20121109091128 kgbk brunei 8 sept 2011 ppt

76
1 Mengajar Awal Membaca dan Menulis (2M) Bahasa Melayu KAEDAH GABUNGAN BUNYI-KATA (KGBK) Prof. Emeritus Dato’ Isahak Haron, UPSI, Ceramah di Kementerian Pendidikan Brunei DS, 7 Sept. 2011

Transcript of 20121109091128 kgbk brunei 8 sept 2011 ppt

Page 1: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

1

Mengajar Awal Membaca dan Menulis (2M) Bahasa Melayu

KAEDAH GABUNGAN BUNYI-KATA (KGBK)

Prof. Emeritus Dato’ Isahak Haron, UPSI,

Ceramah di Kementerian Pendidikan Brunei DS,

7 Sept. 2011

Page 2: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

2

Masalah pendidikan

Masih ada pelajar sek rendah yang tak boleh atau lemah dalam

• 2 M Bahasa Melayu• 2 M Bahasa Inggeris• Math dan Sains• 2 M Jawi dan membaca Quran.

Page 3: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

3

Dasar Kementerian Pelajaran Malaysia sekarang

• PROGRAM LINUS: mula dilaksanakan awal 2010.

• Menentukan semua murid boleh membaca dan menulis (2M) Bahasa Melayu, dan Numerasi (Mengira) sebelum akhir Tahun 3.

• Ini KPI Kementerian Pelajaran 2012.

Page 4: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

4

Erti Tidak boleh atau lemah 2MUjian diagnostik KGBK 2M BM

12 Aras kebolehan membaca: Aras 1: Membunyikan huruf vokal dan konsonanmudah ( a i u b c k )Aras 2: Membunyikan suku kata terbuka kv (ba ka ki ku)Aras 3: Membaca perkataan kvkv (buku cuci)Aras 4: Membaca suku kata tertutup (kan kin bat sat) Aras 5: Membaca perkataan kvkvk (bukit tinggi lampu) Aras 6: Membaca perkataan membezakan vokal e taling dane pepet; dan o (emak Ella enak otak pokok)

Page 5: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

5

Aras 7: Membaca perkataan suku kata tertutup kvkk (‘ng’) (batang sangkar kampung tolong)

Aras 8: Membaca perkataan suku kata geluncuran dan diftong (buat naik sampai pulau amboi)Aras 9: Membaca perkataan dengan suku kata kkv(‘nga’, ‘nya’ ) (singa nganga nyonya punya)Aras 10: Membaca perkataan dengan penambahanme, men, mem, ber (berjalan mencari membaca)Aras 11: Membaca ayat pendek (Itu kedai Kadir) Aras 12: Membaca perenggan dan cerita

Page 6: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

Aras 1: Membunyikan huruf vokal dan konsonan

Arahan: Tunjuk huruf kepada murid, dan sebut “Bunyikan huruf ini.”)

• a i u • i u a  • b k c • s t d

6

Page 7: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

Aras 12: Baca dan faham cerita mudah

• Fizi pergi ke rumah neneknya.•  Rumah neneknya di tepi sungai. •  Di dalam sungai banyak ikan. •  Fizi dan abangnya suka

menangkap ikan.•  Mereka seronok menangkap ikan.

 7

Page 8: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

ARAS 12: Baca. Tulis di tempat kosong.

Afik dan keluarganya _____________ ke

zoo. Mereka __________ banyak

binatang di sana. Afik lihat gajah,

harimau dan singa. __________gajah

besar. Badan _____________ berbelang

belang. Afik juga melihat buaya dan monyet.

Mulut buaya ______________. Afik beri

____________ kepada monyet. 

  8

Page 9: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

9

Apakah sebab murid lemah membaca dan menulis BM?

• Pelbagai sebab. • Kadar kebolehan kanak-kanak

membaca dan menulis berbeza;• Kelemahan dalam kaedah

pengajaran membaca dan menulis.* Kelemahan kumulatif sejak awal

(prasekolah, Tahun 1) membawa kpd kelemahan ke Tahun 2 seterusnya.

Page 10: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

10

Bagaimanakah kanak-kanak mula belajar membaca?

• Erti membaca: mengenalkan simbol-simbol tulisan dan ‘memberi makna’ kepadanya?

• Bagaimanakah kanak-kanak mula belajar membaca?

• Ada berbagai teori

Page 11: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

11

Dua (2) perspektif tentang mula belajar dan mengajar membaca

1. Perspektif ilmu linguistik

2. Perspektif ilmu psikologi kognitif Kedua-dua perspektif ini berpengaruh

kuat dalam kajian dan pendekatan awal

membaca di US, UK, New Zealand, dan

di Malaysia dsb.

Page 12: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

12

Perspektif linguistik

• Ilmu linguistik menganggap sesuatu bahasa itu terdiri dari bunyi-bunyi asas (fonem);

• Gabungan bunyi-bunyi asas (fonem) ini menjadi

perkataan yang bermakna (ibu, buka, katak).

Jadi timbul pendekatan ‘sound-to-word’• Kaedah Fonik ( bunyi huruf) aa bh cch.• Kaedah Abjad (nama huruf) a b c ..x y

z

Page 13: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

13

Kaedah Abjad / Fonik

1 Ajar Aa Bb Cc ...x y z (2 bulan)2 Ajar suku kata ba bi be be bo bu ( 2 bulan)

3 Bentuk dan baca perkataan dan ayat buku buka baca Abu baca buku. Murid prasekolah atau Tahun 1mengambil masa 3-5 bulan untuk belajarmembaca ayat mudah di atas.

Page 14: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

14

Perspektif psiko. kognitif

Ilmu Psiko. Perkembangan Kognitif menyatakan• kanak-kanak belajar bahasa dari ‘perkataan• ayat dan cerita’ yang bermakna: proses

‘emergent literacy’. • Jadi mengajar membaca harus bermula

dengan ‘perkataan’ spt ‘ibu, ayah, meja’. • Pendekatan ‘Seluruh perkataan (Whole

word’/ whole language) – ‘word-to-sound’.• mula popular dalam 1950han di US, di New

Zealand ‘big Book’ oleh Marie Clay (1960han)

Page 15: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

15

Beberapa kaedah yang berkisar kpd pendekatan ‘whole language language’

• Look-and-say method: Glen Doman• Literature based method: story to word to

sound (big book, Marie Clay, N. Z.)• PWIM: Picture word inductive method

Calhoun• Kaedah tematik (prasekolah sekarang) • ‘Kaedah cerakin’ perkataan (KBSR)

Page 16: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

16

Kaedah cerakin KBSR (lanjutan dari kaedah seluruh perkataan) Setiap perkataan dicerakinkan1. Guru ajar perkataan ‘meja’ dan ‘cawan’

untuk murid lihat dan sebut. 2. Kemudian perkataan itu dipecah mengikut suku

kata dan huruf: meja -- me ja --- m e j a cawan --- ca wan --- c a w a n3. Kemudian murid mengeja perkataan ‘meja’ , ‘

cawan’,

Page 17: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

17

Kaedah cerakin (KBSR)

meja me ja m e j a

cawan ca wan c a w a n

Page 18: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

18

Why Johnny can’t read?

• Kajian di US dan UK menunjukkan murid lemah 2M akibat dari program n kaedah ‘whole language’.

• Dalam tahun 1995 the State of California meluluskan statutes (undang2) yang mengarahkan program membaca ‘adopt materials in Grades 1 through 8 that includes explicit phonics, spelling and basic computational skills’.

Page 19: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

19

• Di England (2005), juga ‘whole language method’ dan ‘kaedah cerakin’ telah diganti dengan ‘synthetic fonics’ untuk mengatasi masalah tinggi peratus pelajar sekolah yang lemah membaca.

• Bagaimana halnya di Malaysia?

Page 20: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

20

Mengambil kira sistem ejaan dalam pengajaran membaca

Perbezaan besar antara

sistem ejaan• Bahasa Melayu• Bahasa Inggeris• Bahasa Cina

Page 21: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

21

Membanding bunyi huruf ejaan Bahasa Melayu dan Inggeris

• Sistem ejaan Bahasa Melayu pada amnya fonemik: satu huruf – satu bunyi fonem yang jelas.

• 26 huruf konsonan bagi melambang 27 fonem, • 5 huruf vokal melambang 6 fonem, di mana huruf• e melambangkan 2 fonem vokal seperti dalam

e pepet ‘emak, enam, kedai, telur’. • e taling ‘ekor, elok, oleh, pelat ’.

Page 22: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

22

Sistem ejaan BM (samb…)

• Huruf diftong (gandingan 2 vokal) ai, au, oi untuk (baik, buah), (pulau), (amboi)

• 5 huruf gabungan huruf konsonan (digraf): gh (ghaib, Maghrib, mubaligh) kh (khusus, akhir, tarikh) ng (ngilu, angin, pisang) ny (nyata, hanya, punya) sy (syarat, isytihar, Quraisy) * Perkataan Inggeris cuba dipersesuaikan

dengan sebutan dan sistem ejaan Melayu: fakta, teks, sains, teknologi, standard, kompleks

Page 23: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

23

Suku kata Bahasa Melayu jelasTatabahasa Melayu mudah

• Suku kata terbuka (kv): u bi i bu a bu bu ku ba tu ka ki mu la * Suku kata tertutup (kvk): a/tas, bu/kit,

hu/tan, kum/bang, be/lan/ta/ra, hi/jau dan te/bal

• Penulisan kata terbitan dengan ‘imbuhan’ jelas suku katanya: Per/kem/bang/an ke/bangsa/an pesat se/lepas Malaysia men/capai ke/mer/deka/an

• Tatabahasa Melayu juga mudah berbanding dengan B. Inggeris, B. Arab dan B. Cina.

Page 24: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

24

Sistem ejaan Bahasa Inggeris Celaru

• Sistem ejaan BI celaru, tidak sistematik dan • tidak fonemik: hubungan antara simbol huruf dan

bunyi tidak konsisten dan tidak jelas

Mengikut Diane McGuinees, terdapat, contohnya • 43 fonem dalam BI ditulis dalam kira-kira 100

huruf atau kombinasi huruf-huruf• 24 konsonan boleh dieja dengan 50 cara ejaan• 12 konsonan dieja dengan satu huruf

Page 25: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

25

Contoh bunyi sesuatu huruf vokal BI yang tidak konsisten bunyinya

• /a/ cat, all, wash, table, father, caught• /e/ bed, be, bee, eye, her, ever, hire, ore same, seem, time, tone, cute• /i/ sit, sir, tie, sail, alive, friend, tin, build• /u/ hut, brute, cute, cut, out, hour, buy• /o/ book, boat, blow, ought, moor, ton, toneOdd sp: Meet, meat, see, sea, row, raw,

run Mengikut Diane McGunniess, ALL WORDS HAVE AVOCAL. NO EXCEPTION

Page 26: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

26

Eg.Words to be taught/read by sight• And, give, anything, great, Mrs. say• In, an, again, can, of, out, the, more,• Go, dog, you, for, with, up, school, I,• How, what, why, how, both, house,• My, way, your, his, two, today, no• Get, do, did, once, goes, together, people• Money, friend, city, year, would, will

Page 27: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

27

Contoh ejaan perkataan BM, BI dan Perancis

B.Malaysia Inggeris Perancis

buku book beaucoup (boku)

burung bird oiseau (warser)

rumah house chez (shey) kita we nous (nu) mata eye yuex (yu)

Page 28: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

28

Kajian tentang Awal Membaca BM di Malaysia terhad

• Oleh kerana itu, kaedah-kaedah yang dianggap sebagai ‘terkini’ untuk mengajar membaca dan menulis BM diambil (adopt) hampir bulat-bulat dari kaedah untuk BI.

• Contoh yang klasik ialah kaedah “pandang dan sebut” dalam tahun 1970han, dan

• Kaedah Cerakin untuk KBSR BM bagi SK

Page 29: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

29

Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK)

Kaedah KGBK ini berasaskan gabungan

• kaedah fonik (bunyi huruf), bunyi suku kata, dan

• kaedah ‘seluruh perkataan’ (membentuk perkataan) untuk dibaca.

Page 30: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

Samb. Ciri KGBK

1. Murid tak perlu tahu semua huruf dalam abjad sebelum diajar membaca.

2. Dalam 1 atau 2 pelajaran saja, murid boleh membaca beberapa patah perkataan dan frasa.3. Siri unit-unit p & p beransur –maju (sequential) berasaskan binaan: pelajaran yang lalu asas untuk pelajaran berikutnya.

30

Page 31: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

31

Kenapa Kaedah KGBK?

2. Mengambil kira keistimewaan BM.

a. Sistem ejaan Bahasa Melayu fonemik: satu huruf satu bunyi fonem (bunyi asas)

b. Suku kata Bahasa Melayu jelas• Mudah membina perkataan drp suku

kata terbuka (kv) dan (kvk)

c. Tatabahasa BM mudah,berbanding dengan B. Inggeris, Arab dan Cina.

Page 32: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

Kenapa Kaedah KGBK?1. Mengambil kira kekuatan kaedah fonik dan

laedah seluruh perkataan:• huruf dan bunyi huruf (fonik) untuk

membina suku kata dan perkataan. Ini membina kemahiran ‘word-attack.’

• membaca segera perkataan yang ‘bermakna’ (kaedah seluruh perkataan).

32

Page 33: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

33

Bagaimana dan bilakah Kaedah KGBK ini digubal?

• Saya perkenalkan pada 8 – 10 Disember 1979 saya (IH) dalam satu kertas kerja di KONPEN IV anjuran Persatuan Suluh Budiman di Kuantan, Kertas bertajuk “Beberapa Kaedah Mengajar Murid-Murid Membaca Bahasa Malaysia di Peringkat Awal,” untuk mengatasi ramai murid di sekolah rendah, terutama di Sekolah Kebangsaan, yang tidak boleh membaca.

• Kertas kerja ini diterbit dalam Jurnal Dewan Bahasa Jilid 24 Bil. 7, Julai 1980.

Page 34: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

34

• Bulan April 1980 Kaedah ini dibentang di Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) dan dijadikan kaedah pilihan ke-4 untuk untuk mengajar membaca dan menulis Bahasa Malaysia KBSR

• Kaedah ini dijadikan asas untuk Panduan Guru BM KBSR Tahun I di SRJK Cina dan Tamil.

• Panduan Guru KBSR bagi BM Tahun 1 Sekolah Kebangsaan mengguna Kaedah ‘Cerakin’ dan Kaedah Abjad, sebagai panduan guru mengajar

• 1982 Utusan Publications menerbitkan buku saya ‘Mari Membaca’ yang mengguna kaedah ini. Buku ini dan beberapa buku seumpama digunakan di Sekolah SRJK Cina dan Tamil.

Page 35: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

35

• 1990 buku Mudah Membaca dan Kegiatan Tadika 1 & 2 Bahasa Malaysia untuk prasekolah diterbitkan oleh Fajar Bakti; digunakan di tadika swasta.

• 2003 buku Bahasa Malaysia 1 – 6 Siri Genius (beserta Panduan Guru) diterbitkan oleh Fajar Bakti, untuk prasekolah

• 1996 Dewan Bahasa dan Pustaka terbitkan buku saya ‘Bahasa Malaysia’ Tahun 1, menggunakan kaedah ini.

Page 36: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

KGBK: Fasa 1

Suku kata terbuka (kv) Membina dan membaca perkataan, frasa suku kata terbuka ( kv + kv, v + kv).

36

Page 37: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

37

Unit 1: a i u; a b c

1. Perkenalkan bentuk huruf

a i u a b c2. Perkenal

Nama huruf dan bunyi huruf

Page 38: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

38

Unit 2: b ba bi bu 1. Perkenalkan bunyi huruf b 2. Bina suku kata: ba bi bu 3. Bina perkataan: baba bibi

bubu abi abu ibu ubi

4. Bina Frasa: ibu abu

bubu baba

Page 39: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

39

Langkah2 utama KGBK

1 Pilih satu konsonan mudah b, 2 Bunyikan huruf ‘b’ (bh) beberapa kali.3 Bina suku kata ba bi bu. Ulang4 Bina dan baca perkataan baba bibi bubu dan aba abi abu 5. Bina n baca frasa ‘ibu abu’ ‘bubu baba’6 Murid salin huruf, suku kata dan perkataan 7. Gunakan ‘ibu’ sebagai tema untuk

aktiviti pengayaan: soal-jawab, cerita.

Page 40: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

40

Unit 3: c ca ci cu1. Ulang Unit 2 ba bi bu 2. Perkenalkan c dan bunyinya chh.

3. Bina suku kata ca ci cu4. Bina perkataan ca + ca cu+cu

cucu cu+ci cuci, aca aci acu 5. Bina frasa: cucu aci. abu cucu

aci7. Guna ‘cuci’ sebagai tema untuk

aktiviti pengayaan: soal-jawab, lakon

Page 41: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

41

Unit 4: Ulangan 1untuk pengukuhan

1. Baca a i u b ba bi bu bubu abu2. Baca c ca ci cu cucu aci

Page 42: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

42

3. Baca Samb. ulangan

cu + ci = cuci ba + ca = baca cu + ba = cuba aci cuba cuci. abu cuba baca.4. Guna ‘baca’ sebagai tema aktiviti

pengayaan

Page 43: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

43

Unit 5: k ka ki ku1. Ulang Unit 2, 3: ba bi bu, ca ci cu

2. k ka ki ku

3. Perkataan: kaki kuku kaku aki aku ika

4. Frasa: kuku kaki ika kaki aki kaku5. Salin semua di atas. 11

Page 44: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

44

Samb. Unit 5

6. Bina perkataan daripada

ba bi bu ca ci cu ka ki ku • bu + ka = buka bu + ku =

buku• bu + cu = bucu ka + ca =

kaca7. Bina ayat : abu baca buku aki cuci kaki

8.Tema: kaki untuk aktiviti pengayaan.

Page 45: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

45

Langkah-langkah utama mengajar KGBK 1. Ulang pelajaran yang lalu (b, c)2. Perkenal bunyi konsonan baru

misalnya k 3. Bina dan sebut suku kata terbuka (kv) ka ki ku; ku ka ki3. Bina dan baca perkataan kuku kaki aku

4. Buat dan baca frasa kuku kaki, kaki aki 5. Tulis atau salin apa yang dibaca6. Guna tema ‘kaki’ untuk latihan

pengayaan bersoal jawab, cerita, lakon dan bermain.

Page 46: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

46

Unit 7 t ta ti tu

1. Ulang Unit lalu: ba bi bu ka ki ku

2. Suku kata: t ta ti tu

3. Perkataan: tata titi itu

4. itu batu. itu batu bata. itu titi. itu titi batu. 5. Guna titi sebagai tema aktiviti.

Page 47: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

47

Unit 8: s sa si cu 1. Ulang pelajaran yang lalu ba bi bu, ta ti tu, ka ki ku. 2. Suku kata: s sa si su 3. Perkataan: sisi susu isa busu 4. Frasa dan ayat: susu sita satu sita suka susu, busu suka buku.5. Salin suku kata dan perkataan.

6. Tema untuk pengayaan ‘susu’.

Page 48: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

48

Bina perkataan dari suku kata ini

a i u ba bi bu ka ki ku ca ci cu sa si su ta ti tu

Page 49: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

49

Membina dan membaca ‘cerita’

itu bukuitu buku abu abu buka bukuabu baca bukuabu suka baca buku itu

Page 50: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

50

Unit 11: Huruf besardikemudiankan sedikit

a A Abu b B Busuc C Cumi k K KatiL l Lati m M Mint T Tiki s S Siti i I Ika u U Umi

Page 51: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

51

KGBK Fasa 2

huruf vokal o dan edan membentuk perkataan

Page 52: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

52

Unit 17: O o

o O po ko lo ro roda lori roti otak kopi susu koko Bob suka kopi susu. Oli suka roti.

Page 53: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

53

Unit 18: E e

E e E e emak elok enam esok emas elak beli belok

Page 54: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

54

Ajar satu huruf konsonan satu hari secara kumulatif: b k c s t m l n p r j y f w v z

Page 55: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

55

KBGK Fasa 3 kvk

Mengajar suku kata tertutup

kvkkv + kvk, kvk + kv

Page 56: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

56

Unit 12: kan kin kun

Baca. ka ki ku kan kin kun ba bi bu ban bin bun ta ti tu tan tin tun

Page 57: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

57

kan kin kun Bina perkataan:

ma + kan makan i + kan ikan su + kan sukanBuat ayat.

Kita makan kari ikan.

Page 58: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

58

pan pin puntan tin tun

Baca.

pa pan papanla pan lapanhu tan hutanBaca. lapan ekor lipan

Page 59: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

59

Unit 15: kat kit kut sat sit sut

sa kit sakit bu kit bukit i kat ikat i kut ikut dekat takut kasut pusat sesat Kasut baru Azman

Page 60: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

60

Unit 16: tang ting rung

tang ting tung teng bang bing bung beng lang ling lung leng datang patung ranting abang kambing bumbung

Page 61: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

61

KGBK Fasa 4 (diagraf)

• Baca

• nya nyi nyu nyanyi nga ngi ngu singa sya syi syu syukur• penyu sunyi punya• nganga mulutnya syukur

Page 62: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

62

Unit 19: nga ngi ngu nya nyi nyu

Baca ayat

• Singa nganga mulutnya.• Bunga orkid ungu• Bunga melur wangi• Nyonya suka menyanyi• Itu telur penyu

Page 63: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

63

Unit 20: Diftong ai au ua oi

Geluncuran: kuat buah kuih naik

Diftong: pulau limau amboi * Din pandai naik pokok. * Kalau pergi ke Pulau

Pinang, Belikan saya buah pala.

Page 64: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

64

KBGK Fasa 5: imbuhan

Perkataan berimbuhan

me mem meng men ber -an

Page 65: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

65

Unit 21: me men meng mem ber

• berjalan bermain berkata• melapor melakar• mencari mencuba• menghantar mengubah• membaca memberi

Page 66: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

66

Perhatikan dalam KGBK • Huruf vokal ‘o’ dan ‘e’

dikemudiankan untuk mengelakkan murid jadi ‘keliru.’

• Huruf besar juga dikemudiankan.• Susunan huruf dalam abjad

dikemudian. Huruf mudah dahulu.• Suku kata terbuka (kv) dahulu;

kemudian suku kata tertutup.• Latihan menulis segera selepas

membaca.

Page 67: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

67

Ajar bunyi konsonan yang mudah: berbeza bentuk dan bunyinya

• Contohnya

‘b k’ ‘s t’ ‘m r’ ‘g n’

* Jangan serentak mengajar murid huruf yang hampir serupa bentuk dan bunyinya:

b d ‘m n’ ‘j g’ ‘m w’ ‘ u v ’

Ini menyusahkan murid.

Page 68: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

68

Latihan Menulis mengukuh kemahiran membaca

• Beri latihan menulis huruf, suku kata dan ayat apa yang murid pelajari pada akhir setiap pelajaran membaca.

• Sediakan buku latihan menulis.• Adakan ‘buku skrap’ untuk mengumpul

tulisan dan lukisan murid.

Page 69: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

69

Kajian 2 konteks untuk menguji keberkesanan KGBK

1. Kajian intervensi di 12 tadika KEMAS di Daerah Hulu Selangor, masilnya

• Ulu bernam, Gedangsa, Kalumpang (2003).

2. Kajian pengajaran pemulihan 2M menggunakan KGBK oleh guru di sekolah rendah di Perak dan di P. Pinang (2004)

Page 70: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

70

• 3. Kajian Puan Azlia Alias di 3 Tadika KEMAS (2005)menunjukkkan KGBK lebih berkesan dibanding dengan

• kaedah abjad/fonik dan• kaedah seluruh perkataan.

Page 71: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

71

Aplikasi praktikal pendekatan KGBK

Dapatan dari kajian: KGBK • boleh digunakan oleh guru untuk

mengajar kanak-kanak berumur 5-6 tahun di prasekolah;

• boleh digunakan oleh guru sekolah rendah Tahun 1

• Boleh diguna untuk pemulihan 2M

Page 72: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

72

Jadikan pelajaran menarik dan menyeronokkan

• Gunakan semua panca indra, terutama Lihat, Dengar dan Lakukan (LDL)

• Buat cerita rekaan; meramal cerita seterusnya • Baca cerita kepada murid dan baca bersama murid

buku yang menarik; beri peluang murid membaca• Adakan pelbagai permainan (games), misalnya

membina perkataan daripada suku kata, melengkapkan perkataan dengan huruf; cari gambar; baca dan tunjuk;

• Menyanyi, berlakon; teater boneka/papet.

Page 73: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

73

Baca kuat kepada muridKajian menunjukkan kanak-kanak atau muridyang dibaca kuat buku kepada mereka olehguru atau ibu bapa• bertambah minat untuk membaca• Bertambah kecekapan membacaAmalkan membaca kuat kepada muridprasekolah, murid Tahun 1, 2 dan muridpemulihan.

Page 74: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

74

Tanya pada pokokLagu: P. Ramlee; senikata Jamil Sulung

Tanya pada pokok, Apa sebab goyang?

Nanti jawab pokok, Angin yang goncang.

Tanya pada langit, Apa sebab hujan?

Nanti jawab langit, Tanyalah awan.

Awan nanti kata, Aku kandung air,

Sampai tempat sejuk, Aku pun cair.

Tengok dalam air, Nampak bayang-bayang,

Campak satu batu, Bayang pun hilang.

Page 75: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

75

BUKU 1 & 2: CERIA 2M Awal Membaca dan Menulis

Bahasa Malaysia, Prasekolah

Oleh Isahak Haron

Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK)

Penerbit: Penerbit Ilmu Bakti Sdn Bhd, Taman

Perindustrian USJ, Selangor.

Page 76: 20121109091128 kgbk brunei 8 sept  2011 ppt

76

Semua kanak-kanak boleh 2M:

Ajarlah mereka

dengan sabar