1sukan 1 Murid
Transcript of 1sukan 1 Murid
-
7/29/2019 1sukan 1 Murid
1/24
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH(TT00603)
2012
1.0 PENGENALAN
Pelaksanaan Dasar diumumkan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri
merangkap Menteri Pelajaran pada 17 Mac 2010. KPM menggalakkan penyertaan
aktif setiap murid agar dapat melahirkan modal insan yang sihat. Dasar ini juga
melengkapkan usaha membangunkan sukan untuk kecemerlangan.
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) adalah satu program yang telah
diperkenalkan oleh Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin juga
merangkap sebagai Timbalan Menteri Malaysia. Program ini dilancarkan pada 2 Julai
2011 iaitu dengan acara larian serentak seluruh dunia Negara. Pelancaran di
peringkat kebangsaan ini dilakukan oleh beliau sendiri di Taiping Perak. Pada ketika
ini semua sekolah di seluruh dunia akan melakukan larian ini pada hari tersebut
secara serentak sama ada di sekolah masing-masing atau di tempat-tempat yang
ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang
berkenaan
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) adalah satu dasar yang mewajibkan
setiap murid menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini
menyokong pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan
ke arah melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada
Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberi perhatian
utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam
aktiviti sukan. Pada masa yang sama bakat murid yang berpotensi akan digilapkan
dan dibangunkan.
Aktiviti sukan di bawah Sukan Untuk Semua adalah sangat penting dalam
membina kesihatan, Sahsiah dan kesejahteraan semua murid. Bagi sukan untuk
Kecemerlangan, prestasi murid yang berbakat dan berpotensi hendaklah terus
dibangunkan dibawah program Kecemerlangan Bakat Muda, Sukan prestasi Tinggi
Sekolah (SPTS) dan sukan lain yang mampu ditawarkan oleh pihak sekolah. Oleh
yang sedemikian, penyertaan murid adalah sangat penting sebagai satu
landasan ,mendokong aspirasi 1 Malaysia yang sihat, cergas, dinamik dan bersatu
padu.
Page | 1
-
7/29/2019 1sukan 1 Murid
2/24
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH(TT00603)
2012
Bidang sukan penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid
dengan ungkapan Minda Yang Cergas Terletak Pada Tubuh Yang Sihat. Dalam
konteks ini bidang sukan memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal
insan yang sihat, cergas dan produktif agar dapat memberi sumbangan kepadakesejahteraan sosial serta pembangunan ekonomi Negara. Justeru itu pelbagai
aktiviti sukan diperkenalkan dibawah Program 1M1S bagi menarik minat murid agar
mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melaksanakan Dasar 1M1S agar murid
menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat menbentuk generasi yang
membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik. Peruntukan
Kementerian Pendidikan yang menambah jumlah dana hampir empat kali ganda
bagi sekolah rendah dan lima kali ganda bagi sekolah menegah dalam aktiviti
kokurikulum menunjukkan kokurikulum meripakan aktiviti yang amat relevan bagi
melahirkan pelajar yang berketrampilan. Penambah dana ini adalah selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang seimbang bukan
sahaja dari aspek intelek tetapi juga dari aspek social, rohani dan jasmani melalui
penglibatan dalam aktiviti kokurikulum.
Page | 2
-
7/29/2019 1sukan 1 Murid
3/24
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH(TT00603)
2012
2.0 LATAR BELAKANG
Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuat keputusan bahawa Dasar Satu
Murid Satu Sukan harus dilaksanakan didalam sekolah bagi membangkitkan
semangat kesukanan dalam diri pelajar.
Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M1S) mewajibkan setiap murid menyertai
sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan di sekolah. Dasar ini menyokong
pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memebri tumpuan ke arah
melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek rohani emosi dan jasmani. Dasar
ini selaras dengan Dasar Sukan Negara yang memberi penekanan kepada Sukan
Untuk Semua Dan Sukan Untuk Kecemerlangan. Dasar ini memberikan perhatian
yang utama kepada murid yang kurang aktif supaya mereka melibatkan diri dalam
aktiviti sukan. Pada masa yang sama bakat murid yang berpotensi akan digilap dan
dibangunkan melalui Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS). sBidang sukan amat
penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan
Minda Yang Terletak Pada Tubuh Yang Sihat. Dalam konteks ini bidang sukan
memainkan peranan yang penting bagi melahirkan modal insane yang sihat, cergas
dan produktif dapat memberikan sumbangan kepada kesejahteraan social serta
pembangunan ekonomi negara.
Justeru, pelbagai aktiviti sukan diperkenalkan bagi menarik minat murid-
murid agar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktif. Kementerian Pelajaran
Malaysia melaksanakan Dasar 1M 1S agar setiap murid menikmati manfaat
bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan
seiring dengan keperluan akademik.
3.0 PUNCA DASAR 1 MURID 1 SUKAN (1M1S) DIPERKENALKAN
Dasar 1Murid 1Sukan diperkenalkan diwujudkan untuk memberi peluang
kepada semua murid untuk mendapatkan faedah dari penglibatan dalam sukan
khususnya kepada murid yang kurang aktif mahupun yang tidak aktif. Hal ini
Page | 3
-
7/29/2019 1sukan 1 Murid
4/24
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH(TT00603)
2012
kerana mereka berpendapat bahawa aktiviti sukan ini hanyalah satu aktiviti
membuang masa dan adalah lebih baik jika mereka menumpukan sepenuh
perhatian terhadap pencapaian akademik mereka yang lebih menjamin masa
depan. Menurut Lim Yen Yen (1991), faktor utama kurangnya penglibatan pelajardalam aktiviti kokurikulum terutamanya aktiviti sukan adalah kerana mereka tidak
mempunyai semangat kesukanan1. Kebanyakan pelajar tidak berminat untuk
menyertai aktiviti sukan disebabkan kurangnya kepuasan ekoran kurangnya
kemudahan untuk bersukan, peralatan dan sebagainya.
Selain itu, melalui dasar ini, ia dapat memberi peluang kepada semua murid
yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Hal ini turut
disokong oleh Omardin Ashaari (1996) yang menyatakan bahawa salah satu
daripada program sukan di sekolah adalah untuk memberi peluang kepada
seberapa ramai pelajar untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Oleh itu, dalam
perkara ini, pengurusan sukan yang baik dan berkesan melambangkan kepimpinan
yang berwibawa dan berkualiti. Keberkesanan pelaksanaan aktiviti sukan dan
permainan di sekolah bergantung kepada guru yang bertanggungjawab dengan
tugas dan melaksanakan aktiviti itu (Abdul Alim Abdul Rahman,1994). Manakala
Athanasios laios (1995) dalam artikelnya School Verses non school Sports
menyatakan bahawa salah satu keistimewaan sukan di Amerika Syarikat ialah
pelajar atau atlet menunjukkan minat atau dedikasi yang mendalam terhadap
sukan selain daripada pencapaian akademik, pencapaian sukan turut diambil kira
sebagai salah satu kriteria mendapatkan biasiswa seterusnya melanjutkan
pelajaran ke universiti.
Malah, dasar ini juga mampu untuk membangunkan sukan sekolah ke arah
meningkatkan kadar penyertaan murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan
di sekolah. Sukan merupakan medan bagi para pelajar untuk menonjolkan potensi
diri mereka. Sekolah merupakan kilang untuk menghasilkan ramai atlet yang
berpotensi dalam sukan dan seterusnya akan meningkatkan produktiviti negara
disamping dapat mewujudkan kerjasama dalam masyarakat. Mohd Nor Che Noh
(1984) memberi pendapatnya mengenai fungsi sukan. Menurut beliau, sukan
adalah sesuatu yang baik dan guru-guru dan penyelaras sukan bertanggungjawab
1Lim Yen Yen. Remaja Mengabaikan Sukan dlm Dewan Siswa, hlm 19, Jun 1991.
Page | 4
-
7/29/2019 1sukan 1 Murid
5/24
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH(TT00603)
2012
dalam merancang program-program yang dapat membantu pelajar untuk membina
kecergasan fizikal dan kemahiran-kemahiran tertentu disamping menggalakkan
murid-murid mengamalkan gaya hidup sihat. Oleh itu, jika seseorang pelajar itu
tidak aktif dalam sesuatu bidang sukan, sekurang-kurangnya dia menggunakansukan tersebut untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik memandangkan
banyak kes dikalangan para pelajar di negara ini yang mengalami obesiti walaupun
masih dalam umur yang muda. Maka, cara ini dapat menggalakkan mereka untuk
menjaga kesihatan. Hal ini turut disokong oleh Leonard A. De Vries (1996) yang
menyatakan bahawa sukan untuk semua adalah bertujuan untuk mendorong
pelajar-pelajar bermain dan menikmati sukan serta mewujudkan amalan hidup yang
sihat. Walaupun, kemenangan dan kemahiran adalah yang utama dalam dasar ini
namun perkara yang paling penting adalah meningkatkan jumlah penyertaan
pelajar dan mengekalkan seberapa banyak pelajar untuk bermain adalah faktor
yang turut diberi perhatian.
Melalui dasar ini juga, ia dapat memupuk perpaduan kaum dikalangan
pelajar-pelajar sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara ini. Hal ini
kerana melalui penyertaan pelajar di dalam sukan, mereka secara tidak langsung
dapat berinteraksi sesama mereka disamping memupuk semangat setiakawan.
Keistimewaan sukan berbanding dengan aktiviti lain sebagaimana dinyatakan oleh
Vogler dan Schwartz (1993) ialah sifatnya yang membolehkan penyertaan yang
meluas dari pelbagai golongan serta peringkat anggota komuniti tanpa mengira
usia, jantina atau kaum. Nixon dan Frey (1996) yang memetik Stevenson dan Nixon
(1972) menyatakan sukan berfungsi untuk menyatukan ahli masyarakat melalui
perkongsian minat dan komitmen. Interaksi dan hubungan sosial yang terjalin dari
aktiviti sukan memudahkan anggota komuniti melaksanakan kegiatan
kemasyarakatan untuk faedah pembangunan komunitinya. Dalam membahaskan
nilai sosial yang ada pada sukan sehingga ia dapat memainkan peranan yang
penting dalam pembangunan komuniti, Sport England (1999) merujuk kepada
kepelbagaian yang ditawarkan oleh aktiviti sukan sehingga membolehkan setiap
individu dari semua peringkat umur, kaum dan sebagainya dapat menyertainya
mengikut tahap dan kemampuan yang sesuai dengan mereka. Kemampuan sukan
untuk mendapat penyertaan meluas ini memberi potensi besar kepada pengukuhan
Page | 5
-
7/29/2019 1sukan 1 Murid
6/24
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH(TT00603)
2012
perhubungan untuk mencapai penyatuan sosial, iaitu satu aspek penting untuk
membangunkan komuniti.
4.0 KONSEP 1M1S
a. Pembangunan sukan sekolah ke arah meningkatkan kadar penyertaan
murid dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah.
b. Memberikan fokus kepada murid yang tidak aktif dan kurang aktif agar
setiap murid terlibat dalam sekurang-kurangnya satu sukan.
c. Pada masa yang sama, bakat murid yang berpotensi akan digilap dan
dibangunkan lagi tahap yang lebih tinggi.
d. Untuk membangunkan modal insan melalui penyertaan yang
menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang
tahun.
e. Untuk memupuk budaya bersukan dan gaya hidup sihat di kalangan
murid sekolah dan warga sekolah.
f. Memberikan akses kepada semua murid utuk mendapat faedah dari
bersukan.
g. Meningkatkan bilangan murid yang terlibat dalam sukan dengan
memberikan fokus kepada murid yang kurang aktif dan tidak aktif
supaya terlibat dalam sekurang-kurangnya satu sukan.
h. Membangunkan sukan sekolah kea rah meningkat kadar penyertaan
murid sekurang-kurangnya 1 jenis sukan.
i. Menggunakan sukan sebagai platform kepada pengukuhan kurikulum
kebangsaan.
j. Melengkapkan usaha membangunkan sukan untuk kecemerlangan.
Bakat dan potensi murid dikenalpasti, diasuh dan ditingkatkan.
5.0 MATLAMAT 1M1S
Page | 6
-
7/29/2019 1sukan 1 Murid
7/24
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH(TT00603)
2012
a) Untuk membangunkan modal insane melalui penyertaan yang
menyeluruh dari kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang
tahun.
b) Untuk memupuk budaya bersukan dan gaya hidup sihat di kalangan
murid sekolah dan warga sekolah.
6.0 OBJEKTIF DASAR 1M1S
Berhasrat untuk memenuhi objektif-objektif berikut;-
1. Meningkatkan kecergasan jasmani
2. Membentuk sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni
3. memupuk perpaduan di antara kaum
4. membentuk budaya sukan di kalangan murid
5. memenuhi naluri semulajadi murid
6. memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan
fizikal.
7.0 PRINSIP- PRINSIP SATU MURID SATU SUKAN (1M1S)
Dalam melaksanakan dasar 1M1S ini beberapa prinsip haruslah diambil kira
atau pertimbangan oleh pihak kementerian pelajaran dan sekolah. Antara prinsip-
prinsipnya adalah setiap murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah
kesihatan hendaklah diwajidkan untuk mengambil bahagian dalam sekurang-
kurangnya satu jenis sukan. Hal ini kerana, dasar 1M1S ini telah diwajibkan oleh
pihak kementerian pelajaran kepada murid Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah
rendah serta Tingkatan Peralihan. Manakala, di peringkat sekolah menengah pihakkementerian telah mewajibkan dasar ini kepada pelajar Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 6.
Walaubagaimanapun, pihak kementerian juga memberikan galakan atau
tidak menghalang murid pra sekolah hingga tahun 3 untuk menyertai program ini
berdasarkan kemampuan sekolah (SPI Bil. 16/2010 bertarikh 1/12/2010). Prinsip
Page | 7
-
7/29/2019 1sukan 1 Murid
8/24
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH(TT00603)
2012
yang seterusnya adalah, murid boleh menyertai lebih dari satu sukan mengikut
kemampuan dan sukan yang ditawarkan oleh sekolah atau yang dijalankan oleh
pihak lain dengan pengetahuan dan persetujuan daripada pihak sekolah terlebih
dahulu.
Prinsip yang ketiga dan perlu dipertimbangkan ialah, asas kepada 1M1S
adalah merupakan pelaksanaan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
yang berkualiti di sekolah. Manakala, segala sumber untuk mata pelajaran
Pendidikan Jasmani hendaklah diguna sama bagi program 1M1S ini. Prinsip
seterusnya adalah, mengutamakan penglibatan dan penyertaan yang aktif oleh
semua murid dalam aktiviti sukan yang dianjurkan oleh pihak sekolah supaya dapat
membangkitkan semangat kesukanan antara pelajar.
Disamping itu, prinsip ini juga menyatakan bahawa keterlibatan penyertaan
para pelajar dalam sukan adalah merupakan asas kepada perkembangan intelek,
rohani, jasmani dan emosi murid. Hal ini, akan membantu para pelajar dalam
menumpukan perhatian terhadap pembelajaran didalam kelas dan juga membantu
pelajar lebih aktif dalam pergaulan serta menyihatkan tubuh badan dan bagus
untuk kecerdasan minda para pelajar. Selain itu, ibu bapa dan agensi luar dan rakan
sebaya juga turut memainkan peranan penting dalam menjayakan dasar ini iaitu
mereka digalakkan untuk menyumbangkan kepada pembangunan sukan di sekolah.
Sebagai contoh, sentiasa mengahiri jemputan sukan ke sekolah dan mengikuti
acara yang disediakan khas untuk ibu bapa yang hadir. Hal ini, dapat mengeratkan
lagi hubungan antara ibu bapa dan para guru juga akan turut memeriahkan lagi
acara sukan yang dianjurkan itu.
Prinsip seterusnya, setiap sekolah yang sudah cukup mempunyai prasarana,
kemudahan dan peralatan sukan hendalah mengoptimumkan sebaik mungkin
penggunaannya bagi meningkatkan lagi penyertaan aktif setiap murid dalam
kegiatan sukan. Hal ini kerana, apabila peralatan sukan yang tidak mencukupi akan
membuatkan para pelajar untuk tidak berminat dalam menglibatkan diri dalam
sukan permainan. Sebagai contoh, ada sesetengah sekolah tidak mempunyai
kemudahan yang cukup baik seperti tiang dan jaring untuk permainan bola jaring
Page | 8
-
7/29/2019 1sukan 1 Murid
9/24
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH(TT00603)
2012
seperti jaring sudah terkoyak atau tidak ada langsung dan ini akan melemahkan
semangat para pelajar untuk bermain.
Prinsip yang terakhir adalah, pihak sekolah haruslah sentiasa mengutamakan
keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti sukan di sekolah mahupun diluar
kawasan sekolah. Segala prosedur dan langkah-langkah keselamatan hendaklah
dipatuhi oleh pihak sekolah bagi mengelakkan berlakunya sebarang kemalangan
jiwa kepada para pelajar. Sebagai contoh, guru harus memastikan para pelajar tidak
bermain bola sepak apabila waktu hujan lebat bagi mengelakkan diri mereka
disambar petir.
8.0 PENDEKATAN PERLAKSANAAN 1M1S
Bagi memenuhi prinsip-prinsip pelaksanaan 1M1S, setiap sekolah mempunyai
pendekatan dalam melaksanakan program sukan mengikut acuan dan kemampuan
sedia ada. Dengan itu, pelaksanaan 1M1S adalah berdasarkan kepada pendekatan
seperti berikut iaitu segala aktiviti sukan bermaksud melibatkan diri dan mengambil
bahagian secara aktif dalam latihan sukan dan permainan yang di bawah
pengurusan sekolah. Oleh itu, sukan yang ditawarkan dibawah 1M1S hendaklah
berunsurkan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.
Seterusnya adalah, aktiviti sukan di sekolah yang diadakan sepanjang tahun
ialah berdasarkan kepada aktiviti rumah sukan dan kelab sukan. Kejohanan
olahraga sekolah selalunya akan didahului oleh kejohanan merentas desa dan
sukan tara menjadi aktiviti teras sukan di sekolah. Pendekatan seterusnya pula
adalah, mengambil bahagian atau melibatkan diri dalam pertandingan antara
tingkatan, kelas, rumah, dorm asrama, kelab sukan sekolah dan MSSD/ MSSN/
MSSM serta peringkat antarabangsa adalah merupakan aktiviti dalam 1M1S. Di
antara sukan dan permainan yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah adalah
seperti olahraga, merentas desa, marathon, bola sepak, hoki, bola jaring, bola
keranjang, ragbi, squash, sepak takraw, badminton, bola tampar, tenis, pingpong,
kriket, softball, baseball, golf, boling padang, tenping bowling, pentaque, memanah,
menembak, renang, polo air, diving, jimnastik artistic, jimrama dan sebagainya.
Setiap permainan ini adalah bergantung kepada kemudahan yang ada di sekolah
tersebut untuk mewujudkannya.
Page | 9
-
7/29/2019 1sukan 1 Murid
10/24
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH(TT00603)
2012
9.0 STRATEGI PELAKSANAAN 1M1S
Dalam Dasar 1M1S, pihak sekolah boleh mengunakan beberapa strategi
berikut bergantung kepada kemudahan dan prasarana yang telah sedia ada di
sekolah.Antara saranan strategi tersebut ialah yang pertama setiap sekolah harus
melaksanakan tinjauan untuk mengenal pasti minat murid dalam jenis sukan
tertentu.Kedua, sekolah juga harus melaksanakan tinjaun untuk mengenal pasti
minat dan kemahiran guru dalam sukan yang dikendalikan tersebut.
Selain itu,semua sukan dan permainan yang hendak ditawarkan samada dalam
atau luar sekolah dibawah Kelab Sukan dan Permainan haruslah dikenalpasti
terlebih dahulu. Tinjauan terhadap kemudahan sukan di dalam dan luar
sekolah yang boleh dimanfaatkan oleh murid harus dititikberatkan begitu juga
dengan takwim tahunan program sukan sekolah. Guru-guru juga harus merancang
dan melaksanakan aktiviti berdasarkan Modul Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat
Kelab Sukan Sekolah yang boleh di muat turun melalui laman web KPM. Disamping
itu juga, penyediaan prasaran, kemudahan asas dan peralatan untuk menjalankan
aktiviti di bawah program sukan sekolah atau memilih lokasi di luar sekolah
haruslah sesuai dan selamat. Penglibatan masyarakat, pihak swasta atau agensi
luar dalam melaksanakan program sukan sekolah haruslah di amik kira dan di
pandang positif oleh pihak sekolah. Penghargaan dan pengiktirafan kepada murid
dan guru juga harus diberikan supaya dapat meningkatkan prestasi murid dan guru
serta dapat menjadi contoh kepada masyarakat.
10.0 FAKTOR KEARAH KEJAYAAN 1M1S
10.1 SUMBER.
a) Buku Panduan Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan
Page | 10
-
7/29/2019 1sukan 1 Murid
11/24
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH(TT00603)
2012
Bagi melaksanakana dasarkan ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
mengeluarkan sebuah buku panduan kepada guru-guru di sekolah bagi
melakasanakan dasar tersebut. Buku panduan ini bukan sahaja sebagai
panduan atau rujukan guru-guru di sekolah malah ia juga menjadi rujukan ibubapa dan murid yang mana masih tidak memahami dasar yang telah
diketengahkan oleh kerajaan. Oleh itu, buku panduan yang dikeluarkan telah
di muat naik (upload) ke dalam internet supaya semua peringkat yang
dimaksudkan tadi dapat memuat turun (download) seterusnya memhami
dasar tersebut. Dengan cara tersebut, semua peringkat akan memahami
Dasar 1 Murid 1 Sukan (1M1S) membolehkan kejayaan dasar yang
diketengahkan boleh dicapai.
b) Buku Panduan Pengurusan Olahraga Di Sekolah
Selain Panduan Pelaksanaan Dasar 1 Murid 1 Sukan, Kementerian Pelajaran
Malaysia di bawah unit sukan turut menyediakan buku panduan Olahraga di
sekolah dan diedarkan keseluruh sekolah yang terdapat di Malaysia. Tujuan
buku panduan ini diterbitkan adalah untuk member panduan kepada guru-
guru dalam melaksanakan kan Dasar 1 Murid 1 Sukan walaupun di sekolah
tersebut tidak terdapat kemudahan sukan yang lengkap. Justeru itu, sukan
olahraga yang tidak memerlukan peralatan dapat dilaksanakan denganjayanya. Dengan adanya sukan olahraga membolehkan semua pelajar
terlibat tanpa mengira bangsa dan agama. Selain itu juga, buku panduan ini
membolehkan para guru menganjurkan kejohanan olahraga mengikut
peraturan sebenar atau standart yang telah ditetapkan oleh Persatuan
Olahraga Kebangsaan.
c) Manual Latihan Sukan Untuk Guru Penasihat Sukan
Dengan adanya manual latihan sukan untuk guru penasihat sukan akanmembolehkan dasar yang diwujudkan menampakkan kejayaan. Manual
latihan sukan ini menyediakan 10 jenis modul iaitu manual latihan Sepak
Takraw Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Ping Pong Sekolah Rendah
dan Sekolah Menengah, Olahraga Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah,
Hoki Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Bola Tampar Sekolah Rendah
Page | 11
-
7/29/2019 1sukan 1 Murid
12/24
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH(TT00603)
2012
dan Sekolah Menengah, Bola Sepak Sekolah dan Sekolah Menengah, Bola
Keranjang Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, Bola Jaring Sekolah
Rendah dan Sekolah Menengah, Bola Baling Sekolah Rendah dan Sekolah
Menengah, Badminton Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah dan 1 modulbagi murid keperluan khas. Manual diwujudkan supaya membantu guru-guru
sukan supaya dapat membimbing murid-murid dalam bidang sukan yang
mereka ceburi. Bagi melaksanakan dasarkan ini secapat mungkin,guru-guru
sukan boleh mendapatkan semua modul-modul yang dikeluarkan oleh
kementerian melalui laman rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.
10.2 TENAGA PENGAJAR
a) Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Sukan
Dalam menjayakan dasar ini, kementerian telah melantik 6 Institut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Sukan di seluruh Malaysia bagi melatih guru
pelatih sama ada bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) atau Program
Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Dengan latihan secukupnya
diberikan kepada guru pelatih ketika di institute berkenaan membolehkan
tenaga pengajar yang dibekalkan kepada sekolah-sekolah nanti akan lebih
mantap dari segi penguasan teori mahupun teknikal.
b) Latihan Dalam Perkhidmatan
Selain itu, kejayaan dasar 1 Murid 1 Sukan juga turut boleh dicapai dengan
tenaga pengajar yang mencukupi. Oleh itu, kementerian juga turut melatih
guru-guru sebagai jurulatih sukan menerusi Kursus Dalam Perkhidmatan
(KDP). Kursus ini diadakan ketika waktu cuti hujung minggu atau sewaktu cuti
sekolah. Ia bertujuan memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran guru-
guru yang sedia ada di sekolah. Usaha sama antara Kementerian Pelajaran
Malaysia dengn Kementerian Pelajaran Tinggi juga dilaksanakan bagi melatihguru-guru yang sedang berkhidmat bagi mendapat latihan sukan di institut
pengajian awam. Dengan itu, pengetahuan dan kemahiran guru-guru
tersebut akan meningkat. Seterusnya, kementerian juga bercadang supaya
jawatan jurulatih sukan diwujudkan sebagai satu kerjaya baru di sekolah. Ini
merupakan satu langkah kementerian supaya dengan wujudnya jawatan
Page | 12
-
7/29/2019 1sukan 1 Murid
13/24
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH(TT00603)
2012
jurulatih sukan di sekolah akan dapat membimbing guru-guru yang ada dari
segi pengetahuan dan pelaksanaan sebarang aktiviti sukan yang hendak
dilaksanakan.
10. 3KEMUDAHAN DAN PRASARANA SUKAN
Untuk menjayakan dasar 1 Murid 1 Sukan, kerajaan perlu menaiktarafkan
kemudahan dan prasarana sukan di Malaysia. Hal ini kerana, kemudahan dan
prasarana sukan seperti padang, peralatan bersukan dan sebagainya perlu
berada di dalam keadaan yang baik dan teratur bagi membolehkan murid
menggunakan peralatan dan padang tersebut untuk melakukan aktiviti
sukan. Pada masa kini, kebanyakan sekolah tidak mempunyai padang yang
baik dan ada sesetengah sekolah mempunyai padang yang kecil khususnya
di sekolah-sekolah di kawasan luar bandar. Sekolah-sekolah sebegini
terpaksa bergantung dengan padang atau stadium yang terletak di luar
kawasan sekolah bagi menjayakan aktiviti sukan seperti Sukan Tahunan dan
sebagainya. Selain itu juga, sekolah turut menghadapi masalah dengan
peralatan permainan yang tidak bersesuaian dan ada juga yang tidak beradadi dalam keadaan yang sempurna. Keadaan ini akan menjejaskan kegiatan
sukan di kalangan murid disebabkan kesukaran untuk mendapatkan tempat
dan peralatan untuk melaksanakan aktiviti sukan tersebut.
Lantaran daripada itu, sekolah terpaksa memohon peruntukan
daripada pihak kementerian untuk membina padang dan menyediakan
Page | 13
Gambar 2: Peralatan Sukan di SekolahGambar 1: Padang Sekolah
-
7/29/2019 1sukan 1 Murid
14/24
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH(TT00603)
2012
peralatan untuk bersukan di sekolah mereka. Dalam keadaan ini, kerajaan
boleh membantu menjayakan dasar 1 Murid 1 Sukan tersebut dengan
memberikan tambahan peruntukan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia
untuk membina padang permainan di sekolah-sekolah yang tidak mempunyaipadang permainan ataupun memiliki saiz padang yang kecil dan juga
menyediakan jumlah peralatan permainan yang mencukupi kepada murid
sekolah. Ini akan menggalakkan penglibatan murid yang berkesan di dalam
menjayakan dasar ini kerana padang dan peralatan bersukan merupakan
salah satu elemen penting di dalam melakukan aktiviti bersukan. Dengan
penambahan peruntukan daripada Kementerian tersebut, ini akan
menjayakan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan tersebut baru-baru ini.
10.4 PERUBAHAN MINDA
Dalam melahirkan murid yang cemerlang bukan sahaja di dalam pelajaran
tetapi juga di dalam kegiatan kokurikulum, perubahan minda bukan sahaja di
kalangan murid malah ibu bapa dan guru juga perlu dilakukan dimana guru
dan ibu bapa khususnya perlu menyedari bahawa kegiatan kokurikulum
sangat penting di dalam mencergaskan minda pelajar selain melahirkan
murid yang sihat dan bertenaga untuk menjalani proses pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini kerana, badan yang sihat akan membolehkan murid
menumpukan perhatian kepada pelajaran mereka di dalam kelas. Justeru itu,
guru dan ibu bapa perlu memberikan perhatian kepada aspek kokurikulum
dan bukannya kurikulum semata-mata.
Page | 14
Gambar 3: Pakaian Sukan di Sekolah
-
7/29/2019 1sukan 1 Murid
15/24
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH(TT00603)
2012
Dalam pada itu, bagi memperkenalkan dasar 1 Murid 1 Sukan, pihak
sekolah mewakili pihak kementerian perlu memberikan taklimat awal
mengenai Dasar 1 Murid 1 Sukan ini di mana di dalam taklimat ini, pihak
sekolah perlu menjelaskan mengenai objektif pelaksanaan dasar ini kepadamurid, guru dan juga ibu bapa bagi mengelakkan salah faham timbul di
kalangan mereka. Selain itu juga, pihak sekolah juga perlu memberi
penerangan mengenai misi dan tujuan pelaksanaaan dasar tersebut. Ini akan
membolehkan penyebaran maklumat mengenai dasar yang dijalankan ini
dilakukan secara menyeluruh dengan adanya taklimat sebegini. Taklimat ini
boleh diadakan sewaktu mesyuarat tahunan yang dijalankan disekolah pada
setiap tahun sebagai contoh.
Selain daripada itu juga, penstrukturan semula Bahagian Sukan, Seni
dan Kokurikulum perlu dibuat untuk membolehkan sistem pengurusan sukan
di sekolah boleh dilakukan secara sistematik dan tersusun. Hal ini kerana,
dengan adanya organisasi yang terancang akan membolehkan aktiviti sukan
dapat di susun dengan terancang dan juga sistematik. Selain daripada itu
juga, penghebahan mengenai surat siaran pekeliling pakaian sukan sekolah
perlu disebarkan kepada semua guru di sekolah bagi memberikan kebenaran
untuk membolehkan murid memakai baju sukan sewaktu berada di sekolah
dan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
10.5 INSENTIF UNTUK MURID DAN GURU.
a. Penilaian markah wajib bagi aktiviti sukan
Penilaian markah wajib bagi aktiviti sukan adalah bertujuan untuk
menghasilkan maklumbalas secara langsung yang menjadi input kepada
usaha penambahbaikan aktiviti yang dijalankan serta bagi meningkatkan
penglibatan dan pencapaian murid. Penilaian markah bagi aktiviti sukanadalah berasaskan kepada kehadiran serta penyertaan secara aktif setiap
murid dalam aktviti di bawah Program Sukan Sekolah. Selain itu, tumpuan
juga diberi kepada kehadiran dan penyertaan murid dalam aktiviti Kelab
Sukan/Permainan. Penilaian aktiviti sukan juga akan dijalankan secara
berperingkat.
Page | 15
-
7/29/2019 1sukan 1 Murid
16/24
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH(TT00603)
2012
Aspekaspek penilaian adalah seperti berikut :
ASPEK PENILAIAN PERATUS MARKAHKehadiran 50Jawatan Disandang 10Penglibatan 20Pencapaian 20JUMLAH 100
Pengenalan kepada sistem merit dikalangan pelajar, misalnya setiap kali
pelajar mengikuti aktiviti sukan akan diberikan merit. Pada akhir tahun,
pelajar yang mempunyai merit tertinggi akan menerima anugerah. Hal ini
sekaligus dapat merangsang minat murid untuk menceburkan diri dalamaktiviti sukan. Anugerah juga akan diberikan kepada murid yang cemerlang
dalam pencapaian sukan mereka.
b) Penilaian untuk guru
Penilaian untuk guru khususnya guru sukan juga dijalankan yang mana setiapguru yang terlibat dalam menguruskan sesuatu aktiviti sukan sama ada di
peringkat sekolah, daerah, negeri mahupun ke peringkat kebangsaan akan
diberikan insentif atau anugerah sebagai penghargaan atas usaha dan
khidmat mereka. Dengan cara ini, guru akan rasa lebih dihargai dan
bersemangat dalam menjalankan tugas mereka.
Page | 16
-
7/29/2019 1sukan 1 Murid
17/24
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH(TT00603)
2012
10.6 JARINGAN KERJASAMA
Antara faktor lain yang menjadi faktor kepada kejayaan 1 murid 1 sukan ini
ialah dengan adanya jaringan kerjasama daripada pelbagai kementerian
seperti Kementerian Belia dan Sukan & Majlis Sukan Negara, Kementerian
Perumahan Dan Kerajaan Tempatan, Kementerian Pengajian Tinggi dan
Kementerian Pelancongan. Dengan adanya jaringan kerjasama ini, segala
kemudahan dan peruntukan untuk menjayakan sesuatu aktiviti sukan akan
mudah dilaksanakan.
Misalnya, Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia yang berlangsung
pada 2 julai 2011 di seluruh negara yang berjaya mencipta rekod Malaysia
Book of Records (MBOR) sebagai larian terbesar yang disertai oleh 4,137,126
pelajar daripada 9,980 buah sekolah adalah hasil daripada jaringan
Page | 17
-
7/29/2019 1sukan 1 Murid
18/24
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH(TT00603)
2012
kerjasama Kementerian Belia dan Sukan & Majlis Sukan Negara serta
beberapa lagi kementerian lain.
11.0 KEBAIKAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN (1M1S)
Terdapat pelbagai kebaikan Dasar Satu Murid Satu Sukan. Antaranya ialah
berupaya membangunkan modal insan melalui penyertaan yang menyeluruh dari
kalangan murid dalam kegiatan sukan sepanjang tahun. Hala tuju dasar pendidikan
negara kita amat jelas iaitu melahirkan modal insan yang bersahsiah unggul dan
berperibadian mulia. Oleh itu, 1M1S secara tidak langsung dapat membentuk
sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai murni dalam kalangan murid-murid di sekolah.
Dasar ini bertujuan untuk membangunkan sukan sekolah ke arah meningkatkan
kadar penyertaan murid sekurang-kurangnya satu jenis sukan di sekolah. Setiap
murid berkeperluan khas yang tidak mengalami masalah kesihatan hendaklah wajib
mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan. Dasar Satu Murid
Satu Sukan adalah diwajibkan untuk murid Tahun 4 hingga Tahun 6 di sekolah
rendah serta Tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di sekolah
menengah. Walaubagaimanapun murid Pra Sekolah hingga Tahun 3 digalakkan
menyertai program ini berdasarkan kemampuan sekolah. Hal ini demikian kerana
kerajaan mahu membina dan menjana modal insan yang berguna kepada bangsa
dan negara melalui sukan.
Selain itu, Dasar Satu Murid Satu Sukan dapat memupuk budaya bersukan
dikalangan murid sekolah agar menjadi ahli masyarakat yang mengamalkan gaya
hidup sihat dan cergas. Aktiviti bersukan berupaya meningkatkan kecergasan
jasmani seseorang dan memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti fizikal. Hal
ini demikian kerana kerajaan sedar semakin ramai rakyat Malaysia yang
mengabaikan sukan dalam kehidupan lantaran terlalu sibuk dengan urusan
seharian. Akibatnya, bilangan rakyat Malaysia yang mengidap masalah kegemukan
dan obesiti semakin meningkat saban tahun. Senario ini amat merugikan kerana
golongan ini biasanya tidak aktif dan mengidap pelbagai penyakit yang berbahaya
kepada diri sendiri. Oleh sebab itu, tindakan kerajaan memperkenalkan Dasar Satu
Murid Satu Sukan memang tepat pada masanya dalam usaha membentuk
masyarakat Malaysia yang cergas dan cerdas sepanjang masa.
Page | 18
-
7/29/2019 1sukan 1 Murid
19/24
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH(TT00603)
2012
Di samping itu, Dasar Satu Murid Satu Sukan berupaya memupuk perpaduan
antara kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia. Perpaduan
merupakan kunci kejayaan Malaysia hingga dikenali di peringkat antarabangsa.
Kerajaan sedar bahawa rakyat tidak harus alpa dengan kepentingan perpaduanuntuk membina sebuah negara Malaysia yang berjaya dan harmoni. Indikator
terbaik ke arah itu ialah melalui sukan. Semangat kerjasama dan tolenrasi amatlah
penting dalam menjayakan sesuatu aktiviti sukan. Semua ahli sukan mesti bersatu
padu untuk menjadi juara tanpa mengira warna kulit, bangsa dan agama. Rakyat
pelbagai kaum akan dipertemukan dan bergaul sesama mereka semasa menjalani
aktiviti sukan. Dengan ini mereka akan memahami budaya dan cara hidup kaum
lain. Ini membuktikan Dasar satu murid satu sukan amatlah penting untuk
memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Antara kebaikan yang lain ialah Dasar Satu Murid Satu Sukan dapat
memberikan keseimbangan antara keperluan akademik dengan keperluan fizikal.
Dasar ini boleh memberikan akses kepada semua murid mendapatkan faedah
daripada penglibatan dalam sukan khususnya kepada murid yang kurang atau tidak
aktif. Murid-murid pada zaman ini lebih cenderung menjadi ulat buku kerana
terlalu mementingkan kecemerlangan dalam bidang akademik. Mereka
beranggapan aktiviti sukan hanyalah membuang masa mereka sahaja. Masa yang
ada diisi dengan mengikuti kelas-kelas tuisyen di luar sekolah demi memastikan diri
mereka mampu bersaing dengan rakan-rakan dalam bidang akademik. Selain itu
mereka juga lebih suka melayari internet dan berinteraksi dengan kawan-kawan
melalui laman web sosial apabila ada masa lapang daripada turun ke padang dan
gelanggang untuk bersukan.
Akhir sekali, Dasar Satu Murid Satu Sukan berupaya mewujudkan landasan ke
arah kecemerlangan sukan. Dasar ini memberikan peluang kepada semua murid
yang berbakat dan berpotensi untuk digilap ke tahap yang lebih tinggi. Murid boleh
menyertai lebih dari satu sukan mengikut kemampuan dan sukan yang ditawarkan
oleh sekolah atau yang dijalankan dengan pengetahuan dan persetujuan pihak
sekolah. Pada masa ini, sukan merupakan salah satu aktiviti penting. Ahli-ahli sukan
yang Berjaya akan dikenali di seluruh dunia. Mereka disanjung dan dipuja serta
mampu meraih pendapatan berjuta-juta ringgit. Mereka bukan sahaja mampu
Page | 19
-
7/29/2019 1sukan 1 Murid
20/24
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH(TT00603)
2012
menyumbang kepada pendapatan negara malahan menjadi duta kecil untuk
menaikan imej negara di persada antarabangsa. Kejayaan beberapa ahli sukan
negara kita seperti Datuk Nicol Ann David, Datuk Chong Wee dan sebagainya dalam
bidang sukan seharusnya diteruskan.
12.0 KEBURUKAN DAN KELEMAHAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN
(1M1S)
Asas kepada pengukur kejayaan seseorang individu di Malaysia adalah
berdasarkan kepada kecemerlangan akademik. Sebahagian besar masyarakat di
Malaysia lebih mentingkan prestasi akademik yang cemerlang agar memperoleh
status yang lebih berprestij. Mengikut Falsafah Pendidikan, pendidikan adalah
bertujuan untuk memperkembangkan potensi individu yang merangkumi aspek
jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERIS). Walaupun terbukti nilai-nilai positif dalam
kegiatan sukan dan rekreasi, kebimbangan terhadap gangguan prestasi akademik
masih tetap wujud.
Dasar satu murid satu sukan yang dilancarkan oleh kerajaan memberikan
banyak maklumbalas yang positif dan tidak kurang juga yang negatif. Masyarakat
Malaysia berpendapat penglibatan murid secara aktif terutamanya dalam bidang
sukan ini akan memberi kesan yang negatif ke atas prestasi akademik mereka.
Segelintir masyarakat berpendapat bahawa pelajar yang aktif bersukan tidak
mempunyai masa yang cukup untuk mengulangkaji pelajaran. Prestasi akademikyang merosot sering dikaitkan dengan kegiatan sukan yang diceburinya. Kegagalan
dalam bidang pelajarann selalunya dirujuk kepada kepada masa yang banyak
dihabiskan untuk bersukan dan melakukan kegiatan riadah seperti aktiviti rekreasi.
Pandangan sebegini seringkali kedengaran terutamanya dari pihak ibu bapa
ataupun masyarakat sekeliling. Banyak kajian yang dijalankan terhadap dasar satu
Page | 20
-
7/29/2019 1sukan 1 Murid
21/24
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH(TT00603)
2012
murid satu sukan ini dan didapati bahawa penglibatan dalam sukan dan aktiviti
gerak kerja kokurikulum yang lain tidak menjejaskan prestasi akademik asalkan
mereka tahu mengagihkan masa untuk bersukan dan untuk akademik.
Selain itu juga terdapat beberapa kajian yang dilakukan mendapati
pencapaian akademik pelajar yang aktif bersukan adalah lebih rendah berbanding
dengan pelajar yang tidak aktif bersukan walaupun tahap kecerdasan adalah sama.
Mengikut beberapa kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa pelajar-pelajar
sekolah menengah menghargai aktiviti kokurikulum lebih dari kerja akademik
mereka. Ini menunjukkan dasar satu murid satu sukan akan lebih berjaya jika
dilaksanakan secara berkesan di peringkat sekolah menengah. Kajian juga
menunjukkan bahawa penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang sukan
mendatangkan implikasi yang negatif terhadap pencapaian akademik mereka.
Terdapat beberapa faktor lain yang terlalu personal seperti pengaruh keluarga,
sikap, suasana pembelajaran di rumah, pengaruh rakan sebaya, pengaruh
pensyarah atau guru, kaedah pengajaran dan pembelajaran, minat dan aspirasi
pelajar itu sendiri. Kesimpulannya, ini telah menunjukkan bahawa dasar satu murid
satu sukan ini sebenarnya tidak mendatangkan banyak kesan yang negatif. Malah,
ia sebenarnya banyak bergantung kepada diri pelajar itu sendiri untuk
membahagikan masa antara sukan dan akademik.
Selain itu juga, kelemahan dasar ini juga wujud dalam kalangan pelajar dan
guru sekolah itu sendiri. Ramai pelajar yang beranggapan kegiatan kokurikulum ini
tidak penting dan banyak membuang masa. Halangan penglibatan pelajar dalam
kegiatan kokurikulum dibebankan lagi dengan pengendalian program-program yang
tidak sempurna. Contohnya, terdapat aktiviti pada hari kokurikulum hanya
dikendalikan oleh kumpulan pelajar yang sesemangnya kurang berpengalaman
tanpa pemantauan dari guru yang terlibat. Kesannya pelajar tidak berminat untuk
melibatkan diri dan tidak mempunyai semangat kesukanan. Mereka menganggap
pelajaran adalah lebih penting berbanding sukan, kerana kecemerlangan akademik
menjamin masa depan yang cerah. Terdapat juga guru-guru sekolah yang
memberikan alasan untuk tidak bergiat dalam aktiviti kokurikulum ini apabila
mereka mersakan bahawa aktiviti kokurikulum ini membuang masa pelajar, guru
tinggal jauh dari sekolah dan terlalu banyak tanggunggjawab. Kebanyakan guru
Page | 21
-
7/29/2019 1sukan 1 Murid
22/24
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH(TT00603)
2012
yang mengendalikan kegiatan kokurikulum ini juga kurang pengetahuan dan
kemahiran dalam bidang yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.
13.0 PENUTUP
Hasrat bagi pembangunan jasmani murid telah diterjemahkan melalui dasar 1M1S.
Perlaksanaan dasar Satu Muris Satu Sukan (1M1S) ini adalah sangat baik sekalidemi menerapkan semangat cintakan sukan dalam diri para pelajar kita. Hal ini
kerana, dasar ini telah mewajibkan kepada seorang pelajar untuk menyertai atau
melibatkan dalam satu sukan dan dalam kata lain dasar ini melibatkan semua
murid dalam semua sukan. Namun, terdapat juga pengecualian untuk pelajar yang
mengalami masalah kesihatan. Tetapi para pelajar yang mengalami masalah
kesihatan boleh menyertai aktiviti sukan yang lebih ringan seperti bowling padang
dan sebagainya. Penglibatan para pelajar dalam sukan member peluang kepada
murid menguasai aspek kemahiran dan pengetahuan dalam sukan melaluipendekatan yang berasaskan learning through play.
Perlaksanaan ini juga dapat membawa kebaikan kepada semua pelajar
kerana semua pelajar dapat menyertai dalam anjuran sukan yang dianjurkan oleh
pihak sekolah. Pelaksaan dasar 1M1S juga bukan sahaja dapat mengilapkan bakat
murid malah dapat juga memupuk modal insan dalam diri pelajar serta membantu
Page | 22
-
7/29/2019 1sukan 1 Murid
23/24
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH(TT00603)
2012
membantu mereka dalam bersosial atau berkawan. Dasar ini juga turut akan
menyumbangkan kepada penggalakan pertandingan yang sihat, semangat
kefahaman, toleransi dan meningkatkan nilai moral dan fizikal yang memberikan
satu landasan yang betul dalam mengintegrasikan pelbagai kumpulan etnik kepadasatu bangsa yang bersatu padu serta memupuk semangat akan cintakan negara.
Seterusnya, dasar ini juga akan menjadi tunjang kepada sukan di sekolah
dalam merealisasikan perlaksanaan Sukan untuk Semua dan Sukan untuk
Kecemerlangan di sekolah. Slogan Sukan untuk Semua dan Sukan untuk
Kecemerlangan di sekolah adalah merupakan inisiatif yang menyokong kearah
pembangunan modal insan yang sihat dan cergas sebagai matlamat jangka
panjang.
Justeru, penglibatan dan kerjasama dari semua pihak adalah harus bagi
menjayakan dasar ini disekolah. Hal ini kerana, kerajaan mahu melahirkan pelajar
yang bukan sahaja bijak dalam pelajaran tetapi bijak juga dalam bersukan serta
melahirkan pelajar yang sihat tubuh badan dan minda juga dapat melahirkan atlit
untuk negara dalam mengaharumkan nama sekolah dan juga negara dipersada
dunia.
RUJUKAN
Abdul Alim abdul Rahim. 1994. Pengurusan Kokum. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Kuala Lumpur.
Bahagian Sukan. Kementerian Pelajaran Malaysia. Putrajaya. 2011. Buku Panduan
Pelaksanaan Dasar Satu Murid Satu Sukan (1M 1S). Perpustakaan Negara
Malaysia .
De. Vries Leonard A. The Role of Education, School Sports and Community in
Malaysian Sports. Konvensyen Sukan Kebangsaan. 11-13 April. Langkawi.
Kedah.
Page | 23
-
7/29/2019 1sukan 1 Murid
24/24
PENGURUSAN DAN PENGELOLAAN KOKURIKULUM SEKOLAH(TT00603)
2012
Laios A. 1995. School Versus Non-school Sports. International Journal of Educational
Management. Vol 9 no.1. 4.9.
Lim Yen Yen. Jun 1991. Remaja Mengabaikan Sukan dalam Dewan Siswa.
Mohamed Nor Che Noh.1996. The Role of Sports For All Malaysian Sports.
Konvensyen Sukan Kebangsaan. 11-13 April. Langkawi. Kedah.
Omardin Ashaari. 1996. Pengurusan Sekolah Satu Panduan Lengkap. Utusan
Publication and Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Zaini bin Arshad. 2003. Sukan Massa sebagai Mekanisme Pembangunan Komuniti:
Satu Kajian Kes Mengenai Pemahaman dan Pendekatan. UPM. Selangor. Tesis.
Page | 24