1

6
1. Belakangan ini, isu berkaitan dengan remaja dalam kalangan masyarakat saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Lantaran itu, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan . Persoalannya, apakah cara-cara untuk ……………………………… ? 2. semua pihak mestilah berusaha untuk memperkasakan remaja supaya ‘generasi Y’ ini dapat diperkasakan di negara kita. Penggemblengan tenaga dan usaha untuk menjayakannya amatlah diharapkan kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya. Dalam pada itu, usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah pertama 3. Mafhum daripada sep otong hadis yang bermaksud,j agalah masa sihatmu sebelum tiba masa sakit. Hadis ini jelas menggambarkan betapa pentingnya kesihatan diri dalam kehidupan kita . Ke sihatan merupakan kurniaan Tuhan yang sangat bernilai. Kesihatan yang baik membolehkan kita mengurus kan kehidupan dengan baik. Persoalannya, adakah kita sedar tentang kepentingan kesihatan dalam kehi dupan? Lantaran itu, kita perlu mencari wasilah dan ikhtiar untuk terus hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera. Situasi in i bertepatan dengan peribahasa di mana ada k emahuan, di situ ada jalan 4. Sebagai sahmura negara, remaja seharusnya rajin berusaha seperti lebah menghimpunkan madu. M engapakah wujud sikap malas dalam diri ? Berpeganglah pada prinsip bukan senang untuk menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah. 5. Disiplin merupakan elemen terpenting dalam kehidupan remaja / pelajar. Tanpa disiplin tidak mungkin tugasan seharian dapat diselesaika n dengan baik. Jagalah dan pupuklah disiplin dalam diri seperti menjaga nyawa sendiri. Hal ini kerana tiada apa-apa di dunia ini yang dapat menandi ngi nikmat hidup kurniaan Tuhan . Jadilah manusia yang bersyukur . Hayatilah juga mafhum mulia yang menyatakan bahawa k ehidupan sebagai sebatang tubuh. Jika ada anggotanya yang sakit, justeru semua tubuh akan berasa sakit dan bersama-sama berjaga malam. Senario ini juga terungkap dalam aforisme yang berbunyi yang bulat tidak akan datang menggolek, yang pipih tidak akan datang melayang . Tanpa disiplin diri maka tempanglah kehidupan . 6. Badan cergas , otak cerdas . Slogan ini seri ng kita dengar dan kita lihat melalui paparan media massa. Seiring dalam mengejar arus globalisasi, amalan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat harus ditingkatkan bagi merealisasikan visi dan misi negara menjadi negara maju pada tahun 2020. Sejajar dengan itu, bagi merealisasikan misi negara tersebut, kita perlu melahirkan masyarakat yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan berpandangan jauh serta mempunyai emosi yang stabil kerana daripada aspek-aspek inilah lahirnya masyarakat yang akan menjadi peneraju untuk menggerakkan kemajuan negara pada masa hadapan. 7. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri . Budaya kuning yang kian menular umpama virus epidemik dalam masyarakat telah menyebabkan remaja semakin alpa dan lalai tentang tanggungjawab mereka terhadap tanah air tercinta ini. Era globalisasi sejajar dengan arus pemodenan telah mengaburi mata setiap individu untuk mengutamakan kesejahteraan negara. Nilai materialistik dan individualistik yang menguasai jiwa masyarakat telah menyukarkan modus operandi untuk menyuburkan semangat perpaduan atau nasionalisme yang semakin sirna .Setiap rakyat Malaysia memikul tanggungjawab yang berat untuk menghidupkan nilai perpaduan dan kesyukuran yang begitu

description

bm

Transcript of 1

Page 1: 1

1.     Belakangan ini, isu berkaitan dengan remaja dalam kalangan masyarakat saban waktu diwara-

warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di

negara kita. Lantaran itu, semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini

kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Persoalannya, apakah cara-cara

untuk ………………………………?

2.     semua pihak mestilah berusaha untuk memperkasakan remaja supaya ‘generasi Y’ ini dapat

diperkasakan di negara kita. Penggemblengan tenaga dan usaha untuk menjayakannya amatlah

diharapkan kerana orang bijak pandai pernah berpesan kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan

dapat sagunya. Dalam pada itu, usaha yang sistematik dan proaktif mestilah digerakkan mulai dari

sekarang kerana perjalanan yang beribu batu, mestilah bermula dengan langkah pertama

3.     Mafhum daripada sepotong hadis yang bermaksud,jagalah masa sihatmu sebelum tiba masa sakit.

Hadis ini jelas menggambarkan betapa pentingnya kesihatan diridalam kehidupan kita. Kesihatan

merupakan kurniaan Tuhan yang sangat bernilai. Kesihatan yang baik membolehkan kita

menguruskan kehidupan dengan baik. Persoalannya, adakah kita sedar tentang kepentingan

kesihatan dalam kehidupan? Lantaran  itu, kita perlu mencari wasilah dan ikhtiar untuk terus hidup

dalam keadaan sihat dan sejahtera. Situasi ini bertepatan dengan peribahasa di mana ada

kemahuan, di situ ada jalan

4.     Sebagai sahmura negara, remaja seharusnya rajin berusaha seperti lebah menghimpunkan

madu. Mengapakah wujud sikap malas dalam diri? Berpeganglah pada prinsip bukan senang

untuk menjadi senang dan bukan susah untuk menjadi susah.

5.     Disiplin merupakan elemen terpenting dalam kehidupan remaja / pelajar. Tanpa disiplin tidak

mungkin tugasan seharian dapat diselesaikan dengan baik. Jagalah dan pupuklah disiplin dalam

diri seperti menjaga nyawa sendiri. Hal ini kerana tiada apa-apa di dunia ini yang dapat menandingi

nikmat hidup kurniaan Tuhan. Jadilah manusia yang bersyukur . Hayatilah juga mafhum mulia  yang

menyatakan bahawa kehidupan sebagai sebatang tubuh. Jika ada anggotanya yang sakit, justeru

semua tubuh akan berasa sakit dan bersama-sama berjaga malam. Senario ini juga terungkap

dalam aforisme yang berbunyi yang bulat tidak akan datang menggolek, yang pipih tidak akan

datang melayang. Tanpa disiplin diri maka tempanglah kehidupan.

6.     Badan cergas , otak cerdas. Slogan ini sering kita dengar dan kita lihat melalui paparan  media

massa. Seiring dalam mengejar arus globalisasi, amalan gaya hidup sihat dalam kalangan

masyarakat harus ditingkatkan bagi merealisasikan visi dan misi negara menjadi negara maju pada

tahun 2020. Sejajar dengan itu, bagi merealisasikan misi negara tersebut, kita perlu melahirkan

masyarakat yang mempunyai pemikiran yang kreatif dan berpandangan jauh serta mempunyai

emosi yang stabil kerana daripada aspek-aspek inilah lahirnya masyarakat yang akan menjadi

peneraju untuk menggerakkan kemajuan negara pada masa hadapan.

7.     Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri . Budaya

kuning yang kian menular umpama virus epidemik dalam masyarakat telah menyebabkan remaja

semakin alpa dan lalai tentang tanggungjawab mereka terhadap tanah air tercinta ini. Era

globalisasi sejajar dengan arus pemodenan telah mengaburi mata setiap individu untuk

mengutamakan kesejahteraan negara. Nilai materialistik dan individualistik yang menguasai jiwa

masyarakat telah menyukarkan modus operandi  untuk menyuburkan  semangat perpaduan atau

nasionalisme yang semakin sirna .Setiap rakyat Malaysia memikul tanggungjawab yang berat untuk

menghidupkan nilai perpaduan dan  kesyukuran  yang begitu syumul pada suatu masa dahulu.

Sebagai warganegara yang mendukung nilai cinta akan negara, kita perlu mengamalkan prinsip di

mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

8.     Remaja  kontemporari yang kononnya semakin bijak telah mula tenggelam punca dan sanggup

melakukan tindakan ganas di luar batasan. Pelbagai krisis yang melanda mereka telah menjadi

anasir peledak sehingga situasi yang harmoni dan harmonis bertukar menjadi neraka kehidupan.

Pelbagai tekanan emosi mula melanda golongan sahmura ini sehingga menimbulkan kesan

Page 2: 1

kemurungan dan halunisasi. Memandangkan fenomena ini berupaya mengancam kesejahteraan

komuniti, heterogen sinergi menanganinya harus diambil dengan seberapa segera. Kata orang tua-tua api kecil baik dipadam.

Penggunaan Peribahasa / Ungkapan / Kosa kataDalam karangan Dimensi Keluarga

Sudah tentu sesuatu perkara yang berlaku tentu ada sebab-sebab yang mendorongnya kerana pepohon

pokok tidak akan berliuk-liuk jika tidak ditiup angin. Hakikatnya, pembentukan keperibadian mulia

anak-anak bermula daripada institusi keluarga.

Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini yang terlalu mementingkan kerjaya menyebabkan anak-anak

mereka di rumah berasa tersisih seperti kata peribahasa;  anak kera di hutan disusukan, anak di rumah

mati kelaparan

Ibu bapa merupakan uswah hasanah kepada anak-anak di rumah, justeru mereka mestilah sentiasa

bersikap penyayang dan berbudi pekerti mulia dan jangan sesekali bersikap seperti ketam mengajar

anaknya berjalan lurus, sedangkan diri sendiri berjalan mengiring.

Anak-anak yang berfikiran kudus akan sentiasa mencontohi kelakuan ibu bapa merekapersis kata orang

tua-tua bapa borek, anak rintik sementelahan ibu bapa merupakan tempat luahan isi hati dan penyimpan

rahsia yang paling dipercayai anak-anak.

Lantaran itu, ibu bapa sewajarnya mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau dengan nilai-nilai murni

ini bagai menatang minyak yang penuh kerana anak-anak remaja kini sering melibatkan diri

dalam kebejatan sosial dan budaya hedonisme yang begitu cepat merebak bagai virus epidemik

Melalui nasihat dan ajaran yang baik, sudah tentu anak-anak akan tahu cara-cara untukmembezakan antara intan dengan kaca kerana mereka tahu  sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna lagi. Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa Institusi keluarga  merupakan uslub yang represif dalam membentuk keperibadian anak-anak.

Ibu bapa mestilah menjalankan obligasi masing-masing dengan tidak bersikap bagai melepaskan batuk

di tangga. 

Jikalau anak-anak kini berjaya membentuk keperibadian yang mulia, sudah tentu mereka akan menjadi

sandaran negara seperti yang terungkap dalam kata-kata mutiara  pemuda harapan bangsa, pemudi

tiang negara 

Melihat kepada senario masyarakat kontemporari, ibu bapa lebih cenderung untuk

mengejarmaterialistik dan menjadikan pejabat sebagai rumah kedua mereka. Sikap ibarat enau dalam

belukar melepaskan pucuk masing-masing ini perlu dikikis segera bagi memastikan para remaja tidak

terlibat dalam kemelut sosial.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, kadar remaja lari dari rumah

meningkat sebanyak 5.7 peratus dari tahun lepas. Sebelum nasi sudah menjadi bubur, ibu bapa perlu

mengutamakan anak-anak mereka berbanding dengan hal-hal lain.

Bagaimana acuan bgitulah kuihnya. Aforisme ini mengingatkan ibu bapa agar bertindak sebagai agen pencorak utama karakter anak-anak supaya mereka tidak mencetuskancangkaliwang pada hari muka. Lantaran itu, penerapan pendidikan yang sempurna amat didambakan.

Oleh itu, dalam kita mengharungi arus modenisasi, sudah tentu anak remaja tidak mahudihimpit dengan 

pemikiran yang jumud seperti katak di bawah tempurung.

Kerja – Kerja Kemasyarakatan

        Abu Bakar As-Siddiq ada berkata, “ Hidup seperti pohon kayu yang lebat buahnya, tumbuh di

tepi jalan, dilempar orang dengan batu, tetap dibalas dengan buah”. Kata – kata tersebut sengaja

dipetik untuk menunjukkan betapa perlunya kita membuat kebaikan sepanjang hidup kita. Sehubungan

Page 3: 1

dengan itu, kerja-kerja kemasyarakatan yang diamalkan oleh rakyat Malaysia merupakan aktiviti

berfaedah yang patut dijadikan budaya hidup. Hal ini sesuai dengan bidalan yang berbunyi, ”hidup

kayu berbuah, hidup manusia biar berjasa”.

          Menerusi  kerja-kerja kemasyarakatan, sebagai contoh membersihkan taman

perumahan, persekitaran taman akan menjadi bersih.   Apabila bersih, akan terhindar penyakit yang mudah

merebak seperti demam denggi yang dibawa oleh nyamuk aedes. Kita tidak boleh bergantung kepad

apihak berkuasa tempatan (PBT) sahaja sedangkan kita mempunyai tulang empat kerat. Apabila

masyarakat bersma-sama membersihkan taman, sudah tentu ada keinginan untuk memastikan taman

perumahan sentiasa dalam keadaan bersih.

          Melakukan kerja-kerja kemasyarakatan dapat memperteguh ikatan silaturahim. Dengan

mengambil contoh aktiviti gotong-royong ketika majlis perkahwinan, kita akan mengenali lebih dekat

masyarakat tempat kita tinggal. Sebelum ini masyarakat sibuk dengan kerja; keluar rumah jam 7.00 pagi

dan balik jam 700 malam. Dalam sibuk bekerja membasuh pinggan, meamsak, atau mengemas, kita akan

berbual mesra dan bertukar pengalaman.

       Kerja-kerja kemasyarakatan yang dilakukan dengan ikhlas dapat menyelamatkan nyawa

manusia. Ketika kejadian banjir atau rumah terbakar, sikap prihatin masyarakat membantu golongan yang

di dalam kesusahan dapat menyelamatkan mangsa daripada emas dan rentung. Sikap yang ditunjukkan

sudah pasti meruntun hati mangsa yang diselamatkan. Mangsa yang sebelum ini mementingkan diri sendiri

sudah pasti akan bersikap merendah diri.

                    Sesungguhnya kerja-kerja kemayarakatan memang patut diamalkan oleh masyarakat

Malaysia. Sikap mementingkan diri seperti enau dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing

hendaklah disisih dalam kehidupan kita. Sesungguhnya, kebaikan yang kita curahkan akan dibalas dengan

kebaikan juga. Segala- galanya perlutanya kepada hati. hendak seribu daya, tidak hendak seribu dalih

CONTOH UNGKAPAN DALAM KARANGAN

1.     Prinsip moral  merupakan aspek terpenting dalam kehidupan seseorang insan. Hal ini telah pun

ditekankan dalam prinsip  Confucius yang berpaksikan ‘ren’ (perikemanusiaan), ‘li’ (kesusilaan) dan  ‘xiao’

(ketaatan ).

2.     Seseorang itu hendaklah menjadikan kesilapan masa lalu sebagai pedoman untuk mengubah perilaku

mereka seperti kata Confucius iaitu seseorang yang telah melakukan kesilapan tetapi tidak belajar

daripada kesilapan itu maka sesungguhnya orang itu telah melakukan satu lagi kesilapan.

3.     Perdana Menteri  menyatakan bahawa walaupun di negara kita terdapat industri lain yang berdaya

saing tetapi beliau menyeru rakyat Malaysia agar  melibatkan diri dalam industri pertanian kerana  sektor

tersebut merupakan warisan negara kita dan Malaysia mempunyai segala-galanya sebagai pendorong

kepada industri  tersebut untuk berkembang maju.

4.     Sejarawan dunia iaitu Herodotus  pernah berkata bahawa  sesiapa yang tidak berusaha memajukan

dirinya maka orang itu merupakan insan yang paling hina di dunia ini.

Page 4: 1

5.     Pakar motivasi iaitu Dato Dr Fadzilah Kamsah ada menyatakan bahawa  kejayaan mendidik anak-anak

merupakan kecemerlangan ibu bapa dalam mempamerkan usaha mereka.  Justeru, didiklah anak-anak

sejak kecil supaya mereka sentiasa berusaha untuk mencapai kesempurnaan di dunia dan akhirat kerana

melentur buluh biarlah dari rebungnya.

6.     Berpeganglah pada Falsafah Tao yang mengatakan bahawa  untuk mencari ubi galilah tanah sekaki

tetapi untuk mencari emas, galilah sedalam mungkin.

7.     Cendekiawan terkemuka dunia iaitu  Ibnu Khaldun ada menyatakan bahawa  tiada manusia yang

berjaya sampai ke puncak gunung  tanpa mendakinya.

8.     Menteri Pendidikan menyatakan bahawa  jika pokok itu diserang kulat dan tidak ditebang maka seluruh

ladang boleh musnah. Justeru, kita tidak seharusnya bercakap tidak serupa bikin dalam menangani

kemelut yang semakin ruwet ini. Usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh amat diperlukan demi hasil

yang tidak ternilai kerana di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

9.      Pelajar cemerlang SPM 2004 iaitu Nur Amalina menmyatakan bahawa Sesiapa yang menyerah kalah

sebelum berusaha maka orang itu telah gagal dan tidak berilmu tetapi orang  gagal yang terus berusaha

merupakan orang yang bijaksana dan berjaya.  Beliau juga menyatakan bahawa untuk mendapatkan hasil

yang baik bukanlah senang dan untuk merealisasikan impian bukanlah mustahil jika diusahakan dengan

bersungguh-sungguh.

PETIKAN1: 

              Pascakemerdekaan negara Malaysia telah menyaksikan pertumbuhan yang pesat, rancak dan

drastik dalam rencaman bidang perdana dan dominan. Dalam menongkah, meniti dan menelusuri arus

deras modenisasi dan globalisasi yang menerjah negara, negara kita telah banyak mengalami anjakan

paradigma daripada sebauh negara mundur kepada sebuah negara maju. Pada zaman atom ini, negara

kita telah berusaha gigih bagi lebah menghimpun madu untuk menempa kejayaan serta mendukung,

melestarikan dan merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020 agar dapat berdiri sama tinggi, duduk sama

rendah dengan negara atas angin dan gergasi di persada mayapada. Sebagai seorang rakyat yang cinta

akan ibu pertiwi kita, memang tidak dapat disangkalkan bahawa kita memainkan peranan yang vital,

signifikan dan mustahak dalam proses pembangunan negara. Persoalannya, sanggupkan kita melihat

negara kita terus berada pada takuk lama tanpa berikhtiar dan berikrar untuk memperkasakan kemajuan

negara? Apakah peranan setiap rakyat dalam proses pembangunan untuk mengemudi negara kita ke arah

kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan? Jauhari jua yang mengenal manikam. Tepuk dada

tanyalah selera.

PETIKAN 2:

            Salah satu cara untuk membendung masalah sosial dalam kalangan remaja ialah peranan institusi

keluarga. Institusi keluarga merupakan elemen yang rapat  dengan remaja. Sehubungan dengan itu,

hubungan yang rapat ibarat isi dengan kuku membolehkan institusi keluarga mengenali, mengawasi dan

menasihati remaja. Selain itu, institusi keluarga hendaklah mewujudkan suasana harmoni di rumah kerana

rumah merupakan asas kepada kehidupan berkeluarga. Sebarang bentuk pertengkaran hendaklah

Page 5: 1

dihindarkan sebaliknya ketua keluarga mengambil langkah untuk merancang sesuatu yang membina

kepada ahli keluarganya seperti bersembahyang dan makan bersama. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd

Fadhillah Kamsah menyatakan institusi  keluarga merupakan entiti penting bagi mengatasi masalah sosial

dalam kalangan remaja. Sejajar dengan itu, remaja sememangnya memerlukan perhatian maka, adalah

penting bagi institusi keluarga untuk memainkan peranan yang utama agar masalah sosial dalam kalangan

remaja dapat dibendung. Oleh itu, memang tidak dinafikan bahawa peranan institusi keluarga merupakan

satu cara bagi membendung kemelut sosial remaja.CONTOH UNGKAPAN DALAM KARANGAN

CONTOH UNGKAPAN DALAM KARANGAN

1. Hidup mesti ada matlamat seperti kita memancing yang memerlukan joran dan umpannya untuk membolehkan kita mendapat ikan.

2. Matlamat hidup perlu disusuli dengan usaha dan doa supaya tercapai.

3. Gantungkan azam dan semangat setinggi bintang di langit tetapi rendahkan hati serendah mutiara di lautan.

4. Rahsia kejayaan ialah kita perlu mengetahui perkara yang orang lain tidak tahu.

5. Hidup ini tidak selalu indah tetapi perkara yang indah tetap hidup dalam kenangan.

6. Jika kita kehilangan segala-galanya; jangan lupa kita masih ada masa depan.

7. Orang yang bertangguh bermakna memilih kegagalan.

8. Ubahlah hidup  kita hari ini juga. Jangan perjudikan masa depan. Bertindaklah sekarang tanpa bertangguh lagi.

9. Cita-cita memerlukan perjuangan; perjuangan memerlukan pengorbanan dan pengorbanan memerlukan ketabahan.

10.   Pembangunan lahiriah perlu seiring dengan pembangunan insaniah demi merealisasikan masyarakat madani.

11.   Adakah ini harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan sesuatu yang dikatakan “kemajuan”?

12.   Mengapakah senario yang menjadi duri dalam daging ini berlaku? Adakah salah ibu yang mengandung atau bapa yang mendukung? Tepuk dada tanyalah selera!

13. Anak-anak ibarat buluh yang harus dilenturkan dengan betul.

14. Tidak ada gunanya kita berjaya dalam pelbagai bidang atau mendabik dada bahawa kita maju dan hebat kalau rakyat kita tidak berbudi bahasa.