197214407-SOALAN-BMM3111

download 197214407-SOALAN-BMM3111

of 10

description

semantik

Transcript of 197214407-SOALAN-BMM3111

RABIATUL ADAWIYAH

Soalan Latihan.. (Bmm 3111)

Huraikan tiga prinsip pembentukan istilah

Memilih perkataan atau istilah yang terdapat dalam bm atau dialek

Kata tersebut tepat, memberi makna, konsep, proses,keadaan ciri yang dimaksudkan.

kata yang dipilih yang paling singkat,contohnya hospital dan rumah sakit maka yang dipilih ialah hospital kerana lebih singkat

kata yang dipilih tidak mempunyai konotasi atau sumbang

memilih perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bm

jika tidak terdapat istilah dalam bm dan bahasa serumpun maka akan diambil istilah drpd bhs asing

keutamaan diberi kepada istilah dalam bi terlebih dahulu. Jika istilah bi tiada maka akan diambil daripada bahasa asing yg lain seperti bahasa Tamil, cina, arab

penulisan istilah pinjaman keutamaannya ditulis dalam bentuk ejaan dalam bahasa sumber dan penyebutannya mengikut sistem bunyi bm

pembentukan istilah dalam BM melalui pelbagai proses antaranya termasuklah proses pengimbuhan, penggabungan , proses analogi bentuk

a. huraikan dua daripada proses perubahan istilah tersebut dengan contoh yang sesuai

-

b.

soalan 30 september 2013

hubungan semantik dengan sejarah

bermaksud sesuatu itu mempunyai sejarah yang tersendiri contohnya perkataan syurga daripada bahasa sanskrit.

Makna sesuatu perkataan itu mungkin kekal, berkembang, menyempit atau menghilang,contohnya berkhalwat

Sejarah bahasa mengambil kira semua makna yang lama dan yang baru masuk ke dalam bahasa tersebut dan direkodkan dalam kamus contoh perkataan istirahat sudah jarang digunakan yang bermaksud berehat.

Hubungan semantik dengan linguistik

Ahli bahasa berpendapat bahawa makna unsur pertama dalam perkataan atau ayat ,contoh

Ayat 1

saya suka akan baju ini

saya suka akan baju yang ini.

Makna ayat saya suka akan baju ini hanya menyatakan suka akan baju ini manakala ayat dua menyatakan makna yang tegas ,penutur hanya suka akan baju ini dan tidak yang lain.

Ada pula ahli bahasa yang menganggap bahawa makna telah wujud dalam otak penutur yakni perkataan yang akan diucapkan.

Contoh,

kamu jangan pergi , jangan pergi

ayat 1 : maksud

ayat 2-maksud ayat yang diujarkan dengan maksud yang tegas.

Suatu ayat atau ujaran tidak gramatis jika tidak mempunyai makna yang lengkap. Contoh

Burung terbang tinggi ayat ini tidak gramatis kerana maknanya terlalu umum iaitu membawa maksud semua burung mesti terbang tinggi

Soalan makna

sinonim bermaksud kata seerti yakni sesuatu kata itu dianggap sinonim bagi sesuatu kata yang lain jika kedua-duanya mempunyai maksud yang sama. Contoh : bapa=ayah, ibu=emak

antonim bermaksud bermaksud kata yang bertentangan yakni sesuatu kata itu dianggap antonim bagi sesuatu kata yang lain dan kedua-duanya membawa maksud yang lain. Contoh : bapa=ibu,

hubungan makna dengan makna

hubungan dari segi jenis

-meranti-kayu, mawar-bunga

hubungan dari segi sebab dan akibat

-luka-sakit, makan-kenyang,bekerja-penat

Hubungan dari segi sosial

-ketawa-gembira,muram-sedih,kuyu-mengantuk,segar-sihat

Hubungan dari segi tujuan

-usaha-kejayaan,bekerja-kepuasan,mengembara-pengalaman,rehat-ketenangan

Hubungan dari segi simbol

-biru-perpaduan,kuning-kedaulatan

Soalan esei

1. Konsep makna telah menjadi perbincangan ahli bahasa sejak sekian lama dan telah menimbulkan pelbagai tanggapan tentangnya kerana makna merupakan konsep yang mujarad, yang tidak dapat dilihat, tidak dapat dipegang atau tidak dapat dirasai.

Berdasarkan pernyataan ini, huraikan permasalahan yang mungkin dihadapi oleh guru dalam pengajaran aspek makna BM.

Kekeliruan makna boleh berlaku dalam beberapa peringkat iaitu peringkat sintaksis dan morfologi.

Pada peringkat sintaksis, ada ayat yang kabur maknanya. Contoh, pelajar rajin. Ayat ini tidak jelas maksudnya kerana bukan semua pelajar rajin.

Masalah kepelbagaian makna bagi satu ayat jika diujarkan dengan intonasi yang tertentu. Contoh:

i. ibu Aminah meninggal dunia. (ibu Aminah yang meninggal dunia)

ii. ibu, Aminah meninggal dunia. (Aminah yang meninggal dunia)

Perubahan makna bagi kedua-dua ayat di atas berdasarkan intonasi ujaran.

Imbuhan juga mengelirukan kerana setiap imbuhan mempunyai fungsi nahu dan makna yang tersendiri. Contoh :

Kata dasarKata kerja terbitanKata nama terbitan

salinBersalin/menyalinSalinan/persalinan

Berlaku kekeliruan makna bagi kata yang bersifat homofon yakni kata yang sama bunyinya tetapi berbeza makna dan ejaan. Contoh : perkataan bang bermaksud abang sama bunyinya dengan bank yang bermaksud institusi kewangan.

Kekeliruan makna bagi kata yang homograf yakni yang sama ejaan tetapi berlainan bunyinya dan maksud. Contoh : semak-semak, perang-perang (berkelahi dan warna), sepak-sepak(menendang dan juga menampar)

2. Peribahasa ialah susunan kata yang dipilih khas, kemas, ringkas, mempunyai makna yang tertentu, mengandungi teladan dan pengajaran. Masyarakat Melayu lama dapat menggambarkan perasaan, tindak tanduk, kegemaran, kebencian dan cara berfikir melalui peribahasa.

Pilih lima jenis peribahasa yang sesuai dan analisis dari sudut tujuan, fungsi, dan makna secara tersurat dan tersirat.

Perumpamaan- peribahasa berlapis yang mengandungi makna tersurat dan tersirat. Didahului dengan kata bak, ibarat, bagai, laksana, macam, seperti, dan umpama. Contoh, bagai tikus jatuh ke beras(orang yang mendapat rezeki yang melimpah ruah).

Pepatah tergolong dalam peribahasa yang bererti selapis, mempunyai sifat yang bernas, memberatkan sifat ringkas, dan bijak susunan katanya. Contoh : air beriak tanda tak dalam, malu bertanya sesat berjalan, alah bisa tegal biasa.

Bidalan selapis, mengandungi unsur nasihat, biasa ditandai dengan penggunaan kata-kata biar, jangan. Biasanya terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian pertama menyatakan maksud dan bahagian kedua menyatakan ialah bagi pematah bagi maksud tersebut. Bidalan juga mengandungi pernyataan pada bahagian awalnya diikuti pelengkap pada bahagian yang menyusulnya. Contoh : biar lambat, asalkan selamat. Tak akan lari gunung yang dikejar. Ikutlah resmi padi,semakin tinggi semakin menunjuk. Biar mai anak jangan mati adat. Ada padi semua kerja menjadi.

Kata-kata hikmah/perbilangan diucapkan oleh orang yang bijaksana, berfungsi sebagai panduan hidup dan menjadi percakapan umum. Contoh, semakin kita belajar semakin banyak kita mengenal kebodohan kita. Jangan dipandang orang yang berkat, pandang apa yang dikata. Bertangguh itu pencuri masa. Bersatu teguh bercerai roboh.

Simpulan bahasa rangkaian kata yang telah tetap tersimpul dengan susunan khas, bentuk simpulan bahasa ringkas dan kebanyakannya terdiri daripada dua patah perkataan sahaja. Mempunyai makna berlapis iaitu makna tersirat, berlainan daripada makna tersurat atau makna asalnya. Contoh, anak emas, panjang tangan, buah hati, kepala batu, kaki ayam.

3. peristilahan merupakan satu bidang penting yang perlu diberi perhatian serius dalam usaha memodenkan dan memajukan bahasa sebagai bahasa ilmu.

a. huraikan istilah dalam bentuk kata akar bebas, kata berimbuhan, kata gabungan, dan bentuk prototaip.

- istilah- bentuk kata akar bebas ialah bentuk yang boleh berdiri sebagai istilah atau menjadi dasar kepada pembentukan istilah yang lebih luas. Contoh : haba,serap

- bentuk berimbuhan ialah bentuk istilah yang mengandungi imbuhan. Contoh penapis, bersistem, angkasawan, keberkesanan, pendakwaan.

- kata gabungan ialah bentuk istilah yang terdiri daripada dua kata atau lebih. Kadar nadi, susur gajah,

- bentuk gandaan ialah istilah yang seluruh atau sebahagian daripada bentuk dasarnya diulang. Contoh : lelaki, kekacang,

- bentuk prototaip ialah kata yang masih berbentuk seperti dalam bahasa sumber dan belum mengalami proses penyesuaian ke dalam BM. Contohnya protein, radiator, magnet, zoo, karbohidrat.

b. proses pembentukan istilah memerlukan beberapa sumber untuk memperkaya istilah dalam BM agar dapat digunakan dalam pelbagai bidang. Huraikan sumber-sumber tersebut.

Perbendaharaan kata umum BM istilah daripada BM yang lazim dan tidak lazim diambil. Contohnya rumah, cantik, rehat.

Dialek Melayu juga dijadikan sumber istilah jika tiada istilah di dalam BM yang lazim dan tidak lazim. Contohnya cakna,ralit,

Perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan BM juga menjadi sumber istilah. Contohnya lakon,calon(jawa),

Perbendaharaan kata asing, sumber istilah daripada bahasa asing, biasanya BI, Bahasa Arab, Sanskrit. Jika tiada istilah dalam BI, digunakan bahasa lain. Contohnya : doa, hudud, solat.

1. Siapakah tokoh terpenting yang menerokai bidang semantik ?

Ong den dan Richards

2. Berdasarkan definisi 2 tokoh semantik buat banding beza konsep yang diberikan oleh kedua-dua tokoh tersebut ?

Ferdinand de SaussureAspekChomsky

-semantik merupakan bahasa yang diucapkan untuk menyampaikan makna

-makna - definisi-semantik bermaksud makna ayat ditentukan oleh struktur permukaan dan konteks apabila ayat digunakan

- struktur ayat

3. Jelaskan 3 cara beserta dengan contoh proses peminjaman dilakukan

ProsesContoh

1. Pinjam terjemah

- ialah keadaan di mana proses konsep daripada bahasa lain diambil sedangkan katanya dicari padanannya atau terjemahannya yang ada dalam BM Root = akar

Worm = cacing

2. Pinjam ubahsuai

- berlaku apabila konsep dan kata daripada bahasa sumber diambil dan diubahsuai ejaan secara fonemik iaitu sesuai dengan ejaan dalam BM.

Structure = struktur

Canductor = konduktor

Carbon = Karbon

3. Pinjam utuh

- berlaku apabila kedua-dua proses sebelumnya iaitu pinjam terjemah dan pinjam ubahsuai tidak dapat dilaksanakanAtom = atom

Vitamin = Vitamin

Zoo = zoo

2. Apakah perbezaan makna dalam konteks dan makna dalam budaya ?

Makna dalam konteksPerbezaanMakna dalam budaya

-makna sesuatu perkataan yang diujarkan boleh diketahui dengan melihat konteks penggunaannya.

-contoh :

Awak betul-betul hati batu (hati membawa maksud degil, tetap pendirian)

Sedap betul makan hati dengan nasi beriyani. (Hati membawa maksud organ haiwan yang menjadi hidangan menyelerakan)

Berhati-hati di jalan raya. (Hati bermaksud berwaspada di jaan raya bagi mengelakkan kemalangan) Penggunaan dan pemilihan perkataan juga berhubung dengan kebudayaan sesuatu masyarakat.

Contoh

Engkau / Kau : digunakan dalam hubungan yang rapat yang tidak formal dan untuk menimbulkan kemesraan.

Awak / Anda : Digunakan dalam hubungan biasa (anda lebih rasmi)

Tuanku : Digunakan oleh org biasa untuk merendah diri apabila berhubung dgn golongan raja

3. Apakah perbezaan antara makna denotasi ? Dan makna konotasi ?

Kemukan contoh-contoh yang sesuai.

DenotasiPerbezaanKonotasi

Denotasi ialah makna tersurat. Denotasi juga dikenali sebagai makna kamus, makna kognitif, makna rujukan, makna konseptual dan makna ideasional.

Contoh:

Ayam tambatan : ayam yang ditambat atau diikiat dengan tali. Konotasi pula ialah makna tambahan, atau makna tersirat. Isltilah lain untuk konotasi ialah emotif atau evaluative Contoh

Ayam tambatan : Orang harapan / penting di dalam satu kumpulan atau pasukan.

(b) nyatakan 3 hubungan makna dari segi anologi, beserta perkataan yang sesuai.Jenis Contoh

Hubungan dari segi jenisMeranti- kayu

Bawal- ikan

Rumah tempat kediaman

Hubungan sebab dan akibatSejuk- menggigil

Luka sakit

Makan - Kenyang

Hubungan dari segi socialKetawa Gembira

Muram Sedih

Kuyu - Mengantuk

Hubungan dari segi tujuan Usaha Kejayaan

Bekerja Kepuasan

Mengembara Pengalaman

Hubungan dari segi simbolRaja kedaulatan

Putih kesucian

Burung - Kebebasan