004.KISAH NABI HUUD.A.S.
-
Upload
pustaka-islami -
Category
Documents
-
view
225 -
download
0
Transcript of 004.KISAH NABI HUUD.A.S.
-
7/29/2019 004.KISAH NABI HUUD.A.S.
1/13
F.6104
KISAH NABI HUUD A.S
o Nabi Hud as. Bangsa 'Aad membangun negeri mereka:7:69,26:128,26:129,
26:133,26:134,41:15,89:7,89:8
Dakwah nabi Hud as.:7:65,7:66,7:67,7:68,7:69,7:70,7:71,7:72,11:50,11:51,11:52,11:53,11:54,11:55,11:56,11:57,
23:32,26:124,26:125,26:126,26:127,26:131,26:132,26:135,46:21,46:23
Nabi Hud as. menghadapi cobaan:7:66,7:67,11:53,11:54,11:55,14:9,26:123,26:136,26:137,38:12,46:22,50:13,54:18
Kehancuran bangsa 'Aad:7:72,9:70,11:58,11:89,23:41,25:38,26:139,29:38,29:40,40:31,41:13,41:16,46:24,46:25,51:41,
51:42,53:50,54:19,54:20,69:6,69:7,69:8,89:6
KISAH NABI HUD A.S.
"Aad" adalah nama bapa suatu suku yg hidup di jazirah Arab di suatu tempat
bernama "Al-Ahqaf" terletak di utara Hadramaut atr Yaman dan Umman dan
termasuk suku yg tertua sesudak kaum Nabi Nuh serta terkenal dgn kekuatanjasmani dlm bentuk tubuh-tubuh yg besar dan sasa. Mereka dikurniai oleh Allah
tanah yg subur dgn sumber-sumber airnya yg mengalir dr segala penjuru
sehinggakan memudahkan mereka bercucuk tanam utk bhn makanan mrk. dan
memperindah tempat tinggal mereka dgn kebun-kebun bunga yg indah-indah.
Berkat kurnia Tuhan itu mereka hidup menjadi makmur, sejahtera dan bahagia
serta dlm waktu yg singkat mereka berkembang biak dan menjadi suku yg terbesar
diantara suku-suku yg hidup di sekelilingnya.
Sebagaimana dgn kaum Nabi Nuh kaum Hud ialah suku Aad ini adalah
penghidupan rohaninya tidak mengenal Allah Yang Maha Kuasa Pencipta alam
semesta. Mereka membuat patung-patung yg diberi nama " Shamud" dan "Alhattar" dan itu yg disembah sebagai tuhan mereka yg menurut kepercayaan
mereka dpt memberi kebahagiaan, kebaikan dan keuntungan serta dapat menolak
kejahatan, kerugian dan segala musibah. Ajaran dan agama Nabi Idris dan Nabi
Nuh sudah tidak berbekas dlm hati, jiwa serta cara hidup mereka sehari-hari.
Kenikmatan hidup yg mereka sedang tenggelam di dlmnya berkat tanah yg subur
dan menghasilkan yg melimpah ruah menurut anggapan mereka adalah kurniaan
dan pemberian kedua berhala mereka yg mereka sembah. Krnnya mereka tidak
-
7/29/2019 004.KISAH NABI HUUD.A.S.
2/13
putus-putus sujud kpd kedua berhala itu mensyukurinya sambil memohon
perlindungannya dari segala bahaya dan mushibah berupa penyakit atau
kekeringan.
Sebagai akibat dan buah dari aqidah yg sesat itu pergaulan hidup mereka menjadi
dikuasai oleh tuntutan dan pimpinan Iblis, di mana nilai-nilai moral dan akhlaktidak menjadi dasar penimbangan atau kelakuan dan tindak-tanduk seseorg tetapi
kebendaan dan kekuatan lahiriahlah yg menonjol sehingga timbul kerusuhan dan
tindakan sewenang-wenang di dlm masyarakat di mana yg kuat menindas yg lemah
yg besar memperkosa yg kecil dan yg berkuasa memeras yg di bawahnya. Sifat-sifat
sombong, congkak, iri-hati, dengki, hasut dan benci-membenci yg didorong oleh
hawa nafsu merajalela dan menguasai penghidupan mereka sehingga tidak
memberi tempat kpd sifat-sifat belas kasihan, sayang menyayang, jujur, amanat
dan rendah hati. Demikianlah gambaran masyarakat suku Aad tatkala Allah
mengutuskan Nabi Hud sebagai nabi dan rasul kpd mereka.
Nabi Hud Berdakwah Di Tengah-tengah Sukunya
Sudah menjadi sunnah Allah sejak diturunkannya Adam Ke bumi bahawa dari
masa ke semasa jika hamba-hamba-Nya sudah berada dlm kehidupan yg sesat
sudah jauh menyimpang dari ajaran-ajaran agama yg dibawa oleh Nabi-nabi-Nya
diutuslah seorg Nabi atau Rasul yg bertugas utk menyegarkan kembali ajaran-
ajaran nabi-nabi yg sebelumnya mengembalikan masyarakat yg sudah tersesat ke
jalanlurus dan benar dan mencuci bersih jiwa manusiadari segala tahayul dan
syirik menggantinya dan mengisinya dgn iman tauhid dan aqidah yg sesuia dgn
fitrah.
Demikianlah maka kpd suku Aad yg telah dimabukkan oleh kesejahteraan hidupdan kenikmatan duniawi sehingga tidak mengenalkan Tuhannya yg mengurniakan
itu semua. Di utuskan kpd mereka Nabi Hud seorg drp suku mereka sendiri dr
keluarga yg terpandang dan berpengaruh terkenal sejak kecilnya dgn kelakuan yg
baik budi pekerti yg luhur dan sgt bijaksana dlm pergaulan dgn kawan-kawannya.
Nabi Hud memulai dakwahnya dgn menarik perhatian kaumnya suku Aad kpd
tanda-tanda wujudnya Allah yg berupa alam sekeliling mereka dan bahawa
Allahlah yg mencipta mereka semua dan mengurniakan mereka dgn segala
kenikmatan hidup yg berupa tanah yg subur, air yg mengalir serta tubuh-tubuhan
yg tegak dan kuat. Dialah yg seharusnya mereka sembah dan bukan patung-patung
yg mereka perbuat sendiri. Mereka sebagai manusia adalah makhluk Tuhan paling
mulia yg tidak sepatutnya merendahkan diri sujud menyembah batu-batu ygsewaktunya dpt mereka hancurkan sendiri dan memusnahkannya dari pandangan.
Di terangkan oleh Nabi Hud bahaw adia adalah pesuruh Allah yg diberi tugas utk
membawa mereka ke jln yg benar beriman kpd Allah yg menciptakan mereka
menghidup dan mematikan mereka memberi rezeki atau mencabutnya drp mereka.
Ia tidak mengharapkan upah dan menuntut balas jasa atas usahanya memimpin
dan menuntut mereka ke jln yg benar. Ia hanya menjlnkan perintah Allah dan
-
7/29/2019 004.KISAH NABI HUUD.A.S.
3/13
memperingatkan mereka bahawa jika mrk tetap menutup telinga dan mata mrk
menghadapi ajakan dan dakwahnya mereka akan ditimpa azab dan dibinasakan
oleh Allah sebagaimana terjadinya atas kaum Nuh yg mati binasa tenggelam dlm
air bah akibat kecongkakan dan kesombongan mereka menolak ajaran dan dakwah
Nabi Nuh seraya bertahan pada pendirian dan kepercayaan mereka kpd berhala
dan patung-patung yg mereka sembah dan puja itu.
Bagi kaum Aad seruan dan dakwah Nabi Hud itu merupakan barang yg tidak
pernah mrk dengar ataupun menduga. Mereka melihat bahawa ajaran yg dibawa
oleh Nabi Hud itu akan mengubah sama sekali cara hidup mereka dan
membongkar peraturan dan adat istiadat yg telah mereka kenal dan warisi dr
nenek moyang mereka. Mereka tercengang dan merasa hairan bahawa seorg dr
suku mereka sendiri telah berani berusaha merombak tatacara hidup mereka dan
menggantikan agama dan kepercayaan mereka dgn sesuatu yg baru yg mereka
tidak kenal dan tidak dpt dimengertikan dan diterima oleh akal fikiran mereka.
Dgn serta-merta ditolaklah oleh mereka dakwah Nabi Hud itu dgn berbagai alasan
dan tuduhan kosong terhadap diri beliau serta ejekan-ejekan dan hinaan ygditerimanya dgn kepala dingin dan penuh kesabaran.
Berkatalah kaum Aad kpd Nabi Hud:"Wahai Hud! Ajaran dan agama apakah yg
engkau hendak anjurkan kpd kami? Engkau ingin agar kami meninggalkan
persembahan kami kpd tuhan-tuhan kami yg berkuasa ini dan menyembah tuhan
mu yg tidak dpt kami jangkau dgn pancaindera kami dan tuhan yg menurut kata
kamu tidak bersekutu. Cara persembahan yg kami lakukan ini ialah yg telah kami
warisi dr nenek moyang kami dan tidak sesekali kami tidak akan meninggalkannya
bahkan sebaliknya engkaulah yg seharusnya kembali kpd aturan nenek moyangmu
dan jgn mencederai kepercayaan dan agama mereka dgn memebawa suatu agama
baru yg tidak kenal oleh mereka dan tentu tidak akan direstuinya."
Wahai kaumku! jawab Nabi Hud,Sesungguhnya Tuhan yg aku serukan ini kpd
kamu utk menyembah-Nya walaupun kamu tidak dpt menjangkau-Nya dgn
pancainderamu namun kamu dpt melihat dam merasakan wujudnya dlm diri kamu
sendiri sebagai ciptaannya dan dlm alam semesta yg mengelilingimu beberapa
langit dgn matahari bulan dan bintang-bintangnya bumi dgn gunung-ganangnya
sungai tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang yg kesemuanya dpt bermanfaat
bagi kamu sebagai manusia. Dan menjadi kamu dpt menikmati kehidupan yg
sejahtera dan bahagia. Tuhan itulah yg harus kamu sembah dan menundukkan
kepala kamu kpd-Nya.Tuhan Yang Maha Esa tiada bersekutu tidak beranak dan
diperanakan yg walaupun kamu tidak dpt menjangkau-Nya dgn pancainderamu,
Dia dekat drp kamu mengetahui segala gerak-geri dan tingkah lakumu mengetahui
isi hati mu denyut jantungmu dan jln fikiranmu. Tuhan itulah yg harus disembah
oleh manusia dgn kepercayaan penuh kpd Keesaan-Nya dan kekuasaan-Nya dan
bukan patung-patung yg kamu perbuat pahat dan ukir dgn tangan kamu sendiri
kemudian kamu sembah sebagai tuhan padahal ia suatu barang yg pasif tidak
dapat berbuat sesuatu yg menguntungkan atau merugikan kamu. Alangkah
bodohnya dan dangkalnya fikiranmu jika kamu tetap mempertahankan agamamu
-
7/29/2019 004.KISAH NABI HUUD.A.S.
4/13
yg sesat itu dan menolak ajaran dan agama yg telah diwahyukan kpdku oleh Allah
Tuhan Yang Maha Esa itu."
-
7/29/2019 004.KISAH NABI HUUD.A.S.
5/13
Kaum Aad menjawab: " Kami bertambah yakin dan tidak ragu lagi bahawa
engkau telah mendpt kutukan tuhan-tuhan kami sehingga menyebabkan fikiran
kamu kacau dan akalmu berubah menjadi sinting. Engkau telah mengucapkan
kata-kata yg tidak masuk akal bhw jika kami mengikuti agamamu, akan
bertambah rezeki dan kemakmuran hidup kami dan bahawa kami akandibangkitkan kembali dr kubur kami dan menerima segala ganjaran atas segala
amalan kami.Adakah mungkin kami akan dibangkitkan kembali dr kubur kami
setelah kami mati dan menjadi tulang-belulang. Dan apakah azab dan seksaan yg
engkau selalu menakut-nakuti kami dan mengancamkannya kpd kami? Semua ini
kami anggap kosong dan ancaman kosong belaka. Ketahuilah bhw kami tidak akan
menyerah kpdmu dan mengikuti ajaranmu krn bayangan azab dan seksa yg engkau
bayang-bayangkannya kpd kami bahkan kami menentang kpdmu datangkanlah
apa yg engkau janjikan dan ancamkan itu jika engkau betul-betul benar dlm kata-
katamu dan bukan seorg pendusta."
Baiklah! jawab Nabi Hud," Jika kamu meragukan kebenaran kata-kataku dantetap berkeras kepala tidak menghiraukan dakwahku dan meninggalkan
persembahanmu kpd berhala-berhala itu maka tunggulah saat tibanya pembalasan
Tuhan di mana kamu tidak akan dpt melepaskan diri dr bencananya. Allah
menjadi saksiku bhw aku telah menyampaikan risalah-Nya dgn sepenuh tenagaku
kpd mu dan akan tetap berusaha sepanjang hayat kandung bandaku memberi
penerangan dan tuntunan kpd jln yg baik yg telah digariskan oleh Allah bagi
hamba-hamba-Nya."
Pembalasan Allah Atas Kaum Aad
Pembalasan Tuhan terhadap kaum Aad yg kafir dan tetap membangkang ituditurunkan dlm dua perinkat.Tahap pertama berupa kekeringan yg melanda
ladang-ladang dan kebun-kebun mrk, sehingga menimbulkan kecemasan dan
kegelisahan, kalau-kalau mereka tidak memperolehi hasil dari ladang-ladang dan
kebun-kebunnya seperti biasanya.Dlm keadaan demikian Nabi Hud masih
berusaha meyakinkan mereka bahawa kekeringan itu adalah suatu permulaan
seksaan dr Allah yg dijanjikan dan bhw Allah masih lagi memberi kesempatan kpd
mereka utk sedar akan kesesatan dan kekafiran mrk dan kembali beriman kpd
Allah dgn meninggalkan persembahan mrk yg bathil kemudian bertaubat dan
memohon ampun kpd Allah agar segera hujan turun kembali dgn lebatnya dan
terhindar mrk dari bahaya kelaparan yg mengancam. Akan tetapi mereka tetap
belum mahu percaya dan menganggap janji Nabi Hud itu adalah janji kosongbelaka. Mereka bahkan pergi menghadap berhala-berhala mereka memohon
perlindungan ari musibah yg mereka hadapi.
Tentangan mrk terhadap janji Allah yg diwahyukan kpd Nabi Hud segera
mendapat jawapan dgn dtgnya pembalasan tahap kedua yg dimulai dgn terlihatnya
gumpalan awan dan mega hitam yg tebal di atas mereka yg disambutnya dgn sorak-
-
7/29/2019 004.KISAH NABI HUUD.A.S.
6/13
sorai gembira, krn dikiranya bhw hujan akan segera turun membasahi ladang-
ladang dan menyirami kebun-kebun mereka yg sedang mengalami kekeringan.
Melihat sikap kaum Aad yg sedang bersuka ria itu berkatalah Nabi Hud dgn nada
mengejek: "Mega hitam itu bukanlah mega hitam dan awam rahmat bagi kamu
tetapi mega yg akan membawa kehancuran kamu sebagai pembalasan Allah yg
telah ku janjikan dan kamu ternanti-nanti utk membuktikan kebenaran kata-kataku yg selalu kamu sangkal dan kamu dusta.
Sejurus kemudian menjadi kenyataanlah apa yg diramalkan oleh Nabi Hud itu
bahawa bukan hujan yg turun dari awan yg tebal itu tetapi angin taufan yg dahsyat
dan kencang disertai bunyi gemuruh yg mencemaskan yg telah merosakkan
bangunan-bangunan rumah dari dasarnya membawa berterbangan semua perabot-
perabot dan milik harta benda dan melempar jauh binatang-binatang ternak.
Keadaan kaum Aad menjadi panik mereka berlari kesana sini hilir mudik mencari
perlindungan .Suami tidak tahu di mana isterinya berada dan ibu juga kehilangan
anaknya sedang rumah-rumah menjadi sama rata dgn tanah. Bencana angin taufan
itu berlangsung selama lapan hari tujuh malam sehingga sempat menyampuhbersih kaum Aad yg congkak itu dan menamatkan riwayatnya dalam keadaan yg
menyedihkan itu utk menjadi pengajaran dan ibrah bagi umat-umat yg akan
datang.
Adapun Nabi Hud dan para sahabatnya yg beriman telah mendapat perlindungan
Allah dari bencana yg menimpa kaumnya yg kacau bilau dan tenang seraya melihat
keadaan kaumnya yg kacau bilau mendengar gemuruhnya angin dan bunyi pohon-
pohon dan bangunan-bangunan yg berjatuhan serta teriakan dan tangisan org yg
meminta tolong dan mohon perlindungan.
Setelah keadaan cuaca kembali tenang dan tanah " Al-Ahqaf " sudah menjadi
sunyi senyap dari kaum Aad pergilah Nabi Hud meninggalkan tempatnya berhijrah
ke Hadramaut, di mana ia tinggal menghabiskan sisa hidupnya sampai ia wafat dan
dimakamkan di sana dimana hingga sekarang makamnya yg terletak di atas sebuah
bukit di suatu tempat lebih kurang 50 km dari kota Siwun dikunjungi para
penziarah yg datang beramai-ramai dari sekitar daerah itu, terutamanya dan bulan
Syaaban pada setiap tahun.
Kisah Nabi Hud Dalam Al-Quran
Kisah Nabi Hud diceritakan oleh 68 ayat dalam 10 surah di antaranya surah Hud,
ayat 50 hingga 60 , surah " Al-Mukminun " ayat 31 sehingga ayat 41 , surah " Al-Ahqaaf " ayat 21 sehingga ayat 26 dan surah " Al-Haaqqah " ayat 6 ,7 dan 8.
Pengajaran Dari Kisah Nabi Hud A.S.
Nabi Hud telah memberi contoh dan sistem yg baik yg patut ditiru dan diikuti oleh
juru dakwah dan ahli penerangan agama.Beliau menghadapi kaumnya yg sombong
dan keras kepala itu dgn penuh kesabaran, ketabahan dan kelapangan dada. Ia
-
7/29/2019 004.KISAH NABI HUUD.A.S.
7/13
tidak sesekali membalas ejekan dan kata-kata kasar mereka dgn serupa tetapi
menolaknya dgn kata-kata yg halus yg menunjukkan bahawa beliau dapat
menguasai emosinya dan tidak sampai kehilangan akal atau kesabaran.
Nabi Hud tidak marah dan tidak gusar ketika kaumnya mengejek dgn menuduhnya
telah menjadi gila dan sinting. Ia dgn lemah lembut menolak tuduhan dan ejekan
itu dgn hanya mengata:"Aku tidak gila dan bahawa tuhan-tuhanmu yg kamusembah tidak dapat menggangguku atau mengganggu fikiranku sedikit pun tetapi
aku ini adalah rasul pesuruh Allah kpdmu dan betul-betul aku adalah seorg
penasihat yg jujur bagimu menghendaki kebaikanmu dan kesejahteraan hidupmu
dan agar kamu terhindar dan selamat dari azab dan seksaan Allah di dunia
mahupun di akhirat."
Dalam berdialog dgn kaumnya.Nabi Hud selalu berusaha mengetok hati nurani
mereka dan mengajak mereka berfikir secara rasional, menggunakan akal dan
fikiran yg sihat dgn memberikan bukti-bukti yg dapat diterima oleh akal mereka
tentang kebenaran dakwahnya dan kesesatan jln mereka namun hidayah iu adalah
dari Allah, Dia akan memberinya kpd siapa yg Dia kehendakinya.
KETERANGAN LAINNYA TENTANG KAUM AAD
Kezaliman Syadad Bin 'Aad
Dikisahkan bahwa `Aad mempunyai dua orang putera, yang pertama bernama
Syadid dan yang kedua bernama Syadad. Syadad adalah orang yang suka membaca
kitab. Pada suatu ketika ia membaca tentang sifat-sifat syurga, kemudian ia
berkata dalam hatinya: "Pada suatu saat nanti aku akan membuat di permukaan
bumi ini suatu syurga seperti yang dijelaskan dalam kitab ini."
Pada masa itu seluruh kerajaan berada pada kekuasaannya. Lalu ia mengajak raja-
raja bawahannya untuk bermesyuarat dan berkata kepada mereka: "Aku akan
membangun syurga seperti yang difirmankan Allah dalam kitab-kitab-Nya. Mereka
menjawab: Hal itu terserah kepada tuan hamba, kerajaan ini kepunyaan tuanhamba."
Kemudian ia memerintahkan agar dikumpulkan semua emas dan perak dari Timur
hingga ke Barat. Setelah itu ia berkata: "Bangunkanlah untukku syurga dalam
masa tiga ratus tahun." Maka berkumpullah segala macam bentuk tukang
-
7/29/2019 004.KISAH NABI HUUD.A.S.
8/13
bangunan. Maka dipilihlah tiga ratus di antara mereka setiap seorang dari tukang
tersebut memimpin sebanyak seribu anak buah.
Mereka mengelilingi bumi selama sepuluh tahun, akhirnya mereka menemukan
suatu tempat yang paling baik. Ada pohon-pohon, sungai-sungai. Maka mereka pun
mulai membangun syurga yang dirancangkan itu satu parsakh demi satu parsakh.Satu parsakh daripada emas dan satu parsakh daripada perak.
Setelah mereka anggap semuanya telah sempurna, lalu mereka alirkan sungai-
sungai, mereka dirikan pohon-pohon yang batangnya terbuat daripada perak,
cabang dan rantingnya terbuat daripada emas. Dan mereka bangun istana-istana
dari mirah delima, dengan dihiasi berbagai permata, seperti intan, berlian dan lain-
lain. Kemudian mereka sirami dengan minyak yang paling wangi. Setelah itu baru
mereka memberitahukannya kepada Syadad.
Syadad pun bersiap-siap untuk ke sana. Keberangkatan mereka itu selama sepuluhtahun perjalanan. Untuk mewujudkan keinginan Syadad tersebut, raja-raja dan
para pembantu mereka telah mengambil emas dan perak daripada rakyat dengan
cara paksaan. Sehingga tidak tertinggal sedikit pun emas dan perak daripada
rakyatnya, melainkan yang masih ada pada leher seorang anak, yang beratnya
kira-kira satu dirham.
Ketika mereka ingin merampasnya, maka anak itu berkata: "Janganlah tuan ambil
emasku ini." Akan tetapi mereka berusaha untuk mengambilnya, dan mereka
berkata: "Kami diperintahkan oleh raja untuk mengambilnya." Lalu emas yang
sedikit itu mereka paksa mengambilnya daripada leher anak kecil itu.
Maka anak tersebut mengangkat tangan, sambil berdoa: "Wahai Tuhanku, Engkau
Maha mengetahui tentang apa yang telah dilakukan oleh orang yang zalim ini
terhadap hamba-hamba-Mu yang lemah. Maka tolonglah kami, wahai Zat yang
menolong kepada orang-orang yang meminta pertolongan."
Semua malaikat mengaminkan doa anak tersebut. Kemudian Allah SWT mengutus
Jibril as. Ketika itu rombongan Syadad telah sampai dekat syurga yang mereka
buat. Akan tetapi tiba-tiba Jibril memekik dengan suara yang sangat keras dari
atas langit. Maka dalam masa yang singkat mereka semuanya mati, sebelum sempat
memasuki syurga tersebut. Firman Allah SWT: "Dan berapa banyak telah Kami
binasakan umat-umat sebelum mereka. Adakah kamu melihat seorang pun
daripada mereka atau kamu dengar suara mereka samar-samar?" (Maryam:
98)Dipetik Dari Buku.1001 Durjana - Himpunan Kisah Insan Durhaka
Syadad Bin 'Aad Membina Syurga Dunia
-
7/29/2019 004.KISAH NABI HUUD.A.S.
9/13
Dikisahkan bahawa 'Aad mempunyai dua orang putera, yang pertama
bernama Syadid dan yang kedua bernama Syadad. Syadad adalah orang yang suka
membaca kitab. Pada suatu ketika ia membaca tentang sifat-sifat syurga, kemudian
ia berkata dalam hatinya: "Pada suatu saat nanti aku akan membuat di permukaanbumi ini suatu syurga seperti yang dijelaskan dalam kitab ini."
Pada masa itu seluruh kerajaan berada pada kekuasaannya. Lalu ia
mengajak raja-raja bawahannya untuk bermesyuarat dan berkata kepada mereka:
"Aku akan membangun syurga seperti yang difirmankan Allah dalam kitab-kitab-
Nya. Mereka menjawab: Hal itu terserah kepada tuan hamba, kerajaan ini
kepunyaan tuan hamba."
Kemudian ia memerintahkan agar dikumpulkan semua emas dan perak dari
Timur hingga ke Barat. Setelah itu ia berkata: "Bangunkanlah untukku syurga
dalam masa tiga ratus tahun." Maka berkumpullah segala macam bentuk tukangbangunan. Maka dipilihlah tiga ratus di antara mereka setiap seorang dari tukang
tersebut memimpin sebanyak seribu anak buah.
Mereka mengelilingi bumi selama sepuluh tahun, akhirnya mereka
menemukan suatu tempat yang paling baik. Ada pohon-pohon, sungai-sungai.
Maka mereka pun mulai membangun syurga yang dirancangkan itu satu parsakh
demi satu parsakh. Satu parsakh daripada emas dan satu parsakh daripada perak.
Setelah mereka anggap semuanya telah sempurna, lalu mereka alirkan
sungai-sungai, mereka dirikan pohon-pohon yang batangnya terbuat daripada
perak, cabang dan rantingnya terbuat daripada emas. Dan mereka bangun istana-istana dari mirah delima, dengan dihiasi berbagai permata, seperti intan, berlian
dan lain-lain. Kemudian mereka sirami dengan minyak yang paling wangi. Setelah
itu baru mereka memberitahukannya kepada Syadad.
Syadad pun bersiap-siap untuk ke sana. Keberangkatan mereka itu selama
sepuluh tahun perjalanan. Untuk mewujudkan keinginan Syadad tersebut, raja-
raja dan para pembantu mereka telah mengambil emas dan perak daripada rakyat
dengan cara paksaan. Sehingga tidak tertinggal sedikit pun emas dan perak
daripada rakyatnya, melainkan yang masih ada pada leher seorang anak, yang
beratnya kira-kira satu dirham.
Ketika mereka ingin merampasnya, maka anak itu berkata: "Janganlah
tuan ambil emasku ini." Akan tetapi mereka berusaha untuk mengambilnya, dan
mereka berkata: "Kami diperintahkan oleh raja untuk mengambilnya." Lalu emas
yang sedikit itu mereka paksa mengambilnya daripada leher anak kecil itu.
Maka anak tersebut mengangkat tangan, sambil berdoa: "Wahai Tuhanku,
Engkau Maha mengetahui tentang apa yang telah dilakukan oleh orang yang zalim
-
7/29/2019 004.KISAH NABI HUUD.A.S.
10/13
ini terhadap hamba-hamba-Mu yang lemah. Maka tolonglah kami, wahai Zat yang
menolong kepada orang-orang yang meminta pertolongan."
Semua malaikat mengaminkan doa anak tersebut. Kemudian Allah s.w.t.
mengutus Jibril a.s. Ketika itu rombongan Syadad telah sampai dekat syurga yang
mereka buat. Akan tetapi tiba-tiba Jibril memekik dengan suara yang sangat kerasdari atas langit. Maka dalam masa yang singkat mereka semuanya mati, sebelum
sempat memasuki syurga tersebut. Firman Allah s.w.t.:
"Dan berapa banyak telah Kami binasakan umat-umat sebelum mereka.
Adakah kamu melihat seorang pun daripada mereka atau kamu dengar suara
mereka samar-samar?" (QS Maryam: 98)
o Nabi Hud as. Bangsa 'Aad membangun negeri mereka:7:69,26:128,26:129,
26:133,26:134,41:15,89:7,89:8 Dakwah nabi Hud as.:7:65,7:66,7:67,7:68,7:69,7:70,7:71,
7:72,11:50,11:51,11:52,11:53,11:54,11:55,11:56,11:57,
23:32,26:124,26:125,26:126,26:127,26:131,26:132,26:135,
46:21,46:23
Nabi Hud as. menghadapi cobaan:7:66,7:67,11:53,11:54,11:55,14:9,26:123,26:136,26:137,38:12,46:22,50:13,54:18
Kehancuran bangsa 'Aad:7:72,9:70,11:58,11:89,23:41,25:38,26:139,29:38,29:40,40:31,41:13,41:16,46:24,46:25,
51:41,51:42,53:50,54:19,54:20,69:6,69:7,69:8,89:6
- sumber E-Book 2007 tentang Kisah-Kisah Islam
-
7/29/2019 004.KISAH NABI HUUD.A.S.
11/13
BUKTI ILMIAH
Iram Kota Yang Hilang
Firman Allah SWT
Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum
Ad?, (yaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi,
yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain, dan
kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah,
( A.6-9 QS.089 Al-Fajr )
Umar Anggara Jenie i menjelaskan bahwa Bukti Arkeologis mengenai eksistensiIram berasal dari eksplorasi Nicholas Clapp di Gurun Arabia Selatan pada awal
tahun1992. Al Quran menggambarkan bahwa kota Iram adalah sebuah kota
dengan tiang-tiang yang tinggi, yang belum pernah ada sebelum itu ditempat lain.
Menurut tradisi Arab dan legenda, kota seperti ini dibangun oleh Shadad Ibn
Ad. Seperti dikatakan oleh legenda, pada suatu ketika Shadad Ibn Ad membuat
kota oasis yang dikelilingi dengan permata di gurun selatan untuk menyamai surga
( al Saleh, 1985 ) . Tetapi karena sifat kaum Aad yang durhaka, Allah
menghancurkan kota itu . Dipercaya bahwa kota itu ditelan oleh padang pasir.
Nama kota yang dibangun oleh Shadad ibn Ad adalah Ubhar. Kebanyakan orang
Arab percaya Ubhar dan Iram adalah kota yang sama .
Selama berabad-abad, jalan ke Iram/Ubhar tampaknya hilang selama-lamanya.
Tetapi pada awal tahun 1992, sepasang akhli arkeologi amatir di California
mengumumkan bahwa mereka menemukan situs kota Iram/Ubhar melalui isyarat-
isyarat kuno dan peralatan mutakhir zaman ruang angkasa ( Ostling, 1992 ) .
Mulai tahun 1982, Nicholas Clapp-seorang pemenang hadiah film dokumenter,
menemukan bukti dari seorang penjelajah jalan kuno ke Iram/Ubhar . Kemudian
dia merekrut dua orang akhli Arab yakni
Juris Jarin, ahli arkeologi dari Universitas Negara Bagian Missouri Barat Daya
Sir Ranulph Fiennes seorang penjelajah Inggris yang membawa rekannya
George Hedges, seorang akhli Hukum
Clapp mengusulkan sistim modern yang disebut Satellite Imaging Radar (SIR) yaknipenginderaan dengan menggunakan pesawat ulang alik Chalanger milik NASA
Amerika Serikat. Setelah melalui proses yang panjang dan a lot, akhirnya tahun
1984 selama dua kali pesawat ulang alik Challanger Sistem SIR-B mendeteksi
permukaan dalam bawah gurun. Disamping itu Clapp menggunakan pula satelit
milik Perancis untuk melakukan penginderaan optik yang mampu mencatat sinar
-
7/29/2019 004.KISAH NABI HUUD.A.S.
12/13
dekat infra merah yang dipantulkan dan tak terlihat oleh mata manusia , juga
digunakan untuk membantu tim Clapp melakukan cross-checking .
Para ilmuwan menggabungkan data-data itu dan menghasilkan image atau citra
digital berupa garis putih pucat yang menandai beratus-ratus kilometer rute
kafilah yang ditinggalkan , sebagian berada dibawah tumpukan pasir yang selamaberabad-abad hingga mencapai ketebalan 183 meter ( Ostling. 1992 ).
Berdasarkan data ini, Clapp dan timnya mulai mengecek tanah terlarang ini
pada tahun 1990, dan mulai melakukan pencarian pada tahun 1991.
Pada bulan Pebruari 1992, mereka menemukan sebuah bangunan segi delapan
dengan dinding-dinding dan menara-menara tinggi, mungkin tiang-tiang yang
disebutkan Al Quran, tiang-tiang itu mencapai ketinggian 9 meter. Meskipun
hanya 150 orang yang dapat mendiami benteng ini, para penjelajah berteori bahwa
ribuan lainnya mendiami tenda-tenda disekitar bangunan ini.
Temuan ini meyakinkan kita sekali lagi bahwa kisah-kisah dalam Al-Quranul
Karim benar-benar merupakan fakta historis.
Siapakah Kaum Aad dan Tsamud ?.
Umar Anggara Jenieii
menjelaskan bahwaKaum Aad dan Tsamud adalah
kaum yang kepada mereka diutus Nabi Hud a.s. dan Nabi Saleh a.s . Siapakah
Kaum Aad, Iram dan Tsamud ?. Adalah sulit untukmembuktikan eksisitensi
mereka secara ilmiah. Sayang sekali bahwa ulama Islam terdahulu/ahli sejarah
Islam, tidak bekerja keras untuk memecahkan masalah ini, tetapi mengatakan
bahwa kaum Aad dan Tsamud hanya merupakan contoh perumpamaan saja, dan
oleh karena itu tidak dapat dibuktikan !. Para Ulama yang menyatakan demikian
termasuk antara lain Muhammad Assad, seorang ilmuwan yang disegani didunia
Islam.
Tetapi temuan-temuan arkeologi , membuktikan bahwa kaum ini memang
benar-benar ada !. Pembuktian pertama berasal dari naskah yang ditemukan di
Hisn-i-Guhurab , dekat Aden di Yaman selatan. Naskah ini ditemukan dari dalam
tanah pada tahun 1834, bertuliskan tulisan Arab lama ( hymarite ), diterjemahkan
ke dalam bahasa Inggris dan menunjukkan nama Nabi Hud a.s. Meskipun naskah
ini sudah lama digali, hanya baru-baru ini saja kaum muslimin dapat menikmatihasil-hasil ilmiah dari analisisi arkeologis tersebut. Dalam naskah ini, kita bisa
membaca pernyataan sebagai berikut : Kami memerintah dengan menggunakan
Hukum Hud (M.Nadvi, 1985 ) .
Pembuktian kedua eksistensi kaumAad dan Tsamud disinggung oleh nama Ta-
mu-di ( Bermant & Weitzman,1979) . Pembuktian yang paling baru berasal dari
lempeng Ebla, Lempeng ini digali tahun 1980 an . Salah satu lempeng ini
-
7/29/2019 004.KISAH NABI HUUD.A.S.
13/13
menyebutkan nama ketiga kota : Shamutu, Aad dan Iram . Profesor Pettinato,
pimpinan penggalian ini , mengidentifikasikan ketiga kota ini dengan nama seperi
yang tercantum pada QS.089:6-9. Adalah menarik untuk menyebutkan
pernyataan Father Dahood mengenai temuan ini , dimana dia mengatakan : Antara
Ebla ( 2500 tahun SM ) dan Al Quran ( 625 M ) tidak ada referensi lain mengenai
ketiga kota ini ( Pettinato & Dahood, 1981 )
Ayat-ayat Al Qur'an tentang kisah Nabi Huud
Bangsa 'Aad membangun negeri mereka:7:69,26:128,26:129,26:133,26:134,41:15,89:7,89:8
Dakwah nabi Hud as.:7:65,7:66,7:67,7:68,7:69,7:70,7:71,7:72,11:50,11:51,11:52,11:53,11:54,11:55,11:56,11:57,23:32,26:124,26:125,26:126,26:127,
26:131,26:132,26:135,46:21,46:23
Nabi Hud as. menghadapi cobaan:7:66,7:67,11:53,11:54,11:55,14:9,26:123,26:136,26:137,38:12,46:22,50:13,54:18
Kehancuran bangsa 'Aad:7:72,9:70,11:58,11:89,23:41,25:38,26:139,29:38,29:40,40:31,41:13,41:16,46:24,46:25,51:41,51:42,53:50,54:19,54:20,69:6,
69:7,69:8,89:6
i
Umar Anggara Jenie, Mukjizat Al Quran dan As Sunnah tentang IPTEK, Bab 4hl.72-73
iiUmar Anggara Jenie, Mukjizat Al Quran dan As Sunnah tentang IPTEK, Bab 4
hl.71
* Dikutip untuk keperluan tarbiyah oleh Hilmi Mohammad Rabbani dkk