02.Petempatan Awal Di Malaysia

4
2.0 TAMADUN PURBA: Perkembangan Petempatan Awal Di Malaysia Petempatan awal di Malaysia telah berkembang sejak sekitar tahun 500,000 SM hingga 5,000 SM. Perkembangan petempatan ini dapat dilihat dalam dua peringkat, iaitu petempatan era; a) Zaman Batu Awal (Paleolitik), iaitu dari sekitar 500, 000 SM hingga 7,000 SM, b) Zaman batu Akhir (Neolitik), sekitar 7,000 SM hingga 5,000 SM. Petempatan awal masyarakat prasejarah di Malaysia umumnya berkembang dalam dua period atau era iaitu era Paleolitik dan Neolitik, ini adalah kerana bukti hasil pengkajian yang dilakukan oleh ahli arkeologi menunjukkan Malaysia tidak mengalami era Mesolitik. Pada era Paleolitik petempatan-petempatan awalnya adalah secara nomad atau hidup secara pindah randah. Mereka tinggal sementara di dalam gua, lubang bawah tanah dan pondok-pondok yang mereka bina daripada ranting-ranting kayu. Petempatan ini sesuai kerana terdapat pelbagai tumbuh-tumbuhan dan binatang yang boleh diburu sebagai sumber makanan. Gua yang terdapat di situ pula dapat dijadikan tempat tinggal dan perlindungan. Antara petempatan awal masyarakat Paleolitik di Malaysia ialah Gua Niah di Sarawak, Kota Tampan di Perak) dan Gua Tingkayu di Sabah. Masyarakat di zaman Paleolitik tidak memiliki kebudayaan yang ketara memandangkan masyarakat di era ini hanya terdiri daripada sekolompok keluarga dan hidup secara pindah-randah (nomad). Hasil dari penemuan arkeologi menunjukkan bahawa masyarakat pada era ini mengamalkan kegiatan berburu binatang liar di hutan seperti rusa, kijang dan sebagainya sebagai bahan makanan dan pakaian. Mereka turut Rajah 2.1: Gambaran petempatan awal masyarakat zaman Paleolitik di Malaysia

description

Petempatan awal prasejarah di Malaysia

Transcript of 02.Petempatan Awal Di Malaysia

Page 1: 02.Petempatan Awal Di Malaysia

2.0 TAMADUN PURBA: Perkembangan Petempatan Awal Di Malaysia

Petempatan awal di Malaysia telah berkembang sejak sekitar tahun 500,000 SM hingga 5,000

SM. Perkembangan petempatan ini dapat dilihat dalam dua peringkat, iaitu petempatan era;

a) Zaman Batu Awal (Paleolitik), iaitu dari sekitar 500, 000 SM hingga 7,000 SM,

b) Zaman batu Akhir (Neolitik), sekitar 7,000 SM hingga 5,000 SM.

Petempatan awal masyarakat prasejarah di Malaysia umumnya berkembang dalam dua

period atau era iaitu era Paleolitik dan Neolitik, ini adalah kerana bukti hasil pengkajian yang

dilakukan oleh ahli arkeologi menunjukkan Malaysia tidak mengalami era Mesolitik.

Pada era Paleolitik petempatan-petempatan awalnya adalah secara nomad atau hidup

secara pindah randah. Mereka tinggal sementara di dalam gua,  lubang bawah tanah dan

pondok-pondok yang mereka bina daripada ranting-ranting kayu. Petempatan ini sesuai

kerana terdapat pelbagai tumbuh-tumbuhan dan binatang yang boleh diburu sebagai sumber

makanan. Gua yang terdapat di situ pula dapat dijadikan tempat tinggal dan perlindungan.

Antara petempatan awal masyarakat Paleolitik di Malaysia ialah Gua Niah di Sarawak, Kota

Tampan di Perak) dan Gua Tingkayu di Sabah.

Masyarakat di zaman Paleolitik tidak memiliki kebudayaan yang ketara

memandangkan masyarakat di era ini hanya terdiri daripada sekolompok keluarga dan hidup

secara pindah-randah (nomad). Hasil dari penemuan arkeologi menunjukkan bahawa

masyarakat pada era ini mengamalkan kegiatan berburu binatang liar di hutan seperti rusa,

kijang dan sebagainya sebagai bahan makanan dan pakaian. Mereka turut memungut hasil

hutan seperti buah-buahan, dan juga pucuk-pucuk daun serta memungut hasil hutan seperti

rotan untuk kegunaan sendiri. Amalan ini menunjukkan masayarakat di petempatan awal ini

mengamalkan cara hidup sara diri. Untuk melengkapkan cara hidup mereka ini masyarakat

Paleolitik menggunakan alat batu sebagai alat utama dalam kehidupan seharian.

Rajah 2.1: Gambaran petempatan awal masyarakat zaman Paleolitik di Malaysia

Page 2: 02.Petempatan Awal Di Malaysia

Antara penemuan alatan Zaman Paleolitik di negara kita ialah :

Kapak Genggam

Alat repihan yang digunakan untuk meraut dan memotong

Alat penetak yang digunakan untuk menetak pokok dan memotong daging

Manusia Perak, iaitu rangka manusia yang dikebumikan dengan kaki terlipat.

Dalam bab kepercayaan, masyarakat di petempatan awal ini mengamalkan kepercayaan

animisme. Animisme bermaksud kepercayaan setiap benda seperti batu dan pokok

mempunyai semangat ( jiwa dan roh ) orang mati. Mereka juga mengamalkan upacara

perkuburan. Dalam upacara perkuburan masyarakat Zaman Paleolitik, mayat dikebumikan

dengan barang - barang seperti makanan dan alat-alat batu. Mereka juga menggunakan

pemukul kulit kayu untuk meleperkan dan menghaluskan kulit kayu.Selain itu,mereka

meghias diri mereka bagi wanita dengan anting-anting dan gelang.

Era Paleolitik ini tidak kekal lama kerana masyarakat pada era ini mempunyai

keistimewaan dalam menurunkan ilmu pengetahuan mereka kepada generasi mereka, kerana

kelebihan ini masyarakat ini telah merubah

tradisi mereka. Pada sekitar tahun 7,000 SM

hingga 5,000 SM iaitu era yang di kenali

prasejarah akhir atau disebut sebagai Zaman

Neolitik. Masyarakat purba pada era ini tidak

lagi hidup secara nomad dan telah memulakan

kehidupan secara menetap, iaitu mulai

membina petempatan kekal di gua-gua yang

berhampiran sungai, tinggal secara tetap di

sekitar lembah-lembah sungai yang subur. Masyarakat pada era ini sudah pandai membina

Rajah 2.1: Gua Niah di Sarawak

Rajah 2.2: Penemuan Artifak zaman Paleolitik

Page 3: 02.Petempatan Awal Di Malaysia

rumah daripada tanah liat dan pondok-pondok daripada ranting-ranting kayu. Perkembangan

petempatan ini melahirkan perkampungan seperti di Gua Gomantong dan Bukit Tengkorak di

Sabah, Gua Cha di Kelantan dan Jenderam Hilir di Selangor.

Petempatan yang kekal pada Zaman Neolitik telah mewujudkan budaya baru

masyarakat yang mana mereka mula mewujud sistem masyarakat yang mempunyai ketua dan

pembahagian tugasan. Selain dari itu masyarakat di petempatan awal di era ini juga telah

memperhalusi rekaan alatan batu mereka serta mula mencipta peralatan tembikar, seperti

bekas air, periuk, dan juga belanga. Mereka juga mencipta alat seperti beliung yang

digunakan untuk menggali tanah dan alat untuk mengetam kayu. Selain itu mereka juga

menggunakan pemukul kulit kayu untuk meleperkan dan menghaluskan kulit kayu. Malah

masyarakat pada era ini turut mencipta barang-barang kemas seperti anting-anting dangelang

sebagai perhiasan.

Tanah yang subur juga turut membantu

penempatan kekal ini berkembang dan kerana faktor ini

budaya tani telah wujud dikalangan masyarakat prasejarah

ini. Pada zaman ini mereka mula bercucuk tanam,

menangkap ikan, serta menternak binatang ternakan.

Selain itu mereka juga memburu haiwan liar dan

memungut hasil hutan. Mereka turut berdagang secara tukar barang atau sistem barter.

Walau bagaimana pun masyarakat pada era ini masih mengamalkan kepercayaan

nenek moyang mereka iaitu kepercayaan animisme serta mengamalkan upacara perkuburan.

Mereka menyembah batu, matahari dan lain-lain lagi kerana mereka mempercayai adanya

semangat (roh dan jiwa) orang mati.

Akhirnya, kebudayaan Neolitik telah memberi satu asas perkembangan kepada zaman gangsa

yang memperlihatkan titik permulaan tamadun yang bersifat perbandaran (Kota).

Page 4: 02.Petempatan Awal Di Malaysia

Kerajaan Melayu Melaka (1402-1511)