1.1 KONSEP WACANA - pppnukm.files.wordpress.com · jalan raya yang sewenang-wenangnya melanggar...
Transcript of 1.1 KONSEP WACANA - pppnukm.files.wordpress.com · jalan raya yang sewenang-wenangnya melanggar...
PENGGAL 3
1. WACANA
1.1 Konsep Wacana
1.2 Ciri Wacana
1.3 Jenis Penanda Wacana
WACANA
Konsep Ciri wacana Jenis penanda wacana wacana Kohesi Penanda penghubung
Koheren Penanda rujukan
Penanda penggantian Penanda leksikal Penanda elipsi / pengguguran
1.1 KONSEP WACANA
170
1.2 CIRI WACANA
Koheren ( Runtutan) Kohesi ( Tautan )
Hubungan / jalinan yang erat antara kata, frasa, dan
ayat untuk menghasilkan wacana yang utuh
Contoh :
Kamal dan Shahira berasa gembira. Mereka berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.
Kesinambungan idea yang disusun secara teratur, isi atau maklumat
disampaikan dengan jalinan yang kemas dan rapi serta mempunyai
makna
Contoh :
Jam menunjukkan pukul 7:00 pagi.
Masyarakat kota sudah mula
bergegas ke pejabat. Jalan raya menjadi sesak.
2. Ciri kohesi dalam wacana ditandai oleh kehadiran penanda khusus, iaitu kohesi nahuan dan kohesi leksikal
Unsur Kohesi Nahuan : Wacana rujukan, penggantian, elipsis, dan penghubung
Unsur Kohesi Leksikal : Pengulangan dan kolokasi
171
1.3 JENIS PENANDA WACANA:
172
CONTOH SOALAN
(a) SOALAN OBJEKTIF
3. Yang manakah pernyataan yang benar tentang wacana?
A Unit bahasa yang melebihi batas ayat.
4. Unit bahasa yang mementingkan pemilihan diksi
5. Unit bahasa yng mengandungi pelbagai ragam ayat
6. Unit bahasa yang mementingkan latar belakang penutur
7. Yang manakah ayat yang betul penggunaan penanda wacananya?
8. Mak Bedah meratapi mayat anaknya yang berlumuran darah. Kemudian, dia memeluknya dengan erat.
9. Salmi membaca rencana dalam majalah itu. Sesungguhnya, dia harus menulis esei dan
menyiapkan tugasan yang disuruh oleh guru.
10. Pelajar yang sentiasa mengulang kaji pelajaran akan mencapai kejayaan. Namun begitu, ada segelintir pelajar yang tidak mengambil inisiatif untuk belajar.
11. Kawasan gaung itu berbahaya. Walau bagaimanapun, terdapat penduduk sekeliling yang
mengingkari arahan pihak berkuasa.
3 Jenis Penanda Wacana
Contoh Penggunaan dalam Ayat
I Penanda penghubung P Penduduk Kg Tendong hidup sejahtera.
Mereka bekerjasama dan bersatu hati dalam
menyelesaikan masalah.
II Penanda pengguguran Q Pengarah syarikat itu menasihati para pekerjanya.
Beliau menasihati mereka ketika mereka
bermesyuarat.
III Penanda penggantian R Dia tersipu. Malu. Tidak mengeluarkan sepatah
perkataan pun ketika itu.
IV Penanda rujukan S MARDI telah memberikan kursus secara
percuma kepada para petani desa. Selain itu,
khidmat nasihat tentang pertanian turut diberikan.
Yang manakah padanan yang betul antara jenis penanda wacana dengan contoh penggunaannya?
I II III IV
A P Q S R
B S R P Q
C Q S R P
D S P Q R
173
(b) SOALAN STRUKTUR
1 (a) Berikan definisi wacana. (2)
…………………………………………………………………………………………..………………
………………………………………………………………………………………..…………………
(b) Hasilkan sebuah wacana yang utuh dengan menggunakan penanda wacana: oleh itu, di
samping itu , dan akhir sekali dalam satu perenggan. Penggunaan penanda wacana tersebut tidak perlu mengikut urutan. (3)
……..……………………………………………………………………………………………………
……..……………………………………………………………………………………………………
…………………………..………………………………………………………………………………
2 Jelaskan maksud kohesi dan berikan contohnya. (2)
…………………………………………………………………………………………..………………
………………………………………………………………………………………..…………………
3 Kenal pasti penanda wacana dan jenisnya dalam petikan di bawah ini, kemudian jelaskan
fungsinya. (3)
Sebagai usahawan, Encik Taib berazam untuk berjaya dalam perniagaan. Beliau
berazam mahu menjadi usahawan yang berwibawa dan berdedikasi agar dapat
……..……………………………………………………………………………………………………
……..……………………………………………………………………………………………………
…………………………..………………………………………………………………………………
174
12. RETORIK
2.1 Konsep retorik
2.2 Jenis retorik dan ciri
2.3 Teknik penyampaian idea
2.1 RETORIK
2.1 Konsep 2.2 Jenis retorik 2.3 Teknik
retorik: 2.2.1 Pemerian
penyampaian
idea
Seni pemakaian
2.2.2 Pemujukan
bahasa untuk
2.3.1 Deduksi
2.2.3 Penceritaan
menyampaikan 2.3.2 Induksi
idea dengan
2.2.4 Pendedahan
2.3.3 Analogi
menarik dan
2.2.5 Penghujahan
berkesan dalam 2.3.4 Eklektik
bentuk ucapan dan
tulisan
175
PEMUJUKAN
Bahasa yang menarik
Melibatkan emosi
Menggunakan kata penguat
Contoh iklan, kempen
PENGHUJAHAN
PENCERITAAN
pendapat atau usul 2.2 JENIS bersifat imaginatif
bukti yang
RETORIK
ada plot
menyokong DAN
kebebasan tatabahasa bersetuju dan yakin
CIRINYA
kerana bersifat ekspresi
Contoh: perdebatan,
Contoh:cerpen, novel forum, bahas
PENDEDAHAN
Huraian objektif, takrifan
& ada contoh menjelaskan
konsep, istilah hasil mesti
fakta Contoh: kertas kerja,
taklimat, teknik menjawab
soalan
PEMERIAN
objektif, tepat, dan jelas gambaran realistik bahasa jelas dan tersusun pendahuluan, huraian &
kesimpulan deskriptif dan informatif
Contoh: memerihal
orang, tempat dll
176
JENIS RETORIK CONTOH
Pemerian Desaru Resort terletak di pantai Desaru yang menghadap Laut China
Selatan.Pusat peranginan ini meliputi kawasan seluas 25 ekar dan
menempatkan 793 unit „suite‟.
Inilah satu-satunya peluang anda memiliki telefon bimbit i-Phone 6
Pemujukan pada harga mampu milik. Kunjungilah pusat pameran kami di Subang
Jaya sementara stok masih ada.
Penghujahan Perpaduan merupakan elemen yang penting untuk kesejahteraan dan
keamanan sesebuah negara. Sekiranya rakyat tidak bersatu padu, maka
negara ini akan mudah dijajahi oleh kuasa asing. Oleh itu, semua rakyat
Malaysia perlu mementingkan perpaduan.
Pendedahan Penyakit SARS merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh
unggas. Penyakit ini mula dikenal pasti di negara China. Penyakit ini
merebak melalui sentuhan, pengedaran udara dan haiwan yang telah
dijangkiti penyakit tersebut.
Penceritaan Ali seorang anak penoreh getah. Walaupun keluarganya miskin, namun
dia tidak pernah menganggap bahawa kemiskinan boleh menghalangnya
daripada mencapai kejayaan dalam peperiksaan STPM. Dia berusaha
dengan bersungguh-sungguh demi mencapai cita-citanya. Saban pagi,
dia berjalan kaki sejauh 3 km ke sekolah.
177
2.3
178
JENIS TEKNIK
PENYAMPAIAN CONTOH
IDEA
Deduksi Faktor utama kemalangan jalan raya ialah sikap pengguna jalan
raya yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya. Mereka sewenang-wenangnya melanggar lampu isyarat, memotong
garisan berkembar,dan memandu kenderaan dengan laju hingga
melepasi had laju yang telah ditetapkan. Oleh itu, setiap pengguna
jalan raya harus mementingkan susila ketika berada di jalan raya.
Induksi Setiap pengguna jalan raya harus mementingkan susila ketika
berada di jalan raya. Hal ini demikian kerana ramai pengguna jalan raya yang sewenang-wenangnya melanggar lampu isyarat,
memotong garisan berkembar,dan memandu kenderaan dengan
laju hingga melepasi had laju yang telah ditetapkan. Sikap
pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang jalan
rayalah menjadi faktor utama kemalangan jalan araya di Malaysia.
Eklektik Rakyat Malaysia sentiasa bersatu padu walaupun berbeza darisegi
agama dan kepercayaan. Hal ini demikian kerana pemimpin negara ini sentiasa mengambil kira kepentingan perpaduan dalam setiap
dasar negara yang dilaksanakan. Oleh itu, semua kaum sentiasa
bersatu padu untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian di
Malaysia. Mereka percaya, dengan adanya keamanan dan
kedamaian, negara akan terus membangun dengan pesat.
Analogi Sama seperti nasi dan roti yang menjadi makanan kepada tubuh,
rencana dan maklumat yang dihidangkan dalam surat khabar pula menjadi makanan kepada minda dan hati. Sesungguhnya, setiap
hari surat khabar menyajikan pelbagai jenis makanan. Oleh itu, pandai-pandailah kita memilih makanan yang dapat
mengenyangkan pemikiran kita.
179
CONTOH SOALAN
(a) SOALAN ANEKA PILIHAN
13. Mengemukakan bukti yang kukuh dan logik
Meyakinkan pembaca tentang pendapatnya
Mempengaruhi pembaca supaya mengubah Pendirian
Pernyataan di atas menepati ciri retorik
14. pemerian
15. pemujukan
16. penceritaan
17. penghujahan
18. Yang manakah ciri retorik pendedahan?
19. Memperincikan topik yang
diperkatakan II Menghuraikan konsep yang
diketengahkan
III Mengubah pemikiran dan kepercayaan pembaca
IV Memindahkan pengamatan penulis kepada pembaca
20. I dan II
21. I dan IV
22. II dan III
23. III dan IV
24. I: Datuk saya bernama Raja Abdullah. Orang kampung memanggilnya Tok Ku sahaja. Badannya gempal, tinggi, dan ada tanda hitam di pipi kirinya. Semasa hayatnya, Tok Ku saya terkenal sebagai guru agama dan juga guru silat
Tahukah anda? Barang keluaran kami diakui mempunyai nilai pulangan yang tinggi.
Sudah berpuluh-puluh tahun barang kami menguasai pasaran negara ini. Cubalah sekarang! Kami pasti anda gembira memilikinya.
Petikan I dan II di atas memaparkan contoh retorik
I II
A pemerian pendedahan
B pendedahan Pemerian
C pemerian pemujukan
D pendedahan pemujukan
180
4
5
Mengemukakan isi yang kukuh dan logik Meyakinkan pembaca tentang pendapatnya Mempengaruhi pembaca supaya mengubah pendirian
Pernyataan di atas menepati ciri retorik
25. Pemerian 26. Pemujukan 27. Penceritaan 28. Penghujahan
Bertujuan untuk mengubah pendirian pembaca
Menggerakkan pembaca untuk bertindak
Merupakan rayuan yang dibuat secara halus
Memperlihatkan keyakinan diri sendiri kepada pembaca
Pernyataan di atas menepati retorik 29. Pemerian 30. Pemujukan 31. Penceritaan 32. Penghujahan
181
(b) SOALAN STRUKTUR
Di Malaysia, perpaduan dalam kalangan rakyat amat perlu dipupuk. Kita mengetahui bahawa
perpaduan menjadi nadi pembangunan dan kemajuan negara. Tanpa perpaduan, kemajuan
sukar dicapai. Bagi negara yang rakyatnya sering berbalah atau bercakaran, fokus untuk
memajukan negara tidak akan dapat dilakukan oleh kerajaan.
(a) Apakah jenis retorik bagi teks di atas? [1]
..................................................................................................................................................................
.
(b) Jelaskan sebab anda berpendapat sedemikian. [3]
..................................................................................................................................................................
.
..................................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................................
182
33. VARIASI BAHASA
Variasi Bahasa
3.1 Konsep Variasi 3.2 Jenis Variasi Bahasa dan Cirinya
Perbezaan bentuk-
bentuk bahasa yang digunakan disebabkan
oleh :
34. Pengguna Idiolek
Dialek daerah
Isoglos
35. Penggunaan
Dialek sosial
Berdasarkan kumpulan
sosial dan situasi tertentu: 36. Kumpulan sosial :
Kelas Sosial
Status pekerjaan
Usia Jantina
37. Situasi
Formal Tidak formal
Dialek Idiolek
Bahasa Pijin Bahasa Kreol
Bahasa Slanga
Bahasa Formal
Bahasa Tak Formal
Bahasa Halus
Bahasa Kasar
Bahasa Istana/ Dalam
Bahasa Basahan
Bahasa Baku Bahasa Mesra Bahasa Pasar
Istilah-istilah yang perlu diketahui :
Isoglos : Garis pemisah/garis sempadan
linguistik antara satu dialek dengan dengan dialek yang lain. Bentuk dialek - Campuran
antara dua dialek bagi pengguna yang tinggal bersempadan
Satu kawasan yang mempunyai ciri sebutan, tatabahasa, atau kosa kata
Diaglosia : merujuk kepada penggunaan
dua atau lebih daripada dua kelainan bahasa daripada satu bahasa yang sama
Subdialek : Satu dialek yang
dibahagikan kepada dialek-dialek
kecil berdasarkan kawasan tertentu di
setiap negeri. (Kelainan kecil dalam
sesuatu dialek)
Dwibahasa : mengandungi dua bahasa Multibahasa : mempunyai kepelbagaian
bahasa.
183
Ciri-ciri Variasi Bahasa
Dialek Idiolek
Definisi : Definisi :
Kelainan bahasa yang Variasi bahasa yang khusus berkaitan dengan
berbeza dari segi sebutan,
Perbezaan pada alat
sebutan dan bunyi sebutan
Faktor geografi dan (contoh :
faktor sosial menyengaukan sebutan )
Situasi tidak rasmi Faktor kewujudan idiolek:
Contoh : Perhubungan
Perbezaan pada alat
sebutan seperti kecacatan
kekeluargaan ; pergaulan Tabiat pertuturan
harian ( pengaruh rakan / ahli keluarga )
kosa kata terhad
Sebutan bahasa dipengaruhi oleh bahasa ibunda
Penggunaan perkataan
punya dan banyak
Contoh : Dia punya anak jantan,
manyak cantik punya = anak lelakinya sungguh
kacak sekali
Bahasa Pijin
Bahasa campuran antara dua atau lebih bahasa
Bahasa A + bahasa B = bahasa C
Membezakan penggunaan kata ganti nama Contoh : Kami / kita kita olang
184
Tidak digunakan oleh komuniti
bahasa sebagai bahasa asal
digunakan apabila penutur yang berlainan bahasa berkomunikasi Berlaku percampuran kod
Menyalahi hukum D-M : Orang itu itu orang
Mengabaikan penggunaan
penjodoh bilangan
Contoh : Kami ada sebuah
kereta kita olang satu keleta
Kosa kata / Struktur
ayat dipengaruhi
struktur bahasa Cina
(a) Contoh perkataan : lu
Bahasa Kreol
Faktor geografi : orang, lu samua, gua, campuran dua bahasa perkahwinan ,
dia orang
sehingga menjadi
perdagangan
bahasa utama dalam
a) Contoh ayat
komuniti
Bahasa Melayu :
Saya mahu masak nasi
Baba Nyonya :
Gua mo masak nasik
Di Malaysia : Baba Nyonya di Melaka ( campuran Melayu dan Hokkien /
Bahasa slanga bahasa kutu/ bahasa rocker
Contoh : awek, balak, cun, poyo, beb, kerek
Tidak rasmi, tidak baku,
bersifat musiman
Kosa katanya mempunyai
makna tersendiri dan hanya difahami oleh kelompok
tertentu
Penuturnya Lebih rendah tarafnya
185
Bahasa Formal Bahasa Tak Formal
1)
Formal atau rasmi
Situasi Tidak formal atau tidak rasmi
2) Bahasa terkawal Ragam bahasa Bahasa bebas
Hubungan
3)
Wujud sekatan sosial
Sekatan sosial tidak wujud
antara penutur
4) Bahasa baku atau Bahasa Penggunaan Dipengaruhi bahasa daerah
standard bahasa atau loghat
5) Teratur, lengkap dan Kegramatisan
Tidak mementingkan aspek Mementingkan aspek tatabahasa
tatabahasa
6)
Bahasa baku, bahasa istana Contoh bahasa
Dialek, bahasa basahan,
7)
Penggunaan gelaran yang Gelaran
Penggunaan gelaran yang
lengkap
tidak lengkap
Bahasa Halus Bahasa Kasar
Nada yang lembut dan Penggunaan kata
Kasar dan kesat / Tidak
rendah / bersopan santun
sopan / kurang beradab
Memperlihatkan
Pemilihan diksi
Menggunakan kata
kesopanan
Menggunakan Tatabahasa
Tidak menggunakan
tatabahasa yang sempurna, peraturan nahu yang
lengkap dan teratur lengkap
Kata ganti
Lengkap dan sopan Kurang sopan nama diri
Cara penggunaan
Dalam emosi negatif /
Peribahasa atau kiasan
sindiran
a) buang air kecil / ke
Contoh
a) kencing
sungai kecil
b) bunting
b) berbadan dua
186
Penggunaan kata
kekeluargaan : ayahanda,
adinda
Penggunaan gelaran : Penggunaan kata ganti
Raja, Tengku, Ungku nama diri : beta, baginda
Bahasa Istana
Perhubungan
kebahasaan dalam Rujukan kehormat : Ungkapan / istilah
golongan raja Ke Bawah Duli Yang khusus/ kosa kata :
Perhubungan rakyat Maha Mulia santap, bersiram
dengan golongan diraja
Unsur Pemulukan dan Pendinaan :
Pemulukan : Perbuatan menyanjung dan ditujukan kepada raja untuk meletakkan baginda pada satu taraf yang lebih tinggi. Contoh : Titah tuanku patik junjung...
Ke bawah Duli Yang Maha Mulia...
Pendinaan : Merendah-rendahkan diri apabila bertutur dengan raja
Contoh : Patik pacal yang hina
Ampun tuanku beribu-ribu ampun
Bahasa basahan/bahasa kolokial Bahasa baku
Bahasa pertuturan harian oleh masyarakat Dikaitkan dengan golongan berpendidikan biasa tinggi
Tidak mematuhi hukum tatabahasa Mematuhi hukum tatabahasa
Terdapat percampuran kod Bahasa standard
Struktur ayat mudah digunakan
Bahasa komunikasi antara penutur pelbagai Mudah difahami
dialek
Penggunaanunsursingkatanatau
Digunakan dalam urusan rasmi
kependekan
Sebagai bahasa rasmi negara
187
Bahasa Mesra
41. sebagai bahasa
cakap mulut
Bahasa berbentuk lisan
Penggunaan unsur partikel -lah
Terdapat unsure percampuran
kod
Kata gelaran yang tidak lengkap
Terdapat banyak unsur kependekan
Digunakan oleh orang yang ada
hubungan yang rapat
Penutur menggunakan nama
sendiri bagi kata ganti nama diri
Wujud akibat pergaulan masyarakat berbilang kaum
Bahasa dipermudah apabila berkomunikasi
Bahasa Pasar Dikaitkan dengan bahasa pijin Bahasa
campuran antara
bahasa ibunda Mengabaikan hukum D-M
penutur dengan
bahasa kedua Kata ganti nama dipengaruhi bahasa ibunda
Penggunaan perkataan “punya” dan “banyak”
188
CONTOH SOALAN
(a) SOALAN ANEKA PILIHAN
42. Yang manakah padanan yang betul antara variasi bahasa dengan contoh ayatnya?
Variasi bahasa Contoh ayat
A Mesra Nana, petang nanti datang ke rumah, ya.
B Formal Ambillah apa-apa saja barang di rumah ini yang kau sukai.
C Kasar Alina beranakkan anak kembar di hospital petang
semalam.
D Halus Awak jangan marah apabila mendengar kata-katanya tadi.
Soalan (No.18) STPM Terminal 2012
Bahasa biasa Bahasa istana
Pergi X
Y persembahan
Sakit Z
43. Yang manakah padanan yang betul antara bahasa biasa dengan bahasa istana?
X Y Z
A Berangkat Hadiah Gering
B Berangkat Pertunjukan Uzur
C Bertolak Anugerah Gering
D berlepas Pemberian uzur
Soalan (No.18) STPM Terminal 2010
44. Dialek merupakan kelainan bahasa yang disebabkan
oleh A situasi
B individu
C tahap sosial
D pengguna bahasa
Soalan (No.18) STPM Terminal 2008
189
45. Bahasa Melayu baku wajar digunakan oleh pengguna bahasa dalam situasi yang berikut,
kecuali A Guru kaunseling menyampaikan ucapan pada perhimpunan pagi
B Wakil pasukan keselamatan menyampaikan taklimat kepada kakitangan kerajaan
C Ibu bapa berbincang tentang masalah disiplin anak-anak dengan pegawai Jabatan Pelajaran
Negeri
D Wakil pelajar menghantar surat kepada syarikat Y untuk memohon derma bagi kegiatan
persatuannya.
Soalan (No.19) STPM Terminal 2008
(b) SOALAN STRUKTUR
1 Berikan maksud bahasa pijin [1]
....................................................................................................................................................................
.
2 Nyatakan dua ciri bahasa dalam. [2]
....................................................................................................................................................................
.
....................................................................................................................................................................
.
46. Ubah dialog yang berikut kepada bahasa halus. “Ini bini Ahmad? Sudah berapa bulan mengandung?”[2]
....................................................................................................................................................................
.
....................................................................................................................................................................
.
4 Apakah yang dimaksudkan dengan idiolek? [1]
....................................................................................................................................................................
.
190
4 LARAS BAHASA
4.1 Konsep laras bahasa
4.2 Jenis dan ciri laras
Tumpuan diberikan pada laras bahasa yang berikut:
Laras sains
Laras ekonomi
Laras undang-undang
Laras agama Laras sukan
Laras sastera
Laras resipi
Laras iklan (termasuk penggunaan bahasa pada papan tanda)
Definisi:
Ure & Ellis – Jenis-jenis bahasa yang digunakan mengikut situasi-situasi yang berlainan
Halliday – Variasi bahasa yang berbeza berdasarkan fungsi
191
192
193
Jenis Laras Contoh
Sains Ekopelancongan penyu secara eksploitasi tanpa kawalan akan
menimbulkan kesan negatif dan dikhuatiri memudaratkan populasi
penyu dan seterusnya ekosistem marin. Telur semua jenis penyu tanpa
mengira spesies juga dilarang penjualannya.
Ekonomi Dagangan Malaysia dengan China menggunakan mata wang
Renminbi(RMB) akan mewujudkan kelebihan saingan yang mungkin
penting dalam memperoleh penguasaan pasaran.
Undang-undang Tertuduh yang memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah
ketika membela diri gagal menimbulkan keraguan munasabah
terhadap kes pendakwaan.
Agama Masjid Negara menyediakan jamuan berbuka puasa dan seterusnya
jamuan moreh selepas solat terawih. Manakala aktiviti tadarus al-
Quran dan tazkirah Ramadan sebelum solat fardu Zuhur juga
mendapat sambutan yang menggalakkan.
Sukan Muslifah terkilan kerana tidak dapat menyumbang pingat buat negara,
beliau mengambil bahagian dalam acara 50m Rifle 3 Position
berpasukan dengan menduduki tempat kedua tercorot daripada 14
pasukan yang mengambil bahagian.
Sastera Suara anak menangis telah mengejutkan Kapten Mamat. Dia tidak jadi
menung panjang. Suara itu semakin lama semakin tajam menusuk
telinganya. Dia menumpukan minat mendengar suara perempuan.
Tidak dapat dipastikan kawan anak gadisnya bercakap, tetapi mereka
itu pasti di dapur.
Resipi Satu cawan kacang tanah, ¼ cawan minyak jagung, ½ sudu teh garam,
dua sudu besar gula perang
Gorengkan kacang tanah tanpa minyak, campurkan minyak jagung,
garam dan gula perang bersama kacang yang digoreng tanpa minyak
tadi, kisar halus
Iklan/Papan Tanda Piza Sari Lautan, pasti memikat selera anda dengan sos asam pedas
yang menyelerakan, isi ikan tuna, isi ketam dan udang. Piza udang
dan aneka makanan laut, Jom berbuka puasa !
194
CONTOH SOALAN
(a) SOALAN ANEKA PILIHAN 47. Menggunakan bahasa yang kreatif dan imaginatif Terdapat
penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa Mementingkan penyusunan, pengulangan, dan pemilihan kata
Pernyataan di atas menunjukkan ciri laras
48. ikla
n II berita
III agama
IV sastera
49. I dan II
50. I dan IV
51. II dan III
52. III dan IV
53. Sesuatu laras bahasa ditentukan oleh faktor yang berikut kecuali
A situasi
B status penutur
C pokok perbincangan
D kecekapan berbahasa
(b) SOALAN STRUKTUR
54. Misi utama universiti KLM adalah untuk melahirkan graduan yang memilih bidang keusahawanan teknologi sebagai kerjaya pilihan, dan seterusnya berkemampuan untuk memainkan peranan pada peringkat global. Untuk tujuan itu, universiti KLM merangka pelbagai pendekatan tambahan yang berasaskan prinsip holistik dalam usaha untuk membangunkan nilai diri dan peribadi yang mulia di samping kemahiran amali. Janganlah ragu-ragu, daftarlah dengan kami sekarang. Universiti KLM merupakan sebuah universiti yang unggul.
(a) Apakah jenis laras bahasa teks di atas? [1]
............................................................................................................................................................
(b) Berikan sebab anda berpendapat sedemikian. [3]
............................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................
195
5 SEMANTIK
5.2 MAKNA
DENOTATIF
DAN MAKNA
KONOTATIF
5.1 KONSEP SEMANTIK 5.2 MAKNA
196
5.3 Konsep, perkataan, dan rujukan
Contoh:
Apabila seseorang menyebut kata bunga,secara automatik dalam fikirannya akan terbayang
sekuntum bunga.
Perkaitan makna perkataan dari segi leksikal (kosa kata)
5.4 BERKAITAN
MAKNA
PERKATAAN
DARI SEGI LEKSIKAL
197
198
5.5 PERUBAHAN MAKNA
CONTOH SOALAN:
(a) SOALAN ANEKA PILIHAN
55. Mempelai itu kelihatan begitu sepadan bagai pinang dibelah dua.
Perkataan yang bersinonim dengan perkataan yang berhuruf condong dalam ayat di atas ialah
A kekasih
B pasangan
C pengantin
D teruna dara
2
P Q
Kenderaan lori, kereta, bas
Mergastua harimau, unggas, ular
56. akronim
57. antonim
58. polisemi
59. hiponim
199
60. Kereta bukan sahaja dapat dipandu dengan laju tetapi juga dapat membawa beberapa orang
penumpang. Bas dan kereta api pula menjadi alat perhubungan awam yang terpenting, manakala kapal terbang membolehkan manusia menjelajah dunia dengan pantas. Semua kenderaan ini merupakan sumbangan kemajuan bidang sains dan teknologi yang membolehkan manusia bergerak pantas pada zaman moden ini.
Kata superordinat dalam petikan di atas ialah
A alat
B kereta
C bidang
D kenderaan
(b) SOALAN STRUKTUR
1 (a) Berikan dua hiponim bagi superordinat “unggas” . [2]
............................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................
(b) Bina dua ayat daripada satu perkataan yang bersifat homograf untuk menunjukkan makna
yang berbeza bagi perkataan tersebut. [2]
............................................................................................................................................................
............................................................................................................................................................
200
61. PRAGMATIK
PRAGMATIK
6.1 Konsep 6.2 Bahasa dalam 6.3 Kesantunan
Pragmatik Konteks Bahasa
Budaya
Peribahasa Ragam
Bahasa
Konsep Ciri-ciri Kesantunan
Kesantunan Berbahasa dalam Konteks
Bahasa Lisan dan Tulisan
Penggunaan
Penggunaan Penggunaan Penggunaan
Bentuk,
Intonasi dan Ungkapan Kata Ganti
Sapaan, dan
Gaya Bertatasusila Nama Diri
Gelaran
201
6.1 Konsep Pragmatik
62. merupakan kajian tentang cara pengungkapan, sama ada secara literal atau
kiasan yang digunakan dalam komunikasi
63. pengucap/ penulis berperanan menyampaikan maklumat
64. pendengar /pembaca ialah individu yang bertanggungjawab membuat interpretasi
bunyi atau tafsiran bunyi, atau perkataan, frasa, klausa, ayat atau wacana, atau
membuat analisis wacana.
65. maklumat – berasaskan sesuatu perkara atau data yang didengarnya daripada orang
lain yang mengujarkannya atau yang menuturkannya secara langsung (lisan) atau
secara tidak langsung (rakaman) atau membuat tafsiran bagi bahan atau data yang
dibaca dibaca.
6.2. Bahasa Dalam Konteks Budaya
PERIBAHASA RAGAM BAHASA
Perumpamaan Bahasa sindiran
Pepatah Bahasa menggiat
Bilangan Bahasa mengejek
Kiasan Bahasa terbalik
Kata hikmat Bahasa merajuk
Simpulan bahasa Bahasa tempelak
Perbilangan Bahasa herdik
Bahasa besar/melampau
Bahasa kecil/merendah
Bahasa naik
Bahasa turun
Pertanyaan ingkar
Bahasa seruan/keluhan
Bahasa berulang
Bahasa bertimbal
Bahasa bukan/ nafi
Bahasa jenaka
202
6.2.1 Peribahasa
(a)
Perumpamaan
peribahasa yang berlapis
66. perbandingan yang berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain
mengandungi maksud tersurat dan tersirat
perumpamaan yang disebutkan
perbandingannya (umpama, bagai,
bak, seperti)
67. Bagai isi dengan kuku
68. umpama cincin dengan permata
69. macam cacing kepanasan
perumpamaan yang tidak disebut perbandingannya
70. Pukul anak sindir menantu
71. Layang-layang putus tali 72. Orang mengantuk disorongkan
bantal
Pepatah
73. patah-patah perkataan yang
disusun untuk mematahkan kata-kata orang lain untuk
menerangkan kebenaran yang sukar disangkal.
74. mengandungi nasihat dan
pengajaran tetapi ada juga yang tidak berisi pengajaran.
Indah khabar dari rupa
Alah bisa, tegal biasa Ukur baju di badan sendiri
Alah membeli, menang memakai
Ada udang di sebalik batu
Jauh di mata, dekat di hati
Bidalan 75. pandangan yang bernas,
nilai dan pengajaran 76. berfungsi untuk memberikan
nasihat, dan peringatan 77. bahagian pertama menyatakan
maksud manakala bahagian kedua merupakan pematah
bagi maksud tersebut
Buat baik berpada-pada, buat
jahat jangan sekali. Terlajak
perahu boleh diundur, terlajak
kata buruk padahnya. Sesal
dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna
203
78. Kiasan
ungkapan yang menyatakan sesuatu perkara dengan mengiaskan kepada satu
perkara yang lain, sama ada menyebut perbandingan atau tidak.
fungsinya – untuk menjelaskan sesuatu maksud, menguatkan sesuatu maksud agar dapat memberi kesan, dan sebagai bahasa halus.
terdapat 2 jenis kiasan:
79. kiasan asal kiasan berpindah
Kiasan asal – kiasan yang menyatakan bandingan secara
terang-terangan.
menggunakan perkara lain sebagai perbandingan contoh : − pahit bak hempedu
manis seperti madu
becok seperti murai
cantik laksana bidadari
Kiasan berpindah – kiasan yang tidak menggunakan kata
bandingan tetapi memindahkan unsur keserupaan itu secara langsung kepada benda yang dirujuk.
terdapat beberapa jenis kiasan berpindah:
Jenis Kiasan Keterangan
Berpindah
Kiasan sandar Kiasan yang dikaitkan dengan benda lain
yang serupa dengan perkara yang hendak
dikiaskan. Contoh:
Mandi kerbau, tidur ayam, pening lalat,
jinak merpati
Kiasan terus Kiasan yang menyatakan sesuatu perkara
secara terus dengan perkara lain dan
mempunyai makna yang berbeza dengan
makna kata itu. Contoh:
Kutu embun, kacang hantu, mabuk darah,
naik darah
Kiasan berangkap Kiasan yang mempunyai pertentangan bunyi
antara perkara yang diperkatakan dengan
perkara yang dikiaskan.
Mengata dulang paku serpih, mengata
orang dia yang lebih
Banyak udang banyak garam, banyak
orang banyak ragam
204
Jenis Kiasan Keterangan
Berpindah
Kiasan berbunga Kiasan yang menggambarkan sesuatu
maksud dengan menggunakan kata-kata yang
indah. Contoh:
Angin sepoi-sepoi bahasa
Semangat yang membara
pohon melambai-lambai
Kiasan pemanis Kiasan yang digunakan untuk melindungi
atau gayang seseorang daripada mengatakan sesuatu yang
kurang manis / tidak elok didengar. ( bahasa
halus )
Berbadan dua, ke sungai kecil, orang rumah,
meninggal dunia.
Kiasan melompat Kiasan yang melangkah satu tingkat atau
lebih daripada perkataan asalnya kepada
perkataan kiasan yang telah terbit itu.
tangan baju, menanak nasi, mencucuk atap,
jahit baju
Kiasan melarat Perkataan yang digunakan sudah
menyimpang jauh daripada maksud asal.
sudah berisi – mengandung
berat tulang – malas menolong
kaki botol – orang yang suka minum arak
82. Kata-kata Hikmat
ungkapan berupa nasihat, panduan, dan pedoman hidup yang diungkapkan
oleh orang yang bijaksana
contoh – Bersatu teguh, bercerai roboh
– Pandu cermat, jiwa selamat
83. Simpulan Bahasa
rangkaian perkataan yang membawa maksud berlainan dengan perkataan
asal
mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat
contoh: panjang tangan, buaya darat, anak emas, buruk siku, putih mata,
205
6.2.2 Ragam Bahasa
bahasa yang digunakan dalam pelbagai cara untuk menguatkan sesuatu
maksud.
bahasa yang dituturkan mengandungi maksud tersirat agar tidak menyinggung perasaan atau mengaibkan seseorang.
Jenis-jenis ragam bahasa:
87. Bahasa sindiran
bahasa yang digunakan tidak dinyatakan dengan tepat maksudnya tetapi
dikiaskan dengan perkataan lain
tujuan – membetulkan keadaan atau diri seseorang dan mempunyai
maksud yang mendalam.
(contoh: “ Orang dah berjawatan tinggi, tentulah tak sesuai duduk di
rumah kecil ni.” )
88. Bahasa menggiat
lebih kurang sama dengan bahasa sindiran tetapi bertujuan untuk
mengusik atau bergurau
(contoh: “Hai, dah berpangkat besar ni, tak kan sudi jadi kawan aku
lagi.”)
89. Bahasa mengejek
menggunakan perkataan yang tepat dan berterus terang untuk
menunjukkan keburukan seseorang
tujuan – untuk memberi pengajaran dengan cara menghina, mengecam,
atau memalukan seseorang.
(Contoh: Tengoklah hidup awak, hidup tak serupa orang. Inilah
akibatnya.)
90. Bahasa terbalik menggunakan bahasa yang mengandungi maksud tersirat.
Maksud yang sebenar berlawanan dengan perkataan yang diucap.
tujuan – untuk menyedarkan seseorang terhadap kesalahan yang
dilakukan.
(Contoh: Hai, awal bangun. Ayam pun tak masuk reban lagi.)
206
91. Bahasa merajuk
menggunakan kata-kata dengan cara merendahkan diri supaya orang yang
dilawan bercakap itu tidak berasa marah.
(Contoh: Apalah daya kita, kita ini seperti mentimun. Bergolek kena, tak
bergolek pun kena.)
92. Bahasa tempelak
menunjukkan kesalahan masa lalu – sama ada dari segi perlakuan
mahupun percakapan yang diujarkan
tujuan – menyedarkan seseorang akan kesalahan yang dilakukan dan lebih
berhati-hati akan perlakuan serta percakapannya pada masa akan datang.
(Contoh: Saya sudah cuba ingatkan awak dulu, tetapi awak degil,)
93. Bahasa herdik
merujuk kepada perlakuan atau percakapan yang yang diujarkan pada
masa itu juga.
bahasanya – kasar dan mengandungi nada mengejek
tujuan – untuk kebaikan bagi menyedarkan seseorang dan bukannya untuk
mengaibkan oerang tersebut.
(Contoh: Kotornya bilik ni. Berbau busuk pulak tu. Cepat bersihkan. )
94. Bahasa besar/melampau
bahasa yang digunakan untuk memperbesar-besarkan sesuatu perkara.
perbandingan yang dibuat selalunya berlebih-lebihan hingga kadangkala
sukar diterima akal.
(Contoh: Manisnya kuah ini, macam tertumpah gula selori )
95. Bahasa kecil/merendah
bahasa yang menyifatkan sesuatu perkara itu kecil .
tujuan – merendahkan diri walaupun sebenarnya perkara itu tidak
kecil (Contoh: Jemputlah masuk ke rumah kami yang kecil ini. )
96. Bahasa naik
bahasa yang menguatkan tujuan kata dengan bentuk kata yang beransur-
ansur naik dan membawa pendengar selangkah demi selangkah ke
kemuncak
207
(Contoh: Bukan sahaja rumah mewah dibelikan untuknya, tiga orang gaji
juga disediakan. Rumah itu ada kolam renang lagi. Malah dua buah
kereta mewah dihadiahkan kepadanya. )
97. Bahasa turun
kata-kata yang disampaikan beransur-ansur menurun
kebiasaannya menimbulkan perasaan menggelikan hati sama ada secara
sengaja atau tidak.
(Contoh: Kesian betul dengan S Mat tu, dengar cerita dituduh mencuri,
kena pecat, isteri pula lari dari rumah dengan lelaki lain, dia pulak jatuh
sakit )
98. Bahasa ingkar
bahasa yang disusun dengan cara pertanyaan yang tidak memerlukan
jawapan tetapi hanya seolah-olah untuk mengejek.
(Contoh: Inikah hasil kerja yang boleh dibanggakan?)
99. Bahasa seruan atau keluhan
menggunakan kata seru yang disertai dengan gaya bahasa yang sesuai.
tujuan – melahirkan perasaan kecewa dan menyesal dengan nada keluhan
perasaan tersebut dapat disampaikan dan difahami dengan lebih berkesan.
(Contoh: Aduh, tak dapat aku ceritakan betapa deritanya aku ketika itu! )
100. Bahasa berulang
menggunakan perkataan, frasa atau ayat secara berulang-ulang untuk
menguatkan maksud yang hendak disampaikan.
tujuan – untuk menarik perhatian pendengar/pembaca tentang mesej yang
hendak disampaikan.
banyak digunakan dalam penulisan cerpen, novel, atau sajak..
(Contoh: Cukup, cukup sudah, cukup sampai di sini sahaja! )
101. Bahasa bertimbal
ungkapan seperti peribahasa yang memberi makna terhadap dua
pemikiran secara bertentangan dari segi isi.
memberi makna yang tersirat
(Contoh: Alah membeli menang memakai )
208
102. Bahasa bukan
menggunakan perkataan „bukan‟ dahulu dalam ayat untuk menunjukkan
maksud yang bertentangan.
(Contoh: Bukan tidak suka. (suka)
Bukan tidak hendak datang. (hendak datang)
103. Bahasa jenaka
menggunakan ungkapan yang mempunyai dua makna seperti teka-teki
tujuan – untuk bergurau senda atau berjenaka
sahaja (Contoh: Manusia yang paling tinggi berapa
kaki? Jawapan – dua sebab yang ditanya bukan
ukuran)
6.3 Kesantunan Berbahasa
6.3.1 Konsep kesantunan berbahasa
bermaksud kehalusan bahasa yang digunakan untuk menunjukkan kesopanan
semasa berkomunikasi dengan orang lain sama ada secara lisan atau tulisan.
kosa kata yang sopan, halus, bertatasusila, dan mempunyai nilai-nilai hormat
yang tinggi digunakan untuk menyampaikan sesuatu mesej.
6.3.2 Ciri kesantunan berbahasa dalam konteks lisan dan tulisan
CIRI-CIRI
KESANTUNAN
BERBAHASA BERDASARKAN:
Penggunaan ungkapan
bertatasusila
Penggunaan intonasi dan gaya ( bahasa badan )
Penggunaan kata ganti
nama diri
Penggunaanbentuk sapaan,
gelaran, dan rujukan kehormat
209
104. Penggunaan ungkapan bertatasusila
ungkapan kosa kata yang halus dan sopan yang digunakan dalam
lisan/tulisan
meliputi bahasa dalam atau bahasa istana ( mangkat, bersiram, dan
sebagainya )
contoh ungkapan bertatasusila:
mati meninggal dunia
mengandung hamil
kencing buang air kecil
105. Penggunaan kata ganti nama diri biasa
Kata Ganti Bahasa Kasar Bahasa Halus
Nama Diri
Pertama aku saya, kami
Kedua engkau, kau awak, anda
Ketiga - dia, beliau,
mereka
Penggunaan kata ganti nama diri diraja
beta, patik, hamba (pertama)
tuanku, tuan hamba (kedua)
baginda, duli tuanku (ketiga)
106. Penggunaan Kata Sapaan/gelaran, dan rujukan kehormat mengikut
situasi
bentuk sapaan mestilah berpadanan dengan kedudukan atau taraf orang yang disapa demi menjaga kesantunan berbahasa.
status merupakan faktor penting dalam penentuan bahasa sapaan.
210
Bentuk sapaan yang berpadanan dengan kedudukan orang yang disapa.
Orang yang disapa Bentuk sapaan lisan kepada
orang yang disapa
Yang di-Pertuan Agong dan Raja
permaisuri Agong, Tuanku
Sultan, Raja, Yang Dipertuan Besar
Tun, Toh Puan Tun ( lelaki), Toh Puan ( perempuan)
Tan Sri, Puan Sri Tan Sri, Puan Sri
Datuk Seri, Datin Seri Datuk Seri, Datin Seri
Datuk, Datin, Tok Puan Datuk, Datin, Tok Puan
Datuk Patinggi, Datin Patinggi Datuk Patinggi, Datin Patinggi
Datuk Amar, Datin Amar Datuk Amar, Datin Amar
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tuan Yang Dipertua (semasa sidang)
Yang Dipertua Dewan Negara Yang Berhormat (di luar sidang )
Yang Dipertua DewanUndangan Negeri
Setiausaha Kerajaan Negeri
Pegawai Kewangan Negeri Yang Berhormat
Penasihat Undang-undang Negeri
Senator
Yang Dipertua Negeri
Gabenor Tuan Yang Terutama
Duta
Pesuruhjaya Tinggi
Contoh bentuk sapaan dan rujukan hormat
Gelaran Rujukan Kehormat
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri
Agong Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
Sultan dan Sultanah Duli Yang Maha Mulia
Raja Muda dan Tengku Mahkota Duli Yang Teramat Mulia atau Teramat
Mulia
Anak-anak Raja Kerabat Diraja Yang Amat Mulia
Tengku, Tuanku, Raja, Engku, Ungku Yang Mulia
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat (daripada kalangan
Menteri Besar dan timbalannya, Ketua Menteri rakyat biasa)
dan timbalannya Yang Amat Berhormat Mulia (daripada kalangan kerabat diraja)
211
Gelaran Rujukan Kehormat
Menteri, Ahli Parlimen, ahli Dewan Undangan
Negeri (Wakil rakyat), Setiausaha Kerajaan Yang Berhormat Negeri, penasihat Undang-undang Negeri,
Anggota Dewan negara (Senator)
Wakil rakyat yang bergelar Tengku atau Raja Yang Berhormat Mulia
Tun, Toh Puan, Orang Besar Empat (di Perak) Yang Amat Berbahagia
Yang Dipertuan Negeri, Gabenor, Pembesar
Asing, Pesuruhjaya Tinggi , Duta Tuan Yang Terutama
Tan Sri, Puan Sri, Datuk Seri, Datin Seri, Yang Berbahagia
Datuk Paduka,
Yang Dipertua Dewan Negara, Yang Dipertua Tuan Yang Dipertua (semasa bersidang)
Dewan Rakyat, Yang Dipertua Dewan Yang Berhormat (di luar persidangan) Undangan Negeri
Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif
Kadi Sahibul-Fadilah/ Yang Arif
Ketua Polis Negara Yang Amat Setia
Mufti dan Pemimpin Islam Sahibus Samahah
Ketua jabatan tanpa gelaran Yang Berusaha
Gelaran dalam bahasa Melayu
Gelaran kekeluargaan
107. melibatkan keluarga asas, keluarga suku, dan keluarga ikatan
perkahwinan. Keluarga asas
terdiri daripada ibu, bapa, dan anak-anak
panggilan ibu ialah emak, umi, mama dan ibu
panggilan bapa ialah ayah, papa, abah, atau bapa gelaran adik-beradik ditentukan oleh faktor usia ( kakak, abang, dan
adik) kata sapaan yang lazim – along, angah, alang, anjang, busu.
Keluarga suku
108. sama seperti keluarga asas 109. namun begitu terdapat penambahan sebelum kata gelaran ( Pak
Long, Mak Long, Pak Ngah, Mak Ngah ...
Kekeluargaan ikatan perkahwinan
110. mentua, menantu, ipar, besan.
212
Gelaran keturunan
111. gelaran yang diperoleh secara warisan
112. ada 4 jenis - keturunan raja-raja yang memerintah
( Raja, Tunku/Ungku, Tengku/ Engku, Tuanku, Pangeran)
113. keturunan orang-orang besar (abang, Datu, Megat, Meor, Nik, Tan, Tuan, Wan)
114. keturunan Nabi Muhammad
SAW (Syed dan Sharifah)
115. keturunan yang berasal dari luar Malaysia ( Awangku dan Dayang dari Brunei, Teuku dan Teungku dari Acheh Raden dari Jawa, Sutan dan Sidi dari Minangkabau, dan Daeng dari Bugis )
Gelaran anugerah
116. gelaran yang diberikan oleh kerajaan kepada individu kerana
sumbangannya kepada negara
117. juga dikenali sebagai gelaran kurniaan pemerintah
118. Contoh :
Gelaran Keterangan
Tun Gelaran kurniaan Kerajaan Persekutuan yang tertinggi
kepada lelaki dan perempuan
Toh Puan Gelaran untuk isteri Tun
Tan Sri Gelaran (di bawah Tun) kurniaan Kerajaan
Persekutuan kepada lelaki dan perempuan
Puan Sri Gelaran untuk isteri Tan Sri
Datuk
(Dato‟ Seri, Dato‟ Gelaran kurniaan Kerajaan Negeri kepada lelaki dan
Paduka, Dato‟ perempuan
Setia)
Tok Puan Gelaran untuk isteri Datuk di Terengganu
Datin Paduka Gelaran kurniaan Kerajaan Selangor kepada
perempuan
Datuk Patinggi, Gelaran kurniaan Kerajaan Sarawak
Datuk Amar
213
Gelaran ikhtisas
119. diperoleh melalui kejayaan dalam bidang akademik
Gelaran Keterangan
Profesor Diraja Pencapaian kemuncak dalam bidang akademik
Profesor Emeritus Profesor yang telah bersara tetapi masih dianugerah
kurniaan tersebut sebagai penghormatan kerana
penulisannya dalam bidang akademik
Profesor Pencapaian paling tinggi dalam bidang akademik
Profesor Madya Pencapaian satu tingakat di bawah profesor
Doktor Mempunyai kelulusan Doktor Falsafah atau ilmu
perubatan
Cikgu Mempunyai ikhtisas dalam bidang perguruan
Ustaz/Ustaz Lelaki dan perempuan yang menjadi guru agama
Islam
Gelaran keagamaan
120. gelaran diberikan kepada individu yang telah mengerjakan fardu haji
121. Tuan Haji ( lelaki ), Puan Hajah ( perempuan)
Gabungan Gelaran
Pak Haji Seman : kekeluargaan + keagamaan
Mak ungku: kekeluargaan + warisan
Tan Sri D. Tengku Haji Fadzil: kurniaan kerajaan + ikhtisas + warisan
+ keagaman
214
122. Penggunaan intonasi dan gaya ( bahasa badan ) yang
sesuai Intonasi
turun naik nada suara ketika bertutur
akan menghasilkan makna yang berlainan
dalam ayat bahasa Melayu, intonasi akan membeza bahagian subjek dan
predikat.
perbezaan intonasi dapat dilihat dalam ayat penyata, ayat tanya,
ayat perintah, ayat songsang, dan ayat pasif.
Gaya ( bahasa badan/parabahasa)
123. bahasa badan merupakan sebahagian daripada parabahasa iaitu
kajian tentang bunyi sampingan, gerak geri, dan manipulasi suara dan
unsur bahasa yang menyertai bunyi-bunyi bahasa dalam pertuturan
124. gerak geri yang mengiringi pengucapan berfungsi untuk menerangi
hal yang sedang diperkatakan.
125. bahagian-bahagian tubuh badan yang menjadi alat penerang yang
penting ialah tangan dan mata ( kontak mata )
215
CONTOH SOALAN
(a) SOALAN ANEKA PILIHAN
126. Pilih padanan yang betul antara jenis peribahasa dengan contoh.
Jenis Peribahasa Contoh
I Perumpamaan Gunting dalam lipatan
II Kiasan Tin Kosong
III Pepatah Hidup dikandung adat
IV Kata-kata hikmat Biar mati anak, jangan mati adat
127. I dan II
128. I dan III
129. II dan IV
130. III dan IV
131. “Engkau ingat cantik sangat kasut yang kaupakai, harap mahal saje.”
Petikan di atas menunjukkan ragam bahasa
132. tempelak
133. mengejek
134. sindiran
135. menggiat
3 Rujukan Hormat Orang yang disapa
I Yang Berhormat P Menteri Besar
II Yang Mulia Q Ahli Dewan Undangan Negeri
III Yang Maha Mulia R Tengku
IV Yang Amat Berhormat S Balu Raja
Pilih padanan yang betul antara rujukan hormat dengan orang yang disapa.
I II III IV
A R P Q S
B Q R S P
C S R P Q
D R S Q P
216
4 Bapa Karim
Gelaran warisan Raja
Telah menunaikan haji
Anak Laila
Ahli Parlinen
Doktor
Apakah panggilan hormat bagi Karim dan Laila?
Karim Laila
A Yang Berbahagia Tuan Hj. Raja Karim Yang Amat Berhormat Doktor Laila
B Yang Mulia Haji Raja Karim Yang Berhormat Mulia Doktor Raja
Laila
C Yang Berhomat Mulia Tuan Haji Raja Yang Berhormat Mulia Doktor Laila
Karim
D Yang Berhormat Mulia Raja Haji Karim Yang Berhormat Raja Doktor Laila
(b) SOALAN STRUKTUR
136. Berikan peribahasa yang sesuai bagi situasi yang berikut.
(a) Abdul cuba membaiki radio yang rosak itu, tetapi kerosakan radio tersebut semakin teruk
kerana dia tidak mahir. [1]
_________________________________________________________________________________
137. Encik John enggan menasihati anaknya kerana anaknya tidak menghiraukan nasihatnya lagi. [1]
2 Berikan maksud dan contoh ayat bagi bahasa berulang.. [2]
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
217
PENULISAN ESEI ILMIAH (910/5)
138. Maklumat Am
Esei yang ditulis merupakan esei kumpulan dan pembentangan esei secara individu
Penulisan esei ilmiah mestilah berdasarkan tema yang ditetapkan oleh Majlis Peperiksaan
Malaysia (MPM)
Panjang esei ilmiah adalah antara 2000 hingga 2500 patah perkataan
Markah yang diperuntukkan ialah 50 markah dengan wajaran 17%
Penulisan esei ilmiah dilaksanakan pada penggal ketiga selama 10 minggu (40
waktu pengajaran)
139. Aspek Penilaian
Penulisan Esei Ilmiah
Pembentangan Esei Ilmiah
140. Aspek Penskoran
3.1 Pemarkahan Penulisan Esei Ilmiah
Bil Perkara Markah
(a) Tajuk Kajian 2
(b) Senarai Kandungan 2
(c) Penghargaan 2
(d) Pengenalan 4
(e) Objektif Kajian 2
(f) Kepentingan Kajian 2
(g) Skop Kajian 2
(h) Batasan Kajian 2
(i) Kaedah Kajian 3
(j) Dapatan Kajian 20
(k) Rumusan Kajian 2
(l) Penutup 2
(m) Lampiran 1
(n) Bibliografi/ Nota Akhir 2
(o) Bahasa 5
Markah penuh 55
Wajaran 60%
218
3.2 Pemarkahan Pembentangan Esei Ilmiah
Bil Perkara Markah
(a) Kerelevanan 10
(b) Kelancaran 10
(c) Keterampilan 10
(d) Kebahasaan 10
(e) Penggunaan Alat / Bahan Bantu 5
Markah penuh 45
Wajaran 40%
4 Contoh Tema dan Tajuk Kajian
TEMA TAJUK KAJIAN
Variasi Bahasa Penggunaan bahasa kasar dalam filem Pendekar Bujang Lapok
Morfologi Penggunaan kata hubung dalam penulisan karangan pelajar
Tingkatan Tiga
Sejarah dan Pengaruh bahasa Sanskrit dalam buku Sejarah Melayu
Perkembangan Bahasa
(W.G. Shellabear) Melayu
Catatan: Penulisan esei ilmiah mestilah dilaksanakan dengan merujuk kepada manual penulisan
esei ilmiah yang disediakan oleh MPM.
219