2 Bab8 Sokongan Dan Gerakan

download 2 Bab8 Sokongan Dan Gerakan

of 15

description

bab 8

Transcript of 2 Bab8 Sokongan Dan Gerakan

BAB 8 Sokongan dan Gerakan

BAB 8 Sokongan dan GerakanDisediakan oleh:Cikgu OngSMK Rantau8.1 Sistem Sokongan Haiwan1.Sistem sokongan dalam haiwan disebut sistem rangka. 2.Terdapat tiga jenis sistem rangka dalam haiwan, iaitu i)rangka dalamii)rangka luariii)rangka hidrostatik3.Manusia dan haiwan vertebrata lain disokong oleh sistem rangka dalam. 4.Haiwan invertebrata darat yang tidak bertulang belakang disokong oleh sistem rangka luar atau sistem rangka hidrostatik. 5.Semua jenis sistem rangka berfungsi untuk menyokong berat badanmengekalkan bentuk badanmelindungi organ lembut di dalam badansebagai tempat pautan otot untuk membantu pergerakan haiwan.Manusia dan haiwan vertebrata lain mempunyai rangka dalam yang terdiri daripada banyak tulang. Berat badan manusia disokong oleh lengkungan pelvis (punggung). Tulang ini ialah tulang yang paling besar dan yang paling kuat dalam badan. Berat badan vertebrata darat seperti gajah dan kucing disokong oleh lengkungan pektoral (bahu) dan lengkungan pelvis.Sistem sokongan haiwan vertebrata

lengkungan pektorallengkungan pelvis5.Haiwan darat yang besar seperti gajah dan badak sumbu mempunyai lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis yang kuat serta kaki yang pendek dan lebar untuk menyokong berat badannya.

Tulang rangka manusia dan vertebrata darat mempunyai rongga. Tulang berongga adalah lebih ringan dan lebih kuat daripada tulang padat yang sama panjang dan sama berat.

Berat badan haiwan vertebrata akuatik disokong oleh daya apungan air. Hal ini kerana lengkungan pektoral dan lengkungan pelvis haiwan vertebrata akuatik adalah sangat kecil dan lemah berbanding haiwan vertebrata darat. Vertebrata akuatik seperti ikan paus boleh membesar sehingga saiz yang sangat besar. Hal ini kerana berat badannya tidak disokong sepenuhnya oleh rangka dalam, tetapi turut disokong oleh daya apungan air.

Sesetengah invertebrata mempunyai struktur luar yang keras yang disebut rangka luar. Pengecutan dan pengenduran pasangan otot pada permukaan dalaman rangka luar membolehkan berlakunya pergerakan. Rangka luar (kutikel) terdiri daripada sejenis bahan tegar yang disebut kitin. Permukaan luar kutikel diselaputi oleh satu lapisan lilin yang kalis air yang menjadikannya kelihatan berkilau.Sistem sokongan haiwan invertebrata

Kumbang Labah-labahInvertebrata yang berbadan lembut mempunyai bendalir badan yang memberikan bentuk dan menyokong badannya. Bendalir badan ini mengenakan tekanan pada dinding badan untuk membentuk rangka hidrostatik. Bendalir dalam sel badan menekan permukaan lembut dan menyebabkan badan invertebrata padat, teguh, dan kukuh.

Beluncas Cacing Lintah Haiwan invertebrata akuatik mempunyai rangka luar atau rangka hidrostatik. Berat badan kebanyakan haiwan invertebrata akuatik disokong oleh daya apungan air sama seperti haiwan vertebrata akuatik. Daya apungan air membantu haiwan tersebut bergerak di dalam air.Haiwan invertebrata akuatik yang mempunyai rangka luar.

Ketam Udang Siput

Ubur-ubur Tapak sulaiman Haiwan invertebrata akuatik yang mempunyai rangka hidrostatik.Sistem sokongan haiwanHaiwan vertebrataHaiwan invertebrataHaiwan daratHaiwan akuatikRangka dalamRangka dalamContoh:Manusia, katak, burungHaiwan daratHaiwan akuatikRangka luarContoh:ikanHidro-statikRangka luarHidro-statikContoh:Semut, lalat,belalangContoh:Cacing, lintah, beluncasContoh:Udang, ketam,siputContoh:Tapak sulaiman, ubur-ubur haiwan vertebrata daratPersamaan dan perbezaan sistem sokongan haiwan vertebrata darat dan haiwan vertebrata akuatikhaiwan vertebrata akuatikAda rangka dalamBerat badan disokong oleh rangka dalamBerat badan disokong oleh daya apungan airLengkungan pektoral dan lengkungan pelvis besar dan kuatLengkungan pektoral dan lengkungan pelvis kecil dan lemahhaiwan invertebrata daratPersamaan dan perbezaan sistem sokongan haiwan invertebrata darat dan haiwan invertebrata akuatikhaiwan invertebrata akuatikAda rangka luar atau hidro-statikBerat badan disokong oleh rangka luar atau hidrostatikBerat badan disokong oleh daya apungan airContoh:Semut, lalat cacing, lintahContoh: udang, ketam, tapak sulaiman