1.0_PENDAHULUAN
-
Upload
aliaa-iryani -
Category
Documents
-
view
233 -
download
0
description
Transcript of 1.0_PENDAHULUAN
1.0 PENDAHULUAN
Keberhasilan murid bergantung kepada kualiti guru yang melangkaui kualiti sistem
itu sendiri. Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa kualiti guru merupakan faktor
berasaskan sekolah yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid.
Walaupun terdapat guru yang cemerlang dalam sistem pendidikan Malaysia, namun
begitu menurut kajian tahun 2011 mendapati bahawa hanya 50% pengajaran yang
disampaikan dengan berkesan. Hal ini bermakna pengajaran mata pelajaran tidak
melibatkan murid secukupnya dan penyampaiannya lebih pasif. Mata pelajaran yang
diajar lebih berfokus kepada pemahaman yang tidak mendalam dan tidak memberi
tumpuan kepada kemahiran berfikir aras tinggi. Statistik ini juga menunjukkan
cabaran besar yang dihadapi kerana lebih kurang 60% guru pada hari ini akan terus
mengajar bagi 20 tahun lagi (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dalam bab 5 iaitu Guru
dan Pemimpin Sekolah memberi penekanan kepada kepentingan guru dan
pemimpin sekolah ialah pemacu yang amat penting terhadap pencapaian murid.
Pada tahun 2011, Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT), Kementerian
Pengajian Tinggi telah menjalankan kajian kualitatif tentang pengajaran guru. Dalam
pemerhatian terhadap 125 pengajaran daripada 41 buah sekolah seluruh Malaysia,
didapati bahawa hanya 12% daripada pengajaran disampaikan pada standart yang
tinggi melalui perlaksanaan amalan pedagogi yang baik. Sebaliknya 50% daripada
pemerhatian pengajaran yang disampaikan tidak memuaskan manakala 38% pada
standart yang memuaskan.
Amalan pedagogi yang baik mampu dipupuk melalui penghayatan seseorang
guru terhadap teori-teori pembelajaran, pengaplikasian model pengajaran,
pendekatan, teknik dan strategi pengajaran pembelajaran, penguasaan ilmu tentang
perbezaan individu, gaya pembelajaran serta motivasi yang menjadi indikator kepada
seseorang guru. Keberhasilan murid mampu dicapai melalui pemahaman, penilaian,
penguasaan, pengalaman dan pengaplikasian oleh guru terhadap perkara-perkara
tersebut dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Semua ini
bergantung kepada guru itu sendiri dan kualiti guru mestilah melangkaui kualiti
sistem sekolah bermaksud guru perlu meningkatkan kualiti profesion perguruan
melalui penghayatannya kepada aspirasi negara dalam melahirkan murid yang
seimbang dan ideal.
1
2.0 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN
Menurut Ee Ah Meng (2003), teori pembelajaran merupakan satu set konstruk yang
menghubungkaitkan perubahan yang diperhatikan dalam sesuatu prestasi dengan
kemungkinan yang difikirkan boleh membawa perubahan tersebut. Manakal Kamus
Dewan pula mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk memperoleh
ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Teori pembelajaran menjadi amat signifikan
dalam membantu guru memilih strategi pengajaran dan membantu murid secara
berkesan. Kesemua teori pembelajaran behavioris kognitif, konstruktivisme, sosial
dan humanis boleh diaplikasikan pada semua peringkat pembelajaran. Sebagai
tamsilan, teori pelaziman klasik membuktikan perlakuan manusia, emosi dan sikap
mampu dipupuk dan dibentuk melalui latihan dan pengulangan.
Melalui teori pembelajaran, guru yang menghadapi masalah akan dapat lebih
memahami pelbagai cara murid belajar dan seterusnya dapat menghubungkaitkan
teori-teori pembelajaran dengan teknik, strategi, model pengajaran, perbezaan
individu dan motivasi dan pendekatan yang berkesan dalam P&P. Pengaplikasian
berselang-seli teori-teori pembelajaran oleh guru yang mahir mampu mewujudkan
minat dan motivasi murid terhadap pembelajaran seiring dengan kesesuaian
peringkat murid itu sendiri. Pembelajaran tidak akan berlaku sekiranya guru tidak
profesional dan tidak mampu menguasai teori pembelajaran dan strategi pengajaran.
2.1 TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS
Ahli mazhab behavioris menyatakan kelas yang mempunyai tujuan dan objektif yang
nyata, perubahan yang berlaku secara konsisten boleh berlaku yang mana ahli
mazhab ini lebih memberikan penekanan kepada perubahan tingkah laku. Perlakuan
yang ingin diubah boleh dihentikan dan dikukuhkan dengan guru mengadakan aktiviti
pengukuhan serta mengaplikasikan teknik ganjaran dan hukuman tetapi tidak secara
berlebihan. Pengajaran berasiolasikan objektif perlakuan boleh diukur manakala
pengetahuan sedia ada dan perubahan yang berlaku dalam minda tidak perlu
diambil tahu. Teori ini sangat bersesuaian diaplikasikan terhadap murid yang lemah
dalam pelajaran dan murid yang kurang memberikan tumpuan di dalam bilik darjah
kerana melalui latih tubi murid yang lemah ini akan membuat perlakuan yang
berulang-ulang seterusnya memastikan mereka memahami isi pelajaran guru.
Sementelahan itu, pemberian peneguhan yang bersesuaian dapat menjadikan murid
yang lemah ini berasa dihargai dan akan meningkatkan usaha dengan lebih gigih
untuk mencapai objektif dan matlamat spesifik yang telah ditetapkan oleh guru.
2
2.2 TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF
Teori pembelajaran kognitif melihat pembelajaran sebagai perubahan proses mental
yang berlaku secara aktif. Menurut Eggen dan Kauchak (2008), otak manusia
mampu aktif untuk memahami persekitarannya dan pembelajaran serta
perkembangan banyak bergantung pada pengalaman peribadi. Selain itu, murid
membina pengetahuan dan bukannya merekod yang mana aktiviti memberikan
makna kepada pengalaman dengan pengetahuan yang dibina bergantung kepada
pengetahuan sedia ada murid. Pembelajaran meningkat dalam persekitaran sosial
yang sesuai dan memerlukan latih tubi dan maklum balas.
Teori kognitif sesuai dalam pembentukan konsep iaitu struktur P&P disusun
secara rapi dan sistematik selain menekankan pembelajaran secara aktif iaitu murid
yang aktif akan memperoleh, menstruktur semula dan mengkaji pengetahuan dan
menjadikannya bermakna. Teori ini lebih memberikan penekanan kepada
pengetahuan sedia ada dengan pengetahuan terkini yang dimiliki oleh murid.
Seseorang guru seharusnya pandai menyoal dan menggerakkan pengetahuan sedia
ada murid melalui teknik perbincangan dan sumbangsaran. Cara ini dapat murid
memahami konsep dan hubung kait menerusi teknik soal jawab, penerangan dan
kerja latihan secara kognitif. Teori ini amat bersesuaian untuk murid yang pandai dan
mempunyai kecerdasan akal yang tinggi apabila guru berjaya menarik minat mereka
untuk melontarkan pendapat dengan mengaitkan jawapan mereka dengan
pembelajaran yang telah diajar.
2.3 TEORI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME
Konstruktivisme memberi penekanan kepada melihat murid sebagai pembina
pengetahuan, bukannya menerima bulat-bulat pengetahuan yang disampaikan. Teori
konstruktivisme juga mengemukan satu fahaman bahawa murid adalah aktif dan
mereka membina sendiri pemahaman terhadap sesuatu konsep dengan
menghubungkaitkan antara pengetahuan dengan pengalaman sedia ada untuk
membina pengetahuan baru. Tambahan lagi, teori ini menggalakkan pembelajaran
dilaksanakan berpusatkan murid dan memberi penekanan kepada pencapaian
kognitif dan tingkah laku. Jelas sekali teori konstruktivisme menggalakkan murid
berfikir sendiri untuk mewujudkan pengetahuan baru hasil gabung jalin pengetahuan
sedia ada dengan pengalaman baru. Inkuiri terhadap ilmu dalam bentuk eksperimen
dan kajian digalakkan serta amalan reflektif terhadap pengalaman pembelajaran pula
diberi penekanan.
3
2.4 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
Menurut Bandura dalam buku Mok Soon Sang (2002), pembelajaran melalui
pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku. Pemerhatian terhadap
proses dan hasil tingkah laku orang lain, individu secara tidak langsung mempelajari
pula perubahan tingkah laku tersebut. Bandura juga turut menyebut bahawa orang
yang diperhatikan sebagai model dan proses pembelajaran melalui pemerhatian
tingkah laku model atau dikenali sebagai permodelan (modelling). Seseorang guru
perlu menguasai P&P dengan mempamerkan penampilan yang positif. Penyampaian
guru mestilah cekap dan menarik supaya guru dapat dijadikan sebagai role model
oleh murid. Demonstrasi guru haruslah terang dan jelas serta menarik agar murid
boleh membuat peniruan dengan mudah dan tepat. Bukan sahaja guru malahan
rakan sebaya yang cemerlang juga boleh dijadikan sebagai contoh teladan untuk
membuat demonstrasi semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di
luar bilik darjah. Guru yang berpenampilan positif akan membuatkan murid lebih
menghormati guru dan mereka akan meniru gaya guru sekiranya mendatangkan
kepuasan dalam diri mereka.
2.5 TEORI PEMBELAJARAN HUMANIS
Pembelajaran seseorang bergantung kepada emosi dan perasaannya seperti yang
dikemukakan oleh Carl Rogers dan Abraham Maslow dalam teori pembelajaran
humanis. Ahli mazhab humanis menyatakan seseorang individu berhasrat meneroka
potensi diri dan keinginan unuk mencapai kesempurnaan kendiri. Jelasnya
seseorang guru itu perlu memastikan keperluan murid terlebih dahulu supaya
kesempurnaan kendiri murid tersebut tercapai. Menurut Gagne dan Berliner (1991)
terdapat lima objektif asas pendidikan daripada pandangan humanis iaitu memupuk
pembelajaran arah kendiri dan tidak bergantung pada orang lain, mengembangkan
keupayaan bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan perkara yang dipelajari,
mengembangkan kreativiti dan pemikiran mencapah, mencungkil dan
mengembangkan daya ingin tahu serta penerokaan dan mengembangkan
kecenderungan aspek seni dan emosi.
Malahan jua, kesempurnaan kendiri mampu dicapai sekiranya guru
mengutamakan strategi berpusatkan murid, membentuk iklim bilik darjah yang
kondusif, tiada ancaman, bersifat penyayang dan memupuk nilai kendiri yang positif
dalam kalangan murid serta mengamalkan prinsip demokrasi dan autonomi.
Seseorang guru juga harus menunjukkan sikap prihatin dan mengambil berat akan
murid mereka ataupun heart-on. Maka, murid akan berasa dilindungi dan disayangi
4
selain guru perlu bersikap kecindan agar dapat memberikan keseronokan kepada
murid supaya mereka tidak berasa bosan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.
Menurut Gagne dan Berliner (1991) terdapat lima objektif asas pendidikan
daripada pandangan humanis iaitu memupuk pembelajaran arah kendiri dan tidak
bergantung pada orang lain, mengembangkan keupayaan bertanggungjawab ke atas
pembelajaran dan perkara yang dipelajari, mengembangkan kreativiti dan pemikiran
mencapah, mencungkil dan mengembangkan daya ingin tahu serta penerokaan dan
mengembangkan kecenderungan aspek seni dan emosi.
2.6 PERBANDINGAN TEORI PEMBELAJARAN
Teori Pembelajaran
Behavioris Kognitif Konstruktivisme
Sosial Humanis
Tokoh Mazhab Pavlov, Watson, Thorndike, Skinner
Piaget, Kohler, Ausubel, Bruner, Gagne
J. bruner, Von Glaserfeld
Bandura Carl Rogers, Abraham Maslow
Ciri-ciri - Ransangan- Ulangan- Pelaziman- Peneguhan- Kesan
Pembentukankonsep danpemahamandalam otak
- Menjana makna daripada pembelajaran- Membina pemahaman dan mencipta ilmu baru
Peniruan Memupukkesempurnaan
Kesesuaian Murid
Pasif Aktif Aktif Aktif danPasif
Pasif danAktif
Kaedah/Teknik Latih tubi PenyoalanPeneranganPerbincanganForum
EksperimenInkuiriProjekPerdebatan
- Demonstrasi- Main Peranan
LakonanPermainanPembelajaran
5
3.0 MODEL, PENDEKATAN, STRATEGI, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN
3.1 MODEL PENGAJARAN
Model pengajaran merujuk kepada kerangka yang meliputi kandungan, strategi dan
iklim sosial dalam bilik darjah yang mampu menjadikan persekitaran pembelajaran
yang kondusif kepada murid. Model juga merujuk kepada strategi preskriptif yang
direka bentuk untuk mencapai matlamat pengajaran. Model pengajaran yang
merangkumi prosedur-prosedur mudah pengajaran dan pembelajaran boleh
dijadikan sebagai panduan kepada guru bagi menghasilkan pengajaran berkesan.
Terdapat empat model iaitu model pemprosesan maklumat, model
behavioris, model sosial dan model personal yang dapat menentukan struktur hala
tuju untuk guru dengan menjadi panduanuntuk merancang persediaan mengajar dan
memperoleh maklum balas berkaitan keberkesanan pengajaran dan aktiviti lanjutan
yang perlu ditambah baik dan diperkemaskan dari semasa ke semasa.
6
3.2 PENDEKATAN
Pendekatan ialah cara mendekati sesuatu iaitu bagaimana sesuatu mata pelajaran
diajar berdasarkan objektif jangka panjang. Terdapat lima pendekatan iaitu induktif,
deduktif, eklektif, integratif dan tematik. Berdasarkan Teori Pelbagaian Kecerdasan
Gardner dalam buku Mok Soon Sang (2008), terdapat tujuh jenis kecerdasan yang
dimilik insan iaitu linguistik, muzik, logik matematik, ruang, intrapersonal,
interpersonal dan kinestetik. Howard Gardner menegaskan bahawa seseorang itu
cerdas dalam sesuatu jenis kecerdasan tetapi tidak semestinya cerdas pada jenis
kecerdasan lain. Maka untuk memenuhi perbezaan kecerdasan ini, guru perlu
bersiap sedia dengan pelbagai teknik pendekatan pengajaran agar memberikan
ruang kepada murid untuk memperoleh ilmu dengan cara berbeza dan tidak
membosankan.
Guru juga perlu boleh mengaplikasikan lima pendekatan tersebut dalam sesi
P&P. Pendekatan induktif melibatkan guru hanya bertindak sebagai pemudah cara
dengan memulakan pengajarannya dengan memberikan contoh yang khusus diikuti
dengan aktiviti soal jawab untuk membimbing murid-muridnya memerhati, mengkaji,
mengenal pasti prinsip yang terkandung dalam contoh seterusnya murid akan
membuat kesimpulan daripada contoh khusus yang telah dikemukakan oleh guru.
Pendekatan ini amat sesuai diaplikasikan untuk mata pelajaran sains, matematik dan
bahasa.
Pendekatan deduktif pula sesuai untuk kaedah mengajar yang kompleks
kerana pendekatan ini memerlukan murid memperoleh kefahaman yang mendalam
dan pengetahuan yang cukup serta berupaya memilih rumus, hukum atau prinsip
yang telah dipelajari untuk diaplikasikan pada contoh-contoh yang khusus.
Pendekatan elektif adalah pendekatan yang amat sesuai untuk diaplikasikan
dalam sebagai strategi pengajaran dalam aktiviti berkumpulan khasnya semasa
melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan. Strategi pengajaran menggunakan
pendekatan eklektif boleh diaplikasikan dengan dua cara iaitu menyerupai
pendekatan dedukti dan pendekatan induktif.
Pendekatan tematik adalah pendekatan secara tema akan membolehkan
murid menganalisis dan membuat generalisasi dan mengaplikasikan pengetahuan.
Penggabungan variasi idea yang saling berkaitan kepada satu kosep yang lebih
7
meluas atau tema membolehkan murid menyatukan pelbagai fakta. Secara
umumnya, pendekatan ini memberikan pekuang kepada murid merasai pelbagai
pengalaman dalam situasi yang berbeza.
Pendekatan integratif.............
8
3.3 STRATEGI PENGAJARAN
Menurut Mok Soon Sang (2008), strategi pengajaran merujuk kepada penentuan dan
perancangan kaedah serta teknik mengajar untuk mencapai objektif jangka panjang
dalam sesuatu pendekatan yang berkesan. Kepakaran guru dalam menentukan
strategi pengajaran amat diperlukan dan guru berupaya untuk menentukan
pendekatan yang ingin digunakan dalam sesi P&P. Terdapat tiga strategi iaitu
strategi pemusatan guru, strategi pemusatan murid dan strategi pemusatan bahan.
Menurut Shahabuddin, Mahani dan Ramlah (2006), pembelajaran ialah
proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan tabiat
serta pembentukan sikap dan kepercayaan. Oleh itu, strategi pengajaran dan teori
pembelajaran saling berkaitan dan sebagai guru hubungan antara kedua-duanya
begitu signifikan dalam proses P&P..
Strategi pemusatan guru menyatakan guru memainkan peranan utama dalam
menguasai dan mengawal aktiviti pengajaran dalam bilik darjah dan hanya
komunikasi sehala yang berlaku. Komunikasi sehala tidak sesuai untuk murid yang
aktif dalam pembelajaran lantaran mereka tidak berpeluang untuk menyumbang
pendapat mereka dan hal ini menjadikan mereka kurang berinisiatif dan kurang
kreatif.
Strategi yang paling sesuai diaplikasikan terhadap murid yang aktif adalah
melalui strategi pemusatan murid yang mana murid memainkan peranan yang
proaktif dan guru hanya menjadi pemudah cara atau pembimbing dalam bilik darjah.
Strategi pemusatan murid ini mengaplikasi teori konstruktivisme dalam pembelajaran
seperti eksperimen, inkuiri dan projek. Malahan teori kognitif turut diaplikasi iaitu
perbincangan, perdebatan dan forum dan teori humanis yang dilakukan dalam aktiviti
main peranan dan simulasi dalam strategi ini.
Strategi pemusatan bahan amat penting bagi guru dan murid iaitu bahan
pengajaran memainkan peranan yang penting dalam aktiviti P&P. Alat bantu
mengajar menjadi medium perantaraan antara guru dan murid akan mampu
membantu murid memahami konsep abstrak dengan lebih jelas dan terang
seterusnya dapat membina kemahiran murid serta mampu memupuk sikap berdikari
apabila ketiadaan guru. Sekiranya alat bantu mengajar tidak digunakan semasa P&P
berlangsung akan membuatkan kelas bermasalah menjadi lebih hambar dan tidak
9
menarik kerana membuatkan murid hanya tertumpu kepada penerangan guru
semata-mata.
3.4 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN
10
11