17 feb 2015

5
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 4 TAQWA Mata Pelajaran : Sains Masa : 9.45 pagi – 10.45 pagi (60 minit) Bilangan Murid : 31 orang Tema : Sains Hayat Tajuk : Proses Hidup Manusia Standard Kandungan : Pada akhir pengajaran, murid dapat : 3.3 Memahami manusia bergerak balas terhadap rangsangan. Standard Pembelajaran : 3.3.1 Menyatakan manusia bergerak balas apabila organ deria menerima rangsangan dengan menjalankan aktiviti. 3.3.2 Memberi contoh gerak balas manusia terhadap rangsangan dalam kehidupan harian. Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Menyatakan manusia bergerak balas apabila salah satu organ deria menerima rangsangan dengan betul. 2. Memberi tiga contoh gerak balas manusia terhadap rangsangan dalam kehidupan harian dengan betul. 3. Menjawab dengan betul 4 daripada 5 soalan dalam lembaran kerja. Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : kreativiti dan inovasi

description

rph sains tahun 4

Transcript of 17 feb 2015

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN SAINS TAHUN 4 TAQWA

Mata Pelajaran: SainsMasa: 9.45 pagi 10.45 pagi (60 minit)Bilangan Murid: 31 orangTema: Sains HayatTajuk: Proses Hidup Manusia

Standard Kandungan :Pada akhir pengajaran, murid dapat :3.3 Memahami manusia bergerak balas terhadap rangsangan.Standard Pembelajaran :3.3.1 Menyatakan manusia bergerak balas apabila organ deria menerima rangsangan dengan menjalankan aktiviti.3.3.2 Memberi contoh gerak balas manusia terhadap rangsangan dalam kehidupan harian.

Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:1. Menyatakan manusia bergerak balas apabila salah satu organ deria menerima rangsangan dengan betul.2. Memberi tiga contoh gerak balas manusia terhadap rangsangan dalam kehidupan harian dengan betul.3. Menjawab dengan betul 4 daripada 5 soalan dalam lembaran kerja.

Elemen Merentas Kurikulum (EMK) : kreativiti dan inovasi

Bahan Bantu Belajar: gambarajah, lampu suluh (handset), air garam, tomato, pewangi, air panas, ais, wisel, radio.

Pentaksiran: berdasarkan keupayaan murid menjawab lembaran kerjaFasa/ MasaKandunganAktiviti P&PCatatan

Orientasi / Persediaan

(5 minit)Permainan Bayangan

1. Panas matahari2. Terpijak tahi lembu3. Bunyi ayam berkokok4. Mencubit rakan 5. Tergigit lada

1. Murid mendengar arahan daripada guru dan melakukan apa yang disuruh oleh guru.2. Murid diperkenalkan tajuk pembelajaran pada hari ini. KB: menjana idea

KPS: memerhati, berkomunikasi

Pencetusan Idea / Imaginasi

(20 minit)Mari bersoal jawab

Gerak balas apabila organ deria menerima rangsangan.

Kulit sentuhanMata cahayaTelinga bunyiHidung bauLidah rasa

1. Murid diperjelaskan makna perkataan rangsangan dan tindak balas. 2. Apakah organ deria yang digunakan untuk mengesan rangsangan?3. Guru menunjukkan gambar rajah gerak balas manusia terhadap rangsangan yang menggunakan kelima-lima deria.4. Murid membuat pemerhatian ke atas gambar-gambar tersebut.

KB: menjana idea

KPS: Memerhati, berkomunikasi, meramal

Penstrukturan Idea / Perkembangan

(20 minit)Aktiviti:6 Perhentian

Perhentian 1Arahkan cahaya lampu ke arah rakan kamu.

Perhentian 2Merasa air garam dan memakan tomato.

Perhentian 3Buka penutup pewangi dan hidu beberapa ketika.

Perhentian 4Dekatkan tangan pada permukaan 2 cawan yang mengandungi air panas dan ais.

Perhentian 5Meniup wisel dan memasang radio dengan kuat.

Perhentian 6Berikan contoh rangsangan lain bagi setiap organ deria.

1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.2. Murid mendengar arahan daripada guru dengan jelas sebelum memulakan aktiviti.3. Guru menunjukkan contoh terlebih dahulu kepada murid tentang aktiviti yang perlu dilakukan pada setiap perhentian.4. Murid secara berkumpulan bergerak ke setiap perhentian secara bergilir-gilir.5. Murid perlu melengkapkan jadual pemerhatian pada setiap perhentian. 6. Perbincangan hasil kerja murid.

KB: banding beza

KPS: KomunikasiMemerhati

EMK: Kreativiti dan Inovasi

Sikap dan nilai murni :kerjasama

Aplikasi / Tindakan(10 minit)Nyatakan organ deria dan gerak balas terhadap sesuatu rangsangan. 1. Murid menjawab soalan dalam lembaran kerja yang telah diedarkan.2. Perbincangan hasil kerja murid. KB: menjana idea, banding bezaKPS: Komunikasi

Refleksi / Penutup(5 minit)Kesimpulan pembelajaran. 1. Guru bersoal jawab dengan murid tentang isi pelajaran hari ini. 2. Murid dibimbing untuk membuat rumusan pembelajaran. KB: menjana idea

KPS: komunikasi

Nilai : bersyukur