142329507-Assignment-Moral-Elm-3101.pdf
Transcript of 142329507-Assignment-Moral-Elm-3101.pdf
-
1
1.0 PENDAHULUAN
Pendidikan Moral sentiasa dikaitkan dengan Pendidikan Sivik, khususnya di
sekolah. Secara munasabahnya, pendidikan moral dapat diterangkan melalui tiga
aspek; mencari sebab-sebab pendidikan moral ditekankan,mengajar pelajar
bagaimana hendak berfikir, bukan apa yang hendak difikir mengenai isu-isu moral
serta yang ketiga ialah menanamkan keyakinan terhadap tingkah laku moral,supaya
pelajar mempunyai rasa tanggungjawab moral.
Bagi kursus Pengenalan Kepada Konsep Asas Pendidikan Moral (ELM 3101)
ini, kursus ini memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang konsep asas
moral, konsep asas nilai, teori-teori etika, insan bermoral, nilai-nilai agama dan
masyarakat dan teori-teori perkembangan moral.
Pelbagai objektif kursus ini yang telah dikenalpasti. Antaranya ialah
menjelaskan kosep asas moral dan konsep asas nilai, menganalisis teori-teori etika
dan mengaplikasikannya dalam profesion perguruan, membezakan teori-teori
perkembangan moral dan menghubungkaitkan teori perkembangan moral dengan
pembentukan insan bermoral, dan menghayati dan mengamalkan nilai murni agama
dalam kehidupan seharian.
Satu tugasan kerja kursus yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi syarat
kursus ini. kehendak soalan tugasan adalah seperti berikut;
i) Membuat banding beza antara konsep moral, etika dan akhlak.
ii) Bincangkan mengenai teori etika iaitu Teori Teleologi, Teori Deontologi Teori
Kemoralan Sosial dan Teori Keperibadian Mulia dengan memberikan contoh yang
sesuai jelas dalam konteks masyarakat Malaysia.
iii) Analisis teori perkembangan moral kanak-kanak menurut Piaget, Kohlberg
dan Bandura dengan pembentukan insan bermoral.
-
2
2.1 KONSEP MORAL
2.1.1 Definisi/Pengertian
Menurut pengertian bahasa, moral berasal daripada bahasa latin moralis atau
mores iaitu yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekerti dan perangai atau
pun tingkahlaku yang sejajar dengan tatasusila atau peraturan hidup bermasyarakat.
Dictionary of Education menyatakan bahawa moral ialah suatu istilah yang
digunakan untuk menentukan batas-batas dari sifat, perangai, kehendak, pendapat
atau perbuatan secara layak dapat dikatakan benar, salah, baik, atau buruk. Moral
merangkumi segala nilai murni seperti merendah diri, benar, belas kasihan, keadilan,
persefahaman, kasih sayang, berdikari dan lain-lain.
Moral merupakan persoalan yang praktikal namun tidak semua persoalan
praktikal adalah moral. Moral membicarakan persoalan betul atau salah, apa yang
perlu dilakukan dan ditinggalkan atas sebab-sebab tertentu dan dalam keadaan
tertentu. Pertimbangan moral bergantung kepada suasana atau keadaan yang
membentuk individu. Misalnya sistem sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang
dianuti.
Moral merupakan cara melihat dan menilai sesuatu isu berhubung dengan
sesuatu tingkah laku berdasarkan pandangan masyarakat sejagat dan budaya
sesuatu masyarakat. Perbuatan yang serupa dilihat dari sudut yang berlainan
berdasarkan nilai yang dipegang oleh masyarakat yang berbeza.
Peter Baeiz dalam bukunya Ethics and Belief menyatakan bahawa moral
dan etika selalunya mempunyai makna yang sama. Apakah faedah membezakan di
antara keduanya kerana selalunya kita gagal untuk membezakannya. Berdasarkan
kenyataan Peter Baeiz, moral dan etika mempunyai persamaan. Moral bersifat
praktikal kerana ia merupakan disiplin yang memberitahu apakah sistem moral yang
dihayati oleh sesuatu masyarakat. Manakala etika bersifat teoritikal kerana ia
mengkaji, menganalisis dan mengkritik sistem moral tersebut. Moral merupakan
bahan yang dikaji oleh etika, manakala etika adalah ilmu yang mengkajinya.
-
3
Istilah moral meliputi sifat-sifat luhur seperti baik hati, belas kasihan, tolong-
menolong, bersih, berani, adil, kasih-sayang, toleransi, bersosial dan rajin.
Keadaan berikut dapat menunjukkan dengan lebih jelas lagi pengertian moral;
Ia bermaksud kawalan tingkah laku yang berlandaskan kriteria-krteria yang
dihayati serta diamalkan oleh seseorang itu. Larangan atau sekatan dari luar
yang diterima dengan fahaman (iaitu mengapa sesuatu tindakan tidak boleh
dilakukan) adalah sesuatu yang dianggap bermoral.
Seseorang individu juga dikatakan bermoral jika dia berupaya menentang
keinginan untuk melakukan sesuatu yang dianggap salah. Sebaliknya,
seseorang yang tidak boleh menahan keinginan itu tetapi terus bertindak
untuk mencapai niatnya yang menentang norma-norma masyarakat dikatakan
tidak bermoral.
Istilah moral akan merujuk kepada peraturan yang diterima secara rasional.
Dalam keadaan ini, tingkah laku bermoral adalah berdasarkan suatu
keputusan moral yang melibatkan Pertimbangan tentang apa yang dikenali
sebagai tindakan yang betul.
2.1.2 Prinsip-prinsip Dasar Moral
Prinsip Sikap Baik
Sikap yang dituntut dari kita sebagai asas dalam hubungan dengan siapa saja
adalah sikap positif dan baik. Seperti halnya dalam prinsip Utilitarisme, bahawa kita
harus mengusahakan akibat-akibat baik sebanyak mungkin dan mengusahakan
untuk sedapat-dapatnya mencegah akibat-akibat buruk dari tindakan kita, kecuali
ada alasan khusus, tentunya kita harus bersikap baik terhadap orang lain. Prinsip
moral asas pertama disebut prinsip sikap baik. prinsip ini mendahului dan mendasari
semua prinsip moral lain. Prinsip ini mempunyai erti yang amat besar bagi
kehidupan manusia. Sebagai prinsip asas etika, prinsip sikap baik berkaitan sikap
-
4
dasar manusia yang harus memahami segala sifat konkrit, tindakan dan
kelakuannya.
Prinsip ini mengatakan bahawa pada dasarnya, kecuali ada alasan khusus,
kita harus mendekati siapa sahaja dan apa sahaja dengan positif, dengan
menghendaki yang baik bagi dia. Ertinya, bukan semata-mata perbuatan baik dalam
erti sempit, melainkan sikap hati positif terhadap orang lain, kemahuan baik
terhadapnya. Bersikap baik bererti, memandang seseorang dan sesuatu tidak hanya
sejauh berguna bagi dirinya, melainkan menghendaki, bersetuju, membenarkan,
menyokong, membela, membiarkan, dan menyokong perkembangannya.
Bagaimana sifat baik itu harus dinyatakan secara konkrit, bergantung pada apa yang
baik dalam situasi konkrit itu. Maka prinsip ini menuntut suatu pengetahuan tepat
tentang realiti, supaya dapat diketahui apa yang masing-masing baik bagi yang
bersangkutan. Prinsip sikap baik mendasari semua norma moral, kerana hanya atas
dasar prinsip itu, maka akan masuk akal bahawa kita harus bersikap adil, atau jujur,
atau setia kepada orang lain.
Prinsip Keadilan
Prinsip kebaikan hanya menegaskan agar kita bersikap baik terhadap sesiapa
saja. Tetapi kemampuan manusia untuk bersikap baik secara hakiki terhad, tidak
hanya berlaku bagi benda-benda material, melainkan juga dalam hal perhatian dan
kasih sayang. Kemampuan untuk memberi hati kita juga terhad. Maka secara logik
diperlukan prinsip tambahan yang menentukan bagaimana kebaikan itu harus
dibahagikan. Prinsip itu adalah prinsip keadilan. Adil pada hakikinya bererti bahawa
kita memberikan kepada siapa saja apa yang menjadi haknya. Kerana pada
hakikatnya semua orang sama nilainya sebagai manusia, maka tuntutan yang paling
dasariah keadilan adalah perlakuan yang sama terhadap semua orang, tentu dalam
situasi yang sama. Jadi prinsip keadilan mendedahkan kewajipan untuk memberikan
perlakuan yang sama terhadap semua orang lain yang berada dalam situasi yang
sama dan untuk menghormati hak semua pihak yang berkenaan. Secara ringkas,
keadilan menuntut agar kita jangan mahu mencapai tujuantujuan, termasuk hal yang
baik, dengan melanggar hak seseorang.
-
5
Prinsip Hormat Terhadap Diri Sendiri
Prinsip ini menyatakan bahawa manusia wajib untuk selalu memperlakukan diri
sebagai sesuatu yang bernilai pada dirinya sendiri. Prinsip ini berdasarkan fahaman
bahawa manusia adalah person, pusat berpengertian dan berkehendak, yang
mempunyai kebebasan dan suara hati, makhluk yang berakal budi. Prinsip ini
mempunyai dua arah. Pertama, dituntut agar kita tidak membiarkan diri diperas,
diperalat, atau diperbudak. Perlakuan tersebut tidak wajar bagi kedua-dua belah
pihak, maka yang diperlakukan demikian jangan membiarkannya berlaku begitu
sahaja apabila ia boleh melawan, sebab kita mempunyai harga diri. Dipaksa untuk
melakukan atau menyerahkan sesuatu tidak pernah wajar. Kedua, kita jangan
sampai membiarkan diri terlantar. Manusia juga mempunyai kewajipan terhadap
dirinya sendiri, bererti bahawa kewajipan terhadap orang lain diimbangi oleh
perhatian yang wajar terhadap dirinya sendiri.
Sebagai kesimpulan, kebaikan dan keadilan yang kita tunjukkan kepadaorang
lain, perlu diimbangi dengan sikap yang menghormati diri kita sendiri sebagai
makhluk yang bernilai pada dirinya sendiri. Kita mahu berbaik kepada orang lain dan
bertekad untuk bersikap adil, tetapi tidak dengan membuang diri.
-
6
2.2 KONSEP ETIKA
2.2.1 Definisi/Pengertian
Maksud etimologi bagi perkataan etika (ethics) yang berasal daripada
perkataan Yunani ethos ialah adat (customs) atau kegunaan (usages). Etika boleh
ditakrifkan sebagai kajian falsafah tentang moral, iaitu tentang kelakuan yang baik,
kewajipan moral, sikap moral, tanggungjawab moral, keadilan sosial dan cirri-ciri
kehidupan yang baik.
Etika juga diertikan sebagai sains yang mengkaji tingkah laku manusia di
dalam masyarakat. Ia merupakan satu bidang yang mentafsirkan tingkah laku
manusia sebagai benar atau salah, baik atau buruk. Etika adalah berbeza dengan
logik, di mana logik mengkaji standard-standard yang digunakan untuk menentukan
sama ada satu-satu kenyataan itu benar atau salah, tetapi etika mengkaji standard-
standard yang digunakan untuk menentukan sama ada tingkah laku manusia itu
betul atau salah. Tingkah laku manusia merangkumi tindakan sengaja atau tindakan
yang boleh dikawal.Tindakan sengaja termasuk tindakan yang dilakukan dengan
satu niat seperti guru pelatih yang belajar bersungguh-sungguh kerana niat hendak
lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan. Tindakan sengaja juga termasuk
tindakan yang dilakukan secara tidak disedari oleh pelaku tersebut.
Dalam bidang etika, tingkah laku itu boleh juga merangkumi aktiviti-aktiviti
dalaman seperti motif dan keinginan seseorang itu serta aktiviti-aktiviti luaran seperti
kata-kata atau pergerakan individu itu. Tingkah laku yang dikaji meliputi tingkah laku
di dalam masyarakat serta tingkah laku yang mempengaruhi ahli-ahli di dalam
masyarkat itu. Perkataan etika sebenarnya berasal daripada perkataan Greek ethos
yang bermaksud adat atau cara hidup. Etika juga bermaksud satu set peraturan
tingkah laku seperti kod etika perguruan, perubatan, guaman, perakaunan dan
sebagainya.
-
7
2.2.2 Pernyataan Normatif Dan Deskriptif
Dalam konteks konsep asas etika, terdapat dua jenis pernyataan yang
difokuskan untuk memberikan pertimbangan nilai tentang bagaimana seseorang itu
patut atau tidak patut bertingkah laku, iaitu pernyataan normatif dan deksriptif.
Pernyataan normatif dijelmakan dalam bentuk atau sebagai Pertimbangan nilai. Bagi
memahami dengan lebih jelas tentang kedua-dua pernyataan ini, beberapa contoh
ayat berikut menggambarkan pengertian kepada pernyataan-pernyataan tersebut;
1) Ini sebuah rumah teres. (Ayat ini satu pernyataan deskriptif yang merujuk fakta
dan tidak melibatkan Pertimbangan nilai.)
2) Ini sebuah rumah yang baik. (Ayat ini satu Pertimbangan nilai tentang rumah yang
mempunyai beberapa cirri yang dianggap baik.)
3) Dia sentiasa menggunakan internet. (Ayat ini satu deskriptif yang merujuk fakta
tanpa Pertimbangan nilai.)
4) Dia tidak patut menggunakan internet sehingga mengabaikan kerja lain. (Ayat ini
satu pernyataan yang melibatkan pertimbangan nilai tentang perkara yang patut
atau tidak patut dilakukan.)
Ayat (1) dan (3) yang berbentuk deskriptif atau fakta adalah bukan pernyataan
normatif, manakala ayat (2) dan (4) yang melibatkan pertimbangan nilai adalah
pernyataan normatif. Namun, ayat (2) tidak melitbatkan soal moral berbanding
dengan ayat (4). Kesimpulannya, bukan semua pertimbangan nilai adalah normatif
dan bukan semua pernyataan normatif melibatkan moral.
Pernyataan Normatif
Ia adalah penegasan atau pernyataan yang melahirkan atau menyatakan
pertimbangan nilai kita tentang sesuatu sama ada baik atau jahat, benar atau salah,
diterima atau ditolak. Pernyataan normatif juga adalah berhubung dengan nilai
estetika, iaitu nilai yang berkaitan dengan kecantikan.
-
8
Dalam domain moral, terdapat dua cara untuk menggunakan istilah baik,
buruk, benar, salah, larangan, tanggungjawab, hak dan sebagainya :
Apabila kita menilai sesuatu perbuatan individu atau perlakuannya, ini dikenali
sebagai pertimbangan moral obligasi dan tidak mengambil kira kesan sesuatu
perbuatan itu. Contoh pernyataan ialah;
Saya tidak patut memaksa kawan saya meminum arak.
Apabila kita menilai ciri perwatakan, motif atau peribadi perseorangan, ia dikenali
sebagai pertimbangan moral aretaic.Contoh pernyataan ialah;
Seseorang yang baik tidak akan terlibat dalam rasuah.
Dalam domain bukan moral, istilah baik atau buruk tidak digunakan untuk
menentukan nilai moral perbuatan atau watak seseorang, tetapi untuk menilai
sesuatu benda lain atau perkara yang harus atau tidak dilakukan, tetapi tiada kaitan
dengan soal moral. Contohnya;
1) Ini sebuah kasut yang baik.
2) Anda tidak perlu membeli kasut itu.
Sesetengah pernyataan normatif mempunyai implikasi atau kean langsung
dengan segera terhadap tingkah laku. Contoh;
Kecuaian memandu kereta di jalan raya akan membahayakan nyawa pemandu itu
sendiri dan pengguna jalan raya lain. Justeru, kita harus berhati-hati di jalan raya.
Terdapat juga pernyataan normatif yang dinyatakan dalam bentuk arahan atau
perintah melibatkan perbuatan yang patut atau tidak patut dipatuhi individu dalam
masyarakat. Contohnya;
Dilarang membuang sampah di kawasan ini. Denda RM500.
-
9
2.3 KONSEP AKHLAK
2.3.1 Definisi/Pengertian
Mengikut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, akhlak
ditakrifkan sebagai budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuan berkaitan kelakuan
dan tingkah laku manusia dan sebagainya sama ada baik atau jahat.
Dari aspek bahasa, perkataan akhlak berasal daripada perkataan Bahasa
Arab (al-akhlaaku) iaitu kata jamak daripada perkataan (al-khuluqu) bererti
tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, maruah, adat kebiasaan, malah ia juga
bererti agama itu sendiri. Dalam Lisan al-arab ia bermakna tabiat atau watak. Ia
juga bermakna maruah, Ad Din atau Fitrah menurut Qamus al-Muhit Perkataan (al-
khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya
ialah. Menurut istilah, akhlak ialah sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat
mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa pemikiran,
penelitian dan paksaan. Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal
mentakrifkan akhlak itu sebagai keadaan jiwa yang mendorong ke arah melahirkan
perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.
Dalam erti kata mudah, akhlak merujuk kepada kelakuan atau watak orang
itu. Sekiranya seseorang anak itu sudah rosak akhlaknya, ini bermakna kelakuannya
amat buruk. Contoh perbuatannya ialah melanggar peraturan sekolah, tidak
mematuhi arahan guru, merosakkan harta benda sekolah dan sebagainya.
Sebaliknya, seorang individu yang berakhlak tinggi merupakan seorang yang
bersopan santun, bertoleransi, bekerjasama dan bersedia untuk tolong-menolong.
Individu yang berakhlak tinggi menghormati ibu bapa, guru, orang tua dan rakan-
rakan.
Dengan merujuk pernyataan-pernyataan di atas, maka dapat disimpulkan
bahawa akhlak tidak membawa maksud kelakuan yang baik atau buruk, tetapi ia
hanya membawa maksud kelakuan.
-
10
2.3.2 Kepentingan Etika
Etika penting semasa mengendalikan tatacara kehidupan manusia dalam
menguruskan individu,keluarga,organisasi dan masyarakat bagi memastikan
kesejahteraan dan kebahagiaan.Justeru,kepentingan etika dilihat dalam konteks
sejagat melalui individu,keluarga,organisasi dan masyarakat.
Individu
Individu yang beretika mendapat kebaikan fizikal,ketenangan jiwa dan perasaan.
Individu yang beretika juga dapat membina sahsiah diri ataupun keperibadian yang
baik kerana beliau memelihara dirinya dengan sifat-sifat yang terpuji.Masyarakat
mengiktirafnya sebagai orang yang berbudi tinggi.
Keluarga
Etika memainkan peranan yang penting dalam pembentukan keluarga yang
beretika. Ikatan yang erat berdasarkan etika kekeluargaan yang sedemikian dapat
mewujudkan keharmonian.Oleh yang demikian,keamanan dan keakraban rumah
tangga dapat menjamin keutuhan keluarga.
Organisasi
Etika berperanan penting dalam menentukan kestabilan organisasi.Ia dapat
memelihara nilai-nilai murni organisasi dengan sikap bertanggungjawab dan prihatin
pada kebajikan masing-masing.Ia juga dapat memantapkan kestabilan,seterusnya
mempertingkatkan produktiviti,meningkatkan kredibiliti dan reputasi serta menjamin
perkembangan yang berterusan.
Masyarakat
Kepentingan etika dalam sesebuah masyarakat tidak dapat dipertikaikan kerana ia
dapat memelihara keamanan,keadilan dan kesejahteraan yang berterusan.
Masyarakat yang beretika juga dapat membentuk persekitaran yang sihat dan
menghindari masalah-masalah sosial seperti pembuangan
bayi,rompakan,penyeludupan barangan haram dan seumpamanya.
-
11
3.0 TEORI ETIKA
3.1 TEORI TELEOLOGI
Definisi
Teori teleologi wujud apabila terdapat golongan yang berpendapat bahawa
tiada pertalian antara peraturan masyarakat atau keperibadian mulia dengan etika.
Teori ini menegaskan bahawa kriteria dan piawai asas tentang sesuatu yang benar,
baik, salah, jahat dan sebagainya ialah penghasilan nilai bukan moral yang dianggap
baik. Nilai betul dan salah bergantung kepada kesan sesuatu perbuatan. Hal ini
bermaksud sesuatu tindakan perlu dilakukan sekiranya ia membawa lebih banayk
atau bertujuan membawa lebih banyak kebaikan daripada keburukan mengikut
peraturan yang berkenaan, yang dipanggil konsekuensialisme. Namun, terdapat
juga teleologis mempunyai pandangan yang berbeza tentang siapa yang menerima
kebaikan atau keburukan, iaitu sama ada kebaikan atau keburukan itu ditujukan
kepada orang lain atau diri sendiri. Maka, wujud lah utilitarianisme dan egoisme.
Utilitarianisme
Etika utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu
sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang
lebih banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada
sejumlah insan yang paling ramai. Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah
keseronokan (iaitu sesuatu yang bukan bersifat moral). Menurut Jeremy Bentham
(1748-1832), manusia dikuasai dan dipengaruhi oleh keseronokan serta kesakitan,
Manakala kemoralan ialah usaha mencari kebahagiaan, iaitu keseronokan.
Bagi John Stuart Mill (1806-1873) pula, beliau membezakan antara keseronokan
dengan memasukkan aspek kualiti. Mill mengukur kualiti dan kuantiti sekaligus.
Menurut Mill, petunjuk kualiti keseronokan adalah seperti tinggi/rendah, baik/buruk,
baru/lama objektif/subjektif, dan faktor yang boleh mempengaruhi keseronokan pula
ialah kecerdikan, pendidikan, sensitiviti, bermoral dalam tindakan dan kesihatan
yang baik.
-
12
Beliau memperihalkan utilitarianisme seperti berikut: Prinsip Kebahagiaan
Terbanyak yang menekankan bahawa sesuatu perlakuan itu benar atau baik
mengikut kadar atau perimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh
perlakuan itu. Kesenorokan (bebas daripada kesakitan) sebagai natijah atau hasil
yang benar, baik dan yang diidamkan. Teori ini disokong oleh Quinton (1973),
keadaan di mana beliau menyatakan bahawa individu yang mendokong
utilitarianisme sebagai mereka yang bersetuju bahawa kebaikan sesuatu tindakan
atau perlakuan ditentukan oleh natijah daripada tindakan itu sendiri. Dengan merujuk
kepada pendapat Bentham dan Mill itu tadi, dapatlah dinyatakan bahawa
pengalaman keseronokan mestilah dimaksimumkan dand keseronokan
diminimumkan.
Jenis-jenis Utilitarianisme
Utilitarianisme menggangap bahawa sesuatu perbuatan baik atau jahat
bolehnya disukat. Pada peringkat paling rendah dipanggil act utilitarinism. Kita
harus bertanya kepada diri sendiri mengenai kesan akibat sesuatu tindakan dalam
keadaan tertentu ke atas pihak-pihak yang terlibat sebelum sebarang tindakan
diambil. Sekiranya tindakan tersebut menghasilkan kebaikan maka ia dianggap
betul.
1) Act utilitarianism
Jenis ini merekodkan akibat sesuatu perbuatan sama ada bermoral atau sebaliknya
berdasarkan kajian kes. Misalnya dalam konteks masyarakat malaysia, khususnya,
aktiviti riadah dengan menonton televisyen mungkin dianggap tidak bermoral kerana
masa tersebut sepatutnya digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang bermanfaat
seperti kerja kebajikan.
2) Hedonistic utilitarianism
Jenis ini mengambil kira kegembiraan, kesan daripada suatu tindakan dianggap
bermoral. Ini kerana Bentham berpendapat, untuk menentukan benar atau salah
(moraliti) tingkah laku individu, ianya perlu mengambil kira kesan dan akibatnya.
Misalnya tindakan atau perbuatan yang boleh meningkatkan ciri kesetiaan dan
persahabatan, sehingga mencetuskan ciri kegembiraan. Memutuskan persahabatan
-
13
tetapi membahagiakan kedua-dua pihak yang terlibat adalah suatu yang dianggap
bermoral.
Pertikaian Prinsip Utiliti
Prinsip memaksimumkan keseronokan, sebenarnya tidak adil dan berat
sebelah, dan ini menyebabkan konflik antara konsep untiliti dan keadilan. Antara
aspek yang dipertikaikan ialah;
i) Keseronokan dan kesakitan ialah perasaan. Perasaan ialah subjektif, atau
pengalaman yang setiap orang mengalaminya mengikut kehendak sendiri.
ii) Keseronokan dan kesakitan bukan sahaja subjektif, malahann sesuatu yang
disangsikan atau kabur.
iii) Prinsip utiliti menggambarkan manusia hanyalah sebagai pemburu keseronokan
atau manusia itu secara naluri semestinya membenci kesakitan. Menurut
Masochists, mereka merasai, mengalami atau menanggung kesakitan kerana
menghadapi keseronokan daripada kesakitan itu. Nietzsche (1968) turut menentang
idea ini, dengan mengatakan bahawa untuk berusaha mendapatkan kuasa, manusia
mesti mengatasi rintangan dan menempuh halangan. Istilah yang selalunya
dikaitkan dengan ini adalah seperti berikut:
(a.) Istilah kebaikan: Pengalaman kesenorokan mestilah dikaitkan dengan kebaikan
dan pengalaman kesakitan dikaitan dengan kejahatan.
(b.) Istilah kebahagiaan: Menyamakan kesenorokan dengan kebahagiaan.
Contoh yang Berkaitan
(a.) Pandangan peperangan dalam konsep utilitarianisme
Peperangan dianggap wajar dari segi moral jika hasilnya membawa kebahagiaan
dan kelebihan yang melebihi kesengsaraan dan penderitaan. Contohnya,
utilitarianisme menyokong tindakan mengebom bandar Hiroshima (walaupun banyak
yang tidak berdosa berkoban) untuk menamatkan perang dunia kedua. Hal ini
kerana jika pihak jepun menang, dunia ini akan hilang sifat kemanusiaan dan
kezaliman yang berleluasa.
-
14
(b.) Pandangan tentang peraturan yang bermoral
Sesuatu peraturan yang ditentukan mesti memaksimunkan keseronokan bagi
semua yang terlibat. Misalnya, dalam konteks negara Malasyia sendiri, peraturan
memakai seluar pendek tidak dibenarkan di dalam kampus perguruan.
(c.) Tindakan mencuri
Contohnya kalau seseorang itu mencuri wang daripada seseorang yang kaya dan
kedekut dan kemudian di agihkan kepada si miskin di anggap baik, kerana bilangan
orang yang beruntung adalah melebihi daripada seseorang kaya yang kena curi.
d) Sistem Demokrasi di Malaysia
Semasa keputusan pilihan raya umum dibuat, calon yang bertanding dan
diisytiharkan sebagai pemenang apabila jumlah undian adalah majoriti.
Egoisme
Egoisme ditakrifkan sebagai teori yang menggangap nilai itu baik jika
menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk jika sesuatu itu merugikan diri sendiri.
Pengasas etika egoisme ialah Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844 1900). Beliau
kuat menentang kemoralan sosial iaitu yang berasaskan tradisi dan peraturan
masyarakat. Nietzche mengenal pasti dua kumpulan besar manusia iaitu kumpulan
rakyat jelata yang miskin dan kumpulan bangsawan yang kaya. Kumpulan rakyat
jelata adalah ramai dan lemah. Manakala golongan bangsawan ini minoriti tetapi
kuat. Oleh itu, rakyat jelata ini selalunya menyimpan perasaan benci dan dendam
terhadap gologan bangsawan ini.
Hal ini telah menyebabkan kaum bangsawan melihat diri mereka sebagai
durjana dan jahat. Mereka melihat nilai asal mereka (individualisme atau egoisme)
sebagai salah. Usaha rakyat memperkenalkan peraturan moral ini mengandungi
konsep seperti pengorbanan diri, rasa bersalah, suara batin, kepercayaan agama
dan lain-lain. Bagi Nietzsche, mencipta tuhan atau menyedarkan wujudnya tuhan
dan agama yang melindungi golongan rakyat ini adalah hasil daripada
pemberontakan. Jadi, rakyat berjaya menjadikan etika dan kemoralan yang salah itu
-
15
menjadi benar yang berpunca daripada perundangan tuhan. Usaha rakyat biasa
memutlakkan peraturan moral mereka dengan mengaitkan autoriti agama atau
Tuhan telah ditentang oleh Nietzsche kerana menurutnya, perkara ini merupakan
perkembangan ke arah kemoralan hamba abdi yang merendahkan martabat
manusia seperti binatang gembala. Menurut beliau lagi, mengeksploitasi rakyat
biasa dan bukannya pengorbanan diri ialah inti atau hakikat kehidupan.
Jadi, sesuatu tindakan itu mesti menguntungkan diri. Nietzsche ialah seorang
egois yang mahu melihat kaum bangsawan untuk berkembang dan menjadi tuan
kepada kod etika, peraturan dan undang-undang moral.
Egois biasanya mementingkan diri sendiri sahaja dan tidak mengambil kira
kepentingan orang lain, sebaliknya menindas dan mengeksploitasi orang lain. Egois
tiada iltizam untuk berbakti kepada masyarakat dan menjalankan kerja sukarela.
Mereka ini benci kepada pertubuhan atau organisasi. Nietzsche memperakui nilai
sesuatu sistem peraturan tetapi beliau menentang peraturan mutlak. Peraturan
mestilah bersifat individualistik.
Contoh yang Berkaitan
a) Tindakan membantu orang lain
Contohnya, dalam kemalangan kebakaran, kita tidak sepatutnya menyelamatkan
mangsa kerana dikhuatiri akan membahayakan nyawa diri. Bagi contoh lain,
Seseorang itu dianggap tidak beretika apabila tindakannya menolong orang buta
melintasi jalan raya, tetapi berkesudahan dengan kecelakaan.
b) Tindakan peperangan
Kajian kes British menakluki negeri-negeri Melayu sebelum Malaysia merdeka,
tindakan British mengeksploitasi bahan mentah di negeri-negeri melayu untuk tujuan
kepentingan diri. Dalam situasi ini, British dianggap golongan bangsawan yang kuat.
Manakala orang tempatan dianggap lemah dan selalunya memberontak
mengunakan prinsip ketuhanan (hak mereka sebagai pemilik) untuk
mempertahankan diri. Jadi, peperangan British untuk menakluki tanah melayu
adalah bermoral.
-
16
c) Tindakan kegiatan pertubuhan
Kegiatan pertubuhan yang wujud adalah tidak bermoral kerana ianya dianggap
sebagai suatu fahaman baru untuk mempengaruhi orang lain. Contohnya,
pertubuhan parti-parti politik.
Pertikaian Terhadap Etika Egoisme
Pendapat Nietzsche Pertikaian/Kritikan
Egois mementingkan diri sendiri
sahaja dan tidak mengambil kira
kepentingan orang lain, dan
menindas orang lain.
Menurut Ross (1998), egosime tidak
mengutamakan kemurahan hati kerana
mengejar kepentingan diri sendiri,
sebaliknya dalam banyak kes, mungkin
memudaratkan orang lain.
Untuk memperoleh kecekapan
dan kemajuan, mereka yang
lemah mesti dieksploitasikan.
Tetapi, sejarah menunjukkan
perlindungan kepada mereka yang
lemah dan menderita tidak
menjejaskan kemajuan, kekuatan dan
kecekapan umat manusia
keseluruhannya.
Beliau menentang pengorbanan
diri kerana menurut beliau,
unsure ini boleh menyebabkan
manusia reput dan mundur.
Manusia seperti binatang liar dan buas
akan berbunuhan sesama sendiri jika
pengorbanan diri tidak dpraktikkan.
Gerak hati untuk melakukan
pengorbanan diri ialah pembawaan
atau sifat semula jadi jiwa manusia,
oleh itu, tidak patut dimusnahkan.
-
17
Setiap individu bertanggungawab
untuk bertindak dan menghakimi
sesuatu dengan ukuran atau
piawai yang memajukan
kebajikannya sendiri, iaitu
menguntungkan dirinya dari segi
perkara yang benar dan salah.
Menurut Immanuel Kant dan Richard
Hare, sesuatu peraturan atau prinsip
moral mesti diambil tindakan oleh
setiap individu, iaitu peraturan atau
prinsip itu mestilah sejagat.
3.2 ETIKA DEONTOLOGI
Definisi
Deontologi berasal dari perkataan Yunani "deon" yang bermaksud "yang
diharuskan atau diwajibkan". Teori deontologi menegaskan bahawa ada
pertimbangan dan fakta yang lain bernilai intrinsik yang menyebabkan seseuatu
perlakuan atau peraturan itu patut, baik, benar dan diwajibkan. Teori deontologi
mementingkan sifat perlakuan atau ciri peraturan itu sendiri. Seperti Teori
Teleologikal, terdapat beberapa jenis teori deontologi iatu teori deontologi-lakuan
(eksistensialisme) dan teori deontolofi-peraturan (prinsip kewajiban).
Deontologi selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant, seorang ahli flasafah
German (1724-1804) yang pernah mengajar di University of Konigsberg di bahagian
barat Rusia. Kant percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu
tindakan bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di
bawah kawalan kita. Akan tetapi motif (niat) tindakan kita adalah di bawah kawalan
kita dan, oleh itu, kita harus bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk
membuat kebaikan atau keburukan.
Deontologi menafikan apa yang ditetapkan oleh teori teleologi, kerana
menurut deontologis, ada pertimbangan-pertimbangan lain yang boleh menentukan
-
18
sesuatu tindakan atau peraturan menjadi baik, betul atau wajib selain kebaikan dan
keburukan dalam akibatnya.
Berbalik kepada dua jenis teori deontologi tadi, teori deontologi tindakan (act
deontology) menegaskan bahawa semua pertimbangan keputusan moral adalh
bersifat spesifik, menitikberatkan apa yang telah berlaku atau bertindak dalam
situasi yang tertentu. Teori deontologi peraturan (rule deontolgy) pula berpendapat
bahawa piawai tentang betul atau salah sesuatu tindakan terdiri daripada satu atau
lebih peraturan.
Prinsip Kewajipan
Prinsip kewajipan menegaskan duty for the sake of duty, iaitu
tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan satu
tanggungjawab. Pengasas prinsip kemoralan ini iala Immanuel kant (1724-1804).
Kant menyatakan bahawa "bakat minda" seseorang seperti kecerdasan,
kebijaksanaan dan pertimbangan; "hadiah atau pemberian alam" seperti kekuasaan,
kekayaan, dan kehormatan, dan "ciri watak" seperti keberanian, ketabahan hati, dan
sifat-sifat lain memang baik dan diingini dalam banyak hal atau perkara. Walaupun
begitu sifat-sifat ini tidak boleh dianggap baik tanpa syarat.
Tumpuan diberi dan diletak atas niat, tujuan dan motif seseorang, dan bukan
atas apa yang dilakukannya. Motif yang menjadikan sesuatu tekad itu baik bukanlah
cita rasa, kemahuan atau kecenderungan semula jadi. Sesuatu tindakan akan
mempunyai nilai moral apabila dilakukan dengan kerelaan dan seseorang itu akan
mempunyai kerelaan hati jika motif tindakannya ialah satu tanggungjawab moral
yang diakui. Satu-satu tindakan yang dianggap betul dari segi moral tidak dianggap
memadai jika ia dilakukan semata-mata untuk kepentingan diri.
Ciri-ciri Kewajipan
a) Konsep tekad baik (Goodwill)
Sesuatu tindakan yang datang daripada kesedaran untuk menunaikan
tanggungjawab akan melahirkan perbuatan yang benar dari segi moral. Kant
menyatakan perkara-perkara yang baik ialah membuat sesuatu bakat minda seperti
kebijaksanaan dan kecerdasan pemikiran, keberanian dan kesederhanaan
-
19
pemikiran. Dalam konteks ini, Kant tidak mahu menganggap sesuatu tekad itu baik
atas sebab apa yang telah atau ingin atau boleh dicapai dan dihasilkan oleh tekad
itu. Motif tunggal tekad baik hanya berlaku apabila menganggap ia sebagai
mengamalkan kewajipan. Ini kerana untuk mengamalkan kewajipan, sesuatu tekad
itu baik kerana batinnya atau semangat dalamannya. Dengan kata lain, yang baik
dan patut diberi pujian moral ialah mengamalkan kewajipan itu semata-mata kerana
amalannya ialah suatu kewajipan. Kant juga menjelaskan bahawa mengamalkan
kewajipan sedemikian adalah serupa dengan bertingkah laku wajar kerana
memuliakan atau menghormati undang-undang.
b) Perintah Mutlak Tanpa Syarat (Categorical Imperative)
Apabila sesuatu peraturan dibentuk, setiap orang mesti mematuhinya setiap masa
tanpa sebarang pengecualian dan persoalan. Kant menjelaskan bahawa individu
yang baik dari segi moral dengan tekad baik yang mutlak ialah individu yang
sentiasa berkelakuan atau bertindak atas dasar kewajipan atau kerana menghormati
undang-undang. Individu ini akan memilih kewajipan dan kepatuhan kepada undang-
undang dan tidak akan memilih kecenderungan tertentu jika dia terpaksa membuat
sesuatu pilihan.
Kewajipan atau undang-undang mutlak ini dikenali, diperihalkan, diperaku
dan digambarkan oleh Kant sebagai satu set prinsip moral (yang lebih dikenali
sebagai categorical imperative atau perintah mutlak atau tanpa syarat). Prinsip moral
yang ditetapkan oleh individu untuk dirinya sendiri (seperti tidak cakap bohong)
mesti dipatuhi oleh orang lain. Dengan kata lain, individu itu mesti bertindak
sebagaimana dia inginkan orang lain bertindak. Secara rumusnya, prinsip moral
individu itu sewajarnya melambangkan undang-undang yang objektif dan sejagat.
Dengan ini menjelaskan bahawa Kant meletakkan konsep pematuhan kepada
prinsip sendiri sebagai suatu undang-undang sejagat adalah formula asas prinsip
kemoralan.
Contoh yang Berkaitan
a) Bertekad Baik
contoh 1:
-
20
Seseorang yang menyambung pelajaran selepas mendapat keputusan SPM atas
kesedaran diri sendiri kerana memikirkan ianya satu tanggungjawab adalah satu
perbuatan yang beretika, manakala belajar kerana terpaksa boleh dianggap tidak
beretika.
contoh 2:
Seseorang pelajar belajar bersungguh-sungguh atau tekun untuk mendapatkan
markah yang tinggi dalam peperiksaaan atas kesedaran diri sendiri kerana dia
memikirkannya ialah satu tanggungjawab. Dengan ini, ia merupakan satu perbuatan
yang beretika.
b) Kategori Perintah Mutlak Tanpa Syarat
contoh 1 :
Menipu dalam peperiksaan adalah satu kesalahan kerana rasionalnya adalah
walaupun menipu boleh membantu anda mendapat markah yang tinggi dalam
peperiksaan, ia tetap dihina orang kerana ia adalah satu tindakan yang tidak adil.
contoh 2:
Mencuri merupakan satu kesalahan tidak kira bahan yang dicuri itu besar atau kecil,
mahal atau murah dan sebagainya. Walapun mencuri boleh membantu kita
mendapatkan bahan yang diinginkan atau wang, tetapi kita akan dihina oleh orang
lain atau disalahkan di sisi undang-undang.
contoh 3:
Membohong merupakan satu amalan atau tingkah laku yang salah secara
rasionalnya. Ia adalah satu kesalahan kerana ia mungkin akan menimbulkan
masalah kepada orang yang kita bohong dan kehilangan kepercayaan orang lain
terhadap kita. Oleh itu, sejak kecil lagi kita dididik supaya tidak cakap bohong.
contoh 4:
Ramai yang mengetahui meniru atau menipu di dalam peperiksaan merupakan
satu tindakan yang salah, namun atas sifat mementingkan diri dan ingin
mencapai kejayaan dengan mudah masih ramai yang berani meniru atau menipu
di dalam peperiksaan. Perlakuan ini akan sentiasa dihina kerana ia merupakan
satu perbuatan yang tidak adil bagi individu yang jujur dan berusaha untuk
mencapai kejayaan.
-
21
Pertikaian/Kritikan Terhadap Prinsip Kewajipan
Rajah 1
Walaupun telah ditegaskan dari awal bahawa tanggungjawab dilaksanakan
semata-mata kerana amalan itu ialah tanggungjawab tetapi apabila timbul keadaan
di mana dua kewajipan berkonflik, sukar untuk memilih mana yang perlu
diutamakan. Ini merupakan satu kelemahan dalam krinsip kewajipan.
Dalam situasi dalam Rajah 1 di atas, pelajar tersebut mempunyai dua
kewajipan iaitu sebagai pelajar dia perlu menyiapkan tugasnya dan sebagai anak,
dia perlu membantu ibu dengan kerja rumah kerana ibunya tidak sihat. Apabila
terdapat konflik di antara dua tanggungjawab, prinsip kewajipan kurang jelas dan
tanggungjawab diutamakan mengikut prinsip etika yang lain.
Prinsip Eksistensialisme
Definisi Prinsip ini menegaskan bahawa nilai buruk mesti berasaskan pilihan individu secara
bebas. Sebaliknya, pilihan individu menjadi nilai buruk jika kerana
dipaksa. Eksistensialisme boleh ditakrifkan dengan senang, tetapi apa yang
menjadikannya sukar difahami ialah terdapat dia aliran eksistensialisme yang
berlainan pandangan iaitu:
a) Eksistensialisme yang beragama Kristian, termasuk Karl Jaspers dan Gabriel
Marcell, kedua-duanya katolik;
-
22
b) Eksistensialisme ateistik (ateis ialah orang yang tidak percaya kewujudan Tuhan),
termasuk Martin Heidegger dan beberapa oranga eksistensialis Perancis serta Sarte
sendiri.
Pelopor prinsip ini ialah Jean-Paul Sartre (1905-1980), yang merupakan ahli
falsafah eksistensialisme Perancis yang percaya bahawa existence precedes
essence, iaitu kewujudan mendahului intipati. Menurut Sarte, manusia tidak
mempunyai penciptanya dan fungsi manusia sudah ditentukan. Bagaimana manusia
itu menjadi bermoral atau tidak bermoral bergantung kepada pilihan yang dibuatnya
dalam pelbagai peringat kehidapannya.
Ciri-ciri Prinsip Eksistensialisme
Eksistensialisme melemahkan peraturan tradisional dan mutlak yang
berfungsi sebagai panduan moral. Bagi eksistensialisme, kemoralan berasaskan
andaian "kebebasan". Menurut Satre, jika individu mematuhi peraturan masyarakat
secara buta tuli, dia mempunyai pandangan "mitologi" yang menjejaskan
kebebasannya. Mitos ini mesti dihapuskan dari alam kemoralan.
Tidak dapat dinafikan bahawa individu tidak dapat membuat apa-apa
terhadap hakikat bahawa dia telah lahir, bagaimana dia lahir, dalam abad berapa dia
lahir, ibu bapanya dan lain-lain, tetapi dia boleh menentukan bagaimana dia hendak
hidup.Individu mesti bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku
moralnya sendiri. Aspek ini sama dengan pandangan Heideggar yang
memperkenalkan konsep "kewujudan sah". Kewujudan ini merujuk kepada individu
membuat pilihan dan keputusan moral yang tulen dan tidak membenarkan dirinya
dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan orang lain dalam membuat pilihan dan
keputusan moral. Apabila individu itu membenarkan orang lain membuat pilihan
moral untuk dirnya, dia dianggap berada dalam kewujudan yang tidak sah.
Golongan eksistensialisme menitikberatkan kebebasan memilih (freedom of
choice) dalam situasi yang mereka berada. Terdapat tiga bentuk kebebasan:
i) Kebebasan jasmani
ii) Kebebasan kehendak
-
23
iii) Kebebasan moral bermaksud kebebasan bertindak tanpa amanah, paksaan dan
larangan.
Menurut eksistensialisme, seseorang itu merasakan kewajipannya bukan
suatu yang dipaksa dari luar, tetapi sesuatu yang dikehendaki olehnya sendiri.
Dengan menjauhi semua prinsip dan peraturan moral, individu mesti menggunakan
kebebasannya untuk mendapat fakta yang betul berhubung dengan situasi yang
dihadapinya, iaitu menilai secar teliti situasi berkenaan, kemudian membuat pilihan
dan keputusan moralnya sendiri. Eksistensialisme menekankan pilihan terus
daripada sumber asal (first hand choice).
Contoh yang Berkaitan
1. Menderma kepada institusi agama adalah nilai baik jika dilakukan kerana pilihan
sendiri tetapi menjadi nilai buruk jika kerana terpaksa.
2. Seseorang tidak dilahirkan sebagai seorang guru. Sebaliknya, dia memilih untuk
menjadi guru. Ia adalah nilai baik jika dilakukan kerana pilihan sendiri tetapi menjadi
nilai buruk jika kerana terpaksa. Oleh itu, setiap individu bebas memilih atau
menentukan apa yang disukainya.
3. Menjalankan khidmat sosial di rumah-rumah orang yatim atau orang tua adalah nilai
baik jika ia dilakukan atas pilihan sendiri. Ia akan menjadi nilai buruk jika ia dilakukan
atas paksaan.
Pertikaian/Kritikan Terhadap Prinsip Eksistensialisme
Oleh kerana prinsip eksistensialisme berpegang kepada prinsip bahawa nilai buruk
mesti berasaskan kepada pilihan individu secara bebas, isu tentang relativisme akan
timbul. Menurut Satre, peraturan dan prinsip adalah terlalu abstrak dan tidak ada
peraturan yang boleh digunakan oleh manusia untuk menentukan apa tindakan yang
akan diambil atau apa yang betul. Dalam keadaan ini, relativisme individu dianggap
sebagai mutlak.
-
24
Rajah 2
Dalam situasi dalam Rajah 2 di atas, Jaysha telah membuat keputusan
berasaskan keadaan persekitaran dan ingin memilih keputusan hendak menjadi
GRO yang pada anggapannya meringankan beban kewangan ibu bapa dan pada
masa yang sama memberinya pendapatan yang lumayan. Tetapi keputusan ini
mungkin tidak baik dari segi moral sebab ibu bapa Jaysha san masyarakat setempat
mungkin mempunyai standard moral yang berbeza dengan Jaysha.
3.2 TEORI KEMORALAN SOSIAL
Definisi
Teori Kemoralan Sosial ialah satu teori yang memberikan maksud tingkah
laku yang perlu ada dalam menjamin manusia terus hidup dalam keadaan aman dan
harmoni. Teori ini banyak berkait rapat dengan amalan masyarakat, undang-undang
negara dan amalan sejagat dengan konsep etika. Bagi kami, ia banyak melibatkan
amalan masyarakat.
Teori ini banyak mementingkan nilai yang pentingkan masyarakat dan bukan
individu dalam mencapai matlamat moral. Teori ini juga boleh dimaksudkan dengan
peraturan moral yang dijadikan sebagai satu kewajipan dan dikuatkuasakan oleh
pemerintah supaya wajib diketahui. Peraturan ini tidak membenarkan seseorang
menilai dan mengkritik peraturan moral yang telah ditetapkan oleh masyarakatnya.
Teori ini juga dikenali sebagai kemoralan konvensional dan tradisioalisme atau
-
25
konsrvatisme dalam kemoralan. ia merujuk kepada standard atau ukuran moral yang
merangkumi nilai-nilai yang mementingkan masyarakat.
Ciri-ciri Teori Kemoralan Sosial
Teori ini dipengaruhi oleh pegangan agama sesebuah masyarakat. Ia bersifat
kemasyarakatan dan wujud di luar diri seseorang individu. Contohnya, di Malaysia,
ada peraturan yang diwujudkan supaya masyarakatnya yang berbilang bangsa
menghormati agama dan adat resam sesuatu kaum yang lain. Segala peraturan,
nilai dan adat yang diwujudkan dalam sesebuah kumpulan masyarakat itu adalah
sesuatu yang dipersetujui bersama. Contohnya, peraturan untuk tidak berbohong
dan mencuri adalah peraturan kehidupan bermasyarakat yang akan membawa
kebaikan kepada semua manusia. Selain itu, peraturan masyarakat tersebut akan
memperlihatkan pemerintahan atau pihak berkuasa atau autoriti dalam masyarakat
tersebut dalam penetapan sesuatu peraturan masyarakat itu.
Pertikaian/Kritikan Terhadap Teori Kemoralan Sosial
1) Ia bersifat authoritarian. Ia menyekat kuasa individu dan membataskan
kebebasan individu dalam memilih, menilai dan mengkritik peraturan-peraturan
moral yang telah ditetapkan oleh masyarakatnya.
2) Jika semua masyarakat mempunyai peraturan moralnya yang tersendiri, maka ini
akan membawa kepada perbezaan yang akan menjurus kepada konflik di kemudian
hari. Ini boleh terjadi kepada peraturan moral sesebuah masyarakat yang
membolehkan ia bertentangan dengan peraturan moral masyarakat lain
mengakibatkan pertikaian dan pergaduhan antara satu sama lain.
3) Kelemahan ini merujuk kepada peraturan masyarakat itu sendiri. Sesuatu
peraturan masyarakat yang ditetapkan itu mungkin tidak betul, tiada nilai moral dan
boleh membawa kepada kesan yang buruk. Ini disusuli dengan keadaan manusia
dan dunia ini yang semakin kompleks.
3.3 TEORI KEPERIBADIAN MULIA
Definisi/Pengenalan
-
26
Budi mempunyai pengertian falsafah yang tersendiri iaitu kebaikan,
manakala dari sudut epistemologi, budi disingkap daripada perkataan Sanskrit yang
bermaksud asas hikmah. Budi mengandungi rangkaian yang bersiratan iaitu akal
budi, hati budi, budi bicara, budi bahasa dan budi pekerti. Keseluruhan rumpun budi
dapat dikesan di dalam konteks kehadiran dan kewujudan manusia serta
masyarakat dan budaya. Gugusan budi meliputi hubungan sosio-budaya dan
spiritual.
Menurut Kamus Dewan, budi membawa maksud sifat dan perlakuan yang baik
serta akhlak dan tingkah laku yang terpuji. Manakala budi bahasa pula membawa
definisi kepada 'tuturkata, kelakuan, sopan santun, tatatertib, akal, kebijaksanaan
dan perbuatan kebajikan yang tercantum dalam kata-kata akhlak mulia'. Maksudnya
setiap gerak laku, tuturkata, tatahidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang
lain sebagai peribadi mahupun pergaulan masyarakat terangkum dalam konsep budi
bahasa. Konsep-konsep lain yang berkaitan dan melengkapkan nilai budi bahasa
termasuklah mulia, adil, hormat, bijaksana, berani, setia, malu, sabar, sopan dan
lain-lain.
Y.A.B Perdana Menteri semasa pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Nilai-
Nilai Murni pada 11Januari 2005, di Istana Budaya, Kuala Lumpur telah
menyarankan agar bangsa Malaysia yang maju seperti dicita-citakan menjelang
tahun 2020 dapat mempamerkan Kecemerlangan, Kegemilangan dan Keterbilangan
berasaskan pekerti mulia, berbudaya tinggi dan berbahasa baik. Ini akan lebih
bermakna jika kita dapat menaikkan nama Malaysia di mata dunia.
Budi bahasa dan amalan-amalan murni tidak boleh bercambah dengan hanya
membiarkan keadaan yang sedia ada. Rakyat dan kerajaan mesti berjuang bersama
mewujudkan masyarakat yang berhemah dan berbudi agar tamadun kita tidak hilang
mutu dan keindahan sosialnya. Untuk itu kita perlu ingat-mengingatkan akan amalan
murni yang sudah hilang itu.
Sejajar dengan kempen Budi Bahasa Budaya Kita, ia merupakan satu
amalan yang bertujuan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang bermoral,
beretika dan keperibadian mulia. Teori ini menitikberatkan perwatakan manusia dari
-
27
segi falsafah moral. Etika keperibadian mulia mengambil berat tentang budi pekerti
manusia yang berasaskan kepada keunggulan dan ianya dinyatakan sebagai etika
virtues dalam penulisan Aristotle (384-322 s.m). Bagi Aristotle, virtues atau
keperibadian mulia adalah sekumpulan konsep seperti keadilan, kemurahan hati,
keberanian, kejujuran, kesabaran dan kebijaksanaan yang memainkan peranan
penting dalam kehidupan bermoral masa kini.
Menurut Aristotle, terdapat dua jenis keperibadian mulia iaitu yang bersifat
intelektual dan yang bersifat moral. Keperibadian mulia intelektual dikaitkan dengan
kecemerlangan minda untuk memahami, menaakul dan membuat penilaian dengan
baik. Manakala keperibadian mulia yang bersifat moral menekankan kepada
tuntutan berkelakuan baik dengan menjalankan proses pengulangan dan pelaziman.
Sebagai contoh, seorang insan yang mengamalkan sifat jujur akan cenderung
menjadi insan yang jujur dalam hidupnya. Justeru, Aristotle menjelaskan bahawa
keperibadian mulia adalah suatu kecenderungan untuk melakunya dengan sesuatu
tujuan. Bagi beliau lagi, keperibadian mulia ini tidak dihasilkan secara semulajadi
kerana sesorang individu itu tidak dikudratkan dengan sifat mulia atau jahat. Cara
yang terbaik untuk memperolehi keperibadian mulia ialah melalui latihan dan
mengamalkannya sehingga menjadi kebiasaan dan menyenangkan diri sendiri.
Ciri-ciri Keperibadian Mulia
1. Semua keperibadian mulia diperolehi oleh seseorang melalui pengajaran dan
pembelajaran atau latihan serta dijadikan amalan kehidupan seharian. Contohnya,
seorang anak yang diberikan didikan tentang adab memberi salam dan menghormati
orang tua, mereka akan sentiasa mengamalkan budaya dan sikap positif itu dalam
kehidupan seharian mereka sehingga dewasa.
2. Keperibadian mulia adalah tabiat yang membawa maksud mereka adalah
kelakuan biasa yang ditetapkan dan ditonjolkan. Apabila tabiat dibentuk, sesuatu
kecenderungan yang stabil wujud dalam individu dan ia boleh dipanggil sifatorang
itu. Oleh itu, apa yang ditunjukkan oleh tabiat bukan satu kebetulan atau
ketidaklaziman, tetapi adalah satu penjelasan tentang jenis manusia bagi seseorang
-
28
individu.
3. Keperibadian mulia adalah sesuatu yang boleh diguna pakai. Ia membolehkan
kita menetapkan bagaimana untuk berkelakuan dan bertindak dalam cara tertentu .
Operasi ini boleh berlaku secara dalaman seperti aktiviti pemikiran tentang satu
masalah matematik,atau secara luaran seperti kita memberikan bantuan kepada
mangsa kemalangan.
4. Keperibadian mulia adalah baik,ia berbeza dengan tabiat buruk dan perangai
buruk atau jahat. Keperibadian mulia adalah sempurna,dan membenarkan kita
bertindak dalam cara yang terbaik. Dengan perolehan keperibadian mulia,kita dapat
membentuk kendiri insan yang baik, manakala perangai buruk atau jahat
mempunyai kesan yang berlawanan, ia adalah destructive dalam kapasiti kita.
Pertikaian/Kritikan Terhadap Teori Keperibadian Mulia
Wallace (1978) berpendapat bahawa keperibadian mulia memainkan pelbagai
peranan yang tidak boleh diketepikan untuk kesejahteraan hidup manusia. Manakala
Philip Foot (1978) pula menyatakan bahawa manusia tidak boleh hidup dengan baik
tanpa keberanian,kesederhanaan dan kebijaksanaan kerana masyarakat tidak ada
keadilan. Kebaikan seterusnya ialah teori ini dapat menyatukan taakulan dan emosi
serta mengelakan berlakunya gejala sosial yang tidak sihat. Contohnya seseorang
itu hanya akan meniru dan mencontohi sesuatu tingkah laku yang apabila difikirkan
akan mendatangkan kesan baik kepada dirinya. Sebelum meniru dan
mengaplikasikan sesuatu tingkah laku, beliau akan memikirkan kesan baik dan
buruknya terlebih dahulu. Walaupun individu tersebut mudah dan boleh dipengaruhi
oleh sosial masyarakat, perkembangan ekonomi dan rakan sebaya, namun
ketaakulan akan menyebabkan individu itu menilai dengan cara pemerhatian dan
pergaulan dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia dan budi pekerti yang
baik.
Teori ini mendapat kritikan kerana kurang pasti sama ada sifat-sifat mulia
wujud secara semulajadi atau diperolehi melalui pengamalan dan pengalaman. Teori
Virtue Aristotle yang menyatakan keperibadian mulia bukan sesuatu yang natural itu
telah mendapat tentangan daripada golongan yang percaya kepada Tuhan. Mereka
-
29
percaya bahawa insan seperti nabi dan rasul memiliki keperibadian mulia secara
semulajadi kerana dianugerahkan Ilahi kepada mereka. Keperibadian mulia
seseorang itu tidak semestinya melalui kecenderungan atau latihan kerana manusia
mempunyai sifat naluri ingin tahu dan sifat meniru. Oleh itu, peribadi individu ini
boleh dipengaruhi oleh social masyarakat, perkembangan ekonomi dan rakan
sebayanya. Jelasnya, keperibadian mulia boleh diperolehi dengan memerhati dan
bergaul rapat dengan mereka yang mempunyai sifat-sifat mulia dan berbudi pekerti
yang baik.
Selain daripada itu, kelemahan teori ini juga ialah kita tidak dapat mengetahui
dengan lebih jelas siapakah yang sebenarnya mempunyai keperibadian mulia.
Barnes (1979) pula mengkritik doktrin jalan tengah Aristotle kerana doktrin itu tidak
mempunyai tenaga nasihat atau kekuatan untuk membuat sesuatu. Nasihat
bertindak mengikut jalan tengah atau bertindak sederhana sama maksudnya
bertindak seperti mana kamu patut bertindak. Bimbingan dan nasihat jalan tengah
ini tidak memberi nasihat dan maklumat tentang kemungkinan atau cara yang
dikatakan patut, sederhana atau baik apabila menghadapi desakan situasi moral. Ini
menjadikan seseorang itu kabur dan ragu-ragu apabila membuat sesuatu
keputusan.
-
30
4.0 TEORI PERKEMBANGAN MORAL KANAK-KANAK
Perkembangan moral merujuk kepada perolehan nilai dan kesedaran tentang
apa yan buruk dan apa yang baik, apa yang betul dan apa yang salah, berdasarkan
kod etika masyarakat setempat. Keupayaan kanak-kanak membezakan antara buruk
dengan baik sesuatu perbuatan tersebut diukur dari segi kebolehan mereka
memahami niat, tatasusila atau peraturan masyarakat serta nilai budaya dan agama.
4.1 TEORI PERKEMBANGAN MORAL (JEAN PIAGET)
Terdapat dua kajian yang dilakukan oleh Piaget mengenai perkembangan moral
kanak-kanak dan remaja:
1. Melakukan pemerhatian terhadap beberapa kanak-kanak yang bermain guli,
sambil mempelajari bagaimana mereka bermain dan memikirkan peraturan-
peraturan permainan.
2. Bertanyakan soalan tentang peraturan-peraturan etika, misalnya mencuri,
berbohong, hukuman dan keadilan kepada mereka.
Dari hasil kajian yang telah dilakukan tersebut, Piaget membuat kesimpulan bahawa
anak-anak berfikir dengan 2 cara yang sangat berbeza tentang moral, bergantung
pada kedewasaan perkembangan mereka. Menurut Piaget, terdapat 2 peringkat
dalam perkembangan moral kanak-kanak;
1. Moraliti Heteronomous (6-10 tahun)
Kanak-kanak bersifat egosentrik, iaitu mereka hanya dapat melihat dari satu
perspektif peraturan sahaja. Keadilan dan peraturan-peraturan dilihat sebagai
sifat-sifat dunia yang tidak boleh berubah serta suci.
Kanak-kanak pada tahap ini menilai kebenaran atau kebaikan perilaku
dengan mempertimbangkan akibat dari perilaku itu, bukan niat si pelaku.
Contoh: Sekiranya sepuluh gelas terjatuh dan pecah semasa Abu membantu
ibunya menghidangkan makanan malam, Abu tetap bersalah walaupun
kejadian tersebut berlaku secara tidak sengaja dan niat Abu untuk
meringankan kerja ibu.
-
31
Pada peringkat ini, kanak-kanak percaya kepada keadilan sejati, iaitu percaya
bahawa Tuhan akan menghukumnya jika membuat kesalahan.
Ketika Piaget menyarankan agar peraturan diganti dengan peraturan baru
(dalam permainan guli), kanak-kanak menolak. Mereka menegaskan bahawa
peraturan tidak boleh diubah.
Kanak-kanak juga percaya bahawa dendaan itu wajib, sedangkan ada
alternatif lain untuk membetulkan kesalahan.
2. Moraliti Autonomous atau Kerjasama (10-11 tahun ke atas)
Kanak-kanak sudah kurang egosentrik dan lebih terbuka dalam membuat
sesuatu pentakrifan moral. Mereka dapat melihat peraturan sebagai satu
persetujuan antara individu dan boleh berubah mengikut individu.
Kanak-kanak sudah mula menumpukan perhatian kepada niat seseorang.
Autoriti atau kuasa orang dewasa yang sebelum ini merupakan satu punca
ketaatan utama, tidak lagi dihormati.
Menurut Piaget, perkembangan penaakulan moral yang berlaku dalam beberapa
tahap yang invarian, iaitu perkembangan setiap satu tahap bergantung kepada
pencapaian pada tahap sebelumnya
.
4.2 TEORI PERKEMBANGAN MORAL (LAWRENCE KOHLBERG)
Menurut Kohlberg, pada tahap perkembangan tertentu, kanak-kanak akan
mempelajari apa yang betul dan apa yang salah. Dia juga akan mempraktikkan
kebaikan, kejujuran, kesetiaan, kepatuhan dan pelbagai jenis aspek moral yang lain,
walaupun beliau tidak mengetahui maksud moral yang sebenar.
Daripada kajian beliau, Kohlberg (1983) menyarankan tiga tahap utama
perkembangan moral dan tiap-tiap tahap boleh dibahagikan kepada dua peringkat.
Tahap 1: Pra-Konvensional (0-9 tahun)
-
32
Tahap yang paling bawah dalam penakulan moral. Pada tahap ini perlakuan dinilai
berdasarkan ganjaran dan hukuman yang akan diterima akibat perlakuan tersebut.
Dalam tahap ini terdapat dua peringkat iaitu peringkat orientasi kepatuhan dan
hukuman dan peringkat orientasi jangkaan individu.
Peringkat 1: Orientasi kepatuhan dan hukuman.
Peringkat ini boleh dilihat pada kanak-kanak yang berumur 4 tahun di mana
penilaian oleh kanak-kanak ini bergantung kepada kesan fizikal yang akan
dikenakan ke atas mereka. Kepatuhan kanak-kanak kepada orang dewasa adalah
untuk mengelakkan dendaan. Mereka belum mempunyai kebolehan untuk menilai
sesuatu dari segi tujuan tetapi lebih tertumpu kepada akibat yang akan diterima.
Mereka tidak dapat membezakan apa yang betul atau salah merujuk kepada
harapan masyarakat.
Peringkat 2: Orientasi ganjaran peribadi.
Peringkat ini lebih menumpukan kepada kehendak dan perasaan sendiri. Sesuatu
perkara itu dinilai baik atau jahat adalah berdasarkan penilaian terhadap kesan ke
atas mereka. Ini bermakna apa yang dapat memuaskan hati atau menggembirakan
mereka itulah yang dianggap baik dan sebaliknya. Prinsip keadilan bagi mereka
ialah sekiranya perkara atau insiden itu berlaku kepada kedua-dua belah pihak.
Sebagai contoh jika Ahmad dicubit oleh Arif, jadi untuk berlaku adil Ahmad
dibolehkan mencubit Arif.
Tahap 2: Konvensional (9-20 tahun)
Tahap pertengahan di dalam teori perkembangan moral Kohlberg. Dalam tahap ini,
inividu sudah mula mengaplikasi peraturan berdasarkan sesuatu yang telah
ditetapkan oleh ibubapa, guru dan komuniti. Tahap ini mengandungi dua peringkat
iaitu orientasi perlakuan baik dan akur kepada sistem sosial.
Peringkat 3: Orientasi perlakuan baik
Pada peringkat ini, ciri utama yang ditunjukkan ialah kecenderungan untuk
menolong atau lebih dikenali dengan sifat alturistik. Menolong orang lain yang
berada dalam kesusahan atau menyiapkan kerja dianggap sesuatu yang baik.
Individu pada tahap ini menolong orang supaya beliau dianggap sebagai orang yang
-
33
baik. Gelaran budak baik ini penting kerana sikap ini diutamakan dalam kumpulan
rakan sebaya.
Peringkat 4: Akur kepada sistem sosial dan etika peraturan
Pada peringkat ini kita dapat lihat dari segi penghormatan seseorang individu itu
kepada undang-undang sedia ada. Individu pada peringkat ini menghormati undang-
undang di atas rasa keyakinan beliau terhadap undang-undang yang ada dan
sanggup pula memperjuangkannya. Kohlberg berpendapat seseorang yang berada
pada peringkat ini menilai nyawa itu sebagai sesuatu yang kudus atau suci. Ramai
remaja dan orang dewasa bertindak berdasarkan pemikiran moral peringkat ini.
Tahap 3: Pos Konvensional (>20 tahun)
Tahap penaakulan moral yang paling tinggi dalam perkembangan moral Kohlberg.
Pada tahap ini individu rnula meneroka pilihan, memilih alternatif-alternatif lain dalam
penaakulan moral, Mereka mula mempunyai kod moral dan etika yang tersendiri,
Dua peringkat yang terdapat pada tahap ini ialah etika kontrak sosial dan hak
individu dari etika prinsip sejagat,
Peringkat 5: Etika kontrak sosial dan hak indivdiu
Pada peringkat ini, persoalan seperti hak individu, maruah, keadilan, persetujuan
serta tanggungjawab bersama menjadi isu yang dititikberatkan. Tingkah laku moral
adalah berteraskan kepada kepentingan sosial dan perjuangan ke arah kedaulatan
masyarakat. Individu pada peringkat ini menghormati undang-undang tetapi percaya
bahawa undang-undang perlu diubah suai untuk kesejahteraan umat atau manusia.
Peringkat 6: Etika prinsip sejagat
Pada peringkat ini individu menunjukkan ciri-ciri tingkah laku moral berasaskan
kesedaran kendiri yang meletakkan nyawa manusia, keadilan dan maruah pada
peringkat tertinggi. Kohlberg menyatakan bahawa individu pada peringkat ini
melanggar undang-undang bukan kerana tidak menghormatinya tetapi disebabkan
oleh rasa tanggungjawab dari segi prinsip etika hak-hak kemanusiaan. Mereka juga
sanggup menerima hukuman di atas kesalahan yang dilakukan dengan rela kerana
menghormati undang-undang yang telah ditetapkan.
-
34
4.3 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL (ALBERT BANDURA)
Teori Pembelajaran Sosial Bandura menekankan peniruan dan pemerhatian.
Ole itu, bagi pembelajaran nilai-nilai moral, peranan inbu bapa, guru dan rakan
sebaya adalah amat penting sekali. Secara teorinya, ia memberi penekanan tentang
bagaimana perilaku manusia dipengaruhi oleh persekitaran melalui peneguhan
(reinforcement) dan pembelajaran peniruan (observational learning), dan bagaimana
tingkah laku kita mempengaruhi persekitaran dan menghasilkan peneguhan
(reinforcement) dan peluang untuk diperhatikan oleh orang lain (observational
opportunity).
Teori Peniruan (Modelling)
Perilaku peniruan (imitative behavior) manusia terjadi kerana manusia merasa
telah memperoleh imbalan ketika kita meniru perilaku orang lain, dan memperoleh
hukuman ketika kita tidak menirunya. Menurut Bandura, sebahagian besar tingkah
laku manusia dipelajari melalui peniruan (imitation) maupun penyajian contoh
tingkah laku (modelling). Dalam hal ini orang tua dan guru memainkan peranan
penting sebagai seorang model atau tokoh bagi kanak-kanak-kkanak-kanak untuk
menirukan tingkah laku serta nilai-nilai moral.
Menurut Bandura, perlakuan seseorang adalah hasil interaksi faktor dalam
diri (kognitif) dan persekitaran. Bagi menjelaskan pandangan ini, beliau telah
mengemukakan teori pembelajaran peniruan, dalam teori ini beliau telah
menjalankan kajian bersama Walter (1963) ke atas kesan perlakuan kanak-kanak
apabila mereka menonton orang dewasa memukul, mengetuk dengan tukul besi dan
menumbuk sambil menjerit-jerit sockeroodalam video. Setelah menonton video
kanak-kanak ini diarah bermain di bilik permainan dan terdapat patung seperti yang
ditayangkan dalam video. Setelah kanak-kanak tersebut melihat patung tersebut,
-
35
mereka meniru aksi-aksi yang dilakukan oleh orang yang mereka tonton dalam video
(Ramlah Jantan & Mahani Razali 2004).
Berdasarkan teori ini terdapat beberapa cara peniruan iaitu meniru secara
langsung. Contohnya guru membuat demostrasi cara membuat kapal terbang
kertas dan pelajar meniru secara langsung. Seterusnya proses peniruan melalui
sekatlakuan dan taksekatlaku. Contohnya kanak-kanak meniru perlakuan bersorak
di padang, jadi perlakuan bersorak merupakan taksekatlakuan di padang. Keadaan
sebaliknya jika kanak-kanak bersorak di dalam kelas semasa guru mengajar,
semestinya guru akan memarahi dan memberi tahu perlakuan yang dilakukan tidak
dibenarkan dalam keadaan tersebut, jadi perlakuan tersebut menjadi sekatlakuan
dalam situasi tersebut. Proses peniruan yang seterusnya ialah elisitasi. Proses ini
timbul apabila seseorang melihat perubahan pada orang lain. Contohnya seorang
kanan-kanak melihat rakannya melukis bunga dan timbul keinginan dalam diri
kanak-kanak tersebut untuk melukis bunga. Oleh itu, peniruan berlaku apabila
kanak-kanak tersebut melihat rakanya melukis bunga (Ramlah Jantan & Mahani
Razali, 2004).
Perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut pandangan pemikir Islam yang
terkenal pada abad ke-14 iaitu Ibnu Khaldun perkembangan kanak-kanak hendaklah
diasuh dari perkara yang mudah kepada perkara yang lebih susah iaitu mengikut
peringkat-peringkat dan kanak-kanak hendaklah diberikan dengan contoh-contoh
yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera. Menrut Ibnu Khaldun, kanak-
kanak hendaklah diajar atau dibentuk dengan lemah lembut dan bukanya dengan
kekerasan. Selain itu, beliau juga mengatakan bahawa kanak-kanak tidak boleh
dibebankan dengan perkara-perkara yang di luar kemampuan mereka. Hal ini akan
menyebabkan kanak-kanak tidak mahu belajar dan mencerca pengajaran yang
disampaikan (Nadira Anis Syarina Hamidi,Nur Fatiha Azam & Nur Hazwani Hamzah
2009).
-
36
Unsur Utama Dalam Peniruan
Untuk pembelajaran pemerhatian wujud adalah penting untuk individu berkenaan
berbuat demikian:
1) Tumpuan ('Attention')
Subjek harus memberi tumpuan kepada tingkahlaku model untuk membolehkannya
mempelajarinya. Sama ada subjek memberi perhatian atau tumpuan tertakluk
kepada nilai, harga diri, sikap, dan lain-lain yang dimiliki. Contohnya, seorang
pemain muzik yang tidak yakin diri mungkin meniru tingkahlaku pemain muzik
terkenal sehingga tidak mewujudkan stailnya yang tersendiri.Bandura & Walters
(1963) dalam buku mereka "Sosial Learning & Personality Development"
menekankan bahawa hanya dengan memerhati seorang lain pembelajaran boleh
berlaku.
2) Penyimpanan ('Retention')
Subjek yang memerhati harus mengekod peristiwa itu dalam sistem ingatannya. Ini
membolehkan subjek melakukan peristiwa itu kelak bila diperlukan atau diingini.
3) Penghasilan ('Reproduction')
Setelah mengetahui atau mempelajarai sesuatu tingkahlaku, subjek juga mesti
mempunyai kebolehan mewujudkan atau menghasilkan apa yang disimpan dalam
bentuk tingkahlaku. Contohnya, memandu kereta, bermain tenis. Bagi sesetengah
tingkahlaku kemahiran motor diperlukan untuk mewujudkan komponen-komponen
tingkahlaku yang telah diperhatikan.
4) Motivasi
Motivasi juga penting dalam pemodelan Albert Bandura kerana ia adalah penggerak
individu untuk terus melakukan sesuatu.
Ciri-ciri Teori Pemodelan Bandura
1. Unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian dan peniruan.
2. Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa, teladan, nilai dan lain-lain.
-
37
3. Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demontrasi guru sebagai
model.
4. Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dgn tingkah laku
atau gerak balas yg sesuai, diakhiri dengan peneguhan positif.
4.4 Perkaitan Teori Perkembangan Moral Dengan Pembentukan Insan Bermoral
Dengan merujuk kepada analisis teori Piaget, perkembangan moral kanak-
kanak bermula dari rumah, atau dalam kata mudahnya, peranan ibu bapa serta
keluarga yang membawa kepada kemoralan dalam diri kanak-kanak. Semasa di
peringkat moraliti heteronomous, kanak-kanak masih berfikiran egosentrik dan
mengganggap peraturan itu mutlak. Maka, dari situ, ibu bapa harus membentuk
kanak-kanak dengan sentiasa mengingatkan kanak-kanak dengan apa yang patut
dan tidak patut dilakukan dan memberitahu segala kesan sekiranya mereka berbuat
sesuatu tingkah laku. Dan apabila mereka sudah besar nanti, moral serta disiplin
mereka akan terbentuk dalam diri mereka tanpa disedari. Semasa di sekolah pula,
mereka akan dididik dengan subjek Pendidikan Moral. Peranan guru turut penting
dalam pembentukan insan bermoral, di mana mereka harus menunjukkan contoh
perbuatan serta teladan yang baik untuk dicontohi. Di sini, terselit juga unsur
peniruan yang ditekankan oleh Albert Bandura dalam Teori Pembelajaran Sosial.
Bandura amat mementingkan unsure pemerhatian dan peniruan dalam membentuk
sahsiah serta identiti kanak-kanak. Pembentukan insan bermoral lebih mudah
dilakukan terhadap kanak-kanak, kerana mereka lebih cenderung untuk terpengaruh
dengan apa yang mereka lihat di sekeliling mereka.
Berdasarkan teori Kohlberg pula, pada tahap 1, kanak-kanak akan berusaha
berbuat baik untuk mengelak dendaan. Bagi mereka, sesuatu tingkah laku yang
tidak didenda dianggap betul. Selain itu, mereka juga berbuat baik semata-mata
inginkan ganjaran. Pada tahap ini, ibu bapa boleh melatih anak-anak untuk berbuat
baik dan berdisiplin dengan sentiasa mengingatkan mereka akibat atau ganjaran
yang mereka akan dapat untuk sesuatu tingkah laku.
-
38
Piaget dan Kohlberg percaya bahawa interaksi dengan rakan sebaya
memainkan peranan penting dalam menerbitkan bentuk-bentuk pemikiran moral
yang lebih canggih. Mereka bersetuju bahawa jika kanak-kanak dibiarkan
mengalami pelbagai konflik semasa berinteraksi dengan rakan, lama-kelamaan
mereka akan menjadi mahir dalam menghadapi dilemma, iaitu mempunyai cara
penaakulan yang lebih berkesan dan kompleks. Kanak-kanak popular yang sering
melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sosial dan menjadi ketua dalam kumpulan rakan
sebaya lebih cenderung membentuk penilaian moral yang lebih matang. Dari sudut
teori oleh Bandura, elemen peniruan serta pemerhatian turut diterapkan semasa
aktiviti sosial dengan rakan sebaya. Kanak-kanak akan lebih mudah terikut-ikut
dengan perangai serta cara pemikiran rakan mereka. Dan apabila wujud kanak-
kanak popular dalam kalangan mereka, ia sesuatu yang tidak mustahil bagi
seseorang individu itu akan menjadikannya sebagai role model dan sterusnya
meniru segala perbuatannya.
Menurut Kohlberg juga, satu elemen penting ialah pengalaman. Dengan cara
mendapatkan pengalaman sendiri, seseorang individu itu akan dapat mengakui
bahawa ia sebahagian daripada susunan social dan dapat memahami bahawa
peraturan-peraturan moral terbit daripada pendapat kolektif individu dalam
masyarakat. Kohlberg juga mencadangkan agar kanak-kanak tidak dibiarkan
berkurung di rumah sahaja. Interaksi dengan rakan sebaya akan membawa
pertumbuhan moral seseorang individu. Kanak-kanak yang anti-sosial sejak dari
kecil akan memberi impaks kepada kemahiran sosialnya juga, secara tidak
langsung. Dan hal ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi introvert.
Secara kesimpulannya, perkembangan moral kanak-kanak membawa kepada
pembentukan insan bermoral. Bermula dari peranan ibu bapa, guru di sekolah,
rakan sebaya, hinggalah masyarakat di sekeliling, semuanya memberi impak serta
menentukan perkembangan seseorang individu itu, bukan dari sudut moral sahaja,
malahan dari sudut kognitif (cara pemikiran) serta sosial.