Analisis Fonetik dan Fonemik Bahasa Dayak Sawai Desa Sekonau Kecamatan Rawak Kabupaten Sekadau
1 | w w w . a w a l . m y · PDF filebahawa kesedaran fonemik merupakan petanda asas keupayaan...
Transcript of 1 | w w w . a w a l . m y · PDF filebahawa kesedaran fonemik merupakan petanda asas keupayaan...
1 | w w w . a w a l . m y
2 | w w w . a w a l . m y
ISI KANDUNGAN
Kemahiran Membaca 3
Awal Sains dengan pendekatan STEM 4 - 5
Panduan – Ceria Bersama Ciki 6 - 7
Panduan – Ani & Umar 8 - 9
Panduan – Little Prof 10 - 13
Panduan – Kisah Teladan 14 - 15
Panduan – Chan Chan the Chick 16 - 17
PENGENALAN
Majalah Awal edisi ini membawa anak-anak meneroka pelbagai isi
kandungan dan aktiviti menarik. Tema utama untuk edisi ini adalah diri
saya dan antara perkara-perkara yang akan anak-anak pelajari adalah
tentang hobi, kawan, rumah dan sekolah.
Panduan ini disediakan buat guru dan diharap dapat membantu guru
dalam merancang Pengajaran dan Pembelajaran di dalam kelas. Fokus
untuk panduan ini menjurus kepada pembentukan kemahiran
membaca dan pemahaman awal sains melalui pendekatan STEM
(Science, Technology, Engineering and Mathematics).
Semoga guru-guru dapat memanfaatkan panduan yang disediakan
agar pembelajaran menggunakan majalah AWAL di dalam kelas dapat
membentuk anak-anak menjadi lebih kritis, kreatif dan inovatif.
3 | w w w . a w a l . m y
KEMAHIRAN MEMBACA
Membaca merupakan proses mentafsir bunyi yang dilambangkan oleh
gabungan huruf dalam sesuatu perkataan. Kajian terkini menunjukkan
bahawa kesedaran fonemik merupakan petanda asas keupayaan
anak untuk dapat membaca. Kesedaran fonemik ini ialah kesedaran
bahawa dalam sesuatu perkataan itu terdapat bunyi-bunyi asas yang
bergabung untuk membentuk perkataan tersebut.
KEMAHIRAN ASAS MEMBACA
Terdapat 4 kemahiran asas membaca dalam apa jua bahasa.
Kemahiran ini perlu diajar kerana ia bukan kemahiran semulajadi.
Kemahiran ini dirumuskan mengikut sistem 4P seperti berikut:
1. Pengisian Bunyi (PI)
Kemahiran mendengar dan menyebut bunyi-bunyi asas yang
ada dalam sesuatu bahasa. Bunyi-bunyi asas ini dikenali sebagai
fonem.
2. Pengecaman Bentuk (P2)
Kemahiran mengaitkan bunyi dengan huruf atau gabungan huruf
yang melambangkan bunyi tersebut.
3. Pemisahan Bunyi (P3)
Kemahiran memilih dan memisahkan bunyi-bunyi yang sesuai
dalam sesuatu perkataan.
4. Pemaduan Bunyi (P4)
Kemahiran memadukan bunyi-bunyi asas untuk membentuk suku-
suku kata dan seterusnya memadukan suku-suku kata tersebut
untuk membentuk perkataan.
4 | w w w . a w a l . m y
AWAL SAINS DENGAN PENDEKATAN STEM
Kaedah PIL CERDAS STEM melibatkan empat fasa, iaitu Fasa Inkuiri, Fasa
Penerokaan, Fasa Reka Cipta dan Fasa Refleksi. Berikut dihuraikan
aktiviti pembelajaran yang perlu dijalankan oleh guru dalam setiap
fasa.
Fasa Inkuiri
Dalam fasa ini kanak-kanak diperkenalkan kepada masalah yang akan
diselesaikan dalam projek ini. Guru boleh menggunakan pelbagai cara
untuk mengarahkan perhatian murid kepada topik yang akan
dipelajari. Misalnya guru membawa murid keluar meneroka di sekitar
halaman taska/tadika atau sekolah, menunjukkan gambar atau video
mengenai isu yang terbabit, bercerita atau membaca berita daripada
surat khabar, membuat lawatan dan sebagainya.
Berdasarkan isu/topik yang dibincangkan itu, guru bertanya kanak-
kanak mengenai apa yang mereka sudah tahu mengenai isu/subjek
berkenaan. Guru membina peta minda "Apa yang kami tahu
tentang...". Peta minda ini merupakan pengetahuan awal kanak-kanak
yang perlu diketahui oleh guru mengikut teori konstruktivis. Kemudian
guru bersama kanak-kanak membina peta minda "Apa yang kami ingin
tahu mengenai...". Dengan bimbingan guru, kanak-kanak menentukan
soalan apa yang mereka ingin selidik dan jawab dalam projek ini.
Fasa Penerokaan
Dalam fasa ini, kanak-kanak bersama guru mencari maklumat
mengenai konsep-konsep yang berkaitan dan yang mereka telah tahu
tetapi belum begitu faham. Pencarian maklumat dilakukan dengan
pelbagai cara; dari internet, video, nature walk, lawatan, kajian buku-
buku sains, dan sebagainya. Di peringkat ini, kanak-kanak membina
pengetahuan baharu dan mengukuhkan pengetahuan sedia ada
mengenai perkara yang dikaji. Setelah mendapat semua maklumat
yang diperlukan, mereka dibimbing untuk meneroka mengenai
persoalan yang mereka sendiri mencari jawapan atau
penyelesaiannya. Untuk itu, guru membimbing kanak-kanak memikirkan
reka bentuk dan alat serta bahan-bahan yang diperlukan.
5 | w w w . a w a l . m y
Fasa Reka Cipta
Dalam fasa ini, kanak-kanak membina, mencuba dan menghasilkan
reka cipta kreatif berdasarkan reka bentuk yang dibuat. Mereka bekerja
dalam kumpulan kecil, menggunakan alat-alat teknologi yang selamat
dengan bimbingan dan pengawasan pendidik. Ciptaan yang
dihasilkan boleh dipertandingkan atau dipamerkan untuk dilihat oleh
rakan-rakan yang lain dan ibu bapa.
Fasa Refleksi
Dalam fasa ini, kanak-kanak mereflek proses pembelajaran yang
mereka lalui dan memberi pandangan tentang reka cipta yang mereka
hasilkan. Guru menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kanak-kanak
mengenai kajian saintifik, menghargai hasil ciptaan rakan-rakan,
kesedaran terhadap alam sekitar, kesedaran tentang teknologi dan
kejuruteraan, dan penghayatan kepada Tuhan Maha Pencipta.
6 | w w w . a w a l . m y
PANDUAN MENGAJAR (CERIA BERSAMA CIKI)
Ciki sedih, perutnya lapar. Ada buah-buahan untuk dimakan tapi Ciki
mahukan coklat. Lalu, dia merampas coklat daripada kawannya. Ciki
gembira kerana dapat makan coklat. Selepas makan, Ciki sakit perut.
Pengajaran daripada cerita ini adalah untuk tidak mencuri makanan
orang lain. Anak-anak juga didedahkan dengan pelbagai ekspresi
muka seperti sedih semasa Ciki lapar dan gembira semasa Ciki dapat
makan coklat.
Tajuk
Ceria Bersama Ciki (ms 2)
Tunjang Utama
Ketrampilan Diri – KD 1.1.1 Mengenal pasti dan menceritakan
pengalaman emosi yang melibatkan perasaan gembira, sedih, takut,
marah dan malu.
Tunjang Disepadukan
Komunikasi – BM 1.4.6 Bersoal jawab menggunakan ayat mudah
berdasarkan bahan rangsangan.
Objektif
Di akhir pembelajaran, murid boleh:
1. Menyatakan perasaan iaitu gembira, sedih dan marah
berdasarkan gambar ciki.
Aktiviti Prabacaan
1. Guru memperkenalkan perasaan gembira. Ia boleh dilakukan
dengan menunjukkan gambar, guru membuat ekspresi gembira
seperti tersenyum lebar, memainkan video dan banyak lagi.
2. Guru menyuruh murid membuat ekspresi wajah gembira.
3. Guru bertanyakan murid situasi di mana mereka berasa gembira.
Aktiviti Membaca
1. Guru membacakan cerita “Ceria Bersama Ciki”. Murid
mendengar.
2. Guru menyoal murid berkenaan cerita yang didengar.
7 | w w w . a w a l . m y
Contoh soalan:
a) Lihat muka Ciki di gambar yang pertama. Apakah yang Ciki
rasakan?
b) Mengapakah Ciki berasa sedih di awal cerita?
c) Apakah makanan yang Ciki ingin makan?
d) Mengapa Ciki tidak mahu makan buah pisang dan manggis?
e) Apakah yang Ciki rasakan apabila dia memakan coklat
tersebut?
f) Apakah perasaan kamu jika barang kepunyaan kamu diambil
oleh orang lain tanpa kebenaran kamu?
g) Mengapa kita tidak boleh mengambil barang kepunyaan
orang lain?
Aktiviti Pengukuhan
1. Murid membuat aktiviti kefahaman “Namakan perasaan” di
dalam majalah dengan bimbingan guru.
2. Guru menilai kefahaman murid.
3. Guru meminta murid melengkapkan aktiviti “Warna Kreatif” di
dalam sisipan (ms 18) di tadika / rumah.
8 | w w w . a w a l . m y
PANDUAN MENGAJAR (ANI & UMAR)
Ani tidak mahu berkongsi roti dengan Umar. Jadi ibu bercerita tentang
kisah seorang lelaki yang sangat kaya tetapi kedekut. Pengajaran cerita
ini adalah untuk sentiasa bersifat pemurah kerana ia adalah satu sifat
yang terpuji.
Tajuk
Ani & Umar (MS 33 - 37)
Tunjang Utama
Komunikasi - BM 2.3.1 Membunyikan suku kata terbuka.
Tunjang Disepadukan
PI 5.1.3 Menunjukkan adab terhadap:
(i) Ahli keluarga
Objektif
Di akhir pembelajaran, murid boleh:
1. Menyebut 3 perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka.
2. Memilih 3 daripada 6 gambar yang bermula dengan bunyi „b‟,
„m‟ dan „r‟.
Aktiviti Prabacaan
1. Murid melihat gambar Ani, Umar dan ibu di muka surat 33.
2. Guru bertanyakan soalan kepada murid:
Contoh soalan:
a) Apakah yang Ani sorokkan di tangannya itu?
b) Mengapa Ani mahu menyorokkan barang di tangannya?
c) Jika kamu ada makanan yang lebih, adakah kamu akan
berkongsi dengan kawan kamu?
d) Apakah contoh barangan yang kamu ingin berkongsi bersama
kawan-kawan?
Aktiviti Membaca
1. Guru membacakan cerita Ani & Umar dengan penuh ekspresi dan
intonasi. Murid mendengar.
9 | w w w . a w a l . m y
2. Guru bersoal jawab dengan murid berkenaan cerita. Antara soalan
yang boleh ditanyakan:
a) Mengapakah lelaki ini memberikan cincin kepada imam?
b) Adakah cincin yang diberikan cincin yang berharga?
c) Tahukah kamu mengapa imam mendoakan supaya lelaki itu
mendapat istana tanpa bumbung?
d) Apakah pengajaran daripada cerita ini?
e) Sifat pemurah adalah satu sifat yang terpuji. Berikan contoh sifat
pemurah yang pernah kamu lakukan.
3. Guru membaca cerita sekali lagi.
Aktiviti Pengukuhan
1. Murid membuat aktiviti di muka surat 37 dengan bimbingan guru.
Guru meminta murid untuk mencari objek yang berada di
sekeliling mereka yang bermula dengan bunyi „beh‟.
2. Murid melengkapkan aktiviti “Mahir Tulis” di dalam sisipan (ms 20)
di tadika/rumah.
10 | w w w . a w a l . m y
TEACHING GUIDE (LITTLE PROF)
The approach in teaching science, technology, engineering and
mathematics (STEM) formulated by Prof. Aminah Ayob and her team
from Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) follows the following phases:
1. Inquiry
2. Exploratory
3. Experimental
4. Reflection
In this issue, children will learn about clouds and rain formation. Let‟s go
through the phases as listed above in describing the topic.
Title
Little Prof (Page 38 - 39) - “Clouds on High”
Main Domain
SA 2.1.4 Membuat andaian yang mudah berdasarkan pemerhatian
Integrated Domain
FK 1.1.3 Menggunakan kemahiran motor halus melalui aktiviti yang
melibatkan alatan.
Objectives
At the end of the lesson, children will be able to:
1. Understand how clouds are formed.
2. Describe how rain occurs.
3. Make a simple experiment to show cloud and rain formation.
1. INQUIRY PHASE:
i. Bring the children outside the classroom to watch the clouds in
sky.
ii. Ask the children what they already know about clouds?
11 | w w w . a w a l . m y
An example of Web of What We Know is shown below:
iii. Next, ask the children what they want to know about clouds and
rain?
An example of “Web of What We Want to Know”:
What we know about clouds
It is white
(child A)
Looks like cotton
(child B)
Black clouds mean that it is going to
rain
(child C)
There are many
shapes and sizes
(child D)
What we want to know about
clouds & rain?
Why do clouds float?
Do clouds contain water?
Why are some clouds black?
What causes rain?
12 | w w w . a w a l . m y
2. Exploratory phase:
In this phase, the teacher/parent explore the subject together with the
children by using references from internet, books and other suitable
sources to find information and to clarify any misconceptions on the
topic.
The summary of cloud and rain formation is described in simple terms on
page 38 & 39 in this issue of AWAL™.
When the children are clear of the concepts involved, guide them to
design an experiment on how to demonstrate cloud and rain formation
in the class/home.
For example - in nature, air is warmed by the sun and the water vapour
in the air rises to form clouds as the air cools. When there is too much
water in the clouds, rain falls.
How can we make an experiment to show this in the class?
After receiving ideas from the children, guide them to the bottom part
of page 38 & 39 to conduct the experiment.
Materials:
1. 2 tall glasses labeled A & B
2. 2 pieces of plastic covers
Methods:
1. Half-fill glass A with hot water.
2. Half-fill glass B with room temperature water.
3. Cover both glasses with plastic covers.
4. Observe what is formed on the plastic covers on glasses A & B.
Note: Teacher/parent must handle the part involving hot water.
Observation:
Glass A will have drops of water underneath the plastic cover whereas
no drops are seen for glass B.
13 | w w w . a w a l . m y
Explanation:
As water vapour rises from the hot water it expands and cools and
come together to form tiny drops which is how clouds are formed. When
there are too many drops, clouds turn to rain.
3. Experimental/Design phase:
Go to page 30 to design rain clouds. Apart from colouring, children can
use other materials for example cotton wool to make a collage of
clouds.
4. Reflection phase:
In this phase, children discuss what they have learned from this project.
Teacher/parent should also instill the practice of teamwork and sharing
of ideas. In addition, children should appreciate nature and be grateful
to God for his wonderful creations as seen in the formation of clouds and
rain.
14 | w w w . a w a l . m y
PANDUAN MENGAJAR (KISAH TELADAN)
Kisah teladan kali ini akan menceritakan tentang wuduk. Kisah bermula
dengan Haikal yang baharu sahaja balik dari bermain bola. Sesudah
mandi, dia terus bersedia untuk menunaikan solat tanpa mengambil
wuduk. Nenek yang melihat kelakuan Haikal terus menasihatkan Haikal
dan bercerita tentang cara-cara untuk berwuduk dengan betul.
Tajuk
Kisah Teladan (MS 40 - 43)
Tunjang Utama
Kerohanian, Sikap & Nilai – PI 3.2.1 Mengenal pasti anggota wuduk
Tunjang Disepadukan
Komunikasi – BM1.2.1 Mendengar dan memberi respons terhadap cerita
yang didengar.
Objektif
Di akhir pembelajaran, murid boleh:
1. Menamakan 4 anggota wuduk yang khusus.
2. Menomborkan perlakuan wuduk mengikut urutan yang betul.
Aktiviti Prabacaan
1. Guru menunjukkan gambar Haikal dengan kawan-kawannya dan
bertanyakan soalan kepada murid berkenaan gambar tersebut.
Contoh soalan:
a) Mengapakah Haikal berpeluh dan kepenatan?
b) Kemanakah Haikal ingin pergi?
c) Apakah yang selalu kamu lakukan setelah penat bermain?
Aktiviti Membaca
1. Guru membacakan Kisah Teladan dengan penuh ekspresi dan
intonasi. Murid mendengar.
2. Guru menyoal murid berkenaan cerita yang didengar. Antara soalan
yang boleh ditanya:
15 | w w w . a w a l . m y
a) Bolehkah kita bersolat tanpa mengambil wuduk?
b) Apakah yang akan berlaku jika kita bersolat tanpa berwuduk?
c) Tunjukkan 4 anggota wuduk yang khusus.
d) Tunjukkan anggota wuduk yang lain.
e) Cuba contohkan cara-cara mengambil wuduk yang betul.
3. Guru menyuruh murid mencari huruf ( ن ،ب) di dalam gambar.
Aktiviti Pengukuhan
1. Murid membuat aktiviti Bijak Fikir (ms 43).
2. Murid melengkapkan aktiviti “Mahir Jawi” di dalam sisipan (ms 21) di
tadika/rumah.
16 | w w w . a w a l . m y
TEACHING GUIDE (CHAN CHAN THE CHICK)
Chan Chan the Chick is divided into two parts. Sing along with Chan
Chan is a section that features a story and a song that relates to the
story. For this issue, children will read a story about Chan Chan‟s hobby.
Then, they will be introduced to a song called “Do you Have a Hobby?”.
Children will tell their hobby by singing the song.
Title
Chan Chan the Chick (Page 46 - 48)
Main Domain
Komunikasi – BI 2.2.6 Recognise and sound out initial, medial and ending
sounds in a word.
Integrated Domain
Kreativiti & Estetika – KE 1.1.3 Menyanyikan lagu mengikut melodi.
Objective
At the end of the lesson, students will be able to:
1. Say the initial sounds of five out of these eight words – is, to, play, left,
trip, turn, like, learn.
Pre-Reading Activity
1. Teacher sings the song on page 48 with the correct intonation and
expression.
2. Teacher asks each student to sing the song. Each student must
replace Chan Chan‟s hobby with their hobby when they sing the
song.
3. Teacher asks questions pertaining to the song. Example of questions:
a) Do you like the song?
b) What are other things that can be considered a hobby?
Reading Activity
1. Teacher reads aloud the story called “Let‟s Play Skateboard” with
intonation and expression.
2. Teacher asks questions pertaining to the story. Example of questions:
a) Have you play skateboard before?
17 | w w w . a w a l . m y
b) What are the things that you should wear when you play
skateboard?
c) Is playing skateboard safe for you?
3. Teacher says aloud the words on the bottom of page 36 and 37.
4. Teacher asks students to say aloud the initial sound of each word.
Teacher shall provide guidance if students are having difficulty.
5. Teacher can asks student to say aloud the sound in groups, pairs or
individually.
Post-Reading Activity
1. Students complete the Word Hunt activity on page 32 at
school/home.