08 Isi Pelajaran _Tajuk 4 Sistem Sapaan Dan Protokol
-
Upload
nazif-huzaini -
Category
Documents
-
view
66 -
download
0
description
Transcript of 08 Isi Pelajaran _Tajuk 4 Sistem Sapaan Dan Protokol
WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1
24
TAJUK 4 SISTEM SAPAAN DAN PROTOKOL
SINOPSIS
Tajuk 4 menjelaskan sistem sapaan bahasa Melayu kepada pelajar
iaitu kata panggilan dalam keluarga dan kata panggilan dalam
masyarakat serta panggilan hormat dalam majlis rasmi.
• HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat:
1. menjelaskan sistem sapaan dalam masyarakat Melayu;
2. menyatakan kata panggilan dalam keluarga dan masyarakat;
3. memberi contoh panggilan hormat dalam majlis rasmi.
• KERANGKA TAJUK-TAJUK
SISTEM
SAPAAN
KATA PANGGILAN
DALAM
KELUARGA
KATA PANGGILAN
DALAM
MASYARAKAT
PROTOKOL
PANGGILAN DALAM
MAJLIS RASMI
WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1
25
• KANDUNGAN ISI
a. Bahasa Sapaan Apakah maksud bahasa sapaan ? Dalam komunikasi seharian , seseorang itu akan menggunakan perbendaharaan kata tertentu dan berbeza-beza semasa berkomunikasi dengan orang lain. Penggunaan perbendaharaan kata yang salah, sama ada disengajakan ataupun tidak, boleh mengakibatkan terjadinya salah faham, pertengkaran ataupun menjatuhkan air muka kawan yang dilawan bercakap. Masyarakat menggunakan perbendaharaan kata serta ungkapan yang dikatakan bahasa sapaan dengan betul dan sesuai mengikut konteks semasa berkomunikasi. Bahasa sapaan itu pula berkait rapat dengan kata ganti nama diri. Penggunaannya juga mesti sesuai dengan struktur masyarakatnya. Ada ketikanya, bahasa sapaan mengambil alih bentuk kata ganti diri untuk memuliakan seseorang yang dilawan bercakap. Kesimpulannya, Bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan rujukan mengikut situasi dan konteks yang sesuai. Kesalahan penggunaan kata sapaan ini boleh menimbulkan hubungan yang tidak harmoni di antara penutur dan pendengar. Ini disebabkan kata-kata ini membawa implikasi yang berbeza apabila digunakan dalam situasi yang berlainan. Kata sapaan ini juga berfungsi untuk memperlihatkan kesopanan seseorang dalam menggunakan bahasa tersebut. Situasi formal dan tidak formal mempunyai system sapaannya tersendiri dan setiap penutur tidak sewajarnya mencampuradukkan penggunaan kata-kata tersebut sesuka hati. Hal ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu adalah bersopan-santun atau berbudi bahasa. b. Kata Ganti Diri dan Sapaan dalam Keluarga Penggunaan nama-nama panggilan kekeluargaan dan bahasa sapaan mencerminkan kedudukan seseorang itu dalam susunan kekeluargaan serta kedudukannya dalam masyarakat amnya. Keluarga Sedarah Keluarga sedarah ialah keluarga yang terdiri daripada saudara-saudara sedarah dalam beberapa generasi. Kata ganti diri dalam sesebuah keluarga sedarah ditentukan melalui pertalian darah keluarga asas, keluarga suku/ perut dan keluarga turun-temurun.
WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1
26
i. Keluarga asas
PANGGILAN
KEDUDUKAN DALAM KELUARGA
Bapa, ayah, abah, bapak, ba, walid
Ketua keluarga lelaki
Emak, mak, ibu, bu, umi, encik, wan
Ketua keluarga perempuan
PANGGILAN
KEDUDUKAN DALAM KELUARGA
CARA MENYEBUT
Long Anak sulung / anak pertama Bang Long, Kak long
Ngah Anak kedua Bang Ngah, Kak Ngah
Lang Anak ketiga Bang Lang, Kak Lang
Uda Anak keempat Bang Uda, Kak Uda
Andak Anak kelima Bang Andak, Kak Andak
Teh Anak keenam Bang Teh, Kak Teh
Busu Anak Bongsu / anak terakhir Busu, Kak Su
PANGGILAN
KEDUDUKAN DALAM KELUARGA
CARA MENYEBUT
Abang
Ahli lelaki yang tua dalam keluarga
Abang serta nama Contoh : Abang Ali atau Bang Li
Kakak
Ahli perempuan yang tua dalam keluarga
Kakak serta nama Contoh : Kakak Fatimah atau Kak Timah
Adik
Ahli lelaki / perempuan yang muda dalam keluargu
Adik serta nama Contoh : Adik Rozita atau Adik Ita Adik Azlan atau Adik Lan
ii. Keluarga Suku / Perut
WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1
27
Keluarga suku atau keluarga perut terdiri daripada ahli-ahli keluarga sebelah ibu atau bapa dalam keluarga asas. Kata ganti diri atau bahasa sapaan bagi ahli-ahli dalam keluarga jenis ini, sama ada bapa atau emak saudara daripada sebelah bapa atau emak, adalah berdasarkan bahasa sapaan yang digunakan dalam keluarga asas juga.
KELUARGA ASAS
KELUARGA SUKU / PERUT
Bang Long / Kak Long Pak Long / Mak Long
Bang Ngah / Kak Ngah Pak Ngah / Mak Ngah
Bang Lang / Kak Lang Pak Lang / Mak Lang
Bang Uda / Kak Uda Pak Uda / Mak Uda
Bang / Kak Andak Pak Andak / Mak Andak
Bang Teh / Kak Teh Pak Teh / Mak Teh
Bang Busu / Kak Su Pak Busu / Mak Busu
PANGGILAN
GELARAN
CARA MENYEBUT
Abang sepupu Sepupu selari lelaki Abang + nama Contoh : Abang Ali
Kakak sepupu Sepupu selari perempuan Kakak + nama Contoh : Kak Lili
Bapa saudara sepupu
Sepupu lelaki kepada ibu atau bapa
Sama seperti panggilan kepada saudara kandung sebelah ibu atau bapa. Contoh : Pak Ngah atau Pak Ngah Salim
Emak saudara sepupu
Sepupu perempuan kepada ibu dan bapa
Sama seperti panggilan kepada saudara kandung sebelah bapa atau emak. Contoh : Mak Lang atau Mak Lang Kiah
WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1
28
PANGGILAN
GELARAN
CARA MENYEBUT
Anak sepupu Anak saudara sepupu ( lelaki / perempuan)
Bahasa sapaan nama ( tidak mengira umur ) Contoh : Milah, Ahmad
Cucu saudara Cucu saudara lelaki / perempuan Bahasa sapaan nama ( tidak mengira umur) Contoh : Amin , Hasnah
iii) Keluarga Turun-temurun
Keluarga turun-temurun ialah keluarga keturunan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain iaitu anak, cucu, baka zuriat ( Teuku Iskandar, 1970: 1304 )
PANGGILAN
GELARAN
CARA MENYEBUT
Onyang, moyang
Generasi yang lebih tua sama ada lelaki/ perempuan
Moyang , onyang
Datuk, tok, tok wan
Generasi lelaki sebelum keluarga asas
Datuk, tok , tok wan
Mak tok, nenek, opah, wan
Generasi perempuan sebelum keluarga asas
Mak tok, nenek, opah, wan
Datuk saudara
Saudara kandung lelakisebelah datuk dan nenek
Datuk, tok
Nenek saudara
Saudara kandung perempuan sebelah datuk dan nenek
Nenek, nek, datuk, tok
Cucu
Cucu lelaki / perempuan
Nama cucu itu sendiri atau panggilan keluarga yang diberikan kepada cucu itu.
WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1
29
Contoh : Bang Long Bang Ngah
b. Keluarga Semenda
Keluarga semenda ialah keluarga yang pertalian kekeluargaannya terbentuk menerusi perkahwinan.
PANGGILAN GELARAN CARA MENYEBUT
Ayah/ emak mertua
Ibu bapa kepada suami atau isteri
Ayah, bapak/ ibu, emak
Anak menantu
Suami atau isteri kepada anak sendiri
Memanggil nama anak menantu tersebut
Ipar
Abang/ adik suami atau isteri
Abang serta nama Contoh: Abang Ali Panggilan Keluarga Contoh : Bang Long Panggilan keluarga serta nama : Alang Hamid Untuk adik dipanggil nama sahaja Contoh : Salleh
Ipar-duai / ipar-lamai
Sepupu suami atau sepupu isteri
Sama seperti kata sapaan bagi panggilan ipar.
Biras
Suami / isteri kepada abang / kakak / adik ipar
Sama seperti kata sapaan bagi panggilan ipar
WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1
30
PANGGILAN GELARAN CARA MENYEBUT
Suami / isteri
Pasangan suami isteri
Memanggil nama ( panggilan untuk isteri) Sayang Yang Abang ( panggilan untuk suami ) Mengikut panggilan dalam keluarga Contoh: Along, Andak Ayah/ abah atau emak diikuti dengan nama anak. Contoh : Ayah Lizanya Mak Lizanya
c. Keluarga Angkat
Keluarga angkat ialah keluarga yang diakui seperti keluarga sendiri. Anak angkat boleh dibahagikan kepada tiga: i) Anak angkat benar
Anak angkat benar ialah anak angkat yang tiada pertalian darah langsung dengan keluarga yang memeliharanya, tetapi dipelihara seperti anak kandung sendiri. Bahasa sapaan yang digunakan sama dengan bahasa sapaan dalam keluarga sedarah.
ii) Anak angkat panggilan
Anak angkat panggilan ialah anak yang tidak ada pertalian darah dengan keluarga asas tetapi dianggap sebahagian keluarga sendiri. Contohnya, seseorang yang merantau. Oleh sebab kemesraannya dengan sesebuah keluarga jadilah dia anak angkat keluarga itu. Anak angkat ini akan memanggil
WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1
31
ketua keluarga lelaki sebagai pak cik dan perempuannya ialah mak cik.
iii) Anak angkat sementara
Seseorang anak yang tiada pertalian darah tetapi tinggal bersama keluarga angkat untuk satu jangka masa tertentu dengan tujuan tertentu dipanggil anak angkat sementara. Contohnya, projek anak angkat. Bahasa sapaan yang digunakan sama dengan bahasa sapaan bagi keluarga sedarah.
d. Kata Ganti Diri dan Sapaan dalam Masyarakat
Masyarakat Melayu menggunakan satu sistem tertentu dan teratur apabila menyapa atau membuat panggilan terhadap seseorang ahli masyarakat. Kata ganti diri dan sapaan di luar keluarga juga digunakan berdasarkan kepada faktor umur, pangkat atau status dalam masyarakat. i) Kata ganti diri dan sapaan berdasarkan umur dalam pergaulan
biasa
HUBUNGAN UMUR KATA GANTI DIRI
Erat
Lebih tua daripada penutur / separuh umur
Pak, pak cik, mak, mak cik
Lebih erat
Lebih tua daripada penutur / separuh umur
Pak cik + nama Pak + nama Contoh : Pak Man Mak cik + nama Mak + nama Contoh : Mak Munah
Kurang rapat
Jauh lebih tua daripada penutur
Tok + nama Contoh : Tok Man
Rapat
Jauh lebih tua daripada penutur
Tok + gelaran pangkat dalam keluarga Contoh : Tok Cik
WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1
32
Nek + gelaran pangkat dalam keluarga Contoh : Nek Ngah
Rapat
Lebih tua daripada penutur
Abang + nama Contoh : Abang Zaki Kak + nama Contoh : Kak Tijah
Rapat
Lebih muda daripada penutur
Nama sahaja ( jika diketahui namanya) Kalau tidak tahu digunakan panggilan adik sahaja.
Rapat
Sebaya
Nama sahaja
Kurang rapat
Sebaya
Saudara ( lelaki ) Saudari ( perempuan)
ii) Bahasa sapaan berdasarkan pangkat atau status seseorang dalam masyarakat. Status merupakan faktor penting dalam penentuan bahasa sapaan. Dalam pergaulan seharian terdapat sekatan-sekatan sosial tertentu antara ahli masyarakat itu. Contohnya, sekatan pangkat dalam pekerjaan atau kedudukan sosial. Dalam bentuk sapaan yang berdasarkan pangkat atau status seseorang itu, pembahagian dibuat seperti berikut: a. Gelaran pergaulan tak sengaja b. Gelaran warisan c. Gelaran kurniaan kerajaan d. Gelaran kurniaan ikhtisas e. Gelaran keagamaan ( Asmah Hj. Omar, 1982) a. Gelaran Pergaulan Tak Sengaja ( formal)
WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1
33
Pergaulan tak bersahaja ( formal ) dimaksudkan sebagai pergaulan yang menunjukkan adanya sekatan sosial tertentu sama ada sekatan pangkat dalam pekerjaan atau kedudukan sosial, atau sekatan sosial disebabkan si penyapa tidak begitu kenal antara satu sama lain.
Kata ganti diri sapaan
Orang yang ditujukan
Tuan
Orang yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur ( dari segi status pekerjaan ) Dirujuk kepada orang yang menjadi Pengerusi Majlis. Contoh : Tuan Pengerusi Majlis Digunakan bersama nama / jenis jawatan Contoh : Tuan Pengetua Orang yang menjawat jawatan kadi, imam, hakim, doktor. Contoh : Tuan Hakim Digunakan sebagai rujukan hormat kepada hadirin lelaki dalam sesuatu upacara rasmi. Contoh : Tuan-tuan sekalian Pemilik harta. Contoh : Tuan rumah, Tuan tanah, Tuan kedai Orang yang bergelar seperti Haji, Profesor Contoh : Tuan Haji Shukor, Tuan Profesor
Encik
Orang lelaki yang mempunyai status yang lebih tinggi daripada penutur Orang lelaki yang baru dikenali dan difikirkan mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur.
Puan
Orang perempuan yang sudah berkahwin Orang perempuan yang memegang jawatan
WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1
34
Contoh : Puan Pengetua Pengerusi sesuatu upacara atau majlis Contoh : Puan Pengerusi Rujukan hormat kepada hadirin wanita dalam sesuatu upacara rasmi Contoh : Puan-puan sekelian
Cik
Orang perempuan yang belum berkahwin Orang perempuan yang berjawatan lebih tinggi daripada penutur
Saudara ( lelaki)/ Saudari (perempuan)
Orang yang baru dikenali Kaki tangan bawahan atau setaraf dengan penutur Sebagai rujukan kepada hadirin dalam sesuatu majlis Digunakan dalam mesyuarat dan majlis perdebatan
b. Gelaran Warisan
Gelaran warisan merupakan gelaran yang diwarisi oleh seseorang sejak kelahirannya seperti:
WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1
35
GELARAN / BAHASA SAPAAN Tengku, Raja ( Engku) Engku Megat ( Encik Megat) Syed ( Tuan Syed ) Wan ( Encik Wan / Cik Wan) Nik ( Pak Nik ) Abang ( Sarawak) Abang (Brunei) Dayangku ( Brunei)
c. Gelaran Kurniaan Kerajaan Gelaran kurniaan kerajaan adalah gelaran yang dianugerahkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa kepada individu yang dianggap berjasa.
GELARAN
BAHASA SAPAAN
Tun Toh Puan Tan Sri Puan Sri Datin Paduka
Gelaran ini tidak perlu diberi rujukan Tuan, Puan , Encik atau Cik kecuali mereka mempunyai gelaran lain seperti Doktor , Profesor , Tengku , atau Haji. Contoh : Tun Dr. Ismail Tan Sri Tengku Ahmad
d. Gelaran Kurniaan Ikhtisas
Gelaran kurniaan ini diperoleh kerana kejayaan seseorang dalam bidang akademik atau ikhtisas, juga dikenali sebagai gelaran profesional.
GELARAN
BAHASA SAPAAN
Profesor Doktor Cikgu Ustaz
Bentuk panggilan serupa dengan gelaran ikhtisas yang ada pada mereka. Contoh : Seseorang guru agama dipanggil Ustaz Kata sapaan Tuan / Puan boleh diletakkan sebelum gelaran Profesor dan Doktor. Contoh : Tuan Doktor, Puan Profesor
WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1
36
e. Gelaran Keagamaan
Dalam masyarakat Melayu yang beragama Islam, terdapat beberapa gelaran bersesuaian dengan kedudukan mereka dalam hal keagamaan.
GELARAN
BAHASA SAPAAN
Haji Hajah Imam Lebai
Tuan Haji / Pak Haji Osman Puan Hajah / Mak Hajah Esah Cik Haji ( bagi lelaki / perempuan ) Tuan Imam Pak Lebai
Protokol Komunikasi protokol melibatkan penggunaan kata sapaan , adab berbual, penggunaan bahasa istana dan panggilan hormat. Panggilan hormat yang dikuatkuasakan penggunaannya dalam ucapan rasmi atau pengacaraan bagi sesuatu majlis adalah berdasarkan :
• Gelaran Diraja
• Gelaran Turun –temurun
• Gelaran Kurniaan Darjah Kebesaran
• Gelaran Kurniaan Ikhtisas
• Gelaran Keagamaan
Protokol Panggilan Hormat
Sultan / Raja / Yang Dipertuan Besar, Yang memerintah
• Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong
• Duli Yang Maha Mulia Tuanku EE.( nama )
• Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku EE.( nama )
• Duli Yang Maha Mulia Sultan EE.( nama )
WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1
37
• Duli Yang Maha Mulia Almutawakkil Alallah EE( nama )
• Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan E.. ( nama )
Yang Dipertua Negeri / Perwakilan Negara – negara Asing /
Duta Besar / Duta / Pesuruhjaya Tinggi
• Tuan Yang Terutama
Raja Muda / Tengku Mahkota / Raja Di- Hilir Perak
• Duli Yang Teramat Mulia Tuanku EE( nama )
• Duli Yang Amat Mulia Tuanku EE ( nama )
• Yang Amat Mulia Undang EE( nama )
• Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku E..( nama )
Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri/ Menteri
Besar / Ketua Menteri/ Menteri-menteri/ Timbalan Menteri/ Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri/ Pegawai/ Kaki tangan
Kerajaan
• Yang Amat Berhormat
• Yang Amat Berhormat Mulia
• Yang Berhormat
• Yang Berhormat Mulia
• Tuan Yang Dipertua
• Yang Mulia Tuan Yang Dipertua
• Yang Berhormat Senator
• Yang Berhormat Mulia Senator
WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1
38
Tun/ Toh Puan/ Kerabat Diraja/ Syed/ Syarifah
• Yang Amat Berbahagia
• Yang Amat Mulia
• Yang Mulia
Ketua Hakim Negara/ Hakim Besar/ Hakim
• Yang Amat Arif Tuan Ketua Hakim Negara
• Yang Amat Arif TengkuE..
• Yang Arif Tuan Hakim Besar/ Tuan Hakim
Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk Seri/ Datin Seri/ Datuk Patinggi/ Datin Patinggi/ Datuk/ Datuk Amar/ Datin/ Datin Paduka
• Yang Berbahagia
• Yang Mulia ( untuk kerabat diraja )
Mufti/ Kadi/ Haji/ Hajah
• Yang Berbahagia Tuan Mufti
• Sahibussamahah Tan Sri/ Datuk Mufti E..( nama )
• Yang Mulia ( kerabat diraja )
• Yang Mulia Tuan Haji
• Yang Mulia Puan Hajah
WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1
39
Ketua Pengarah/ Pengarah/ Setiausaha/ Setiausaha
Agung/ Pengurus Besar / Pengurus
• Yang Berbahagia
Residen/ Pegawai Daerah/ Penghulu/ Orang Kaya-kaya/
Sidang
• Yang Berbahagia
Ustaz/ Ustazah/ Imam/ Pengetua/ Guru Besar/ Pemangku
Ketua
• Yang Berbahagia
Syed/ Syarifah/ Profesor/ Profesor Madya/ Drs/ Dra/ Encik/
Nik/ Wan/ Abang/ Megat/ Meor/ Ahmad/ Cik/ Puteri/ Pengerusi Majlis
• Yang Mulia Tuan Syed
• Yang Berbahagia TuanE..
• Yang Mulia CikEE
• Yang Mulia Tuan/Puan Pengerusi
WAJ3115 BAHASA MELAYU KOMUNIKATIF 1
40
Latihan 1 – Dengan merujuk bahan multimedia, jelaskan bagaimana sistem sapaan dalam keluarga dan masyarakat dapat melahirkan keluarga bahagia dan masyarakat harmoni.
Rehatlah seketika sebelum meneruskan latihan seterusnya.
Latihan 2 – Dengan sokongan bahan grafik, buat simulasi tentang protokol panggilan hormat dalam majlis rasmi.
Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.
TAMAT
Rujukan: Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1999). Komunikasi Untuk
Guru. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Abdull Sukor Shaari et al. (2003). Bahasa Melayu Komunikasi. Bentong: PTS Publications. Amat Johari Moain. (1992). Panduan Utamakanlah
Kesantunan Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Noresah Baharom et al. (2000). Kamus Dewan Edisi Ketiga.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Noriati A. Rashid. (2005, Jun). Konsep kesantunan dalam
masyarakat Melayu. Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu, Jilid 3 Bil. 1: 112-128.