1 Ustaz Sayid Amin Jasin Diploma Pengajian Islam Andalus.

24
1 Ustaz Sayid Amin Jasin Diploma Pengajian Islam Andalus

Transcript of 1 Ustaz Sayid Amin Jasin Diploma Pengajian Islam Andalus.

Page 1: 1 Ustaz Sayid Amin Jasin Diploma Pengajian Islam Andalus.

1

Ustaz Sayid Amin Jasin

Diploma Pengajian Islam Andalus

Page 2: 1 Ustaz Sayid Amin Jasin Diploma Pengajian Islam Andalus.

2

Perpecahan di Kalangan Umat“Kemudian jika kamu berbantah-bantah

(berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.” (al-Nisa:59)

Page 3: 1 Ustaz Sayid Amin Jasin Diploma Pengajian Islam Andalus.

3

Perpecahan di Kalangan Umat“Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu

(agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertakwa.” (al-‘Anaam:153)

Page 4: 1 Ustaz Sayid Amin Jasin Diploma Pengajian Islam Andalus.

4

Mengambil Contoh Perpecahan Yahudi dan Nasrani

“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah bercerai-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah) dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.” (Ali Imran:105)

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai…” (Ali Imran:103)

Page 5: 1 Ustaz Sayid Amin Jasin Diploma Pengajian Islam Andalus.

5

Mengambil Contoh Perpecahan Yahudi dan Nasrani

“Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan Injil) itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti yang jelas nyata.” (al-Bayyinah:4)

“Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan agama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perselisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri…” (al-Syura:14)

Page 6: 1 Ustaz Sayid Amin Jasin Diploma Pengajian Islam Andalus.

6

Menolak hawa nafsu dan Kepentingan sendiri

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar.” (al-Anfal:46)

Page 7: 1 Ustaz Sayid Amin Jasin Diploma Pengajian Islam Andalus.

7

Menolak hawa nafsu dan Kepentingan sendiri

“Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janjiNya (memberikan pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) dengan izinNya, sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan (perang) itu serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai (kemenangan dan harta rampasan perang). Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata dan di antara kamu ada yang menghendaki akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu …” (Ali Imran:152)

Page 8: 1 Ustaz Sayid Amin Jasin Diploma Pengajian Islam Andalus.

8

Marilah Kita Bersatu“Seorang mukmin dan mukmin yang lain

seperti satu binaan yang saling menguatkan diantara mereka.” – Riwayat Bukhari dan Muslim

Page 9: 1 Ustaz Sayid Amin Jasin Diploma Pengajian Islam Andalus.

9

Sedikit Muhasabah

Sejauh manakah telah anda praktikkan

Islam?

Page 10: 1 Ustaz Sayid Amin Jasin Diploma Pengajian Islam Andalus.

10

Definasi Fiqh DakwahFiqh berasal dari kalimat arab َف�ِق�َه� bermakna

(faham) َف�ِه�َم�Dakwah dari kalimat arab ْد#ُع!و� َد�ُع�ا – َي

(memanggil, mengajak, menjemput)Definasi Fiqh Dakwah: Memahami ibadah

dakwah dari segi tujuannya, caranya, syarat-syaratnya, mad’unya dan segala yang berkaitan dengannya.

Page 11: 1 Ustaz Sayid Amin Jasin Diploma Pengajian Islam Andalus.

11

Kepentingan Dakwah Kpd AllahMemikul amanah Nabi saw

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Ali Imran:104)

“Sesiapa diantara kamu yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, sekiranya tidak mampu maka dengan kata-katanya dan sekiranya tidak mampu juga maka dengan hatinya dan itulah selemah-lemah iman.” - Riwayat Muslim

Page 12: 1 Ustaz Sayid Amin Jasin Diploma Pengajian Islam Andalus.

12

Kepentingan Dakwah Kpd Allah“Tidak ada seorang nabi pun yang Allah utuskan

sebelum ku kecuali ada bersamanya penyokong-penyokong dan sahabat-sahabat. Mereka berpegang teguh pada sunnah nabinya dan melaksanakan perintahnya. Kemudian datang puak-puak selepasnya yang berkata apa yang mereka tidak laksanakan, dan melaksanakan apa yang tidak diperintah. Sesiapa yang berdakwah kepada mereka dengan tangannya, dia itu mukmin. Sesiapa yang berdakwah kepada mereka dengan hatinya, dia itu mukmin. Sesiapa yang berdakwah kepada mereka dengan kata-katanya, dia itu mukmin dan tidaklah kurang imannya sedikitpun selepas itu.” - Riwayat Muslim

Page 13: 1 Ustaz Sayid Amin Jasin Diploma Pengajian Islam Andalus.

13

Kepentingan Dakwah Kpd AllahPendakwah adalah khairu ummah

“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) …” (Ali Imran:110)

Page 14: 1 Ustaz Sayid Amin Jasin Diploma Pengajian Islam Andalus.

14

Kepentingan Dakwah Kpd AllahPendakwah berada di darjat yang tinggi

“Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa Ibni Mariam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka.

Page 15: 1 Ustaz Sayid Amin Jasin Diploma Pengajian Islam Andalus.

15

Kepentingan Dakwah Kpd AllahDemi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (Neraka). Sekiranya mereka beriman kepada Allah dan kepada Nabi serta apa yang diturunkan kepadanya nescaya mereka tidak menjadikan orang-orang (musyrik) sebagai teman rapat, akan tetapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang fasik.” (al-Maidah:78-81)

Page 16: 1 Ustaz Sayid Amin Jasin Diploma Pengajian Islam Andalus.

16

Kepentingan Dakwah Kpd AllahAbu Bakar ra berkata: “Wahai sekelian

manusia, hendaklah kamu membaca ayat ini;“Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah

sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayat petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya) …” (al-Maidah:105)

Page 17: 1 Ustaz Sayid Amin Jasin Diploma Pengajian Islam Andalus.

17

Kepentingan Dakwah Kpd AllahBerkatanya lagi : “Aku telah mendengar

Rasulullah berkata;“Sesungguhnya apabila manusia itu melihat

kemungkaran dan kezaliman, kemudian mereka tidak mencegahnya, takut-takut nanti Allah akan menurunkan azab dan mereka terlibat sama.” – Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Nasaie dengan sanad yang sahih

Page 18: 1 Ustaz Sayid Amin Jasin Diploma Pengajian Islam Andalus.

18

Kepentingan Dakwah Kpd AllahHuzaifah ra berkata :

“Demi yang nyawaku di tanganNya, hendaklah kamu menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, kerana takut-takut nanti Allah menurunkan azab ke atas kamu, kemudian kamu berdoa meminta perlindungan dari Nya maka tidak diperkenankan doa kamu.” – Riwayat Tirmizi

Page 19: 1 Ustaz Sayid Amin Jasin Diploma Pengajian Islam Andalus.

19

Allah Menyifatkan PendakwahSifat pertama : mengajak kepada kebaikan dan

mencegah kemungkaran”Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan

perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.” (al-Taubah:71-72)

Page 20: 1 Ustaz Sayid Amin Jasin Diploma Pengajian Islam Andalus.

20

Allah Menyifatkan PendakwahAllah menyifatkan orang2 munafik :

“Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat dan melarang dari perbuatan yang baik dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik. Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir dengan Neraka Jahanam, mereka kekal di dalamnya. Cukuplah Neraka itu menjadi balasan mereka dan Allah melaknatkan mereka dan bagi mereka azab seksa yang kekal.” (al-Taubah:67-68)

Page 21: 1 Ustaz Sayid Amin Jasin Diploma Pengajian Islam Andalus.

21

Kelebihan DakwahUngkapan yang baik

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)! Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta-merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.” (Fussilat:33-35)

Page 22: 1 Ustaz Sayid Amin Jasin Diploma Pengajian Islam Andalus.

22

Kelebihan DakwahGanjaran seperti pelaku

Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang mengajak kepada sesuatu kebaikan, maka dia mendapat sepertimana yang diganjarkan kepada orang yang melakukan kebaikan tersebut.” –Riwayat Muslim

Page 23: 1 Ustaz Sayid Amin Jasin Diploma Pengajian Islam Andalus.

23

Kelebihan DakwahAbu Hurairah berkata: Sesungguhnya

Rasulullah s.a.w telah bersabda, “Sesiapa yang mengajak kepada petunjuk, dia akan memperoleh ganjaran sepertimana ganjaran yang diterima oleh orang yang mengikut ajarannya, tidak kurang sedikit pun dari ganjaran tersebut. Bagi yang mengajak kepada kesesatan pula, dia akan memperoleh dosa sepertimana dosa yang diterima oleh orang yang mengikut kesesatannya, tidak kurang sedikit pun dari dosa-dosa tersebut. – Riwayat Muslim

Page 24: 1 Ustaz Sayid Amin Jasin Diploma Pengajian Islam Andalus.

24

Kelebihan DakwahDari Abi Abbas – Sahal bin Sa’ad Al-Sa’idi r.a

berkata, bersabda Rasulullah s.a.w:“ … Demi Allah, sesungguhnya Allah

memberikan hidayahNya kepada seorang yang kamu dakwah itu adalah lebih baik dari seekor unta yang mahal” - Riwayat Bukhari dan Muslim