perjalanan sejauh 3.5km, bermula di Monumen Alaf Baru Kebangsaan, Presint 2 dan berakhir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Presint 8.

Kumpulan One yang dianggotai oleh dua penuntut Kolej Penerbangan ADMAL di Salak Tinggi, Selangor iaitu Wan Hafizuddin bin Wan Zaini dan Wan Mohd Najmi bin Wan Mohd Zainudin telah muncul sebagai Juara PLW Explorace 2013, mengenepikan saingan daripada 202 pasukan yang lain. Selaku juara, mereka membawa pulang RM2,000.00, hamper, plaq cenderamata serta sijil. Naib juara pula meme-nangi RM1,000.00, hamper, plaq serta sijil dan disandang oleh penuntut Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Baha-sa Melayu iaitu Muhammad Firdaus Ismail bin Ahmad Fuad dan Mohamad Dzulkifli bin Abd Halim yang menggelarkan diri mereka sebagai Landak Laut Menjana Transformasi. Tempat ketiga pula dirangkul oleh kumpulan boom iaitu Muhammad Hazran bin Ab Aziz dan Muhammad Syahmi bin Khali juga dari Kolej Penerbangan ADMAL.

Dengan menghadiri dan menempuh semua rintangan sehingga penamat, semua peserta sebenarnya telah lulus ujian. Dalam masa yang sama telah menimba pengetahuan yang luas berkaitan ekosistem persekitaran di Tasik dan Wetland Putrajaya.

PRESIDEN PPJ TERIMA ANUGERAH BRANDLAUREATE BRAND ICON LEADERSHIP AWARDS 2013

Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat telah menerima BrandLaureate Award bagi Brand Icon Leadership

Awards 2013 yang dilangsungkan di Hotel Majestic, Kuala Lum-pur. BrandLaureate Award merupakan anugerah berprestij yang diperkenalkan sejak tahun 2006 bagi mengiktiraf penjenamaan dalam pelbagai bidang dan merupakan sebahagian daripada Asia Pacific Brand Foundation di mana bekas Perdana Menteri Malay-sia, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penaungnya.

Pemilihan Tan Sri Aseh adalah berdasarkan ketokohannya dalam aspek kepimpinan yang sentiasa menekankan aspek ino-vasi dan transformasi dalam setiap organisasi yang diterajuinya. Nama Tan Sri Aseh Che Mat makin melonjak dan dikenali semasa beliau memegang jawatan Ketua Pengarah Imegresen bermula tahun 1998 seterusnya dinaikkan pangkat ke jawatan Setiausaha Kementerian Dalam Negeri pada tahun 2001 sebelum memilih untuk bersara wajib daripada perkhidmatan awam pada tahun 2007.

Semasa menerajui Imegresen, Tan Sri Aseh amat sinonim den-gan Jabatan tersebut di mana banyak pembaharuan yang telah

Sebanyak RM2.5 juta berjaya dikumpulkan oleh KFC dan Pizza Hut Malaysia menerusi kempen World Hunger Relief (WHR)

yang dijalankan sejak dua bulan lalu.Kesemua derma tersebut adalah hasil sumbangan orang ra-

mai, badan korporat dan promosi hidangan istimewa di semua restoran miliknya di seluruh negara sepanjang kempen itu di-jalankan.

Sebahagian daripada derma ini diserahkan kepada Program Makanan Dunia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWFP) untuk membantu kerja-kerja bantuan kelaparan di seluruh du-nia.Sebahagian lagi akan disumbangkan kepada badan-badan amal dan kebajikan tempatan melalui Program Penyayang KFC dan kempen lain yang berkaitan di seluruh negara.

Pelepasan acara jalan kaki amal ini telah disempurnakan oleh Sultanah Johor, Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah. Tuanku Raja Zarith Sofiah juga turut berkenaan menyampaikan sumbangan hasil derma tersebut kepada beberapa badan amal dan kebajikan tempatan.

Sejak program tersebut dilancarkan enam tahun lalu, sum-bangan dana sebanyak RM11 juta telah berjaya dikumpul. Leb-ih 14,000 orang menyertai acara jalan kaki yang melibatkan jarak sejauh tiga hingga lima kilometer.

Aktiviti jalan kaki amal tersebut bukan sahaja mendapat sambutan menggalakkan daripada kakitangannya malah orang ramai yang merupakan pelanggan setia KFC dan Pizza Hut juga turut serta.

dilakukan dan menerima pengiktirafan serta menjadi contoh di peringkat antarabangsa.

Atas dasar berkhidmat untuk Negara, Tan Sri Aseh men-erima tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya untuk menerajui Perbadanan Putrajaya mulai Ogos 2012. Sejak me-nerajui PPj, Tan sri Aseh telah memperkenalkan pelbagai ino-vasi dan program bagi meningkatkan perkhidmatan dan imej Putrajaya selain memfokus kepada isu-isu asas termasuk as-pek kebersihan dan penyelenggaraan Pusat Pentadbiran Kera-jaan Persekutuan ini.

Anugerah BrandLaureate ICON Leadership telah diperke-nalkan pada tahun 2011 bagi memberi pengiktirafan kepada personaliti dan tokoh berdasarkan pencapaian yang melam-paui kebiasaan untuk mewujudkan jenama dan reputasi yang dikenali serta dihormati bukan sahaja di peringkat tempatan bahkan juga di peringkat antarabangsa. Dianggap sebagai “anugerah penjenamaan Negara”, penganugerahan ini kepada Tan Sri Aseh secara tidak langsung turut menaikkan imej Per-badanan Putrajaya dan Putrajaya amnya.

PPj Perkenal Logo BaharuPerbadanan Putrajaya (PPj) men-

gorak selangkah lagi kehadapan dengan memperkenalkan logo korpo-rat berwajah baharu sebagai sebaha-gian daripada usaha memartabatkan imej Putrajaya sebagai pusat pentad-biran kerajaan yang unggul.Logo PPj berwajah baharu ini diperkenalkan pada majlis perasmian yang telah disempurnkan oleh Timba-lan Menteri Wilayah Persekutuan, Da-tuk Dr. Loga Bala Mohan Jaganathan dengan disaksikan oleh Presiden PPj, Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh Hj Che Mat di Dewan Seri Siantan.

Rekaan Logo ini telah diilhamkan oleh Limkokwing University of Crea-tive Technology, rakan inovasi PPj yang telah menyumbangkan kepakaran dan mempamerkan sisi kreatif di dalam pembangunan reka bentuk baru Per-badanan Putrajaya. Rekaan logo ini menggabungkan elemen warna, ban-gunan dan tumbuhan yang diterje-mahkan seperti berikut :1. Reka bentuk keseluruhan melam-bangkan kesuburan alam sekitar yang memayungi Pusat Pentadbiran Kera-jaan Persekutuan Putrajaya.

Institut Penyelidikan Perhutanan Malay-sia (FRIM) bersama Perbadanan Putrajaya

(PPJ) telah berjaya menganjurkan Seminar Kebangsaan Pengurusan Kawasan Hijau 2013 pada 1 hingga 2 Oktober 2013 di Kompleks Perbadanan Putrajaya.

Bertemakan “Kawasan Hijau dan Taman Awam Transformasi Untuk Kesejahteraan Rakyat”, seminar ini telah disertai oleh leb-ih daripada 100 orang peserta yang terdi-ri daripada pengamal perhutanan bandar dan pengurusan kawasan hijau dan taman awam dari seluruh negara.

Objektif seminar ini adalah untuk mem-bentangkan hasil penyelidikan berkaitan pengurusan dan penggunaan taman awam dan kawasan hijau di bawah pen-gurusan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta membincangkan status dan pen-capaian pembangunan dan pengurusan landskap dan taman awam di Semenan-jung Malaysia.

Ia juga bertujuan menggalakkan perkongsian pengetahuan dan pengala-man, serta   kewujudan rangkaian ker-jasama antara PBT dan agensi-agensi berkaitan pembangunan dan pengurusan kawasan hijau bagi merangka hala tuju dalam pembangunan dan pengurusan ka-wasan hijau yang lestari.

Majlis perasmian seminar telah disem-purnakan oleh Ketua Setiausaha Kemen-terian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Seri Zoal Azha Yusof. Turut hadir di majlis tersebut ialah Presiden PPj, Tan Sri Dato’ Seri Dr Aseh Che Mat dan Ketua Pengarah FRIM, Dato’ Dr Abd Latif Mohmod.

Dalam sesi perkongsian hasil penye-lidikan,  maklumat  kajian berkaitan ka-wasan hijau yang telah dilaksanakan oleh FRIM telah dibentangkan seiring dengan maklumat  perkembangan semasa dalam bidang pengurusan kawasan hijau dan ta-man awam yang melibatkan 17 pence-ramah pakar dan pengamal bidang hutan bandar, landskap, taman dan rekreasi.

  Para pembentang terdiri daripada pe-nyelidik, saintis, arkitek landskap, arborist

Seminar Kebangsaan Pengurusan Kawasan Hijau 2013

dan pengamal dalam bidang perhu-tanan, hutan bandar dan kawasan hijau dari Jabatan Landskap Negara, Kemen-terian Wilayah Persekutuan, Universiti Putra Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi MARA, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Majlis Per-bandaran  Klang, Majlis Perbandaran Kemaman, Taman Botani Pulau Pinang dan Universiti Afrika Selatan.

Seminar ini turut menampilkan dua orang penceramah pakar antarabangsa dari United Kingdom dan Afrika Selatan untuk berkongsi pengalaman mereka. Selain itu juga, satu pameran poster juga diadakan di ruang legar dewan dengan dikendalikan oleh Bahagian Operasi dan Pendidikan Taman, dan Jabatan Landskap dan Taman PPj bagi mempromosikan taman-taman awam di Putrajaya.

Penganjuran seminar ini adalah se-bahagian daripada perlaksanaan Mem-orandum Persefahaman (MOU) yang telah dimeterai antara FRIM dengan PPj pada April 2012 yang bertujuan menggalakkan perkongsian ilmu dan kepakaran dalam bidang pengurusan kawasan hijau, taman dan rekreasi.

2. Bangunan Perdana Putra (Pejabat Perdana Menteri) melambangkan Putrajaya sebagai Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

3. Gerbang Kompleks Perbadanan Putra-jaya di bahagian tengah melambangkan PPj sebagai gerbang kepada Putrajaya manakala Putrajaya sebagai gerbang ke-pada negara.4. Lima daun melambangkan 5 Rukun Negara dan 5 Nilai Bersama (shared values) PPj. 5. Elemen hijau melambangkan konsep pembangunan bandar sebagai ‘Bandar dalam Taman’ dan juga ‘Bandar Hijau’ (Green City).6. Elemen biru melambangkan Tasik Putrajaya yang merupakan badan air (wa-ter body) kepada Putrajaya. 7. Kombinasi Bangunan Perdana Putra dan Gerbang Kompleks Perbadanan Putrajaya melambangkan reka bentuk senibina Putrajaya yang berkonsepkan tradisional, islamik dan moden.

Logo baru PPj hasil cetusan idea YBhg. Tan Sri Presiden ini merupakan logo generasi ketiga PPj yang bukan sahaja menggambarkan identiti korporat malah menjadi sumber inspirasi dan suntikan semangat kepada seluruh warga kerja PPj supaya berkhidmat dengan lebih komited demi meningkatkan kecemerlangan dan mutu perkhidmatan.

Malaysia juara Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya 2013

PPj Sambut Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat WP Putrajaya

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk memartabatkan dan memperkasa Ba-

hasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan negara, Perbadanan Putrajaya (PPj) de-ngan kerjasama Dewan Bahasa dan Pusta-ka (DBP) menganjurkan Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya 2013 ber-sempena sambutan BBK yang merupakan acara tahunan yang diraikan pada bulan Oktober setiap tahun di seluruh negara.

Majlis pelancaran BBK 2013 peringkat WP Putrajaya telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh Bin Hj. Che Mat, Prseiden PPj dengan disaksikan oleh Encik Kamarul Zaman bin Shaharudin, Timbalan Ketua Pengarah DBP mewakili Datuk Dr. Haji Awang bin Sariyan, Ketua Pengarah DBP serta tetamu-tetamu kehor-mat dari pelbagai kementerian dan agensi serta pelajar-pelajar sekolah sekitar Putra-jaya.

Adalah menjadi komitmen setiap war-ga Malaysia untuk memastikan bahasa Melayu dimartabatkan kedudukannya se-bagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dalam pentadbiran kerajaan, bahasa ilmu

Pertandingan Bunga Api Antara-bangsa Putrajaya 2013 telah ber-

jaya mencatat rekod di dalam Malaysia Book of Records sebagai Tembakan Bunga Api Terbanyak Dalam Sesuatu Acara di sini.

Rekod itu dicapai apabila lebih daripada 12,652tembakan bunga api berjaya dicatatkan dalam pertan-dingan anjuran Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan kerjasama Duago Cor-poration Sdn.Bhd.

Persembahan bunga api dari Emiri-yah Arab Bersatu (UAE) menjadi pe-nutup tirai kepada pertandingan tersebut.

Percikan bunga api berirama dari negara Arab itu menerangi ruang angkasa Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan sehingga menyebabkan orang ramai terpegun menyaksikan persembahan selama 25 minit tanpa henti itu di Marina Putrajaya.

Turut berangkat mencemar duli menyaksikan persembahan tersebut ialah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom.

Antara tetamu yang hadir sama ialah Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Loga Bala Mohan, Presiden Per-badanan Putrajaya, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Aseh Hj Che Mat dan Wali Kota Makassat, Ilham Arief Sira-juddin yang mengetuai 40 delegasi dari wilayah tersebut.

Malaysia dan Korea Selatan telah mempamerkan persem-bahan masing-masing pada malam 30 dan 31 Ogos lalu sempena sambutan Ambang Ke-merdekaan, diikuti Perancis pada 13 September, China pada 14 September dan Amerika Syarikat pada 15 September 2013.

Dalam pertandingan itu, Ma-laysia telah merangkul tempat pertama dan berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM15,000 berserta trofi. Tempat kedua (Amerika Syarikat) serta ketiga (China dan Perancis), Masing-masing membawa pulang hadiah bernilai RM10,000 dan RM5,000 berserta trofi.

dan bahasa perpaduan. Kesedaran dan tanggungjawab ini perlu terus ditanam di dalam jiwa generasi kini dan akan datang untuk terus menghidupkan obor daripada jiwa pahlawan pejuang bahasa dahulu, agar bahasa kebangsaan terus abadi dan dipelihara sesuai dengan kedudukannya dalam Perlembagaan negara.

Majlis Pelancaran BBK Peringkat WP Putrajaya 2013 diwarnai dengan persem-bahan bangsawan yang menggabungkan lakonan, nyanyian dan tarian mengguna-kan bahasa Melayu lama. Para hadirin tu-rut dihiburkan dengan persembahan artis jemputan iaitu Syura berserta acara-acara lain termasuk Pameran Persuratan Melayu

(DBP), Khidmat Nasihat Bahasa (DBP) serta Ekspo Jualan Buku (PPj & DBP).

Bersandarkan objektif untuk me-mantapkan, memperkukuh dan mem-pamerkan jati diri dan citra bangsa Ma-laysia menerusi bahasa kebangsaan, pelbagai program dan acara berkaitan kesusasteraan dan bahasa telah disusun rapi bagi mengisi dan menyemarakkan lagi sambutan BBK pada tahun ini.

Putrajaya sekali lagi bakal mendapat tumpuan dunia, kali ini menerusi pen-

ganjuran perlumbaan udara paling ber-prestij peringkat antarabangsa iaitu Red Bull Air Race World Championship pada 17 dan 18 Mei 2014.

Wilayah yang terkenal dengan kompleks pentadbiran kerajaan ini dipilih menjadi sirkit kedua perlumbaan kejuaraan terse-but yang turut melibatkan 7 lagi pusingan lain iaitu Abu Dhabi (Mac), Gydnia (Julai), Ascot (Ogos), Dallas (September), Las Ve-gas (Oktober) dan China (November).

Lebih 100,000 penonton dijangka ha-dir ke Putrajaya bersempena dengan acara ini selain jutaan yang lain d seluruh dunia akan menyaksikan perlumbaan ini secara langsung di kaca televisyen.

Pengarah urusan Aerolomba, Mohd Halizi Dato’ A Bakar selaku penganjur ber-sama yang memainkan peranan penting untuk membawa perlumbaan ini ke Malay-sia. Majlis pelancaran telah berlangsung di Marina Putrajaya dan turut dihadiri Ketua Pengarah Eksekutif Red Bull Air Race, Erich Wolf, Presiden FAI, Dr. John Grubbstorm, Ketua Bahagian Penerbangan Red Bull Air Race, Sergio Pla, serta Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Kapten Dato’ Yahaya Abdul Rahman.

Memulakan penganjuran pada tahun 2003, Red Bull Air Race World Champi-onship dihentikan seketika pada tahun 2010 hingga 2013. Selepas 3 tahun be-rehat, kejuaraan yang melibatkan 12 ju-ruterbang ini kembali pada 2014 dengan pengenalan beberapa format baru yang lebih mencabar disamping mengetatkan keselamatan peserta.

Tasik Putrajaya Tumpuan Aksi Akrobatik

Udara

Antara format baru yang diperkenal-kan penggunaan bahan pylon yang lebih ringan dimana ia lebih mudah terlerai jika tersangkut kepada pesawat, penyeraga-man enjin untuk semua pesawat serta menaikkan ketinggian pylon sebanyak 5 meter.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah juruterbang pesawat Red Bull Air Race, Peter Beseneyei yang sebelum itu mem-buat pertunjukan udara termasuk me-nerbangkan pesawatnya di bawah jam-batan Seri Gemilang.

Red Bull Air Race World Champion-ship bakal menyaksikan juruterbang membawa pesawat melepasi halangan-halangan mencabar (pylon) dalam kela-juan yang mampu mencecah 370 kph.

Perbadanan Putrajaya mengambil langkah menambah baik sistem lalu lintas dan kemudahan tempat letak kereta di Institut Kanser Negara

bertujuan mengelak kesesakan.Pada ketika ini terdapat 542 petak tempat letak kereta, 271 petak

tempat letak motosikal, empat petak tempat letak kereta orang kelainan upaya (OKU) dan 11 petak tempat letak ambulans yang disediakan di IKN. Hanya sejumlah 108 petak sahaja disediakan untuk pelawat dan mereka yang hadir perlu mendapatkan kemudahan tempat letak kereta di kawasan luar IKN.

Perbadanan Putrajaya mendapati terdapat pelawat yang datang ke Hospital Putrajaya atau IKN meletakkan kenderaan mereka di bahu-bahu jalan dan mengakibatkan gangguan lalulintas di laluian keluar-masuk ke Hospital dan IKN. Keadaan ini juga telah menyebabkan kesukaran kepada ambulans untuk keluar-masuk apabila berlaku kecemasan.

Di sekitar kawasan berhampiran, PPj ada menyediakan kemudahan tempat letak kereta seperti di terminal Park and Ride, Putrajaya Sentral Presint 7 yang terletak dalam lingkungan kurang 1 kilometer dari IKN. Terdapat 1,407 petak tempat letak kereta yang disediakan di kawasan tersebut dengan bayaran masuk hanya RM2.00.

Kemudahan shuttle turut disediakan oleh pihak Hospital Putrajaya dari terminal Park and Ride bermula dari jam 6.00 pagi hingga jam 6.00 petang bagi kemudahan pelawat.

Disamping itu juga terdapat kemudahan tempat letak kereta yang disediakan oleh PPj di beberapa lokasi lain seperti tempat letak kereta bersebelahan Terminal Bas (300 petak), tempat letak kereta di hadapan Putrajaya Sentral (130 petak) dan tempat letak kereta sementara (400 petak). Bagi kemudahan berurusan di IKN, pengguna bolehlah menggunakan tempat-tempat letak kereta tersebut serta perkhidmatan shuttle yang disediakan oleh pihak Hospital Putrajaya.

PPj Tambah Baik Sistem Lalu Lintas di IKN

Majlis Perasmian Lukisan Mural Terowong Pejalan Kaki

Putrajaya Autoshow Convoy & Gathering

Lebih dari 2,200 buah kenderaan (berdasarkan kepada pengiraan oleh kelab ) dan 8,000 pengunjung membanjiri Putrajaya bagi menyertai

Putrajaya Autoshow Convoy & Gathering (PACG) siri 3/2013 bertempat di Dataran Wawasan, Presint 2, Putrajaya. Berlangsung pada 19 Oktober 2013, bermula jam 3 petang hingga 7 malam. Program PACG anjuran PPj ini menggabungkan aktiviti konvoi, himpunan dan pertunjukkan kenderaan dari pelbagai kelab dan persatuan kereta.

Sejumlah 31 kelab-kelab kenderaan telah menyertai PACG siri 3/2013 ini termasuk MAOC (My Alza Owners Club), Kelab Kereta Lama, MyForte Club, SIC (Saga lswara Club), WPC (Waja Proton Club), PREVEC (Preve Club), TAVAC (Toyota Avanza Club) dan lain-lain lagi. Konvoi PACG bermula di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang di mana kereta-kereta yang terlibat bergerak menuju ke Dataran Wawasan, Presint 2, Putrajaya diiringi oleh marshal dan seterusnya menyusun atur kenderaan di sepanjang Dataran Wawasan.

Berlandaskan objektif untuk mempopularkan aktiviti permotoran di kalangan warga Putrajaya, PACG juga bertindak sebagai platform bagi peminat-peminat kelab automotif memperkenal, mempromosi, mempamer serta berkongsi maklumat berkenaan industri automotif secara berkonsepkan convoy & gathering.

Selain daripada acara convoy & gathering, acara sampingan lain turut diadakan bagi memeriahkan program termasuklah pertandingan karaoke, sukaneka antara kelab-kelab yang terlibat serta pameran dan pertunjukan kereta Formula 1 dan kereta antik/vintage.

PACG siri 3/2013 ini adalah kesinambungan kepada PACG siri 1/2013 yang telah diadakan pada 19 Januari 2013 di Dataran Putrajaya di mana sebanyak 800 kenderaan telah berjaya dikumpulkan dan PACG siri 2/2013 pada 23 Mac 2013 di Laman 1Malaysia di mana 1,000 kenderaan telah dikumpulkan. Peningkatan penyertaan secara konsisten melambangkan minat dari kelab dan kejayaan pihak PPj dalam penganjuran dan kejayaan mendapat kerjasama dari kelab dan peminat.

Pada 10 Oktober 2013 yang lalu telah berlangsung Majlis Perasmian Lukisan Mural Terowong Pejalan Kaki Sekolah

Kebangsaan Putrajaya Presint 8(2). Presint 8, Putrajaya. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Seri (Dr.) Aseh Bin Haji Che Mat, Perbadanan Putrajaya.

Program lukisan mural ini adalah salah satu inisiatif Local Agenda 21 yang melibatkan Perbadanan Putrajaya, warga Se-kolah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(2), pihak Nippon Paint dan komuniti Presint 8 Putrajaya. Program ini bermula awal ta-hun 2013 dengan idea asal konsep lukisan mural adalah hasil warga sekolah sendiri. Konsep lukisan mural adalah untuk mem-pamerkan kehidupan flora dan fauna lautan di Malaysia supaya penghayatan cintai alam sekitar dapat diterapkan kepada se-mua pengguna terowong pejalan kaki ini.

Majlis perasmian dimulakan dengan YBhg. Tan Sri Presiden memotong riben dan menandatangani plaque . Majlis sederha-na tetapi meriah ini turut dihadiri oleh wakil-wakil Jawatankuasa Induk dan jawatankuasa LA 21 Putrajaya, para pekhidmat Per-badanan Putrajaya, wakil wakil PIBG sekolah berkenaan, warga sekolah dan komuniti setempat yang merupakan rakan kongsi program ini. Sejurus selepas itu, para tetamu dihiburkan den-gan persembahan oleh para pelajar Sek Keb Putrajaya Presint 8(2) melalui persembahan eco drum, tarian selamat datang dan persembahan nyanyian koir di perkarangan sekolah.

Pihak Perbadanan Putrajaya juga telah menaiktaraf lagi ke-mudahan terowong pejalan kaki ini dengan menambah bebera-pa kemudahan keselamatan seperti cermin pandang belakang bagi kegunaan pejalan kaki dan aspek pencahayaan yang lebih berkesan terutama pada waktu malam. Diharapkan dengan wu-judnya lukisan mural dan kemudahan keselamatan yang telah dinaiktaraf ini akan lebih menarik minat penduduk di sekitar untuk menggunakan kemudahan terowong pejalan kaki ini.

Langkah Ceria@Putrajaya diadakan pada hari Ahad ketiga setiap bulan, di Dataran Putrajaya, Presint 3 iaitu

pada 20 Oktoberber 2013. Langkah Ceria pada kali ini digabungkan bersama

program Mental Health Walk dan turut dihadiri oleh Menteri Belia Dan Sukan, YB Encik Khairy bin Jamaluddin sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia yang disambut pada 10 Oktober setiap tahun.

Program ini dapat menceriakan Persiaran Perdana sebagai lokasi menarik untuk aktiviti sukan dan rekreasi serta mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan warga Putrajaya.

Selain daripada keceriaan di kalangan keluarga dan rakan, hadiah cabutan bertuah juga turut disediakan.

Langkah Ceria @PUTRAJAYA

Perbadanan Putrajaya dan Kelab Tasik Putrajaya (KTP) buat julung-julung

kalinya menganjurkan Kejohanan Rowing & Perahu Panjang yang digelar Head of Putrajaya 2013 bermula dari 19 hingga 20 Oktober 2013. Head Of Putrajaya 2013 adalah satu pertandingan ukuran masa (time trial) yang melibatkan acara sukan Rowing dan Perahu Panjang di mana setiap pasukan akan berlumba melawan masa dan perahu/pasukan yang berjaya mencatat masa terpantas di dalam kategori yang dipertandingkan akan muncul sebagai juara.

Head of Putrajaya 2013 berlangsung di 2 lokasi iaitu di Kelab Tasik Putrajaya untuk upacara perasmian dan saringan, manakala acara akhir, majlis penyampaian hadiah dan penutup diadakan di Kompleks Sukan Air, Presint 6. Dengan jarak sejauh 5.5 km, perlumbaan dimulakan di Kelab Tasik Putrajaya dan berakhir di garisan penamat di Kompleks Sukan Air, Presint 6.

Sebanyak 30 pasukan melibatkan kelab-kelab, IPTA, IPTS serta sekolah-sekolah dengan jumlah keseluruhan peserta melebihi 400 orang menyertai dan memeriahkan kejohanan ini. Kategori yang dipertandingkan terbahagi kepada 2 disiplin iaitu seperti berikut:• Rowing Bot Lapan (8) Lelaki Terbuka Bot Lapan (8) Wanita Terbuka• Perahu Panjang Perahu panjang 20 Pendayung Leiaki Terbuka Perahu Panjang 20 Pendayung Campuran Terbuka

  Kejohanan Head of Putrajaya 2013 diinspirasikan dari kejohanan-kejohanan sukan air bertaraf dunia yang diadakan di luar negara seperti Head of the River Race di Sungai Thames, UK, Head of the Charles di Boston, USA dan Head of the Yarra di Melbourne, Australia. Selain bertujuan untuk meningkatkan imej Tasik Putrajaya sebagai destinasi rekreasi sukan air terunggul di rantau ini, kejohanan ini juga dijangka dapat menjadi platform kepada peminat-peminat rekreasi sukan air untuk mengembangkan hobi dan bakat mereka dalam acara rowing dan perahu panjang.

Head of Putrajaya 2013

PENGENALAN OSC PPj

Dalam merealisasikan aspirasi kerajaan untuk mencapai kecemerlangan Sistem Penyerahan Awam , Kementerian

Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah mengambil inisiatif untuk mengubah dan menjentera prosedur dan proses yang dilaksanakan melalui Pusat Hentian Setempat atau One Stop Centre. Di Perbadanan Putrajaya, OSC telah ditubuhkan sejak 16 April 2007.

FUNGSI OSC PPj • Menerima dan memeriksa cadangan permohonan. • Mengedarkan cadangan pembangunan kepada jabatan

teknikal/agensi terlibat untuk ulasan. • Mengawas / menyusul permohonan dengan jabatan

teknikal /agensi. • Memberitahu ahli jawatankuasa OSC tentang

permohonan yang diterima. • Menyediakan kertas kerja untuk mesyuarat AJK OSC. • Menganjurkan mesyuarat AJK sekurang-kurangnya

setiap 3 minggu. • Menasihati dan membimbing pemohon melakukan

penyerahan melalui e-submission.

JENIS PERMOHONAN YANG BOLEH DIBUAT MELALUI OSC

Semua jenis permohonan pembangunan di Putrajaya mesti diserahkan melalui kaunter OSC Perbadanan Putrajaya.

Terdapat 2 pilihan di mana pemohon boleh memilih :1. Permohonan Serentak.Permohonan Serentak adalah kombinasi beberapa jenis permohonan untuk hal berkenaan tanah, kebenaran untuk merancang, pelan pembangunan dan pelan kejuruteraan yang diserah pada masa yang sama (atau kombinasi mana-mana 2 atau 3 jenis permohonan)2. Permohonan Bukan Serentak.Pemohon digalakkan menyerah permohonan secara serentak khususnya permohonan untuk pembangunan tanah, kebenaran untuk merancang, pelan pembangunan dan lain lain pelan ke OSC. Namun, pemohon masih berpeluang untuk menyerah permohonan secara serentak atau berasingan.

OSC menerima semua permohonan yang tertera di bawah: • Permohonan untuk Pelan Susun Atur • Permohonan untuk Pelan Pra-hitungan • Permohonan untuk Arahan Pembangunan • Permohonan untuk Pembinaan Bangunan Sementara • Permohonan untuk Lanjutan Pembangunan • Permohonan untuk Nama dan Alamat Bangunan/Taman* • Permohonan untuk Pelan Pembangunan • Permohonan untuk Pindaan Pelan Pembangunan • Permohonan untuk Sijil Layak Menduduki • Permohonan untuk Permit Sementara • Permohonan untuk Sambungan dan Ubahsuai * • Permohonan untuk Kerja Tanah • Permohonan untuk Jalanraya dan Parit • Permohonan untuk Kelulusan Lanskap * • Permohonan untuk Kelulusan Pagar * • Permohonan untuk Permit Infrastruktur Minor * • Sijil Penyiapan dan Pematuhan

Permohonan Bertanda (*) dikecualikan dari penyerahan melalui e-submission.

E-SUBMISSION (ES)

E-submission adalah sistem yang telah dibangunkan oleh PPj untuk membantu perunding/orang bertauliah untuk menyerah

permohonan pembaikian secara elektonik. Melalui perkhidmatan ini, permohonan kelulusan pelan boleh dibuat dari mana-mana lokasi pada bila-bila masa.

CARA MELAKUKAN PENYERAHAN MELALUI OSCLangkah-langkah Penyerahan Melalui OSC :1. Pemohon mesti mendapatkan senarai semak sesuai dengan

jenis permohonan.2. Pemohon dibenarkan melakukan pra –rundingan dengan

jabatan teknikal /agensi yang berkaitan. Walaubagaimanapun, ini tidak dimestikan.

3. Telah melengkapkan proses e-submission / syarat-syarat dan membayar bayaran pembangunan.

4. Menyerahkan permohonan salinan kertas bersama resit bayaran di kaunter OSC

5. Permohonan yang telah ditanda lengkap dan mematuhi segala Keperluan teknikal akan didaftarkan di dalam sistem kami.

Waktu PerkhidmatanIsnin - Khamis8.30 pagi hingga 4.45 petangJumaat 8:30 pagi hingga 12.00 tengahari3:00 petang hingga 4:45 petang

SISTEM E-MESYUARAT OSC PERBADANAN PUTRAJAYA

Perbadanan Putrajaya telah selesai membangunkan Sistem e-Mesyuarat OSC Perbadanan Putrajaya sebagai langkah

untuk memgoptimakan penggunaan digital ICT dalam proses permohonan cadangan pemajuan di Putrajaya.Antara modul yang dibangunkan di bawah sistem tersebut adalah ulasan agensi teknikal luar secara atas talian (on-line) atau dikenali sebagai external agencies module. Sehubungan itu, kerjasama semua pihak adalah dimohon untuk menggunakan modul tersebut bagi memperolehi ulasan teknikal agensi luar seperti Bomba, Syabas, TNB, TM dan lain-lain agensi berkaitan.Untuk maklumat lanjut sila hubungi Unit OSC PPj (03-8887 8212)

Pusat Hentian Setempat (OSC)

Bermula 1 November 2013 telah berlangsung buat julung ka-linya Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa

Putrajaya (PIIACuf2013) yang dianjurkan oleh Perbadanan Putra-jaya. PIIACuf 2013 ini berlangsung di Dataran Putrajaya Presint 3, Putrajaya dan akan berakhir pada 10 November 2013.

Tujuan utama penganjuran PIIACuF 2013 ini adalah untuk memberi gambaran kepada pengunjung mengenai kehebatan dan kegemilangan Tamadun Islam Andalusia, Sepanyol. Pemilihan Andalusia adalah berdasarkan sejarah asalnya sebagai negara ber-tamadun tinggi apabila kemasukan Islam diterima pakai dalam semua aspek kehidupan merangkumi kesenian, kebudayaan, per-dagangan dan seni bina. Penganjuran kali pertama ini akan mem-babitkan penyertaan dari Indonesia, Sepanyol, Mesir, Iran, Maghribi termasuk Malaysia. Selain itu, Persidangan Seni Bina dan Alam Bina Antrabangsa: Mentakrifkan Konsep Seni Bina dan Alam Bina Islam dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sempena ulang tahun ke-30 universiti itu juga turut diadakan.

Kehadiran penyanyi antarabangsa Maher Zain dan Zain Bhikha selain artis dari seberang Opick bakal memeriahkan malam kemuncak Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya 2013 (PIIACuF 2013) yang akan diadakan pada 9 November ini di Dataran Putrajaya, Presint 3.

Selain mereka, pengunjung juga bakal menyaksikan persem-bahan daripada artis terkenal lain iaitu Reaf, M Nasir, Datuk Ramli Sarip serta kumpulan nasyid tempatan Raihan dan In-Team dalam konsert bertemakan The Journey of Nur. Kepelbagaian muzik ini membawa pengunjung ke satu dimensi perjalanan bermulanya cetusan Tamadun Islam di Andalusia seterusnya perkembangan

cahaya Islam ke seluruh pelosok dunia seperti di Afrika, Timur Tengah dan Asia. Konsert ini akan memberi satu kelainan dengan dendangan lagu kerohanian dalam satu penceritaan sepanjang persembahan.

Festival bertemakan Dari Andalusia ke Putrajaya an-juran Perbadanan Putrajaya dengan kerjasama TV AlHij-rah adalah pertama kali dianjurkan di negara ini bertujuan menjadikan Putrajaya sebagai pusat kegemilangan kes-enian dan kebudayaan Islam alaf baru. Seramai 500,000 pengunjung tempatan dan antarabangsa dijangka meng-hadiri festival pada kali ini.

Festival ini akan bermula dari jam 10 pagi hingga jam 10 malam dan masuk adalah percuma. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang www.ppj.gov.my atau www.piiacuf.com.

Festival Kesenian Dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya 2013

Program Santai@Gemilang pada bulan ini menampilkan artis seperti Ika Nabila AF6, Ayu Jasryn OIM3, Shahrul SHIRO,

Kumpulan TIGA, Irwan Syah, Band The Acoustic, Band EPIGONY, persembahan Nasyid dan Kompang dari SMKA Putrajaya.

Program ini menyediakan pelbagai platform hiburan dan riadah secara bersantai serta memberi ruang kepada orang ramai untuk menunjukkan bakat mereka dalam bidang seni. Pelbagai aktiviti menarik seperti weding pool, giant bubble, Playstation Games, Angry Bird Live Action, bergambar bersama Maskot & Clown, kuiz dan persembahan badut turut disediakan.Disamping itu juga beberapa aktiviti seperti Aktiviti Kraf dan gerai jualan turut diadakan.

Rebutlah peluang untuk menikmati pelbagai aktiviti sambil bersantai dan berhibur seisi keluarga di Putrajaya pada setiap hari Ahad, jam 4.30 petang sehingga 7.00 malam di program Santai @ Dataran Gemilang, Presint 4, Putrajaya.

Santai @ Dataran Gemilang

W ater Awareness Programme (WAP) 2013 telah berlangsung dengan jayanya pada 26 dan 27 Oktober 2013. Program

bersempena Varsity Boat Race ini adalah anjuran Perbadanan Putrajaya dengan pembiayaan daripada pihak penganjur Varsity Boat Race iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Persatuan Mendayung Malaysia (PERDAMA). Program ini turut mendapat sumbangan daripada Alam Sekitar Malaysia Sdn. Bhd (ASMA) serta bantuan petugas teknikal seramai 14 orang fasilitator daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Seramai 64 orang peserta dari 4 buah sekolah di Putrajaya iaitu Sekolah Alam Shah, SMKP Presint 8(1), SMKP Presint 11(1) dan SMKP Presint 16(1) telah mengikuti program ini. Tiga modul disediakan iaitu;

• Forensik Kualiti Air, • Air dan Manusia dan • Fungsi dan Kepentingan Tasik dan Wetland Melalui Modul Forensik Kualiti Air, peserta diajar menggunakan alat

YSI Multiparameter Sonde dan mencerap parameter in-situ kualiti air iaitu Dissolve Oxygen (DO), pH dan Turbidity. Selain daripada itu, para peserta juga berpeluang mempelajari kaedah persampelan dan analisis kehadiran serangga akuatik sebagai bio-indikator biologi kualiti air.

Modul Air dan Manusia pula menguji minda peserta dengan permainan berasaskan air serta ujian tahap keyakinan diri sewaktu berada di dalam air. Aktiviti water confident memerlukan peserta mengatasi rasa takut dan dalam masa yang sama menyempurnakan tugasan yang diberikan.

Fungsi dan Kepentingan Tasik dan Wetland merupakan modul ke-3 WAP 2013. Melalui modul ini, peserta diterapkan dengan nilai-nilai apresiasi terhadap perkhidmatan ekosistem (ecosystem services). Tasik dan Wetland Putrajaya khususnya memberikan perkhidmatan ekosistem sebagai habitat pelbagai hidupan flora dan fauna, kegunaan sukan dan rekreasi, keseimbangan ekosistem perbandaran dan sebagainya. Dengan yang demikian, akan bercambahnya rasa tanggungjawab tentang peranan yang perlu dimainkan oleh setiap individu khususnya warga Putrajaya bagi memastikan kesejahteraan alam sekitar serta keindahan Tasik dan Wetland Putrajaya yang dinikmati pada hari ini dapat terus dikekalkan.

Tiga kumpulan terbaik dipilih melalui penilaian dari segi kerjasama kumpulan, berani tampil ke depan menyatakan pendapat, penglibatan keseluruhan modul dan pemahaman tentang modul-modul yang diikuti sepanjang dua hari program dijalankan. Pada WAP 2013 ini, tempat pertama telah dimenangi oleh Kumpulan 2, tempat kedua disandang oleh Kumpulan 1, manakala tempat ketiga menjadi milik Kumpulan 7.

Dato Omairi bin Hashim, Naib Presiden Perancangan Bandar, Perbadanan Putrajaya semasa menyempurnakan Majlis Penutup WAP pada 27 Oktober 2013 turut meluahkan rasa kesal kerana terdapat segelintir di antara kita yang mengetahui tentang kepentingan air dalam kehidupan, namun masih tiada usaha diambil untuk menjaga sumber air, malahan secara terus-menerus mencemarkannya. Sehubungan itu pelbagai program kesedaran telah dijalankan dan WAP 2013 merupakan salah satu daripadanya. Beliau turut berpuas hati dengan pencapaian objektif program ini untuk memberi pemahaman kepada para peserta tentang kepentingan dan kesedaran melindungi dan menjaga sumber air bersih, menyedari kepentingan ekosistem wetland dan mengetahui tentang fungsi dan kepentingan yang dapat dirumus semasa pembentangan oleh wakil pelajar iaitu adik Abdul Malik bin Kamaruddin dan adik Sabrina Yasmin Abdul Halim dari SMKP Presint 16(1),

Majlis Penutup WAP 2013 ini turut dihadiri oleh YBhg Prof Dr Mohd Ismail Abd Aziz, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Mahasiswa dan Alumni, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Tn. Hj. Johar Yusof, Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif (GCEO) Alam Sekitar Malaysia Sdn Bhd (ASMA).

Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang menyertai dan menyempurnakan kesemua modul aktiviti WAP 2013. Kepada pemenang, Syabas diucapkan. Semoga bertemu lagi dalam WAP yang akan datang pada tahun 2014.

Water Awareness Programme (WAP) 2013

SISIPAN OKTOBER

01.10.2013 Kumpulan HORTUS dari Jabatan Landskap dan Taman yang mewakili Perbadanan Putrajaya di dalam Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam peringkat Wilayah Persekutuan Kali Ke-10 telah mendapat Tempat Kedua dalam Kategori Teknikal. Kumpulan HORTUS telah menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM3,000.00, trofi serta sijil penghargaan

10.10.2013 Raja Perlis dan isteri, Tuanku Syed Siraj

udin dan

Tengku Fauziah berangkat ke Cruise T

asik Putrajaya disambut

oleh Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan

Sri Dato’ Seri (Dr.) Aseh

Hj Che Mat dan isteri

11.10.2013 Program Pasar Tani Khas Sempena Sambutan Hari Raya Aidiladha 2013

01.10.2013 Lawatan Delegasi dari Makassar, Indonesia k

e

Putrajaya

10.10.2013 Mesyuarat bersama Persatuan Paintball Malaysia

05.10.2013 Freestyle Full Contact Fight Championship

Muay Thai

15.10.2013 Solat Sunat Aidiladha di Masjid Putra bersama

YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri dan Mantan

Perdana Menerti YBhg. Tun Dr Mahathir serta warga Putrajaya.

18.10.2013 Mesyuarat bersetuju penganjuran P1 Powerboat Champi-onship Putrajaya 2014 akan diadakan pada 12 - 14 Jun 2014 di Marina Putrajaya.

17.10.2013 Mesyuarat Integriti FAM yg dihadiri oleh Ja

wa-

tankuasa Integriti semua negeri

12.10.2013 Menjunjung titah mengadap DYMM Tuanku Sultan Hj Ahmad Shah di Istana Mahkota, Kuantan. Lawatan tapak ke Esplanade Kuantan untuk persiapan persembahan bunga api (fireworks) sempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Pahang pada 24 Oktober 2013

22.10.2013 Majlis sempena sanbutan hari lahir Tan Sri

Presiden Perbadanan Putrajaya

23.10.2013 Menerima kunjungan daripada Dr. KK Johan, Presiden, The Brand Laureate

23.10.2013 Hari Bertemu Presiden pada hari ini telah

menerima kunjungan daripada TYT Dato’ Paduka

Haji Ishaaq bin

Haji Abdullah, Pesuruhjaya Tinggi Brunei Daruls

alam

29.10.2013 Menerima kunjungan hormat oleh HE Mohammed Alashabi, Charge D’ Affaires Embassy of The Republic Of Yemen Kuala Lumpur

24.10.2013 Menjunjung Titah, persembahan Bunga Api Ber-

irama Sempena Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Ke Baw

ah

DYMM Sultan Pahang

25.10.2013 Majlis Makan Malam Memuliakan Hari Keputeraan DYMM Sultan Pahang

24.10.2013 YBhg Tan Sri Presiden PPj menjadi pengiring kepada para penerima Darjah Kebesaran Seri Sultan Ahmad Shah (S.S.A.S)

29.10.2013 Melancarkan program Short Shorts Film Festi-

val and Asia 2013 di Lim Kok Wing University