09 - KKD2063 - UNIT 6 - PENDEKATAN HUMANISTIK - TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW.pdf

14
Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow | 83 UNIT 6 PENDEKATAN HUMANISTIK: TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menerangkan fitrah manusia berdasarkan pendekatan humanistik. 2. Membincangkan konsep-konsep dalam pendekatan humanistik teori Hierarki Keperluan Maslow. 3. Mengaitkan teori Hierarki Keperluan Maslow dalam pembangunan sahsiah guru 6.1 PENGENALAN endekatan humanistik melibatkan teori-teori yang melihat kepada nilai-nilai kemanusiaan dalam memperkembangkan potensi seseorang individu. Abraham Maslow dan Carls Rogers merupakan pelopor kepada psikologi kemanusiaan. Perspektif humanistik mementingkan pendekatan moral dan potensi seseorang individu. Semasa proses pembelajaran, pendekatan humanistik ini lebih berpusatkan kepada murid dan murid diibaratkan sebagai seorang klien. Dalam keadaan ini, konsep humanistik sangat penting kerana ia melihat beberapa aspek iaitu dari segi nilai manusia, hak individu, tindakan diri dan harga diri dalam menentukan sesuatu tindakan yang diambil. Humanistik berpendapat pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Mereka menegaskan, setiap individu mempunyai cara belajar yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah diatur mengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar sendiri. Mengikut ahli teori ini termasuk Carl Rogers, setiap individu mempunyai potensi dan keinginan mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangankan ke tahap optimum. Dalam unit ini Teori Hierarki Keperluan Maslow diutamakan sebagai perbincangan. Abraham Maslow dalam teorinya menerima tentang adanya tenaga manusia untuk berkembang dengan sihat dan mampu mencapai kesempurnaan. Maslow mengkritik teori yang dikemukakan oleh ahli psikologi tingkah laku dan Psikoanalisis. Maslow mengkritik Sigmund Freud tentang tanggapan terhadap konflik- konflik tidak disedari. Maslow memandang manusia dengan penuh optimistik. Teori ini dikenali sebagai Teori Hierarki Keperluan. Abraham Maslow berpendapat bahawa perkembangan personaliti/ sahsiah P

description

Uploaded from Google Docs

Transcript of 09 - KKD2063 - UNIT 6 - PENDEKATAN HUMANISTIK - TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW.pdf

Page 1: 09 - KKD2063 - UNIT 6 - PENDEKATAN HUMANISTIK - TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW.pdf

Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow | 83

UNIT 6PENDEKATAN HUMANISTIK:

TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW

HASIL PEMBELAJARAN

Di akhir unit ini, anda diharap dapat:1. Menerangkan fitrah manusia berdasarkan pendekatan humanistik.2. Membincangkan konsep-konsep dalam pendekatan humanistik teori Hierarki

Keperluan Maslow.3. Mengaitkan teori Hierarki Keperluan Maslow dalam pembangunan sahsiah guru

6.1 PENGENALAN

endekatan humanistik melibatkan teori-teori yang melihat kepada nilai-nilai kemanusiaan dalammemperkembangkan potensi seseorang individu. Abraham Maslow dan Carls Rogers merupakanpelopor kepada psikologi kemanusiaan. Perspektif humanistik mementingkan pendekatan moral dan

potensi seseorang individu. Semasa proses pembelajaran, pendekatan humanistik ini lebih berpusatkankepada murid dan murid diibaratkan sebagai seorang klien. Dalam keadaan ini, konsep humanistik sangatpenting kerana ia melihat beberapa aspek iaitu dari segi nilai manusia, hak individu, tindakan diri dan hargadiri dalam menentukan sesuatu tindakan yang diambil. Humanistik berpendapat pembelajaran manusiabergantung kepada emosi dan perasaannya. Mereka menegaskan, setiap individu mempunyai cara belajaryang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi pengajaran dan pembelajaran hendaklah diaturmengikut kehendak dan perkembangan emosi pelajar sendiri. Mengikut ahli teori ini termasuk Carl Rogers,setiap individu mempunyai potensi dan keinginan mencapai kecemerlangan kendiri. Maka, guru hendaklahmenjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan supaya potensi mereka dapat diperkembangankan ketahap optimum. Dalam unit ini Teori Hierarki Keperluan Maslow diutamakan sebagai perbincangan.Abraham Maslow dalam teorinya menerima tentang adanya tenaga manusia untuk berkembang dengansihat dan mampu mencapai kesempurnaan. Maslow mengkritik teori yang dikemukakan oleh ahli psikologitingkah laku dan Psikoanalisis. Maslow mengkritik Sigmund Freud tentang tanggapan terhadap konflik-konflik tidak disedari. Maslow memandang manusia dengan penuh optimistik. Teori ini dikenali sebagaiTeori Hierarki Keperluan. Abraham Maslow berpendapat bahawa perkembangan personaliti/ sahsiah

P

Page 2: 09 - KKD2063 - UNIT 6 - PENDEKATAN HUMANISTIK - TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW.pdf

Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow | 84

individu banyak bergantung kepada keperluan yang paling dominan pada dirinya. Teori HierarkiKeperluan Abraham Maslow mula diperkenalkan setelah terbit bukunya yang berjudul Motivation andPersonality pada tahun 1954.

6.2 LATAR BELAKANG ABRAHAM MASLOW

Rajah 6.1 Abraham Maslow

eliau dilahirkan pada tahun 1908 di Brooklyn, New York dan merupakan anak sulung dari tujuhadik beradik. Keluarga Maslow adalah imigran Yahudi dari Rusia yang miskin dan mempunyai tahappendidikan yang rendah. Semasa proses pembesarannya, kehidupan Maslow pada waktu kecil

adalah susah. Pengalaman kehidupannya tidak menyeronokkan, penuh dengan kekecewaan dan rasakesunyian. Beliau kurang mendapat kasih sayang daripada ibu bapanya dan sering disingkirkan olehkawan-kawannya. Faktor keluarga dan masalah persekitaran di luar rumah banyak mempengaruhikehidupannya. Pada tahun 1967 beliau dilantik sebagai Presiden Pertubuhan Psikologi Amerika. Beliaumeninggal dunia dalam usia 62 tahun kerana sakit jantung.

6.3 PANDANGAN MASLOW TERHADAP MANUSIA

a. Maslow melihat manusia dengan pandangan yang optimistik. Fokus kajian Maslow adalahterhadap kesihatan psikologi berbanding dengan penyakit, tentang perkembangan manusiaberbandingkan kejumudan, tentang potensi dan kebaikan manusia berbanding kelemahanmanusia.

b. Setiap individu memiliki kebebasan, dengan kebebasan yang dimiliki akan menentukanindividu untuk mencapai kesempurnaan dan dapat mencapai makna kehidupan yang sebenar.

B

Page 3: 09 - KKD2063 - UNIT 6 - PENDEKATAN HUMANISTIK - TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW.pdf

Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow | 85

Kebebasan adalah tanda manusia sempurna, manusia boleh memilih yang mana baik danyang mana buruk bagi memenuhi keperluannya dan memperkembangankan potensinya.

c. Keperluan adalah diwarisi tetapi tingkahlaku untuk mencapainya adalah dipelajari. Oleh itupersonaliti adalah ditentukan melalui faktor interaksi antara alam kehidupan dan asuhan sejakkecil, warisan dan persekitaran dan faktor personal dan persekitarannya

d. Personaliti manusia adalah unik. Maslow berpendapat sungguhpun motivasi dan keperluanmanusia adalah universal tetapi bagaimana cara manusia memenuhi keperluan itu adalahberbeza di antara satu sama lain kerana tingkah laku ini dipelajari. Keadaan ini menyebabkantingkah laku manusia tidak sama.

e. Beliau mengakui pentingnya pengalaman di zaman awal kanak-kanak dalam membentukperkembangan personaliti seseorang tetapi beliau percaya manusia mempunyai potensi untukmenguruskan kehidupannya. Manusia akan lebih produktif dan lebih gembira jika dia dapatmempelajari dan menggunakan segala potensi ini.

f. Warisan manusia pada dasarnya adalah baik, tetapi beliau juga tidak menafikan akanwujudnya kejahatan. Pada pendapat Maslow, kejahatan bukanlah sebahagian dari kehidupantetapi disebabkan oleh persekitaran yang tidak sempurna.

Kesimpulannya dapat dikatakan bahawa berdasarkan teori Maslow ini, manusia itu sesungguhnya bersifatbaik dan berpandangan positif, jika wujud sifat negatif seperti sikap agresif atau egoistik itu menunjukkantanda-tanda penyakit yang berpunca daripada rasa kecewa. Manusia juga bersifat bebas dalam had-hadtertentu. Manusia bebas membuat keputusan dan memilih aktiviti yang sesuai.

Rajah 6.2 Model Hierarki Keperluan Maslow

Page 4: 09 - KKD2063 - UNIT 6 - PENDEKATAN HUMANISTIK - TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW.pdf

Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow | 86

6.4 PERKEMBANGAN PERSONALITI: TEORI HIERARKI KEPERLUAN

eori Abraham Maslow dikenali sebagai Teori Hierarki Keperluan (Hierarchy of Need Theory). Teoriini menghuraikan ada lima keperluan asas manusia yang akan mempengaruhi dan mengarahkantingkah laku manusia. Susunan keperluan tersebut adalah:

a. Keperluan fisiologib. Keperluan keselamatanc. Keperluan kasih sayangd. Keperluan penghargaan kendirie. Keperluan kesempurnaan kendiri

Maslow menerangkan segala keperluan ini sebagai ‘semulajadi’ yang bermakna ‘kualiti yangdiperturunkan secara biologi yang kuat pengaruhnya terhadap tingkahlaku’. Bagaimanapun segalakeperluan ini dapat dihapuskan melalui proses pembelajaran, tuntutan budaya, oleh ketakutan dan dengantidak menyetujuinya. Sungguhpun segala keperluan ini diwarisi sejak lahir, tetapi tingkah laku untukmemenuhi segala keinginan ini adalah dipelajari dan menyebabkan tingkah laku ini berbeza dari seseorangdengan seseorang yang lain. Keperluan-keperluan ini telah disusun mengikut urutan dari keperluan yangpaling kuat (utama) kepada keperluan yang lemah. Keperluan di peringkat bawah sekali adalah keperluanyang mesti dipenuhi sebelum keperluan pada peringkat yang lebih tinggi diberi keutamaan.

Tidak semua keinginan ini perlu dipenuhi pada masa yang sama. Secara umumnya hanya satukeperluan yang akan mendominasikan personaliti kita. Keperluan yang satu ini adalah bergantung kepadakeperluan-keperluan lain yang telah dipenuhi. Contohnya, seseorang yang telah berjaya dalam bidangkerjayanya tidak lagi terdesak untuk memenuhi keperluan fisiologinya dan keperluan keselamatan. Merekamungkin akan mencari keperluan penghargaan kendiri atau kasih sayang. Menurut Maslow keutamaankeperluan ini boleh berubah-ubah ataupun bertukar mengikut situasi contohnya dalam keadaan kegawatanekonomi, orang mungkin akan kehilangan pekerjaan menyebabkan keperluan fisiologi akan kembalimenjadi keutamaan.

Ciri-ciri keperluan

Maslow menghuraikan ciri-ciri dan fungsi keperluan seperti berikut;a. Keperluan yang terletak paling bawah dalam senarai hierarki adalah keperluan yang paling perlu

diberi keutamaan dan keperluan yang paling tinggi dalam hierarki adalah keperluan yang palinglemah.

b. Keperluan yang terletak pada bahagian atas hierarki hanya timbul setelah segala keperluan fisiologidan keperluan keselamatan dipenuhi.

c. Keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan amat perlu terutama pada masa kanak-kanak.

T

Page 5: 09 - KKD2063 - UNIT 6 - PENDEKATAN HUMANISTIK - TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW.pdf

Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow | 87

d. Keperluan kasih sayang dan penghargaan akan diperlukan semasa remaja.e. Keperluan kepada kesempurnaan kendiri hanya akan wujud apabila seseorang itu telah dewasa

terutamanya apabila telah mencapai pertengahan umur.f. Kegagalan memenuhi keperluan-keperluan yang terletak pada bahagian bawah hierarki akan

menimbulkan pelbagai masalah. Atas alasan ini maka Maslow menamakan keperluan peringkatbawahan ini sebagai deficit atau deficiency of needs.

g. Jika keperluan peringkat atasan ini dapat dipenuhi atau dipuaskan maka didapati hidup akanmenjadi lebih bermakna, jangka hayat akan lebih panjang dan menambahkan kecekapan biologi.Atas alasan ini Maslow menamakan keperluan peringkat atasan ini sebagai keperluan growth ataubeing of needs.

h. Memenuhi keperluan peringkat atasan ini memberi faedah kepada aspek biologi dan juga aspekpsikologi. Memenuhi kepuasan pada peringkat ini akan menjadikan hidup lebih gembira danbermakna.

i. Memenuhi kepuasan peringkat atasan memerlukan keadaan atau suasana luaran dari sudut sosial,ekonomi dan politik yang baik dan harmoni. Sebaliknya memenuhi kepuasan peringkat bawahantidak bergantung kepada suasana atau faktor luaran.

j. Sesuatu keperluan itu tidak semestinya dipenuhi dengan sepenuhnya sebelum sesuatu keperluanlain dalam hierarki menjadi penting atau dipenuhi. Dalam kajiannya Maslow menerangkan bahawahanya 85% keperluan fisiologi yang mesti dipenuhi, 70% keperluan keselamatan, 50% keperluanpenghargaan dan kasih sayang, 40% penghargaan kendiri dan hanya 10% keperluankesempurnaan kendiri.

Keperluan fisiologi

Keperluan ini adalah keperluan peringkat pertama yang perlu dipenuhi. Keperluan ini merupakan keperluanutama yang diperlukan oleh setiap individu seperti keperluan makanan, minuman, keperluan tidur, rehat,seks, pakaian dan lain-lain. Keperluan ini bersifat biologikal. Jika keperluan ini tidak dipenuhi makakeperluan-keperluan lain akan menjadi tidak penting.

Rajah 6.3 Contoh keperluan fisiologi

Page 6: 09 - KKD2063 - UNIT 6 - PENDEKATAN HUMANISTIK - TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW.pdf

Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow | 88

Bagaimanakah dengan keperluan fisiologi anda? Bolehkah anda kenalpasti keperluanfisiologi yang anda masih belum perolehi?

_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Keperluan keselamatan

Keperluan ini termasuk keperluan kepada kestabilan, pergantungan, perlindungan bebas daripada rasatakut dan bimbang. Menurut Maslow keperluan kepada keselamatan sangat penting pada peringkat kanak-kanak dan orang dewasa yang mengalami kejiwaan.

Pada masa kanak-kanak, mereka menunjukkan ketakutan pada orang yang tidak dikenali danmenunjukkan rasa kegelisahan jika ketiadaan ibunya. Pada tahun permulaanya, kanak-kanak memerlukanrutin, kestabilan dan persekitaran yang aman.

Bagi orang dewasa pula keperluan ini dapat dipenuhi dengan mewujudkan undang-undang dalammasyarakat. Ini akan menolong memenuhi keperluan mendapat ketenteraman, kedamaian, bebas dariperasaan resah dan gelisah dan sebagainya yang boleh mengancam nyawa dan fizikal serta emosi.Kegagalan memenuhi keperluan ini akan menimbulkan keadaan yang membahayakan manusia.

Rajah 6.4 Contoh keperluan keselamatan

Apakah yang akan anda lakukan untuk memastikan keperluan keselamatan murid anda disekolah?

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Page 7: 09 - KKD2063 - UNIT 6 - PENDEKATAN HUMANISTIK - TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW.pdf

Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow | 89

Keperluan kasih sayang

Keperluan kasih sayang merupakan keperluan yang diperlukan setelah segala keperluan fisiologi dankeperluan keselamatan dipenuhi. Misalnya kanak-kanak yang telah merasa selamat dalam persekitarannyaakan mula mengalih perhatiannya kepada orang lain contohnya memerlukan kasih sayang daripada ibubapanya atau ahli keluarganya. Sementara pada peringkat remaja keinginan kasih sayang perlu dipenuhiuntuk mendapatkan penerimaan dari sahabat dan rakan sebaya.

Contoh keperluan kasih sayang

Keperluan untuk merasai diri dihargai sebenarnya sukar untuk dicapai terutama keadaan masyarakat yangsentiasa berubah. Perubahan tempat tinggal, perubahan tempat kerja, tempat belajar dan sebagainyamenyebabkan individu akan memenuhi keperluan tersebut dengan pelbagai cara.Contohnya:

Menganggotai persatuan atau kelab akan menjadikan diri anda sentiasa diberikan penghargaandalam setiap acara yang diwakili. Bahkan setiap kemenangan dan pencapaian yang cemerlangakan dihargai melalui pelbagai acara penganugerahan.

Bagi Maslow keperluan memenuhi keinginan seks juga adalah salah satu cara bagi menyatakan kasihsayang. Jika keperluan ini tidak dapat dipenuhi, manusia akan merasai gelisah, kecewa dan tidaktenteram. Hal ini akan menyebabkan berlakunya gangguan emosi. Keperluan kasih sayang ini juga akanmenyebabkan manusia terus berkembang dengan sempurna terutamanya dari aspek perkembanganemosi.

Adakan anda bersetuju bahawa setiap manusia memerlukan kasih sayang dan ia merupakanelemen motivasi yang penting yang diperlukan oleh murid?

_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Page 8: 09 - KKD2063 - UNIT 6 - PENDEKATAN HUMANISTIK - TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW.pdf

Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow | 90

Keperluan perhargaan kendiri

Keperluan ini merupakan keperluan untuk mendapatkan pengiktirafan tentang diri sendiri, penghormatandari orang lain, rasa dikenali dan mendapat kejayaan sosial.Keperluan penghargaan kendiri ini dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu:

a. penghargaan terhadap diri sendirib. penghargaan yang diberikan oleh orang lain atau dengan lain kata untuk mendapat

pengiktirafan daripada orang lain.

Sambutan hari guru merupakan salah satu contoh penghargaan yang telah diberikan oleh kerajaan kepadapara guru. Bahkan, murid-murid sentiasa menunjukkan penghargaan mereka terhadap guru melaluihadiah-hadiah yang diberikan setiap kali menjelangnya sambutan hari guru.

Kerana itu, jika keperluan penghargaan kendiri ini dapat dipenuhi dengan sebaiknya ianya bolehmembuatkan individu memiliki keyakinan diri dan lebih berdikari. Keadaan ini akan menyebabkan individutersebut menjadi lebih produktif. Keperluan untuk mendapatkan penghargaan dari orang lain diperlihatkandari keperluan untuk mendapatkan kemasyhuran, pengikhtirafan, penghormatan dan sebagainya.

Namun begitu, jika keperluan ini tidak tercapai, ianya akan menimbulkan masalah seperti:

Rajah 6.5 Kesan kurang penghargaan kendiri

Page 9: 09 - KKD2063 - UNIT 6 - PENDEKATAN HUMANISTIK - TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW.pdf

Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow | 91

Adakah anda pernah dihargai oleh seseorang di atas hasil usaha atau pertolongan andaselama ini? Jika tidak, adakah ada berasa kecewa dan tidak akan membantunya lagi?

_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Keperluan kesempurnaan kendiri

Keperluan ini berada di peringkat paling atas. Setiap individu berbeza dalam mengisi keperluan ini.Keperluan ini merangkumi:

a. Kebolehan menggunakan sepenuhnya potensi yang dimilikib. Bakat dan kebolehan

Rajah 6.6 Contoh kesempurnaan kendiri

Kegagalan individu memenuhi keperluan kesempurnaan kendiri ini akan menyebabkan individu rasakehilangan atau kecewa dan tidak mempunyai kepuasan dalam kehidupannya. Inidividu yang berjayamencapai peringkat ini memiliki keyakinan diri yang tinggi, kepuasan dalam kehidupan, ketenangan dankebahagiaan dalam kehidupan.

6.5 CIRI-CIRI MANUSIA YANG MENCAPAI KESEMPURNAAN

ntara ciri-ciri yang menunjukkan bahawa seseorang itu telah mencapai tahap kesempurnaan kendiriialah:

a. mempunyai persepsi yang jelas tentang realitib. penerimaan terhadap diri sendiri, orang lain dan persekitaranc. suka mempermudahkan dan berkecuali

A

Page 10: 09 - KKD2063 - UNIT 6 - PENDEKATAN HUMANISTIK - TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW.pdf

Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow | 92

d. berdedikasi terhadap sesuatu sebabe. memerlukan kepada hak dirif. menikmati pengalaman hidup walaupun mudah dan asasg. minat untuk bersosialh. toleransi dan dapat menerima orang laini. kreativiti dan keaslianj. penolakan terhadap tekanan sosial

Pada pendapat anda, siapakah tokoh-tokoh di Malaysia yang telah mencapai ke hirarkikesempurnaan kendiri? Nyatakan pendapat anda dengan hujah yang bernas?

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

6.6 FAKTOR PENYEBAB KEGAGALAN MANUSIA MENCAPAI KESEMPURNAAN

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan manusia tidak dapat mencapai tahap kesempurnaan kendiri.Di antara faktor tersebut ialah:

a. Semakin tinggi kedudukan keperluan dalam susunan hierarki, semakin lemah atau semakin sukaratau tidak perlu mencapainya.Sebagai contohnya, dalam keadaan krisis ekonomi yang semakinteruk, maka keperluan fisiologi akan semakin dipentingkan dalam kehidupan manusia berbandingdengan keperluan untuk mendapatkan kesempurnaan kendiri.

b. Faktor corak atau amalan pendidikan yang diterima. Sebagai contohnya, sebelum ini masyarakatberanggapan anak perempuan tidak perlu belajar ke peringkat yang lebih tinggi sebabtanggungjawab orang perempuan adalah sebagai isteri dan ibu kepada anak-anak lebih penting.Hal ini menyebabkan keinginan untuk mendapatkan keperluan yang lebih tinggi tidak timbul.

c. Kawalan yang keterlaluan ke atas kanak-kanak misalnya tidak dibenarkan mengemukakan idea-idea yang baru, tidak dibenar bertingkahlaku yang agresif, tidak dibenarkan membuat sesuatuyang baru dan sebagainya akan menjadikan kanak-kanak tersebut menjadi seorang yang tidakmempunyai keyakinan apabila dewasa dan seterusnya akan menyekat mereka daripadamelakukan aktiviti-aktiviti yang boleh membawa kepada kesempurnaan kendiri.

d. Faktor Jonah Complex iaitu merujuk kepada perasaan takut dan bimbang tentang keupayaan dirisendiri. Individu tersebut takut untuk mengembangkan potensi yang ada pada dirinya kerana takutmenemui kegagalan atau selalu melihat kekurangan yang ada pada dirinya. Tahap kesempurnaankendiri tidak dicapai kerana kesempurnaan kendiri memerlukan keberanian, usaha, disiplin dankawalan diri.

Page 11: 09 - KKD2063 - UNIT 6 - PENDEKATAN HUMANISTIK - TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW.pdf

Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow | 93

6.7 RUMUSAN TEORI

Dalam teori Humanistik, Maslow memberi penekanan bahawa setiap manusia dilahirkan dengankeperluan-keperluan tertentu yang akan membolehkan seseorang itu terus membesar, berkembang danmencapai kepada kesempurnaan. Keperluan manusia ini diterangkan oleh Maslow secara hierarki sepertipiramid kerana mempunyai peringkat yang tersusun iaitu bermula dengan keperluan fisiologi, diikutikeperluan keselamatan, keperluan kasih sayang, keperluan penghargaan kendiri dan diakhiri dengankeperluaan kesempurnaan kendiri.

Untuk memenuhi keperluan ini, keperluan yang terletak paling bawah dalam hierarki adalah palingdiutamakan dan mesti dipenuhi sebelum keperluan lain dipenuhi. Jika keperluan di peringkat bawah tidakdipenuhi atau dipuaskan, maka terjadilah masalah psikologi pada individu tersebut.

6.8 APLIKASI TEORI DALAM BILIK DARJAH

Peranan dan tanggungjawab guru pada masa kini sangat mencabar semasa menjalankantugasnya sebagai pendidik. Proses pengajaran dan pembelajaran, motivasi dianggapsebagai satu unsur yang membolehkan murid melibatkan diri secara aktif baik di dalamdan di luar bilik darjah.Di samping itu ianya menjadikan proses pembelajaran berlakudalam situasi yang bermakna, berfaedah dan menyeronokkan. Guru merupakan fasilitatorkepada setiap muridnya supaya bermotivasi dan berjaya dalam pembelajaran.

Guru hendaklah sentiasa memberi peneguhan kepada muridnya apabila mereka memperlihatkantingkahlaku positif. Peneguhan ini boleh diberi dalam pelbagai bentuk seperti pujian, senyuman atauhadiah. Secara tidak langsung dapat mempertingkatkan lagi tahap motivasi serta meningkatkan prestasimurid-muridnya. Selain itu, guru perlu memastikan setiap mata pelajaran yang diajar menarik minatmuridnya. Bagi menentukan proses pengajaran dan pembelajaran itu sentiasa aktif, bersifat menyelidik,menyeronokkan dan berfaedah. Aktiviti pembelajaran perlu menggalakkan interaksi sosial dan interaksidalam kumpulan dan sentiasa memberi galakan antara satu sama lain.

Penyampaian pengajaran yang tidak menarik boleh menyebabkan murid-murid berasa bosan.Oleh itu, guru perlu menyerapkan pelbagai kaedah aktiviti dalam mempelbagaikan proses pengajaran danpembelajaran. Guru boleh menyuruh murid ke perpustakaan atau makmal komputer untuk mencarimaklumat tentang topik-topik yang berkaitan dengan pelajaran yang dipelajari. Guru juga bolehmengadakan lawatan sambil belajar ke tempat-tempat yang bersejarah atau tempat yang sesuai denganpelajaran. Ini adalah berguna untuk murid yang mempunyai gaya pembelajaran pragmatis kerana merekadapat melihat pertalian antara teori dan fakta yang dipelajari dengan situasi sebenar. Selain itu, guruboleh mengadakan pusat atau ruang untuk sudut mata pelajaran bagi mempamerkan segala alat bantu

Page 12: 09 - KKD2063 - UNIT 6 - PENDEKATAN HUMANISTIK - TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW.pdf

Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow | 94

mengajar seperti carta, peta dan sebagainya. Aktiviti sebegini secara tidak langsung menanamkam minatkepada murid untuk mencapai tahap yang tertinggi dalam kerjaya dan kehidupan.

Secara ringkasnya, implikasi pemahaman konsep Hierarki Keperluan Maslow dalam amalan bilikdarjah dapat dikenal pasti sebagaimana berikut:

a. Guru seharusnya memastikan keperluan asas murid telah dipenuhi.b. Guru seharusnya menjadikan bilik darjah dalam keadaan yang kondusif.c. Guru seharusnya bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang.d. Guru hendaklah sentiasa memupuk nilai penghargaan kendiri serta memberi peneguhan

positif yang sesuai kepada murid.e. Guru hendaklah bijak merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran mengikut kebolehan

murid.f. Guru haruslah sentiasa bijak mengenal pasti segala kebolehan dan keistimewaan yang ada

pada murid untuk dikembangkan secara optimum.g. Guru hendaklah sentiasa memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya murid

memahami dan menerima diri serta terlibat secara aktif dalam aktiviti sosial.

Kebanyakan murid yang terlibat dalam masalah disiplin di sekolah merupakan golonganpelajar yang tidak bermotivasi dalam pembelajaran. Sebagai seorang bakal pendidik yang

telah memahami secara mendalam mengenai teori hierarki keperluan Maslow. Apakah pendekatan aktivitiyang anda boleh gunakan untuk menanamkan kesedaran kepentingan pendidikan dan menimbulkanmotivasi kepada murid?

i. ______________________________________________________________________________ii. ______________________________________________________________________________iii. ______________________________________________________________________________iv. ______________________________________________________________________________

RUMUSAN

Apabila seseorang berjaya mencapai satu peringkat keperluan dan ini secara langsung akan menimbulkanperasaan untuk memenuhi kepuasan pada peringkat yang lebih tinggi. Oleh itu pendidik harus mengetahuilangkah-langkah yang praktikal sejajar dengan diri seseorang murid demi memenuhi kehendak murid.Dengan itu kepuasan belajar dalam keperluan motivasi boleh dicapai seterusnya menanamkan minat muridmengembangkan potensinya. Jelaslah bahawa setiap keperluan itu mempunyai matlamat yang mestidicapai bagi memenuhkan keperluan setiap daripada keperluan-keperluan tersebut. Matlamat inimempunyai nilai yang tertentu kepada seseorang mahupun seorang murid yang memerlukannya.

Page 13: 09 - KKD2063 - UNIT 6 - PENDEKATAN HUMANISTIK - TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW.pdf

Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow | 95

Teori Hierarki Keperluan Maslow telah memberi gambaran bahawa perkembangan individu ataumurid perlu melalui beberapa tingkat kepuasan atau dengan kata lain proses perkembangan individu itumerupakan satu usaha yang berterusan dalam persekitaran sosial sehingga mencapai kecemerlangan.Oleh itu bagi mempertingkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, guruseharusnya peka dan bijak menentukan apa keperluan seseorang murid. Dengan menyedari keperluanseseorang murid, guru dapat mengatur strategi serta alternatif yang lebih praktikal demikecemerlangan yang maksimum.

KATA KUNCI

1. Hierarki Keperluan2. Optimistik3. Kebebasan4. Keperluan fisiologi5. Keperluan Keselamatan6. Keperluan Kasih Sayang7. Keperluan Penghargaan Kendiri8. Keperluan Kesempurnaan Kendiri9. Kendiri10. Humanistik

PENILAIAN KENDIRI

1. Apakah perbezaan pendekatan humanistik dengan pendekatan psikoanalisis?2. Apakah pandangan Maslow terhadap manusia?3. Apakah peringkat-peringkat keperluan dalam model hierarki keperluan Maslow?4. Huraikan hierariki keperluan menurut Maslow. Bagaimana keperluan tersebut boleh

dicapai?5. Apakah perbezaan di antara keperluan peringkat atas dengan keperluaan peringkat bawah?6. Apakah perbezaan pandangan terhadap manusia di antara Maslow dengan Freud?7. Bagaimanakah yang boleh difahami seseorang itu telah mencapai kesempurnaan kendiri?8. Apakah yang sepatutnya dilakukan oleh seorang guru untuk memotivasikan pelajarnya?9. Mengapa penting seseorang itu untuk mencapai ke peringkat kesempurnaan kendiri?10. Mengapakah tidak semua manusia mampu mencapai kepada kesempurnaan kendiri?

Page 14: 09 - KKD2063 - UNIT 6 - PENDEKATAN HUMANISTIK - TEORI HIERARKI KEPERLUAN MASLOW.pdf

Pendekatan Humanistik: Teori Hierarki Keperluan Maslow | 96

RUJUKAN

Allen, B.P. (2000). Personality theories: Development, growth and diversity (3rd Ed.). USA: Allyn & Bacon.

Atan Long (1976). Psikologi pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Burger, J.M. (2001). Personality and integrative approach personality theories: Basic assumptions,research and applications (4th Ed.). USA: Thomson Learning

Cloninger, S.C. (2003). Theories of personality (6th Ed.). New Jersey: Prentice Hall,Inc.

Lester D. Crow, Alice Crow (1980). Psikologi pendidikan untuk perguruan. Kuala Lumpur: DewanBahasa dan Pustaka.

Schuiltz, D & Schultz, S.E. (2005 ). An introduction to theories of personality. (8th Ed.). New Jersey:Brooks / Cole Publishing Company.