2 PORTFOLIO .pdf
Transcript of 2 PORTFOLIO .pdf
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA 2017
922/4: KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF 4
(KERJA KURSUS)
CONTOH TUGASAN PORTFOLIO
Kemukakan satu portfolio seorang guru yang mempunyai peribadi menyerupai watak Cikgu Baharum dalam cerpen “Usia Emas” seperti yang termuat dalam Permata Sastera Melayu, selenggaraan Majlis Peperiksaan Malaysia (2012), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
PORTFOLIO CIKGU ENGKU WAN HASAN BIN
ENGKU WAN ABDULLAH
_____________Engku Wan Hasan Engku Wan Abdullah ______________
MAJLIS PEPERIKSAAN MALAYSIA
2
KANDUNGAN
TAJUK HALAMAN 1.0 Pengenalan 3 - 7 1.1 Konsep 1.2 Kajian Lepas 1.3 Batasan Kajian 1.4 Kepentingan Kajian 2.0 Objektif Kajian 8 3.0 Kaedah Kajian 8 - 13 3.1 Jenis Kajian 3.2 Kesesuaian Kaedah 3.3 Proses/Prosedur 4.0 Isi Kajian 13 - 19 4.1 Latar Belakang Tokoh 4.2 Latar Belakang Pendidikan Tokoh 4.3 Latar Belakang Kerjaya 4.4 Sumbangan Tokoh 5.0 Keistimewaan Tokoh 19 6.0 Pemikiran Tokoh 20 7.0 Anugerah/ Pengiktirafan 21 8.0 Penutup 22
Rujukan 23
3
1.0 PENGENALAN
Guru adalah sebagai pendidik dan pengajar. Guru diibaratkan seperti ibu kedua yang
mengajar berbagai-bagai macam hal yang baru dan sebagai fasilitator supaya murid dapat
belajar serta mengembangkan potensi diri masing-masing. Tugas utama guru adalah
mendidik, mengajar, membimbing, mengarahkan, melatih, menilai dan banyak lagi. Guru
merupakan ikon kepada pelajar sebagaimana setiap tutur kata mereka didengar, dianalisis,
disimpan, dan diamalkan sewaktu usia persekolahan. Pendidik adalah nama lainnya bagi guru
yang bertanggungjawab mendidik dengan menggunakan kebijaksanaan, mempersembahkan
kemahiran serta menzahirkan pengetahuan yang ada dalam kalangan pelajar. Justeru itu,
amatlah penting bagi setiap diri guru untuk menjadi sumber rujukan dengan menyampaikan
ilmu yang tepat.
Selain itu, guru juga merupakan orang yang paling banyak memberi jasa dan
sumbangan dalam kehidupan manusia. Guru memiliki makna universal, bukan hanya terbatas
di sekolah, tetapi juga guru bermakna seseorang yang mengajarkan ilmu dan membimbing ke
arah kebaikan, misalnya seperti guru mengaji, guru silat, ustaz atau ustazah, kiai, ulama dan
sebagainya. Islam menempatkan guru pada posisi yang sangat mulia kerana guru adalah
seseorang yang dikurniakan ilmu oleh Allah S.W.T. dan dengan ilmunya itu, guru menjadi
perantara antara manusia yang lain untuk mendapatkan, memperoleh serta menuju kebaikan
baik di dunia mahupun di akhirat. Guru tidak hanya bertugas untuk menyampaikan ilmu,
bahkan juga berperanan untuk mendidik pelajarnya supaya menjadi manusia yang beradab.
Di samping itu, sebagai orang yang memikul tugas mulia ini, tentunya guru
seharusnya bersungguh-sungguh dalam menyampaikan atau menjalankan tugasnya, bukan
mengajar seadanya, apalagi menjadi guru hanya untuk tujuan karier. Profesion guru bukanlah
satu profesion yang mudah bagi sesetengah orang itu. Hal ini bermaksud bahawa sekali
4
seseorang itu telah memilih profesion guru ini, maka seseorang itu harus menjalankan tugas
serta tanggungjawabnya untuk mendidik pelajarnya dengan baik.
Guru yang menyenangkan merupakan antara guru yang dapat diterima oleh orang
lain, terutamanya oleh anak didik. Hal ini demikian kerana, manusia itu tidak boleh terlepas
dari fitrahnya, iaitu menyukai yang baik, benar dan juga indah. Oleh kerana itu, seseorang itu
haruslah menjadi guru yang benar dan indah dalam menyampaikan serta menyenangkan anak
didiknya. Guru yang menyenangkan juga adalah antara guru yang dapat memberikan
kesenangan dan kepuasan belajar bagi setiap pelajar. Guru yang menyenangkan bukan hanya
menyenangkan pelajarnya, tetapi juga dirinya senang dalam menjalankan tugas,
tanggungjawab dan amanah yang diberikan. Guru yang menyenangkan dipengaruhi oleh dua
faktor, iaitu keperibadian dan kompetensi (kecekapan). Peribadi guru yang menyenangkan
adalah peribadi positif, iaitu peribadi yang memancarkan ilmu positif dalam pengajaran dan
pembelajaran. Manakala, kompetensi guru yang menyenangkan pula ialah kompetensi yang
memenuhi standard pembelajaran dengan penguasaan ilmu pengetahuan yang benar dan luas.
1.1 KONSEP
Kamus Dewan Edisi Keempat mengatakan bahawa tokoh didefinisikan sebagai orang
kenamaan (dalam apa-apa bidang seperti bidang politik, kebudayaan, agama dan lain-lain),
orang yang terkemuka, penganjur.
Guru pula diertikan sebagai orang yang mengajar, pendidik, pengajar dan pengasuh.
Noor Jamaluddin (1978:1) mengatakan bahawa guru merupakan orang dewasa yang
bertanggungjawab dalam memberikan pertolongan dalam perkembangan anak didik, baik
jasmani mahupun rohaninya supaya dapat mencapai tingkat kedewasannya, iaitu mampu
berdiri sendiri dan melaksanakan tugasnya sebagai makhluk Allah, khalifah di muka bumi,
sebagai makhluk sosial dan makhluk individu yang mampu berdiri sendiri.
5
Sementara itu, Imam al-Ghazali pula mengatakan bahawa guru dalam pengertian
akademik ialah seseorang yang menyampaikan sesuatu kepada orang lain atau seseorang
yang menyertai sesuatu institusi bagi menyampaikan sesuatu yang baik, positif, kreatif atau
membina kepada seseorang walaupun terpaksa melalui pelbagai cara serta strategi tanpa
mengharapkan sebarang ganjaran (gaji). Selain itu, Dr. Ahmad Tafsir memberikan makna
guru iaitu guru (pendidik) merupakan sesiapa sahaja yang bertanggungjawab terhadap
perkembangan anak didik. Tugas sebagai seorang guru dalam pandangan Islam ialah
mendidik, iaitu antara tugas yang amat luas. Sebahagian dilakukan dengan cara mengajar,
sebahagian ada yang dilakukan dengan memberikan dorongan, memberi contoh (suri
tauladan), menghukum dan lain-lain lagi. Menurut pendapat Dr. Atmaka, guru adalah orang
dewasa yang bertanggungjawab dalam memberikan pertolongan dalam perkembangan anak
didik, baik jasmani mahupun rohaninya agar dapat mencapai tingkat kedewasaannya, yakni
mampu berdiri sendiri dalam memenuhi tugasnya sebagai makhluk Tuhan, makhluk sosial
dan juga makhluk individu yang berdikari.
Selain itu, bagi maksud tokoh guru kebangsaan pula ialah, menurut laman web
Kementerian Pendidikan Malaysia http://www.moe.gov.my/my/tokoh-guru-kebangsaan,
menyatakan bahawa, Anugerah tokoh Guru diperkenalkan semenjak tahun 1972. Anugerah
ini menjadi lambang pengiktirafan kerajaan terhadap pengorbanan, kewibawaan serta
sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan. Sehingga tahun lalu, seramai 127
pendidik dan bekas pendidik sudah dianugerahkan pingat tersebut semenjak 1975
berdasarkan kriteria khusus yang ditetapkan.
Antara kriteria itu ialah calon mempunyai rekod perkhidmatan cemerlang di bilik
darjah, sumbangan cemerlang kepada profesion keguruan dan pendidikan, pembabitan aktif
dalam kegiatan luar bilik darjah serta khidmat masyarakat, di samping kecemerlangan dalam
bidang lain.
6
Dari segi syarat pemilihan calon Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan pula, mereka
hendaklah merupakan warganegara Malaysia yang dilahirkan di negara ini; seboleh-bolehnya
dipilih daripada kalangan tokoh yang sudah dianugerahkan gelaran Tokoh Guru pada
peringkat negeri; berumur 50 tahun atau lebih, sama ada berkhidmat atau sudah bersara;
sedang atau sudah berkhidmat sebagai guru, pengetua, guru besar, pensyarah atau pentadbir
dalam perkhidmatan pendidikan.
Selain itu, pemilihan calon juga boleh dibuat ke atas tokoh yang sudah meninggal
dunia, manakala kesatuan perkhidmatan keguruan pula berpeluang membuat pencalonan
pada peringkat negeri dan kebangsaan.
Setakat ini, tahun paling ramai menerima anugerah ialah pada Hari Guru 1977, iaitu
seramai tujuh (7) orang. Barisan penerima sulung anugerah berprestij itu ialah Zainun
Munshi Sulaiman, Mohd Nor Ahmad, Ting Pin Sung, A.V. Perumal dan Tan Chong Bee.
1.2 KAJIAN LEPAS
Kajian lepas yang turut dirujuk adalah kertas kerja yang ditulis oleh Kamarul Azmi Jas Mi
Dan Noor Fadhlina Nawawi Bertajuk ‘Model Guru Berkualiti Dari Perspektif Tokoh
Pendidikan Islam Dan Barat’.
Kertas kerja ini membincangkan mengenai guru berkualiti yang merupakan aspek
yang menjadi perbincangan dan kajian oleh banyak pengkaji dalam bidang pendidikan Islam.
Tujuan mereka supaya kualiti guru dapat difahami dan dihayati seterusnya dipraktikkan
dalam kehidupan seorang guru yang berkualiti. Kertas kerja ini juga cuba membincangkan
secara terperinci mengenai model guru yang berkualiti seperti yang dibincangkan oleh tokoh
pendidikan Islam dan pendidikan barat yang terdiri daripada Imam Al-Ghazali (T.Th),
Kamarul Azmi Jasmi (20100, Abdull Sukor Shaari (2008), Dunkin Dan Biddle (1974) dan
Shulman (1986).
7
1.3 BATASAN KAJIAN
Dalam melaksanakan kajian ini, pengkaji telah membataskan kajian hanya kepada seorang
tokoh guru di negeri Pahang dan menetap di daerah kecil iaitu daerah Chenor, Pahang. Hal
ini demikian kerana, jasa beliau bukan hanya kepada pendidikan, bahkan juga kepada
masyarakat kampung dan telah banyak menabur jasa kepada penduduk kampung ini dan
keluarga beliau.
Beliau dipilih oleh pengkaji kerana keperibadian dan jasa beliau kepada sektor
pendidikan yang sangat besar sehinggakan beliau mendapat anugerah tokoh guru Pahang
pada tahun 1990. Cara dan pemikiran beliau sangat berbeza dan memberikan pengkaji
inspirasi untuk mengkaji mengenai beliau sebagai Tokoh Guru Negeri Pahang.
1.4 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan ialah bagi memperlihatkan atau memperkenalkan tokoh guru negeri
Pahang yang kurang diketahui umum. Kajian tokoh guru ini memberi kesan yang terbaik buat
pengkaji kerana bukan hanya membuka mata masyarakat untuk mengenali tokoh guru ini.
Bahkan, pengkaji juga boleh mengenali lebih dekat tokoh guru berjiwa masyarakat ini.
Jika diamati, gelaran ‘guru atau cikgu’ sangat besar ertinya kepada sesiapa juga yang
pernah bergelar murid. Hal ini kerana, guru merupakan insan yang paling banyak berjasa
kepada masyarakat tidak kiralah sekarang murid yang diajar itu telah menjadi insan yang
bergelar guru, doktor, peguam atau pelbagai kerjaya yang besar di dunia ini, ia tetap bermula
dengan pengajaran oleh seorang guru biasa.
Melalui kajian yang dilakukan ini juga, diharapkan supaya masyarakat akan
memandang lebih tinggi tentang pentingnya seseorang guru itu dalam meningkatkan
kemajuan dalam sesebuah negara. Selain itu, kajian ini juga penting untuk dilaksanakan
supaya dapat memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai peranan guru dalam
8
membangunkan masyarakat, bangsa dan negara yang berdaulat seperti negara lain. Perkara
ini sekali gus dapat memberi kesedaran kepada masyarakat supaya menghargai pengorbanan,
tenaga, khidmat dan sebagainya kepada golongan guru ini. Di samping itu, kajian ini
dilaksanakan supaya masyarakat lebih mengetahui mengenai tokoh-tokoh guru yang terdapat
di Malaysia agar dapat dijadikan sebagai contoh tauladan kepada masyarakat yang lain.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Tugasan ini disediakan bertujuan mengenal pasti seorang tokoh guru yang berjasa seperti
watak Cikgu Baharum dalam cerpen “Usia Emas”.
3.0 KAEDAH KAJIAN
3.1 JENIS KAJIAN
3.1.1 KAEDAH TEMU BUAL
Pengkaji telah menggunakan dua kaedah untuk mendapatkan maklumat tentang kajian
yang dilakukan. Antara kaedah kajian yang telah dilaksanakan ialah kaedah lisan atau temu
bual. Temu bual merupakan teknik pengutipan data yang melibatkan interaksi bersemuka
(face to face) atau melalui percakapan telefon antara penyelidik dengan orang yang ditemu
bual (responden). Temu bual biasanya untuk memperolehi maklumat dari seseorang. Protokol
temu bual adalah senarai yang mengandungi soalan yang akan dikemukakan dalam sesi temu
bual yang akan dijalankan. Teknik temu bual boleh digunakan sebagai alat lain atau hanya
dijadikan pendekatan kajian, (Robson,2011). Wenger (2006) mengatakan bahawa temu bual
merupakan teknik kajian yang boleh diterima untuk mencari isu yang berkaitan dengan
maklumat. Melalui kaedah ini, pengkaji telah menemuramah atau menemubual beberapa
orang responden untuk mendapatkan maklumat bagi melengkapkan kajian yang dilakukan
ini. Antara responden yang dimaksudkan termasuklah ahli keluarga, kaum kerabat, sahabat
9
seperjuangan, jiran tetangga dan banyak lagi. Responden ini sangat penting dalam melakukan
sesuatu kajian itu. Hal ini demikian kerana, melalui responden atau orang yang boleh
dipercayai ini, pengkaji akan memperoleh maklumat dan informasi yang lebih tepat dan lebih
sahih, misalnya mendapatkan maklumat yang dikehendaki dengan menemuramah ahli
keluarga seseorang itu.
Selain itu, pengkaji akan mendapat banyak maklumat yang berguna dan dapat
dijadikan sebagai sumber rujukan untuk melengkapkan kajian yang dilakukan. Temu bual
yang dilakukan ini merupakan data utama bagi penyelidik untuk mendapatkan kepastian
mengenai sesuatu maklumat yang dimahukan. Teknik temu bual ini mempunyai beberapa
kebaikan dan kelebihannya sendiri. Patton (2002) mengatakan bahawa melalui teknik ini,
penembuaal bebas mengemukakan soalan baharu yang tidak dirancang semasa penyediaan
intrumen atau bahan untuk temu bual. Sementara itu, Robson (2011) mengatakan bahawa
teknik temu bual mempunyai potensi untuk menghasilkan bahan yang kaya dan juga
bermutu. Patton (1990) mengatakan terdapat tiga jenis teknik temu bual, iaitu temu bual
formal, temu bual tidak formal dan temu bual terkemuka. Antara kebaikan menggunakan
kaedah ini ialah membenarkan responden yang ditemu bual menggunakan cara tersendiri bagi
mengemukakan pandangan dan menjawab pertanyaan. Selain itu, teknik ini membenarkan
responden yang ditembual untuk mengemukakan isu penting yang tidak terdapat dalam
rancangan. Teknik ini juga tidak mempunyai urutan soalan yang tetap bagi responden yang
ditemu bual. Seramai dua orang responden perempuan telah ditemu bual dalam kajian yang
dilakukan ini. Temu bual dalam kajian ini dilakukan secara bersemuka dan juga melalui
telefon. Temu bual dirakam dengan menggunakan perakam digital di samping catatan tangan.
10
3.1.2 KAEDAH MELAYARI INTERNET
Internet merupakan sebuah sistem komunikasi yang global yang menghubungkan
komputer-komputer dan jaringan-jaringan komputer di seluruh dunia. Internet atau ringkasan
daripada Interconnection-networking merupakan seluruh jaringan komputer yang saling
berhubungan dengan menggunakan sistem global Transmissiom Control Protocol atau
Internet Protocol Suite (TCP/IP). Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini
dinamakan sebagai internetworking (antara jaringan). Internet adalah sebuah jaringan
komputer yang terdiri daripada berbagai-bagai macam ukuran dan jenis jaringan komputer di
seluruh dunia. Jaringan-jaringan komputer ini saling berhubungan dan berkomunikasi antara
satu sama lain melalui bantuan telefon dan satelit yang digunakan untuk keperluan
pemerintahan, pendidikan, perdagangan, ilmu pengetahuan dan banyak lagi. Penciptaan
internet telah membawa banyak perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan seharian
manusia.
Internet mempunyai banyak kemudahan yang dapat dinikmati oleh semua pengguna
internet di seluruh dunia ini. Sebagai contoh, laman sesawang World Wide Web (WWW)
merupakan sebuah sistem yang terdapat pada internet dan bertugas melakukan pencarian
sekaligus memberikan informasi atau maklumat yang cepat dengan menggunakan teknologi
yang serba canggih. Selain itu, internet juga dapat diertikan sebagai suatu jaringan yang
menghubungkan antara komputer-komputer di seluruh dunia untuk saling berkongsi data
serta informasi.
3.2 KESESUAIAN KAEDAH
3.2.1 TEMU BUAL
Kaedah temu bual amat penting kerana ia dapat membantu pengkaji meneroka serta
mendapatkan maklumat kajian yang dikehendaki secara lebih mendalam lagi. Seringkali
11
dalam sesuatu kajian yang dilakukan itu, terdapat banyak maklumat yang tidak dapat
diperolehi atau dikehendaki, misalnya melalui pemerhatian, dokumentasi mahupun catatan
dari seseorang. Oleh hal yang demikian, pengkaji perlu melakukan kaedah temu bual ini (face
to face) dengan responden yang dikehendaki bagi mendapatkan maklumat dengan lebih sahih
dan tepat lagi.
3.2.2 MELAYARI INTERNET
Antara fungsi internet yang paling penting ialah sebagai sumber data informasi dan
komunikasi. Sebagai contoh, fungsi internet sebagai sumber informasi misalnya internet
dapat menyimpan pelbagai jenis informasi dalam jumlah yang tidak terbatas. Di samping itu,
internet juga disebut sebagai tempat berkongsi maklumat dan tempat gudang ilmu dunia
maya (perpustakaan maya). Sekiranya dilihat secara umum, terdapat ramai pelajar yang
mencari bahan-bahan pelajaran melalui kemudahan internet yang telah disediakan ini. Oleh
yang demikian, pengkaji berpendapat bahawa ini merupakan salah satu kaedah yang sesuai
untuk digunakan dalam melaksanakan kajian ini kerana kaedah ini merupakan keadah
sekunder untuk mendapatkan maklumat
3.3 PROSES/PROSEDUR
3.3.1 TEMU BUAL
Responden-responden yang ditemu bual adalah ahli keluarga tokoh itu sendiri.
Mereka perlu ditemu bual untuk mengetahui maklumat yang diperlukan. Bagi menjalankan
kajian ini, pengkaji telah membuat temujanji dengan dua orang responden yang ingin ditemu
ramah. Antara responden tersebut ialah Puan Che Wan Jamiah Binti Che Wan Ahmad
Tajuddin, iaitu cucu kepada Engku Wan Hasan dan Puan Wan Nor Thubihana Binti Che Wan
Abdul Malik, iaitu anak saudara kepada Engku Wan Hassan. Bagi menjalankan kajian ini,
12
pengkaji telah menelefon responden yang pertama, iaitu Puan Che Wan Jamiah untuk
menemu bual beliau untuk mendapatkan beberapa maklunat yang diperlukan. Sementara itu,
bagi responden yang kedua pula, iaitu Puan Wan Nor Thubihana Binti Che Wan Abdul
Malik, pengkaji telah membuat temujanji dengan beliau untuk ditemu ramah. Pengkaji telah
menemu ramah beliau di Chenor pada 11 Oktober 2016, jam 9.30 pagi. Soalan-soalan yang
dikemukan kepada responden adalah berkaitan dengan latar belakang, sumbangan, jasa,
keistimewaan, pemikiran, anugerah dan juga pengiktirafan mengenai tokoh yang ingin dikaji.
Sebelum melakukan sesi temu bual ini, pengkaji telah mencari responden terlebih
dahulu. Responden tersebut adalah seperti yang dinyatakan di atas. Pengkaji telah
mendapatkan kebenaran dan keizinan daripada responden terlebih dahulu untuk merakam
perbualan ataupun temu bual tersebut. Setelah mendapat keizinan tersebut, pengkaji telah
membuat soalan yang berkaitan untuk digunakan dalam temu bual tersebut. Pengkaji telah
menyediakan soalan yang bersesuaian dengan bahasa yang mudah untuk ditemu bual. Selain
itu, pengkaji telah menyediakan buku catatan untuk mencatat maklumat yang diberikan dan
memastikan peralatan lain seperti tape recorder dan sebagainya dalam keadaan baik.
Kemudian, setelah selesainya kerangka soalan yang dibuat, pengkaji telah menelefon
dan berjumpa dengan responden-responden itu untuk ditemu bual. Sebelum bermulanya sesi
temu bual itu, pengkaji telah menerangkan terlebih dahulu tujuan temu bual itu diadakan dan
mendapatkan maklumat untuk digunakan dalam kajian. Semasa menjalankan temu bual itu,
pengkaji telah mengemukakan soalan yang penting terlebih dahulu kepada responden.
Pengkaji tidak memberi soalan yang berbentuk paksaan dan menyentuh sensitiviti responden.
Selain itu, pengkaji juga memberi peluang kepada responden untuk menanyakan apa-apa
soalan. Setelah selesainya sesi temu bual tersebut, pengkaji juga memberi peluang kepada
responden untuk mengimbas kembali maklumat yang diberikan berdasarkan temu bual
tersebut bagi memastikan maklumat yang diperolehi oleh pengkaji adalah tepat dan benar.
13
3.3.2 MELAYARI INTERNET
Pengkaji telah memilih kaedah ini sebagai salah satu kaedah untuk mengumpul
maklumat melalui sumber sekunder. Melalui kaedah ini juga, pengkaji memperoleh
maklumat yang telah diolah, ditafsir dan dikemaskini. Bagi menjalankan kaedah ini, pengkaji
telah melayari internet atau laman sesawang beberapa kali untuk merujuk pelbagai laman
sesawang yang sesuai dengan kajian yang dilakukan. Di samping itu, melalui kaedah ini juga,
pengkaji mengetahui banyak maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian yang akan
dilaksanakan. Pengkaji berjaya mendapatkan alamat laman sesawang berkenaan hasil
daripada carian di Google dan Yahoo. Pengkaji telah memuat turun bahan-bahan tersebut
untuk dijadikan sebagai sumber rujukan.
4.0 ISI KAJIAN
4.1 LATAR BELAKANG TOKOH
Nama sebenar beliau ialah Engku Wan Hasan Bin YHM Orang Kaya Indera
Pahlawan Pahang Engku Hj Wan Abdullah Bin Engku Temenggung Mahmud Bin Ismail
atau lebih dikenali dengan gelaran Engku Hasan oleh kenalan rapat beliau. Beliau dilahirkan
Beliau dilahirkan oleh ibunda beliau iaitu Siti Hajar Binti Abdullah pada 1901 di Kampung
Raja, Chenor dan meninggal dunia pada tahun 2010, di rumah anakanda beliau Dato Hj. Wan
Ahmad Tajudin di Kampung Raja, Chenor, Pahang. Beliau merupakan anak sulong daripada
7 orang adik beradik iaitu tiga daripadanya lelaki dan empat perempuan. Di usia beliau sangat
mencintai ilmu pendidikan sehingga beliau meninggal dunia, beliau masih lagi menitik
beratkan ilmu pendidikan buat anak-anak, masyarakat dan saudara beliau.
14
Hasil perkahwinan beliau dengan isteri, Che Wan Safiah binti
Wan Daud (peranakkan Arab Melayu) beliau anugerahkan 10
orang cahaya mata dan hasil didikan beliau yang sangat
cintakan ilmu pendidikan ini, kesemuanya anakanda beliau
sudah berjaya menempa nama di mata dunia pada hari ini.
Antara anakanda beliau ialah Hajah Che Wan Halimah, Che
Wan Fatimah Zaharah Kirby
Teaching Training College, London), Che Wan Kamariah,
Dato Hj. Wan Ahmad Tajudin (seorang guru dan
merupakan pelajar lepasan SITC), Dato Wan Hj Mohd
Daud, Hj Che Wan Ismail Ghani, Che Wan Mokhtar,YDH
OKIP Dato Sri Hj. Wan Abdul Wahid (Universiti Malaya),
Che Wan Badariah Dan Che Wan Abdullah.
4.2 LATAR BELAKANG PENDIDIKAN TOKOH
Memulakan pembelajaran beliau di Sekolah Melayu Chenor. Beliau kemudiannya,
menuntut di pondok, Kedah untuk mencari ilmu akhirat. Setelah itu, melanjutkan lagi
pembelajaran beliau di Malays College Kuala Kangsar (MCKK). Tidak berhenti setakat itu,
beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran dengan lebih tinggi ke Tanjung Malim, Perak.
Iaitu di SITC atau lebih dikenali dengan nama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
sekarang. Beliau merupakan pelajar ambilan pertama SITC pada ketika itu. Kejayaan beliau
dalam bidang pendidikan ini, beliau bawa balik ke kampung dan menjadi pendidik di
kampung beliau. Dalam hal ini, Cikgu Baharum memperkenalkan dirinya dalam cerpen “Usia
Emas” sebagai guru pelatih yang bercita-cita melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan
Sultan Idris (cita-citanya terbengkalai kerana satu dan lain sebab yang tidak dapat dielakkan).
Anak-anak Engku Wan Hasan
Isteri Engku Wan Hasan
15
Pembelajaran Engku Wan Hasan tidak hanya berhenti setakat itu sahaja, semasa
pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, pihak Jepun telah menyekat pembukaan sekolah di
Tanah Melayu. Namun, dengan usaha, kecekalan hati dan kecintaaan beliau dalam bidang
pendidikan, beliau telah mempelajari Bahasa Jepun dan Pendidikan Jepun di Korenjo Raub
untuk membuka kembali sekolah pada zaman itu. Oleh itu dengan usaha dan semangat beliau
itu, akhirnya sekolah dapat dibuka walaupun murid terpaksa mempelajari bahasa Jepun
sekali. Dalam hal ini, Cikgu Baharum dalam cerpen “Usia Emas” didapati sering melakukan
senaman radio-taisyo, iaitu senaman ringan orang Jepun.
Engku Wan Hasan sangat cintakan ilmu pendidikan. Oleh itu, ilmu pendidikan beliau
tidak hanya terhenti di usia muda tetapi, sehingga beliau meningkat usia, beliau masih lagi
cuba mempelajari sesuatu dalam hidup. Bahkan, beliau sangat mementingkan pendidikan
moden dalam keluarga sehingga anak-anak beliau hampir kesemuanya berjaya dalam kerjaya
dan hidup.
4.3 LATAR BELAKANG KERJAYA
Kerjaya beliau bermula sebagai seorang guru biasa di Sekolah Melayu Chenor,
setelah beliau menamatkan pembelajaran beliau di SITC, Tanjung Malim Perak. Seterusnya,
beliau berpindah ke Pekan, Pahang dan di sinilah beliau telah berkahwin dengan isteri beliau
Wan Safiah Binti Wan Daud di Kampung Langgar dan dianugerahi 10 orang cahaya mata.
Kemudian, beliau kembali bertugas di Sekolah Melayu Chenor sebagai seorang Guru
Besar dan ini merupakan pertama kali
beliau memengang jawatan sebagai Guru Besar
sekolah. Beliau pada satu ketika ini sangat
terkenal dengan ketegasan beliau sebagai
seorang guru dan kebanyakan murid sangat
16
kenal dengan ketegasan beliau sebagai seorang guru dan sangat menitik beratkan mengenai
isu akademik muridnya. Akhir sekali, beliau telah ditukarkan ke Sekolah Melayu Tanjung
Lalang, Temerloh dan ini merupakan sekolah terakhir beliau sebagai seorang guru.
Selain itu, kerjaya beliau bukanlah hanya tertumpu kepada bidang pendidikan sahaja
beliau juga sangat aktif dalam perjuangan menuntut hak memerdekakan tanah Melayu satu
ketika dahulu. Beliau merupakan antara orang yang pertama menubuhkan UMNO di daerah
Chenor bagi menentang Malayan Union dan pada masa itu. Malahan, ia digelar sebagai
UMNO bahagian Temerloh Timur semasa pertama kali UMNO di bawa di daerah ini pada
zaman itu. Banyak jasa beliau yang telah ditaburkan di tanah Chenor ini. Bukan hanya dalam
sektor pendidikan semata-mata, bahkan aspek perjuangan kemerdekaan juga.
Dalam perjuangan menuntut hak kemerdekaan daripada Inggeris dan jepun, beliau
merupakan salah seorang pejuang yang sanggup menolak houseboat pegawai British yang
ingin singgah di perairan sungai Pahang untuk bertemu nenda OKIP bagi kempen penubuhan
Malayan Union di tanah Melayu pada zaman itu. Ketegasan yang ada pada beliau
membuatkan beliau dianggap sangat berjasa kepada tanah Chenor sehingga ke hari ini.
4.4 SUMBANGAN TOKOH
4.4.1 PENDIDIKAN
Banyak sumbangan yang telah ditaburkan oleh Engku Che Wan Hasan, bukan hanya
dalam bidang pendidikan malahan untuk masyarakat kampung beliau juga. Dalam bidang
pendidikan, beliau sangat tegas dan seorang guru yang sangat mementingkan akademik
muridnya. Bukan hanya untuk masa hadapan murid tetapi juga untuk memajukan masyarakat
kampung yang selama ini dipandang rendah oleh golongan atasan. Malahan untuk
memberikan keyakinan kepada penduduk kampung bahawa mereka juga boleh merdeka
dengan ilmu yang ada pada mereka.
17
Untuk membuktikan sumbangan yang telah dilakukan oleh beliau dalam bidang
akademik ialah, semasa pendudukan Jepun di tanah Melayu, semua sekolah diarahkan tutup
kecuali sekolah yang boleh mengajar pendidikan Jepun pada zaman perang dunia kedua ini.
Namun, dengan perasaan cinta dan sayang beliau dalam bidang pendidikan, beliau dengan
berani telah berjumpa dengan pihak berkuasa Jepun dan sanggup mengajar Bahasa Jepun
seperti yang telah disyaratkan oleh pihak Jepun untuk membuka kembali sekolah Melayu.
Dengan keberanian beliau ini, sehinggakan sekolah boleh dibuka kembali dan beliau boleh
berbahasa Jepun, untuk memenuhi syarat tentera Jepun itu. Walaupun pada ketika itu,
terdapat rakyat Melayu yang menolak pembelajaran secara formal ini, tetapi beliau tidak
berputus asa untuk mengajak orang kampung lebih gigih mendalami ilmu pendidikan.
Tidak hanya kepada masyarakat, dalam keluarga beliau juga, pendidikan sangat
diutamakan dan dipentingkan oleh beliau. Sehinggakan ahli keluarga beliau sangat hormat
kepada beliau. Menurut responden yang merupakan anak saudara kepada Engku Wan Hasan,
kasih sayang Engku Wan Hasan kepada ilmu pendidikan sangat mendalam sehinggakan
sanggup melakukan apa sahaja agar keluarga mereka mendapat pendidikan yang tinggi.
Malahan beliau sentiasa menanam fahaman pendidikan moden dan kepentingan pembelajaran
dalam kalangan masyarakat dan keluarga agar, semua yang ada di sekelilingnya tidak lupa
akan pentingnya ilmu pendidikan.
4.4.2 MASYARAKAT
Dari sudut sumbangan beliau kepada masyarakat pula sangat banyak. Malahan,
keluarga beliau merupakan pembuka atau keluarga pertama yang membuka kampung
Chenor ini yang berdekatan dengan sungai Pahang. Oleh itu, sumbangan keluarga Engku
Wan Hasan sangat besar di mata masyarakat di sini. Peribadi beliau juga sangat disenangi
18
oleh penduduk kampung kerana sikap beliau yang sangat baik dan mengambil berat
mengenai masyarakat kampungnya.
Engku Wan Hasan juga seorang pandai dalam hal berubat orang kampung yang
terkena sihir atau apa-apa penyakit yang tidak diketahui oleh orang lain. Bukanlah dikatakan
beliau merupakan dukun atau bomoh, tetapi ilmu agama yang ada pada beliau menyebabkan
beliau boleh berubat orang kampung yang mempunyai masalah kesihatan seperti ini, malahan
beliau juga sangat disegani oleh penduduk kampung kerana keistimewaan yang ada pada
beliau ini sehingga dapat membantu masyarakat kampung lain.
Selain itu, sumbangan beliau juga semasa pendudukan Jepun ketika perang dunia
kedua, Engku Wan Hasan rela bersama penduduk Chenor menanam padi dan sanggup
berdiplomasi dengan pihak berkuasa jepun dengan memberi sebahagian beras kepada Jepun
dan sebahagian lagi dengan kebijaksanaan beliau, beliau telah menyembunyikan sebahagian
beras tersebut agar tidak dirampas oleh tentera Jepun. Beras yang di sembunyikan ini
hanyalah untuk diagihkan kepada penduduk kampung agar penduduk kampung ada sumber
rezeki untuk makan.
Malahan, dari sudut sumbangan kepada masyarakat juga, beliau merupakan orang
kuat yang memastikan parti perikatan menang dalam pilihan raya pertama semasa hayat
beliau. Selain itu, beliau juga pernah menolak houseboat pegawai British yang ingin singgah
di perairan sungai Pahang untuk menyebarkan risalah atau kempen penubuhan Malayan
union pada waktu itu. Rasa tanggungjawab dan kecekalan hati beliau yang tidak inginkan
penindasan orang Inggeris terhadap masyarakat Melayu menyebabkan beliau rela berbuat apa
sahaja asalkan negara kita tidak lagi dijajah oleh orang Inggeris.
Seterusnya, sumbangan dari segi pembinaan masjid di kampung Chenor juga hasil
idea asal daripada beliau. Beliau dikatakan secara tidak langsung menjadi arkitek bagi
pembinaan masjid lama Chenor yang masih lagi berdiri teguh di kampung raja Chenor.
19
Binaannya yang cantik dan kukuh
menyebabkan masjid tersebut masih lagi
digunakan sehinggakan hari ini. Namun,
disebabkan beberapa masalah, termasuk
masalah fenomena alam seperti banjir,
masjid tersebut sekarang hanyalah menjadi
surau kecil namun masih digunakan hingga ke hari ini.
5.0 KEISTIMEWAAN TOKOH
Dari segi keistimewaan, beliau mempunyai banyak keistimewaan antaranya ialah,
beliau sangat mahir dalam membaca Al-Quran, berzanji, berpengetahuan dalam bidang
pertanian, mempunyai pengetahuan yang luas dari segi agama Islam, menguasai bahasa
Jepun dengan baik, kreatif dan sangat inovatif khususnya dari segi seni bina masjid Chenor
yang asalnya daripada idea Engku Wan Hasan dan sepupu beliau YM Tok Muda Wan
Mahmud Bin Engku Panglima Besar Wan Mohd Salkeh pada tahun 1939.
Selain itu, dari sudut pendidikan pula, beliau sangat tegas dan berdisiplin dalam hal
pendidikan. Ketegasan beliau ini dihormati oleh keluarga kerana membawa unsur yang
positif dan akan membawa kejayaan buat murid dan keluarga. Menurut waris beliau iaitu Che
Wan Nor Jam’iah iaitu cucu kepada Engku Wan Hasan dan anak kepada Dato Hj. Wan
Ahmad Tajudin, datuk beliau ini seorang yang tegas dan mementingkan pendidikan kepada
anak-anak dan cucu-cucunya. Ketegasan beliau ini sangat bagus kerana memberi semangat
dan nilai positif bagi mereka.
Selain itu, keistimewaan beliau juga ialah, beliau boleh berubat orang yang sakit dan
terkena ilmu sihir atau apa-apa penyakit pelik. Bukanlah, pengkaji mahu menyatakan yang
Engku Wan Hasan seorang bomoh atau dukun. Tetapi, dengan ilmu agama yang kuat dan
Asal Masjid Chenor
20
pembelajaran beliau di zaman dulu membolehkan beliau mengubati penyakit masyarakat
kampung dengan ayat Al-Quran yang ada.
Hal ini menunjukkan, beliau seorang yang sangat istimewa bukan hanya dari sudut
akademik tetapi juga dari pelbagai sudut yang membolehkan beliau memperoleh beberapa
anugerah dalam hidup beliau.
6.0 PEMIKIRAN TOKOH
Engku Wan Hasan seorang yang mempunyai pemikiran intelektual dan nasionalisme
yang sangat kuat. Hal ini dibuktikan dengan pelbagai bukti yang telah dipaparkan oleh
pengkaji dalam latar belakang dan aspek-aspek yang lain.
Dari sudut pemikiran intelektual, beliau merupakan tokoh yang sangat tinggi nilai
ketokohan dan intelektualnya. Tahap pendidikan beliau digunakan sebaik mungkin untuk
membantu penduduk kampung yang memerlukan secebis ilmu daripada beliau. Malahan,
beliau sangat mementingkan pendidikan moden dan kepentingan pembelajaran masyarakat
setempat.
Beliau seorang yang berpandangan jauh dan sangat menjaga hal-hal pendidikan dan
ilmu yang diberikan untuk muridnya. Hal ini hanyalah untuk, melihat kejayaan buat anak
didiknya. Bahkan, menurut cerita daripada responden Engku Wan Jami’ah atau lebih dikenali
dengan nama kak Nine, beliau menyatakan bahawa datuknya ini sangat tegas dan sangat
mementingkan pembelajaran anak-anak dan masyarakat setempat. Bahkan, untuk anak-
anaknya tidak ke sekolah juga sangat dilarang. Beliau memandang serius mengenai
pembelajaran anak-anak. Terbuktilah, jika dilihat taraf pendidikan anak-anak beliau yang
keseluruhannya mempunyai nama di persada negara.
Selain itu, dari sudut pemikiran nasionalisme yang dikatakan oleh pengkaji ini, hal ini
terbukti dengan ketokohan beliau dalam melawan musuh negara pada zaman ini. Semangat
21
nasionalisme ialah semangat perjuangan rakyat dalam mempertahankan tanah air untuk
menuntut hak kemerdekaan. Beliau banyak mempertahankan tanah air daripada diserang oleh
musuh. Ketekunan dan semangat nasionalisme beliau inilah yang menyebabkan masyarakat
Chenor dapat hidup aman dan makmur daripada serangan British dan Jepun pada zaman ini.
Walaupun, British dan Jepun mempunyai kuasa besar untuk menjatuhkan tanah Melayu pada
zaman ini. Tetapi, dengan kepandaian dan semangat nasionalisme yang ada pada beliau
menyebabkan masyarakat mendapat hasilnya.
Selain itu, semangat nasionalisme beliau ini membawa kepada kedamaian dan
keharmonian dalam masyarakat. Hal ini terbukti, apabila beliau dikatakan rela bersama
dengan penduduk kampung bercucuk tanam untuk mencari sedikit rezeki buat penduduk
kampung itu. Namun, desakan jepun pada zaman itu membuatkan penduduk kampung takut
untuk menanam padi dan bercucuk tanam. Tetapi kebijakan dan kepandaian beliau telah
membawa hasil yang cukup bermakna kepada masyarakat kampung. Sikap beliau yang boleh
berdiplomasi dengan orang membawa pemikiran yang positif kepada semua pihak.
Masyarakat kampung dapat memakan hasil dengan kebijakan akalnya.
7.0 ANUGERAH/ PENGIKTIRAFAN
Dari perjuangan dan jasa yang ditaburkan kepada masyarakat dan negara
membolehkan seseorang mendapat
penganugerahan yang setimpal dengan jasa
jugalah denga Engku Wan Hasan yang banyak
menerima anugerah atas jasa yang telah
dilakukan oleh beliau kepada masyarakat dan
negara. Antara anugerah yang diperoleh oleh
beliau ialah, tokoh guru peringkat negeri
Anugerah Tokoh Kemerdekaan Pahang
22
Pahang pada tahun 1990. Anugerah ini sangat bermakna dalam hidup beliau yang sangat
mementingkan pendidikan dalam hidup dan keluarga beliau. Kebanyakan gambar yang ada
dalam simpanan yang membuktikan beliau seorang guru yang bercita-cita tinggi dan tegas
telah dihanyut air semasa kejadian banjir besar yang melanda kampung Chenor ini beberapa
tahun dahulu. Bukti ini tidak dapat diselamatkan oleh waris.
Selain itu, beliau juga penerima anugerah tokoh kemerdekaan kerana jasa beliau
semasa dan selepas perang dunia kedua, dalam penentangan Malayan Union daripada
menapak di tanah Chenor ini. Hal ini membolehkan beliau mendapat penganugerahan ini.
Seterusnya, anugerah lain yang diperoleh hasil
daripada jasa yang telah dibuat ialah anugerah
Jaksa Pendamai Pahang, JP. Anugerah jaksa
pendamai Pahang, ialah anugerah yang
diperoleh oleh individu yang berjaya
membawa kedamaian kepada dua pihak yang
bertelagah. Anugerah ini diperoleh oleh beliau
kerana jasa yang telah dilakukan oleh beliau untuk masyarakat kampungnya pada zaman itu.
Kesemua anugerah yang diperoleh oleh beliau sememangnya setanding dengan jasa dan
pengorbanan yang telah dilakukan oleh beliau dalam aspek pendidikan dan nasionalisme.
PENUTUP
Keseluruhnnya, guru bagaikan lilin yang membakar diri, yang sanggup berkorban jiwa dan
raga untuk anak didiknya. Pengorbanan yang dilakukan tidaklah mengharapkan balasan
daripada anak didiknya tetapi cukuplah secebis ingatan buat seorang guru. Harapan pengkaji
agar tokoh-tokoh guru dahulu janganlah sesekali dilupakan kerana jasa mereka lebih banyak
berbanding yang lain. Ketokohan, kesungguhan dan peranan yang ada pada tokoh guru
Anugerah Tokoh Guru Pahang
23
dahulu sangat bermakna dan tidak hanya pada murid tetapi juga buat bangsa dan negara.
Tanpa guru yang menaburkan ilmu dan pengetahuannya siapalah anda sekarang.
Selain itu, pengkaji berharap agar pengorbanan tokoh guru ini tidak akan dilupakan
dan menjadi bahan kajian kepada semua murid agar ketokohan yang ada pada diri Engku Che
Wan Hasan ini tidak akan lapuk di telan zaman dan ketokohan beliau di sebut dipersada
dunia. Hal ini kerana, kebanyakan murid pada hari ini, apa yang dapat dilihat oleh pengkaji,
mereka tidak mempedulikan siapa guru dahulu yang sanggup berkorban untuk mereka.
Tetapi yang diketahui ialah, asalkan mereka dapat belajar dan berjaya dalam hidup. Hal ini
bertentangan dengan harapan pengkaji yang menginginkan murid sekarang mengenali beliau
dengan lebih dekat melalui pembacaan atau cerita daripada masyarakat kampung Chenor.
Oleh itu, jika dilihat akan pengorbanan dan apa yang telah dikorbankan oleh tokoh ini bagi
pengkaji beliau sememangnya layak menerima anugerah tokoh guru kebangsaan dan tidak
hanya di negeri sahaja. Dengan ketokohan dan pengorbanan beliau sepatutnya beliau
diperkenalkan bukan hanya sebagai tokoh guru tetapi juga tokoh kemerdekaan negara
setanding dengan tokoh-tokoh terkenal yang lain.
RUJUKAN
Kamus Dewan Edisi Keempat Edisi Ekonomi. (2015). Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka
aldhypurwanto.blogspot.my/2014/06/pengertian-guru-menurut-para-ahli.html?m-1 http://www.academia.edu/5804913/Bab_4_Kedah_Kajian http://dokumen.tips/documents/1konsep-guru-dalam-alquran-1.html www.medanbisnisdaily.com/m/news/read/2015/11/25/200576/kedudukan-guru-dalam-
pandangan/islam Kementerian Pelajaran Malaysia http://www.moe.gov.my/my/tokoh-guru-kebangsaan.01.30
P.M